sunway mahu lebih banyak tanah...

1
Modal tunai RM100 untuk melabur saham SATU iklan pemasaran pembela- jaran saham menarik perhatian saya: “Anda sudah boleh memu- lakan pelaburan saham di Bursa Malaysia hanya bermodalkan RM100” dan “Melabur saham bukan hanya untuk orang kaya sahaja”. Dua ayat ini sangat popular digunakan dewasa ini, lebih- lebih lagi iklan pemasaran di media sosial Facebook yang ber- tujuan mengajak orang ramai menghadiri kelas pembelajaran saham berbayar. Walhal, banyak organisasi yang berkaitan de- ngan pasaran modal mengada- kan pembelajaran saham secara percuma kepada orang ramai. Jika kita perhatikan ayat copy writing ini, ia merupakan satu strategi pemasaran untuk me- narik lebih ramai orang menyer- tai seminar atau kelas tersebut. Namun, secara realiti kadang kala ia tidak menggambarkan keadaan yang sebenar di dalam dunia saham. Kira-kira 20 tahun dahulu, orang ramai pergi ke syarikat broker saham untuk membuka akaun urus niaga saham de- ngan tujuan untuk membeli dan menjual saham. Tujuan mem- beli dan menjual saham han- ya untuk meraih keuntungan dari perbezaan harga beli dan jual serta mendapatkan pem- bayaran dividen. Jarang yang membuka akaun urus niaga sa- ham tanpa melakukan transaksi saham. Mereka ini membeli saham di pasaran terbuka dan juga memohon saham IPO. Pelanggan pada masa itu ba- nyak bergantung kepada re- misier dari segi mendapatkan maklumat saham sehinggakan dalam membuat pemilihan sa- ham apa yang ingin dibeli oleh kerana di waktu itu tiada kemu- dahan internet serta ilmu ana- lisis fundamental dan teknikal tidak diberi penekanan dalam pemilihan saham. Kebanyakan- nya membeli saham dengan mengikut orang lain atau mem- beli saham semberono. Sekira- nya ada yang membuat kajian, ianya terlalu sedikit sekali. Dan ketika itu juga, orang ramai jarang melabur dengan modal tunai RM100 kerana di waktu itu orang ramai banyak melakukan urus niaga saham secara kontra dan harga saham agak mahal. Modal tunai juga tidak diperlukan ketika mem- beli saham. Mereka biasanya akan menunggu hari terakhir untuk membayar keseluruhan nilai pembelian pada hari tera- khir penyelesaian. Ini kerana mereka hanya akan membayar jumlah kerugian kontra atau- pun menerima untung kontra tanpa membayar keseluruhan jumlah pembelian pada hari yang ditetapkan. Selepas pasaran saham pulih dari kemelut krisis kewang- an Asia 1997, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti telah banyak membuat pembaha- ruan dan kawal selia pasaran modal. Ini termasuk bank-bank pelaburan yang mengenakan berbagai syarat kepada pelang- gan yang ingin membuka akaun urus niaga saham. Satu dari- pada syarat ialah meletakkan sejumlah wang tunai ke dalam akaun amanah pelanggan untuk mendapatkan kemudahan had membeli. Had membeli ini boleh jadi dua atau tiga kali ganda modal tunai yang berada di dalam akaun amanah pelanggan. Seba- gai contoh, jika pelanggan mem- punyai modal tunai RM1,000, maka dia boleh membeli sa- ham di antara RM2,000 hingga RM3,000 sahaja. Ini berbeza pada 20 tahun dahulu di mana remisier bebas memberikan had membeli kepada pelanggan ser- ta mengikut budi bicara pihak broker saham. Berbalik kepada topik hari ini, adakah modal RM100 itu mencukupi atau sesuai untuk membeli saham?. Untuk makluman pembaca, jumlah unit saham telah dipe- cahkan atau diubah dari satu lot bersamaan 1,000 unit sa- ham kepada satu lot bersamaan 100 unit saham. Perubahan ini telah dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memberi peluang golongan bawahan atau yang bermodal kecil untuk membeli saham-saham yang mahal har- ganya dalam unit yang kecil bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia memiliki ekuiti syari- kat tersenarai. Contohnya, saham Maybank yang berharga RM9.66 atau RM9,660 untuk 1,000 unit sa- ham dapat dibeli hanya dengan modal RM966 untuk 100 unit saham atau satu lot saham May- bank. Jumlah RM966 ini tidak termasuk lain-lain kos semasa beli dan juga jual. Pelabur dan pedagang saham perlu membuat perkiraan kos-kos yang terlibat agar harga saham dapat me- lepasi kos tersebut untuk meng- hasilkan keuntungan dalam pelaburan yang dibuat. Walau bagaimanapun, masih ramai pelabur yang tidak mem- punyai modal yang optimum tetapi keinginan mereka untuk melabur di pasaran saham sa- ngat tinggi lebih-lebih lagi apa- bila membaca iklan seperti yang disebut di atas. Tetapi perso- alannya, adakah ia realistik? Kita sambung topik ini di minggu hadapan. CIKGU SAHAM Zuraida Mohd. Zakaria Satu daripada syarat ialah meletakkan sejumlah wang tunai ke dalam akaun amanah pelanggan untuk mendapatkan kemudahan had membeli.”

