sensitiviti antara kaum

Upload: fariedah-jimmy

Post on 05-Apr-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    1/20

    KANDUNGAN

    PENGENALAN1 - 2

    AGAMA :i. Isu mengenai Lina Joy dan Moorthy.3 - 4

    ii. Gereja dibakar..5 7

    POLITIK :i. Isu Hindraf 8 9

    KEBUMIPUTERAAN DI MALYSIA :i. Hak dan keistimewaan bumiputra termasukSabah dan

    Sarawak..10-12

    PENDIDIKAN :i. Kuota pelajar bumiputra dan bukanbumiputra.13 17

    ii. Isu mengenai pengetua (Siti Inshah)di Kulai, Johor..18 20

    KESIMPULAN :21 24

    RUJUKAN : .25

    LAMPIRAN :i. Peristiwa 13 Mei 196926 27

    ii. Hindraf .28

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    2/20

    PENGENALAN

    Sejak kebelakangan ini, banyak isu yang menyentuh sensitiviti kaum timbul dan sering

    diperdebatkan.Dalam dunia politik di Malaysia, konflik perkauman telah menjadi bahasa rasmi bagi

    perdebatan mereka.Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara

    yang mempunyai kepelbagaian agama, bahasa, budaya dan etnik.Perbezaan dari segi agama,bahasa dankebudayaan sangat ketara dalam masyarakat majmuk. Perbezaan ini menjadi amat sukar apabila setiap

    kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan masing-masing. Polarisasi antara etnik wujud

    sekiranya setiap etnik itu lebih mengutamakan anggotanya dalam memilih sahabat dan mendapatkan

    pekerjaan. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar

    seandainya fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.

    Hubungan etnik di Malaysia mengalami turun naik.Tragedi 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam

    negara yang menunjukkan bahawa perlaksanaan dasar pada masa lalu kurang berkesan dalam

    menghadapi masalah perkauman yang wujud. Peristiwa hitam ini berlaku kerana perjalanan kempen

    pilihanraya yang dipenuhi dengan isu-isu perkauman dan sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan

    istimewa orang Melayu. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan

    mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969. Isu Perkauman dalam Pilihanraya 1969

    tercetus lantaran slogan Malayan Malaya yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura

    dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Provokasi daripada pihak pembangkang

    bermula pada malam 10 Mei 1969 yang menghina kaum Melayu sehingga ada sebilangan Melayu yang

    membuat tindak balas. UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang

    mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya

    kawalan dari kedua-dua pihak.

    Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terhadap masyarakat

    Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya

    adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas

    penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu

    usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di

    Malaysia. Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang

    menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut

    memaparkan rahsia-rahsia pembinaan Negara bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial danekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda yang diperolehi itu

    gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan

    makmur akan menjadi bayangan sahaja.

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    3/20

    AGAMA

    Seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan, agama Islam diberi kedudukan yang

    istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini. Ini terbukti apabila undang-undang tertinggi ini

    menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan manakala agama-agama lain pula bebas untuk

    dianuti dan dipraktikkan oleh penganut-penganutnya. Dalam konteks negeri-negeri pula, hampir

    kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri di

    samping jaminan kebebasan beragama terpelihara sebagaimana dalam perlembagaan. Peruntukan

    seumpama ini merupakan kesinambungan kepada apa yang wujud dalam perlembagaan bertulis negeri-

    negeri Melayu sebelumnya seperti Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Negeri Terengganu 1911. Apa

    yang menarik untuk diberi perhatian ialah peruntukan mengenai Islam ini diberi keutamaan dari segi

    urutan peruntukan dalam perlembagaan. Kita telah menyaksikan bahawa pada masa ini terdapat

    golongan yang mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Perkara yang telah dipersetujui

    bersama oleh pengasas-pengasas dan pejuang-pejuangkemerdekaan terdahulu tidak patut dipertikaikan

    lagi. Sesiapa yang berbuat demikian maka mereka tidak layak menggelar atau mengakui bahawa diri

    mereka adalah rakyat negara ini.

    Di Malaysia, kepercayaan kepada Tuhan (menurut agama masing-masing) ditetapkan sebagai tonggak

    pertama Rukun Negara, dan kehidupan rakyat adalah berasaskan pada pegangan agama. Dalam tahun-

    tahun kebelakangan ini, hubungan antara agama khususnya Islam dan bukan Islam menjadi semakin

    penting, lebih-lebih selepas Peristiwa 11 September 2001. Di Malaysia juga, walaupun secara umumnyahubungan antara agama adalah baik, namun hubungan ini akhir-akhir ini telah menjadi isu yang sensitif.

    Di negara ini, wujud dua sistem undang-undang dan institusi yang mengendalikannya, iaitu undang-

    undang sivil yang berkuatkuasa ke atas semua warganegara dan dikendalikan oleh mahkamah sivil, serta

    undang- undang syariah yang berkuatkuasa ke atas semua penganut agama Islam dan dikendalikan oleh

    mahkamah syariah. Beberapa kes telah dibawa kemahkamah sivil dan juga mahkamah syariah

    berhubung dengan status agama seseorang. Dua contoh yang ketara dan mencetuskan keadaan yang

    agak tegang dikalangan masyarakat Islam dan bukan-Islam ialah kes Lina Joy yang asalnya beragama

    Islam tetapi menukar agamanya kepada Kristian. Beliau telah mengemukakan tuntutan di mahkamah

    sivil supaya mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara menghapuskan status Islam dalam kad

    pengenalannya tetapi ditolak berasaskan hujah bahawa status Islam seseorang adalah di luar bidangkuasa mahkamah sivil kerana ia terletak pada mahkamah syariah.Isu murtad merupakan subjek yang

    sensitif bagi orang Melayu yang hampir 100 % menganut agama Islam di Malaysia. Keboleh- percayaan

    terhadap kerajaan boleh disalahtafsir jika gagal menangani isu-isu sebegini dan boleh mencetuskan

    rusuhan. Dalam perbahasan yang timbul, pelbagai pihak telah mengeluarkan berbagai kenyataan yang

    menggambarkan salah faham terhadap isu sebenar yang mendasari kes tersebut. Meskipun keputusan

