tokoh & kesusasteraan melayu
DESCRIPTION
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER MEI/2012HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYUPUSAT PEMBELAJARAN:PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI SEMBILANHBML 4203PrakataSyukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan Kesusasteraan Melayu ini dengan jayanya. Saya ingin merakTRANSCRIPT
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI/2012
HBML 4203
KESUSASTERAAN MELAYU
NO. MATRIKULASI : 830706055058002
NO. KAD PENGENALAN : 830706055058
NO. TELEFON : 0122305360
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI
SEMBILAN
HBML 4203 Prakata
Syukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan Kesusasteraan Melayu ini dengan jayanya. Saya ingin merakamkan
ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada tutor saya iaitu Dr. Khairuddin
Bin Hj Mohamad kerana telah membantu saya dalam penyediaan kerja kursus ini. Saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya kerana telah meberikan
semangat dan bantuan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Jasa kalian semua akan
senantiasa tersemat dalam hati saya.
Sekian, terima kasih.
1
HBML 4203
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN A
1.0 Pengenalan 3
1.1 Perkembangan Kesusasteraan Melayu 4
1.1.1 Kesusasteraan Melayu Tradisional 4
1.1.2 Kesusasteraan Melayu Moden 5
1.2 Kesimpulan 6
BAHAGIAN B
2.0 Pengenalan 7
2.1 Konsep Tokoh Sastera 7
2.2 Tokoh Pilihan 8
2.2.1 Gambar dan Biodata 8
2.2.2 Sumbangan Tokoh Aliran dalam Penulisan
Karya Sastera Beliau 11
2.2.3 Bentuk Sastera yang Disumbangkan dan Contoh 13
2.2.4 Isi Kandungan dan Tema yang digunakan 16
2.2.5 Bahasa dan Gaya Persembahan Tokoh 18
3.0 Penutup 20
4.0 Bibliografi 21
5.0 Lampiran 22
2
HBML 4203
1.0 Pengenalan
Kesusasteraan merupakan salah satu bentuk karya seni yang disampaikan melalui
bahasa. Perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya
dan baik isinya". Ciptaan sastera berbeza dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain kerana ia
menggunakan bahasa puitis sebagai alat penyampaiannya. Kesusasteraan pada
lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga dalam
bentuk lisan. Muhammad Hj Salleh (1995) menyatakan bahawa kesusasteraan merujuk
kepada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan
disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan. Manakala Hashim Awang
(1988) pula menyatakan bahawa makna kesusasteraan dapat dirujuk sebagai ciptaan yang
disampaikan melalui bahasa.
Ali Ahmad (1994) telah mengaitkan kesusasteraan dengan kehalusan atau estetika
dan bahasa. Kesusasteraan adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses
penciptaannya. Menurut beliau, keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi
wujudnya hasil kesusasteraan. Menurut beliau lagi, sastera berasal daripada bahasa
Sanskrita castra yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi maksud
seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan sebagai persuratan.
Tambahan “ke” di awal dan “an” di akhir kata susastera membawa maksud yang paling
hampir iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.
Selain itu, berdasarkan kajian asal usul bahasa (etimologi), perkataan
kesusasteraan berasal daripada kata “su” dan “sastra” dalam bahasa Sanskrit. Kemudian
di berikan apitan “ke ..an” untuk membentuk kata nama yang bermakna. Hashim Awang
menghuraikan kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada perkataan
susastera. Makna-makna tersebut dicantumkan dan membentuk perkataan berikut:
Su : baik, indah, cantik, seni dan berguna
Sastra : karya( lisan /bertulis) atau buku
Susastra : karya yang indah dan berguna
3
HBML 4203 Ke-susastera-an : semua bentuk karya bernilai seni dan berguna
1.1 Perkembangan Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua cabang utama iaitu Kesusasteraan
Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden. Kesusasteraan Melayu Moden
bermula dengan munculnya karya-karya Abdullah Munsyi. Beliau telah memulakan
penulisan corak baru yang berlainan daripada gaya penulisan Kesusasteraan Melayu
Tradisional.
1.1.1 Kesusasteraan Melayu Tradisional
Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua bahagian, iaitu yang
bersifat lisan dan bersifat tulisan. Karyanya pula terbahagi kepada dua kategori iaitu
prosa dan puisi. Prosa tradisional terbahagi kepada dua cabang utama iaitu prosa naratif
dan prosa bukan naratif. Dari sudut lain, prosa Melayu tradisional boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu naratif lisan, naratif tulisan dan prosa tradisional bukan naratif.
Naratif lisan mengandungi tiga genre utama iaitu mitos, lagenda dan cerita rakyat. Mitos
ialah naratif lisan yang paling tua. Genre ini mengandungi cerita tentang dewa-dewi,
berunsur keagamaan dan dianggap benar oleh masyarakat yang menciptanya. Lagenda
pula ialah cerita tentang watak manusia yang pernah wujud dan ada hubungan dengan
sejarah. Lagenda dianggap benar kerana terdapat tanda-tanda kewujudannya lagenda
berdasarkan tanda-tanda yang wujud di alam ini yang sama atau hampir sama dengan
cerita lagenda tersebut. Manakala cerita rakyat pula terbahagi kepada tiga subgenre iaitu
cerita jenaka, cerita binatang dan cerita dongeng.
