universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · teknologi komputer diharapkan dapat memberi manfaat...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI (KOMPUTER)
DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
SITI ROHANI BINTI SENONG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
I
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI
(KOMPUTER DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
SITI ROHANI BINTI SENONG
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
( Pengajian Islam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
III
DEDIKASI
Buat tatapan insan yang dikenang
Ayahanda & Bonda
Almarhum Senong Bin Jakek
Bechek Binti Tombong
Ayah dan ibuku tanpa restumu layulah anakmu di medan perjuangan ini. Jutaan
terima kasih anakmu ucapkan atas segala ketabahan, kesabaran dan pengorbanan
yang ayah ibu curahkan. Ayahku, walaupun dikau tiada disini, namun dorongan
semangatmu dan kasih sayang yang pernah kau curahkan dulu tetap bersemadi
dihati ini. Tuturmu menggamit kerinduan, kemesraanmu tiada bandingan,
senyumanmu tak mungkin lekang dibayangan, harapanmu akan ku tunaikan,
nasihatmu ku jadikan panduan, sebagai bekalanku meneruskan perjalanan. Buatmu
ibu, terima kasih diatas segalanya. Ketabahanmu mengajarku untuk meneladaninya.
Dorongan semangatmu membakar naluriku yang kadang kala hampir terkulai lesu.
Doamu menyuluhi kehidupanku. Jasamu tiada tandingan. Sentuhan kasih sayangmu
cukup membahagiakan. Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah
membawa bahagia. Harapanku, semoga kita akan bertemu di syurgaNya.
Kakanda
Buat kekandaku tersayang Ismail, Rosyatimah, Rosidah dan Khadijah terima kasih
atas sokongan, pengorbanan dan keprihatian kalian. Dan tidak mungkin ku lupakan,
buat arwah kekandaku Dallek, doaku moga rohmu berbahagia disana.
Pensyarah-Pensyarah Yang Disanjungi
Jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Mudaku iaitu Ustaz Mohd
Abbas Bin Abd Latif dan semua pensyarah-pensyarah atas tunjuk ajar, kesungguhan
mencurahkan ilmu dan bakti. Dorongan dan sokongan kalian sepanjang
perjuanganku di UTM ini amat dihargai.
Sahabat-Sahabat
Segala jasa dan pertolongan sahabat sekalian akan kukenang didunia dan akhirat.
Sesungguhnya sahabat sehaluan penyeri perjuangan.
Ya Ilahi nan satu, redhailah hamba ini untukMu saban waktu.
IV
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat dan
Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarganya dan
sahabat-sahabat baginda. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi dengan
limpahan kurniaan serta keizinan-Nya diberikan penulis kekuatan dan kesabaran
serta kecekalan untuk menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Semoga apa yang penulis usahakan sehingga terhasilnya kajian ini akan menjadi satu
ilmu yang mendapat keberkatan daripada-Nya.
Jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada al-Fadhil Ustaz Mohd Abbas Bin
Abd Latif, selaku penyelia yang telah banyak memberi sokongan, dorongan serta
tunjuk ajar kepada penulis dalam menyiapkan kajian ini. Dorongan serta cetusan idea
banyak memberi kekuatan bagi penulis sehingga terhasilnya Projek Sarjana Muda
ini.
Sekalung ucapan jutaan terima kasih juga yang tidak terhingga dan
penghargaan buat keluarga tercinta yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan.
Tidak lupa juga kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan serta buat semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyempurnakan
projek ini. Kalian semua adalah sumber kekuatan penulis dan Allah SWT tempat
penulis bergantung. Akhir kata, sekian terima kasih.
