tugasan pj september 2013
DESCRIPTION
Kepentingan penilaian SEGAK terhadap kanak-kanak dan langkah-langkah untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.TRANSCRIPT
)
HBPE2203
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER SEPTEMBER 2012HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN JASMANI1.0 pengenalan SEGAK.
Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.
Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penialain yang standard dapat diukur.
SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan muird. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.1.1 Apakah definisi Kecergasan Fizikal
Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya. (Fall,1980)
1.2 Matlamat SEGAK.
Matlamat SEGAK ialah murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
1.3 Objektif ujian SEGAK.
Selepas mengikut Ujian SEGAK murid diharapkan supaya dapat :
i. Mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal.
ii. Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri.
iii. Mengetahui tahap kecergasan kendiri.
iv. Merancang dan melakukan tindakan susulan.
v. Mencapai tahap kecergasan yang diiktiraf berdasarkan prestasi semasa.
2.0 Prosedur ujian SEGAK.
Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur dikira pada 1hb.Januari untuk rujukan norma.
Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut:
1. Naik Turun Bangku (3 minit).
2. Tekan Tubi/Tekan Tubi Suaian (1 minit).
3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit).
4. Jangkauan Melunjur.
Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.
Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.
Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.
2.1 Persediaan bagi menjalankan ujian SEGAK.i. Sebelum melakukan atau melaksanakan Ujian SEGAK terlebih dahulu guru perlu memberitahu pelajar tentang ujian tersebut dengan mengadakan sesi taklimat kepada pelajar.
ii. Kemudian guru perlu mengambil Indeks Jisim Badan Pelajar.
iii. Sebelum ujian dilakukan pastikan aktiviti memanaskan badan dilakukan,khasnya dalam latihan aerobik.
iv. Perlaksanaan Bateri Ujian mengikut langkah-langkah yang disarankan.
v. Aktiviti menyejukkan badan.
2.2 Aspek Keselamatan.Dalam mengendalikan Ujian SEGAK ini, guru hendaklah menekan aspek keselamatan pelajar. Antara aspek keselamatan yang harus diambil kira oleh seorang guru dalam melaksanakan ujian SEGAK ini adalah seperti berikut:
i. Pelajar dikecualikan mengikut ujian ini sekiranya telah disahkan oleh pegawai perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal, mempunyai atau menghidap penyakit yang kronik atau tidak sihat pada waktu ujian dujalankan.
ii. Semua peralatan yang digunakan untuk menjalankan ujian ini mestilah lengkap dan sempurna serta berfungsi dengan baik.
iii. Tempat untuk menjalankan ujian mesti sesuai dengan jenis ujian dan juga selamat.
iv. Aktivit memanaskan badan seharusnya dibuat sebelum sesuatu ujian dilakukan dan menyejukkan badan selepas ujian dilakukan.
v. Guru perlu mengawas murid semasa ujian dilakukan.
2.3 Prinsip Latihan.
Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut :
1. Prinsip tambah beban.
Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan.
2. Prinsip perbezaan individu
Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu.
3. Prinsip kekhususan
Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi.
4. Prinsip kebolehbaikan
Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku.
5. Prinsip kepelbagaian latihan
Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan.
2.4 Peranan guru dalam mengendalikan ujian SEGAK.
Antara perkara perkara yang diambil kira oleh guru dalam mengendalikan ujian SEGAK sama ada sebelum, semasa mahu pun selepas ujian adalah seperti di bawah :
i. Guru hendaklah merancang bila ujian tersebut hendak dijalankan.
ii.Selepas itu guru perlu menyediakan tempat dan juga peralatan untuk
mengendalikan ujian.
iii.Guru juga kena memastikan aspek keselamatan.
iv.Apabila semua sudah siap sepenuhnya, guru boleh mentadbir ujian SEGAK.
v.Apabila selesai mentadbir ujian, guru mengesahkan hasil ujian.
vi.Mendokumentasikan ujian dalam sistem maklumat murid.
vii.Kemudian guru seharusnya menganalisis hasil ujian.
viii.Akhir sekali, melaporkan hasil ujian dalam buku rekod kemajuan murid.
