tugasan sains sosial - amalan baik dalam kehidupan
TRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban
dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan
tuhan. 1Pada asasnya, amalan-amalan baik adalah nilai universal yang memberi
penekanan kepada adab yang terpuji, peradaban dan tatasusila individu dalam
kerangka perhubungannya dangan pencipta, manusia dan alam.
Nilai-nilai murni merupakan satu unsur yang penting kerana ia
mengambarkan ketulusan nilai yang dibawa ataupun makna yang dipegang oleh
seseorang dalam kehidupan. Sehubungan dengan itu, pengamalan nilai-
nilaimurni dalam kehidupan seharian kita adalah perlu dan amat penting2.
Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya
diberi penekanan ialah melalui Laporan Kabinet (Laporan Mahathir 1979), 1989.
Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan
beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-
isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam
melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek,
tetapi juga emosi, rohani dan jasmani. 3Usaha dan kesedaran daripada insan itu
sendiri amat penting dalam mentafsir, membentuk dan melaksanakan hasrat
falsafah pendidikan demi untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakal,
berketerampilan dan berakhlak mulia.
1 http://sarjana.tripod.com/nilai3.html2 http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/TIONGKIEWHAAP010435D2006TTP.pdf3 lbid
1
Secara keseluruhannya, amalan baik merupakan nilai positif dan boleh
diterima oleh seluruh genap masyarakat. Oleh itu, usaha ke arah kebaikan
adalah perlu dengan memberi latihan dan membiasakan diri sehingga ia sebati
dengan jiwa. Contohnya seperti apa yang dilakukan oleh guru terhadap kanak-
kanak di pusat asuhan dan sekolah. Ia adalah asas terpuji dan baik untuk
pembentukan akhlak yang mulia. Selain guru, ibu bapa, dan masyarakat masing-
masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka
dapat mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada amalan baik yang
ditonjolkan. Mereka diibaratkan seperti kain putih, yang mana perlu dicorakkan
dengan warna-warna nilai yang baik.
2
2.0 Kepentingan Amalan Baik Dalam Kehidupan Individu
Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang
agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-
norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini penting
untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisasikan misi
nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan
Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang
sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.
Penerapan nilai-nilai murni ini juga dilakukan seawal kanak-kanak berusia
5 tahun lagi iaitu di peringkat pra-sekolah. Guru-guru bertanggungjawab
sepenuhnya untuk menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri kanak-kanak. Pada
peringkat awal perkembangan kanak-kanak, mereka bersifat menerima apa
sahaja yang diajar. Selain itu, mereka juga mudah tepengaruh dan meniru
perilaku orang di sekeliling mereka. Jadi guru dan ibu bapa perlulah
menunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak kerana ianya akan
mempengaruhi kelakuan kanak-kanak itu nanti.
2.1 Melahirkan Insan Berakhlak Mulia
Amalan baik adalah penting untuk kehidupan individu. Ini kerana nilai-nilai
murni ini dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya
berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita.
Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi
3
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah hidup yang bertunjangkan nilai-nilai
murni akan mencerminkan susana kehidupan yang harmoni di Malaysia.
Amalan baik telah menjadi warisan keluarga di mana dari kecil lagi kita
telah sentiasa diasuh dan diterapkan dengan amalan-amalan baik. Ketika
dibangku sekolah pula guru-guru mendidik kita dengan kepelbagaian nilai murni
seperti bersopan santun dan berbudi bahasa. Kita juga telah diasuh supaya
sentiasa hormat-menghormati, bertutur dengan sopan, bantu- membantu,
merendah diri, jujur , amanah dan sebagainya. Seseorang yang mengamalkan
nilai-nilai murni akan dihormati dan dipandang mulia di kalangan keluarga dan
masyarakat sekelilingnya. Selain itu, sebagai orang Timur yang kaya dengan
budi bahasanya, kita perlulah menjaga tatasusila adat ketimuran kita.
2.2 Merapatkan Hubungan Seisi Keluarga
Antara kepentingan amalan baik dalam kehidupan individu adalah dapat
merapatkan hubungan seisi keluarga. Apabila kita mengaplikasikan amalan baik
di dalam keluarga, kita akan disenangi dan diterima dengan baik. Selain itu,
penerapan nilai-nilai murni juga dapat melahirkan sebuah keluarga yang bahagia
di samping terjalinnya ikatan kekeluargaan yang erat. Contoh amalan baik yang
boleh diterapkan di dalam keluarga adalah kasih sayang. Kasih sayang dapat
diertikan sebagai perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.
Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur
kepentingan diri. 4Amalan kasih sayang ini sememangnya perlu diaplikasikan
4 Tam Yeow Kwai, Pendidikan Moral 1 : Konsep dan Program Pendidikan Moral. Kuala Lumpur, 1996, m.s. 44
4
dalam hubungan seisi keluarga terutamanya kepada kedua orang tua kita.
Adalah penting untuk kita menyayangi mereka di atas segala pengorbanan yang
telah mereka lakukan. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain seperti abang,
adik dan sebagainya. Secara tidak langsung juga, bibit-bibit kemesraan akan
timbul dalam hubungan kekeluargaan.
2.3 Dihormati Masyarakat
Amalan baik juga penting dalam kehidupan individu kerana kita akan
dihormati dan di sanjung masyarakat sekeliling. Kebiasaannya, kebaikan yang
dilakukan seseorang itu akan menyebabkan dirinya dipandang mulia oleh
masyarakat. Namun, dengan sekali sahaja melakukan kejahatan sudah cukup
untuk masyarakat mencemuh serta dipandang rendah. Rasa hormat masyarakat
pada diri kita juga akan hilang dan kita mungkin akan dipinggirkan daripada
kehidupan bermasyarakat. Jadi, adalah penting untuk kita mengamalkan nilai-
nilai murni dalam kehidupan supaya diterima dengan baik oleh masyarakat.
Antara contoh amalan baik yang dapat mengeratkan hubungan seisi
keluarga ialah kejujuran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kejujuran boleh
didefinisikan sebagai perihal jujur, kelurusan hati dan juga keikhlasan5.
Kejujuran juga adalah kelakuan yang menunjukkan niat baik, amanah, dan ikhlas
tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sifat jujur ini mempunyai kepentingan
serta kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah dapat melahirkan sifat
amanah dalam diri seseorang individu. Amanah merupakan sifat mulia yang
5 Sidang Pengarang , Kamus Dewan Edisi Ketiga Kuala Lumpur, 1998 , m.s 546.
5
wajib diamalkan oleh setiap individu. Amanah juga menyebabkan lahirnya sikap
bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang
lain. Ia merupakan anak kunci kepada keharmonian dan kebahagiaan sesebuah
keluarga serta masyarakat.6 Ikatan kekeluargaan akan menjadi lebih erat
dengan adanya amalan-amalan sebegini di dalam kehidupan individu.
Selain itu, kejujuran juga membuatkan seseorang itu bercakap benar dan
tidak menipu. Bercakap benar ialah menyatakan sesuatu dengan betul dan
benar tanpa menokok tambah dan berselindung. Orang yang sentiasa benar di
dalam percakapannya akan dihormati dan dipercayai oleh masyarakat. Selain
itu, keikhlasan juga akan turut lahir dalam diri mereka yang jujur dalam
kehidupan sehari-hari. Ikhlas merupakan kesucian hati tanpa mengharapkan
balasan bila melakukan sesuatu. Semua ini lahir melalui amalan kejujuran yang
diamalkan seseorang itu. Di dalam sesebuah keluarga, amalan bercakap benar
adalah perlu supaya seluruh anggota keluarga mempercayai serta menerima
kita. Kepercayaan keluarga amat penting kerana ia merupakan tunjang bagi kita
menjalani hidup sehari-harian.
2.4 Menjalinkan Ikatan Ukhwah
6 Ahmad Khamisi, Etika (Pendidikan Moral) Untuk Institusi Pengajian Tinggi Kuala Lumpur, 1996, m.s. 49
6
Selain itu, amalan baik juga penting bagi menjalinkan ikatan ukhwah di
kalangan masyarakat. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian
rakyat yang berbilang kaum dan agama. Keunikannya makin terserlah apabila
kita mampu menjalinkan hubungan yang erat walaupun berbeza warna kulit.
Selain itu, masyarakat juga akan lebih menyenangi dan mendekati kita . Jadi,
perhubungan bersama masyarakat akan menjadi lebih mesra dan baik. Jalinan
ikatan ukhwah di kalangan masyarakat amat penting terutamanya dalam
mewujudkan perpaduan kaum. Jadi, ikatan yang erat ini merupakan pemangkin
kepada penyatuan rakyat.
Antara amalan yang boleh diterapkan dalam menjalinkan ikatan ukhwah
di kalangan masyarakat ialah baik hati. Baik hati boleh didefinisikan sebagai
sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain
secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk
orang lain. Ianya meliputi aspek belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati,
saling faham-memahami dan sedia memaafkan kesalahan orang lain. 7Apabila
kita melakukan kebaikan kepada individu lain, jasa dan kebaikan kita akan
dihargai oleh mereka. Selain itu, kita juga akan mudah memperoleh pertolongan
daripada orang lain jika kesusahan kelak.
Aspek pertama konteks baik hati ialah belas kasihan. Belas kasihan di sini
menunjukkan seseorang itu melahirkan rasa simpati terhadap kesusahan yang
menimpa orang lain. Contohnya ialah kita membantu orang kurang upaya
melintas jalan. Kebiasaannya, orang yang cacat penglihatan menghadapi
7 Abdul Rahman Md. Aroff, Pendidikan Moral Selangor, 1994, m.s. 27
7
kesukaran untuk melintas jalan raya. Bantuan dari kita amatlah penting bagi
insan yang kurang upaya seperti mereka. Sebenarnya, amalan baik ini semakin
kurang diterapkan ke dalam diri individu. Malahan mereka lebih senang dengan
sikap mementingkan diri sendiri dan membuat hal masing-masing. Jadi, amalan
murni ini sangat penting bagi mengelakkan golongan yang kurang bernasib baik
ditindas selain dapat menghindari sikap pentingkan diri sendiri dan membuat hal
sendiri.
Konteks kedua di dalam baik hati ialah murah hati. Murah hati
menunjukkan seseorang itu sedia memberi bantuan secara ikhlas kepada
mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan atau sokongan
moral8. Jika seseorang ditimpa musibah dan memerlukan pertolongan dari kita,
menjadi tanggungjawab untuk kita membantu mereka. Sebagai contoh, rakan
kita menghadapi masalah kewangan. Kita sebagai rakan seharusnya
menawarkan bantuan kewangan kepadanya. Dari situ dapat kita lihat penerapan
amalan murah hati itu sangatlah perlu terutamanya dalam membantu insan yang
memerlukan.
Konteks terakhir ialah sikap memaafkan kesalahan orang lain. Dalam
hubungan kita seharian, pastinya kita tidak akan terlepas daripada berlakunya
pergeseran. Adalah dilarang sama sekali daripada hidup musuh-memusuhi
kerana ini boleh merosakkan perpaduan antara satu sama lain. 9Kita seharusnya
ingat bahawa sifat pemaaf ini mempunyai banyak kebaikannya dan mempunyai
8 Tam Yeow Kwai , op. cit , m.s. 439 Ahmad Khamisi, op. cit, m.s. 52
8
tujuan yang sangat murni dalam diri individu. Antara kebaikan memaafkan
kesalahan orang lain adalah akan disenangi oleh orang ramai, dapat
menjernihkan kembali hubungan dan akan terhindar daripada sifat-sifat negatif
akan dalam diri individu itu seperti dendam. Di dalam hubungan masyarakat
terutamanya, kita hendaklah saling memaafi. Kehidupan kita di dalam lingkungan
masyarakat. Adalah penting untuk kita buang yang keruh, ambil yang jernih.
2.5 Menimbulkan Kesedaran
Selain daripada kepentingan yang telah dinyatakan, amalan baik juga
mempunyai kepentingan lain. Contohnya ialah dapat menimbulkan kesedaran di
kalangan mereka yang melakukan kesalahan. Apabila hilangnya nilai murni
dalam hidup seseorang, segala perbuatan dan kelakuan tidak berpandukan
kepada norma dan peraturan. Mereka bebas melakukan apa sahaja yang
mereka inginkan tanpa memikirkan kesan-kesan yang bakal mereka hadapi.
Namun, apabila seseorang mula sedar akan kesalahan yang dilakukan, mereka
akan mula mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup. Secara tidak langsung,
ianya juga dapat menyedarkan mereka tentang kesalahan-kesalahan yang telah
dilakukan. Jadi, adalah penting bagi kita mengamalkan amalan baik supaya diri
sentiasa terbimbing dan dapat menuju ke arah keseimbangan hidup.
