seni silat kuntau banjar

18
PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR ِ مْ سِ بِ له الِ ن مْ حَ ّ ر ل اِ مْ يِ حَ ّ ر ل اُ دْ مَ حْ لَ اِ له لِ ّ بَ ر. ِ ن مْ حَ ّ ر لَ اَ نْ يِ مَ ل اَ عْ ل ا. ِ كِ لَ ماِ مْ يِ حَ ّ ر ل اِ مْ وَ يِ نْ يِ ّ الدَ اكِ ّ يِ . اُ دُ بْ عَ 2 نَ اكَ ّ يِ . اَ و. اَ 2 يِ دْ هِ اُ نْ يِ عَ 7 تْ سَ 2 بَ اطَ رِ ّ لص ا. َ اطَ رِ صَ مْ يِ 7 قَ 7 تْ سُ مْ ل اَ نْ يِ 2 دَ ّ الَ 7 تْ مَ عْ 2 نَ B اْ مِ هْ يَ لَ عِ رْ يَ 2 غِ بْ وُ 2 ضْ 2 غَ مْ ل اْ مِ هْ يَ لَ عَ لاَ و. ِ نْ يِ مO اَ نْ يِ ّ لO اَ ّ 2 ض ل ا“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang- orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” Sejarah Pengenalan Masyarakat Banjar adalah merujuk kepada sebahagian dari kelompok rumpun “Melayu” di nusantara kepulauan Melayu. Kepulauan Borneo yang berpusat di Kalimantan adalah asal pertumbuhan masyarakat Banjar yang mampunyai Tradisi Kemelayuan berlandaskan prinsip Islam. Kedatangan masyarakat Banjar ke kepulauan Melayu telah membawa bersama adat serta tatacara hidup yang diamalkan di Kalimantan, Indonesia. Adat tersebut dapat dilihat dari segi loghat percakapan mereka, pergaulan dan lain-lain lagi. Seperti masyarakat Melayu yang lain, orang Banjar juga mempunyai seni mempertahankan diri yang di warisi turun temurun. Seni tersebut di namakan Pencak Seni Silat Kuntau Banjar. Pada era zaman kemasyhuran Nusantara Melayu dalam bidang perdagangan, keturunan cina yang berasal dari daerah Kuantong (daerah di Negara China) telah berhijrah ke Kalimantan, Indonesia yang pada masa itu dirujuk sebagai “Kali Intan”. “Kali Intan” pada zaman itu merupakan sebuah lubuk yang kaya dengan batu permata intan. Makanya kedatangan pelombong cina pada masa itu adalah dengan tujuan untuk mencari batu permata intan yang amat berharga sebagai bentuk perdagangan. Kewujudan Pencak Seni Silat Kuntau Banjar ini mempunyai sejarah tersendiri bagaimana ia diwujudkan. Pada abad ke 14, orang- orang Belanda telah mengunjungi ke Kalimantan dengan tujuan untuk berniaga dan sekaligus menakluki sumber kekayaan di daerah-daerah yang didapati kaya dengan sumber galian seperti batu permata intan. Kebiadapan penjajah tersebut telah 1

Upload: zreulle-frucz-zacharia

Post on 01-Jul-2015

288 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

� ِم �ْس� ْح�مِن� اللِه� ِب � الَّر �ِم ْي ْح� الَّر�َح�م�ُد� �ل ِّب� للِه� ا ْح�مِن�. َر� �لَّر ا �ِن� �م�ْي �َع�ال �ِك�. ال �ل ما � �ِم ْي ْح� � الَّر �ْو�ِم �ِن� َي �اَك� الُد�َي �َي �ُد� ِإ �َع�ُب اَك� َن �َي �ا. َو�ِإ �ْه�ُد�َن ا �ِن� �َع�ْي َت �ْس� اَط� َن الِّص�َّر�

اَط�. ِص�َّر� �ِم� �ِق�ْي َت �م�ْس� �ِن� ال ِذ�َي �َع�م�َت� ال �َن �ِه�ِم� َأ �ْي �َّر� َع�ل �م�ْغ�ُض�ْو�ِّب� َغ�ْي �ِه�ِم� ال �ْي � َع�ل �ِن�. َو�َال آم�ْي �ِن� �ْي الُض آل“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula

(jalan) orang-orang yang sesat.”