2.5 Bahagian-bahagian ujian SEGAK.
Seperti yang telah dinyatakan di atas Ujian SEGAK mengandungi dua bahagian iaitu Indeks Jisim Badan dan Bateri Ujian Fizikal.
2.5.1Indeks Jisim Badan
Tujuan: Untuk mengukur serta menilai komposisi badan
Tahap : Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Alatan yang diperlukan : Pengukur tinggi, penimbang dan juga borang skor
Pengurusan dan organisasi : Pengukuran ini hendaklah dilakukan sebelum bateri kecergasan dilaksanakan.
Prosedur :
i. Pelajar dikehendaki menimbang berat badan dan juga ketinggian dalam ukuran metrik.
ii. Kira indeks jisim badan dengan menggunakan formula berikut
Indeks Jisim Badan =Berat Badan ( kg )
Tinggi (m ) X Tinggi ( m )
iii. Kenal pasti indeks jisim badan dan risiko berkaitan berpandukan jadual di bawah.
(a) Lelaki
Umur
( Tahun )Kurang
BeratNormalBerisiko Berat
BerlebihanBerat
Berlebihan
9 18.6 21.0> 21.0
10< 14.214.2 19.4>19.4 22.2>22.2
11< 14.614.6 20.2>20.2 23.2>23.2
12< 15.015.0 21.0>21.0 24.2>24.2
13< 15.415.4 21.8>21.8 25.2>25.2
14< 16.016.0 22.6>22.6 26.0>26.0
15< 16.616.6 23.4>23.4 26.8>26.8
16< 17.217.2 24.2>24.2 - 27.6>27.6
17< 17.817.8 24.8>24.8 28.2>28.2
(b) PerempuanUmur
( Tahun )Kurang
BeratNormalBerisiko Berat
BerlebihanBerat
Berlebihan
9 19.2 21.8> 21.8
10< 14.014.0 19.9>19.9 22.9>22.9
11< 14.414.4 20.8>20.8 24.0>24.0
12< 14.814.8 21.6>21.6 25.2>25.2
13< 15.315.3 22.5>22.5 26.2>26.2
14< 15.815.8 23.2>23.2 26.0>26.0
15< 16.316.3 24.0>23.4 27.2>27.2
16< 16.816.8 24.5>24.5 28.8>28.8
17< 17.317.3 25.2>25.2 29.6>29.6
2.7.2Bateri UjianFizikal
Dalam Ujian SEGAK terdapat empat bateri ujian fizikalyang mesti dilaksanakan mengikut urutan. Bateri ujian tersebut adalah seperti di bawah :
i. Naik Turun Bangku
Tujuan :
Untuk menilai tahap daya tahan kardiovaskular pelajar.
Tahap : Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina : Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan yang diperlukan :
Bangku- ketinggian 30.5cm (1kaki)
Jam randik
Borang skor
Rakaman metronome (96 detik deminit)
Radio CD
Pengurusan dan organisasi:
Aktiviti dijalankan berpasangan
Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat. (Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.
Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.
Prosedur:
1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
2. Murid berdiri teggak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku.
3. Penguji akan memberikan isyarat mula.
4. Murid melakukan pergerakan naik turun bangku (kaki kiri naik,kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya).Keseluruhan tapak kaki mesti memijak permukaan bangku.
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit tanpa berhenti.
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7. Guru atau murid mengambil kadar denyutan nadi.
8. Kira kadar denyutan nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.
9. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
10. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.
ii. Tekan Tubi.Tujuan:
Untuk menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu.
Tahap :
Murid Tahun 4 hingga tingkatan 5
Jantina :
Lelaki
Alatan dan kemudahan.
Kawasan lapang dan rata.
Span (5cm lebar X 15cm panjang X 10 cm tinggi).
Jam randik.
Pengurusan dan organisasi:
Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan Gambar A.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span tingginya 10 cm- gambar B.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia- gambar C. Kiraan satu ulangan lakuan.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit. Skor dikira sekiranya murid melengkapkan prosedur 1 hingga 3.5. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil kira setakat murid berhenti.
6. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
iii. Tekan Tubi Suaian.
Tujuan :
Untuk menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu.
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Perempuan
Alatan dan kemudahan:
Kawasan lapang dan rata.
Span (5 cm lebar X 15cm panjang X 10cm tinggi)
Jam randik.
Tilam senaman.
Pengurusan dan organisasi:
Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus lutut bengkok dan kaki disilang. Badan diluruskan Gambar A.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span yang tingginya 10cm gambar B.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia- gambar C. Kiraan satu ulangan lakuan.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit. Skor dikira sekiranya murid melengkapkan prosedur 1 hingga 3.
5. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi,skor diambil kira setakat murid berhenti.
6. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan dua kali berturut-turut.
iv. Ringkuk Tubi Separa.Tujuan:Untuk menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen.
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina :
Lelaki dan Perempuan.
Alatan dan kemudahan:
Pita lekat bersaiz 2.5cm.
Pita ukur.
Jam randik.
Metronome 50dsm.
Pelapik getah.
Penanda 15cm seperti pensel,lidi atau straw minuman.
Pengurusan dan organisasi:
Lekatkan penanda dengan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan pelaku.
Jarak antara kedua-dua pelaku ialah 10cm.
Prosedur:
1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.
2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tapak kaki sentiasa menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh penanda pertama- gambar A.
5. Pada setiap lakuan ringkuk,bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menggelunsur hingga menyentuh penanda kedua-gambar B.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal-gambar C,(ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit.
8. Murid B mengira ulangan perlakuan.
9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :
9.1.Berhenti melakukan ujian.9.2.Jari tidak menyentuh penanda kedua.
9.3.Tumit diangkat.
9.4.Tidak dapat mengikut rentak rakaman metronome dua kali berturut-turut.
v. Jangkauan Melunjur.
Tujuan :
Untuk mengukur fleksibiliti bahagian belakang badan, paha dan sendi pinggul (lower back and posterior thighs).Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina :
Lelaki dan Perempuan.
Alatan dan kemudahan:
1. Alat pengukur jangkauan.
2. Borang skor.
Pengurusan dan organisasi:
Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur:
1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tapak kaki di letak di belakang penanda 23 cm.
2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.
4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejuah yang mungkin atas pita pengukur.5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
7. Murid yang membantu memegang lutut pelaku, tidak mengganggu pelaku.
3.0. Pengumpulan data dan analisis data. Pengenalan Lokasi Sekolah.
Sekolah Kebangsaan Sungai Durin,Sibu Sarawak terletak lebih kurang 55 kilometer dari Pekan Sibu yang hanya boleh dihubungi melalui pengangkutan air dan darat
termasuk dalam kategori Sekolah Luar Bandar. 99% pelajarnya adalah berbangsa Iban dan lain-lain bangsa 1%.
Walaupun lokasi sekolah ini jauh di luar bandar, namun penglibatan pelajar dalam
bidang sukan tidaklah ketinggalan. Sering mendapat jemputan dari sekolah berdekatan untuk menghantar kontigen menyertai acara olahraga dalam temasya sukan darat dan sukan olahraga antara sekolah-sekolah luar bandar..
Memang tidak dinafikan bahawa terdapat kelemahan yang ketara pada atlet kami terutama dari aspek kecergasan fizikal. Atlet ini dilihat kekurangan dari aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kuasa. Keadaan ini dapat di kesan apabila mereka kelihatan cepat penat dan kurang berkeupayaan melakukan sesuatu pergerakan dengan cepat. Melihat keadaan ini Guru Besar sekolah saya telah
memberi tugasan kepada saya selaku guru pendidikan jasmani untuk melaksanakan
ujian SEGAK ini dan seterusnya membuat laporan dalam mesyuarat staf.
Subjek/Sampel : Murid Tahun 5
Bilangan Pelajar : 28 orang pelajar terdiri dari 17 lelaki dan 11 perempuan.
Bentuk Ujian : SEGAK
Nama/Bateri Ujian : 1. Pengiraan Indeks Jisim Badan.
