report iznieee terkini

Upload: whites-petals

Post on 07-Apr-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    1/37

    PENGHARGAAN

    Assalamualaikum.

    Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, syukur ke hadrat Illahi akhirnya saya berjaya

    menyiapkan laporan bagi latihan amali yang telah saya jalani selama empat bulan bermula 01

    Jun 2011 hingga 30 September 2011 di Abd Halim KPTan & Co. Terlebih dahulu saya ingin

    mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bidang perakaunan iaitu Puan Sarimah bt.

    Ahmad, Puan Noor Azlin bt. Kassim dan Puan Nurul Aini bt. Md Rais kerana memberi tunjuk

    ajar kepada saya dan rakan-rakan sepanjang pembelajaran kami serta tidak jemu memberi

    pendapat dan komen membina kepada kami semua.

    Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada Encik Abd Halim Husin selaku

    pengurus firma kerana telah memberi peluang kepada saya menjalani latihan amali di firma

    tersebut. Tidak lupa juga rakan-rakan sekerja yang banyak membantu saya semasa menjalankan

    latihan amali di firma tersebut. Tidak ketinggalan ibu bapa saya dan keluarga kerana banyak

    memberi sokongan dan dorongan yang padu dan juga rakan-rakan yang sudi bertukar pandangan

    serta menyalurkan informasi yang berguna bagi mempermudahkan lagi untuk saya menyiapkan

    laporan ini. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    2/37

    ABSTRAK

    Bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Diploma Perakaunan, pelajar semester enam

    bagi Diploma Perakaunan, Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan, Kolej Universiti Islam

    Melaka diwajibkan menjalani latihan amali selama empat bulan. Latihan amali ini amat berguna

    bagi setiap pelajar agar dapat menimba pengalaman merasai keadaan alam pekerjaan sebenar

    dengan mengharungi pelbagai kerenah majikan dan pekerja-pekerja lain. Sepanjang menjalani

    latihan amali, kita perlu menunjukkan sikap yang baik bagi memudahkan kita berurusan dengan

    pelbagai pihak sama ada dengan kakitangan firma mahupun dengan pelanggan.

    Abd Halim KPTan & CO merupakan sebuah firma yang menyediakan perkhidmatan

    professional seperti kesetiausahaan, perakaunan, pengauditan dan percukaian. Firma ini

    ditubuhkan pada 11 Januari 2000 di Melaka Raya dan nama firma ini diletakkan sempena nama

    pengasasnya iaitu En Abd Halim bin Husin dan Lawrence Tan Koon Peng. Firma ini juga

    membantu dan membimbing pelanggan dalam menyedarkan mereka tentang potensi di dalam

    syarikat. Selain itu, firma ini membantu pelanggan dalam perancangan perniagaan, pengambil

    alihan, ramalan dan bajet bagi sesebuah syarikat.

    Abd Halim KPTan & CO merancang dan mensasarkan pertumbuhan untuk menjadikan

    firma ini sebagai sebuah firma Akauntan Bertauliah nombor satu di Malaysia. Dalam mencapai

    sasaran tersebut, Abd Halim KPTan & CO telah membuka pejabat di Kuala Lumpur dam

    memulakan usahasama dengan firma perakaunan bertauliah dan perundingan lain yang mana

    memberi kekuatan dalam mengumpul sumber dan mempelbagaikan lokasi untuk merebut

    peluang yang dibuka dalam pasaran Malaysia dan juga memberi saingan yang kuat pada firma

    asing di dalam Malaysia. Selain daripada itu, En Halim juga sentiasa turun padang bagi

    memantau perkembangan firma yang lain dan bagi memastikan semua polisi dan pengurusan

    firma lain berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    3/37

    Di dalam laporan ini terdapat maklumat berkaitan latihan amali yang firma Abd Halim

    KPTan & CO. Firma ini banyak mengajar dan memberi pengetahuan tentang bagaimana cara

    membuat akaun menggunakan perisian yang disediakan. Melalui pembelajaran di pengajian

    tinggi, kita hanya diterangkan secara teori, manakala dalam latihan amali ini akan menerangkan

    bagaimana akaun disiapkan mengikut turutan dan langkah-langkah dengan menggunakan

    dokumen-dokumen pelanggan dengan betul dan tepat. Di firma ini juga pelajar dapat

    mempelajari bagaimana sistem merekod data berkaitan penyata kewangan dihasilkan kemas,

    tepat dan sempurna. Disamping itu, dalam laporan ini juga ada menerangkan mengenai

    kepentingan sesebuah firma terhadap aktiviti sesebuah perniagaan itu.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    4/37

    PENGENALAN

    1.1 OBJEKTIF LATIHAN AMALI

    Latihan amali dilaksanakan bersandarkan beberapa objektif. Latihan amali diperkenalkan

    kepada pelajar yang mengambil Diploma Perakaunan Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan

    di Kolej Universiti Islam Melaka untuk membolehkan para pelajar mendapat pengalaman latihan

    sesuai dengan kursus yang diambil. Latihan amali ini memberi gambaran tentang kerjaya pelajar

    di masa hadapan. Ia memberi peluang yang lebih baik kepada pelajar bagi mendapatkan

    pekerjaan selepas tamat pengajian. Selain itu, dengan menjalani latihan amali ini juga, pelajar

    dapat melihat realiti alam pekerjaan dan membolehkan pelajar memberikan sumbangan dalam

    membantu organisasi mencapai kecekapan dan kejayaan.

    Objektif lain ialah latihan amali yang diadakan dapat membentuk sahsiah pelajar yang

    baik dan juga berdisiplin serta membolehkan para pelajar melihat sendiri alam sesebuah

    pekerjaan. Selain daripada itu, latihan amali ini memberikan peluang yang lebih cerah kepada

    pelajar untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Dengan ini, latihan amali yang

    diadakan dapat membantu para pelajar meningkatkan tahap keyakinan dalam diri masing-masing

    dan berani dalam menghadapi segala cabaran yang datang. Kebolehan-kebolehan yang

    terpendam di dalam diri setiap pelajar juga dapat dicungkil dan diasah. Secara tidak langsung,

    para pelajar dapat memperkembangkan lagi bakat yang telah sedia ada serta melahirkan idea-

    idea yang baru di mana ianya boleh di terima pakai dalam memajukan diri sendiri serta sesebuah

    organisasi.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    5/37

    1.2 AKTIVITI SEPANJANG LATIHAN AMALI

    Latihan amali ini berlangsung selama empat bulan bermula dari 4 Disember 2010 hingga

    31 Mac 2011 di firma audit bertempat di Abd Halim KPTan & Co, Melaka.Saya ditempatkan

    di bahagian perakaunan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah salah satu daripada

    perkhidmatan yang disediakan oleh firma ini iaitu perakaunan. Antara aktiviti perakaunan yang

    dilakukan ialah pelajar diberi peluang untuk memasukkan data ke dalam Penyata Untung Rugi

    dan Penyata Kunci KiraKira untuk sesebuah syarikat tahun berakhir pada 31 Disember 2010.

