refleksi keseluruhan big 2013

4
NAJWA BINTI ABDUL HALIM PISMP PSV JAN 2012 2012141340078 REFLEKSI KESELURUHAN AKTIVITI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU(BIG) SIRI 2 FASA 2/2013 Pada 14 September 2013 , kami terdiri daripada peserta Program Anak Angkat seramai 37 guru pelatih berjaya melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat yang telah diadakan di Balai Raya Bukit Senggeh, Melaka bermula pada jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Menerusi aktiviti ini kami diperkenalkan dengan beberapa orang yang menjadi pemimpin kami sepanjang aktiviti ini dijalankan. Sepanjang kami di sana, kami telah didedahkan dengan sedikit sebanyak sejarah tempat tersebut. Menerusi sesi awal saya di sini, saya mendapat beberapa input tentang sejarah Melaka di samping memberi ilmu pengetahuan tambahan kepada saya tentang selok belok di negeri Melaka. Menerusi aktiviti ini, saya dapat lihat, aktiviti ini mendedahkan saya dan rakan-rakan saya tentang keindahan alam sekitar di samping menghayati keindahan flora dan fauna ciptaan Illahi serta membersihkan tempat-tempat yang telah dicemari dengan sampah sarap. Aktiviti ini memberi kesedaran kepada saya untuk mencintai alam sekitar di samping menjaga kebersihan di tempat sendiri mahupun di tempat lain. Aktiviti khidmat masyarakat ini memberi manfaat kepada saya dalam mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan rakan-rakan dan keluarga angkat masing-masing mahupun memupuk semangat kekitaan dan kerjasama antara satu sama lain.

Upload: putrihawabatrisya

Post on 22-Apr-2017

219 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Keseluruhan Big 2013

NAJWA BINTI ABDUL HALIMPISMP PSV JAN 20122012141340078

REFLEKSI KESELURUHANAKTIVITI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU(BIG) SIRI 2 FASA 2/2013

Pada 14 September 2013 , kami terdiri daripada peserta Program Anak

Angkat seramai 37 guru pelatih berjaya melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat

yang telah diadakan di Balai Raya Bukit Senggeh, Melaka bermula pada jam 11.00

pagi hingga 6.00 petang. Menerusi aktiviti ini kami diperkenalkan dengan beberapa

orang yang menjadi pemimpin kami sepanjang aktiviti ini dijalankan. Sepanjang kami

di sana, kami telah didedahkan dengan sedikit sebanyak sejarah tempat tersebut.

Menerusi sesi awal saya di sini, saya mendapat beberapa input tentang sejarah

Melaka di samping memberi ilmu pengetahuan tambahan kepada saya tentang

selok belok di negeri Melaka.

Menerusi aktiviti ini, saya dapat lihat, aktiviti ini mendedahkan saya dan

rakan-rakan saya tentang keindahan alam sekitar di samping menghayati

keindahan flora dan fauna ciptaan Illahi serta membersihkan tempat-tempat yang

telah dicemari dengan sampah sarap. Aktiviti ini memberi kesedaran kepada saya

untuk mencintai alam sekitar di samping menjaga kebersihan di tempat sendiri

mahupun di tempat lain. Aktiviti khidmat masyarakat ini memberi manfaat kepada

saya dalam mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan rakan-rakan dan

keluarga angkat masing-masing mahupun memupuk semangat kekitaan dan

kerjasama antara satu sama lain.

Program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi penduduk Kampung

Bukit Senggeh itu sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa

bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini

berlangsung. Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan

yang penuh dalam setiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan kawasan untuk

aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam menjayakan program ini.

Contohnya semasa aktiviti gotong royong yang sekaligus mengeratkan hubungan di

antara kami. Kami juga turut rasa dihargai dan berbaloi merancang program Bina

Insan Guru di tempat tersebut.

