teknik galung_full paper

15
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF HURUF KECIL a HINGGA z DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “GALUNG” Radna Wismawati bt Yahya Sawek [email protected] Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan Sarawak ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menulis abjad a hingga z bagi murid pemulihan. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Asajaya, Samarahan. Seramai enam (6) orang murid pemulihan dijadikan sebagai responden kajian. Sepanjang program intervensi dijalankan, pengkaji mendapati murid pemulihan sukar untuk menulis abjad a hingga z secara normal dengan berdasarkan teknik pengajaran secara traditional. Oleh itu, pengkaji telah memperkenalkan satu teknik baharu yang dikenali sebagai TEKNIK GALUNG dalam meningkatkan kemahiran menulis murid pemulihan. Terdapat tiga (3) tahap dalam pengaplikasian Teknik GALUNG, iaitu (i) tahap mudah yang melibatkan kemahiran melakar satu garisan; (ii) tahap sederhana yang melibatkan lakaran gabungan garis dengan garis dan lengkung dengan lengkung; (iii) tahap sukar dengan melakar gabungan garis dengan lengkung. Teori Gestalt diaplikasikan dengan padanan Teknik GALUNG dengan menggunakan prinsip kesamaan, prinsip simetri, dan prinsip terangkum. Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian, latihan penulisan, dan temu bual dalam proses pengumpulan data kajian. Data dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan dan analisis pola. Data disemak dengan menggunakan triangulasi masa dan triangulasi penyelidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa Teknik GALUNG dapat meningkatkan kemahiran menulis abjad a hingga z dalam kalangan murid pemulihan.

Upload: mohd-shadon

Post on 16-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teknik galung dlm pdp harian

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF HURUF KECIL a HINGGA z DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK GALUNG

Radna Wismawati bt Yahya Sawek

[email protected] Pengajian Melayu

IPG Kampus Tun Abdul Razak

Kota Samarahan

Sarawak

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menulis abjad a hingga z bagi murid pemulihan. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Asajaya, Samarahan. Seramai enam (6) orang murid pemulihan dijadikan sebagai responden kajian. Sepanjang program intervensi dijalankan, pengkaji mendapati murid pemulihan sukar untuk menulis abjad a hingga z secara normal dengan berdasarkan teknik pengajaran secara traditional. Oleh itu, pengkaji telah memperkenalkan satu teknik baharu yang dikenali sebagai TEKNIK GALUNG dalam meningkatkan kemahiran menulis murid pemulihan. Terdapat tiga (3) tahap dalam pengaplikasian Teknik GALUNG, iaitu (i) tahap mudah yang melibatkan kemahiran melakar satu garisan; (ii) tahap sederhana yang melibatkan lakaran gabungan garis dengan garis dan lengkung dengan lengkung; (iii) tahap sukar dengan melakar gabungan garis dengan lengkung. Teori Gestalt diaplikasikan dengan padanan Teknik GALUNG dengan menggunakan prinsip kesamaan, prinsip simetri, dan prinsip terangkum. Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian, latihan penulisan, dan temu bual dalam proses pengumpulan data kajian. Data dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan dan analisis pola. Data disemak dengan menggunakan triangulasi masa dan triangulasi penyelidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa Teknik GALUNG dapat meningkatkan kemahiran menulis abjad a hingga z dalam kalangan murid pemulihan. Kata Kunci: Kemahiran menulis, abjad a hingga z, Teknik GALUNG, garis, lengkung.

