teknologi konkrit

Upload: barnads-yusri

Post on 07-Apr-2018

317 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    1/14

    LANTAI

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    2/14

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    3/14

    LANTAI BAWAH PADU

    LANTAI GANTUNG

    LANTAI KAYU TINGKAT ATAS

    PAPAN LANTAI

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    4/14

    JENIS-JENIS KEMASAN LANTAI Berdasarkan kepada ciri-ciri yang di kehendaki, banyak jenis

    kemasan lantai boleh digunakan daam pembinaantempatan, antaranya ialah:

    Lepa simen

    Kemasan lepa simen Portland biasa ataupun simenberwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasanlantai yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunanperusahaan dan rumah-rumah kediaman kos rendah. Jenis

    kemasan ini boleh di buat secara monolitric iaitu dibuatsekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupunsebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannyadilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelumsimen mengeras.

    Jalur kayu Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada di

    pakukan pada beloti kayu yang ditanam di dalam lapisankokrit ataupun pada gelegar lantai kayu. Papan jalurhendaklah bertanggam lidah dan lurah ataupunbertanggam lekap.

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    5/14

    Parket

    Kemasan parket di buat dengan kepingan kayu beroti. Kayu ini dilekatkan pada kertas selebar 300mm x 300 mm supaya senangdilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu.Permukaan parket perlu di asah dengan mesin canai sehingga rata

    dan licin. Permukaan parket yang licin dan bersih boleh dikemaskandengan sempang, lekar atau lili. Jenis kayu yang biasa digunakanuntuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan kempas.

    Jubin

    Banyak jenis jubin boleh di dapati daripada pasaran tempatan

    untuk berbagai-bagai kegunaan. Jubin-jubin ini di perbuat daripadatanah liat, pasir dan bahan-bahan tambahan melalui prosespembakaran. Ia adalah kalis air serta mempunyai sifat-sifat yangtertentu untuk kegunaan khas, contohnya ialah jubin rintangangelincir, jubintahan lasak dan sebagainya. Jubin ini dihasilkan dalambeberapa saiz dan warna secara homogen ataupun bergris padapermukaannya sahaja.

    Batu Marmar

    Kepingan batu marmar yang berupa papak sekata ataupun papaktak sebentuk di lekatkan di dasar konkrit dengan menggunakanadunan simen. Permukaan lantai perlu di asah dengan mesin canaimenggunakan batu asah gred kasar (No 24) keg red halus (No 350)

    sehingga rata dan licin, kemudian di kemaskan dengan lilin.

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    6/14

    Mozek Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses

    pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan berbagai-bagairekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas. Pembinaannya di lakukan denganmenggunakan adunan simen untuk melekatkan mozek di dasar konkrit. Di celah-celahsambungan di antara mozek-mozek ini di isi dengan bancuhan simen dan pasir halus.

    Terazo Terazo di perbuat daripada serpihan batu marmar yang kecil, di bancuh dengan simen dan

    mukanya di asah sehingga licin dan berkilat. Terazo di gunakan sebagai kemasan lantaiataupun tembok. Lantai terazo boleh di buat dengan cara tuang-di- tempat ataupuntuang dahulu.

    Dalam pembinaan lantai terazo, nisbah bancuhan batu-batu marmar dan simen adalahbergantung kepada saiz batu marmar:

    Saiz batu marmar sehingga 10mmbancuhan 1:2Saiz batu marmar sehingga 12mmbancuhan 1:3

    Bancuhan air tidak melebihi 25liter bagi satu beg simen untuk menentukan nisbah air simendalam linkungan 0.50 dan penurunannya 25mm. Seperti bancuhan konkrit yang lain,bancuhan terazo ini hendaklah digunakan dalam jangka masa setengah jam selepas airdibancuhkan.

    Lantai terazo biasanya digunakan untuk bilik tamu, bilik tidur, bilik pejabat dan sebagainya,

    tetapi kurang sesuai untuk bilik air, dapur dan tempat-tempat yang lembab sebab mukaterazo menjadi gelincir jika terkena air dan mudah di serang asid atau alkali. Selain lantai-lantai tersebut, kemasan lantai yang lain seperti tikar getah, (linoneum), genting vinil danpermaidani juga di gunakan untuk lantai bilik tidur, bilik pejabat dan sebagainya.

