sains bab 1
TRANSCRIPT
BAB 1:
DUNIA MELALUI
DERIA KITA
1.1 ORGAN DERIA DAN
FUNGSINYA
1. Manusia mempunyai lima organ deria:
Kulit
Hidung
Lidah
Telinga
Mata
2. Organ-organ deria ini digunakan untuk mengesan
rangsangan luar.
3. Setiap organ deria mempunyai struktur istimewa
yang sensitif kepada rangsangan (reseptor).
Apakah yang akan berlaku selepas rangsangan
dikesan?
Rajah 1: Laluan gerak balas manusia terhadap
rangsangan
Rangsangan
Reseptor
dalam organ
deria
Saraf
Otak
Saraf Efektor
Contoh: otot Gerak balas
Impuls saraf
Impuls saraf
Impuls saraf
Impuls saraf
1.2 DERIA SENTUH
1. Kulit merupakan organ deria bagi sentuhan.
2. Kulit mempunyai reseptor-reseptor yang peka
terhadap rangsangan sejuk, panas, sakit, sentuhan,
tekanan.
Reseptor
Hujung saraf
yang peka
terhadap
rangsangan
3. Apabila kulit menerima rangsangan,
reseptor akan menghasilkan impuls
kemudian dihantar ke otak melalui
saraf tunjang kemudian ditafsirkan.
4. Kulit mempunyai dua lapisan utama:
- Epidermis (kalis air, lapisan pelindung)
- Dermis (mengandungi banyak salur darah dan
reseptor)
Dermis
Epidermis
Tisu lemak
Reseptor sakit
Reseptor sejuk
Reseptor panas
Reseptor sentuh
Reseptor tekanan
5. Kepekaan (sensitiviti) kulit bergantung kepada:
a) Bilangan reseptor
b) Ketebalan lapisan epidermis
6. Fungsi-fungsi lain kulit adalah:
a) Mencegah kemasukan bakteria dan kuman.
b) Mencegah kehilangan air dari badan.
c) Melindungi badan daripada sinaran ultraungu
matahari.
d) Mengawal suhu badan.
1. Namakan dan nyatakan fungsi bagi reseptor
yang berlabel A, B, C, D, dan E dalam gambarajah
di bawah.
A
B C
D
E
2. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi
kepekaan kulit.
a) :
b) :
3. Mengapakah doktor biasanya menyuntik
bahagian punggung pesakit?
1.3 DERIA BAU
Deria bau adalah deria yang boleh mengesan
rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia yang
tajam .
Organ yang terlibat dalam deria bau adalah
hidung.
Struktur hidung manusia:
Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi
dengan tisu epitelium.
Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel
deria (sensory cells) yang dikenali sebagai sel-sel
penghidu (olfactory cells).
Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana
terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan
oleh sel-sel kelenjar.
Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan
luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu
untuk menapis habuk dari udara yang disedut
melalui hidung.
Proses mengesan bau oleh hidung:
Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke
dalam rongga hidung (rongga nasal) akan
larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria.
Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan
impuls. Impuls adalah isyarat maklumat yang
bergerak pantas di sepanjang saraf.
Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak.
Otak akan mentafsir impuls tersebut sebagai bau.
Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau
bunga, bau busuk, bau dibakar dan aroma
makanan yang diangkut melalui udara
kedalam hidung.
Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan
adalah
dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
Kekuatan bau.
Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan
oleh hidung berbanding dengan bau yang lebih
lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang
kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya)
tidak akan dikesan pada masa yang sama.
Kehadiran mukus dalam hidung.
Mukus yang banyak akan mengurangkan
kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan
kimia yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya,
ketiadaan mukus menyebabkan rongga hidung
kering dan menyebabkan bau tidak dapat dikesan
dengan betul.
Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi
dengan mukus yang banyak. Ianya
menghalang
sel-sel deria daripada dirangsang oleh bahan
kimia. Oleh itu, orang yang menghidap
selsema mempunyai kecekapan hidung
yang kurang.
