taman pertanian universiti universiti putra malaysiareg.upm.edu.my/spk_upm/opr-tpu-web/tpu...

32
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drpd 32 TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen: OPR/TPU/BP/TERNAKAN/Rusa PANDUAN TERNAKAN RUSA

Upload: others

Post on 27-Oct-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drpd 32

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen: OPR/TPU/BP/TERNAKAN/Rusa

PANDUAN TERNAKAN RUSA

Page 2: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drpd 32

KANDUNGAN Tajuk Muka Surat

1.0 Pendahuluan................................................................................................................. 4 2.0 Baka Rusa ..................................................................................................................... 5

2.1 Rusa Timorensis 2.2 Rusa Sambar

3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan............................................................................. 6 3.1 Cara Pemilihan Baka dan Keturunan 3.2 Cara Pemilihan Konformasi badan 3.3 Perolehan ternakan 3.4 Penerimaan dan masa peralihan 4.0 Cara Pemeliharaan....................................................................................................... 7 4.1 Pemilihan Kawasan 4.2 Sistem Pemeliharaan 5.0 Keperluan Asas Menternak Rusa................................................................................. 9 5.1 Lorong pengumpulan 5.2 Rumah Gelap 5.3 Holding yard 5.4 Pasung 5.5 Pagar 5.6 Teduhan 5.7 Padok 6.0 Pengurusan Ternakan................................................................................................... 13

6.1 Pengurusan Rusa Dewasa 6.2 Pengurusan Ibu dan Anak 6.3 Pengurusan Rusa Yang Membesar 6.4 Penjagaan dan Pengawalan 6.5 Pengurusan Makanan Dan Makanan Tambahan 6.6 Pembiakan 6.7 Penyakit Rusa dan rawatan 6.8 Pelupusan

7.0 Penyelenggaraan Kandang dan Perumahan .......................... ...................................... 20 8.0 Pengurusan Am (Penyelengaraan Harian)................................................................... 20-26 8.1 Menimbang Ternakan 8.2 Identifikasi 8.3 Mencegah dan Mengawal Penyakit 8.4 Panduan Program Kesihatan Gerompok 8.5 Pengendalian /Pengekangan Ternakan 8.6 Menyimpan Rekod

Page 3: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drpd 32

8.7 Pengurusan sisa kumbahan 8.8 Biosekuriti 9.0 Hasil............................................................................................................................ 26-30

9.1 – Rumah Sembelih 9.2 - Definisi penyembelihan 9.3 - Prinsip penyembelihan 9.4 - Pembuangan Kulit / Melapah 9.5 - Evisceration / Pengeluaran organ dalaman 9.6 - Penyejuk – bekuan dan penyimpanan

10.0 Wabak Penyakit Ternakan ........................................................................................ 30-32

10.1 Penyakit Kuku Dan Mulut (Foot and Mouth Disease) Pada Rusa 10.2 Tuberkulosis (TB) – Pada Rusa (penyakit Zoonotik)

11.0 Glosari ..................................................................................................................... 32 12.0 Rujukan.................................................................................................................... 32

Page 4: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drpd 32

1.0 PENDAHULUAN Rusa adalah sejenis haiwan herbivore yang hidup liar di hutan. Terdapat 44 jenis rusa di dunia. Ternakan rusa mula mendapat perhatian masyarakat Malaysia secara serius sejak akhir tahun 1980an. Daging rusa semakin popular di kalangan orang ramai tanpa mengira kaum. Harga dagingnya yang tinggi iaitu antara RM25.00 - RM45.00/kg menyebabkan pihak tertentu terutamanya swasta meneroka bidang ini secara besar-besaran. Selain daging (venison) , pemeliharaan rusa memberi pulangan daripada hasil sampingan seperti rongga tanduk muda (velvet), kulit dan juga tanduk matang (antler). Sekarang permintaan untuk rusa amat baik sekali. Disamping dagingnya sebagai sumber protin , kulit dan tanduknya berguna untuk barang hiasan. Tanduk awal (velvet) boleh digunakan untuk perubatan. Di Malaysia terdapat 2 jenis rusa tempatan, iaitu Rusa Sambar (Cervus unicolor) dan kijang (Muntiacus mumjak). Rusa di Malaysia mendapat perlindungan khas daripada Kerajaan Malaysia. Ini bertujuan agar ianya tidak pupus. KEBAIKAN MENTERNAK RUSA

Kadar kelahiran yang tinggi - 80% - 90%

Tahan hujan dan panas

Kadar kematian yang rendah - 2% - 5%

Tidak memilih rumput untuk dimakan

Daging kurang lemak dan Kolestrol/sedap

Hasil yang tinggi

KLASIFIKASI RUSA

Phylum - Chordata

Class - Mamalia

Order - Artiodactyla

Famili - Cervidae

Genus - Odocoileinae

Spesis - 44 spesis rusa di dunia antaranya : a) Rusa Sambar (Cervus unicolor) b) Rusa Timorensis (Cervus timorensis) c) Rusa Axis (Axis axis) d) Rusa Sika (Cervus nippon) e) Rusa Red Deer (Cervus elapus) f) Rusa Fallow Deer (Dama dama)

2.0 BAKA RUSA Terdapat 2 jenis baka rusa yang terdapat di Seksyen Ternakan TPU iaitu :

a. Cervus timorensis

Spesis tropika. Negara asal: New Caledonia. 2 sub-spesis yang utama, Javan & Moluccan.

Page 5: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drpd 32

Kaitan rapat dengan sambar, tetapi lebih kecil. Berat betina di antara 50-90 kg, tinggi di bahagian bahu ialah 90 cm ; Purata berat jantan 100-140 kg, tinggi 110 cm.

Berwarna perang kemerahan ke perang gelap. Bulu badan halus dan jarang jika dibandingkan dengan baka rusa yang lain.

Tanduk rusa bercabang tiga dan membentuk seperti "lyre".

Senang dikendalikan .

Membiak yang bukan mengikut musim.

Produk utama ialah dagingnya. Sesuai diternak secara komersial

b. Cervus unicolor

Berasal dari Sabah dan kepulauan Jawa.

Dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar dan dikawal oleh PERHILITAN.

Saiz yang agak besar boleh capai berat 250 kg; Tinggi jantan di bahagian bahu ialah anggaran 127 cm , betina 115 cm, 150 kg.

Biasanya berwarna perang tetapi ada juga yang berwarna kelabu & ada yang semuanya hitam.

Tekstur bulu lebih halus . Tanduk bercabang tiga.

Terlalu licik.

