“saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini … · “saya mengakui bahawa saya telah...
TRANSCRIPT
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”
Tandangan :
Nama Penyelia : En. Syahrul Ridhwan Morazuki
Tarikh : 30 April 2009
i
KESAN PENGAMBILAN MINUMAN ISOTONIK DAN GEL KARBOHIDRAT BERELEKTROLIT TERHADAP PRESTASI DAYA TAHAN LARIAN JARAK
JAUH
NOORUL SALMA BT ZAKARIA
Tesis ini dikemukan sebagai memenuhi syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
Saya mengakui bahawa tesis yang bertajuk “Kesan Pengambilan Minuman Isotonik dan
Gel Karohidrat Berelektrolit Terhadap Prestasi Daya Tahan Larian Jarak Jauh ini adalah
hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.
Tandangan :
Nama Penulis : Noorul Salma Zakaria
Tarikh : 30 April 2009
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayahanda dan bonda tersayang
Zakaria bin Hussain dan Zabidah binti HassanZakaria bin Hussain dan Zabidah binti HassanZakaria bin Hussain dan Zabidah binti HassanZakaria bin Hussain dan Zabidah binti Hassan
Tiada bicara yang dapat kukatakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapan telah kutunaikan jua dan terima kasih atas segala
pengorbanan kalian.
Buat adinda-adinda tersayang Mohd Zulkifli, Mohd Zulkifli, Mohd Zulkifli, Mohd Zulkifli, Noorul SaidahNoorul SaidahNoorul SaidahNoorul Saidah Nurul SyafiqahNurul SyafiqahNurul SyafiqahNurul Syafiqah
Noorul Syahirah Noorul Syahirah Noorul Syahirah Noorul Syahirah MoMoMoMohd Zaim hd Zaim hd Zaim hd Zaim
NoorlizaNoorlizaNoorlizaNoorliza
Segala pengorbanan, dorongan dan keikhlasan bantuan kalian tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya serta
maafkan segala kesilapan yang lalu.
Buat insan yang dikasihi Mohd Farhan Mohd Farhan Mohd Farhan Mohd Farhan Bin SalimBin SalimBin SalimBin Salim
dandandandan Buat teman-teman seperjuangan
Terima kasih kepada kalian selama ini yang banyak membimbing dan menyokong serta memberi semangat dalam mengharungi perjuangan ini Kalian adalah pencetus inspirasi dan semangat juang
Diharapkan semua terus berjuang untuk mencapai kejayaan yang cemerlang Hidup mesti diteruskan, ilmu harus dicari
Cemerlang, Gemilang, Terbilang Ku sayang kalian semua…
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani…
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan tepat pada masanya sebagai syarat
akhir kursus sebelum menerima segulung ijazah.
Disini saya merakamkan ucapan setingi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada En. Syahrul Ridhwan Morazuki selaku penyelia PSM
ini yang telah bertungkus lumus memberi bimbingan dan tunjuk ajar tanpa rasa jemu
sepanjang menjalankan dan menyiapkan projek ini. Kerjasama yang diberikan cukup
bermakna dalam menjayakan PSM ini.
Selain itu, ucapan terima kasih kepada para subjek yang terlibat secara langsung
dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih juga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan PSM
ini dengan jayanya.
Terima kasih juga kepada keluarga tersayang iaitu ayah, mak dan adik-beradik
serta orang tersayang kerana banyak memberi semangat serta dorongan kepada saya.
Berkat doa daripada kalian dapat juga saya meyiapkan PSM ini.
