teknologi pendidikan model assure

21
PENGENALAN Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajaran mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapatmenambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jikakomputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandanganHeinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknikpengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yangperlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralataninput seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unitpemprosesan pusat (CPU). Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan computer ini ada hubung kaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam

Upload: madeenah

Post on 03-Jul-2015

800 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknologi Pendidikan Model Assure

PENGENALAN

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia

sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana

ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajaran mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran

yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapatmenambah minat pelajar mempelajari

sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jikakomputer dapat digunakan secara sistematik dan

berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini

selaras dengan pandanganHeinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat

memperkayakan teknikpengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin

memproses maklumat yangperlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan

menerusi peralataninput seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad

grafik dan unitpemprosesan pusat (CPU).

Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan

pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan

pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik.

Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24jam tanpa berhenti

dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan computer ini ada hubung kaitnya

dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan

negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat

yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu

contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan

bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan

komunikasi.Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan

teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan

dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi

dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan

masyarakat (Nik Azis,1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif

Page 2: Teknologi Pendidikan Model Assure

untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan

menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada

kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan,

kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi

ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia ke arah

negara maju dan makmur (MDC, 2000).

Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah

memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan

pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat

malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan

paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara

khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar

melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia. Pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran,

memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah

dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan

masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar.

Definisi Teknologi

Mengikut Galbraith (1967) ‘technology is the systematic application of scientific or other

organised knowledge to practical tasks’. Systematic application bermaksud teknik yang digunakan 

harus ada kerangka reka bentuk untukmenghasilkan satu ‘total system’ pengajaran-pembelajaran.

Application of scientific knowledgebermaksud teknik harus menggunakan idea (teori) yangtelah

diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian.Kerangka atau templat yang

dihasilkan melalui ujian perlu distruktur supaya gurudapat mengggunakan pola instruksional

berulang kali.Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molendadan

Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:

• Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-laincabang ilmu untuk

menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian

Page 3: Teknologi Pendidikan Model Assure

kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan

dan teruji.

• Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian  hasil  dari  proses-

proses  teknologi  itu  sendiri.  Contohnya,projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil

teknologi.

 

Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler

(1968, 1990) iaitu teknologi bukan berertipenggunaan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik

penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk

kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks

menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif

pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru

mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya

objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu

guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin

disampaikan jelas dan tepat.

Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai

objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru

perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses

pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model

reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.

Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka

bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik.

Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan

panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunakan media. Model ini berfokus

Page 4: Teknologi Pendidikan Model Assure

kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Model ASSURE bermaksud memastikan

pembelajaran berlaku. Dalam model

MODEL ASSURE

Model ASSURE adalah berfokuskan kepada inisiatif instruktor menggunakan media dan

teknologi di dalam kelas. Model ini menyediakan rangkai kerja yang sentiasa berubah dalam

persekitaran pengajaran dan pembelajaran . Model ini juga boleh digunakan dalam menyediakan

rancangan pengajaran serta untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran. Model

ASSURE dibangunkan oleh Heinrich dan Molenda (2000). Model rekabentuk instruksi yang

berteraskan kelas. Model ini boleh digandingkan dengan Sembilan Peringkat Pembelajaran Gagne.

Model ini sesuai bagi persekitaran konstruktivis di mana pelajar diperlukan untuk berinteraksi aktif

dengan persekitaran.

Terdapat enam fasa di dalam model ini iaitu;

Analyse Learners

State Objectives

Select instructional methods, media and materials

Utilize media and materials

Require learner participation

Evaluate and revise

Analyse Learners

Kenalpasti dan analisa pelajar yang akan terlibat di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Beberapa perkara yang perlu diketahui antaranya ialah;

a. Cirri-ciri am: Gred, umur, bangsa, jantina, masalah mental, fizikal, emosional atau sosial

yang hadir, tahap sosioekonomi dan lain-lain.

b. Kebolehan spesipik : Pengetahuan sedia ada, kemahiran dan sikap.

c. Gaya pembelajaran: Mengapa pelajar mengikuti kelas tersebut.

