teknologi konkrit(soalan + jwpn)

Upload: sweeties-craft

Post on 18-Jul-2015

1.740 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

SOALAN 1 SESI JAN 2006a) Berikan takrifan konkrit.(3m) Konkrit ialah bahan yang dihasilkan apabila simen,batu baur halus/pasir, batu baur kasar dan air digaul dan dicampur mengikut kadar campuran/nisbah yang tertentu dibiarkan mengeras supaya membentuk sesuatu anggota struktur. b) Proses penghidratan adalah penting bagi sesuatu bancuhan konkrit.Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan Penghidratan.(4m) Semasa bahan-bahan tersebut dicampur dan digaul, air dan simen bersatu melalui proses kimia yang dinamakan proses penghidratan (hydration) dan menghasilkan pasta simen. c) Terangkan dengan ielas LIMA sifat batu baur yang dikehendaki bagi menghasilkan konkrit yang berkualiti.(10m) i. Kekuatan batu baur dan ikatannya ii. Sifat-sifat fizikal seperti ketumpatan bandingan, ketumpatan gembur, keliangan, dan serapan kandungan lembapan, kembangan (bulking), soundness dan rintangan melawan serangan asid dan alkali. iii. iv. v. vi. Saiz zarah dan agihannya. Kekerasannya mestilah melebihi kekerasan simen. Tidak mengandungi bahan-bahan yang menghalang proses penghidratan dan merosakkan besi. Bentuknya mestilah hampir bulat dan permukaannya mestilah kasar untuk menghasilkan kekuatan yang kuat.

d) Senaraikan LIMA jenis simen dan huraikan salah satu daripadanya.(8m) a. Simen Portland Biasa b. Simen Portland Haba Rendah c. Simen Portland Penahan Sulfat d. Simen Portland Diubahsuai e. Simen Portland Relau Bagas

SOALAN 1 SESI JUL 2006 a) Berikan takrifan proses penghidratan.(3m) Semasa bahan-bahan tersebut dicampur dan digaul, air dan simen bersatu melalui proses kimia yang dinamakan proses penghidratan (hydration) dan menghasilkan pasta simen. b) Nyatakan TIGA ujian yang dilakukan terhadap baru baur dan tujuan ujikaji itu dilakukan.(9m) 1. Ujian hentaman 2. Ujian kehancuran/nilai pecah 3. Ujian pemeringkatan batu baur digunakan untuk mengasingkan dan mengelaskan batu baur halus dan batu baur kasar. c) Terangkan DUA sifat batu baur yang diperlukan untuk pembinaan.(6m) i. Tidak mengandungi bahan-bahan yang menghalang proses penghidratan dan merosakkan besi. ii. Bentuknya mestilah hampir bulat dan permukaannya mestilah kasar untuk menghasilkan kekuatan yang kuat. d) Nyatakan definisi pemudah adun dan berikan EMPAT jenis bahan tambah.(7m) Pemudah adun ialah Sejenis bahan yang bergerak cergas di permukaan (surface active agent) yang membantu simen menyebar dengan lebih berkesan lagi di dalam air. Empat jenis bahan penambah 1. Bahan tambah pencepat (accelerators) 2. Bahan tambah pelambat (retardes) 3. Bahan tambah perangkap udara (air entraining agent) 4. Bahan tambah penangkis air (water repelling agent)

SOALAN 1 SESI JAN 2007 a) Berikan takrifan konkrit.(3m) Konkrit ialah bahan yang dihasilkan apabila simen,batu baur halus/pasir, batu baur kasar dan air digaul dan dicampur mengikut kadar campuran/nisbah yang tertentu dibiarkan mengeras supaya membentuk sesuatu anggota struktur. b) Senaraikan EMPAT proses utama yang perlu ada dalam pengilangan simen Portland dan DUA kaedah pemprosesan simen.(6m) Terdapat empat (4) proses utama dalam pengilangan simen:i. ii. iii. iv. Menghancurkan bahan-bahan mentah supaya 95% akan lulus ayak No. 100. Menggaul bahan-bahan mentah mengikut kadar campuran yang sesuai. Memanaskan campuran menjadi paduan awal berupa batu kerikil. Mengisar batu hangus yang terhasil menjadi debu halus.

