refleksi simulasi

3
REFLEKSI Majlis simulasi perasmian penutupan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta melatih guru pelatih PISMP Semester 1 untuk menimba seberapa banyak mungkin ilmu pengetahuan mengenai prosedur untuk merancang, mengurus dan mengelolakan majlis perasmian penutupan sesuatu majlis bagi memperlengkapkan diri dengan pengelolaan majlis perasmian penutupan. Selain itu, majlis perasmian penutupan ini adalah bertujuan memenuhi syarat yang terkandung dalam kursus Kokurikulum PISMP Semester 1 Ambilan 2014. Seramai 14 orang guru pelatih daripada kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1 telah menjadi ahli jawatankuasa pengelola bagi tujuan penganjuran Majlis Perasmian Penutupan. Ahli jawatankuasa pelaksana yang telah dilantik seperti Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, AJK Persiapan Tempat, AJK Hadiah dan Cenderamata, AJK Buku Program dan protocol, AJK Teknikal, AJK , AJK Multimedia dan Dokumentasi, AJK Publisiti dan Siaraya, dan AJK Pengacaraan. Ahli jawatankuasa ini telah berjaya menjayakan simulasi Majlis Perasmian Penutupan ini hingga ke akhirnya. Tanpa kerjasama yang jitu di antara ahli jawatankuasa sudah tentulah majlis Perasmian Penutupan ini tidak akan berjalan seperti yang diharap-harapkan. Kerjasama dalam berpasukan adalah elemen penting dalam apa-apa jua organisasi yang kita kendalikan. Pada saya, tanpa kerjasama maka akan pincanglah sesebuah organisasi tersebut. Organisasi yang tersusun adalah organisasi yang mempunyai ahli- ahli yang mampu memanfaatkan kebolehan dan kekuatan mereka dalam menghasilkan sesuatu dan saling melengkapi antara satu sama lain. Jika ada salah satu yang hilang, maka akan jelas kelihatan kelompongan

Upload: wan-nur-syamimi

Post on 11-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

qwertyuiop

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI simulasi

REFLEKSI

Majlis simulasi perasmian penutupan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan

serta melatih guru pelatih PISMP Semester 1 untuk menimba seberapa banyak mungkin ilmu

pengetahuan mengenai prosedur untuk merancang, mengurus dan mengelolakan majlis

perasmian penutupan sesuatu majlis bagi memperlengkapkan diri dengan pengelolaan majlis

perasmian penutupan. Selain itu, majlis perasmian penutupan ini adalah bertujuan memenuhi

syarat yang terkandung dalam kursus Kokurikulum PISMP Semester 1 Ambilan 2014. Seramai

14 orang guru pelatih daripada kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

semester 1 telah menjadi ahli jawatankuasa pengelola bagi tujuan penganjuran Majlis

Perasmian Penutupan.

Ahli jawatankuasa pelaksana yang telah dilantik seperti Pengerusi, Naib Pengerusi,

Setiausaha, Bendahari, AJK Persiapan Tempat, AJK Hadiah dan Cenderamata, AJK Buku

Program dan protocol, AJK Teknikal, AJK , AJK Multimedia dan Dokumentasi, AJK Publisiti dan

Siaraya, dan AJK Pengacaraan. Ahli jawatankuasa ini telah berjaya menjayakan simulasi Majlis

Perasmian Penutupan ini hingga ke akhirnya. Tanpa kerjasama yang jitu di antara ahli

jawatankuasa sudah tentulah majlis Perasmian Penutupan ini tidak akan berjalan seperti yang

diharap-harapkan. Kerjasama dalam berpasukan adalah elemen penting dalam apa-apa jua

organisasi yang kita kendalikan. Pada saya, tanpa kerjasama maka akan pincanglah sesebuah

organisasi tersebut.

Organisasi yang tersusun adalah organisasi yang mempunyai ahli-ahli yang mampu

memanfaatkan kebolehan dan kekuatan mereka dalam menghasilkan sesuatu dan saling

melengkapi antara satu sama lain. Jika ada salah satu yang hilang, maka akan jelas kelihatan

kelompongan dalam sesebuah organisasi itu. Tahniah dan syabas buat ahli jawatankuasa

pelaksana yang telah berjaya menjalankan tugasan mereka dengan sehabis baik. Meletakkan

orang yang tepat di tempat yang setepatnya adalah salah satu elemen yang terpenting yang

perlu ada sebagai pemimpin. Oleh itu, sebagai ketua kepada simulasi Majlis Perasmian

Penutupan mestilah mampu untuk memberi agihan tugas yang sepatutnya dan mencungkil

bakat serta kebolehan orang bawahan mereka untuk dimanfaatkan bersama demi kepentingan

organisasi.

Setelah melaksanakan simulasi ini juga, kami telah diberi pujian yang menggunung

dalam menguruskan majlis ini. Antara pujian yang diberikan dalam simulasi ini ialah dalam

pengacaraan majlis. Penggunaan intonasi yang digunakan adalah sangat sesuai, tepat dan

Page 2: REFLEKSI simulasi

menarik. Dalam sesuatu pengacaraan, pelbagai unsur puisi dimasukkan dan digunakan bagi

menarik perhatian pendengar Selain itu, tayangan video yang disediakan oleh jawatankuasa

Multimedia amat bersesuaian dengan tema dan teratur. Para penonton begitu teruja dengan

tayangan multimedia yang ditayangkan sehingga mendapat tepukan yang gemuruh.

Perkara yang paling penting dinilai dalam simulasi tersebut ialah protokol sepanjang

majlis. Menurut Encik Abdul Ramit bin Sulaiman, beliau menyatakan bahawa protokol yang

dijalankan adalah tepat dan benar. Contohnya, kedudukan VIP, atur cara majlis, penyampaian

hadiah dan jamuan adalah mengikut protokol.

Di samping itu, terdapat juga kelemahan dalam mengendalikan majlis ini. Namun begitu,

ia tidah melemahkan semangat kami untuk meneruskan majlis tersebut. Antara kelemahan

yang ada ialah penggunaan bahasa yang tidak sesuai seperti warga dewan yang dikasihi

kerana penggunaan kata itu hanya untuk acara perbahasan dan syarahan. Selain itu, teks

ucapan yang diberikan oleh YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru tidak bersesuaian kerana ia

diibaratkan ucapan sebagai wakil guru besar.

Kesimpulannya, majlis ini berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Hal ini kerana

kami memberikan kerjasama yang baik dan saling membantu antara satu sama lain. Semoga

aktiviti ini dapat memberikan kami pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan majlis

pada masa akan datang.