tajuk 1_pengajaran dan pembelajaran

20
Tajuk 1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengertian pengajaran dan pembelajaran, serta prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Ia merangkumi peristiwa-peristiwa pengajaran dan kaitan dengan jenis- jenis pembelajaran Gagne. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru memahami dengan lebih baik prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran seperti dikemukakan oleh Ewell dalam mengorganisasikan pembelajaran. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran 2. Menyatakan prinsip dan jenis-jenis pembelajaran Gagne 3. Menunjukkan perkaitan antara pengajaran dengan pembelajaran Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Pengajaran dan Pembelajaran Konsep Asas Prinsip-Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Peristiwa Pengajaran dan Definisi Pengajaran & Pembelajaran Situasi Mendesak Maklum balas berterusan Suasana yang menyeronokka Penglibatan aktif Perkaitan dan Corak Konstruktivisme Pembelajaran informal Pengalaman Kemahiran Intelek Maklumat Verbal Sikap Kemahiran Motor

Upload: muhd-jamil

Post on 27-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

Tajuk 1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengertian pengajaran dan pembelajaran, serta

prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Ia merangkumi peristiwa-peristiwa pengajaran

dan kaitan dengan jenis-jenis pembelajaran Gagne. Pengetahuan ini akan membolehkan

guru-guru memahami dengan lebih baik prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran

seperti dikemukakan oleh Ewell dalam mengorganisasikan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran

2. Menyatakan prinsip dan jenis-jenis pembelajaran Gagne

3. Menunjukkan perkaitan antara pengajaran dengan pembelajaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengajaran dan Pembelajaran

Konsep Asas Prinsip-Prinsip

Pengajaran dan

Pembelajaran (Ewel)

Peristiwa Pengajaran

dan Pembelajaran

Definisi

Pengajaran &

Pembelajaran

SituasiMendesak Maklum balas berterusanSuasana yang menyeronokkan

Refleksi

Penglibatan aktifPerkaitan dan CorakKonstruktivismePembelajaraninformalPengalaman langsung

Kemahiran Intelek

Maklumat Verbal

Strategi Kognitif

Sikap

Kemahiran Motor

Page 2: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

1.1 Pengertian Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran merupakan satu proses di mana peluang disedia untuk murid

menghasilkan suatu perubahan yang agak kekal melalui penglibatan dalam

pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu

cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang

diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Secara praktisnya, pengajaran merupakan

suatu yang diagnostik dan preskriptif. Guru menilai keperluan-keperluan

pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti-

aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Ini merupakan faktor penting dalam pengajaran.

Secara ringkasnya, pengajaran ialah :

melibatkan diri dalam pembelajaran dan pertumbuhan sepanjang hayat

menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja

berkongsi pengetahuan

membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang

menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya

menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional

menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai

(Noriati, Boon, dan Sharifah (2012)

Definisi –definisi pengajaran berdasarkan ahli psikologi yang lain:

Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses interaktif, melibatkan “ classroom talk” yang berlaku antara guru dan murid serta berlaku semasa aktiviti dilaksanakan ( Amidon,E )

Pengajaran adalah satu pertembungan antara seorang personel yang berpersonaliti matang dengan seorang yang kurang matang dalam proses membentuk pendidikan untuknya. ( Morrison, H.C)

Pengertian pembelajaran

Pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah

laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman

berulang subjek dalam situasi tersebut. Ini berlaku jika perubahan tingkah laku tidak

dapat diterangkan berdasarkan asas kecenderungan respons subjek, kematangan

atau keadaan sementara seperti letih lesu, mabuk, desakan dan sebagainya (Bower

dan Hilgard, 1981)

Page 3: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

Mengikut Slavin( 2005) pula, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang

individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan

semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman.

Definisi di atas tentang pembelajaran mempunyai tiga komponen:

Pembelajaran mencerminkan satu perubahan dalam potensi suatu tingkah laku. Ia tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Kita harus dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah laku.

Perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak sentiasa kekal. Oleh kerana pengalaman-pengalaman baharu, tingkah laku yang telah dipelajari tidak dipamerkan.