1.4 DERIA RASA
PAHIT
MASAM
MASIN
MANIS
Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa
manis (sweet), masin (salty), masam (sour)
dan pahit (bitter).
Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa
(taste buds).
Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah
kasar dan menggerutu (spotty).
Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa
yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan. Setiap
tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis
rasa tertentu sahaja.
Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:
Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila
makanan tersebut berada dalam bentuk cecair.
Apabila makanan dimakan, air liur (saliva)
dirembeskan di dalam mulut untuk
melarutkan makanan.
Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang
tunas rasa untuk mencetuskan impuls.
Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui
sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa.
Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh
kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes).
Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan
deria rasa (sense of taste):
Rongga hidung dan rongga mulut adalah
bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau
adalah saling berkaitan.
Apabila seseorang menghidap selsema, selera
makannya akan berkurang kerana
hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus
(mucus).
Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau
kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh
itu, selera makan seseorang penghidap selesema
itu akan berkurangan.
1.5 DERIA PENDENGARAN
Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia.
Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di
sisi kepala.
Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria
yang boleh mengesan sumber bunyi
yang dihasilkan oleh objek bergetar.
Deria yang bertanggungjawab untuk mengawal
keseimbangan (equilibrium) apabila badan
bergerak.
Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu,
telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan
udara, manakala telinga dalam dipenuhi
dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga
adalah seperti berikut:
BAHAGIAN FUNGSI
Telinga luar:
Cuping telinga
(Pinna)
Mengumpul dan mengarahkan
gelombang bunyi ke dalam
telinga.
Salur telinga
(Ear canal)
Menghantar gelombang bunyi
ke gegendang telinga.
Gegendang telinga
(Eardrum)
Bergetar dan menghantar
gelombang bunyi ke osikel.
BAHAGIAN FUNGSI
Telinga tengah:
Osikel
(Ossicles)
Mempertingkatkan getaran
gelombang bunyi sebanyak 22
kali sebelum menghantar ke
tingkap bujur.
Tiub Eustachia
(Eustachian tube)
Mengimbangi tekanan udara di
kedua-dua belah gegendang
telinga.
Tingkap bujur
(Oval window)
Menghantar getaran bunyi dari
bahagian telinga tengah ke
telinga dalam.
BAHAGIAN FUNGSI
Telinga dalam:
Koklea
(Cochlea)
Mengubah getaran bunyi
kepada impuls.
Salur separuh bulat
(Semicircular
canals)
Mengimbangi kedudukan
badan.
Saraf auditori
(Auditory nerves)
Menghantar impuls dari koklea
ke otak untuk ditafsirkan
sebagai bunyi.
INGAT!!
Tiub Eustachia dan salur separa
bulat adalah bahagian telinga
yang tidak terlibat
dalam pendengaran.
Mekanisme pendengaran telinga
1. Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain
dalam bentuk gelombang (waves).
2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan
mengarahkannya terus kepada salur telinga.
Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi
tersebut ke gegendang telinga.
3. Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang
bunyi.
4. Getaran gelombang bunyi digandakan sebanyak
22 kali oleh osikel.
5. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya
dihantar ke koklea melalui tingkap bujur.
6. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph
dalam koklea untuk bergetar dan merangsang
sel-sel saraf di dalam koklea.
7. Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran
cecair kepada impuls.
8. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf
auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi.
CUPING
TELINGA
SALUR
TELINGA
GEGENDANG
TELINGA
OSIKEL
TINGKAP
BUJUR
KOKLEA
SARAF
AUDITORI OTAK
1.6 DERIA PENGLIHATAN
Deria penglihatan adalah deria yang boleh
mengesan rangsangan cahaya (light stimulus).
Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting
bagi manusia.
Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam
soket tengkorak (skull).
Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit
menonjol.
STRUKTUR MATA MANUSIA
Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu
sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah)
dan retina (lapisan paling dalam).
Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak
mata yang boleh tertutup dengan sendirinya.
Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan
oleh kelenjar air mata.
FUNGSI SETIAP BAHAGIAN MATA
Vitamin
Sumber
Fungsi
Penyakit apabila
kekurangan
vitamin
A Lobak merah, telur,
susu
• Untuk penglihatan
yang baik waktu malam
• Memelihara kesihatan
kulit
• Rabun malam
• Kulit kering dan
bersisik
B Telur, susu, daging,
ragi, makanan jenis
bijirin (padi, jagung)
• Mengeluarkan tenaga
daripada karbohidrat
• Kesihatan kulit
• Pembentukan sel
darah merah
• Kesihatan sistem
saraf
• Beri-beri
• Anemia
C Buah-buahan dan
sayuran segar
• menyembuhkan
penyakit
• melawan penyakit
• pendarahan gusi
Vitamin
Sumber
Fungsi
Penyakit apabila
kekurangan
vitamin
D Cahaya matahari,
susu, telur
• Tulang dan gigi yang
kuat
• Riket (kerapuhan
tulang dan gigi)
E Minyak sayuran,
kacang, padi,
• membantu melawan
penyakit
• kemandulan
K Kuning telur,
sayuran hijau
• penggumpalan darah • pendarahan yang
berterusan
Garam mineral diperlukan dalam kuantiti sedikit
sahaja.
Badan kita memerlukan lebih banyak kalsium dan
fosforus berbanding dengan garam mineral lain.
Garam mineral diperlukan untuk mengekalkan
kesihatan badan.
Garam
mineral
Sumber makanan
Fungsi
Kesan
kekurangan
Kalsium
Susu, telur, sayur-
sayuran hijau, keju
• Pembentukan tulang
dan gigi yang kuat
• Pembekuan darah
• Penyakit riket
• tulang dan gigi
rapuh
•Pembekuan darah
yang lambat
Besi
Hati, daging, telur,
sayur-sayuran
Pembinaan hemoglobin
dalam sel darah merah
untuk pengangkutan
oksigen
• Penyakit anemia
Iodin Makanan laut, sayur
– sayuran, garam
beriodin, rumpai laut
Penghasilan hormon
untuk mengelakkan
penyakit goiter
• Penyakit goiter
(beguk)
Garam mineral Sumber
makanan
Fungsi Kesan
kekurangan
Natrium Garam (natrium
klorida)
Memelihara
keseimbangan
badan
Kekejangan otot
Fosforus Daging, susu,
ikan, telur, kacang
Pembentukan
tulang dan gigi
yang kuat
• riket
• kerosakan gigi
Fluorin Air minuman,
ikan, sayur-
sayuran
Pembentukan
tulang dan gigi
yang kuat
• Penyakit karies
gigi
Kalium Daging, ikan,
bijirin
Memelihara fungsi
sistem saraf
• kelesuan dan
kekejangan otot
Pelawas adalah bahan bergentian (selulosa) yang
tidak dapat dicernakan dalam sistem pencernaan.
Pelawas membantu pergerakan bahan makanan di
sepanjang salur pencernaan.
Contoh makanan yang mengandungi pelawas;
- Sayur-sayuran
- bijirin
- buah-buahan
Kekurangan pelawas menyebabkan sembelit, iaitu
kesukaran membuang tinja.
Kira-kira 70% daripada berat badan seseorang
terdiri daripada air.
Air boleh didapati daripada minuman, sayur-
sayuran dan buah-buahan.
Air diperlukan oleh badan untuk:
• membantu proses pencernaan makanan
• mengangkut makanan yang tercerna dan oksigen
• mengangkut hasil perkumuhan seperti urea dan
karbon dioksida
• mengawal kepekatan darah
•Mengawal suhu badan
2.2 Kepentingan Gizi
Seimbang
Gizi ialah makanan dan minuman yang kita ambil
setiap hari.
