refleksi tugasan
TRANSCRIPT
SCE 3108
REFLEKSI
NOR HAKEEM BIN HASHIM
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan inayahnya
dapat jua saya menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah pembimbing, Dr. Parvinder, rakan-rakan dan pihak lain
di atas tunjuk ajar dan bantuan yang telah diberikan.
Matapelajaran SCE 3108 pada semester ini telah menghendaki saya
menyediakan satu rancangan pelajaran harian. Menghasilkan sebuah RPH lengkap
matapelajaran sains merupakan satu perkara baru bagi saya. Ini kerana proses
penghasilan RPH sains adalah berbeza dengan penghasilan rph matapelajaran lain.
Ianya lebih rumit dan memerlukan penelitian yang tinggi dalam penghasilannya. Proses
penghasilan RPH saya banyak dibantu oleh pensyarah sains iaitu Dr Parvinder sendiri
dan rakan-rakan sekelas. Perkongsian idea dan pendapat melancarkan lagi proses
penghasilan RPH sains yang lengkap dan dengan jayanya. Sepanjang penulisan RPH
ini, banyak perkara telah say pelajari. Antaranya, saya belajar tentang menulis hasil
pembelajaran yang baik, objektif pembelajaran yang betul dan merancang aktiviti yang
bersesuaian dengan topik yang ingin diajar. Ini semua adalah bertujuan untuk
memantapkan dan menghasilkan satu RPH yang baik.
Beralih pula kepada pengajaran mikro, ianya adalah satu proses pembelajaran
yang amat bermakna. Hasil daripada aktiviti ini, banyak ilmu dan kritikan yang membina
telah saya perolehi dari rakan dan pensyarah penilai. Pengajaran mikro amatlah baru
bagi saya. Ketika menjalankan aktiviti ini, saya berasakan bahawa ianya membuka
mata saya tentang bagaimana proses p&p berjalan di sekolah walaupun ianya hanya
dilakukan bersama-sama rakan-rakan sekelas. Namun pengalamannya cukup
berharga. Daripada pengajaran mikro ini, saya dapat melihat kekuatan dan kelemahan
saya sendiri ketika mengajar. Pengajaran mikro saya adalah berkenaan dengan
penutup. Antara kekuatan saya ialah saya dapat merumuskan isi pengajaran dengan
baik. Saya menghuraikan kembali isi pelajaran kepada pelajar tentang apa yang telah
dipelajari. Murid seterusnya memberikan respon yang baik. Selain itu saya turut
SCE 3108
menggunakan teknik soal jawab sebagai cara untuk melihat kefahaman pelajar tentang
topik yang dipelajari. Tambahan lagi, saya turut menggunakan ABM di mana pelajar
menggantungkan kad objek berkarat dan tidak berkarat pada slot yang betul.
Penggunaan ABM ini menguji kefahaman tentang apa yang telah dipelajari pelajar.
Antara kekuatan lain ialah saya menggunakan suara dan intonasi yang baik. Ini
membuatkan pelajar memahami dan mendengar apa yang disampaikan.
Kelemahan yang telah dikenalpasti hasil kritikan pensyarah penilai dan rakan
ialah saya kurang libatkan pelajar ketika penutup. Penutup seharusnya lebih kepada
aktiviti pelajar dan bukan guru. Ketika menerangkan objek yang berkarat dan tidak
berkarat selepas menggantung kad bergambar di hadapan, seharunya pelajar yang
menerangkan kembali objek berkarat dan tidak berkarat tersebut dan bukannnya saya.
Ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pelajar. Selain itu, ianya juga bertujuan
menilai kefahaman pelajar. Oleh itu, sebagai langkah penambahbaikkan pada masa
hadapan, saya haruslah lebih libatkan pelajar dari guru. Kelemahan seterusnya ialah
ABM dihasilkan saya tidak sesuai dari segi saiz. Kad imbas yang digunakan adalah
kecil. Ini menyukarkan pelajar di belakang melihatnya. Saya perlu memperbesarkan
saiz tulisan dan gambar supaya kesemua murid di dalam kelas dapat melihat dengan
jelas dan difahami apa yang ingin disampaikan guru.
Diharapkan tugasan seperti ini dapat diteruskan supaya bakal guru
mendapat pengetahuan tentang subjek Merancang Untuk Mengajar Sains Rendah
dengan baik. Ia bukan sahaja menerapkan ilmu dalam diri saya bahkan ia memberi
peluang kepada saya untuk menanam perasaan sayangkan keluarga, masyarakat
setempat dan Negara Malaysia yang tercinta. Pengetahuan ini amat berguna bagi
merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Sebagai
kesimpulan, saya berharap agar segala ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan di
dalam situasi sebenar kelak. Semoga tugasan ini dapat membantu saya menjadi guru
yang cemerlang di masa akan datang.