    Mahkamah Persekutuan ini menggambarkan seolah-olah kegusaran bukan Islam terhadap kebebasan

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    4/20

    beragama terbukti benar, keputusan ini sebenarnya tidak bermakna orang bukan Islam tidak dapat terus

    mengamalkan agama pilihan mereka. Keputusan tersebut juga sama sekali tidak bermakna mana-mana

    pihak boleh memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Kebebasan beragama secara keseluruhannya

    masih dipelihara.Kes kedua melibatkan Moorthy, seorang India bekas pendaki Gunung Everest, yang

    asalnya beragama Hindu, tetapi memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya. Apabila beliau

    meninggal dunia, keluarganya menuntut untuk mengurus jenazahnya menurut agama asal manakala

    Jabatan Agama Islam menegaskan adalah menjadi tanggungjawab mereka mengurusnya secara Islam

    kerana Moorthy telah memeluk agama itu dan berdaftar sebagai seorang Islam. Kes itu dibawa ke

    mahkamah syariah yang memutuskan Moorthy seorang Islam dan jenazahnya harus diurus menurut

    Islam.

    Peristiwa pembakaran tiga buah gereja; gereja Metro Taberate, di TamanMelawati, gereja Assumption

    dan Life Chapel di Petaling Jaya pada tahun ini adalahs esuatu kejadian yang malang. Gereja adalah

    rumah ibadat. Pembakaran rumah ibadat sangat sensitif sekali tidak kira rumah ibadat agama apa sekali

    pun.

    Kejadian ini bukan pertama kali berlaku di negara ini.Sekitar tahun 1986/87 tiga buah masjid pernah

    dibakar hangus di Pahang. Kejadian itu sungguh menghiris hati umat Islam. Masjid yang terlibat ialah di

    Teriang dan di kampung Bohor Perpindahan Banjir dalam Maran Pahang. Rakyat negara ini mengutuk

    atas kejadian itu. Begitu juga dengan kuil hindu juga pernah menghadapi nasib yang sama. Kalau tidak

    salah ingatan tiada pula laporan sama ada mereka bertanggungjawab dengan kejadian itu berjaya

    ditangkap atau tidak? Kini giliran gereja pula cuba dimusnahkan. Tidak kira siapa atas apa yang berlaku.

    Tidak seharusnya rumah ibadat di bakar! Kita sangat kesal dengan perbuatan tersebut.

    Kita berharap polis menjalankan siasatan dan menangkap orang yang bertanggungjawab melakukannya.

    Dalam melihat kejadian ini apa yang perlu difahami dan dikaji ialah kenapakah berlaku kejadian malang

    itu. Mengutuk tidak menyelesaikan masalah tetapi berfikir mencari sebab musababnya paling mujarab

    demi memastikan kejadian itu tidak akan berulang pada masa akan datang baik keatas rumah ibadat

    penganut agama apa sekalipun. Adakah pembakaran itu disebabakan isu yang berlaku sekarang ini,

    mengenai tindakan Kristian yang beriya-iya ingin menggunakan kalimah Allah dalam majalah Herald.

    Adakah itu puncanya? Kita tahu suhu dan darah orang Islam panas gara-gara isu berkenaan.Pun begitu

    kita tidak boleh menuduh kejadian itu perbuatan orang Islam.Orang Islam yang bersemangat 1 Malaysia,

    yang liberal dan memahami akan kesejagatan kalimah Allah tidak mungkin melakukannya. Mereka akan

    menjaga kesucian gereja dan rumah ibadat agama apa sekalipun. Jadi siapakah yang bertanggungjawab?

    Apakah ada anasir lain yang sengaja ingin menimbulkan perpecahan dan menanam benih prangsangka

    di kalangan penganut agama di negara ini. Yang melakukan tersebut atas niat itu tentulah musuh

    negara. Mereka melakukan jenayah itu dengan harapan untuk menimbulkan pergaduhan antara

    penganut agama di negara ini. Zaman semasa Parti Komunis Malaya (PKM) aktif dulu jika berlaku apa-

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    5/20

    apa perbuatan memusnahkan harta awam ianya akan dikaitkandengan perbuatan jahat komunis. Hari

    ini komunis sudah tidak ada. Chin Peng nak balik pun dilarang. Lagipun komunis tidak sesekali bertindak

    ke atas kepentingan mana-mana agama.

    Semua pihak seharusnya jangan cepat melatah dalam membuat penilaian keatas kejadian itu.Walaupun

    suasana hari ini darah orang Islam panas, tetapi jangan ada yang terus menunding jari dan meletakkan

    kejadian itu dalam tanggungjawab orang Islam. Sesiapa juga cuba mengaitkan dengan orang Islam

    memburukkan lagi keadaan.

    Polis haruslah menyiasat sebaik mungkin. Pihak Kristian juga perlu memahami kenapa gereja dibakar.

    Kalau mereka merasakan ia berpunca dari suasana yang timbul tempoh hari, maka berusahalah untuk

    mengatasi mengembalikan semula suasana sebelum 31 Disember tahun lalu sebelum Mahkamah Tinggi

    membenarkan perkataan Allah digunakan.

    Penganut Krsitian dan semua orang kena menerima hakikat kenapa perkara malang ini tidak terjadi

    sebelum ini? Sesungguhanya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini jangan ada niat hendak

    mencuba atas apa tujuan sekali pun kerana ia sangat berbahaya. Dan atas semangat 1 Malaysia dan

    sebagai hak sejagat rakyat Malaysia harus sama-sama menjaga keselamatan masjid, gereja dan kuil.

