universiti teknologi malaysia - fp.utm.my€¦ · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan...
TRANSCRIPT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : HUBUNGAN KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya NOOR ANISZAH BT BAIJAN
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
Alamat Tetap: NO 73, JLN HIDAYAH, KG TENGAH RENGGAM, 86300 RENGGAM, KLUANG,JOHOR
Tarikh: 30-04-2008 Tarikh: 30-04-2008
DR YEO KEE JIAR
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
i
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : DR YEO KEE JIAR
30-04-2008
Tarikh : ……………………………………….......................
ii
HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
NOOR ANISZAH BT BAIJAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tanda tangan:
Nama penulis : NOOR ANISZAH BT BAIJAN
Tarikh : 30-04-2008
iv
DEDIKASI
Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana mengizinkan saya menyempurnakan kajian ini.
Ucapan terima kasih teristimewa buat Ibu dan Ayah yang dikasihi,
Pn Saiman bt Denan dan En Baijan b Kandar
Yang telah banyak memberi dorongan dan nasihat sepanjang pengajian di samping
iringan doa dan pengorbanan yang tiada putusnya.
Buat adik-beradik tersayang,
Noor Fauzah ,Noor Anis
Noor Aina, Noor Fazilah dan Noor Aziqah Izatul
terakhir sekali buat rakan-rakan seperjuangan terutama
Aby, Wai-Wai dan Ainul
sekalung ucapan terima kasih kerana sentiasa memberi perangsang dan semangat…
semoga sentiasa diberkati olehnya..
v
PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada
beberapa pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyempurnakan Projek
Sarjana Muda ini. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan
terima kasih kepada penyelia saya iaitu DR YEO KEE JIAR kerana memberi tunjuk
ajar, dorongan, bimbingan dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini. Kajian ini tidak akan dapat dijalankan dengan baik tanpa
bantuan dan selaiaan beliau.
Seterusnya penghargaan ini turut ditujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia, (KPM) dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Baharu yang sudi
memberi kerja sama dengan sebaiknya.
Tidak ketinggalan kepada warga sekolah SJK PU SZE dan SJK PEI HWA yang
memberi kerjasama untuk membenarkan kajian ini dilakukan di sekolah tersebut dan
menjawab soal selidik yang telah disediakan dengan baik.
Setinggi terima kasih juga kepada rakan seperjuangan, pensyarah-pensyarah
yang pernah memberi tunjuk ajar sepanjang saya berada di UTM ini.
vi
ABSTRAK
Kerja rumah merupakan satu komponen yang penting dalam suatu proses
pembelajaran. Kerja rumah berfungsi sebagai latihan kepada pelajar dan melangkaui
kerja yang dilakukan di dalam kelas. Walaupun terdapat pandangan yang berbeza
mengenai kebaikan kerja rumah, kerja rumah masih dapat menyumbang kepada
pencapaian pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti “Hubungan Antara
Kerja Rumah Dengan Pencapaian Bagi Mata Pelajaran Matematik Dan Bahasa Inggeris
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan”. Responden kajian terdiri daripada
101 orang pelajar daripada dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan dalam kawasan Johor
Bahru iaitu SJK(C) PU SZE, Skudai dan SJK(C) PEI HWA, Taman Perling. Soal
selidik merupakan instrument yang digunakan untuk mengumpul data. Data kajian
dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package Forsocial Science (SPSS)
version 13.0. Hasil kajian menunjukkan indeks korelasi bagi, pembolehubah
peruntukan masa untuk menyiapkan kerja rumah dalam Matematik dan Bahasa Inggeris
adalah -0.151dan -0.164. Indeks korelasi bagi pembolehubah kerja rumah jenis latihan
dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ialah -0.30 dan -0.65 . Bagi
pemboleh ubah jenis persediaan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris,
indeks korelasi adalah 0.201 dan 0.131 masing-masing. Bagi cara pengelolaan semasa
guru memberikan kerja rumah, indeks kolerasi bagi mata pelajaran Matematik dan
Bahasa Inggeris ialah 0.116 dan 0.132 masing-masing. Manakala cara pengelolaan guru
selepsa kerja rumah diberikan dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris
adalah 0.094 dan 0.092 masing-masing. Pada keseluruhannya, kajian ini menunjukkan
tidak terdapat hubungan antara peruntukan masa, jenis kerja rumah (latihan) dan
pengelolaan guru dengan pencapaian pelajar.
