tugasan hbls 2203 (jan 2014)
DESCRIPTION
rujukanTRANSCRIPT
HBLS 2203 V2
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)
DENGAN KEPUJIAN
KOD KURSUS : HBLS 2203
TAJUK KURSUS : REKA CIPTA
SEMESTER : JANUARI 2014 (SMP KHAS)
NAMA : AMRI BIN NIBIN
NO. KP : 720206-12-5251
NO. KAD METRIK : 720206125251001
NAMA TUTOR
PN. PHYLLIS LIM @ NUR AIN SHAHIRA
NAMA E-TUTOR
HBLS 2203 V2
1.0.Tajuk
1. Latar belakang projek
1.1.Pernyataan masalah
1.2.Rasional pemilihan projek
1.3.Latar belakang projek
2.0.Lakaran
2.1.Lakaran idea
2.2.Lakaran perkembangan idea
2.3.Lakaran projek pilihan
3.0.Lukisan kerja
3.1.Lukisan Ortografik
3.2.Lukisan Isometri
4.0.Matlamat
5.0.Objektif
6.0.Kefungsian dan kegunaan
6.1.Bagaimana projek berfungsi
6.2.Kegunaan utama projek
6.3.Kelebihan projek
7.0.Diskripsi projek
7.1.Kaedah pembinaan projek
7.2.Bahan dan alatan yang digunakan
7.3.Kelebihan pemilihan rupa bentuk
8.0.Jadual kerja
9.0.Anggaran kos
10.0.Cadangan penambahbaikan
11.0.Rumusan
12.0.Rujukan
HBLS 2203 V2
1.0.TAJUK : RODA HARI
2.0. Latar Belakang:
2.1. Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah luar bandar, didapati bahawa murid
menghadapi kesukaran untuk mengingat, terutama perkara-perkara yang baru bagi mereka. Masalah ini
juga berlaku di sekolah di mana saya ditempatkan. Murid-murid tahun satu menghadapi masalah untuk
mengingat nama-nama hari dalam seminggu. Murid di tahun satu telah terbiasa untuk menyebut nama-
nama hari mengikut kebiasaan ibubapa dan masyarakat sekitar dimana mereka biasa menamakan hari-
hari dalam seminggu itu dengan menggunakan angka, sebagai contoh hari satu untuk hari isnin dan
seterusnya manakala untuk hari ahad mereka biasa menamakannya sebagai hari minggu.
Lantaran masalah ini, maka terhasillah satu alat atau bahan bantu mengajar yang dikhaskan kepada
murid-murid tahun satu yang menghadapi masalah mengingat nama-nama hari mengikut nama
standard. Bahan bantu mengajar ini terhasil, apabila saya dan beberapa rakan guru linus membuat
perbincangan untuk mengatasi masalah murid tahun satu ini. Ekoran dari itu, maka terhasillah satu
bahan bantu yang diberi nama “Roda Hari”. Alat ini dirasakan sesuai digunakan dan mampu menarik
minat murid kerana ianya:-
(a) mudah dibawa;
(b) mudah untuk disimpan;
(c) mudah digunakan oleh murid;
(d) berwarna- warni yang mana menarik perhatian murid; dan
(e) ianya juga boleh digunakan dalam subjek lain terutamanya Bahasa Malaysia..
HBLS 2203 V2
2.2. Rasional Pemilihan Projek
Alat bantu ini dihasilkan sebagai alternatif kepada guru untuk menyelasaikan masalah murid yang
tidak mengingati nama-nama hari dalam seminggu. Kaedah atau bahan yang sedia ada mungkin kurang
memberikan kesan yang diharapkan. Selain daripada itu bahan bantu yang sedia ada agak besar dan
pastinya menyukarkan guru untuk membawanya ke kelas-kelas.
Bahan bantu mengajar yang dicipta ini adalah lebih kecil dan mudah dibawa oleh guru ke dalam kelas.