Sejarah Pengenalan

Masyarakat Banjar adalah merujuk kepada sebahagian dari kelompok rumpun “Melayu” di nusantara kepulauan Melayu. Kepulauan Borneo yang berpusat di Kalimantan adalah asal pertumbuhan masyarakat Banjar yang mampunyai Tradisi Kemelayuan berlandaskan prinsip Islam. Kedatangan masyarakat Banjar ke kepulauan Melayu telah membawa bersama adat serta tatacara hidup yang diamalkan di Kalimantan, Indonesia.  Adat tersebut dapat dilihat dari segi loghat percakapan mereka, pergaulan dan lain-lain lagi. Seperti masyarakat Melayu yang lain, orang Banjar juga mempunyai seni mempertahankan diri yang di warisi turun temurun. Seni tersebut di namakan Pencak Seni Silat Kuntau Banjar.

Pada era zaman kemasyhuran Nusantara Melayu dalam bidang perdagangan, keturunan cina yang berasal dari daerah Kuantong (daerah di Negara China) telah berhijrah ke Kalimantan, Indonesia yang pada masa itu dirujuk sebagai “Kali Intan”. “Kali Intan” pada zaman itu merupakan sebuah lubuk yang kaya dengan batu permata intan. Makanya kedatangan pelombong cina pada masa itu adalah dengan tujuan untuk mencari batu permata intan yang amat berharga sebagai bentuk perdagangan.

Kewujudan Pencak Seni Silat Kuntau Banjar ini mempunyai sejarah tersendiri bagaimana ia diwujudkan. Pada abad ke 14, orang-orang Belanda telah mengunjungi ke Kalimantan dengan tujuan untuk berniaga dan sekaligus menakluki sumber kekayaan di daerah-daerah yang didapati kaya dengan sumber galian seperti batu permata intan. Kebiadapan penjajah tersebut telah menyebabkan berlakunya terjadi tragedi pembantaian terhadap orang-orang Belanda melalui penggabungan masyarakat Banjar dan keturunan Cina perdagang. Melalui titik tolak penggabungan dua kelompok masyarakat yang berlainan adat inilah maka terwujudnya satu seni bela diri yang dinamakan “Kuntau”. Perkataan “Kun” membawa maksud “Jadi” manakala “Tau” pula membawa maksud “Isyarat”.

Keunikan seni bela diri “Kuntau” yang dapat dilihat menerusi penggabungan dua masyarakat ini adalah gabungan langkahnya. Maka ia menjadi satu seni mempertahankan diri yang unik dan berteraskan pertarungan tempur. Ini dapat dilihat dari segi prinsipnya yang mementingkan “pertahanan diri” serta “buah hantaran tepat”. Dek kerana, semangat kekuatan yang terhasil melalui penggabungan inilah, dikatakan pada masa itu orang-orang Belanda hampir-hampir berputus asa di dalam penaklukan mereka ke atas “Kali Intan” yang mengambil masa selama tiga puluh tahun akibat penentangan dua masyarakat ini.

Bermula dari peperangan menentang penjajah Belanda, seni bela diri ini telah berkembang menjadi warisan tradisi yang dibanggakan oleh masyarakat Banjar. Seni bela diri ini juga

1

Page 2: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

telah berkembang mengikut arus perubahan zaman dan telah di sesuaikan oleh para guru agar langkah seninya bersesuaian dengan seni bela diri masyarakat Jawa yang dipanggil “Cimande”.

Perhubungan baik diantara dua masyarakat Banjar dan Jawa ini telah menyebabkan seni bela diri ini mengalami satu lagi transformasi dimana para guru telah memperkemaskan lagi langkah-langkah permainan yang bermula dari langkah satu sehingga ke langkah dua belas.

