tajuk cerpen

Upload: bocah-sungai-kelambu

Post on 09-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cerpen

TRANSCRIPT

TAJUK CERPEN: RAHSIA HATIMUPENULIS : AINUNL MUAIYANAH MUHAMMAD SULAIMANSUMBER: DEWAN SISWA MAC 2007___________________________________________________________________

Jangan datang dalam hidup ini jika sekadar mahu mengulang kenangan lama dan menambahkan luka yang sedia ada.Aku mengulang ayat itu beberapa kali dalam hati ini. Ingin aku laungkan dan jeritkan di telinganya agar kata-kata ini bersemi untuk kesekian kalinya. Malangnya nasihat bonda teguh menghalang. Nasihat bonda menjadi tembok yang begitu teguh dan payah untuk aku runtuhkan kerana aku tidak pernah di ajar untuk menjadi anak derhaka. Anak ayah sihat?.Aku sekadar membalas soalannya dengan senyuman yang hambar yang cuba aku gulakan. Aku punya nama. Nama yang indah yang dipilih olehmu. Mengapa sekadar membahasakan diri anak ayah. Mengapa tidak memanggil nama itu?. Tak perlu hendak hebohkan di sini aku anakmu kerana semua orang tahu kenyataan itu. Bentak hati kecilku lagi.Mengapa. Anak ayah tak suka ayah datang?Sekali lagi panggilan itu memualkanku. Menyesakkan ruang nafasku dengan sebu. Tolonglah panggil namaku, bukannya anak ayah. Aku benci sungguh. Safi. Mataku hampir berkaca apabila bonda menegurku. Bonda mengapa harus dibela lelaki ini lagi?. Dari kecil hingga aku dewasa tidak pernah aku mendengar yang buruk-buruk tentang lelaki di hadapanku ini. Lelaki yang malu untuk aku panggil ayah sekalipun. Segalanya yang baik-baik belaka. Sedangkan hati bonda telah hancur luluh dengan kelakuannya. Itu kata hatiku. Maaf ya. Mungkin Safi letih. Maklumlah orang kuat sekolah kan. Bonda mengusikku tetapi mata bening bonda tidak boleh menyembunyikan hakikat.Bonda marah benar dan tersinggung dengan kelakuanku. Itu aku tahu.Bonda mengertilah aku bukan pelakon yang hebat. Aku tidak pandai bermuka-muka di hadapan orang yang aku tak suka. Yang lebih tepat lagi yang aku benci sekian lama.Bonda tidak pernah mengajar anak bonda untuk kurang ajar dengan sesiapa.Sebaris kata bonda biarpun dalam nada mendatar itu cukup mengesan di hatiku. Kata-kata bonda biarpun seakan berbisik pada diri sendiri tetapi aku tahu kata-kata untuk aku. Siapa lagi anak bonda kecuali aku. Aku yang bernama Safi Mawaddah.Aku seakan ingin menghamburkan air mata yang cuba aku tahan derasnya. Aku yang tabah dan sukar menumpahkan titisan keramat ini benar-benar tersentuh dengan kata-kata bonda kerana dalam dunia ini hanya bonda yang aku sayang serta aku hormati. Senada katanya bisa menghiris ketabahan ini dan mengalirkan kelukaan dan air mata.Ayah pulang ke Kuala Lumpur usai menghantar aku dan bonda ke rumah. Sepanjang yang aku tahu, bonda tidak pernah mempelawa ayah melangkah masuk ke dalam rumah dan ayah pula seakan tahu batas adabnya. Ayah tidak pernah melangkah kaki ke kawasan rumah kami. Garis sempadan ayah hanya di pintu pagar sahaja. Sememangnya seharusnya begitu, jerit hatiku dan tentunya tidak pernah aku luahkan di hadapan bonda. Safi. Aduh bonda, jangan memanggil aku dengan nada begitu. Nada itu bersifat ingin mengajar aku. Aku sudah menjadi anak bonda hampir tujuh belas tahun. Aku juga bijak membaca nada suaramu, bonda.Aku merenung wajah hening bonda.Safi, biar apa pun yang terjadi, dia tetap ayah Safi. Safi berbintikan namanya dan dia jugalah yang akan mewalikan Safi suatu hari nanti. Bonda harap Safi mengerti maksud kata-kata bonda. Safi sudah cukup dewasa untuk memahaminya. Maka Safi juga sudah cukup dewasa untuk mengetahui mengapa agaknya kasih Bonda pada ayah tidak pernah berkalih. Ayah sudah ada hidupnya sendiri. Tetapi bonda Bonda tunak merenungku sehingga mematikan semarak semangatku untuk bertanya. Aku menekur bisu kembali. Aku tahu aku sudah melampau batas adabku.Bonda bangun perlahan-lahan dari sofa. Memandangku sejenak. Kemudian berlalu pergi ke dalam biliknya. Aku terus diterpa salah.Bonda kembali padaku dan menyerahkan sebungkus hadiah yang dibalut kemas.Hadiah dari ayah. Itu sahaja kata bonda padaku.Hanya sebaris kata dan langsung masuk ke biliknya. Kemudian aku terdengar sayup-sayup lagu kegemaran bonda. Lagu klasik itu biarpun hanya serangkap cuma tetapi benar-benar menusuk kalbu.Lagu itu hanya berkumandang apabila bonda sedang berwalang hati. Aku menyeka air mata yang mengalir dipipiku. Air mata yang menjadi saksi kekesalan aku meruntun sedih bonda.Tudung periuk pandai menariMenari lagu putera mahkotaKain buruk berikan kamiBuat menyapu si air mataBait lagu itu menguasai suasana petang yang hening ini. Aku membuka bungkusan hadiah dari orang yang aku benci sekian lama.Untuk anak ayah(Yang dewasa tanpa ayah dapat melihatnya)Selamat hari lahir anakku..ayahmu