teks riwayat kelantan (2)
TRANSCRIPT
LAMPIRAN A
TEKS RIWAYAT KELANTAN
Kilatan atau Riwayat Kelantan, menceritakan kisah raja-raja yang awal, pemerintahnya, salsilah keturunan, asal usul bandar yang ternama dan sedikit daripada daerah-daerah dan mukim-mukim di dalam Kelantan.
Bahagian Yang Pertama
Kelantan pada zaman lapan ratus tahun (800 tahun) dahulu disebut orang
“Negeri Serendah Sekebun Bunga” yang diperintahkan oleh seorang raja
perempuan, “Seri Maharaja Puteri” atau Che Siti Jarum Begiling1 tetapi nam itu
tiada disebutkan masa itu, ialah kemudian sedikit.
Di dalam Kitab Geografi Semenanjung Negeri Kelantan2 pengarangnya
menguatkan berpegang3 telah jadi sebuah negeri di dalam kurun yang ke
sepuluh lebih kurang. Kerana pada tahun hijrah 577 bersamaan tahun Masihi
1187, ada nama Kelantan iaitu didapati suatu perbelanjaan emas yang dipanggil
orang “dinar’ bertulis dengan huruf Arab Al Julus Kelantan 577 dan di
sebelahnya “almutawakil”. Kami percaya bahawa tarikh yang didapati daripada
dinar itu kemudian/daripada kerajaan Serendah Sekebun Bunga, kerana pada
masa Seri Maharaja Puteri menjadi raja, barangkali belumlah lagi ahli negeri ini
beragama Islam. Kami nampak dinar yang tersebut zahirnya kemudian daripada
ghaib Puteri Saadung4, raja perempuan yang kedua (pemerintah Kelantan)
kerana juga kami dapati kemudian daripada ghaib raja perempuan yang kedua
1
itu seorang syeikh daripada Patani5 datang mengislamkan orang-orang Kelantan.
Maka pada masa itulah agaknya diperbuat dinar yang tersebut. Maka bolehlah
kita berpegang bahawa kejadian negeri Serendah Sekebun Bunga pada kurun
yang ke sembilan.
Kami terasa dukacita mendahulukan huraian pemerintahan Seri Maharaja
Puteri itu dengan tidak ketahui asal usulnya. Oleh itu, eloklah diceritakan dari
awal hingga menjadi raja dan mengetahui kejadian raja-raja yang kemudian
daripadanya. Mudah-mudahan jelas tuan pembaca yang dikasihi.
Pada zaman dahulu dua orang miskin laki isteri (Awang Selamat dan Mak
Sang Kelembai6). Pekerjaannya berhuma di dalam suatu hutan cerang besar
(cerang yang bertentangan dengan Kuala Lebir7 (lebih). Masa itu Kuala Lebir ini
Kuala Kelantan dan pondoknya diperbuat di tepi pantai. Pada tiap-tiap hari
keluar keduanya menebas dan menebang hingga hampirlah kepada seperdu
buluh. Oleh sebab pada hari itu panas terik (terlampau keras)/berhentilah
keduanya di bawah pohon buluh itu. Sedang tidak berapa lama terdengarlah
suatu suara kanak-kanak menangis tersedu-sedu. Maka terkejutlah keduanya
dan berfikir barangkali suara syaitan. Akan tetapi apabila diperhatikan pada
tempat bunyi itu didapati sebenarnya suara itu kanak-kanak. Maka
menerkamlah keduanya ke hilir dan ke hulu mencari di mana tempat yang
berbunyi itu, tiada juga didapati. Lalu berkelilinglah pula keduanya di perlu buluh
itu, tiba-tiba terpandanglah sebatang daripada buluh itu pada ruasan yang lain
2
seolah-olah, “bunting”. Oleh sebab itu tersangat ajaib akan kedatangan suara
kanak-kanak itu di dalam buluh. Pada hal mustahil benar jika seorang kanak-
kanak ada di dalamnya. Sedang ia di dalam berfikir sebegitu bertambah bunyi
suara tangisannya dengan amat merdu.
Maka dengan tidak berfikir panjang, teruslah ia memanjat lalu dipotongnya
dengan suatu golok yang besar yang teramat masyhur sedia bila-bila masa
sahaja ada di tangannya. Dan apakala dibelah (dipecahkan) buluh itu sahaja,
zahirlah seorang kanak-kanak perempuan yang cantik. Demi dilihat oleh
isterinya (Mak Sang Kelembai), lalulah diambil dan ditimang-timang. Tak
dapatlah hendak diceritakan tentang kesukaan di antara keduanya seperti
mendapat gunung permatalah rasanya. Dan tidaklah keduanya lama di situ lagi
lalu kembali ke pondoknya. Dibela dan dipelihara tak ubah anaknya sendiri.
Di dalam memeliharanya, besarlah kanak-kanak itu dengan rupa yang
tiada tolok/bandingnya pada zaman itu. Hingga tiadalah bercerai kedua-duanya
dengan anak peliharaan, sehari pun tidaklah berhuma lagi asyik dengan
bergurau senda dengan tidak pula dibenarkan keluar daripada pondoknya
kerana hampir sangat dengan kuala. Siapa tahu kalau-kalau terlihat oleh orang
yang lalu lalang yang singgah di situ.
[ Kami tersangat dukacita hendak mempercayakan keturunan Che Siti
bagaimana yang dihuraikan di atas kerana tak dapat dalil-dalilnya. Cumalah
3
kepercayaan orang tua-tua sahaja berpegang kuat begitu hingga sekarang.
Tetapi kepercayaan yang semacam itu zaman ini tidak harus dipercayakan
dengan tiada dalil-dalil yang boleh kita berpegang. Kami cuba juga menghalusi
bertanya orang tua-tua takut-takut ada lagi riwayat-riwayat yang terlebih elok
daripada itu tetapi masing-masing tak dapat menerangkan, hingga terayun-
terayunlah kami beberapa lama yang tiada harapan lagi riwayat yang lebih
penting daripada ini, tiba-tiba berjumpalah dengan seorang tua serta
meriwayatkan kepada kami, yang ia diriwayatkan pula oleh seorang Hindi ].
Pada masa kerajaan Hindi di tanah India tersangat-sangat luas
pemerintahnya yang telah memeluk agama Islam. Hampir-hampirlah seluruh
India tertakluk kepadanya. Maka mana-mana negeri yang enggan dan ingkar
daripada beragama Islam dibunuh dan dihasyat8 (dilebur) hingga setengah
daripada putera-putera bumi negeri yang di perenggan-perenggan India dan
China lari membawa diri ke Tanah Semenanjung. Yang tiada tetap setengah ke
sana, setengah ke sini, bertaburan dan berumah tangga di tepi-tepi sungai dan
lautan Semenanjung.
Maka di dalam kumpulan-kumpulan putera bumi Asia yang datang itulah
barangkali Che Siti dan pengasuh-pengasuhnya jatuh ke Tanjung Lebir9, Kuala
Kelantan dan duduklah ia di situ berbuat pondok, dengan lama-kelamaan
berkenal-kenalanlah dengan orang liar yang di hulu Kelantan. Barangkali
dengan lidahnya yang lemah lembut, setengah daripada Pangan itu di bawah
4
perintahnya. Kerana orang-orang liar yang menduduki tanah Kelantan masa itu
ia beriktikad yang Che Siti dan pengasuhnya itu mulia lebih dan tinggi bangsa
daripadanya. Tambahan pula belum pernah dilihat orang yang sempurna itu.
Maka dengan sebab itu dengan mudahlah Che Siti memerintahnya. Maka
nampaklah bahawa Che Siti an pengasuhnya itu datangnya dari tanah besar
(Asia), tidak daripada buluh yang sangat mustahil itu. Sebab pun yang boleh kita
mempercayai begitu kerana kita dapati daripada Kitab Ilmu Alam Melayu
karangan Tuan R.O Winstedt, begini:
“Bahawasanya perihal orang Melayu asli dan asal usulnya yang terang tiadalah
kita perolehi. Akan tetapi jika diperhatikan tentang perusahaan mereka itu, atas
pekerjaan itu pada membuat kampung huma dan bertukang besi. Maka bolehlah
dikatakan segala pekerjaan itu telah didapati oleh mereka dari sedia kala.
Kerana perkataan menyebut “padi” dan “besi” itu hak daripada bahasa Melayu
jati. Maka nampaknya akan bahasa Melayu / jati itu serumpunlah dengan
bahasa orang Cham (Cham)10 yang mendiami negeri Annam. Dan dengan
bahasa orang Pegu (Pegu) yang berkedudukan dalam Burma (Burma).
Tambahan lagi dengan bahasa orang Khassi (Khassi) yang bersaki-baki dalam
jajahan Assam (Assam). Demikian juga bahasa orang Manda (Munda), terletak
jajahan Chotar Nagpor (Chotar Nagpor) di dalam Hindustan (Hindustan). Maka
oleh beberapa saksi dan bandingan itu telah tetaplah rasanya yang asal
keturunan orang-orang Melayu itu dari darah negeri Indo China (Indo China),
5
iaitu dari benua yang di perantaraan negeri Hindustan dengan negeri China (lihat
muka 27, kitab itu).
Teranglah sudah di hati kita bahawa karangan Tuan R.O. Winstedt itu
sebenar, kerana dalil-dalil yang terang. Kalau begitu riwayat orang tua itu,
bolehlah dikatakan benar juga (bagaimana fikiran pemuda-pemuda Kelantan,
adakah begitu atau tidak? P.).
Adapun Kuala Lebir itu ialah awal-awal Kuala Kelantan tempat
persinggahan sekalian perahu yang kekurangan air atau kayu. Maka pada suatu
hari berlabuhlah sebuah perahu (jong) kerana kekurangan air atau kayu. Maka
turunlah malimnya berserta kelasi-kelasi dengan sebuah sampan ke darat.
Apabila sampai ke tepi pantai terpandanglah ia akan orang-orang Pangan
(Sakai) berpuak-puak. Pada halnya mustahil ada ia di tepi pantai laut. Maka
berjalanlah merata-rata pantai itu tiba-tiba terjumpalah suatu pondok. Dengan
tidak disangka-sangka terpandanglah malim itu akan anak miskin. Nah
apa/hendak dikatakan lagi menyemburlah darah asyiknya. Maklumlah budak
perempuan sedang remaja. Lalu terus malim masuk ke pondok itu berjumpa
dengan tuannya. Maka didapati pondok itu diduduki oleh dua miskin laki isteri
dan sedikit daripada sakai-sakai. Lalu bertanya malim, “Ayuhai bapakku,
berkhabarlah. Anak siapa yang di dalam pondok bapak itu?”. Miskin, “Anak
bapa. Dari kecil bapa pelihara. Yang dikurniakan oleh Tuhan dengan tiada
bersusah lelah”. (Bagaimana miskin atau pengasuh mengaku anaknya?. Ya
6
baiklah kami terangkan sedikit. Sebab pun tidak dizahirkan rahsia-rahsia
kedatangan dari tanah Asia kerana barangkali takut dengan huraiannya menjadi
gempar dan sampai ke pendengaran Raja Hindi, akhirnya tidak tetap
kedudukannya. P)
Apabila didengar oleh malim huraian itu, teraslah hairan kerana mustahil
sekali miskin itu mempunyai seorang anak perempuan yang cantik seumpama
itu pada halnya kedua miskin itu tersangat-sangat buruk rupanya. Sungguhpun
di fikirnya begitu, akan tetapi tidaklah berulang tanyanya lagi lalu bermohon
pulang naik sampan berdayung ke jongnya (perahunya) memberitahu nakhoda
dan dikhabarkan apa yang telah dilihat dengan mata kepalanya.
Demi didengar oleh nakhoda huraian itu lautan asyiknya seraya berkata,
nakhoda “Di manakah pondok itu? Malim, “Pondok itu hampir benar dengan
kuala, di atas pantai di tepi cerang yang di hadapan kita ini”. / Jika demikian
turunlah sampan, kita pergi melihat”, lalu berdayung menuju kuala. Apabila
sampai ke darat, menujulah nakhoda dan sekalian ke pondok Miskin. Apabila
sampai lalu memberi selamat dan duduk seraya berkenal-kenalan. Maka
berkatalah Miskin:
Miskin, “Banyaklah bapa terima kasih akan kesudian tuan mencemarkan kaki ke
pondok bapa yang buruk ini”. Demi didengar oleh nakhoda perkataan miskin itu
tidaklah ia melepaskan peluang menjawabnya.
7
Nakhoda, “Kedatangan anak ini ialah kerana kekurangan air. Oleh sebab kuala
ini tersangat elok dan permai, singgahlah anak. Tiba-tiba berjumlah11 pondok
bapa. Maka patutlah anak masuk dan berkenal-kenalan”.
Apabila habis percakapannya, dilayangkanlah matanya ke dalam pondok.
Tiba-tiba terpandanglah akan anak miskin itu dan percayalah ia akan khabaran
yang dibawa oleh malimnya. Maka pada masa itu melayanglah rohnya. Jika
tidak kerana malu rasa-rasa hendak disambutnya tetapi apa boleh buat,
khalayak yang ramai terpaksalah ia menahankan asyik seraya bermohon
kembali naik ke sampan berdayung ke perahunya dan mesyuaratlah dengan
malim dan anak-anak perahunya (kelasi) bertanya fikiran masing-masing. Maka
kesemua anak perahunya bersatu suara tidak hendak kembali lagi / suka dan
redha tinggal menjadi hamba anak Miskin. Lalu dijawab oleh nakhoda,
“Janganlah begitu. Baiklah kita kembali dahulu ke negeri kerana bukannya kita
kesemua tiada mempunyai anak isteri. Apabila hati tuan-tuan suka begitu kita
balik dahulu dan bawa anak isteri berumah tangga di sini”. Maka bersetujulah
sekaliannya bagaimana fikiran nakhoda itu lalu dibongkar sauh, diangkat layar
menuju negerinya.
Tidaklah kami panjangkan huraian pelayarannya. Apabila sampai ke
negerinya dibawanyalah anak isterinya berumah tangga berhampiran pondok
sakai hingga ramai. Begitulah dari setahun ke setahun makin bertambah.
Maklumlah sahaja, perahu yang berhenti di situ tidak kembali lagi. Bolehlah
8
dikatakan beribu-ribu manusia, terang-benderang cerang hutan itu hingga
menjadi sebuah negeri.
Pada suatu hari bermesyuaratlah sekalian nakhoda dan lainnya mencari
jalan menyelamatkan orang-orang yang begitu banyak dengan tiada mempunyai
raja. Pada halnya di negeri yang lain masing-masing mempunyai raja.
Takdirnya jika datang musuh alangkah susahnya kerana tiada berkepala
(pemerintah). Tiba-tiba berdirilah seorang daripada nakhoda seraya berkata:
“Adapun sekalian kita yang ada di sini martabat dan bangsa adalah terkurang
(pada masa itu dipandang martabat dan bangsa, zaman sekarang dipandang
ilmu, budi dan bahasa. P). Tiadalah patut seorang daripada kita dipilih /
dijadikan raja memerintah sekalian kerana saya halusi tiap-tiap pemerintah itu
akalnya tajam berserta bijaksana. Maka nampaklah di pandangan saya yang
patut dan munasabah, anak Miskin itulah yang elok dilantik. Apa fikiran tuan-
tuan?”.
Lalu disahut oleh nakhoda dan sekaliannya yang hadir masa itu, “Elok dan
bersetuju”. Apabila di dengar sahutan persetujuan itu, lalu masing-masing pun
memulailah membangunkan kota12, parit, balai, istana. Tidak berapa lama
mustaiblah. Pada hari dan ketika yang baik mulailah bekerja. Apabila genap
harinya, penuh sesaklah balai istana melihat hari ketabalan13.
9
Adapun nakhoda yang awal itulah yang sangat-sangat berusaha dan ialah
yang memegang pedang kerajaan di sebelah kanan dan malimnya di sebelah kiri
memegang keris. Sebentar lagi berdirilah nakhoda seraya berkata, “Daulat
Tuanku”. Dan menderulah bunyi sahutan sekalian rakyat negeri dan ditambah
lagi, “Ketahuilah olehmu sekalian laki-laki dan perempuan. Pada hari ini dan
waktu ini, janganlah siapa-siapa panggil lagi puteri anak sakai. Ialah dinamakan,
“Seri Maharaja Puteri”, raja pertama yang memerintah negeri ini”. Maka
menyahutlah sekalian, “Daulat tuanku Seri Maharaja Puteri”.
Apabila senyap suara sahutan itu, bertitahlah Seri Maharaja Puteri,
“ketahuilah kiranya14 hei sekalian isi negeriku. Bahawa pada hari ini aku lantik /
dan aku gelarkan nakhoda ini menteri besarku kerana akalnya terlampau cerdik
dan malim panglima darat dan laut. Begitu juga bapaku Awang Selamat
Setandang Desa dan ibunya Mak Sekelambai15. Kemudian daripada itu
memerintahlah Seri Maharaja Puteri dengan adil dan murah.
Di sinilah agaknya yang disebutkan di dalam Kitab Ilmu Alam Melayu
karangan Tuan R.O. Winstedt, Kelantan di takluk oleh Palembang, demikian:
“Pada tahun Masihi 1250, adalah seorang China namanya Chau Pu Kua16 telah
mengarangkan suatu kisah darihal perniagaan orang China. Tersebut di
dalamnya, adapun negeri Palembang17 pada zaman itu sebuah kerajaan yang
besar, akan negeri-negeri Langka suka, Terengganu, Pahang dan Kelantan
10
sekaliannya tertakluk kepadanya. Sebahagian lagi tersebut pula di dalam babad
Jawa yang bernama Negara Kartagama18. Negeri Kelantan itu tertakluk ke
Majapahit19 hingga terdahulu daripada tahun Masihi 1855, tarikh babad itu (lihat
muka 182 kitab itu) (Boleh juga kita percaya yang Kelantan tertakluk kepadanya
kerana ada juga dalil-dalilnya).
Di atas ini telah disebutkan awal-awal kedatangan itu ialah seorang
nakhoda dan malim. Begitu juga yang kemudian daripadanya beberapa orang
nakhoda lagi membuka negeri dan membuat istana kerana hendak dilantik anak
miskin menjadi raja dan daripada nakhoda-nakhoda itulah juga sendiri
menjalankan / gerak geri negeri. Maka bolehlah di percaya bahawa masa itu
orang Palembanglah yang suka berlayar menjajahi negeri dengan perahu. Maka
sahlah yang nakhoda itu ialah kebanyakan anak bumi Palembang yang
beragama Hindu. Tambahan pula ia telah memegang teraju negeri, senanglah
di bujuk bumiputera Kelantan kepada beragama Hindu. Begitulah barangkali
nakhoda-nakhoda itu menandakan tarikh yang ia memegang teraju negeri serta
dikembangkan pula agama Budha, dihantarkan ke negerinya serta dikatakan
pula yang Kelantan di bawah takluk Palembang. Maka di sinilah yang dikatakan
Kelantan takluk kepadanya itu. Faham kami sebenarnya begitu. Apalah
ubahnya kerana teraju negeri di dalam tangannya. P).
Beberapa lama Seri Maharaja Puteri di atas takhta kerajaan, tiba-tiba
berturut-turut tahun datang pinangan daripada sekalian raja-raja yang di Tanah
11
Melayu memintanya hendak dijadikan isteri tetapi permintaan pinangan itu sia-
sia sahaja (tidak diterima). Dari tarikh ini sentiasalah Seri Maharaja menaruh
dukacita kerana bertalu-talu datang pinangan, pada hal tiada sekali-sekali Seri
Maharaja menaruh dukacita kerana bertalu-talu datang pinangan, pada hal tiada
sekali-sekali Seri Maharaja Puteri berkehendak bersuami. Tiba-tiba terfikirlah ia
jika sekiranya aku kekal bertakhta di tempat ini kelak pada suatu masa datanglah
serangan dan tertawanlah aku dengan rakyat-rakyat. Jika aku tidak berubah
tempat sahlah sempit pandangan dan fikiran aku. Oleh itu eloklah aku
perbuatkan sebuah negeri di tempat yang lain.
Apabila tetap fikirannya begitu, bertitahlah kepada menteri besar dan
panglimanya memerintahkan rakyat hendak berubah tempat membuat sebuah
negeri yang lain dan / ditetapkan hari supaya berhimpun menyedia dan
membawa sekalian perkakas. Pada hari yang baik, maka berkenderailah Seri
Maharaja Puteri di atas gajah diiringi sekalian rakyat tinggalkan Kuala Lebir
dengan sunyi senyap tiada20 seorang pun yang tinggal. Dikecualikan kota,
pendeknya hingga sekarang).
Di dalam perjalanan itu adalah lebih kurang lima belas hari sampailah Seri
Maharaja di suatu hutan cerang yang besar dipenuhi pokok-pokok kayu
tegayung. Lalu bertitah menebas dan menebang pokok yang tersebut membuat
kota dan membuka negeri. Maka sekalian rakyat pun memulailah bekerja
membuat kota, balai istana. Selang tak berapa lama mustaiblah, lalu bertakhta
12
Seri Maharaja Puteri di kota Tegayung dan diperbuat suatu taman (kebun)
bunga-bungaan tempat bermain dan bersuka-suka serta ditanamkan serba
macam bunga. Di sinilah dinamakan negerinya itu dengan nama “Negeri
Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung”.
Adapun Cerang Tegayung itu pada masa sebelum lagi diperbuat negeri di
tepi-tepinya ada beberapa banyak kampung-kampung yang diduduki orang
(barangkali orang liar yang telah bercampur darah orang Asia, bagaimana
disebutkan di dalam Kitab Ilmu Alam Melayu itu. P).
Maka apabila Seri Maharaja Puteri membuka negeri di situ,
berkumpullah / sekaliannya menjunjung dan menghadap serta membawa
beberapa persembahan berhambakan diri. Maka persembahan itu dengan suka
hati Seri Maharaja Puteri menerimanya serta dikurniakan persalinan dan
diberinya kebebasan kepada masing-masing. Dengan lama-kelamaan jadilah
sekaliannya di bawah perintah Seri Maharaja Puteri.
Beberapa [lama] Seri Maharaja Puteri bertakhta di situ, tiba-tiba pada
suatu hari teringinlah hatinya seorang anak supaya menjadi gantinya. Tetapi
mustahil mendapat anak dengan tiada suami (bagaimana hendak bersuami21
kerana tiada sebangsa dengannya. P). Sedang terayun-ayun fikirannya, tiba-tiba
didapati perkhabaran mengatakan Raja Jembal mempunyai seorang anak
13
perempuan yang sangat cantik. Lalu dititahkan panglimanya menghadap Raja
Jembal memohon anaknya.
Pada ketika yang baik berangkatlah panglima dan hulubalang-hulubalang
menghadap Raja Jembal22. Apabila sampai dipersembahkan segala pesanan
Seri Maharaja Puteri. Demi didengar Raja Jembal permintaan itu, dukacitalah di
hatinya seraya berfikir, sekiranya tidak diberi binasalah negerinya kerana
kerajaan Seri Maharaja Puteri (Che Siti Jarum Begiling) telah termasyhur.
Apabila habis fikirannya begitu, bersabda ia, “Permintaan Seri Maharaja
Puteri itu kita sedia taat. Akan tetapi dukacita kita hendak menyerahkan anak
kita hendak menyerahkan anak kita pergi dengan pengasuhnya sahaja kerana
kita pun telah beberapa lama hendak menghadap, maka eloklah kita bersama
perginya”. Kemudian daripada ini bersiaplah hulubalang Jembal. Pada hari
yang baik, berangkatlah sekaliannya menuju Kota Serendah. Selang tidak
berapa lama sampailah lalu masuk menghadap Seri Maharaja Puteri serta
mempersembahkan anaknya (Puteri Saadung) dengan teriak tangis kerana
perceraian.
Demi dilihat Seri Maharaja Puteri hal kelakuan Raja Jembal itu, pilulah
rasa hatinya seraya bersabda, “Janganlah tuan membanyakkan teriak tangis
seolah-olah tidak percayakan kepada kita. Pada hal hati kita tuan tidak ketahui.
Percayalah akan anak tuan (Puteri Saadung) kita jadikan anak kita dengan
14
sebenarnya bukan anak peliharaan. Sama juga bagaimana peliharaan tuan
kerana hati kita Puteri Saadung ini hendak jadikan ganti takhta kerajaan
Serendah Sekebun Bunga ini”.
(Senampak kami ikrar Seri Maharaja Puteri di atas ini sebenar. Akan tetapi di
hati Raja Jembal barangkali takut kasihnya itu di bibir mulut sahaja. Siapa tahu
pada suatu masa di hadapan kelak apabila dapat anak yang lain pula berubah
hatinya dan ditinggalkan menjadi sakai (orang liar) kerana kasihkan anak yang
baharu. Jika hatinya berubah demikian tak dapat tiada jika perkara benar sekali
pun dipandang berhonar. Dan akan anak yang baharu itu jika bagaimana jahat
tabiatnya yang mencederakan/tubuh badannya sekali pun dipandang elok dan
benar. Tidakkah pecah hatinya jika akhirnya jadi demikian?. Tetapi anak yang
sebenar itu dipukul digodam dilebur sekali pun tidak ia menderhaka, anak yang
baharu, entahlah. P)
Apabila didengar Raja Jembal Ikrar Seri Maharaja Puteri itu nampaknya
bersungguh, baharulah di percaya dan redha menyerah anaknya dan sedaplah
hatinya lalu bermohon kembali dengan dikurniakan oleh Seri Maharaja Puteri
beberapa harta benda menetapkan hatinya.
Semenjak Seri Maharaja Puteri mendapat Puteri Saadung terhiburlah
sedikit hatinya serta bertambah-tambah kasih sayang bagaimana anaknya
sendiri dijagai oleh inang pengasuhnya.
15
Di sini tersangatlah munasabah dihuraikan asal usul Puteri Saadung itu
dari manakah datangnya. Di bawah ini diterangkan dengan ringkas sahaja.
Sebelum daripada Kampung Jembal itu menjadi negeri, kota dan raja, telah
didiami orang (orang sakai Kelantan agaknya. p). Maka pekerjaan mereka itu
berhuma, tiba-tiba satu daripadanya yang sedang membuat huma terjumpalah
seperdu buluh betung di tepi humanya itu. Sekonyong-konyong terdengarlah
suatu suara di dalam buluh itu. Maka geluh gesahlah ia lalu di perhati baik-baik
suara itu ialah suara kanak-kanak menangis. Maka menerpalah ia kepada
tempat itu / didapati baik-baik, suara itu ialah suara kanak-kanak. Didapati satu
daripadanya bunting, lalu dipanjat dan dipotong bawa turun dan dibelah. Apabila
sahaja pecah buluh itu zahirlah seorang kanak-kanak [laki] dibawa ke rumah
dipelihara sehingga besar dan dimasyhurkan kepada orang-orang kampung di
situ yang ia mendapat seorang kanak-kanak laki-laki di dalam buluh. Maka
apabila beramai-ramai melihat dan mendengar cerita itu hairanlah sekaliannya
serta berasalah takut lalu dipuja, disembah dan dirajakan di kampung Jembal
serta dinamakan Raja Sinaran Matahari23 (kata orang tua yang ada sekarang. P).
Jika kita halusi didapatilah sebenar orang-orang Kampung Jembal masa
itu sakai kerana tabiat sakai apabila sahaja didapati satu benda itu pelik,
disembah dijunjung dan dipuja. P).
Kemudian daripada itu seorang daripada orang kampung itu telah dapati
lagi seorang kanak-kanak perempuan yang di atas ramunan kayu dikelilingi oleh
16
buih air hulu hanyut melalui sungai yang berhampiran di situ lalu dipelihara. Lalu
dibawa menghadap rajanya (Raja Sinaran Matahari) dan dikahwinkan kerana
pada masa itu Raja Sinaran Matahari tiada mempunyai isteri. Tambahan pula
keturunan di antara keduanya itu pun tiada sangat berbeza.
Dengan isteri inilah mendapat tiga orang putera laki-laki. Dan seorang
daripada puteranya itulah mendapat pula beberapa orang anak. Dan satu
daripadanya ialah Puteri / Saadung. Akan tetapi tidak lama dipelihara oleh
ayahandanya tiba-tiba dipinta oleh Seri Maharaja Puteri (Che Siti) bagaimana
yang diceritakan di atas itu. Maka pada masa Seri Maharaja Puteri meminta
Puteri Saadung, ayahandanyalah yang memerintah Jembal. Akan tetapi tidaklah
luas kekuasaannya bagaimana Seri Maharaja Puteri. Sebab itulah diberinya
anak yang dikasihi itu (sehingga masa sekarang pun keturunan Jembal tidak
boleh lalu di bawah pokok buluh betung. Apatah lagi membuat rumah atau
makan rebungnya. P). Di sini kami terasa dukacita hendak mempercayakan asal
usulnya bagaimana yang diceritakan di atas. Seperti juga asal usul Che Siti
kerana tiada juga dalil-dalil, Cuma orang-orang tua sahaja berpegang kuat
begitu. Senampak kami bahawa Raja Sinar[an] Matahari dan isterinya itu
barangkali anak orang-orang Hindustan yang lari ke Tanah Melayu. Di dalam
perjalanannya di dalam hutan itu langsung beranak di tengah jalan. Oleh sebab
membawa anak kecil di dalam hutan itu suatu perkara yang susah, barangkali
satu daripadanya yang laki-laki dibuang ke dalam buluh dan yang perempuan
dihanyutkan di dalam sungai. Tiba-tiba didapati oleh orang sakai yang mendiami
17
Jembal, dipelihara, disembah, dijunjung dan dipuja serta dikahwinkan keduanya
dan dijadikan raja sekali. Inilah sahaja yang kami nampak. P).
Di sini berpalinglah pula kami menceritakan Seri Maharaja Puteri
memelihara anak angkatnya (Puteri Saadung) yang kami panggil itu. Di dalam
pelihara itu, makin sehari bertambahlah besarnya dan bertambah pula cantiknya
sehingga banyaklah anak raja yang gila berahi apa boleh buat kerana anak
angkat seorang raja yang besar. Di dalam hal begitu sampailah ke pendengaran
Che Siti seraya berfikir, “Baiklah aku kahwinkan, mudah-mudahan dapat
menggantikan tempat kerajaan Serendah Sekebun Bunga”.
Apabila tetap fikiran lalulah bertitah kepada senteri dan panglimanya
membuat sebuah kota yang lain yang tak berapa jauh dengan Kota Tegayung.
Tiba-tiba didapatilah suatu tempat di sebelah utara. Apabila mustaid lalulah
dinamakan Kota Jelasin24. Adapun cadangan Che Siti membuat Kota Jelasin itu
kerana di situlah dihimpunkan anak-anak raja hendak dipilih dan dijadikan suami
anaknya Puteri Saadung.
Maka pada suatu hari keluarlah Che Siti ke balairung seri seraya bertitah
kepada menteri dan panglimanya menyambut anak-anak raja yang muda-muda
hadir ke Kota Jelasin. Maka titahnya itu dijalankan dengan tidak berlambatan
masa lagi. Pada hari itu juga habis sekalian anak-anak raja yang muda
dijemputnya.
18
Kemusykilan Asal Nama Kelantan
Adapun nama Kelantan telah banyaklah di agak-agak orang akan
asalnya. Begitu juga diriwayatkan oleh beberapa buah kitab. Akan tetapi
bersalahan setengah dengan setengahnya. Yang tak boleh ditetapkan yang
mana satu boleh kita berpegang. Maka setengah daripada riwayat-riwayat kitab
itu:
1. “Kilatan”, iaitu sebelum lagi jadi sebuah negeri
nampaklah kepada orang sebelah barat (Patani25). Pada pertengahan malam
sentiasalah memancar-mancar cahaya di sebelah Kelantan, terangnya seperti
kilat. Di sebab itu apabila telah jadi negeri dipanggil “Negeri Kilatan”. Dengan
lama-kelamaan jadi “Kelantan” (Kitab Geografi Semenanjung Negeri
Kelantan).
