(tvet) di institusi pendidikan mara (ipma)
TRANSCRIPT
1
MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA
BERPENDAPATAN TINGGI
MAJLIS AMANAH RAKYAT
2
MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA
BERPENDAPATAN TINGGI
NORSYUHAILI BT HJ SHAHARUDDIN
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Tingkat 22 , No.21,
Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jalan MARA, 50609, Kuala Lumpur
SAMSOL KAMAL BIN MOHD SAAD
Pusat Pembelajaran Lanjutan & Berterusan, Universiti Kuala Lumpur,
1016 Jalan Sultan Ismail,50250 Kuala Lumpur
MOHD SALLEH BIN MAT YUSOP
Bahagian Kemahiran Teknikal, Tingkat 21, No.21,
Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jalan MARA, 50609, Kuala Lumpur
3
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Abstrak 4
1.0 Pengenalan
1.1 Latar belakang TVET 5
1.2 Situasi semasa 8
1.3 Latar belakang TVET MARA 9
2.0 Kluster program 13
2.1 Kepentingan program kursus 15
3.0 Kebolehpasaran pelajar TVET 19
4.0 Metodologi kajian
4.1 Pengumpulan data 21
4.2 Analisis data 21
4.3 Dapatan kajian 21
5.0 Isu dan cabaran memperkasa TVET 27
6.0 Penutup 28
7.0 Rujukan 29
4
MEMPERLUAS TVET BAGI MELAHIRKAN TENAGA KERJA
BERPENDAPATAN TINGGI
Norsyuhaili binti Hj Shaharuddin,Samsol Kamal Bin Mohd Saad & Mohd Salleh Bin Mat Yusop
Majlis Amanah Rakyat
e-mel : [email protected]
Abstrak
Keperluan untuk memperkukuhkan TVET telah di perakui di kebanyakan negara
(Yazcayir & Yagci, 2009) disebabkan oleh inovasi teknikal dan globalisasi (Wilson, 2001),
pencapaian pendapatan yang lebih tinggi dan untuk mengurangkan jurang kemiskinan
(ANTA, 2002) . Di Malaysia, kemahiran dan kualiti sumber manusia adalah sangat dititik
beratkan untuk menjamin keberkesanan transformasi ekonomi disamping menjayakan
Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Menurut kajian Unit
Perancang Ekonomi (EPU), permintaan tenaga kerja terutamanya yang berkaitan sektor
TVET dijangka akan berlaku peningkatan menjelang tahun 2016 setelah Bidang Utama
Ekonomi Negara (National Key Economic Area) diperkenalkan. NKEA memerlukan tenaga
kerja sehingga 3.3 juta menjelang 2020 di mana 1.3 juta daripada jumlah tersebut terdiri
daripada graduan TVET. Sekiranya situasi ini berlaku, keperluan 1.3 juta tenaga kerja
mahir dalam sektor TVET sudah pasti tidak dapat dicapai. Tambahan pula, pada ketika ini
Malaysia hanya mempunyai 28% tenaga kerja mahir daripada tenaga kerja keseluruhan
sebanyak 12 juta berbanding unjuran minimum 40% oleh kerajaan pada tahun 2020 . Oleh
yang demikian, TVET seharusnya di ubah ke arah yang lebih fleksibel dalam menjangka
dan meramal kemahiran yang diperlukan supaya keperluan untuk tenaga kerja
berkemahiran tinggi dapat dicapai.
Kajian ini bertujuan membincangkan mengenai bagaimana MARA memperkasakan
TVET bagi melahirkan tenaga kerja berpendapatan tinggi. Antara isu yang akan di
perbincangkan ialah kepentingan program kursus TVET yang di laksanakan di MARA,
serta isu dan cabaran dalam memperkasa TVET. Kajian ini juga adalah bagi menganalisa
kebolehpasaran graduan TVET selepas mereka menamatkan pengajian di IPMa masing-
masing. Metodologi kaedah analisis yang digunakan adalah ‘descriptive analysis’ (analisis
deskriptif) dengan mengkaji trending bagi setiap kursus untuk jangka masa enam tahun
(2010-2015). Penemuan utama dalam kajian ini adalah kebolehpasaran pelajar lelaki lebih
tinggi berbanding pelajar perempuan serta kursus TVET adalah antara bidang pengajian
yang paling mendapat permintaan dan pasaran tinggi.
Justeru,bagi menjayakan hasrat kerajaan ini, kerjasama semua pihak dalam negara
kita adalah penting bagi memastikan kelancaran pelan RMK-11 iaitu memajukan bidang
TVET dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya generasi muda dalam negara
kita sebelum Malaysia melangkah menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Malaysia
sangat memerlukan sumber manusia berkemahiran tinggi untuk menepati kehendak
keperluan pasaran dalam pelbagai industri, khususnya bagi sektor yang memacu
transformasi ekonomi. Kertas kerja ini di sediakan untuk melihat sejauh mana MARA
memperkasakan TVET di dalam arus perdana pendidikan di semua Institusi Pendidikan
MARA (IPMa) selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai laluan
utama yang menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memacu ekonomi
Malaysia ke arah menjadi Negara Berpendapatan Tinggi (high income nation).
Katakunci : TVET, transformasi, high income nation
5
1.0 Pengenalan
1.1 Latar belakang TVET
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10) bagi tempoh 2011 hingga 2015
memperlihatkan satu perubahan ketara dalam sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(Technical and Vocational Education Training –TVET ) di Malaysia. Penggarapan idea dan
strategi berasaskan pencapaian dan peningkatan negara luar seperti Korea dan German
menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjadi contoh kepada Malaysia untuk terus
mengorak langkah bersaing dan berada pada mata dunia. Digarap dengan pendekatan yang
lebih holistik dalam pembentukan modal insan kelas pertama menjadi keutamaan kepada satu
penjelmaan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan disegani.
Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang
komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat. Sehubungan
ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu diperkukuhkan untuk
meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan memanfaatkan semua lapisan
masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia di
sepanjang peringkat kehidupan. (Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh, 2010)
. . . since education is considered the key to effective development strategies, technical
and vocational education and training (TVET) must be the master key that can alleviate
poverty, promote peace, conserve the environment, improve the quality of life for all and help
achieve sustainable development (Bonn Declaration, 25 Oktober 2004)
Merealisasikan hasrat ini menjelang 2020, satu rangka kerja (Rajah 1) telah disusun
bagi menentukan keberhasilan dan pencapaian yang ditetapkan. Melalui rangka kerja
pembangunan modal insan yang bersepadu bagi Malaysia, dapat dilihat satu reformasi yang
bakal menghasilkan satu perubahan besar kepada masa hadapan Malaysia terutamanya ke
arah memajukan sektor pendidikan demi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir TVET.
6
Rajah 1: Rangka kerja pembangunan modal insan bersepadu
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada Pendidikan Teknikal dan
Vokasional yang berkualiti serta menambah baik persepsi terhadap TVET dan menarik minat
lebih ramai pelajar. TVET yang sering dikaitkan sebagai tempat mengisi keciciran di
kalangan pelajar perlu dikikis. Seharusnya kempen melalui media arus perdana bagi
meningkatkan dan menanam kesedaran di kalangan rakyat Malaysia betapa pentingnya
pendidikan vokasional yang mana menjadi pilihan utama kepada negara-negara yang telah
mencapai kemajuan. Guru juga berperanan membimbing dan mendedahkan kepada pelajar
tentang keutamaan bidang-bidang pendidikan teknikal dan vokasional ini mampu
memberikan satu pulangan yang dapat menjana peningkatan ekonomi dengan pesat.
Membangunkan tenaga pengajar TVET yang lebih efektif, tenaga pendidik dalam
bidang TVET diberi satu dorongan seperti memudahkan laluan peningkatan pembangunan
diri dari segi ilmu dan kemahiran. Penyusunan gred dan kepakaran serta peluang untuk
kenaikan pangkat disusun bersesuaian dengan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki. Selain
itu pengiktirafan terhadap sijil-sijil kemahiran oleh badan tertentu akan dapat digunakan
sebagai tiket untuk mendapat tempat di institusi kemahiran atau pendidikan yang lebih tinggi.
7
Merombak sistem dengan penambahbaikan, memberi pengiktirafan dan memperluaskan
bidang berkaitan TVET merupakan langkah yang proaktif. Disamping insentif berpatutan
bagi penjelmaan kajian atau reka cipta baru. Memperkemaskan corak penyampaian TVET,
MARA juga menyediakan peruntukan berdasarkan prestasi institusi bagi menggalakkan
persaingan di kalangan institusi dalam menghasilkan kajian dan menyediakan sumber
manusia berkemahiran (Laporan Bahagian Kemahiran Teknikal, MARA). Penglibatan sektor
swasta dalam penyediaan tempat latihan melalui perkongsian awam-swasta juga
dipertingkatkan. Kursus berorientasikan pasaran juga turut ditambah bagi memudahkan
transisi pelajar ke dalam pasaran pekerjaan. Latihan berasaskan industri diberikan kepada
siswazah begi meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran keusahawanan bagi
memudahkan mahasiswa dan mahasiswi IPMa menjalankan projek dan kajian.
8
1.2 Situasi semasa
Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga diberi satu reformasi bagi
memenuhi keperluan dalam usaha mencapai hasrat negara. Meningkatkan kemahiran rakyat
Malaysia untuk meluaskan kebolehpasaran menjadi satu asas yang perlu diutamakan.
Pendidikan lepasan menengah dan tertiari akan menjadi pemangkin kepada satu perubahan di
mana keperluan tenaga mahir dan separa mahir yang diperlukan oleh industri dilihat dapat
menjana perkembangan ekonomi yang lebih mapan. Secara ringkasnya, aliran laluan
pendidikan yang terkandung dalam reformasi pendidikan TVET ini boleh dilihat di dalam
rajah di bawah (Rajah 2):
Rajah 2: Carta aliran pendidikan teknik dan vokasional
Sumber : Unit Perancang Ekonomi
Kerajaan disaran untuk mewajibkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang
gagal melanjutkan pengajian dalam bidang akademik supaya menyambung pengajian mereka
ke institusi yang menawarkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
(TVET).Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2016, Prof. Tan
Sri Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana pasaran industri kini banyak menumpukan
kepada graduan yang mempunyai lulusan dalam bidang kemahiran dan teknikal (KOSMO, 10
Ogos 2016)
9
Di negara luar seperti Korea, TVET dikategori sebagai kelas tinggi iaitu pelajar yang
tidak ke universiti akan diwajibkan mengambil bidang yang berasaskan kemahiran. Sekiranya
perkara ini dapat direalisasikan, kebergantungan negara kepada tenaga mahir dari luar akan
dapat dikurangkan. Mentaliti dan persepsi anak muda serta ibu bapa bahawa bidang kerja
yang memerlukan kemahiran dan teknikal tidak setanding dengan kerjaya bidang lain adalah
pandangan lapuk dan perlu diubah.
JPB 2016 bertujuan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar bumiputera
melanjutkan pengajian dengan rakan strategik institusi pendidikan antaranya Universiti
Teknologi Mara, Universiti Teknikal Kuala Lumpur, Politeknik, Kolej Komuniti, Giat Mara,
Kolej Polytech Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Institut Kemahiran Mara, Institut
Kemahiran Belia Negara, Kolej Universiti Agrosains Malaysia dan Majlis Latihan Pertanian
Kebangsaan.