    POLITIK

    Dari aspek politik pula, masyarakat India membentuk 8% dari 26 juta penduduk di Malaysia. Kebanyakan

    daripada mereka dibawa masuk oleh british kira-kira 200 tahun dahulu untuk bekerja di ladang sebagai

    penoreh getah. Sehingga hari ini sosio-ekonomi masyarakat India berada di belakang masyarakat utama

    lain seperti cina dan melayu. Masyarakat India yang kebanyakannya beragama hindu telah mendirikan

    banyak kuil di kawasan ladang dan kebanyakannya tidak berdaftar. Dengan arus perubahan yang

    melanda Malaysia, banyak kawasan ladang dibangunkan dan ini mencetuskan konflik antara

    pihakberkuasa tempatan yang mahu struktur haram dimusnahkan yang berhadapan dengan tentangan

    masyarakat Hindu. Beberapa siri perobohan kuil hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa,Selangor, pada 15 November 2007, menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang mendakwa kerajaan

    Malaysia mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat India. Dengan menggunakan sentiment agama dan

    perkauman, Hindraf mendakwa kaum India dan agama Hindu ditindasoleh kerajaan Malaysia yang

    dipimpin UMNO dan mendakwa berlaku genosid(penghapusan etnik) dengan memberi contoh lebih 100

    orang India dibunuh semasa peristiwa medan kampung. Propaganda mereka disebarkan melalui

    majlisforum, pengedaran buku dan risalah dalam bahasa tamil , penggunaan laman webdan SMS bagi

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    6/20

    mendapatkan sokongan moral dan material daripada kaum India. Kerajaan Malaysia mendakwa Hindraf

    turut menjadi dalang menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuil haram Hindu

    malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuil pada masa depan.

    Pada hari 25 november 2007 Hindraf menganjurkan perhimpunan 100,000 penduduk India dan

    menghantar memorandum ke Kedutaan britain di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Memorandum dengan

    100,000 tandatangan ditujukan kepada Ratu Elizabeth II. Setiausaha Agung, Datuk S.Veerasingam kesal

    dengan tindakan memanggil masyarakat Hindu menyertai perhimpunan haram itu melalui system

    pesanan ringkas (SMS). Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan bebas mengadakan perhimpunan,

    tetapi perhimpunan seramai 100,000 akan mencetuskan ketegangan kaum.

    Ibu pejabat polis di Balai Polis Cheras tidak meluluskan permit kepadaperhimpunan ini. Surat

    permohonan telah dihantar oleh Hindraf kepada Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ahmad Amir MohdHashim di Balai Polis Cheras pada 7November 2007. Rayuan kedua juga ditolak oleh ibu pejabat polis

    kontijen KualaLumpur pada 15 Naovember 2007.

    Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan mengambil tindakan terhadap peserta

    perhimpunan haram ini. Perhimpunan ini bolehmenyinggung perasaan kaum lain dan menyebabkan

    pergaduhan kaum.Perhimpunan ini akan mengugat keselamatan negara malah ekonomi negara

    akanterjejas teruk. Pelbagai pihak akan mengekploitasi perhimpunan ini danmencetuskan huru-hara

    terutama kumpulan kongsi gelap. Peserta perhimpunanyang berselindung di sebalik kanak-kanak

    sebagai benteng manusia akan didakwa dibawah Akta Kanak-Kanak. Pada 22 November 2007, Ketua

    Polis Kuala Lumpur Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin berkata, mereka yang hadir akan dikenakan

    tindakan di bawah Seksyen 27 Akta Polis. Sentimen perkauman akan diapi-apikanoleh pihak

    tertentu.Polis terpaksa bertindak awal dengan mengadakan sekatan jalanraya bermula pada 20

    November 2007.Pemeriksaan rawak setiap kenderaan ke arahKuala Lumpur. Sesiapa yang membawa

    senjata dan alatan berbahaya akan didakwa.Pada 30 Oktober 2007, beberapa pemimpin Hindraf telah

    ditahan kerana mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur. Antaranya ialah Waytha

    MoorthyPonnusamy, M. Manoharan, Uthayakumar Ponnusamy dan S. Ganapathi Rao.

    KEBUMIPUTERAAN DI MALAYSIA

    Sejak beberapa lama, kerajaan Barisan Nasional yang berpusat di Kuala Lumpur telah mengajukan dan

    meluaskan polisi-polisi perkauman yang mendapat ruangyang cukup luas dalam media massa tempatan.

    Misalnya, syair Cecil Rajendra,bertajuk The Kingdom of Purplaya, yang diterbitkan baru-baru ini,

    menimbulkan kontroversi apabila beberapa kumpulan Melayu mendakwa bahawa penyair tersebut

    mencela kaum Melayu dan mencabar hak-hak istimewa kaum tersebut sebagai kaum asal di Malaysia.

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    7/20

    Sambil Rajendra menafikan dakwaan-dakwaan ini, karya tersebut telah diterbitkan dan disebarkan luas

    oleh beberapa akhbar tempatan,termasuklah Utusan Malaysia.

    Apakah asal-usul hak-hak keistimewaan kaum bumiputera ini? Dari segisejarah, semasa kemerdekaan

    pada tahun 1957, kaum Melayu telah membuatperjanjian yang meneraskan keistimewaan bagi kaum

    mereka lalu menghadiahkanstatus kewarganegaraan kepada kaum-kaum bukan Melayu (perjanjian

    ini jugamelibatkan keutamaan ekonomi bagi kaum Cina). Pada masa itu, ia dipersetujui bahawa sesiapa

    yang dilahirkan di Persekutuan Malaya pada atau selepas Hari Merdeka (31hb Ogos, 1957) akan menjadi

    rakyat dari segi undang-undang. Namun demikian, Artikel 159 dalam perlembagaan Malaysia telah

    digunakan untuk mengutamakan hak-hak istimewa bagi kaum Melayu dan kaum-kaum peribumi.