V
ABSTRAK
Dunia pendidikan hari ini menuntut pembaharuan seiring dengan kemajuan
teknologi komputer. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
teknologi komputer diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar serterusnya
bakal menjadi kaedah pendidikan terbaru dan terbaik yang mampu meningkatkan
tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu pengajaran. Pemikiran dan minat pelajar
dapat dirangsangkan dengan menggunakan pendekatan ini. Oleh itu, satu kajian telah
dilakukan bagi menyetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi
(komputer) dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Sebanyak 91 orang pelajar tahun
tiga dan empat kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
yang telah menjalani program latihan mengajar telah dinilai melalui satu set soal
selidik. Soal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B
manakala respon dinilai berdasarkan lima skala Likert. Data yang terkumpul
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 14.0 for
Windows secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min
bagi setiap item yang digunakan. Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual.
Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.931. Secara keseluruhannya hasil
kajian menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap aspek
yang dikaji iaitu penggunaan teknologi (komputer) dalam matapelajaran PI dengan
nilai min 4.53 dan persepsi mereka terhadap masalah penggunaan teknologi
(komputer) yang dihadapi semasa proses P&P dalam matapelajaran PI mencatatkan
nilai min sebanyak 4.50. Manakala persepsi mereka terhadap cara yang terbaik dalam
proses penambahbaikan penggunaan teknologi (komputer) dalam matapelajaran PI
mencatatkan min yang tinggi iaitu 4.58. Sebagai maklum balas kepada kajian yang
dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap
penggunaan teknologi (komputer) dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Kajian
lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
VI
ABSTRACK
The reformation of education expects the progress in tandem with computer
technology. Teaching and learning process that uses computer technology is
expected to benefit the students and become the best educational methods that could
increase the level of student mastery of a lesson. Students thinking and concentration
can be increased by using this approach. Therefore, a research has been done to study
the perceptions of students with the use of technology (computers) in the subjects of
Islamic education. About 91 in third and fourth year students from the Bachelor of
Science and Education (Islamic Studies) that had undergone their practicum had been
assessed. This questionnaire was divided into part A and part B and the response was
evaluated according to five Likert scale. The collected data were then analyzed using
Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. The analysis was a type of
descriptive statistical included frequency, percentage and means of the each items
used. The findings of this analysis were then presented by means of tabulation.
Concerning the reliability, the used questionnaire was found reliable at α = 0.931.
The overall, outcome of the research showed respondents giving their positive
perception towards the study. Students give a positive perception toward using of
technology (computers) in the subjects of Islamic education with a mean 4.53. And