1.3 Latar belakang TVET MARA
Rajah 3 : Institusi TVET MARA
Sumber: Data Korporat MARA Julai 2016
10
Sejarah awal Majlis Amanah Rakyat (MARA) bermula sebelum negara mencapai
kemerdekaan. Pada Julai 1950, Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu
(MMUPTM) bersetuju menubuhkan sebuah Badan atau Lembaga Khas yang dinamakan
Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (LKKP) atau lebih dikenali sebagai RIDA
(Rural & Industrial Development Authority). Penubuhan RIDA yang berteraskan prinsip
‘mahu menolong diri sendiri’ menjadi jentera perubahan dalam aspek pembangunan
sosioekonomi masyarakat luar bandar. Slogan Allahyarham Datuk Onn Ja’afar yang
merupakan Ketua Besar RIDA pada ketika itu telah membuka peluang kepada masyarakat
terlibat dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal.
Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965 telah menyedari perlunya satu agensi yang
lebih fokus membantu meningkatkan taraf sosioekonomi Bumiputera diwujudkan bagi
mengganti RIDA dan pada 1 Mac 1966 MARA telah ditubuhkan. Sejak awal penubuhannya,
MARA telah menyumbang kepada pembangunan usahawan, pendidikan dan meningkatkan
ekuiti Bumiputera dalam pelbagai bentuk pelaburan yang telah dilaksanakan hingga ke hari
ini.
Dalam Sektor Pendidikan, Dewan Latihan RIDA, Kolej MARA dan Institut Teknologi
MARA (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah bukti
jelas kejayaan MARA yang menjadi kebanggaan orang Melayu hingga kini. Kejayaan-
kejayaan ini disusuli dengan penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM), Maktab Rendah
Sains MARA (MRSM), Kolej MARA dan Pusat GIATMARA. Sesuai dengan keperluan
sumber tenaga industri berteknologi tinggi negara masa kini dan akan datang, MARA telah
menubuhkan - German Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
yang menggabungkan Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi MARA seperti Malaysia France
Institute (MFI), British Malaysian Institute (BMI), Malaysian Institute of Aviation
Technology (MIAT), Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET),
Malaysian Institute of Chemical Engineering Technology (MICET), Malaysian Spanish
Institute (MSI) dan Malaysian institute of information technology (MIIT).
Dengan tertubuhnya badan ini ianya menjadi pencetus perubahan dalam pelbagai aspek
pembangunan sosioekonomi masyarakat Bumiputera khususnya di luar bandar. Matlamat
penubuhan RIDA ialah untuk memberi peluang kepada masyarakat Bumiputera terlibat
dalam bidang keusahawanan serta memperolehi peluang pendidikan yang lebih baik. Namun
demikian kerana peranan RIDA yang agak terhad dan keperluan mendesak untuk diwujudkan
sebuah organisasi yang lebih berfokus maka pada 1966, menyaksikan penyusunan semula
11
peranan RIDA. Agensi itu kemudiannya diberi nafas baru dan nama yang lebih mencabar
iaitu Majlis Amanah Rakyat atau MARA yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966. Untuk
memperkasakannya ia diletakkan di bawah Akta Parlimen. MARA bergerak sebagai sebuah
badan berkanun yang lahir daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada
1965. Para peserta kongres itu sangat menginginkan sebuah agensi khusus untuk membantu
serta memperkukuhkan tahap sosioekonomi masyarakat Bumiputera.
Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa
merasmikan Menara MARA di Kuala Lumpur pada 12 Mac 2014.
"Jika dihitung mungkin lebih empat juta orang telah mendapat faedah daripada Majlis
Amanah Rakyat (MARA) sejak ia ditubuhkan pada 1966. Mereka terdiri daripada golongan
pelajar, usahawan, ahli perniagaan, petani, pekerja sektor awam atau swasta, pesara dan
sebagainya. Ramai daripadanya telah berjaya dan mengecapi nikmat dalam bidang yang
diterokai atau dalam kerjaya masing-masing”.
Ini secara tidak langsung menunjukkan agenda pemerkasaan bumiputera merupakan agenda
nasional yang akan sentiasa dipertahan dan diperjuangkan oleh kerajaan. Sebarang bantuan
kepada masyarakat Bumiputera sejak dahulu, sekarang dan pada masa hadapan adalah wajar
dan tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana langkah tersebut diambil demi
keadilan masyarakat dan sosial.
Kini selepas 50 tahun penubuhannya, MARA turut mempunyai 13 subsidiari yang
aktif dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, peruncitan, hartanah, pengangkutan dan
perkhidmatan. Kejayaan besar MARA amat terserlah dalam sektor pendidikan. Agensi ini
telah berjaya melahirkan ramai modal insan yang bertaraf global. Program transformasi
sektor pendidikan telah dirangka bagi mencapai matlamat menghasilkan dalam jumlah yang
ramai, pelajar cemerlang, profesional, pemimpin perniagaan dan tekno-usahawan. Bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang itu diwujudkan gugusan institusi pendidikan di
seluruh negara yang meliputi dua laluan utama iaitu bidang akademik, teknikal dan
vokasional atau TVET.
