refleksi
DESCRIPTION
freeTRANSCRIPT
REFLEKSI
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyempurnakan kerja kursus PSV 3112 Lukisan Dan Penyuburan Diri dengan penuh
jayanya. Tugasan ini dibimbing oleh Encik Mohamad Yusoff Mat Saad dan beliau
merupakan orang yang paling banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar mengenai
cara-cara untuk menyiapkan tugasan.
Langkah pertama dimulakan apabila arahan tugasan untuk penulisan Tugasan 1
perancangan dalam bentuk folio diberikan iaitu mengumpulkan maklumat berkaitan
dengan tugasan. Pelbagai bahan ilmiah dan sumber laman web dirujuk untuk
mendapatkan maklumat. Walaupun agak sukar mendapatkan maklumat berkaitan
namun dengan ketekunan dan kesabaran dapat juga saya mengumpul dan seterusnya
menyiapkan tugasan yang melibatkan pemahaman tentang latar belakang dan sejarah
lukisan serta tokoh tanahair alam bidang lukisan.
Bagi tugasan 2 lakaran proses pengwujudan dan perkembangan idea merupakan
cabaran baru bagi saya. Untuk mendapatkan idea dan subjek matter bukan lah perkara
yang mudah bagi bagi saya. Pelbagai sumber dilihat dan diterokai untuk memilih
warisan tradisional yang terbaik.Pilihan agak terhad kerana bilangan pelajar seramai 23
orang dan memerlukan hasil karya yang berlainan. Hasil daripada sesi interaksi yang
begitu pendek untuk saya mengaplikasikan pelbagai teknik menghasilkan lukisan
member sedikit cabaran untuk dilaksanakan. Dengan pengumpulan maklumat dan
pembelajaran kendiri dari laman-laman sesawang serta youtube, saya membuat
lakaran kasar daripada sumber-sumber gambar yang dirasakan bersesuaian dengan
tema yang diberikan iaitu Warisan Tradisioanal Melayu. saya mengambil keputusan
untuk memilih objek senjata iaitu lawi ayam atau kerambit subjek matter. Kemudian,
saya mengkaji pelbagai teknik lukisan dan mengaplikasikan kemahiran tersebut untuk
meneruskan tugasan. Proses melukis menggunakan media arang atau charcoal
bukanlah satu proses yang mudah bagi saya kerana ianya mmerlukan kemahiran yang
tinggi untuk menguasai teknik dan langkah melukis. Pemilihan media hard charcoal
penting untuk disesuaikan dengan permukaan papan lapis yang diwarnakan. Latihan
demi latihan diperaktikkan tentang teknik penggunaan charcoal yang diperolehi dari
sumber internet dapat sedikit sebanyak membantu saya dalam menghasilkan karya.
Akhir sekali, saya mengaplikasikan segala pengalaman dan pengetahuan yang saya
perolehi ke atas hasil karya yang terbaik dan berkualiti. Segala ilmu dan maklumat
yang saya perolehi sepanjang menyempurnakan tugasan ini sangat berguna dan
membantu saya untuk lebih memahami berkaitan tugasan ini akan saya jadikan
sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Encik Mohd Fauzi bin Fadzil yang telah banyak membantu saya
dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan
seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.
Sekian, terima kasih.
REFLEKSI
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyempurnakan kerja kursus PSV 3110 Sejarah dan Apresiasi Seni bertajuk sejarah
seni barat dengan penuh jayanya. Tugasan ini dibimbing oleh Encik Mohd Fauzi bin
Fadzil dan beliau merupakan orang yang paling banyak membantu dalam memberi
tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk menyiapkan tugasan.
Langkah pertama dimulakan apabila arahan tugasan untuk penulisan diberikan iaitu
mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tugasan. Pelbagai bahan ilmiah dan
sumber laman web dirujuk untuk mendapatkan maklumat. Walaupun agak sukar
mendapatkan maklumat berkaitan namun dengan ketekunan dan kesabaran dapat juga
saya mengumpul dan seterusnya menyiapkan tugasanyang melibatkan pemahaman
tentang sejarah seni barat dari abad ke 17 hingga ke 20.