their perception of the problem using technology (computers) during the process
teaching and learning in Islamic education subjects values recorded with a mean
4.50. Meanwhile their perception of how the best use of improvements in process
technology (computers) in Islamic education subjects was also high with a mean
4.58. Suggestion to leverage the understanding and knowledge about the using of
technology (computers) in subjects of Islamic Education were given. Researcher
concluded by a vital recommendation for further study.
VII
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL I
HALAMAN PENGAKUAN II
HALAMAN DEDIKASI III
HALAMAN PENGHARGAAN IV
ABSTRAK V
ABSTRACT VI
SENARAI ISI KANDUNGAN VII
SENARAI JADUAL XII
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL XV
SENARAI LAMPIRAN XVI
1 PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan 1
1.2. Latar Belakang Masalah 2
1.3. Pernyataan Masalah 5
1.4. Tujuan Kajian 6
1.5. Objektif Kajian 7
1.6. Persoalan Kajian 7
1.7. Kepentingan Kajian 8
1.8. Batasan Kajian 8
1.9. Definisi Istilah 9
1.10. Kesimpulan 12
VIII
2 SOROTAN KAJIAN
2.1. Pengenalan 13
2.2. Kementerian Pendidikan Malaysia
(Bahagian Teknologi Pendidikan) 13
2.2.1 Falsafah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) 14
2.2.2 Wawasan BTP 14
2.2.3 Visi BTP 14
2.2.4 Misi BTP 15
2.3. Penggunaan Teknologi Komputer Dalam Pengajaran 15
2.3.1 Komputer Membantu Pendidikan
(Computer Aided Education, CAE) 16
2.3.2 Komputer Membantu Pengajaran
(Computer Assisted Intruction, CAI) 16
2.4. Kepentingan Penggunaan Teknologi Komputer
Dalam Sistem Pendidikan 18
2.4.1 Menerangkan Sesuatu Konsep 18
2.4.2 Merangsang Minat Pelajar 19
2.4.3 Mempelbagaikan Aktiviti Pengajaran-Pembelajaran 19
2.4.4 Menjimatkan Masa Pengajaran 19
2.4.5 Melibatkan Pelajar Secara Aktif 20
2.4.6 Menyediakan Pengalaman Sebenar 20
2.4.7 Mempertajamkan Deria Pelajar 21
2.5. Faktor-Faktor Yang Mendorong Penggunaan Teknologi
Dalam Pendidikan Islam 22
2.5.1 Ibu Bapa 22
2.5.2 Guru 23
2.5.3 Rakan Sebaya 25
2.5.4 Sekolah 26
2.6. Masalah-Masalah berkaitan Penggunaan Teknologi Komputer
Dalam Pengajaran 27
2.6.1 Bilangan Komputer 27
2.6.2 Kos Pembelian dan Pengurusan Komputer 27
2.6.3 Keberkesanan Penggunaan Komputer 28
IX
2.6.4 Kemahiran Guru Dalam Mengendalikan Komputer 28
2.7. Cabaran dan Halangan Yang Perlu Diatasi 29
2.8. Cadangan Penambahbaikan 30
2.8.1 Peranan Kerajaan 30
2.8.2 Peranan Sekolah 30
2.8.3 Peranan Guru 32
2.8.3.1 Guru Sebagai Pengajar 33
2.8.3.2 Guru Sebagai Pembimbing 34
2.8.3.3 Guru Sebagai Pemudahcara 34
2.8.3.4 Guru Sebagai Inovator 35
2.8.3.5 Guru Sebagai Pengurus 35
2.8.4 Peranan Masyarakat 36
2.9. Kajian Lepas 36
2.10 Kesimpulan 40
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1. Pengenalan 41
3.2. Rekabentuk Kajian 42
3.3. Populasi dan Sampel Kajian 43
3.4. Instrumen Kajian 45
3.4.1 Pengumpulan Data Primer 45
3.4.1.1 Item Soal Selidik 45
4.4.2 Pengumpulan Data Sekunder 47
3.4.3 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian 47
3.5. Kajian Rintis 48
3.6. Prosedur Kajian 49
3.7. Analisis Data 49
3.8. Penutup 51
X
4 ANALISIS DATA
4.1. Pengenalan 52
4.2. Analisis data bahagian a 53
4.2.1. Jantina 53
4.2.2. Umur 53
4.2.3. Aliran Pendidikan 54
4.2.4. Kelayakan Pendidikan 55
4.2.5. Gred Latihan Mengajar 55
4.2.6. Pendapat Tentang Latihan Mengajar 56
4.2.7. Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 58
4.3. Analisis Data Bahagian B (Analisis Deskriptif) 59