Laluan akademik bermula dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) hinggalah ke
peringkat pra-universiti di Kolej MARA, separa profesional di Kolej Profesional dan Kolej
Poly-Tech. Laluan pendidikan TVET bermula daripada peringkat sijil di GIATMARA dan
Institut Kemahiran MARA (IKM). Seterusnya bagi Peringkat Diploma sehingga ke peringkat
Doktor Falsafah (PhD) pula adalah bermula di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),
12
German-Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang pada
dasarnya, institusi-institusi tersebut merupakan tunjang pendidikan TVET. Institusi
Pendidikan MARA (IPMa) tersebut menyediakan pengajian dalam bidang TVET yang
mempunyai permintaan tinggi seperti aeroangkasa, teknologi maritim, automotif, elektronik,
perubatan serta pelbagai bidang kejuruteraan terkini. Justeru bagi melengkapkan generasi
baharu Bumiputera menghadapi cabaran akan datang, maka MARA secara berterusan telah
merancang hala tujunya agar sentiasa relevan dengan perubahan persekitaran sama ada dari
segi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.
Rajah 4: Framework TVET MARA
Sumber: Bahagian Kemahiran Teknikal, MARA
13
2.0 Kluster program
Pendidikan Teknikal dan Vokasional memainkan peranan penting dalam melahirkan
tenaga kerja mahir yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara untuk mencapai
status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. MARA juga turut memainkan
peranan penting dalam memastikan hasrat ini tercapai melalui sistem pendidikan kemahiran
dan teknikalnya.
Rajah 5: TVET MARA
Sumber: Bahagian Kemahiran Teknikal, MARA
Sepanjang 50 tahun penubuhan MARA, sebanyak 280 pusat latihan kemahiran telah
dibangunkan di seluruh Malaysia dalam usaha untuk memperluas dan memperkasakan TVET
dalam arus perdana pendidikan. Program-program TVET yang dijalankan di MARA
terbahagi kepada beberapa kluster iaitu:
1) Kejuruteraan Penerbangan dan Aero Angkasa
2) Minyak & Gas
3) Marin
4) Teknologi Elektrikal, Elektronik & Telekomunikasi, Mekatronik
5) Automotif
6) Kejuruteraan Kualiti & Industri Logistik
14
7) Rekabentuk Produk, Acuan & Perkakasan & Ketepatan Pembuatan &
Pemprosesan Bahan
8) Perniagaan, Keusahawanan & Kewangan Islam
9) Pengajaran & Pembelajaran Interaktif (Pedagogi & E-Learning)
10) Kejuruteraan Awam dan Seni Bina
11) Rekabentuk Industri & Gaya Hidup
12) Hospitaliti, Pelancongan & Kulinari
13) Komunikasi dan Bahasa
14) Biomedikal
15) Alam Bina
16) Automasi & Penyelenggaraan Industri
17) Perubatan dan Sains Kesihatan Bersekutu
18) Teknologi Makanan, Kimia dan Kejuruteraan Bio
19) Teknologi Maklumat, Animasi & Multimedia
20) Bioteknologi
21) Seni & Rekabentuk
22) Fabrik
23) Senireka gaya rambut dan kecantikan
Pendekatan latihan bagi setiap kursus yang dijalankan di IPMa adalah berdasarkan
format yang ditetapkan oleh agensi dan badan pengiktirafan di Malaysia seperti
Malaysian Quality Accreditation (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan
badan-badan profesional yang lain. Program-program yang ditawarkan adalah bagi
memenuhi keperluan industri semasa di samping memberi penekanan konsep
keusahawanan kepada para pelajar. Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA
bertanggungjawab bagi merancang, menggubal dan melaksanakan program-program
kemahiran dan teknikal di IPMa. Setiap program yang dilaksanakan turut selari dengan
bidang keberhasilan utama negara dengan mengambil kira hasrat kerajaan yang
menyasarkan 35% pekerja mahir pada tahun 2016 (Laporan Tahunan MARA 2014).
Dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan tenaga kerja mahir dan
separa mahir yang diperlukan oleh industri, maka pelbagai program kemahiran dan
teknikal telah ditawarkan. Penawaran kursus yang varians serta kurikulum yang lebih
menyeluruh dan memenuhi kehendak pasaran industri menjadi komponen utama dalam
program pendidikan yang ditawarkan di IPMa. Menjadi pilihan lokasi pembelajaran
15
sepanjang hayat bagi masyarakat Malaysia samada dari pelajar sekolah, pelajar
pendidikan tinggi, para pekerja industri dan juga orang awam untuk meningkatkan
keupayaan modal insan dalam mencapai wawasan 2020 serta membawa TVET ke tahap
yang lebih tinggi sesuai dengan keperluan tenaga kerja terutamanya di sektor TVET
seperti yang digariskan di dalam National Education Blueprint 2015 yang tertera di Rajah
5 yang secara jelas menunjukkan peningkatan keperluan 3 kali ganda.
Rajah 6: Keperluan Pembelajaran TVET
Sumber : National Education Blueprint 2015
2.1 Kepentingan program kursus yang dilaksanakan
Pengalaman IPMa dalam menjayakan program akademik di peringkat Sijil, Diploma,
Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya dalam bidang TVET telah menghasilkan ratusan graduan
cemerlang yang pada ketika ini memegang jawatan pelbagai peringkat di dalam pelbagai
syarikat kejuruteraan terkemuka negara. Dalam pada itu, terdapat juga graduan yang telah
membuka syarikat bagi menampung keperluan industri TVET negara.