2. Ujian Naik Turun Bangku.
3. Ujian Tekan Tubi.
4. Ujian Ringkuk Tubi Separa.
5. Ujian Jangkauan Melunjur. Tempat Ujian : Bilik APD, SK Sg Durin, Sibu.
3.1.Indeks Jisim Badan (BMI) Murid Tahun 5Norma SEGAK Indeks Jisim Badan (BMI) dan risiko yang berkaitan (untuk 11 tahun)
i)Lelaki
Umur
(Tahun)Kurang beratNormalBerisiko berat
berlebihan
Berat
berlebihan
1120.2 23.2> 23.2
ii)Perempuan
Umur
(Tahun)Kurang beratNormalBerisiko berat
berlebihan
Berat
berlebihan
1120.8 24> 24.0
i) LelakiBilNama PelajarBerat Badan
(kg)Tinggi
(cm)BMICatatan
1Alexson Lumpi3013616.3Normal
2Andrey Immonen2413114.0Kurang Berat
3Andy Riandy2112313.9Kurang Berat
4Boniface Banying2612616.4Normal
5Calvin2012113.7Kurang Berat
6Fabian2112912.7Kurang Berat
7John2012413.0Kurang Berat
8Joseph Leong2412216.1Normal
9Maxwell2814014.3Kurang berat
10Michael2913316.4Normal
11Mohd.Shah2513114.6Normal
12Presley2613614.0Kurang Berat
13Rayven2213212.6Kurang Berat
14Richard S.2412515.4Normal
15Richard Will3014514.3Kurang berat
16Wilfred2513014.7Normal
17Willie3514616.4Normal
Analisis
Min14.6Normal
Mod16.4Normal
Median14.3Kurang berat
Sisihan Piawai
ii)Perempuan
BilNama PelajarBerat Badan
(kg)Tinggi
(cm)BMICatatan
1Amisha2512516Normal
2Ellycia2813016.5Normal
3Gloria2412914.4Normal
4Jannifer2212813.4Kurang berat
5Jenifer2612516.6Normal
6Monica2513014.7Normal
7Noor Azizah2913515.9Normal
8Nurhafizah2913615.6Normal
9Patricia2712517.3Normal
10Sheera3013516.5Normal
11Vallerie2212015.2Normal
Analisis
Min15.6Normal
Mod16.5
Median15.9
Sisihan Piawai
3.1.1. Rumusan perbandingan BMI
Jumlah murid yang menjalani ujian ialah seramai 28 orang iaitu 17 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Hasil keputusan ujian menunjukkan pada keseluruhannya seramai 18 orang mempunyai BMI yang normal manakala 10 orang mempunyai BMI kurang berat badan..Di mana 8 orang murid lelaki mempunyai BMI yang normal dan 9 orang murid lelaki yang mempunyai BMI kurang berat badan.Manakala murid perempuan pula seramai 10 orang mempunyai BMI yang normal dan hanya 1 orang sahaja yang mempunyai BMI kurang berat badan. Ini mungkin disebabkan murid lelaki sangat aktif di luar waktu persekolahan dan kurang makan. Namun keputusan untuk ujian BMI kali ini tidak menunjukkan murid yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Jadi secara keseluruhannya tahap kesihatan pelajar masih lagi berada pada tahap memuaskan.