Simen boleh diproses melalui dua (2) kaedah:i) ii) Proses basah Proses kering

c) Ujian kelodak adalah salah satu ujian yang dijalankan bagi batu baur halus(pasir). Terangkan langkah-langkah yang sesuai bagi menjalankan ujian kelodak ini.(6m) Kaedah dan langkah-langkah aturcara adalah seperti berikut:1. Masukkan 50ml larutan garam ke dalam selinder penyukat.

2. Sedikit sampel pasir dimasukkan ke dalam selinder hingga paras air garam naik ke tanda 100ml. 3. Lebih banyak larutan garam ditambah untuk mencapai 150ml. 4. Selinder digoncang dengan kuat dan dibiarkan mendak selama 3 jam. 5. Tebal kelodak yang mendak direkodkan. 6. Pasir dianggap bersih jika kelodak tidak melebihi 8%.

d) Berikan TIGA kebaikan bahan tambah pengurang air dan senaraikan EMPAT jenis bahan tambah yang lain.(10m) Kebaikan bahan tambah pengurang air a. Apabila bahan ini disatukan ke dalam bancuhan konkrit, ia akan memberikan lapisan berliang rerambut dan liang seni dalam konkrit. b. Ia memberi cas elektrik dan dengan berkesannya menahan aliran cecair di dalam sistem lubang seni yang sedia ada. c. Bahan ini juga digunakan sebagai pembantu dalam mengurangkan pembersihan yang kerap pada bangunan. Empat jenis bahan tambah lain. i. ii. iii. iv. Bahan tambah pencepat (accelerators) Bahan tambah pelambat (retardes) Bahan tambah perangkap udara (air entraining agent) Bahan tambah pemudah adun (plasticizer)

SOALAN 1 SESI JUL 2007( soalan sama dengan sesi julai 2006) a) Berikan takrifan penghidratan.(3m) Semasa bahan-bahan tersebut dicampur dan digaul, air dan simen bersatu melalui proses kimia yang dinamakan proses penghidratan (hydration) dan menghasilkan pasta simen. b) Nyatakan TIGA ujian yang dilakukan terhadap batu baur dan tujuan ujikaji itu dilakukan.(9 m) i. Ujian hentaman ii. iii. Ujian kehancuran/nilai pecah Ujian pemeringkatan batu baur digunakan untuk mengasingkan dan mengelaskan batu baur halus dan batu baur kasar c) Terangkan DUA sifat batu baur yang diperlukan untuk pembinaan.(6 m) i. ii. Tidak mengandungi bahan-bahan yang menghalang proses penghidratan dan merosakkan besi. Bentuknya mestilah hampir bulat dan permukaannya mestilah kasar untuk menghasilkan kekuatan yang kuat.

d) Nyatakan definisi Pemudah adun dan berikan EMPAT jenis bahan tambah.(7 m) Pemudah adun ialah Sejenis bahan yang bergerak cergas di permukaan (surface active agent) yang membantu simen menyebar dengan lebih berkesan lagi di dalam air. Empat jenis bahan penambah 1. Bahan tambah pencepat (accelerators) 2. Bahan tambah pelambat (retardes) 3. Bahan tambah perangkap udara (air entraining agent) 4. Bahan tambah penangkis air (water repelling agent)

SOALAN 2 SESI JAN 2006 a) Didalam merekabentuk bancuhan konkrit,terdapat beberapa factor yang mempengaruhi taraf kerjanya. Terangkan EMPAT ciri-ciri penting yang perlu ada pada batu baur kasar.(6m) i. ii. iii. iv. Sifat fizikal seperti ketumpatan bandingan, keliangan dan rintangan melawan serangan asid dan alkali. Saiz zarah dan agihannya. Kekerasannya mestilah melebihi kekerasan simen. Tidak mengandungi bahan-bahan yang menghalang proses penghidratan dan merosakkan besi. Bentuknya mestilah hamper bulat dan permukaannya mestilah kasar untuk menghasilkan kekuatan yang kuat.

b) Di dalam melakukan ujian penurunan( slump test ), terdapat TIGA jenis penurunan yang mungkin berlaku.Nyatakan TIGA jenis penurunan dan sebab-sebab berlakunya runtuhan tersebut.(9m) i. Runtuhan Benar Runtuhan antara 4 . Bancuhan yang seragam dan mengikut spesifikasi. Runtuhan Ricih Konkrit kekurangan sifat kejelekitan. Runtuhan Roboh Konkrit terlalu basah dan tidak boleh digunakan untuk pembinaan

ii. iii.