    Artikel tersebut adalah berkenaan dengan tanggungjawab kerajaan untukmempertahankan kedudukan

    khas kaum Melayu dan warga-warga kaum peribumi dinegeri Sabah dan Sarawak. Kedudukan khas ini

    diterajui oleh kerajaan-kerajaanMalaysia, termasuklah kerajaan Barisan Nasional yang berkuasa pada

    hari ini. Tujuannya adalah untuk memastikan keistimewaan bagi golongan bumiputera, termasuk

    kaum Melayu dan kaum-kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, dalam pertubuhan-pertubuhan

    pendidikan seperti universiti, perkhidmatan awam, pekerjaan dalam firma-firma kerajaan dan dalam

    permohonan lesen atau pinjaman wang bagi perniagaan.

    Selepas kemerdekaan, kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur mencuba menekan kemajuan pada tahap

    yang sama-rata bagi setiap negeri melalui perbadanan-perbadanannya. Namun, salah satu akibat

    daripada usaha ini adalah keengganan kumpulan-kumpulan tertentu di Sabah dan Sarawak untuk

    menerimapendatang asing. Keadaan ini dilanjutkan oleh polisi-polisi kerajaan di mana salah satu

    golongan diberikan keutamaan sebelum golongan yang lain. Seringkali, kaum-kaum Kadazan-Dusun diSabah menganggap penghijrah dari Semenanjung Malaysia sebagai penghijrah dari negara asing. Ini

    tidaklah menghairankan apabila kita meneliti sistem kerajaan di Malaysia, di mana kerajaan tempatan

    (misalnya, diSabah) dibenarkan mengutarakan polisi-polisi pentadbiran yang agak berbeza daripada

    polisi-polisi kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.

    Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963 dengan syarat-syarat khas yang

    digubahkan untuk mempertahankan negeri tersebut berkenaan dengan hal-hal seperti keagamaan,

    kedudukan kaum peribumi dan bumiputera, bahasa, pendidikan dan lain-lain. Salah satu daripada

    pertahanan ini adalah kawalan imigrasi, di mana pertahanan disediakan agar kaum-kaum peribumi tidak

    diketepikan sambil penghijrah dari Semenanjung Malaysia yang mempunyai pendidikan dan latihan yang

    lebih baik membanjiri negeri itu. Namun, salah satu kajian yang terdapat dalam buku Jeffrey Kitingan

    bertajuk The Sabah Problem menunjukkan bahawa hanya 19 daripada 89 jabatan persekutuan di Sabah

    padatahun 1989 diketuai oleh penduduk Sabah. Manakala, jabatan-jabatan lain diketuaioleh penghijrah-

    penghijrah dari Semenanjung Malaysia.Jelasnya, kawalan-kawalan imigrasi yang diwujudkan untuk

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    8/20

    mempertahankan Sabah daripada dibanjiri penghijrah dari Semenanjung Malaysia tidak berfungsi

    dengan baik.

    Lebih-lebih lagi, kedudukan perlembagaan bagi imigrasi di Sabah danSarawak yang begitu rumit tidak

    menyenangkan isu ini. Menurut Artikel 9Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak dibenarkan

    mengawal imigrasi kedalam negeri-negeri tersebut. Maka, di bawah perintah Parlimen, seseorang

    mungkindihalang daripada memasuki Sabah atau Sarawak, atau sebaliknya, dibuang negeridari kedua-

    dua negeri itu.Misalnya, seorang aktivis dari Switzerland, Bruno Manser,pernah dibuang negeri dari

    Sarawak apabila menyuarakan masalah-masalah kaumPenan.Kadang-kala, undang-undang ini digunakan

    untuk menghalang penduduktempatan dari Sabah dan Sarawak meninggalkan negeri-negeri tersebut.

    Contohnya,pada bulan Ogos 1993, pasport seorang aktivis dari Sarawak, Jok Jau Evong,dirampas oleh

    Jabatan Imigrasi, kerana dia didakwa terlibat dalam kempen anti-pembalakan dan pernah membuat

    tuduhan bahawa kerajaan Malaysia sedangmemusnahkan alam sekitar dengan pembalakan tanpa

    kawalan. Kuasa-kuasakerajaan persekutuan untuk melarang seseorang daripada memasuki

    ataumeninggalkan Sabah dan Sarawak di bawah Akta Imigrasi, serta keperluan rakyatSemenanjung

    Malaysia untuk memohon kebernaran bertulis untuk memasuki negeri-negeri tersebut, bermaksud

    bahawa rakyat Semenanjung Malaysia seringkalidianggap sebagai pendatang asing.

    Oleh yang demikian, konsep kewarganegaraan pada tahap negeri yang agakberbeza daripada

    kewarganegaraan pada tahap kebangsaan menekan lagi keadaandi mana kaum bumiputera tidak

    dilayani dengan sama berdasarkan tempat asalmereka. Dari segi ini, maksud menjadi seorang

    warganegara Malaysia kini lebihrapat dengan maksud berasal dari Semenanjung Malaysia atau

    berbangsa Melayu.Secara ringkas, rakyat Semenanjung Malaysia dilayan sebagai pendatang asingdi Sabah dan Sarawak, sambil rakyat Sabah dan Sarawak pula dilayan sebagaipendatang asing di

    Semenanjung Malaysia.

    PENDIDIKAN

    Isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) telah

    menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Melayuterutama golongan pendidik, pemimpin

    masyarakat dan politik. Ia berpunca daripadasatu laporan kononnya pelajar bumiputera tidak mampu

    memenuhi kuota yangdisediakan oleh IPTA berkenaan. Masyarakat Melayu semakin resah apabila

    BekasPerdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan kesediaan kerajaanmenghapuskan

    system kuota bagi kemasukan pelajar ke IPTA sekiranya langkah itudipersetujui rakyat.

    Kenyataan itu, menimbulkan banyak reaksi dari pelbagai pihak. Ada pihakyang menyokong, ada pihak

    yang ragu-ragu dan tidak kurang ada yang membantahkerana mereka lihat tindakan itu sebagai

    merampas hak bumiputera. Kekusutan ituberakhir apabila Kementerian Pendidikan menjelaskan

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    9/20

    perkara yang sebenarnyabahawa tidak wujud kekosongan seperti yang dilaporkan.Kuota itu sudah

    dipenuhimalahan ramai yang tidak dapat memasuki IPTA.Ramai di kalangan bumiputerayang menarik

    nafas lega dan berpuas hati dengan penjelasan KementerianPendidikan itu.