2. “Kelam Hutan”, kemudian daripada kerajaan Serendah
habis kebesaran raja-raja pada masa itu, kembalilah negeri menjadi hutan
(kelam hutan). Maka dengan kerana yang demikian itu melancarlah lidah orang-
orang luar “negeri Serendah telah menjadi kelam hutan”. Maka dengan sebab
berat sebutannya ditukar ‘mim’ dengan ‘nun’ dan dibuangkan ‘hu’, jadilah
Kelantan (Kitab Geografi Semenanjung Negeri Kelantan).
19
3. “Gelam26 Hutan”, kebanyakan daripada hutan – hutan
paya yang asalnya telah dipenuhi begitu banyak di tepi-tepinya pokok gelam
(Rekod Kerajaan Kelantan tahun 1928).
4. “kilatan”, cahaya kilat yang di kemuncak sebuah bukit
yang bertentangan / dengan Tanjung Lebir yang dilihat oleh Raja Abdullah pada
masa melarikan dirinya bersama-sama isterinya (Puteri Saadung) daripada
hulubalang Siam serta menamakan bukit dan sungai itu” Bukit dan Sungai
Kelantan”. Hingga pada masa ini masih dipanggil oleh putera-putera bumi
dengan dipelatkan “Bukit dan Sungai Kelantan” (Putera, Bilangan 1).
Di sini dibentangkan sedikit dalil yang senampak kami walau tidak
memberi cukup puas hati masing-masing sekali pun dengan berharap tidak
menerima apa-apa teguran yang tidak ikhlas. Adapun:
1. Tentang “Kilatan”, nampaknya bersamaan dengan (4), Cuma
berbeza “pandangan waktu malam di sebelah hutan Kelantan. Akan tetapi tidak
didapati dalil-dalilnya yang ada masa ini.
(2) dan (3), sungguhpun Kelantan telah menjadi hutan rimba (kelam
hutan), begitu juga di sebelah daratan Tumpat dipenuhi hutan kayu gelam
(gelam hutan), akan tetapi tiada dalil-dalil yang kuat yang baik menjadi nama
20
atau gelaran bagi negeri ini. Tambahan tiada riwayatan orang tua Islam kami
pandai bertanya khabar.
4. Bukit yang ternampak kilatan di kemuncaknya yang dilihat oleh
Raja Abdullah itulah digelarkan olehnya “Bukit Kilatan”. Begitu juga sungainya
hingga terlekat di lidah putera bumi Kelantan pada masa ini dengan nama “Bukit
Kilatan”. Katakanlah bukit itu tidak dinamakan oleh Raja Abdullah kerana / tiada
juga dalilnya. Cuma riwayat orang tua sahaja yang tak boleh dipakai atau
gelaran bukit itu datangnya kemudian daripada telah jadi negeri dan bergelar
Kelantan. Kalau begitu daripada siapakah pula datangnya gelaran itu dan
apakah sebab dinamakan bukit itu bukit Kilatan (Kelantan sekarang). Bukankah
banyak lagi bukit-bukit yang elok dan permai yang berdekatan dengan tebing-
tebing sungai?. Kenapa tidak dinamakan dengan nama itu? Tiba-tiba sebuah
bukit yang jauh duduknya daripada bandar dinamakan dengan nam itu.
Tidakkah pelik kejadiannya yang boleh dikatakan dalil yang terang?
Senampak kami (1) dan (4) sahajalah yang berhampiran sekali dengan
nama “Kelantan” itu. Oleh sebab hendak menentukan yang mana satu boleh
berpegang, inilah dibentangkan dua soal:
1. bolehkah disahkan Raja Abdullah berserta isterinya sampai ke
bukit dalam perjalanan melarikan dirinya serta menamakannya? (ini ada
riwayatnya, tatap Putera, bilangan 1).
21
2. Orang Patanikah yang datang ke Kelantan pada masa dahulu dan
bertemu bukit dan sungai itu serta menamakannya? (ini tiada riwayatnya setahu
kami).
Inilah sahaja yang dapat kami dalilkan. Di dalam hal itu pun kami masih
berdukacita lagi kerana tak didapati dengan halusnya, melainkan berserahlah
pula kepada / timbangan dan fikiran pemuda-pemuda Kelantan yang suka
mengambil berat asal usul tanah airnya yang seyogia baginya mengesyur dan
mengeluarkan dalil-dalil dengan secukupnya. Pandangan kami yang lebih elok
menyertai dan mendahulukan di dalam hal ini:
1. Tuan Pengarang Pengasuh27
2. Tuan Pengarang Al Kamaliah28
Begitu juga pemuda-pemuda Kelantan yang masih di dalam asuhan Pengasuh.
Sambungan bahagian Yang Pertama Menunjukkan Kurun29 Kejadian Negeri
Serendah, asal usul Raja Perempuan, pemerintahnya dan Raja yang
Kemudian daripadanya hingga Kelantan Menjadi Hutan Rimba (Kelam
Hutan)
22
Apabila sampai tempoh yang ditetapkan, pada waktu yang baik
berangkatlah Che Siti diiringi anaknya dan sekalian menteri hulubalang ke Kota
Jelasin. Maka didapati pada masa itu penuhlah sekalian anak-anak raja yang
muda-muda masing-masing memakai pakaian yang elok (pakaian zaman itu
tidaklah bagaimana pakaian anak Kelantan sekarang) berkain singkat, senangan
(tengkolok), kain sebai dan keris dengan menunjukkan gayanya pula/. Di dalam
hal begitu mulailah peraturan a-y-l-h seorang lepas seorang diperhatikan oleh
Che Siti. Maka apabila sampai giliran kepada seorang anak Raja Jembal,
cenderunglah hati Che kepadanya dengan kasih mesra seraya bersabda kepada
menteri hulubalangnya, “Hei mamaku, bawalah ke mari anak raja yang muda itu.
Apabila hampir bersabdalah Che Siti:
Che Siti, “Khabarlah dengan benar, apakah nama engkau?”. Raja Abdullah,
“Nama patik Raja Abdullah, keturunan daripada Raja Jembal”. Che Siti, “Istiadat
‘a-y-l-h pada bonda hendak kahwinkan”. Raja Abdullah, “Taat titah perintah”.
Apabila habis percakapan berpalinglah Che Siti kepada menterinya seraya
bersabda, “Bersiaplah mamaku kota dan balai istana memulai meletak pekerjaan
kahwin”. Lalulah berangkat masuk. Adapun Raja Abdullah dibawa kembali oleh
menteri ke rumahnya. Apabila mustaib sekalian kelengkapan, pada hari dan
ketika yang baik lalulah dikahwinkan Tuan Puteri Saadung dengan Raja Abdullah
dan dirajakan selalu Puteri Saadung di Kota Jelasin dengan bersuka ria laki
23
isteri. Dan Che Siti pun berangkatlah kembali ke Kota Tegayung serta ditinggal
setengah rakyatnya bersama-sama anaknya Puteri Saadung.
Cerita Che Siti itu tersangat panjang kata orang tua-tua. Akan tetapi /
dukacita kami kerana tak didapati ceritanya yang sah. Kalau begitu dipendekkan
sahajalah kerana (kerana) dikehendaki dijadikan buku ini menjadi tarikh sahaja.
Selang tidak berapa lama Che Siti bertakhta di Kota Tegayung negeri
Serendah Sekebun Bunga, pada suatu hari masuklah menghadap Awang
Selamat dan Mak Sang Kelembai seraya mempersembahkan apa yang telah
dilihat demikian:
“Sedangkan ayahanda berjalan merata-merata negeri ini, tiba-tiba terpandanglah
ayahanda kepada dua tiga batang buluh yang tinggi dengan ketiadaan daun,
iaitu bekas dipotong dengan golok atau parang. Maka berfikirlah di hati
ayahanda tiada lain yang memotong barangkali raja-raja yang meminang
anakanda dahulu. Rupa-rupanya besar dan tinggi sangat sehingga dapat ia
memotong pucuk buluh. Jika demikian apalah gunanya ya anakku kita duduk di
sini lagi. Baiklah kita bersenang diri di mana sebuah gunung berbuat ibadat dan
negeri ini kita serahkan kepada anak kita Puteri Saadung”.
Demi didengar oleh Che Siti segala huraian ayahandanya, maka
termasuklah pada akalnya. Pada hal mustahil benar seorang manusia yang
24
sebegitu tinggi hingga dapat memotong pucuk buluh dengan tidak memanjat.
Jika begitu dengarlah cerita buluh itu dahulu.
Pada sebelah keluarlah seorang daripada rakyat negeri itu kerana
menjalankan pekerjaan. Tiba-tiba didapati jalan yang sentiasa dilalui itu ditutupi
oleh daun-daun buluh kerana malam semalam hujan tersangat lebat dengan
tidak payah diangkat goloknya dipancung. Apabila sahaja daun itu jatuh ke
tanah, terangkatlah hujung buluh itu / ke atas, ke tempat yang sedia kala kerana
telah ringan dan tampaklah tempat yang terkena pancung dengan golok itu.
Betullah bagaimana penglihatan Awang Selamat tadi. Alangkah bodohnya
mempersembahkan perkara yang sangat mustahil. Begitu juga Che Siti. Akan
tetapi jika terfikir olehnya, sahlah pendek pula cerita Puteri Saadung. Maka
kejadian yang seumpama itu semata-mata dengan kuasa Tuhan menunjukkan
kudrat iradatnya.
Apabila telah termasuk ke dalam fikiran Che Siti lalulah bertitah
memanggil anaknya Puteri Saadung, menteri hulubalang dan rakyat sakai
berhimpun di balai Kota Tegayung. Apabila telah berhimpun sekaliannya,
bertitahlah Che Siti kepada Puteri Saadung dan sekaliannya yang ia hendak
berangkat ke gunung bersenang diri berbuat ibadat di tempat-tempat yang sunyi
dan negeri Serendah Sekebun Bunga diserahkan kepada Puteri Saadung
menggantinya. Dan bersabda lagi sepeninggalannya hendaklah sekalian taat
menyembah Puteri Saadung. Demi didengar sekalian rakyat menderulah bunyi
25
ratap tangisnya seperti terangkat Kota Tegayung. Lepas daripada itu masing-
masing pun berdoalah mudah-mudahan selamat dan dapat apa yang dicintainya.
Maka pada ketika yang baik, berangkatlah Che Siti diiringi oleh bala
tentera. Apabila sampai kepada suatu gunung, namanya Gunung Ayam lalulah
disuruh sekalian bala tenteranya kembali dan duduklah ia di gunung itu dan
ghaiblah ketiga-tiganya di pandangan manusia hingga sekarang pun khabarnya
ada lagi di gunung itu. Sebab pun kami mengesahkan ada ia kerana sentiasa
kami mendengar riwayat-riwayat orang yang ada sekarang / mengkhabarkan
pada suatu masa kami mendengar riwayat-riwayat seorang yang sesat di dalam
hutan itu berjumpa dengannya. Bukanlah pula kami seorang yang mengesahkan
begitu agaknya setengah daripada putera bumi Kelantan pun ketahui.
Sepeninggalan Che Siti, memerintahlah Puteri Saadung di Kota Jelasin
negeri Serendah Sekebun Bunga dengan ‘adil dan murah. Dari sehari ke sehari
bertambah ramai sehingga masyhurlah negeri Serendah dan keelokan Raja
Perempuan hingga ke Benua Siam. Di sini berhadaplah pula kalam kami
menceritakan Benua Siam.
Benua Siam pada zaman itu diperintahkan oleh seorang Raja Siam yang
beragama Buddha hingga termasyhur dan besar kerajaannya menakluki
setengah daripada negeri Tanah Melayu. Pada suatu masa sedang baginda di
atas takhta di hadap oleh menteri hulubalangnya, tiba-tiba sampailah
26
perkhabaran kemasyhuran negeri Serendah Bunga dan peri keelokan dan
kecantikan rajanya Puteri Saadung. Maka menikamlah panah asyiknya ke
jantungnya lalu dengan serta-merta bertitah kepada menteri hulubalangnya
berangkat ke negeri Serendah yang tersebut mengambil Puteri Saadung. Jika
tidak diberi dengan baik hendaklah diambil dengan keras walaupun menjadi
peperangan.
Apabila sekalian hulubalang menerima titah yang demikian itu
bermohonlah sekaliannya bersama-sama seorang alim Siam (Chai30) serta pula
berilmu nujum. Pada hari itu juga berlayar sebuah kapal dari Benua Siam
menuju negeri Serendah Sekebun Bunga yang masyhur. Selang tak berapa
lama sampailah ke Kuala Kelantan. Kedatangan kapal Maharaja Siam itu
gemparlah ke seluruh negeri Serendah Sekebun Bunga hingga ke pendengaran
Raja Abdullah. Maka pada malam itu bermesyuaratlah dengan isterinya (Puteri
Saadung) berazam pada melarikan dirinya. Maka pada malam hari keluarlah
Raja Abdullah bersama isterinya dan pengiring-pengiringnya dari Kota Jelasin
menuju hutan besar mengikut kehendak kakinya hingga sampailah ke sebuah
Bukit Tembangan (Bukit Temangan panggilan sekarang yang padanya terdiri
sebuah stesen kereta api Negeri Persekutuan, dengan nama stesen Temangan).
Oleh sebab takut lagi kedatangan suluh hulubalang Maharaja Siam itu
menyeberanglah pula ia sungai Kelantan dan menuju ke hulu. Di dalam
perjalanannya itu sampailah kepada suatu anak sungai yang hening jernih
27
airnya. Maka menyusurlah sekaliannya di tepi-tepi sungai itu hingga sampai ke
kaki sebuah bukit lalu dibuatnya pondok. Berbetulan kesampaian itu petang hari,
tiba-tiba ternampaklah kilatan di kemuncak bukit. Maka bersabdalah Raja
Abdullah, “Ya buah hatiku! Apakah yang nampak di hadapan mata kita itu?.
Puteri Saadung, “Itulah kilatan bukit. Akan tetapi janganlah kekanda salah
faham. Memang pun tiap-tiap bukit ada kilat di kemuncaknya. Adapun kilatan ini
ialah kilatan bukit yang bercampur dengan cahaya suak31 Chai Siam yang
datang hendak mengambil kita kerana terlalu pandai sehernya.
Barangkali kekanda tidak menaruh percaya huraian adinda itu. Yang
demikian janganlah kekanda hairankan sungguhpun adinda perempuan tetapi
mengetahui apa-apa / yang berlaku di negeri kita. Jika tidak begitu tidaklah
adinda anak Che Siti Jarum Begiling yang sakti itu. Raja Abdullah, “Patutlah
kilatan ini berlainan sangat daripada kilatan bukit yang berhampiran dengannya.
Jika demikian patutlah kita namakan negeri ini dengan nama Negeri Kilatan.
Mudah-mudahan hilang nama negeri Serendah Sekebun Bunga ini. Fikiran
kekanda nama Kilatan ini tersangat munasabah nama sebuah negeri”. Di sinilah
masing-masing berpondok dengan berdukacita takut diketahui oleh hulubalang-
hulubalang Siam.
Lamalah sudah kalam meninggalkan kedatangan kapal Maharaja Siam
tentang menjalankan kuasanya mengambil Puteri Saadung itu. Maka cuba
marilah pula kita balik menengokkan apa-apa halnya yang terpaksa kalam
28
meninggalkan dahulu. Raja Abdullah bersama-sama isteri dan hulubalangnya di
kaki bukit Kilatan biarlah ia mengambil rehat seketika supaya pembaca-pembaca
boleh mendengarkan hal ini.
Apabila sampai kapal Maharaja Siam ke pelabuhan lalu dipasang meriam
dan turun sekalian hulubalang berserta Chai yang pandai seher menaiki perahu
berdayung. Apabila sampai ke Kota Jelasin didapati Raja Abdullah bersekali
dengan Puteri Saadung dan sedikit daripada hulubalang yang menjaga tubuhnya
telah lari tidak diketahui ke mana pergi. Maka dukacitalah sekalian hulubalang
Siam kerana tak dapat bagai di cita. Dan terfikirlah di hatinya jika dengan hal
yang [demikian] nescaya mati aku dibunuh oleh Maharaja Siam dengan tiada
membawa Puteri Saadung. Maka bermesyuaratlah dengan Chai yang
bersertanya itu. Maka berkatalah Chai itu, “Janganlah kamu sekalian dukacita.
Atas akulah membuatnya walau ke mana perginya sekali pun sehingga dapat
diketahui juga”.
Arakian, maka memulailah Chai itu menjalankan hikmatnya (suak). Oleh
sebab kuat suaknya dengan takdir Tuhan yang maha kuasa ternampaklah Puteri
Saadung ada di Bukit Kilatan. Apabila lepas daripada menjalankan hikmatnya,
keluarlah dari tempat suluknya (pertapaan) memberitahu sekalian hulubalang.
Maka masing-masing pun meminta kebenaran hendak pergi mengambil lalu
ditegah oleh Chai itu dengan katanya, “Jangan, nanti di sini. Suruhlah aku akan
menjalankan ikhtiar supaya kembali ia dengan sendiri. Daripada hari itu berturut-
29
turut tiga malam Chai itu menjalankan hikmatnya, hari yang keempat berhentilah
ia makan minum bersuka ria dengan sekalian hulubalang menanti kedatangan
serahan.
Maka di sini berpalinglah kalam menceritakan Raja Bedulah (Abdullah)
dan Puteri Saadung berserta hulubalangnya di Bukit Kilatan.
Dari semenjak Raja Bedulah dan Che Siti berpondok di bukit Kilatan itu
tiadalah senang sentiasalah kepanasan kerana kuat suak Chai Siam. Pada
masa itu berkatalah / Puteri Saadung, “Pandangan dan ikhtiar32 adinda jika ke
mana kita pergi pun tidak akan terlepas daripada tangan Siam. Oleh itu silalah
kita kembali ke negeri walaupun apa jadi di negeri kita. Bagaimana fikiran
kekanda?”. Raja Bedulah, “kekanda menurut sahaja”. “Jika demikian silalah kita
beramai-ramai menyediakan rakit. Akan sungai dan bukit ini kita namakan
sungai dan bukit Kilatan. Begitu juga nama negeri kita Serendah Sekebun
Bunga. Apabila sampai kelak kita di sana kita beritahu rakyat-rakyat negeri
supaya dihilangkan nama Serendah, digantikan dengan Kilatan, bagaimana cita-
cita kekanda itu”.
Nyatalah asal negeri Kelantan daripada nama Kilatan cahaya oleh sebab
pelik atau pelat lidah sebutan orang-orang tua, jadilah dibunyikan dengan
bunyinya (Kelantan).
30
Apabila sedia rakit, hilirlah sekaliannya kembali ke negeri Serendah
Sekebun Bunga dan memasyhurkan kepada rakyat negeri tentang nama
Serendah diubah kepada negeri Kilatan. Selang tak berapa lama kesampaian itu
masuklah hulubalang Siam menghadap Raja Bedulah memohon Puteri
Saadung. Jika tidak diberi dengan baik dengan keras diambil juga. Apabila
didengar oleh Raja Bedulah tiada berdaya upayalah ia lalu dikurniakan Puteri
Saadung dengan kemasyghulan, nak pun dilawan berperang tiada mempunyai
kekuatan. Nak tak nak diserah juga walau bagaimana kasih sekali pun.
Di sinilah kalam menghuraikan tentang perceraian itu. Maklum
sahajalah / perceraian isteri dengan suaminya yang tak habis bertangis-tangisan,
berpujuk rayu dan sebagainya.
Apabila telah lepas daripada bertangis-tangisan, bersiaplah Puteri
Saadung dengan inang pengasuhnya naik perahu kenaikan Maharaja Siam
menuju kapal masuk ke dalam kurungan kabin33. Pada ketika itu angin pun
bertiup, dibongkar sauh naikkan sauh layar haluannya menuju lautan.
Selang tak berapa lama pelayaran itu, sampailah ke Benua Siam lalu
memasang meriam dan Chai itu pun naik ke darat menuju kota menghadap Seri
Maharaja Siam mempersembahkan kedatangan dengan selamat membawa
Puteri Saadung. Demi didengar Seri Maharaja Siam perkhabaran itu, tersangat-
sangatlah sukanya lalu diperintahkan membuat bagaimana adat istiadat
31
permaisuri raja-raja besar. Apabila sampai ke pintu kota lalu dibawa ke sebuah
istana yang dicadangkan baginya dengan cukup alatan. Maka di situ baharulah
dilihat oleh Seri Maharaja Siam dan percayalah perkhabaran mengatakan elok
paras Puteri Saadung itu sangatlah benarnya.
Oleh sebab tak dapat ditahan oleh Seri Maharaja Siam akan nafsunya,
maka pada suatu malam masuklah ke istana Puteri Saadung memujuk dengan
perkataan yang lemah lembut yang lemahlah kalam menghuraikannya. Di dalam
percakapannya itu tidaklah juga Puteri Saadung menunaikan kehendaknya,
seraya bersabda Puteri Saadung.
Puteri Saadung/, “Hei Seri Maharaja Siam, cubalah tuanku menaruh
sedikit fikiran yang bersih, bukankah patik ini suatu bangsa yang lain. Tambahan
pula patik ini isteri orang. Alangkah besar dosanya tuanku menanggung. Walau
sebegitu perkataannya sekali pun tidak juga Seri Maharaja Siam mengambil
hirau. Oleh sebab tersangat-tersangat dukacita hati Puteri Saadung memikirkan
kecerobohan Seri Maharaja Siam, tambahan pula di dalam istana pada masa itu
dua orang sahaja lalulah dicinta bondanya (Che Siti Jarum Begiling) lalu di
sembur dengan air mulutnya ke dada Seri Maharaja Siam. Apabila sahaja Seri
Maharaja Siam terkena semburan air liur di dadanya terkejutlah serta gementar
seluruh anggotanya. Pada malam itu tidaklah berani lagi ia hampir dan beradu di
istana Puteri terus kembali dan beradu di istananya sendiri.
32
Selang tiga hari lamanya tumbuhlah seluruh badan Seri Maharaja Siam
satu macam penyakit kayap (kedal) hingga habislah sekalian tabib di dalam
Benua Siam mengubatinya tidak juga sembuh lalulah dititahkan memanggil Chai
yang membawa Puteri Saadung dahulu itu. Maka mengetahuilah ia seraya
berdatang sembah, “Ampun, adapun penyakit tuanku ini tiadalah ubat yang
menyembuhkannya, jika selagi Puteri Saadung ada di dalam Benua Siam ini.
Maka bertitahlah Seri Maharaja Siam, “Jika sungguh penyakitku ini kerana
Puteri Saadung, sembuhlah aku hantar kembali ke negerinya bagaimana sedia
kala dan bertaubatlah aku hingga selamnya. Lepas daripada itu selang dua hari
sembuhlah penyakitnya bagaimana sedia kala. Maka bertitahlah Seri Maharaja
Siam menyediakan kapal menghantar Puteri Saadung dengan hulubalang yang
beragama Islam.
Apabila siap kapal kenaikan itu naiklah Puteri Saadung dengan inang
pengasuhnya ke atas kapal bongkar sauh, dinaikkan layar menuju negeri
“Kelantan”. Tiada berapa lama sampailah di Kuala Kelantan seraya bersabda
Puteri Saadung kepada ketujuh hulubalang yang menghantarnya itu. Telah
sampai kita ini di Kuala Kelantan, tetapi jika sekiranya kita masuk kuala ini
tersangatlah jauh dengan kotaku. Oleh itu tujulah haluan kapal ini ke Kuala
Kemayang34 kerana dekat, maka berlayarlah pula. Apabila sampai di Kemayang
didapati seorang daripada hulubalang yang ketujuh itu mati lalulah dibawa ke
darat, tepi Kuala Kemayang dikuburkan hingga masa ini digelarkan Pantai Datuk
33
Kemayang. Apabila telah dikuburkan, naiklah sekaliannya ke atas sampan
berdayung mudik sampai ke Tanjung Jering35, tiba-tiba seorang daripada enam
itu mati pula lalu dikuburkan di Tanjung Jering. Hingga masa ini digelarkan
Syeikh Tanjung Jering.
Dari situ berdayung pula hingga sampai ke Pengkalan Gawang36, maka
mati pula seorang daripada lima lalu dikuburkan di situ dan digelarkan Datuk
Padang Duri / hingga sekarang. Sampai di sini naiklah sekaliannya ke darat
bermuafakat dengan orang kampung di situ supaya menghantarnya ke Bukit
Marak37. Maka apabila bersetuju sekalian orang kampung berangkatlah menuju
ke Bukit Marak. Tak berapa hari sampailah dan bersenanglah Puteri Saadung
dan sekaliannya di kemuncak bukit menghilangkan kepenatan. Tiba-tiba jatuh
sakit seorang daripada empat lalu mati dan dikuburkan di Tambok38. Hingga
masa ini digelarkan tempat itu Datuk Tambok.
Tidak berapa lama kemudian daripada kematian itu berangkatlah Puteri
Saadung ke Kota Jelasin negeri Kelantan dengan selamatnya dan tiga orang
hulubalang yang tinggal lagi, itu pun disuruh kembali menghadap Seri Maharaja
Siam. Tidaklah kami panjangkan cerita ketiga-tiga itu. Sampailah ke Benua
Siam mempersembahkan kepada Seri Maharaja Siam dari awal hingga
kesudahan. Habislah perjalanannya kisah Seri Maharaja Siam.
34
Semenjak peninggalan Puteri Saadung, diambil oleh hulubalang Siam
bagaimana yang diceritakan di atas tadi39, Raja Bedullah telah beristeri kepada
seorang puteri keluarganya keturunan Jembal. Maka pada suatu hari ialah hari
kesampaian Puteri Saadung itu keluarlah Raja Bedullah di balai penghadapan,
tiba-tiba dengan tidak semena-mena masuklah Puteri Saadung ke balairung seri
lalulah bercakap sedikit lebih kurang. Di dalam hal begitu bersabdalah Puteri
Saadung:
Puteri Saadung, “Ya kekandaku Raja Bedullah, tidakkah kekanda ingat
kepada adinda lagi. Pada hal negeri ini ialah negeri adinda pemberian daripada
bonda adinda (Che Siti Jarum Begiling). Kenapakah sepeninggalan adinda
kekanda duduk bersuka ria dengan anak isteri kekanda yang baharu. Dan
adinda balik ini kerana kekanda”.
Demi didengar perkataan Puteri Saadung itu terkeluarlah dari mulutnya
perkataan yang kasar. Raja Bedullah, “Hei Ibu Siam, engkau tidak isteriku lagi.
Raja Siamlah suamimu”. Terkejut Puteri Saadung mendengarnya perkataan
yang tidak disangka-sangka keluar dari mulut Raja Bedullah begitu kasar.
Seraya berkata lagi:
Puteri Saadung, “Percayalah kekanda, adapun pemergian adinda ke
Benua Siam itu tidak sekali-kali dapat dijamah hujung jari adinda, apatah lagi
tubuh badan. Jika tidak begitu tidaklah adinda ini anak Che Siti yang sakti itu”.
35
Raja Bedullah, “Aku tidak percaya. Mustahil sekali lelaki dengan
perempuan tak boleh menjadi suatu perkara kejahatan. Pada hal Seri Maharaja
Siam itu raja yang besar lagi berkuasa”.
Maka terjadilah suatu pertengkaran yang besar hingga menjadi
perbalahan. Masing-masing memegang pedang membuang langkah. Di dalam
hal begitu tersalah langkah Puteri Saadung, terkena pada lehernya lalulah rebah
berhambur darahnya di atas balai. Demi dilihat oleh kedua-dua inangnya, lalu
meratap dan mengais. Di dalam / hal itu bertitahlah Raja Bedullah:
Raja Bedullah, “Hei inang yang tua, apa bodohnya engkau tangiskan
kepada orang yang telah mati, tak kan hidup kembali, baiklah engkau kuburkan”.
Lepas daripada mengeluarkan perkataannya, Raja Bedullah pun masuk
ke istana berjumpa isterinya mengkhabarkan apa yang telah jadi dengan Puteri
Saadung di balai dan kematiannya.
Adapun dayang di balai menunggu mayat Puteri Saadung itu. Maka
seorang daripadanya yang tua teringat akan pesanan Puteri Saadung, “Apabila
ia mati berdarah, ambillah suatu cembul yang di dalam sanggulnya, rencikkan di
mana tempat mata yang luka” (ialah cembul yang diberi oleh bondanya Che Siti
masa berangkat ke Gunung Ayam dahulu itu). Maka dengan gopoh gapah inang
36
tua pun meraba di dalam sanggul Puteri Saadung lalu diambil dan direncikkan di
mana tempat mata yang luka. Dengan takdir Tuhan yang maha kuasa tiba-tiba
hiduplah Puteri Saadung lalu bangun dan bertanya:
Puteri Saadung, “Hei inangku, ke mana pergi Raja Bedullah? Inang Tua,
“Masuk ke dalam istana”.
Di dalam antara itu keluarlah Raja Bedullah ke balairung. Demi sahaja
hampir terperanjatlah ia melihat Puteri Saadung hidup kembali. Masa itu
melayanglah roh semangatnya kerana tidak disangka-sangka hidup. Di dalam
terayun-ayun fikirannya tiba-tiba kedengaranlah suara yang sangat pilu dan rayu
diserukan oleh Puteri Saadung/, “Hei kekanda Raja Bedullah, sampainya hati,
sampainya rasa membunuh adinda dengan tiada suatu kesalahan dan tidak pula
adinda membuat dosa bagaimana yang disangkakan oleh kekanda itu”.
Apabila sahaja habis perkataan yang diserukan itu, mukanya pun merah
berseri-seri seraya dicapai pedang menerkam kepada Raja Bedullah. Demi
dilihat oleh Raja Bedullah kelakuan itu, berpalinglah ia hendak lari melepaskan
diri. Akan tetapi gerak geri kelakuan Raja Bedullah itu diperhati oleh Puteri
Saadung seraya berkata lagi, “Hei Raja Bedullah, sia-sia kamu hidup di muka
bumi tanah yang rata tiba-tiba dengan seorang perempuan engkau hendak lari.
Tidaklah kamu aib dan malu kepada khalayak yang ramai”. Tercenggang Raja
Bedullah hingga terberatlah kakinya. Maka dengan tidak berlambatan masa lagi
37
lalulah dipancung oleh Puteri Saadung di batang lehernya penggal dua, jatuh
terpelanting lalu mati. Apabila kematian itu telah sampai ke dalam istana
gemparlah bertangis-tangisan tetapi apalah hendak dikatakan kerana kesalahan
itu yang menjadikan begitu datang daripadanya.
Kemudian daripada itu diperintahkan oleh Puteri Saadung siramkan
jenazah bagaimana adat raja-raja dan dikuburkan di Tasik Padang Layang40
hingga sekarang pun boleh didapati kuburnya di situ. Apabila telah dikuburkan
Raja Bedullah bersiaplah Puteri Saadung dengan inang pengasuh dan rakyat isi
negeri kerana berpindah ke bukit. Maka pada hari dan ketika yang baik
berangkatlah Puteri Saadung dengan gajah kenaikannya dan inang mengenderai
gajah juga dengan diiringi rakyat-rakyat. Sedang ia menaiki gajah bersabdalah
kepada isteri Raja Bedullah:
Puteri Saadung,”Hei adikku, adapun balai istana kota parit negeri kekanda
beri kepada adinda. Jagalah baik-baik kerana kekanda hendak berangkat ke
Bukit Marak membuat negeri di sana”.
Isteri Raja Bedullah,”Terjunjunglah di atas jemala adinda dan taat”.
Apabila lepas daripada berpesan-pesan, berjalanlah gajah kenaikannya
diiringi oleh rakyat isi negeri. Tidak berapa lama sampailah Puteri Saadung ke
atas Bukit Marak dan Gajah kenaikan inangnya sampai di pertengahan lalu
38
ditambat (gajah itulah menjadi batu hingga masa ini. Kita sendiri telah
melihatnya pada masa melawat di dalam sedikit tahun dahulu. Dan ada lagi
benda-benda yang ajaib. Sekiranya pembaca teringin melihatnya cubalah sekali
berjamu kaki ke Bukit Marak yang tidak berapa jauh dengan bandar Kota
Baharu, Cuma lebih kurang 12 batu. P).
Maka pada masa itu jadilah Bukit Marak itu negeri baharu yang
berkerajaan yang dipunyai Puteri Saadung. Akan tetapi tidaklah patut kita
tinggalkan Kota Jelasin dengan kosong. Oleh / itu inilah berhadap kalam
menghuraikan.
