refleksi

8
MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI Kerja kursus pendek ini adalah berkaitan dengan subjek EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (TPP). Untuk menyempurnakan kerja kursus ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan Model ASSURE, menghasilkan klip video P&P, membuat bahan 2D atau 3D, dan menghasilkan sebuah blog. Melalui tugasan ini, saya berpeluang mempelajari cara untuk menghasilkan bahan 2D. Sebelum menghasilkan bahan 2D, saya dan rakan saya menjadi kebingungan kerana tidak memahami apakah sebenarnya bahan 2D yang dimahukan berdasarkan tugasan. Justeru, sebagai langkah mengatasi masalah ini, kami merujuk kepada pensyarah bimbingan iaitu Puan Zainab apakah ciri-ciri yang perlu ada bahan 2D tersebut. Setelah mendapat penerangan, barulah kami memahami ciri-ciri pada bahan 2D tersebut. Saya juga mempelajari cara untuk merakam video dan cara untuk menghasilkan sesuatu video yang dapat menarik minat penonton. Untuk tugasan ini, ini adalah menjadi kekuatan kepada saya kerana saya telah biasa untuk merekod video. Saya amat berpuas hati dengan hasil video yang saya perolehi untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan untuk dimuatkan di dalam blog. Tambahan pula, saya juga dapat mengetahui bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran(P&P), penggunaan video memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan P&P yang berkesan. Hal

Upload: yusoff-zaki-juki

Post on 14-Dec-2015

5 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi

MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI

Kerja kursus pendek ini adalah berkaitan dengan subjek EDU 3105 Teknologi

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (TPP).  Untuk menyempurnakan kerja kursus

ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian

berdasarkan Model ASSURE, menghasilkan klip video P&P, membuat bahan 2D

atau 3D, dan menghasilkan sebuah blog.

            Melalui tugasan ini, saya berpeluang mempelajari cara untuk menghasilkan

bahan 2D. Sebelum menghasilkan bahan 2D, saya dan rakan saya menjadi

kebingungan kerana tidak memahami apakah sebenarnya bahan 2D yang

dimahukan berdasarkan tugasan. Justeru, sebagai langkah mengatasi masalah ini,

kami merujuk kepada pensyarah bimbingan iaitu Puan Zainab apakah ciri-ciri yang

perlu ada bahan 2D tersebut. Setelah mendapat penerangan, barulah kami

memahami ciri-ciri pada bahan 2D tersebut.

     Saya juga mempelajari cara untuk merakam video dan cara untuk menghasilkan

sesuatu video yang dapat menarik minat penonton. Untuk tugasan ini, ini adalah

menjadi kekuatan kepada saya kerana saya telah biasa untuk merekod video. Saya

amat berpuas hati dengan hasil video yang saya perolehi untuk digunakan dalam

sesi pengajaran dan untuk dimuatkan di dalam blog. Tambahan pula, saya juga

dapat mengetahui bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran(P&P), penggunaan

video memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan P&P yang berkesan.

Hal ini berikutan kerana jika terdapat murid yang kurang memahami apabila melihat

guru membuat sesuatu demonstrasi, maka guru boleh menggunakan kaedah tunjuk

cara menggunakan video kerana video adalah lebih jelas, menjimatkan masa dan

yang paling utama dapat diulang sebanyak mungkin untuk memudahkan murid

memahami apa yang diceritakan oleh seseorang guru.

Seterusnya adalah pencarian maklumat di dalam internet dan perpustakaan.

Alhamdulillah, pencarian maklumat di internet telah memberikan saya lebih banyak

maklumat dan pendedahan. Namun, masalah yang paling utama yang dihadapi oleh

Page 2: refleksi

saya dan rakan seperjuangan saya ialah  untuk memuatkan video pengajaran kami

di dalam blog. Masalah ini adalah berikutan dari internet di maktab yang amat

perlahan dan tidak mampu untuk memuatkan video kami di dalam blog. Justeru,

saya dan rakan saya mengambil keputusan untuk mencari langkah inisiatif iaitu

meminta tolong dari senior kami kerana mereka mempunyai kemudahan internet di

rumah mereka. Alhamdulillah, masalah proses memuatkan video di blog berjaya

diselesaikan.

Selain itu, kekuatan yang saya perolehi berdasarkan tugasan ini ialah ia telah

membuka minda saya di mana dengan adanya penggunaan teknologi ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran, guru dapat meningkatkan keberkesanan dan

kecekapan proses P&P semata-mata. Contohnya, guru menghasilkan video yang

berkaitan dengan pemasangan komponen elektrik dan elektronik pada sebuah

komponen kereta yang menggunakan kuasa bateri bersaiz kecil. Justeru, tidak

dinafikan ia adalah ilmu yang amat bermanfaat kepada murid khasnya kerana dapat

mempelajari kaedah dan teknik yang betul untuk memasangkan komponen elektrik

dan elektronik sehingga mampu berfungsi dengan cara yang betul dan amnya

kepada sesiapa sahaja yang melihat video tersebut kerana akan dapat

menambahkan ilmu pengetahuan tentang komponen elektrik dan elektronik.