3.2. Naik Turun Bangku.(Kiraan Denyutan Nadi)Norma SEGAK Naik Turun Bangku ( untuk 11 tahun )
LELAKI
SKOR54321
148
PEREMPUAN
SKOR54321
162
BilNama PelajarBilangan
UlanganNadiSkor
1Alexson Lumpi1241083
2Andrey Immonen130914
3Andy Riandy125705
4Boniface Banying119804
5Calvin103934
6Fabian1251023
7John109914
8Joseph Leong131994
9Maxwell116944
10Michael145904
11Mohd.Shah1501103
12Presley1221093
13Rayven155894
14Richard S.1441511
15Richard Will1001073
16Wilfred1021033
17Willie1331024
18Amisha1131144
19Ellycia1231124
20Gloria145855
21Jannifer1051363
22Jenifer116984
23Monica127855
24Noor Azizah1351402
25Nurhafizah130994
26Patricia125885
27Sheera1291253
28Vallerie1401074
Analisis
Min3.7
Mod4
Median4
Sisihan Piawai
3.2.1. Rumusan Analisis Ujian Naik Turun BangkuDalam ujian naik turun bangku, hampir keseluruhan skor pelajar dalam tahap sederhana ke atas. Min skor ialah 3.7 yang menunjukkan tahap daya tahan kardiovaskular pelajar dalam tahap sederhana. Pelajar yang mendapat skor1 dan 2 hanya seorang (7.2%). Skor 3, 8 orang iaitu 28.6%. Paling ramai ialah pelajar mendapat skor 4,seramai 14 orang iaitu 50%. Manakala skor 5,seramai 4 orang iaitu 14.3%. Bilangan ulangan tertinggi dalam ujian ini ialah 155 ulangan dan denyutan nadi yang paling baik ialah 80. Manakala ulangan yang paling sedikit ialah 100 dan denyutan nadi yang kurang memuaskan ialah 110 denyutan. Walaupun tahap ujian ini berada pada tahap yang sederhana namun untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular yang lebih baik, pelajar digalakkan untuk melakukan aktiviti yang memenuhi prinsip latihan.
3.3Tekan Tubi / Tekan Tubi Suaian (kiraan ulangan )
Norma SEGAK untuk Tekan Tubi / Tekan Tubi Suaian ( 11 tahun )
LELAKI 11 TAHUN
SKOR54321
>1613 - 159 - 127 - 8 2117 - 2013 - 169 -12< 8
TEKAN TUBI (LELAKI)
BilNama PelajarBilangan
UlanganSkor
1Alexson Lumpi123
2Andrey Immonen154
3Andy Riandy175
4Boniface Banying144
5Calvin165
6Fabian103
7John174
8Joseph Leong185
9Maxwell195
10Michael215
11Mohd.Shah205
12Presley165
13Rayven195
14Richard S.185
15Richard Will195
16Wilfred175
17Willie194
Analisis
Min4.5
Mod5
Median5
Sisihan Piawai
TEKAN TUBI SUAIAN (PEREMPUAN)
BilNama PelajarBilangan
UlanganSkor
1Amisha225
2Ellycia184
3Gloria184
4Jannifer122
5Jenifer235
6Monica184
7Noor Azizah245
8Nurhafizah153
9Patricia204
10Sheera194
11Vallerie184
Analisis
Min4
Mod5
Median4
Sisihan Piawai
3.3.1 Rumusan Ujian Tekan Tubi.Seramai 17 orang murid lelaki yang mengikuti ujian kecergasan tekan tubi ini. Hasil data yang diperolehi, tahap keupayaan otot lengan bahu murid adalah memuaskan. Min skor ialah 4 iaitu pada tahap yang memuaskan. Hanya dua orang sahaja murid yang mendapat skor rendah iaitu skor 3. Murid ini dinasihatkan supaya meningkatkan tahap kecergasan dengan melakukan aktiviti yang bersesuaian dan sentiasa mendapat nasihat daripada guru khususnya guru Pendidikan Jasmani. Ulangan tertinggi untuk tekan tubi ialah 21 ulangan dan ulangan paling sedikit ialah 10 ulangan. 64.7%% murid mendapat skor 5. Ini jelas menunjukkan murid lelaki mempunyai daya tahan otot yang baik terutama otot lengan / tangan dan bahu.
3.3.2Rumusan Ujian Tekan Tubi Suaian
Seramai 11 orang murid perempuan yang mengikuti ujian ini. Hasil ujian menunjukkan murid perempuan juga mempunyai ketahanan otot lengan / tangan dan bahu yang baik. Seramai 5 orang murid mendapat skor 5, 6 orang mendapat skor 4 dan masing-masing seorang mendapat skor 3 dan skor 2. Tiada seorang pun pelajar yang mendapat skor 1 untuk ujian kali ini. Min skor untuk tekan tubi suaian ialah 4 yang menunjukkan tahap amat memuaskan. Untuk mengekalkan tahap kecergasan ini murid seharusnya meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah beban. Ulangan tertinggi untuk tekan tubi suaian ialah sebanyak 24 ulangan dan modnya ialah 18 ulangan.