Perubahan tingkah laku disebabkan proses-proses selain daripada pembelajaran. Sebagai contoh, tingkah laku kita boleh berubah kerana motivasi bukan pembelajaran. Anda belajar untuk mengelakkan kegagalan dan ketakutan anda memotivasikan anda untuk belajar. Perubahan tingkah laku ini adalah sementara: apabila keadaan motivasi berubah, tingkah laku juga berubah. Oleh itu, anda akan berhenti belajar apabila anda tidak rasa takut tentang kegagalan peperiksaan. Berhenti belajar adalah suatu contoh di mana keadaan sementara menyebabkan perubahan tingkah laku.

Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai persoalan “Adakah pembelajaran itu kekal?”

1.2 Prinsip Prinsip Pembelajaran Ewell

Prinsip prinsip pembelajaran merupakan dasar-dasar yang menerangkan bagaimana

pembelajaran boleh berlaku secara efektif. Secara umumnya, kesediaan untuk

belajar, keinginan untuk belajar untuk menemui dan mengumpul pengetahuan,

belajar secara eksperiential, pembelajaran secara aktif dan penyusunan dan

pemeringkatan isi merupakan beberapa prinsip asas dalam pembelajaran.

Namum begitu, perbincangan akan menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran yang

dikemukakan oleh Ewell(1997). Ewell (1997) telah membentuk satu model yang

menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan

pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasi dalam

bilik darjah.

Lapan prinsip yang diadaptasi daripada model Ewell (1997) terdiri daripada yang berikut:

(a) Penglibatan Aktif

Page 4: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam

pengajaran guru. Pengetahuan tidak disampaikan kepada pelajar secara

langsung tetapi pelajar harus boleh mereka dan membina pengetahuan.

Mengikut Ewell(1997,p.6), ” the learner is not a ’receptacle’ of knowledge, but

rather creates his or her learning activity actively and uniquely” Cara pembela-

jaran jenis ini amat berbeza dengan model pengajaran tradisional iaitu kuliah

atau pengajaran langsung.

Bruner(1961) mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan

pembelajaran akan dapat mengingat kembali maklumat. Pelajar bukan sahaja

bertingkah laku secara aktif tetapi Mayer(2004) mencadangkan pelajar harus

aktif secara kognitif.

Murid bukan sahaja menerima maklumat secara pasif tetapi mereka perlu

diberi tugasan yang dapat memberi peluang mereka meneroka bahan maklumat

selain memimpinnya kearah pemahaman dan pembelajaran. Dalam proses ini,

pelajar dapat menyelesaikan masalah serta mengemukakan cadangan, mem-

beri pengertian baharu terhadap sesuatu topik dan berkebolehan

menghubungkait apa yang telah dipelajari ke pada konteks yang

baharu( Ewell, 1997)

Contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif terdiri daripada:

Perbincangan dalam kumpulan kecil Adakan diskusi atau forum secara online Pembelajaran koperatiif seperti “ think-pair-share” dan pembelajaran jigsaw Latihan bertulis seperti “ one minute paper” untuk pelajar meninjau dan mem-

buat penilaian dan rumusan bahan pembelajaran.

(b) Perkaitan dan Corak

Pelajar mempunyai peluang menentu, menguji dan membina corak dan perkaitan apabila mereka membina makna daripada situasi pembelajaran. Proses kognitif ini "involves actively creating linkages among concepts, skill el-ements, people, and experiences" (Ewell, 1997, p.7).

Pelajar dapat mengadaptasi terhadap konteks pembelajaran baharu dan

tugasan dengan mengkait, mengorganisasi dan menggunakan pengetahuan

dan kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur-struktur baharu. Apabila

Page 5: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

diberi tugasan, pelajar mendekatinya dengan membanding beza , memurni

dan memilih daripada apa yang murid tahu untuk menyelesaikan masalah.

Murid boleh menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada dan murid juga

membuat perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada

masa depan. Tambahan pula, jika diberi satu konteks pembelajaran yang

spesifik, murid boleh menggunakan pola-pola yang diketahui untuk menyusun

semula serta mengektrapolasikannya secara bermakna di dalam situas baharu.