c) Operasi membancuh,mengangkut, memampat dan memadat adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian didalam kerja-kerja konkrit. Terangkan LIMA langkah penempatan konkrit yang terbaik.(10m) 1. Konkrit mestilah ditempatkan dalam bentuk lapisan seragam 2. Konkrit boleh dijatuhkan dari jarak bebas tetapi pengasingan mesti dielakkan 3. Penempatan konkrit mestilah dibuat dengan secepat mungkin untuk mengelakkan ia daripada beku 4. Pastikan lapisan konkrit telah dimampatkan dengan sempurna sebelum kerjakerja lapisan seterusnya dibuat 5. Konkrit yang telah siap dibancuh mestilah ditempatkan sehampir kawasan kerja.

SOALAN 2 SESI JUL 2006 a) Terdapat beberapa kaedah untuk merekabentuk bancuhan konkrit. NyatakanT IGA jenis bancuhan konkrit dan huraikan dengan jelas Bancuhan Nominal.(10m) a. Bancuhan piawai (standard mix) b. Bancuhan rekabentuk (designed mix) c. Bancuhan nominal (nominal mix) Bancuhan nominal. Bancuhan ini disediakan berdasarkan bancuhan berkadarkan isipadu.Bancuhan nominal ini dinyatakan sebagai bancuhan yang ditetapkan adalah untuk mempunyai kekuatan minimanya sahaja.Konkrit yang dihasilkan mempunyai kekuatan yang minima sahaja, tetapi ering kurang dari yang ditetapkan dan akibat dari kandungan simen yang rendah, menyebabkan ia sering tidak tahan lasak.Bancuhan dengan kadar isipadu adalah sukar dikawal dan spesifikasi bancuhan nominal tidak begitu mengawal kandungan air.Penyediaan bahan dengan kadar berat bancuhan ini adalah digalakkan dan mesti mendapat ketetapan jurutera.

b) Beberapa ujian kebolehkerjaan konkrit dilakukan di dalam makmal seperti Ujian Keruntuhan, Ujian factor Mampatan dan Ujian Meter Konsisten vebe. Huraikan dengan bantuan gambarajah ujian Keruntuhan dan nyatakan TIGA jenis runtuhan yang ada.(15m) Ujian Keruntuhan/penurunan (slump test) Ujian penurunan ini adalah ujian yang praktikal bagi menyukat kebolehkerjaan/taraf kerja untuk semua jenis konkrit. Perubahan nilai penurunan yang didapati menunjukkan perubahan pada bahan, kandungan air atau pada kadar bancuhan. Dengan itu ia amat berguna bagi mengawal kualiti konkrit yang akan dihasilkan. Langkah-langkah Bagi Menjalankan Ujian. Radas yang digunakan bagi ujian ini adalah terdiri daripada cetak/frustrum berbentuk kon dengan 100mm (4) garispusat bahagian atas, 200mm (8) garispusat bahagian bawah dan 300mm (12) tingginya serta dipasangkan dengan dua pemegang pada bahagian sisi.

Aturcara ujikaji adalah seperti berikut : 1) Pastikan cetak kon sentisa bersih di dalamnya sebelum ujian dan diletakkan di atas alas yang keras dan rata serta kedap. 2) Konkrit dimasukkan ke dalam acuan sebanyak 4 lapisan. 3) Setiap lapisan dilakukan hentaman/rejaman (rodding) sebanyak 25 kali dengan rod keluli bergarispusat 5/8 4) Permukaan atas diratakan dengan rod pemampat atau sudip (trowel). 5) Kon diangkat tegak keluar dari konkrit secara perlahan dan konkrit akan runtuh. 6) Runtuhan akan diukur menggunakan pembaris. Runtuhan boleh berlaku dalam 3 keadaan iaitu runtuhan benar, ricih dan roboh.

