tugasan 3 amalan terbaik dalam pembangunan sosial

8
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM TUGASAN 3: AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL NAMA: UMIJAH BINTI MADZEN NO MATRIK: A153332 NAMA PENSYARAH: PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

Upload: umijah-madzen

Post on 22-Mar-2017

330 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 3 AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

TUGASAN 3: AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

NAMA: UMIJAH BINTI MADZEN

NO MATRIK: A153332

NAMA PENSYARAH: PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

Page 2: TUGASAN 3 AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL• Sedarilah bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan alam seluruhnya dan menentukan

kehidupan dan kematian. Ada permulaan dan ada kesudahan – adalah untuk ibtilaa atau ‘ujian’ terhadap insan yang mukallaf agar ternyata dan terserlah siapakah di kalangan insan itu yang terbaik amalan dan tindakannya menurut kacamata dan kriteria syara’. Sepertimana firman Allah di dalam ayat 2, Surah al-Mulk:

• ر� ) ) ر�و غ� ل� ٱ ر زي غ ل� ٱ غو ر� غ� �‌�� ا غ�ل غ� ر� غ� ل� ��غ �ل �ر ر�ي ��غ �ل ر غو ر! ل" غ# ز� غ$ وو غ# غ& ل� غ�ٱ غ' لو غ� ل� ٱ غ) غ! غ( ز+ى �� غ 2ٱ• “Dialah Allah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di

kalangan kamu (manusia mukallaf) yang terbaik amalannya dan Dialah Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”

Page 3: TUGASAN 3 AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

Mempergiatkan aktiviti keagamaan

Memperbanyakkan aktiviti kebajikan

dalam masyarakat.

Pemantapan institusi

kekeluargaan

Pemupukan nilai-nilai murni, agama

dan moral

Penambahbaikan dalam sistem pendidikan

Page 4: TUGASAN 3 AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

1. MEMPERGIAT AKTIVITI KEAGAMAAN DI MASJID• Aktiviti keagaamaan di masjid atau surau perlu dijalankan bagi menjaga hubungan dengan Tuhan iaitu Allah SWT selain dapat

mengimarahkan surau dan masjid.

• Hubungan dengan Tuhan perlu dijaga bagi menunjukkan rasa rendah diri dan patuh kepada pencipta.

• Allah Subhanahu Wa Ta’ala menuntut orang-orang mukmin melaksanakan apa juga amalan dan kerja-kerja dan urusan dengan cara yang terbaik (Martabat Ihsan dalam semua hal), samada di dalam melaksanakan ibadah khusus – Solat, Puasa, Zakat, Haji, maupun di dalam semua urusan hidup individu, keluarga, masyarakat, negara dan umat yang boleh menjadi ibadah umum sekiranya mengikut dan menepati syarat-syaratnya.

• Amalan terbaik dalam mempergiatkan aktiviti keagaaman seperti ceramah, marhaban, qasidah, aktiviti gotong royong di masjid, berqiamulai, solat Jemaah di masjid atau surau di kawasan-kawasan perumahan sememangnya digalakkan dalam islam.

• Hal ini bukan sahaja dapat menjaga hubungan baik dengan Tuhan malah hubungan silaturrahim antara masyarakat juga boleh dieratkan.

Page 5: TUGASAN 3 AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

2. MEMPERBANYAKKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DALAM MASYARAKAT • Program pembasmian kemiskinan adalah agenda sosial yang sentiasa diberi tumpuan oleh kerajaan terutamanya di Malaysia,

pembentukan program pembasmian kemiskinan telah dijalankan dengan penuh komitmen.

• Dalam islam, Allah SWT menggesa umatnya untuk saling bantu membantu untuk meringankan beban orang yang susah.

• Islam pun mewajibkan setiap umatnya untuk senantiasa berbuat baik kepada sesama manusia, sebagaimana banyak diterangkan dalam ayat Al,Qur’an, hadis, dan dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.

• Hubungan dengan sesama manusia ini dalam Islam dikenal dengan istilah hablumminannas. Setiap muslim memiliki kewajiban untuk menjalankan hablumminannas dengan sebaik-baiknya, sesuai tuntunan Al-Qur’an dan sunah Nabi Muhammad SAW.

• Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat

• Berkata baik kepada manusia. Allah Ta’ala berfirman,

كاة الز وآتوا الصالة وأقيموا حسنا اس للن وقولوا“Dan bertutur katalah yang baik kepada manusia, laksanakan salat dan tunaikanlah zakat.” (QS. Al-Baqarah: 83).