(c) Pembelajaran Informal

Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak formal dan boleh dipelajari

dimana-mana sahaja serta pada mana mana masa. Semua murid belajar

sepanjang masa, bersama guru atau tanpa guru. Pembelajaran informal

merupakan pembelajaran implisit, iaitu memperoleh pengetahuan akibat

interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya

dan fasilitator selain daripada apa yang diajar secara eksplisit.(Ewell,1997b)

Secara umumnya, pembelajaran boleh berlaku dimana situasi sahaja, Peluang

untuk belajar tidak semestinya berasaskan sekolah. Pelajar boleh mengenal

pasti dan belajar dalam apa jua situasi pembelajaran dan ia tidak perlu

dilaksanakan dalam bilik darjah. Misalnya, lawatan sambil belajar di mana

pelajar berpeluang berinteraksi dengan persekitaran bertujuan untuk

meneroka dan belajar.

Mengikut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2012) guru boleh mewujudkan

kawasan di sudut pembelajaran untuk pelajar bermain pelbagai permainan

tradisional di mana murid akan diberi peluang untuk bermain dalam kumpulan

kecil dan belajar memanipulasi serta belajar cara bermain dengan betul.

Dalam situasi sedemikian, murid belajar secara informal bagaimana

berinteraksi dengan rakan serta cara bermain alat-alat permainan tradisional

yang tidak diajar oleh guru.

(d) Pengalaman Langsung

Mengikut Ewell (1997) pembelajaran langsung merujuk kepada “learning-by-doing”, iaitu murid akan belajar jika mereka melakukkan aktiviti pembela-jaran secara langsung. Murid-murid diberi peluang pembelajaran untuk meli-

Page 6: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

batkan diri secara aktif. Pengalaman langsung dapat membantu pelajar men-eroka dan memperoleh pemahaman dan mencipta suatu idea. Kadang kala pengalaman lepas mempengaruhi murid untuk mempunyai tanggapan yang kurang tepat. Pengalaman langsung boleh membantu dalam memperbetulkan pemikiran murid (Halpern,&Associates,1994 dalam Ewell, 1997). Dengan pen-galaman langsung, murid diberi peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara langsung objek atau fenomena yang in-gin dikaji.

Rehat seketika dan buat renungan:

Fikirkan beberapa contoh aktiviti pembelajaran langsung yang dapat dilak-sanakan oleh anda dalam mata pelajaran pengkhususan anda.

(e) Situasi Mendesak

Pembelajaran optimum cenderong berlaku jika murid berhadapan dengan

masalah tertentu yang perlu diselesaikan mengikut kemampuannya. Oleh yang

demikian guru boleh menyediakan pembelajaran yang kompleks dan mendesak

untuk meminta murid meneroka pelbagai penyelesaian yang boleh diguna

pakai serta inovatif. Guru juga boleh menyediakan pelbagai peluang untuk

melibatkan murid dalam pelbagai kemahiran serta memberi jangka masa sesuai

untuk pencapaian penguasaan kemahiran. Tambahan pula, guru mewujudkan

situasi di mana murid boleh menggunakan pengetahuan dan kompetensi lepas

sementara mengadaptasi kepada keadaan baharu. Antara cara termasuk

mewujudkan satu situasi yang kompleks dan bermotivasi agar merangsang

perhatian dan usaha untuk mencari penyelesaian dan pastikan keputusan yang

diperolehi boleh diaplikasi untuk kehidupan harian murid.

(f) Maklum balas

Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu

mengenai kesesuaian tindakan serta respons mereka. Maklumat ini

membolehkan murid untuk menyemak pencapaian serta memantau kemajuan

pembelajaran. Mengikut Guskey (2001) maklum balas harus diagnostik,

preskriptif dan sesuai dengan tahap pembelajaran murid. Peranan maklum

balas dalam proses pembelajaran bukan semata-mata pemerosesan maklumat

tetapi ia seharusnya mempengaruhi proses-proses afektif dan motivasi pelajar.

Maklum balas merupakan satu aspek penting untuk menambahbaik prestasi

pelajar.

Page 7: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

Pelbagai maklum balas dapat diperolehi di dalam bilik darjah. Guru memberi

murid input secara lisan atau bertulis. Rakan sebaya juga memberi maklum

balas kepada rakannya. Selain itu, murid mendapat maklumat balik tentang

cadangan-cadangan penambahbaikan untuk membantunya membaiki

prestasinya.

Secara rumusan, maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan

atau insentif adalah perlu daripada guru serta rakan sebaya sepanjang proses

pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan. Jika tidak ada maklum

balas serta peluang untuk latihan, kemahiran-kemahiran yang dipelajari dengan

baik boleh hilang begitu sahaja.