Page 5: Teknologi Pendidikan Model Assure

State Objectives

Objektif adalah hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Objektif mestilah jelas dan

spesifik serta boleh diukur. Kejelasan penting untuk mewujudkan learner expectations disamping

menentukan criteria media dan teknologi yang akan digunakan. Objektif boleh dibina oleh

instructor ataupun diadaptasi daripada sunber sokongan,

Panduan bagi menyediakan objektif pembelajaran:

a. Audience (pelajar)

b. Behaviour to demonstrate ( perlakuan yang sepatutnya ditunjukkan selepas pembelajaran

dilalui )

c. Conditions ( keadaan yang diperlukan untuk menunjukkan perlakuan tersebut )

d. Degree of proticiency or accuracy ( sejauh mana pelajar menguasai kemahiran )

Contoh: Pelajar Tahun 4 (Audience ) dapat menamakan 5 (Degree) haiwan karnivor (Behaviours)

daripada senarai binatang yang diberikan (conditions)

Select Media, Materials And Methods

Selepas membuat penilaian daripada segi kemahiran, kesediaan dan gaya pembelajaran

pelajar dan setelah objektif dirangka, barulah pemilihan media yang sesuai dengan pembelajaran

tersebut dilakukan.

Langkah pertama ialah kenalpasti lokasi pengajaran dan pembelajaran

Langkah kedua ialah kenalpasti lokasi instructor

Pemilihan media yang sesuai akan menolong mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar.

Beberapa soalan yang boleh diambil kira ketika membuat pemilihan media, bahan dan cara

penyampaian.

a. Berpandukan objektif, apakah metodologi yang sesuai bagi penyampaian maklumat?

b. Bolehkah ianya dijalankan secara kendiri atau perlukan arahan tambahan?

c. Perlukah ianya diselesaikan di dalam kelas?

Page 6: Teknologi Pendidikan Model Assure

d. Apakah jenis media yang diperlukan?

e. Adakah pelajar mempunyai akses terhadap media tersebut?

f. Bolehkah instruktor menggunakan media sedia ada?

g. Perlukah instruktor membuat modifikasi terhadap media sedia ada tersebut?

h. Perlukah instruktor membentuk media sendiri?

Utilize Media And Materials

Selepas pemilihan dibuat, media dan bahan tersebut mestilah digunakan. Sebelum

menggunakan media tersebut, hendaklah dibuat previu dahulu untuk memastikan bahawa semuanya

akan berjalan dengan lancar. Jalankan kajian rintis bagi memastikan kesesuaian media dan bahan

tersebut . Di samping itu, membuat perubahan dan pembaikan jika perlu.

Heinich (2002) , mencadangkan prinsip 5P di dalam fasa itu:

1. Preview ( sebelum menggunakan bahan tersebut )

2. Prepare the materials ( mengikut urutan tertentu )

3. Prepose the environment

4. Prepare the learners

5. Previde the learning experience

Pastikan instruktor mempunyai pelan sokongan sekiranya terdapat masalah dari segi penggunaan

media serta bahan.

Require Learner Participation

Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan yang aktif akan meningkatkan pencapaian

pelajar di samping membuka lebih ruang untuk kejayaan serta kepuasan pelajar. Asas bagi

pembelajaran konstruktivis adalah pelajar menimba ilmu pengetahuan melalui interaksi aktif

dengan persekitaran pembelajaran mereka/. Penglibatan termasuklah perbincangan, pembelajaran

kumpulan-kumpulan kecil, dyads, ujian serta penilaian. Instruktor seharusnya menyediakan peluang

yang cukup kepada pelajar untuk memanipulasikan serta berinteraksi dengan seoptimumnya di

Page 7: Teknologi Pendidikan Model Assure

dalam persekitaran pembelajaran tersebut. Instruktor juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti

lanjutan selepas pembelajaran dijalankan.

Evaluate And Revise

Di dalam fasa terakhir ini , adalah penting bagi instruktor untuk membuat penilaian ke atas

keberkesanan instruksi. Penilaian yang dibuat berkemungkinan akan menunjukkan pelajar tidak

mencapai matlamat pembelajaran yang sepatutnya. Penilaian boleh dilakukan di dalam beberapa

bentuk iaitu tidak formal atau formal seperti melalui perbincangan, temubual, servei. Data yang

didapati daripada penilaian tersebut dapat membantu di dalam langkah penambahbaikan atau

modifikasi yang akan dilakukan.