16
Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH): Statistik mengikut industri
Dikemaskini pada: 16 Dec 2015
No. of Attendance by IPMA
No. Industry No. of Program
No. of Attendance
KPTM GIATMARA GMI BKT UNIKL BPU
1 Aviation 1 -
2 Oil & Gas 5 201 201
3 Marine 13 234 2 232
4 Electrical, Electronics & Telecommunication
114 1,423 185 95 344 799
5 Automotive 65 317 140 48 114 15
6 Quality Engineering & Industrial Logistics
15 114 114
7 Automation & Industrial Maintenance
27 288 76 203 9
8 Medical and Allied Health Sciences
20 1,865 30 120 1,715
9 Food Technology, Chemical & Bioengineering
10 171 30 20 106 15
10 Information Technology, Animation & Multimedia
25 213 9 12 62 130
11 Mechanical, Product Design & Precision Manufacturing
72 742 9 112 182 219 220
12 Business, Management, Entrepreneurship & Islamic Finance
221 14,594 2,870 15 13 36 5,422 6,238
13 Interactive Teaching & Learning (Pedagogy & E-Learning)
5 677 605 50 22
14 Civil & Architecture 10 245 170 75
15 Industrial Design & Lifestyle
94 1,147 765 3 379
16 Hospitality, Tourism & Culinary
73 1,220 1015 20 185
17 Communication and Languages
3 13 13
Jumlah 773 23,464 3,475 2,276 232 1,452 8,772 7,257
17
Jadual 1 : Senarai kursus mengikut pusat
Sumber : Urusetia Pembelajaran Sepanjang Hayat MARA (UniKL)
Program yang dijalankan oleh IPMa telah mendapat maklum balas yang amat positif daripada
industri dan ianya dilihat berjaya menyediakan asas kemahiran yang tinggi untuk berjaya di
dalam industri masing-masing. Program yang djalankan melengkapkan pelajar dan pelatih
dengan peluang yang unik bagi mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran praktikal
di dalam bidang teknologi dan kemahiran, seterusnya membolehkan mereka menyumbang di
dalam pelbagai bidang pekerjaan negara.
Mempunyai kelebihan tenaga pensyarah yang mempunyai pengalaman dan kemahiran
yang luas di dalam bidang TVET serta kemudahan bengkel dan makmal yang moden dan
terkini. Infrastrukturnya termasuk kelengkapan asas kujuruteraan, alat pandang-dengar,
workbench dan perisian komputer yang membantu dalam penyampaian kursus dan kerja-
kerja praktikal amali. Sebahagian daripada tenaga pensyarah turut mempunyai pengalaman
industri di dalam bidang TVET yang diintegrasikan di dalam proses pembelajaran teori dan
amali.
Kurikulum yang direka bentuk dan dibangunkan berunsurkan tiga teras utama, iaitu
bagi menghasilkan graduan yang
(1) berketrampilan ‘hands-on’ di dalam bidang yang diceburi,
(2) diterima industri dan mudah mengadaptasi diri dengan kerja dan
(3) mempunyai sifat dan semangat keusahawanan
Aspek kesinambungan kurikulum bagi memastikan graduan boleh diterima dan
berpotensi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Peluang tersebut perlu diberi
tumpuan dan keutamaan bagi membolehkan mereka mendapat ketrampilan dan kemahiran
yang lebih tinggi. Dalam membangunkan kurikulum, konsep dan pendekatan, MARA akan
memberikan penekanan terhadap pengetahuan dan kemahiran teknologi terkini bertaraf dunia
(world class). Dengan cara ini MARA mampu menghasilkan graduan yang bukan sahaja
mempunyai ketrampilan dan kemahiran bertaraf global, malah mempunyai mentaliti yang
“world class”.
18
Isu berkaitan pengangguran di kalangan graduan TVET sering diperkatakan di
kalangan masyarakat dan boleh dianggap sebagai satu kegagalan sistem pendidikan peringkat
tinggi negara dalam melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri. Walaupun
banyak penambahbaikan telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi tahap kebolehpasaran
siswazah masih terdapat lagi banyak rungutan yang dikemukakan oleh para majikan tentang
kualiti para graduan ini. Antara rungutan yang sering dikemukakan oleh para majikan adalah
kelemahan para graduan dalam aspek kemahiran insaniah (soft skills) seperti kemahiran
komunikasi, penguasaan bahasa Inggeris dan sebagainya. Menurut kajian yang dijalankan
oleh pihak Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), terdapat lima faktor yang
menyebabkan graduan sukar untuk mendapatkan pekerjaan iaitu:
i) kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja,
ii) ketidaksepadanan antara keperluan industri dengan bidang pengajian graduan
iii) kurang keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam
Bahasa Inggeris
iv) sikap negatif sesetengah graduan terhadap pekerjaan dan
v) kurangnya kesedaran tentang kewujudan berbagai-bagai peluang pekerjaan
Pendekatan dan pelaksanaan program oleh IPMa yang dapat memenuhi kehendak
pasaran yang merangkumi pelbagai bidang kejuruteraan. Pendedahan secara industry
apprenticeship berdasarkan kepada program TVET kerana MARA mempunyai hubungan
yang baik dengan pelbagai industri menerusi kerjasama Latihan Industri kepada pelatih atau
pengajar di IPMa. Semua institusi pendidikan MARA juga melaksanakan satu struktur
kurikulum program pengajian TVET dengan menggabungkan elemen teknikal bersama
dengan pengurusan dan keusahawanan. Program memberi tumpuan dan keutamaan bagi
membolehkan pelatih mendapat ketrampilan dan kemahiran dalam bidang keusahawan dan
pengurusan dan membolehkan graduan MARA terlibat dalam mengendalikan perniagaan
yang melibatkan bidang TVET selepas mereka menamatkan pengajian di IPMa.