3.4Ringkuk Tubi Separa ( Kiraan Ulangan )
Norma SEGAK untuk Ringkuk Tubi Separa (11 tahun)
LELAKI 11 TAHUN
SKOR54321
> 1916 - 1813 -168 - 11< 8
PEREMPUAN 11 TAHUN
SKOR54321
> 1815 - 1711 -148 - 10< 7
BilNama PelajarBilangan
UlanganSkor
1Alexson Lumpi245
2Andrey Immonen143
3Andy Riandy174
4Boniface Banying92
5Calvin185
6Fabian215
7John164
8Joseph Leong164
9Maxwell143
10Michael112
11Mohd.Shah102
12Presley154
13Rayven133
14Richard S.123
15Richard Will174
16Wilfred174
17Willie133
18Amisha185
19Ellycia164
20Gloria154
21Jannifer143
22Jenifer164
23Monica185
24Noor Azizah134
25Nurhafizah164
26Patricia155
27Sheera174
28Vallerie143
Analisis
Min3.75
Mod4
Median4
Sisihan Piawai
3.4.1Rumusan Ujian Ringkuk Tubi Separa
Hasil data yang dikutip daripada ujian ini, didapati 21.4% murid mendapat skor 5, 39.2% mendapat skor 4, 25% mendapat skor 3 dan 10.7% mendapat skor 2. Tiada murid yang mendapat skor 1. Skor min pula ialah 3.75 yang menunjukkan pada tahap yang masih memuaskan. Bagi murid yang mendapat skor malah skor 3 dinasihati untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal supaya tahap kecergasan lebih baik dan memuaskan. Ulangan tertinggi untuk ujian ini ialah 24 ulangan bagi murid lelaki dan 18 ulangan bagi murid perempuan. Secara keseluruhan untuk ujian ini, tahap kecergasan masih berada pada tahap yang memuaskan.
3.5Jangkauan Melunjur (kiraan jarak dalam cm)
Norma SEGAK untuk Jangkauan Melunjur (11 tahun )
LELAKI 11 TAHUN
SKOR54321
> 3932 -3825 - 3118 - 24< 17
PEREMPUAN 10 TAHUN
SKOR54321
>3631 -3525 -3019 -24< 18
BilNama PelajarJarak (cm)Skor
1Alexson Lumpi293
2Andrey Immonen324
3Andy Riandy304
4Boniface Banying293
5Calvin314
6Fabian273
7John324
8Joseph Leong293
9Maxwell232
10Michael202
11Mohd.Shah283
12Presley253
13Rayven202
14Richard S.202
15Richard Will253
16Wilfred313
17Willie242
18Amisha303
19Ellycia314
20Gloria334
21Jannifer375
22Jenifer354
23Monica385
24Noor Azizah293
25Nurhafizah324
26Patricia354
27Sheera365
28Vallerie303
Analisis
Min3.35
Mod3
Median3.5
Sisihan Piawai
3.5.1Rumusan Ujian Jangkauan Melunjur
Hasil ujian yang dibuat, seramai 3 orang murid mendapat skor 5 (10.7%), 9orang mendapat skor 4 ( 32.1% ) , 11 orang mendapat skor 3 (39.3%) dan 5 orang mendapat skor 2 (17.8%).Tiada murid yang mendapat skor 1. Min skor untuk ujian ini ialah 3.35. Walaupun keputusan masih berada pada tahap memuaskan namun fleksibiliti terutama untuk bahagian belakang, paha dan sendi pinggul masih boleh dipertingkatkan dengan melakukan aktiviti kelenturan yang dirasakan bersesuaian. Jarak paling baik yang diperolehi dari ujian ini ialah 32cm bagi pelajar lelaki dan 38 cm untuk pelajar perempuan.
APENDIKSRUJUKAN / REFERENSINama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan PAGE 2
_1253083327.bin