(g) Suasana yang menyeronokkan

Ewell(1997) menerangkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

adalah konteks budaya dan interpersonal yang menyediakan banyak interaksi,

pelbagai tahap sokongan peribadi dan mewujudkan banyak peluang

pembelajaran (ms 10). Kebanyakan daripada pembelajaran jenis ini bercorak

kumpulan dan secara lisan.

Satu persekitaran menyeronokkan boleh dibentuk dengan guru memastikan

suasana bilik darjah kondusif dari segi fizikal dan psikososial. Susunatur meja

dan kerusi bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan akan

mewujudkan satu persekitaran yang merangsang penglibatan murid.

Tambahan pula, persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi suara dan intonasi

guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan

ganjaran dalam bilik darjah. Suara guru yang jelas, berintonasi dan tidak tegang

dapat mewujudkan suasana yang selesa dan tenang. Ini akan menggalakkan

pelajar bermesra dan berinteraksi dengan guru.

Gaya kepimpinan guru mempengaruhi suasana emosi bilik darjah. Contohnya

guru yang demokratik akan menerima idea murid secara terbuka, menggalakkan

murid untuk menyoal dan memuji mereka dengan baik. Hal ini mewujudkan

suasana emosi yang menyenangkan dan tenang. Manakala, kepimpinan

autokratik akan menyebabkan murid berada dalam keadaan tertekan kerana

tidak ada tolak ansur dari pihak guru, sentiasa dimarahi atau dikritik dan murid

Page 8: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

kurang berpeluang untuk memberi pendapat. Guru yang berkepimpinan laissez

faire pula memberi kebebasan kepada murid untuk melakukan apa sahaja tanpa

batasan akan mewujudkan suasana bilik darjah yang tidak selesa dan tidak

terkawal. Oleh itu, guru perlu berkeyakinan, riang, dan mempunyai ciri kecindan

untuk mewujudkan suatu suasana yang merangsangkan pembelajaran murid.

Keadaan sebegini tidak menekankan pelajar sehingga menjejaskan prestasi

mereka.

Persekitaran sebegini menyumbang kepada interaksi dan komunikasi berkesan

dalam kalangan individu. Pembelajaran berkesan akan berlaku melalui aktiviti-

aktiviti yang melibatkan interaksi dalam suasana harmonis dan menyeronokkan.

(h) Refleksi

Refleksi merujuk kepada cara memikirkan mengenai pendidikan yang melibatkan

kebolehan membuat pilihan yang rasional dan pada masa yang sama

bertanggungjawab ke atas pilihan yang dibuat.(Ross,1987)

Maksud refleksi ialah proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman

dan implikasinya terhadap diri kita. Ia adalah satu usaha bermakna untuk

menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran, membantu kita mengimbangkan

kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita membuat refleksi, kita

menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan sebagai

kesannya, proses pendidikan dipertingkatkan.

Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberi

tuju hala tentang apa yang telah capai dan apa yang perlu ditambah baik.

Kesemua ini akan mengakibatkan penindahan pembelajaran ke situasi baharu

serta memberi impak jangka panjang (Bransford et al., 1999). Situasi

pembelajaran berkesan memerlukan tempoh masa untuk berfikir. Murid membuat

refleksi terhadap dirinya sebagai pembelajar apabila mereka menilai proses

berfikir yang digunakan untuk menentukan strategi yang terbaik untuknya.

Renungan:Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah. Bagaimana guru menggalakkan melibatkan secara aktif di dalam aktiviti bilik darjah. Sejauhmanakah ia memberi impak dan pengalaman pembelajaran kepada anda?

1.3 Proses Pembelajaran dan Jenis Pembelajaran

Page 9: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

Gagne mengutarakan lapan fasa pembelajaran dalam proses pembelajaran iaitu:

Peringkat I – Motivasi

Motivasi merupakan satu elemen penting dalam mendorong pembelajaran. Motivasi

merupakan prasyarat yang diperlukan untuk pembelajaran berlaku. Zindi, Peresuh

and Mpofu (1995, p.111 dalam Commonwealth of learning,2002) mendefinisikan

motivasi sebagai satu proses atau kuasa dalaman organisme yang mendesak

sesuatu untuk bertindak. Maka pembelajaran akan berlaku jika seorang pelajar itu

bermotivasi.