    Disamping itu juga kerja perakaunan seperti lejar perbelanjaan, lejar pendapatan dan lejar

    belian juga perlu direkodkan supaya kerja perakaunan di atas dapat dikenal pasti dengan lebih

    mudah. Pelajar juga mempelajari bagaimana hendak membuat rumusan kepada perbelanjaan,

    pendapatan dan juga belian untuk mendapatkan jumlah amaun yang tepat. Kerja-kerja merekod

    dan memasukkan data menggunakan sistem UBS dan juga Microsoft Excel. Kadang kala pelajar

    dibawa keluar pejabat untuk bertemu pelanggan untuk mendapatkan maklumat dan juga

    dokumen.

    Manakala dibahagian kesetiausahaan pula pelajar diberi peluang untuk melakukan sedikit

    kerja kesetiausahaan seperti fotostat dokumen, mengfaks dokumen, dan menghubungi

    pelanggan. Selain itu, firma ini juga meyediakan perkhidmatan audit dan percukaian. Namun,

    pelajar tidak berpeluang melakukan kerja audit dan percukaian.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    6/37

    LATAR BELAKANG FIRMA

    2.1 RINGKASAN EKSEKUTIF

    Abd Halim KPTan & CO merupakan sebuah firma perakaunan yang bertauliah di

    Melaka. Ia ditubuhkan pada 11 Januari 2000 setelah mendapat kelulusan daripada Malaysian

    Institute of Accountants (MIA) bernombor AF1307. Nama firma ini adalah sempena nama

    pengasasnya iaitu Abd Halim bin Husin dan juga rakan kongsinya iaitu Lawrence Tan KoonPeng yang merupakan akauntan bertauliah Malaysia. Firma ini merupakan syarikat perkongsian

    antara Abd Halim Husin dengan Lawrence Tan Koon Peng. Firma ini terletak di No 8-1, Jalan

    Melaka Raya 35. Pada awalnya, firma ini dinamakan sebagai Abd Halim & CO pada Oktober

    2000. Pada tahun 2001 pula, firma ini dikenali sebagai KPTan Halim & CO yang beroperasi di

    Kompleks Munshi Abdullah. Manakala pada tahun 2006 hingga 2009 firma ini dikenali sebagai

    Abd Halim KPTan & CO dan pada Januari 2010, namanya telah ditukar kepada AA Associates

    namun masih dikenali dengan nama Abd Halim KPTan & CO.

    Firma ini menawarkan perkhidmatan yang merangkumi khidmat professional sepeti

    kesetiausahaan, perakaunan, pengauditan dan percukaian yang mana perkhidmatan ini adalah

    memenuhi keperluan untuk sesebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.

    Selain itu, firma ini membantu dan membimbing pelanggan dalam menyedarkan mereka tentang

    potensi di dalam perniagaan. Firma ini juga membantu pelanggan dalam perancangan

    perniagaan, pengambil alihan, ramalan dan bajet bagi sesebuah syarikat.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    7/37

    2.2 CARTA ORGANISASI ABD HALIM KPTAN & CO

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    8/37

    2.3 MAKLUMAT PERIBADI PENGURUS BESAR

    Nama penuh : Abd Halim bin Husin

    Umur : 39 tahun

    Pendidikan : 2010 Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan.

    2008 Certified Practising Accountants, Australia.

    1998 Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan,Irish Business School,

    Dublin.

    1993 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (kepujian), Universiti Islam

    Antarabangsa, Malaysia.

    1990 Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

    1989 Sijil Pelajaran Malaysia, gred A dengan 10 Agregat.

    Keahlian Professional : Certified Practising Accountants Ahli.

    Institute for Professional Financial Managers, UK Ahli.

    Malaysian Institute of Accountants Akauntan bertauliah.

    Malaysian Institute of Management Ahli.

    Chartered Institute of Malaysia Taxation Ahli.

    Pengalaman kerja :

    Sekarang : AA Associates, Akauntan bertauliah - Pengurus Perkongsian.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    9/37

    CAS International Rakan kongsi perniagaan.

    2000 : Multee Diversified Sdn Bhd Pengarah Eksekutif.

    1997 - 2000 : KPMG, Akauntan bertauliah Pengurus Audit.

    1997 : Siemens Components Sdn Bhd Eksekutif Kewangan.

    1993 - 1997 : KPMG Peat Marwick, Akauntan bertauliah Pembantu Audit.

    1992 : Zainal & Co, Akauntan bertauliah Pelatih audit.

    Pencapaian :

    1997 : Tun Razak Youth Leadership Award, Malaysian Institute of

    Management and Kondrad Adenuer Foundation, Germany.

    1992 : Anugerah Perniagaan Terbaik, Kementerian Pendidikan

    Malaysia.

    1992 : Kumpulan Terbaik Tahunan, Universiti Islam Antarabangsa,

    Malaysia.

    1990 : Anugerah Dekan, Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa,

    Malaysia.

    1989 : Lambang Warna Separuh, Anugerah Sukan Terbaik Melaka.

    1988 : Pelajar Terbaik Keseluruhan, Sekolah Muzaffar Syah.

    .

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    10/37

    KESETIAUSAHAAN

    3.1 PENGENALAN

    Dalam sesuatu penubuhan syarikat, setiausaha merupakan antara orang yang terpenting di

    mana antara bidang tugas seorang setiausaha itu adalah untuk membantu seseorang pemilik

    perniagaan dalam mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan sesuatu perniagaan

    itu. Kedudukan setiausaha syarikat telah berubah daripada hanya menjadi seorang pekerja biasa

    kepada seorang yang jauh lebih penting dalam sesuatu syarikat berikutan perkembangan

    perundangan syarikat yang semakin kompleks dan pembentukan usahasama perniagaan menjadi

    kumpulan syarikat yang lebih besar. Pada masa ini, setiausaha syarikat merupakan seorang

    pegawai syarikat yang diiktiraf dengan tanggungjawab yang lebih berat dan dengan kuasa yang

    lebih besar yang menuntut kepada tingkah laku beretika di kalangan setiausaha syarikat pada

    setiap masa. Jawatan setiausaha juga merupakan salah satu bidang kerja professional.