Naratif tulisan banyak dipengaruhi oleh Hindu dan Islam. Di dalam pengaruh
Hindu, terdapat genre sastera panji manakala sastera transisi pula terdapat di dalam
pengaruh Hindu-Islam. Pengaruh Islam telah mempengaruhi genre-genre yang berbentuk
sastera hikayat, sastera sejarah dan sastera epik. Sastera hikayat terbahagi kepada lima
bahagian iaitu hikayat tentang Nabi Muhammad, hikayat nabi-nabi, hikayat tokoh-tokoh
Islam, hikayat romantik dan hikayat berbingkai. Sastera sejarah mengandungi unsur
4
HBML 4203 sejarah dan unsur kesusasteraan. Sastera epik terbahagi kepada dua subgenre iaitu epik
kebangsaan dan epik Melayu-Islam. Genre-genre yang terkandung di dalam kategori
prosa tulisan bukan naratif ialah sastera kitab, sastera ketatanegaraan, sastera undang-
undang, sastera sufi. Prosa tulisan bukan naratif bermaksud karya prosa yang
menggunakan bahasa Melayu lama tetapi kadar naratifnya sangat sedikit. Terdapat empat
genre di dalam kategori ini. Antaranya ialah sastera kitab, sastera ketatanegaraan, sastera
undang-undang dan sastera sufi.
Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu puisi
Melayu tradisional warisan Melayu dan puisi Melayu tradisional warisan Islam. Puisi
Melayu tradisional warisan Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu terikat (pantun
dan gurindam) dan bebas (seloka). Pantun terdiri daripada pantun kanak-kanak, pantun
orang muda, pantun budi, pantun jenaka, pantun teka-teki dan pantun kias-ibarat. Puisi
Melayu tradisional warisan Islam yang paling popular ialah syair yang telah di
diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri untuk menyampaikan hal-hal keagamaan. Syair pula
terbahagi kepada kepada bahagian. Antara syair-syair tersebut ialah syair agama, syair
romantik, syair sejarah dan syair kiasan.
1.1.2 Kesusasteraan Melayu Moden
Kesusasteraan Melayu Moden meliputi pelbagai genre. Genre-genre yang terdapat
di dalam Kesusasteraan Melayu Moden terdiri daripada novel, cerpen, drama, sajak,
biografi dan esei atau kritikan. Novel merupakan salah satu jenis kesusasteraan yang
disampaikan dalam bentuk prosa seperti cereka. Sesebuah novel yang dihasilkan
mempunyai watak, plot dan tema. Di dalam Kesusasteraan Melayu Moden, terdapat
beberapa jenis novel seperti novel saduran, novel Melayu asli, novel berunsur Islam,
novel remaja, novel kanak-kanak, novel popular, novel konvensional, novel sejarah dan
novel tak konvensional.
Cerpen dikenali sebagai cerita pendek. Setiap cerpen mengandungi cerita. Cerita
adalah ciptaan pengarang yang bersifat cerita rekaan atau fiksyen. Sesebuah cerpen yang
5
HBML 4203 dihasilkan mempunyai watak, plot, dan tema. Bentuk-bentuk cerpen yang ada di dalam
Kesusasteraan Melayu Moden adalah cerpen konvensional, cerpen panjang, cerpen
berunsur Islam, cerpen berdasarkan karya tradisional dan cerpen kanak-kanak. Manakala
drama pula ialah sebuah karya fiksyen atau cereka yang mementingkan dialog aksi
watak. Drama juga adalah lakonan yang dihasilkan bagi menceritakan sesebuah peristiwa
yang ingin disampaikan oleh penciptanya. Ciri-ciri utama sesebuah drama ialah ia
mengandungi aksi, konflik dan persembahannya sekali jalan sahaja. Jenis-jenis drama
ialah drama tragedi, komedi, tragi-komedi, opera, pantomin dan bangsawan.
Sajak ialah suatu bentuk karangan berangkap atau puisi moden yang lebih bebas.
Sajak dipersembahkan dalam rentak dan baris-baris yang tidak dihadkan. Baitnya disusun
mengikut keperluan isi sesebuah sajak. Sajak digunakan untuk menyampaikan pemikiran,
meluahkan perasaan dan menggambarkan sesuatu kejadian. Manakala biografi
bermaksud catatan hidup. Perkataan biografi terdiri daripada kata ”bio” yang bermaksud
hidup dan ”grafi” yang bermaksud catatan. Dalam erti kata lain, biografi ialah cabang
sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang. Esei atau kritikan pula
merupakan tulisan yang ditulis bersandarkan kepada kenyataan yang benar-benar wujud.
Tiada unsur khayalan atau dongeng yang terkandungan dalam penulisan esei atau kritikan
kerana ia menekankan kepada persoalan tentang kemanusiaan dan kehidupan. Esei
sastera membincangkan tentang segala hal yang berkaitan dengan karya, tokoh dan isu-
isu semasa.
1.2 Kesimpulan
Kesimpulannya, Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua iaitu Kesusasteraan
Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden. Kesemua Kesusasteraan Melayu
yang dihasilkan merupakan ciptaan seni yang menggunakan bahasa Melayu sebagai alat
penyampaian. Kesusasteraan juga merupakan satu cabang kegiatan seni masyarakat
Melayu yang terawal dan terpenting pada masa dahulu. Kesusasteraan digunakan oleh
masyarakat sebagai alat untuk menyatakan perasaan, keazaman, keinginan dan
pengalaman mereka dalam pelbagai medium. Sebagai seorang bangsa Melayu, adalah
6
HBML 4203 penting bagi kita untuk mempelajari tentang kesusasteraan supaya kita dapat mengambil
panduan, nasihat dan tunjuk ajar yang diselitkan dalam setiap karya yang dihasilkan.
