rph kssr- hormat
TRANSCRIPT
-
7/21/2019 RPH KSSR- HORMAT
1/11
CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Nilai HORMAT ialah menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang
bersopan serta menghormati peraturan institusi sosial.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
6. Hormat
Menghargai dan memuliakan
seseorang dengan memberi layanan
yang bersopan serta menghormatiperaturan institusi sosial.
6.1 Menghormati pemimpin dalam
masyarakat setempat
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
6.1.1 Membincangkan cara menghormati
pemimpin dalam masyarakat setempat.
6.1.2 Menjelaskan kepentingan menghormati
pemimpin dalam masyarakat setempat.
6.1.3 Memerihalkan perasaan apabila
menghormati pemimpin masyarakat
setempat.
6.1.4 Mempraktikkan sikap menghormati
pemimpin dalam masyarakat setempat.
-
7/21/2019 RPH KSSR- HORMAT
2/11
CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Mata Pelajaran :Pendidikan Moral
Tarikh
Kelas
:12 Jun 2014
:Tahun 5
Bilangan Murid
Nilai
Tajuk
:15 orang
:Hormat
:Kau Ketua Kampung
Masa :8.00 -9.00 pagi (60 minit)
Standard
Kandungan
6.1
Standard
Pembelajaran
6.1.1, 6.1.2, 6.1.3, 6.1.4
PengalamanSedia Ada
Murid pernah mendengar nama ketua kampung
Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyatakan 2 cara menghormati pemimpin dalammasyarakat setempat.
2. Menjelaskan 3 kepentingan menghormati pemimpindalam masyarakat.
3. Menjelaskan 2 perasaan apabila menghormatipemimpin dalam masyarakat setempat.
4. Melakonkan cara-cara menghormati pemimpin dalammasyarakat setempat.
AKTIVITI LANGKAH-LANGKAH PdP NILAI
Aktiviti P&P
(40 MINIT)
Set Induksi: ( 10 minit)
1. Murid mendeklamasikan sajak dengan bantuan guru(Lampiran 1)
2. Guru memperkenalkan tajuk hari ini Kau KetuaKampung.
Langkah Pertama: (10 minit)
1. Guru menunjukkan gambar Ketua Kampung setempatdan bersoal jawab dengan murid.(Lampiran 2)
2. Murid berbincang mengenai sumbangan dan perananseorang ketua kampung.
3. Guru bersoal jawab dengan murid.4. Guru memberikan penekanan kepada tajuk hari ini iaitu
Hormat.
Langkah Kedua: (10 minit)
1. Guru membimbing murid-murid membuat kad Ekspresi
EMK:
Kemahiran
berfikir
EMK:
Kreativiti &
Inovasi
-
7/21/2019 RPH KSSR- HORMAT
3/11
CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
muka (Lampiran 3)
2. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan:2.1. Cara menghormati Ketua Kampung.
2.2. Perasaan anda apabila menunjukkan rasa hormat
kepada ketua kampung.
Langkah Ketiga: (10 minit)
1. Murid- murid dibahagikan kepada beberapa kumpulankecil untuk membuat kad Ucapan Terima Kasih
(Lampiran 4).
2. Murid berbincang sesama kumpulan bagaimanamenghasilkan kad yang bermakna seperti yang
dihajatkan.
3. Murid menulis isi kandungan pada kad tersebut.
EMK:
Kreativiti &
Inovasi
Bahasa
Aktiviti
Pemulihan
(10 minit)
Aktiviti pemulihan-Lembaran kerja (Lampiran 5)
Aktiviti
Pengayaan
(10 minit)
Aktiviti pengayaan-Lembaran kerja (Lampiran 6)
Penutup
(10 minit)
1. Murid melafazkan semula sajak di Lampiran 1.2. Guru menegaskan supaya murid harus menghormati
dan bersyukur terhadap jasa ketua masyarakat dan
sentiasa memberi kerjasama kepada mereka.
3. Guru turut menekankan pemimpin-pemimpinmasyarakat lain yang perlu dihormati seperti imam,
ketua Rela, Pengerusi Rukun Tetangga dan lain-lain lagi
yang juga perlu dihormati.