    Peranan setiausaha ialah mengatur dan menguruskan perkara-perkara yang perlu

    dilakukan oleh seorang pengarah atau pengurus sesuatu perniagaan itu. Setiausaha juga perlu

    memastikan segala urusan syarikat berada dalam keadaan teratur dan bersistematik. Syarikat

    yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dikehendaki mempunyai seorang atau lebih

    setiausaha syarikat seperti yang terkandung dalam seksyen 139, Akta Syarikat 1965 kerana

    setiausaha syarikat merupakan orang yang bertanggungjawab untuk memastikan sesuatu syarikat

    atau perniagaan itu mematuhi semua peruntukan yang dikeluarkan melalui Akta Syarikat 1965.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    11/37

    3.2 PERANAN SETIAUSAHA SYARIKAT

    Setiausaha syarikat di Malaysia berperanan sebagai penasihat kepada lembaga pengarah

    tentang tadbir urus korporat. Seharusnya setiausaha syarikat ini memainkan peranan yang lebih

    proaktif dan bertanggungjawab dalam menyuburkan amalan tadbir urus korporat yang kukuh

    bagi syarikat awam. Setiausaha syarikat tidak mengambil bahagian dalam membuat keputusan

    walaupun mereka duduk sebaris dengan ahli lembaga pengarah. Tugasnya banyak membabitkan

    catatan minit mesyuarat. Mereka juga memberi nasihat mengenai prosedur mesyuarat, peraturan

    dan undang-undang yang perlu dipatuhi ahli lembaga pengarah dalam menjalankan tugas.

    Tugas setiausaha yang lain ialah memastikan kesemua rekod para pemegang saham dan

    pengarah serta rekod syarikat termasuk keputusan yang dibuat dalam mesyuarat syarikat dikemas

    kini selari dengan pematuhan terhadap peraturan perundangan. Bagi syarikat yang menyediakan

    perkhidmatan setiausaha syarikat, peranan lain setiausaha syarikat ialah menguruskan hal-hal

    berkaitan dengan sesuatu perniagaan itu, bukan setakat penyediaan notis dan minit mesyuarat

    sahaja. Peranan setiausaha termasuklah menyediakan dan menyerahkan kepada pejabat

    Pendaftaran Syarikat beberapa dokumen seperti penyata tahunan dan borang 49 iaitu butiran

    mengenai pengarah, pengurus dan setiausaha. Selain itu juga, membantu pelanggan yang ingin

    memulakan perniagaan seperti mencari nama yang sesuai untuk syarikat, pendaftaran syarikat

    dan juga menyediakan laporan dan analisis berdasarkan rekod dan maklumat yang terdapat diPejabat Pendaftaran Perniagaan atau di Pejabat Pendaftaran Syarikat merupakan peranan

    setiausaha syarikat.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    12/37

    3.3 PENUBUHAN SYARIKAT

    1) Carian Nama Syarikat

    Pelanggan memberi cadangan nama syarikat sekurang-kurangnya 3 nama. Penghantaran dokumen carian nama iaitu Borang 13A ke SSM. Kelulusan nama syarikat akan diberi dalam masa minima 3 hari.

    2) Penyediaan Dokumen Syarikat

    Borang 48A : Sekurang-kurangnya 2 orang pengarah diperlukan. M & A : Penyediaan M & A syarikat Borang 24 : Maklumat Pemegang Saham Kelulusan dan Borang 9 akan diterima selepas 5 hari dari SSM.

    3.4 PEMBELIAN SYARIKAT SIAP

    1) Tempahan Nama Syarikat

    Pelanggan memilih syarikat yang ingin dibeli dari senarai yang telah diberi.2) Penyediaan Dokumen Syarikat

    Borang 48A : Sekurang-kurangnya 2 orang pengarah.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    13/37

    Borang 32A : Pemindahan saham perlu di matikan setem. Resolusi Perlantikan Pengarah Baru dan Peletakkan Jawatan Pengarah Lama. Resolusi Perlantikan Setiausaha Baru Syarikat dan Peletakkan Jawatan Setiausaha

    Syarikat Lama.

    Hantar ke SSM untuk dikemaskini.

    3.5 PERKHIDMATAN KESETIAUSAHAAN SYARIKAT DAN PENGURUSAN

    SYARIKAT

    Setiausaha Syarikat Berlesen Pendaftaran Syarikat Baru (Sendirian Berhad) Penjualan Syarikat Tersedia (Sendirian Berhad) Perkhidmatan Alamat Pejabat Berdaftar Syarikat Pembubaran Syarikat Carian Nama Syarikat & Perniagaan Penempahan Buku Berkanun Syarikat Pendaftaran Syarikat Asing & Agen Syarikat Asing Di Malaysia Khidmat Mendapatkan Maklumat Syarikat (ROC) & Perniagaan. Salinan ekstrak dokumen-dokumen Syarikat (ROC) & Perniagaan. Salinan dokumen syarikat & perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Salinan dokumen yang disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perakaunan, Audit & Percukaian Korporat & Individu.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    14/37

    Perkhidmatan Am berkaitan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

    PERAKAUNAN

    4.1 PENGENALAN

    Perakaunan merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh pihak firma untuk

    menyediakan laporan kewangan berkaitan operasi sesebuah perniagaan sebelum ianya

    diauditkan. Perakaunan termasuklah merekod urusniaga secara tepat dan sistematik. Pemegang

    saham dapat mengetahui kedudukan kewangan syarikat yang meliputi kedudukan aset, liabiliti,

    untung rugi dan prospek syarikat melalui akaun yang disediakan dengan sempurna. Sebelum

    memulakan tugasan, penyelia memberikan serba sedikit penerangan yang penting di mana ia

    perlu digunakan dalam melakukan tugasan tersebut.

    Fungsi perakaunan ialah mengawal segala kegiatan seharian sesuatu perniagaan yang

    melibatkan proses urusniaga kewangan sesuatu perniagaan. Mencatat, menjenis, meringkas dan

    mentafsir urusniaga sesuatu perniagaan itu merupakan cara yang berkesan untuk mengawal

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    15/37

    kegiatan atau urusniaga sesuatu perniagaan. Penyediaan sistem perakaunan yang mudah,

    bersistematik dan sempurna dapat menjimatkan masa dan tenaga dalam mengendalikan

    pengurusan perniagaan seharian. Selain itu, dengan meneliti rekod-rekod perbelanjaan dan hasil

    sesuatu perniagaan itu, ia dapat menunjukkan sama ada perniagaan memperolehi keuntungan

    atau sebaliknya.

    Dengan merujuk kepada rekod-rekod aset yang dimiliki dan senarai penghutang dan

    pemiutangnya, kedudukan atau prestasi perniagaan juga dapat dipastikan. Laporan kewangan

    merangkumi perkara-perkara seperti Penyata Kewangan atau Akaun Untung Rugi dan Kunci

    Kira-kira. Pihak pengurusan akan dapat membaiki kesilapan dan kelemahan perniagaan mereka

    dengan meneliti rapi semua rekod perakaunan.