Kesedaran ini boleh diterapkan melalui amalan keberanian. Menurut
Kamus Dewan, berani dapat diertikan sebagai gagah, perkasa, tidak takut dan
tabah menghadapi cabaran. 10Keberanian dapat diertikan sebagai kesanggupan
10 Sidang Pengarang, op. cit , m.s. 142.
9
seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian
itu perlu ada pada setiap orang. 11Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya
kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Sifat berani ini penting
untuk seseorang itu mempertahankan sesuatu yang diyakini benar dengan
memberi alasan -alasan yang munasabah. Namun, sifat berani ini perlulah
diletakkan di tempat yang betul. Jika disalah gunakan, buruk padah yang
menimpa.
Contoh situasi ialah pelajar-pelajar di sekolah. Terdapat sesetengah
pelajar yang meletakkan sifat berani pada perkara yang negatif seperti berani
memukul orang, berani membuli pelajar lain dan ada juga yang berani melawan
guru. Meletakkan sikap berani bukan pada tempatnya tidak wajar diamalkan. Ini
merupakan satu kesalahan yang besar dan tidak wajar dilakukan oleh pelajar di
bawah umur. Mereka sepatutnya menghormati guru dan rakan-rakan di sekolah.
Namun, dengan adanya amalan baik dalam hidup, ianya dapat menimbulkan
kesedaran di atas segala kesalahan yang dilakukan mereka. Dengan meletakkan
keberanian pada tempat yang betul, keinsafan dapat dilahirkan dalam diri pelajar
terbabit. Sebagai contoh, menggunakan keberanian yang ada dalam diri mereka
dengan meminta maaf di atas segala perbuatan salah yang telah dilakukan
dahulu. Jadi, amalan baik ini sebenarnya telah dapat menginsafkan pelajar-
pelajar tentang perbuatan salah yang mereka.
2.6 Menghormati Budaya Kaum Lain
11 Tam Yeow Kwai , op. cit , m.s. 45
10
Kepentingan amalan baik seterusnya ialah dapat menghormati budaya
kaum lain. Kita harus sedar, Malaysia bukanlah terdiri daripada 1 kaum sahaja.
Sebaliknya, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India,
Iban dan lain-lain. Begitu juga agama yang dianuti. Undang-undang Malaysia
telah memberikan kebebasan untuk rakyatnya memilih agama mengikut
kepercayaan masing-masing. Sebagai contoh ialah agama Islam, Hindu,
Buddha, Kristian dan pelbagai lagi. Kerana itu, setiap daripada kita
mengamalkan budaya hidup yang berbeza-beza mengikut bangsa dan agama.
Dengan penerapan amalan baik dalam diri, kita dapat menghormati serta
menerima budaya kaum lain tanpa timbul sebarang masalah apabila berhadapan
dengan mereka.
. Antara contoh amalan baik yang boleh diaplikasikan ialah hormat-
menghormati. Hormat menghormati boleh didefinisikan sebagai menghargai dan
memuliakan seseorang dalam institusi sosial dengan memberi layanan yang
bersopan. Amalan baik ini terdiri daripada beberapa aspek seperti hormat
kepada ibu bapa, hormat kepada orang lebih tua, guru, dan pemimpin.12
Menghormati budaya kaum lain juga tergolong dalam amalan baik ini. Apabila
kita menghormati budaya kaum lain, kesannya akan dirasai terutamanya di
dalam perhubungan kemasyarakatan. Hubungan bersama mereka terutamanya
yang berlainan bangsa dan agama akan menjadi lebih kukuh dan erat.
Amalan hormat kepada ibu bapa adalah amalan yang dituntut di dalam
setiap agama. Sebagai seorang anak, sudah menjadi kewajipan kita bagi
12 Abdul Rahman Md. Aroff , op. cit, m.s. 28
11
memuliakan kedua ibu bapa. Amalan ini penting kerana mereka merupakan
orang yang paling banyak berjasa dalam hidup kita. Selain itu, pengorbanan
mereka amatlah besar terutamanya dalam mendidik dan membesarkan kita.
Namun, masih ada sesetengah manusia yang memperlakukan ibu bapanya
seperti hamba kepada dirinya. Sebagai anak yang baik akhlaknya seharusnya
kita berbuat baik dan taat kepada mereka atas segala jasa yang tidak terhingga.
Menghormati guru juga penting kerana jasa mereka dalam mendidik kita
sehingga menjadi orang yang berjaya. Guru dan pensyarah adalah pengganti
orang tua untuk mendidik dan membimbing anaknya. Jadi, kita sebagai pelajar
perlu mengamalkan sikap menghormati dan bersopan santun terhadap guru
mahupun pensyarah. Ini kerana mereka ini telah banyak mencurahkan ilmu
serta bakti dalam mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna dan berilmu.
Selain itu, faktor usia yang berbeza juga memerlukan kita untuk menghormati
mereka yang jauh lebih berusia dari kita.
2.7 Melahirkan Individu Berkebolehan
Selain itu, amalan baik penting bagi melahirkan individu yang
berkebolehan dan berkeyakinan. Nilai murni penting dalam kehidupan kita bagi
membina kekuatan dalaman diri di samping berkebolehan dalam melaksanakan
sesuatu pekerjaan. Tanpa penerapan nilai murni ini, kita akan menjadi takut dan
12
tidak yakin dengan diri sendiri. Kita juga tidak dapat menunjukkan kebolehan dan
bakat sebenar yang ada dalam diri kita. Selain itu, hidup kita juga akan sentiasa
bergantung kepada orang lain dalam satu-satu perkara.
Amalan baik yang boleh diterapkan dalam melahirkan individu yang
berkeyakinan dan berkebolehan ialah berdikari. Berdikari merupakan kebolehan
dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian bertanggungjawab, berupaya
bertindak sendiri dan yakin pada diri sendiri.13 Amalan berdikari ini penting dalam
kehidupan seharian kerana dengan adanya sifat ini, kita dapat melatih diri
supaya tidak terlalu berharap pada orang lain. Selain itu, kita juga mampu
menyelesaikan masalah dengan sendiri tanpa mengharap pertolongan orang
lain.
Antara lain, kepentingan amalan berdikari ini sebenarnya dapat membina
keyakinan serta kebolehan diri seseorang dan sanggup bertindak. Manusia yang
sentiasa bergantung harap kepada orang lain dan tidak mempunyai keyakinan
pada diri sendiri akan mudah goyah dan tumbang dalam meniti kehidupan yang
mendatang. Selain itu, mereka juga akan mudah patah semangat di dalam
hidup. Situasi yang paling hampir dengan diri kita sebagai pelajar ialah ketika
berhadapan dengan lambakan tugas. Sesetengah pelajar tidak dapat
melaksanakannya tanpa bantuan daripada rakan-rakan sebaya dan juga
pensyarah. Tidak menjadi kesalahan untuk kita bertanya, namun menjadi satu
13 Tam Yeow Kwai , op. cit , m.s. 49
13
kesalahan sekiranya kita terlalu bergantung kepada orang di sekeliling bagi
menyiapkan tugasan.
Di bawah kontek berdikari juga adalah amalan bertanggungjawab.
Bertanggungjawab adalah salah satu sifat yang terpuji dan harus diamalkan oleh
setiap insan. Seseorang itu akan dikasihi jika sifat tersebut dapat dijadikan
sebagai satu pembawaan dalam dirinya. Terabainya tanggungjawab yang
diberikan kepada seseorang boleh membawa implikasi yang teramat besar.
Contoh yang paling mudah, jika seseorang pelajar itu tidak bertanggungjawab
dalam pelajaran yang dituntutnya, kesannya akan dirasai pelajar tersebut.
Perlakuan seperti meniru hasil kerja orang lain, ataupun meniru sewaktu
peperiksaan pasti akan menjerat diri pelajar itu juga.14
2.8 Mengubah Sikap Seseorang
Kepentingan terakhir penerapan amalan baik dalam diri individu ialah
dapat mengubah sikap seseorang. Orang yang mempunyai sikap negatif boleh
berubah menjadi positif sekiranya mereka mengamalkan amalan baik dalam
kehidupan. Sikap negatif tidak dapat merubah kehidupan kita untuk menjadi lebih
baik, sebaliknya akan menenggelamkan dan menjatuhkan kita. Jadi, melalui
penerapan amalan baik ini, sikap seseorang dapat diubah bagi mencapai
keseimbangan hidup. Rakan-rakan dan orang di sekeliling juga akan mula
menghormati dan menerima kita. Contoh amalan baik yang boleh merubah sikap
individu ialah kerajinan. Kerajinan ialah usaha berterusan yang penuh dengan
14 Ahmad Khamisi , op. cit, m.s. 53
14
semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya usaha dalam
melakukan sesuatu perkara.15
Dalam konteks daya usaha pula kerajinan bererti berusaha bersungguh-
sungguh dengan semangat inisiatif, inovatif dan kreatif untuk mencapai
kejayaan. Ini bererti dalam mengejar kejayaan, kita tidak seharusnya bersifat
pasif yakni malas dan tidak mempunyai sebarang usaha ke arah mencapai
matlamat yang dikehendaki. Dengan adanya daya usaha dalam diri seseorang,
sikap pasif boleh diubah menjadi aktif dan bersemangat dalam memperoleh
kejayaan.
Dapat dirumuskan bahawa amalan-amalan baik sangat penting dalam
kehidupan setiap individu. Amalan-amalan baik berfungsi sebagai pemelihara
keharmonian. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan di
antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Akhirnya menyebabkan
berlakunya pelbagai konflik dan rasa tidak puas hati di kalangan pihak yang
berkaitan. Ia juga membantu kepada kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian
hidup. Seseorang yang sentiasa mengamalkan amalan baik dalam kehidupan
akan dapat menikmati kebaikan fizikal, rohani dan mental. Mereka juga akan
sentiasa menjaga tingkahlakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak
masyarakat.
Begitu juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi
yang membantu kepada pembentukan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional,
15 http://pendidikanmoralspm.blogspot.com/2008/11/kerajinan.html
15
bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Dari segi mentalnya pula, orang yang
berakhlak mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak
mendatangkan faedah, yang merosakkan dan sentiasa membuat perhitungan
buruk baik sebelum melakukan sesuatu. Dengan itu, jadilah ia seorang yang
mempunyai sifat-sifat terpuji dan sahsiah diri yang unggul walau di mana ia
berada kerana nilai murni telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan
tindak tanduknya.
3.0 Bagaimana Amalan Baik Dapat Diterapkan Dalam Pelbagai Disiplin
Ilmu
Pengetahuan manusia dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan
utama iaitu kumpulan sains dan kumpulan kemanusiaan. Kumpulan sains
merujuk kepada pengetahuan yang dikaji dan dikumpul mengikut kaedah
16
sistematik dan saintifik. Kumpulan sains pula terbahagi kepada dua
bidang iaitu sains tulen dan sains sosial. Sains tulen mengkaji ,mengenai
fisiologi, benda-benda hidup dan alam semula jadi. Sebagai contoh
bidang fizik, kimia, matematik dan sebagainya. Berbeza pula bagi sains
sosial. Sains sosial mengkaji tentang tingkah laku manusia dan aspek
yang berkaitan dengan kehidupan manusia dalam kelompok sifat, fungsi,
dan perkembangan manusia. 16
Pengetahuan sains sosial cuba memahami tentang pencapaian
dan limitasi manusia, bagaimana mempertingkatkan kehidupan manusia,
serta cuba meramal berkenaan dengan masa depan masyarakat
manusia. Secara umumnya, sains sosial merangkumi 9 disiplin ilmu yang
berbeza-beza. Antaranya ialah bidang sosiologi, psikologi, sains politik,
ekonomi, sejarah, geografi, undang-undang,komunikasi, agama dan juga
antropologi.
3.1 Ilmu Sejarah
Amalan baik sebenarnya tidak terlalu tertumpu kepada kelompok
individu dengan individu dan individu dengan masyarakat sahaja. Dalam
pelbagai disiplin ilmu juga penerapan amalan baik masih dapat dilakukan.
Sebagai contoh di dalam bidang sejarah. Sebenarnya, bidang sejarah ini
menekankan tentang peristiwa lampau dan berkait dengan peristiwa lepas
16 kukmweb.ukm.my/~myahya/falsafah/Syarahan2.htm
17
serta masa kini. Perkembangan masyarakat juga turut dikaji di dalam
bidang ini. Antara amalan baik yang boleh diamalkan dalam bidang
disiplin ilmu ini ialah menghargai tokoh-tokoh dan pejuang terdahulu yang
telah banyak berkorban dalam menuntut kemerdekaan tanah air.