Peringkat II – Memberi Perhatian

Pembelajaran akan berlaku jika murid menumpukan perhatian kepada pengajaran

yang disampaikan. Oleh itu, guru harus memastikan strategi yang digunakan dapat

menarik perhatian murid sepenuhnya kepada pengajarannya. Antara cara

termasuklah proses pembelajaran harus menarik dan menyeronokkan pelajar,

penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, penggunaan bahan

pengajaran yang merangsang naluri ingin tahu murid dan menghubungkaitkan

pembelajaran baharu dengan pembelajaran lepas serta menggunakan illustrasi yang

konkrit dan menarik.(Noriati et. al,2012)

Peringkat III dan IV – Perolehan dan Ingatan

Dalam proses pembelajaran, guru perlu memastikan maklumat yang disampaikan

disimpan di dalam ingatan jangka panjang murid. Maka, guru perlu menggunakan

kaedah pengajaran yang dapat membantu murid dalam proses mengingati apa yang

diajar. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti

gambar, video klip dan bahan visual untuk memudahkan pemahaman dan ingatan

murid.

Peringkat V – Ingat kembali dan Retrieval

Pada peringkat ini, maklumat yang disimpan di dalam ingatan jangka panjang akan

diingat kembali dan digunakan oleh murid. Retrieval merujuk kepada proses

mengesan maklumat yang disimpan dan disalurkan kepada kesedaran pelajar

( Yelon & Weinstein ,1977 IN Noriati et.al, 2012). Justeru itu, guru perlu mengambil

kira pengalaman murid semasa menyediakan bahan pembelajaran agar murid dapat

membuat perkaitan pengalaman baharu dengan pengetahuan sedia ada murid.

Pemeringkatan bahan pembelajaran secara sistematik akan memudahkan

pemahaman dan maklumat diingat kembali dengan mudah oleh murid.

Page 10: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

Peringkat VI – Generalisasi

Pengaplikasian maklumat yang diingat kembali dalam situasi-situasi baharu berlaku

pada peringkat ini. Proses pemindahan pembelajaran telah berlaku dan sesuatu

pengajaran dianggap sebagai berjaya jika murid dapat mengaplikasi apa yang telah

dipelajari dalam situasi yang lain didalam atau diluar sekolah.

Peringkat VII – Prestasi

Pada peringkat ini, pembelajaran telah berlaku jika murid menunjukkan perubahan

tingkah laku atau prestasinya dapat diperlihatkan. Gerak balas murid dapat

menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku. Melalui soalan-soalan yang

dikemukakan oleh guru boleh memperlihatkan gerakbalas murid dan ini merupakan

indikator berlakunya pembelajaran.

Peringkat VIII – Maklum balas dan Peneguhan

Dalam peringkat proses pembelajaran ini, maklum balas diberi tentang apa yang

telah pelajari oleh murid serta maklum balas diberi sebagai motivasi setelah murid

mencapai objektif pembelajaran. Berdasarkan gerak balas murid terhadap soalan –

soalan yang dikemukakan oleh guru, maklum balas tentang prestasi mereka

diberikan. Maklum balas bertujuan untuk memaklum tentang prestasi pelajar serta

penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Maklum balas guru harus semerta untuk

murid membuat tindakan selanjutnya.

Jenis Pembelajaran

Pengetahuan mengenai proses pembelajaran Gagne yang dijelaskan di atas amat

relevan dan berguna kepada setiap guru. Maka, semua jenis pembelajaran Gagne

seperti kemahiran intelek, kemahiran verbal, kemahiran psikomotor atau sikap

mengikut proses pembelajaran yang sama. Seperti yang dikemukakan oleh Gagne,

terdapat sembilan langkah pengajaran (events of instruction).

Gagne, Wager, Golas, dan Keller (2005: 195 ) mengemukakan sembilan peristiwa pengajaran dan kaitannya dengan proses pembelajaran

Peristiwa Pengajaran Kaitan dengan Proses Pembelajaran

Menarik Perhatian Penerimaan corak-corak impuls neural

Page 11: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

Maklum pelajar tentang objektif Meletus satu proses kawalan eksekutif (executive control)

Merangsang ingatan kembali pengetahuan sedia ada/pembelajaran lepas

Retrieval pengetahuan sedia ada dalam ingatan jangka pendek

Mengemukakan bahan rangsanganMenekankan ciri-ciri untuk persepsi pilihan (selective percepttion)