Kesimpulan yang dapat saya rumuskan berdasarkan tugasan ini ialah tugasan ini banyak membantu kami untuk memikirkan sesuatu teknik dan cara pengajaran yang kreatif dan tidak membosankan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Akhirnya kata, saya berharap agar semua yang dipelajari melalui tugasan kerja kursus pendek ini dapat diaplikasi pada pengajaran saya semasa praktikum dan juga masa menjadi seorang guru nanti.

(ii)  REFLEKSI

RAFI’UDDIN BIN ROSLY

            Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinannya saya dapat

juga menyiapkan tugasan EDU 3105 dengan jayanya walaupun pada permulaan

terdapa 1001 masalah yang saya hadapi. Namun, dari kerjasama dari rakan – rakan

dan pensyarah pebimbing iaitu Pn. Zainab Bt. Ahmad yang tidak pernah mengenal

Page 3: refleksi

erti jemu dan letih untuk melayan kerenah dan soalan yang sama dari kalangan

pelajar ini telah membantu saya dan rakan – rakan menghasilkan tugasan ini tepat

pada masanya dan mengikut kehendak soalan.

            Sebenarnya ini adalah kali pertama saya membuat blog di laman web, jika

tugasan ini tidak meminta menggunakan blog sebagai medium membuat tugasan

mungkin saya tidak mengetahui cara – cara untuk membuat blog dan mungkin murid

– murid akan menganggap saya sebagai guru yang kolot kerana di zaman  sekarang

kehidupan seharian kita lebih berteraskan internet. Mungkin pada akan datang murid

– murid tidak perlu membawa beg yang berisi buku teks dan buku latihan tapi

sebaliknya mereka hanya perlu membawa alat elektronik untuk mengakses nota –

nota dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Jadi sebagai bakal guru yang

mungkin berhadapan dengan murid – murid serba tahu tentang teknologi – teknologi

terbaru, saya perlu bersedia dengan menggunakan internet untuk dijadikan medium

pengajaran.

            Secara keseluruhannya dapat saya rungkaikan bahawa tugasan ini amat

bermakna dan membina karakter saya sebagai guru di zaman serba canggih.

Namun, di sebalik hasil kerja ini terdapat beberapa masalah atau kelemahan yang

saya hadapi terutamanya adalah saya kurang memahami apa yang dimaksudkan

dengan bahan 2D dan bahan 3D yang diminta dalam tugasan ini. Namun,

sementelah saya berbincang dengan rakan – rakan da pensyarah pebimbing, saya

kini memahami. Saya dan rakan – rakan juga diminta membuat rancangan

pengajaran harian (RPH) berdasarkan model ASSURE seterusnya membuat video

berdasarkan RPH yang telah dibuat.

            Saya sebenarnya kurang jelas berkenaan dengan RPH yang diminta kerana

sepertimana yang kita semua sedia maklum, setiap RPH berbeza dari segi cara

penghasilannya berdasarkan subjek yang diajar. Rekebentuk Teknologi dengan

caranya, Bahasa Melayu dengan caranya, jadi saya dan rakan – rakan terpaksa

adaptasi  apa yang terkandung dalam Model ASSURE dengan RPH Rekabentuk &

Teknologi.

            Topik yang dipilih berdasarkan sukatan Tahun 4 iaitu Reka Cipta. Saya telah

memilih untuk membuat RPH dan video berkaitan pemasangan model kit kereta.

Tajuk ini amat bersesuaian dengan aras murid Tahun 4 kerana berdasarkan

Page 4: refleksi

pengalaman saya semasa kanak – kanak dahulu, masih segar di ingatan ini ketika

saya bersama rakan – rakan bermain kereta mainan ini. Mungkin ketika itu saya

tidak dapat memasang alat ini dengan baik. Oleh itu, saya berharap dengan

wujudnya topik ini di sekolah, guru – guru dapat mengajar mereka dengan cara yang

betul kerana pada masa ini mereka aras kognitif mereka akan berkembang dengan

baik. Ketika kanak – kanak jugalah merupakan zaman yang paling indah bagi setiap

insan.