Malaysia tidak mencapai kemerdekaan menerusi pertumpahan
darah sebagaimana negara-negara Asia . Namun jerit-perih dan
pengorbanan dan kegigihan yang diberikan oleh para pejuang pada masa
itu dan sebelumnya amatlah besar. Banyak sekali pengorbanan yang
dicurahkan oleh ramai insan demi kemerdekaan. Air mata, darah,
keringat, tenaga, wang ringgit, harta benda dan nyawa dikorbankan tanpa
mengharapkan balasan melainkan kebebasan. Kemajuan dan
kemakmuran negara pada masa ini tidak mungkin dapat direalisasikan
tanpa pengorbanan dan darah pejuang-pejuang bangsa zaman dahulu. 17
Jika dikira dari mula pendudukan Inggeris pada 1786 apabila
Francis Light mula mengibarkan bendera penjajahan secara rasmi di bumi
Tanah Melayu, penentangan menuntut kebebasan telah pun bermula
walaupun diperingkat wilayah. Bentuk-bentuk penentangan ini walaupun
kecil dan sering dilabel oleh pihak Inggeris sebagai pengkhianat, lanun
atau pemberontak namun semangat mereka telah menjadi rujukan
kepada pejuang.
17 http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/kolumnis/roha-hassan/85-adakah-kita-generasi-merdeka
18
Selepas itu. nama-nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Dol
Said, Tok Janggut, Dato' Maharajalela, Rosli Dhobi, Mat Salleh, Panglima
Hitam, Dato Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lok, Tun V.T. Sambathan,
Tunku Abdul Rahman dan ramai lagi telah menjadi sebutan di bibir rakyat
Malaysia dari generasi ke generasi. Begitu juga semangat yang
ditunjukkan oleh pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang turut
berjuang menentang pendudukan Jepun dan komunis. Pengorbanan
mereka bukanlah kecil tetapi demi negara, nyawa mereka dipertaruhkan
seperti Leftenan Adenan, Peristiwa Bukit Kepong dan banyak lagi.
Semuanya kerana negara tercinta.
Namun, generasi pada hari ini semakin kurang menghargai
perjuangan nenek moyang kita membebaskan tanah air dari belenggu
bangsa asing sehingga akhirnya dimerdekakan pada 31 Ogos 1957.
Hakikatnya, kemerdekaan bukanlah sesuatu yang cukup sekadar
dilakarkan dalam lakaran sejarah atau diraikan tahun demi tahun tanpa
penghayatan yang sebenar. Antara cara-cara yang boleh menunjukkan
betapa kita menghargai dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenar
adalah dengan merdekakan minda. Kemerdekaan tanah air tidak akan
membawa makna yang mendalam sekiranya kita sebagai rakyat tidak
memerdekakan minda kita daripada penjajahan budaya yang negatif dan
merosakkan. Selaku bangsa yang berdaulat, rakyat Malaysia memiliki
adab, nilai-nilai murni dan budaya tersendiri. Dengan membebaskan diri
19
daripada belenggu jajahan budaya yang merosakkan, barulah kita
menjadi generasi yang benar-benar bebas dan merdeka.
Selain itu, melalui bidang ilmu sejarah ini juga kita dapat memupuk
semangat patriotism yang sememangnya perlu ada dalam diri setiap
masyarakat Malaysia. Istilah patriotisme membawa maksud yang amat
bermakna dan menjadi unsur penting bagi menyemarakkan semangat
cintakan tanah air. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan
pencapaian dan budaya bangsa, memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar
budayanya, serta identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Salah
satu langkah diambil oleh kerajaan bagi menyemai semangat patriotism
dalam diri setiap individu ialah melalui Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN). Melalui program sebegini, semangat cintakan tanah air dapat
ditanam dalam diri para pelatih.
3.2 lmu Ekonomi
Bidang disiplin ilmu yang kedua ialah ekonomi. Ekonomi
merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber
yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian
tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat
diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan
barang dan perkhidmatan. Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada
dua cabang besar iaitu ekonomi mikro (yang berhadapan dengan
keputusan ekonomi di tingkat individu) dan ekonomi makro (melihat
20
ekonomi secara keseluruhan termasuk inflasi, pengangguran,
pengeluaran industri, dan peran pemerintah) . Aspek yang menerima
perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran,
pengedaran, perdagangan dan persaingan.18
Amalan seperti tolong-menolong dapat diamalkan melalui bidang
ilmu ini. Sebagai contoh, di dalam institusi kewangan Islam. Badan-badan
seperti zakat dan baitul mal yang terdapat dalam institusi tersebut
bertindak sebagai agen menguruskan pengagihan wang yang diterima
daripada masyarakat Islam untuk di beri kepada golongan fakir miskin dan
tidak berkeupayaan. Jadi, dasar diskriminasi tidak berlaku di sini seperti
diskrimasi terhadap orang miskin, orang kurang upaya, orang-orang tua
dan pelbagai lagi. Selain itu, penindasan juga dapat dielakkan seperti
mana orang kaya menindas mereka yang miskin, orang yang berjawatan
tinggi menindas mereka yang berjawatan rendah dan sebagainya.
Selain itu, di dalam bidang ekonomi juga manusia dapat belajar
bagaimana caranya untuk berjimat-cermat dalam menggunakan wang
ketika berbelanja. Ini dapat difokuskan di bawah tajuk wang dan institusi
kewangan. Seperti yang dipelajari di dalam bidang ekonomi, wang
berfungsi sebagai pengantaraan pertukaran. Ini bermakna, jika kita ingin
mendapatkan sesuatu barangan mahupun perkhidmatan, kita perlu
menukarkannya dengan wang. Tanpa wang, manusia tidak dapat
memenuhi keperluan dan kehendak diri masing-masing. Di sini kita dapat
18 Heng Siew Ngu dan Md. Zyadi Md. Tahir, Teks Pra-U STPM Matrikulasi Mikroekonomi , Selangor, 2008, m.s. 1-4
21
lihat betapa pentingnya wang dalam hidup sehari-hari. Namun, perlu
diingatkan, jika wang digunakan dengan boros dan perbelanjaan tidak
dirancang, kita akan menghadapi masalah yang besar. Segala keperluan
dan kehendak tidak dapat dipenuhi selain manusia hidup dalam tekanan
dan kesusahan. Jadi, amalan berjimat-cermat amatlah penting dalam
hidup kita bagi menstabilkan ekonomi individu di samping dapat menjamin
masa depan kita kelak.
Selain itu, kita juga dapat mengamalkan amalan menyimpan wang.
Di dalam bidang ekonomi, kita mempelajari kepelbagaian jenis bank yang
ada di negara kita seperti bank perdagangan, bank saudagar, bank
Simpanan Nasional dan sebagainya. Di bawah bank-bank ini terdapat
pula pelbagai skim yang disediakan bagi memberi galakan dan kesedaran
kepada masyarakat betapa pentingnya amalan menabung. Antara
kebaikan amalan baik ini ialah dapat menjamin masa depan. Selain itu,
kita juga dapat menggunakan wang simpanan tersebut sekiranya berlaku
sebarang kecemasan seperti kemalangan, kematian dan sebagainya.
Sekiranya amalan ini tidak dipraktikkan, pelbagai masalah dan bebanan
mungkin timbul. Sebagai contoh, apabila berlaku kemalangan. Kos
perubatan yang diperlukan amatlah tinggi terutamanya untuk proses
pembedahan, membeli ubat-ubatan, dan bayaran bil hospital. Masalah
yang besar terpaksa dihadapi individu kerana terpaksa menanggung
bebanan hutang yang banyak bagi membiayai kos-kos perubatan.
3.3 Ilmu Geografi
22
Bidang disiplin ilmu yang ketiga pula ialah geografi. Bidang ini
mengkaji tentang aspek-aspek semulajadi dan bagaimana kehidupan
manusia dibentuk olehnya. Selain itu, bidang geografi juga turut mengkaji
bagaimana alam semula jadi mempengaruhi perkembangan sosial dan
kebudayaan masyarakat. Secara umumnya, bidang geografi ini dapat
dikelaskan kepada dua bahagian, iaitu geografi alam sekitar fizikal dan
geografi alam sekitar manusia. Geografi alam sekitar fizikal adalah segala
yang berkaitan dengan permukaan bumi yang meliputi tanah, air, udara,
corak, suhu, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya (atmosfera, biosfera,
hidrosfera, litosfera). 19 Bagi alam sekitar manusia pula, ianya lebih
tertumpu kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang
cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-
kesan kegiatan manusia.
Antara amalan baik yang boleh diterapkan ke dalam disiplin ilmu ini
ialah mencintai alam sekitar. Alam sekitar memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang baik dan
menyegarkan dapat memberikan kita satu suasana yang selesa dan
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga
sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara
sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Antara kepentingannya adalah dapat menjamin kesihatan manusia
menerusi penyederhanaan suhu oleh tumbuhan. Jadi, suhu yang tinggi
19 Rusly Musa dan Nurasyikin Abdullah, Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal, Selangor, 2008, m.s. 1-3
23
dapat dielakkan sekaligus dapat menghindarkan kepanasan yang
melampau yang akan memberi impak yang buruk kepada kesihatan
manusia. Selain itu, alam sekitar juga penting sebagai pembekal udara
yang segar sekaligus dapat menarik pelancong untuk datang ke Negara
kita. Setelah melihat kepada kesemua kepentingan alam sekitar ini, maka
adalah penting bagi kita untuk mencintai dan menjaganya dengan baik
supaya generasi akan datang tidak kehilangan aset yang berharga ini.
Salah satu caranya adalah melalui penyertaan kita di dalam persatuan
pencinta alam sekitar - CARE. Selain itu, sukatan pelajaran geografi di
peringkat sekolah menengah juga turut dimasukkan tentang alam sekitar
bagi mendidik mereka akan kepentingan alam sekitar kepada manusia.
Antara lain, bidang geografi ini juga dapat menerapkan amalan baik
seperti membantu mencegah pencemaran yang berlaku pada alam
sekitar. Pencemaran ialah sebarang perubahan atau gangguan fizikal,
kimia, dan biologi pada mana-mana alam sekitar yang menyebabkan
keseimbangan alam terjejas. Pencemaran juga boleh didefinisikan
sebagai pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan
di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-
bahan pencemar. Terdapat beberapa jenis pencemaran yang berlaku di
Malaysia seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi,
pencemaran tanah, pencemaran cahaya atau sinaran, pencemaran haba
atau terma dan pencemaran alam marin. Punca pencemaran biasanya
disebabkan oleh kenderaan dan janakuasa, industri perkilangan, industri
24
pertanian, pembalakan yang tidak dirancang dan sebagainya. Maka,
menjadi tanggungjawab kita bagi mencegah pencemaran-pencemaran
yang berlaku. Kita juga boleh membantu menangani masalah
pencemaran yang semakin berleluasa di Malaysia. Sebagai contoh ialah
dengan memberikan sokongan sepenuhnya dalam setiap kempen yang
dilaksanakan kerajaan dan menjadi sukarela dalam setiap aktiviti gotong-
royong bagi membersihkan kawasan yang tercemar.
3.4 Ilmu Sosiologi
Bidang yang keempat pula ialah sosiologi. Sosiologi merupakan
kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya
dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga
sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi. Sosiologi secara
teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam
masyarakatnya. Sosiologi lebih cenderung untuk mengkaji tentang
perangai kita sebagai manusia. Secara ringkas, sosiologi adalah mengkaji
hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal, kepada
suatu peringkat yang lebih kepada proses sosial sejagat. Cabang utama
dalam sosiologi adalah fungsionalisme, iaitu mengkaji fungsi perlakuan
sosial atau institusi yang kegiatan mereka menyumbang kepada
penerusan masyarakat, teori konflik, Interaksionisme /teori tindakan
sosial, dan interaksionisme bersimbol. 20
20 Ting Chew Peh, Konsep Asas Sosiologi , Selangor , 1979 , m.s. 121
25
Penerapan amalan baik dalam bidang ini boleh dilakukan menerusi
menyesuaikan diri dan mengadaptasikan diri dengan lingkungan
sosialnya. Sebagai contoh lingkungan sosial kita adalah masyarakat
kampung. Jadi, kita perlu menyesuaikan diri mengikut lingkungan sosial
supaya kita boleh bergaul dan berinteraksi dengan baik tanpa
mengahadapi sebarang masalah. Masyarakat kampung biasanya kaya
dengan adat dan berbudi bahasa. Selain itu, masyarakat kampung juga
sangat menjaga kesopanan diri dan mempunyai nilai kemasyarakatan
yang sangat tinggi. Jadi, kita perlulah belajar menyesuaikan diri dengan
lingkungan sosial masyarakat kampung bagi membolehkan mereka
menerima kita dalam organisasi sosial mereka.