Seni mempertahankan diri “Kuntau” ini adalah salah satu dari cabang seni bela diri yang dibawa dari tanah Banjarmasin (Kalimantan) oleh keturunan Banjar ke bumi Tanah Malaya (Malaysia) lalu dinamakan sebagai “Seni Silat Kuntau Banjar” . Walaupun seni mempertahankan diri ini berasal dari keturunan masyarakat Banjar, namun oleh kerana masyarakat tersebut adalah merupakan dari salah satu rumpun masyarakat Melayu yang mengamalkan ISLAM sebagai agama pegangan, maka di situlah timbulnya semangat persaudaraan sesama ISLAM diantara masyarakat Melayu lain.

Para guru juga mempunyai harapan agar seni mempertahankan diri ini dapat berkembang dan diwarisi oleh generasi yang akan datang bukan sahaja dari kalangan anak jati masyarakat Banjar sahaja bahkan untuk semua “Rumpun Masyarakat Melayu” yang terdiri dari pelbagai etnik kemelayuan kerana ia adalah WARISAN TRADISI yang harus dipertahankan.

Sejarah Perguruan di Malaysia

2

Page 3: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

Awal tahun 1900, penghijrahan Guru silat bernama Adol dari Banjarmasin (Kalimantan Selatan, Indonesia) ke Tanah Malaya (Malaysia) yang membawa bersama warisan seni bela diri masyarakat Banjar iaitu Seni Silat Kuntau Banjar, telah menetap di Kampung Changkat Bayas, Perak.

Pada awal tahun 1963 pula, bertempat di Kampung Changkat Rambai, Kampung Gajah, Perak iaitu bersebelahan dengan Kampung Changkat Bayas, terdirinya sebuah gelanggang persilatan generasi ke-4 Seni Silat Kuntau Banjar. Gelanggang tersebut dipimpin oleh Guru Haji Ramli Bin Adol yang merupakan anak kepada Guru Adol dan dibantu oleh Guru Emoh Bin Hamid yang merupakan biras kepada beliau.

Di bawah dua buah sinaran lampu gasoline maka bergelangganglah para pelatih hampir setiap malam mempelajari Seni Silat Kuntau Banjar kecuali hari khamis malam jumaat. Awalnya, gelanggang tersebut dianggotai seramai 25 orang pelatih yang kebanyakkan sudah mencapai usia 20-an. Pelatih yang paling muda ketika itu adalah seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun bernama Mohamad Samsi Bin Amri. Beliau adalah cucu kepada Guru Emoh Bin Hamid dari sebelah ibunya.

Pada peringkat awalnya Seni Silat Kuntau Banjar hanya diajar kepada saudara mara yang terdekat sahaja untuk pertahanan diri dan akhirnya mendapat sambutan dan berkembang di kalangan masyarakat Banjar di kedua buah kampung tersebut (Changkat Bayas dan Changkat Rambai).

Selain guru silat Haji Ramli Bin Adol, Seni Silat Kuntau Banjar juga telah melahirkan beberapa orang guru silat pewaris iaitu Guru Emoh Bin Hamid, Guru Haji Asa'ari, Guru Haji Ahmad Ringkai, Guru Kang Baya dan pewaris terakhir ialah Guru Mohamad Samsi Bin Amri.

Pada tahun 1990-an, dengan memegang mandat sebagai Guru Utama Seni Silat Kuntau Banjar, Guru Mohamad Samsi Bin Amri telah membuka sebuah gelanggang kecil berhampiran di rumah beliau di Kampung Changkat, Simpang Tiga, Gombak, Selangor. Pembukaan gelanggang tersebut adalah dengan bertujuan untuk memberi pelajaran pertahanan diri kepada rakan-rakan dan saudara terdekat selain untuk mempertajamkan dan mengasah kembali langkah-langkah jurus dan buah permainan. Segala langkah permainan ada lah diajar mengikut cara dahulu kala iaitu cara tradisional kampung tanpa mengubah keaslian Seni Silat Kuntau Banjar baik dari segi permainan mahupun bentuk pengajaran.