19
3.0 Kebolehpasaran Pelajar Lepasan TVET
Rajah 7: Tenaga kerja mahir yang bergraduat mengikut IPMa
Sumber : Data Korporat MARA 2015
Kualiti pendidikan telah diperkukuhkan menerusi penubuhan Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan membangunkan
sistem jaminan kualiti yang bersepadu. IPMa pula telah berusaha untuk meningkatkan lagi
kualiti tenaga pengajar dengan menambah bilangan pensyarah yang berkelayakan PhD
(Laporan Bulanan Bahagian Kemahiran Teknikal, MARA). Bagi meningkatkan lagi tahap
kebolehpasaran siswazah, IPMa sentiasa berusaha untuk memperbaiki lagi program-program
akademiknya. Di samping itu, para mahasiswa di IPMa telah diwajibkan untuk menjalani
latihan industri selama enam bulan bagi kursus-kursus kritikal dan tiga bulan bagi kursus lain
untuk memberikan pendedahan yang lebih baik kepada mahasiswa dan mahasiswi IPMa
mengenai persekitaran pekerjaan sebenar dan membantu meningkatkan kecekapan mereka.
Merujuk kepada Rajah 7, IPMa menyumbang kepada 37% tenaga kerja mahir bersamaan
dengan lebih kurang 50,000 ribu daripada 136,821 pekerja dalam negara. Secara keseluruhan,
20
semua IPMa memberi sumbangan besar kepada tenaga kerja mahir di Malaysia, justeru tidak
hairanlah sekiranya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia berlumba-lumba untuk
mendapatkan tempat di intistusi pendidikan di bawah kelolaan MARA.
21
4.0 Metodologi kajian
Kajian menggunakan analisis deskriptif.
4.1 Pengumpulan Data
Data-data yang digunakan dalam kajian ini diperoleh dari GIATMARA melalui e-
mail. Data yang digunakan adalah data sekunder kerana semua data ini dikumpulkan oleh
pihak GIATMARA. Data-data yang diperoleh daripada GIATMARA adalah dalam template
Excel yang mengandungi bilangan graduan yang mendapat pekerjaan mengikut jantina dan
kursus TVET dari tahun 2010 hingga tahun 2015.
4.2 Analisis Data
Semua data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisisan Microsoft Office Excel
versi 2007. Data-data tersebut disusun menggunakan PivotTable untuk memudahkan analisis
dan Data Analysis Tool Pack dalam Microsoft Office Excel telah digunakan untuk
memperoleh ringkasan statistik. Dapatan kajian dibentangkan melalui jadual dan graf. Proses
penganalisan data dalam kajian ini melibatkan kaedah analisis Statistik Deskriptif iaitu
statistik yang digunakan untuk analisis data dengan cara menerangkan atau menggambarkan
data yang telah terkumpul yang sedia ada
4.3 Dapatan Kajian
Rajah 8: Trending graduan TVET GIATMARA Mengikut Jantina
816638
776
1226
1474
867
1697
1344
16361845
1989
1617
0
500
1000
1500
2000
2500
2010 2011 2012 2013 2014 2015
Bila
nga
n g
rad
uan
Tahun
Bilangan Graduan TVET GIATMARA yang Mendapat Pekerjaan Mengikut Jantina
PEREMPUAN
LELAKI
22
Rajah 8 menunjukkan bilangan graduan TVET GIATMARA yang mendapat
pekerjaan dari tahun 2010 hingga tahun 2015. Daripada graf tesebut, dapat dilihat dengan
jelas bahawa terdapat persamaan pola antara bilangan graduan lelaki dan perempuan yang
mendapat pekerjaan. Dari tahun 2010 ke 2011, bilangan graduan lelaki dan perempuan yang
mendapat pekerjaan berkurang sedikit tetapi bilangan ini terus bertambah hingga tahun 2014.
Bilangan ini kemudiannya telah berkurang pada tahun 2015.
Bilangan tertinggi graduan perempuan dan lelaki yang mendapat perkerjaan adalah
pada tahun 2014, iaitu 1989 dan 1474 orang. Sementara itu, bilangan terendah graduan lelaki
dan perempuan yang mendapat pekerjaan adalah pada tahun 2011, iaitu 1344 dan 638 orang.
Justeru, jumlah tertinggi graduan yang mendapat pekerjaan adalah pada tahun 2014 iaitu
3463 orang manakala jumlah terendah graduan yang mendapat pekerjaan adalah pada tahun
2011 iaitu 1982 orang. Daripada graf tersebut juga, dapat dilihat dengan jelas bahawa
bilangan graduan lelaki yang mendapat pekerjaan sentiasa melebihi graduan perempuan
setiap tahun. Kesimpulannya, kebolehpasaran graduan TVET lelaki adalah lebih tinngi
berbanding graduan TVET perempuan. Selain itu, dapat dirumuskan bahawa TVET lebih
didominasi oleh graduan lelaki berbanding graduan perempuan.