3.5 Ilmu Psikologi
Seterusnya ialah bidang ilmu psikologi. Bidang ini mengkaji tentang
minda dan personaliti seseorang. Ianya juga mengkaji tingkah laku dan
bagaimana tingkah laku itu mempengaruhi orang lain. Psikologi juga
merupakan himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang
berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku,
pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.
Bidang ini terdiri daripada psikologi sosial, kaunseling, psikologi industri
dan organisasi, dan psikologi kanak-kanak.21
Penerapan amalan baik boleh dilakukan dengan mengawal
perasaan negatif terhadap orang lain. Ini kerana, apabila mempelajari
21 http://psikonseling.blogspot.com/
26
psikologi secara tidak langsung kita dapat memahami sifat dan peribadi
seseorang itu. Lantas, kita tidak akan mudah melatah tentang sikapnya.
Sebagai contoh, apabila perasaan marah itu hadir dengan sikap dan
kelakuan seseorang, kita mampu mengawalnya dan mampu membaca
fikiran serta sebab - musabab di atas tindakan seseorang. Jadi, dengan
adanya ilmu psikologi ini, kita mampu mengawal perasaan diri dan
mampu memahami situasi seseorang pada ketika itu.
Selain itu, melalui bidang ilmu ini, kita juga dapat membantu kita
menjadi pendengar dan penasihat yang baik kepada seseorang. Amalan
mendengar masalah orang lain serta membantu memotivasikan diri
mereka merupakan nilai yang terpuji dan dapat membantu seseorang
untuk kembali bersemangat serta membantunya mencari penyelesaian
kepada permasalahan yang dihadapi. Kadang-kala seseorang individu itu
hanya mampu menjadi pendengar yang baik, namun sebagai penasihat,
mereka tidak mampu. Jadi, dengan adanya ilmu psikologi ini, kedua-dua
perkara ini dapat kita lakukan sekaligus dapat meredakan kesedihan dan
tekanan yang dihadapi seseorang.
Sebenarnya, apabila seseorang memilih kita sebagai tempat bagi
meluahkan perasaan dan , ianya merupakan satu penghargaan yang
besar dan patut kita banggakan bagi diri kita. Bukanlah mudah untuk
seseorang menaruh kepercayaan untuk meluahkan apa yang terbuku di
hati. Apabila seseorang itu memilih kita sebagai tempat untuk mengadu,
ini bermakna kita adalah seorang yang pendengar dan penasihat yang
27
baik bagi mereka. Jadi, ilmu psikologi ini amatlah penting agar kita boleh
mengamalkan nilai-nilai murni sebegini.
3.6 Ilmu Sains Politik
Bidang ilmu seterusnya adalah sains politik. Sains politik merujuk
kepada kerajaan, polisi, dan ideologi yang diamalkan untuk mewujudkan
keamanan dan kestabilan. Selain itu, bidang ini juga mengkaji pengaruh
dan kepentingan politik dalam kegiatan masyarakat umum. Antara cabang
yang terdapat di dalam bidang sains politik ini ialah sistem politik dan
organisasi kerajaan, politik antarabangsa, dasar awam, falsafah dan teori
politik.
Amalan baik yang boleh diterapkan melalui bidang ilmu sains politik
ialah mengambil tahu tentang perkembangan isu-isu politik semasa.
Lazimya, golongan yang mengambil tahu tentang kedudukan politik di
negaranya boleh dikatakan memiliki asas pengetahuan politik yang baik.
Bangun dan jatuhnya sesebuah Negara adalah bergantung pada
pemahaman pemerintah memahami dan mendalami kehendak rakyat,
sama ada dari seri kehendak agama, ekonomi atau sebagainya.
Politik amatlah penting kerana ianya memainkan peranan dalam
ekonomi Negara kita. Banyak bukti menunjukkan kestabilan politik akan
membantu ekonomi sesebuah Negara meningkat. Sebagai contoh,
pelabur asing semakin minat melabur dalam Negara yang kukuh institusi
politiknya. Itulah alasan sesetengah Negara mengenakan akta dan
28
undang undang yang keras, seperti ISA ke atas golongan yang cuba
mencetuskan huru hara dalam Negara.
Keadaan sama tidak hanya memberi kesan pada industri major,
tapi juga kepada industri minor, seperti pelancongan dan pendidikan.
Sebagai contoh, keamanan dan kemakmuran Negara Singapura dan
Britain berjaya menarik pelajar - pelajar pintar dari Negara - Negara
mundur untuk melanjutkan pelajaran ke sana. Situasi ini seumpama suatu
bonus kepada mereka, di mana sesetengah dari golongan ini biasanya
akan memilih untuk terus menetap di Negara tersebut sepanjang hayat
mereka. Peningkatan modal insan berkualiti ini adalah berkat dari politik
sesebuah Negara yang stabil dan makmur.
Selain itu, politik juga memainkan peranan dalam institusi
masyarakat dan juga institusi sosial Negara kita. Dalam institusi
masyarakat, kestabilan politik akan membantu meningkatkan taraf hidup
masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan akan membantu dalam
memelihara kebajikan rakyatnya. Pembangunan juga dilakukan bertujuan
untuk kesenangan rakyat. Pelbagai usaha dan inisiatif dapat dilaksanakan
bagi memberi keselesaan kepada rakyatnya. Dalam institusi sosial pula,
politik dapat membantu mempertingkatkan mutu diri, agama, masyarakat,
dan bangsa sesebuah Negara. Jadi, kita perlulah sentiasa mengetahui
dan mengambil tahu akan perkembangan politik Negara agar dapat
memastikan bagaimana keadaan semasa Negara kita.
29
3.7 Ilmu Antropologi
Cabang ilmu seterusnya ialah antropologi. Antropologi merujuk
kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul
manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung,
mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.
Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah antropologi
budaya, antropologi fizikal, antropologi linguistic, arkeologi dan juga
etnologi. 22
Antara amalan baik yang boleh kita aplikasikan daripada cabang
ilmu ini ialah dengan menghargai dan menghayati kejadian manusia.
Sebaik-baik kejadian ialah manusia. Manusia diciptakan dengan penuh
keunikan dan mempunyai pelbagai kelebihan sama ada dari fizikal
mahupun mentalnya. Penciptaan dan perkembangan manusia juga
sangat berbeza daripada makhluk-makhluk lain yang ada di bumi ini. Jadi,
kita perlulah muhasabah diri dan menghargai anugerah pencipta.
Selain itu, kita juga boleh menerapkan amalan menghormati
budaya dan adat resam bagi setiap kaum. Bermula dengan zaman batu,
kehidupan manusia pada ketika itu tidak bertamadun. Kemudian, manusia
mula mengalami perkembangan serta perubahan sehinggalah wujudnya
adat dan budaya yang diamalkan oleh setiap bangga dan kaum masing-
masing sehingga kini. Kebiasaannya, adat dan budaya berbeza mengikut
bangsa, agama dan juga Negara. Sebagai contoh, adat dalam
22 http://ms.wikipedia.org/wiki/Antropologi
30
masyarakat Melayu. Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat",
merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam
masyarakat melayu. Budaya dan adat ini dapat dilihat dari segi
perkahwinan, kematian, kelahiran dan sebagainya. Jadi, setiap bangsa
haruslah menghormati budaya bagi setiap bangsa dan suku kaum di
Malaysia termasuklah budaya masyarakat Melayu itu sendiri.
3.8 Ilmu Komunikasi
Cabang disiplin ilmu ilmu yang seterusnya ialah komunikasi.
Bidang komunikasi ini boleh ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan
maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu
atau sekumpulan individu yang lain. Ia merupakan proses interaksi yang
bererti antara hidupan dan merangkumi aspek perbuatan menghantar
matklumat serta proses untuk bertukar-tukar maksud. Ini bertujuan untuk
menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik
secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat,
sentuhan, hubungan mata, dan penulisan. Cabang yang terdapat dalam
bidang komunikasi ini ialah seperti perfileman, kewartawanan,
telekomunikasi dan juga pengiklanan. 23
Penerapan amalan baik boleh dilakukan melalui perkongsian
pengetahuan dan juga pengalaman. Setelah mempelajari ilmu komunikasi
ini, pengaplikasian penyampaian maklumat akan lebih berkesan dan
23 http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi
31
mudah diterima oleh orang lain. Jadi, untuk berkongsi pengetahuan
mahupun pengalaman akan menjadi lebih mudah dan tidak akan timbul
sebarang halangan. Namun, masih ada di antara kita yang tidak suka
untuk berkongsi pengetahuan dan juga pengalaman kepada orang lain.
Walaupun zaman sekarang masalah komunikasi tidak timbul langsung,
namun golongan yang ‘kedekut ilmu’ ini lebih selesa sekiranya ilmu yang
mereka peroleh tidak dikongsi dan tidak disampaikan kepada orang lain.
Mereka lebih selesa mendiamkan diri dan tidak menyampaikan ilmu yang
dimiliki. Apa salahnya jika kita berkongsi ilmu pengetahuan yang sedia
ada bersama orang lain. Sebagai analoginya ialah duit. Semakin banyak
kita menabung, semakin bertambahlah tabungan kita. Begitu juga dengan
ilmu. Semakin banyak perkongsian ilmu, semakin bertambahlah
pengetahun di minda. Adalah penting bagi kita mengamalkan nilai murni
ini supaya kita tidak menjadi orang yang kedekut ilmu.
4.0 Amalan Baik Yang Dipraktikkan Dalam Masyarakat
4.1 Sikap Pemurah
Sejak zaman dahulu kala lagi nenek moyang kita mengamalkan hidup
secara bermasyarakat dengan jiran-jiran tetangga dalam sebuah kampung yang
sama. Mereka sangat menitik beratkan hidup secara bermasyarakat kerana
menerusi amalan ini, kepentingan semua pihak dapat dijaga berbanding dengan
hidup secara bersendirian dan tersisih dengan orang lain.
32
Menurut Selo Sumardjan24 masyarakat adalah orang-orang yang hidup
bersama dan menghasilkan kebudayaan. Manakala Karl Marx25 berpendapat
bahawa masyarakat adalah suatu struktur yang menderita suatu ketegangan
organisasi atau perkembangan akibat adanya pertentangan antara kelompok-
kelompok yang terbagi secara ekonomi.
Selain itu Emile Durkheim26 beranggapan bahawa masyarakat
merupakan suau kenyataan objektif peribadi-peribadi yang merupakan
anggotanya. Menurut Paul B. Horton & C. Hunt27 pula masyarakat merupakan
kumpulan manusia yang relatif mandiri, hidup bersama-sama dalam waktu yang
cukup lama, tinggal di suatu wilayah tertentu, mempunyai kebudayaan sama
serta melakukan sebagian besar kegiatan di dalam kelompok atau kumpulan
manusia tersebut.
Hidup secara bermasyarakat banyak memberikan manfaat kepada kita
dan jiran-jiran sekeliling. Kita harus belajar untuk bergaul dan beramah mesra
dengan jiran-jiran di sebelah rumah agar kita saling mengambil berat antara satu
sama lain namun diingatkan bahawa keadaan ini tidak bermaksud kita akan
menjaga tepi kain orang lain dan menyibuk hal rumah tangga orang lain. Hidup
secara bermasyarakat, kita harus mengamalkan sikap-sikap yang baik dan
positif agar orang di sekeliling selesa untuk berkawan dengan kita.
24………. http://id.wikipedia.org/wiki/Budaya
25 http://titasinsi.ngeblogs.com/2010/01/
26 Ibid27 http://titasinsi.ngeblogs.com/2010/01/
33
Kita sewajarnya senantiasa bermanis muka dan tegur menegur apabila
terserempak dengan jiran di sekeliling dan bukannya bersikap sombong diri dan
berlagak. Keadaan ini akan menyebabkan orang ramai akan tidak senang
dengan gelagat dan perlakuan kita sekaligus mengakibatkan kita akan dipulau
oleh masyarakat setempat. Di sini saya menekankan bahawa kita perlu bersikap
pemurah sesama jiran tetangga.
Maksud pemurah ialah senantiasa menyedekahkan bantuan kepada
orang lain terutamanya orang yang memerlukan dari segi kewangan atau harta
benda28. Kita boleh menyemai sikap pemurah dalam diri kita bermula dengan
jiran tetangga yang terdekat iaitu di sebelah rumah kita. Kita digalakkan untuk
bersikap pemurah dalam menyedekahkan juadah makanan. Ketika bulan puasa
Ramadan, kita boleh mengamalkan amalan menyedekahkan setiap hidangan
yang menjadi santapan kita ketika berbuka puasa kepada jiran tetangga.