Bukan itu sahaja, dengan mempelajari kesusasteraan, kita akan dapat mengetahui akar
umbi bahasa yang kita gunakan sekarang dan seterusnya menghargai dan menghormati
bahasa tersebut.
2.0 Pengenalan
Dalam bidang penulisan, terdapat beberapa tokoh sastera yang memainkan
peranan penting dalam menghasilkan bahan bacaan yang bermutu dan bernilai tinggi
untuk tatapan masyarakat. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Tun Sri Lanang, Hamzah
Fansuri, Raja Ali Haji, Abdullah Munsyi, Syed Syeikh Al-Hadi, Ahmad Rashid Talu,
Abdul Rahim Kajai, Muhammad Yassin Maamur, Ishak Haji Muhammad, Keris Mas,
Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati, Muhammad Haji Salleh,
Noordin Hassan, Abdullah Hussein, S. Othman Kelantan dan ramai lagi. Tokoh-tokoh di
atas telah banyak menyumbangkan hasil-hasil karya mereka dalam bidang penulisan
sastera bahasa Melayu di Malaysia. Karya yang dihasilkan memberi banyak manfaat dan
faedah kepada masyarakat kerana setiap penulis mempunyai tema dalam setiap
penceritaan mereka. Tema-tema yang diutarakan dapat membantu masyarakat untuk
memahami dan seterusnya memperhalusi isi kandungan sastera tersebut supaya mereka
dapat mengambil iktibar, nasihat dan seterusnya mengaplikasikannya ke dalam
kehidupan mereka.
2.1 Konsep Tokoh Sastera
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), tokoh bermaksud orang yang
kenamaan (dalam apa-apa bidang seperti bidang politik, kebudayaan, agama dan lain-
lain). Sastera pula bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab (bukan bahasa
basahan). Sasterawan pula bermaksud orang yang menghasilkan karya sastera (seperti
7
HBML 4203 prosa dan puisi), ahli sastera, pengarang dan pujangga. Sasterawan juga dikatakan
sebagai orang yang cerdik pandai dan cendiakawan.
Dalam konsep tokoh sastera, ia membawa maksud seseorang yang menghasilkan
bahan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahan yang
dihasilkan terdiri daripada puisi, novel, cerpen, drama dan sebagainya. Setiap karya yang
dihasilkan padat dengan mesej tentang kemanusiaan, alam sekitar, kemasyarakatan dan
pelbagai lagi. Karya-karya yang dihasilkan juga bermutu tinggi dan tiada nilainya.
2.2 Tokoh Pilihan
Untuk tugasan ini, penulis memilih untuk mengkaji tokoh sastera yang bernama
Usman Awang. Beliau merupakan antara penulis yang tersohor pada zaman 1950-an.
Karya-karya yang beliau hasilkan menjadi sumber rujukan dan panduan kepada penulis-
penulis muda pada zaman kini. Penulis memperoleh bahan kajian daripada buku hasil
tulisan Zurinah Hassan pada tahun 1990 yang bertajuk Sasterawan Negara: Usman
Awang, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain daripada buku tersebut, sumber-
sumber lain yang diperolehi ialah daripada Majalah Massa, Majalah Dewan Sastera dan
carian di laman sesawang.
2.2.1 Gambar dan Biodata
8
HBML 4203
Usman Awang merupakan salah seorang tokoh dalam kesusasteraan Melayu
moden. Beliau digelar sebagai Tongkat Warrant kerana menghasilkan sajak dan drama
yang sangat indah bahasanya. Beliau juga dikenali sebagai Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis,
Pengarang Muda, Ros Murni, U.A, Setiabudi dan Zaini. Usman Awang lahir di Kampung
Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi Johor pada 12 Julai 1929. Semasa dilahirkan
beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya kepada Usman
Awang. Beliau merupakan cahaya mata kepada pasangan Wan Awang Kechik dan
Halimah. Ayahnya bekerja sebagai seorang nelayan dan pada musim tengkujuh beliau
mencari dan menjual rotan. Ibunya pula telah meninggal dunia sewaktu beliau masih
kecil lagi.
Pada zaman kanak-kanak beliau, Usman Awang mendapat pendidikan setakat
sekolah Melayu sahaja. Ini kerana, keluarga beliau miskin dan tidak mampu untuk
menyekolahkan beliau ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau bersekolah di kawasan
Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani Muar (1940) sehingga lulus
darjah enam. Sewaktu zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, Usman Awang menjadi
petani di Segamat, Johor. Selepas beberapa ketika, beliau dikerah untuk menjadi buruh
paksa tentera Jepun selama enam bulan di Singapura. Kemudian, beliau berjaya
9
HBML 4203 melepaskan diri dan pulang ke Segamat, Johor. Ketika beliau berada di Johor, beliau
pernah menjadi `budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat.
Tidak lama selepas itu, beliau memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi
selepas beberapa minggu menjalani latihan, tentera Jepun menyerah kalah. Usman
Awang menjadi anggota polis bila pihak Inggeris kembali memerintah Tanah Melayu
pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya
di Melaka. Lima tahun kemudian, beliau meletakkan jawatannya sebagai anggota polis
dan berhijrah ke Singapura bersama-sama Jamil Sulung. Di Singapura, Usman Awang
diterima bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan. Selepas
itu, beliau menjadi pemberita sebelum masuk ke dalam sidang pengarang Mingguan
Melayu. Setahun kemudian, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu.
Jawatan pertama yang disandang ialah sebagai sidang pengarang akhbar utusan kanak-
kanak, kemudian dilantik menjadi pengarang akhbar Utusan Zaman dan majalah Mastika.