    Namun begitu, kesilapan itu ada hikmah di sebaliknya. Sekurang-kurangnyamasyarakat bumiputera

    harus mula menyedari dan menginsafi bahawa peluang yangada sekiranya tidak mampu diisi , ia akan

    diisi oleh orang lain. Justeru itu dalamkeratan akhbar yang dipilih, rencana ini telah dapat mengupas

    kepentingan systemmeritokrasi kepada kemajuan orang melayu.Perbincangan ini telah dilakukan

    olehPengerusi Jawatankuasa Promosi dan Seranta Kongres Pendidikan MelayuPertamayang juga bekas

    pensyarah, Dr Alias Mohamed. Beliau menerangkan

    14

    maksud meritokrasi, masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu masa kini,meritokrasi yang

    diamalkan oleh masyarakat bukan melayu, kebaikan meritokrasidan system kuota pada masa akan

    datang. Sesungguhnya dengan penerangan yangdiberikan oleh beliau sekurang-kurangnya dapat saya

    membincangkannya dalamtugasan sosiologi saya.

    Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang kuotabumiputera bagisebarang

    tawarankemasukankeIPTAterutamanyabagisesi2010/2011 akan datang ini,pastinya ramai pemohonan

    inginkan tempat dan bila dapat tempat di IPTA merekamahukan kursus yang dipohon mereka dalam erti

    kata lain bidang yang merekaminat. Tetapi senario hari ini, cuba kita lihat taburan mahasiswadibandingkanmahasiswi di seluruh IPTA. Sangat ketara perbezaannya.Ini boleh dilihatterutamanya

    dalam bidang-bidang kritikal. Pada tahun lepas, hanya 33 peratusmahasiswa daripada keseluruhan

    pelajar Melayu di IPTA berbanding 67peratus mahasiswi, dan bilangan mahasiswa itumerosot kepada 30

    peratusberbanding 70 peratus mahasiswi tahunini. Sehinggakan ada cakap-cakap yangmengatakan :

    Kalau kita baling batu dalam bilik kuliah itu, pastinya yang akan terkena penuntutperempuan

    Sebut berkenaan kemasukan ke IPTA, Tun Dr. Mahathir berharap peluangkemasukan ke universiti awam

    yang diberikan kepada lebih ramai kaum Bumiputeraberbanding kaum lain di negara ini tidak harus

    dipertikaikan oleh mana-mana pihakdan tidak adil untuk melabelkan kerajaan mengamalkan sifat

    perkauman danmeminggirkan kaum-kaum lain. Peluang kepada lebih ramai Bumiputera

    berbandingkaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar merekatidak

    ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang akan hanya memberikanpelbagai kesan negatif.

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    10/20

    Jumlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kini hampir sama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam

    (IPTA) dan kemasukan pelajar Bumiputera ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) amat kecil iaitu

    hanya sekitar 10 peratus sahaja dan selebihnya kaum-kaum lain. Perkara itu berlakukerana

    tidakramaikaumBumiputeramampumelanjutkanpelajarankeIPTS disebabkanmasalah kewangan yang

    terhad.Kalau kita buat banci jumlah keseluruhan pelajar diuniversiti kerajaan dan swasta, pelajar bukan

    Bumiputera lebih banyak dariBumiputera.Itulah sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak

    tempatkepada kuotaBumiputera.

    Bagaimanapun, bilangan kemasukan pelajar ke IPTS akan diambil kiraseperti, kerajaan mewujudkan

    keadaan yang seimbang di antara bumiputeradanbukan bumiputera dalam bidang ekonomi.Imbangan

    penyertaanbumiputera dan bukan bumiputera perlu diberi perhatian dalam semuaperkara.

    Sehubungan dengan itu, kerajaan berusaha menambah penyertaanbukan bumiputera dalambidangkerajaan, pihak swasta juga perlu memberipeluang yang samakepada kontraktor atau pembekal

    bumiputera dalamprojek mereka.Kitatidak menentukan kuota atau apa-apa tetapi untuktambah

    bilangan bukanbumiputera dalam kerajaan, kita juga perlu melihattambahan bumiputeradalam sektor

    swasta.Sekarang ini kita dapatiswastakadang-kala tidak memberi peluang sama sekali

    kepadakontraktorbumiputera untuk projek mereka.Kalau ada projek swastayangbukan dimiliki

    bumiputera, kita dapati tidak ada pegawai atau juruterabumiputera, jadi mereka juga perlu

    meningkatkan penyertaan bumidiperingkat swasta.

    Pemimpin-pemimpin kita kerap mengutarakan masalah perkauman. Biarlah diuniversiti ataupun di

    pejabat, sesiapa pun boleh lihat bahawa rakyat jelata lebih gemar bergaul dengan rakan dari kaum yang

    sama. Kerajaan telah mengambillangkah mengadakan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN), supaya

    para remajatidak perlu takut dan malu untuk berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan darikaum lain.

    Memang benar, usaha ini harus dilakukan, tetapi ia bukan satu jalanpenyelesaian untuk mengatasi

    masalah perkauman yang sudah mencapai ke tahapyang kritikal. Sejak kecil lagi, masyarakat kita telah

    dibahagikan mengikut kaum danapabila meningkat remaja, barulah kita diterapkan dengan perpaduan

    kaum,ternyatalah tindakan ini adalah terlalu lambat.Oleh sebab itu, sistem pendidikanrendah dan

    menengah kita mesti dibentuk semula untuk mengelak pembahagian danperpisahan mengikut barisan

    kaum.

    Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai puncayang membawa kepada

    masalah perkauman.Pada awalnya, sistem pendidikan yangwujud di Malaysia terbahagi kepada empat

    aliran mengikut kaum iaitu sekolahMelayu, Cina, India dan Inggeris.Kempat-empat aliran ini mempunyai

    kurikulum yangtersendiri.Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    11/20

    mengirasekadar keperluan peringkat rendah sahaja.Manakala kurikulum sekolah Cina danIndia pula

    masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teksdan guru-guru yang mengajar

    juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan

    keperibadian etnik yang telah sediawujud.Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang

    Cina dan Indiayang tinggal di bandar-bandar sahaja.

    Sebelum proses permodenan, sebelum tiap-tiap anak memasuki alamsekolah, tiada masalah berkawan

    dengan kaum dan bangsa yang lain. Dalammasyarakat kita yang cukup majmuk, bila-bila masa sahaja

    kanak-kanak bermaindan berborak dengan rakan seumur mereka, tidak kira bangsa,kau dan

    agama.Namun, timbulnya masalah apabila kanak-kanak masuk ke alam persekolahan kecuali jika

    mereka memasuki sekolah yang sama. Walaubagaimanapun, kita sudahbiasa dengan menghantar anak-

    anak kita ke sekolah mengikut keturunan masing-masing.

    Kalau kanak-kanak dapat bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakanmereka daripada keturunan lain

    di luar sekolah, kita mungkin boleh mengelakmasalah perkauman. Tetapi dalam zaman milenium ini, kita

    hidup dalam masyarakatdi mana kanak-kanak tidak berinteraksi dengan jiran, tetapi mereka lebih gemar

    bersembang dan bergaul dengan rakan sekolah sahaja.

    Hakikatnya yang berlaku sekarang ialah, anak Melayu pergi sekolahkebangsaan, anak Cina pergi sekolah

    jenis kebangsaan Cina, manakala anak Indiapergi sekolah jenis kebangsaan Tamil, di mana terletaknya

    perpaduan nasional?Realitinya, kita sudah mengamalkan suatu sistem pendidikan berdasarkansegregasi.

    Kita kadangkala membangkitkan isu ini dengan rakan keturunan Cina, tetapirespon mereka selalunya

    hampir sama. Tambahan pula, kata mereka, denganpembangunan pesat di negara Cina, sesiapa yang

    fasih dalam bahasa Mandarin,tentulah masa hadapannya cerah. Namun demikian, kompromi antara

    kaum-kaum diMalaysia sangat mustahak, demi masa depan negara kita.

    Biasanya penyokong sistem yang diamalkan sekarang akan mengelakkan isuperpaduan dan pergaulan

    antara pelajar-pelajar daripada keturunan yang berlainan.Tetapi, ini bukanlah isu yang kecil, kalau kitahanya mempunyai kawan baik daripadasatu kaum, adakah kemungkinan kita boleh bergaul, berinteraksi

    dengan merekayang mengamal budaya dan agama lain?

    Oleh itu, mustahil menafikan kenyataan ini, sistem pendidikan kita pada masakini menjejaskan

    perpaduan nasional. Penyelidik-penyelidik di Britain sudah

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    12/20

    18

    mendapati kanak-kanak yang menghadiri sekolah di mana para pelajar terdiri satukaum sahaja, lebih

    mungkin bertembung dengan masalah berkawan dan memahamiorang daripada keturunan dan kaum

    yang lain.

    Ini bukan maksud kita mesti memansuhkan sekolah jenis kebangsaan.Bagisebahagian rakyat, sistem

    sekolah ini mungkin lebih sesuai daripada sekolahkebagsaan.Tetapi sekolah kebangsaan seharusnya

    memadai bagi kebanyakanpelajar dan ibu-bapa.Jadi bangkitlah soalan seterusnya, mengapa

    kebanyakankeluarga Cina dan India membuat keputusan untuk menghantar anak-anak merekake

    sekolah jenis kebangsaan?Mungkin terdapat dua sebab utama iaitu isu akademikdan iklim sosial.

    Sebagai seorang yang telah menghadiri sekolah kebangsaan, kita dapatmengetahui bahawa kualiti

    akademik di sekolah kebangsaan begitu rendah, tiadabandingan dengan sekolah jenis kebangsaan Cina.

    Di sana, guru-guru amatberdedikasi dan mendorong pelajar-pelajar untuk cemerlang dalam

    pelajaranmereka. Di sekolah kebangsaan, kebanyakan guru kurang motivasi untukmengajar.Tambahan

    pula, sekolah jenis kebangsaan mengajar bahasa ibundapelajar Cina dan Tamil, tentulah ibu-bapa Cina

    dan Tamil lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan.

    Masalah yang lebih rumit, iklim sosial di sekolah kebangsaan biasanyakurang bertolak ansur.Sebagai

    contoh, lihatlah kejadian yang baru berlaku, seorangguru di satu sekolah menengah kebangsaan

    memberitahu pelajar-pelajarnyabahawa budak India merupakan anak pelacur, di antara banyak lagi

    kenyataan yangmenghina.Kejadian seperti ini bukan begitu jarang.Antara contoh lain, aktiviti-

    aktivitikadangkala diadakan pada hari Ahad atau hari perayaan agama yang lain, dankakitangan sekolah

    bukan selalunya bertolak ansur.Semua kejadian kecil ini, apabiladijumlahkan, amat menakutkan bagi ibu

    bapa pelajar-pelajar Cina dan India

    Sistem sekolah kebangsaan haruslah dibentuk semula kalau kita betul-betulmahu memupuk

    perpaduan.Guru-guru dan kakitangan sekolah mestilah lebihbertolak ansur dan lebih

    bermotivasi.Mereka yang enggan menerima hakikat bahawakita tinggal di negara dan masyarakat yang

    majmuk patut berdepan dengan akibatyang serius.Untuk meningkatkan motivasi guru-guru, gaji harus

    naik.Kalau kerajaankita mahu memupuk semangat perpaduan di sekolah kita, guru-guru mestilah

    jadisuatu contoh untuk para pelajar.Dengan ini, barulah sistem sekolah kebangsaan kitamenjadi sistem

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    13/20

    sekolah kebangsaan, bukan sistem sekolah Melayu Baru-baruini, Tuan Pengetua dari SMK Tunku Abdul