PengenalanKemahiran menulis sangat penting bukan sahaja kepada murid normal, malah ia juga penting kepada murid pemulihan. Bentuk asal atau corak penulisan amat dititikberatkan kepada murid pemulihan. Hal ini kerana semasa menulis, murid pemulihan sering kali mencampur adukkan antara penulisan huruf besar dan huruf kecil dalam satu perkataan. Bagi menguatkan ingatan murid pemulihan, mereka digalakkan untuk membuat hasil kerja dalam bentuk kumpulan. Kaedah ini akan memantapkan lagi proses kognitif mereka di samping membantu menguatkan daya fikiran mereka. Menurut Shahabuddin Hashim et. al. (2007), bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan diadakan supaya murid dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. Malah, Dr. Ismail Zain juga berpendapat bahawa belajar secara berkumpulan mampu mengurangkan rasa bosan malah boleh meningkatkan lagi daya ingatan. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan latih tubi juga adalah satu kaedah yang boleh menantapkan lagi bentuk dan corak penulisan murid pemulihan. Ini bertepatan dengan pandangan Kamaruddin Hj. Husin bahawa latih tubi merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya ialah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu menjamin kekekalannya. Mengikut model ASSURE oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996), guru perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Oleh itu, teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan dalam membantu kemahiran menulis murid pemulihan. Penyataan Masalah

i. Pengkaji mendapati responden tidak dapat menulis abjad a hingga z dengan baik. Kepelbagaian teknik dan alat bantu mengajar amat diperlukan bagi menangani sesuati masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bertepatan dengan pandangan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) semasa mengajar kerana saya percaya bahawa alat bantu mengajar dapat menarik perhatian murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat bantu mengajar (ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM atau media yang paling berkesan supaya objektif pengajaran tercapai.

(Syarifah Alwiah Alsagoff, 1984: 349 dalam Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Objektif Kajiani. Untuk meningkatkan kemahiran menulis abjad a hingga z dengan menggunakan Teknik GALUNG dalam kalangan murid pemulihan.

METODOLOGIReka Bentuk KajianKajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, latihan bertulis, dan sesi temu bual. Teori Gestalt

Gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang membawa maksud bentuk, pola atau susunan. Ahli gestalt tertumpu kepada kognitif yang mendedahkan bagaimana otak manusia bertindak pada persepsi yang diterima daripada deria penglihatan sebagai contoh: Apabila murid melihat bentuk abjad yang sukar dibentuk seperti f dan q, tetapi dengan menggunakan teknik galung ini murid tidak akan mempersepsi yang mereka sukar membentuk huruf tersebut kerana kesukaran pada abjad itu telah dipecah-pecahkan kepada bentuk asas yang menurut persepsi mereka mudah contohnya garisan dan gelung.

Terdapat enam hukum dari pembinaan teori ini. Hukum-hukum teori ini adalah seperti berikut:-

a. Hukum pragnanz

Hukum pragnanz bermaksud apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur. Oleh itu, individu akan cuba mengenakan aturan dalam bentuk yang mudah untuk ditafsirkan.

b. Hukum Persamaan (Similarity)

Hukum persamaan (similarity) bermaksud apabila individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan di dalam kumpulan yang samac. Hukum keintiman (Proximity)

Hukum keintiman (proximity) bermaksud pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsangan-rangsangan yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama.

d. Hukum Lengkap (Closure)

Hukum lengkap (Closure) bermaksud menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama.

e. Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation)

Hukum Kesinambungan positif (Good Continuation) bermaksud rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang sama tidak berubah sifatnya.

f. Hukum ciri-ciri bahagian (Membership Character).

Hukum ciri-ciri bahagian (Membership Character) bermaksud individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut.

Berdasarkan teori tersebut dapat kita lihat perkataan pola yang bolah dikaitkan dengan garis dan lengkung, bentuk pula terhasil daripada bentuk mudah seperti yang ditunjukkan dengan penggunaan garis dan lengkung dan susunan itu bermaksud bagaimana kita menggunakan konsep garis dan lengkung dalam membentuk satu bentuk abjad.Pensampelan

Seramai enam (6) orang murid pemulihan dijadikan sebagai responden kajian.

Instrumen Kajian

a. Latihan bertulis. Penganalisisan Data

Data dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan dan analisis pola. HASIL DAPATAN

Peringkat Mudah: melakar satu garis sahaja

Kesimpulan

Rujukan