Pada 26 Mei 2000, melalui kerjasama diantara Guru Utama Mohamad Samsi Bin Amri dan ahli lama Seni Silat Kuntau Banjar dan juga atas bantuan Guru Utama Seni Silat Setia Bakti, Encik Dahlan Karim, Seni Silat Kuntau Banjar telah berjaya didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia W/P dengan nama Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar, Nombor Pendaftaran 529.

Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar

3

Page 4: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

Skop dan Peranan:-Guru Utama:

1) Memimpin pertubuhan seni silat ke arah yang positif.2) Sebagai penasihat dan tempat rujukan sekiranya berlaku kekeliruan berkenaan intipati Seni Silat Kuntau

Banjar.Yang Dipertua:

1) Menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Cawangan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.

2) Memantau perkembangan serta menaikkan nama Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar ke serata tempat.Setiausaha Agong:

1) Menjalankan kerja-kerja cawangan mengikut undang-undang dan ia hendaklah menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat cawangan dan membuat catatan.

Bendahari Agong:1) Menjalankan tugasan dalam mengutip yuran pendaftaran dan bulanan.2) Merekodkan butiran keluar masuk wang dan perbelanjaan pertubuhan.3) Semua wang Cawangan hendaklah disimpan di atas nama Pertubuhan di dalam bank yang dipersetujui

oleh Jawatankuasa dan kira-kira wang itu akan dikelolakan bersama-sama oleh Yang Dipertua Cawangan, Bendahari Cawangan dan Setiausaha Cawangan. Jumlah dibenarkan menyimpan wang di dalam tangan sebanyak tidak lebih daripada RM 25.00 (Dua puluh lima ringgit) pada suatu masa. Perbelanjaan yang melebihi RM 100.00 (Satu ratus ringgit) pada suatu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperolehi terlebih dahulu daripada Jawatankuasa dan perbelanjaan yang kurang RM 500.00 (Lima ratus ringgit) bagi suatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua Cawangan bersama-sama dengan Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.

Exco Protokol & Penerangan:1) Memastikan setiap ahli mematuhi segala bentuk protokol pemakaian, adab serta perlembagaan

pertubuhan.2) Mampu menerangkan serba ringkas mengenai sejarah pertubuhan.3) Menyediakan bentuk penerangan berkenaan pertubuhan dalam bentuk media bertulis, maya mahupun

CD bagi memudahkan setiap ahli mengikuti perkembangan pertubuhan.Exco Persilatan:

Memastikan segala aset persilatan seperti parang,tongkat,gendang,gong,baju pertubuhan dalam keadaan baik. Memastikan masa latihan adalah tepat dan kehadiran setiap ahli. Exco juga berperanan dalam menguruskan sebarang bentuk pertunjukkan silat.

Misi ,Visi dan Fokus Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar

4

Guru Utama

En Mohamad Samsi Bin Amri

Yang Dipertua

En Zayuddin B. Mohd Yusop

Setiausaha Agong

En Mohd Zairul Fairuz

Bendahari Agong

En Zul Arafat Rasdi

Exco Protokol&Penerangan

En Wan Salman

Exco Persilatan

En Sazali

Page 5: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

Misi :Mendaulatkan dan memelihara Seni Pusaka Bangsa Rumpun Melayu demi membentuk sahsiah diri yang sempurna untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Visi :Melahirkan pelatih silat yang mempunyai kesedaran dalam:-a) Menanamkan Rasa Cinta Pada Pusaka Silat Bangsa Melayu.b) Membentuk Keperibadian Diri Dan Akhlak Yang Baik.c) Membentuk Disiplin Terhadap Diri, Keluarga, Masyarakat.d) Menyemai Sifat Kepimpinan Didalam Diri.

