unit 2 konsep kelajuan
TRANSCRIPT
KONSEP KELAJUAN
UNIT 2
KONSEP KELAJUAN
Kelajuan Objek Bergerak
Mengira Kelajuan Objek
Bergerak
KELAJUAN OBJEK
BERGERAK ?
KELAJUAN – adalah kepantasan sesuatu objek bergerak.
Objek yang pegun tidak mempunyai laju.
Laju sesuatu objek adalah tidak tetap.Contoh: sebuah kereta yang bergerak laju akan bergerak perlahan apabila hendak berhenti.
Objek yang berlainan mempunyai laju pergerakan yang berlainan.
Objek yang bergerak lebih laju akan mengambil masa yang lebih singkat untuk melalui suatu jarak yang tertentu.
MENGIRA KELAJUAN
OBJEK BERGERAK??
Laju ialah jarak yang dilalui oleh sesuatu objek dalam masa tertentu
Pengukuran laju objek
memerlukan 2
maklumat
Jarak yang dilalui oleh objek
Masa yang diambil oleh objek untuk melalui jarak itu
Laju objek yang berubah-ubah dikira secara purata dengan menggunakan rumus yang berikut:
Laju Purata = Jarak yang dilalui
Masa yang diambil
Contoh unit untuk mengukur laju:sentimeter per saat, meter per saat, dan kilometer per saat
CONTOH
Seekor semut bergerak sejauh sembilan sentimeter dalam masa 2 saat:
Laju semut= 9cm 2 saat
= 4.5 cm/s
Hal ini menunjukkan bahawa semut bergerak selaju 4.5 cm dalam masa satu saat.