Gizi seimbang ialah gizzi yang mengandungi
semua kelas makanan yang diperlukan dalam
nisbah yang betul. Kandungan gizi seimbang adalah mengikut
keperluan seseorang dan berbeza daripada
seorang individu kepada induvidu lain.
Gizi seimbang seseorang bergantung kepada faktor
berikut:
• Umur
• Jantina
• Saiz atau berat badan
• Pekerjaan
• Keadaan kesihatan badan
Tenaga dalam makanan disukat dalam unit joule (J)
atau kalori (cal).
Nilai kalori makanan ialah jumlah tenaga haba yang
dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar
dengan lengkap dalam udara.
1 Kalori (cal) = 4.2 joule (J)
Nilai kalori makanan disukat dalam kilojoule per
gram (kJ g-1) atau kilokalori per gram (kcal g-1)
Nilai kalori makanan boleh ditentukan dengan
menggunakan kalorimeter.
1000 joule (J) = 1 kilojoule (kJ)
1000 kalori (cal) = 1 kilokalori (kcal)
Kelas makan yang berbeza akan mempunyai nlai
kalori yang berlainan.
Nilai kalori bagi tiga kelas makanan utama adalah
seperti berikut:
• karbohidrat – 17 kJ
• protein – 18 kJ
• Lemak – 19 kJ
Nilai kalori juga berlainan bagi makan yang
berlainan jenis seperti yang ditunjukkan dalam
jadual di bawah: Makanan Nilai kalori (kJ g-1)
Mentega 35.5
Kek 18.3
Nasi 15.0
Roti canai 13.3
Mi goreng 13.0
Kari ayam 7.8
Telur 6.8
Pisang 3.3
Betik 1.65
Bayam 0.88
Kubis 0.4
Keperluan tenaga harian bagi individu daripada
pelbagai peringkat umur, pekerjaan dan jantina
ditunjukkan dalam jadual berikut.
Jenis individu dan aktiviti Tenaga diperlukan, (kJ)
Lelaki Perempuan
Kanak-kanak 5 tahun 7 600 6 800
Remaja 14 tahun 11 200 9 200
Dewasa 25 tahun (kerja ringan) 9 800 8 500
Dewasa 25 tahun (kerja berat) 14 000 10 500
Dewasa 65 tahun 8 600 6 400
Latihan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan gizi
seimbang? 2. Nyatakan faktor-faktor yang perlu diambil kira
semasa merancang gizi seimbang.
Makanan Kuantiti Nilai kalori (kJ)
Nasi goreng 1 piring 1 273
Susu coklat 1 gelas 800
Donat 1 biji 315
3. Semasa makan tengahari, Syafiq telah
mengambil makanan 1 piring nasi goreng, segelas
susu coklat dan 2 biji donat. Anggarkan nilai kalori
makan yang diambil oleh syafiq (rujuk jadual di
atas).
2.3 Sistem pencernaan
manusia
Apakah yang berlaku terhadap
makanan yang kita makan?
Makanan yang kita makan
mengandungi campuran karbohidrat,
protein dan lemak perlu dipecahkan
kepada molekul yang lebih kecil.
Pencernaan
Pencernaan adalah proses pemecahan
molekul makanan kepada molekul yang
lebih kecil.
Pencernaan berlaku di sepanjang salur
pencernaan yang bermula dari mulut
hingga ke dubur (8 meter panjang).
Hati dan pankreas
mengeluarkan bahan
kimia untuk
memecahkan makanan
yang kita makan.
2 cara pencernaan makanan:
Pencernaan fizikal
Melibatkan pemecahan makanan
kepada butiran yang lebih kecil oleh
gigi. Pencernaan kimia
Melibatkan tindakan enzim yang
menguraikan molekul kompleks
makanan.
Enzim
Suatu bahan yang bertindak sebagai
mangkin yang mempercepatkan tindak
balas kimia dalam badan kita.
