ukur kawalan mendatar – triangulasi
TRANSCRIPT
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
PENGENALAN
Triangulasi adalah satu kaedah penentuan kedudukan beberapa titik yang
digunakan sebagai stesen kawalan geodetik yang bertaburan jauh diantara satu sama
lain tanpa memerlukan pengukuran jarak diantara stesen tersebut. Jika diketahui satu
sisi (garis asas) dan semua sudut dalam rangkaian segi tiga yang membentuk
triangulasi tersebut, maka sisi yang lain boleh dihitung dan seterusnya koordinat stesen
dapat ditentukan.
Pengukuran triangulasi dilakukan untuk mewujudkan jaringan kawalan geodesi
ufuk dan tegak (ketinggian) dengan membentangkan kaedah pengukuran sudut, jarak,
dan penentuan ketinggian. Pengukuran ini juga dilakukan untuk membentuk satu
jaringan kawalan yang boleh digunakan sebagai asas rujukan bagi cerapan dan
pengukuran yang digunakan bagi pemetaan topografi dan ukur kadaster, dan juga
kerja-kerja ukur kejuruteraan.
Data dan maklumat dari triangulasi digunakan bersama cerapan latitud dan
logitud astronomi berserta dengan nilai graviti untuk menentukan saiz dan bentuk bumi
serta perubahan jisim didalam bumi
POLITEKNIK UNGKU OMAR 1
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
LAPORAN
TAJUK : Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi
OBJEKTIF : Menyediakan titik kawalan yang itu untuk ukur geodesi, yang
terdiri daripada empat station tring di mana satu daripadanya
diketahui koordinatnya ( koordinat ambilan i.e 1000mU,
1000mT ).
ALAT-ALAT :
1. Teodolit Digital/Total Station
2. 3 Prisma dan 3 Tripod
3. Pita Ukur (tinggi alat)
4. Tukul
5. Parang
ATURCARA KERJA :
1. Tempoh masa adalah 6 minggu dari minggu 9 hingga minggu 14 mulai
pukul 8.00 pagi hingga 11.15 pagi.
2. Kawasan kerja adalah seperti berikut:
Padang kampus A PUO dan sekitarnya.
3. Teori
Pengukuran geodetik yang dilakukan di permukaan bumi adalah
bertujuan menetukan posisi di atas permukaan rujukan Triangulasi
adalah satu kaedah penentuan kedudukan beberapa titik yang
digunakan sebagai stesen kawalan geodetic yang bertaburan jauh
diantara satu sama lain tanpa memerlukan pengukuran jarak antara
stesen.
POLITEKNIK UNGKU OMAR 2
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
A
B
Dasarnya, jika satu sisi dan semua sudut dalam rangkaian segitiga
diketahui, maka sisi yang lain boleh ditentukan atau dikira dan seterusnya
kodinit boleh dihitung. Titik-titik penjuru ini adalah titik rujukan atau
kawalan , juga dikenali sebagai stesen trigonometri atau stesen trig.
Daripada rajah atas, jika diketahui semua sudut, jarak garisan asas, latitud
dan longitud serta azimus, maka boleh dihitung semua jarak sisi, azimus
setiap garisan dan longitud dan latitud setiap titik.
POLITEKNIK UNGKU OMAR 3
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
4. Prosedur Cerapan
Cerapan boleh dibuat dengan beberapa kaedah, walaubagaimanapun
dalam amali ini kaedah PUSINGAN digunakan. Prosedur seperti
berikut:
i. 4 stesen yang saling nampak berjarak > 80m antara satu sama lain
telah dipilih.
ii. Dua daripada stesen itu ditentukan sebagai garis dasar.
iii. Pada garis dasar tersebut, jarak garis dasar diukur dan azimus
ambilan diberikan (guna P.C).
iv. Setelah itu,Total Station didirikan di salah satu stesen iaitu stesen
A, dan satu stesen lagi,B (paling kiri) didirikan prisma dan dipilih
sebagai rujukan, i.e R.O.
v. Alat pada penyilang kiri, satu nilai ke R.O disetkan ( contoh
120°00°00° dan seterusnya stesen-stesen lain dibaca sudut
ufuknya mengikut turutan dan mengikut arah pusingan jarum jam.