            Dari segi pencarian bahan – bahan untuk menghasilkan tugasan ini,

perpustakaan adalah merupakan tempat pertama dan utama yang pergi kerana

untuk menghasilkan tugasan ini perlu ada panduan dan sumber – sumber yang

sahaih. Selain itu, maklumat daripada internet juga banyak membantu saya dan

rakan – rakan mnyiapkan tugasan ini.

            Pada saya, dengan terciptanya video ini, murid dapat melihat sendiri dan

berulang kali bagaimana demonstrasi pemasangan video kit kereta tersebut. Jika

tidak, guru harus menunjukkan sendiri kepada murid dan ini akan mengganggu P&P

yang dijalankan. Bagi saya juga subjek Kemahiran Hidup ini adalah satu mata

pelajaran yang dapat murid aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Contohnya cara – cara menggergaji ataupun memaku dengan betul. Murid dapat

membantu ibu bapa mereka di rumah jika terdapat perkara yang boleh dibantu

mereka. Secara tidak langsung, mereka dapat mempraktikkan apa yang diajar di

sekolah.

            Tugasan ini juga dapat mengajar saya bagaimana hendak membuat video,

mengedit video dan juga untuk memuat naik video ke dalam blog. Namun, apa yang

saya dapati, terdapat beberapa kelemahan iaitu apabila ketika hendak memuat naik

video ini, ia memerlukan internet yang agak laju kerana seperti semua warga IPG

sedia maklum tentang status keadaan internet di kawasan IPG terutamanya di kolej

kediaman. Saya dan rakan kumpulan telah mencari inisiatif yang lain dengan pergi

ke KFC di Kangar namun, di sana juga mempunyai masalah internet lalu saya dan

rakan mengambil keputusan untuk ke rumah senior kerana memreka mempunyai

kemudahan internet yang agak laju.

            Kesimpulan yang dapat saya buat di sini adalah, tugasan ini memberi

keyakinan kepada saya untuk menempuh setiap cabaran dalam profesion perguruan

Page 5: refleksi

terutama sekali apabila saya menjalankan praktikum pada semester akan datang.

Saya berharap segala teknik – teknik yang diajar ini dapat saya praktikkan di

sekolah nanti dan saya berharap murid – murid tersebut dapat berkembang dengan

baik dar segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek sejajar dengan apa yang

termaktub dalam visi dan misi falsafah pendidikan kebangsaan.

MOHD MUBARRAK BIN BAHDON

            Alhamdulillah syukur, setelah sekian lama tertangguh akhirnya tugasan projek EDU

3105 - Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini dapat juga disiapkan sepenuhnya.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini pelbagai kelemahan dan kekurangan diri telah saya

temui dan perkara tersebutlah yang sering membuatkan tugasan projek ini tertangguh

sehingga kelemahan tersebut diperbaiki.

            Antara kelemahan yang dapat saya kongsikan adalah kurangnya ilmu pengetahuan

saya dalam penghasilan video. Perkaran ini menyebabkan tugasan projek ini telah tertangguh

dan saya perlu belajar dengan segera bagaimana hendak menghasilkan video yang terbaik.

Bagi memastikan video yang diperlukan dapat disiapkan, saya telah pergi merujuk kepada

pensyarah untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar selain daripada bantuan daripada rakan-

rakan lain. Akhirnya setelah berusaha mendapatkan tunjuk ajar, dapat juga saya siapkan

video tersebut dengan baik. Selepas ini saya akan terus berusaha untuk menimba ilmu

berkenaan penghasilan video ini agar saya dapat menghasilkan video yang lebih baik pada

masa akan datang jika saya diminta untuk menghasilkan video untuk tugasan seterusnya.

            Selain itu, kelemahan lain yang terdapat pada diri saya adalah berkenaan dengan

model Assure. Saya amat keliru dalam menyiapkan jadual penerangan langkah penyediaan

Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan model tersebut. Namun setelah berbincang

dengan pensyarah tentang cara yang betul dan sedikit rujukan daripada buku berkenaan

model berkenaan dan cara membuatnya dapat juga saya siapkan penerangan tersebut

walaupun tidak lagi mencapai tahap cemerlang pada pandangan saya. Mulai saat ini saya

akan menumpukan sepenuh perhatian semasa pensyarah menerangkan isi pengajaran semasa

didalam kelas agar perkara seperti ini tidak lagi berulang.

Page 6: refleksi

            Walaupun banyak kelemahan diri telah saya temui, namun saya tidak berputus asa

untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut untuk menyiapkan tugasan projek ini dan

saya berharap, saya akan terus berusaha untuk menumpukan perhatian semasa berada di

dalam kelas dan terus membuat rujukan secara berteruskan bagi memastikan ilmu yang

diperoleh akan berkekalan dan tidak hanya dapat difahami semasa berada di dalam kelas

sahaja.