Ianya juga mudah disimpan kerana ianya tidak memerlukan satu ruangan yang besar untuk
menyimpannya. Alat ini boleh dimuatkan dalam sebuah kotak kecil sahaja. Selain daripada itu, alat ini
boleh dipegang dan boleh digunakan oleh murid itu sendiri.
2.3. Latar belakang projek
Idea membuat bahan bantu mengajar ini terhasil ketika mengadakan perbincangan dengan kumpulan
dalam Professional Learning Community (PLC). Semaasa dalam perbincangan kumpulan kami
diminta untuk menghasilkan satu bentuk bahan bantu mengajar yang akan digunakan untuk membantu
murid-murid yang tidak dapat menguasai asas Matematik dan Bahasa Melayu atau lebih dikenali
dengan murid-murid linus. Bahan bantu mengajar yang dihasilkan ini akan dapat membantu murid-
murid linus untuk mengingati urutan hari dalam seminggu.
HBLS 2203 V2
5.0. Matlamat projek.
Seperti yang telah disebutkan sebelumnya bahawa projek ‘Roda Hari’ ini terhasil ekoran perbincangan
saya dan kumpulan. Dalam perbincangan tersebut kami mendapati bahawa murid-murid tahun satu di
sekolah-sekolah di kawasan zon kami menghadapi kesukaran untuk mengingat hari-hari dalam
seminggu. Ekoran dari masalah tersebut maka lahirlah bahan bantu mengajar yang kami namakan
‘Roda Hari’.
Bahan bantu ini telah kami aplikasikan di sebuah sekolah sebagai percubaan dan ianya telah dinilai
oleh dua orang pegawai dari pejabat pelajaran daerah (Fasilitator Linus Daerah). Dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran kami mendapati bahawa murid amat berminat dengan bahan bantu
tersebut kerana mereka boleh memegang serta menggerakkannya. Dipenghujung sesi pengajaran dan
pembelajaran kami mendapati bahawa ianya memberikan kesan yang positif terhadap murid linus dan
ianya diakui sendiri oleh pegawai pelajaran yang membuat pemantauan..
6.0. Objektif projek
Memalui projek ‘Roda Hari’ saya telah menetapkan beberapa objektif untuk dicapai apabila bahan
bantu mengajar ini saya aplikasikan kepada murid tahun 1 di sekolah. Diantara objektif tersebut
adalah,
1. Murid akan dapat mengingati hari-hari dalam seminggu mengikut urutan yang betul.
2. Mengurangkan jumlah murid linus dan menambahkan murid perdana di dalam kelas tahun 1.
3. Sifar linus tegar dan linus di sekolah
7.0. Kefungsian dan kegunaan
7.1. Bagaimana projek berfungsi
Alat atau bahan bantu ini, boleh diguna dan dioperasikan sendiri oleh murid. Dalam sesi pengajaran
setiap murid akan dibekalkan dengan satu alat ini. Murid akan mengoperasikan alat tersebut mengikut
arahan yang diberikan oleh guru. Pada alat tersebut terdapat tiga lubang yang telah ditebuk dimana
pada setiap lubang itu terdapat perkataan, kelmarin, hari ini, dan esok. Setiap kali ia diputar maka akan
HBLS 2203 V2
kelihatan nama-nama hari mengikut urutannya. Contohnya, apabila ruangan “hari ini” diletakkan pada
hari Isnin maka hari sebelum dan selepasnya akan dipaparkan.
7.2. Kegunaan utama projek
Alat atau bahan bantu mengajar ini diharapkan akan dapat membantu murid terutamanya murid tahun
satu untuk mengingati nama-nama hari dalam satu minggu. Disamping itu juga, alat atau bahan bantu
ini diharap akan dapat membantu guru-guru dan sekolah dalam mengatasi masalah murid Linus di
sekolah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mensifarkan masalah linus
di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
7.3. Kelebihan projek
Seperti yang telah dinyatakan, alat ini telah diuji dan hasilnya amat memberangsangkan. Apabila
dibuat perbandingan dengan alat yang sedia ada di sekolah, Pada pendapat saya alat ini jauh lebih baik
berbanding alat bantu mengajar yang sedia ada di sekolah berdasarkan kepada beberapa aspek seperti
yang dinyatakan di bawah.