Sepeninggalan Raja Bedullah mati dan keberangkatan Puteri Saadung ke
Bukit Marak sunyi senyap Kota Jelasin. Maka satu daripada saudara Raja
Bedullah bernama Raja Derahim (Ibrahim)41 bermuafakat dengan kaum
keluarganya hendaklah dijadikan seorang raja di Kota Jelasin. Apabila putus
rundingan itu berangkatlah sekalian kerabat-kerabatnya ke Bukit Marak
menghadap Puteri Saadung lalu masuk menghadap mempersembahkan hal
Kota Jelasin dan sekalian rakyat huru hara kerana tiada ada raja. Kemudian
dipohonkanlah seorang raja di situ mudah-mudahan aman sentosa.
Demi didengar persembahan itu lalu berfikirlah ia di dalam hatinya,
sekiranya aku lantik seorang yang lain menjadi raja di situ, boleh jadi laku apa-
apa perkataanku. Akan tetapi jahatlah namaku dikata orang. Maka eloklah aku
39
lantikkan Raja Derahim (Ibrahim) menjadi raja. Apabila habis fikirannya lalulah
bersabda, “Pada pertilikan kekanda, tiadalah yang lain menjadi raja di Kota
Jelasin melainkan adinda Raja Derahim (Ibrahim)lah”. Lalulah ditabalkan Raja
Derahim di Bukit Marak serta disuruh kembali memerintahkan Kota Jelasin
(Kelantan) dengan adil. Maka Raja Derahim dan sekaliannya pun bermohon
kembali samapi ke Kota Jelasin. Lalu diperintahkan rakyat membuat sebuah
kota yang lain. Apabila mustaib dinamakan Kota Teras dan Kota Jelasin
ditinggalkan kosong.
Beberapa lama Raja Derahim di atas takhta memerintah negeri Kelantan
makin sehari makin zalim. Bolehlah dikatakan pada zaman itu sezalim-zalim
raja yang memerintah Kelantan Raja Derahimlah memotong daging, menghisap
darah rakyatnya. Oleh sebab tak tertanggung rakyat Kelantan peri kedahsyatan
pemerintahan itu, pada suatu hari berhimpunlah sekaliannya menghadap Puteri
Saadung di Bukit Marak mempersembahkan hal yang telah berlaku itu. Demi
didengar oleh Puteri Saadung peri kedahsyatan itu didukacitakanlah ia seraya
berkata, “Tidak aku sangka sekali-sekali perbuatan demikian. Jika begitu baiklah
aku sumpahi. Jika sungguh ibuku (Che Siti Jarum Begiling) jatuhlah darjah
bangsa dan keturunan Raja-raja Jembal hingga turun temurun dengan mendapat
nama yang kehinaan dan kepapaan”.
Lepas daripada disumpahinya lalulah disuruh rakyat-rakyat kembali.
Dipujuk dengan perkataan yang lemah lembut supaya duduk dengan bersenang
40
mudah-mudahan tak berapa lama nampaklah (zahir) biji butir sumpahnya itu.
Maka rakyat sekaliannya pun kembalilah dengan kesukaan dan keriaan kerana
dapat bagaimana di cita-citanya.
1 Che Siti Jarum Begiling adalah raja yang paling awal memerintah negeri Kelantan. Mengikut teks ini baginda tidak mempunyai ibu bapa. Cuma dia dikatakan ditemui oleh dua sakai (suami isteri) semasa mereka sedang menebang dan menebas hutan untuk dijadikan huma. Pengarang teks ini percaya bahawa Che Siti ini berasal daripada anak Raja Hindustan yang lari meninggalkan isterinya setelah kalah berperang dalam Ringkasan Cetera Kelantan pula pengarangnya mengatakan bahawa nama Che Siti itu adalah nama gelaran yang diberikan kepada Che Wan Kembang, iaitu anak kepada Raja Ahmad dan Che Banum (Nik Mahmud Ismail, 1934: 12).
2 Pengkaji tidak dapat menemui Kitab Geografi Semenanjung Negeri Kelantan walaupun telah meneliti senarai buku-buku karangan R.O. Winstedt di Perpustakaan Universiti Malaya.
3 Dalam naskhah RK ditulis “...pengarangnya menguatkan berpegang”. Manakala dalam teks yang tersiar dalam majalah Kencana pula ditulis “... pengarang menguatkan berpegang telah jadi sebuah negeri di dalam kurun yang kesepuluh lebih kurang”.
4 Puteri Saadong adalah anak Raja Jembal. Hal yang sama juga dicatatkan dalam Hikayat Seri Kelantan. Bagaimanapun dalam Ringkasan Cetera Kelantan (Nik Mahmud Ismail, 1934), Puteri Saadong adalah anak Raja Loyur dan cucu kepada Raja Sakti.
5 Dalam teks ini tidak diterangkan nama syeikh yang datang dari Patani itu. Bagaimanapun dalam Hikayat Patani (Siti Hawa Salleh, 1992: 5-7) ada diceritakan bagaimana seorang syeikh, iaitu Syeikh said telah mengislamkan Raja Patani pada masa itu, iaitu Phaya Tu Naqpa.
6Awang Selamat dan Mak Sang Kelembai dalam teks ini ialah orang asli yang tinggal di Kuala Lebir, Kelantan. Barangkali pengarang teks ini sengaja menamakan kedua-dua watak ini dengan nama-nama yang sering ditemui dalam cerita-cerita lisan Melayu. Awang Selamat biasanya ditemui dalam cerita lipur lara Melayu, manakala Mak Sang Kelembai pula dalam cerita legenda.
7 Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan dan Terengganu.
8 Dihasyat (dilebur) dialek Kelantan?
9 Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan dan Terengganu
10Cham ditulis dalam tulisan jawi dan juga rumi. Begitu juga beberapa perkataan lain seperti Pegu dan sebagainya.
11 Dalam majalah Kencana ayatnya berbunyi “…tiba-tiba berjumpalah pondok bapa”.
12 Dalam majalah Kencana ditulis sebagai k-r-t.
13 Ketabalan, sepatutnya pertabalan.
41
Pada suatu hari keluarlah Puteri Saadung ke balai penghadapan seraya
bertitah kepada sekalian rakyat-rakyatnya, “Aku keluar dari Kota Jelasin ke mari
dan merajakan anak-anak Raja Jembal pada fikir aku telah lepaslah daripadaku.
Tiba-tiba datang lagi perkhabaran yang mendukacitakan hatiku. Jika demikian
tidaklah guna aku duduk di sini. Lebih baik aku bersama-sama bondaku Che Siti
14 Dalam majalah Kencana berlaku kesilapan cetak “kiranya” telah dieja sebagai “kiwanya”.
15 Kelihatan seolah-olah penyalin tertinggal beberapa perkataan hingga menyebabkan ayatnya tergantung sekaligus menyebabkan peranan atau jawatan Awang Selamat dan Mak Sang Kelembai tidak jelas. Apabila disemak dalam majalah Kencana ayatnya juga sama seperti mana yang terdapat dalam naskhah RK.
16 Nama sebenarnya ialah Chao Ju-kua (Paul Wheatley, 1966:73).
17 Lihat lampiran E, peta Asia Tenggara yang memperlihatkan kedudukan Palembang.
18 Negara Kertagama ditulis dalam tulisan jawi dan juga rumi.
19 Lihat lampiran E, peta Asia Tenggara yang memperlihatkan kedudukan Majapahit. Tentang kemungkinan Kelantan di takluk oleh Majapahit seperti yang didakwa oleh pengarang, ianya tetap ada. Ini kerana Cerita-cerita Panji
20 Dalam majalah Kencana berlaku pengulangan perkataan tiada.
21 Dalam naskhah RK ditulis beramai.
22 Dalam teks RK tidak disebutkan siapa nama Raja Jembal. Bagaimanapun dalam Ringkasan Cetera Kelantan (Nik Mahmud Ismail, 1934) nama Raja Jembal yang telah menyerahkan anaknya kepada Puteri Saadong ialah Raja Loyur.
23 Dalam Ringkasan Cetera Kelantan (Nik Mahmud Ismail, 1934) budak lelaki yang ditemui dalam buluh dan akhirnya berkahwin dengan Puteri Mani Kemian ialah Raja Sakti. Raja Sakti ini pula adalah anak angkat kepada Raja Buluh Betung. Kononnya Raja Sakti ini ditemui oleh raja Bersiung di dalam buluh. Manakala Puteri Mani Kemian pula ditemui dalam buih yang hanyut di sungai.
24 Kota Jelasin inilah yang menjadi tempat tinggal Puteri Saadong dan suaminya Raja Abdullah. Kota ini dibina oleh ibu angkatnya, iaitu Che Siti. Apabila Puteri Saadong ditawan oleh Raja Siam, Raja Abdullah masih tinggal di Kota Jelasin. Apabila baginda terbunuh dalam perselisihan faham dengan Puteri Saadung, Kota Jelasin diserahkan kepada isteri muda Raja Abdullah. Dan akhir sekali kota ini diserahkan pula kepada adinda Raja Abdullah, iaitu Raja Rahim (Derahim).
25 Patani adalah salah sebuah wilayah di selatan Thailand. Penduduknya terdiri daripada orang-orang Melayu dan beragama Islam. Nama Patani diperolehi daripada nama seorang orang tua yang bernama Encik Tani (Siti Hawa Salleh, 1992:2-3)
26 Dalam naskhah RK ditulis sebagai kelam hutan juga, tetapi apabila disemak dan dibandingkan dengan cerita yang tersiar dalam majalah Kencana maka didapati penyalin tertinggal titik ga.
42
membuat ibadat”. Apabila habis sahaja perkataannya, ghaiblah ia dengan inang
pengasuh daripada pemandangan rakyatnya. Tidaklah diketahui entah ke mana
perginya kembali ke tempat yang asal (iblis), jadilah perhantuan (orang halus).
27 Pengasuh mula-mula diterbitkan pada 11 Julai 1918. Pengarangnya yang paling awal ialah Haji Muhammad Yusof bin Ahmad atau dikenali dengan gelaran Tok Kenali. Lain-lain pengarang majalah ini antaranya ialah Haji Nik Mahmud Ismail dan Haji Muhammad bin To’ Khatib Haji Muhammad Said (W.R. Roff, 1974:171-172).
28 Majalah al Kamaliah pertama kali diterbitkan pada tahun 1930. Ianya diusahakan oleh Umar bin Haji Taib, saudara sepupu kepada Asa’ad Shukri haji Muda. Ketua Pengarangnya ialah Haji Nuh bin Ali, seorang guru di Madrasah Muhammadi. Dia juga dikenali sebagai “Haji Nuh Lawyer” (R.R Roff, 1974:178-179).
29 Dalam naskhah RK ditulis k-r-w-n.
30 Dalam teks ditulis c-a-y, (chai). Tok Chai adalah istilah yang dirujuk kepada orang Siam yang tinggi ilmu agamanya. Mohd. Taib Osman (1961:52) dalam kajiannya ke atas teks Hikayat Seri Kelantan mentransliterasikannya sebagai Tok Cha.
31 Kesan daripada seher Chaya Siam
32 Dieja a-j-t-h-a-r.
33 Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan yang memperlihatkan kedudukan Kuala Kemayang yang sekarang dikenali Kuala Kemasin.
34 Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan yang memperlihatkan kedudukan Kuala Kemayang yang sekarang dikenali Kuala Kemasin.
35 Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
36 Pengkalan Gawang, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
37 Bukit Marak, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan yang memperlihatkan kedudukan Bukit Marak.
38 Tambok, dieja dalam tulisan jawi dan juga rumi. Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
39 Dieja t-a-‘-d-y.
40 Padang Layang, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
41 Raja Derahim (Ibrahim). Dalam sumber sastera sejarah Kelantan yang lain seperti Hikayat Seri Kelantan, juga disebutkan nama adinda Raja Abdullah yang dilantik menjadi raja di Kota Jelasin ialah Raja Ibrahim. Bagaimanapun dalam Rengkasan Cetera Kelantan, nama raja itu ialah Raja Derahim atau Abdul Rahim.
43
Adapun Raja Derahim di atas takhta memerintah Kelantan kemudian
daripada terkena sumpahan Puteri Saadung dari sehari ke sehari semakin layu
pemerintahannya hingga jatuh kerajaannya (lihat dan perhatilah ayuhai
saudaraku putera bumi Kelantan yang dikasihi keturunan raja-raja Jembal hingga
hari ini tiada beroleh rahmat hingga keturunan dengan kehinaan bagaimana
orang-orang yang kebanyakan, dengan kerana zalim bukan?. P).
Hingga di sinilah hilang kekuasaan keturunan Jembal memerintah
Kelantan. Akan tetapi tiadalah sunyi Kelantan diperintahkan oleh seorang raja.
Jika tidak di manakah rakyat menumpang berteduh sebegitu lama tiada
mempunyai raja kesemuanya itu mustahil tentulah ada. Akan tetapi tak dapat
dengan sahnya Cuma didapati orang-orang yang memerintah kemudian
daripadanya itu beberapa orang raja-raja yang adil. (Pada masa inilah agaknya
seorang syeikh dari Patani mengislamkan / orang-orang Kelantan hingga
merebaklah agama Islam seluruh Kelantan pada masa itu dan masyhurlah
namanya mempunyai orang-orang alim lebih daripada Patani. Lalu Patani
bermuafakat dengan Terengganu memerangi Kelantan42 serta di takluknya)
bagaimana tersebut dalam Kitab Ilmu Alam Melayu karangan Tuan R.O
Winstedt. Kemudian dari tarikh (1400), Kelantan di takluk oleh Terengganu dan
Patani, lihat muka 132 kitab ini.
42 Dalam Hikayat Seri Kelantan, pengarangnya tidak pula menceritakan tentang pakatan serangan di antara Terengganu dan Patani selepas kemangkatan Raja Derahim. Dalam naskhah itu pakatan serangan itu dikatakan berlaku selepas kemangkatan Long Yunus. Dalam Rengkasan Cetera Kelantan juga tidak ada diceritakan tentang pakatan serangan tersebut.
44
Maka kemudian daripada ini datanglah pula Melaka menakluki Kelantan
pada masa Sultan Mahmud Syah berkerajaan di Melaka bagaimana tersebut di
dalam Kitab Ilmu Alam Melayu karangan Encik Abdul Hadi. Maka pada tahun
Masihi 1477 Sultan Mahmud Syah43 menghantar askarnya menakluki dan
mengalahkan Kelantan serta Patani sekali, lihat muka 26 kitab ini.
Kemudian daripada inilah agaknya Kelantan kembali menjadi hutan rimba
dan [tidak] beraja bagaimana tersebut di dalam kitab Geografi Semenanjung
Negeri Kelantan karangan Yang Amat Berhormat Datuk Perdana Menteri
Paduka Raja.
Pada awal kurun yang keenam belas barangkali Kelantan kembali
menjadi hutan rimba dan tiada beraja. Akan tetapi di dalam peta-peta Hollanda
dan Portugis di dalam pertengahan kurun yang keenam belas telah ada nama
Kelantan, iaitu sebuah bandar tiada berapa jauh daripada kuala Suangi
Kelantan. Di dalam peta-peta Tanah Melayu Besar / yang dizahirkan pada kurun
yang kelapan belas almasihi oleh Paderi p-l-a-s-y-d dan Tuan Kuniduial tiada
pula nama Kelantan di dalamnya. Akan tetapi di dalam tahun alamsihi 1757 di
dalam peta Tuan Robert ada pula bandar Kelantan. Agaknya pada akhir kurun
yang ketujuh belas dan awal kurun yang kelapan belas pula bandar Kelantan,
lihat muka 16 kitab itu.
43 Dalam Sejarah Melayu (Shellabear, 1992) ada diceritakan bagaimana Sultan Mahmud Shah menghantar Bendahara Sri Maharaja ke Kelantan untuk memerangi negeri itu setelah raja Kelantan pada masa itu enggan menyembah ke Melaka. Bendahara Sri Maharaja mengalahkan angkatan perang Kelantan dan menawan tiga orang puteri raja Kelantan. Salah seorang daripadanya, iaitu Cobak telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud Syah.
45
Apabila kita telah ketahui daripada huraian ahli-ahli tarikh yang masyhur
bahawa Kelantan telah menjadi hutan rimba pada masa itu, maka harus
berpecah belah rakyat-rakyat negeri membawa haluannya masing-masing.
Barangkali ada yang membuat kampung di darat dan sebagainya. Maka di sini
eloklah tinggalkan dahulu dan berharap kita menceritakan suatu kisah punca
yang boleh Kelantan kembali menjadi negeri dan beraja-beraja semula.
Bahagian Yang Kedua Kedatangan Anak Raja Patani Membuka Kota
Kubang Labu Kelantan.
Tersebut seorang raja negeri Patani44 Siam, (namanya kita tak dapati
dengan sahnya hanyalah orang-orang tua sahaja meriwayatkan. Jika tidak salah
/ periwayatkannya “Baginda Datuk Pasir”45. p.
Berapa lama di atas takhta datanglah seorang putera dengan surinya
dinamakan Long Sulong46. Oleh sebab teradat di sisi raja-raja pada zaman itu
44 Patani terletak di bahagian selatan negara Thailand. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada orang-orang Melayu. Lihat lampiran D, peta Selatan Thailand.
45 Dieja d-a-t-w-‘ p-a-s-y-r (Datuk Pasir). Dalam Hikayat Seri Kelantan, Raja Patani yang terlibat dalam peristiwa di atas ialah Raja Nang Chayanng.
46
apabila dapat seorang putera dilihat untung tuahnya. Pada suatu hari dititahkan
memanggil nujum kerana hendak mengetahui untung tuah puteranya. Apabila
sampai nujum ke hadapan serta di bilang-bilang ramalnya seraya berdatang
sembah, “Ampun tuanku, telah ternyatalah dalam nujum patik. Adapun seri
paduka anakanda Long Sulung ini tersangatlah besar celakanya. Jika tuanku
simpan porak perandalah negeri Patani”.
Adapun nujum yang tersebut terlebih dahulu daripada ia menghadap telah
di bilang-bilang ramalnya didapati Long Sulung itu tersangat-sangat tuahnya.
Akan tetapi tiada daya dan upaya hendak dipersembahkan “tuah” kerana telah
menerima beberapa pemberian (suap) daripada isteri muda baginda itu dan
disuruh kata “celaka” kerana isteri muda itu tiada mempunyai anak. Jika tidak ia
menjalankan begitu tak dapat tiada Long Sulonglah akan bertakhta di Patani, (Ha
begini baharu tahu, bukan?). telah didengar oleh baginda sembah nujum itu
murkalah baginda akan sebagai murka yang tak dapat dipadamkan lalu di titah
bunuh kepada seorang hulubalang.
Apabila dibawa Long Sulung keluar kota terjatuhnya hati hulubalang itu
dengan / belas kasihan kerana tiada apa-apa kesalahan hanyalah mengikut
perkataan nujum yang bedebah itu. Maka pada malam hari dihimpunkan
sekalian hulubalang yang kasih akan Long Sulung memberitahu hal itu. Di
sinilah sekaliannya menangis. Lepas daripada itu bermuafakatlah sekaliannya
46 Dieja l-w-ng-s-w-l-w-ng (Long Sulung). Dalam teks Hikayat Seri Kelantan raja yang memerintah di Kota Kubang Labu ialah Long Pandak. Baginda ialah adik ipar kepada raja negeri Legih.
47
lebih kurang tiga ratus orang lari keluar daripada negeri Patani membawa Long
Sulung. Maka berjalanlah sekaliannya. Di alam perjalanannya sampailah ke
Kelantan serta dipilih tempat dibuka negeri di Kubang Labu dengan didirikan kota
parit balai istana. Pada masa rakyat menebas dan menebang hutan membuat
kota itulah berjumpa suatu jaliran pokok labu yang telah berbuah yang sangat
besar (kata orang tua, labu yang tersebut besarnya lebih kurang dua pemeluk,
sehingga bekas duduknya menjadi kubang. Sekarang pun boleh dilihat bekas-
bekas kota itu).
Nyatalah daripada labu inilah digelarkan Kota Kubang Labu47 dan anak
raja inilah agaknya awal-awal menjadi raja dan mendirikan semula negeri
Kelantan yang telah menjadi hutan itu dan membuka kota Kubang Labu itu.
Kalau begitu bolehlah kita berpegang lebih kurang 150 tahun hingga masa ini
bagaimana tersebut di dalam Kitab Geografi Semenanjung Negeri Kelantan.
“telah nyata di dalam tahun hijrah 1194 bersamaan tahun almasihi 1780 bahawa
kerajaan raja yang memerintah negeri Kelantan pada masa itu di Kota Kubang
Labu iaitu / di seberang bandar Kota Baharu yang ada sekarang ini”, lihat kitab
itu.
Long Sulong yang tersebut masa itu masih kecil lagi dan dipelihara di
Kota Kubang Labu dengan sempurnanya, tiada diberi lebih kurang. Oleh sebab
47 Dalam teks lain seperti Hikayat Seri Kelantan dan Rengkasan Cetera Kelantan tidak diterangkan bagaimana Kota Kubang Labu mendapat nama.
48
hendak menyelamatkan Long Sulung daripada berbahaya penjahat-penjahat dan
lainnya, berkawal-kawal (menjaga) lah sekalian hulubalang yang tiga ratus itu di
sekeliling kota dengan pakaian baju merah, hitam dan putih. Serta disuruh
berjalan di sekeliling kota itu. Berapa lama dalam hal begitu, sampailah
perkhabaran kepada Yang Dipertuan Terengganu48 peri kebanyakan rakyat yang
datang dari Patani hendak melanggar Terengganu. Maka Yang Dipertuan pun
menghantar panglima-panglima hulubalang-hulubalang membawa rakyat beribu-
ribu melihat sebenar atau tidaknya perkhabaran itu. Jika sebenar lawan
berperang.
Apabila sampai di tebing Kelantan di tempat yang bernama “Pengkalan
Lebir”49 (sekarang pun dipanggil nama itu.p) lalu terpandang di sebelah Kota
Kubang Labu hulubalang pahlawan-pahlawan berjalan berbaris-baris dengan
berbaju putih, hitam dan merah. Dari pagi hingga petang diperhatikan baris-baris
itu sentiasalah mengelilingi kota yang tiada masa atau satu peluang pun kosong
atau berhenti daripada berbaris-baris. Maka terasalah ngeri panglima-panglima
Terengganu kerana pada sangkanya ramai sehingga mendatangkan ketakutan,
takut-takut datang melengkungi hulubalang-hulubalang dan rakyat yang
bersamanya lalulah lari kembali dan berhenti di suatu tempat perantaraan
(perenggan) / Kelantan dan Terengganu.
48 Dalam teks ini pengarang tidak menyebutkan nam sebenar Yang Dipertuan Terengganu itu. Besar kemungkinan gelaran itu dirujukkan kepada Tuan Dalam atau dikenali juga sebagai Marhum Janggut.
49 Pengkalan Lebir, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
49
Tatkala sampai di situ berbangkitlah perbalahan di antara panglima-
panglima kerana setengah hendak kembali ke Terengganu dan setengah tidak
hendak kembali takut dimurkai oleh Yang Dipertuan. Maka jadilah suatu
peperangan sama sendiri dan banyaklah yang mati. Dalam peperangan inilah
seorang demi seorang berkata ‘busuk’ sungguh kita orang-orang Terengganu
kerana kesalahan itu menjadi perang. Maka dengan perkataan itulah masing-
masing berfikir, benar dan dengan sendirilah berhenti peperangan itu. Inilah
sebab-sebabnya dinamakan tempat itu kampung Busuk, akhirnya dengan lama-
kelamaan, Besut50. (ialah sebuah jajahan Terengganu, hingga sekarang tiada
hilang namnya itu.p).
Apabila besar Long Sulung lalu dirajakan di Kota Kubang Labu
memerintah dengan adil. Di dalam hal begitu lalulah dipinang puteri Raja Legih51
bernama Engku Pasir Mas52 dan dikahwinkan mengikut adat raja-raja yang besar
dan duduklah bersuka-sukaan laki isteri. Telah tetaplah Long Sulung bertakhta
di Kota Kubang Labu, tiba-tiba datanglah seorang anak raja daripada Patani lalu
dijadikan bendaharinya ialah Long ....53 . Barangkali terperanjat pembaca-
50 Besut adalah nama sebuah daerah yang terletak di dalam negeri Terengganu dan bersempadan dengan Kelantan. Lihat lampiran C, peta negeri Terengganu.
51 Legih letaknya di dalam negeri Thailand di bahagian selatan dan bersempadan dengan Kelantan. Lihat lampiran D, peta Selatan Thailand.
52 Engku Pair Mas. Dalam teks RK, beliau seorang perempuan iaitu puteri kepada Raja Legih. Bagaimanapun dalam Hikayat Seri Kelantan, Raja Kubang, Raja Kubang Labu ialah Long Pandak. Baginda telah berkahwin dengan adik Raja Legih. Raja Legih itu namanya Raja Pasir Mas.
53 Pengarang menggunakan tanda.. di dalam naskhah ini. Tanda ini merupakan satu cara pengarang untuk menimbulkan suspend kepada pembaca.
50
pembaca yang bijaksana dan bertanya diri / sendiri siapakah nama tubuhnya
seorang anak raja Patani itu? Kalau begitu dengarlah di dalam:
Bahagian Yang Ketiga
Asal Usul Long54 dan Datang ke Kota Kubang Labu Kelantan.
Negeri Kembayat (Moghul) yang di dalam Tanah China pun pembaca-
pembaca ketahui beribu-ribu tahun dahulu memeluk agama Islam. Maka tak
payahlah kita panjangkan kerana kita berkehendak di sini asasnya sahaja.
Dengan takdir Tuhan melakukan55 kudrat iradatnya, tiba-tiba berbangkitlah
huru hara peperangan di dalam negeri Kembayat yang tersebut di antara
kerabat-kerabat negeri kerana merebut takhta kerajaan. Oleh sebab perkara
yang seperti itu semakin itu semakin lama semakin besar dan nyala tak
terdamailah. Dalam hal begitu lari dan hundurlah seorang daripada putera yang
berebut-rebutan takhta itu bersama-samanya sebelas orang daripada kerabatnya
kerana takut terkena tawan menaiki sebuah wangkang menuju lautan besar. Di
dalam pelayarannya itu tiba-tiba bertiuplah angin dengan kuatnya
54 Dalam teks RK ini, nama Long Yunus dieja l-w-ng y-w-n-w-s. Muhammad Yusoff Hashim (1991:842) telah mentransliterasikan nama Long sebagai Lun. Long Yunus adalah anak kepada Tuan Long Nik dan cucu kepada Datuk Pengkalan Tua. Datuk Pengkalan Tua pula ialah anak kepada Datuk Wan yang berasal daripada Kembayat Negara. Manakala dalam teks Hikayat Seri Kelantan pula Long Yunus adalah anak kepada Long Sulaiman, iaitu anak kepada Raja Kembayat Negara yang lari ke Patani.
55 Penyalin naskhah tersilap sehingga menyebabkan perkataan “melakukan” bertukar menjadi “ku mulakan”.
51
menenggelamkan wangkang itu. Maka terapung-apunglah sekaliannya di laut
yang besar dan maha dalam itu dengan tiada mendapat pertolongan. Hanyalah
keping-keping papan di dalam wangkang itu sahaja yang dapat
mempertahankan dirinya daripada tenggelam.
Beberapa lama terapung-apung di dalam lautan itu hampirlah dengan
daratan dibawa oleh harus dan terdamparlah seorang daripadanya ke tepi
sebuah pantai jajahan Patani. Keesokan hari sedang si pemukat-si pemikat balik
daripada pekerjaannya terjumpalah seorang di tepi pantai dan mengetahuilah ia
bahawasanya orang pecah perahu di laut lalu diambil dimuatkan e ke perahunya
menuju ke kuala dan dibawanya di persembahan kepada menteri Patani. Oleh
sebab menteri (Al Sadaral Adzam) itu seorang yang mempunyai Ehsan lagi
pengasih sayang yang sangat suka menaruh belas kasihan lalulah dipelihara
seorang gharib musafir.
Syahdan, adalah Perdana Menteri itu bukanlah sebarang orang yang
kebanyakan tetapi sangat ketahui ia ilmu firasat (ilmu firasat). Maka telah
nyatalah firasatnya bahawa bukanlah ia sebarang manusia tetapi telah
diketahuinyalah seorang dari bangsa putera (raja-raja) yang terbilang sangat
dengan tiada syak. Dari ke sehari sentiasa menteri yang tersebut
memperhatikan gerak geri tingkah lakunya tiada didapati suatu cacatnya lalulah
dikahwinkannya dengan anaknya. Pandai pula anak raja yang tersebut
memperhambakan dirinya hingga dikasihi pula / oleh baginda Nam Cayam56 (raja
52
negeri Patani) seolah-olah anak baginya. Maka pabila mangkat baginda Nam
Cayam dengan halus siasatnya dapatlah ia menjadi Raja Patani menggantikan
baginda Nam Cayam bergelar Datuk Wan.
Beberapa lama di atas takhta kerajaan dikurniakan oleh Tuhan seorang
putera dinamakan Datuk Pengkalan Tua57. Dan daripada Datuk Pengkalan Tua
inilah dapat tiga orang putera:
1. Datuk Pasir58
2. Tuan Besar59
3. Tuan Long Nik60
Sepeninggalan mati Datuk Pangkalan Tua, Datuk Pasirlah menjadi Raja Patani
dan kedua-dua saudaranya itu dipelihara tidak diberi kekurangan serba serbi.
Pada suatu hari sedang Datuk Pasir bertiga saudara di hadapan menteri
hulubalang, maka berdatang sembah Tuan Besar kepada baginda Datuk Pasir:
56 Nam Cayam (Phra Nan Chao Yang). Dalam “A Fragment of the History of Terengganu and Kelantan” (JSBRAS, No. 72, Mei 1996), nama Nam Cayam juga disebutkan sebagai raja Patani.
57 Datuk Pengkalan Tua (d-a-t-w-‘ p-ng-k-a-l-n –t-w-a)
58 Datuk Pasir (d-a-t-w-‘ p-a-s-y-r)
59 Tuan Besar (t-w-a-n b-s-r)
60 Tuan Long Nik (t-w-a-n l-w-ng n-y-k).
53
Tuan Besar: “Kekanda semenjak besar, adinda sentiasalah terangan-angan dan
tercita-cita hendak meluaskan negeri kita. Maka rahsianya yang dapat kita
meluaskan kekuasaan itu telah terbayang-bayanglah di fikiran adinda iaitu
dengan jalan kita memerangi mana-mana raja yang kediamannya di antara
Patani. Oleh sebab nampak bayangan-bayangan di fikiran adinda begitu,
berazam adinda memulai memeranginya dengan setengah daripada hulubalang-
hulubalang kita. Kekanda dan adinda tinggallah menjaga dan / memerintah
Patani ini dengan sempurna. Dan hari pemergian itu ialah pada hari ini juga,
kerana inilah hari yang terlebih molek”.
Datuk Pasir,”Kekanda bersetuju”. Lepas daripada berpesan sedikit lebih
kurang, berangkatlah Tuan Besar dengan hulubalangnya tempuh hutan yang
tebal-tebal hingga hilang dan ghaib sama sekali yang tiada dapat dicari.
Beberapa lama kemudian daripada itu Tuan Long Nik bersama-sama
saudaranya tiba-tiba di kurnia Tuhan seorang putera serta dinamakan Long
Yunus. Sungguhpun mendapat putera, akan tetapi tiadalah sehari pun hilang
kedukaan kehilangan saudaranya, kurus kering. Maka dengan penyakit itulah
habis mati lalulah dimakamkan mengikut adat raja-raja (kita tidak dapati tempat
perkuburan Tuan Long Nik itu, hingga bersusah payah bertanya orang tetapi
masing-masing tak dapat menerangkan. P).
