tugasan 3 asas ukuran krm3023
DESCRIPTION
Tugasan UPSI Subjek MatematikTRANSCRIPT
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
KRM 3023: ASAS UKURAN
TAJUK TUGASAN 3
KUMPULAN
Group UPSI 03 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SHAHARIL BIN SAIDIN D20102041056 012-5637782
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH
TARIKH SERAH: 25 APRIL 2012
Berdasarkan pengalaman anda sendiri, bincangkan lima (5)
kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi yang biasa
dihadapi oleh murid-murid dalam mempelajari tajuk-tajuk tertentu
bagi bidang asas ukuran. Bagi setiap kesukaran itu, bincangkan
bagaimana guru mengatasinya dalam pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah.
Bidang : Ukuran
Tajuk : Masa dan Waktu
Miskonsepsi 1 : Mengenal tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan lima minit pada muka jam. Soalan : Apakah waktu sekarang ?
Jawapan Murid A : Pukul 10:02 Jawapan Murid B : Pukul 2:10
Kedua-dua murid di atas mempunyai persamaan miskonsepsi pada jawapan yang
diberikan.Murid A tidak dapat menguasai bacaan pada jarum panjang sebagai jarum
minit.Miskonsepsi murid ini menyebabkan jawapan yang diberikan tidak tepat.Murid terus
melihat nombor dua pada jarum panjang dan menulis sebagai dua minit.Manakala miskonsepsi
murid B pula membaca jam dengan jarum panjang sebagai jam manakala jarum pendek
sebagai bacaan minit.Keadaan ini menyebabkan jawapan yang diberikan adalah salah dan
tidak tepat.Kedua-dua murid ini perlu diberikan bimbingan untuk membaca jam dengan
betul.Konsep asas jarum panjang dan jarum pendek juga masih gagal dikuasai dengan sebaik
mungkin bagi kedua-dua murid itu.Murid sering menghadapi masalah untuk memahami istilah
masa dan waktu.Konsep masa dan waktu perlulah dijelaskan dengan tepat kepada murid-murid
supaya tidak berlaku lagi miskonsepsi pada soalan-soalan samada dalam latihan harian dan
dalam peperiksaan .Oleh itu ,guru perlu memperkukuhkan kefahaman murid pada konsep
membaca tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan lima minit pada muka jam.
Langkah penyelesaian
Aktiviti pengajaran :
1. Guru memberi cadangan bentuk yang sesuai untuk dijadikan muka jam analog.
2. Murid dibimbing murid untuk melakar bentuk-bentuk muka jam di papan tulis. Mengedarkan
kertas kosong kepada murid-murid.
3. Murid melakarkan rupa bentuk jam analog yang akan dihasilkan. Murid diminta untuk melukis
rupa bentuk yang dicadangkan di papan tulis.Minta murid melukis lakaran rupa bentuk jam
analog.
4. Murid akan bekerja secara berpasangan.Meminta murid mengeluarkan kotak terpakai yang
dibawa dan membentuk rupa bentuk jam masing-masing.Berbincang dengan pasangan
masing-masing tentang rupa bentuk muka jam yang hendak dihasilkan.
5. Murid diminta memotong mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Mengagihkan lakaran muka jam yang mempunyai pin atau paku tekan. Meminta murid
mengguntingkan lakaran muka jam dan melekatkannya di rupa bentuk jam masing-
masing.Memberitahu murid sekiranya terdapat ketidakpastian sila dapatkan bantuan dari guru.
* Guru memberi penerangan ringkas dan
bimbingan bagaimana menandakan
senggatan dan angka gandaan lima minit
pada muka jam.
7. Meminta murid mengguntingkan lakaran muka jam dan melekatkannya di rupa bentuk jam
masing-masing.Memberitahu murid sekiranya terdapat ketidakpastian sila dapatkan bantuan
dari guru.
8.
9. Guru memberi penerangan ringkas dan bimbingan bagaimana menandakan senggatan dan
angka gandaan lima minit pada muka jam. Membimbing murid mengenalpasti apa yang
sepatutnya terdapat di muka jam yang telah dihasilkan.