Page 6: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drpd 32

3.0 CARA PEMILIHAN BAKA Tujuan pemeliharaan rusa adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Oleh sebab itu, pemilihan baka rusa yang terbaik amatlah penting. Memandangkan rusa adalah haiwan liar maka agak sukar untuk membuat pemilihan seperti ternakan lembu atau kambing. Walau bagaimanapun pemilihan baka boleh dibuat berasaskan perkara berikut:

i. Baka dan keturunan ii. Bentuk badan atau konformasi:

a. Teknik pengamatan 3.1 Cara pemilihan baka dan keturunan Dalam memilih ternakan yang hendak dibeli, berikut adalah panduan dengan merujuk rekod mengenai prestasi induk rusa untuk mengetahui :

i. Kenaikan berat badan yang cepat dan konsisten. ii. Daya tahan penyakit yang tinggi iii. Prestasi pembiakan yang baik iv. Peratus kematian anak yang dilahirkan rendah

3.2 Cara pemilihan konformasi badan

i. Cara pengamatan - Iaitu dilihat fizikal (General appearance) ternakan dari segi sifat iaitu warna, kulit dan bulu, saiz badan, kepala, mata, mulut, hidung, leher dan bahu, dada, rangka, badan, bahagian belakang, kaki hadapan, kaki belakang, tapak kaki, buah zakar dan zakar, ambing dan puting susu, tabiat dan juga kesihatan.

3.3 Perolehan Ternakan Stok ternakan hendaklah diperolehi dari gerompok yang ’bebas penyakit” di mana semua ternakan mesti bebas dari penyakit tertentu melalui ujian darah dan seumpamanya kecuali protokol jabatan yang mengecualikannya. Pergerakan ternakan dilakukan hanya setelah mendapat Sijil Kesihatan dari Pegawai Veterinar dan kebenaran masuk dari Jabatan Haiwan Negeri. 3.4 Penerimaan ternakan dan masa peralihan Ternakan perlu diangkut dalam keadaan selesa, elakkan daripada terlalu berpanas. Bagi perjalanan yang jauh, rancang perjalanan dengan mengutamakan keselesaan ternakan dan pemandu. Persiapan kandang hendaklah dilaksanakan 1 – 2 hari sebelum tarikh ternakan diterima. Kandang perlu dibersihkan dan disanitasi bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman. Sebaik sampai ternakan di beri ”anti stress’ dan dibiarkan rehat sekurangnya selama 3 hari, sebelum sesuatu aktiviti berkaitan ternakan dijalankan. Ternakan diberi makanan sama seperti tempat asal dan diubah secara perlahan-lahan kepada sistem pemakanan yang baru. Ternakan perlu dikuarantin dalam tempoh satu bulan. Rekodkan aktiviti dalam ;

Borang Terimaan Ternakan (OPR/TPU/BR/TERNAKAN/Terima Ternakan)

Log Stok Identifikasi Dan Kelahiran Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Stok-Kelahiran)

Page 7: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drpd 32

Log Stok Bilangan BulananTernakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Bil.Stok Ternakan)

Log Bilangan Susut Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Susutan) 4.0 CARA PEMELIHARAAN Pemilihan kawasan adalah penting dan sepatutnya mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin. Selain itu, kawasan sekitar adalah baik jika bertopografi tanah tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik. Pemilihan kawasan yang jauh dari kesibukan jalan raya juga adalah penting untuk mengurangkan tekanan pada ternakan. Terdapat 3 jenis sistem pemeliharaan yang diamalkan di Malaysia.

Sistem Ciri-ciri

Sistem Intensif

Sistem yang paling baru dalam penternakan rusa Tidak memerlukan kawasan yang luas Rusa dikurung sepanjang masa dalam satu lot kandang Luas kurungan disyorkan : 30’ – 50’ untuk 50 ekor Nisbah keluasan 1 ekar : 500 ekor Makanan konsentrat, rumput dan foder dibekalkan sepanjang masa Beri makan 2 kali sehari – rumput 2 – 3 kg, pellet 1 kg sehari Bekalan air bersih perlu disediakan setiap masa Program kesihatan kelompok dapat dilaksanakan Rusa mudah diurus dan lebih jinak

Sistem Feed Lot/Green Lot

Tidak banyak diamalkan di Malaysia Sekumpulan rusa diletakkan dalam satu padok seluas 2 – 4 ekar Kurang kawasan tanah diperlukan Rusa agak jinak berbanding sistem ekstensif Penyelenggaraan pagar yang baik diperlukan Makanan konsentrat dibekalkan secara tetap termasuk rumput dan foder Rumput ditanam untuk sistem “cut n carry” Perlu pembajaan berkala untuk mengekalkan kualiti rumput 1 ekar rumput Napier boleh menampung 100 ekor rusa sepanjang tahun

Sistem Lepas Bebas (Ekstensif)

Sistem yang biasa diamalkan oleh pengusaha sedia ada di Malaysia Kadar muatan 5 – 6 ekor per ekar Memerlukan kawasan tanah yang luas Memerlukan penyelenggaraan pastura dan sistem pemagaran yang baik Sistem meragut secara bergilir Rusa yang dibela tidak begitu jinak Sistem ini yang di amalkan di Unit Rusa TPU

Page 8: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 8 drpd 32

2

CANOPY RUSA

ERL KL

SENTRAL

KE KLIA

CANOPY

RUSA

PEJABAT

LAMA RUSA

DAN BILIK

GELAP

KANDANG KAMBING

Keluasan Ladang Rusa di sini adalah 9.649 ha 5.0 KEPERLUAN ASAS MENTERNAK RUSA

Page 9: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 9 drpd 32

Berikut adalah keperluan asas yang perlu dalam pemeliharaan rusa: 5.1 Lorong pengumpulan

Lorong pengumpulan yang dibina dari kawasan pastura, seharusnya dimulai dengan saiz yang agak besar, kemudian lorong tersebut dikecilkan sedikit demi sedikit, bergantung pada saiz ruang pengumpulan yang dituju dan juga bilangan rusa yang di pelihara. Saiz lorong pengumpulan dicadangkan 3 m lebar dan 20 m panjang serta 2m tinggi.

5.2 Kandang pengumpulan

Kandang pengumpulan perlu dibuat agak besar bagi menampung ternakan yang dipelihara. Kandang ini akan melegakan suasana, selepas rusa bersesak-sesak melalui lorong pengumpulan kumpulan tersebut diagih-agihkan dulu kepada beberapa kumpulan kecil mengandungi 15-20 ekor. Ternakan akan dikuarantin selama beberapa hari supaya ternakan adaptasi dengan tempat tersebut. Selain itu, tempat ini juga digunakan untuk merawat rusa yang sakit atau tempat penyusuan anak yang kematian ibu.

Page 10: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 10 drpd 32

5.3 Rumah gelap Kandang pengumpulan lazimnya bersambung dengan rumah gelap yang bertutup dan dicat warna hitam. Rumah gelap digunakan untuk mengendallikan ternakan yang resah dan tidak tenang. Di bilik ini ternakan boleh di asingkan mengikut spesis, gender, saiz dan sebagainya.

5.4 Pasung Pasung untuk rusa dibuat dengan prinsip lantai rendah yang membolehkan badan ternakan tertahan dan kakinya pula tergantung tanpa jejak ke bumi atau lantai. Dengan cara ini ternakan tidak mudah melompat atau meronta ketika dikendali. merawat luka, memotong tanduk, mengambil darah dan menentukan kebuntingan.

5.5 Padok Apabila membuat padok dalam ladang, faktor-faktor seperti topografi dan jenis tanah, saliran, arah aliran angin, kedudukan kandang, jenis rumput yang ada, arah sinaran matahari dan bilangan ternakan yang dipelihara mestilah diambil kira.