    Rahman Putra,Kulai, Johor, Pn Hajjah Siti Inshah Mansor(DG48) telah dikritik hebat oleh Hindraf,DAP,

    PKR dan PAS kerana dianggap seorang pengetua bersikap perkauman dalamsatu situasi di sekolahnya

    Satu jawatankuasa telah dibentuk oleh Jabatan Pelajaran Malaysia untukmenyiasat perkara tersebut,

    menurut Timbalan Perdana Menteri. Kemungkinan jugasindiran Pengetua tersebut secara menyeluruh,

    mungkin beliau geram dengan sikappelajar yang kurang ajar, biadab, tidak berdisplin dan lain-lain

    kemungkinan yangada.Pengetua juga mungkin marah dengan sikap guru-gurunya yang pro-

    pembangkang.Guru Melayu menyokong PAS dan PKR, Guru Cina menyokong Dapdan Guru India

    menyokong Hindraf

    Sekolah mungkin dijadikan gelanggang politik oleh setengah guru danpelajar. Dilihat dari segi

    pengalaman dan usia, Pengetua tersebut cukup cemerlang,beliau juga telah bergelar Pengetua Kanan.Mungkin juga faktor usia dan jantinayang mempengaruhi beliau dan hilang sabar lalu melontarkan

    amarahnya kepadasemua warga pendidik dan pelajar di sekolah beliau dipertanggungjawabkan. Apapun

    jika jawatankuasa yang dilantik juga pro-pembangkang maka tamatlah riwayatPengetua Cemerlang

    tersebut.

    Selain itu, isu bahasa juga mesti ditangani.Sekolah kebangsaan tidak bolehmenggantikan sekolah jenis

    kebangsaan, tetapi mereka masih boleh mengadakankelas-kelas untuk bahasa Mandarin dan bahasa

    Tamil. Ini lebih baik daripada tidakmengadakan apa-apa kelas untuk bahasa ibunda kaum lain. Apabila

    isu bahasaditangani, dan apabila ibu-bapa boleh mempercayai guru-guru ini, tiadalah halangankepada

    satu sistem sekolah kebangsaan.

    Biarlah masyarakat Melayu ataupun masyarakat-masyarakat bukan Melayu,mesti bersedia untuk

    berkompromi sedikit. Dalam iklim masyarakat yang majmuk,hanya kompromi akan mengelakkan

    keganasan dan huru-hara. Apa yang kita mestitumpukan ialah masalah perpaduan, masalah sistem

    sekolah kebangsaan. Suatusistem yang pada terasnya merupakan sistem yang dibahagi mengikut

    keturunanakan menyumbang kepada kepelbagaian kaum. Apa sahaja sistem sekalipun,biarlah sistem

    kerajaan, sistem pendidikan, sistem korporat, asalkan mengikut dasar pemecahan rakyat dari segi kaum,akan tetap gagal menyatupadukan rakyat diMalaysia ini.

    KESIMPULAN

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    14/20

    Sangat menyedihkan selepas 52 tahun kemerdekaan negara, kita masih lagiperlu diingatkan untuk

    meruntuhkan tembok perkauman. Dalam usia separuh abad terbinanya negara Malaysia hasil

    kesepakatan dan toleransi pemimpin pelbagai kaum terdahulu, semangat itu seharusnya sudah menjadi

    intipati dan sebati di dalam jiwa segenap lapisan masyarakat. Malangnya, kita hari ini lebih mengenali

    diri dan jati diri berdasarkan siapa kita mengikut latar belakang kaum, ras, etnik atau asal-usul. Melayu,

    Cina dan India akan selamanya dipisahkan sebagai kaum yangberbeza dan bukannya satu bangsa

    Malaysia. Barangkali disebabkan jurang itu juga, banyak tuntutan dan polemik yang melangkaui

    sempadan agama dan kaum berlaku dalam masyarakat hari ini. Jika inilah yang menjadi amalan, maka

    percayalah soalperpaduan akan terus menghambat negara walaupun selepas berabad Negara

    mengecapi kemerdekaan sekalipun.

    Cabaran kepada perpaduan itu bermula pada era penjajahan British yang memisahkan masyarakat

    Tanah Melayu menerusi dasar pecah dan perintah. Dasar ini telah menyebabkan kita berpecah-belah

    mengikut pola kependudukan dan penempatan, jenis pekerjaan dan sistem pendidikan mengikut kaum.

    Namun itu bukanlah alasan untuk kita terus-menerus meletakkan kesalahan tersebut kepada penjajah.

    Ini kerana kesilapan itu boleh diperbaiki apatah lagi negara sudah lamamengecapi nikmat kemerdekaan.

    Yang penting ialah sejauh mana dalam persekitaran hari ini, wujud sifat toleransi, hormat dan faham-

    memahami beralaskan kejujuran.Bagaimana elemen ini diterima berdasarkan kepada kekuatan

    Perlembagaan?Adakah setiap individu bersedia untuk membelakangkan amalan budaya dan

    kepercayaan dan memberikeutamaan kepada nilai kemanusiaan? Ini memandangkan nilai-nilai itu

    merupakan asas penting untuk meruntuhkan dinding yang memecah-belahkan masyarakat.

    Namun, timbul dilema siapa yang harus berkorban dan siapa pula harus berkompromi. Kemuafakatan

    dan keharmonian memberi penghormatan kepada nilai kemanusiaan yang tidak melihat siapakah yang

    memberi lebih, dan siapa pula yang kurang memberi dan lebih merasa. Jika wujud perasaan seperti itu,

    maka ia boleh berakhir dengan perasaan prasangka antara satu sama lain. Stereotaip akan menebal dan

    sifat etnosentrik akan mendominasi pemikiran seseorang individu.