10. Perkara yang perlu diberi perhatian:
- 60 senggatan
- Nombor gandaan 5 (Iaitu dari 0 hingga 60)
Bidang : Ukuran
Tajuk : Ukuran Panjang
Miskonsepsi 2: Menganggar , mengukur dan mencatat dalam unit meter atau sentimeter.
Contoh soalan :
Berapakah panjang sebuah buku dalam unit cm?
Jawapan murid ;
a) 120 cm b ) 200 m c ) 120 km
Murid memberikan jawapan ialah c ( 120 km ).Berdasarkan miskonsepsi murid berkaitan soalan
ini amat jelas murid masih lagi gagal menguasai kemahiran asas mengganggar ,mengukur dan
mencatat unit dalam meter atau sentimeter.Murid tidak dapat membezakan yang mana satu
unit yang bersesuaian dengan kehendak soalan.Unit kilometer ialah untuk panjang untuk jarak
yang jauh seperti jarak antara Taiping ke Kuala Lumpur ialah 258 km..Selain itu,bagi unit meter
adalah untuk jarak yang panjangnya sederhana dan boleh diukur dengan alat pengukur.Bagi
unit cm pula ialah untuk panjang yang pendek dengan menggunakan alat pengukur seperti
pembaris. Kemahiran mengukur hendaklah diajar secara praktikal.Ini akan dapat memudahkan
pelajar memahami konsep ukuran panjang yang dipelajari.Di samping itu,ianya juga penting
kerana pelajar tidak dapat lari daripada proses membuat ukuran dalam kehidupan
seharian.Pendedahan awal perlu kepada pelajar agar mereka mahir membuat ukuran dengan
menggunakan alatan-alatan untuk mengukur dan bijak menentukan unit piawai ukuran panjang
yang sesuai digunakan.
Langkah Penyelesaian
AKTIVITI PENGAJARAN
1. Guru boleh membawa pelbagai alat mengukur yang menggunakan unit meter dan
sentimeter seperti pembaris dan pita pengukur
Panjang
2. Guru boleh membuat aktiviti mengukur dan mencatat ukuran panjang dan lebar objek
besar dalam jadual seperti di bawah:
Contoh 1 :
Panjang dan lebar Ukuran (meter)
Lebar bilik darjah
Panjang bilik darjah
Lebar gelanggang badminton
Panjang gelanggang badminton
3. Guru boleh membuat aktiviti menganggar dan mengukur objek dalam unit cm mengikut
jadual seperti di bawah:
Contoh 2 :
Objek Anggaran (cm) Ukuran sebenar
(cm)
Panjang jengkal
Panjang jari hantu
Panjang lengan
Panjang tapak kaki
Lebar tapak tangan
Kesimpulan pengajaran guru
Mendorong murid untuk menerangkan semula langkah-langkah dalam proses menganggar ,
mengukur dan mencatat ukuran dengan alat pengukur yang piawai. Strategi pengajaran di atas
dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir seperti berikut :
Kemahiran memfokus
Kemahiran mengumpul maklumat
Kemahiran menyusun
Kemahiran menganalisa dan menyepadu dan kemahiran menilai
Bidang : Ukuran
Tajuk : Timbangan Berat
Miskonsepsi 3 : Membaca dan menyukat menggunakan alat penimbang piawai
dalam unit g atau kg.
Contoh soalan
Berapakah bacaan pada alat timbang di bawah ?
Jawapan murid ;
A) 20kg B ) 200 g C ) 20g
Murid memberikan jawapan ialah B ( 200 g ).Berdasarkan miskonsepsi murid berkaitan soalan
ini amat jelas murid masih lagi gagal menguasai kemahiran Membaca dan menyukat
menggunakan alat penimbang piawai dalam unit g atau kg.Murid tidak dapat membezakan
yang mana satu unit yang bersesuaian dengan kehendak soalan.Bagi bacaan unit kg ialah
untuk jisim yang sangat berat.Selain itu,bagi unit gram adalah untuk jisim yang ringan.
