saudagar songkok
DESCRIPTION
sebuah cerita kanak-kanak. ibu bapa digalakkan untuk mempersembahkan cerita ini kepada anak-anak untuk perkembangan otak mereka.TRANSCRIPT
SAUDAGAR SONGKOKDENGAN MONYET
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
1
Pada suatu hari, seorang
saudagar songkok datang berniaga
di sebuah kampung. Saudagar itu
sangat gembira kerana songkoknya
laris dijual.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
2
Menjelang tengah hari, saudagar
itu berjalan pulang. Oleh sebab hari
sangat panas, dia berehat di bawah
sebatang pokok.
Kemudian, dia terlena.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
3
Di atas pokok itu tinggal
beberapa ekor monyet. Semasa
saudagar itu terlena, semua monyet
memberanikan diri turun ke tanah.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
4
Monyet mencuri songkok di
dalam bungkusan yang dibawa
oleh saudagar itu. Gembiralah
monyet itu bermain-main dengan
songkok tersebut.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
5
Apabila saudagar itu terjaga,
terkejutlah dia kerana semua
songkoknya sudah hilang. Tahulah
dia rupa-rupanya songkoknya sudah
dicuri oleh monyet.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
6
“Kembalikan songkokku! Kembalikan
songkokku!” saudagar itu menjerit-jerit.
Namun, sia-sia sahaja.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Saudagar itu sangat marah. Dia
membalingkan beberapa batang
kayu kecil ke arah monyet itu.
7
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Semua monyet itu lalu meniru
perbuatan tersebut. Mereka
membaling songkok ke arah
saudagar.
8
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Saudagar itu sangat gembira. Dia
segera memungut songkoknya.
“Mujurlah aku mendapat semula
songkokku,” ujarnya.
Selepas itu, dia terus berjalan pulang.
9