Menerusi pendekatan ini, kita dapat meringankan beban jiran tetangga
dan di samping melakukan amal jariah. Bukan itu sahaja, kita turut dapat
membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk turut sama menjamu
selera berbekalkan juadah yang kita sediakan.
Sekurang-kurangnya juadah yang kita makan hari ini turut dapat dirasai
oleh orang lain. Seterusnya sikap pemurah ini dapat dipraktikkan dalam skop
yang lebih besar iaitu di kalangan masyarakat sekeliling. Berdasarkan
pemerhatian saya, masyarakat sekarang gemar melakukan aktiviti gotong-
royong seperti membersihkan masjid dan kawasan taman, bertugas pada waktu
28 Drs. M. Ali, op.cit,m.s 19
34
malam untuk menjaga keamanan taman, mengadakan majlis berbuka puasa
beramai-ramai dan sebagainya.
Aktiviti ini kebiasaannya diadakan ketika cuti sekolah terutamanya pada
hujung minggu dan kadang kala, diadakan majlis-majlis tertentu untuk meraikan
peristiwa penting seperti mengadakan sambutan Hari Raya Puasa dan Korban.
Semua ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan semua anggota masyarakat
di taman terbabit dan agar kita dapat berkenalan dan beramah mesra dengan
semua orang.
Kebiasaannya dek kerana kesibukan kerja yang menuntut kita untuk
berada seharian di pejabat dan kadang kala kita tidak berpeluang untuk bertegur
sapa dengan jiran tetangga lebih-lebih lagi jiran tetangga yang baru berpindah ke
taman yang kita diami. Oleh itu, kita harus menggunakan peluang yang ada pada
hujung minggu untuk bersama-sama melakukan aktiviti yang dirancang dan
bukan bersikap tidak ambil peduli berkenaan masyarakat sekeliling.
Dalam aktiviti-aktiviti sebegini juga, kita dapat mempratikkan sikap
pemurah lebih-lebih lagi untuk sebagai manfaat bersama. Sebagai contoh,
taman yang kita diami ingin mengadakan gotong-royong untuk membersihkan
longkang di sekeliling taman. Maka dengan itu, semua orang diharap dapat
memberikan kerjasama dengan baik. Kita dapat menggunakan peluang ini untuk
menolong menyediakan minuman seperti air Soya dan sedikit juadah ringan
seperti kuih muih, kek dan roti sebagai kudapan untuk mereka setelah selesai
bergotong-royong.
35
Menerusi cara ini, kita dapat memberikan keselesaan dan kemudahan
untuk anggota masyarakat selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama
insan. Selan itu, kita juga digalakkan untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk
wang ringgit jika kita berkemampuan. Contoh yang dapat saya ketengahkan
disini ialah apabila masjid berhampiran dengan rumah kita ingin melaksanakan
sedikit pembaharuan dari segi infrastruktur dan pihak masjid ingin mengutip
serba sedikit dana daripada masyarakat setempat bagi menampung kos
pembinaan.
Oleh itu, kita digalakkan untuk menghulurkan sedikit bantuan mengikut
kemampuan kita. Kita harus ingat bahawa bantuan yang kita sedekahkan,
sekurang-kurang dapat membantu memperindahkan masjid dan kita bersama-
sama jiran tetangga yang lain dapat memanfaatkannya.
Sedikit sebanyak bantuan yang kita hulurkan, sekurang-kurangnya dapat
membantu melancarkan perjalanan program dan aktiviti yang bakal dianjurkan.
Sikap pemurah ini dapat dipraktikkan secara langsung atau tidak langsung dalam
kehidupan bermasyarakat bergantung kepada sikap setiap anggota masyarakat.
Sikap ini juga boleh di amalkan sekiranya berlakunya kematian pada salah
seorang jiran kita. Maka kita berperanan sebagai salah seorang anggota
masyarakat yang prihatin pergi menziarahinya dan mengucapkan takziah di atas
kematian suamimya. Selain itu, kita juga digalakkan untuk menyedekahkan
sedikit wang ringgit untuk meringankan bebannya. Menerusi pendekatan ini, kita
dapat membantunya meneruskan hidup walaupun tanpa suami di sisi dan
36
sebagai tanda kita juga turut menyelami kesedihan dan kesusahan yang
ditanggungnya.
Kita juga dapat mengamalkan dan mempraktikkan sikap pemurah melalui
beberapa cara. Antaranya ialah memberikan wang saguhati kepada anak-anajk
jiran yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti
universiti. Bukan itu sahaja, pemberian ikhlas29 kita itu juga dapat dijadikan
sebagai galakan untuk pelajar berkenaan bagi terus gigih berusaha dalam
pengajian. Terdapat juga sesetengah keluarga yang tidak mampu untuk
menyediakan wang perbelanjaan kepada anak-anak mereka sebagai persediaan
bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Maka dengan wang
yang kita berikan kepada pelajar berkenaan membolehkan dia membeli
kelengkapan untuk ke kolej. Selain itu, kita juga digalakkan untuk menghulurkan
sedikit derma dalam bentuk wang ringgit kepada jiran-jiran tetangga yang ingin
menunaikan fardu haji.
Oleh yang demikian, kita sewajarnya membantu meringankan beban
mereka yang masih tidak mampu. Bukan itu sahaja, kita juga patut berasa
bangga dan bersyukur kerana kita dapat membantu orang yang ingin berbuat
kebaikan serta sekurang-kurangnya amal ibadat yang dilakukannya dapat kita
nikmati bersama ganjarannya. Beberapa bulan yang lalu, kita dapat lihat berita
menerusi media massa, dan media cetak berkenaan dengan gempa bumi yang
berlaku sekitar negara Haiti.
29 Tam Yeow Kwau, op.cit, m.s 43
37
Keadaan kesan daripada gempa bumi itu amat memilukan kerana banyak
rakyatnya yang disahkan terkorban dalam kejadian terbabit. Terdapat anak kecil
yang menangis dan merayau-rayau sendirian untuk mencari mayat arwah
ibubapanya dan ada pula si ibu yang menangis meratapi kematian si anak.
Pelbagai ragam manusia dapat dilihat manakala pihak yang berkuasa
meneruskan kerja untuk mencari dan menyelamatkan mangsa yang tertimbus di
bawah rekahan gempa bumi.
Sayu rasa hati apabila melihat banyak mayat yang bergelimpangan tanpa
diuruskan jenazahnya. Oleh itu, kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab
harus meringankan tulang untuk membantu mereka yang memerlukan di negara
terbabit. Contohnya kita boleh mendermakan bantaun dalam bentuk pakaian
yang tidak digunakan lagi untuk mereka. Pastinya kebanyakkan mereka sudah
tidak mempunyai apa-apa lagi harta benda termasuk pakaian dek kerana
musnah dalam kejadian gempa bumi.
Menerusi pendekatan ini, kita dapat membantu mereka untuk meringkan
beban masalah yang dihadapi selain itu, kita juga dapat menyemai sikap tolong
menolong dan tidak membazir. Pakaian yang masih elok dipakai dan digunakan
diderma untuk membantu mereka agar terhindar dari suasana panas dan
kesejukan.
Kesimpulannya, terdapat banyak amalan baik yang dapat dipraktikkan
dalam masyarakat selain mengamalkan sikap pemurah. Seperti yang kita sedia
maklum, apabila kita berbuat baik dengan orang lain, secara tidak langsung
38
keadaan ini akan mewujudkan suasana aman dan mengeratkan hubungan
silaturahim antara sesama insan. Selain itu, kita juga akan turut disenangi oleh
anggota masyarakat yang lain dan sekiranya kita mneghadapi masalah, tanpa
segan silu akan ada anggota masyarakat yang tampil menghulurkan bantuan.
Segala-galanya bermula daripada diri kita sendiri dan kita harus ingat
bahawa dalam dunia ini, kita perlukan seseorang untuk membantu kita
terutamanya ketika berada dalam kesusahan. Oleh yang demikian, kita perlu
menanamkan sifat kerjasama dan baik hati disamping pemurah dalam jiwa
masing-masing. Insyallah dengan adanya semua sikap murni ini, kita akan hidup
dalam keadaan aman dan bahagia.
4.2 Semangat Bermasyarakat
G.Simmel telah menyatakan bahawa kewujudan masyarakat adalah
kerana hubungan interaksi di antara beberapa orang manusia. Masyarakat
Malaysia berinteraksi melalui masyarakat majmuk yang berbilang kaum, bangsa
dan agama. Ikatan perpaduan antara kaum ini diikat erat oleh amalan baik dan
nilai-nilai murni yang diamalkan oleh setiap warganegaranya. Apa yang pasti
masih terdapat amalan baik yang dipraktikkan dalam masyarakat dan
sebahagian besarnya merupakan amalan adat dan budaya yang diturunkan dari
generasi ke generasi. 30
30
Ting Chew Peh, Konsep Asas Sosiologi, Kuala Lumpur, 1985, m.s. 41
39
Terdapat beberapa amalan baik yang dipraktikkan oleh masyarakat
Malaysia. Salah satunya ialah semangat bermasyarakat. Menurut buku Nur
Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long (2000), mendefinisikan semangat
bermasyarakat sebagai kesediaan melakukan sesuatu dengan berdasarkan
semangat kekitaan demi kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian
hidup dalam bermasyarakat. Menggunakan kata kunci semangat kekitaan dalam
mencapai kepentingan bersama dan keharmonian hidup, semangat
bermasyarakat dilihat mampu melahirkan satu tujuan dan matlamat yang sama.
Hal ini kerana manusia memerlukan antara satu sama lain atau lebih tepat lagi
hidup bermasyarakat.
Tambahan lagi, semangat kekitaan atau kebersamaan dalam masyarakat
perlulah berlaku kerana tanpa kita sedar sama ada dalam bentuk formal ataupun
tidak, setiap hari kita akan berurusan dengan orang ramai. Semangat
bermasyarakat ini masih lagi dilaksanakan dalam masyarakat Malaysia demi
kepentingan bersama. Sebagai contoh ialah penubuhan Kelab Rukun Tetangga
yang diwujudkan dengan semangat yang dimiliki oleh individu-individu dalam
melaksanakan peranan dalam kelompok masyarakatnya.
Tambahan lagi, hidup dalam suasana harmoni dengan kejiranan yang
baik dengan saling tegur-menegur, bertolak ansur, tolong-menolong dan
bekerjasama amatlah ditekankan. Masyarakat di Malaysia masih lagi
mengamalkan amalan baik kejiranan melalui bantuan dan meringankan beban
40
atau masalah jiran. Sebagai contoh, masih terdapat masyarakat di Malaysia
yang membantu menghantar anak jiran yang sakit ke hospital apabila berlaku
kecemasan.
Bagi mengekalkan semangat bermasyarakat antara jiran tetangga,
amalan baik seperti bertolak ansur perlulah diamalkan. Bertolak ansur yang
dinyatakan ini juga bermaksud tidak mementingkan diri semata-mata. Misalnya
seperti bertolak ansur ketika berada di jalan raya . 31
Kita perlulah bertolak ansur dengan memberikan laluan kepada
kenderaan yang ingin menyusur keluar masuk melalui jalan yang kita lalui. Bagi
kenderaan yang diberi peluang untuk mendahului, senyuman dan mengangkat
tangan merupakan cara yang berhemah bagi menunjukkan rasa penghargaan
dan terima kasih kepada individu yang memberikan peluang untuk menyusur
keluar dan masuk jalannya.
Hal ini bukan sahaja menyenangkan hati kita bahkan juga setiap pemandu
apabila jalan raya diguna secara berhemah dan bertolak ansur. Amalan baik ini
masih lagi dipraktikkan dalam masyarakat yang dapat mengurangkan kes
kemalangan jalan raya. Biarpun terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai
sikap mementingkan diri sendiri, namun masyarakat Malaysia masih lagi kaya
31
Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long, Bantuan Studi Lengkap SPM Pengetahuan
Moral (Fakta Diagramatik),Selangor, 2000, m.s 104
41
budi dan berhemah dalam pemanduan. Jadi dalam mencapai semangat
bermasyarakat, bertolak ansur dan berhemah merupakan perkara pokok amalan
baik yang perlu dipratikkan.
Contoh yang lain pula, masyarakat Malaysia sangat dipupuk dengan
semangat bermasyarakat sehingga hubungan bersama jiran tetangga dapat
dihubungkan melalui komunikasi yang sihat. Hari keluarga merupakan hari dan
waktu yang sesuai untuk berkenal-kenalan bersama jiran tetangga dengan lebih
dekat lagi. 32. Masyarakat sememangnya menanti-nantikan program-program
seumpama ini dan menjadi agenda tahunan kerajaan memandangkan ia adalah
asas utama kepada perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Tujuan hari
keluarga itu sendiri dalam menghubungkan ahli-ahli keluarga dalam konteks
kejiranan menjadikan amalan ini suatu yang praktikal dalam masyarakat.