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    7/14

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    8/14

    LANTAI BAWAH PADU

    Lapisan asasterdiri daripada batu kelikir, bata pecah yang dimampatkan. Berfungsimengurangkan kenaikan air yang akan melembabkan lapisan tapak konkrit. Tebal lapisanasas berubah daripada 100mm300mm. bahan yang digunakan mestilah bersih daripadasampah.

    Lapisan pasir ditaburkan di atas lapisan asas supaya mendapatkan permukaan yang ratadan mampat untuk menerima lapisan konkrit.

    Lapisan tapak konkrit terdiri daripada bancuhan konkrit 1:3:6 atau 1:2:4 ditempatkan diataslapisan pasir. Lapisan ini merupakan dasar lantai bawah padu untuk menerima sebarangkemasan yang akan dibuat dipermukaannya. Tebalnya sekitar 100mm hingga 150mmbergantung kepada jenis tanah dan beban yang akan ditanggung. Tetulang daripada besi

    jejaring atau bar keluli boleh digabungkan dalam pembinaan lantai konkrit ini jika diperlukan.

    Lapisan kalis lembab berfungsi mencegah kenaikan air ke permukaan lantai. Biasanyalapisan ini disertakan dalam lapisan tapak konkrit. Lapisan tapak konkrit setebal 75mm sebagai

    lapisan pertama. Setelah lapisan itu betul-betul kering, minyak bitumen atau tar yang telahdimasak dicurahkan keatasnya sebagai lapisan kalis lembab. Tunggu sampai lapisan bitumenini mengeras, barulah dicurahkan lapisan konkrit kedua setebal 75mm.

    Sambungan pengembangansalah satu kaedah untuk mencegah keretakan berlaku padapermukaan lantai yang disebabkan pengembangan akibat perubahan cuaca. Caramengadakan sambungan ini boleh dibuat dengan membina lantai secara berpetakpetakmeninggalkan sambungan setebal 12mm diisikan dengan mastik atau getah. Kadang kalakepingan kayu, logam, atau plastik juga boleh digunakan untuk membuat sambungan ini.

    Jarak diantara sambungan ini antara 4.5mm hingga 7.5mm.

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    9/14

    LANTAI GANTUNG

    Merupakan satu sistem pembinaan lantai untuk menjauhi kelembapan.Lantai ini biasanya dibina daripada kayu. Pembinaannya dilakukan denganmendirikan tembok landas diatas tapak konkrit untuk menyokong gelegar

    lantai kayu.

    Tembok landas ini hendaklah dibina secara berlubang-lubang supaya aliranpenggantian udara dibawah lantai ini boleh berlaku melalui bata berliangyang ditempatkan pada tembok tepi.

    Perbuatan ini bertujuan mencegah reput kering berlaku pada kayu tutup

    tiang, gelegar dan ppan lantai.

    Tutup tiang terdiri daripada kayu 100mm x 75mm dipasakkan diatas temboklandas untuk menyokong gelegar.

    Papan jalur, papan lapis, papan serpihan atau bahanbahan lain bolehdigunakn sebagai papan lantai.

    Permukaan lantai boleh dikemaskan dengan lilin, sampang, lekar ataupundilapikkan dengan tikar getah, genting vinil, ambal dan lainlain lagi.

    Bahanbahan yang keras seperti jubin, mozek, dan terazo tidak sesuaidigunakan.

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    10/14

    LANTAI KAYU TINGKAT ATAS

    Gelegar lantai terdiri daripada kayu 50mm x 125mm. Dalamnya gelegar bergantung padajarak rentang lantai. Ia berfungsi menyokong papan lantai.

    Gelegar lintang saiz kayu gelegar lintang adalah sama dengan saiz kayu gelegar lantai

    yang dipasangkan selari dengan tembok yang menyokong gelegar lantai dan tersangkutpada gelegar sangkut. Gelegar lintang ini digunakan apabila sesuatu bukaan seperti tangga,cerobong, dan sebagainya diperlukan dalam lantai.

    Gelegar sangkut gelegar tambahan yang digunakan untuk menyangkut gelegar lintang.

    Gelegar sambut gelegar pendek yang dipasangkan diantara gelegar lintang dengangalang atau tembok dalam.

    Papan lantai papan yang dipasangkan diatas gelegar lantai.

    Kambi beroti yang dipasangkan disisi tembok di atas papan lantai berfungsi menutup danmengemas hujung papan lantai.

    Tutup tiang batang kayu(saiz biasa ialah 100mm x 75mm)yang dipasangkan diatas tembokataupun disangkut pada tembok untuk menyokong segala gelegar lantai.