Page 11: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 11 drpd 32

5.6 Pagar Pagar jenis cyclone adalah terbaik dan ketinggian pagar keliling adalah 2.6 m dan pagar padok pula 2 m. Memerlukan pagar yang lebih tinggi dari lembu disebabkan rusa berkebolehan untuk melompat tinggi.

5.7 Teduhan

Teduhan diperlukan bagi rusa kerana rusa jantan sering bernafas dengan cepat/mencungap(panting) pada waktu tengah hari jika kawasan pastura kurang tempat berteduh. Rusa lebih gemar berteduh di bawah pokok yang lebih sejuk dan selesa berbanding dengan pondok, terutama jika pondok tersebut menggunakan atap zink. Namun demikian pondok teduhan masih diperlukan bagi membolehkan rusa mengelakkan diri daripada ditimpa hujan. Dengan ini penyakit pneumonia boleh dielakkan, terutama bagi anak rusa yang masih kecil.

6.0 PENGURUSAN TERNAKAN TABIAT RUSA Rusa mempunyai beberapa tabiat yang agak aneh. Kebiasaannya, rusa betina dalam satu kumpulan dengan anak-anak, manakala yang jantan pula dalam kumpulan yang lain. Jika terdapat rusa betina yang galak, rusa jantan akan mengasah tanduknya hingga menyebabkan luka di bahagian kulit tanduk, maka terdedahlah tanduk yang keras. Rusa jantan akan mengumpulkan rusa betina yang galak dan membuat teriakan untuk bersaing dengan rusa jantan lain.

Page 12: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 12 drpd 32

Pada waktu begini pergaduhan akan berlaku dan adakalanya mengakibatkan cedera parah kepada yang kalah. Rusa betina mempuntai tabiat semulajadi “menyembunyikan” anaknya selepas dilahirkan. Ia akan menyembunyikan anaknya di celah-celah kayu tumbang atau rumpun semak yang agak terlindung yang sukar untuk ditemui. Pada waktu begini ibu tersebut akan menjadi lebih garang daripada biasa. Satu lagi tabiat yang agak aneh bagi rusa ialah sikap mengasuh dan merawat sesama sendiri apabila terdapat rusa yang luka atau sakit. Luka boleh terjadi akibat terkena duri atau benda tajam semasa mencari makan. Apabila terdapat luka pada seekor rusa, beberapa ekor rusa lain akan datang menghampiri dan menjilat bahagian yang luka itu. Terdapat 3 jenis pengurusan yang diamalkan di sini.

1. Pengurusan Rusa Dewasa 2. Pengurusan Ibu dan Anak 3. Pengurusan Rusa Yang Membesar

6.1 Pengurusan Rusa Dewasa

Rusa dewasa jantan dan betina ditempatkan dalam padok berasingan. Kira – kira sebulan sebelum dikahwinkan, makanan tambahan bermutu tinggi (flushing) diberikan pada kadar 0.5kg/hari seekor. Cara ini akan memberi kesuburan yang lebih tinggi dan memungkinkan untuk mendapat jumlah kelahiran yang lebih tinggi. Selalunya pada masa mengawan rusa mempunyai selera yang rendah dan akan mengurangkan kadar pengambilan makanannya. Rusa betina yang berada pada tahap kebuntingan akhir akan mengasingkan diri daripada kumpulan besar.

6.2 Pengurusan Ibu dan Anak

Anak yang baru lahir dibiarkan bersama ibu dan diasingkan selepas berumur 3 atau 4 bulan iaitu selepas dicerai susu. Sekiranya ibu mati atau ditinggal ibu bantu dengan susu formula sekurang-kurangnya 4 kali sehari.

Pada masa yang sama, anak – anak rusa dilatih memakan makanan konsentrat ( pellet) dan rumput.

Diberi susu sehingga umur 3 bulan Latih beri pellet dan rumput sedikit demi sedikit Pantau kesihatan anak agar tidak dijangkiti penyakit Kandang anak sentiasa kering dan tidak sejuk untuk elak pneumonia

Penyusuan dihentikan bila umur 3 bulan dan ganti dengan rumput dan pellet Boleh dilepas di padok waktu siang dan balik ke kandang waktu malam Penjagaan rapi kerana waktu ini berat badan mudah turun akibat stress dari cerai susu Asingkan bila umur 1 tahun atau bila matang

Page 13: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 13 drpd 32

A. TUJUAN :

1. Untuk memastikan anak mendapat susu colostrum sekurang – kurangnya 3 hari kepada anak rusa yang kematian ibu atau yang ditinggalkan oleh ibu

2. Untuk mengelakkan dari kematian samada dimakan atau tidak dijaga oleh ibu

3. Untuk merekodkan kelahiran

B. JENTERA / PERALATAN / BAHAN :

BIL. PERKARA KUANTITI /

JUMLAH

1. Weighing Tape atau penimbang

2. Tincture Iodine

3. Squeeze Bottle dan Bottle feeding

4. Negasunt

5. Susu mentah atau susu formula

C. MASA / TEMPOH :

1. Dilakukan sebaik sahaja ternakan dilahirkan

D. CARA :

1. Pastikan ibu induk menjilat bulu seluruh badan, hidung dan mulut anaknya untuk merangsangkan peredaran darah dan kelancaran pernafasan.

2. Pastikan anak rusa boleh berdiri dan berjalan dan seterusnya menghisap susu colostrum dalam tempoh 6 jam selepas dilahirkan.

3. Campurkan Negasunt dan Tincture Iodine , sapukan /percikan pada pusat anak rusa.

4. Timbang untuk mengetahui berat lahir.

5. Tattoo pada umur selepas cerai susu

6. Rekodkan kelahiran dalam Log Stok Identifikasi Dan Kelahiran Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Stok-Kelahiran), Log Stok Bilangan Bulanan Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Bil.Stok Ternakan) dan timbang ternakan dalam Buku Log Timbang Ternakan (OPR/TPU/BR/TERNAKAN/Timbang)

E. LANGKAH KESELAMATAN

1. Memakai pakaian dan kasut ladang yang bersesuaian dan sarung tangan.

2. Utamakan Keselamatan.

3. Beri perlindungan / keselamatan kepada anak rusa.

4. Kebiasaanya ibu rusa akan menyerang sesiapa sahaja yang mendekati untuk memberi perlindungan kepada anaknya, oleh itu keselamatan amat penting.

F. CATATAN

1. Dengan menjilat bulu anaknya disamping aspek rangsangan, ia akan menunjukkan sayang kepada anak.

2. Pemberian Tincture Iodine dan Negasunt untuk mengecutkan saluran darah dan mengawal pusat dari serangan lalat hingga membengkak dan berulat (jika perlu).

3. Susu colostrum penting kepada anak rusa untuk mempertahankan badan dari serangan penyakit (mengandungi antibodi).

4. Penimbangan bertujuan mengetahui berat lahir.

5. Rekod penting dalam sistem pengurusan ternakan.

Page 14: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 14 drpd 32

6.3 Pengurusan rusa yang membesar Pemeliharaannya diasingkan mengikut jantina. Rusa jantan yang tidak dijadikan baka akan digemukkan dan disembelih.