EMK
Nilai
murni
EMK Kreativiti dan Inovasi(i-think) ICT
KBAT Menilai Menganalisis
BBM Gambar, kad, pantun, komputer
Refleksi :
Aktiviti bersama murid cukup menarik. Murid dapat menyatakan lebih daripada 2 cara
menghormati pemimpin dalam masyarakat setempat ,menjelaskan 3 kepentingan menghormati
pemimpin dalam masyarakat, menjelaskan 2 perasaan apabila menghormati pemimpin dalam
masyarakat setempat dan berjaya melakonkan cara-cara menghormati pemimpin dalam
masyarakat setempat.
-
7/21/2019 RPH KSSR- HORMAT
4/11
CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Ketua kampungku,
Bak bulan menyinari malam,
Menjaga keamanan dan kemakmuran warganya,
Lalang yang panjang ditebas,
Longkang sumbat mengalir lancar,
Jambatan runtuh tegap semula,
Jalan berlekak-lekuk elok kembali,
Tingginya jasamu kepada kami,
Kau sanjungan kepada wargamu.
-
7/21/2019 RPH KSSR- HORMAT
5/11
CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Pada suatu pagi makcik Milah telah berjumpa seseorang di kampungnya untuk memaklumkan
kejadian pecah rumah yang telah berlaku.
Pada pendapat anda, siapakah lelaki dalam gambar di atas? Apakah tanggungjawab lelaki tersebut?
Tok, malam
tadi, rumah
saya telah
dipecah masuk
-
7/21/2019 RPH KSSR- HORMAT
6/11
CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
GAMBAR SENYUM DAN MASAM
Guru membimbing murid membuat kad ekspresi muka apabila berjumpa dengan ketuakampung?
http://www.bing.com/images/search?q=gambar+smile&view=detail&id=738EC294B624BA6B35164CED4F21E5B7A5E66452&FORM=IDFRIRhttp://www.bing.com/images/search?q=gambar+smile&view=detail&id=738EC294B624BA6B35164CED4F21E5B7A5E66452&FORM=IDFRIR -
7/21/2019 RPH KSSR- HORMAT
7/11
CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
-
7/21/2019 RPH KSSR- HORMAT
8/11
CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
LEMBARAN KERJA PEMULIHAN
NAMA:___________________________________________
TAHUN:___________________________________________
Warnakan kelakuan yang menunjukkan tingkah laku hormat terhadapketua kampung.
Mengutuk beliau
Memberi kad ucapan
semasa hari perayaan
Mengucapkan
salam
Mencalar
kereta beliau
Bersalam
-
7/21/2019 RPH KSSR- HORMAT
9/11
CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Lembaran Kerja Pengayaan
Nyatakan peranan dan tugas ketua kampung dalam mengatasi masalah di atas?
-
7/21/2019 RPH KSSR- HORMAT
10/11
CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
JAWAPAN :
LAMPIRAN 2
Ketua kampung menyelesaikan masalah perselisihan antara penduduk kampung. Membaiki jalan-jalan kecil (kemudahan asas) Merapatkan hubungan antara penduduk kampung Mempertingkatkan & menaik taraf kemudahan asas yang sedia ada.
LAMPIRAN 3
Ekspresi muka senyum- murid tanda hormat pada ketua kampung Ekspresi muka masam-murid tidak menunjukkan tanda hormat Sekiranya ada murid yang menunjukkan ekspresi muka masam guru harus menegur dan
membimbing murid tersebut.
LAMPIRAN 4
Kepada ketua kampung yang dihormati,
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasihkerana menjaga kampung kami dengan baik.
Banyak perubahan telah dilakukan untuk
kebaikan semua penduduk.
Jasamu akan dingati selalu.
Daripada: Ai Ling
-
7/21/2019 RPH KSSR- HORMAT
11/11
CONTOH RPH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
LAMPIRAN 5
Bersalam Mengucapkan salam Memberi kad ucapan semasa hari perayaan
LAMPIRAN 6
Menegur pemuda-pemuda yang terlibat dengan gejala di atas demi keselamatan diri dan orangramai.
Memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa pemuda yang terlibat. Sekiranya masih diulangi akan melaporkan kepada pihak polis.