Kemahiran menyukat hendaklah diajar secara praktikal.Ini akan dapat memudahkan pelajar
memahami konsep timbangan berat yang dipelajari.Di samping itu,ianya juga penting kerana
pelajar tidak dapat lari daripada proses menyukat berat sesuatu kuantiti dalam kehidupan
seharian.Pendedahan awal perlu kepada pelajar agar mereka mahir membaca dengan betul
dengan menggunakan alatan-alatan untuk menyukat dan bijak menentukan unit piawai
timbangan berat yang sesuai digunakan.
Langkah Penyelesaian
AKTIVITI PENGAJARAN
1. Menimbang dalam unit gram dan kilogram menggunakan alat penimbang maya
daripada perisian Interactive Teaching Program ITP
2. Membaca nilai ukuran berat dalam gandaan 1g, 2g, 5g, 10g, 50g dan 100g
3. Guru menunjukkan satu alat penimbang daripada perisian ITP yang telah ditetapkan
pada nilai maksimum 100 g .
4. Pelajar diminta membaca ukuran pada alat penimbang di atas
5. Guru boleh meminta pelajar untuk memilih dan menimbang sendiri bongkah yang ingin
ditimbang.
6. Lembaran kerja boleh disediakan oleh guru untuk meningkatkan kefahaman pelajar
dalam kemahiran membaca ukuran .
Rumusan : Mendorong murid untuk menerangkan semula langkah-langkah dalam proses
menganggar , mengukur dan mencatat ukuran dengan alat pengukur yang piawai. Strategi
pengajaran di atas dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir seperti berikut :
Kemahiran Memfokus
Kemahiran mengumpul maklumat
Kemahiran menyusun
Kemahiran menganalisa dan menyepadu
Bidang : Ukuran
Tajuk : Isipadu Cecair
Miskonsepsi 4 : Menyukat, menanda dan merekodkan isipadu cecair yang ditentukan
dalam: (a) mililiter (b) liter
Contoh soalan
Botol A Botol B Botol C Botol D
Jawapan murid :
Kesemua jawapan yang diberikan oleh murid adalah salah dan tidak tepat.Pelbagai tanggapan
dan miskonsepsi diberikan oleh murid kerana kefahaman dan konsep isipadu cecair tidak dapat
diperoleh sepenuhnya daripada pengajaran guru. Pengajaran kemahiran untuk menyukat
isipadu cecair perlu dilakukan secara praktikal. Murid perlu mempunyai pengalaman hands-on
berkaitan dengan penyukatan cecair. Secara spesifik, kemahiran matematik yang utama
memerlukan mereka arif dalam:membandingkan empat kuantiti secara terus seperti berikut ;
1. Mengecam unit bukan piawai dan piawai untuk menyukat kuantiti.
2. Menganggar dan mengukur kuantiti dalam unit bukan piawai dan piawai.
3. Menukar antara unit-unit piawai penyukatan
4. Melakukan operasi matematik yang melibatkan ukuran dalam unit piawai
Soalan guru : i. Berapa anggaran kandungan air
dalam botol A, B, C dan D ? ii. Adakah kandungan air dalam setiap
bekas ini sama? iii. Kandungan air dalam botol
manakah yang banyak? iv. Kandungan air dalam botol
manakah yang sedikit?
1. Anggaran kandungan air-air itu ialah 2500 ml.
2. Tidak sama kerana ada bekas air yang tinggi dan rendah.
3. Bekas D mempunyai air yang banyak kerana bekas yang besar.
4. Bekas C mempunyai air yang sedikit kerana bekas yang rendah.
Langkah Penyelesaian
AKTIVITI PENGAJARAN
1. Perkukuhkan kemahiran murid dengan melakukan aktiviti seperti contoh di bawah:
2. Gunakan gambar-gambar seperti selinder penyukat ,bikar dan picagari.
Picagari Bikar Selinder penyukat
3. Murid dipecahkan kepada 4 kumpulan.
4. Guru meminta murid menyukat,menanda dan merekod isipadu cecair yang ditentukan
dalam unit mililiter di setiap stesen.