vii
ABSTRACT
One of the important components of teaching is homework. Homework
assignments can provide additional practice to students beyond the day-to-day work
done in class. Even though there are different views in the benefits of homework to
students, homework is still viewed as contributing to students’ achievement. In this
study, the researcher aims to identify the relationship between homework with student’s
achievement in Mathematics and English language. The respondents consist of 101
students from two primary schools in Johor Baharu, namely SJK(C) PU SZE, Skudai
and SJK(C) PEI HWA, Taman Perling. Questionnaire was used to obtain the required
data. The data collected was processed by using Statistical Package For social Science
(SPSS) version 13.0. The research outcome showed that correlation index of parameter
in time spent in doing Mathematic and English homework is -0.151 and -0.164
respectively. Correlation index for types of Mathematic and English homework based on
exercise are -0.30 and -0.65 respectively. The correlation index for types of homework
based on preparation was 0.201 and 0.131 respectively. The correlation index of teacher
conducting homework while homework is given to students in Mathematic and English
are 0.116 and 0.132. Meanwhile, correlation index for the way teacher conducting the
homework after homework are given to students in Mathematic and English 0.094 and
0.092 respectively. For this study, it can be concluded that there was no relationship
between time spent, homework based on exercise, teacher conducting homework while
homework is given to student and the way teacher conducting the homework after
homework are given to students with students achievement.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Kerangka teori 11
1.9 Kerangka konsep 12
ix
1.10 Kepentingan kajian 13
1.11 Definisi istilah 14
1.11.1 Kerja Rumah 15
1.11.2 Penggunaan Masa 16
1.11.3 Pencapaian Akademik 16
1.11.4 Pelajar 17
1.11.5 Cara Pengelolaan Guru 18
1.12 Penutup 18
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 Perkembangan Berkaitan Kerja Rumah 19
2.2.1 Peruntukan Masa 20
2.2.2 Jenis Kerja Rumah 22
2.2.3 Cara Pengelolaan Guru 24
2.3 Teori-Teori Berkaitan 25
2.3.1 Teori Tingkah Laku 25
2.3.2 Teori Konstraktivisme 27
2.3.3 Teori Kognitif 31
2.4 Penutup 33
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Tatacara Kajian 35
3.4 Variable Kajian 38
3.5 Sampel Kajian 38
3.6 Alat kajian 39
x
3.7 Kajian Rintis 40
3.8 Analisis Data 41
3.9 Penutup 42
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Deskriptif 44
4.2.1 Latar Belakang Responden 44
4.2.2 Jantina 44
4.2.3 Bangsa 45
4.2.4 Markah Peperiksaan Akhir Tahun
dalam mata pelajaran Matematik 46
dan Bahasa Ingggeris
4.2.5 Taburan Peruntukan Masa Oleh 47
Responden Untuk menyiapkan
kerja rumah dalam mata pelajaran
Matematik dan Bahasa Inggeris
4.3 Analisis Inferensi 48
4.3.1 Analisis Hubungan antara 49
Peruntukan Masa Menyiapkan
Kerja Rumah Matematik dan Bahasa
Inggeris dengan Pencapaian
4.3.2 Analisis Hubungan antara Kerja
Rumah Jenis Latihan bagi mata
pelajaran Matematik dan Bahasa
Inggeris dengan Pencapaian
4.3.3 Analisis Hubungan antara 51
Kerja Rumah Jenis Persediaan
xi
bagi mata pelajaran Matematik dan
Bahasa Inggeris dengan Pencapaian
4.3.4 Analisis hubungan cara pengelolaan 53
guru (semasa kerja rumah diberikan)
dalam mata pelajaran Matematik dan
Bahasa Inggeris dengan Pencapaian
4.3.5 Analisis hubungan antara cara 54
pengelolaan guru (selepas
kerja rumah diberikan) dalam
Mata pelajaran Matematik dan
Bahasa Inggeris dengan pencapaian.