Upload: phamtuyen

Post on 19-Apr-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sunway mahu lebih banyak tanah TODwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · rasi didorong lokasi yang strategik, saiz pasaran dan harga kompetitif

22 UTUSANBIZ UTUSAN MALAYSIA • RABU 13 SEPTEMBER 2017

Sunway mahu lebih banyak tanah TODOleh NUR HANANI [email protected]

� KUALA LUMPUR 12 SEPT.

SUNWAY Bhd. berhasrat me­ngambil alih lebih banyak tanah yang memiliki sam­

bungan baik kepada infrastruktur awam baharu terutamanya ka­wasan pembangunan berorienta­sikan transit (TOD).

Pengarah Urusan Bahagian Har­tanah Sunway bagi Malaysia dan Singapura, Sarena Cheah berkata, TOD adalah pemba ngunan ur­ban memaksimumkan ruang ke­diaman, perniagaan dan rekreasi dalam jarak berjalan kaki dari pengangkutan awam.

Katanya, kumpulan itu telah memperoleh lima tanah di Lem­bah Klang bernilai RM5.5 bilion termasuk di Kajang dan Wangsa

Maju sejak Januari lalu.“Kami mahu mempelbagaikan

lokasi projek pembangunan yang mudah diakses dengan jalan raya dan infrastruktur awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

“Sehubungan itu, kami sedang mencari lebih banyak tanah untuk pembangunan TOD, lebih­lebih lagi apabila projek MRT dan LRT selesai, ia akan menambah nilai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Sunway melan­carkan Sunway Velocity Hotel bernilai RM140 juta yang meru­pakan satu­satunya hotel ber­orientasikan transit, selain hotel terbesar dan bersepadu di Cheras dekat sini.

Majlis itu turut dihadiri Pe­ngarah Operasi Sunway Hotels & Resorts, Kelly Leong; Ketua Pega­

wai Eksekutif Sunway Hotels & Resorts, Albert Cheong; Pengarah Fawanis Sdn. Bhd., Ahmad Zul­Qarnain dan Ketua Pegawai Ekse­kutif Sunway REIT, Datuk Jeffrey Ng.

Sunway Velocity Hotel yang merupakan projek usaha sama di antara Sunwaydan Fawanis di ka­wasan TOD mula beroperasi pada 20 September ini.

Menurut Sarena, pihaknya me­nyasarkan kadar penginapan mencecah 75 peratus pada tahun pertama hotel berkenaan berope­rasi didorong lokasi yang strategik, saiz pasaran dan harga kompetitif.

“Pada tahun ini dan 2018, kami menjangkakan tetamu hotel ini ter­diri dalam kalangan warga tempa­tan sebanyak 60 peratus serta baki meliputi pelancong dari Singapura, China dan rantau Asia Pasifik,” ka­tanya.

Modal tunai RM100 untuk melabur sahamSATU iklan pemasaran pembela­jaran saham menarik perhatian saya: “Anda sudah boleh memu­lakan pelaburan saham di Bursa Malaysia hanya bermodalkan RM100” dan “Melabur saham bukan hanya untuk orang kaya sahaja”.

Dua ayat ini sangat popular digunakan dewasa ini, lebih­lebih lagi iklan pemasaran di media sosial Facebook yang ber­tujuan mengajak orang ramai menghadiri kelas pembelajaran saham berbayar. Walhal, banyak organisasi yang berkaitan de­ngan pasaran modal mengada­kan pembelajaran saham secara percuma kepada orang ramai.

Jika kita perhatikan ayat copy writing ini, ia merupakan satu strategi pemasaran untuk me­narik lebih ramai orang menyer­tai seminar atau kelas tersebut. Namun, secara realiti kadang kala ia tidak menggambarkan keadaan yang sebenar di dalam dunia saham.