Akibat daripada peristiwa mogok yang berlaku pada tahun 1961, Usman Awang
mengambil keputusan untuk berhenti dari Utusan Melayu dan terpaksa menganggur
untuk beberapa ketika.
Pada tahun 1962, Usman Awang diterima bekerja dengan Syarikat Penerbitan
Federal dan pada tahun berikutnya beliau berkhidmat pula dengan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Ketika bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka, beliau ditawarkan bekerja sebagai
sidang pengarang Dewan Bahasa, dan kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan
Sastera, dan Dewan Budaya. Jawatan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebagai
Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan, dan Pengembangan Sastera. Bermula
pada bulan Mei 1982, beliau menjadi Ketua Bahagian sehingga beliau bersara pada bulan
Julai 1985.
Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas
dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antara pertubuhan tersebut ialah Persatuan
Persahabatan Malaysia-Cina. Pada tahun 1991, beliau dilantik sebagai Ahli Jemaah Kolej
Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan
10
HBML 4203 hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Beliau
memegang jawatan ini sehingga tahun 2001. Pada tahun yang sama juga, beliau dilantik
sebagai Penasihat Sastera Maybank bermula pada tahun 1991 sehingga tahun 2001.
Pada 29 November, Dato' Usman Awang, penyair yang berjiwa rakyat telah
menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bulan Ramadan 2001. Jenazah beliau
dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Beliau disemadikan berdekatan dengan pusara sasterawan negara Keris Mas. Sewaktu
jenazah beliau disemadikan, terdapat beberapa orang penulis yang mengenali beliau turut
hadir. Antaranya ialah Dato’ Shanmugalinggam, Profesor Muhammad Haji Salleh, Dr
Anwar Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato’ A. Samad Said dan Dato’ Baha Zain.
2.2.2 Sumbangan Tokoh Aliran Dalam Penulisan Karya Sastera Beliau
Usman Awang mula mencipta nama melalui karya puisinya yang sarat dengan
mesej-mesej kemanusiaan. Puisi-puisi yang dihasilkan oleh beliau sering menjadi pilihan
pelajar sekolah untuk dideklamasikan di majlis-majlis tertentu. Antara puisinya yang
cukup popular termasuklah “Bunga Popi”, “Gadis di Kuburan”, “Pak Utih”, “Ke Makam
Bonda”, “Nasib Buruh” dan “Salam Benua.” Walaupun beliau berjaya menghasilkan
sejumlah besar puisi yang menarik, namun beliau hanya mampu menerbitkan sebuah
novel sahaja yang bertajuk “Tulang-Tulang Berserakan”. Novel ini mengisahkan tentang
pengalaman peribadi beliau sendiri sewaktu bekerja sebagai anggota polis.
Selain daripada penghasilan puisi dan novel, satu lagi bidang kreatif yang
menaikkan nama Usman Awang ialah dalam bidang drama. Bidang ini telah diterokanya
sejak awal tahun 1960-an dengan menulis drama untuk radio dan pentas. Beberapa buah
dramanya yang terkenal termasuklah “Serunai Malam”. “Malam Kemerdekaan”, ”Tamu
di Bukit Kenny”, “Matinya Seorang Pahlawan” dan “Degup Jantungnya”. Terdapat
sebuah karya beliau yang terkenal dan banyak diperkatakan sehingga kini. Drama
11
HBML 4203 tersebut ialah drama “Uda dan Dara”. Drama ini telah dipentaskan oleh Gemaseni pada
tahun 1972. Idea asal drama “Uda dan Dara” ini sebenarnya berasal daripada puisi
Usman Awang bertajuk “Gadis di Kuburan” yang dihasilkannya pada tahun 1956. Puisi
tersebut telah diolah semula menjadi sebuah cerpen dengan tajuk “Uda dan Dara”. Pada
tahun 1972, cerpen tersebut telah diolah sekali lagi untuk disesuaikan untuk tujuan
persembahan TV dan akhirnya menjadi sebuah drama pentas yang popular. Lagu-lagu
dalam drama “Uda dan Dara” telah dirakamkan ke dalam piring hitam oleh Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan pada ketika itu.
Usman Awang banyak terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan bidang penulisan. Beliau merupakan salah seorang penulis yang lantang
menyuarakan pendapat dan kritikan. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila
sudah berani menyatakan sikap yang sebenar. Beliau juga menjadi penggerak kepada
ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an, beliau merupakan salah seorang pengasas
Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua
PENA yang pertama iaitu pada tahun 1962 sehingga 1965. Beliau juga di antara
kelompok penulis yang mengambil inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka
Berbunga, Malam Gema Puisi, dan Genta Rasa di Panggung Anniversary dan Manifestasi
Dua Seni pada ketika itu. Selain itu, beliau juga menghasilkan antologi puisi bersama
rakan-rakan penulisnya ketika itu yang bertajuk “Keranda 152” dan “Teluk Gong”.
Sebagai penyair dan dramatis yang terkenal, Usman Awang telah mengharumkan
nama negara kerana pernah diundang untuk melawat Amerika Syarikat, Indonesia,
Filipina, dan Rusia. Beberapa buah karyanya yang terkenal juga telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun, Korea, Perancis, Thai, Czechoslovakia, Danish,
Tamil, Itali, dan Rusia. Berdasarkan pencapaian beliau, tidak keterlaluan sekiranya
beliau dianggap sebagai penyair Malaysia yang paling banyak puisinya diterjemahkan ke
dalam bahasa asing dan dikenali di luar negara.