4.4 Penutup 56
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Perbincangan Kajian 58
5.2.1 Latar belakang responden 59
5.2.2 Hubungan Antara Peruntukan Masa 62
Dalam menyiapkan kerja rumah dengan
Pencapaian pelajar
5.2.3 Hubungan Antara Jenis Kerja Rumah 62
Dengan pencapaian pelajar
5.2.4 Hubungan Antara Pengelolaan Guru 62
Dengan Pencapaian pelajar
5.3 Rumusan 63
5.4. Cadangan 64
5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 64
xii
5.4.2 Cadangan Kepada Ibu Bapa 64
5.4.3 Cadangan Kepada Guru 65
5.4.4 Cadangan Kepada KPM 66
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.6 Penutup 66
RUJUKAN 68
LAMPIRAN 72
xiii
SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Jadual Item Dalam Soal Selidik 39
3.2 Skala Likert 41
3.3 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 42
3.4 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 42
4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 44
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Mengikut Bangsa 45
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Markah Dalam
Mata Pelajaran Matematik Dan Bahasa Inggeris 46
4.4 Taburan Peruntukan Masa oleh Responden dalam
satu minggu untuk Menyiapkan Kerja Rumah Matematik
dan Bahasa Inggeris 48
4.5 Analisis antara peruntukan masa menyiapkan kerja rumah 49
Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian
4.6 Analisis antara hubungan jenis kerja rumah (latihan) 50
dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris
dengan pencapaian
4.7 Analisis antara jenis kerja rumah (persediaan) dalam 52
mata pelajaran Matematik dan Bahasa Ingeris dengan
pencapaian pelajar
4.8 Analisis cara pengelolaan guru (semasa kerja rumah diberikan) 53
dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris
dengan pencapaian
4.9 Analisis antara cara pengelolaan guru (selepas kerja rumah diberikan) 55
dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Rajah kerangka konsep 13 3.1 Prosedur Kajian Dalam Bentuk Carta Alir 36
xv
SENARAI SINGKATAN
BIL Bilangan
FPK Falsafah Pendidkan Malaysia
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
PIBG Persatuan Ibu Bapa Guru
PPD Pejabat Pendidikan Daerah
SJK Sekolah Jenis Kebangsaan
SPSS Statiscal Package For Social Science
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Kerja rumah merupakan tugasan yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk
disiapkan di luar waktu persekolahan. Menurut Harris Cooper et al (1998), kerja rumah
ialah tugasan yang tersendiri dan tidak bergantungan. Sekiranya pelajar dapat
melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh, maka kerja rumah dapat membantu
meningkatkan pencapaian pelajar. Kerja rumah mempunyai beberapa tujuan yang
tersendiri. Lee & Pruitt (1979), membahagikan tujuan kerja rumah kepada beberapa
bahagian. Antaranya kerja rumah sebagai peneguhan kepada pelajar terhadap
pembelajaran pelajar pada sesi berkenaan. Selain itu, kerja rumah juga berperanan
sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi pembelajaran akan datang. Seterusnya,
kerja rumah turut berperanan sebagai satu latihan kepada pelajar untuk berfikir selain
memahirkan pelajar untuk menguasai kemahiran-kemahiran penting seperti kemahiran
menganalisis, kemahiran membuat hipotesis dan sebagainya.
2
Latar belakang kerja rumah bermula awal tahun 1920-an. Pada zaman itu, kerja
rumah menjadi salah satu cara untuk mendisplinkan pelajar dalam usaha mengukuhkan
daya ingatan pelajar terhadap pembelajaran mereka. Pada lewat 1940-an pula, kerja
rumah mula kurang mendapat perhatian berikutan kaedah penyelesaian masalah atau
‘problem solving’ ditekankan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Pada zaman
berkenaan, pendukung akademik berpendapat kaedah penyelesaian masalah yang
diterapkan mampu menyediakan pelajar yang berdaya saing, inisiatif dan bersikap
positif.