Kemudian daripada itu berdukacitalah Datuk Pasir kerana kedua-dua
saudaranya telah mati, maka oleh sebab hendak menghilangkan dukacita lalulah
54
dipelihara Long Yunus sehingga besar. Pada suatu masa jatuhlah suatu
kesakitan yang berat di atas Datuk Pasir (Raji Patani) yang tak dapat tabib di
dalam negeri mengubati lalu dipanggil nujum. Sedang nujum membilang-bilang
ramalnya, berdatanglah sembah, “Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Adapun
penyakit tuanku ini tiadalah ubatnya selagi tuanku menyimpan dan pelihara Long
Yunus anak saudara tuanku itu kerana besar tuah celakanya”.
Demi didengar sembah nujum itu mukalah akan sebagai murka yang tak
dapat / dipadamkan seraya bertitah: Datuk Pasir, “Hei Long Yunus, anak yang
bertuah celaka. Hundurlah kamu dari sini dan keluarlah engkau dari negeriku
sekarang juga. Aku tidak suka dan tidak sudi memeliharamu lagi”. Demi
didengar Long Yunus kemurkaan baginda itu lalu keluar pada masa itu juga dari
negeri Patani dengan bercucuran air matanya segenap jalan terkenangkan
untungnya yang malang (begitu yang selalunya orang yang dibenci tambahan
tiada berbapa.p). Di dalam perjalanannya masuk hutan keluar hutan
menyeberang beberapa anak sungai sampailah ke Kota Kubang Labu
memperhambakan diri kepada Long Sulung.
Oleh sebab Long Yunus ini seorang yang berperangai baik, kasihlah Long
Sulung lalu dijadikan Bendaharinya dengan mendapat beberapa kesenangan
dan kesentosaan (begitulah seorang azab seksa dahulu itu kemudian
dikurniakan Tuhan kesenangan pula. Jika begitu janganlah kita fikirkan
kesenangan itu selama-lamanya dengan tidak didapati susahnya. Begitu juga
55
sebaliknya, kerana susah dan senang itu sentiasa berdampingan kedua-duanya
sebagaimana saudara yang tidak bercerai selama-lamanya, hubaya-
hubaya !!!.p).
Bahagian Yang Keempat. Perbunuhan Engku Pasir Mas Kerana Cemburu
Suaminya, Long Ghafar Melanggar Kubang Labu dan Kemenangan Long
Sulung.
Memerintahlah Long Sulung di Kota Kubang Labu dan bersuka-sukaan
dengan isterinya Engku Pasir. adapun Engku Pasir itu ada seorang saudara
pupunya bernama Long Ghafar (Jaafar) yang sentiasa berulang alik dari rumah
ke Kota Kubang Labu menziarah saudaranya. Maka pada suatu masa sedang
Long Ghafar di Kota Kubang Labu bersama-sama Long Yunus bendahari Long
Sulung, tiba-tiba dengan takdir Tuhan melakukan kudrat iradatnya supaya
berpanjangan RK tiba-tiba dilihat oleh Engku Pasir akan kain cukin yang dipakai
oleh Long Ghafar itu tersangat pelik dan elok coraknya lalu dipohon pinjam bagi
contoh yang hendak ditenunnya sendiri, lalu dipersembahkan kain itu. Kemudian
daripada itu kembalilah Long Ghafar ke negerinya. Adapun Engku Pasir Mas
apabila diterima kain ini lalu disangkut di atas jentera tenunnya. Pada masa itu
Long Sulung di balai penghadapan. Tak beberapa lama masuklah ia ke istana
56
lalu ke tempat isterinya bertenun, tiba-tiba terpandanglah kain cukin Long Ghafar
yang tersangkut / di jentera itu. Pada masa itu bersemburlah darah cemburunya.
Dengan tidak usul periksa lagi dicabut keris dipegang sanggul dibelah perut
dengan serta merta mati. Apabila telah mati lalu dititahkan membawa gajah
kenaikan Engkau Pasir Mas yang dibawa dari Legih pada masa berkahwin
dahulu Dang Malar lalu diletakkan mayat Pasir Mas ke atas belakang gajah itu
dengan tidak diberi gemala dan dilepas keluar kota dengan diberi isyarat suruh
kembali ke negeri Legih. Berjalanlah gajah itu dengan tiada gemalanya menuju
negeri Legih.
Maka tatkala sampai gajah itu di pintu kota negeri Legih pada ketika
malam menjeritlah dengan suaranya yang kuat hingga terkejut Raja Legih dan isi
negeri istana. Maka dikenallah suara itu ialah suara gajahnya Dang Malar yang
diberi kepada anaknya Engku Pasir Mas. Lalu dititahkan buka pintu. Maka
masuklah gajah itu ke halaman balai serta melipatkan dua kaki hadapannya
dengan mengisyaratkan belalainya kepada tempat mayat Engku Pasir Mas.
Demi terpandang Raja Legih akan mayat anakandanya berlumur dengan darah
lalu diperiksa didapati perut telah terbelah. Terkejut dan bercucuran air matanya
dan berfikir tiada lain yang membunuh anakku melainkan Long Sulung. Kalau
begitu apalah guna aku hidup di atas dunia. Mata siapa yang aku pandang lagi.
Sehingga hancur negeri Legih aku ingat dan aku tuntut bela kematian anakku.
Kemudian daripada itu bertitahlah kepada panglima hulubalang menghimpun
57
dan menyediakan alat peperangan serta diberi tahu kepada anak saudaranya
Long Ghafar61 yang di negeri Reman / datang ke Legih melanggar Kubang Labu.
Apabila telah berhimpun sekaliannya, pada hari yang baik berangkatlah
Long Ghafar menuju Kota Kubang Labu. Apabila hampir lalu dititahkan berhenti
kerana menghilang penat berjalan. Perkhabaran angkatan Legih di luar kota
dipersembahkan kepada Long Sulung akan tetapi tidak dihiraukan, asyik dengan
bermain catur. Tiada lain keluar dari mulutnya, “Nantilah sebentar, habis main
sepapan ini”62. Di dalam hal begitu Long Ghafar pun langgar masuk ke dalam
kota langsung ke balai, didapati Long Sulung sedang asyik bermain catur lagi
lalu dicabut keris ditikam dari lambungan kanan63 terus ke kiri lalu rebah dan
mati. Lalu dititahkan tanam bagaimana adat istiadat raja-raja dan dinasihatkan
rakyat negeri Kelantan Kota Kubang Labu supaya jangan berpecah-pecah,
duduklah bagaimana sedia kala. Kemudian daripada itu kembalilah Long Ghafar
ke negerinya dengan tidak ia ambil kota Kubang Labu itu di bawah takluknya
kerana peperangan itu bukanlah berbuat negeri, hanyalah menuntut bela dan
membayar hutang kematian saudaranya sahaja.
Apabila kembali Long Ghafar bertakhta pula Putera Long Sulung di Kota
Kubang Labu. Di sini barangkali hairan pembaca-pembaca yang bijaksana.
Barangkali mendatang beberapa soalan, ke mana pergi Long Yunus Bendahari
61 Di sini penyalin menulis Long Jaafar.
62 Habis main sepapan, bermaksud bermain hingga tamat permainan (ada yang dan yang menang).
63 Bermaksud rusuk kanan.
58
Long Sulung Kota Kubang Labu di dalam masa pergaduhan itu. Ya baiklah di
bawah ini kita ceritakan di dalam:
Bahagian Yang Kelima (Long Yunus Bertempat di Rumah Mandur Mis dan
Melarikan Diri ke Hutan Kegarung)64
Pada masa berlaku peperangan di Kota Kubang Labu yang diceritakan di
dalam bahagian yang keempat itu, Long Yunus tiada di Kota Kubang Labu telah
beberapa hari dengan lima orang hulubalangnya masuk hutan memikat burung
ketitir. Apabila habis pekerjaan memikatnya, kembalilah ia ke Kota Kubang
Labu. Di sinilah baharu hal ehwal peperangan dan pembunuhan Long Sulung.
Maka hundurlah berserta hulubalangnya menyeberang sungai terus ke Kota
Jelasin dan menumpang di rumah seorang kaya namanya Mandur Mis. Diberi
sebuah rumah yang khas dan duduklah Long Yunus dengan hulubalang-
hulubalangnya di situ dengan senang.
Tiada berapa lama Long Yunus di rumah Mandur Mis itu, tiba-tiba suatu
hari tibalah beberapa hulubalang Reman ke Kota Jelasin dan berhenti di sebuah
rumah yang berhampiran dengan rumah Mandur Mis. Maka syaklah Long Yunus
akan kedatangan panglima-panglima itu kerana mencarinya dan (dan) hendak
dibunuh bagaimana Long Sulong. Oleh sebab bersangat kuat godaan
64 Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan. Walaupun nama Hutan Kegarung tidak ada, tetapi ada kemungkinan nama tempat itu telah bertukar.
59
sangkaan, lalu larilah bersama-sama hulubalangnya ke dalam suatu hutan /
namanya Kegarung (sekarang telah menjadi kampung ke garung di dalam
daerah Sungai Pinang65.p) serta membuat sebuah pondok di situ.
Bahagian Yang Keenam
Long Ghafar (Jaafar) Bersama Tujuh Orang Panglima ke Terengganu
Menyabung Ayam Melalui Kota Jelasin.
Di atas tadi kita menceritakan kedatangan panglima-panglima Reman ke
Kota Jelasin hingga lari Long Yunus Kegarungan kerana takut dibunuhnya.
Maka jika kita tidak ceritakan awalnya barangkali mendatangkan keliruan. Jika
demikian berharaplah kalam menceritakannya.
Adapun Long Ghafar tambah-tambah telah ketahui tentera daripada Raja
Reman saudara pupu Engku Pasir Mas yang mati terbunuh kerana sehelai kain
jugin66 Long Ghafar. Maka kemudian itu telah diceritakan bagaimana dibela
bagaimana diceritakan di dalam bahagian yang kelima dan kembali kedua-dua
pasukan Legih dengan beberapa kesukaan. Begitu juga pasukan Long Ghafar
65 Sungai Pinang, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
66 Ditulis kain jugin. Mohd Taib Osman (1961) ketika mengkaji teks Hikayat Seri Kelantan untuk keperluan ijazah sarjananya mentransliterasikan sebagai kain cukin.
60
serta dipersembahkan kepada ayahandanya hal ehwal peperangan. Maka di
sinilah Long Ghafar mengambil kerehatan kerana lepas daripada peperangan.
Maka pada suatu hari didapatilah suatu perkhabaran mengatakan Bugis
akan masuk ke Terengganu menyabung ayam dan taruhannya di terima
seberapa banyak. Teringinlah Long Ghafar menyabungkan ayamnya, bakas
racun kerana ayamnya itu habis dijajah negeri yang besar kesemua dapat
dikalahkan hingga tidaklah dapat terlawan, lalulah menghadap ayahandanya
memohon izin. Apabila telah diizinkan oleh ayahandanya, berangkatlah Long
Ghafar dengan dua panglima dan lima hulubalang dengan mengenderai gajah
jantan yang bernama “Muduwas”. Adapun panglima yang bersamanya itu
seorang bernama Penghulu Adas dan seorang lagi Tok Daud. Di dalam
perjalanannya, sampailah ke Kota Jelasin dan menumpang berhenti di sebuah
rumah yang berhampiran dengan rumah Mandur Mis. Di sinilah dilihat oleh Long
Yunus kedatangan hulubalang-hulubalang Reman disangkakan hendak
mencarinya. Pada halnya tidak, semata-mata ke Terengganu menyabung ayam.
Bahagian Yang Ketujuh
Persahabatan di Antara Long Ghafar dan Long Yunus dan Bersama-sama
ke Terengganu dan Kembali Memerangi Kelantan.
61
Kehilangan Long Yunus bagaimana diceritakan di dalam bahagian yang
ke lima itu ratalah dicari oleh Mandur Mis dan didapati menyembunyikan dirinya
di Garung67 serta bertanya sebab-sebabnya sehinggalah diketahuinya iaitu
kedatangan Long Ghafar dan hulubalang / hendak menangkap Long Yunus.
Apabila datang begitu lalulah Mandur Mis menghadap Long Ghafar serta
berdatang sembah:
Mandur Mis,”Ampun tuanku, kedatangan patik ini hendak memohon aman
kerana patik percaya kesampaian tuanku di sini hendak menangkap adinda Long
Yunus Bendahari Raja Kota Kubang Labu ada tinggal di rumah patik. Maka oleh
sebab adinda Long Yunus itu tiada suatu kesalahan pohonlah dilepaskan”.
Terpegun Long Ghafar apabila mendengar perbahasan Mandur Mis itu kerana
hairan yang kedatangannya tidak sekali-kali berniat hendak menangkap Long
Yunus, seraya bersabda:
Long Ghafar, “Hei bapaku Mandur Mis, di manakah bapaku mendapat
perkhabaran itu kerana kedatangan kita ini semata hendak ke Terengganu
menyabung ayam. Oleh sebab hendak berhenti lelah singgahlah di sini dan
janganlah bapaku percaya perkhabaran yang dusta itu. Adapun kita membunuh
Long Sulung itu kerana hutang darah dibayar darah. Kalau begitu di manakah
perginya sekarang Long Yunus dan bawalah ke mari berjumpa kita”.
67 Garung, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
62
Mandur Mis, “Inilah sebabnya patik menghadap hendak mendapat ketahui
dengan terangan”. Lepas daripada itu dibawanyalah Long Yunus menghadap
Long Ghafar. Di sinilah bertangis-tangisan kerana lama perceraian dan masing-
masing menceritakan halnya. Dari sehari ke sehari bertambah-tambah hampir
tali persahabatannya seolah-olah saudara. Lamalah Long Ghafar dan Long
Yunus berkasih-kasihan di situ, maka pada / suatu hari bermuafakatlah kedua-
duanya hendak ke Terengganu menyabung ayam. Apabila telah bersetuju,
berangkatlah Long Ghafar dan Long Yunus, dua panglimanya dan 12
hulubalangnya (termasuk sekali hulubalang Long Yunus).
Di dalam perjalanannya masuk hutan keluar hutan menaiki bukit dan
menyeberangi beberapa anak sungai, tiba-tiba sampailah ke Terengganu lalu
masuk menghadap Yang Dipertuan (masa itu kata orang-orang tua raja
memerintah Terengganu ialah Sultan Mansur.p)68 memperhambakan diri.
Kedatangan Long Yunus dan Long Ghafar (Jaafar) itu diperhatikan oleh Yang
Dipertuan akan tingkah laku, gerak gerinya. Di sinilah tertarik hatinya dan
jatuhlah kasih sayang lalu dipelihara dan dijadikan anak angkat dan duduklah
kedua-duanya dengan kesentosaan.
Oleh sebab Tuhan hendak menunjukkan kudrat iradat kepada hambanya
yang bersaf-saf di muak bumi ini supaya mengetahui dan mengenalnya mudah-
68 Sultan Mansur Syah (Tuan Dalam) dikatakan memerintah Terengganu pada awal abad ke 18 (Muhammad Yusoff Hashim, 1991:154)
63
mudahan tidaklah buta akal fikiran umat Islam bagaimana buta hati dan mata
kaum muda. Pada suatu masa dengan tidak disangka-sangka masuklah tujuh
buah jong (perahu) perompak Bugis ke Terengganu penuh muatannya emas dan
perak yang dapat daripada rampasan berlabuh di pelabuhan Terengganu lalulah
menghadap Yang Dipertuan seraya berdatang sembah:
Bugis,”Ampun tuanku beribu-ribu ampun, kedatangan patik ini meminta hendak
menyabung ayam dengan duli tuanku”.
Yang Dipertuan, “Kita tersangat-sangat dukacita hendak meluluskan kehendak
kamu itu kerana tidaklah pernah kita dan putera bumi Terengganu berjudi ayam
atau sebagainya. Tambahan pula tiadalah kita mempunyai dan memelihara
ayam sabungan”.
Bugis, “Ketahuilah patik bahawa tuanku tiada pernah memelihara dan
mempunyainya. Sungguhpun begitu kedatangan patik-patik sekalian Bugis
sangat-sangat berhajat menyabung ayam. Jika sekiranya tuanku tak dapat
mencari ayam sabungan dan sanggup menyabung, tidak syak lagi negeri
Terengganu patik rompak bagaimana yang telah patik jalankan beberapa buah
negeri”.
Apabila lepas daripada berkata-kata begitu, lalulah bermohon kembali ke
perahunya menanti apa-apa perkhabaran. Demi didengar oleh Yang Dipertuan
64
sekalian kata-kata Bugis itu naiklah suatu perasaan takut serta dukacita.
Sebentar lagi berhadap kepada anak peliharaannya Long Ghafar dan Long
Yunus seraya bertitah:
Yang Dipertuan, “Bagaimana fikiran anakku akan kata-kata Bugis itu dan
bolehkah anakku kedua ikhtiarkan ayam dan sanggupkah melawannya?”
Long Ghafar, “Di atas patiklah menyediakan ayam dan sangguplah
melawannya kerana apalah gunanya tuanku memelihara patik berdua jika tidak
dapat patik menolong di dalam perkara yang tersangat kecil itu”.
Demi di dengar oleh Yang Dipertuan akan sangupan Long Ghafar itu,
lapanglah sedikit dadanya dan dengan serta-merta berseri-serilah cahaya
wajahnya dengan kesukaan yang tak dapat diperikan lalu bertitah memberitahu
Bugis kerana menetapkan hari perjuangan”. Sebentar lagi sampailah Bugis ke
penghadapan lalu bertitah:
Yang Dipertuan, “Kehendak kamu kerana menyabung ayam itu sekarang telah
sedia Cuma apa-apa perkhabaran dari pihak Bugis sahaja.
Bugis, “Apabila telah sedia di sebelah pihak tuanku, silalah tetap hari dan
tempatnya supaya patik sediakan”. Lalu berhadaplah Yang Dipertuan kepada
Long Ghafar seraya bersabda, Yang Dipertuan, “Tetaplah anakku apa harinya
65
dan di mana tempatnya. Demi didengar oleh Long Ghafar sabda Yang
Dipertuan begitu lalulah berhadap dan berkata kepada Bugis:
Long Ghafar, “Hari perjuangan itu seminggu lagi dan tempatnya di pantai Batu
Buruk”69. Apabila telah tetap begitu bermohonlah Bugis ke perahunya
menyediakan ayamnya. Begitu juga Long Ghafar.
Sampailah hari yang ditetapkan, penuhlah putera-putera bumi Terengganu dan
lainnya berhimpun di pantai Batu Buruk melihat temasya yang payah berjumpa
itu dan kedua pihak pun hadir. Maka bertitahlah Bugis:
Bugis,”Kedua-dua ayam telah sedia dan akan dilepaskan. Maka terlebih dahulu
daripada dilepas, tetapkanlah pertaruhannya dahulu. Bagi pihak Bugis sekalian
harta benda emas perak dan jong-jongnya. Hanyalah diminta sebuah sahaja
kerana kembalinya”.
Long Ghafar, “Bagi Terengganu, kalau alah ambillah setengah negeri
Terengganu ini jadikan pertaruhan pertaruh”70. Adapun perkataan yang keluar
dari mula mulutnya Long Ghafar, setengah negeri Terengganu taruhannya itu
tidaklah diketahui oleh Yang Dipertuan, semata niat Long Ghafar apabila kalah ia
hendak dilawannya berperang”.
69 Batu Buruk, lihat lampiran C, peta negeri Terengganu.
70 Dalam Hikayat Seri Kelantan dikatakan Raja Terengganu sendiri yang menawarkan ke seluruh negerinya kepada orang-orang Bugis sekiranya ayam Long Ghafar dan Long Yunus kalah dalam pertarungan itu,”… jikalau kalah anak kami itu menyabung ayam itu, negeri kami inilah kami serahkan kepada diri sekali dengan rakyat-rakyat”.
66
Apabila telah berikrar begitu, memulailah mengikat taji membasuh ayamnya dan
dilepaskan kedua-dua ekor ayam itu. Maka berjuanglah keduanya dengan
dahsyat hingga muka tiap-tiap seekor itu berlumur darah. Tiba-tiba tersilap
langkahan ayam Bekas Racun, kenalah mata taji sayapnya lalu patah. Demi
sahaja patah sayapnya, terbanglah ia ke atas lengan Long Ghafar seolah-olah
memberitahu kesakitannya (amboi, seekor ayam begitu pandai dan tahu
kesakitannya. Manusia bagaimana, adakah ditahan tengkuk sahaja kalau sakit
pun? ?.p). Apabila dilihat Long Ghafar ayamnya telah rosak, memekislah ia, “Cis
Bakas Racun”, seraya berseru, “Hei Bakas Racun Reman keturunan sabungan,
yang tiada pernah kalah di medan, tiba-tiba pada kali ini menunjukkan hati
budimu di negeri Terengganu. Jika sungguhmu sejati keturunan ayam sabungan
Reman yang menjajahi Legih, Kelantan sehingga Terengganu, sapukanlah arang
mukaku dan tunjukkan untung tuahmu. Jika sungguh untung tuahku
berpanjangan, cederakanlah borek Bugis lawanmu itu”.
Demi habis sahaja seruannya, terjunlah Bakas Racun dari lengannya berjuang
semula. Di dalam asyik berpalu-paluan dan berpagut-pagutan, tiba-tiba
terkenalah taji Bakas Racun ke tengkuk borek Bugis. Oleh sebab taji Bakas
Racun itu tersangat-sangat bisa, menggeleparkan borek Bugis dengan naik biru
seluruh tubuhnya dan dengan serta-merta mati. Apabila mati borek Bugis,
tiadalah apa kedengaran lagi melainkan tempik sorak sekalian hulubalang
bagaikan terangkat Kota Terengganu. Kemenangan itu dipersembahkan kepada
67
Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Terengganu. Seribu kesukaanlah kerana
terlepas daripada mara bahaya Bugis yang celaka itu, seraya bertitah
menyediakan istiadat menyambut Long Ghafar dan Long Yunus bagaimana
menyambut kedatangan raja-raja yang agung.
Tiada berapa lama kemudian itu sedialah sekaliannya, maka sampailah
Long Ghafar berdua dan lainnya di pintu kota. Pada masa kesampaian itulah
istiadat menyambut dimulakan dan kedua-dua payung putih dan kuning pun
dibuka oranglah. Serta dijemputnya Long Ghafar di bawah naungan payung
putih. Maka engganlah Long Ghafar menerimanya dengan bersabda,”Aku
dukacita kerana tiada layak aku bernaung di bawah teduhan payung putih,
memadailah di bawah payung kuning. Biarlah adikku Long Yunus, kerana ialah
yang layak di bawah teduhan payung putih. Tambahan pula kemenangan ayam
itu pun dengan sebab tuahnya”. Maka sekalian hulubalang pun tidaklah terkata-
kata melainkan menurut sahajalah. Berapa pun Long Yunus enggan menerima,
akhirnya terpaksa juga menurut.
Apabila sampai ke balai penghadapan yang sedia dinanti oleh Yang
Dipertuan di atas / singgahsana, lalu sujud menyembah Long Ghafar berdua
serta menderitakan keadaan perjuangan ayam yang tersebut dari awal hingga
akhirnya. Maka bertitahlah Yang Dipertuan:
68
Yang Dipertuan, “Sebenarlah ayam itu menang. Setahu ayahanda tiap-tiap
sabungan ayam itu tentulah ada taruhannya. Kalau begitu sukalah ayahanda
hendak mengetahui apakah taruhan di sebelah pihak anakanda?.
Long Ghafar, “Ampun tuanku, adapun taruhan itu bagi pihak Bugis jika kalahnya
terserahlah sekalian harta benda dan perahunya. Hanyalah mintak sebuah
sahaja dengan bekalan bagi pelayarannya kembali. Bagi pihak patik sebelah
negeri Terengganu”. Terperanjat Yang Dipertuan mendengar, “sebelah negeri
Terengganu” serta menubuk-nubuk dadanya seraya bersabda, “semujurnya
menang, jika kalah tak dapat tiada diambilnya setengah negeri Terengganu”.
Long Ghafar,”Perkara itu tidaklah patik susah hati kerana berdua saudara dan
hulubalang-hulubalang telah terikat berikat dan berteguh janji, janji kalah
mengamuklah patik sehingga habis jiwa patik baharulah dapat diambil”.
Kemudian daripada itu lalu bertitah Yang Dipertuan memanggil Bugis seraya
bertanya sebenarkah bagaimana yang diceritakan oleh Long Ghafar itu. Maka
didapatinya tiada bersalahan. Besarnya hati Yang Dipertuan Terengganu
mendengarnya seolah-olah kejatuhan bulanlah rasanya, / seraya bersabda,
Yang Dpertuan, “Hei Bugis, janganlah kamu menaruh dukacita akan kekalahan
ayammu itu. Maklumlah tiap-tiap peraduan tak boleh tentukan kalah menang.
Oleh itu pertetapkan hatimu dan bersabarlah. Apakah kehendakmu lagi?
69
Bugis,”Ampun tuanku, tidaklah patik menaruh dukacita. Sememanglah begitu
tiap-tiap peraduan. Pada hari ini terserahlah ketujuh-tujuh buah perahu dan
muatan di dalamnya kepada tuanku dan pada hari ini juga patik memohon
kembali”.
Yang Dipertuan, “Baiklah”. Dengan dikurniakan beberapa persalinan. Begitu
juga bekalan kembali dengan secukup-cukupnya. Lepas daripada itu keluarlah
sekalian Bugis dari balai penghadapan naik perahu menuju lautan ke mana pergi
tak dapat diketahui. Tambahan pula kita tak berkehendak sangat ceritanya.
Adapun segala harta benda di dalam perahu Bugis itu pun diangkat oranglah, di
timbun-timbun di balai penghadapan. Maka bersabdalah Yang Dipertuan
kepada Long Ghafar dan Long Yunus:
Yang Dipertuan, “Ambillah sekalian harta ini kepada anakku kedua kerana
kemenangan itu dengan susah lelah dan jasa anakku”.
Sambungan Bahagian Yang Ketujuh
Persahabatan Di antara Long Gaafar dan Long Yunus dan Bersama-sama ke Terengganu dan Kembali Memerangi Kelantan
Long Ghafar, “Ampun tuanku, harap mengampuni persembahan patik. Adapun harta
benda ini tidaklah menjadi kegunaan bagi patik berdua. Semata-mata itu dengan ikhlas
sahaja kerana tuanku dan negeri Terengganu”.
70
Yang Dipertuan, “Ayahanda tersangat dukacita tentang pemberian ayahanda itu anakanda
tak suka menerimanya. Pada hal kemenangan itu dengan jasa anakanda, ayahanda sangat-
sangat terima kasih. Maka inilah mendatangkan serabut di fikiran ayahanda. Jika
demikian berkhabar benarlah hai anakku, apakah yang dihajati? Dan percayalah yang
ayahanda meluluskan walau apa sekali pun permintaan anakanda ayahanda tidak
galangkan. Asalkan berkhabar terus terang”. Demi didengar oleh Long Ghafar berdua
titah Yang Dipertuan sebegitu, terbukalah mulutnya seraya berdatang sembah;
Long Ghafar, “Ampun tuanku, adapun hajat yang tersimpan di hati patik berdua tersangat
besar, tidak patut dan layak patik pohonkan. Akan tetapi oleh sebab titah tuanku itu
memberi seluas-luas peluang bagi patik, beranilah patik sembahkan walau dimurkai
sekalipun, iaitu pohonkan tuanku mengurniakan rakyat 300 orang bersama-sama patik ke
Kelantan/.
Apabila didengar oleh Yang Dipertuan sekalian sembah-sembah dan permohonan Long
Ghafar berdua itu, dengan tidak berfikir panjang bersabdalah:
Yang Dipertuan, “Jika itu sahaja permintaan dan permohonan anakanda berdua, tidaklah
menjadi pelik, memang pun pertaruhan ayahanda akan hulubalang sebanyak 300 orang
itu kepada anakanda berdua kerana membalas kebaktian”.
Alangkah besar hati Long Ghafar berdua mendengar sabda Yang Dipertuan itu hingga
kemerahan pipinya dengan kesukaan dan keriaan. Kemudian daripada itu bertitahlah
71
Yang Dipertuan menyediakan alat senjata dan memperhimpunkan hulubalang pahlawan
serta perahu-perahu kenaikan menghantar keduanya.
Apabila mustaib sekaliannya, pada hari dan ketika yang baik, berangkatlah Long Ghafar
dan Long Yunus serta hulubalang-hulubalang pahlawannya dengan perahu menuju ke
Kelantan. Sedang tidak berapa lama sampailah ke Kelantan dan berhenti di rumah
Mandur Mis. Di situlah Long Ghafar menghantar surat kepada ayahandanya memintak
tiga ratus orang hulubalang kerana hendak dilanggar Kota Kubang Labu.
Apabila diterima surat itu oleh ayahandanya, lalulah dihantarkan hulubalang-hulubalang
bagaimana kehendak anaknya dan menerimalah Long Ghafar dengan suka hatinya.
Selang beberapa hari lamanya kemudian daripada kesampaian hulubalang Reman
berunding dan bermesyuaratlah Long Ghafar dengan Long Yunus. Apabila tetap harinya
bersiaplah hulubalang Reman dan Terengganu yang bersamanya sebanyak enam ratus
orang itu lalu dilanggarnya Kota Kubang Labu dan berperanglah/ kedua pihak itu dengan
tidak takut mati. Di dalam peperangan ini banyaklah hulubalang-hulubalang di antara
sebelah menyebelah mati. Di dalam asyik berperang itu tiba-tiba datanglah sebutir peluru
mengenai Long Ghafar tetapi mujur tidak menyebabkan mati dengan peluru itu hanyalah
pengsan sahaja. Apabila sedar daripada pengsan berhadaplah pula serta menyerbu
masuk ke dalam pihak Kota Kubang Labu. Oleh sebab kuat rempuhan Long Ghafar,
Long Yunus dan panglima hulubalangnya, pecahlah perang raja Kota Kubang Labu, lari
bercerai berai membawa diri dan dapatlah Kota Kubang Labu itu.
72
Apabila telah selesai daripada peperangan itu, masuklah sekaliannya ke dalam Kota
Kubang Labu dan menitahkan himpunkan sekalian rakyat dan dinasihatkannya supaya
jangan berpecah. Di sinilah Long Yunus memulai pekerjaan melantik Long Ghafar
menjadi raja. Demi dilihat Long Ghafar keadaan yang demikian, hairanlah ia seraya
bertitah:
Long Ghafar, “Ketahuilah kekanda akan kehendak-kehendak adinda itu hendak melantik
kekanda menjadi Raja Kelantan. Maka berbanyaklah kekanda menerima kasih di atas
kesusahan adinda tetapi dukacita kekanda kerana adinda telah ketahui banyak-banyak
pada masa di Terengganu lagi tentang sambutan payung putih dan kuning.
Mengetahuikah adinda sebab-sebab yang kekanda enggan duduk di bawah payung itu?”
Long Yunus, “Adinda telah faham. Adapun payung putih itu ialah raja dan kuning itu raja
muda atau panglima perang”.
Long Ghafar, “Apabila adinda telah faham, bagaimanakah begitu gopoh adinda hendak
melantik kekanda. Pada hal kekanda telah berlaku tiada layak bagi kekanda darjat raja
itu, hanyalah panglima perang”.
Long Yunus, “Sebab pun adinda menjalankan begitu kerana adinda lihat kekanda
tersangat mengambil usaha di dalam hal ehwal peperangan dengan beberapa kali
diserangi berbahaya yang hampir-hampir hilang jiwa. Maka oleh sebab tampak di
73
pandangan adinda jasa kekanda itu dengan suka dan ikhlas adinda hendak melantik
kekanda menjadi raja”.
Long Ghafar, “Sebenarlah begitu, akan tetapi janganlah adinda hairan tentang penat lelah
kekanda, di dalam masa perang hingga hendak dilantik menjadi raja kerana jasa. Kerana
pekerjaan yang tersebut memanglah tanggungan panglima. Maka tidaklah kekanda
panjangkan perbahasan lagi. Pendeknya kekanda tidak bersetuju, yang layaknya
adindalah menjadi raja”.
Kemudian daripada itu lalulah dilantik Long Yunus menjadi raja di Kota Kubang Labu
dan ianya (Long Ghafar) menjadi mengkubumi dan panglima perang bergelar Tengku
Sri Maharaja Perdana Menteri71. Di sinilah Long Yunus dan Tengku Sri Maharaja
Perdana Menteri berikat janji bersumpah setia. Lama juga Long Yunus bertakhta di Kota
Kubang Labu dengan adil. Akan tetapi/ sentiasalah bergerak-gerak hatinya hendak
diperbuat sebuah kota yang lain kerana hawa Kota Kubang Labu tiada bersetuju
dengannya. Tambahan pula tempat kedudukannya tiada menggemarkan hatinya.