Stesen A Stesen B Stesen C Stesen D
5. Guru meminta murid menyukat,menanda dan merekod isipadu cecair yang ditentukan
dalam unit liter di setiap stesen.
Botol
A B C D
6. Murid diminta melaporkan hasil tugasan di setiap stesen.
A) Kumpulan mana yang cepat menyelesaikan tugasan?
B) Kumpulan mana yang salah menyukat? Kenapa?
Bidang : Ukuran
Tajuk : Isipadu Cecair
Miskonsepsi 5 : Mengenal unit mililiter dan unit liter dengan memerhatikan senggatan pada
silinder penyukat.
Soalan
Apakah bacaan isipadu cecair pada silinder penyukat di bawah ?
Miskonsepsi murid ialah jawapan yang diberikan adalah kurang tepat.Murid tidak mahir cara
untuk membuat bacaan dengan betul apabila menyukat sesuatu kuantiti cecair. Penggunaan
unit piawaian dalam mengajar tajuk ini amat perlu dititikberatkan. Dengan adanya penggunaan
unit piawaian yang standard, ia lebih memudahkan murid-murid memahami topik yang
dibincangkan. Selain itu, murid-murid juga lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang
melibatkan isipadu cecair yang menggunakan unit piawaian yang ditetapkan seterusnya murid
dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Unit piawaian ini juga telah
memudahkan kita menyukat isipadu yang banyak atau kurang dengan menggunakan alatan
sukatan yang bersesuaian dan menyatakan kepanjangan sukatan tersebut menggunakan
sistem metrik yang diterima oleh semua pihak.
Jawapan murid :
Bacaan isipadu cecair pada alat silinder
penykat ialah 140 ml.
Langkah Penyelesaian
AKTIVITI PENGAJARAN
1. Guru menyediakan bahan yang mempunyai sukatan seperti botol susu, botol air , air
kotak dan lain-lain.
2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dua kumpulan menyukat menggunakan liter dan
dua lagi kumpulan menyukat menggunakan mililiter.
3. Murid mencatat bacaan.Murid mengulang aktiviti dengan membuat pertukaran
kumpulan.
4. Membandingkan bacaan isipadu air dalam sukatan ℓ dan mℓ hasil daripada
kumpulan.Isipadu air tidak bergantung kepada saiz sesuatu bekas.
5. Guru minta murid menyukat air dengan nilai yang dinyatakan oleh guru.
Contoh : 500mℓ
6. Murid menerangkan cara mendapat jawapan. Kumpulan mana yang cepat
menyelesaikan tugasan?Kumpulan mana yang lambat ?Kenapa ?
7. Kesimpulan
Setiap murid mencatat isipadu air yang diperoleh kumpulan lain.Murid membandingkan
kumpulan mana yang mendapat jumlah isipadu cecair paling banyak dan paling
sedikit.Kumpulan yang dapat paling banyak dikira sebagai pemenang.
500mℓ
Kumpulan : Guru meminta murid menyukat isipadu air
yang telah disediakan dan membuat catatan pada jadual
yang disediakan
Contoh :
Unit/Bekas A B C
ℓ
mℓ
RUJUKAN;
Baharin Shamsudin (1993), Kamus Matematik Bergambar Sekolah Rendah Dewan
Bahasa dan Pustaka : KPM , Kuala Lumpur.
Marzita Puteh, Wan Yusof Wan Ngah & Chan Yock Lean. (2010), Matematik Tahun 1
Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2, Kuala Lumpur : DBP
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik, (1996),Sektor Akademik Jabatan
Pelajaran Negeri Perak.
Modul Linus Numerasi (2010), Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Selangor Daruk Ehsan
Toh Sing Ho, (2003), Carta Bestari Interaktif Matematik :Minda Didik Sdn. Bhd.
Wan Yusof Wan Ngah, Rosli Maun & Haslina Jaafar. (2011), Matematik Tahun 2
Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2, Kuala Lumpur : DBP.