tajuk: pemikiran & gaya pembelajaran disediakan oleh: su sieng hieng 790218-13-5303 chong chee...
TRANSCRIPT
TAJUK:
Pemikiran &
GayaPembelajaran
Disediakan oleh: Su Sieng Hieng 790218-13-5303
Chong Chee Huea 800228-13-5098
KEMAHIRAN BERFIKIR
• Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.
• Sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
• Edward de Bono ( 1976 )
Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
• Dewey ( 1910 ) :
Penegasan lebih kepada pemikiran yang dihasilkan. Ini adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
• Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.
Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan
Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.”
Proses Berfikir
· Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i.Operasi Kognitif- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
ii.Operasi Meta- kognitif- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.
Prinsip Kemahiran Berfikir
•Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
•Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
•Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
•Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Prinsip Kemahiran Berfikir
•Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
•Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
•Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.
TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR
Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry
- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif.
Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.
TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR
Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner
- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai lapan kecerdasan iaitu;
i. Kecerdasan Linguistik/Verbal
ii. Kecerdasan Matematik Logik
iii. Kecerdasan Visual-Spatial
iv. Kecerdasan Muzik/Ritma
v. Kecerdasan Tubuh Kinestetik
vi. Kecerdasan Interpersonal
vii. Kecerdasan Intrapersonal
viii.Kecerdasan Naturalis
Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah -sekolah.
TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR
Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali
-Beliau merupakan tokoh Islam.
-Beliau membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara.
-Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata.
-Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung.
-Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).
TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR
Teori Konstruktivisme
•Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu.
•ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
Pemikiran Konvergen
• Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir.
• Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim.
•Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada.
• Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
• Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
Pemikiran Divergen
-- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat.
-- Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut.
-- Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai.
-- Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif.
Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendatar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
Pemikiran Kritis berlaku dalam situasi yang memerlukan seseorang membuat keputusan berdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapinya.
Pemikiran Penaakulan situasi yang memerlukan membuat inferens atau kesimpulan berdasarkan fakta/ teori/hukum yang sedia ada. (iaitu, proses pemikiran Induktif, Deduktif dan Kreatif)
Teknik – teknik meningkatkan kemahiran berfikira). Mengadakan perbincangan antara pelajar.
b). Mengunakan teknik penyelesaikan masalah untuk mencari sesuatu alternatif.
c). Membimbing pelajar bertimbang semua faktor dalam proses pilihan.
d). Membimbing pelajar meninjau sesuatu pendapat dari sudut pandangan orang lain.
e). Membimbing pelajar supaya mempertimbangan semua faktor dalam pilihan atau semasa membuat keputsan.
Gaya pembelajaran
Gaya kognitif Gaya pembelajaran
(dari segi konsep)
Woolfolk(1998)
Gaya kognitif cara individu mempersepsi & menyusun maklumat mengenai persekitarannya.
Gaya pembelajaranpendekatan cara belajar individu
Borich & Tombari (1995)
Gaya kognitif cara individu memproses & berfikir perkara yang dipelajarinya
Gaya pembelajaran keadaan persekitaran atau keadaan bilik darjah yang digemari oleh individu untuk belajar.
Santrock (2000) Gaya satu cara seseorang menggunakan keupayaannyaGaya belajar cara digemari seseorang menggunakan keupayaan belajarnya.
•Gaya bermaksud cara.
•Gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada cara/style pembelajarannya.
•Di bawah konteks psikologi pendidikan
gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperoleh serta memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru.
Apa yang dimaksudkan Gaya Pembelajaran sebenarnya?
Ahli pskologi mahzab kognitif
•Pelbagai cara membuat persepsi & memproses maklumat untuk membentuk konsep & prinsip.
Peterson(1971)
•Pendekatan yang digemari oleh seseorang pelajar
Dunn & Dunn(1978)
•Buku (Teaching student through their individual learning styles: a practical approach)
Cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami & mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru
Gaya pembelajaran menurut.....