Kira­kira 20 tahun dahulu, orang ramai pergi ke syarikat broker saham untuk membuka akaun urus niaga saham de­ngan tujuan untuk membeli dan menjual saham. Tujuan mem­beli dan menjual saham han­ya untuk meraih keuntungan dari perbezaan harga beli dan jual serta mendapatkan pem­bayaran dividen. Jarang yang membuka akaun urus niaga sa­ham tanpa melakukan transaksi saham. Mereka ini membeli saham di pasaran terbuka dan juga memohon saham IPO.

Pelanggan pada masa itu ba­nyak bergantung kepada re-misier dari segi mendapatkan maklumat saham sehinggakan dalam membuat pemilihan sa­ham apa yang ingin dibeli oleh kerana di waktu itu tiada kemu­dahan internet serta ilmu ana­lisis fundamental dan teknikal tidak diberi penekanan dalam pemilihan saham. Kebanyakan­nya membeli saham dengan mengikut orang lain atau mem­beli saham semberono. Sekira­nya ada yang membuat kajian,

ianya terlalu sedikit sekali.Dan ketika itu juga, orang

ramai jarang melabur dengan modal tunai RM100 kerana di waktu itu orang ramai banyak melakukan urus niaga saham secara kontra dan harga saham agak mahal. Modal tunai juga tidak diperlukan ketika mem­beli saham. Mereka biasanya akan menunggu hari terakhir untuk membayar keseluruhan nilai pembelian pada hari tera­khir penyelesaian. Ini kerana mereka hanya akan membayar jumlah kerugian kontra atau­pun menerima untung kontra tanpa membayar keseluruhan jumlah pembelian pada hari yang ditetapkan.

Selepas pasaran saham pulih dari kemelut krisis kewang­an Asia 1997, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti telah banyak membuat pembaha­ruan dan kawal selia pasaran modal. Ini termasuk bank­bank pelaburan yang mengenakan berbagai syarat kepada pelang­gan yang ingin membuka akaun urus niaga saham. Satu dari­pada syarat ialah meletakkan sejumlah wang tunai ke dalam akaun amanah pelanggan untuk mendapatkan kemudahan had membeli.

Had membeli ini boleh jadi

dua atau tiga kali ganda modal tunai yang berada di dalam akaun amanah pelanggan. Seba­gai contoh, jika pelanggan mem­punyai modal tunai RM1,000, maka dia boleh membeli sa­ham di antara RM2,000 hingga RM3,000 sahaja. Ini berbeza pada 20 tahun dahulu di mana remisier bebas memberikan had membeli kepada pelanggan ser­ta mengikut budi bicara pihak broker saham.

Berbalik kepada topik hari ini, adakah modal RM100 itu mencukupi atau sesuai untuk membeli saham?.

Untuk makluman pembaca, jumlah unit saham telah dipe­cahkan atau diubah dari satu lot bersamaan 1,000 unit sa­ham kepada satu lot bersamaan 100 unit saham. Perubahan ini telah dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memberi peluang golongan bawahan atau yang bermodal kecil untuk membeli saham­saham yang mahal har­ganya dalam unit yang kecil bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia memiliki ekuiti syari­kat tersenarai.

Contohnya, saham Maybank yang berharga RM9.66 atau RM9,660 untuk 1,000 unit sa­ham dapat dibeli hanya dengan modal RM966 untuk 100 unit saham atau satu lot saham May­bank. Jumlah RM966 ini tidak termasuk lain­lain kos semasa beli dan juga jual. Pelabur dan pedagang saham perlu membuat perkiraan kos­kos yang terlibat agar harga saham dapat me­lepasi kos tersebut untuk meng­hasilkan keuntungan dalam pelaburan yang dibuat.

Walau bagaimanapun, masih ramai pelabur yang tidak mem­punyai modal yang optimum tetapi keinginan mereka untuk melabur di pasaran saham sa­ngat tinggi lebih­lebih lagi apa­bila membaca iklan seperti yang disebut di atas. Tetapi perso­alannya, adakah ia realistik?

Kita sambung topik ini di minggu hadapan.

Aplikasi PRUdream Planner tawar penyelesaian terbaikOleh MUHD. SHAHIZAM [email protected]

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Pru­dential Assurance Malaysia Ber­had (PAMB) memperkenalkan PRUdream Planner iaitu sebuah aplikasi interaktif yang membole­hkan agen­agen menilai keperluan dan keutamaan kewangan pelang­gan bagi menawarkan penyelesaian terbaik.

Ketua Pegawai Strate­gi PAMB, Wan Saifulri­zal Wan Ismail berkata, aplikasi tersebut mem­bantu ejen­ejen untuk membuat perancangan melalui cara yang mudah difahami dan diakses oleh para pelanggan.