    4.2 PENYEDIAAN LAPORAN KEWANGAN

    Laporan kewangan dapat memberikan maklumat yang tepat mengenai kedudukan

    kewangan perniagaan sekiranya segala urusan yang berkaitan perniagaan direkodkan dengan

    betul di dalam buku rekod yang sesuai. Langkah ini boleh dilakukan dengan mengikut tatacara

    mencatat sesuatu perakaunan yang betul seperti berikut. Untuk membuktikan sesuatu urusniaga

    telah berlaku, setiap urusniaga yang berlaku hendaklah di rekod terlebih dahulu di dalam

    dokumen-dokumen kewangan. Kemudian, urusniaga yang telah dicatat atau direkod hendaklah

    dipindahkan ke buku-buku yang sesuai iaitu jurnal dan lejar. Laporan kewangan sesuatu

    perniagaan itu mudah untuk disediakan dengan merujuk kepada jurnal, lejar dan beberapa

    maklumat atau dokumen yang lain. Terdapat beberapa dokumen yang penting yang perlu ada

    untuk melancarkan tugasan sebelum memulakan kerja-kerja merekod. Kerja-kerja merekod tidak

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    16/37

    mungkin dapat dilakukan dan ia akan menyebabkan kerja merekod tergendala jika dokumen

    tersebut tiada atau tidak lengkap.

    Maklumat atau dokumen yang diperlukan untuk menyediakan sesuatu akaun adalah

    seperti berikut :

    Salinan Slip Bank Invois Baucer Pembayaran Penyata Bank Nota Serahan Nota Debit dan Kredit Penyata Akaun Pemiutang

    Dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

    4.3 PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PERAKAUNAN

    Penggunaan komputer dalam bidang perakaunan kian mendapat perhatian dalam sektor

    syarikat. Komputer dapat melakukan kerja pengiraan yang berulang-ulang dalam perakaunan

    dengan mudah, cepat dan berkesan. Selain dapat menyelesaikan kerja dengan cepat, penggunaan

    komputer juga dapat memberi hasil yang tepat. Komputer memainkan peranan yang penting

    dalam hampir semua bidang perniagaan pada masa ini.

    Fungsi berikut boleh dilakukan secara automatik dalam masa yang singkat dan tepat :

    Membuat catatan dalam jurnal Pengeposan dari jurnal ke lejar Menyediakan catatan penutup dalam jurnal dan lejar

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    17/37

    Mengira jumlah dan baki setiap akaun Menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira- kira Menyediakan imbangan duga sebelum dan selepas pelarasan

    Dokumen perniagaan dan laporan perakaunan berikut boleh dicetak secara automatik :

    invois jualan penyata akaun lembaran kerja penyata gaji penyata kewangan

    Terdapat juga kelemahan penggunaan komputer dalam perakaunan. Antara kelemahannya :

    Perisian anti-virus diperlukan bagi komputer yang menggunakan akaunperniagaaan.

    Nota dan rekod perakaunan yang telah disediakan mungkin hilang ataudirosakkan oleh virus.

    Kecuaian manusia masih boleh berlaku semasa memasukkan data di dalamkomputer.

    Kitaran perakaunan secara manual dan perakaunan menggunakan komputer :

    Perakaunan secara manual :

    Perakaunan menggunakan komputer :

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    18/37

    Ciri- ciri

    Perbandingan

    Perakaunan Secara Manual Perakaunan Berkomputer

    1) Masa Pemprosesan

    Maklumat PerniagaanTerkini

    Tidak dapat dihasilkan serta-

    merta kerana akaun biasanyatidak dikemaskini setiap hari.

    Proses mengemaskini maklumat

    secara manual memakan masa

    yang panjang.

    Dapat menjimatkan masa

    pemprosesan dan data dapatdikeluarkan pada bila-bila

    sahaja diperlukan kerana

    maklumat perniagaan

    dimasukkan ke dalam komputer

    dari masa ke semasa setelah

    dokumen berkenaan diterima.

    2) Penyediaan Akaun Semua arahan pemprosesan

    diberi secara lisan atau bertulis.

    Rumit kerana banyak kerja

    menulis, memindah maklumat

    dari jenis dokumen ke sejenis

    dokumen yang lain. Semua

    dokumen seperti resit, cek dan

    sebagainya diisi atau ditulis

    dengan tangan. Pelbagai

    kesilapan boleh berlaku kerana

    Mudah dan pantas kerana

    program telah diaturcarakan.

    Pengiraan dan pemindahan

    dilakukan secara automatik oleh

    komputer. Penyemakan

    ketepatan data juga dilakukan

    oleh komputer. Selain itu,

    dokumen seperti resit, invois

    dan sebagainya boleh

    dikeluarkan secara langsung

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    19/37

    kerja memproses data yang

    banyak dan berulang

    dikendalikan oleh manusia.

    dari mesin cetak.

    3) Kos Penyediaan Kos rendah. Kos tinggi kerana melibatkan

    pembelian komputer dan

    pekerja terlatih.

    4) Laporan Perniagaan Mengambil masa yang panjang

    untuk dikeluarkan dan tertakluk

    kepada kesalahan pengiraan

    yang tinggi.

    Persembahan grafik yang

    menarik dapat memberi kesan

    yang lebih baik. Dapat

    dihasilkan dalam masa yang

    singkat, tepat dan lengkap.

    5) Pindaan Maklumat. Pindaan yang perlu dibuat ke

    atas kesilapan yang dikesan

    memakan masa yang panjang.

    Pindaaan dapat dibuat melalui

    komputer.

    6) Media penyimpanan

    maklumat.

    Buku akaun yang tebal seperti

    jurnal, buku tunai dan lejar

    digunakan.

    Media eletronik seperti disket,

    cakera optikal, katrij atau

    memori komputer digunakan.

    4.4 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PERAKAUNAN

    Langkah yang harus dilakukan ialah :

    Merekod penyata bank dan slip bank diberikan oleh pelanggan digunakan untukmenyediakan penyesuaian bank dengan menggunakan perisian user business system

    (UBS) untuk memastikan nilai cek dan tunai yang diterima atau dikeluarkan adalah betul

    dan sama dengan baucer yang telah disediakan.

    Invois pula digunakan untuk merekod jualan kredit atau belian kredit yang dilakukansepanjang tahun perakaunan tersebut.

    Setelah merekod penyata bank, kemudian rekod pula baucer pembayaran. Baucerpembayaran merupakan dokumen yang penting bagi menyatakan perbelanjaan syarikat

    tersebut adalah perbelanjaan operasi atau perbelanjaan pentadbiran. Kesemua ini

    hendaklah dibuat dengan teliti bersesuaian dengan lejar am.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    20/37

    Setelah selesai merekod kesemua baucer pembayaran, harus dipastikan bahawa nilai cekdan tunai yang diterima atau dikeluarkan dalam penyata bank adalah sama dengan baucer

    pembayaran yang dikeluarkan. Kemudian, semakan hendaklah dilakukan dengan teliti.

    Selain itu, segala pembelian asset tetap untuk perniagaan tersebut akan direkodkan untukmendapatkan nilai buku bersih. Setelah aset tersebut selesai direkodkan, saya harus

    menyemak akaun penyata pendapatan, kunci kira-kira dan imbangan duga untuk

    memastikan sama ada imbang atau tidak imbang. Jika sistem menunjukkan akaun tidak

    imbang, semak baucer pembayaran dan resit-resit yang diberikan. Jika kesemua akaun

    tersebut imbang, maka nilai-nilai di dalam akaun tersebut akan dimasukkan ke dalam

    laporan akaun sebelum diserahkan kepada pihak audit.