Dunn & Dunn(1978)•Buku (learning style inventory development & research[1982])
Cara bagaimana unsur-unsur daripada 5 rangsangan(persekitaran, emosi, sosial, fisiologi,psikologi), dapat mempengaruhi keupayaan individu untuk memahami, berinteraksi & bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya.
Gregore (1979) •Tingkah laku yang memanifestasikan oleh seseorang individu apabila menggunakan mindanya berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul & memproses maklumat daripadanya.
Garger (1985)
•Setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran yang tersendiri. Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pembentukan gaya pembelajaran seseorang
Slavin (1994)
•Kaitkan dengan gaya pembelajaran & mengatakan:
Sebagaimana pelajar-pelajar menpunyai personaliti yang berbeza-beza, sama-sama juga mereka mempunyai pelbagai cara belajar.
Rumusan:Gaya pembelajaran
i. Style/cara belajar seorang individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir & memperoleh maklumat, ilmu pengalaman atau kemahiran yang diingini.
ii. Hasil gabungan faktor-faktor individu sendiri seperti jantina, umur & personaliti, di samping pengaruh-pengaruh warisan baka & persekitaran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti & sekolah.
Rangsangan &
Unsur-unsur Gaya
Pembelajaran
EmosiPersekitaran
Psikologi Fisiolo
gi
Sosial
Faktor-faktor yang mempengaruhi Gaya Pembelajaran (model Dunn & Dunn)
Rangsangan Persekitaran 4 unsur utama:
Cahaya: Faktor penting mempengaruhi gaya
pembelajaran individu Am: tidak ramai orang yang suka
belajar di bawah cahaya yang malap atau terlalu terang
Bunyi: Menghasilkan gaya pembelajaran yang
beraneka jenis Suka belajar dengan muzik atau tempat
yang ada siaran radio atau televisyen Hanya boleh menumpukan perhatian
dalam keadaan yang senyap & tenteram
Suhu Sejuk & nyaman dapat meningkatkan
keberkesanan pembelajaran. (tidak ramai yang suka belajar dibawa cuaca panas tanpa kipas atau berhawa dingin)
Reka bentuk tempat belajar Susunan meja-kerusi bilik darjah yang
selesa juga boleh mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran
Keselesaan tempat duduk dapat mengurangkan keletihan dalam sepanjang masa persekolahan. Maka, ramai pelajar suka belajar de tempat duduk yang sesuai dengan gaya duduk tersendiri.
Rangsangan Emosi Berkait rapat dengan perasaan jiwa
seseorang. Merangkumi motivasi, keazaman, sikap
tanggungjawab dan struktur Motivasiekstrinsik (belajar dengan inisiatif
sendiri) intrinsik (belajar mengikut arahan yang berstruktur)
Tanggungjawab dan keazaman Mengambil inisiatif sendiri & dapat belajar dalam masa
yang panjang
Rangsangan Sosial Unsur-unsur
Perseorangan-suka belajar sendiri, tidak berharap orang lain berdamping dan ganggunya semasa belajar
Berpasangan-suka belajar dengan kawan, mempunyai pasangan karib yang sentiasa belajar bersama; peroleh lebih banyak kemajuan melalui interaksi dua hala
rakan sebaya&Berpasukan-pembelajaran secara berkumpulan; gaya merangkumi ciri perbincangan, sumbangsaran,kerjasama yang melibatkan diri dalam permainan, pertandingan atau menjalankan suatu projek
orang dewasa--boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang pelajar, khasnya orang dewasa yang disanjungi, ini membolehkannya sempat mengemukakan soalan-soalan tentang masalah yang dihadapi semasa belajar. Bimbingan orang dewasa(ibubapa), bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi juga dapat meningkat semangat serta keyakinan terhadap pembelajaran.
