tahap sm modul 402 sistem & aplikasi bahasa nama...pusat tuisyen didikan genius program bahasa...

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 40 2B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 12-Sep-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021

Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)

B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa

1. Morfologi (6%-8%)

2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu

Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%)

B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%)

8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

A. Morfologi

Kata Kerja Transitif Berapitan

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja transitif

berapitan meN-...kan dan dua kata kerja transitif berapitan meN-…i. Kemudian,

anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang

dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan

perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Setelah menerima panggilan kecemasan, jentera bomba dan anggotanya terus ke

bangunan lima tingkat yang mengalami kebakaran itu. Apabila sampai di tempat

kejadian, anggota bomba mendekatkan jenteranya ke bangunan yang terbakar. Orang

ramai yang menyaksikan kejadian tidak dibenarkan mendekati bangunan tersebut.

Oleh sebab kebakaran berlaku di tingkat tiga, anggota bomba menaikkan tangga ke

tingkat atas. Selepas itu, beberapa orang anggota bomba menaiki tangga tersebut

dengan membawa pelbagai peralatan untuk memadamkan api. Mereka menyiramkan

air ke arah bahagian yang terbakar, Selepas menyirami bahagian yang terbakar

tersebut kira-kira 5 minit, api pun dapat dipadamkan sepenuhnya. Ketangkasan

anggota bomba bertindak telah menyebabkan kebakaran besar dapat dielakkan.

(Dipelik dan diubah suai daripada

Fail Pengarang)

Dua kata kerja transitif berapitan meN-..kan :

Dua kata kerja transitif berapitan meN-..i :

Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

Ayat daripada kata kerja transitif berapitan meN-..kan:

i. _________________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________

Ayat daripada kata kerja transitif berapitan meN-..i:

i. _________________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________

[6 markah]

B. Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kenal pasti ayat dan tulis subjek dan

predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

(1) Jantung menanggung beban yang berat akibat tabiat makan yang mungkin tidak

seimbang dan kurang sihat serta gaya hidup yang kurang aktif. Kajian Jabatan

Statistik Malaysia menunjukkan bahawa (2) penyakit jantung iskemik kekal punca

utama kematian di Malaysia sepanjang 13 tahun kebelakangan ini. (3) Faktor utama

yang menyumbang kepada situasi ini ialah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan

darah tinggi dan obesiti. Realitinya, (4)satu daripada dua orang rakyat dewasa

Malaysia mengalami masalah kolesterol tinggi. Namun, yang lebih membimbangkan

ialah (5) hampir 40 peratus danpadanya tidak menyedari bahawa paras kolesterol

mereka adalah tinggi.

(Dipetik dan diubah suai daripada

Berubah ke arah gaya hidup sihat

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

My Metro 28 Ogos 2019)

[6 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

1.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

2.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

3.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

4.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

5.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

C. Penyuntingan Bahasa

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat

empat kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi

setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikannya lebih daripada jumlah kesalahan

yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan

tersebut.

Petikan 1

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan istilah penjarakan sosial yang

digunapakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak

Covid-19 kini ditukar kepada penjarakan fizikal. Penggunaan istilah penjarakan

fizikal merujuk kepada pengamalan jarak sekurang-kurangnya satu meter oleh ramai

orang. Penjarakan fizikal perlu dipatuhi dalam kebiasaan baru.

Selain itu, syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan

Pemulihan (PKPP) perlu orang ramai patuhi. Mereka yang berisiko tinggi seperti

kanak-kanak, bayi, warga emas dan

orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi. Individu tidak sihat dan bergejala

dikehendaki segera menjalani peperiksaan kesihatan.

