reka bentuk pengajaran assure addie

14
3.0 REKA BENTUK PENGAJARAN Pengenalan: Perancangan yang lengkap dan sistematik sangat penting dan menjadi nadi seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mesti menguasai kemahiran ini agar tidak melakukan kesilapan dalam merancang pengajaran. Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagiMembina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran. Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utamayang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran.

Upload: lin-mohd-yussoff

Post on 20-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Reka Bentuk Pengajaran Assure Addie

3.0 REKA BENTUK PENGAJARAN

Pengenalan:

Perancangan yang lengkap dan sistematik sangat penting dan menjadi nadi

seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mesti menguasai

kemahiran ini agar tidak melakukan kesilapan dalam merancang pengajaran.

Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains

bagiMembina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai,

mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan

pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya

mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan

seterusnya menguruskan pembelajaran.

Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat

daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka

bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan

teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi

pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al.

(2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utamayang

perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun

daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka

bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi

hasil pembelajaran.

6 perkara asas Reka Bentuk Pengajaran

1. tentukan keperluan pelajaran

2. tentukan matlamat/objektif

3. bina prosedur penilaian

4. rekabentuk & pilih strategi penyampaian

5. cuba sistem pengajaran

Page 2: Reka Bentuk Pengajaran Assure Addie

6. nilai kesuluruhan sistem

Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran :

Mewujudkan pengajar yang kompiten

Hasilkan pajaran berkesan

Bantu wujudkan keyakinan dan Kepercayaan

Pengajaran lancar

Mudah nilai.

Model ASSURE

Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) dan ia bertujuan

menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang

memerlukan

penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi

bilik

darjah dan bukan merangkumi satu skop Rancangan Pengajaran yang luas.

Oleh itu

ia ditujukan kepada setiap pengajar.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu :

A - Analyse learner (analisis pelajar)

S - State objective (nyatakan objektif)

S - Select method, media, and materials (pilih kaedah, media dan bahan)

U - Utilise media and materials (gunakan media dan bahan)

R - Require learner participation (dorong penglibatan pelajar)

E - Evaluate and revise (nilai dan semak)

Page 3: Reka Bentuk Pengajaran Assure Addie

Contoh Rancangan Pengajaran Mengikut Model ASSURE

1. Analisis Ciri Pelajar

a. Mengenalpasti ciri-ciri umum

Kelas terdiri daripada 34 orang murid Tahun 6 Bestari, berumur 12 tahun. 19

perempuan dan 15 lelaki. 90 % murid-murid boleh menguasai kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira. Manakala 40% murid masih lemah dalam

menguasai sebahagian istilah Inggeris yang banyak terdapat dalam subjek

Sains.. Kelemahan menguasai Bahasa Inggeris disebabkan kebanyakkan

mereka datang daripada keluarga yang bertutur dalam Bahasa Melayu

sepenuhnya di rumah. Walaupun guruguru telah mengadakan kelas tuisyen

Sains bawah Program Projek Hikmah dan Tuisyen Kampung di kampung

mereka, namun hanya segelintir murid dan ibu bapa yang komited akan perkara

ini. Rata-rata murid datang daripada keluarga yang berpendapatan sederhana.

Purata pendapatan keluarga bagi setiap ibu bapa murid kelas saya ialah di

antara RM450.00 hingga RM 3.000.00 sebulan. Kebanyakan murid-murid ke

sekolah dihantar oleh ibu bapa atau ahli keluarga dengan basikal, motosikal

atau kereta.

Sebahagian kecil yang berjalan kaki. Kebanyakan mereka adalah anak-anak

pekebun, kontraktor kecil, pekerja kilang dan sebahagian kecil anak kaki tangan

kerajaan seperti guru, kerani dan pegawai polis. Oleh itu tahap I.Q mereka juga

berbeza mengikut gaya belajar di rumah dan cara didikan ibu bapa mereka. Dari

pemerhatian di dapati, mereka kurang mendapat pendedahan mengenai Sains

dan kurang bahan-bahan bacaan ini di rumah, mereka nampaknya amat

berminat untuk mempelajari subjek ini, terutama apabila sering menunjukkan

media dan bahan yang dapat menarik minat mereka contohnya pengunaan

tayangan LCD.