Rangsangan FisiologiUnsur-unsur Persepsi-biasanya perolehi maklumat/pengalaman
melalui persepsi visual--suka belajar dengan alat bantu mengajar seperti
carta, komputer, graf, gambarajah, slaid, video, televisyen dan sebagainya
auditori—suka belajar dalam keadaan yang ada suara latar belakang seperti siaran muzik dari radio atau kaset. Bagi yang kurang baik akan lebih suka belajar secara diri sendiri
kinestetik-tactile—suka belajar dalam cara menyentuh dan mesra; gaya pembelajarannya diperlihatkan aktif&tidak boleh duduk diam dalam tempat belajar bagi tempoh masa yang agak lama.
Pemakanan Suka makan ataupun minuman semasa belajar.
Jika tidak dapat makanan/minumannya, pembelajaran akan menjadi kurang seronok&seterusnya menjejaskan keberkesanan pembelajarannya.
Masa belajar(waktu tertentu/terpilih) Ramai pelajar suka belajar dalam waktu pagi
ataupun waktu malam kerana suasana kedua-dua tempoh masa adalah segar, konduksif, nyaman dan tenteram daripada waktu petang; ada yang suka belajar pada waktu lewat malam kerana suasana sunyi.
Mobiliti/pergerakan Suka berdiri atau berjalan sana-sini
semasa belajar; ada pula suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar; terdapat ramai pelajar yang suka belajar dengan berdudukan tanpa bergerak di sesuatu tempat yang selesa.
Rangsangan PsikologiUnsur-unsur Analitik (suka belajar sesuatu secara
teliti&terperinci)
Global(suka belajar dan mengamati sesuatu aspek secara keseluruhan/holistik)
Gerak hati(belajar bergantung mood; jika angin baik, pelajar akan belajar bersungguh-sungguh; kalau tidak, dia akan berangan-angan dan tidak memberi tumpuan)
Reflektif(suka belajar dengan cara berfikir untuk membuat kajian, membentuk hipotesis, menganalisis, mentafsir dan membuat kesimpulan, misalnya pembelajaran sains)
Pemprosesan otak kiri(kemahiran berfikir dalam bidang analitis, urutan, fakta, bahasa, penulisan, logik, sains, matematik)
Pemprosesan otak kanan(kemahiran berfikir dalam bidang seni(artistic), muzik, mereka bentuk, dan aktiviti-aktiviti yang bercorak kreatif)
Jenis-jenis Gaya Pembelajaran Aktivis
Gaya: aktif & agresif dalam aktiviti pembelajarannya.
Ciri pelajar: Sikap tidak sabar, tergesa-gesa perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-
perkara baru di alam sekitar Bergerak pantas&cepat membalas Gemar mencari pengalaman baru dengan cuba jaya
diri sendiri Penuh semangat, fleksibel&berfikiran terbuka
Motivasi intrinsik ya ng kuat&sentiasa mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah sendiri
Kemahiran berfikir secara kritis&kreatifSuka melibatkan diri dalam latihan amali,
permainan, sukan&aktiviti kokurikulum Strategi P&P:
kaedah inkuiri-penemuan, kaedah projek, penyelesaian masalah, kerja praktik, perbincangan, sumbangsaran, sesi buzz, simulasi&main peranan
Reflektif Gaya:
suka memerhati, memikir&membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar; mentafsir, idea sendiri, memerhati, menyoal siasat, menilai&membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir.
Ciri pelajar: Suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitar
diri sendiri Kemahiran berfikir secara kritis&kreatif Suka mentafsir&menilai sesuatu perkara, prinsip,
keputusan/projek&membuat refleksi kendiri
Suka mencari hakikat yang sebenar Sikap berhati-hati, berwaspada&sentiasa memikirkan
pelbagai pilihan dengan teliti Pendengar yang baik tetapi lambat bertindak balas Belajar&membuat kerja secara sistematik Tidak terburu-buru membuat keputusan/kesimpulan Suka belajar sejarah, bahasa&suka melibatkan diri
dalam aktiviti projek&kajian luar
Strategi P&P: Kaedah penyelesaian masalah, inkuiri-penemuan,
projek&perbincangan
Teoris Gaya:
Prinsip&teori untuk membuat kesimpulan sesuatu perkara
Ciri pelajar:Memiliki fikiran rasional&logikalSikap berdisiplin&bersifat objektif Kurang kreatif&menitikberatkan penggunaan
pemprosesan otak kiriSuka membentuk hipotesis&membuat
kesimpulan berdasarkan bukti
Suka mengesan sebab&akibat sesuatu perkara yang berlaku
Berminat mengkaji fenomena-fenomena yang berlaku dalam alam sekitar
Suka belajar matematik, sains, logik, geografi&sejarah
Strategi P&P:Kaedah induksi dan deduksi, bertukar pendapat
melalui perbincangan, dan mengumpul data untuk membuat analisis, tafsiran dan membuat rumusan melalui kaedah penyelidikan.