4.3.1. Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan
Teknologi (Komputer) Dalam Matapelajaran
Pendidikan Islam 59
4.3.2. Analisis Masalah Penggunaan
Teknologi (Komputer) Yang Dihadapi Semasa
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam 68
4.3.3. Analisis Cara Yang Terbaik
Dalam Proses Penambahbaikan Penggunaan
Teknologi (Komputer) Dalam Matapelajaran
Pendidikan Islam 78
4.4. Kesimpulan 89
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1. Pengenalan 90
5.2. Perbincangan 90
5.2.1. Latar Belakang Responden Kajian 91
5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan
Teknologi (Komputer) Dalam Matapelajaran
Pendidikan Islam 93
5.2.3 Masalah Penggunaan
Teknologi (Komputer) Yang Dihadapi Semasa
XI
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam 96
5.2.4 Cara Yang Terbaik Dalam Proses Penambahbaikan
Penggunaan Teknologi (Komputer) Dalam Matapelajaran
Pendidikan Islam 98
5.3. Rumusan 100
5.4. Cadangan-Cadangan 101
5.4.1. Guru Pendidikan Islam 102
5.4.2. Pelajar 103
5.4.3. Pihak Sekolah 104
5.4.4. Pihak Kerajaan 104
5.5. Cadangan kajian lanjutan 105
5.6. Kesimpulan 106
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
XII
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Kadar Menentukan Sampel 43
3.2 Skala Pemeringkatan Likert untuk Min 50
4.1 Latar Belakang Pelajar Mengikut Jantina 53
4.2 Taburan Pelajar Mengikut Umur 53
4.3 Taburan Pelajar Mengikut Aliran Pendidikan 54
4.4 Taburan Pelajar Mengikut Kelayakan
Pendidikan 55
4.5 Taburan Pelajar Mengikut Gred Latihan
Mengajar 55
4.6 Pendapat Pelajar Tentang Pengalaman
Latihan Mengajar Mengikut Kriteria 56
4.6.1 Taburan Pendapat Pelajar Tentang
Pengalaman Latihan Mengajar
Mengikut Kriteria : Persekitaran Sekolah 56
4.6.2 Taburan Pendapat Pelajar Tentang
Pengalaman Latihan Mengajar
Mengikut Kriteria : Penerimaan Guru Lain 57
4.6.3 Taburan Pendapat Pelajar Tentang
Pengalaman Latihan Mengajar Mengikut
Kriteria: Bimbingan Guru Pembimbing 57
4.6.4 Taburan Pendapat Pelajar Tentang
Pengalaman Latihan Mengajar Mengikut
Kriteria : Bimbingan Pensyarah Pembimbing 58
4.7 Taburan Pelajar Mengikut Purata Nilai
Gred Keseluruhan (PNGK) 58
4.8 Taburan Skor Min Bagi Item 1 59
4.9 Taburan Skor Min Bagi Item 2 60
XIII
4.10 Taburan Skor Min Bagi Item 3 60
4.11 Taburan Skor Min Bagi Item 4 61
4.12 Taburan Skor Min Bagi Item 5 61
4.13 Taburan Skor Min Bagi Item 6 62
4.14 Taburan Skor Min Bagi Item 7 62
4.15 Taburan Skor Min Bagi Item 8 63
4.16 Taburan Skor Min Bagi Item 9 63
4.17 Taburan Skor Min Bagi Item 10 64
4.18 Taburan Skor Min Bagi Item 11 64
4.19 Taburan Skor Min Bagi Item 12 65
4.20 Taburan Skor Min Bagi Item 13 65
4.21 Taburan Skor Min Bagi Item 14 66
4.22 Taburan Skor Min Bagi Item 15 66
4.23 Rumusan Min Dapatan Kajian Mengenai Persepsi
Pelajar Terhadap Penggunaan Teknologi (Komputer)
Dalam Matapelajaran Pendidikan Islam 67
4.24 Taburan Skor Min Bagi Item 16 69
4.25 Taburan Skor Min Bagi Item 17 69
4.26 Taburan Skor Min Bagi Item 18 70
4.27 Taburan Skor Min Bagi Item 19 70
4.28 Taburan Skor Min Bagi Item 20 71
4.29 Taburan Skor Min Bagi Item 21 71
4.30 Taburan Skor Min Bagi Item 22 72
4.31 Taburan Skor Min Bagi Item 23 72
4.32 Taburan Skor Min Bagi Item 24 73
4.33 Taburan Skor Min Bagi Item 25 73
4.34 Taburan Skor Min Bagi Item 26 74
4.35 Taburan Skor Min Bagi Item 27 74
4.36 Taburan Skor Min Bagi Item 28 75
4.37 Taburan Skor Min Bagi Item 29 75
4.38 Taburan Skor Min Bagi Item 30 76