3 jenis enzim yang bertindak dalam
usus kita:
1. Amylase – memecahkan molekul
karbohidrat seperti kanji.
2. Protease – memecahkan molekul
protein.
3. Lipases – memecahkan molekul
lemak.
Organ yang terlibat dalam
sistem pencernaan makanan
a). Mulut
b). Esofagus
c). Perut
d). Duodenum
e). Bahagian bawah usus kecil
Mulut Mulut
• Makanan dipotong dan
dikisar kepada potongan yang
lebih kecil oleh gigi.
• Kalenjer air liur akan
merembeskan air liur yang
mengandungi enzim.
Esofagus
Esofagus
• Makanan yang telah
dicernakan akan ditolak ke
perut melalui pengecutan dan
pengenduran esofagus.
• Proses pengecutan dan
pengenduran otot esofagus
dikenali sebagai peristalsis.
Perut
Perut
• Makanan dicampur dengan
jus gaster yang dirembes oleh
kalenjar gaster.
• Jus gaster mengandungi asid
hidroklorik dan enzim
(protease).
•Asid hidroklorik menghentikan
tindakan enzim dalam air liur
dan membunuh bakteria.
•Enzim (protease) dalam jus
gaster akan memulakan
proses pencernaan protein.
Duodenum
Duodenum
• Duodenum ialah bahagian pertama
usus kecil yang bersambung dengan
hati dan pankreas.
• Jus hempedu dan jus pankreas
yang dirembeskan mengalir ke dalam
duodenum semasa pencernaan
makanan.
• Jus hempedu berfungsi untuk:
-Meneutralkan asid daripada
perut
- mengemulsikan lemak dan
minyak
• Jus pankreas mengandungi
amylase, protease dan lipase.
Bahagian bawah usus kecil
Bhagian bawah usus
lecil
• Makanan yang telah dicernakan
dalam deudenum akan memasuki
usus kecil.
• Makanan itu akan bercampur
dengan jus usus.
• Jus usus bersifat alkali dan
mengandungi enzim mengandungi
maltase, protease dan lipase.
Hasil Akhir Pencernaan
• Makanan akan dipecahkan kepada bentuk
teringkas:
• Karbohidrat ditukarkan kepada glukosa
•Protein ditukarkan kepada asid amino
• Lemak ditukarkan kepada asid lemak dan
gliserol
2.4 Penyerapan
Makanan Tercerna
Selain pencernaan makanan, usus
kecil manusia bersedia untuk proses
penyerapan makanan.
Permukaan dalam usus kecil
mempunyai banyak unjuran halus yang
disebut vilus.
Usus kecil yang panjang dan kehadiran
vilus yang banyak menambahkan luas
permukaan usus kecil supaya
penyerapan makanan lebih cepat.
Hasil pencernaan seperti glukosa, asid
amino, garam mineral dan vitamin yang
larut dalam air diserap ke dalam
kapilari darah.
Selepas diserap, nutrien diangkut
melalui darah ke hati.
Dari hati, nutrien ini diangkut ke seluruh
badan.
2.5 Penyahtinjaan
Rajah menunjukkan
penyerapan semula
air dan pembentukan
tinja di usus besar.
Bahan makanan yang tidak tercerna
dan air berlebihan akan dibawa dari
usus kecil ke usus besar.
Di dalam usus besar, air diserap
semula.
Bahan yang tertinggal ialah tinja yang
akan disimpan dalam rektum usus
besar sebelum disingkir keluar dari
badan melalui dubur.
Proses penyingkiran tinja daripada
badan dikenali sebagai penyahtinjaan.
Gizi harian yang kekurangan pelawas
boleh menimbulkan masalah
penyahtinjaan, iaitu sembelit.
Kekurangan pelawas mengakibatkan
pergerakan makanan tidak tercerna
dalam usus besar menjadi lambat dan
sukar dibuang.