vi. Bacaan sudut dicatatkan dalam borang sehingga ke stesen
terakhir.
vii. Pada stesen yang sama, alat ditukar penyilang kanan dan dibaca
bacaan sudutnya.
viii. Dengan memusingkan teleskop alat dalam arah lawan jarum jam,
stesen-stesen lain dibaca sehingga ke stesen mula (R.O).
ix. Langkah v diulang hingga langkah viii dengan setting bacaan yang
lain ( biasanya ikut sukuan bulatan sudut ).
x. Sekurang-kurangnya 4 set bacaan dibuat.
xi. Bacaan dilaraskan untuk mendapatkan purata bacaan sudut.
POLITEKNIK UNGKU OMAR 4
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
Jenis Rangkaian
Jenis yang digunakan adalah tertakluk kepada pertimbangan praktik di padang, supaya sesuai dengan keadaan topografi.contoh jenis rangkaian di lampiran C
Perkara yang perlu diambilkira didalam pertimbangan untuk membuat keputusan adalah seperti berikut:
Setiap rangkaian triangulasi yang dibentuk hendaklah dapat memberikan penyelesaian segitiga melalui dua kaedah yang bebas, melainkan jika terpaksa menggunakan rangkaian segitiga selapis.
Bagi menubuhkan rangkaian segitiga sekurang-kurangnya satu atau lebih baik lagi jika kedua-dua kaedah digunakan supaya rangkaian itu adalah dalam "keadaan kukuh", iaitu segitiga berdasarkan prinsip dan bentuk di atas.
Garisan yang terlalu panjang dalam satu-satu segitiga perlu dielakkan. Yang paling baik ialah kepanjangan semua garisan lebih kurang sama.
Tertakluk pada perkara di atas, bentuk rangkaian hendaklah ditubuhkan supaya kerja di padang yang terlibat adalah minimum. Bagi tujuan ini, segienam berpusat dan bentuk yang lebih komplek adalah tidak sesuai.
Pemilihan Rangkaian
1. Di kawasan berbukit-bukau, rembat segiempat adalah yang paling sesuai.
2. Di kawasan yang mendatar, rembat segiempat sukar digunakan dan segitiga berpusat adalah lebih sesuai.
3. Segitiga selapis hanya digunakan jika tidak ada cara lain yang sesuai.
Pemilihan Jarak dan Kedudukan Stesen
1. Dikawasan berbukit jarak antara stesen yang paling sesuai ialah dalam lingkungan 50 km,
2. Di kawasan mendatar, purata jarak yang sesuai ialah 15 km. jika menara cerapan didirikan.
POLITEKNIK UNGKU OMAR 5
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
Masalah-masalah yang dihadapi di lapangan
i. Kebaikan dan keburukan jarak jauh atau dekat di antara stesen-stesen trigulasi:
1. Jika keadaan topografi, cuaca, peralatan dan kepakaran pencerap dan pembantu baik, maka stesen yang berjarak jauh akan mempercepatkan kerja dan menjimatkan perbelanjaan. Walau bagaimana pun masalah cuaca buruk dan seliseh faham diantara pencerap dan pembantu di stesen yang dicerap akan menyebabkan kerja tergendala
2. Jika cahaya hanya melengkung dalam arah satah tegak, masalah seliseh pengukuran arah ufuk disebabkan oleh biasan tidak timbul.
3. Bagi jarak yang jauh keadaan sekeliling mungkin mengakibatkan biasan sisi
4. Jarak jauh akan mengurangkan kejituan perhitungan jarak yang berpunca dari garis asas yang pendek
5. Jarak pendek memudahkan kerja triangulasi ditahap ketiga. Namun demikian dengan jarak pendek, bilangan stesen akan bertambah dan memerlukan cerapan dan perbelanjaan yang lebih
6. Bagi jarak yang terlalu pendek, seliseh pemusatan alat akan memberi kesan didalam cerapan sudut
ii. Kedudukan Stesen
1. Pemilihan samada jarak diantara stesen jauh atau dekat adalah tertakluk pada keadaan.
2. Adalah sesuai jika stesen terletak ditempat yang tertinggi di atas bukit.
3. Kedudukan stesen di lereng bukit hendaklah dielakkan, kerana jika lereng bukit melintasi garis cerapan, perbezaan ketumpatan udara dikiri dan kanan garis cerapan akan berlaku.