Penggunaan Komputer dalam pengajaran dan kad-kad gambar serta benda-

benda maujud. Oleh kerana mereka kurang atau tidak memahami istilah Sains

Page 4: Reka Bentuk Pengajaran Assure Addie

dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya, maka pembelajaran dengan memberikan

contoh-contoh yang banyak perlu bagi memahamkan mereka.

b. Mengenalpasti ciri-ciri kompentensi khusus peringkat masuk (specific entry

characteristics)

Dari analisis, 60% sahaja murid –murid dapat memahami istilah sains dalam

Bahasa Inggeris.Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran perlu

diaplikasikan supaya murid-murid cepat menguasai istilah –istilah ini yang

secara tidak langsung membantunya menguasai subjejk Sains. Kompentensi

khusus peringkat masuk ini adalah peringkat untuk mengetahui tahap

pengetahuan sedia ada murid. Walaupun menyedari sebahagian besar murid

telah mengetahui akan istilah-istilah asas. Namun perlu diuji tahap ingatan

mereka terhadap bebertapa istilah yang menjadi kunci bagi sesuatu ujikaji.

Aspek ini amat penting dalam menentukan kebolehan murid memahami isi

pelajaran seterusnya kerana setiap murid memiliki tahap pengetahuan sedia ada

yang berbeza mengikut tajuk pelajaran yang berbeza.

c. Stail / Gaya pembelajaran

Ini merujuk kepada bagaimana seseorang itu, berinteraksi, dan bertindakbalas

dengan persekitaran. Dunn and Dunn (1992) telah membina satu instrumen

piawai mengukur stail pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang

digemari oleh seseorang. Dari pemerhatian, didapati bahawa 45% murid adalah

merupakan pelajar kinestatik, 20% adalah pelajar Visual dan 35% adalah pelajar

Auditori. Cara mereka berinteraksi dan bertindakbalas terhadap isi pelajaran

juga berbeza di antara murid. Namun apa yang pasti ialah semua murid seronok

belajar dan amat berminat dengan pengajaran yang disampaikan menggunakan

kaedah dan bahan-bahan pengajaran yang menarik. Stail ini memberi kesan

yang besar kepada murid ketika belajar melalui pelbagai kaedah dan media

Page 5: Reka Bentuk Pengajaran Assure Addie

2. Nyatakan Objektif Pengajaran Secara Khusus

Objektif Pengajaran merupakan tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh

pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.Pada akhir pembelajaran, murid

akan dapat;

Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga daripada lima haiwan dan

tumbuhan yang mengalami kepupusan dengan tepat.

Memberikan sekurang-kurangnya satu sebab berlakunya kepupusan

haiwan dan tumbuhan dengan betul.

Menggunakan perisian MS Word untuk memuat data-data berkaitan

haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang mengalami kepupusan dari internet

dengan tepat.

Berkongsi maklumat dengan murid-murid lain berkaitan data yang

diperolehi dari internet dengan betul.

Menjawab sekurang-kurang tiga soalan di lembaran kerja dengan betul

dalam MS Word.

a. Objektif pengajaran mesti mengandungi elemen-elemen yang penting iaitu

i. Tingkah laku, iaitu kebolehan yang murid oleh capai seperti murid akan

berasa gembira, ceria, boleh bekerjasama sesama ahli kumpulan, dan

menunjukkan minat yang bersungguh-sungguh terhadap semua aktiviti yang

dirancang di sepanjang pengajaran nanti.

ii. Situasi, keadaan atau had-had di mana sesuatu tingkah laku akan

dilakukan. Ini bermaksud bahawa bahan-bahan yang akan digunakan nanti

adalah menarik. Persekitaran di makmal komputer yang kondusif dan sesuai

bagi murid. Masa yang diberikan untuk murid-murid mengikut arahan dan

melaksanakan semua aktiviti yang dirancang adalah mencukupi untuk mencapai

objektif pengajaran di akhir pengajaran nanti.

Page 6: Reka Bentuk Pengajaran Assure Addie

iii. Kriteria yang menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang perlu

murid capai telah nyatakan dengan jelas

3. Pilih Kaedah, Media dan Bahan.

i. Kaedah yang biasa digunakan iaitu kaedah sumbangansaran , kuliah dan

perbincangan.. Murid boleh mengakses maklumat dan mencari jawapan melalui

internet dan membuat persembahan atau laporan dalam bentuk persembahan

elektronik dan pemprosessan perkataan. Mereka akan berasa seronok belajar

disebabkan penggunaan media yang menarik dan beranimasi, sesuai dengan

jiwa murid-murid sekolah rendah.

ii. Bahan-bahan media yang digunakan di sini adalah terdiri daripada dua jenis

iaitu :

1. Bahan yang telah tersedia untuk diakses di dalam internet iaitu melalui

penggunaan Komputer. yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malysia,

Bahan-bahan yang diakses dari internet ini amat menarik sekali dan murid-murid

memang tertarik dengan penayangan bahan pengajaran dalam bentuk animasi.