Pantau agar tidak berlaku kecacatan/kecederaan yang menyebabkan kegagalan mengawan 6.4 PENJAGAAN DAN PENGAWALAN Pada umumnya pengurusan rusa di sini dilakukan secara sistem pastura terbuka. Penjagaan rusa tidak lah begitu rumit. Pemakanan dan air yang mencukupi sudah memadai bagi menjamin pengeluaran yang memuaskan dari segi tahap pencapaian produktiviti. Lumrahnya rusa yang sakit akan dapat dikesan kerana rusa yang sakit selalunya akan mengasingkan diri dari kumpulan tersebut. Oleh yang demikian pemantauan semasa memberi makan penting dalam memerhatikan kelakuan dan gelagat rusa tersebut. Dari segi pengawalan, rusa perlu dilindungi dari binatang pemangsa seperti anjing, ular dan sebagainya yang terdapat di sekitar kawasan pemeliharaan. 6.5 PENGURUSAN MAKANAN DAN MAKANAN TAMBAHAN TERNAKAN

Makanan tambahan diberikan sebagai bekalan nutrien tambahan kepada ternakan. Antara makanan tambahan yang diberikan adalah garam jilat (batu garam), goat pellet. Rusa tidak memilih makanan dan tidak cerewet berbanding ternakan lain. Walaupun sumber makanan utama bagi rusa adalah dedaun dan rumput, namun dedak (goat pellet) juga diberikan sebagai makanan tambahan. Dalam sistem pengurusan yang baik, rumput terpilih dan berprotin tinggi diberi untuk meningkatkan pertumbuhan berat badan. Jenis – jenis rumput yang disyorkan adalah seperti berikut: Rumput Guinea (kuda) – panicum maximum dan Rumput Napier (gajah) - pennisetum purpureum. Makanan diperlukan 6 – 8 % bahan basah atau 2 – 3 % bahan kering dari berat badan sehari. Garam galian perlu sentiasa dalam kandang bagi menangani masalah kekurangan galian di mana kekurangan galian akan melambatkan pertumbuhan badan dan menggangu fungsi pembiakan dan ketahanan badan. Bekas minuman disediakan dengan secukupnya bagi menampung keperluan ternakan sekurang-kurang untuk 2 – 3 hari. Makanan tambahan ini diberi kepada ternakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Rekod pemberian makanan tambahan dalam Buku Log Makanan Tambahan Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Makanan Tambahan)

Page 15: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 15 drpd 32

Panicum maximum Pennisetum purpureum

6.6 PEMBIAKAN Dalam usaha untuk membiakkan rusa, pemilihan dibuat bagi mendapatkan progeni yang berprestasi tinggid ari kesuburan, keupayaan menjaga anak, pertumbuhan dan penghasilan velvet yang bermutu. Penjagaan yang rapi semasa musim mengawan boleh menghasilkan jumlah maksimum rusa betina yang dapat dibiak dalam satu tempoh yang ditetapkan. Jangkamasa kebuntingan rusa Timor adalah 247 – 257 hari. Rusa boleh mengawan apabila mencapai berat badan 40 45 kg atau umur 18 – 20 bulan. Nisbah rusa jantan dan betina adalah 1: 15 – 20. Musim mengawan biasa berlaku pada bulan Mac - Mei. Rusa akan mula melahirkan anak bermula bulan November hingga Februari tahun berikutnya. 6.7 PENYAKIT RUSA DAN RAWATAN Terdapat beberapa jenis penyakit yang mengancam pemeliharaan rusa. Antaranya adalah :

Penyakit Tanda-Tanda Pencegahan Ubat/Rawatan

Tuberkulosis (TB) disebabkan oleh bakteria Mycobacterium bovis

Penyakit ini adalah zoonotik. Tanda klinikal penyakit tidak kelihatan secara zahir pada setiap jenis ternakan. Kadang – kala tanda klinikal ini dapat dilihat apabila mencapai tahap kronik seperti keadaan tubuh yang kurus (anorexia), lemah,

Ujian saringan TB Test

Takai

Page 16: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 16 drpd 32

demam berterusan, sesak nafas, batuk kering dan cirit birit.

Meliodosis – disebabkan oleh bakteria Burkholderia (Pseudomonas) pseudomallei

Sering terdapat dalam persekitaran semulajadi dalam air dan tanah. Berkait dengan pengurusan yang kurang baik. Berkeupayaan menjangkiti ternakan dalam jumlah yang tinggi . Penyakit ini adalah zoonotik. Tanda klinikal : lemah, pucat dan tidak selera makan, masalah pernafasan.

Ujian saringan Takai

Paru-paru/Selsema/Sejuk (Pneumonia)

Batuk basah - disebabkan serangan bakteria yang menyerang kambing, ketika berada dalam keadaan tenat seperti kesejukan, perudaraan yang kurang baik dan kesesakan dadanya.

i. Kelihatan moyok dan mengasingkan diri

ii. Lemah dan tidak terdaya iii. Menjadi kurus iv. Pernafasan cepat v. Kadangkala batuk dan

terdapat bendalir keluar dari hidung seperti hingus. Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kematian

i. Asingkan supaya tidak berjangkit

ii. Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembab

iii. Elakkan ia berhujan iv. Pengudaraan yang

bersih dan segar

Trimethoprim , Oxytetracycline, Sulphadimidine,

Cirit-birit (Diarrhoea)

i. Cacing ii. Protozoa (koksidia) iii. Kuman iv. Salah makan.

i. Najis cair dan tidak berbentuk bulat seperti biasa

ii. Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor

iii. Kambing akan kelihatan monyok & mengasingkan diri

iv. Kadangkala najis berbau busuk

i. Memberi ubat cacing untuk mengurangkan beban cacing

ii. Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan tidak dijangkiti kuman merbahaya

iii. Memberi makanan yang betul. Jika hendak menukar makanan hendaklah dibuat beransur-ansur

i. Memberi banyak air terutama yang mengandungi elektrolite

ii. Memberi ubat yang boleh mengurangkan berak seperti 'kaolin' yang boleh mengalas kulit perut

iii. Ubat pembunuh kuman ataupun cacing

iv. Neomycin, pectin

Malignant Cattheral Fever (MCF) – berpunca dari berbagai virus dari family herpesviridae , genus rhadinovirus

Pembawa / carrier kambing, biri – biri dan wildebeest. Tanda klinikal – demam panas, lemah, diarrhea dan buta

Ujian saringan danTakai Takai

Page 17: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 17 drpd 32

Trypanosomiasis / surra - disebabkan oleh gigitan lalat Tabanus dan Stomoxys spp. parasit Trypanosoma sp yang hidup dalam darah rusa

Serangga adalah vektor yang menyebarkan parasit ini. Selain dari itu pemindahan mekanikal seperti semasa tattoo, burdizzo dan contamination surgical instrument. Tanda klinikal ; Rusa kelihatan kurus dan pucat dan anemia. Kesan kematian sangat cepat selepas dijangkiti, Kematian yang tinggi pada populasi ternakan

Tick and fly control

Berenil

Luka-luka

Terjadi bila rusa bergaduh atau cedera. Luka yang tidak dirawat akan dihinggapi lalat ‘Chrysomia benziana’ yang bertelur pada luka. Larva akan menetas dan menyebabkan luka bertambah besar jika tidak dirawat.

