tajuk projek: kod projek:...
TRANSCRIPT
TAJUK PROJEK:
PENGAWAL LOGIK YANG BOLEH DIPROGRAM BAGI INDUSTRI AUTOMASI
KOD PROJEK:
I-EDU/8(UTM-11)
IPTA:
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KETUA PROJEK:
ENCIK MUHAMMAD ARIF BIN ABDUL RAHIM
AKADEMIA:
ENCIK ZULFAKAR BIN ASPAR
ENCIK IZAM BIN KAMISIAN
RAKAN INDUSTRI:
WISE PATH SDN. BHD.
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
1) PENDIDIKAN – MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN DI DAERAH-DAERAH
TERTENTU
2) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL
PASTI
TEMPOH:
1 OGOS 2011 – 31 OKTOBER 2013
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Objektif utama projek ini adalah untuk membangunkan modul Pengawal Logik Boleh Ubah
(PLC) bagi automasi industri dan program latihan kepada syarikat Wise Path Sdn. Bhd. bagi
menambahbaikkan ciri-ciri penggunaan dan keselamatan PLC. Projek ini telah membangunkan
modul dengan memindahkan pengetahuan mengenai PLC yang melibatkan pembinaan litar PLC,
pemuat but (bootloader), komunikasi terpelihara dan simulasi gambar rajah Ladder Logic
(LLD). Melalui program ini, pengusaha industri khususnya syarikat Wise Path Sdn. Bhd. yang
merupakan rakan industri projek ini dapat mengaplikasikan modul tersebut dalam pembentukan
PLC berkeupayaan sederhana mengandungi pengkompil PLC, pengkompil bahasa tahap tinggi,
simulasi dan latihan yang mengandungi aplikasi automasi.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Untuk memindahkan pengetahuan pembangunan pengkompil PLC yang terdiri daripada gambar rajah Ladder Logic (LLD) dan bahasa tahap tinggi.
2) Untuk memindahkan pengetahuan pembangunan pengkompil PLC termasuk pembinaan litar PLC, pemuat but, komunikasi terpelihara dan simulasi LLD.
3) Untuk melaksanakan protokol komunikasi standard terutama MOBDUS 4) Untuk membantu syarikat industri mereka bentuk produk berdasarkan
teknologi PLC.
AKTIVITI
1) Menganalisis masalah semasa yang dihadapi oleh pihak syarikat. Walaupun pasukan penyelidikan mempunyai pengetahuan tentang keperluan industri, maklumat lanjut dan terperinci diperlukan bagi membangunkan produk berdasarkan PLC. Maklumat ini penting untuk menyesuaikan PLC mengikut keperluan industri-industri tertentu.
2) Membangunkan modul latihan yang sewajarnya. Pembangunan modul latihan mengikut kemampuan dan pengalaman syarikat, contohnya, kelajuan tinggi seni bina PLC perlu selaras dengan kemampuan syarikat mempelajari dan melaksanakan modul tersebut.
3) Menggubal pelan pembangunan setelah pihak industri mengenal pasti ciri-ciri PLC yang dikehendaki.
4) Melatih pekerja-pekerja syarikat. Latihan ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian utama: menyusun, mereka bentuk, dan mengintegrasikan sistem. Latihan juga turut dibuat oleh pihak syarikat yang mempunyai pengetahuan terhadap sistem yang telah dibangunkan.
5) Memindahkan pengetahuan pengkompil bahasa BASIC. Pemindahan bahasa BASIC diperlukan dalam usaha membangunkan modul pembangunan PLC. Keupayaan membangunkan penyusunan PLC yang baik bergantung kepada berkesannya tahap bahasa HLL sesebuah industri tersebut.
6) Membantu meningkatkan LLD dengan mengintegrasikan pengkompil bahasa BASIC.
7) Membantu meningkatkan Simulasi LLD syarikat. 8) Menguji penyusunan dan simulasi LLD. Ujian tersebut terbahagi
kepada dua peringkat, khususnya pengujian PLC sedia ada di pasaran dan pengujian sistem PLC yang telah dibangunkan.
9) Membantu mereka bentuk produk PLC. Mereka bentuk produk PLC yang stabil dan boleh percaya serta mampu menjadi tarikan dalam penggunaan PLC.
10) Pengujian tahap kedua adalah bagi menangani sebarang masalah yang timbul. Penambahbaikan sentiasa dibuat sehingga sistem PLC
dapat digunakan tanpa sebarang masalah. 11) Membantu pihak industri menganalisis peluang pasaran, strategi dan
mempromosikan produk PLC.
OUTPUT
Industri: 1) Pembinaan Kit Pembangunan Sistem atau SDK berasaskan pengawal
terbenam Atmel AVR. Wise Atmel Mice SDK ini boleh digunakan untuk membantu mempercepatkan pembinaan sesebuah pengawal digital untuk kegunaan industri, hobi dan pembelajaran. Program Atmel AVR telah siap untuk dijual.