    Akhir sekali, setelah selesai membuat akaun-akaun tersebut dan penyelia akan membuatsemakan dengan teliti supaya tidak akan menimbulkan masalah apabila dihantarkan ke

    bahagian audit. Selain itu, jika berlaku kesalahan pada akaun akan menyukarkan

    bahagian audit untuk membuat kerja-kerja pengauditan dan terpaksa bergantung pada

    maklumat perakaunan untuk menjalankan pengauditan ke atas semua akaun tersebut.

    AUDIT

    5.1 PENGENALAN

    Konsep-konsep audit merupakan asas untuk mewujudkan pengauditan yang bebas.

    Kebebasan dan kebolehan merupakan dua keperluan utama yang perlu sentiasa wujud dalam

    firma ini selaras dengan tanggungjawab juruaudit terhadap audit penyata kewangan. Untuk

    membolehkan seorang juruaudit membuat kesimpulan tanpa berat sebelah tentang penyata

    kewangan, kebebasan sangat penting yang perlu ada pada juruaudit. Kebolehannya pulamembolehkan juruaudit menjalankan kerjaya dengan cekap dan berkesan. Untuk melahirkan

    keyakinan kepada pengguna penyata kewangan untuk mempercayai dan menggunakan maklumat

    dalam penyata tersebut, kedua-dua sifat kebebasan dan kebolehan ini sangat penting.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    21/37

    Audit merupakan satu proses penyemakan buku-buku dan akaun-akaun sesuatu

    perniagaan yang membolehkan juruaudit itu menyimpulkan pendapat samada ia berpuas hati

    atau tidak dengan lembaran imbangan dan akaun untungrugi yang telah disemak olehnya.

    Lembaran akaun untung rugi hendaklah disediakan mengikut butir-butir penerangan dan

    penjelasan yang diterima sebelum ia boleh disahkan. Manakala lembaran imbangan itu

    hendaklah benar dan adil atau dengan lain perkataan ia memaparkan kedudukan kewangan yang

    tepat. Sekiranya ada butir-butir maklumat yang ditemui tidak memuaskan, juruaudit hendaklah

    melaporkan dan mendapatkan maklumat mengenai perkara-perkara tersebut.

    5.2 TUJUAN UTAMA SESUATU AUDIT

    Tujuan utama audit itu ialah bagi menentukan bahawa lembaran imbangan dan akaun

    untungrugi sesuatu organisasi perniagaan itu adalah menunjukkan kedudukan kewangan dan

    pendapatan yang sebenarnya dan akaun-akaun itu disediakan mengikut organisasi. Merancang,

    menyusun, memimpin dan mengawal kerja pengauditan yang dilakukan oleh para pembantu

    audit merupakan fungsi firma audit. Rakan kongsi pula bertanggungjawab terhadap keseluruhan

    audit selain perlu memberikan pendapat audit untuk memenuhi keperluan para pelanggan

    mendapatkan perkhidmatan dalam bidang pengauditan. Firma ini sentiasa memerlukan

    kerjasama daripada firma lain untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan cukai,

    kesetiausahaan dan akaun.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    22/37

    Firma ini diketuai oleh seorang pengurus audit yang bertanggungjawab merancang,

    menyusun, memimpin dan mengawal kerja pengauditan yang dilakukan oleh para pembantu

    audit. Firma ini juga mempunyai rakan kongsi yang bertanggungjawab terhadap kelicinan audit

    dan melahirkan pendapat audit. Proses mengesan penipuan dan kesilapan adalah menjadi satu

    unsur penting dalam sebarang audit bagi mendapatkan penyata kewangan yang benar dan adil.

    Sungguhpun begitu, ketepatan sesuatu set akaun-akaun itu tidaklah sepatutnya dijejaskan oleh

    penipuan atau kesilapan yang seharusnya boleh dikesan semasa menjalankan audit.

    5.3 JENIS AUDIT

    Terdapat beberapa jenis audit yang dikelaskan mengikut bentuk dan sifat kerja yang

    dijalankan, dan mengikut kaedah kerja yang diamalkan. Di bawah bentuk dan sifat kerja, kita

    ada sekurang-kurangnya lima jenis audit seperti berikut.

    Audit dalam Audit koperasi Audit berkanun Audit kerajaan

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    23/37

    Audit persendirianDi bawah kaedah kerja yang diamalkan pula terdapat lima jenis audit seperti berikut :

    Audit akhir Audit pengurusan Audit berterusan Audit pertengahan Audit lembaran imbangan

    a) Audit Dalaman

    Audit dalaman adalah satu jenis audit yang berbeza dari segi dasar jika dibandingkan

    dengan jenis-jenis audit yang telah dibincangkan. Perbezaan ini ialah dari segi kebebasan

    juruaudit menjalankan tugasnya. Juruaudit luar yang mengaudit sesuatu badan perniagaan bukan

    terdiri daripada kakitangan badan tersebut manakala juruaudit dalaman adalah terdiri daripada

    kakitangan badan yang diaudit. Oleh yang demikian, kebebasan juruaudit dalaman adalah terhad.

    b) Audit Koperasi

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    24/37

    Pengauditan syarikat koperasi adalah juga diwajibkan oleh undang-undang. Akta

    Koperasi 1948 mewajibkan tiap-tiap koperasi menentukan akaunnya diaudit setiap tahun oleh

    firma-firma yang telah dibenarkan oleh Ketua Pendaftar Koperasi untuk berbuat demikian. Ketua

    Pendaftar sendiri juga boleh mengaudit mana-mana koperasi mengikut budi bicaranya. Cara

    mengaudit koperasi tidak banyak bezanya dari cara mengaudit syarikat perniagaan lain.

    Pengauditan koperasi adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1948.