• Program kebajikan seperti bersedekah, berinfak, mengeluarkan zakat dan sebagainya sememangnya di wajibkan dalam islam.

Page 6: TUGASAN 3 AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

3. PEMANTAPAN INSTITUSI KEKELUARGAAN• Salah satu paksi untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera ialah dengan memberi tumpuan kepada memperkukuhkan sistem kekeluargaan.

• Ar-Rum Ayat 21

•     رون يتفك لقوم آليات ذلك في إن ورحمة ة مود بينكم وجعل إليها لتسكنوا أزواجا أنفسكم من لكم خلق أن آياته ومن•Artinya : “Dan di antara ayat-ayat-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa nyaman kepadanya, dan

dijadikan-Nya di antaramu mawadah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir ”•[Ar-Rum 21]

• Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Di dalam keluarga sakinah itu pasti akan muncul mawaddah dan rahmah." (Surah ar-Rum, ayat 21)

• Perlu ditekankan di sini bahawa keluarga yang stabil dan harmoni adalah penting untuk memastikan kesejahteraan hidup. Pelbagai usaha perlu diambil untuk memastikan institusi keluarga ini tetap utuh dan segar.

• Dalam masyarakat semasa, kita perlu pastikan bahawa keluarga di negara ini sentiasa sejahtera dan usaha-usaha untuk mempertingkatkan nilai-nilai murni dan nilai kekeluargaan perlu diberi keutamaan.

• Dalam menghasilkan sebuah negara yang mapan, perlu bermula dengan keluarga yang baik. Ibu bapa perlu mencorakkan sikap positif kepada anak-anak.

• Akhirnya, dapat melahirkan keluarga aman, bahagia dan harmoni seperti slogan 'Rumahku Syurgaku'.

Pembinaan keluarga yang sakinah boleh dibentuk melalui aktiviti ceramah kekeluargaan bagi mendedahkan bagaimana untuk membentuk institusi kekeluargaan yang mantap.

• Bukan itu sahaja, penganjuran aktiviti untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga juga boleh diadakan. Seperti hari keluarga, gotog royong dan sebagainya.

Page 7: TUGASAN 3 AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

4. PEMUPUKAN NILAI-NILAI MURNI DAN MORAL

• Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan, umpamanya hormat-menghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-lain lagi. Namun, pada era dunia tanpa sempadan ini, amalan murni ini semakin lenyap ditelan zaman.

• Penerapan nilai-nilai murni mampi melahirkan masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain. Nilai hormat-menghormati amat penting dan merupakan satu perkara yang patut diteladani oleh masyarakat Malaysia, sekiranya masyarakat Malaysia saling bertegur sapa tanpa mengira usia, jantina mahupun warna kulit.

• Seterusnya, penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan wajar diamalkan oleh setiap insan bagi membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia dalam diri seseorang di samping memberi kebaikan kepada negara.

• Oleh hal yang demikian, ibu apa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan anak-anak mereka.

• Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan misalnya nilai bertanggungjawab, rasional, kepercayaan kepada Tuhan, amanah, toleransi, berhemah tinggi, kesederhanaan, kasih sayang, menyayangi dan menghargai alam sektiar, hidup bersama secara aman, mematuhi peraturan dan undang-undang wajar diterapkan dalam subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, serta Pendidikan Agama Islam.

• Badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) juga perlu bersama sama menjalankan program yang boleh memupuk nilai-nilai murni dan moral.

Page 8: TUGASAN 3 AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

5. PENAMBAHBAIKAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN• Sistem Pendidikan negara memerlukan penambahbaikan berterusan bagi memastikan mutu pendidikan Malaysia

setanding dengan negara-negara maju.

• Sistem pendidikan yang perlu ditambah baik dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan yang semakin meningkat.

• Misalnya, kajian semula sistem pendidikan secara menyeluruh sedang dijalankan untuk memahami garis dasar pencapaian dan membangunkan fakta asas berdasarkan cabaran sistem sekolah di negara ini dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan standard dan merapatkan jurang pencapaian.

• Kerajaan sentiasa menambah baik sistem pendidikan negara dan ibu bapa perlu yakin dengan perubahan yang dilakukan.

• Selain itu, Malaysia juga turut menjalankan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang merupakan dokumen penting dan dalam tempoh berbaki 12 tahun kita sentiasa berusaha menambahbaik supaya mendapat hasil yang baik seterusnya menjadi sistem pendidikan yang berkualiti