Ternakan akan murung, gelisah terutama jika ia mula merebak dan berulat

i. Asing segera ternakan yang luka berulat

ii. Rawatan 2 kali sehari sehingga luka kering dan sembuh

i. sekeliling kudis dicukur dan dicuci bersih dengan ubat kuning (iodine) supaya tiada terdapat kekotoran, habuk atau ulat (jika ada)

ii. Semburkan ubat penjauh lalat seperti 'gusanex' atau 'negasunt'

Rekod rawatan dalam borang Rekod Kesihatan Ternakan (OPR/TPU/BR/TERNAKAN/Rekod Kesihatan) dan ubatan dalam Buku Log Inventori Ubat – ubatan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Inventori Ubat) oleh Pegawai Veterinar. Jika terdapat rusa yang mati Penyelaras Unit hendaklah mengisi borang Pelupusan (OPR/TPU/BR/UMUM/Pelupusan). Jika terdapat haiwan yang sakit dan perlu dimasukkan ke hospital, rujuk kepada Hospital Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Jika rusa tersebut perlu ditakai/lupus, perlu dapatkan kebenaran Pegawai Veterinar dan tanam di tempat yang disediakan atau dihantar ke Hospital Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar. 6.8 a) PELUPUSAN PENYAKIT BERJANGKIT

Ternakan yang mati disebabkan oleh penyakit berjangkit perlu dirujuk dengan Fakulti Perubatan Veterinar UPM.

Sampel ternakan tersebut akan di ambil oleh patologist untuk di analisa di makmal.

Page 18: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 18 drpd 32

b) PELUPUSAN KAEDAH BIASA

Bangkai bagi penyakit berjangkit perlu di tanam kedalaman sekurang-kurangnya 6 kaki dan di tabur kapur.

Kematian yang disebabkan oleh kematian biasa dan bukan penyakit berjangkit samada di padok atau selepas di beri rawatan, perlu dilupuskan.

Rekodkan maklumat di dalam Borang Pelupusan (OPR/TPU/BR/UMUM/Pelupusan)

Tabur dengan kapur (lime) dan perlu dikambus dengan kapur sekali lagi untuk mengelak dari kontaminasi.

Page 19: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 19 drpd 32

7.0 PENGURUSAN KANDANG DAN PERUMAHAN

Pengurusan kandang dan perumahan meliputi perkara – perkara berikut:

Penyelenggaraan pagar padok dan perimeter

Penyelenggaraan bangsal teduhan- perlindungan rusa sewaktu panas terik , hujan lebat dan waktu malam, juga anak rusa kecil

Penyelenggaraan padok

Penyelenggaraan rumah gelap – rawatan, tagging, memotong tanduk, aktiviti kesihatan berkelompok, aktiviti penyembelihan.

Penyelenggaraan deer crush/pasung

Jika karkas yang ditemui telah hampir reput, tanam di lokasi yang jauh dari kawasan ternakan

Kambus untuk mengelak dari di kesan atau dihidu oleh anjing dan sebagainya.

Rekodkan maklumat di dalam Borang Pelupusan (OPR/TPU/BR/UMUM/Pelupusan)

Bagi ternakan yang diketahui punca dan sebab kematian, karkas dihantar ke makmal Post Mortem Fakulti Perubatan Veterinar UPM untuk di analisa

Page 20: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 20 drpd 32

Penyelenggaraan holding yard (kuarantin rusa) – menempatkan kumpulan rusa baru sebelum dicampur dengan kumpulan asal.

8.0 PENGURUSAN AM

8.1 PENIMBANGAN Penimbangan adalah perlu dalam pemeliharaan ternakan. Rusa akan mula ditimbang selepas cerai susu dan penimbangan dilakukan sekurang-kurang dalam tempoh 3 – 4 bulan sekali. Penimbangan yang kerap akan mengakibatkan stress, keguguran dan mengganggu tumbesaran ternakan. Namun rusa yang mempunyai tanduk panjang akan dikecualikan dari ditimbang untuk mengelak dari dicedera. Rekod penimbangan ternakan dalam Buku Log Timbang ternakan (OPR/TPU/BL/STE/10)

Tujuan:

1. Mencatat kenaikan berat badan dapat menentukan ternakan yang sesuai untuk dijual, ditakai, pemberian ubatan dan sebagainya.

2. Dapat mengetahui kenaikan atau penurunan berat badan untuk tindakan selanjutnya.

3, Penimbangan hendaklah direkodkan dan kemaskini.

4. Dapat mengetahui umur dan kenaikan berat badan ternakan untuk di kahwinkan.

Jentera / Peralatan / Bahan / Tenaga Kerja: Bil. Perkara Kuantiti / Jumlah

1. Sepasang 2 Load Bar dan digital meter

2. Batteri Ns 60 12 Vots

3. Weighing Crate

4. Weighing Tape

5. Deer Crutch

6. Yard

Masa / Tempoh:

1. Sebaik – baiknya dilakukan pada sebelah pagi agar ternakan tidak merasa panas dan stress. Dilakukan sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan sekali.

Cara:

1. Memastikan ada No. Tatoo / Tag pada telinga ternakan dan jelas.

2. Pastikan alat penimbang / batteri berada di dalam keadaan baik dan berfungsi.

3. Yard dan Cattle Crutch berada dalam keadaan baik supaya memudahkan kerja pengurusan dilakukan.

4. Bekerja secara berkumpulan dan memerlukan 3 – 4 tenaga kerja.

5. Penimbangan ternakan bersaiz kecil dan besar dan berlainan baka.

Langkah Keselamatan:

1. Memakai pakaian, kasut getah dan sarung tangan yang sesuai.

2. Utamakan keselamatan diri.

3. Penjagaan peralatan dan barang-barang kegunaan.

4. Elakkan kecederaan pada ternakan

Page 21: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 21 drpd 32

8.2 IDENTIFIKASI (MEMBERI NOMBOR PENGENALAN TERNAKAN) 8.2.1 TAGGING Tujuan:

1. Untuk memberi nombor pengenalan individu cara tagging dengan menggunakan tag.

2. Mengetahui umur, baka dan bilangan ternakan.

3. Supaya kerja-kerja yang dilakukan dapat direkodkan (eg. Deworming, Rawatan Pembiakan)

Jentera / Peralatan / Bahan / Tenaga Kerja: Bil. Perkara Kuantiti / Jumlah

1. Tag Kosong (male tag & female tag)

2. Tag applicator

3.

Handgraving

4.

Iodin

Masa / Tempoh:

1. Sebaik – baiknya dilakukan pada sebelah pagi agar ternakan tidak merasa panas dan stress. Dilakukan pada anak yang berumur 3 – 4 bulan (selepas cerai susu).