Pada 29 Mei 1976, beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel
Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh
12
HBML 4203 Perdana Menteri ketika itu. Anugerah yang diterima merupakan surat penghargaan dan
wang tunai berjumlah sepuluh ribu ringgit. Tiga tahun selepas itu, jasa dan sumbangan
beliau terus dihargai dengan pelantikan beliau sebagai setiausaha kepada Panel Anugerah
Sastera, sebuah panel penilai anugerah kesusasteraan yang tinggi di tanah air. Pemilihan
beliau adalah kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya dalam bidang
kesusasteraan Melayu. Pada tahun 1982, Usman Awang telah terpilih menerima anugerah
S.E.A. Write Awards. Pada 11 Ogos 1983 pula, Usman Awang dianugerahkan pula
Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Beliau juga merupakan
penerima Anugerah Sastera Negara pada tahun yang sama.
Bukan setakat itu sahaja, Akhbar Berita Harian telah menganugerahkan Usman
Awang “Zamalah Sastera” pada tahun 1985, iaitu untuk kategori Penulis Terkenal
(Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan
sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Untuk projek ini, Usman
Awang menyiapkan sebuah puisi epik yang bertemakan nasionalisme. Bagi menghargai
sumbangan beliau dalam bidang sastera, DYMM Sultan Azlan Shah telah dianugerahkan
Usman Awang gelaran kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Perak oleh yang membawa
gelaran Dato’ pada tahun 1991. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi
Persatuan Persahabatan Malaysia-China dan Penasihat Kebudayaan Maybank. Pada
tahun 1995, beliau telah dianugerahkan Anugerah Penyair Johor dan empat tahun selepas
itu, beliau menerima Anugerah Seniman Agung.
2.2.3 Bentuk Sastera yang Disumbangkan dan Contoh
Dalam bidang penulisan, Usman Awang terkenal dengan lebih 200 puisi, cerpen,
esei dan drama yang telah dihasilkan sepanjang hayatnya. Antara judul puisi yang
sinonim dengan Usman Awang ialah ”Bunga Popi”, ”Gadis Kecil”, ”Ke Makam Bonda”,
”Kekasih”, ”Kurang Ajar”, ”Pak Utih’ dan ”Suara Dari Pusara”. Antara puisi-puisi yang
terkenal hasil tulisan Usman Awang ialah merupakan puisi yang dipetik daripada
antologinya iaitu ”Duri dan Api” dan ”Puisi-Puisi Pilihan”. Daripada antologi Duri dan
Api (1966), terdapat puisi-puisi indah seperti “Kelopak Rasa”, “Kemanusiaan”, ”Ayah
13
HBML 4203 Belum Pulang”, “Mahasiswa”, dan “Pemuda dan Gadis Tionghoa”. Petikan daripada
puisi ”Kelopak Rasa” adalah seperti berikut;
Kelopak Rasa
Jika rasa ini seperti angin malamBertiup dari laut dan gunungMelampaui tanah-tanah subur ladang menghijauHati ini akan menghembuskan bahagian yang melimpahBergetar bagai riak di tasik hati bulan cerahKepada setiap benda supaya semua sama mencecah.Ambillah sebahagian dari rasa itu, terimalahSeperti hati yang mengerdip terserlahKeringkanlah air matamu, setitis jangan tumpahBiar kolam derita kering dan tak seorang punMeski pengemis di bawah jambatan dan lorong.Dari sekuntum bibir dan sepasang mata hitamBertunjang erti rasa: pedih-luka bahagia-riaItulah alam hati yang menumbuhkan pohon rasaKelopak demi kelopak menjelma meniti musimnya.Bahagia, anugerah keramat, alangkah manisnya pagi iniDatang mendakapku dan biarlah ia selamanya menyanyiPada setiap bibir dan hatiDengan megahnya mengukir kehalusan rasa.
(Duri dan Api: Kelopak Rasa, 1966)
Selain daripada puisinya yang indah, drama nukilan Usman Awang sering
dipentaskan dan mendapat sambutan masyarakat. Dalam sejarah perkembangan drama
Melayu, Usman Awang telah menyumbangkan sebanyak 22 buah drama seperti tajuk
”Matinya Seorang Pahlawan”, ”Tamu Bukit Kenny”, ”Serunai Malam”, ”Malam
Kemerdekaan”, ”Uda dan Dara”. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa buah dramanya
yang dianggap sebagai drama paling berjaya dan menjadi sebutan para pencipta dan
peminat drama tanah air. Drama-drama itu ialah “Tamu di Bukit Kenny”, “Serunai
Malam”, “Matinya Seorang Pahlawan”, dan “Uda dan Dara”. Sinopsis drama Serunai
Malam (1996) adalah seperti berikut;
14
HBML 4203 ”Drama ini mengisahkan Umar, pemuda Melayu, yang berdikari, baru menamatkan pengajian di universiti. Dia ingin memilih kerjaya sebagai guru dengan rasional bahawa bidang ini kurang diceburi oleh para graduan Melayu, terutamanya di kawasan pedalaman. Tindakan itu juga sebagai usaha mengenang jasa dan budi baik tanah air terhadapnya. Hasrat Umar itu ditentang hebat oleh tunangnya, Safiah. Safiah mahu Umar bekerja di Kementerian Luar Negeri supaya dapat berkhidmat di luar negara. Sebenarnya, Safiah ingin tinggal dibandar-bandar besar seperti Paris atau London. Umar menerangkan bahawa penderitaan hidup semasa kecil menginsafkannya supaya berkhidmat untuk rakyat di kawasan kampung atau di pedalaman. Ini menunjukkan bahawa Umar seorang yang baik hati dan prihatin terhadap nasib bangsa sendiri yang ketinggalan di kawasan tersebut. Akhirnya, Safiah mengalah dan menghormati kerjaya yang dipilih oleh tunangnya kerana kasih sayang yang mendalam antara satu sama lain”.