    Juruaudit koperasi perlu menentukan koperasi yang diauditnya itu mematuhi undang-undang

    kecilnya sendiri dan prinsip- prinsip koperasi pada amnya. Untuk memenuhi tugas tambahan ini,

    juruaudit koperasi perlu juga menjalankan audit pengurusan.

    c) Audit berkanun

    Audit berkanun merujuk kepada undang-undang dan perjanjian yang bersesuaian. Audit

    ini juga khusus untuk mengenalpasti kedudukan kewangan, kontingen liabiliti, komitmen modal,

    risiko perniagaan dan perkhidmatan khusus daripada pelanggan. Firma ini menggunakan

    Micosoft Excel untuk membuat kertas kerja audit dan laporan audit. Tugas audit juga penting

    untuk memastikan kesemua kegiatan syarikat direkod dengan sempurna dan betul. Untuk

    memastikan sesuatu rekod itu benar, maka ia perlu dirujuk kepada penyata pendapatan, buku

    pendaftaran syarikat dan beberapa borang tertentu.

    d) Audit Persendirian:-

    Audit persendirian dijalankan mengikut syarat-syarat kerja yang ditentukan. Walau

    bagaimanapun, ini tidak bermakna kesemua bidang kerja juruaudit akan ditentukan dengan

    terperinci sebelum kerja dimulakan. Persetujuan tentang bidang pengauditan mungkin dapatmemberi kebebasan kepada juruaudit menjalankan kerja yang difikirkannya perlu untuk

    membolehkannya membuat laporan.

    d) Audit Pengurusan

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    25/37

    Audit Pengurusan bermaksud pemeriksaan ke atas pencapaian visi, misi dan objektif

    organisasi, kecekapan dan keberkesanan pengurusan serta menilai keperluan firma di masa akan

    datang dalam meningkatkan perkhidmatan kepada kumpulan sasaran. Pada masa ini, terdapat

    beberapa petanda tentang peluasan bidang pengauditan di masa hadapan. Bidang sekarang adalah

    terhad kepada audit kewangan. Audit pengurusan boleh ditakrif sebagai pengauditan yang

    objektif dan bebas serta diamalkan untuk menilai dan mengkaji keberkesanan pengurus atau

    pasukan pengurus-pengurus di dalam mencapai matlamat dan dasar yang telah ditetapkan oleh

    organisasi berkenaan. Pengauditan cara ini dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan-

    kelemahan yang sedia ada dan yang mungkin timbul. Juruaudit juga perlu melaporkan keteguhan

    yang terdapat di dalam organisasi berkenaan. Oleh itu, audit pengurusan boleh dianggap sebagai

    tugas yang akan menolong pengurusan dalam melicinkan pentadbiran.

    e) Audit kewangan

    Audit ini dibuat untuk memastikan sesuatu kewangan dibuat dengan teliti dan benar. Bagi

    mengetahuinya dengan lebih mendalam dan perlu menyemak serta mengkaji berulang kali sama

    ada benar atau tidak benar untuk mengelakkan berlaku penyelewengan dan penipuan dalam

    perniagaan. Selain itu, kertas kerja audit juga dibuat untuk mengelakkan berlaku penyelewengan

    dan penipuan. Tujuan membuat kertas kerja audit tersebut adalah untuk menunjukkan dengan

    jelas bahawa semua nilai tepat dan benar sama seperti di dalam penyata pendapatan.

    5.4 TATACARA AUDIT

    Dari segi teori, apabila juruaudit memulakan kerja pengauditan, sebaiknya pegawai-

    pegawai organisasi yang di audit sudah selesai merekodkan semua urusniaga yang berlaku di

    dalam tahun yang hendak di audit. Dalam organisasi-organisasi kecil dan juga kebanyakan

    badan-badan koperasi, sebahagian dari kerja penyimpanan akaun dan penyediaan akaun akhir

    dilakukan oleh juruaudit sendiri. Lebih baik jika juruaudit menerima buku-buku dan rekod-rekod

    semua urusniaga yang telah dikemaskinikan sebelum audit dimulakan.

    Laporan audit merupakan proses terakhir untuk menyiapkan sesuatu pengauditan.

    Laporan audit dapat menunjukkan kedudukan dan prestasi kewangan sesebuah perniagaan.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    26/37

    Selain itu, laporan ini perlu disemak beberapa kali untuk mengelakkan berlaku banyak kesilapan.

    Selepas disemak dan dipastikan bahawa laporan ini benar dan siap sepenuhnya maka pihak audit

    akan menandatangani laporan tersebut. Dalam perniagaan, laporan audit ini amat penting untuk

    menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan tersebut. Selain itu, dengan laporan ini juga

    memudahkan sesebuah syarikat untuk memohon pinjaman melalui bank.

    PERCUKAIAN

    6.1 PENGENALAN

    Selain perakaunan dan pengauditan, perkhidmatan percukaian juga ditawarkan oleh firmaini kepada pelanggan. Cukai akan dikirakan apabila laporan kewangan telah siap dengan

    lengkap. Cukai merupakan suatu bayaran yang dimestikan oleh kerajaan sebagai balasan kepada

    penggunaan pendapatan, kekayaan atau sumber-sumber negara yang lain.. Cukai ini wajib

    dibayar.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    27/37

    Cukai mula diperkenalkan di Malaya pada 01 Januari 1948 oleh kerajaan British yang

    menguatkuasakannya di bawah Ordinan Cukai Pendapatan 1947. Apabila Malaysia ditubuhkan,

    urusan percukaian di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak diselaraskan dan ditadbir di

    bawah satu sistem yang sama yang dikuatkuasakan melalui Akta Cukai Pendapatan 1967.

    Untuk menggalakkan pertubuhan ekonomi negara, cukai dikenakan kepada individu dan

    sesebuah syarikat namun ia bukanlah satu denda tetapi ia merupakan sumber pendapatan

    kerajaan. Terdapat beberapa borang perlu diisikan seperti borang B bagi pendapatan dari

    perniagaan, borang BE digunakan untuk pendapatan penggajian dan borang P pula untuk

    pendapatan perkongsian. Borang-borang lain mengenai percukaian juga boleh didapati di

    Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    Kadar bayaran cukai akan dikenakan berbeza-beza mengikut jenis cukai yang dikenakan

    ke atas setiap individuatau sesebuah perniagaan. Di bawah Akta Cukai Pendapatan, seseorang

    individu ataupun syarikat yang menjalankan perniagaan sama ada mastautin ataupun tidak, ia

    akan dikenakan cukai. Di bahagian percukaian, terdapat pelbagai jenis borang dengan fungsi

    masing-masing yang berbeza. Antara borang tersebut ialah borang B, borang BE, borang M,

    borang P, borang C, borang E dan juga borang EA.

    Setiap borang tersebut member fungsi yang berlainan. Borang BE adalah borang untuk

    individu yang bermastautin yang tidak menjalankan apa-apa perniagaan. Borang ini perlu

    dihantar pada hujung bulan April. Borang B pula adalah borang untuk individu bermastautin

    yang menjalankan perniagaan dan ia perlu dihantar pada bulan Jun. kebiasaannya, cukai

    dikenakan ke atas individu dan sesebuah perniagaan hanya 6 bulan sekali, setahun sekali dan

    lain-lain lagi.

    Jika sesebuah perniagaan tidak mahu mengirakan cukainya sendiri, maka syarikat

    tersebut boleh mengupah seorang agen percukaian. Peranan agen percukaian ialah membantu

    seseorang membuat cukainya. Selain itu, agen percukaian tersebut lebih menawarkan

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    28/37

    perkhidmatan kepada kepada orang ramai dengan menguruskan semua perkara berkaitan dengan

    percukaian dalam melengkapkan borang cukai, pengiraan cukai dan lain-lain lagi.