SOALAN 2 SESI JAN 2007 a) Berikan definisi kebolehkerjaan dalam bancuhan konkrit.(3m) Kebolehkerjaan didefinisikan sebagai banyaknya kerja yang diperlukan untuk konkrit itu dituang dan dimampatkan tanpa berlakunya pengasingan atau kesenangan menuangnya ke dalam acuan. b) Carikan berat bahan yang diperlukan bagi bancuhan nominal berkadar l:3:6 berdasarkan 250kgsimen, di mana bancuhan akan di buat berdasarkan berat. (8m) Di beri ketumpatan bahan: Simen-1450kg/m3 Batu baur halus-1640kg/m3 Batu baur kasar-1440kg/m3 Nisbah air simen-0.55 (rujuk unit 3, m/s 7) Penyelesaian,,,, V = M/D M=VxD

a) Isipadu simen = 250 = 0.172 m 1450 b) Isipadu batu baur halus Berat batu baur halus c) Isipadu batu baur kasar Berat batu baur kasar Jika nisbah air simen = = = = = = = 0.172 x 3 (nisbah) 1640 x 0.516 0.172 x 6(nisbah) 1440 x1.032 0.55 = = = = : 0.516m 846.24 kg 1.032m 1486.08kg

0.55 x 250kg = 137.5 kg 137.5 liter.

c) Terdapat LAPAN ciri-ciri yang perlu diambil kira pada konkrit yang telah keras. Senaraikan cirri-ciri tersebut.(8m) 1. Kekuatan mampatan 2. Kekuatan tegangan 3. Kekuatan lasakan 4. Kebolehtelapan 5. Rintangan kepada serangan kimia 6. Perubahan bentuk 7. Pengecutan 8. Rayapan d) Berikan definisi penjujuhan dan bagaimana ia berlaku.(6m) Penjujuhan ialah suatu bentuk pengasingan dimana sejumlah air di dalam campuran naik ke permukaan konkrit yang baru dituang. Ini adalah disebabkan ketidaupayaan bahan-bahan pepejal dalam campuran untuk memegang air bila ia termendap ke bawah.Kesan yang timbul daripada berlakunya penjujuhan ialah bahagian atas tiap-tiap unit struktur akan menjadi basah dan lembap mengakibatkan bahagian tersebut menjadi lemah.Jika air yang naik ini mengandungi zarah-zarah simen halus yang banyak, suatu lapisan laitance akan terbentuk.Lapisan laitance ini adalah lemah dan berliang. Oleh itu ia perlu diberus dan dibasuh supaya ikatan yang bagus dapat dihasilkan.

SOALAN 2 SESI JULAI 2007

a) Apakah yang dimaksudkan dengan taraf kerja.(2m) Kebolehkerjaan/taraf kerja didefinisikan sebagai banyaknya kerja yang diperlukan untuk konkrit itu dituang dan dimampatkan tanpa berlakunya pengasingan atau kesenangan menuangnya ke dalam acuan. b) Nyatakan TIGA jenis ujian taraf kerja yang sering dilakukan di makmal dan terangkan dengan jelas kaedah Ujian Penurunan.(13m) 1. Ujian Keruntuhan (slump test) 2. Ujian Faktor Mampatan 3. Ujian Meter Konsisten Vebe Langkah kerja ujian penurunan Radas yang digunakan bagi ujian ini adalah terdiri daripada cetak/frustrum berbentuk kon dengan 100mm (4) garispusat bahagian atas, 200mm (8) garispusat bahagian bawah dan 300mm (12) tingginya serta dipasangkan dengan dua pemegang pada bahagian sisi. Aturcara ujikaji adalah seperti berikut : 7) Pastikan cetak kon sentisa bersih di dalamnya sebelum ujian dan diletakkan di atas alas yang keras dan rata serta kedap. 8) Konkrit dimasukkan ke dalam acuan sebanyak 4 lapisan. 9) Setiap lapisan dilakukan hentaman/rejaman (rodding) sebanyak 25 kali dengan rod keluli bergarispusat 5/8 10) Permukaan atas diratakan dengan rod pemampat atau sudip (trowel). 11) Kon diangkat tegak keluar dari konkrit secara perlahan dan konkrit akan runtuh. 12) Runtuhan akan diukur menggunakan pembaris. 13) Runtuhan boleh berlaku dalam 3 keadaan iaitu runtuhan benar, ricih dan roboh.

c) Berikan definisi penjujuhan dan nyatakan DUA faktor yang menyebabkan penjujuhan. (6m) Penjujuhan ialah suatu bentuk pengasingan dimana sejumlah air di dalam campuran naik ke permukaan konkrit yang baru dituang. 2 faktor..... I. disebabkan ketidaupayaan bahan-bahan pepejal dalam campuran untuk memegang air bila ia termendap ke bawah II.