Bagi tugasan ke dua pula hasil daripada pengumpulan maklumat catan aliran kubisme
tersebut, saya membuat lakaran kasar daripada sumber-sumber gambar yang
dirasakan bersesuaian dengan tajuk yang diberikan iaitu bertemakan masyarakat. saya
mengambil keputusan untuk memilih ISLAM sebagai subjek matter. Kemudian, saya
mengkaji pelbagai teknik dan mengaplikasikan penggunaan alat dan bahan sebelum
meneruskan tugasan. Seterusnya saya mengkaji pula teknik catan aliran kubisme
sebagai perkembangan idea.Saya melihat dan menilai beberapa contoh catan dari
aliran kubisme yang diambil dari laman web untuk dijadikan perkembangan idea dan
digabungkan menjadi satu perkembangan idea yang baru.
Daripada perkembangan idea tersebut, saya melakukan beberapa lakaran awal untuk
dijadikan sebagai karya akhir. Sebelum karya akhir dibuat, saya juga telah
menyediakan langkah-langkah untuk menghasilkan karya untuk dijadikan karya akhir
tersebut.Beberapa kesukaran dihadapai dari peringkat awal pemilihan media serta
langkah-langkah penghasilan.Pemilihan kertas maunting board amat bertepatan dari
segi palitan warna yang tebal dan kekemasan hasil. Pemilihan tema masyarakat islam
sebagai subjek metter dibuat berdasarkan isu semasa sekarang ini yang menyaksikan
beberapa Negara islam sedang bergolak dan berperang akhir-akhir ini.Malaysia juga
tidak berkecuali dengan pelbagai isu yang membangkitkan kemarahan umat islam.
Akhir sekali, saya mengaplikasikan segala penaglaman dan pengetahuan yang saya
perolehi ke atas hasil karya yang terbaik dan berkualiti. Segala ilmu dan maklumat
yang saya perolehi sepanjang menyempurnakan tugasan ini sangat berguna dan
membantu saya untuk lebih memahami berkaitan tugasan ini akan saya jadikan
sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Encik Mohd Fauzi bin Fadzil yang telah banyak membantu saya
dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan
seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.
Sekian, terima kasih.
Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya
dapat saya mengkaji dan mendalamibagaimana cara melakukan tugasan ini.Saya amat
bersyukur kerana di beri ruang bagi mengkaji berkenaan tugasan yang diberiiaitu
bidang kraf tradisional ukiran tebuk tembus.Ukiran kayu yang saya pilih ialah hiasan
cermin muka.Ukiran ini bermotifkan flora.Saya mula mengkaji dengan
mengambilsumber-sumber dari intenet,majalah.Selepas itu mula melakar imej dengan
pelbagai contoh flora dan seterusnya membuat olahan idea.Kajian terhadap jalinan
bunga,rupa bunga dan bentuk bunga tersebut.Kerja-kerja yang diberikan dilakukan
sedikit demi sedikit.Dalam memyiapkan folio ini saya telah di uji dengan kesabaran di
mana tugasan ini memerlukan ketekunan dan ianya perludilakukan dengan
penumpuan dan penelitian yang lebih.Saya juga berasa sangat bangga dengan
komitmen pensyarah yang sentiasa membantu dan memberi tunjukajar tanpa
mengira penat lelah.Sentiasa membimbing dan memberi nasihat dalammenyiapkan
folio ini.Folio ini amat bermakna bagi saya kerana ianya merupakan satu pengalaman
yang tidak dapat dilupakankerana dengan ini saya dapat tahu bagaimana cara untuk
menghasilkan sebuah ukiran kayu hiasan cermin muka. Akhirnya saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Psv, En. Johan Kadis,En. Basir
Ahmad dan En.Mohd Zamani b. Nor Peah yang sentiasa memberi nasihat dan
pandangan dalam menyiapkan folio ini.Saya amat bersyukurke hadrat Illahi
kerana dapat menyiapkan folio ini dalam masa yang ditetapkan
oleh pensyarah.Terima kasih pada semua pensyarah Psv yang banyak
membantu..Sekian.Terima kasih