Pragmatis Gaya:
Bersifat praktikal Mementingkan & mengutamakan hakikat yang
sebenar daripada teori, hukum atau prinsip yang sedia ada.
Ciri pelajar: Bersifat praktikal & berpijak di bumi nyata Mementingkan bukti dan hakikat yang sebenar
sebagai objektif pembelajaran Percaya perkara yang dapat dilihat daripada
dengar
Mengutamakan kegunaan dan penggunaan penggunaan sesuatu perkara
Lebih bersifat ekspresif daripada kreatif Suka membuat pertandingan Suka menggunakan bahan-bahan konkrit untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran.
Strategi P&P: Kaedah kerja pratik, strategi pemusatan bahan
termasuk bahan elektronik, carta&gambarajah, serta kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya
Jenis Gaya pembelajaran lain Bergantung (Dependent learning style)-
utamakan bidang kognitif dalam semua pola & menerima secara keseluruhan Ciri-ciri:
Mempersepsikan sesuatu situasi atau pola secra menyeluruh
Menerima pendapat yang bersifat umum Aktiviti pembelajaran berdasarkan motivasi
ekstrinsik Sensitif terhadap pandangan dan teguran
orang lain Suka dibimbing oleh orang yang disanjungi
Tidak mempunyai inisiatif belajar dan terlalu bergantung kepada motivasi dan pengajaran guru
Tidak boleh menentukan objektif pembelajaran diri sendiri
Mempunyai sikap menurut perintah dan belajar apa diajar tanpa menyoal
Lebih suka belajar bersama dengan rakan sebaya dalam kumpulan kecil
Strategi P&P: Kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi,
dan syarahan, & kaedah kumpulan
Tidak Bergantung (Independent learning style)-pentingkan analisis bahagian-bahagian pola/corak secara terperinci Ciri-ciri:
Mengamati perkara secara analitikBerminat menentukan objektif
pembelajaran sendiriKurang sensitif terhadap pandangan
dan teguran orang Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat
Mampu menguruskan pembelajaran sendiri
Mempunyai kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif
Belajar dengan inisiatif sendiriLebih suka belajar dan berfikir
masalah diri sendiri
Strategi P&P:Kajian uji kaji, kaedah inkuiri-
penemuan dan kaedah penyelesaian masalah
Implikasi gaya pembelajaran dalam proses pengajaran-pembelajaran Guru
-harus mengenalpasti gaya pembelajaran muridnya&menggunakan strategi yang sesuai bersesuaian dengan ciri-ciri yang ditonjolkan
-pengenalpastian gaya merujuk faktor-faktor gaya(5jenis rangsangan)
-harus sedar bahawa setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza; maka tiada kaedah pengajaran yang sempurna, oleh itu, strategi pengajaran haruslah dipelbagaikan
Strategi pengajaran utama: berpusatkan murid & bahan
Strategi yang paling sesuai untuk mengatasi gaya pembelajaran yang pelbagai pembelajaran masteri(menitikberatkan
penguasaan pembelajaran melalui perseorangan, berpasangan, berkumpulan \&keseluruhan kelas; amat mementingkan aspek perbezaan individu serta penggunaan pelbagai Alat Bantu Mengajar)
Sekian,
terima kasih