Cara

1. Kepit / kekang kepala anak rusa

2. Pasang tag yang telah bernombor dengan tag applicator pada sebelah telinga samada kiri atau kanan.

3. Sapukan iodine dan negasunt pada bahagian yang luka

Langkah Keselamatan:

1. Memakai pakaian, kasut getah dan sarung tangan yang sesuai.

Catatan:

1. Tag kosong hendaklah ditulis dengan nombor yang ditentukan.

2. Handgraving untuk memastikan nombor pada Tag male/female.

3. Tinture Iodine bertujuan menghentikan saluran darah

Rekod ID ternakan dalam Log Stok Identifikasi Dan Kelahiran Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Stok-Kelahiran)

Page 22: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 22 drpd 32

Tujuan:

1. Untuk memberi nombor pengenalan individu dengan menggunkan tatoo.

2. Mengetahui umur dan bilangan kambing.

3. Supaya kerja-kerja yang dilakukan dapat direkodkan (eg. Deworming, Rawatan Pembiakan)

8.2.2 TATOO Tujuan:

1. Untuk memberi nombor pengenalan individu dengan menggunkan tatoo.

2. Mengetahui umur dan bilangan kambing.

3, Supaya kerja-kerja yang dilakukan dapat direkodkan (eg. Deworming, Rawatan Pembiakan)

Jentera / Peralatan / Bahan / Tenaga Kerja: Bil. Perkara Kuantiti / Jumlah

1. Tatoo set.

2. Tatoo paste (Warna hijau atau hitam)

Masa / Tempoh:

1. Sebaik – baiknya dilakukan pada sebelah pagi agar ternakan tidak merasa panas dan stress. Dilakukan pada anak yang berumur 3 – 4 bulan (selepas cerai susu).

Cara:

1. Susunkan nombor yang dikehendaki pada tatoo set.

2. Tentukan susunan nombor adalah betul dengan menguji pada sekeping kertas.

3. Pegang anak kambing supaya tidak bergerak.

4. Sapukan tatoo paste pada kedua belah telinga anak rusa

5. Kemudian barulah tatoo dilakukan pada kedua belah telinga anak rusa tersebut.

6. Gosokkan tatoo paste ke bahagian yang ditatoo

Langkah Keselamatan:

1. Memakai pakaian, kasut getah dan sarung tangan yang sesuai.

Catatan:

1. Rekod ID ternakan dalam Buku Log Stok Identifikasi Dan kelahiran Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Stok-Kelahiran)

Page 23: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 23 drpd 32

8.3 MENCEGAH DAN MENGAWAL PENYAKIT

Dalam industri ternakan, mengenal tanda-tanda ternakan yang sakit atau sihat adalah langkah yang penting sebelum jenis-jenis penyakit dapat ditentukan dan langkah-langkah pencegahan diambil. Berikut adalah sifat rusa yang sihat dan yang sakit untuk dijadikan sebagai panduan.

Sifat rusa yang sihat

Sifat rusa yang sakit

Kelihatan sihat, cergas dan sentiasa meragut bila dilepaskan

Kelihatan muram, tidak bermaya dan kurang selera makan apabila dilepaskan di padang ragut

Matanya kelihatan bersinar Matanya pudar, pucat kemerahan hidung tersumbat dan terdapat lelehan bendalir

Mengeluarkan najis yang bulat dan berbentuk bintil serta sederhana kerasnya.

Mengeluarkan najis yang lembut, cair dan tidak bulat

Purata suhu badan bagi rusa ialah 39.5 0 C (normal) Suhu lebih tinggi atau rendah dari suhu normal

Bulunya berkilat serta kulitnya licin dan lembut apabila disentuh.

Bulunya kering dan mengeremang

Badannya tidak kurus Badannya kurus kering

Keseluruhan anggota badannya berfungsi dengan normal.

Anggota badan sakit, cacat

8.4 PANDUAN KESIHATAN GEROMPOK Kesihatan Gerompok ialah program pengeluaran dan kesihatan ternakan terancang. Program ini adalah berjadual, yang mana ianya dijalankan untuk mengekal kesihatan ternakan ditahap optimum bagi mencapai pengeluaran yang maksimum. Tujuan utama Program Kesihatan Gerompok dijalankan adalah untuk:

Mengekalkan kesihatan dan pengeluaran ternakan ditahap lebih cekap untuk mendapat pulangan ekonomi yang maksimum.

Mengawal, mencegah dan membasmi penyakit-penyakit merbahaya kepada ternakan dan memberi kesan ke atas ekonomi.

Page 24: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 24 drpd 32

Mengurangkan ketahap minimum pencemaran alam sekitar oleh sisa hasilan ternakan dan mencegah penyakit zoonotik.

Senarai aktiviti-aktiviti Program Kesihatan Gerompok: Rujuk Senarai Jadual Kesihatan Gerompok dalam Senarai Jadual Kesihatan Gerompok (OPR/TPU/SN/TERNAKAN/Gerompok) Aktiviti-aktiviti Program Kesihatan Gerompok pada rusa adalah seperti berikut:

Vaksin Perkara

Vaksinasi Penyakit Kuku dan Mulut (FMD)

Kumpulan sasaran

Ternakan berumur 6 minggu ke atas

Kekerapan

Dos pertama pada ternakan berumur 6 minggu

Dos kedua 2-3 minggu selepas dos pertama

Dos booster setiap tahun

Kaedah

suntikan sub-cutenous

Pemberian Ubat Cacing

Kumpulan sasaran

Ternakan berumur 3-4 bulan (cerai susu)

Kekerapan

Bergantung pada bebanan cacing iaitu berdasarkan Fecal Egg Count /F.E.C(rujuk Interpretasi kiraan telur cacing pada tinja bebiri,) serta tanda-tanda klinikal pada ternakan yang dijangkiti. Untuk cacing pita pemberian ubat cacing hendaklah berpandukan kepada kehadiran segment cacing pada tinja.

Kaedah

Secara suntikan (Ivermectin) atau dalam minuman (Albendazole)

Sungguhpun demikian Ujian Saringan Tuberkulosis (TB) dijalankan setiap 3 tahun sekali di Unit ini. Rekod aktiviti Program kesihatan Gerompok dalam) Rekod Kesihatan Ternakan (OPR/TPU/BR/TERNAKAN/Rekod Kesihatan)

Page 25: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 25 drpd 32

8.5 PENGENDALIAN /PENGEKANGAN TERNAKAN Dalam mengendalikan ternakan staf perlu bersedia dengan pakaian dan kasut yang bersesuaian. Semasa mengekang perlu dielakkan dari stress, kesakitan atau kecederaan pada ternakan. Gunakan dark room dan pasung ketika melakukan aktiviti seperti menimbang, memgambil darah, vaksinasi dan sebagainya. Asingkan ternakan yang sakit, cedera, luka dan sebagainya. Di Seksyen Ternakan pengekangan dilakukan samada secara manual atau menggunakan pasung rusa. 8.6 PENGURUSAN REKOD TERNAKAN RUSA Penyimpanan rekod adalah perlu bagi menentukan kecekapan dan keuntungan dalam menternak rusa. Rekod juga boleh membantu pengusaha mengukur prestasi ternakan dan sebagai sumber untuk membuat sesuatu anggaran belanjawan dan polisi penternakan yang dilakukan. Terdapat 8 jenis rekod penting yang perlu direkodkan :

1. REKOD STOK TERNAKAN 2. REKOD KEMATIAN 3. REKOD JUALAN 4. REKOD KELAHIRAN 5. REKOD RAWATAN/KESIHATAN TERNAKAN 6. REKOD MAKANAN