    Sejajar dengan proses pemodenan dan pembangunan juga, masyarakat hari ini seolah-olah semakinluntur nilai kemasyarakatan, yang muncul adalah sifat materialistik dan individualistik yang menyaksikan

    semakin luntur dan pupusnya sifat kejujuran kerana persaingan ini. Ada yang berebut kekayaan untuk

    diri sendiri danlupa ada masyarakat sekeliling. Ada yang menyoal hak dan tanggungjawab serta

    Perlembagaan yang hanya dirujuk mengikut keselesaan masing-masing. Ini menyebabkan lahir ikatan

    longgar bukan sahaja dalam sesuatu kumpulan etnik tetapi juga hubungan antara etnik. Kerana itu juga

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    15/20

    tambah Sivamurugan, seiringdengan proses modenisasi, kita semua harus mempunyai rasa

    bertanggungjawab.

    Keluarga harus menanam nilai ini di rumah supaya anak mereka menjadi 'idola' di mana sahaja kerana

    perpaduan sebenar bermula dari rumah. Ia mencerminkan kesungguhan kita bersama dalam apa sahaja

    keadaan. Kesemuaetnik ada sifat etnosentrik untuk menanam semangat kekitaan tetapi lebih daripada

    itu, jika mereka memiliki perwatakan hormat-menghormati, saling memahami dan bertolak ansur

    dengan kumpulan etnik lain, maka perpaduan akan subur dengan sendirinya. Dalam masa yang sama,

    pemimpin juga perlu tampil sebagai individu contoh yang boleh diteladani oleh setiap lapisan

    masyarakat. Dalam suasana politikyang tidak menentu ketika ini, pemimpin sewajarnya memiliki nilai

    kepimpinan yang tinggi. Paling utama, ia perlu berasaskan kepada toleransi dan semangat kerjasama

    yang tinggi seperti yang ditunjukkan oleh pejuang kemerdekaan lampau.

    Politik etnik telah mendominasi sejarah politik tanah air sejak sekianlamanya.Walaupun ramai

    menyatakan bahawa selepas 8 Mac 2008, polapengundian menunjukkan bahawa kita sudah melangkaui

    garis keetnikan, namunsedar atau tidak, hakikatnya kita mempunyai kesedaran yang lebih tinggi ke

    ataspersoalan keetnikan selepas 8 Mac 2008. Demokrasi negara akan matang dengansendirinya jika

    watak yang terlibat juga matang.

    Persoalannya, adakah watak utama dalam politik mengetahui bahawa kitamasih terikat dengan

    sentimen emosi dan bukan rasional dalam hal-hal tertentuwalaupun ada ketikanya kita mahukan

    kebebasan Barat dipraktis di negara ini.Adakekangan tertentu yang memberi limitasi ke atas kebebasan

    dalam sebuah negarayang terdiri dari masyarakat pelbagai etnik.Pemimpin harus berwaspada

    dalammemainkan sentimen perkauman kerana masyarakat hari ini lebih celik dari sudutilmu, informasi

    dan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat.

    Pemimpin ada pengikut dan pengikut yang memberi kesetiaan tidak berbelahbahagi kepada pemimpin

    dan parti akan taksub dengan pemimpinnya sehinggabersedia untuk melakukan apa sahaja untuk

    pemimpin tersebut. Kerana itu juga,pemimpin perlu lebih bertanggungjawab dan memastikan bahawa

    walaupun berbezaideologi politik, itu tidak bermakna kemuafakatan harus dikorbankan untukmencapaimatlamat akhir mereka iaitu mendapatkan kedudukan dan pangkat. Paling utamaperpaduan

    tidak boleh dikompromi untuk apa sahaja walau untuk sesiapa sekalipun.Dalam menyoal hak dan

    tanggungjawab, kita mesti bertekad mempertahankan apayang sedang terbina sekian lamanya.

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    16/20

    Permainan politik di Malaysia tidak dapat lari daripada perjuanganberunsurkan kaum yang turut

    melebarkan jurang kemajmukan rakyat di negaraini.Justeru, bagaimanakah perpaduan dalam erti kata

    sebenar boleh dicapai dan masalah integrasi kaum dapat diselesaikan jika parti berbaur perkauman itu

    masih dikekalkan?

    Oleh sebab itu, langkah terbaik ialah memansuhkan parti berasaskanperkauman dan mewujudkan satu

    parti tunggal dengan perjuangan 1Malaysia.Persoalannya mampukah ia dicapai secara aman? yang pasti

    ia bukanlah sesuatuyang mudah untuk dicapai. Jika tidak, parti Barisan Nasional yang tidak pernah

    gagalmemerintah negara sudah melakukannya sejak negara merdeka 52 tahun lalu.Inikerana

    masyarakat Malaysia sudah terpisah dengan jurang perbezaan kaum yangsangat nyata.Apa yang boleh

    dilakukan adalah melalui perjuangan ideologi bagimengaburi perjuangan yang berorientasikan kaum

    seperti bangsa Malaysia,Wawasan 2020 dan 1Malaysia.

    Namun, itu bukanlah halangan untuk kita merealisasikan ideologi perjuangankaum menjadi kenyataan

    pada suatu hari nanti.Atas semangat perpaduan danpersaudaraan yang tinggi untuk membina satu

    wajah bangsa Malaysia sebenar,perbezaan itu boleh menjadi persamaan yang mengikat kita menjadi

    lebih bersaudara.

    RUJUKAN

    1. Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.2. Buku modul pengajaran Hubungan Etnik di Malaysia, diatur huruf oleh :Paimah Antom, Kassim

    Thukiman & Hamidah Abdul Rahman;FakultiPengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia

    (FPPSM), UniversitiTeknologi Malaysia.

    3. Internet :i.www.facebook.com

    ii.www.utusanmalaysia.com

    iii.www.beritaharian.com

    iv.www.google.com

    v.http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=463173&extra=&ordertype=2vi.http://www.projectmalaysia.org/articles/sistem-pendidikan-di-malaysia-punca-

    masalah-perkauman.html

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    17/20

    LAMPIRAN

    Peristiwa 13 mei 1969

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    18/20

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    19/20

  • 8/2/2019 sensitiviti antara kaum

    20/20