4.39 Rumusan Min Dapatan Kajian Mengenai Masalah
Penggunaan Teknologi (Komputer) Yang
XIV
Dihadapi Semasa Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Pendidikan Islam 76
4.40 Taburan Skor Min Bagi Item 31 78
4.41 Taburan Skor Min Bagi Item 32 79
4.42 Taburan Skor Min Bagi Item 33 79
4.43 Taburan Skor Min Bagi Item 34 80
4.44 Taburan Skor Min Bagi Item 35 80
4.45 Taburan Skor Min Bagi Item 36 81
4.46 Taburan Skor Min Bagi Item 37 81
4.47 Taburan Skor Min Bagi Item 38 82
4.48 Taburan Skor Min Bagi Item 39 82
4.49 Taburan Skor Min Bagi Item 40 83
4.50 Taburan Skor Min Bagi Item 41 83
4.51 Taburan Skor Min Bagi Item 42 84
4.52 Taburan Skor Min Bagi Item 43 84
4.53 Taburan Skor Min Bagi Item 44 85
4.54 Taburan Skor Min Bagi Item 45 85
4.55 Rumusan Min Dapatan Kajian Mengenai Cara
Yang Terbaik Dalam Proses Penambahbaikan
Penggunaan Teknologi (Komputer)
Dalam Matapelajaran Pendidikan Islam 86
4.56 Nilai Min Bagi Keseluruhan Konstruk Item 88
XV
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
% - Peratus
& - Dan
α - Alpha
SPI - Sarjana Muda Sians Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
LM - Latihan Mengajar
SAW - Sallallahu Alaihi Wasallam
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
JPN - Jabatan Pendidikan Negara
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
N - Saiz Populasi
S - Saiz Sampel
SPSS - Statistical Package of Social Science For Windows
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SBP - Sekolah Berasrama Penuh
LM - Latihan Mengajar
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MSC - Koridor Raya Multimedia
XVI
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
Borang Soal Selidik
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penggunaan teknologi komputer telah mula digunakan sejak lebih setengah dekad yang
lalu. Dengan wujudnya teknologi komputer ini, ia bukan sahaja memudahkan kehidupan
yang semakin kompleks tetapi ia turut membantu memudahkan perlaksanaan sesuatu
pekerjaan. Dalam konteks pendidikan, penggunaan teknologi komputer ini telah mula
diperkenalkan dan digunakan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak
awal tahun 60-an lagi. Malaysia juga turut tidak ketinggalan dalam meniti arus
pembangunan teknologi komputer ini.
Menurut Alferd Bork dalam Nurhidayah Razali (2008: 32), komputer dapat
membantu pembelajaran dari segi membentuk pembelajaran interaktif, individualisasi,
sebagai alat intelektual, kawalan pelajar, mengurus masa pengajaran dan pembelajaran,
membantu pelajar menguasai bahan pengajaran dan sebagai alat pengujian kaedah
pembelajaran. Teknologi komputer juga membantu pengurusan dan boleh dijadikan
sebagai alat untuk berkomunikasi.
Penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dipercayai mampu memberikan sumbangan yang besar terhadap kemajuan pendidikan
disamping menarik minat pelajar. Pendekatan ini amat menarik jika diaplikasikan
2
terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam kerana guru dan pelajar dapat menggunakan
teknologi komputer sebagai medium perantaraan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, pendekatan pembelajaran ini amat menarik serta mampu
meransang pemikiran dan minat pelajar seterusnya menjadikannya suatu bentuk
pengajaran yang agak berlainan kerana dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran,
ia tidak boleh terus berlangsung secara yang sama atau serupa sepanjang masa (Ab
Rahim Selamat, 2000: 32).