Beberapa soalan yang boleh diambil kira di dalam membuat penilaian:

a. Adakah kemahiran/konsep dapat dipersembahkan?

b. Adakah pelajar mencapai objektif yang ditentukan?

c. Apakah sikap pelajar terhadap persekitaran tersebut?

d. Adakah bahan dan sumber berkesan?

e. Adakah bahan dan sumber tersebut membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran?

f. Adakah pelajar telah menunjukkan perubahan?

g. Adakah penilaian mengukur apa yang diajar?

h. Adakah penilaian yang dijalankan adil?

i. Adakah perlu lebih banyak latihan dan maklumbalas?

Jika matlamat pembelajaran tidak dapat dicapai, cuba untuk mengenalpasti

puncanya. Apabila pencapaian tidak memuaskan, fikirkan kebarangkalian bahawa masalah

dan kelemahan datangnya dari kursus atau kandungan yang tidak dirancang dengan baik

dan bukannya dari kelemahan pelajar. Seseorang instruktor itu bukanlah instruktor yang

tidak berkesan jika pengajaran dan pembelajaran tidak berjaya tetapi seorang instruktor

tersebut adalah tidak berkesan jika beliau tidak membuar refleksi serta penambahbaikan ke

atas pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

Page 8: Teknologi Pendidikan Model Assure

AAnalyze learners

- Ciri-ciri umum

- Kebolehan awal

- Gaya pembelajaran

S State Objectives

- Matlamat pembelajaran

- Syarat pencapaian

- Tahap pencapaian minimum

S Select media, methods, and materials

- Pemilihan sumber sedia ada

- Modifikasi sumber sedia ada

- Membina sumber baru

U Utilise

- Membuat previu

- Menyediakan persekitaran

- Menyediakan peluang pembelajaran

R Requre Learner Participation

- Aktiviti di dalam kelas dan selepas

pengajaran dan pembelajaran

dijalankan supaya pelajar dapat

memproses pengetahuan tersebut.

E Evaluate And Revise

- Sebelum, semasa dan selepas instruksi

- Penilaianke atas pelajar dan medium

Page 9: Teknologi Pendidikan Model Assure

RANCANGAN MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup

Tahun : 4 Bestari

Bilangan murid : 20 orang

Tarikh : 12 April 2011

Hari : Selasa

Masa : 9.15 – 10.15 am

Bidang : Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)

Unit : 1.2 Kreativiti dan Reka Bentuk

Tajuk Pembelajaran : b. Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian Produksi.

i. Kajian bentuk luaran produk

ii. Memasang model berpandukan manual

iii. Membuka dan memasang produk untuk menguji komponan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

a. Mengenalpasi komponan-komponan (nama bahagian).

b. Mengenalpasti fungsi komponan.

c. Membuka dan memasang produk.

Page 10: Teknologi Pendidikan Model Assure

Langkah /

masaIsi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran catatan

Set induksi

( 5 minit )Lampu Suluh

1. Guru menggunakan lampu suluh dan

bertanya soalan;

i. Pernahkah kamu menggunakan lampu

suluh?

ii. Bilakah lampu suluh digunakan?

iii. Guru memberi teka-teki kepada murid-

murid untuk meneka benda di dalam

perisian;

Teka-teki

Ciri-ciri yang menjadi tumpuan;

a) bentuknya panjang

b) mempunyai cermin

c) digunakan dalam keadaan yang gelap

2. Guru menjunjung lampu suluh yang

sebenar

3. Guru bertanya soalan dan meminta murid

memberi pandangan.

4. Guru mengaitkan lampu suluh itu dengan

skop pelajaran

Langkah 1

(8 minit)

Perisian ‘membuka’

- Mengenal pasti

komponen yang

terdapat pada lampu

suluh

Seperti berikut:-

a. Penutup

b. Spring

c. Suis

d. Pemegang mentol

1. guru meminta murid membuka

perisian ‘lampu suluh’

2. murid meneliti perisian tersebut

3. guru meminta murid mnamakan

komponen-komponen yang terdapat

pada slide gambar lampu suluh

4. guru memberi jawapan dan

penerangan yang selanjutnya dan

menggunakan perisian ‘lampu suluh’

5. guru meminta murid mengikut

Page 11: Teknologi Pendidikan Model Assure

e. Pembalik cahaya

f. Cermin

g. Badan

h. Bateri

i. mentol

arahannya untuk melihat bahagian

komponen lampu suluh & meminta

semua murid membacakan setiap

komponen di dalam perisian.

