refleksi kendiri

6
Refleksi Kendiri Program Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda telah berlangsung dengan jayanya pada 1 November 2012 hingga 3 November 2012. Aktiviti perkhemahan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Seramai 60 orang pelajar yang terdiri daripada empat unit beruniform telah menyertai perkhemahan tersebut. Walaupun perkhemahan yang dijalankan ini diringi dengan hujan lebat pada hari pertama, namun aktiviti tetap dijalankan seperti yang dirancang. Pendaftaran para peserta dijalankan pada pukul 3 petang bertempat di kantin sekolah. Saya dapat lihat keseronokan terpapar pada wajah para peserta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang kerana aktiviti perkhemahan julung- julung kali diadakan di sekolah ini. Sebelum aktiviti bermula, para peserta mendengar taklimat daripada Kem Komandan tentang peraturan yang harus dipatuhi sepanjang aktiviti perkhemahan berlangsung. Seterusnya taklimat daripada guru besar yang mengharapkan para peserta menjaga disiplin dan mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan. Pada jam 5.00 petang, semua peserta perkhemahan diberi taklimat tentang cara- cara mendirikan khemah. Mengikut perancangan awal, tapak perkhemahan adalah di kawasan lapang berhampiran padang sekolah. Namun demikian, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, murid-murid terpaksa mendirikan khemah di tempat letak kereta guru. Khemah didirikan mengikut jantina dan unit beruniform masing- masing. Semasa aktiviti mendirikan khemah, saya dapat lihat beberapa orang murid

Upload: mattnoox

Post on 26-Sep-2015

240 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sdfesrgersgesrgedrgsfwsdzgrshgesdfeszdgszdgvsxfgvdxfgesrfgxvsfx

TRANSCRIPT

  • Refleksi Kendiri

    Program Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda

    telah berlangsung dengan jayanya pada 1 November 2012 hingga 3 November 2012.

    Aktiviti perkhemahan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Seramai

    60 orang pelajar yang terdiri daripada empat unit beruniform telah menyertai

    perkhemahan tersebut. Walaupun perkhemahan yang dijalankan ini diringi dengan

    hujan lebat pada hari pertama, namun aktiviti tetap dijalankan seperti yang dirancang.

    Pendaftaran para peserta dijalankan pada pukul 3 petang bertempat di kantin

    sekolah. Saya dapat lihat keseronokan terpapar pada wajah para peserta untuk

    menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang kerana aktiviti perkhemahan julung-

    julung kali diadakan di sekolah ini. Sebelum aktiviti bermula, para peserta mendengar

    taklimat daripada Kem Komandan tentang peraturan yang harus dipatuhi sepanjang

    aktiviti perkhemahan berlangsung. Seterusnya taklimat daripada guru besar yang

    mengharapkan para peserta menjaga disiplin dan mematuhi setiap peraturan yang

    telah ditetapkan.

    Pada jam 5.00 petang, semua peserta perkhemahan diberi taklimat tentang cara-

    cara mendirikan khemah. Mengikut perancangan awal, tapak perkhemahan adalah di

    kawasan lapang berhampiran padang sekolah. Namun demikian, disebabkan keadaan

    cuaca yang tidak mengizinkan, murid-murid terpaksa mendirikan khemah di tempat

    letak kereta guru. Khemah didirikan mengikut jantina dan unit beruniform masing-

    masing. Semasa aktiviti mendirikan khemah, saya dapat lihat beberapa orang murid

  • kurang mahir mendirikan khemah. Ini disebabkan murid-murid kurang diberi

    pendedahan tentang cara-cara mendirikan khemah. Walau bagaimanapun, saya dapat

    lihat wujud semangat kerjasama antara ahli pasukan apabila mereka bekerjasama

    antara satu sama lain sehingga dapat mendirikan khemah dengan baik. Oleh itu,

    melalui aktiviti ini pihak sekolah dapat mendidik murid-murid agar mampu berdikari,

    bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain bagi menyelesaikan sesuatu

    masalah.

    Aktiviti ice-breaking yang dijalankan pada waktu malam memberi peluang

    kepada para peserta mengenali rakan-rakan mereka seterusnya merapatkan hubungan

    antara para peserta. Begitu juga dengan aktiviti kawad kaki yang banyak memberi

    pendedahan tentang cara-cara kawad kaki yang betul. Para peserta bersungguh-

    sungguh semasa menjalani latihan kawad kaki. Slot pertolongan cemas banyak

    memberi faedah kepada para peserta kerana melalui slot ini murid-murid berpeluang

    mempelajari cara-cara menjalankan CPR, membuat anduh dan merawat luka.

    Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh para peserta ialah slot ikhtiar hidup dan slot

    masakan. Walaupun memasak menggunakan kayu api dan peralatan memasak yang

    terhad, para peserta menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk bersaing dengan

    pasukan lain. Bantuan daripada fasilitator yang terdiri daripada pelajar Sekolah

    Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda banyak membantu para peserta menjalankan

    slot ini. Setiap pasukan bersungguh-sungguh menyiapkan menu yang telah ditetapkann

    iaitu nasi putih, masakan berasaskan telur dan minuman petang. Murid-murid dilihat

  • saling bekerjasama menyiapkan masakan masing-masing. Selain itu, saya juga kagum

    melihat kreativiti para peserta dalam penyediaan makanan dan semasa menghidang

    makanan.