2) Penyusunan LLD telah dapat disesuaikan. 3) Penghasilan dua produk baharu yang berpotensi, khususnya Tangan
Robot (Robot Arm) dan Mesin Pemeriksaan Visual (Visual Inspection Machines).
4) Ilmu pengetahuan mengenai pembangunan SDK. 5) Pengetahuan tentang proses pembangunan papan litar tercetak. 6) Pengetahuan tentang Sistem Tangan Robot. 7) Produk yang dihasilkan lebih murah, bersifat tempatan dan mampu
dibeli. 8) Pengetahuan tentang had reka bentuk dan penambahbaikan reka
bentuk pada masa hadapan. 9) Teknologi yang dihasilkan dapat mengurangkan tenaga kerja dalam
pembuatan PCB. 10) Produk lengkap papan PLC atau Pengawal Logik Boleh Atur Cara. 11) Produk lengkap pengkompil PLC (Gambar Rajah Ladder logic dan
pengkompil bahasa BASIC). 12) Produk 1: Sistem berkapasiti kecil (SG Controller, PH Controller,
Sistem Pemantauan Kuasa). 13) Produk 2: Sistem berkapasiti sederhana – Tukul Air atau Eksperimen
Kadar Aliran.
IPTA: 1) Universiti memperoleh pengetahuan yang lebih terperinci mengenai
kehendak sebenar industri dalam teknologi automasi yang berkaitan.
2) Pihak universiti dapat menambah baik reka bentuk perkakasan melalui maklumat yang telah diperoleh daripada projek ini.
Pembangunan Modal Insan:
1) Graduan pelatih mendapat pengetahuan mendalam tentang mereka bentuk sistem terbenam ini.
2) Graduan pelatih mendapat galakan untuk mempelajari dengan lebih mendalam bidang ini.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Sains Malaysia 2) Wise Path Sdn. Bhd.
KEBERHASILAN
Industri: 1) Pihak syarikat mempunyai perancangan mempertingkatkan teknologi
produk yang dibina berdasarkan hasil R&D universiti. 2) Pihak syarikat boleh menjadi orang tengah antara pihak universiti dan
pelanggan-pelanggan aplikasi teknologi yang dibangunkan oleh universiti.
3) Pihak industri mendapat pengalaman sebenar khasnya dalam bidang pembangunan aplikasi (Projek Tukul Air).
IPTA: 1) Mendapat pengetahuan tentang kehendak industri terhadap kriteria-
kritera terbaik PLC. 2) Mendapat membina bekerjasama pada masa depan dalam
pelaksanaan sistem PLC.
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat ilmu pengetahuan membentuk pengkompil. 2) Graduan pelatih mendapat pengetahuan tentang automasi industri. 3) Graduan membina keupayaan merancang dan melaksanakan tugas-
tugas untuk kerja-kerja lapangan yang sebenar.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN 18
BULAN 21
BULAN 24
BULAN LAPORAN
AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Industri
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar
Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Industri : Wise Path Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 14 Julai 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Dr. Zulkefli Yaacob (UMP) 2) Dr. Ng Kim Soon (UTHM)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)
SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 33% 31%
B AKADEMIA (10%) 8% 8%
C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 10%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 7% 7%
E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 25% 25%
MARKAH KESELURUHAN (%) 81% 81%
MARKAH SELEPAS KUMULATIF 81%
PENILAIAN OLEH INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri
4/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri
5/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek 5/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
4/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh industri
4/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
5/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
4/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
4/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 3/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek Projek Pemindahan Ilmu ini telah berjaya mencapai objektifnya. Pihak Universiti telah berjaya membantu
syarikat mencipta produk baharu. Syarikat menyatakan hasrat untuk terus bekerjasama dengan Universiti
untuk mengkomersialkan produk yang telah dibangunkan.
Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan
Berdasarkan penganalisaan terhadap keseluruhan penilaian, projek ini didapati masih tidak mencapai objektif KTP. Walaupun satu produk baharu telah berjaya dicipta, namun tiada pengukuran sama ada projek ini telah memberi nilai tambah kepada industri dan memberi kejayaan sepenuhnya kepada syarikat. Projek ini juga didapati masih berada di tahap penyelidikan dan berada dalam kategori jingga.
LAMPIRAN
Ketua projek membuat pembentangan kepada panel penilai yang hadir
PLC yang telah direka dapat menjimatkan ruang, kos tenaga dan ia mudah diselenggara
Lawatan panel penilai di lokasi projek Syarikat Wise Path Sdn. Bhd.
Penggunaan pengaturcaraan dengan sebuah Wise Atmel Mice SDK