Lantaran kejayaan Sovient melancarkan Sputnik ke angkasa pada tahun 1950-an,
kesemua kurikulum sekolah di Amerika Syarikat digubal untuk menyediakan pelajar
yang berdaya saing dan peka kepada perubahan teknologi. Kurikulum baru sekali lagi
menekankan kerja rumah sebagai satu cara untuk meningkatkan prestasi pelajar
disamping dianggap salah satu cara untuk menambah ilmu pengetahuan. Pada 1960-an,
satu kajian telah dilaksanakan berkaitan dengan kerja rumah. Dapatan kajian mendapati
kerja rumah merupakan tugasan yang membebankan dan memberikan tekanan kepada
pelajar. Sehubungan dengan itu, pelbagai persoalan telah timbul mempersoalkan
keberkesanan kerja rumah.
Pelbagai lapisan masyarakat memberi pandangan mengenai kerja rumah.
Antaranya Paschal et al (1984). Mereka sebulat suara setuju menyatakan kerja rumah
banyak memberi kesan positif kepada pelajar. Selain itu, Rutter (1979) mendapati
sekolah yang memberi banyak kerja rumah kepada pelajar mempunyai pelajar yang
berdisiplin dan mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan. Bagi Marshall
(1982), pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran
matematik ialah pelajar yang menyiapkan kerja rumah. Walaupun kerja rumah berbeza
dari segi jumlah, jenis dan tempoh namun matlamatnya adalah sama iaitu sebagai
peneguhan dan latihan. Persoalan yang timbul adalah sejauh mana kerja rumah berjaya
mencapai hasrat tersebut.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada awal tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan
garis panduan umum pemberian kerja rumah kepada pelajar-pelajar sekolah (Portal
Kementerian Pelajaran Malaysia). Secara keseluruhannya, menyentuh tiga aspek
penting dalam pemberian kerja rumah iaitu dari aspek perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan. Garis panduan ini perlu dipatuhi oleh pihak yang bertanggungjawab
antaranya ialah pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN). Garis panduan ini seharusnya dilaksanakan dengan serius, bukan sekadar
melepaskan batuk di tangga sahaja. KPM berpandangan, pemberian kerja rumah
penting bagi memperkukuh pemahaman pelajar terhadap pelajaran. Walau
bagaimanapun pemberiannya perlu dirancang dengan baik.
Seperti yang telah dinyatakan di atas, garis panduan ini meliputi tiga aspek
penting. Aspek pertama ialah aspek perancangan. Antara perkara yang terkandung
dalam aspek ini dan yang harus ditekankan oleh pihak pengurusan sekolah ialah perlu
memastikan Jawatankuasa Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran mengambil kira faktor
jumlah, jenis, kekerapan, kesukaran dan kemampuan pelajar (Portal Kementerian
Pelajaran Malaysia). Tidak wajar tindakan seorang guru memberi kerja rumah kepada
pelajar-pelajar tanpa membuat kajian tentang sesuatu kerja rumah berkenaan. Selain itu,
pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu dimaklumkan mengenai peranan dan
kaedah perancangan pemberian kerja rumah agar tidak timbul salah faham mengenainya.
Hal ini demikian terdapat segelintir ibu bapa yang kurang senang sekiranya pelajar
berkenaan diberikan kerja rumah. Mereka beranggapan kerja rumah ini hanya
membebankan pelajar. Diharapkan dengan adanya makluman ini, pihak-pihak tertentu
dapat membuat penilaian sewajarnya.
Aspek kedua ialah pelaksanaan. Antara perkara yang penting dalam aspek
pelaksanaan ialah guru-guru perlu menyelaraskan pemberian kerja rumah agar seimbang
dan tidak membebankan pelajar. Guru perlu memastikan kerja rumah yang diberi itu
4
memenuhi objektif pengajaran, mampu membantu meningkatkan kefahaman pelajar dan
masa yang ditetapkan benar-benar releven seiring dengan kemampuan pelajar. Selain
itu, guru perlu kreatif menarik minat pelajar untuk menyiapkan kerja rumah dengan
mempelbagaikan bentuk tugasan. Tugasan yang diberikan oleh guru boleh diolah
supaya menjadi lebih menarik seperti folio, kerja kursus, bahan-bahan bantu belajar dan
sebagainya. Penggunaan komputer, perisian-perisian yang menarik dan portal-portal
pendidikan perlu digalakkan (Portal KPM). Selain menarik minat pelajar, kaedah ini
secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan dan KPM untuk melahirkan pelajar
yang celik IT. Tindakan paling penting bagi guru setelah memberi kerja rumah ialah
menyemak kerja rumah dan memberi komen ringkas kepada pelajar seperti ‘bagus dan
teruskan usaha’ kepada hasil kerja yang berkualiti dan ‘sila buat pembetulan’ kepada
kerja yang kurang memuaskan. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan motivasi
pelajar untuk terus membuat kerja rumah kerana guru menghargai kerja mereka di
samping guru membuat tindakan susulan, misalnya mengadakan kelas pemulihan.