Jelas beliau, PR-Udream Planner turut menyediakan kaedah baharu dan inovatif kepada ejen­ejen dalam menawarkan rundingan yang le­bih berkesan.

“Melalui aplikasi ini, ejen­ejen

dapat mengumpul pelbagai maklu­mat yang berkaitan dengan profil ke­wangan pelanggan menerusi pelbagai soalan yang disedi­akan. Seterusnya, ejen akan me­nilai keperluan dan keutamaan kewangan pelanggan berdasarkan

kepada matlamat hidup mereka.

“Setelah mengenal pasti keperluan pelanggan, agen akan menawarkan pilihan daripada pelbagai pelan penyelesaian insurans PAMB serta memberi ca­dangan khusus agar me­menuhi keperluan pe­langgan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Saifulrizal menambah, Pru­dential berhasrat untuk meningkat­kan produktiviti dan profesionalisme tenaga kerja agensi serta memberi pengalaman jualan baharu kepada

pelanggan melalui PRUdream Planner.

Menurut beliau, aplikasi tersebut ber­peranan sebagai pan­duan kepada para pelanggan di mana

ia belajar tentang diri, apa yang dihargai dan cara untuk mereka mencapai matlamat kewangan.

Katanya, PRUdream Plan-ner menyokong rangka Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Bank Negara Malaysia dalam mem­promosikan inovasi serta profe­sionalisme dari segi produk dan perkhidmatan insurans.

“Aplikasi ini juga melengkap­kan misi PAMB untuk menyedia­kan pengalaman jualan berasas­kan penyelesaian yang berkualiti kepada para pelanggan.

“Di samping itu, kesedaran ten­tang kepentingan perancangan kewangan jangka panjang dalam kalangan ahli keluarga dapat di­tingkatkan dalam usaha mencapai impian masing­masing,” ujarnya.

Celcom perkukuh kedudukan dalam industriKUALA LUMPUR 12 Sept. – Celcom Axiata Bhd. (Celcom) menguku­hkan kedudukannya dengan pr­estasi yang lebih baik berbanding industri dalam pendapatan perkhid­matan asas suku tahunan meski­pun berdepan keadaan mencabar.

Penyedia rangkaian telekomu­nikasi itu merekodkan peningka­tan 1.4 peratus dalam pendapatan perkhidmatan kepada RM1.495 bi­lion bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2017 ketika industri merekodkan ke­merosotan sebanyak 2 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mi­chael Kuehner berkata, dalam suku kajian itu, Celcom mencatatkan jum­lah pendapatan bernilai RM1.621 bilion iaitu peningkatan 0.7 peratus daripada pencapaian suku pertama tahun ini.

Katanya, keuntungan selepas cukai, pelunasan dan kepentingan minoriti (PATAMI) Celcom juga me­lonjak 22.9 peratus kepada RM331 juta sementara pendapatan sebe­

lum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 7.2 peratus kepada RM630 juta.

Menurut beliau lagi, antara fak­tor yang mempengaruhi pertum­buhan itu adalah penambahba­ikan pendekatan dalam me menuhi kehendak pengguna serta penyela­rasan pengurusan kewangan dan operasi syarikat.

“Kami telah memperkenalkan program pendigitalan pengedar yang memperbaiki ketersediaan produk secara keseluruhan dan membole­hkan pengalaman pengedaran yang lebih baik buat ekosistem jualan dan agihan,” katanya ketika ditemui di taklimat media perniagaan suku kedua Celcom di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan dan Ketua Pegawai Kewangan syarikat telekomuni­kasi itu, Jennifer Wong.

ECERDC bawa usahawan ke CAEXPO 2017KUALA LUMPUR 12 Sept. ­ Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) membawa 20 usahawan tempatan ke Nanning, China bagi mempromosikan produk­produk keluaran mereka sempena Ekspo China­ASEAN Ke­14 (CAEXPO 2017) yang bermula hari ini sehingga Jumaat depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jebasingam Issace John (gambar) berkata, inisiatif tersebut merupakan antara satu usaha ECERDC dengan sokongan kerajaan persekutuan dan negeri untuk meningkatkan lagi permintaan produk­produk usahawan ECER di China.

Menurut beliau, usahawan­usahawan daripada industri seni dan kraf ECER dipilih untuk menjadi sebahagian daripada delegasi Malaysia ke CAEXPO 2017.

“Para usahawan perlu diberi pendedahan dengan lebih luas agar mereka dapat mempromosikan hasil seni dan kraf tempatan. Pada masa sama, penglibatan usahawan ini akan memaparkan potensi wilayah ECER sebagai sebuah destinasi pelancongan budaya sekali gus membawa lebih banyak faedah sosioekonomi kepada masyarakat tempatan.