d) Nyatakan EMPAT sifat-sifat konkrit mengeras.(4m) 1. Kekuatan mampatan 2. Kekuatan tegangan 3. Kekuatan lasakan 4. Kebolehtelapan

SOALAN 3 SESI JAN 2006 a) Berikan takrifan Pengawetan Konkrit dan berikan DUA kaedah pengawetan dilakukan di tapak bina.(7m) Tindakan mencegah kehilangan air dari konkrit dinamakan pengawetan konkrit. DUA kaedah pengawetan i. ii. Pengawetan menggunakan limpahan air (ponding). Pengawetan dengan pengekalan lembapan seperti menggunakan guni basah, pasir dan habuk kayu. b) Nyatakan LIMA tujuan pemadatan konkrit dan nyatakan DUA kaedah pemadatan konkrit.(14m) LIMA tujuan 1. supaya konkrit mampat dan tiada lompangan 2. 3. 4. 5. DUA kaedah I. Rejaman dengan sebatang rod besi II. Penggunaan alat getar (vibrator).

c) Berikan DUA kaedah menyukat di tapak bina.(4m) I. II. Kaedah isipadu Kaedah berat

SOALAN 3 SESI JULAI 2006 a) i. Terangkan LIMA langkah penempatan konkrit yang terbaik.(8m) 1. Konkrit mestilah ditempatkan dalam bentuk lapisan seragam 2. Konkrit boleh dijatuhkan dari jarak bebas tetapi pengasingan mesti dielakkan 3. Penempatan konkrit mestilah dibuat dengan secepat mungkin untuk mengelakkan ia daripada beku 4. Pastikan lapisan konkrit telah dimampatkan dengan sempurna sebelum kerja-kerja lapisan seterusnya dibuat 5. Konkrit yang telah siap dibancuh mestilah ditempatkan sehampir kawasan kerja. ii. Nyatakan DUA tanda yang menunjukkan pemadatan telah dijalankan dengansempurna.(2m) 1. Paras konkrit akan menurun apabila kerja pemadatan dilakukan 2. iii. Satu lapisan nipis mortar akan dapat dilihat di atas permukaan konkrit.

Namakan 4 kaedah pengawetan konkrit ditapak bina.(5m) 1. Pengawetan menggunakan limpahan air (ponding). 1. Pengawetan dengan pengekalan lembapan seperti menggunakan guni basah, pasir dan habuk kayu. 2. Pengawetan menggunakan bahan kimia seperti kompound silika. 3. Pengawetan menggunakan wap air (stim).

b)

Konkrit siap campur ialah yang dibancuh di loji dan bukannya ditapak bina. i. Terangkan DUA kebaikan konkrit siap campur.(2m) 1. Sesuai digunakan dikawasan yang kecil, seperti pembinaan jalanraya. 2. Tidak memerlukan kawasan bagi membancuh konkrit ii. Terangkan DUA keburukan konkrit siap campur.(2m) 1. Masa yang terhad iaitu mesti dihantar dalam masa 40 minit. 2. Kuantiti yang boleh dibawa adalah terhad dengan menggunakan Agitator/truck mixer.

iii.

Nyatakan DUA jenis konkrit siap campur beserta huraian.(6m) 1. Loji Pengelompokan Kering Simen dan batu baur ditimbang dan dicurah terus ke dalam trak penggaul (truck mixer). Air akan dimasukkan ke campuran di loji. Campuran konkrit dibuat di dalam drum trak penggaul dengan menggunakan 80-100 pusingan drum bagi 8-10 minit masa penggaulan untuk menjamin campuran konkrit yang dihasilkan adalah seragam 2. Loji Penggaul Pusat Simen, batu baur dan air digaul di dalam penggaul sebelum dimasukkan ke dalam trak penggaul. Semasa pemindahan, drum trak penggaul berputar perlahan-lahan pada kadar 1 atau 2 putaran per minit untuk membalik-balikkan konkrit.