Fokus :Untuk permulaan, golongan sasaran adalah remaja dikawasan gombak mahupun kawasan cawangan berhampiran kerana gejala sosial seperti aktiviti melepak, lumba haram, menghabiskan masa di Cyber Cafe dan lain-lain semakin berleluasa dikalangan remaja masa kini. Justeru itu melalui metod persaudaraan yang ada dalam Pertubuhan Seni Silat ini dapatlah mendidik anak-anak remaja ini lebih berdisiplin dalam hidup.

Pantang Larang Persilatan

1) Tidak mencemarkan nama baik Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar.2) Tidak mengunakan ilmu yang diajar ke arah negetif.3) Tidak mengkhianati bangsa Melayu.4) Tidak menderhaka kepada guru, ibu dan bapa.5) Tidak bergaduh sesama saudara perguruan.6) Tidak memburukkan pertubuhan silat melayu lain.7) Tidak mencari musuh sesama saudara seagama mahupun bangsa lain selagi tidak

memudaratkan.8) Tidak membangga diri dengan ilmu yang ada.9) Tidak memandang rendah terhadap bangsa seagama.10) Tidak mengabaikan suruhan agama.

Adab Persilatan

1) Menghormati guru utama, jurulatih dan sesama saudara seperguruan2) Menghormati gelanggang silat dengan tidak bermain-main sewaktu pembelajaran3) Menghadirkan diri dengan lebih awal dari guru utama atau jurulatih4) Tidak menggunakan ilmu silat lain yang ada didada dengan niat mahu menguji guru

utama atau jurulatih.5) Bersalaman sesama saudara seperguruan diawal dan diakhir pembelajaran.

Adab Pemakaian Sewaktu Pembelajaran Silat

5

Page 6: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

Jurulatih/J.Muda : Baju Seragam Persilatan dan Bengkung PersilatanPelatih Senior : Baju Seragam Persilatan dan Bengkung PersilatanPelatih Silat : Bulan Pertama Latihan=(Baju T-Shirt Hitam/putih tidak bercorak dan seluar panjang selain jeans.

Bulan Kedua Latihan= Baju Seragam Persilatan dan Bengkung Persilatan

Baju Uniform Jurulatih

Pemakaian Uniform Rasmi Seni Silat Kuntau Banjar

6

Page 7: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

BajuBerwarna hitam bercirikan baju melayu moden dan mempunyai sulaman belakang tertera “KUNTAU BANJAR, WARISAN TRADISI”

SeluarSeluar panjang berwarna hitam sama seperti baju.

Bengkung PersilatanMempunyai empat warna yang berbeza iaitu:--Kuning = Dipakai oleh Jurulatih Senior yang mendapat tauliah dari Guru Utama

Pertubuhan.-Hijau Cula Kuning = Dipakai oleh jurulatih Muda yang mendapat tauliah dari Guru Utama

Pertubuhan.-Putih Cula Hijau = Pelatih Senior yang mendapat tauliah dari Guru Utama Pertubuhan.-Putih = Pelatih silat

Tanjak dan CapalPemakaian capal adalah hanya sewaktu majlis rasmi yang melibatkan Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar ataupun pada pertunjukkan silat.

KeteranganPemakaian uniform rasmi adalah diwajibkan setiap kali latihan diadakan. Tujuan pemakaian uniform tersebut adalah satu bentuk untuk latihan kepada pelatih-pelatih untuk timbul rasa keseronokan kepada pakaian warisan hulubalang melayu lama disamping membentuk disiplin diri. Bagi pelatih baru, pemakaian uniform rasmi pada bulan ke dua/tiga pembelajaran adalah digalakkan.

Perbezaan bengkung persilatan pula adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa hormat pelatih muda kepada yang senior disamping menaikkan motivasi pelatih muda agar berusaha untuk mencapai ke peringkat warna tersebut. Namun perbezaan warna bengkung ini tidak menjamin kemahiran ilmu pelatih, hakikatnya walaupun pelatih tersebut memakai bengkung putih namun sekiranya kesungguhan yang ditunjukkan dalam mempelajari ilmu, maka tidak mustahil kefahaman pelatih tersebut menyamai pelatih yang memakai hijau cula kuning.