23
Jadual 2: Bilangan graduan GIATMARA yang mendapat perkerjaan mengikut kursus TVET
Sumber: Bahagian Hal Ehwal Pelatih, GIATMARA
Kursus 2010 2011 2012 2013 2014 2015 Jumlah
Teknologi Bangunan 0 0 0 13 0 0 13
Membuat Perabot 0 0 0 14 16 10 40
Fibreglass & Composite Technology 12 0 0 19 22 26 79
Teknologi Animasi 9 18 21 22 15 17 102
Boat Building & Repair 0 32 27 31 19 17 126
Graphic Design & Advertising 13 14 20 22 56 18 143
Industrial Maintenance 36 16 20 47 35 34 188
Computer System & Networking 49 20 24 37 38 38 206
Elektronik Industri 70 73 73 6 0 0 222
Hiasan Dalaman 0 0 0 81 73 74 228
Teknologi Fotografi 25 39 56 24 65 44 253
Teknologi Elektonik Audio Visual 94 100 90 55 35 20 394
Teknologi Baikpulih & Mengecat Kenderaan 107 108 114 162 153 138 782
Teknologi Penyejukbekuaan & Penyaman
Udara 150 165 161 166 198 168 1008
Teknologi Motosikal 213 106 99 253 293 233 1197
Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam 250 209 257 162 172 156 1206
Teknologi Sistem Komputer 414 256 335 111 151 149 1416
Pendawaian Elektrik 277 149 302 390 352 230 1700
Teknologi Automotif 290 274 311 362 451 367 2055
Fashion & Dressmaking 504 403 502 1094 1319 745 4567
Jumlah 2513 1982 2412 3071 3463 2484 15925
24
Jadual 3: Ringkasan Statistik untuk bilangan graduan GIATMARA yang mendapat pekerjaan mengikut
kursus TVET
Jadual 2 menunjukkan bilangan graduan GIATMARA yang mendapat pekerjaan
mengikut kursus TVET manakala Jadual 3 menunjukkan ringkasan statistik untuk bilangan
graduan GIATMARA yang mendapat pekerjaan mengikut kursus TVET. Daripada kedua-dua
jadual ini, dapat dirumuskan bahawa jumlah tertinggi graduan yang mendapat pekerjaan
untuk setiap tahun, dari tahun 2010 hingga 2015 adalah daripada kursus Fashion &
Dressmaking, iaitu 504, 403, 502, 1094, 1319 dan 745 orang masing-masing.
Selain itu, dapat juga dilihat bahawa tiada graduan daripada kursus Teknologi
Bangunan yang mendapat pekerjaan dari tahun 2010 hingga 2015 kecuali pada tahun 2013,
terdapat 13 orang graduan yang mendapat pekerjaan daripada kursus ini. Di samping itu,
tiada graduan juga daripada kursus Membuat Perabot dan Hiasan Dalaman yang mendapat
pekerjaan dari tahun 2010 hingga tahun 2013. Begitu juga dengan kursus Fiberglass &
Composite Technology, tiada graduan daripada kursus ini yang mendapat pekerjaan pada
tahun 2011 dan 2012. Seterusnya, tiada graduan juga daripada kursus Elektronik Industri
yang mendapat pekerjaan pada tahun 2014 dan 2015. Manakala, untuk kursus Boat Building
& Repair, tiada graduan yang mendapat pekerjaan daripada kursus ini hanya pada tahun
2010. Namun demikian, pada tahun 2013, graduan yang mendapat pekerjaan terdiri daripada
semua kursus, tetapi bilangan terendah graduan yang mendapat pekerjaan adalah daripada
kursus Elektronik Industri.
2010 2011 2012 2013 2014 2015
Mean 125.65 Mean 99.1 Mean 120.6 Mean 153.55 Mean 173.15 Mean 124.2
Median 59.5 Median 56 Median 64.5 Median 51 Median 60.5 Median 41
Mode 0 Mode 0 Mode 0 Mode 22 Mode 0 Mode 0
Range 504 Range 403 Range 502 Range 1088 Range 1319 Range 745
Minimum 0 Minimum 0 Minimum 0 Minimum 6 Minimum 0 Minimum 0
Maximum 504 Maximum 403 Maximum 502 Maximum 1094 Maximum 1319 Maximum 745
Sum 2513 Sum 1982 Sum 2412 Sum 3071 Sum 3463 Sum 2484
Count 20 Count 20 Count 20 Count 20 Count 20 Count 20
25
Rajah 9: Bilangan graduan GIATMARA yang mendapat pekerjaan mengikut kursus TVET
Rajah 9 menunjukkan bilangan graduan GIATMARA yang mendapat pekerjaan
mengikut kursus TVET sepanjang tempoh enam tahun. Graf ini di dibentangkan untuk
menunjukkan jumlah graduan yang mendapat pekerjaan selama tempoh enam tahun mengikut
susunan menaik. Jumlah graduan tertinggi yang mendapat pekerjaan sepanjang tempoh enam
tahun adalah daripada kursus Fashion & Dressmaking, diikuti oleh kursus Teknologi
Automotif dan Pendawaian Elektrik, iaitu 4567, 2055, and 1700 orang masing-masing.
Sementara itu, jumlah terendah graduan yang mendapat pekerjaan sepanjang tempoh enam
tahun adalah daripada kursus Teknologi Banguanan, diikuti oleh kursus Membuat Perabot
dan Fiberglass & Composite Technology, iaitu 13, 40 and 79 masing-masing.
Berdasarkan analisis ini, kebolehpasaran graduan mengikut kursus juga dapat dikenal
pasti mengikut susunan menaik. Sebagai rumusan, graduan daripada kursus Fashion &
Dressmaking adalah paling senang mendapat pekerjaan manakala graduan daripada kursus
0 500 1000 1500 2000 2500 3000 3500 4000 4500 5000
Teknologi Bangunan
Membuat Perabot
Fibreglass & Composite Technology
Teknologi Animasi
Boat Building & Repair
Graphic Design & Advertising
Industrial Maintenance
Computer System & Networking
Elektronik Industri
Hiasan Dalaman
Teknologi Fotografi
Teknologi Elektonik Audio Visual
Teknologi Baikpulih & Mengecat Kenderaan
Teknologi Penyejukbekuaan & Penyaman Udara
Teknologi Motosikal
Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam
Teknologi Sistem Komputer
Pendawaian Elektrik
Teknologi Automotif
Fashion & Dressmaking
Bilangan graduan
Bilangan Graduan GIATMARA yang Mendapat Pekerjaan Mengikut Kursus
TVET
2010
2011
2012
2013
2014
2015
26
Teknologi Bangunan adalah paling susah mendapat pekerjaan berbanding kursus-kursus lain.