    Murid-murid sebenarnya mempunyai bakat terpendam dalam diri mereka.

    Aktiviti persembahan melalui slot Malam Kebudayaan berjaya mencungkil bakat para

    peserta apabila mereka dapat menunjukkan persembahan yang menghiburkan pada

    malam itu. Secara tidak langsung murid-murid dapat membina keberanian dan

    keyakinan dalam diri masing-masing.

    Perkhemahan ini memberikan pengalaman yang sungguh bererti kepada para

    peserta apabila mereka telah menyertai pelbagai aktiviti yang berguna dan

    menyeronokkan sepanjang berlangsungnya aktiviti perkhemahan ini. Pengalaman yang

    diperoleh ini amat berguna bagi membantu mereka mengaplikasi apa yang dipelajari

    dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, aktiviti perkhemahan ini mengajar

    murid-murid hidup berdikari dan bekerjasama serta bertolak-ansur dalam kumpulan

    semasa melakukan sesuatu perkara.

    Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kekuatan yang dapat

    saya lihat terutamanya objektif program ini. Pada setiap aktiviti yang dijalankan wujud

    kerjasama antara ahli kumpulan sehingga sesuatu aktiviti dapat dijalankan dengan baik

    dan tepat pada masa. Ini secara tidak langsung merapatkan hubungan silaturrahim

    antara peserta-peserta dan mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa

    menjalankan tugasan yang diberikan.

  • Selain itu, program ini juga menekankan unsur kerohanian di mana tazkirah dan

    kuliah maghrib diberikan kepada para peserta selepas waktu Mahgrib serta solat

    tahajjud dan menunaikan solat Subuh berjamaah. Ini dapat membina insan yang

    berakhlak mulia dan mensyukuri nikmat yang diberi oleh Allah.

    Kekuatan program ini seterusnya berjaya membentuk disiplin yang mantap

    dalam diri para peserta melalui aktiviti kawad kaki. Aktiviti ini dapat mendisiplin para

    peserta dan membentuk mereka menjadi orang yang berguna Di samping itu, melalui

    aktiviti ini, murid-murid dididik untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka Secara

    tidak langsung meningkatkan keyakinan diri dan menghapuskan rasa malu.

    Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan menyeronokkan. Semua murid terlibat

    dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti tersebut ialah pertolongan cemas,

    ikhtiar hidup, memasak, ice-breaking dan malam kebudayaan. Kerjasama yang

    ditunjukkan oleh guru-guru semasa aktiviti dijalankan melancarkan aktiviti yang

    dirancang.

    Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai beberapa

    kelemahan. Antara kelemahan yang dapat dilihat adalah dari segi masa apabila setiap

    slot diperuntukan hanya satu jam. Masa yang terhad ini menyebabkan terdapat aktiviti

    yang dijalankan terpaksa mengambil masa slot lain. Kesannya , masa bagi aktiviti lain

    tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang mengikut jadual yang ditetapkan. Selain

    itu, aktiviti yang dirancang terlalu padat menyebabkan ada aktiviti yang tidak dapat

    dijalankan dengan sempurna. Contohnya solat Asar berjamaah tidak dapat dijalankan

  • kerana para peserta terpaksa menyelesaikan aktiviti memasak. Para peserta terpaksa

    bergilir-gilir dengan ahli kumpulan masing-masing untuk menunaikan solat Asar.

    Keadaan cuaca yang kurang baik juga menyebabkan berlaku beberapa

    perubahan pada aktiviti yang dijalankan apabila para peserta tidak dapat tidur di dalam

    khemah sebagai langkah keselamatan. Semua peserta tidur di kelas-kelas yang telah

    ditetapkan.

    Oleh yang demikian, sebagai cadangan penambahbaikkan untuk membantu

    menyempurnakan sesuatu program, peruntukan masa semasa menjalankan sesuatu

    aktiviti perlu diberi perhatian. Antaranya menambah masa selama dua jam bagi setiap

    slot agar para peserta dapat menimba ilmu serta kemahiran yang banyak. Contohnya

    dalam aktiviti kawad kaki, masa yang diperuntukan selama satu jam tidak mencukupi

    kerana aktiviti kawad kaki melibatkan banyak arahan dan aktiviti yang perlu dilakukan.

    Pihak sekolah pula perlu merancang tarikh yang sesuai untuk menjalankan

    aktiviti perkhemahan iaitu mengelakkan daripada melaksanakan perkhemahan pada

    musim hujan. Keadaan cuaca yang baik secara tidak langsung dapat menimbulkan

    semangat kepada para peserta.

    Secara keseluruhannya, perkhemahan ini berjalan lancar dan mencapai

    objektifnya. Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat melahirkan

    insan yang kental jiwanya dan bersemangat serta mampu berdikari. Apa yan paling

    penting adalah kesungguhan para peserta untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang

    telah dirancang. Bagi diri saya pula, perkhemahan yang diadakan ini memberikan

  • satu pengalaman kepada saya dalam mengurus dan melaksanakan sesuatu program

    agar setiap perancangan dapat dijalankan seperti yang dirancang.