4. Ini akan menyebabkan cahaya melengkung dalam satah ufuk, iaitu biasan sisi berlaku pada garis cerapan.
5. Biasan sisi ini sukar untuk diperbetulkan, oleh itu hanya perlukan dielakkan daripada berlaku supaya kejituan arah ufuk tidak terjejas.
POLITEKNIK UNGKU OMAR 6
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
iii. Masalah biasan
o Masalah biasan sangat ketara apabila garis cerapan menggeser atau hampir menggeser permukaan bumi.
o Di kawasan berbukit masalah ini dapat dielakkan, tetapi di kawasan mendatar penggeseran ini menjadi satu masalah.
o Ianya dapat dikurangkan dengan memendekkan jarak antara stesen atau membina menara cerapan yang tinggi dan menggunakan lebih banyak kawalan.
CONTOH PEMBUKUAN :
Sila rujuk hasil kerja.
HASIL KERJA :
1. Borang cerapan mestilah dilengkap dan bacaan sudut dilaraskan untuk dapatkan
sudut purata.
2. Sudut purata digunakan untuk melaraskan sudut-sudut dalam jaringan segitiga
dengan pelarasan kaedah ‘Equal Shif’
3. Bagi menghitung koordinat setiap stesen trig sudut-sudut terlaras digunakan
dengan menggunakan formula sinus,kosinus dan seumpamanya.
4. Gambarajah secara ringkas dilukis dalam borang cerapan bagi memudahkan
penyemakan.
5. Laporan keseluruhan amali di buat.
B
C
A D RAJAH A
POLITEKNIK UNGKU OMAR 7
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
POLITEKNIK UNGKU OMAR 8
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
HASIL KERJA
POLITEKNIK UNGKU OMAR 9
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
Hasil Kerja
POLITEKNIK UNGKU OMAR 10
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
KESIMPULAN
Untuk membentuk satu jaringan kawalan yang boleh digunakan sebagai asas
rujukan bagi cerapan dan pengukuran yang digunakan bagi pemetaan topografi dan
ukur kadaster, dan juga kerja-kerja ukur kejuruteraan. Data dan maklumat dari
triangulasi digunakan bersama cerapan latitud dan logitud astronomi berserta dengan
nilai graviti untuk menentukan saiz dan bentuk bumi serta perubahan jisim didalam bumi
Jumlah ketiga-tiga sudut yang dicerap mestilah bersamaan dengan 180 � + ε + σ;
dimana ε adalah baki ellipsoid atau sfera dan σ ialah tikaian sudut segitiga yang
dibenarkan.suatu titik ditentukan oleh sekuarang- kurang nya oleh 3 garisan.skim
jaringan triangulasi perlu dirancangkan supaya setiap sisi boleh dihitung dari sekurang-
kurangnya dua segitiga yang berlainan.
Berdasarkan kepada cerapan triangulasi yang telah kumpulan kami lakukan,
didapati data-data yang kami perolehi boleh digunapakai walaupun pada awalnya data
yang diperolehi tidak begitu baik tetapi setelah dibuat pelarasan sama rata, data-data
tersebut boleh digunapakai. Faktor-faktor seperti cuaca, suhu, dan juga peralatan yang
dalam keadaan baik(telah dikalibrasi) juga memainkan peranan yang penting bagi
memastikan perolehan data-data cerapan yang tepat dan jitu.
POLITEKNIK UNGKU OMAR 11
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
LAMPIRAN
POLITEKNIK UNGKU OMAR 12
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
Lampiran APERALATAN
TOTAL STATION PRISMA
PITA UKURTUKUL
TRIPOD
PIKET
POLITEKNIK UNGKU OMAR 13
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
Lampiran B
JENIS RANGKAIAN
PRINSIP TRIANGULASI
POLITEKNIK UNGKU OMAR 14
UKUR TRIANGULASI(KUMP.2)
POLITEKNIK UNGKU OMAR 15