Lalu diberitahu Tengku Maharaja Perdana Menteri. Apabila bersetuju keduanya
memulailah mencari tempat. Maka didapatilah sebuah Kampung Akbu72 lalu
dibangunkan kota parit balai istana. Apabila sedia, bertitahlah Long Yunus kepada
71 Nama panglima perang yang dibawa oleh Long Ghafar dari Reman, ialah Penghulu Adas dan Tok Daud. Bagaimanapun pengarang teks RK ini tidak menjelaskan siapa di antara mereka berdua ini yang digelar Tengku Seri Maharaja Perdana Menteri. Kalau mengikut teks ini besar kemungkinan gelaran itu diberikan kepada kedua-dua panglima itu.72 Kampung Akbu, lihat lampiran C peta negeri Kelantan.
74
sekalian rakyat Kota Kubang Labu berubah ke Kota Baharu diperbuat itu (kota inilah
gelaran masa ini, kota lama.p) dan Kota Kubang Labu pun sunyi senyap hingga sekarang.
Di kota inilah Long Yunus bertakhta dan menjalankan hukuman dengan adil.
Sungguhpun Long Yunus menjadi raja di situ dengan adil tetapi sentiasalah ia teringat
akan budi pekerti dan jasa Tengku Seri Maharaja Perdana Menteri yang tiada terbalas
itu73. Lalu dijemputnya serta dikurniakan daerah jajahan Kelantan yang di sebelah hulu
Mentara Pentugang naik ke Cenderung Hijuk. Dari situ hingga Air Leleh dan Sungai
Putak hingga ke Sungai Pasir Tumbuh. Dari situ ikut bengkang bengkok Sungai
Bekelam. Dari situ menerusi Kuala Dua Bacuk dan dari situ ke Pasir Putih Semarak
sampai ke mentara Besut. Maka tinggallah pemerintah Yong Yunus dari Bukit Patu
hingga mentara Legih di sebelah hulu hingga mentara Pahang74./
Adapun Panglima yang bernama Penghulu Adas yang bersama-sama Tengku Sri
Maharaja Perdana Menteri itu pun dikurnianya juga suatu tempat bernama Kampung
Kadak (daripada anak cucu Penghulu Adas inilah yang bergelar Datuk Kadak75).
Sungguhpun dikurnia kepada Tengku Sri Maharaja Perdana Menteri sebuah
pemerintahan di daratan sana, tidaklah berpecah-pecah satu di antara lain. Begitu juga
73 Dalam halaman sebelum ini pengarang mengatakan Long Yunus telah mengurniakan gelaran Tengku Seri Maharaja Perdana Menteri kepada panglima perang yang dibawa oleh Long Ghafar dari Reman. Manakala Long Ghafar pula dikurniakan gelaran Mangkabumi. Bagaimana ayat ini jelas menunjukkan yang gelaran Tengku Seri Maharaja Perdana Menteri diberikan kepada Long Ghafar.74 Mentara Pentugang, Cenderung Hijuk, Air Leleh, Sungai Putak, Sungai Pasir Tumbuh, Sungai Bekelam. Kuala Dua Bacuk, Pasir Putih, Semarak, Mentara Besut dan Bukit Patu, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.75 Kampung Kadak, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
75
berbangkit peperangan terpaksa tiap-tiap satu pemerintahan itu membantu menolong dan
bertolong-tolongan di dalam sebarang kesusahan.
(Bolehlah pembaca-pembaca percaya siapa pun dikurnia oleh Long Yunus beberapa
jajahan dan dijadikan dua pemerintahan kerana semata-mata budi dan jasa yang tak
terbalas. Tambahan pula kedua-duanya seperti saudara sendiri.p)
Dukacita kita tak dapat panjangkan riwayat pemerintahan Tengku Perdana Menteri dan
anak-anaknya di Jeram Pasir Putih76 dan bagaimanakah pula kejatuhan keturunannya
hingga masa ini. Cuma sedikit-sedikit sahaja kita dapati iaitu pada masa Tengku Perdana
Menteri bertakhta di situ dibunuhnya seorang daripada anaknya yang perempuan yang
putih tubuhnya dan hitam lidahnya disebabkan suatu fitnah anak-anaknya yang lain
mengatakan bermukah dengan gurunya. Maka kemudian daripada mati anaknya itulah
tak berapa lama ia pun mangkat. Dari sehari ke sehari hilanglah kekuasaannya. Begitu
juga akhirnya lepas daripada kemangkatan Tengku Perdana Menteri, anak-anaknya lepas
daripada kemangkatan Tengku Perdana Menteri, anak-anaknya telah memulai
memecahkan persetiaan, menderhaka. Oleh itu kita tinggalkanlah dan/ dan berhadap
kepada riwayat Long Yunus yang kita sangat-sangat kehendaki itu di dalam bahagian:
Bahagian Yang Kedelapan
Pemerintahan Long Yunus Dan Mangkatnya Pada Hijrah 1209
76 Jeram, Pasir Putih, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
76
Memerintahlah Long Yunus dengan adil dan murah yang tiada bandingan sekalian raja-
raja yang dahulu daripadanya. Dari setahun ke setahun bertambah ramai hingga
menghabisi putera bumi Kelantan di bawah pemerintahnya. Di dalam perintahannya itu
kadang kala juga berbangkit kerusuhan dan peperangan, akan tetapi dapat dipadamkan
dengan senangnya.
Beberapa lama di atas takhta kerajaan, dapatlah beberapa orang putera laki-laki dan
perempuan, iaitu:
1. Long Mamat (Muhammad)77
2. Long Jenal (Zainal)78
3. Long Sup (Yusuf) atau Long Pit79
4. Long Semail80
5. Long Muda
6. Long Tang/
7. Long Pandak
8. Che Ku Puan
9. Che Kutan Lamah (Che Kunan Namah)81
77 Dalam Hikayat Seri Kelantan, pengarangnya menuliskan nama Long Mamat sebagai Long Muhammad, tidak seperti mana dalam teks RK ini yang ditulis sebagai Long Mamat (Muhammad).78 Nama Long Jenal dalam Hikayat Seri Kelantan ditulis sebagai Long Jenal, tidak seperti mana dalam naskhah ini yang ditulis sebagai Long Jenal (Zainal).79 Nama Long Sup (Yusof) atau Long Pit tidak ada dalam Hikayat Seri Kelantan. Bagaimanapun nama ini ada dalam Rengkasan Cetera Kelantan nama ini ada dan ditulis sebagai Long Yusof.80 Nama Long Ismail juga tidak ada dalam Hikayat Seri Kelantan. Bagaimanapun dalam Rengkasan Cetera Kelantan nama ini ada dan ditulis sebagai Long Ismail juga.81 Terdapat perbezaan di antara nama yang terdapat dalam majalah Kencana dengan naskhah yang pengkaji gunakan dalam kajian ini. Dalam majalah Kencana nama anak Long Yunus yang ke 9 ditulis sebagai “Encik Kunan Lamah” dan ianya ditulis dengan tidak meletakkan tanda kurung. Manakala dalam naskhah bertulis pula, penyalin teks ini telah meletakkannya sebagai “Encik Kutan Lamah” dan selepas itu beliau tidak meletakkan dalam tanda petikan pada nama Encik Kunan Lamah.
77
Apabila besar putera-puteranya itu, tersangatlah sukacita Long Yunus kerana melihat
putera-puteranya berkasih-kasihan. Di dalam hal begitu berfikirlah di hatinya yang
puteranya ketujuh-tujuh orang itu kesemuanya laki-laki. Maka tak dapat tiada apabila
besar ia akan mendatangkan huru hara kerana takhta kerajaan Kelantan.
Apabila tetap fikirannya begitu bermesyuaratlah dengan menterinya hendak melantikkan
putera-puteranya menjadi raja berasing-berasing perintahan di suatu daerah yang kecil.
Takut-takut akhirnya kelak habis hayatnya berbangkit perbalahan di antara saudara-
saudara. Rundingan itu sangatlah diperkenankan lalulah dilantikkan putera-puteranya.
1. Long Mamat dijadikan bakal Raja Kelantan
2. Long Jenal dijadikan Raja Bendahara Banggul
3. Long Sup dijadikan Raja Bukit
4. Long Semail dijadikan Raja Kampung Laut
5. Long Muda dijadikan [Raja] Kota
6. Long Tan dijadikan Temenggung Kelantan
Dan puteri-puterinya dipersuamikan dengan .....82. bagaimana ceritanya di bawah ini:
Pada suatu hari tibalah surat pinangan daripada Yang Dipertuan Terengganu memintak
puterinya (Engku Puan) dengan puteranya (Tengku Muda Tila83). Pinangan itu disambut
82 Tanda … sengaja digunakan oleh pengarang sebagai salah satu gaya penulisannya.83 Nama sebenarnya Tengku Muda Tila ialah Yang Dipertuan Muhammad Ibni Sultan Mansur Shah. Beliau dilantik menjadi Sultan Kelantan pada tahun 1795 selepas kemangkatan Long Yunus, iaitu bapa mertuanya. Pelantikan beliau baginda ini memulakan pertentangan politik di antara Kelantan dengan Terengganu.
78
oleh Long Yunus dengan sepenuh-penuh keriaan dan tidaklah ditolakkannya kerana
difikirkan mudah-mudahan dengan perkahwinan puterinya dengan Tengku Muda Tila
dikurniakan istana yang khas. Dan duduklah pengantin baharu berkasih-kasihan.
Kemudian daripada itu datang pula pinangan daripada Raja Legih memintak Engku
Kunan Namah hendak dikahwinkan dengan puteranya Tengku Langin lalu dikahwin dan
dikurniakan istana yang khas baginya.
Tidak berapa lama lepas daripada perkahwinan itu, tiba-tiba pada suatu hari
jadilah suatu perbalahan di antara Engku Kunan Namah dan Tengku Langin. Oleh sebab
perbalahan itu hampir-hampir akan putus tali perhubungan laki isteri yang tak dapat
dipadamkan, pura-puralah Tengku Langin membuat gila, dicabut keris ditikam ke dada
isterinya84 bersemburan darah lalu mati dan ia pun lari ke negerinya (Legih). Apabila
diketahui oleh Long Yunus hal yang demikian lalulah dititahkan puteranya Long Mamat
melanggar Legih dengan alat senjata dan hulubalang pahlawan yang berani.
Pada hari yang baik, berangkatlah Long Mamat ke negeri Legih/. Di sini
berlakulah peperangan di antara kedua pihak. Tetapi oleh sebab kepintaran dan cermat
siasat Long Mamat padamlah kerajaan Legih dengan mendapat beberapa rampasan dan
tiga orang puteri Legih. Yang lain setengah dibunuh dan setengahnya lari membawa diri
entah ke mana perginya. Kembalilah Long Mamat ke Kelantan mengadap ayahandanya
84 Naskhah ini mencatatkan bahawa Tengku Langin menikam dada isterinya, tetapi dalam majalah Kencana, Tengku Langin dikatakan menikam dadanya sendiri. Bagaimanapun ini jelas merupakan satu kesilapan cetak. Ini kerana ayat selepas itu menceritakan Tengku Langin telah lari pulang ke Legih. “… pura-pura Tengku Langin membuat gila dicabut keris ditikam ke dada sendirinya bersembur darah lalu mati dan ia pun lari ke negeri Legih”. Penyalin (naskhah bertulis) juga tersilap ketika menyalin bahagian ini, tetapi apabila menyedarinya beliau segera membetulkannya. Perkataan yang salah dipotong (digariskan), lalu digantikan dengan perkataan “isterinya” pada bahagian atas.
79
dan mempersembahkan hal peperangan dan rampasan-rampasan bersekali tiga orang
puteri Legih. Tersangatlah suka Long Yunus mendengarnya lalu dikahwinkan puteri-
puteri Legih itu:
1. Tuan Nan Besar dengan Long Mamat
2. Engku Nan Tengah dengan Tengku Muda Tila
3. Tuan Nan Namah dengan Long Jenal.
Selang tidak berapa lama daripada raja-raja dan mempersuamikan putera dan puterinya,
tiba-tiba jatuhlah sakit hingga lemah tabib-tabib mengubatinya. Oleh sebab tiada harapan
lagi sembuh penyakitnya itu lalulah berwasiat kepada putera-puteranya. “Sepeninggalan
aku kembali ke negeri akhirat, janganlah anakku sekalian berjauh hati di antara saudara
bersaudara, duduklah dengan aman sentosa”. Apabila habis wasiat lalulah mangkat pada
hijrat 1209 (1794)/
Bahagian Yang Kesembilan – Kelantan Terjatuh Ke dalam Tangan Yang
Dipertuan Terengganu dan Dirampas Kembali Oleh Sultan Muhammad 1. Berlaku
Beberapa Peperangan Hingga Tetap Kelantan Di dalam Tangannya dan Mangkat
Pada Hijrat 1251 (1835).
Pada masa itu berhimpunlah sekalian isi negeri ke dalam kota dengan kedukaan serta
mengiringi jenazahnya hingga ke tempat perkuburan (Langgar) suatu makam yang khas
bagi raja-raja Kelantan. Apabila telah dimakamkan almarhum Long Yunus itu kembalilah
80
sekaliannya dan duduklah di dalam perkabungan. Di sinilah lalai sekalian saudara
bersaudara daripada melantikkan Long Amat85 menjadi Raja Kelantan bagaimana yang
dilantik oleh almarhum itu kerana sekaliannya asyik dengan ratap tangis mengenangkan
kemangkatan almarhum.
Di dalam masa inilah seluas-luas peluang bagi Tengku Muda Tila menjalankan siasatnya
dengan hulubalang-hulubalang Terengganu hingga jatuhlah kerajaan Kelantan ke dalam
tangannya dan naiklah ke atas takhta kerajaan menjadi raja menggantikan Long Yunus
serta dilantikkan Orang-orang Besarnya kebanyakan orang Terengganu serta dijalankan
peraturan negeri mengikut kehendaknya dengan tidak pula/ diberitahu dan diminta fikiran
Orang-orang Besar Kelantan serta diberitahu pula kepada rakyat isi negeri bahawa Long
Mamat dan sekaliannya tiada layak menjadi raja kerana tiada mengetahui perjalanan
negeri.
(Apa hendak dikata lagi kekuasaan telah masuk ke dalam genggaman orang melainkan
berdakap diri menutup mulut sahajalah.p)
Semujurnya sedar Long Mamat saudara bersaudara serta merundingkan takhta kerajaan
Kelantan yang telah terjatuh di dalam tangan Terengganu itu. Di dalam rundingan itu
bersatu saudara redha membuang nyawa kerana takhta kerajaan Kelantan. Apabila
bersatu muafakat dan bersatu tujuan merempuhlah masuk saudara bersaudara ke dalam
kota dengan tidak menghiraukan mati. Di sinilah berlaku peperangan. Akan tetapi oleh 85 Long Amat di sini dirujuk kepada Long Muhammad. Dalam Hikayat Seri Kelantan diceritakan bagaimana Long Mamat dan saudara-saudaranya yang lain telah bersetuju melantik Tengku Muda Tila sebagai Yang Dipertuan Kelantan. Bagaimanapun setelah mendapati Tengku Muda Tila mula tidak mempedulikan mereka, Long Mamat telah bertindak memerangi adik iparnya itu.
81
sebab alpa dan lalai Tengku Muda Tila kerana tidak disangka-sangka rempuhan itu
dengan serta-merta itu, maka terpaksalah hundur dengan hulubalang-hulubalangnya
keluar dari kota lari kembali ke Terengganu. Pada masa itulah kembali kerajaan Kelantan
ke dalam tangan Long Mamat saudara bersaudara serta dirajakan Long Mamat menjadi
Raja Kelantan bergelar Sultan Muhammad 1 dan senang linanglah negeri tiada
berbangkit peperangan lagi.
Adapun Tengku Muda Tila apabila sampai ke Terengganu mengesyorkan kepada
hulubalang pahlawannya menyediakan kelengkapan melanggar Kelantan. Pada ketika
yang baik berangkatlah ke Kelantan serta dipecahkan dua pasukan, satu melanggar ikut
sebelah daratan/ dan satu ikut sebelah sungai.
Pasukan Terengganu yang melanggar ikut daratan itulah mula-mula berlaku peperangan
di Semerak86. Akan tetapi malang Kelantan dapatlah sekalian kubu itu ke tangan
Terengganu. Peperangan ini sangat-sangat jaya dan maju pihak Terengganu hingga tak
terdayalah Long Mamat dan saudara-saudara melawannya. Banyaklah hulubalang
pahlawan Kelantan yang mati lalu hundur ke hulu Kelantan bertempat di Pasir Lalat87
bertentangan dengan Bukit Kilatan88 Seolah-olah terbuka sebuah bandar di situ dengan
ramainya pula mana perlahan-lahan dirundingkan jalan yang betul direbut Kelantan balik.
Apabila hundur Long Mamat dan saudara-saudara, kembalilah Kelantan ke dalam tangan
Terengganu serta diperintahnya semula. Adapun Long Mamat saudara bersaudara di
Pasir Lalat dari sehari ke sehari sentiasalah merundingkan takhta kerajaan Kelantan
86 Semarak, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.87 Pasir Lalat, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.88 Bukit Kilatan, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
82
kerana rakyat-rakyat telah bertambah hingga sekalian Cina-Cina yang di hulu sana datang
mengadap dan menerima titah perintahnya.
Di sinilah Long Mamat mengambil seelok-elok peluang lalu dititahkan melanggar
Kelatan daripada tangan Terengganu. Apabila didengar oleh rakyat-rakyat dan Cina-
Cina, besarlah sukanya kerana di sinilah hendak menunjukkan jasanya yang baharu
sahaja bertuan penghulu itu. Apabila berhimpun sekalian lebih kurang 3,000 (termasuk
setengah daripada jumlah ini orang-orang Cina) pada waktu dan / hari yang baik
berjalanlah sekaliannya menuju Kota Kelantan. Tidak berapa lama sampailah dan
mulailah membakar mana-mana rumah yang berhampiran dengan kota dan dilanggarnya
kubu serta merempuh masuk ke dalam kota.
Langgaran ini bolehlah dikatakan sekuat-kuat langgaran hingga tidak tertahan lagi
Tengku Muda Tila kerana banyak hulubalang yang gagah perkasa mati berkeparan lalu
terus lari ke Terengganu. Dan kembalilah semula takhta kerajaan Kelantan di dalam
tangan Sultan Muhammad 1 ialah pada tahun hijrah 1216 (1801) menjalankan teraju
negeri dengan adil dan murah hingga dari setahun ke setahun bertambah ramai dagang
senteri kerana tiada berbangkit kerusuhan atau peperangan.
Kemudian daripada itu teringinlah duli yang maha mulia membuat sebuah kota yang lain
kerana kota yang sedia itu tiada memadai. Lalu dititah rakyat negeri membuat sebuah
kota cukup lengkap balai istana. Apabila sedia berubah dan bertakhta duli yang maha
mulia serta digelarkan Kota Kebun Seta.
83
(Kota ini tiada lagi hanyalah boleh ditunjukkan bekas-bekasnya sahaja iaitu dari
pertengahan sungai di hadapan Gerak Kepala Kereta api hingga ke kepala Padang Bing di
sebelah matahari naik. Dari situ melalui jalan raja terus kementara tanah Tengku
Bendahara.p)
Oleh sebab masa itu pungutan hasil negeri tiada banyak bagaimana sekarang dan di
dalam masih berbahagi-bahari kepada saudara bersaudaranya, maka tergeraklah hati duli
yang maha mulia mengurniakan kepada adindanya (Long Tan) suatu kawasan/ menjual
beras di hulu Kelantan. Apabila Long Tan menerima pengurniaan itu, berangkatlah ke
hulu dengan membawa dagangan beras ke suatu tempat namanya Pulai menjalankan
kuasa yang dikurniakan itu menjual kepada Cina-Cina di situ, tetapi Cina-Cina di situ
enggan membelinya kerana jajahan Pulai pada masa itu telah ramai China lagi kaya serta
kuat. Tiada diperindahkan segala utusan raja-raja memintak hasil pendapatan galian atau
sebagainya. Selangkan89 kawasan Long Tan (Temenggung) menjual beras itu pun tidak
dibelinya dan dibelinya beras orang lain bagaimana lazim.
Apabila diperhatikan oleh Long Tan akan yang demikian, pecahlah hatinya. Berapa pun
dipujuk sekalian Cina-Cina di situ tidak juga diendahkan. Oleh yang demikian naiklah
kepanasannya lalu ditahankan mana-mana saudagar yang membawa beras bagaimana
lazim ke situ. Dengan kerana inilah berbangkit kelaparan orang-orang Cina Pulai hingga
banyak yang mati. Akhirnya berbangkitlah peperangan. Tetapi oleh sebab sedikit
hulubalang pahlawan yang bersama Long Tan dapatlah ditangkap Long Tan dan
89 Ditulis s-l-ng-k-n, selangkan.
84
hulubalang pahlawannya lalu dibakar hidup-hidup kemudian dimasukkan Long Tan ke
dalam suatu tempayan besar diletakkan ke atas rakit diperhanyutkan ke dalam Sungai
Kelantan.
Adalah lebih kurang 10 hari rakit itu berhanyut-hanyutan di dalam sungai dibawa oleh
harus yang deras, maka sampailah ia di hadapan Kota Kebun Seta dan gemparlah
sekalian orang mengatakan seorang yang telah mati kena bakar ada di atas rakit itu/ dan
dikenalnya sedikit-sedikit akan rupa mayat itu ialah Seri Paduka adinda duli yang maha
mulia (Long Tan) lalu diambil dan dibawa mengadap duli yang maha mulia. Di sini
baharu didapati sah ialah mayat Long Tan iaitu dikenal daripada sepotong giginya yang
bertatah mas.
(Jika demikian barangkali yang maha mulia (Long Tan) inilah awal-awal orang yang
menatahkan gigi mas di dalam Kelantan.p)
Pada hari itu juga dititahkan putera-putera saudaranya (putera-putera Long Tan) mudik
dengan alatan peperangan dan dilanggarnyalah kumpulan Cina itu hingga habis
dibunuhnya dan mayat-mayat yang mati berkaparan itu dibuangkan ke dalam sungai
Kelantan hingga air sungai yang tersebut merah dengan darah Cina serta berhanyutlah
bangkai-bangkai itu dibawa oleh harus90. Maka jadilah pada masa itu hingga ke hadapan
lebih kurang 6 bulan tidak diguna dan dimakan orang air sungai Kelantan. Dan rampasan
harta benda diambilnya langsung pekerjaan galian mas, tiadalah seorang pun yang tinggal
di situ lagi.
90 Arus.
85
Kemudian daripada kemangkatan Long Tan Temenggung yang tersebut, tiadalah apa
peperangan lagi. Tiba-tiba didapati perkhabaran mengatakan Terengganu bermuafakat
dengan Patani hendak melanggar Kelantan kerana telah tiada berdaya lagi mengalahkan
Kelantan. Akan tetapi itu dibatalkan Allah.
(Senampak kita akan sebab-sebab terbatal itu ialah kerana mustahil benar Patani
mempersetujukan pakatan itu kerana raja-raja orang-orang besarnya bolehlah/ dikatakan
darah daging kaum keluarga raja-raja Kelantan. Tambahan pula bolehlah diingatkah dari
Patanilah awalnya datang menyeru agama mengislamkan isi Kelantan dan pula tiadalah
kita dapati suatu cerita, riwayat orang-orang tua atau tarikh yang sahih pun mengatakan
Patani dan Kelantan menaruh dendam dikecualikan Terengganu sahaja.p)
Apabila telah dibatalkan pakatan yang tersebut, baharulah sedar kedua-dua kerajaan
(Terengganu dan Kelantan) hingga mendatangkan keluh kesah kerana sentiasa berbangkit
peperangan dan takutlah kedua-dua kerajaan itu. Siapa tahu pada masa yang di hadapan
kelak berlaku suatu peperangan. Di situ tak boleh dikatakan ditentukan sama ada
Kelantan ditakluk oleh Terengganu semula atau Terengganu ditakluk oleh Kelantan. Nak
tak nak lalulah kedua-duanya menghulurkan tali persahabatan kepada kerajaan gajah
putih (Siam) mudah-mudahan dengan naungannya aman sentosa.
Di sinilah agaknya yang disebutkan di dalam Kitab Geografi Semenanjung Negeri
Kelantan panglima perang besar Siam datang mengamankan Kelantan dengan negeri-
negeri di sisinya:
86
“Seorang panglima perang berbangsa Siam yang bergelar Pya n-s-n-w-l-w-` yang datang
ke Kelantan di dalam tujuh atau lapan puluh tahun dahulu kemudian ditinggalkan
setengah orang-orangnya itu supaya mengamankan negeri Kelantan dengan negeri-negeri
di sisi –di sisi yang di sebelah utara negeri Kelantan” - lihat muka 23 kitab ini.
Bolehlah kita percaya kerana kebanyakan kampung-kampung di dalam Kelantan
sekarang namanya masih dipanggil dengan bahasa Siam91, Cuma dipelatkan sahaja
seperti:
1. Bang Cuk – Bacuk sekarang
2. Banggu – Banggu sekarang
3. Bang Klam – Baklam sekarang
4. Ta Naya – Tabal sekarang.
Dan lain-lain lagi kita tidak sebutkan di sini. Maka baharulah didapati selesai dan bersih
peperangan di antara Kelantan dan Terengganu pada tahun Masihi 1835.
Dari semenjak itulah dikatakan Terengganu dan Kelantan hampir kembali memula
muhibah yang telah berpecah belah beberapa lama itu (sekarang 1929, nampaknya
bertambah-tambah hampir dan tidaklah kita percaya lagi yang Kelantan dan Terengganu
91 Pengaruh bahasa Siam terhadap nama-nama kampong seperti ini bukan sahaja terdapat di Kelantan tetapi dapat juga dikesan di negeri Kedah. Misalnya nama Kodiang dan Changlon yang berasal dari bahasa Siam yang bermaksud Tanah Merah dan Gajah Jatuh.
87
kembali semula bagaimana yang telah jadi peperangan itu. Kerana masa ini di bawah
naungan kerajaan yang maha besar dan adil, Great Britain.p)
Mulai dari tarikh ini amanlah Kelantan kerana tiada berbangkit apa kerusuhan dan
peperangan hingga sampai peredaran masa, mangkatlah duli yang maha mulia Sultan
Muhammad 1 pada malam Rabu 27 hari bulan Safar hijrah 1251 (1835) dan di
makamkan di Langgar. Maka jadilah jumlah lama di atas takhta kerajaan Kelantan 34
tahun 7 bulan dan 7 hari./
Bahagian Yang Kesepuluh – Kelantan Terjatuh Ke Dalam Tangan Long Jenal dan
Dirampas Kembali oleh Keempat-empat Putera Long Tan dan Bertakhta Long
Senik Mulut Merah Dan Mangkat Pada Hijrah 1307 (1889 M).
Apabila lepas daripada kemangkatan almarhum inilah dengan helah dan kekerasan hati
Long Jenal Raja Bendahara Banggul (saudara almarhum) mengambil takhta kerajaan
Kelantan hingga termasuk di dalam genggamannya dan dilantik anak saudaranya (Long
Ahmad putera daripada Long Ismail) menjadi Raja Muda (bukankah bertambah-tambah
dahsyat pelantikan itu? Kenapakah tidak dilantik anak-anak saudaranya (putera daripada
Long Tan) kerana ianya berhak mempunyai takhta? susah kita hendak memberi jawab
hal ini, Cuma satu sahaja iaitu, khianat.p) dan ditinggalkan putera-putera saudaranya
(putera-putera Long Tan) di belakang. Sungguhpun begitu dilantik Long Nik menjadi
Bendahara dan Long Senik menjadi Temenggung. Di sinilah pecah hati putera-putera
88
saudaranya yang tersebut. Akan tetapi didiamkan sahaja dengan menyediakan hulubalang
pahlawan menantikan masa dan peluang.
Pada tahun ini juga putuslah rundingan keempat-empat saudara, hendak pun dirempuh
selalu takut pula nampak kekerasannya lalu dicarinya suatu kesalahan yang tidak
bersabit dengan itu, tiba-tiba ditakdirkan Tuhan jadilah/ suatu perselisihan di antara
Long Jenal (Raja Kelantan masa yang sedikit dan singkat) itu. Puncanya daripada
perkelahian hulubalang sahaja sehingga menjadi besar yang tak dapat dipadamkan oleh
pacutan92 bomba-bomba, lalu menderulah api peperangan beberapa lama. Maka
banyaklah mati hulubalang-hulubalang pahlawan yang ternama sebelah menyebelah serta
dilikung93 oleh keempat-empat saudara yang tersebut akan Kota Kebun Seta lebih kurang
4 bulan dengan menanggung beberapa azab kelaparan yang membawa mati hulubalang-
hulubalang pahlawan yang mempertahankan diri di dalam kota itu bagaimana tersebut di
dalam Kitab Pelayaran Abdullah Ke Kelantan pada tahun hijrah 1253 (1837):
“Maka adalah kira-kira setengah dua jam lamanya saya berlayar mudik, sampailah
kepada suatu tempat yang bernama “Pengkalan Tambang94” (agaknya Pengkalan
Penambang sekarang. Di sinilah perahu panjang yang membawa orang tumpangan dari
Kampung Penambang ke Kampung Laut95.p) iaitu berseberangan dengan Kampung Laut.
Maka adalah saya lihat ke darat, penuhlah orang-orang di tepi pantai bersaf beribu-ribu
banyaknya serta dengan senjata. Maka adalah pada tiap-tiap seorang itu ada enam tujuh
campak buang (lembing) dan satu parang lading atau cenangkas atau pedang. Dan 92 Pancutan.93 Dilengkong.94 Pengkalan Tambang, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.95 Kampung Laut, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
89
sebilah keris tersisip di pinggangnya. Dan ada pula yang membawa senapang. Maka
kelihatanlah bercancangan seperti carang (dahan) kayu mati ......96 Maka adalah di
pengkalan itu empat lima puluh depa lebarnya/ padang pasir putih sepanjang sepuluh dua
belas nil (batu) jauhnya (masa sekarang tiada begitu panjang kerana telah ditenggelamkan
air.p)
Syahdan, adalah daripada tempat itu sampai di kampung Raja Bendahara (Long Nik
Panjang.p) kira-kira satu nil jauhnya .....97. Sebermula adalah apabila saya sampai itu
kedengaranlah bunyi meriam yang tiada berputusan barang sebentar juga ...98. Hatta
berjalanlah saya. Pada ketika itu Allah Taala juga yang amat mengetahui akan hal hati
saya seperti orang yang hendak masuk k dalam kuburlah adanya. Kelakian kelihatanlah
pintu pagar Raja Bendahara itu, maka tiba-tiba datanglah peluru-peluru berdengung-
dengung. Maka orang yang berjalan dari sebelah kanan saya meniarap. Maka orang
yang dekat itu pun lari. Maka sampailah saya di balik pohon nyiur. Maka sebentar itu
juga berlarilah orang-orang dari dalam kota datang menegahkan, katanya, “titah tiada
dibenarkan mengadap melainkan ... 99.
Adalah kira-kira pukul 2 tengah hari, danta dua orang raja memanggil saya. Maka
berjalanlah saya mengikut jalan yang lain pula hingga dapat mengadap dan mendengar
cerita yang boleh jadi peperangan itu demikian:
96 Tanda ini adalah gaya pengarang teks RK sendiri.97 Tanda ini adalah gaya pengarang teks RK.98 Tanda ini adalah gaya pengarang teks RK.99 Tanda ini adalah gaya pengarang teks RK sendiri.
90
“Adalah mula-mulanya ada suatu malam, ada orang saya enam tujuh orang pergi ke
Kampung Laut melihat orang bermain menora. Maka orangnya pun ada lebih dua puluh
orang bersama-sama di situ. Entah bagaimanakah halnya sudah berkelahi orangnya/
dengan orang saya. Maka diramai-ramainya ditikamnya orang, mati seorang, kemudian
gaduhlah. Setelah itu maka segala orang-orangnya habislah masuk ke rumahnya. Maka
dikuncinya pintu pagar. Kemudian orang saya yang mati itu tiadalah saya beri tanam.