Page 2: Refleksi Keseluruhan Big 2013

NAJWA BINTI ABDUL HALIMPISMP PSV JAN 20122012141340078

Kami juga dihidangkan sedikit jamuan kecil setelah kami melakukan aktiviti

bergotong royong bersama dan saya sempat bertegur sapa dengan keluarga angkat

yang lain dan juga turut meluangkan masa yang berbaki bersama keluarga angkat

masing-masing.Bagi saya sebagai seorang guru nanti, pengalaman hidup

bermasyarakat serta kemahiran kita bertutur dan berkomunikasi bersama ibu bapa

kepada pelajar kita nanti itu sangat penting Oleh itu, saya mengambil pengalaman

yang mungkin tidak lagi saya dapati. Pogram khidmat masyarakat ini secara tidak

langsung dapat memupuk jati diri, kerjasama antara satu sama lain dalam kehidupan

bermasyarakat.

Secara keseluruhan program ini sedikit sebanyak telah merealisasikan

matlamat BIG dengan mendedahkan pelbagai aktiviti kepada para guru pelatih dan

ilmu pengetahuan serta kemahiran yang baharu selaras dengan objektif pendidikan

guru. Melalui sepanjang program ini, saya memiliki pelbagai manfaat dari pelbagai

aspek iaitu aspek jasmani,rohani,emosi dan intelek. Secara tidak langsung, aktiviti –

aktiviti program ini telah memberi saya ilmu pengetahuan yang baharu, memupuk

budaya akhlak yang mulia, membina jati diri yang berdaya tahan dalam segala

rintangan yang saya hadapi dan meningkatkan kecekapan saya dalam sesuatu

pengurusan serta memupuk nilai kesabaran dan bersyukur kerana dapat

mengetahui sedikit sebanyak tentang alam semula jadi ciptaan Allah sepanjang

aktiviti khidmat masyarakat.

Walaubagaimanapun, setiap kali menjalani sesuatu pogram, pasti akan ada

sedikit kekangan yang perlu dihadapi. Namun, sepanjang pogram aktiviti masyarakat

ini, saya tidak mengalami kekangan sedikit pun. Hal ini kerana keakraban

masyarakat Kampung Bukit Senggeh mempunyai pertalian yang sangat utuh turut

memberi kerjasama. Mereka sangat menyokong usaha kami untuk berkhidmat

kepada mereka. Tambahan lagi, seorang bakal guru perlu merasai pengalaman

hidup bersama masyarakat dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat

seperti gotong royong, aktiviti bacaan yaasin dan lain-lain kerana ia dapat membantu

para guru apabila dihantar mengajar kelak.

Page 3: Refleksi Keseluruhan Big 2013

NAJWA BINTI ABDUL HALIMPISMP PSV JAN 20122012141340078

Setiap latar belakang komuniti dalam sesebuah masyarakat adalah berbeza dan

guru harus tahu petua dan larangan jika ke tempat orang. Jadi, melalui program

seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba mengadaptasi dengan komuniti

dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosial seperti berkomunikasi.

Akhir sekali, untuk menjadi seorang guru yang berjaya seseorang guru

haruslah mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan masyarakat

kerana guru berperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi

rujukan disekolah. Tugas guru ialah menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat

melalui didikan kepada generasi baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi

merentasi kurikulum, agama serta bangsa malah guru juga boleh menggantikan

pemimpin kerana kualiti kepimpinan dan sikap tanggungjawab yang terdapat pada

seseorang guru.

Justeru itu, sebagai bakal pendidik haruslah memiliki segala nilai-nilai positif

yang telah disematkan di dalam diri dan memperkukuhkan lagi kemahiran yang ada.

Program ini harus diteruskan kerana menjadi suatu wahana ke arah pembinaan dan

pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini demikian dapat

melahirkan guru yang unggul secara berterusan dalam melahirkan model insan yang

seimbang dan harmoni dalam memperkembangkan dunia pendidikan negara kita.