(Serunai Malam, 1996)
Sekitar tahun 1949-1962, Usman Awang telah banyak menghasilkan cerpen dan
sebahagiannya telah dimuatkan dalam antologi Degup Jantung (1963). Contoh cerpen
yang popular ialah “Surat daripada Seorang Mata-mata”, “Pilihan Raya”, “Budi”,
“Matinya Seorang Perempuan”, “Haslina”, serta “Kacang dan Kulitnya”. Contoh petikan
daripada cerpen “Surat daripada Seorang Mata-Mata” adalah seperti berikut;
“Dari mata si pengirim di luarlah itu tahulah aku bahawa datangnya dari Ahmad sahabatku yang bekerja mata-mata di utara Malaysia.
… Nasib aku dan rakan-rakan yang lain sudah berada di jurang yang dalam. Kau tahu sendiri berapa pendapatan dari jawatan yang ku pegang ini, setiap cukup bulan kau akan melihat kami semua bermenung dan berfikir dengan sebal, bagaimanakah caranya segala hutang yang mengikat di sekeliling pinggang kami di bayar. Terutamanya aku kasihan benar melihat beberapa orang yang telah tua, tetapi berpangkat mata-mata biasa, yang mempunyai isteri dan beberapa orang anak yang semua itu perlu diselenggarakan tentang pelajaran, makanan, dan pakaian mereka.
15
HBML 4203 Sering kali aku melihat mereka itu ke pajak gadai, meletakkan barang yang semayam dua, saki-baki daripada perhiasan isterinya, untuk menolak kekurangan itu”.
(Degup Jantung: Surat Daripada Seorang Mata-Mata, 1963)
Bukan setakat puisi, drama dan cerpennya disiarkan di Malaysia, malah terdapat
beberapa karya Usman Awang seperti "Tulang-tulang Berserakan" yang diterjemahan ke
dalam bahasa Rusia oleh Alla Rozhanskaya dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya"
-Di sana mereka kena peluru-Moscow (1984), Kami Yang Terlibat, penterjemah B.
Parnickel-in: Vostochny Almanakh (Almanak Timur), Vip.5. Moscow: Goslitizdat (1962),
Bidak-Bidak; Sebuah Coretan; Kenangan Jauh-in: U Obochini Shosse. Rasskazi
Sovremennih Malayskih Pisatelei (Di Tepi Jalan. Cerpen Penulis Melayu Moden),
penyusun dan penterjemah B. B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura (1963),
Budi, penterjemah B. B. Parnickel-in: Dobroe Delo. Rasskazi Pisatelei Malayzii i
Singapura (Budi. Cerita Pendek Penulis Malaysia dan Singapura), penyusun dan prakata
B. B. Parnickel. Alma-Ata: Zhazushi (1973), Bidak-Bidak; Tugas; Matinya Seorang
Perempuan, penterjemah B. Panickel, T. Dorofeeva, V. Sigaev-in: Sovremennaya
Malayziyskaya Novella (Cerpen Malaysia Moden), penyusun V. Sigaev, B. Parnickel.
Prakata B. Parnikel. Moscow: Progress (1977), Pak Utih, penterjemah V. Braginsky - in:
"Pamir" (1977), № 1, Pak Utih, penterjemah V. Braginsky-in: Izbrannie Proizvedeniya
Poyetov Azii (Karya Pilihan Penyair Asia). Moscow: Vostochnaya Literatura (1981), Tam
Gde ih Nastigla Pulya. Povest' i Rasskazi (Tulang-Tulang Berserakan. Novel dan
Cerpen-Cerpen), penyusun dan prakata B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura,
(1981) [kandungan:Tulang-Tulang Berserakan (novel), penterjemah A. Rozhanskaya;
Mogok. Kempen Pilihanraya. Tontonan. Sambil Lalu (cerpen), penterjemah T.