Faktor ini tentu sekali dapat merangsang minat murid-murid untuk belajar.

Penggunaan media ini dapat menggalakkan penglibatan murid lebih aktif dan

bererti.

2. Bahan yang lain ialah gambar dan model juga digunakan bagi membantu

proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta lebih menyeronokkan

lagi.

4. Gunakan alat / bahan pengajaran

Penggunaan media dan bahan pengajaran adalah fasa yang amat kritikal kerana

secanggih manapun media yang dihasilkan, ia akan memberi kesan sama ada

yang positif atau yang negative terhadap pembelajaran. Seperti biasa, sebelum

memulakan pengajaran, perkara berikut perlu dilakukan:

Page 7: Reka Bentuk Pengajaran Assure Addie

a. Lihat dahulu bahan-bahan yang terdapat dalam internet menerusi beberapa

alamat yang bersesuaian untuk digunakan..

b. Menyediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan

yang diperlukan di dalam makmal itu nanti.

c. Menyediakan persekitaran tempat belajar yang kondusif dan selesa.

d. Menyediakan soalan-soalan dalam MS Word.

e. Memastikan sistem rangkaian dan internet berfungsi dengan baik.

5. Libatkan murid

Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu

dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan,

perbincangan, kuiz, projek, dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan serta merta

diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner )

6. Nilai dan semak semula bahan dan kaedah

Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan

bahan media dan kaedah itu secara menyeluruh harus dijalankan. Penilaian

dibuat untuk menentukan samada objektif pengajaran tercapai atau tidak

tercapai. Penilaian ini melibatkan aspek seperti pencapaian pelajar, menilai

media dan kaedah pengajaran guru. Penilaian ini boleh dijalankan dengan

menggunakan instrumen seperti temubual, soal selidik dan senarai semak

Page 8: Reka Bentuk Pengajaran Assure Addie

MODEL ADDIE

Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Ia mengandungi lima

peringkat iaitu:

Analisa (Analysis)

Reka Bentuk (Design)

Pembangunan (Development)

Perlaksanaan (Implementation)

Penilaian (Evaluation)Rajah : Model ADDIE

Analisis

Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran

pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran.

Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :

Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?

Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan

Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?

Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?

Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran

bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang

sebenarnya.

Page 9: Reka Bentuk Pengajaran Assure Addie

Reka bentuk

Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah :

Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan

strategi rekabentuk

Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh

pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor.

Membangunkan papan cerita

Mereka bentuk antara muka

Membangunkan prototaip

Menggunakan reka bentuk visual

Pembangunan

Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi

keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten

dan dapat beroperasi dengan berkesan.

Pelaksanaan

Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar

bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku.

Sekiranya berlaku kesilapan, penambahbaikan akan dilakukan sebelum ia

diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.

Page 10: Reka Bentuk Pengajaran Assure Addie

Penilaian

Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif

merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif pula hanya

melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan

maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia

melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian.

Aktiviti

Merujuk kepada satu tajuk pengajaran, tuliskan objektif pengajaran berdasarkan

kepada elemen yang telah dipelajari dalam modul di atas. Nyatakan mengapa

objektif amat penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dicapai secara berkesan.

Rumusan

Sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa memikirkan bagaimana hendak

merancang suatu pengajaran yang berkesan. Oleh itu seorang guru perlulah

memahami dan boleh memilih model rekabentuk pengajaran yang tepat untuk

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah di samping

perkara-perkara yang berkaitan kecekapan bidang, kepelbagaian kaedah

mengajar, penglibatan kaedah mengajar dalam pengajaran, enthusiasm serta

susunan kejelasan. Selain itu, seorang guru itu mestilah memahami prinsip

pengajaran dan pembelajaran, kurikulum sekolah, pelaksanaan kurikulum

(Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan) dan persediaan

mengajar, Semua aspek ini penting bagi mencapai kecemerlangan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.