    Selain daripada itu, untuk menjadi seorang agen percukaian yang dilantik mestilah

    mempunyai sijil dan dokumen yang mengesahkan seseorang itu layak untuk menjadi seorang

    agen percukaian. Surat pelantikan untuk melantik agen percukaian perlu dibuat oleh orang

    perseorangan, percukaian dan sebagainya. Surat ini perlu dihantar ke LHDN dan juga kepada

    agen percukaian yang telah dilantik. Antara syarat untuk menjadi seorang agen percukaian ialah

    seseorang itu tidak boleh berselindung tentang maklumat pemohon. Selain itu, ia juga harus jujur

    dan amanah, tidak menipu apabila membuat pengiraan cukai.

    6.2 JENIS- JENIS CUKAI

    Di Malaysia, terdapat dua jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai langsung dan cukai

    tidak langsung. Cukai langsung adalah seperti berikut :

    Duti Setem Cukai Pendapatan

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    29/37

    Cukai Pendapatan Petroleum Cukai Keuntungan Harta Tanah

    Cukai tidak langsung pula adalah seperti berikut :

    Duti Import Duti Eksport Duti Eksais Cukai Jualan Cukai PerkhidmatanPentadbiran cukai langsung diuruskan oleh LHDN manakala pentadbiran cukai tidak

    langsung diuruskan oleh KDRM. Terdapat pelbagai akta yang dikuatkuasakan untuk pentadbiran

    bagi jenis-jenis cukai ini dan bagi cukai pendapatan, akta yang menguatkuasakannya ialah Akta

    Cukai Pendapatan 1967. Dalam Belanjawan Negara, akta ini akan dipinda setiap tahun selaras

    dengan perubahan yang dibentangkan.

    6.3 PERCUKAIAN DI MALAYSIA

    1. Cukai syarikat.

    Sebuah syarikat, sama ada pemastautin atau tidak, dikenakan taksir ke atas pendapatan

    dalam atau diperolehi dari Malaysia. Pendapatan diperolehi daripada sumber-sumber di luar

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    30/37

    Malaysia dan dikirimkan syarikat pemastautin dikecualikan cukai, kecuali bagi perbankan dan

    perniagaan insuran, dan kegiatan-kegiatan pengangkutan laut dan udara. Sebuah syarikat

    dianggap pemastautin di Malaysia sekiranya kawalan dan pengurusan hal ehwalnya dilakukan di

    Malaysia. Kadar cukai 28% dikenakan ke atas kedua-dua syarikat pemastautin dan bukan

    pemastautin. Sebuah syarikat yang menjalankan operasi petroleum huluan tertakluk kepada

    Cukai Pendapatan Petroleum.

    2. Cukai individu.

    Semua individu dikenakan cukai ke atas pendapatan yang diperolehi dari atau dikirimkan

    ke Malaysia. Bagaimanpun, individu bukan pemastautin akan dikenakan cukai hanya ke atas

    pendapatan yang dicari di Malaysia. Kadar cukai bergantung kepada status pemastautin individu

    itu, yang ditentukan oleh bilangan hari ia berada di negara ini seperti termaktub di bawah

    Seksyen 7 Akta Cukai Pendapatan 1967. Amnya, seorang individu yang bermastautin di

    Malaysia sekurang-kurangnya 182 hari dalam satu tahun kalendar dianggap sebagai pemastautin

    yang dikenakan cukai. Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang dikirimkan ke

    Malaysia oleh individu pemastautin dikecualikan cukai.

    3. Cukai jualan.

    Cukai jualan adalah cukai seperingkat yang dikenakan ketika peringkat import atau

    pengilangan. Di Malaysia, pekilang-pekilang yang mengeluarkan barang-barang bercukai perlu

    dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan 1972. Syarikat-syarikat yang mempunyai perolehan

    jualan kurang daripada RM100,000 dan syarikat-syarikat berstatus Gudang Pengilangan Berlesen

    (LMW) dikecualikan daripada keperluan pelesenan ini. Walaubagaimanapun, syarikat-syarikat

    yang mempunyai perolehan jualan kurang daripada RM100,000 perlu memohon sijil

    pengecualian pelesenan. Pekilang-pekilang berlesen dicukai ke atas output mereka manakala

    pekilang-pekilang yang tidak dilesenkan atau dikecualikan lesen perlu membayar cukai ke atas

    input-input mereka.

    4. Cukai perkhidmatan.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    31/37

    Satu cukai perkhidmatan dikenakan di Malaysia ke atas barang-barang dan perkhidmatan

    tertentu yang ditetapkan termasuk makanan, minuman dan tembakau, penyediaan bilik untuk

    penginapan dan premis untuk mesyuarat, konvensyen, dan pertunjukan kebudayaan dan fesyen,

    perkhidmatan kesihatan, penyediaan penginapan dan makanan oleh hospital swasta. Cukai ini

    juga dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan profesional dan perunding yang diberikan

    peguam, jurutera, pengukur, arkitek, akauntan, agensi pengiklanan, firma perunding, syarikat

    insurans, pusat servis dan pembaikan kenderaan bermotor, syarikat telekomunikasi, agensi

    perkhidmatan keselamatan dan kawalan, kelab rekreasi, ejen hartanah, operator perkhidmatan

    ruang letak kereta, firma perkhidmatan kurier dan doktor haiwan.

    KELEBIHAN DAN KELEMAHAN

    7.1 KELEBIHAN

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    32/37

    Ketika menjalankan latihan industri di firma Abd Halim KPTan & CO terdapat beberapa

    kelebihan yang dapat dilihat iaitu firma ini merupakan sebuah firma akauntan yang menyediakan

    perkhidmatan kesetiausahaan, perakaunan, pengauditan dan percukaian. Perkhidmatan yang

    diberikan sangat membantu para pelanggan yang menjalankan perniagaan. Firma ini amat

    mementingkan kualiti perkhidmatan agar perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.

    Selain itu, bentuk laporan yang dikeluarkan juga adalah sistematik dan mengikut panduan MIA.

    Yuran yang dikenakan kepada pelanggan juga amat berpatutan. Dengan itu, pelanggan akan

    berpuas hati dan terus memberikan kepercayaan kepada firma ini dan mendapatkan

    perkhidmatan pada masa akan datang.

    7.2 KELEMAHAN

    Ketika menjalani latihan amali di Abd Halim KPTan & CO, terdapat juga beberapa

    kelemahan iaitu pelanggan yang sukar bekerjasama untuk menyerahkan dokumen apabila

    diminta dan ada juga yang menyerahkan dokumen dalam keadaan yang berterabur. Hal ini akan

    melambatkan proses merekod data ke dalam sistem kerana pihak firma terpaksa menyusun

    dokumen tersebut terlebih dahulu. Cadangan saya pula, ruang pejabat firma harus diperluaskan

    lagi dan menambah bilangan komputer kerana terdapat ramai pelatih yang menjalankan latihan

    amali di firma ini. Tanpa komputer yang mencukupi, kerja merekod tidak dapat dilaksanakan.