“Kami percaya terdapat permintaan yang kukuh dan kian meningkat untuk warisan kebudayaan yang unik daripada pengguna di seluruh dunia termasuk China dan ASEAN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Issace John menambah, hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan China telah membuka peluang yang amat luas kepada para usahawan tempatan untuk menerokai pasaran China dan ASEAN.

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

Satu daripada syarat ialah meletakkan sejumlah wang tunai ke dalam akaun amanah pelanggan untuk mendapatkan kemudahan had membeli.”

KELLY LEONG (kiri), Albert Cheong (dua dari kiri), Ahmad Zul-Qarnain (tengah), Sarena Cheah (dua dari kanan) dan Jeffrey Ng pada majlis pelancaran Hotel Sunway Velocity di Cheras, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

MICHAEL KUEHNER (kiri), Jennifer Wong (tengah) dan Azwan Khan Osman Khan ketika berkongsi pencapaian perniagaan suku kedua Celcom Axiata Bhd. (Celcom) di Kuala Lumpur, semalam.

WAN SAIFULRIZAL WAN ISMAIL

Nama UPM pada pesawat AirAsiaSEPANG 12 Sept. – Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul universiti pertama yang mempunyai nama dan logonya dipaparkan di se­buah pesawat Airbus 320­200 mi­lik syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

Pesawat dengan nombor pen­daftaran 9MAQD itu memaparkan logo UPM, slogan With Knowledge We Serve serta logo pokok.

Bahagian kokpit pesawat ber­kenaan turut dihiasi dengan mo­tif­motif berkaitan UPM.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk

Seri Idris Jusoh berkata, kerjasama antara pihak universiti dan indus­tri seumpama ini perlu diteruskan dalam usaha mewujudkan perseki­taran positif bagi kedua­dua pihak.

Ke arah itu katanya, mentaliti berpandukan silo perlu dikikis oleh semua pihak.

“Pelancaran kerjasama UPM dan AirAsia ini merupakan satu testimoni daripada inisiatif pro­gram CEO@Faculty yang dijalan­kan di UPM baru­baru ini.

“Oleh itu, saya berharap kerjasa­ma universiti­industri dapat terus

dipertingkatkan selaras dengan peredaran masa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pesawat berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiau­saha kementerian, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Naib Canselor UPM, Datin Paduka Dr. Aini Ideris.

Sementara itu, Fernandes berkata, kerjasama antara pihak universiti dan industri seperti program CEO@Facul-ty dapat memberi gambaran sebenar kepada kedua­dua pihak terlibat.

PESAWAT Air Asia Airbus A320-200 (9MAQD) yang tertera logo Universiti Putra Malaysia dalam majlis pelancaran pemasangan livery pesawat AirAsia di Sepang Aircraft Engineering, Sepang, semalam.

AS masih ada peluang sertai TPPAKUALA LUMPUR 12 Sept. – Amerika Syarikat (AS) masih mempunyai tempoh sehingga Februari 2018 untuk memuktamadkan pendi­riannya sama ada mahu menyer­tai Perjanjian Perkongsian Trans­Pasifik (TPPA) atau sebaliknya.

Menurut Penasihat Kanan ASEAN Advisory Pte. Ltd., Yong Hee Kong, meskipun TPPA tidak bermakna tan­pa penyertaan AS, namun masih ada negara yang mahu perjanjian terse­but dimuktamadkan, contohnya Jepun dan Australia.

“Ini kerana, TPPA bukan seka­dar satu perjanjian dagangan tetapi melibatkan banyak aspek, antara­nya hak intelek, tarif dan tarikan pelaburan yang akan menjadi mo del kepada perjanjian dagangan global pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian se­lepas simposium ‘Pengunduran AS, Kebangkitan China: Bagaima­

na kita menghadapinya?” anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) di sini hari ini.

Bagi Malaysia, ujar Hee Kong, perjanjian itu amat penting ke­pada pertumbuhan ekonomi ne­gara kerana ia membawa pelba­gai ke lebihan terutama dari segi mening katkan aktiviti dagangan.

Sebelum ini, Menteri Perdagan­gan Antarabangsa dan Industri, Da­tuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia dan 10 lagi negara anggota TPPA masih mencari pilihan untuk meneruskan perjanjian tersebut bi­arpun tanpa kehadiran AS.

Ini berikutan langkah yang dibuat Presiden AS, Donald Trump yang menandatangani arahan eksekutif pada 23 Januari lalu untuk me­narik diri secara rasmi daripada rundingan TPPA sebagai menu­naikan janjinya ketika berkempen sebagai calon Presiden AS.