surat memohon sumbangan lestari (1)

6
JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I (JAKSA), KOLEJ TUN HUSSEIN ONN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Rujukan : UKM 3.31/2010.11/(Z)02/01 Tarikh : 23 FEBRUARI 2011 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Y. Bhg. Prof Dr. Mazlin bin Mokhtar, Pengarah, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 UKM BANGI, Selangor, Malaysia Melalui: Kapten Dr. Azahan bin Awang, Pengetua, Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor Y. Bhg. Prof, Memohon Sumbangan Bagi Menjalankan Kempen Katakan Tidak Pada Polistirena DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-89213157 (Pejabat am), 03-89213174 (JAKSA), Fax :03-89213158 E-mail : [email protected] Laman Web: www.kolejtunhusseinonn.blogspot.com

Upload: aur-cmr

Post on 14-Aug-2015

66 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pohon Sumbangan

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Memohon Sumbangan LESTARI (1)

JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I (JAKSA), KOLEJ TUN HUSSEIN ONNUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Rujukan : UKM 3.31/2010.11/(Z)02/01 Tarikh : 23 FEBRUARI 2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Prof Dr. Mazlin bin Mokhtar,Pengarah,Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),43600 UKM BANGI,Selangor, Malaysia

Melalui:

Kapten Dr. Azahan bin Awang,Pengetua,Kolej Tun Hussein Onn,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 Bangi Selangor

Y. Bhg. Prof,

Memohon Sumbangan Bagi Menjalankan Kempen Katakan Tidak Pada Polistirena

Adalah dengan segala hormatnya, saya Amirah Farhan binti Kamaruddin, Setiausaha Program, ‘Kempen Katakan Tidak Pada Polistirena’ merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya seperti nama di atas ingin memohon sumbangan berbentuk wang bernilai RM1000 daripada pihak tuan bagi menjalankan Kempen Katakan Tidak Pada Polistirena di Kolej Tun Hussein Onn ( KTHO ) yang akan dibelanjakan untuk kegunaan flyers, poster dan lain-lain. Kami juga ingin memohon sumbangan seperti poster dan banner yang menceritakan tentang baik dan buruk polistirena. Butiran belanjawan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran A. Butiran program adalah seperti berikut:

Nama Program : Kempen Katakan Tidak Pada PolistirenaTarikh : 23 Februari 2011 – 30 Mac 2011Tempat : Kolej Tun Hussein Onn

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN

Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-89213157 (Pejabat am), 03-89213174 (JAKSA), Fax :03-89213158E-mail : [email protected] Laman Web: www.kolejtunhusseinonn.blogspot.com

Page 2: Surat Memohon Sumbangan LESTARI (1)

3. Untuk makluman tuan, program ini merupakan satu program kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar kendalian sepenuhnya oleh mahasiswa/i Kolej Tun Hussein Onn, dan merupakan satu inisiatif berunsurkan ketidakuntungan. Warga kolej akan berkerjasama untuk menjaga alam sekitar dengan berusaha untuk menyifarkan penggunaan polistirena.

4. Program ini adalah selaras dengan inisiatif LESTARI dalam merealisasikan program UKM Kampus LESTARI. Melalui program ini juga, aktiviti jangkauan LESTARI di peringkat komuniti dalam melengkapkan tanggungjawab LESTARI ke arah mempromosikan amalan kelestarian alam sekitar dapat ditingkatkan. Program ini boleh dimasukkan dalam aktiviti Nic Pembangunan Lestari wilayah khususnya kumpulan pengurusan ekosistem lestari dan kampus lestari. Seterusnya, kerjasama LESTARI dan KTHO dalam aspek kesedaran dan penyelidikan berkenaan dengan amalan kelestarian alam sekitar dapat diperkukuhkan.

5. Dalam pada itu, program ini dapat membantu pengurusan kolej dalam memperkasakan amalan kelestarian alam sekitar sekaligus menjadikan KTHO sebagai salah satu kolej perintis yang memulakan pembudayaan amalan kelestarian. Pemahaman yang lebih jelas dan terpandu tentang kesedaran ada amalan kelestarian yang betul dan berkesan dapat dipertingkatkan. Selain itu, program ini dapat membantu KTHO dalam membangunkan imej korporatnya yang baru berunsurkan alam sekitar dengan slogan Commited to Sustainable Living. Kerjasama KTHO dengan pihak luar dalam pembangunan keupayaan warga kolej berkenaan pengurusan alam sekitar turut diperluaskan.

6. Oleh yang demikian, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan sumbangan tidak kira melalui bentuk kewangan mahupun barang keperluan agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh menghubungi saudari:

Nurul Shuhada binti HarisPengarah Program012-5441415

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN

Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-89213157 (Pejabat am), 03-89213174 (JAKSA), Fax :03-89213158E-mail : [email protected] Laman Web: www.kolejtunhusseinonn.blogspot.com

Page 3: Surat Memohon Sumbangan LESTARI (1)

7. Di sini kami lampirkan belanjawan yang kami perlukan di lampiran A. Kerjasama dari pihak tuan untuk memberikan sumbangan dalam menyempurnakan program ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………...............................( AMIRAH FARHAN BINTI KAMARUDDIN )Setiausaha,Kempen Katakan Tidak Pada Polistirena,Kolej Tun Hussein Onn,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 Bangi,Selangor

s.k : fail jaksa bendahari Kolej Tun Hussein Onn

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN

Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-89213157 (Pejabat am), 03-89213174 (JAKSA), Fax :03-89213158E-mail : [email protected] Laman Web: www.kolejtunhusseinonn.blogspot.com

Page 4: Surat Memohon Sumbangan LESTARI (1)

KEMPEN KATAKAN TIDAK PADA POLISTIRENA 23 FEBRUARI – 30 MAC 2011

LAMPIRAN A

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL. PERKARA RM

1. Sumbangan daripada pihak LESTARI 1000

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 1000

Anggaran Perbelanjaan

BIL. PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

5.

Poster40 kpg x RM 5

Flyers Berwarna1000 kpg x RM 0.30

Banner4 kpg x RM 30

T-shirt AJK Inovasi dan Penyelidikan20 helai x RM 15

RencamRM 80

200

300

120

300

80

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 1000

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN

Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-89213157 (Pejabat am), 03-89213174 (JAKSA), Fax :03-89213158E-mail : [email protected] Laman Web: www.kolejtunhusseinonn.blogspot.com