Bil Bahan bantu sedia ada Roda Hari
1 Saiz lebih besar Saiz lebih kecil
2 Tidak mudah- alih Amat mudah-alih
3 Memerlukan ruang penyimpanan yang luas Boleh disimpan di dalam kotak kecil
4 Murid melihat sahaja Murid mengoperasikannya sendiri dengan
bimbingan guru.
5 Kos tinggi Murah
HBLS 2203 V2
8.0. Diskripsi Projek.
8.1. Kaedah Pembinaan Projek
Langkah 1 (Kerja kayu)
Sukat dan potong papan lapis yang tebal sebagai tapak. Potong plywood tersebut dengan ukuran 16cm X 16cm
Langkah 2
Kertas yang telah dicetak di laminatekan
Langkah 3
Gunting kertas bercetak yang telah dilaminatekan kepada bentuk bulat berukuran dan
Langkah 3
Cantumkan kedua bahan bercetak
Langkah 4
Melekatkan bahan bercetak yang dibulatkan pada kepingan plywood
8.2. Bahan dan alatan yang digunakan
Bahan-bahan
Bil Bahan Kuantiti
1 Plywood 1 keping
2 Kertas warna A4 2 helai
3 Plastik Lamenating 2 keping
4
Alatan yang diperlukan
Bl Alat Bil Alat
1 Gergaji kayu 7
2 Tape penyukat
3 Sesiku L
4 Mesin lamenating
5 Gunting
6 Kertas las
HBLS 2203 V2
8.3. Kelebihan pemilihan rupa bentuk projek
Projek atau bahan bantu mengajar ini dihasilkan sebegini rupa kerana:-
1. Mudah dioperasikan oleh guru dan murid.
2. Lebih bersifat mudah-alih
3. Lebih ringkas dan mudah dihasilkan
4. Kos penghasilannya lebih murah.
9.0. Jadual Kerja
10.0. Anggaran kos
Bil Perkara Kuantiti Kos per-unit
1 Plywood 1 keping RM5.00
2 Kertas warna A4 2 helai RM0.60
3 Plastik Lamenating 2 keping RM4.00
4
5
Jumlah RM9.60
11.0. Cadangan Penambahbaikan Projek
Pada masa hadapan, projek ini boleh ditambah baik lagi agar ianya lebih menarik dengan,
1. Menggunakan plywood 3mm digunakan sebagai roda menggantikan kertas yang dilaminatekan
agar ianya lebih tahan lasak.
2. Membina kaki pada projek tersebut agar ianya lebih mudah digunakan, lebih stabil seterusnya
lebih mudah digunakan oleh murid.
3. Meletakkan lampu led disetiap ruangan yang ditebuk agar ianya lebih menarik perhatian murid.
HBLS 2203 V2
12.0. Rumusan
Projek atau bahan bantu mengajar yang terhasil dengan hasrat membantu murid untuk menguasai
kemahiran mengingat urutan hari dalam seminggu. Diharapkan akan memberi manafaat kepada murid
dan guru. Bahan bantu mengajar ini, telah diuji dan kesannya amat memberangsangkan. Disamping itu
kos penyediaan bahan ini juga tidak memerlukan kos yang tinggi serta amat mudah disediakan.
Pada masa hadapan, saya bercadang untuk membuat penambahbaikkan ke atas projek ini agar ianya
lebih menarik dan diharapkan kesannya terhadap murid akan lebih baik. Harapan saya, pada masa
hadapan projek ini akan dapat digunakan di sekolah-sekolah lain demi membantu guru-guru khasnya
guru yang terlibat dengan murid linus. Diharapkan juga agar bahan bantu ini akan menjadi salah satu
faktor yang akan mengurangkan masalah murid linus disekolah.
HBLS 2203 V2