Selain itu suasana masyarakat kini masih mengamalkan aktiviti gotong-
royong. Tambahan pula, galakan daripada kerajaan dalam menjalankan
pertandingan kampung tercantik menambahkan lagi kemesraan dan kerjasama
yang erat daripada penduduk kampung. Pelancaran Desa Wawasan misalnya,
membawa perubahan kepada masyarakat di kawasan luar bandar bagi
menjadikan kampung sebagai satu kawasan yang maju, menarik dan
menguntungkan. 33Seperti mana projek ”homestay” yang dijalankan oleh
sesetengah masyarakat desa yang mempunyai dan permandangan yang cantik
terutamanya di tempat perlancongan, kerjasama dan bantuan daripada
32
Muhamad Ismail Ahmad . Semangat Bermasyarakat, Selangor, 2005, m.s.2033
Muhamad Ismail Ahmad, opi.cit. m.s 21
42
penduduk dalam menjayakan aktiviti tersebut membawa kepada semangat
bermasyarakat yang unggul.
Masyarakat seharusnya membuka mata dan mengambil berat setiap apa
yang berlaku dalam masyarakat. Sebagai contoh, kes pembuangan bayi yang
berlaku baru-baru ini membuka mata masyarakat dan menyedari bahawa
tindakan tersebut adalah salah dan tidak bermoral. Masyarakat juga mengutuk
tindakan ibu-ibu yang membuang dan membunuh bayi-bayi yang tidak berdosa
lantaran norma masyarakat itu sendiri yang tidak menerima perbuatan terkutuk
tersebut dilakukan.
Tindakan kepekaan lain yang dapat dilakukan msyarakat dalam menjaga
alam sekitar, isu penderaan, vandalisme, kesesakan lalu lintas, pendatang
haram, penagihan dadah, menghidu gam dan sebagainya. 34 Peranan
masyarakat dalam menyertai badan-badan bukan kerajaan dalam membantu
remaja dan golongan yang telibat dalam gejala tidak sihat dan bermoral ini
semakin mendapat perhatian umum. Golongan yang bermasalah ini perlu
didekati, diberikan nasihat dan teguran serta diselamatkan kerana bukan sahaja
memudaratkan individu terbabit bahkan juga merosakkan bangsa dan peradaban
kita kelak.
4.2 Muafakat
34 Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long, op.cit, m.s 105
43
Muafakat bermaksud sentiasa mengutamakan persetujuan dan
bekerjasama dalam usaha sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.
35Muafakat terbina asasnya dalam diri setiap individu yang dapat bekerjasama
dan bertolak ansur dalam mencapai persetujuan dalam sesuatu perbincangan
dan mesyuarat yang diadakan. Jalinan persetujuan dan bekerjasama ini akan
melahirkan permuafakatan yang seterusnya membina semangat bermasyarakat.
Masyarakat di Malaysia masih menggunakan rundingan atau
bermesyuarat sebelum melakukan sesuatu perbincangan yang melibatkan
masalah yang timbul di kalangan ahli masyarakat. Perbincangan yang dilakukan
memerlukan kata sepakat bagi mengambil tindakan atau memutuskan keputusan
akhir sesuatu mesyuarat. Sebagai contoh, perbincangan dilakukan berkaitan
masalah mencegah jenayah terutamanya kejadian pecah rumah atau
membincangkan cara-cara mencantikkan taman perumahan mahupun desa.
Perbincangan ini juga boleh melibatkan bantahan bersama kepada pihak-pihak
tertentu tentang sesuatu perkara yang membawa keburukan, kesan negatif dan
merugikan penduduk setempat. 36
Bagi menjalankan perbincangan tersebut, kerjasama daripada semua
pihak adalah perlu dan diharapkan. Hal ini kerana dalam menjalankan sesuatu
pekerjaan, persetujuan dan keputusan yang perlu diambil memerlukan suara
35
Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long, op.cit, m.s 103
36 … op.cit m.s 104
44
majoriti. Misalnya; kejadian pecah rumah yang berlaku di taman perumahan
memerlukan tindakan yang segera dan komitmen penduduk setempat hadir
dalam membincangkan masalah tersebut. Jika penduduk tidak hadir bermakna
kerjasama tidak dapat dijalankan dan tiada jawatankuasa ditubuhkan bagi
menjaga kepentingan penduduk di taman perumahan berkenaan. Jika hal ini
berlaku maka tidak ada nilai permuafakatan dalam masyarakat. Namun, apa
yang pasti, amalan muafakat dan bekerjasama masih lagi diamalkan oleh
masyarakat di Malaysia.
Dalam membincangkan perkaitan amalan baik yang dipraktikkan dalam
masyarakat, setiap individu perlu tahu akan kemantapan pembangunan sosial
yang diterapkan dalam diri setiap anak-anak di Malaysia. Lalu anak-anak remaja
dan generasi muda dijadikan sandaran dalam usaha mewujudkan suasana
kemasyarakatan yang aman dan harmoni. Golongan belia khususnya perlu
memahami akan peranan mereka berhubung tanggungjawab terhadap agama,
bangsa dan negara. 37Bagi usaha-usaha yang telah dijalankan perlulah disokong
kerana bermatlamatkan objektif yang baik. Usaha yang terbaik yang perlu
dilakukan oleh masyarakat ialah penglibatan semua pihak dalam menjayakan
rancangan pembangunan masyarakat dari pelbagai sudut iaitu jasmani, emosi,
rohani, intelektual dan sosial.
37
Muhamad Ismail Ahmad, opi.cit. m.s 45
45
4.3 Hormat-Menghormati
“Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:464), hormat dapat
didefinisikan sebagai mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang
dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim.” 38
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam berita yang bertarikh 18
Januari dalam akhbar Utusan menyatakan bahawa “Perpaduan, keharmonian
dan semangat kekitaan merupakan formula kejayaan kita mengekalkan
keamanan selama ini. Namun, ia bukan bermakna apa yang kita bentuk ini boleh
kekal selama-lamanya.” 39
Berdasarkan ulasan yang diberikan oleh Datuk Raja Nong Chik Raja
Zainal Abidin dan Kamus Dewan Edisi Ketiga, jelaslah bahawa amalan
perpaduan merupakan elemen penting dalam membentuk masyarakat yang
harmoni dan makmur. Namun apakah amalan baik boleh kita praktikkan dalam
usaha untuk mewujudkan ke arah perpaduan?. Ianya adalah hormat-
menghormati. Hormat-menghormati merupakan nilai asas yang dibentuk dari
peringkat kanak-kanak lagi dalam usaha untuk membentuk masyarakat yang
berbudi pekerti mulia dan harmoni.
38 Tiada nama pengarang (1998), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s 464.
39 http://rajanongchik.com/?p=605.
46
“Menurut Nur Munirah Teoh Abdullah (2000:21), hormat dapat
didefinisikan sebagai menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial
dengan memberikan layanan yang sopan.” 40
Berdasarkan ulasan Nur Munirah Teoh Abdullah contoh amalan yang
dipraktikkan adalah memberikan layanan yang baik. Situasinya adalah seperti
memberikan layanan mesra kepada tetamu yang hadir dan memberikan
perhatian atau mendengar pandangan seseorang dengan teliti.
Ciri pertama yang dapat diperlihatkan dalam amalan hormat adalah
bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat.
Kedua, memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada
orang lain. Ketiga, menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain
(Decks , 2008). 41 Menurut Nur Munirah Teoh Abdullah (2000:xxvi), amalan
hormat menghormati dapat dibahagikan kepada sub-sub yang tertentu dalam
kehidupan seorang individu dalam konteks masyarakat. Sub-sub yang
terkandung dalam hormat-menghormati adalah seperti yang berikut: 42
1. Hormat dan taat kepada ibu bapa.
2. Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan
pemimpin.
3. Hormat kepada raja dan negara.
40 Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long. (2000), Pengetahuan Moral, Selangor, Sasbadi Sdn. Bhd.m.s 2141 http://www.cakap2.com/ruangan-pendidikan-moral-f24/bab-4-hormat-menghormati-t299.htm. 42 Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long op.cit. m.s xxvi
47
4. Hormat kepada hak asasi.
5. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan.
6. Hormat kepada keperibadian individu.
7. Patuh kepada undang-undang.
8. Patuh kepada ketepatan masa.
9. Menghargai kebijaksanaan, pengalaman, dan jasa.
10.Menghargai tenaga pekerja.
11.Menghargai maruah diri.
Kita akan membincangkan setiap sub-sub nilai yang telah dinyatakan tadi
dalam situasi mempraktikkan amalan ini dalam masyarakat kita, Malaysia
dengan lebih terperinci lagi. Sub nilai yang pertama adalah hormat dan taat
kepada ibu bapa. Adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab seseorang
anak bagi memuliakan ibu bapa. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini.
Situasi yang pertama adalah mematuhi setiap arahan, nasihat, dan
larangan ibu bapa. Sekiranya ibu bapa melarang anak-anaknya untuk bermain
pisau, anak tersebut haruslah mematuhi arahan mereka. Hal ini kerana pisau
merupakan perlatan tajam yang boleh mencederakan diri manusia jika tidak
digunakan dengan cara yang betul. Kedua, melayani ibu bapa dengan baik.
Apabila ibu bapa keletihan, sebagai seorang anak kita haruslah mengambil
peranan untuk membantu ibu bapa meringankan beban seperti mengurut
mereka atau turut bersama-sama membantu ibu bapa menyelesaikan tugasan
seperti memasak dan membersihkan halaman rumah.
48
Ketiga, menjaga ibu bapa apabila mereka tua atau uzur. Pada masa kini,
didapati anak-anak yang bekerjaya mengambil jalan pintas dengan menghantar
kedua-dua ibu bapa mereka ke rumah orang tua kerana tidak mahu menjaga
mereka. Tindakan seperti ini akan mengguris hati dan perasaan mereka kerana
sewaktu kita kecil, mereka menjaga dan menatang kita dengan sepenuh hati
walaupun kita merengek dan menangis. Keempat mengambil berat akan
perasaan dan keperluan ibu bapa. Sebagai seorang anak, kita haruslah
bercakap dengan nada yang lemah lembut dan bukannya meninggikan suara.
Jika tidak ia akan menyebabkan ibu bapa terguris hati. Justeru, amalan
menghormati ibu bapa adalah sub nilai hormat yang asas yang mana akan
membentuk ke arah nilai hormat lain yang lebih luas skopnya seperti yang akan
dinyatakan di bawah.
Sub nilai kedua adalah hormat dan taat kepada orang yang lebih
tua, guru, rakan,jiran tetangga dan pemimpin. Kita perlulah memberi layanan
yang baik untuk menunjukkan rasa hormat kepada golongan tersebut. Ciri-ciri
amalan hormat ini merangkumi ikhlas dan tidak mengharapkan balasan,
menghormati orang tua tanpa mengira keturunan,pangkat, kedudukan dan harta,
seterusnya tidak menyinggung perasaan ibu bapa dan akhir sekali menerima
nasihat dan tunjuk ajar (Nur Munirah Teoh Abdullah et al (2000:22). 43
Situasi yang boleh diberikan adalah mematuhi dan menerima arahan,
nasihat, pandangan, dan tunjuk ajar daripada golongan tua, guru, rakan, jiran
43 Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long op.cit , m.s 22
49
tetangga, dan pemimpin. Kita haruslah mematuhi setiap nasihat yang diberikan
oleh mereka kerana mereka merupakan cermin diri kita sendiri. Mereka dapat
melihat kelemahan dan keburukan sesuatu yang kita sendiri tidak dapat lihat.
Situasi seterusnya adalah menjaga pertuturan supaya tidak menyinggung
perasaan mereka. Kita haruslah bercakap dengan nada yang sesuai dan
bukannya meninggikan suara sesuka hati. Situasi yang terakhir adalah menjaga
hati dan melayan mereka dengan baik. Misalnya, jika mereka bertandang ke
rumah kita, kita tidak boleh mengabaikan mereka tetapi memberikan layanan
yang secukupnya seperti menyediakan makanan dan sebagainya.