Melalui aspek pemantauan pula, antara perkara yang disebutkan ialah pihak
sekolah perlu mengadakan satu mekanisme agar jadual pemberian kerja rumah dapat
diakses oleh pengetua, guru besar, guru dan murid setiap masa, seperti memaparkan
jadual tersebut di setiap bilik darjah(Portal KPM). Pengetua dan guru besar
bertanggungjawab penuh untuk memastikan setiap kerja rumah disemak oleh guru yang
memberinya. Dalam hal ini JPN, PPD, Jemaah Nazir Sekolah (JNS), pengurusan sekolah
dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu mewujudkan mekanisme pemantauan
dengan segera. Pemikiran guru-guru dan ibu bapa perlu dianjakkan supaya tidak terlalu
menekankan hanya satu aspek dalam diri pelajar, sehingga mengabaikan keperluan
untuk mengembangkan potensi lain dalam diri pelajar seperti pembangunan emosi dan
sahsiah menerusi pengembangan minat dan bakat mereka.
Persoalan yang timbul ialah sejauh mana pihak berwajib mengambil berat
dengan kenyataan yang di keluarkan oleh KPM. Kerja rumah yang efektif sepatutnya
membantu pelajar dalam pembelajaran justeru meningkatkan pencapaian mereka. Para
5
guru sewajarnya peka akan kesan penggunaan masa pelajar dalam membuat kerja rumah
terhadap pencapaian pelajar. Wajarkah pelajar meluangkan masa yang lama untuk
membuat kerja rumah dan bagaimana pencapaian pelajar berkenaan dan wajarkah
pelajar hanya meluangkan masa yang minimum dalam menyiapkan kerja rumah.
Selain peruntukan masa dalam membuat kerja rumah, penekanan juga harus
diberikan terhadap jenis kerja rumah yang diberikan oleh guru dan kesannya terhadap
pencapaian pelajar. Perkara-perkara yang perlu diketahui oleh para guru ialah sama ada
jenis kerja rumah itu sebagai peneguhan kepada pelajar, adakah jenis kerja rumah itu
menepati objektif pengajaran guru, adakah kerja rumah yang diberikan sebagai latihan
sebelum guru mengajar sesuatu topik dan adakah kerja rumah yang diberikan oleh guru
berkonsepkan kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan mampu membuka minda
pelajar. Mungkinkah kerja rumah yang diberikan itu lebih kepada bebanan atau salah
satu cara guru mendenda pelajar.
Seterusnya kerja rumah yang diberikan perlu dikaji dari segi cara pengelolaan
guru dan bagaimana pula kesannya terhadap pencapaian pelajar. Pengelolaan kerja
rumah harus mengambil kira pengelolaan guru sebelum, semasa dan selepas
memberikan kerja rumah. Adakah guru membuat penyelidikan ringkas seperti adakah
kerja rumah ini bersesuaian dengan objektif pengajaran, berapa purata masa bagi pelajar
untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan, mampukah kerja rumah ini membantu
pelajar memahami topik berkenaan dan sebagainya. Bagi pengelolaan semasa
memberikan kerja rumah pengkaji ingin melihat adakah guru menerangkan dengan jelas
dan terperinci tentang kerja rumah yang diberi kepada pelajar-pelajar, adakah guru
memberitahu masa yang sesuai untuk pelajar menghantar kerja rumah berkenaan dan
adakah guru mencadangkan supaya berjumpa dengannya sekiranya pelajar menghadapi
masalah dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi. Bagi pengelolaan selepas memberi
kerja rumah pula bagaimana tindakkan guru terhadap kerja rumah yang diberikan.