Maka saya suruhkan empat lima orang pergi memeriksa hal-hal kematian orang itu. Maka
apabila orang itu hendak pergi tidak diberinya masuk. Kemudian kata saya bawalah
orang mati itu campakkan di pintunya. Jika tidak ketentuannya, jangan tanam. Maka
apabila dilihat-lihatnya orang banyak-banyak di kampung, disangkanya orang hendak
melanggari maka di ditarik meriam lalu dibedilnya rumah saya. Maka habislah segala
anak bini saya terjun dan meratap tiada berketahuan dan habis rumah tangga saya
bersarang-sarang dimakan oleh peluru. Maka dengan sebab benar saya satu pun tiada
mengenai saya. Kemudian apabila saya melihat hal yang demikian itu maka saya pun
menyuruhkan membedil dan Raja Temenggung (Sultan Muhammad 11.100p) pun
bersama-sama saya dan Raja Kampung Laut pun bersama-sama saya, ialah asalnya
perang ini. Dan lagi tatkala almarhum paduka ayahanda hendak mangkat seorang pun
tidak dijadikan gantinya dalam saya sekalian berempat anak laki-laki melainkan
pesannya, “... berperanglah engkau sekalian, barang siapa yang menang, ialah yang
menjadi Yang Dipertuan Kelantan ini. Maka aku pun demikian juga dahulu sebab gagah
dan beraniku maka aku menjadi Raja Kelantan ini. Hatta, maka almarhum pun
mangkatlah. Setelah itu maka dalam saya/ saudara bersaudara bermuafakatlah, jika
dijadikan dia (ayahanda saudaranya Long Jenal..) raja dalam negeri ini, maka ia
91
memberi gelar akan saya Bendahara dan akan saudara saya yang tengah Temenggung dan
seorang lagi Raja Kampung Laut. Maka sekarang inilah balasnya. Maka saya pun tiada
mahu nama Bendahara dan ia pun bukannya Yang Dipertuan. Maka sekarang barang
siapa yang beruntung ialah sahaja mendapat kerajaan Kelantan ... (lihat kitab itu muka 47
sampai 60).
Empat bulan lamanya dilengkungi oleh saudara bersaudara kota itu, maka pada suatu
malam gelap gulita keluarlah Long Jenal bersama anak isterinya lari membawa diri ke
negeri Bengnara Siam101 lalu di Patani meninggalkan takhta kerajaan Kelantan dan
hilanglah kisahnya.
Sepeninggalan Long Jenal lari membawa diri itu, Long Ahmad Raja Muda masih ada lagi
di dalam kota sehingga enam bulan ditunggunya (ada lagi harapannya. Amboi besarnya
hati.p) akhirnya tak terdayalah menunggunya lagi lari keluar kota ke Sungai Budur102
yang d-s-j-y-h lalu terus undur ke Tumpat103. Dari situ menuju jalan daratan ke tempat
ayahandanya (Raja Bukit) di Kampung Bukit104 serta dihimpun hulubalang pahlawannya
kerana cita-citanya hendak melanggar dan merebut takhta kerajaan Kelantan itu. Apabila
Long Ahmad telah lari keluar kota, maka sekalian hulubalang pahlawan yang di dalam
kota itu pun menyerah diri. Maka kembalilah Kelantan/ masa itu ke dalam genggaman
keempat-empat putera Long Tan tetapi belum lagi ditetapkan siapa menjadi raja.
100 Raja Temenggong, nama sebenarnya ialah Long Senik Mulut Merah.101 Sebuah daerah di selatan Thailand.102 Sungai Budur, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.103 Tumpat, lihat lamapiran C, peta negeri Kelantan.104 Kampung Bukit, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
92
Di dalam hal yang demikian, tiba-tiba didapati perkhabaran Long Ahmad di Kampung
Bukit sedang mengumpulkan hulubalang pahlawan. Oleh sebab nampaknya elok
dilanggar daripada menantinya lalu dititahkan melanggar Kampung Bukit. Lama juga
berperang di situ akhirnya tewaslah Long Ahmad lari membawa diri ke Terengganu akan
tetapi tidak diterima oleh Yang Dipertuan Terengganu kerana takut berbangkit
perbalahan pula di antara Kelantan dan Terengganu lalu terus ke Kemaman berumah
tangga kampung halaman di sana hingga akhir hayatnya (kalau begitu keturunan raja-raja
yang di Kemaman itu darah Raja Kelantan agaknya.p)
Adapun peperangan yang berlaku di dalam Kelantan di antara kerabat-kerabat negeri
baharu sahaja diketahui oleh kerajaan Siam ialah semenjak Long Jenal berlepas lari itu,
lalu dihantarkan pembesar-pembesarnya ke Kelantan. Akan tetapi kesampaiannya itu
huru hara peperangan telah tiada Cuma sedikit-sedikit sahaja. Oleh sebab kehendak-
kehendak pembesar-pembesar Siam supaya mendatangkan keamanan bagi negeri dan
putera bumi lalu dirajakan Long Senik Mulut Merah menjadi raja memerintah Kelantan
bergelar Sultan Muhammad 11 pada akhir tahun hijrah 1253105.
Peperangan inilah sebesar-besar peperangan. Banyaklah mati hulubalang pahlawan yang
bersetia [ dan kasihkan Duli Yang Maha Mulia kerana kesenangan raja dan watannya.
Pada hal jika difikirkan keadaan itu tiadalah upaya yang cukup]106 boleh mengalahkan
Long Jenal dan Long Ahmad yang kuat kuasa/ mempunyai panglima hulubalang-
hulubalang pahlawannya yang ternama maklumlah saudara almarhum Sultan Muhammad 105 Bersamaan tahun masihi 1837.106 Ayat dalam naskhah bertulis agak mengelirukan. Apabila disemak di dalam majalah Kencana didapati penyalin telah tertinggal beberapa perkataan semasa beliau melakukan kerja-kerja penyalinan. Perkataan yang di dalam tanda [ ] adalah daripada teks tersiar dalam majalah Kencana.
93
1. Oleh sebab halus siasatnya, perjalanan langkahnya bersetia dan bersatu hati dengan
panglima-panglima hulubalang pahlawannya dan pandai melayaninya, menghasillah ia
kemenangan yang payah berjumpa.
Oleh sebab nampaknya sangat-sangat munasabah bangkitan pengarang Kitab Geografi
Negeri Kelantan (Yang Amat Berhormat Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan)
itu, inilah kita pungutkan supaya dapat pembaca-pembaca puteri bumi Kelantan dan
umumnya mengetahui:
“Kita orang-orang Kelantan pada masa ini tiada dapat hendak mencari ganti hari setia dan
kekuatan senjata yang telah hilang itu. Pada halnya keadaan kita sekarang terlebih cergas
daripadanya. Pada menarikkan segala ibarat dan panduan yang boleh mengangkatkan kita
kepada kemuliaan. Tetapi oleh sebab kebanyakan daripada orang kita telah berpegang
dengan kebesaran (agaknya bolehlah dikatakan kebesaran pangkat.p) dan kemuliaan
dirinya sahaja. Tiada hendak bersekutu atas jalan kebaikan dan tolong-menolong (jangan
pula tiap-tiap seorang putera bumi Kelantan yang sentiasa mencari penyeru kepada
bertolong-tolongan dan bersatu supaya terbang sekalian penyakit dengki khianat itu,
mengikut tadinya seruan kalamnya sahaja, pada halnya di dalam hati masih bertambun
penyakit dengki khianat. Orang yang semacam ini bukannya penyeru ummah, bahkan
bolehlah dikatakan pengkhianat dan penjahanam ummah.p). Pada barang boleh kaumnya
merasa kemuliaan, menjadilah suatu sebab menghukum atas/ kehidupan kita dengan hina
dan daif. dan lagi adalah rumah perhimpunan segala kecelakaan manusia itu menidakkan
94
perbuatan orang dan menghukum atas dirinya sendiri dengan lebih dan tiada diingatkan
kebaktian orang yang telah mati yang wajib dihimati.
Adalah kita dengan bersungguh-sungguh menghidupkan supaya timbul kemuliaan hari
bagi rohnya (apa kata putera bumi Kelantan, sebenarkah begitu? dan bolehkah
dibuangkan iktikat “kebesaran dan kemuliaan diri sendiri” itu kepada “tolong-menolong
bantu-membantu kerana watan” supaya boleh kaum merasai kemuliaan?.p)
Apabila bertakhta Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad 11 memegang teraju
negeri lalu dikurnia beberapa bahagian kekuasaan kepada saudara-saudaranya kerana
jasanya dan bertambahlah kuat hingga menghabisi putera-putera bumi Kelantan kasih
kepadanya dan dari tarikh inilah keamanan negeri bertambah-tambah. Tiba-tiba
berbangkitlah pula huru hara ditiup oleh saudaranya Raja Bendahara Panjang (Raja
Panjang Tua) kerana merebut takhta hampir-hampir berbunyi gendang perang107. Tetapi
oleh sebab kecerdikan dan kebijaksanaan Sultan Muhammad 11 menjalankan siasatnya
di antara raja negeri Chaiya108 dan Ligor109, tiba-tiba dapatlah kedua-dua raja yang
tersebut mengambil110 Raja Bendahara Panjang dibawanya ke barat dan dirajakan di
negeri Jambu111 dengan tiada berbangkit apa kesusahan.
107 Bermaksud hampir-hampir berlaku peperangan.108 Chaiya, sebuah negeri di selatan Thailand.109 Ligor, sebuah negeri di selatan Thailand.110 Dalam peristiwa ini, Sultan Muhammad 11 dikatakan telah berpakat dengan Raja Chaiya dan Raja Legor untuk menangkap Raja Bendahara panjang secara sulit. Raja Chaiya telah menggunakan tipu helah, iaitu dengan berpura-pura melayan Raja Panjang Tua bercakap-cakap di sebuah rumah. Tanpa disedari oleh raja itu, rumah itu telah dikepung oleh pengawal-pengawal Raja Kelantan dan Siam. Seterusnya Raja Panjang Tua dibawa ke Siam dan dirajakan di Jambu.111 Jambu ialah sebuah wilayah di dalam negeri Patani.
95
Lepas daripada itu tetaplah Duli Yang Maha Mulia di atas takhta kerajaan dari sehari ke
sehari bertambah makmur. Akan tetapi di sisi Duli Yang Maha Mulia sentiasalah
berdukacita kerana benteng-benteng sungai sentiasa diruntuhkan oleh air bah/hingga
hampir ke tepi Kota Kebun Seta. Dalam hal geluh gesah tiba-tiba terlintaslah suatu jalan
di fikirannya bagi menahankan air sungai itu. Maharaja Lela, lalu dititahkan menggali
suatu jalan di pinggirannya bagi menahankan air sungai itu. Maharaja Lela lalu dititahkan
menggali suatu jalan air (anak sungai) lebih kurang 2 ½ batu dari Kota Kebun Seta di
tebing sebelah kanan mudik bertentangan dengan Kampung Sirih112, mudah-mudahan air
sungai Kelantan yang sentiasa turun di hadapan kota itu berpecah-pecah melalui sungai
yang digali itu dan akhirnya tertutuplah sungai hadapan itu pada siasatnya.
Pada permulaan gali anak sungai itu, Duli Yang Maha Mulia sendiri hadir dengan
diberikan ukuran luasnya lebih kurang 5 depa, dalamnya 3 depa dan panjangnya 3 ½ batu
hingga sempadan baruh Mukrat113 (sebuah baruh tempat pertanaman padi yang masyhur
moleknya hingga sekarang). Pada tiap-tiap tiga hari sekali berangkat duli yang maha
mulia menyaksikannya kerana mengerahkan rakyat-rakyat membuat pekerjaan itu,
mudah-mudahan segera disudahinya. Selang setahun siaplah anak sungai itu lalu
digelarkan “Sungai Raja Gali” hingga tiada hilang namanya sampai sekarang.
Perhatilah kekuasaan Sultan Muhammad 11 sehingga dapat mengali sebuah anak sungai
yang begitu panjang. Begitu juga rakyat-rakyat negeri berpenat lelah/ dengan tiada
menghiraukan upah bagi kesenangan raja dan watannya. Mudah-mudahan tidaklah
112 Kampung Sirih, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.113 Baruh Mukrat, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
96
hilang kekuasaan raja dan perusahaannya dan dengan dialah zahir kemuliaan kemudian
hari bagi rohnya.
Sekarang baharulah nampak dan zahir kekuasaan dan perusahaannya, oleh itu sayugialah
putera-putera bumi Kelantan menaruh sebanyak-banyak ingatan akan kekuasaan dan jasa
rakyat negeri yang telah mengorbankan dirinya kerana watan serta mengucap syukur ke
hadarat Tuhan, mudah-mudahan diangkatkan roh Duli Yang Maha Mulia ke makam
yang tinggi. Begitu juga panglima, hulubalang dan pahlawan-pahlawan yang berjasa.
Sayang tak sampai setahun, “Sungai Raja Gali” yang tersebut itu telah tertutup oleh
beberapa timbunan pasir yang dibawa oleh air bah yang deras. Bukan pula timbunan pasir
yang menutupkan “Sungai Raja Gali” itu di mukanya sahaja, bahkan di tengah-
tengahnya pun terlebih banyak lagi dan tebing hadapan Kota Kebun Seta pun makin
hampir. Lalu bertitah pula Duli Yang Maha Mulia membuat sebuah kota yang lain, hala
ke timur sedikit lebih kurang 30 kaki dengan manara yang di sebelah timur Kota Kebun
Seta.
Pada hijrah 1261114 sedialah kota yang baharu itu dan bertakhtalah Duli Yang Maha
Mulia serta digelarkan “Kota Baharu”, ialah kota yang ada sekarang ini. Beberapa lama
bertakhta, dapatlah tiga orang putera:
1. Long Sulung
2. Engku Raja (perempuan)
114 Bersamaan tahun masihi 1845.
97
3. Long Jaafar
Dalam peliharaan Duli Yang Maha Mulia, besarlah anakandanya Long Sulong dan yang
lain itu masih kecil lagi. Tiba-tiba menerimalah sambutan daripada pupunya, jemputan
putera Duli Yang Maha Mulia Long Ahmad ke Salur115 melihat dan menyaksikan
perjuangan kerbau. Sambutan itu bukanlah dengan sebenarnya, semata-mata suatu
muslihat yang tidak baik bagi menghilangkan jiwa anakanda yang sulung itu. Kerana
putera inilah yang berhak (terhak) takta kerajaan Kelantan pada masa mangkat
ayahandanya kelak. Jika dihilangkan jiwanya sekarang tak dapat tiada berpecahlah takhta
kerajaan Kelantan kepada salah satu yang kuat pula.
Berangkatlah Long Sulong meraikan sambutan pupu-pupunya itu yang tidak sangka
sekali-kali muslihat yang menghilangkan jiwanya. Sedang perjuangan itu dimulakan
dengan tempik sorak, tiba-tiba hampirlah seorang daripada pupunya pura-pura membuat
gila mengamuk ke sana ke mari hingga kepada tanyat (rumah kecil yang khas bagi Long
Sulong). Apabila hampir lalu dicabut keris ditikam. Semujurnya pada masa itu Long
Sulong sedang beringat-ingat tetapi oleh sebab malangnya terkena jugalah hujung keris
tikaman di sebelah lambung kiri, akan tetapi tidak memberi cedera.
Masa itu sekalian panglima hulubalang yang menjaga tubuh asyik melihat/ temasya
perjuangan yang hebat. Apabila sahaja kejadian yang pelik itu berlaku dan di lihat Long
Sulong telah luka, dengan serta-merta menerkam bagaimana terkaman harimau dan
dapatlah ditangkapnya dengan senang. Begitu juga kaum warisnya. Di situlah didapati
115 Salur, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
98
rahsia-rahsia sambutan itu lalu dititahkan bunuh keturunan Raja Salur dengan hukuman
“menderhaka”. Lalu dikerjakan menurut hukuman itu tiada tinggal, dikecualikan yang
lari membawa diri.
Lepas daripada itu tiadalah apa-apa kerusuhan lagi dan memerintah Duli Yang Maha
Mulia menjalankan pemerintahannya dengan tiada sehari pun alpa dan bertambah-tambah
adil dan kesenanganlah bagi putera-putera bumi Kelantan kerana jujuh dengan
perniagaan dan sebagainya. Pada masa inilah Duli Yang Maha Mulia membangunkan
masjid Kota Bahru yang lama daripada kayu pada hijrah 1284.
Di dalam hal begitu makmur, tiba-tiba pada 11 Zulhijjah 1297 (bersamaan dengan
Disember tahun 1880116 ) bertiuplah angin taufan yang digelarkan oleh orang Kelantan
“angin besar”. Habislah segala pokok-pokok dan lainnya tumbang. Begitu juga rumah-
rumah di dalam bandar Kota Bahru dan daratan hingga menjadi padang belantara
melainkan dua tiga buah rumah sahaja yang tinggal di dalam sebuah kampung dengan
selamatnya. Bukanlah pula tiupan angin yang kencang itu sahaja ialah bersama-samanya
air sungai Kelantan pun memenuhi Kota Bahru. Selanjutnya angin dan air itu tidak/ lama.
Jika berlamaan masa dua tiga hari, apabila jadinya. Akan tetapi Kelantan memang pun
diketahui oleh putera-putera bumi Melayu akan kesuburan tanahnya dengan padi.
Tiadalah suatu kemalangan bagi penduduk-penduduk Kelantan.
116 Penyalin telah menambah pada bahagian tepi halaman kalimat “bersamaan dengan Disember 1880”. Dalam teks yang tersiar dalam majalah Kencana hanya ada 11 Zulhijjah 1297.
99
Kemudian daripada itu Duli Yang Maha Mulia mulailah mengeluarkan titah kepada
sekalian isi negeri menyuruh membangun dan membaiki mana-mana rumah dan
tanamkan semula pohon-pohon nyiur dan lainnya hingga terdiri dan tertanamlah semula
bagaimana sedia kala dan senanglah isi negeri dengan kemakmuran [dan] dan berganda
lipat. Di dalam hal begitu kesenangan penduduk Kelantan kerana adil perintahnya, lebih
kurang 10 tahun pada tahun Masihi 1890, tibalah penyakit kerbau lembu bermaharaja
lela hingga bolehlah dikatakan ¾ daripada binatang-binatang yang tersebut di dalam
Kelantan habis mati dan harga lembu pun naik hingga $50.00 atau $75.00 seekor. Harga
ini bolehlah dikatakan semahal-mahal pada masa itu. Oleh sebab lembu kerbau mati dan
mahal yang mana hidup bagi pihak miskin tak terbeli. Pada hal tanah ladang padi tidak
terkecuali yang sedaif-daifnya sekeping seorang.
Apabila telah diketahui harga lembu kerbau mahal dengan tiada pula, sahlah pekerjaan
menanam padi tergendala dan terhenti kerana ladang-ladang padi yang tersebut
bergantung dengan kerbau lembu. Di sinilah berbangkit kesusahan yang besar kepada
seisi negeri dari hari berganti hari. Begitu juga bulan, habislah wang yang di dalam/
simpanan masing-masing. Pada halnya pencarian nafkah putera-putera bumi di daratan
bergantung pada padi hingga terjuallah ladang padinya dengan harga yang sangat murah
(kata-kata orang tua orang tua yang melihat keadaan itu masih ada pada masa ini, harga
tanah-tanah ladang padi masa itu berharga lebih kurang $5.00 atau $10.00 sekeping dan
rumah tangga $2.00 atau $5.00 sebuah. Jika demikian ketahuilah kita Kelantan pada masa
itu penduduknya di dalam kesusahan dan kelaparan kerana makanan pun bolehlah
dikatakan susah hingga pokok-pokok yang ada umbut, habis ditebangnya dan
100
dimakannya hingga pokok betik). Kelaparan yang tersebut memenuhi putera bumi yang
di daratan lalu ber kemetara membawa diri setengahnya ke Kota Bharu dan setengahnya
pula berpecah-pecah ke Johor, Kedah, Terengganu dan Perak (maka kita dapati di Perak
dan Muar, Johor putera bumi Kelantan yang jujuh masuk menumpang kesenangan hingga
sekarang telah menjadi senang lenang dengan mendapat beberapa keturunan di sana. Kita
percaya jika masa itu Kelantan bagaimana yang sekarang tidaklah menjadi kelaparan
begitu kerana masa itu tiada kapal dagangan masuk. Begitu juga kereta api dan tidak
pula masa itu tiap-tiap sebuah negeri bersahabat karib bagaimana sekarang, siapa susah
ditolong dan dibantunya. Cumalah masa/ itu masing-masing kerajaan hendak menakluk
dan menunjukkan kuat kuasanya sahaja.p)
Lebih kurang setahun lamanya kelaparan itu dengan cermat dan halus siasat Sultan
Muhamamd 11, beransur-ansur datang beras dari Siam dengan jualan yang mahal dan
penyakit lembu kerbau mati itu pun beransur-ansur hilangnya, dari inilah Kelantan mula-
mula mencapai keamanan hingga kembali bagaimana sedia kala dengan aman yang
bertambah-tambah.
Tiada berapa lama kemudian daripada itu geringlah Duli Yang Maha Mulila mengidapi
penyakit tua. Maka dengan penyakit inilah akhir hayatnya (mangkat) pada hijrah 1304117
dan dimakamkan di Langgar. Maka jadilah lama di atas takhta kerajaan 50 tahun.
(Senampak kita pada dan cukuplah kesusahan yang dirasai dan peperangan yang dihadapi
dan sebagainya yang ditanggung oleh almarhum hingga tiada sunyi riwayat-riwayat
117 Bersamaan tahun masihi 1886.
101
memuji akan keberanian dan kecermatan siasat almarhum hinggalah keberanian dan
kecermatan raja-raja yang dahulu daripadanya.p)
Bahagian Yang Kesebelas – Pemerintahan Sultan Ahmad dan Mangkat Pada
Hijrah 1307
Berkabunglah putera-putera bumi Kelantan kerana kemangkatan seorang pemerintah
yang adil/ dan jarang bertemu itu. Maka oleh sebab tiada harus dikosongkan takhta
kerajaan lalu dilantik Seri Paduka anakanda Long Sulong menjadi Raja Kelantan bergelar
“Sultan Ahmad” menggantikan ayahandanya pada hijrah 1304.
Adapun Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad yang tersebut sebelum lagi mangkatnya
almarhum telah diperisterikan dan mendapat beberapa putera dan puteri, iaitu:
1. Long Kundur ........ (Sultan Muhammad 111)
2. Long Mansur ....... (Sultan Mansur 1)
3. Long Salleh ........ (Temenggung 111)
4. Long Mahmud ........ (Tengku Sri Maharaja)
5. Long Sulaiman ........ (Tengku Seri Pikrama Raja)
6. Long Yusof ........ (Tengku Seri Indera Raja)
7. Long Abdullah ........ (Tengku Bendahara)
8. Long Muhammad
9. Long Idris .......(Tengku Putera Semerak)
102
10. Long Yaakub
11. Long Abdul Rahman .. (Tengku Seri Asmara Raja)
12. Long Puteh
13. Long Ibrahhim/
14. Long Chik Abdul Rahman
15. Engku Kembang Puteri
16. Engku Besar Maimunah
17. Engku Busu
18. Engku Biru
19. Engku Wok
20. Engku Aminah
21. Engku Zainab
22. Engku Som
23. Engku Yah
24. Engku Merah
25. Engku Tengah
Di dalam masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad ini, tiadalah
berbangkit apa-apa kerusuhan atau peperangan bagaimana Seri Paduka ayahandanya
(almarhum Mulut Merah) Cuma perselisihan yang kecil-kecil sahaja, tetapi tidaklah di
sisinya kerana pada masa ayahandanya, sentiasalah Duli Yang Maha Mulila ini
menghadapi peperangan yang besar. Apabila telah dirasai peperangan yang besar tak
dapat tiada dengan senang dipadamkan perselisihan yang kecil. Tetapi tiada berapa lama
103
di atas takhta kerajaan maka pada / hari selasa 16 Rejab 1307118 mangkatlah dan
dimakamkan di Langgar. Maka jadilah lama Duli Yang Maha Mulia di atas takhta
kerajaan Kelantan 3 tahun, lebih kurang.
Bahagian Yang Kedua Belas – Pemerintahan Sultan Muhammad 111 dan
Mangkatnya Pada Hijrah 1308119
Kemudian daripada kemangkatan itu, bersatu suara kerabat-kerabat dan orang-orang
besar lalu dilantikkan Long Kundur putera yang tua Duli Yang Maha Mulia
menggantikan takhta kerajaan Kelantan bergelar “Sultan Muhammad 111. Dan
memerintahlah Duli Yang Maha Mulia dengan bertambah-tambah adil. Lagi ialah
berpegang dengan kuatnya hukum Muhamadiyah serta menjalankannya dengan tidak
alpa dan lagi kerana telah diperhatinya sekalian gerak-geri putera-putera bumi pada
masa almarhum Seri Paduka ayahandanya.
Adapun hukuman-hukuman syariah yang dijalankannya itu setengah daripadanya, jika
seorang ketuduhan kecurian dengan cukup keterangan saksi-saksi, dipotong tangan.
Begitu juga yang lain mengikutlah hukuman syariah. Apabila hukuman-hukuman ini
dijalankan oleh Duli Yang Maha Mulia, sunyilah sekalian penjahat daripada mencuri,
merompak dan sebagainya, tidak hendak/ dibuatnya lagi dan menuju kepada jalan
kebaikan, membuat kerja pertukangan, menanam padi dan sebagainya dengan senang
lenang.
118 Bersamaan tahun masihi 1889.119 Bersamaan tahun masihi 1890.
104
Duli Yang Maha Mulia ini sebelum dilantikkan menjadi Raja Kelantan telah
mendapat beberapa orang putera dan puteri, iaitu:
1. Long Senik ....... (Sultan Muhamamd VI)
2. Long Ahmad
3. Long Zainal Abidin .... (Raja Muda)
4. Long Ismail
5. Long Abdul Rahman ... (Tengku Seri Jaya Raja)
6. Engku Wok
7. Engku Biru
8. Engku Yah
9. Engku Embong
Memeliharalah Duli Yang Maha Mulia akan putera dan puteri-puterinya dengan aman
sentosa, kedai, pasar penuh dengan buah-buahan dan sebagainya.
Adapun putera yang tua, Long Senik dilantik menjadi “Tengku Seri Indera”, bakal
pemerintah dan yang lain lagi masih kecil. Sungguhpun dilantik putera itu, akan tetapi
tidaklah diberi sepenuh-penuh kuasa kerana diketahui masih muda lagi./ Sayang, tiada
lama Duli Yang Maha Mulia ini di atas takhta kerajaan. Pada hari isnin 2 syawal 1308,
mangkatlah dan (di) makamkan di Langgar. Maka jadilah lama di atas takhta kerajaan 1
tahun 4 bulan lebih kurang.
105
Bahagian Yang Ketiga Belas – Pemerintahan Sultan Mansur dan Mangkatnya Pada
Hijrah 1317120 .
Barangkali pembaca-pembaca yang dermawan hairan dan bertanya-tanya diri sendiri
siapakah pula ganti takhta kerajaan Kelantan? Kerana tiada sunyi tiap-tiap sebuah negeri
itu mempunyai raja.
Sebenarlah begitu kerana tiap-tiap seorang raja itu sebelum daripada mangkatnya telah
melantikkan bakal pemerintah seperti juga almarhum telah melantikkan Seri Paduka
anakanda Long Senik menjadi Tengku Seri Indera. Maka tak dapat tiada di fikiran
pembaca-pembaca mengatakan Tengku Seri Inderalah dilantikkan di atas takhta
kerajaan. Kalau begitu dengarlah:
Apabila mangkat Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad 111 dan sebelum
diangkatkan jenazah itu ke Langgar yang lazim dijalankan oleh raja yang dahulu, pada
masa hendak mengangkat jenazah itu hendaklah dilantikkan selalu siapa yang mengganti
takhta. Masa itu pun begitu juga dijalankan. Akan tetapi di dalam hal ini tersangat susah
kerabat dan orang-orang besar tentang ketiadaan kesempurnaan akal Tengku Seri Indera
masa itu yang tiada harus dilantikkan menjadi raja lagi/. Maka bagi sementara menanti
kesempurnaan akalnya dengan sebulat suara lalu dilantikkan saudara almarhum, iaitu
Long Mansur menjadi raja memerintah Kelantan bergelar “Sultan Mansur”. Maka
tertinggallah Tengku Seri Indera menjadi bakal.
120 Bersamaan tahun masihi 1899.
106
Pemerintahan Sultan Mansur ini tersangat adil lagi. Hingga habislah tewas raja-raja yang
dahulu daripadanya. Tetapi tentang peraturan negeri dan hukuman-hukuman mengikutlah
perjalanan saudara (almarhum) hanyalah menambah pada tentang perubahan baharu
(mudran baharu).
Setengah daripadanya pakaian laki-laki yang sentiasa zaman berzaman memakai pakaian
sehelai kain lepas, sehelai setangan, batik atau dastar kepala dan sehelai kain ikat
pinggang, berselit keris dan sehelai kain selendang. Dan pakaian perempuan-perempuan
sehelai kain sarung, sehelai kain kemban dikelilingi dadanya dan sehelai kain tudung
kepala dinamakan “kain kelubung”.
Pakaian putera-putera bumi Kelantan yang tersebut itulah pada siasat Duli Yang Maha
Mulia berlain dengan pakaian orang-orang Melayu di dalam negeri Semenanjung dan
nampaklah tiada elok dipandang jika tidak diubah. Maka pada hijrah 1316121 dikeluarkan
sabda menegahkan sekalian putera bumi Kelantan daripada memakai keris. Dan pakaian
yang dipakainya itu menyuruh memakai baju. Begitu juga perempuan bagaimana pakaian
putera-putera bumi Johor dan lainnya.
Bukannya pula Duli Yang Maha Mulia itu menegahkan memakai pakaian lama itu
dengan/ sabda sahaja, bahkan diperintahkan hulubalangnya menunggu di mana pekan
pesara dan lainnya dengan sebuah baldi dipenuhkan di dalamnya belakin hitam semacam
cat serta sebilah kayu kecil. Apabila lalu seorang putera bumi Kelantan lagi memakai
121 Bersamaan tahun masihi 1898.
107
keris bagaimana sedia ada, dirampas dan dipaksa ke kedai membuat baju. Jika didapati
tidak juga mengambil hirau dipukul dengan kayu kecil yang ada di hujungnya belakin
hitam itu di mana tempat yang terzahir. Maka dari semenjak itu pakaian masing-masing
berubah pun sedikit. Maka bolehlah dikatakan seisi Kota Bharu telah meninggalkan
pakaian lama itu melainkan di daratnya setengah-setengah sahaja yang meninggalkan.
Dan mana-mana yang tidak mengubah pakaian tak dapatlah turun ke Kota Baharu
selama-lamanya.
Apabila perubahan-perubahan yang tersebut berjalan dengan seterusnya dari setahun ke
setahun, maka tiadalah lagi puas hati Duli Yang Maha Mulia akan perubahan itu lalu
dititahkan menyiasat akan tanah-tanah kerana hendak dikeluarkan geran bagaimana
tersebut di dalam Kitab Tarikh Negeri Kelantan:
“Di dalam tahun hijrah 1317 dititahkan menyiasat tanah-tanah akan mana-mana yang
telah diambil daripada kerajaan hendaklah diambil geran bagi tanah itu”. Lihat pula kitab
ini.
Adapun Duli Yang Maha Mulia ini sentiasalah berunding dengan ulamak-ulamak hingga/
bertambah-tambah insaf dan warak seolah-olah seorang zahid (rahib) yang meninggalkan
hal ehwal dunia dan bolehlah dikatakan payah hendak mengadap, dikecualikan hal
ehwal negeri dan sesuatu perkara yang sangat-sangat mustahak. Tetapi sayang, tiada lama
di atas takhta kerajaan, berlakulah kehendak Tuhan disebabkan oleh sedikit kesakitan lalu
108
mangkat pada hari khamis 8 syawal 1317. Maka jadilah lama di atas takhta kerajaan 9
tahun satu bulan, lebih kurang.