Sub nilai ketiga adalah hormat kepada Raja dan Negara iaitu menerima
dan menghormati raja serta lambang-lambang kebesaran negara seperti
bendera dan lagu kebangsaan (Nur Munirah Teoh Abdullah et al (2000:22). 44
Ciri-cirinya yang adalah mempunyai perasaan taat setia, mengetahui
perkembangan dalam pentadbiran negara, mengharumkan nama negara,
mendukung dan mengamalkan prinsip rukun negara, sanggup berkorban jiwa
dan harta benda dan tidak mengeluarkan tomahan,ancaman dan kata-kata yang
mengugat keamanan (Decks , 2008). 45
Sebagai contoh, amalan yang boleh dipraktikkan adalah lambang
kebesaran. Kita mestilah berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan. Kita
juga harus tahu untuk menyanyikan lagu Negaraku dan menghafal lirik lagu
tersebut. Aplikasi kedua adalah Raja. Kita haruslah menjaga maruah raja dengan
44 Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long op.cit
45 http://www.cakap2.com/ruangan-pendidikan-moral-f24/bab-4-hormat-menghormati-t299.htm.
50
tidak mencemarkan atau memburukkan raja. Hal ini kerana melambangkan
kedaulatan negara kita di samping undang-undang.
Sub nilai keempat adalah hormat kepada hak asasi yang membawa
maksud menghormati hak dan keperluan asasi seseorang individu seperti yang
terkandung dalam Perlembagaan Malaysia (Nur Munirah Teoh Abdullah et al
(2000: 23). 46 Ciri-ciri sub nilai ini yang pertama adalah seseorang berhak
melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar undang negara, kedua setiap
individu mempunyai hak berucap, mengeluarkan fikiran berkumpul, beragama,
berpendidikan, mengundi, berpersatuan dan berpolitik. Ketiga pula adalah
mempunyai perasaan untuk menjalin kerjasama dan persefahaman, keempat
menghormati hak diri dan orang lain, kelima bersikap terbuka tanpa melampau,
keenam menerima pendapat serta teguran orang lain secara ikhlas dan yang
ketujuh sanggup menerima hukuman (Decks, 2008). 47
Aplikasi dalam hak asasi adalah melalui situasi hak berucap,
mengeluarkan buah fikiran, berkumpul, beragama, memperoleh pendidikan,
mengundi, berpersatuan, dan berpolitik. Setiap perkara yang dinyatakan ini
harus menyediakan ruang yang adil kepada setiap orang untuk memperoleh hak
masing-masing selagi ia tidak melanggar Perlembagaan Malaysia. Sub nilai
yang kelima adalah hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai
46 Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long op.cit. m.s 2347 http://www.cakap2.com/ruangan-pendidikan-moral-f24/bab-4-hormat-menghormati-t299.htm.
51
keturunan iaitu menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di
Malaysia (Nur Munirah Teoh Abdullah et al (2000:23). 48
Ciri-cirinya adalah mengamalkan adat resam dan kebudayaan sendiri,
tidak mengejek, mengutuk, menghina adat dan kepercayaan orang lain dan
bebas mengamalkan adat dengan tidak melanggar peraturan (Decks , 2008).
49.Kita haruslah menerima dan menghormati adat dan budaya serta kepercayaan
orang lain. Contoh situasi adalah tidak menghina atau mengejek adat dan
kebudayaan kaum lain. Seterusnya mengambil tahu akan peraturan di tempat
beribadat pelbagai kaum dan akhir sekali memastikan hidangan yang disediakan
mengambil kira pantang larang pelbagai agama. Hal ini memandangkan setiap
agama yang berbeza mempunyai pantang larang makanan tertentu yang tidak
boleh dimakan oleh mereka.
Sub nilai yang keenam adalah hormat kepada keperibadian individu iaitu
menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu, terutama
golongan yang kurang bernasib baik (Nur Munirah Teoh Abdullah et al (2000:23).
50 Ciri-ciri dalam amalan hormat ini menurut Decks (2008) ialah: 51
1. Hormat kepada sifat fizikal, bakat, potensi dan fikiran
2. Menjaga perasaan orang lain
3. Menghormati golongan yang kurang bernasib baik
4. Tidak memandang rendah orang lain
48 Ibid49 http://www.cakap2.com/ruangan-pendidikan-moral-f24/bab-4-hormat-menghormati-t299.htm.50 Ibid51 Ibid
52
5. Mempertimbangkan pendapat orang lain
Kita boleh mempraktikkan amalan ini dalam situasi golongan kurang
bernasib baik misalnya golongan cacat dan tidak berupaya. Kita boleh menolong
orang yang cacat penglihatan dengan membimbing mereka melintas jalan
dengan selamat tanpa mementingkan diri kita yang sedang sibuk ketika itu. Kita
juga tidak boleh mengejek golongan yang tempang, gagap, bibir sumbing,
nyanyuk, mata juling, dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan mereka
berasa rendah diri dan tidak ingin bergaul dengan masyarakat. Oleh itu kita
haruslah mereka dan cuba bergaul kerana mereka juga merupakan sebahagian
daripada institusi masyarakat.
52Sub nilai ketujuh adalah patuh kepada undang-undang iaitu menerima
dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah di tentukan tanpa
mengira di mana sahaja seseorang berada (Nur Munirah Teoh Abdullah et al
(2000:23). Ciri yang pertama adalah memahami pentingnya undang-undang,
kedua menerima hukuman setimpal. Ketiga pula ialah berhati-hati dalam
tindakan supaya tidak melanggar undang-undang dan yang terakhir ialah
mengetahui hak sendiri (Decks, 2008). 53
Kita haruslah mematuhi undang-undang seperti dalam situasi tidak
merokok di tempat awam seperti di dalam kawasan sekolah dan hospital.
Sebagai penggunan lalu lintas, kita juga haruslah mematuhi peraturan lalu lintas
agar dapat mengelakkan sebarang kemungkinan untuk berlakunya kemalangan.
52 Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long op.cit. m.s 2353 http://www.cakap2.com/ruangan-pendidikan-moral-f24/bab-4-hormat-menghormati-t299.htm.
53
Selain itu kita juga haruslah mematuhi dan mengikuti peraturan dan undang-
undang yang digubal oleh kerajaan.
Sub nilai kelapan ialah patuh kepada ketepatan masa iaitu menepati
waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah (Nur Munirah Teoh Abdullah
et al (2000:24). 54 Ciri-ciri yang terkandung dalam sub nilai ini menepati janji,
mengurus masa, bahagi dan guna masa sepenuhnya, guna jadual waktu, tidak
berlengah-lengah siapkan kerja dan tidak menangguh kerja (Decks, 2008). 55
Kita boleh mempraktikkan amalan ini dengan menepati masa. Situasi
ialah menghantar tugasan pada waktu yang telah dijanjikan. Misalnya jika kita
perlu menghantar tugasan sebelum pukul 5.00 petang pada hari dan tarikh
tertentu, kita haruslah menepati ketetapan tersebut. Kita juga harus menghadiri
sebarang undangan atau temu janji tepat masanya. Hal ini agar kita tidak
menggangu perjalanan majlis dan peruntukan masa yang telah ditetapkan.
Dalam pengaplikasian pengurusan masa kita hendaklah menggunakan
masa dengan sebaik-baiknya. Justeru, kita bolehlah menyediakan jadual waktu
harian agar kita dapat membahagikan masa dengan sebaiknya dan mematuhi
jadual tersebut. Untuk mengelakkan pembaziran masa, kita janganlah
melakukan aktiviti seperti berbual-bual kosong mahupun melayari perkara-
perkara yang tidak berfaedah di internet.
54 Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long op.cit. m.s 2455 http://www.cakap2.com/ruangan-pendidikan-moral-f24/bab-4-hormat-menghormati-t299.htm.
54
Sub nilai kesembilan ialah menghargai kebijaksanaan,pengalaman dan
jasa iaitu menghargai seseorang kerana pengetahuan, pengalaman,
pengorbanan dan jasanya dalam sesuatu lapangan (Nur Munirah Teoh Abdullah
et al (2000:25). 56
Ciri-ciri sub nilai ini ialah menghargai jasa pekerja yang beri khidmat, ilmu
dan tenaga, menghargai pengorbanan ibu bapa dan memberi penghormatan
kepada tokoh-tokoh (Decks, 2008). 57 Sebagai contoh, untuk mempraktikkan
amalan ini adalah dengan meningkatkan kadar gaji dan menaikkan pangkat
mereka. Seterusnya dalam menghargai mereka pula adalah dengan memberikan
bonus atau hadiah untuk menunjukkan bahawa kita menghargai sumbangan
yang telah mereka berikan sepanjang mereka berkhidmat.
Sub nilai kesepuluh ialah menghargai tenaga pekerja iaitu menghargai
perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja (Nur Munirah Teoh
Abdullah et al (2000:25). 58 Kita boleh mempraktikkan amalan ini dalam aplikasi
menghargai jasa pekerja. Situasinya adalah seperti menunjukkan penghargaan
dengan cara memberikan bonus, cuti atau majlis makan atas perkhidmatan
pekerja yang setia dan berdedikasi. Situasi lain adalah seperti 1 Mei telah
diiktiraf sebagai Hari Pekerja iaitu pada hari tersebut setiap individu dan
masyarakat yang bekerja boleh bercuti. Perkara ini menunjukkan bahawa setiap
56 Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long op.cit. m.s 2557 http://www.cakap2.com/ruangan-pendidikan-moral-f24/bab-4-hormat-menghormati-t299.htm.58 Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long op.cit. m.s 25
55
individu yang bekerja wajar diberi penghargaan di atas segala bakti yang mereka
telah mereka berikan.
Sub nilai yang kesebelas ialah menghargai maruah diri iaitu menghargai
maruah diri setiap individu tanpa mengira taraf dan kedudukan (Nur Munirah
Teoh Abdullah et al (2000:26). 59Ciri-ciri yang terkandung adalah mengamalkan
sifat-sifat murni seperti baik hati, bercakap benar, berhemah tinggi kemudian
tidak merosakkan nama baik sendiri. Seterusnya ialah menjaga perbuatan,
tingkahlaku dan pertuturan serta berpakaian secara sopan (Decks,2008). 60
Untuk mempraktikkan amalan ini adalah dengan menjaga nama baik.
Situasinya adalah pada diri iaitu tidak melibatkan diri dalam perbuatan maksiat.
Hal ini kerana perkara seperti ini akan membuatkan orang sekeliling memandang
hina kepada mereka yang melakukan perbuatan tersebut. Kita juga janganlah
menghina, mengutuk dan memalukan orang lain. Hal ini kerana ia akan
menjatuhkan maruah individu yang kita perkatakan itu. Ianya bukan sahaja akan
membawa kemudaratan malah akan memalukan individu tersebut untuk
berhadapan dengan orang ramai.
Kesimpulannya, kelebihan amalan hormat-menghormati ialah setiap
individu dalam masyarakat akan merasa dirinya dihargainya. Amalan ini
menjadikan kita bersatu dalam satu komuniti yang teguh. Sekiranya amalan
hormat diabaikan kemungkinan untuk masyarakat untuk berpecah dan
59 Nur Munirah Teoh Abdullah, See Tho, A.K. Long op.cit. m.s 2660http://www.cakap2.com/ruangan-pendidikan-moral-f24/bab-4-hormat-menghormati-t299.htm.
56
berlakunya huru-hara adalah amat tinggi. Justeru, amalan hormat-menghormati
perlulah diamalkan dan dipraktikkan di segenap lapisan masyarakat agar kita
dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang aman harmoni dan tidak berlaku
sebarang pergaduhan. Individu yang saling hormat-menghormati akan
membawa kepada kesejahteraan selagi amalan ini diamalkan.
4.4 Kerjasama
Penghayatan nilai-nilai murni terkandung di dalam setiap ajaran agama
yang wujud di dunia. Masyarakat Malaysia sering ditakrifkan sebagai masyarakat
majmuk. ( Ahmad Fawzi Basri dan Abdul Halim Ahmad 1987: ix). Masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya
mempunyai nilai-nilai murni yang amat tinggi. Kesemua agama memberi
pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaa serta
pemeliharaan alam.
Sekiranya nilai-nilai murni dalam masyarakat dihayati satu persatu maka
masyarakat akan hidup aman dan tenteram. Penghayatan nilai murni dalam
pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang
bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin
kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat. Nilai-nilai murni yang
terkandung dalam masyarakat majmuk di Malaysia yakni terdiri daripada Melayu,
Cina dan India bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam
masyarakat Malaysia.
57
Antara nilai murni yang boleh dipraktikkan dalam masyarakat kita
berbilang kaum ialah kerjasama. Kerjasama menurut Kamus Dewan ialah kerja
bersama-sama atau saling membantu. 61Kerjasama bermaksud usaha yang baik
dan membina yang dilakukan secara bersama-sama di peringkat individu,
komuniti, masyarakat, atau Negara bagi mencapai sesuatu matlamat. 62Sejak
kita kecil lagi, kita diajar dengan pepatah 'berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing’. Di sinilah konsep kerjasama dapat dilihat. Dengan adanya amalan
kerjasama dalam anggota masyarakat, tugas sesuatu kerja akan digalas
bersama-sama. Selain itu, melalui amalan kerjasama juga menyebabkan
bebanan sesuatu kerja dapat dikurangkan.