(Dipetik dan diubah suai daripada

Guna Istilah Penjarakan Fizikal untuk Covid-19

BH Online 31 Julai 2020)

Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

No. Kesalahan Pembetulan

1

2

3

4

5

6

[6markah]

Petikan 2

"lni adik saya, cikgu. Namanya Min- Muhammad NurAzrnin," ujar seorang remaja

lelaki berusia awal 17 tahun selepas mengucap salam dengan ungkapan penuh kepada

Cikgu Shamsul Amir Ismail. Salamnya juga berbalas penuh. Remaja yang berambut

ikal pendek itu, Suhaiman. Dia dan adiknya baharu sahaja tiba di kelas tingkatan 5

Arif. Mereka cepat salam-bersalam dengan Cikgu Shamsul Amir Ismail yang ketika

itu berada di sudut belakang kelas tingkat bawah Sekolah Menengah Kebangsaan

Pangkalan Gawi.

"Baguslah, Suhaiman datang awal dan menepati waktu; bawa adik pula tu.

langkah Suhaiman ini amat bagus. Perbuatan Suhaiman ini kalau menurut orang tua-

orang tua kita, umpama melentur buluh dari rebung," balas Cikgu Shamsul Amir

Ismail dengan gembiranya. Daripada memandang Suhaiman, dia meleretkan matanya

kepada Muhammad Nur Azmin pula.

(Dipetik dan diubah sui daripada

Sampah nan Segumpal

O/eh Nur Akmaliah

Petita Bahasa, April2017

Dewan Bahasa April 2019)

Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

[6 markah]

No. Kesalahan Pembetulan

1

2

3

4

[6 markah]

D. Alih Bahasa

Nota :

Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu

selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu

menggunakan bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit

ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang

iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan

kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun banyak digunakan.

v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.

vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa

Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalam pelbagai bidang

Bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,

pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata

umum.

viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu

seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat

sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil

daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard

a. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud

secara keseluruhan.

b. Kenai pasti watak dan peranannya.

c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana

tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.

d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap,

mangkat, bersiram, gering dan sebagainya hendaklah dikekalkan.

e. Kata ganti nama diri seperti baginda, bonda, anakanda, permaisuri, kekanda

dan lain-lain juga dikekalkan.

f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan

ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks

bahasa standard.

h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana anda

akan menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan

isi terpesong.

i. Keseluruhan leks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan

mana-mana ayat atau bahagian teks.

j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan

tidak mengubah maksud asal kata tersebut.

k. Setiap ayat yang dibuat perlu memperlihatkan kohesi dan koheren sehingga

menghasilkan alih bahasa yang tepat.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis

petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan

maksud asalnya.

Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke

dalam pergi mengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang,

"Ini harta patik, tuanku."

Maka seorang, "Ini pun ia harta patik, tuanku." Maka kata seorang, "Ini tuanku

benda patik." Kata seorang, "Ini bantal patik, tuanku."

Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, "Hai segala

kamu sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana,

sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh

akan Laksamana."

(Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan’(Hal.38)

dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(6 markah)

E. Peribahasa

Baca petikan dialog di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa

yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Aiman : Aku berasa amat malu.

Ramli : Bukankah sudah aku ingatkan, jangat ambil tahu tentang perselisihan

antara Azlan dengan sepupunya itu. Sekarang mereka sudah berbaik-

baik semula. Sudahlah. Lupakan sahaja segala-galanya. Mari belanja

aku makan. Bukankah engkau baru mendapat gaji ?

Aiman : Ah, bayarlah sendiri! Semalam, apabila aku minta engkau belanja

makan di kantin, engkau buat selamba sahaja.

Ramli : Oh, balas dendam rupanya! Kedekut betul engkau. Nasi lemak harga

satu ringgit pun engkau hendak berkira-kira.

Aiman : Janganlah marah. Aku hanya bergurau . Bukankah kita bersahabat

baik ? Sudah bertahun-tahun kita berkawan. Kita selalu bersama-sama

ke mana-mana sahaja. Setakat secawan kopi dan sebungkus nasi lemak,

tidak menjadi masalah. Marilah kita pergi ke arung Pak Cik Leman.

Peribahasa 1 : ____________________________________________________

Peribahasa 2 : ____________________________________________________

Peribahasa 3 : ____________________________________________________

[6 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama
Page 12: Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my