8.7 PENGURUSAN SISA KUMBAHAN TERNAKAN

Sisa buangan ternakan terdiri dari najis, sisa sembelihan dan air basuhan kandang perlu dikawal dan diminimakan bau dalam mengekalkan biodiversiti persekitaran. Pastikan tiada lalat dan ulat berterbangan dan membiak. 8.8 BIOSEKURITI LADANG Sekeliling kawasan ladang dipagar menggunakan sistem pemagaran yang sesuai dan diletakkan tanda – tanda amaran yang jelas di lokasi yang strategik. Pintu masuk ladang sentiasa terkawal. Penanaman pokok yang sesuai di sebelah dalam pagar dan disekeliling ladang turut digalakkan. Kemasukan kenderaan dan orang awam yang tidak berkenaan tidak dibenarkan. Setiap pelawat mesti dipandu oleh pihak berkuasa ladang. Semua kenderaan perlu melalui tyre dip di pintu masuk Seksyen Ternakan. FOOT BATH

Tujuan:

1. Untuk mengawal ternakan dari penyakit berjangkit

Page 26: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 26 drpd 32

Jentera / Peralatan / Bahan / Tenaga Kerja:

Bil. Perkara Kuantiti /

Jumlah

1.

Foot bath

2. Air

3. Larutan Antibakteria / Germicidial contoh :

Lindores

Masa / Tempoh:

1. Disediakan disetiap pintu masuk ke ladang ternakan

Cara:

1. Penuhkan footbath dengan air

2. Larutan antibakteria / germicidal umpamanya ditambah ke dalam air tersebut. (Setiap larutan adalah berbeza kadar bancuhannya dan perlu merujuk kepada arahan yang terdapat pada label larutan terlebih dahulu)

3. Semua kenderaan atau kasut yang masuk dan meninggalkan ladang perlu mencelupkan tayar kenderaan / kasut ke dalam foot bath yang disediakan

4. Kasut/Tayar kenderaan yang melepasi footbath akan dibasmikuman.

5. Oleh yang demikian sebaran penyakit yang dibawa dari luar dapat dikawal dari merebak.

Langkah Keselamatan:

1. Memakai pakaian dan kasut ladang yang bersesuaian, sarung tangan dan topeng muka.

Catatan:

1. Ubat yang digunakan tidak melebihi tarikh luput.

2. Jangan melebihi dos yang telah ditetapkan.

3. Larutan footbath perlu ditukar mengikut arahan pada label larutan yang digunakan.

4. Demi menjaga kepentingan keselamatan dan kesihatan haiwan, pematuhan dan kawalan terhadap penternak luar, penjual daging dan orang awam perlu di kuatkuasakan.

9.0 HASIL Hasil utama peternakan adalah daging, susu, bulu dan kulit. Namun semua produk tersebut bergantung kepada ternakan yang dipelihara. Kebanyakkan produk yang dipasarkan adalah daging. Definisi daging adalah dari otot (muscle), bersama lemak dan tisu penyambung (connective tissues). Antara faktor yang menentukan kelembutan dan mutu daging ialah pengendalian ternakan sebelum disembelih. Pada amnya ternakan yang bakal disembelih mestilah diberi perhatian dan penjagaan yang sesuai. Fakta saintifik menunjukkan ternakan yang tidak dikendali dengan baik atau kejam akan menghasilkan karkas dan mutu daging bergred rendah. Kategori penyembelihan terbahagi kepada :

Jual hidup dan sembelih guna Borang Pelupusan (OPR/TPU/BR/UMUM/Pelupusan)

Jualan daging (bungkus) guna Borang Pelupusan (OPR/TPU/BR/UMUM/Pelupusan)

Page 27: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 27 drpd 32

Sumbangan kepada pihak tertentu guna Borang Pelupusan (OPR/TPU/BR/UMUM/Pelupusan)

Takai (daging) – atas sebab penyakit dan seumpamanya yang disarankan oleh Pegawai Veterinar selepas pemeriksaan karkas dijalankan, guna Borang Pelupusan (OPR/TPU/BR/UMUM/Pelupusan)

9.1 Rumah Sembelih

Penyembelihan dilakukan di rumah sembelih dan mempunyai kelengkapan yang sempurna. Rumah sembelih mestilah berasingan dari kandang ternakan dan mempunyai tempat atau ruang ternakan menunggu sementara disembelih, ruang sembelih, ruang melapah, ruang pemotongan daging, bekalan air, aliran bahan buangan dan bilik sejuk untuk penyimpanan hasil tuaian. Tujuan penuaian adalah untuk mendapatkan daging, tulang dan organ dalam. Faktor – faktor yang perlu diberi perhatian dalam proses penyembelihan :

Bekalan air yang banyak dan bersih

Tempat pembuangan sisa yang lengkap dan tidak mencemarkan

Peralatan dan perkakasan yang lengkap, tajam dan disimpan di tempat yang selamat

Kawalan serangga dan tikus untuk menjaga kebersihan

Bilik sejuk atau peti sejuk yang sempurna

Sistem kebersihan yang teratur

9.2 Definisi penyembelihan:

Penyembelihan adalah proses mematikan haiwan ternakan dengan cara tertentu untuk menghasilkan daging dan bahan – bahan makanan yang lain untuk kegunaan manusia. Manakala penuaian / sembelih mengikut kaedah secara Islam adalah proses di mana mesti diputuskan saluran darah (arteri dan vein), saluran pernafasan (trachea), saluran makanan (esophagus) dan urat saraf di leher dengan pisau tajam, cukup panjangnya, dengan tidak diangkat sehingga semua saluran tadi putus.

Page 28: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 28 drpd 32

9.3 Prinsip penyembelihan:

Ternakan hendaklah masih bernyawa atau diyakini masih hidup ketika penyembelihan dilakukan.

Ternakan direhat sebelum disembelih. Kurangkan stress dan tidak dibekalkan makanan dalam tempoh 24 jam tetapi pastikan bekalan air ada.

Pisau diasah cukup tajam, tidak retak atau sumbing

Ternakan perlu diikat erat supaya ia tidak dapat meronta semasa dituai atau disembelih. Ikatan mestilah tidak menyakitkan ternakan serta mudah dilepaskan setelah saluran pernafasan dan esophagus diputuskan

Ternakan dibaringkan di atas rusuk kirinya dengan lembut dan kepalanya diangkat sedikit

Mengadap arah kiblat

Membaca / menyebut nama Allah

Apabila ikatan pada ternakan dilepaskan, biarkan ternakan meronta tanpa sekatan. Ini akan membuat darah mengalir sebanyak yang mungkin dari ternakan yang dituai.

9.4 Pembuangan Kulit / Melapah

Merupakan proses memisahkan bahagian kepala, kaki, kulit dan ekor dari tubuh ternakan.

Setelah habis pendarahan, kepala, dan empat kaki diasingkan. Kulit dilapah dan diasingkan dari badan ternakan.

Elakkan menggunakan pisau yang hujungnya runcing apabila mengasingkan kulit dari badan ternakan. Ini untuk mengelak daripada daging dan kulit terhiris.

Elakkan daging tersentuh dengan bahagian kulit luar.

Pencemaran karkas berlaku melalui pisau melapah, tangan yang kotor, cangkuk, baju pekerja yang dicemari dengan darah dan kulit yang kotor.