Bagi pemakain Tanjak dan Capal, ia merupakan pelengkap kepada keseluruhan Uniform Rasmi Seni Silat Kuntau Banjar yang diwajibkan untuk dipakai sewaktu majlis rasmi/pertunjukkan silat.

Yuran PembelajaranBentuk Yuran:-

7

Page 8: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

1) Yuran Pendaftaran Ahli Baru (Sekali Seumur Hidup) = RM 20.00 (termasuk yuran bulan pertama pembelajaran)2) Yuran Bulanan = RM 10.00 (setiap akhir/awal bulan sepanjang latihan sehingga tamat peringkat 1, 2 dan khatam)

Rasional Yuran:-1) Pertubuhan tanpa dana kewangan tidak dapat bergerak dengan sempurna.2) Sebagai penampung untuk membeli peralatan persilatan ataupun aktiviti riadah

pelatih.3) Seringkali dilihat, pelatih yang baru 2-3 minggu mendaftarkan diri, akhirnya

hilang kerana hilang minat. Melalui yuran pendaftaran ahli baru, ia berfungsi apabila pelatih yang mengundurkan diri/tidak datang latihan, sekurangnya pertubuhan mempunyai dana.

4) Yuran bulanan pula berfungsi untuk memastikan setiap pelatih belajar bersungguh-sungguh kerana mereka perlu mengeluarkan yuran tersebut dan tidak menganggap sekiranya mereka ponteng tidak merugikan apa-apa.

5) Kadar yuran yang ditetapkan adalah tidak membebankan para penjaga pelatih mahupun yang bekerja ekoran jumlahnya yang amat kecil berbanding pertubuhan lain.

Pengijazahan Ahli Baru

-Pelatih perlu membawa Limau Nipis 2 biji.-Proses Pengijazahan:-

Pelatih baru yang bakal mempelajari akan diperlimaukan disekitar mata dan badan oleh Guru Utama atau Jurulatih. Tujuan proses melimau ini adalah untuk:-

1) Memupuk sifat berani bakal pelatih baru menerima cabaran yang baru bermula.2) Mencerahkan pandangan mata akibat kekotoran bendalir yang terbentuk di

sekitar selaput mata.3) Mewangikan tubuh badan dengan bau limau.

-Pengijazahan berlaku pada awal peringkat pertama, awal peringkat dua dan khatam.

Silibus Pembelajaran

8

Page 9: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

Peringkat Pembelajaran Tempoh Masa(1 kali seminggu)

Peringkat Pertama(Tangan Kosong)

- Jurus Asas Kuntau- Buah Permainan Kuntau- Langkah Permainan Kuntau- Pecahan UmumTamat Peringkat Pertama

Anggaran =32 minggu (8 bulan)a) 4 minggu = Jurus Asasb) 14 minggu=Buah Permainanc) 10 minggu =Langkah Permainand) 4 minggu = Pecahan Umum

Tamat Peringkat Pertama dan Persediaan Untuk Ke Peringkat Kedua.(Pelatih dibolehkan untuk meneruskan pembelajaran sejurus tamat peringkat pertama dan pengijazahan

peringkat ke dua. Sekiranya pelatih ingin meneruskan pada masa akan datang juga dibolehkan)

Peringkat Kedua -Jurus Permainan Bawah

-Permainan Senjata melibatkan Serangan:-

a) Buah Rotanb) Buah Pisauc) Buah Parang Panjang

Anggaran = 32 minggu (8 bulan)

Tamat Peringkat Kedua dan Persedian Untuk ke Peringkat Khatam.(Pelatih akan diuji untuk memastikan kefahaman dalam ilmu yang dipelajari. Dengan perkenan GURU

UTAMA , pelatih yang berkelayakan akan dilantik menjadi Jurulatih Muda/Jurulatih)

Peringkat Khatam Sesi ujian dalam mengaplikasi ilmu yang dipelajari dari peringkat pertama dan kedua.