Adakah guru menilai? Berapa lama tempoh guru untuk membuat penilaian? Adakah
guru memberi respon kepada kerja rumah pelajar?
6
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, banyak mata pelajaran yang perlu
dipelajari oleh setiap pelajar dan sejajar dengan itu, kerja rumah yang diberikan haruslah
mengikuti keperluan. Para guru sewajarnya mengenal pasti kesan kerja rumah terhadap
pencapaian pelajar supaya pemberian kerja rumah tidak tersasar daripada matlamatnya.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa kerja rumah boleh
mendatangkan kesan yang baik sekiranya diurus dengan baik. Pengurusan kerja rumah
bermaksud guru perlu meneliti dan merancang untuk memberikan kerja rumah kepada
pelajar. Sekiranya perkara ini diabaikan, kerja rumah yang pada dasarnya mempunyai
impak yang positif terhadap tingkah laku dan pencapaian pelajar, akan menjadi
sebaliknya. Sebagai guru merancang pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara
yang sangat penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Begitu juga dalam
memberi kerja rumah kepada pelajar. Guru perlu merancang dengan teliti termasuk
berdiskusi dengan guru-guru yang lain sebelum memberikan kerja rumah. Hal ini
demikian kerana pelajar bukan sahaja belajar satu mata pelajaran dalam satu sesi
persekolahan. Tanpa perbincangan ini, di khuatiri setiap guru yang mengajar setiap
mata pelajaran memberikan kerja rumah dan kesannya kerja rumah yang pada awalnya
bertindak sebagai peneguhan kepada pembelajaran pelajar, bertukar menjadi beban
kepada mereka.
Sejajar dengan penjelasan di atas, pengkaji ingin mengenal pasti sama ada
terdapat hubungan antara penggunaan masa, jenis kerja rumah dan cara pengelolaan
guru terhadap kerja rumah dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik
dan Bahasa Inggeris.
7
1.4 Objektif kajian
Secara umunya, kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji
hubungan antara peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah
bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian pelajar tahun
lima dalam mata pelajaran tersebut di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Secara lebih
spesifik, objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i) Mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa dalam kerja rumah
dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan bahasa
Inggeris
ii) Mengenal pasti hubungan antara kerja rumah jenis latihan dengan
pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan bahasa Inggeris
iii) Mengenal pasti hubungan antara kerja rumah jenis persediaan dengan
pencapaian bagi mata pelajaran Matematik dan bahasa Inggeris
iv) Mengenal pasti hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja
rumah (semasa kerja rumah diberikan) dengan pencapaian pelajar bagi
mata pelajaran Matematik dan bahasa Inggeris
v) Mengenal pasti hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja
rumah(selepas kerja rumah diberikan) dengan pencapaian pelajar bagi
mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan. Persoalan kajian
adalah seperti berikut:
i) Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa dalam kerja rumah
dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan bahasa
Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) ?
8
ii) Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis latihan dengan
pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris
di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) ?
iii) Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis persediaan dengan
pencapaian bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) ?
iv) Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja
rumah(semasa kerja rumah diberikan) dengan pencapaian pelajar bagi
mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) ?
v) Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja
rumah (selepas kerja rumah diberikan) dengan pencapaian pelajar bagi
mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris Inggeris di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) ?
1.6 Hipotesis Kajian:
Berdasarkan objektif kajian, beberapa hipotesis telah dibentuk iaitu :
Ho1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa
dalam kerja rumah dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran
Matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Ho2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa
dalam kerja rumah dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Ho3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
latihan dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik
di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
9
Ho4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
latihan dengan pencapaian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Ho5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
persediaan dengan pencapaian bagi mata pelajaran Matematik di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Ho6 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
persediaan dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Ho7 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan
guru terhadap kerja rumah (semasa kerja rumah diberikan)
dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Ho8 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan
guru terhadap kerja rumah (semasa kerja rumah diberikan)
dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Ho9 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan
guru terhadap kerja rumah (selepas kerja rumah diberikan) dengan
pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik di Sekolah
Jenis Kebangsaan (Cina)
Ho10 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan
guru terhadap kerja rumah (selepas kerja rumah diberikan) dengan
pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)