Page 29: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 29 drpd 32

Pisau, cangkuk dan tangan hendaklah dibasuh dengan kerap setiap kali tersentuh kulit bagi menghindar pembiakan kuman dan mencemar karkas yang lain.

9.5 Evisceration / Pengeluaran organ dalaman

Dilakukan selepas pembuangan kulit.

Organ dalaman seperti organ - organ di rongga torasik (thorasic) dan rongga abdomen dikeluarkan dari karkas.

Organ-organ alat kelamin juga diasingkan.

Proses ini perlu dilakukan dengan teliti agar isi usus tidak ditembusi hingga mencemari karkas dan kawasan pelapahan.

9.6 Penyejuk – bekuan dan penyimpanan

Daging ternakan mudah tercemar oleh bakteria semasa penyembelihan dan proses melapah. Pencemaran berlaku dari bahagian kulit, usus dan persekitaran tempat penyembelihan. Selepas haiwan disembelih, suhu karkas lebih kurang 37°C. Untuk mengawal pertumbuhan bakteria serta mengekalkan mutu daging, suhu permukaan daging harus diturunkan. Daging yang disimpan pada suhu sejuk 0 °C akan rosak dalam tempoh 10 hari, bergantung pada keadaan awal pencemaran dan suhu penyimpanan. Daging beku boleh disimpan selama 6 – 12 bulan pada suhu – 10 ° C. Daging yang sudah dibungkus akan dihantar ke Pusat Jualan TPU untuk dijual. Suhu bilik sejuk di rumah sembelih di Seksyen Ternakan TPU

Page 30: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 30 drpd 32

dalam julat ( – 15 °C hingga 5 °C). Rekodkan hasil ke dalam Buku Log Pengeluaran Hasil (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Keluaran Hasil). Berikut adalah senarai Harga Rusa TPU.

KATEGORI JUALAN HARGA (RM) / KG

Hidup (umur < 5 tahun) RM 20.00/kg

Hidup (umur > 5 tahun) RM 18.00/kg

Rusa takai (daging) RM 20.00/kg

Rusa (Daging) RM 30.00/kg

10.00 WABAK PENYAKIT TERNAKAN Wabak Penyakit Ternakan bermaksud kejadian sesuatu tanda (gejala) seperti abortion, diarrhea, masalah pernafasan, gangguan saraf, kematian dan lain-lain dalam bilangan yang banyak. Bila gejala penyakit seperti di atas dilaporkan atau dikesan oleh staf ianya hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan TPU dan Fakulti Perubatan Veterinar UPM dalam masa 24 jam selepas menerima laporan dan melakukan penyiasatan awal. Penyakit – penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kerugian ekonomi atau perdagangan adalah penyakit Kuku dan Mulut dan Penyakit Hawar Berdarah manakala Penyakit Tuberkulosis adalah penyakit zoonotik. Penyakit Zoonotik adalah penyakit haiwan yang boleh menjangkiti manusia. Penyakit zoonotik boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan pada kulit yang luka, gigitan haiwan, udara dan makanan yang dicemari kuman dan gigitan vektor (nyamuk,kutu). Ada penyakit zoonotik bersifat subklinikal di mana haiwan dijangkiti tidak menunjukkan tanda klinikal tetapi berupaya untuk menghasilkan kuman (bakteria, virus) yang berpotensi untuk menjangkiti manusia. Berikut adalah penyakit yang perlu diberi perhatian untuk mengelak dari berlaku wabak di TPU; 10.1 PENYAKIT KUKU DAN MULUT (FOOT AND MOUTH DISEASE) PADA RUSA Penyakit Kuku dan Mulut atau lebih dikenali umum sebagai Foot and Mouth Disease (FMD) adalah penyakit yang berkepentingan ekonomi dan merebak dengan sangat pantas. Penyakit ini boleh menjangkiti semua ternakan ruminan seperti lembu, kerbau, kambing dan juga babi. Penyakit ini bukan zoonotik dan tidak berjangkit kepada manusia.

ETIOLOGI

Entero virus - Serotype O, A, C, SAT 1, SAT 2, SAT3, ASIA 1 CARA PENYEBARAN

Punca - susu, najis, air kencing, darah, air liur, cairan daripada vesikel

Udara, sentuhan

Makanan tercemar

Page 31: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 31 drpd 32

Pergerakan ternakan / manusia

Virus dalam daging yang belum dimasak KAWALAN

Pengharaman sembelih di kawasan terlibat

Sekatan pergerakan ternakan keluar/masuk kawasan terlibat

Membuat kuarantin

Vaksinasi

Kawasan di isytihar wabak

Disinfektan sesuai untuk membersih kandang, kenderaan, foot bath

Pergerakan kenderaan / manusia ke paras minimum DIAGNOSIS

Tanda-tanda klinikal dan latar belakang kes

Menghantar contoh darah, organ terlibat, susu ke makmal RAWATAN

TIADA

10.2 TUBERKULOSIS (TB) – PADA RUSA (PENYAKIT ZOONOTIK)

Penyakit kronik – ternakan anoreksia dan kurus

ETIOLOGI

Lembu - Mycobacterium bovis

Avian - Mycobacterium avium

Manusia - Mycobacterium tuberclosis CARA PENYEBARAN

Udara terutama ternakan yang diperlihara secara intensif

Makanan dan minuman tercemar oleh najis, air kencing, susu ternakan berpenyakit

Punca air yang tercemar TANDA KLINIKAL

Biasa berlaku ternakan berumur > 1 tahun (penyakit kronik)

Anoreksia, lemah dan kurus

Batuk perlahan dan basah (hacking cough)

Sesak nafas, kadar pernafasan bertambah

Cecair keluar dari hidung

Bengkak nodus limfa superficial terutama kelenjar suprammmary

Page 32: TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/TPU Kuatkuasa... · Tajuk Muka Surat ... 2.2 Rusa Sambar 3.0 Cara Pemilihan baka dan perolehan

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 01 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 32 drpd 32

DIAGNOSIS

Dari latar belakang kes dan tanda klinikal

Membuat nasal swab - bacteriology

Membuat Tuberclin/ TB test RAWATAN

Tidak dijalankan

Boleh dicuba dengan isoniazid atau antibiotik streptomycine KAWALAN

Lakukan TB test - singkir yang positif

Kebersihan tempat makan dan minum

Perumahan/kandang: kadar muatan yang betul, cukup ventilasi, kemasukan cahaya matahari yang mencukupi

Kurangkan stress

11.0 GLOSARI KARKAS – ternakan yang telah mati samada disembelih atau sebaliknya.

12.0 RUJUKAN

1. Deer Farming Guidelines On Practical Aspects. – Antoon de Vos (Rome) 1982) 2. Peternakan Rusa Timor. Teknologi Ternakan – Mardi Jilid 8 (1992) 3. Nota Kursus Penyembelihan Halal 2008 4. Penternakan Lembu Pedaging, Mohd Shukri Idris (2003), Mardi 5. Protokol-Protokol Kawalan Penyakit Haiwan Kebangsaan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan ,

Kementerian Pertanian Malaysia. 6. www.dvs.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=5abbf3aa.