Penghargaan dan terima kasih sekali lagi kepada yang terlibat secara langsung
atau tidak dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Diharapkan kalian semua beroleh
kejayaan yang cemerlang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua. InsyaAllah.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk membandingkan kesan pengambilan minuman
isotonik dengan gel karbohidrat berelektrolit terhadap prestasi daya tahan larian jarak
jauh. Seramai 6 orang atlet jarak jauh yang berusia 22 hingga 27 tahun terlibat dalam
kajian ini. Kajian ini melibatkan tiga fasa pengujian iaitu Ujian Makmal (Fasa I), Ujian I
(Fasa II) dan Ujian II (Fasa III). Kelajuan larian pada Anaerobic Threshold (AT) bagi
setiap subjek ditentukan terlebih dahulu pada Fasa I dimana kelajuan larian ini
digunakan pada Fasa II dan Fasa III. Pada Fasa II, mengikut kumpulan subjek, subjek
berlari pada kelajuan di tahap AT sehingga mencapai kepenatan maksimum. Subjek
turut diberikan gel karbohidrat berelektrolit bagi setiap 30 minit. Prosedur yang sama
dilakukan pada Fasa III namun gel karbohidrat berelektrolit digantikan dengan
pengambilan minuman isotonik. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dari segi jangka masa larian di antara pengambilan minuman isotonik dengan
gel karbohidrat berelektrolit (p > 0.05). Namun, ujian-t bagi perbandingan jarak larian
mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengambilan minuman isotonik
dengan gel karbohidrat berelektrolit (p < 0.05). Kesimpulannya, pengambilan minuman
isotonik dan gel karbohidrat berelektrolit dapat memberi kesan yang hampir sama
terhadap prestasi daya tahan larian jarak jauh. Namun, kajian ini berpendapat
pengambilan gel karbohidrat berelektrolit dapat memberi peningkatan prestasi yang
lebih baik kerana kuantiti pengambilan minuman isotonik pada kadar kira-kira 2 kali
ganda daripada gel karbohidrat berelektrolit hanya dapat memberikan kesan terhadap
prestasi yang hampir sama dengan gel karbohidrat berelektrolit.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to compare the effects of consumption of isotonic
drinks and electrolyte carbohydrate gel towards endurance performance long distance
runners. A total of 6 long distance runners, age 22 to 27 were chosen. There were three
phases of test in this study, Laboratory Test (Phase I), Test I (Phase II) and Test II
(Phase III). Running speed at anaerobic threshold (AT) for each subject was determined
in Phase I where the running speed was used in Phase II and Phase III. In Phase II, based
on the subjects group, subject ran at AT speed until they reach volitional fatigue.
Subjects were also given electrolyte carbohydrate gel for every 30 minutes. The same
procedures applied in Phase III but the intake of electrolyte carbohydrate gel was
changed with isotonic drinks. The results from this studies found that there was no
significant difference between intake of isotonic drinks and electrolyte carbohydrate gel
(p>0.05) in the time that taken during running. On the other hand, the t-test analysis
found significant difference in running distance, between the intake of isotonic drinks
and electrolyte carbohydrate gel (p<0.05). Consumption of isotonic drinks and
electrolyte carbohydrate gel produced almost similar effects on endurance performance.
However, this study suggests that consumption of electrolyte carbohydrate gel has better
effects on endurance performance because it took approximately double in quantity of
isotonic drinks intake to produce a similar effects as electrolyte carbohydrate gel.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Limitasi Kajian 6
1.8 Definisi Operasional 7
viii
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengambilan Cecair Semasa Latihan 9
2.2 Kandungan Elektrolit Dalam Cecair 11
2.3 Konsentrasi Asid Laktik Dalam Darah 12
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian 14
3.2 Subjek Kajian 17
3.3 Tempat Kajian 17
3.4 Instrumen Kajian 17
3.5 Prosedur Kajian 18
3.5.1 Ujian Makmal (Fasa I) 18
3.5.2 Ujian Daya Tahan Bagi Fasa Fasa II dan Fasa III 19
3.6 Protokol Pemgambilan Sampel Darah 20
3.6.1 Merekod Konsentrasi Asid Laktik 20
3.6.2 Prosedur Pengukuran Konsentrasi Asid Laktik 20
3.7 Penganalisaan Data 21
ix
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 22
4.2 Analisis Deskriptif 23
4.3 Ujian Makmal 24
4.4 Prestasi Daya Tahan Larian Jarak Jauh 25
4.5 Kadar Pengambilan Air dan Tenaga Makanan 27
4.6 Analisis Inferensi 28
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Perbincangan 30
5.1.1 Kesan Pengambilan Tenaga Makanan
Tambahan 31
5.1.2 Prestasi Daya Tahan Larian Jarak Jauh 35
5.2 Kesimpulan 37
5.3 Cadangan 38
RUJUKAN 40
Lampiran A-G 44
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat, 23
tinggi dan BMI
4.2 Kelajuan larian pada tahap AT 24
4.3 Purata pengambilan air dan tenaga makanan Kumpulan A 27
4.4 Purata pengambilan air dan tenaga makanan Kumpulan B 27
4.5 Perbandingan jangka masa daya tahan larian minuman 28
isotonik dengan gel karbohidrat berelektrolit
4.6 Perbandingan jarak larian minuman isotonik dengan gel 29
karbohidrat berelektrolit
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta alir rekabentuk kajian 16
4.1 Jangka masa daya tahan larian jarak jauh 25
4.2 Jarak larian daya tahan larian jarak jauh 26
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Alat-alat yang digunakan untuk mengambil 44
sampel darah
B Alat yang digunakan semasa pengujian 46
C Sumber makanan tambahan 47
D Surat perlantikan subjek 48
E Surat perjanjian 49
F Borang skor ujian makmal 50
G Borang skor pengambilan data 51
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Air merupakan sumber yang penting terhadap keperluan fisiologi dalam
kehidupan. Air merupakan komponen yang terbesar di dalam badan manusia yang terdiri
daripada bahagian intraselular dan ekstraselular. Keseimbangan kedua-dua kompartmen
ini dikawal atur melalui osmosis perubahan tekanan luar dan dalam kompartmen.