Memberi bimbingan pembelajaran Pengekodan semantic ; klu untuk retrieval

Menggalakkan Perlakuan Meletus organisasi respons

Memberi maklum balas tentang prestasi Menentukan peneguhan

Menilai prestasi Meletuskan retrieval; memberi ruang untuk peneguhan

Merangsang penyimpanan dan pemindahan

Memberi klu dan strategi-strategi untuk retrieval

(diterjemah daripada Gagne et al.,2005:195)

Gagne(1985) mengemukakan lima jenis pembelajaran utama termasuk:

(a) Kemahiran intelek(b) Maklumat verbal(c) Strategi-strategi Kognitif(d) Kemahiran psikomotor(e) Sikap

(a) Kemahiran Intelek

Kemahiran intelek merujuk kepada pengetahuan prosedural dan setiap

murid belajar berinteraksi dengan persekitaran dengan menggunakan

simbol. Dalam proses ini, bahasa lisan digunakan untuk menghadapi

persekitaran secara simbolik. Pada peringkat permulaan, membaca,

menulis dan menggunakan nombor adalah jenis-jenis simbol asas yang

dipelajari. Apabila pembelajaran berlanjutan, simbol digunakan secara

kompleks untuk membeza, menggabung, mengklasifikasi, menganalisis

dan mengelompokkan objek, peristiwa dan simbol-simbol lain.(Noriati

et.al 2012).

Mengikut Gagne, pembelajaran bermula daripada yang mudah ke tahap

yang kompleks. Pembelajaran tahap tinggi bergantung kepada

pembelajaran pada tahap rendah. Gagne telah menggariskan lapan jenis

tugasan pembelajaran:

Pembelajaran Isyarat : Individu belajar untuk memberi respons umum terhadap sesuatu signal.

Page 12: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

Pembelajaran Rangsangan-Respons: Pelajar memperolehi satu re-spons yang tepat terhadap rangsangan yang didiskriminasikan.

Rantaian: Satu rantaian dua atau lebih perkaitan rangsangan- respons dikuasai

Assosiasi Verbal : Pembelajaran rantaian yang dalam bentuk verbal Pembelajaran Diskriminasi: kebolehan untuk membezakan antara satu

ciri objek daripada objek lain. Sebagai contoh, pelajar dapat membezakan antara ”b” dengan ”d”

Pembelajaran Konsep: Kebolehan untuk mengkasifikasi objek dan peristiwa mengikut ciri-ciri tertentu.

Pembelajaran Hukum: Satu peraturan adalah satu rantaian dua atau lebih konsep.

Penyelesaian Masalah: Pelajar berkebolehan menggabung beberapa hukum/peraturan yang mudah untuk menghasilkan sesuatu.

Gagne telah mencadangkan tugasan pembelajaran untuk kemahiran in-

telek boleh disusunatur dalam hierarki mengikut kesukaran: mengenal pasti

rangsangan, menjana respons, mengguna istilah, diskriminasi, memben-

tuk konsep, mengaplikasi hukum dan menyelesaikan masalah. Perkara

penting dalam hierarki ialah mengenal pasti prasyarat yang harus disem-

purnakan untuk memudahcara pembelajaran pada setiap peringkat. Hier-

arki pembelajaran ini merupakan asas untuk menyusunatur pengajaran

agar murid dapat menguasai kemahiran secara sistematik.

(b) Maklumat Verbal

Kemahiran verbal merujuk kepada kebolehan individu menyata sesuatu fakta

atau satu set peristiwa secara lisan, atau secara bertulis. Gagne mendefinisi

maklumat verbal sebagai “ mengetahui sesuatu” atau “ declarative knowledge”

(Gagne,1985 :48). Dalam pembelajaran, sebelum murid dapat membuat

demikian, murid perlu mempunyai kemahiran intelek untuk menyebutkan

pernyataan. Guru perlu menarik perhatian murid kepada ciri-ciri penting sesuatu

yang ingin diajar dan menyampaikan maklumat dalam chunks dan mengekod

pembelajaran secara bermakna. Bimbingan diberi untuk membantu murid untuk

menyebut atau menyatakan sesuatu fakta atau idea secara verbal.

(c) Strategi Kognitif

Mengikut Gagne(1985), kemahiran-kemahiran di mana pelajar dapat mengawal

dengan sendiri proses-proses dalaman iaitu memberi perhatian, belajar,

Page 13: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

mengingat dan memikir sesuatu. Strategi kognitif dirujuk sebagai proses

pemerosesan maklumat.