SOALAN 3 SESI JAN 2007 a) Nyatakan EMPAT langkah penempatan konkrit yang baik.(8m) 1. Konkrit mestilah ditempatkan dalam bentuk lapisan seragam 2. Konkrit boleh dijatuhkan dari jarak bebas tetapi pengasingan mesti dielakkan 3. Penempatan konkrit mestilah dibuat dengan secepat mungkin untuk mengelakkan ia daripada beku 4. Pastikan lapisan konkrit telah dimampatkan dengan sempurna sebelum kerjakerja lapisan seterusnya dibuat b) Nyatakan ENAM jenis pengangkutan untuk konkrit yang telah siap digaul bagi tujuan penempatan.(6m) 1. Kereta sorong 2. Pelongsor (chute) 3. Pam (pipe) 4. Kren c) i. Terangkan mengapa proses pemadatan harus dijalankan dan nyatakan alat yang diperlukan untuk melakukan proses tersebut.(7m) Setelah ditempatkan , konkrit hendaklah dimampatkan dengan cara Rejaman atau getaran. Ini perlu supaya konkrit mampat dan tiada lompangan . 1. Alat getar dalam (internal vibrator) 2. Alat getar luar (external vibrator) 3. Alat getar pentas ( platform ) ii. Nyatakan SATU kebaikan dan SATU keburukan penggunaan alat pemadat tersebut.(4m) (x djumpai jwpn)

SOALAN 3 SESI JULAI 2007 a) Berikan DUA kaedah penyukatan bahan di tapak bina.(3m) 1. Kaedah berat 2. Kaedah isipadu b) Nyatakan TIGA kaedah yang digunakan untuk membancuh konkrit serta terangkan dengan ringkas.(10m) (rujuk unit 4,m/s 12) Konkrit perlulah digaul dengan menggunakan mesin pencampur (mixer) kecualilah jika kerja tersebut terlalu sedikit. i. Jenis T- Gelendong condong Menggunakan drum untuk tujuan pencampuran bahan- bahan konkrit. Apabila selesai digaulkan konkrit akan dikeluarkan dan dicondongkan/ jongkit. Pencampur berbentuk kon, memusing pada satu hala dan semasa pencampuran drum di condongkan pada sudut 45 hingga 60. ii. Jenis NT- Gelendong tak condong Mesin campur berbentuk selinder dan hampir sama seperti mesin gelendong condong semasa menuang dipusingkan ke arah berlawanan. Selinder berpusing dalam keadaan tegak, apabila mengeluarkan konkrit bahagian bawahnya akan dibuka. iii. Jenis P pencampur panic

c) Berikan EMPAT kaedah pengangkutan konkrit di tapak bina.(6m) 1. Kereta sorong 2. Pelongsor (chute) 3. Pam (pipe) 4. Kren d) Nyatakan langkah keselamatan yang perlu dilakukan semasa kerja penuangan dan penempatan konkrit dilakukan.(6m) i. Sebaik-baiknya, konkrit yang telah siap dibancuh, mestilah ditempatkan sehampir yang mungkin dengan tapak pembinaan. ii. Konkrit boleh dijatuhkan dari jarak bebas, tetapi pengasingan (segregation) perlu dielakkan daripada berlaku. iii. Penempatan konkrit perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan konkrit daripada mengeras.

iv.

Elakkan dari terjadinya cold joint. Seelok-eloknya kerja dijalankan mengikut perancangan yang telah sedi ada.

v.

Elakkan bar tetulang daripada berganjak semasa kerja penuangan konkrit dilakukan.

vi.

Awasi kerja-kerja penuangan dan pastikan kemudahan ada disediakan.

SOALAN 4 SESI JAN 2006 a) Apakah yang dimaksudkan dengan konkrit bertetulang.(4m) Konkrit bertetulang ialah suatu pembentukan hasil gabungan dari sifat-sifat yang berbeza pada konkrit dan keluli. Gabungan ini dapat menghasilkan satu kekuatan untuk menahan daya mampatan dan tegangan. b) Terangkan dengan jelas sifat-sifat konkrit bertetulang dari segi kekuatan mampatan, kekuatan tegangan dan kekuatan ricih.(15m) rujuk unit 5/3c) Nyatakan cirri-ciri kotak bentuk untuk pembinaan.(6m) i. Kotak bentuk hendaklah kuat untuk menahan dari berlakunya pesongan semasa penempatan konkrit basah dilakukan. ii. iii. iv. Mesti kuat untuk menampung beban kerja (working load) Mestilah dibina dengan tepat tanpa melebihi had-had yang ditetapkan. Semua sambungan hendaklah ketat untuk mengelakkan kehilangan mortar dari konkrit basah. v. Saiz panel dan unit hendaklah mudah untuk dikelolakan dan rekabentuk hendaklah mengambilkira kaedah penegakan dan juga pembukaan.