    Topang tulang belut pemasangan kayu secara tulang belut diantara dua gelegar dengantujuan mengukuhkan gelegargelegar lantai.

    Topang pejal pemasangan kayu secara lurus antara gelegar bertujuan mengukuhkangelegargelegar lantai.

    Dalam pembinaan lantai kayu, gelegar lantai hendaklah disusun merentang jarak yang rapatdi antara tembok luar dengan tembok dalam.

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    11/14

    Gelegar kayu sehingga 4.2 meter boleh digunakan secara ekonomikal.

    Apabila jarak rentang yang melebihi 4.2 meter pembinaannya adalah lebihmurah jika menggunakan galang keluli atau rasuk konkrit bertetulang.

    Jarak diantara gelegar lantai berbeza-beza biasanya dari 375mm hingga450mm, ukuran diambil dari tetengahnya.

    Gelegar lantai disokong oleh tutup tiang yang ditempatkan di atas tiang,tembok, sesangga(korbel) ataupun penyangkut gelegar.

    Untuk mengukuhkan gelegar lantai ini, kayu tupang perlu dipasangkan

    diantara gelegar dengan cara melintang berbentuk tulang belut ataupunsecara pejal.

    Apabila membina tangga, cerobong dan sebagainya perlu diadakanbeberapa gelegar tambahan. Gelegar lintang biasanya dipasangkanberkembar dan disangkutkan pada gelegar sangkut menggunakantanggam puting dan gading (tusk tenon joint).

    Gelegar sangkut merupakan gelegar lantai tambahan khas untukmenyangkut gelegar lintang. Saiz kayu gelegar sangkut adalah samadengan saiz gelegar lantai.

    Satu hujung gelegar sambut dipasangkan pada gelegar lintang dengansalah satu tanggam berikut: tanggam bajang berparit, tanggam berparitlitup, atau tanggam berparit serong. Hujung yang lain disokong oleh tutuptiang.

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    12/14

    CARA MEMASANG PAPAN LANTAI

    Papan lantai terdiri daripada jalur kayu, papan lapis ataupun papan serpihandipasangkan di atas gelegar dengan paku. Pemasangan papan lantai jalurhendaklah dilakukan dengan rapat sebelum dipaku pada gelegar lantai.

    Kaedah untuk merapatkan papan-papan jalur yang berkesan ialah denganmenggunakan pengapit lantai. Papan jalur yang pertama dipaku padagelegar lantai secara melintang berdekatan dengan muka tembok.

    Beberapa keping papan jalur disusunkan diatas gelegar selari dengankepingan yang pertama. Dua buah pengapit lantai ditempatkan pada

    gelegar lebih kurang 600mm dari hujung papan.

    Satu keping kayu buangan dilapikkan diantara pengapit dengan tepi papanjalur untuk mengelakkan kerosakan berlaku pada tepi papan lantai akibatmengapit. Pengapit itu kemudiannya dipasakkan dan diputarkan sehinggasemua papan jalur berkeadaan rapat.

    Papan-papan jalur itu dipaku pada gelegar dengan paku kepala bulatsepanjang dua setengah kali tebal papan jalur sebelum pengapit dilepaskan.Kaedah ini dilanjutkan bagi papan jalur yang seterusnya.

    Apabila pengapit lantai tidak ada, papan jalur boleh diapitkan denganmenggunakan baji. Pemasangan bagi beberapa keping papan lantai yangakhir sekali berdekatan tembok menimbulkan masalah kerana tiada ruang

    untuk mengapit secara biasa.

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    13/14

    Kaedah untuk mengatasi masalah ini ialah menyusun papan-papan dan diratakan dengan menekan sekeping papanyang diletakkan melintangi papan-papan jalur.

    Papan-papan lantai hendaklah dipaku pada tiap-tiapgelegar sama ada tegak ataupun secara serong. Apabilamemaku secara tegak, setiap keping papan hendaklahdipaku dengan dua batang paku pada tiap-tiap gelegaryang dilintangi.

    Paku hendaklah dipaku pada tiap-tiap gelegar lebih kurang25mm dari sisi papan dan kepala paku ini dibenamkandengan pembenam dan tukul besi.

    Bagi papan jalur yang bertanggam lidah dan lurah,pemasangannya kadangkala dilakukan dengan memekuserong untuk menghasilkan kemasan yang lebih elok.

  • 8/4/2019 TEKNOLOGI KONKRIT

    14/14