Terdapat kira-kira 70 % air dalam badan manusia dan air merupakan satu bahan yang
penting untuk kehidupan yang sihat. Air juga merupakan fungsi yang penting kepada
badan seperti pengangkutan nutrien, melicinkan pergerakan sendi dan tisu. Malahan air
juga berfungsi untuk mengawal atur suhu badan melalui perpeluhan dan juga membantu
melancarkan penghadaman (Elizabeth, 2008).
Selain pengangkutan nutrien, air turut berfungsi sebagai bahan perantara bagi
penghantaran gas dan bahan kumuhan serta untuk semua tindakbalas biokimia sel dan
tisu. Air turut penting untuk mengekalkan isipadu darah yang secukupnya dan
seterusnya fungsi sistem kardiovaskular. Air dalam badan bertindak sebagai heat buffer
atau alat pembakar haba dan juga membenarkan untuk melepaskan haba daripada badan
dalam kuantiti yang kecil iaitu sebagai peluh (Rabindarjeet, 2003).
Kandungan air di dalam badan dibuang melalui proses perpeluhan, perkumuhan
dan pembuangan air kencing. Hal ini disebabkan oleh paras keperluan badan perlu
diganti semula sentiasa. Dalam keadaan normal, cadangan bagi pengambilam minuman
ialah 9 hingga 11 cawan bagi perempuan dan 10 hingga 12 cawan bagi lelaki. Purata
orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 2.5 liter air setiap hari dan meningkat
dengan jumlah latihan yang dilakukan (Janelle, 2000)
Menurut Stanley dan Evan (2006), pengambilan air penting bagi mengelak
berlakunya keletihan. Banyak faktor yang menyebabkan keletihan dan masalah ini akan
menjejaskan prestasi atlet. Antara penyebabnya ialah seperti paras suhu badan yang
sangat tinggi (hypertemia), dehidrasi, kandungan glukos yang rendah (hypoglycemia)
dan lain-lain lagi. Menurut mereka lagi, keperluan air meningkat sebanyak 100 ml ke
150 ml sehari untuk setiap darjah peningkatan suhu badan melebihi 37°C. Kandungan
air dalam badan atau pun hidrasi perlu diberi perhatian yang lebih kepada individu yang
aktif dan atlet. Menurutnya lagi, hal ini kerana persembahan atlet boleh menurun
sekiranya tahap hidrasi berkurang dalam badan. Bagi atlet seperti pelari jarak jauh dan
juga lumba basikal, dehidrasi boleh mengurangkan daya tahan dan juga keletihan.
Dua faktor penting yang membantu prestasi atlet ialah hidrasi dan tenaga. Badan
tidak boleh manyimpan air secara berterusan. Oleh itu, tahap hidrasi normal penting
dengan pengambilan air setiap hari. Sebanyak 2% cecair hilang semasa melakukan
latihan atau hidrasi ringan yang boleh memberi kesan kepada prestasi atlet. Cecair dalam
badan mestilah disimpan pada tahap yang optimum. Sekiranya dahaga, badan berada
dalam keadaan kekurangan air atau dehidrasi. Peluh yang terhasil daripada latihan atau
aktiviti fizikal juga boleh mengakibatkan dehidrasi lalu memberikan beberapa kesan
sampingan seperti sakit kepala, letih dan kekejangan (Brian, 2002).