Amalan kerjasama ini penting bagi mengukuhkan persaudaraan. Sebagai
contoh persaudaraan kita sesama rakyat Malaysia. Kita hidup di bawah satu
payung, iaitu Malaysia. Penerapan amalan murni ini akan dapat mengeratkan
lagi ikatan persaudaraan antara masyarakat sekaligus menjadikan Malaysia
sebagai sebuah Negara yang dihormati serta gah di peringkat antarabangsa.
Selain itu, kerjasama juga adalah untuk penting untuk kebaikan bersama.
Kebaikan bersama bermaksud dapat menikmati hasil usaha secara beramai-
ramai setelah mengamalkan amalan bekerjasama ini. Kebaikan yang diperoleh
bukanlah untuk kepentingan satu-satu individu sahaja, sebaliknya semua
anggota masyarakat akan merasai kebaikan yang diperoleh.
61 Sidang Pengarang , op. cit, m.s. 65662 Abdul Rahman Md. Aroff , op. cit, m.s. 30
58
Melalui amalan kerjasama ini juga dapat melahirkan masyarakat yang
bersatu-padu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Apabila rakyat
sudah bersatu-padu, benteng Negara akan menjadi kukuh. Selain itu,
permuafakatan antara kita sebagai rakyat Malaysia akan menjadi semakin kuat
dan utuh walaupun diancam anasir-anasir luar. Malaysia tidak pernah gentar,
sebaliknya kita tetap mampu berdiri teguh sebagai 1 Malaysia. Melalui amalan
kerjasama sebenarnya dapat mewujudkan semangat perpaduan. Perpaduan
yang dimaksudkan ialah bersefahaman dan bekerjasama sama ada di peringkat
komuniti, masyarakat, Negara dan juga antarabangsa. Sebagai contoh adalah
penglibatan pelbagai kaum dalam pentadbiran Malaysia sendiri.
Di dalam pentadbiran Malaysia, jawatan-jawatan yang disandang tidak
dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja. Sebaliknya, jawatan-jawatan tersebut
dijawat oleh pelbagai kaum dan agama. Di kalangan pemimpin-pemimpin ini
sendiri telah wujud persefahaman dalam melaksanakan tanggungjawab mereka
terhadap Negara tercinta. Mereka bersama-sama menggembleng tenaga dalam
mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Jadi, secara tidak langsung semangat perpaduan mulai timbul di antara
rakyat yang berbilang kaum. . menerusi perpaduan juga , Peristiwa 13 Mei
dapat dielakkan daripada berulang kembali. Peristiwa ini merupakan titik hitam
bagi seluruh rakyat Malaysia di mana rakyat perlbagai kaum tidak bersefahaman
dan pertumpahan darah turut berlaku. Jadi, amalan kerjasama adalah penting
bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.
59
Gagasan 1 Malaysia sendiri yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib bin
Tun Razak juga hanya dapat direalisasikan dengan wujudnya perpaduan.
Penekanan 1 Malaysia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang
kaum dan agama. 63 Jadi, perpaduan adalah tunjang utama kepada
perlaksanaan gagasan ini. Tanpa perpaduan, gagasan ini tidak mungkin dapat
mencapai matlamat serta objektif perlaksanaannya. Perpaduan tidak hanya
dilihat menerusi 1 aspek sahaja.
Konsep rumah terbuka juga memperlihatkan perpaduan yang ada dalam
masyarakat Malaysia. Rumah terbuka saban tahun diadakan menerusi pelbagai
peringkat seperti peringkat sekolah, negeri dan juga kebangsaan. Apa yang
menariknya, setiap perayaan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira bangsa dan agama. Rumah terbuka yang diadakan dihadiri oleh
pelbagai bangsa tanpa mengira warna kulit. Menerusi majlis rumah terbuka
juga, rakyat pelbagai kaum dapat disatukan di bawah satu payung, iaitu
Malaysia.
Suatu ketika dahulu, Deeparaya pernah disambut di Malaysia kerana
tarikh sambutan perayaan kaum Melayu dan India berdekatan. Deeparaya
merupakan gabungan antara perayaan Deepavali dengan Hari Raya. Kerjasama
antara dua budaya ini perlu dibanggakan oleh seluruh masyarakat kerana rakyat
pelbagai kaum dapat berkongsi kebudayaan dan perayaan diraikan bersama.
63 http://www.1malaysia.com.my/index.php?option=com_myblog&show=the-1malaysia-concept-part-1html.html&Itemid=54&lang=bm
60
Dengan itu, semangat perpaduan antara kaum dapat diwujudkan sekaligus
menjadi tunjang kepada permuafakatan rakyat Malaysia.
Selain itu, melalui amalan kerjasama ini juga dapat membentuk nilai
toleransi. Toleransi boleh diertikan sebagai sanggup bertolak ansur, sabar serta
dapat mengawal diri bagi megelakkan berlakunya pertelingkahan. 64Jadi, tidak
hairanlah bagaimana rakyat Malaysia yang berbilang kaum boleh duduk di
bawah satu bumbung. Dengan adanya toleransi dalam masyarakat kita,
pergaduhan dan pertelingkahan antara kaum dapat dielakkan. Jadi, hubungan
kemsyarakatan akan menjadi mesra dan dapat mengeratkan silaturahim antara
kita.
Amalan kerjasama ini dapat diaplikasikan menerusi amalan gotong-
royong. Amalan ini mengutamakan semangat bekerjasama di antara satu sama
lain. 65Masyarakat di luar bandar kebiasaannya masih teguh mengamalkan
gotong-royong kerana masyarakat ini amat mementingkan perpaduan dan nilai
tradisi serta suka hidup tolong-menolong dan melakukan kerja secara sukarela.
Struktur anggota masyarakat ini yang terdiri daripada saudara-mara sendiri
memudahkan lagi amalan ini dilaksanakan. Berdasarkan hal inilah masyarakat
tersebut sama-sama menggembleng tenaga dan berkorban masa untuk
menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh ahlinya.
Selain itu, hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan di kalangan
penduduk luar bandar lebih terjalin erat. Keadaan sebegini mendorong mereka
64 Abdul Rahman Md .Aroff, op. cit , m.s. 3065 http://mazlan66.wordpress.com/2008/06/10/amalan-bergotong-royong/
61
untuk berkumpul dan berbincang dalam menjayakan sesuatu aktiviti gotong-
royong. Dengan adanya keharmonian dan kemesraan di kalangan setiap lapisan
masyarakat membolehkan mereka dengan tidak segan-silu meminta bantuan
dan pertolongan. Hal ini kerana mereka berpegang kepada hakikat bahawa
segala-galanya bertolak daripada semangat kerjasama yang ada dalam diri
mereka.
Melalui aktiviti gotong-royong, hubungan silaturahim antara anggota
masyarakat dapat dieratkan. Selain itu, bebanan kerja juga akan berkurangan
berbanding jika dilakukan berseorangan. Aktiviti gotong-royong juga dapat
merapatkan jurang perbezaan dalam masyarakat. Sebagai contoh antara
golongan kaya dengan miskin, golongan pegawai dengan buruh kasar dan
pelbagai lagi. Jadi, dengan terhapusnya jurang sebegini, amalan kerjasama
dalam masyarakat dapat dilaksanakan dengan mudah. Secara tidak langsung,
melalui aktiviti sebegini juga dapat membentuk peribadi yang luhur dalam
kalangan masyarakat.
Interaksi antara kaum adalah merupakan satu jalan ke arah perpaduan
nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.
Penghayatan nilai-nilai mumi oleh masyarakat majmuk perlulah diteruskan dan
dipupuk bagi mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini. Kesemua
agama dan budaya masyarakat dalam negara kita menyeru penganutnya agar
berakhlak mulia. Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat
menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif. Jadi, amalan
62
bekerjasama perlulah diterapkan ke seluruh genap masyarakat kerana ianya
memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bersatu-
padu dan kukuh perhubungannya.
Dengan adanya nilai-nilai murni seperti kerjasama ini dalam masyarakat,
kita akan menjadi lebih progresif, aman, damai dan harmonis. Negara juga turut
aman, damai, maju dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa.
Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan baik yang tinggi
selama itulah bangsa itu akan terus maju dan berkembang. Sejarah telah
membuktikan perkara ini. Beberapa tamadun agung yang pernah mengukir
nama akhirnya tumpas dan lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir,
Rome, Abasiah dan Umayyah, Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh
pemimpin dan ahli masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi.
63
5.0 Rumusan
Keghairahan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih
berprinsipkan kepada pertimbangan materialistik ada kalanya kita terlupa
bahawa ada manusia lain yang hidup disekeliling kita. Manusia menjadi
begitu rakus hingga pertimbangan nafsu lebih menguasai akal dalam
keputusan yang dibuat. Akibatnya manusia lebih mementingkan diri
sendiri melupakan tanggungjawab dan kewajipan untuk hidup
bermasyarakat, berkeluarga dan beragama. Amalan baik adalah penting
dalam kehidupan manusia kerana ia dapat membantu manusia untuk
mengenali mana yang benar atau salah. Selain itu, ianya juga penting
untuk mencapai keseimbangan hidup. Ianya berkaitan dengan kesedaran
tentang kekuatan yang mantap.
Kepentingan nilai-nilai murni ini dapat dilihat dari segi individu,
keluarga, masyarakat dan bangsa. Tidak dapat dinafikan kesedaran
64
bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan Tuhan dan menikmati segala
rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia itu bermoral. Setiap
manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih baik untuk
membuat kebaikan daripada membuat kejahatan yang akan membawa
kesukaan kepada diri sendiri dan sesuatu kebaikan yang dilakukan itu
pasti mendatangkan kepuasan dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri.
Sebaliknya, satu-satu kejahatan yang dilakukan lambat- laun akan
membawa akibat buruk kepada dirinya sendiri
6.0 Bibliografi
a) Buku Rujukan
Ahmad Khamisi. (1996). Etika (Pendidikan Moral) untuk Institusi
Pengajian Tinggi . Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Md. Aroff, et al. (1994). Pendidikan Moral (Cetakan
Pertama). Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Chamhuri Siwar et al (2005). Ekonomi Malaysia. Selangor : Pearson
Malaysia Sdn Bhd.
Drs. M. Ali Hasan (1997). Tuntutan Akhlak (Cetakan Pertama). Kuala
Lumpur : Percetakan Zafar Sdn Bhd
Heng Siew Ngu, Md. Zyadi Md. Tahir (2008). Teks Pra-U STPM
Matrikulasi Mikroekonomi. Selangor : Pearson Malaysia Sdn
Bhd
65
Rusly Musa,Nurashikin Abdullah (2008). Teks Pra-U STPM Geografi
Alam Sekitar Fizikal . Selangor : Pearson Malaysia Sdn Bhd
Sidang Pengarang (1998) . Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Tam Yeow Kwai. (1996). Pendidikan Moral 1 : Konsep dan Program
Pendidikan Moral (Cetakan Pertama) . Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ting Chew Peh (1997). Konsep Asas Sosiologi . Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
b) Laman Web
http://kukmweb.ukm.my/~myahya/falsafah/Syarahan2.htm.
Diakses pada 8 Mac 2010 pada pukul 3.11 am
http://mazlan66.wordpress.com/2008/06/10/amalan-bergotong-royong/
Diakses pada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Antropologi
Diakses pada 11 Mac 2010 pada pukul 7.23 pm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi
Diakses pada 11 Mac 2010 pada pukul 7.35 pm
66
http://pendidikanmoralspm.blogspot.com/2008/11/kerajinan.html
Diakses pada 12 Mac 2010 pada pukul 2.34 am
http://psikonseling.blogspot.com/
Diakes pada 14 Mac 2010 pada pukul 10.55 pm
http://sarjana.tripod.com/nilai3.html
Diakses pada 15 Mac 2010 pada pukul 5.46 pm
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/TIONGKIEWHAAP0
10435D2006
Diakses pada 17 Mac 2010 pada pukul 6.12 pm
http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/kolumnis/roha-hassan/85-
adakah-kita-generasi-merdeka
Diakes pada 19 Mac 2010 pada pukul 10.14 pm
http://www.1malaysia.com.my/index.php?option=com_myblog&show=the-
1malaysia-concept-part-1html.html&Itemid=54&lang=bm
Diakses pada 21 Mac 2010 pada pukul 12.01 am
67
7.0 Lampiran
Lampiran A
68