Selain itu, graduan daripada kursus-kursus seperti Teknologi Motosikal, Teknologi Kimpalan
& Fabrikasi Logam, Teknologi Sistem Komputer, Pendawaian Elektrik dan Teknologi
Automotif juga turut mudah mendapatkan pekerjaan. Dapatlah disimpulkan juga bahawa
graduan daripada kursus-kursus seperti Membuat Perabot, Fibreglass & Composite
Technology, Teknologi Animasi, Boat Building & Repair, dan Graphic Design & Advertising
juga susah untuk mendapatkan pekerjaaan. Selebihnya, graduan dari kursus-kursus lain yang
tidak disebutkan hanya sederhana dari aspek kebolehpasaran.
27
5.0 Isu dan cabaran dalam memperkasa TVET
Di bawah RMKe-11, sebanyak 60% daripada 1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan
dijangka memerlukan kelayakan berkaitan TVET. Bagi memenuhi keperluan ini, Malaysia
perlu meningkatkan pengambilan pelajar setiap tahun secara berperingkat dari 164,000 pada
tahun 2013 kepada 225,000 pada tahun 2020.Cabaran bukan hanya mencapai sasaran
pengambilan sahaja. Maklumbalas daripada pihak industri mendapati wujud jurang antara
pengetahuan, kemahiran dan sikap graduan berbanding dengan keperluan di tempat kerja.
Isu berkenaan kualiti dan kuantiti bukanlah sesuatu yang mudah untuk diselesaikan.
Landskap TVET di Malaysia adalah tidak bersepadu, lebih daripada 1,000 institusi TVET
awam dan swasta menawarkan program yang sama dengan standard yang berbeza.
Kolaborasi antara pihak industri dengan penyedia TVET sukar mencapai tahap yang
diperlukan bagi membangun program yang berkualiti tinggi. Selain itu, TVET masih
dianggap sebagai aliran pendidikan yang tidak menarik oleh kebanyakan pelajar. Cabaran
yang menanti adalah getir. Justeru, usaha transformasi yang tepat adalah kritikal bagi
memastikan matlamat Malaysia ke arah 2020 dicapai.
Sektor TVET yang cekap dan berkesan adalah :
1. Pemadanan penawaran dengan permintaan, dan mekanisme pengawalan kualiti yang
dinamik bagi memastikan institusi TVET awam dan swasta memenuhi standard kualiti.
2. Industri dan penyedia TVET berkerjasama antara satu sama lain sepanjang rantaian nilai
daripada pengambilan pelajar, reka bentuk kurikulum, penyampaian dan penempatan
pekerjaan.
3. Pelajar dimaklumkan dengan jelas peluang yang ditawarkan TVET dan menjadikan TVET
sebagai aliran pendidikan yang menarik. Pelajar mempunyai akses kepada pelbagai
program inovatif yang diterajui oleh industri yang menawarkan latihan amali sama ada di
tempat kerja atau simulasi persekitaran pekerjaan yang menyediakan pelajar kepada dunia
pekerjaan yang sebenar.
Dalam mencapai aspirasi ini, sistem TVET perlu diharmonikan dan diperkemas untuk
mengurangkan ketidakseragaman merentasi institusi TVET awam dan swasta. Di samping
itu, program dan intervensi untuk menggalakkan TVET yang diterajui oleh industri akan
dilaksanakan bagi memastikan graduan TVET adalah selaras dengan keperluan industri.
28
6.0 PENUTUP
Perubahan masa hadapan Malaysia secara keseluruhannya lebih bermula dari
kecemerlangan pendidikan. Reformasi sistem pedidikan TVET khususnya yang diolah
dengan penambahbaikan memenuhi kehendak semasa dan akan datang bakal melahirkan
modal insan kelas pertama, mempunyai kemahiran dan kebolehpasaran tinggi dan
mempunyai kehidupan sebagai pemimpin yang bermatlamat serta bersandarkan kehidupan
yang mengabdikan diri kepada Tuhan. Kurikulum TVET yang diperbaharui semula selain
memenuhi kehendak pasaran kerja semsasa, masih berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di jangka akan dapat merealisasikan hasrat muni negara dan membawa satu
cabaran utuk generasi semasa dan akan datang membentuk Malaysia yang disegani.
29
7.0 Rujukan
ANTA . (2002). Environmental Scan For The National Strategy For Vocational Education
and Training. Australia. Online: www.anta.gov.au/dapStrategy.asp.
Bonn Germany . (2006). TVET For Sustainable Development – Opportunities and
Challenges – An International Experts’ Meeting Organised By UNESCO-UNEVOC
International Centre for Technical and Vocational Education and Training (TVET). RMIT
International University Vietnam, Vietnam
Data Korporat MARA 2015. Majlis Amanah Rakyat.
Harian KOSMO, 10 Ogos 2016 (di muat turun pada 10 Ogos 2016).
Jabatan Perdana Menteri. (2010). Rancangan Malaysia Ke-10, Unit Perancang Ekonomi.
Laporan Tahunan MARA (2014). Majlis Amanah Rakyat.
Laporan Tahunan MTEN (2015). Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
Laporan Bulanan Bahagian Kemahiran Teknikal (2015). Majlis Amanah Rakyat.
Teks Ucapan Pembentangan RMK10, 2010
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/RMK10bab5%2014_6_10.pdf (di muat turun pada
20 May 2016).
Wilson, D. (2001). Reform For Changing of TVET the of Work. Prospects,XXXXI (1).
Yazcayir,N & Yagci,E. (2009) . Vocational and Technical Education in EU Nations and
Turkey. Procedia-Social and Behavioral Sciences,1(1),1038-1042. Online:
http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S1877042809001906 (di muat turun pada 5 Jun
2016).