Bahagian Yang Keempat Belas – Long Seni Memangku Sultan dan Menjalankan
Pemerintahannya Bagi Sementara Hingga Tetap Menjadi Raja Dengan
Pemerintahan Baharu Dipimpin oleh Penasihat Kerajaan Siam Dari Tahun 1903
Hingga 1908122
Lepas daripada kemangkatan almarhum Sultan Mansur itu mendatangkan kesusahan bagi
pembesar-pembesar dan kerabat-kerabat bagi melantikkan gantinya. Pada hal Tengku
Seri Inderalah yang terhak takhta dilantikkannya. Maka di sinilah berlaku perbahasan
perlawanan suara bagi pihak kerabat dan pembesar-pembesar negeri kerana difikirkan
tiada harus lagi Tengku Seri Indera menerima takhta kerajaan jika selagi tidak
kesempurnaan akalnya. Perbahasan ini bukannya dapat diputuskan dengan segera hingga
tiga/ tahun lebih kurang di dalam masa itu. Beracap kali benar diadakan majlis rundingan,
akan tetapi tak dapat diputuskan.
Di dalam masa tiga tahun yang tersebut sungguhpun tidak dilantikkan Tengku Seri Indera
menjadi raja mengganti almarhum Sultan Mansur tetapi sekalian perjalanan dan gerak
negeri dijalannya dengan sempurna. (Kita tersangat-sangat hairan kerana selalu berlaku
di dalam “Riwayat Kelantan” ini pada tentang meletakkan seorang pemerintah hingga
menserabutkan fikiran pembesar-pembesar negeri yang tak boleh diputuskan. Di dalam
hal ini ternampaklah di fikiran kita tiada lain hanyalah masa itu diadakan peraturan yang
122 Bersamaan tahun hijrah 1321-1326.
109
khas, jika berlaku kemangkatan seorang pemerintah senanglah dijalanlan dan mustahil
sekali-kali mendatangkan keserabutan bagaimana yang telah sudah !!.p)
Oleh sebab lama menanti-nanti akan keputusan rundingan perlawanan suara itu,
mencubalah Tengku Seri Indera menjalankan siasatnya dengan cermat123 supaya zahir
kesempurnaan akalnya bagaimana yang disyakkan oleh kerabat-kerabatnya itu
menghantarkan perkhabaran itu ke benua Siam124. Tiba-tiba dengan takdir Tuhan yang
maha kuasa menggerakkan hati Seri Maharaja Siam menitahkan pembesar-pembesarnya
ke Kelantan menyelesaikan rundingan yang kecil dan tak boleh diputuskan itu serta
dilantikkan Tengku Seri Indera di atas takhta kerajaan Kelantan menjadi raja mengganti
almarhum Sultan Mansur bergelar Sultan Muhammad IV serta berteriti dengannya ialah
pada bulan Disember 1902125. Kehendak-kehendak perjanjian itu terutama sekali bagi
menghidupkan dan membangunkan tubuh kerajaan/ yang selama ini tiada berjalan
dengan peraturan dan undang-undang serta dihantarkan oleh Seri Maharaja Siam seorang
pegawai yang menunjuk menasihat dan melayani keadaan kuasa-kuasa kerajaan yang
baharu supaya termasuklah Kelantan ke dalam tangan dan mempunyai peraturan kerana
kuasa-kuasa negeri itu tersangat-sangat wajib dijalankan dengan adil dan cermat bagi
kefaedahan raja, negeri dan putera-putera buminya.
Dan bagi pihak Duli Yang Maha Mulia melihat dan memperhatikan bahagiannya,
mendengar apa-apa yang dinasihatkan oleh penasihat kerajaan Siam di dalam semua
perkara kuasa-kuasa negeri yang lain daripada hal-ehwal agama Islam.
123Di dalam teks RK yang tersiar dalam majalah Kencana ianya ditulis sebagai hormat. 124 Istilah Benua Siam ini dirujuk kepada ibu negeri Siam, iaitu Bangkok (tempat bersemayam Raja Siam).125Lihat lampiran G, perjanjian di antara Kelantan dengan Siam.
110
Di dalam bulan Julai 1903 yang pertama kali diterimalah oleh Duli Yang Maha Mulia
seorang penasihat kerajaan Siam (seorang British iaitu Tuan W.A. Graham126). Mulai
daripada tarikh inilah baharu Kelantan diperintahkan oleh seorang raja yang tetap yang
dilayani oleh penasihat kerajaan Siam dan Majlis Mesyuarat Negeri.
Perjalanan perintahan negeri pada mula-mula dijalankan memanglah diketahui susah
mengatur dan menjalankannya. Di dalam hal begitu pun bertatih juga dengan perlahan
dan hilanglah kekuasaan kerabat-kerabat negeri terpulanglah ke dalam genggaman Duli
Yang Maha Mulia dan Majlis Mesyuarat Negeri, hingga beberapa banyak perubahan-
perubahan sekalian pakatan-pakatan yang hendak merosakkan tubuh kerajaan baharu
ditahan dan dihapuskan (pada tahun ini diperanakkan kita.p).
Pada tahun 1904 mula-mula dibuka Majlis Mesyuarat mensahkan kuasa/ keadilan bagi
membangunkan polis. Hasil-hasil negeri mulai dipungut dan diselamatkan serta
dikembalikan kepada khazanah. Beberapa undang-undang telah disahkan. Pejabat-
pejabat dibangunkan serta dijalankan pekerjaan dengan diatur oleh pegawai-pegawai
orang putih dan Siam yang memang telah dipilih.
Adapun pegawai polis sebanyak 250 orang lebih kurang dalam sebanyak itu 50 Sikh dan
Punjabi, yang lagi itu Melayu. Kesemua ini di bawah jagaan seorang pegawai besarnya,
pegawai British. Bagi menjalankan keadilan negeri itu diadakan mahkamah digelarkan
“Mahkamah Raja Negeri” (Mahkamah Yang Maha Tinggi Sekarang.p) dan ialah juga
126 Nama penuhnya William Armstrong Graham, seorang berketurunan Inggeris dan pernah bertugas dengan kerajaan Siam sebelum ditugaskan sebagai penasihat kerajaan Kelantan dari tahun 1903-1909 (W.R. Roff, 1974:33).
111
“Mahkamah Appeal” dan perbicaraan yang sedang diadakan (di) Mahkamah Besar dan
Mahkamah Kecil di Kota Baharu.
Jumlah pungutan pendapatan hasil-hasil negeri di dalam masa dipimpin oleh penasihat
Siam itu bagaimana di bawah ini yang dicabut daripada buku karangan Tuan Graham:
1903 - -
1904 $168,109
1905 $207,232
1906 $279,784
1907 $317,388
1908 $335,299
Pada akhir tahun 1904 dibangunkan sebuah jajahan di Ulu Kelantan dinamakan/ “Jajahan
Selatan”, Batu Mengkambang sedia dengan mahkamah127 dan lainnya di bawah jagaan
seorang Tuan Puteh (Tuan Penintan) menjadi ketuaan jajahan membicarakan kes-kes
yang kecil-kecil dikecualikan kes yang besar di hantarnya ke Kota Bharu.
Kemudian daripada itu dibangunkan sebuah jajahan di tepi mentara (perenggan) Kelantan
dan Terengganu dinamakan “Jajahan Pasir Puteh dan bagi tiap-tiap suatu daerah pula
dilantikkan seorang “Tuk Kweng” (Tok Penggawa sekarang) menjaga masing-masing
empunya daerah ialah di bawah jagaan ketuaan jajahan.
127 Penyalin tertinggal perkataan mahkamah menyebabkan ayat dalam teks ini kelihatan janggal. Perkataan ini diperolehi daripada teks RK yang tersiar dalam majalah Kencana.
112
Dan lagi dahulu daripada tahun 1904, tiadalah sekolah bagi putera bumi Kelantan
mempelajarinya, hanyalah pada masa itu masing-masing belajar membaca dan menulis di
rumah atau di pondok-pondok sahaja. Itu pun jarang yang kebanyakan haji-haji
mengajar Qur’an. Akhir tahun 1904, sebuah sekolah kecil dibangunkan di Kota Bharu
(sekolah kecil itu tempat bilik bujang polis Kota Bharu sekarang yang berhampiran
dengan rumah Kota Baharu Kelab.p) dan dimulakan dengan diajari membaca, menulis
kira-kira dan ilmu alam dengan tidak pula kerajaan memungut wang, ialah dengan
percuma sahaja (sekolah ini diketuai oleh Yang Amat Bahagia Datuk Bentara Luar (En.
Muhammad Azlan bin Muhammad Ariffin). Masa inilah baharu putera-putera Kelantan
membuka mata dan menghantar anak-anaknya ke sekolah kerajaan. Di dalam empat
tahun sahaja bertambah-tambah banyak hingga tidak mencukupi tempat. Dan daripada
murid-murid sekolah inilah diambil oleh kerajaan dijadikan keraninya./
Sungguhnya udara-udara kebersihan negeri telah nampak akan tetapi judi-judi di dalam
masih disukai lagi. Penyakit inilah yang memundurkan sifat-sifat tamadun yang baharu
tumbuh itu. Memanglah begitu di mana-mana negeri pun tak dapat dihapuskan dengan
serta-merta melainkan dengan beransur-ansur dengan jalan ikhlas dan usaha-usaha ketua
pekerjaan yang memegang pekerjaan manusia.
Dari tarikh inilah bertatih Kelantan dengan perlahan-lahan. Kerana adil pemerintahan, di
dalam keadaan yang demikian masyhurlah sifat kemuliaan negeri kepada negeri-negeri
yang besar-besar dan bertambah ramai bangsa asing membawa perniagaan dan jadilah
113
beberapa kompeni dan beransur hilang segala kebengisan dan kedahsyatan kerana tubuh
kerajaan telah berdiri dengan tegaknya. Memerintahlah Duli Yang Maha Mulia dengan
dilayani oleh penasihat Siam yang tersebut dengan senang lenang, tiada lagi yang
mendukacitakannya.
Maka di dalam tahun 1905 tibalah Seri Maharaja Siam128 ke Kelantan kerana
menyambungkan tali persahabatan di antara baginda Duli Yang Maha Mulia. Adapun
kedatangan itu disambut dengan besar-besar kehormatan yang belum lagi pernah
diadakan di Kelantan. Tidak lama Seri Maharaja Siam di Kelantan, apabila habis
dilawati bandar-bandar dan lainnya, berangkatlah kembali ke negeri Siam. Kemudian
kembali Seri Maharaja Siam inilah datang Kompeni Duff129 ke Kelantan berkira dan
berunding bagi membukakan pekerjaan lombong mas. Dalam hal itu dapatlah ia
menghadap / Duli Yang Maha Mulia lalu dibawa persetujuan ke dalam majlis mesyuarat
negeri. “Apabila telah tetap dan bersatu suara mempersetujukannya lalu diperbuat suatu
perjanjian diturunkan cap di antara kedua pihak dengan dipersetujui pula oleh Seri
Maharaja Siam dan kerajaannya. Perjanjian itu lebih kurang maksudnya, “Berbagai-
bagai hak kebebasan dibenarkan Kompeni Duff yang disebutkan, tanah pemberian di
dalam Kelantan di ulu sana selama masa habisnya hingga sepuluh Oktober 1940”.
Ertinya kebebasan kompeni itu dengan seterusnya (Kita dukacita dalam hal ini dan tak
dapat memanjangkan perkiraan sama ada mendatangkan kemerbahayaan bagi Kelantan
128Nama Seri Maharaja Siam itu ialah Raja Chulalongkorn. Maklumat ini berdasarkan buku Sejarah Thai-Zaman Bangkok (Kobkua Suwannathat-Pian, 1991:213) yang berbunyi, “… Chulalongkorn menggunakan hubungan peribadi sebagai faktor penting untuk mengeratkan hubungan Bangkok dan negeri-negeri Melayu di bawah kuasa Siam. Baginda selalu melawat ke negeri-negeri Melayu seperti ke Kelantan dan Terengganu pada tahun 1889 dan tahun 1890.129Kompeni Duff ialah sebuah syarikat perlombongan emas yang dimiliki oleh seorang Inggeris yang bernama Robert William Duff seorang bekas pegawai polis di Pahang yang mula-mula datang ke Kelantan pada tahun 1895 dengan Hugh Clifford. Beliau kemudiannya bersara daripada jawatan polis dan datang semula ke Kelantan dengan tujuan perniagaan. (W.R. Roff., ed., 1974:33). Untuk maklumat lanjut tentang kompeni Duff ini sila rujuk lampiran F, yang memuatkan surat perjanjian di antara kompeni itu dengan kerajaan Kelantan.
114
atau tidak. Tetapi bagi pihak kita sangat tidak bersetuju perjanjian yang seumpama itu,
tetapi sekarang Kelantan dengan Kompeni Duff di England sana dan keputusannya
kerajaan Kelantan kena bayar kepada Kompeni Duff bagaimana yang tersebut di dalam
Kitab Tarikh Kelantan:
“Dalam masa Duli Yang Maha Mulia inilah telah mengurniakan tanah kepada seorang
putih bernama Robert William Duff yang telah membuka kompeni membuat pekerjaan
galian emas. Dan pada masa sekarang menanam getah dengan syarat dikembalikan
tanah itu pada kerajaan pada hujung 40 tahun lamanya. Sungguhpun Komponi Duff telah
mengeluarkan emas tetapi belum lagi boleh mendapat keuntungan sebab/ besar
perbelanjaannya. Tanah itu di sebelah ulu negeri hampir satu suku, tiba-tiba sebelum
habis tempoh itu diambil balik tanah itu oleh kerajaannya dengan dibayar balik kepada
kompeni tuan Robert William Duff banyaknya $2,500.00” (Lihat kitab itu).
Ketahuilah kita tubuh kerajaan baharu berdiri tegap dan berjalan gerak geri peraturan
dengan mengikut undang-undang tetapi sungguhpun tak dapat dihilangkan dengan serta
merta maka pada tentang pencuri-pencuri perompak-perompak tidaklah juga hilang
sama sekali hingga dijaga oleh polis dengan cermatnya. Mana-mana kepala penjahat
yang termasyhur dan ternama maka satu daripadanya ialah Engku Genting kerana
diketahui banyak-banyak ia seorang kepala bagi kumpulan pencuri kerbau lembu dan
menerima lembu-lembu curi. Maka ialah yang dijagaan oleh polis hingga diberi amaran
kepadanya supaya jangan dilakukan pekerjaan itu kerana undang-undang telah
menegahkan.
115
Pada bulan Julai 1906 didapatilah dengan sah Engku Genting membuka judi di rumahnya
di Kampung Genting dengan bebasnya. Tiga hari kemudian sarjan polis stesen Tabal
melawat kampung Genting130 itu didapati lima orang Cina membuka judi lalu diperiksa.
Di sinilah Cina-Cina itu memberitahu yakni berani membuka judi itu kerana
diperintahkan oleh Engku Genting dan wang pendapatan dibahagi dua. Apabila sahaja
sarjan mendengar cerita-cerita itu lalu ditangkap Cina-Cina itu. Demi dilihat oleh Engku /
Genting berdirilah ia serta kumpulannya yang sebanyak lebih kurang 100 orang
menerkam kepada sarjan serta memintak lawan bertikam keris. Adapun sarjan dan mata-
mata yang bersama-samanya dengan seberapa daya dan upayanya menahankan perkara
itu supaya tidak menjadi perbalahan. Semujurnya kehendak-kehendaknya itu jaya, jika
tidak apakah jadinya tak dapatlah kalam menceritakannya. Lepas daripada itu sarjan pun
tidaklah melengahkan lagi lalu dihantar berita ke Kota Baharu hal-hal yang telah jadi itu.
Dengan serta-merta pada pagi esok sekumpulan daripada 40 orang polis datang ke
Kampung Genting dan mengelilingi rumah Engku Genting dan dapat ditangkap 50 orang.
Akan tetapi Engku Genting telah tiada berlepas lari ke Kota Baharu ke rumah kerabatnya
yang berkuasa. Hingga di Kota Baharu pun enggan juga menerima perintahnya kerajaan
lalu terus lari membawa diri ke Besut (jajahan Terengganu). Dalam sedikit bulan
kemudian daripada itu kembali pula Engku Genting ke Kelantan menyerah dirinya serta
dibawa ke hadapan pengadilan dan dihukumkan 3 tahun jil kerja berat. Oleh sebab
hukuman itu tidak memberi puas hati lalu diappeal ke majlis mesyuarat negeri. Di sinilah
diubahkan hukuman itu oleh Duli Yang Maha Mulia dengan persetujuan ahli-ahli
130Kampung Genting, nama tempat ini tidak ada dalam peta Kelantan. Besar kemungkinan nama ini telah berubah.
116
mesyuarat dengan hukuman buang keluar negeri selama lima tahun ke Mekah di
makramah.
Senang polis kerana ketiadaannya, akan tetapi tiadalah sunyi lagi / penjahat-penjahat
Kelantan. Sungguhpun begitu tidaklah pula berani menzahirkan keberanian dirinya
bagaimana Engku Genting itu.
Bolehlah kita percayai mana-mana negeri yang di bawah perintahan Siam pada masa itu
tidaklah bagaimana Kelantan kerana dijalankan dengan peraturan dan undang-undang.
Akan tetapi tidak juga memberi puas hati. Entah bagaimana pada akhir tahun 1908
rundingan131 telah berlaku di antara kerajaan Siam dan Great Britain lalu kedua-dua
kerajaan besar itu berteriti serta diserah Kelantan di bawah naungan kerajaan Great
Britain.
Maka pada tahun 1909, bersetialah pula kerajaan Kelantan dengan Great Britain dengan
suatu teriti barangkali maksud teriti baru itu tidaklah lebih kurang daripada teriti dengan
kerajaan Siam132. Pada bulan Disember 1902 itu dan terlepaslah daripada dinaungi oleh
kerajaan Siam (mudah-mudahan kita akan dapatlah membaca dalam aman siaran akhbar
teriti ini. Dengan persetujuan kerajaan mengikut teriti-teriti negeri lain yang telah jujuh
dicurahkan kepada pengetahuan ramai mengikut kewajipannya)
131 Penyerahan empat buah negeri-negeri Melayu utara oleh Siam kepada British dalam tahun 1909 adalah hasil tekanan yang dilakukan oleh British kepada Siam. Siam dikatakan telah mendapat semula kuasa kehakimannya yang hilang sejak tahun 1855. Malah penyerahan empat buah negeri itu disifatkan sebagai memberikan sumbangan yang penting kepada kemunculan Siam sebagai sebuah negeri yang bersatu dan berdaulat (Kobkua Suwannathat-Pian, 1991:214).132 Lihat lampiran G, perjanjian di antara Kelantan dengan Siam.
117
Dalam sibuk berunding berkira dan serah menyerah pekerjaan penasihat Siam kepada
penasihat British dengan takdir Tuhan yang maha kuasa pada 6 March 1909 menderulah
api di Kota Bharu yang tak dapat ditolong dan dipadamkan133. Kebakaran itu dua jam
lamanya. Jumlah rumah yang terbakar lebih kurang 390 buah. Dianggar kerugian
$200.000. Api ini digelar api Haji Samba. Kemudian daripada ini suatu kebakaran lagi
di Tumpat. Akan tetapi kita tidak dapati berapa / rumah yang binasa begitu juga
kerugian. Senampak kita kebakaran kedua-dua itu bukanlah apa-apa semata kudrat
Tuhan juga. Pada membasuhkan mana-mana perjalanan-perjalanan peraturan kerajaan
Siam yang tiada memberi puas hati itu supaya licin dan senanglah penasihat British
membuka jalan mengikut peraturan yang lebih elok lagi. Di sinilah Kelantan tersenyum
melalui lidah Yang Amat Berhormat Datuk Paduka Menteri Paduka Raja Kelantan
pengarang Kitab Tarikh Kelantan:
“Maka tersenyumlah Kelantan dengan ekor matanya kepada Siam seolah-olah bersuara
Kelantan – ayuhai kerajaan Great Britain bahawa tiada hari bagiku melainkan kemuliaan
ialah daripada persetiawan engkau membesarkan tulang anggotaku dengan kuat
berhemah atas jalan kemanusiaan sehingga dapat aku bermegah-megah membunyikan
pancaragam dan membukakan tarian kesukaan serta nanyi puji pujian di hadapan engkau
supaya sekalian orang di dalam dunia boleh melihat. Maka sepanjang suara Kelantan itu
kami percaya dihormati oleh Great Britain dengan kesukaan dan mustahil di atasnya
menutup telinga pada perumpamaan yang demikian itu kerana ialah suatu kerajaan yang
kasih kepada kemajuan dan bukan kepada sekalian manusia berjalan atas jalan
kecerdikan.” Lihat muka 16 dan 17 kitab ini.
133Dalam Kelantan Administration Report, 1920, kebakaran itu dikatakan berlaku pada 7 Mac 1909.
118
Pada masa berteriti inilah kerajaan Kelantan hilang sebuah jajahan bagaimana/ yang
disebutkan dalam Kitab Tarikh Kelantan:
“Pada masa negeri Kelantan bersetia dengan kerajaan Siam adalah lebih kurang 15 000
orang bangsa Siam yang mendiami tempat-tempat di sebelah kanan Sungai Takbal134 itu,
tetapi oleh sebab surat setia di antara kerajaan British yang berkenaan dengan perkara
serahan negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu itu telah diperbuat oleh kerajaan Siam
bahawa sungai Takbal itu sempadan dan bagi jajahan Siam dengan jajahan di bawah
takluk Kelantan suruh ditolak sebuah daerah di dalam Legih yang di bawah bendera Siam
kepada Kelantan, iaitu sebelah ulu negeri Kelantan dan setengah tanah di dalam Reman
yang di bawah menderanya jua kepada negeri Perak. Maka sungguhpun Kelantan dapat
tanah ganti itu tiga kali besar jajahan yang telah diambil oleh Siam itu, tetapi hilanglah
Kelantan sebuah jajahan yang di tepi pantai laut (Che Hir) dan yang ramai kebanyakan
rakyat yang di situ bangsa Siam. Maka sekarang tinggal lagi rakyat bangsa Siam di
bawah perintah Kelantan banyaknya 5,000 orang. Daripada jumlah 5,000 itu maka
mereka itu duduk dalam kesenangan tiada diganggui orang Melayu dalam perkara
agamanya atau adatnya.” (lihat kitab ini)
Mengetahuilah kita bahawa dahulu daripada Sultan Muhammad IV tiada majlis
mesyuarat negeri yang khas bagi kerajaan dan tiada sebuah undang-undang atau
peraturan menjalankan gerak geri perintahan hanyalah undang-undang daripada titah
perintahan sahaja./ Maka wajiblah putera bumi Kelantan mengucap syukur ke hadrat Ilahi
134Sungai Takbal, sebuah sungai yang bersempadan dengan negeri Thai.
119
al mana yang telah mengurniakan seorang sultan yang mempunyai akal yang sempurna
dan hemah yang tinggi mengambil tapak kemajuan dan mengada barang yang tiada
diperbuat oleh sultan-sultan yang dahulu daripadanya.
Pemerintahan Kelantan Di Dalam Masa Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad
IV Dipimpin Oleh Penasihat British dan Berjalan Peraturan Negeri Dengan
Keadilan Yang Ditambah-tambah Dari Tahun 1909 Hingga 1920
Di atas tadi kita telah sebutkan Kelantan telah berteriti dengan kerajaan Great Britain dan
memulailah Tuan Graham penasihat Siam menyerahkan kuasa-kuasa pekerjaan kepada
penasihat British (Tuan J.S. Mason) pada 15 Julai 1909. Di sinilah mulai berubah
perjalanan peraturan negeri dari sehari ke sehari. Maka pada 19 Julai 1909, tibalah Tuan
Yang Terutama Gabenor dan High Commissioner Negeri Persekutuan135 ke Kelantan
menyambungkan tali perjalanan di antara Duli Yang Maha Mulia. Kedatangan dan
ketibaan itu disambut dengan kehormatan.
Tuan Yang Terutama di dalam Kelantan itu selalu memperhatikan anak negeri, melawat
pejabat-pejabat bandar, sungai hingga ke Kuala Lebir dan melihat kebun-kebun getah
dan [dan] lain-lain lagi. Apabila habis dilawatinya kembalilah Tuan Yang Terutama ke
Singapura./ Selang 4 bulan kemudian daripada kembali Tuan Yang Terutama terjadilah
suatu kebakaran di Penambang Kota Bharu. Rumah-rumah yang ditelan oleh Sang
Maharaja api itu sedikit sahaja, lebih kurang 25 buah kerana Penambang itu bukanlah
135 Namanya ialah Sir John Anderson.
120
rumah gudang bagaimana Kota Bharu, hanyalah rumah-rumah kampung. Dianggarkan
kerugian $8,000. Api ini digelarkan “Api Mak Menora”.
Baharu sahaja Kelantan dipimpin oleh penasihat British, tiba-tiba berbangkit kebakaran
ini suatu pertunjukan Tuhan jua supaya rumah yang Islam ini tiada beraturan itu diubah
dan dielokkan. Di dalam tahun ini banyaklah undang-undang ditambah dan disahkan.
Judi-judi, candu-candu memudarat pada segenap ceruk itu dilarang dan ditegahkan
dengan kuasanya. Begitu juga menjaga kesihatan penduduk-penduduk Kelantan.
Kita telah ketahui peredaran bulatan bumi berpusing selama 24 jam sehari semalam.
Maka dari sehari ke sehari bertambah-tambah bilangan hari hingga 365 hari, genaplah
bilangan setahun. Maka zahirlah tahun 1910. Tiada zahir tahun baharu itu melainkan
terjadilah dua kebakaran. Akan tetapi tiada mendatangkan berbahaya besar:
1. Di Pasir Mas136
2. Di kampung Laut
Kedua kebakaran ini tidaklah menyusahkan penduduk-penduduk di situ kerana dua tiga
empat buah sahaja yang binasa. Kemudian daripada itu mana-mana penduduk yang
kehilangan / rumah itu pun memulailah membangunkan rumah baharu.
Apabila telah kita ketahui tubuh kerajaan berdiri dengan tegap, maka tak dapat tiadalah
jalan-jalan raya disediakan dan gertak-gertak137 dibangunkan. Maka pada awal-awal
136Lihat Lampiran C, peta negeri Kelantan.
121
ketibaan penasihat British itu dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia dan
penasihatnya lalulah dibangunkan sebuah gertak di sungai Keladi bagi menyenangkan
anak negeri menghantar jenazah ke tempat perkuburan (banggul) dan melawatnya pada
mana-mana ketika yang dikehendaki.
Tiada berapa lama siaplah gertak itu. Maka pada 16 hari bulan Julai 1910 suatu istiadat
keramaian kerana membuka gertak itu dimulai dengan dihadiri oleh Duli Yang Maha
Mulia dan dengan tangan Duli Yang Maha Mulialah membuka gertak Sungai Keladi138
itu serta dinamakan “Gertak Mason”. Ialah nama tubuh penasihat British yang awal-awal
diterima oleh Kelantan supaya tiada hilang namanya selamanya. (Gertak ini sekarang
telah tiada kerana diruntuhkan oleh air bah yang bermaharaja lela kemudian daripada
dibuka itu tiga tahun lebih kurang. P)
Empat bulan kemudian daripada membuka gertak itu pada 22 Oktober, tibalah Tuan
Yang Terutama Gabenor (Sir John Anderson) melawat Kelantan dan masa inilah
perjanjian di antara kerajaan Great Britain dan Kelantan disain. Dalam masa Tuan Yang
Terutama itu di Kelantan, habislah tempat-tempat dan pejabat-pejabat dilawatinya.
Begitu juga mana-mana tempat pertukangan perusahaan anak negeri. Pada keesokan
berlayarlah Tuan Yang Terutama kembali ke Singapura. /
137Gertak = Jambatan (loghat Kelantan).138 Jambatan Sungai Keladi. Dalam Kelantan Administratiion Report1916, R.J. Farrer melaporkan bahawa jambatan yang mempunyai kepanjangan 160 kaki menghubungkan Bandar Kota Bharu dengan Kampung Cina dibina dengan kos $6,497.00. Jambatan ini telah musnah dalam banjir tahun 1913. Selepas itu dibina pula Jambatan Pera Nab (Saad Shukri Haji Muda, 1971:110).
122
Di dalam Kelantan pada awal lagi hingga tahun ini anak negeri sangat berusaha kepada
pelbagai perusahaan seperti menanam padi dan kelapa. Anak negeri di daratan bertukang
tembaga di Kota Baharu dan lain-lain jajahan dan kain tenunan Kelantan yang pada tiap-
tiap rumah mempunyai satu perkakas tenunan (jentera). Yang anak-anak perempuan
pada tiap-tiap rumah itu bekerja dengan panjang masa tiap-tiap hari.
Maka oleh sebab pada tahun ini suatu pertunjukan (Show) negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Persekutuan diadakan, mencubalah Kelantan menghantar beberapa jenis
perusahaan dan pertukangan anak negeri. Di dalam pertunjukan itu Kelantan mendapat
kemenangan, yang terutama padi dan kelapa disebut baik dan elok. Maka dengan
perusahaan inilah membanyakkan hasil perkeluaran negeri. Dan yang kedua
pertukangan tembaga dan sarung sutera yang memuaskan hati hinggakan menjadi tanda
(rekod) bagi perusahaan anak negeri kerana pertukangan tembaga dan sarung sutera itu
suatu asas yang elok. (nampaklah di pemandangan kita pada masa 1910 putera-putera dan
puteri-puteri sangat berusaha tentang pertukangan tembaga, sarung dan lainnya. Akan
tetapi yang mendukacitakan kita sekarang (1930) tiada diusahakan langsung, kenapakah
begitu? Apakah sebab yang memundurkannya?. P)
Pada zahir tahun 1911 melainkan berlumba-lumba anak negeri mengambil tanah hutan
yang dipunyai oleh kerajaan bagi tanaman getah. Dan daripada tarikh ini / perusahaan
tanaman padi pun mulailah kurang kerana anak negeri asyik bertanam getah supaya
mudah kaya. Pada halnya diketahui baik-baik tanaman padi itu tersangat-sangat wajib
bagi anak negeri mengusahakannya supaya tidak berlaku kelaparan jika pada suatu masa
123
tertahan beras yang datang dari sebelah Siam. (Kita percaya sebab pun begitu kerana
masing-masing berfikir barangkali dengan berusaha padi dan lainnya payah atau lambat
kaya. Fikiran yang semacam itu inilah yang mengurangkan perusahaan menjatuhkan
darjah dan memiskinkan anak-anak negeri dan negeri. Pada halnya tidak terkecuali
putera-putera bangkit dengar dan membaca surat-surat khabar dan majalah-majalah
kesemua “Kasihkan Bangsa Watan Melayu”. Kalau begitu jika memberhentikan
perusahaan padi dan lainnya bagaimana yang dicontohkan oleh orang-orang tua kita itu
boleh dikatakan kasihkan bangsa dan watan Melayu?.P)
Negeri-negeri Persekutuan memang pun diketahui mempunyai kereta api. Maka oleh
sebab hendak menyenangkan dan memudahkan anak-anak negeri lalu dirundingkan
dengan kerajaan Kelantan kerana membuka jalan kereta api di Kelantan. Apabila telah
dipersetujukan dengan perbuat perjanjian, maka tahun ini (1911)139 dirintis jalan daripada
Pahang di sebelah barat Gunung Tahan turun ke jajahan Galas dan Jeneral Menagernya
sendiri melawat Kelantan di dalam bulan September 1911. Maka pada penghabisan rintis
jalan di sebelah barat sungai Kelantan ialah dari Tumpat ke Kota Baharu dan Tanah
Merah. Bagi pekerja kereta api ini beberapa banyak besi-besi dan lain-lain ditambunkan /
di Tumpat, begitu juga beribu-ribu kuli yang bekerja.