Dalam proses memperoleh kemahiran intelek, pelajar perlu menguasai strategi

untuk mengaktif serta menguruskan pembelajaran, ingatan dan menggunakan

kemahiran sendiri. Jika pelajar menguasai kemahiran dalam memberi perhatian

( salah satu strategi kognitif), pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam

semua mata pelajaran tanpa mengira kandungan. Justeru itu, pelajar perlu

menguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan

strategi mengingati kembali yang telah dipelajari. Sebagai contoh, strategi

mengingati boleh dibuat melalui penggunaan mnemonic kata kunci dan

pemetaan konsep serta penyusun awal ( Tan et al.,2003; Woolfolk, 2004 seperti

dalam Noriati et. al.,2012).

Guru dapat membantu pelajar menguasai strategi kognitif dengan menunjukcara

strategi kepada pelajar disamping menyediakan pelbagai situasi untuk mereka

melatih strategi tersebut sehingga mereka menguasai strategi tersebut. Guru

juga perlu memberi maklum balas yang bermakna terhadap penggunaan strategi

kognitif tersebut dari aspek keaslian dan kreativiti.

(d) Kemahiran Psikomotor

Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan individu melakukan sesuatu perlakuan

dengan menggunakan otot-otot manusia.Jenis pembelajaran ini memperlihatkan

individu berkebolehan melakukan perlakuan secara tepat, dan betul dengan

pergerakan otot. Antara contoh–contoh adalah apabila murid-murid mula belajar

dalam kemahiran psikomotor seperti menulis huruf dengan pensil dan kertas,

bermain, melompat atau berlari dan sebagainya.

Apabila individu dapat menyusunatur pergerakan secara menyeluruh dan

dilaksanakan dengan baik, serta menepati masa dianggap sebagai telah

menguasai kemahiran psikomotor. Kelicinan dan ketepatan masa dalam

perlakuan menunjukkan bahawa perlakuan ini mempunyai tahap tinggi dalam

organisasi dalaman. Maka adalah kebiasaan sesuatu kemahiran psikomotor

akan bertambah baik dari segi ketepatan masa dan kelancaran melalui latihan

berterusan melalui satu jangka masa panjang.( Noriati et. al,2012).

(e) Sikap

Page 14: Tajuk 1_Pengajaran Dan Pembelajaran

Sikap merujuk kepada keadaan dalaman yang mempengaruhi pilihan tindakan

peribadi terhadap objek, orang perseorangan atau peristiwa.(Gagne,1985).

Penekanan adalah kesan sikap terhadap tingkah laku iaitu pilihan tindakan

yang dilakukan oleh individu. Hasil daripada perlakuan atau tingkah laku akan

merupakan tanda rujukan tentang sikap individu. Demi memupuk sikap yang

diingini, guru perlu kaitkan kejayaan dengan sikap tertentu, kaitkan juga sikap

dengan model yang disanjungi ramai serta sentiasa mengaturkan tindakan

peribadi dikaitkan dengan sikap yang diingini. Disamping itu, maklum balas

diberi kepada perlakuan atau prestasi yang berjaya.

Secara umumnya, tindakan setiap individu amat dipengaruhi oleh sikap. Sikap

boleh dipelajari daripada pelbagai cara dan dapat dikuasai melalui pengalaman

yang berjaya, pemerhatian orang dihormati dan berpengalaman. Guru harus

memberi maklum balas kepada murid yang berjaya melaksanakan tugas agar

dapat mengekalkan tingkah laku yang diingini.

TUGASAN TERARAHKaitkan peristiwa-peristiwa pengajaran Gagne dengan merujuk kepada jenis-jenis pembelajaran Gagne.

1.4 Rumusan

Tajuk ini membincangkan tentang konsep pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip pembelajaran dan jenis-jenis pembelajaran Gagne. . Secara kesimpulan, setiap jenis pembelajaran memerlukan keadaan–keadaan dalaman dan luaran yang berlainan. Juga dalam setiap jenis pembelajaran ini sembilan peristiwa pengajaran harus dilalui. Tajuk ini penting kerana guru perlu mempunyai kesedaran tentang proses-proses yang berlaku dalam minda murid dan kaedah untuk digunakan untuk memudahcara pembelajaran konsep dan kemahiran secara optimum.