    Selain itu, komputer yang sedia ada haruslah di naik taraf kerana kebanyakan komputer sering

    rosak dan ini memakan masa untuk memperbaiki seterusnya melambatkan proses menyiapkan

    akaun. Selain itu, gaji dan elaun juga harus dinaikkan setaraf dengan kerja keras yang dilakukan

    oleh kakitangan firma dan juga pelatih. Hari Sabtu juga seharusnya dijadikan hari cuti bagi

    pekerja kerana pada hari Isnin hingga Jumaat, pekerja telah berkerja keras menyiapkan penyata

    kewangan pelanggan.

    PENYELESAIAN DAN CADANGAN

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    33/37

    Ketika mengendalikan kerja-kerja perakaunan dan kesetiausahaan sepanjang tempoh

    latihan praktikal ini dijalankan, terdapat beberapa isu yang timbul. Apabila berlakunya masalah-

    masalah di dalam sesebuah firma, kesedaran akan timbul oleh firma tersebut untuk mencari

    penyelesaian atau langkah untuk mengurangkan masalah yang berbangkit. Jalan penyelesaian

    akan dicari dengan cepat dan berkesan serta beberapa cadangan akan diutarakan. Syarikat yang

    baru ditubuhkan tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan perakaunan. Mereka juga

    kurang menitikberatkan tentang sistem kawalan dalaman dan hal ini menimbulkan masalah

    dalam penyediaan rekod perakaunan penghutang, pemiutang, pinjaman, buku tunai, inventori,

    sewa beli dan dokumen sokongan lain yang berkaitan. Mereka juga melantik akauntan dan

    juruaudit yang tidak terlatih dan kurang berpengalaman.

    Dalam proses perakaunan, syarikat pelanggan hendaklah menyediakan dokumen

    berkaitan yang lengkap dan berada dalam keadaan baik dan tersusun supaya memudahkan proses

    merekod data ke dalam sistem. Dokumen yang penting seperti baucer pembelian, baucer

    pembayaran, penyata bank, slip bank, penyata penghutang dan pemiutang, dan juga keratan kaki

    cek hendaklah lengkap dan tersusun. Dokumen-dokumen tersebut sangat penting bagi

    menyiapkan akaun syarikat tersebut. Terdapat juga pelanggan yang memberikan dokumen tidak

    lengkap, dan memberi keratan buku cek yang menggunakan nama singkatan. Hal ini

    menyebabkan pihak firma mengalami kesukaran untuk merekod dan terpaksa membuat semakan

    denagn merujuk kepada pelanggan untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Ini membuatkan

    masa terbuang kerana pihak firma perlu menunggu respon daripada pelanggan. Kebiasaannya,

    pelanggan akan memberi respon lebih dari sehari. Pelanggan seharusnya membuat sistem

    perekodan yang sistematik dan tepat agar masalah-masalah tersebut dapat dielakkan.

    Selain itu, pihak firma harus menjalin hubungan yang baik dengan pelanggannya agar

    setiap masalah dan kemusykilan dalam proses menyiapkan akaun dapat dibincang. Hal ini akan

    memudahkan kedua-dua pihak agar mudah berkerjasama untuk menyelesaikan masalah dan isu

    yang timbul. Pihak firma juga haruslah cepat bertindak apabila mengalami kemusykilan

    mengenai sesuatu perkara dan pihak pelanggan pula haruslah memberi respon dengan cepat agar

    proses menyiapkan akaun pelanggan lebih cepat dan lancar.

    Terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti harus diambil perhatian antaranya isu

    berkaitan dengan penambahan komputer dan pelarasan penggunaan komputer pada setiap

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    34/37

    kakitangan agar semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan efisien. Akhir sekali,

    pihak firma dan juga pelanggan harus menjalankan kajian bagaimana untuk membangunkan

    sistem kawalan dalaman syarikat sebaik mungkin. Walaupun ia mungkin memakan kos yang

    tinggi, namun ia merupakan langkah mencegah lebih banyak kos perlu dikeluarkan dan

    ditanggung pada masa hadapan.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    35/37

    KESIMPULAN

    Sepanjang menjalani latihan amali di Abd Halim KPTan & CO, banyak perkara baru

    yang dapat dipelajari walaupun tempoh menjalani latihan amali ini singkat. Latihan amali ini

    memberi pendedahan kepada persekitaran alam pekerjaan. Selain itu, melalui latihan ini juga kita

    dapat mengetahui perhubungan dan batas pergaulan semasa bekerja. Dengan adanya peraturan di

    pejabat, ia dapat melatih pelajar agar lebih berdisiplin dan menghargai serta menepati masa.

    Dalam tempoh latihan amali di firma ini, dapat dipelajari juga menggunakan sistem UBS dan

    Microsoft Excel dengan lebih mendalam. Pengalaman yang ditimba sepanjang latihan amali ini

    sangat berguna dan bernilai buat pelajar. Perkara baru yang telah dipelajari boleh dijadikan

    kekuatan apabila mencari pekerjaan kelak dan juga membantu apabila berada di alam pekerjaan

    nanti. Akhir sekali, latihan amali ini seharusnya dikekalkan kepada pelajar demi kebaikan

    bersama.

  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    36/37

    RUJUKAN

    Abd Halim KPTan & CO (Profil Syarikat) Choong Kwai Fatt , Malaysian Taxation Principle and Pactices, 16th Edition, Kuala

    Lumpur, 2010

    Dina Syaini bt Zaid , Ekonomi Islam , Kolej Universiti Islam Melaka , Melaka. Frank Wood & Alan Sangster, Perakaunan Perniagaan Bahagian 1, edisi kesepuluh,

    2007

    Nor Aziah Abd. Manaf, Norazah Mat Udin, Zaimah Zainol Ariffin, Pengenalankepada sistem Percukaian di Malaysia, 2003

    http://www.anm.gov.my http://www.audit.gov.my Artikel: Bernama.com http://www.ssm.com.my http://www.skm.gov.my http://www.daftarsyarikat.com.my http://www.mdp.gov.com.my http://www.hasil.org.my

    http://www.audit.gov.my/http://www.audit.gov.my/http://caon9-syarikat.blogspot.com/2009/08/salam-salam-salam-salam.htmlhttp://caon9-syarikat.blogspot.com/2009/08/salam-salam-salam-salam.htmlhttp://www.ssm.com.my/http://www.ssm.com.my/http://www.daftarsyarikat.com.my/http://www.daftarsyarikat.com.my/http://www.mdp.gov.com.my/http://www.mdp.gov.com.my/http://www.hasil.org.my/http://www.hasil.org.my/http://www.hasil.org.my/http://www.mdp.gov.com.my/http://www.daftarsyarikat.com.my/http://www.ssm.com.my/http://caon9-syarikat.blogspot.com/2009/08/salam-salam-salam-salam.htmlhttp://www.audit.gov.my/
  • 8/4/2019 Report Iznieee TERKINI

    37/37