Di atas tadi kita telah sebutkan kedatangan Tuan Yang Terutama. Maka oleh sebab
hendak membalaskan lawatan itu berangkatlah Duli Yang Maha Mulia ke Singapura
yang beberapa lama tidak dilawat itu140. Di dalam Singapura banyaklah Duli Yang Maha 139 Lihat Mikro filem 90, C.O. 273/427 tentang laporan kemajuan cadangan pembinaan jalan kereta api dari Tumpat ke Tanah Merah yang dibuat oleh ketua juru ukur. Dalam laporan itu disebutkan bahawa jalan yang akan dibuat itu akan melalui kawasan berpaya, belukar, kawasan sumber air dan sebagainya.140 Tarikh lawatan yang dilakukan oleh baginda ini ialah pada 1 Mac 1919.
124
Mulia mengambil penglihatan di dalam apa yang dipandangnya. Kemudian daripada itu
kembalilah Duli Yang Maha Mulia ke Kelantan dengan tiada apa-apa kemerbahayaan di
jalan dan memerintahlah dengan adil dan tidaklah sia-sia pandangannya di Singapura itu
hingga beberapa perubahan telah berlaku.
Pembacaan telah ketahui tubuh kerajaan telah berdiri tegap dan peraturan undang-undang
berjalan dengan seterusnya. Akan tetapi dari tarikh itu hingga tahun 1910 tiadalah dapat
diketahui dengan sahnya berapa banyak anak negeri Kelantan hanyalah dengan agak-
agak sahaja. Maka perkara agak itu tak boleh kita berpegang sangat. Oleh sebab anak
negeri tiap-tiap sebuah negeri itu termesti diketahui oleh kerajaan, maka pada bulan Mac
1911 mulailah membanci penduduk Kelantan dengan ditambah berpuluh-luluh kerani
memeriksanya. Maka didapati 286,751 orang. Di dalam sebanyak bilangan ini 268,707
orang Melayu dan 18,044 bangsa asing. Jadilah jumlah banci anak negeri Melayu di
dalam Kelantan ada terbanyak daripada Negeri-negeri Selat atau di dalam mana-mana
kerajaan di dalam Tanah Melayu. / (Jadi jumlah banci anak negeri Melayu di dalam
Kelantan ada terbanyak daripada Negeri-negeri Selat atau di dalam mana-mana kerajaan
di dalam Tanah Melayu). Pekerjaan membanci penduduk Kelantan itu sungguhpun suatu
perkara yang senang dan mudah akan tetapi tak dapat dijalankan dengan segera hendak
lima enam bulan juga. Apabila sempurna pekerjaan membanci zahirlah bulan Oktober
1911. Maka telah cukuplah masa pertukaran penasihat British (J.S Mason) Lalu
disambungkan pekerjaannya oleh Tuan J.E. Bishop (pemangku British Adviser). Pada 19
hari bulan Oktober itu mengikut perjalanan peraturan yang telah dijalankan oleh
penasihat yang pertama itu. Adapun Tuan J.E Bishop ini tiada lama ia memangku
125
pekerjaan penasihat. Di dalam tahun ini juga diganti pula oleh Tuan W. Langham-Carter
tetapi pangkatnya pemangku penasihat British juga.
Bilangan hari bagi mencukupkan bilangan setahun itu jika diingat-ingat dan dihitung-
hitung pada tiap-tiap hari tak dapat tiada lambat. Akan tetapi jika dibebaskan ingatan kita
sebentar sahaja. Ini pun demikian seolah sepejam mata zahirlah pula tahun 1912. Tiba-
tiba diterima perkhabaran mengatakan Tuan J.S. Mason penasihat British yang awal yang
bertukar itu telah mati di Burma jatuh di atas kuda. Maka kematian inilah mendukacita
anak negeri dan kerajaan Kelantan kerana Tuan inilah awal-awal penasihat British yang
membuka dan membangunkan / pejabat-pejabat dan gerak geri kerajaan baharu tetapi apa
hendak dikatakan lagi kerana telah sampai giliran yang kita (manusia) kesemua merasai
mati. Siapa yang berpegang dengan agama yang sebenar diangkatlah rohnya ke makam
yang tinggi (syurga). Jika tidak nerakalah tempatnya. Dalam tahun 1912 inilah sahaja
yang kita dapati riwayat. Akan tetapi perjalanan di dalam hal bertatih maklum sahajalah
apabila ada asasnya (foundation) senanglah orang yang kemudian menambah apa yang
diingat terlebih elok lagi. Apabila zahir tahun 1913 siaplah jalan kereta api dari Tumpat
ke Tanah Merah tetapi gertak-gertak besi tak dapat disudahkan dengan segera hanyalah
dibuat dengan kayu bagi sementara sahaja.
Di sinilah baharu berlumba-lumba anak negeri menaiki kereta api yang belum dirasai itu.
Dan senanglah mereka itu seumur hidup tak mengenak Tanah Merah itu pun dapatlah
dikenalnya. Begitu juga pegawai-pegawai negeri jika terjatuh hari kelepasan menderulah
126
ke stesen kereta api membeli tiket. Ada ke Pasir Mas, Tuk Uban dan lain-lain stesen lagi
kerana mengambil angin.
Oleh sebab Duli Yang Maha Mulia Sultan seorang raja yang mempunyai akal yang
sempurna dan berhemah tinggi yang tiada terbaca pun di fikiran raja-raja yang dahulu
akan siasatnya. Dan ialah raja yang awal mendirikan tubuh kerajaan dengan berperaturan
sempurna dan udang-undang yang adil. Maka tak dapat adalah sifat-sifat kepujian /
terzahir kepada pengetahuan daulat Duli Yang Maha Mulia baginda king dan kerajaannya
(Great Britain). Maka di situlah tergerak hati baginda king mengurniakan satu tanda
jasanya yang tak boleh hilang serta dihantarkan sebuah bintang yang bernama K.C.M.G
dengan dititahkan Tuan Yang Terutama Gabenor menyematkan bintang yang tersebut ke
dada Duli Yang Maha Mulia. Maka pada tahun ini (1913) berangkatlah Tuan Yang
Terutama dengan pengiringnya141 ke Kelantan. Ketibaan Tuan Yang Terutama itu
disambut dengan kesukaan keramaian hingga penuh bandar Kota Bharu oleh anak-anak
negeri yang menyambut dan yang melihat keramaian yang diadakan itu.
Apabila telah sudah Tuan Yang Terutama menyematkan bintang K.C.M.G ke dada Duli
Yang Maha Mulia, melawatlah pula melihat bandar pejabat-pejabat dan lainnya. Dua hari
di Kelantan lalu berlayar kembali. Di dalam anak negeri bersuka-suka kerana melihat
peraturan dan perjalanan dengan adil dan murah, yang barangkali difikirkan itulah sahaja
pengurniaan Tuhan, tiba-tiba pada bulan Disember 1913 bah datang dengan serta-merta
memenuhi Kota Bharu. Bah inilah yang terbesar daripada tahun 1997 yang telah ditanda
141 Nama pengiring-pengiring gabenor itu ialah Lady Evelyn Young, Lady Brockman dan Sir Edward K.C.M.G (Asaad Shukri Haji Muda, 1971:114).
127
dan dimasyhurkan dengan gelaran “Bah Urai”142 . Masa ini barangkali perniagaan di Kota
Bharu tak sempat diambil ditenggelamkan oleh air bah. Pejabat-pejabat dipenuhi air
hingga dua hari ditutup. Kerajaan telah rugi berapa banyak gertak yang baharu dan yang
lama dan jalan-jalan kereta api rosak./ Akan tetapi tidaklah merosakkan tanaman padi
kerana bah itu cuma dua hari sahaja. Begitu juga jiwa anak negeri. Dengan bah ini
bersihlah rasanya jalan-jalan dan kampung-kampung di dalam bandar Kota Bharu.
Maka apabila zahir tahun 1914 gemparlah pula perkhabaran peperangan Eropah yang
termasuk British. Di dalam peperangan ini nampaknya Duli Yang Maha Mulia
mengambil berat dan berusaha benar-benar serta menitahkan mendoa pada tiap-tiap
minggu supaya segera jaya, maju dan beroleh kemenangan British kerana menunjukkan
kebaktian dan kesetiaan persahabatan.
Peperangan besar itu pun memadailah kerana semua barang dan pakaian mahal hingga
pada masa itu kain pelikat di Kelantan $7.00 sehelai. Di dalam kebimbangan peperangan
itu tiba-tiba pada tahun ini juga mangkatlah seorang puteri Duli Yang Maha Mulia iaitu
Tengku Ambong yang beberapa lama menanggung kesakitan.
Pembaca telah ketahui kedukaan Duli Yang Maha Mulia kebimbangan peperangan dan
kemangkatan Tengku Ambong puterinya yang disayangi tetapi bukan itu sahaja iaitu
berbangkit pula rusuh kederhakaan Tuk Janggut di Pasir Putih. Terlebih dahulu daripada
kita meriwayatkan hal-hal Tuk Janggut terhaklah kita memberitahu yang kita pada masa
142 Bah Urai ini mendapat namanya daripada seorang perempuan cantik bernama “Urai” yang telah terkorban dalam bah itu (Asaad Shukri Haji Muda, 1971:98).
128
ini masih di dalam sekolah lagi. Maka tentu perkhabaran-perkhabaran yang akan
diceritakan ini kita ambil daripada orang-orang tua, entah betul entah tidak kita tidak
berani menyanggupi.
/Siapa pun mengetahui apabila disebut Pasir Putih143 ialah sebuah jajahan yang lama
dibuka akan tetapi rakyat-rakyat di situ ada lagi yang berperasaan handalan kebal hingga
enggan membayar hasil tanah. Apakala sampai musim membayar hasil penuh sesaklah
pejabat jajahan Pasir Putih rakyat-rakyat yang membayar. Di dalam senyap itu adalah
termasuk Tuk Janggut144 dan kumpulannya kerana membayar hasil. Maka oleh sebab
kerani-kerani pada hari itu tiada sempat menulis ditangguh keesokan hari. Begitulah
hingga tiga hari berturut-turut tidak juga dapat dibayar hasilnya. Pada masa itu wap-wap
kepanasan pun telah menjalar ke segenap tubuhnya lalulah kembali berserta
kumpulannya. Selang dua tiga bulan lamanya menerimalah ia dan kumpulannya saman
berkenaan dengan tanah. Maka dengan yang demikian pada 29 April 1915, tiba-tiba
Sarjan Che Wan145 dan dua mata-mata ke rumahnya di kampung Nering, Pasir Putih
membawa waran menangkapnya.
143 Pasir Putih letaknya berhampiran dengan sempadan Kelantan dan Terengganu. Jaraknya dengan Kota Bharu lebih kurang 27 batu. Pada zaman tradisional ianya diperintah oleh seorang pembesar yang dilantik oleh raja. Selepas Kelantan menerima penasihat British, sistem pentadbiran negeri telah diubah. Daerah Pasir Putih ditadbir oleh pegawai daerah. Di antara mereka ialah Encik Abdul Latif.144 Namanya ialah Haji Mat Hassan bin Munas. Pada masa berlaku kebangkitan itu usianya ialah 62 tahun. Haji Mat Hassan dipanggil Tok Janggut kerana beliau mempunyai janggut yang panjang dan berwarna putih. Sifat-sifat peribadinya yang lain ialah seperti mana yang tercatat dalam tulisan Ibrahim Nik Mahmood (1974:65), “… He was well built and about six feet tall. He had sharp brown eye which, it is believed are sign of bravery. His head was rather big and bald and his forehead broad, with thick eyebrows; all these are supposed to signify intelligence, thoughtfulness and firmness”.145 Sarjan Che Wan dihantar untuk menangkap Tok Janggut oleh Encik Abdul Latiff. Bersama-sama Sarjan Che Wan itu ialah beberapa orang pengiringnya, iaitu dua atau tiga orang anggota polis (Ibrahim Nik Mahmod, 1974:73-74).
129
Kesampaian sarjan itu Tuk Janggut ada rumahnya. Apakala bertemu dan bercakap lebih
kurang serta memberi tahu kedatangan, maka turunlah Tuk Janggut ke tanah bersekali
dengan sarjan. Demi sahaja sampai ke tanah Sarjan Che Wan pun mengeluarkan gari
kerana hendak dipasungkan tangan Tuk Janggut. Berapa pun dimintak supaya jangan
digarikan tidak juga dihirau dan dipedulikan oleh sarjan dimaki dan nesta?146 / Apakala
Tuk Janggut melihat keadaan yang demikian tak tersabar lagi lalu pura-pura diserah
tangan kiri, tangan kanan mencabut keris ditikam ke dada sarjan terus menerus rebah
lalu mati. Apabila dilihat oleh dua mata-mata itu teruslah ia membuat senapang dan lari
satu ke Kota Baharu dan satu ke Pasir Putih membawa perkhabaran. Oleh sebab Pasir
Putih dekat dapatlah perkhabaran itu dengan segera yang pada masa itu pegawai jajahan
yang menjaga di situ ialah En. Latif147 hingga gempar Pasir Putih.
Dengan ini bangkit pakatan kederhakaan yang dikepalai oleh Engku Besar148 dan Tuk
Janggut pergi ke Pasir Putih merampas barang makanan di kedai, senapang dan lainnya di
polis hingga masa itu sunyi senyap bandar Pasir Putih dan En. Latif pun berlepas lari
dengan perahu membawa wang kerajaan149. Pasir Putih pada masa itu teramatlah huru
hara sehingga sampai bantuan dari Kota Bharu jajahan itu nyaris-nyaris ketinggalan.
146 Tanda? digunakan oleh pengarang RK ini sendiri.147 Encik Abdul Latif ialah seorang pentadbir Inggeris dari Singapura dan ditugaskan menjadi pegawai daerah Pasir Putih menggantikan Encik Leh. Encik Abdul Latif ini dikatakan sebagai “… Well-built, full of initiative and a rather strict disciplinarian” (Ibrahim Nik Mahmood, 1974:71)148 Engku Besar Jeram adalah orang yang paling berkuasa di daerah Jeram sebelum tahun 1910. Beliau berhak memungut pelbagai cukai pertanian seperti hasil kelapa, padi, durian dan sebagainya. Selepas tahun 1910, pelbagai perubahan dilakukan oleh penasihat British (W.A. Graham) di mana pungutan cukai dilakukan oleh seorang pegawai daerah. Hal ini dilihat oleh Engku Besar Jeram sebagai satu penghinaan kepadanya. Dengan sebab itu beliau telah berpakat dengan Tok Janggut untuk bangun menentang pelbagai cukai yang dikenakan oleh pihak British.149 Jumlah wang kerajaan yang dibawa oleh Encik Abdul Latif ialah $10,200.00 (Ibrahim Nik Mahmood, 1974:74).
130
Tatkala perkhabaran Tuk Janggut sampai ke Kota Baharu gemparlah pula dan penuh
sesaklah balai besar dengan kerabat-kerabat menteri-menteri orang-orang besar dan
ketua-ketua keamanan yang pada tiap-tiap seorang itu cukup alatan senjata berunding dan
berkira. Keputusannya banyak juga dihantar orang-orang besar ke kampung Nering Pasir
Putih150 akan tetapi tiada dapat berjumpa Tuk Janggut kerana lari menyembunyikan diri
di dalam hutan. Dengan yang demikian tiba-tiba sampai askar dari Singapura dan negeri /
Persekutuan (kita tak dapat menerangkan dengan sahnya kedatangan askar itu adakah
dengan kehendak Duli Yang Maha Mulia dan Majlis Mesyuarat Negeri atau dengan
kehendak Penasihat sahaja. (Di sini kita memadai dengan askar Kelantan sahaja melawan
kumpulan Tuk Janggut yang tiada sampai 10 orang itu151) lalu setengah dihantar ke Pasir
Putih dan setengah tinggal menjaga Kota Bharu152.
150 Dalam naskhah Sejarah Peperangan Tok Janggut (M.S 1651, PNM), nama pembesar istana yang dihantar untuk menemui Tok Janggut dan Engku Besar Jeram ialah Tok Seri. Dalam naskhah ini Tok Seri dapat bertemu dengan Tok Janggut dan berjaya memujuk dia supaya pergi ke Padang Pak Amat untuk bertemu dengan pembesar istana Kelantan. Bagaimanapun apabila mereka sampai ke Padang Pak Amat, didapati pembesar-pembesar tersebut telah pulang ke Kota Bharu. Dalam tulisannya yang bertajuk “Tok Janggut Rebellion of 1915”, Ibrahim Nik Mahmood (1974:76) menjelaskan bahawa orang besar istana yang dihantar untuk berunding dengan Tok Janggut ialah Dato’ Menteri (Mohd Hassan bin Mohd. Salleh) dan Dato’ Bentara Setia (Haji Nik Mahmood Haji Ismail). Dalam tulisan ini jelas terlhat bahawa dua pembesar istana ini bertemu wakil Tok Janggut dan Engku Besar Jeram di rumah seorang Imam Cherang Tuli, iaitu Lebai Kadir. Dan Tok Janggut dikatakan telah menolak untuk bertemu dengan dua orang wakil istana itu.151 Mengikut naskhah Sejarah Peperangan Tok Janggut (MS 1651, PNM), pengikut-pengikut Tok Janggut ini lebih daripada 1,000 orang jumlahnya. Bagaimanapun dalam tulisannya mengenai kebangkitan Tok Janggut ini, Nik Ibrahim Nik Mahmood (1974) tidak pula menyebut jumlah para pengikut Tok Janggut ini. Dalam C.O 272/427 laporan R.J. Farrer kepada Penasihat British, jumlah para pengikut Tok Janggut dianggarkan di antara 5,000 hingga 9,000 orang.152 Askar-askar British yang didatangkan daripada Singapura (jumlahnya 230) dan disertai juga oleh orang-orang Melayu termasuk yang dipimpin oleh Tengku Muda Tuan Jaafar berjumlah 200 orang. Sultan juga telah mengarahkan beberapa penggawa (Tok Kweng) seperti daripada Bachok, Peringkat, Semerak dan Gaal bersama-sama orang-orang mereka ke Pasir Putih untuk memadamkan pemberontakan. Dalam kebangkitan ini juga pihak istana telah dibantu oleh askar Persekutuan atau dikenali sebagai `Malay State Guide’. Dalam C.O. 272/427 laporan R.J. Farrer, beliau telah mengatakan bahawa semasa kebangkitan itu perempuan-perempuan Inggeris dibawa ke sempadan Siam untuk menjaga keselamatan mereka. Ketua Polis, Mr. Jackson dengan askar Sikh dan beberapa anggota polis menjaga Kota Bharu. Manakala W.G. Adam pula menjaga kawasan Pasir Putih hingga ke Tanah Merah.
131
Bandar Kota Bharu masa itu pada malam hari ditegah berjalan jika tidak membawa
lampu. Maka bolehlah dikatakan sunyi. Selang tidak berapa lama daripada pemergian
askar-askar itu ke Pasir Putih tiba-tiba riuh tempik sorak kesukaan penduduk Kota Bahru
kerana didapati Tuk Janggut telah mati153 dan kawan-kawannya lari membawa diri ke
negeri Siam154 di dalam suatu langgaran askar Malay State Guide yang diharap dan
dipercayai itu. Mayat Tuk Janggut itu dibawa turun ke Kota Bharu dengan kereta lembu
dan diletakkan di tengah-tengah padang Bank disandarkan kepada sebatang kayu supaya
dilihat oleh anak negeri akan rupa orang yang menderhaka kepada raja dan negeri.
Kemudian daripada itu dengan titah Duli Yang Maha Mulia supaya disediakan tempat
pergantungan mayat itu di Pasir Pekan. Apakala sedia segala kehendak Duli Yang Maha
Mulia itu dibawa dan digantung songsang (kepala ke bawah kaki ke atas). Selama masa
tiga hari tiga malam lepas daripada itu baharu ditanam. Semenjak ini tiadalah apa rusuh
kederhakaan lagi hingga bercakap-cakap/ berkenaan dengan Tuk Janggut pun tidak
berani.
Di dalam rusuh kederhakaan ini kerajaan Kelantan telah rugi lebih kurang $17,000155.
Lepas daripada ini tiba-tiba ghaib dua orang pembesar Kelantan iaitu Dato’ Menteri
(Encik Hassan156) dan Dato’ Bentara Setia (Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan
sekarang157). Khabarnya ke Singapura entah apa rundingan kita tak dapat mengetahui?
153 Tok Janggut mati dalam pertempuran dengan askar Malay State Guuide. Mengikut laporan W. Langham Carter kepada pihak Sultan Kelantan, “… I found that Tok Janggut was already dead with only one bullet-wound.. Two others were also dead but they could not be identified. And another, by the name of Deraman bin Diah of Kampung Telosan was seriously wounded. Still another was also seriously wounded, but I think he had been carried away by his friend, for I found traces of blood along the route of escape … .” (Nik Ibrahim Nik Mahmud, 1974:83).154 Mengikut Sejarah Peperangan Tok Janggut (MS 1651-PNM), mereka yang melarikan diri ke Siam (Reman) ialah Engku Besar Jeram, Haji Said dan juga Ishak.
132
Tidak berapa lama lalu kembali dengan selamat sentosa hingga ternampak wajahnya
cahaya kehasilan perkiraan atau lainnya.
Kemudian daripada kembali inilah tidak berapa lama mendapat pangkat gelaran Dato’
Seri Paduka Raja itu. Suatu dalil jasa yang besar jika tidak nescayalah dikurniakan
kepada Tuhan. Kita bermohon mudah-mudahan dilanjutkan umur dan ditinggikan darjat
orang yang berjasa kepada raja, ummah dan watannya supaya dapat mencanai benih
semaian.
Pada bulan Mei 1916 berangkat Duli Yang Maha Mulia ke Kuala Kerai dan Jun ke Pasir
Putih158. Kedua tempat lawatan ini didapati baik dan jaya perjalannya. Apakala masuk
pertengahan tahun 1916 zahirlah nama “Darul Naim”159 gelaran atau timang-timangan
bagi negeri Kelantan. Gelaran ini ialah dikeluar oleh Mufti Haji Muhammad160 yang
dipersetujui oleh Duli Yang Maha Mulia. Nama inilah yang disebut-sebut dan ditanda-
tanda di dalam surat oleh putera-putera bumi Kelantan. Oleh itu mufti ini patut dipuji dan
diingat./
Sungguhpun diketahui Kelantan telah berdiri tubuh kerajaan dengan teguhnya dan
hukuman-hukuman berjalan dengan undang-undang, akan tetapi asas atau tubuh agama
155 Mengikut laporan Farrer, R.J., (1961:1), kerugian yang ditanggung oleh pihak kerajaan ialah melebihi $87,000.00156 Encik Mohd Hassan bin Mohd. Salleh.157 Namanya yang sebenar ialah Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail.158 Lawatan ini sebenarnya dilakukan selepas genap setahun kebangkitan Tok Janggut.159 Darul Naim bermaksud “Negeri Makmur”. Ianya diisytiharkan pada bulan Julai 1916 sesudah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri dan mendapat perkenan daripada baginda sultan.160 Nama penuh mufti ini ialah Tuan Haji Muhammad bin Haji Muhammad Said (Asaad Shukri Haji Muda, 1971:157)
133
Islam yang boleh dilihat tiada diadakan lagi. Maka dengan pintar dan cerdik Dato’ Seri
Paduka raja ternampak dan terbayanglah difikirannya akan asas itu. Maka dengan usaha
dan rajin serta dapatlah ia bermain di atas panggung siasat agama hingga hasil
maksudnya serta dapatlah didirikan tubuh, iaitu “Majlis Ugama Islam” dengan jayanya
pada November 1916161.
Adapun Majlis Ugama ini di bawah jagaan dan kekuasaan anggota yang bersendiri.
Tanggungannya, menjaga kubur-kubur Islam, menasihatkan anak negeri dalam kesemua
perkara adat resam negeri. Tubuh ini telah diamanatkan memungut zakat ialah satu rukun
yang wajib di dalam agama. Daripada pungutan itu dengan kesukaan ramai bersungguh-
sungguh menyimpan dan mendirikan sebuah masjid. Pada awal-awal pungutan
pendapatannya adalah lebih kurang $7,000, baki daripada dibayar gaji, maka bolehlah
dipercayakan di dalam sedikit tahun sahaja dapat dibangunkan masjid batu.
Tatkala tubuh sendiri tegap pekerjaan telah berjalan berunding berkiralah pula pada
memungut beras fitrah yang wajib dikeluarkan oleh tiap-tiap umat Islam pada 27
Ramadan itu. Lalu dipersetuju dan diputuskan memberitahu akan dipungut. Di dalam
bulan April 1917, pungutan ini pendapatannya lebih kurang $20,000. Majlis Ugama tidak
lepas peluang daripada mengajar agama kepada anak-anak negeri / di rumah yang
tersangat-sangat kecil pada mulanya. Akhirnya dibantu oleh kerajaan $15,000 dengan
wang itu dapatlah dibeli sebuah rumah yang ada sekarang ini dan di situlah dibuat pejabat
dan madrasah162.
161 Ianya ditubuhkan pada 24 Disember 1915 (17 Safar 1334) (Saad Shukri Haji Muda, 1971:122). Bagaimanapun William R. Roff (1974:101) pula mencatat tarikh penubuhan majlis itu ialah pada 7 Disember 1915.
134
Mula-mula dibuka madrasah pada 5 Ogos. Dengan begitu cepat 66 budak dan hingga 15
Ogos 165, dan 310 hingga akhir tahun. Perdirian madrasah ini tersangat nyata suatu
pertunjukan majlis ugama yang pantas sekali. Dengannyalah menghilangkan waham-
waham anak-anak negeri yang mengatakan negeri di bawah angin tak mencapai
kemajuan dengan serta-merta. Di dalam tahun ini juga bulan Ogos Tuan Yang Terutama
Gabnor dan pengiringnya sampai di Kota Baharu. Apabila sempurna istiadat menyambut
lalulah melawat madrasah yang dibuka oleh Majlis Ugama dan berucapan “nasihat”
kepada murid-murid. Lepas daripada itu melawat beberapa tempat lagi di dalam
Kelantan dan kembali ke Singapura.
Pembaca telah ketahui tiap-tiap sebuah negeri itu tiadalah sunyi daripada pencuri lembu
atau sebagainya yang apakala kuat penjagaan polis dijalankan dengan senyap. Jika alpa
sedikit dibuat dengan terus terang. Di Kelantan pun begitulah juga. Kerana kita dapati
rekod di dalam tahun ini (1918) kes pencuri kerbau lembu bertambah-tambah banyak
daripada tahun-tahun yang sudah. Kita ada juga mendapat khabar yang boleh jadi begitu
banyak kerana penjahat-penjahat telah bersatu menjadikan suatu kumpulan (kelab)
pencuri-pencuri di Kelantan serta dilantikkan ketuanya. Di situlah menerima / perintah
menjalankan pekerjaan itu. Satu daripada ketua itu ialah Encik Awang yang melarikan
lembu-lembu di Kelantan di bawa ke Siam, begitu juga dari Siam ke Kelantan.
162 Rumah yang dibeli itu ialah kepunyaan Dato’ Menteri. Harganya ialah $15,000.00. Rumah itu dibuat madrasah dengan nama Madrasah Muhammad (William R. Roff, 1974:143).
135
Maka oleh sebab bebasnya pada Jun 1918, berangkatlah Encik Awang dan kumpulannya
menuju kampung Kadak (tidak berapa jauh dari Kota Bharu lebih kurang 10 batu) serta
mengelilingi kampung itu kerana mencari lembu. Di situ berbangkitlah suatu perlawanan
di antara Encik Awang dan Tuk Penggawa hingga berjam-jam lamanya. Maklumlah
masing mempunyai senjata (senapang). Pada akhirnya Encik Awang kena peluru (mati)
saudaranya ditangkap dan kumpulannya lari tetapi bapa Tuk Penggawa Kadak mati di
dalam perlawanan itu. Kerajaan telah memberi hadiah kepada penggawa dan orang yang
penolongnya kerana jasanya (kita sangat-sangat puji keberanian dan usaha penggawa
Kadak ini yang tiada ditolok bandingan di dalam Kelantan kerana yang kebanyakan
penggawa hendak bermuka-muka dan menunjuk-nunjuk sahaja. P)
Pada tahun ini juga diperanakkan “Pengasuh”163, akhbar dua kali sebulan oleh Majlis
Agama yang masih hidup sekarang dengan selamatnya. Tatkala zahir tahun 1919
didapatilah perkhabaran keberhentian Tuan Yang Terutama (Sir Anderson) Maka pada 1
March berangkatlah Duli Yang Maha Mulia ke Singapura kerana memberi selamat
tinggal terlebih dahulu daripada keberhentiannya./
Sedang Duli Yang Maha Mulia berada di Singapura, tiba-tiba pada 7 March 1919
menderulah api di Kota Bharu. Api ini daripada puting sebatang rokok sekerit dari
deribar atau penjaga stor Beng Seng and Co. jatuh di atas tilam motokar. Dari situ
melarat dan menelan beberapa buah motokar serta rumah-rumah. Api itu tidak dapat
163 Pengasuh adalah sebuah akhbar (kemudiannya majalah) pertama kali diterbitkan pada 11 Julai 1918. Isinya mengutarakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dari segi agama, pendidikan agama dan pengetahuan umum. Tok Kenali dilantik sebagai Ketua Pengarang Kehormat. Manakala Dato’ Laksamana (Haji Muhammad bin Haji Mohd. Said) sebagai pengarang yang bertanggungjawab. Akhbar ini dikeluarkan pada setiap hari Isnin dengan harga 10 sen senaskhah (Asaad Shukri Haji Muda, 1971:130). Lihat juga Abdul Rahman al Ahmadi, 1974:170-171).
136
dipadam kerana telah memakan beberapa banyak minyak berzin, sepirit dan minyak
tanah hingga habis satu kawasan.
Setengah daripada rumah-rumah yang ditelan oleh sang maharaja api itu dipunyai oleh
kerabat-kerabat Duli Yang Maha Mulia. Kerugiannya ditaksirkan lebih kurang $500.000.
Pada 22 March 1919 kembalilah Duli Yang Maha Mulia dengan berubah wajah yang
cemerlang kerana masyghul akan kejadian itu pada masa tiada di negeri. Tetapi apa boleh
buat telah sampai giliran masa rumah batu akan berdiri.
Duli Yang Maha Mulia ini seorang yang sangat-sangat bersetia dengan kerajaan British
dan begitu juga dengan rakyatnya di dalam semua perkara. Gerak gerinya halus manis.
Tegur sapa dengan siapa-siapa yang mengadap dan pandai menulis dan mengarang. Dan
ialah seorang raja yang mempunyai politik moden yang bebas, ia menyiasat suatu perkara
dengan halusnya.
Apa yang kita huraikan ini tiada sunyi di sisi anak-anak Kelantan yang memerhatikan
keadaannya. Maka wajiblah kita mencurahkan berganda-ganda ingatan kasih mesra
kepadanya serta bertambah-tambah lagi. Apakala melihat beberapa perubahan / udara-
udara negeri dari semenjak kembalinya, tetapi sayang pada malam Khamis 23 Disember
1920, berlakulah kehendak Tuhan mangkatlah Duli Yang Maha Mulia menghidapi suatu
macam penyakit d-k-g-l-y tempat mengandungi air kencing dan jantung tiada berjalan
betul serta demam dan batuk. Mula-mula kegeringannya pada hari Selasa 7 Disember
1920. Pada malam itu juga diperintah tembak meriam sebanyak 51 das mengikut
137
biasanya kerana memberi ketahui rakyat negeri. Maka oleh sebab mengikut resam
Kelantan terlebih dahulu daripada diangkat jenazah hendaklah dilantik gantinya. Maka
pada pukul 1.30 lebih kurang 23 Disember 1920 diseru akan melantikkan yang maha
mulia raja Kelantan (putera sulung) menjadi raja pemerintah negeri mengganti
almarhum dengan dipersetujui oleh kerabat-kerabat, menteri-menteri dan orang-orang
besar lepas daripada itu jenazah pun diangkat menuju makam langgar. Waktu itu hujan
pun turun rintik-rintik bahasa. Peraturan istiadat membawa jenazah ini bagaimana istiadat
yang biasa dipakai di dalam Kelantan. Almarhum ini diperanakkan pada malam Ahad 21
Safar 1287. Maka jadilah jumlah usianya 52 tahun satu bulan dan 21 hari.
Tamat al kalam pada hijrah 9.7. 1203.
138