Langkah 2

(5 minit)

Mengenal pasti fungsi

bahagian lampu suluh

Komponen dan fungsi:

- penutup = untuk

menutup bateri

- spring = menetapkan

kedudukan bateri

- suis = menyambung

dan meneruskan litar

- pembalik cahaya =

mencerahkan cahaya

pembalikan

- cermin = melindungi

mentol dan bahagian

permukaan cahaya

- badan – rangka

utama lampu suluh

- bateri = sumber

tenaga elektrik

- mentol =

mengeluarkan

cahaya

1. Guru menerangkan fungsi lampu

suluh sambil menunjukkan

komponen tersebut melalui

komputer

2. Murid diminta melihatnya dari

dalam perisian/komputer masing-

masing

Langkah 3

(25 minit)

Membuka dan memasang

bahagian lampu suluh.

Cara-cara:

1. Tanggalkan

Sebelum memulakan aktiviti:

- Guru menerangkan keselamatan yang

perlu diberi perhatian semasa melakukan

aktiviti

Page 12: Teknologi Pendidikan Model Assure

penutup dan

keluarkan spring

dan badan

2. Longgarkan

kepala dan

keluarkan

pembalik cahaya

3. Ceraikan cermin

daripada kepala

dan mentol

daripada

pemegang mentol.

4. Memasang

semula mengikut

urutan

- Murid dibahagikan kepada 7 kumpulan

dan setiap kumpulan terdiri daripada 2

orang ahli

- Setiap kumpulan diberi sebatang lampu

suluh berdasarkan kepada langkah-

langkah yang dipaparkan melalui

computer

- Murid membaca dan meneliti slide yang

dipaparkan di komputer.

Semasa memulakan aktiviti

- Murid melakukan aktiviti membuka

lampu suluh berdasarkan slide pada

computer

- Ahli-ahli dalam kumpulan digalakkan

bekerjasama dalam melakukan aktiviti

ini.

- Guru mengawasi kerja-kerja murid serta

bergerak dari tempat ke tempat untuk

memberi bimbingan kepada murid yang

memerlukan bantuan

- Murid diminta memasang semula lampu

suluh

Keselamatan/perhatian

- Berhati-hati semasa menanggalkan dan

membuka mentol, cermin dan pembalik

cahaya bagi mengelakkan komponen

daripada pecah

Langkah 4

(10 minit)

Aktiviti = Latihan

Pengukuhan

Bahagian-bahagian objek

1. Guru memberi latihan (lembaran

kerja) menggunakan laman web

secara online

2. Murid diminta membuka laman web

Page 13: Teknologi Pendidikan Model Assure

1. Mentol

2. Bateri

3. Suis

4. Spring

5. Pembalik cahaya

lembaran kerja kemahiran hidup

seperti;

http://www.silangkata.htm/

lembarankerja2

http://www.padankan.thm/

lembarankerja1

Penutup

(7 minit)Aktiviti = Soal jawab

1. Guru meminta beberapa orang murid

membuat rumusan tentang apa yang

dipelajari pada hari ini.

KESIMPULAN:

Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti

dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara

optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 14: Teknologi Pendidikan Model Assure

BIBLIOGRAFI

Anglin, G. J. (1995). Instructional technology: Past, present, and future. Englewood:

Colorado: Libraries Unlimited.

Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. KL: Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Finn, J. D. (1960). Technology and the instructional process, Audiovisual Communication Review,

8(1), 9-10.

Kemp, J. E., & Smelline, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional

technologies (7th ed.). New York: Harper Collins.

Norasiah Bt. Abdullah. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong,

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

KL: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Roblyer, M. D. (2003). Integrating educational technology into teaching (3rd ed.). Upper Saddle

River, N. J.: Merril Prentice Hall.

Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. KL: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Page 15: Teknologi Pendidikan Model Assure

Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, Colorado:

Libraries Unlimited

Seels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field,

Washington DC; AECT.

Page 16: Teknologi Pendidikan Model Assure

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 1-2

Definisi Teknologi 2-3

Penggunaan Modal Pengajaran 3-4

Modal ASSURE 4-8

Rancangan Mengajar Kemahiran Hidup 9-13

Kesimpulan 13

Bibliografi 14-15