SOALAN 4 SESI JULAI 2006 a) Berikan takrif konkrit bertetulang.(2m) Konkrit bertetulang ialah suatu pembentukan hasil gabungan dari sifat-sifat yang berbeza pada konkrit dan keluli. Gabungan ini dapat menghasilkan satu kekuatan untuk menahan daya mampatan dan tegangan. b) Jelaskan perbandingan antara keluli dan konkrit dari segi : i. Kekuatan tegangan. ii. Kekuatan mampatan. iii. Kekuatan ricihan. iv. Kekuatan lasakan. v. Kekuatan kebakaran (10m) Sifat 1. Kekuatan tegangan Konkrit Lemah Keluli Baik Baik (keluli langsing akan membengkok dan 2. Kekuatan mampatan Baik Mengembur) 3. Kekuatan ricihan 4. Ketahanan lasak Sederhana Baik Baik Berkarat jika tidak dilindungi Lemah (mengalami kehilangan kekuatan dengan cepat pada suhu yang tinggi)

5. Rintangan kebakaran

Baik

c)

Namakan LIMA ahli skuktur konkrit bertetulang.(5m) balak, tiang, tembok dinding, papak dan cerucuk.

d) Jelaskan dengan bantuan lakaran bagaimana keluli membantu menghadapi tegangan tegasan.(8m) -rujuk unit 5,m/s 12-

SOALAN 4 SESI JAN 2007 a) Jarak antara tetulang di dalam ahli struktur adalah penting. Berdasarkan Cp 110,berikan jarak mengufuk dan jarak pugak bagi bar keluli sebuah rasuk jika saiz maksimum batu baur ialah 15mm: i. Bar individu. ii. Bar berpasangan. iii. Bar berkumpulan. (9markah)

b)

Berikan DUA sebab mengapa jarak antara bar tetulang sangat dititikberatkan dalam pembinaan konkrit bertetulang.(4m)

c)

Berikan EMPAT ciri yang mernpengaruhi ketahanan konkrit.(6m) Keadaan pendedahannya. Mutu konkrit Tebal penutup (concrete cover) Lebar permukaan keretakan

d) Kirakan panjang keseluruhan bagi bar keluli tetulang berikut :i. Bar cangkuk tegasan tinggi Garis pusat bar: 12mm Dimensi A:750mm ii. Bar cangkuk keluli lembut Garis pusat bar: 8 mm Dimensi A: l200mm

(6markah)

SOALAN 4 SESI JULAI 2007 a) Berikan definisi konkrit bertetulang.(3m) Konkrit bertetulang ialah suatu pembentukan hasil gabungan dari sifat-sifat yang berbeza pada konkrit dan keluli. Gabungan ini dapat menghasilkan satu kekuatan untuk menahan daya mampatan dan tegangan. b) Berikan DUA tujuan mengadakan penutup konkrit.(4m) Mengadakan penutup konkrit adalah untuk bertujuan menghalang ejen pengaratan dari merosakkan tetulang, melindungi tetulang dari mengalami kenaikan suhu yang cepat serta menghilangkan kekuatannya semasa kebakaran. c) Berikan EMPAT ciri yang mempengaruhi ketahanan konkrit.(8m) Keadaan pendedahannya. Mutu konkrit Tebal penutup (concrete cover) Lebar permukaan keretakan

d)

Huraikan maksud penunjuk 8Yl2-250.(4m)

e)

Semasa pemeriksaan tulang ditapak, beberapa syarat perlu dipatuhi. Apakah syaratsyarat tetulang yang boleh digunakan untuk kerja pembinaan konkrit bertetulang.(6m) Semua tetulang hendaklah bebas dan bersih dari karat, minyak, gris, cat atau lapisan-lapisan keluli yang lain sebelum ia diletakkan dalam konkrit. Tetulang yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan penentuan piawaian British yang terbaharu untuk rekabentuk struktur. Tetulang tidak boleh dipanaskan atau dibakar. Semua tetulang yang cacat seperti bengkok, cengkok, retak dan lain, jika ianya perlu dibaiki hendaklah dibuat di dalam keadaan sejuk.