Dorofeeva], Pak Utih; Kambing Hitam; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua di
Pinggir Jalan, penterjemah Marina Eliseeva-in: Ruchei. Traditsionnaya i Sovremennaya
Malayskaya Poezia (Sumur di Ladang. Puisi Melayu Tradisional dan Moden), penyusun
dan prakata B. B. Parnickel. Moscow: Krasnaya Gora (1996), Bunga Popi; Balada
Tentang Pembunuhan Beringin Tua; Suara dari Pusara-in: Pokoryat' Vishinu. Stikhi
Poetov Malayzii i Indonezii v Perevodah Victora Pogadaeva (Bertakhta di Atasnya. Puisi
16
HBML 4203 Penyair Malaysia dan Indonesia Dalam Terjemahan Victor Pogadaev). Moscow: Klyuch-
S (2009).BERBURU
2.2.4 Isi Kandungan dan Tema yang Digunakan
Dalam hasil penulisannya, Usman Awang dikenali sebagai seorang pengarang
yang bersifat waja dan sensitif terhadap nasib masyarakat bawahan. Hal ini disebabkan
oleh pengaruh perjalanan hidupannya sendiri. Buktinya dapat dilihat melalui karya yang
dihasilkannya. Salah satunya ialah puisi yang bertajuk ”Kais Pagi Makan Pagi Kais
Petang Makan Petang”. Puisi ini mengisahkan tentang penderitaan keluarga dan
masyarakat sekelilingnya yang berada dalam kemiskinan. Maka dapat dilihat mengapa
Usman Awang sering kali mengetengahkan persoalan kemiskinan sebagai salah satu
perkara utama dalam penulisannya. Bait-bait kata dalam puisi “Selembar Kamus
Kemiskinan” (1991:4), ia sebenarnya menggambarkan diri dan keluarganya serta
masyarakat di daerah Kuala Sedili dan Mersing yang daif pada ketika itu. Selain itu,
Usman Awang juga menulis sebuah puisi tentang kesedihan yang ditanggung oleh ibunya
setelah pemergian anak perempuannya Wan Fatimah ketika masih bayi. Contoh petikan
daripada puisi “Selembar Kamus Kemiskinan” adalah seperti berikut;
. . .Penyakitan bererti kemiskinan,Kemiskinan bererti kekurangan perubatan,Kematian ibu ketika melahirkan bererti kemiskinan,Kemiskinan bererti usia tidak panjang,…
(Selembar Kamus Kemiskinan (1991), halaman 4)
Selain itu, perasaan beliau ketika menumpang di rumah ibu saudaranya sewaktu
kanak-kanak menyebabkan Usman Awang seakan-akan “memprotes” terhadap perbezaan
di antara jurang orang kaya dengan orang miskin walaupun mereka sebenarnya
bersaudara. Perkara ini menjadi sebagai satu pernyataan dalam setiap karya penulisan
beliau. Melalui puisi “Pak Utih” (1991:173), beliau menyindir golongan berkuasa yang
berkempen tentang kemakmuran rakyat jelata sewaktu ingin mendapatkan kuasa seperti
17
HBML 4203 di dalam puisi ”Pak Utih”. Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila mereka menang dalam
pilihan raya, rakyat diabaikan dan disisihkan. Contoh petikan daripada cerpen “Pak Utih”
adalah seperti berikut;
…Di kota pemimpin berteriak-teriak,Pilihan raya dan kemerdekaan rakyatSeribu kemakmuran dalam negara berdaulat,Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.…
Pak Utih masih menanti dengan doa,Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?. . .
(Pak Utih (1991), halaman 173)
Perasaan protesnya terhadap golongan atasan terutama yang mempunyai kuasa
terus menjadi sasaran beliau seperti dalam puisi “Surat dari Masyarakat Burung kepada
Datuk Bandar” (1991:37). Dalam puisi ini, Usman Awang menyindir golongan berkuasa
yang melaungkan kempen untuk ”Menghijaukan Seluruh Wilayah”. Namun begitu,
golongan mereka sendiri yang meluluskan projek-projek pembangunan yang secara tidak
secara langsung memusnahkan alam sekitar. Semua yang terjadi ini demi untuk mengejar
kekayaan dan kepentingan peribadi. Contoh petikan daripada Pusi “Surat dari Masyarakat
Burung kepada Datuk Bandar” adalah seperti berikut;
…Tapi manusia kota ini telah membunuh KEHIJAUAN alamSemata-mata untuk mengejar KEHIJAUAN ringgit.…
(Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar (1991), halaman 37)
Selain itu, unsur-unsur alam semulajadi juga menjadi benih yang subur
bercambah di dalam jiwa Usman Awang. Hakikat ini diakui sendiri oleh beliau dalam
puisi “Ucapan” (1991:8) sempena menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan di
18
HBML 4203 Universiti Malaya pada tahun 1983 yang membawa gelaran (Dr.). Dalam ucapan tersebut,
beliau menyatakan bahawa;
”Sumber ilmu saya ialah pengalaman di tengahalam manusia seluas lautan dengan deru ombakalun gelombang badai taufan”.
(Ucapan (1991), halaman 8)
2.2.5 Bahasa dan Gaya Persembahan Tokoh
Usman Awang sering menggunakan bahasa dan gaya penulisan yang halus dan
sesuai dengan jiwa-jiwa lembut yang membacanya. Hal ini kerana, semenjak dari kecil
lagi beliau sangat rapat dengan ibunya yang bernama Halimah. Usman Awang sering kali
dipakaikan dengan pakaian perempuan kerana ibunya teringin anak perempuan. Faktor
inilah yang telah membentuk jiwa lembut Usman Awang sehingga menjadikannya
seorang yang lemah-lembut, bersopan-santun apabila berbicara, baik tutur bahasanya dan
sentiasa bersedia untuk berkongsi dan mendengar masalah dan pandangan daripada
rakan-rakannya. Ciri-ciri kelembutan ini juga dicurahkan ke dalam karyanya hingga
terdapat beberapa orang sarjana yang menyatakan bahawa Usman Awang sebagai
seorang pengarang yang romantis.
Usman Awang juga adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan
semangat dan keharmonian dalam puisi-puisinya. Beliau menggunakan kata-kata biasa
dalam penulisannya bagi memudahkan pemahaman pembaca. Namun begitu, beliau bijak
menjalin kata-kata sehingga penulisan tersebut menjadi begitu indah dan bermakna tanpa
meyimpang daripada makna yang hendak disampaikan. Selain itu, ketokohan Usman
Awang juga menonjol kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra.
Beliau juga seorang penulis yang sangat bersimpati terhadap golongan bawahan yang
miskin dan manusia yang malang sehingga kadang-kadang Usman Awang ditafsirkan
sebagai seorang seniman yang berjiwa rakyat dan berfahaman sosialis.