Bagi individu yang aktif atau atlet, di samping mengamalkan pengambilan air
yang cukup, mereka juga boleh memastikan tahap hidrasi mereka dengan pengambilan
minuman isotonik. Minuman isotonik merupakan minuman yang dapat memberi tenaga
dan daya tahan kepada atlet. Isotonik merupakan perkataan daripada Greek, ‘iso’
bermaksud sama dan ‘tonos’ bermaksud tekanan. Gabungan daripada dua perkataan
menjadi isotonik (Bruce, 2004). Minuman ini mengandungi pelbagai jenis mineral dan
karbohidrat yang membantu mengatasi masalah kehilangan cairan dalam badan
disebabkan oleh pengeluaran peluh. Sekiranya makanan atau minuman yang diambil
sudah mengandungi banyak kandungan mineral, pengambilan minuman isotonik tidak
diperlukan.
Kini, minuman isotonik menjadi pilihan kebanyakan atlet kerana dapat
membekalkan tenaga. Minuman isotonik mengandungi karbohidrat dan konsentrasi
elektrolit dan kandungan ini dapat menyerap dengan pantas disamping menjadikan
sumber tenaga kepada badan. Selain itu, terdapat sumber alternatif lain yang turut
digunakan oleh para atlet dalam memastikan tahap hidrasi dan tenaga berada pada tahap
yang optimun iaitu dengan pengambilan minuman berbentuk gel yang turut
mengandungi karbohidrat dan beberapa mineral lain seperti yang terkandung dalam
minuman isotonik. Namun, sejauh manakah perbezaan kesan terhadap prestasi atlet
menerusi pengambilan kedua-dua jenis minuman ini masih perlu diberi perhatian yang
khusus.
1.2 Latar Belakang Masalah
Penyelidikan mengenai kesan pengambilan isotonik terhadap prestasi atlet telah
banyak dijalankan. Namun, perkembangan teknologi makanan telah menghasilkan
beberapa produk baru yang turut bertujuan meningkatkan prestasi atlet. Salah satu
produk tersebut ialah gel karbohidrat berelektrolit. Berfokuskan pada prestasi daya tahan
atlet, adalah perlu untuk dikaji dan dibandingkan kesan pengambilan di antara minuman
isotonik dan gel karbohidrat berelektrolit memandangkan secara teorinya kedua-dua
produk tersebut berpotensi mempengaruhi prestasi atlet.
1.3 Penyataan Masalah
Pengambilan sumber makanan tambahan seperti minuman isotonik dan gel
karbohidrat berelektrolit menjadi salah satu pendekatan bagi jurulatih atau saintis bagi
memastikan kejayaan atlet. Bagaimanapun, penggunaan sumber makanan tambahan
yang betul dan sesuai dengan sesuatu acara sukan perlu diambil kira. Justeru itu, kajian
ini dijalankan bagi mengkaji dan membandingkan keberkesanan minuman isotonik dan
minuman gel karbohidrat berelektrolit terhadap prestasi daya tahan larian jarak jauh
atlet.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1.4.1 mengkaji kesan pengambilan minuman isotonik terhadap jangka masa larian
jarak jauh
1.4.2 mengkaji kesan pengambilan gel karbohidrat berelektrolit terhadap jangka masa
larian jarak jauh
1.4.3 mengkaji kesan pengambilan minuman isotonik terhadap jarak larian jarak jauh
1.4.4 mengkaji kesan pengambilan gel karbohidrat berelektrolit terhadap jarak larian
jarak jauh
1.4.5 membandingkan kesan pengambilan minuman isotonik dengan minuman gel
karbohidrat berelektrolit dari segi prestasi larian jarak jauh
1.5 Hipotesis Kajian
Ho1 Tidak terdapat perbezaan jangka masa larian jarak jauh yang signifikan
bagi pengambilan minuman isotonik dan minuman gel karbohidrat
berelektrolit.
Ha1 Terdapat perbezaan jangka masa larian jarak jauh yang signifikan bagi
pengambilan minuman isotonik dan minuman gel karbohidrat
berelektrolit.
Ho 2 Tidak terdapat perbezaan jarak larian yang signifikan bagi pengambilan
minuman isotonik dan minuman gel karbohidrat berelektrolit.
Ha 2 Terdapat perbezaan jarak larian yang signifikan bagi pengambilan
minuman isotonik dan minuman gel karbohidrat berelektrolit.