Majlis Khatam Persilatan

9

Page 10: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

Peringkat Pertama

Peringkat Dua

10

Jurus Asas Kuntau (1-6)

Pembukaan

Buah Serangan Luar X10 Buah Serangan Dalam X10 Buah Serangan Kaki X10

Buah Serangan Kuntau

Merungkai Buah Serangan Luar X10

Gerak Pinang Belah Empat

Langkah Permainan Kuntau

Merungkai Buah Serangan Dalam X10

Merungkai Buah Serangan Kaki X10

Langkah Kuntau Langkah 5 Langkah 12Langkah 3

Permainan Silat(Langkah Permainan Kuntau + Buah Serangan Kuntau)

Perbincangan Pecahan Umum

Tamat Peringkat 1Persediaan ke Peringkat ke 2

Sembah Hormat Pengantin

Page 11: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

Peringkat Khatam

11

Jurus Asas Permainan Bawah

Pembukaan

Buah Senjata

Buah Serangan Rotan Buah Serangan Pisau Buah Serangan Parang

Menangkis Serangan Rotan Menangkis Serangan Pisau Menangkis Serangan Parang

Permainan Silat(Langkah Permainan Kuntau + Buah Serangan Senjata)

Perbincangan

Tamat Peringkat 2Persediaan ke Peringkat ke khatam

Page 12: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

BORANG PENDAFTARAN AHLI BARU 2011

12

SSKB-Borang-01 Rev.001hb Mac 2011

No Pendaftaran: 529

Tamat Peringkat Pertama Tamat Peringkat Kedua

Ujian Kemahiran

Permainan Buah Peringkat Pertamaa) Buah Pilihan Pelatih X5b) Buah Pilihan Penguji X5c) Buah Serangan Rawak X3d) Langkah Permainan Kuntau Pilihan Penguji

X1e) Langkah Permainan Kuntau Pilihan Pelatih

X1

Permainan Buah Peringkat Keduaa) Buah Pilihan Pelatih X5b) Buah Pilihan Penguji X5c) Buah Serangan Rawak Penguji X3d) Aplikasi Buah Permainan

Keputusan Ujian- Lulus Kepujian- Lulus Cemerlang- Lulus

Sijil Persilatan Dikeluarkan

Diatas perkenan GURU UTAMA , pelatih yang berkelayakkan akan

dilantik menjadi jurulatih muda/jurulatih

Majlis Perkhataman

Page 13: Seni Silat Kuntau Banjar

PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU BANJAR

Nama Penuh :

No MyKad : Jantina : Lelaki Perempuan

No Passport :(Sekiranya Bukan Warganegara)

No Surat Beranak:(Sekiranya dibawah 12 Tahun)

Alamat Tetap :

Tel : Tel Penjaga :(Sekiranya masih dibawah 18 Tahun)

Status : Bekerja Belajar:_______________ Lain-lain:_______________

Pengakuan : Saya seperti nama diatas memohon untuk menjadi ahli Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar. Saya berikrar akan mematuhi segala adab dan pantang larang yang ditetapkan dalam pertubuhan. Saya juga berjanji untuk menjaga diri sendiri sewaktu dalam latihan dan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa latihan atau persembahan, saya tidak akan menyalahkan pihak pertubuhan. Saya juga berjanji untuk membayar yuran bulanan RM10.00 (diakhir/diawal bulan) sepanjang tempoh pembelajaran saya. Bersama ini, saya sertakan:-

Yuran Pendaftaran (Sekali Seumur Hidup) : RM 20.00 (termasuk yuran bulan pertama latihan)

Tandatangan Pemohon Tandatangan Penjaga(Sekiranya Pemohon Dibawah 18 Tahun)

.................................... .................................Nama : Nama:Tarikh: No MyKad/Pasport :

Hubungan Dengan Pemohon:

Untuk Kegunaan Pertubuhan Seni Silat Kuntau BanjarNama Pemohon :

Status Permohonan : Diterima Ditolak Dengan Alasan:- ___________________________________________

No Resit Pembayaran :

No Keahlian :

Diterima Oleh : Cop Rasmi :

..................................................Nama :Tarikh:

13