19
HBML 4203 Selain daripada menulis puisi, Usman Awang juga menulis beberapa buah cerpen.
Cerpen yang dihasilkan dalam tahun 1950-an dan 1960-an lebih banyak menonjolkan
sikap dan pegangannya terhadap konsep “Seni untuk Masyarakat” yang didukungnya
sebagai anggota ASAS 50. Oleh sebab itu, apa yang tertulis dalam cerpen-cerpennya
merupakan rakaman pengalaman, pergaulan dan pemerhatian serta pemikiran beliau
untuk mendedahkan segala keburukan dan kepincangan hidup dalam masyarakat Melayu
khususnya. Dalam pada itu, beliau tidak juga terlepas daripada memperlihatkan
pandangan seorang anak muda yang berjiwa romantis dan idealis dalam karyanya yang
bertajuk “Degup Jantung”. Karya-karya Usman Awang juga sentiasa mendukung
semangat persahabatan sebagaimana jiwa kemelayuan beliau sendiri.
Usman Awang juga seringkali mengadaptasi konsep miskin kepada kaya dan kuat
kepada lemah. Perkara ini didorong akibat ketidakpuasan hati beliau terhadap penindasan
yang berlaku terhadap golongan miskin yang dilakukan oleh orang kaya. Ini
menyebabkan beliau berkeras memperjuangkan pandangan peribadinya tanpa
menghiraukan bukti yang ada dan mempertimbangkan pandangan lain yang mungkin
benar kepada mereka yang lemah. Namun begitu, nilai kasih sayang yang diajar oleh
ibunya menjadi asas kepada perjuangan Usman Awang dalam menegakkan hak
kemanusiaan sejagat melalui penulisannya.
3.0 Penutup
Tokoh sastera yang bernama Usman Awang merupakan sebahagian daripada
khazanah keilmuan Melayu yang tiada nilainya. Beliau merupakan permata intelektual
yang dimiliki oleh masyarakat dan negara. Dalam sejarah penulisannya, beliau berkarya
bukan hanya untuk kaum Melayu semata-mata tetapi juga atas nama kemanusiaan serta
kemasyarakatan. Beliau sering mengingatkan penulis-penulis bahawa mereka merupakan
lidah masyarakat dalam menyuarakan hak, rasa, pandangan dan kepentingan masyarakat
bawahan kepada kelompok yang lebih berkuasa. Usman Awang merupakan seorang
penulis Melayu yang wujud atas semangat kesedaran untuk memperjuangkan masa depan
dan jati diri bangsanya sendiri. Kata-kata dalam kebanyakan puisinya adalah lambang
20
HBML 4203 seorang Melayu sejati yang cinta akan akar umbinya. Cintanya terhadap bangsa sendiri
tidak mengira perbezaan darjat dan keturunan. Daripada nelayan dan buruh kasar,
sehinggalah orang Melayu yang mempunyai pangkat tinggi, beliau pasti akan membuat
teguran menerusi kata-kata yang lembut dan menusuk kalbu. Apabila membaca hasil
karya Usman Awang terutama puisi-puisinya, beliau menggunakan bahasa yang mudah,
berlapik dan bersopan namun ia berhasil menyedarkan pihak yang menindas nasib orang
lain. Karya-karya yang dihasilkan oleh Usman Awang juga jelas menunjukkan bahawa
beliau seorang yang berfikiran jauh khususnya berkaitan dengan masa depan orang
Melayu. Kebanyakan isu yang diutarakan tidak hanya menggambarkan situasi semasa,
malah karya beliau turut memaparkan idea dan cadangan untuk memajukan orang
Melayu. Sememangnya Usman Awang adalah sebutir permata di dalam kesusasteraan
tanah air yang sukar dicari ganti. Hari ini, setelah sebelas tahun pemergiannya,
perjuangan dan idealismenya dalam memartabatkan bahasa, kesusasteraan dan
kemanusiaan sentiasa hidup dan mekar mewangi.
BIBLIOGRAFI
Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1998). Bibliografi Usman Awang: dari Selat Melaka ke Salam Benua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Jaafar. (2011). Kesusasteraan Melayu. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Hashim Awang. (1988). Kritikan Kesusasteraan:Teori Dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ku Seman Ku Hussain. Usman Awang. Dunianya Pena dan Tinta. Massa. Bil. 321. hlm. 20-22, 8-14 Disember 2001.
Muhammad Hj Salleh. (1995). Teori Kesusasteraan : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
21
HBML 4203
Muhammad Hj. Salleh. Tumbuh dengan Asin Laut Johor: Biografi Usman Awang, Zaman Awal. Dewan Sastera. Bil. 1 Jil. 30 Januari 2000.
Usman Awang. (1991). Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang : Edisi Pelajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Usman Awang. (1966). Duri dan Api. Melaka: Penerbitan Abbas Bandung.
Usman Awang. (1963). Degup Jantung. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru.
Usman Awang. (1996). Serunai Malam. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.
Zurinah Hassan. (1990). Sasterawan Negara: Usman Awang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=720 dicapai pada 12 Jun 2012.
http://www.snusmanawang.com/ dicapai pada 13 Jun 2012.
Lampiran
Gambar Keluarga
Gambar Usman Awang Ketika Remaja
22
HBML 4203
Gambar Ketika Menjadi Anggota Polis di Melaka
Bergambar di Hadapan Rumahnya Ketika Bekerja di Utusan Melayu
Sewaktu Menyampaikan Ceramah
23
HBML 4203
Kulit buku Tulang-Tulang Berserakan dalam bahasa Rusia (1981)
24