Gabungan pelbagai media dapat memanfaatkan sepenuhnya deria penglihatan
dan pendengaran yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Di samping itu,
pelbagai situasi dapat digambarkan dengan baik berkaitan dengan isi kandungan
pengajaran dengan melibatkan pelbagai teknologi seperti animasi, audio, video dan
sebagainya. Oleh itu, keperluan berinteraksi dengan teknologi terkini adalah penting bagi
membiasakan generasi akan datang dengan cara hidup yang canggih serta mampu
menghadapi cabaran era globalisasi tanpa sempadan dengan pemikiran yang positif
seterusnya menjadikan institusi pendidikan sebuah institusi yang cemerlang dalam
pelbagai sudut dan aspek.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan evolusi dalam
sejarahnya dari penyampaian secara lisan, penyampaian melalui alat bantu mengajar
sehinggalah kepada penyampaian yang berasaskan teknologi canggih. Teknologi yang
digunakan dalam konteks kaedah baru akan memberikan manfaat kepada pelajar (Raja
Maznah Raja Hussain, 1993: 66). Oleh itu, pelbagai pihak harus menyedari akan hakikat
ini. Guru perlu bijak dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan. Manakala pelajar perlu berfikiran lebih terbuka untuk menerima perubahan-
perubahan yang bakal dan akan dihadapi khususnya yang melibatkan penggunaan
teknologi komputer dalam proses P&P .
3
Menurut Vasantha dalam Norita Abd Aziz (2007: 3), salah seorang Ketua Jabatan
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman, Petaling Jaya yang juga merupakan
Guru Cemerlang Gred Khas C beberapa tahun yang lalu berpendapat sekolah bestari
hanya akan berjaya jika kesemua guru di sekolah diberi latihan dan mempunyai
kefahaman yang mantap mengenai konsep sekolah bestari tanpa mengambil kira sama
ada subjek mereka dipilih atau tidak.
Selain daripada itu, sekolah bestari pada asasnya tidak berteraskan kepada
perkara yang rutin sepanjang masa. Dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran ia
tidak boleh terus berlangsung secara yang sama atau serupa sepanjang masa. Kedua ia
tidak juga bergantung kepada pengaruh dalaman semata-mata iaitu segala operasinya
adalah berkaitan dengan dunia luaran dan antarabangsa. Ketiga segala tindakan adalah
berteraskan kepada ketrampilan atau kemahiran yang juga didahului dengan pemikiran
dan ilmu pengetahuan. Tiga asas ini ditambah dengan penggunaan teknologi perkakasan
selain teknologi teknik yang canggih hingga mempercepatkan proses membuat
keputusan dengan menggunakan pelbagai maklumat (Ab. Rahim Selamat, 2000: 1).
Maka jelas disini, menurut Arussains (2000) dalam Norita Abd Aziz (2007: 4)
sejajar dengan hasrat Kemeterian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membestarikan
semua sekolah menjelang tahun 2006 sehingga 2010, maka setiap guru serta pelajar perlu
diberi latihan yang mantap serta kemahiran mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan
seperti penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekolah bestari
merupakan satu pergerakan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Ia perlu dilaksanakan
secara berhati-hati agar objektif yang dihasratkan akan tercapai tanpa melibatkan arus
perubahan yang kritikal. Teknologi merupakan kompenan yang merupakan daya
penggerak bagi pelaksanaan sekolah bestari di Malaysia. Teknologi menyediakan
infrastruktur yang diperlukan bagi proses pembelajaran pelajar. Selain itu, teknologi juga
mewujudkan rangkaian pendidikan yang diperlukan untuk menghubungkan semua
sekolah bestari antara satu sama lain.
Sejak tahun 2004, banyak pihak memperkatakan mengenai peluasan Sekolah
Bestari. Menurut mantan Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Dato’ Musa bin
Mohamad, teknologi merupakan asas kepada kehidupan masyarakat abad ke-21. Justeru,
4
usaha perlu dilaksanakan secara gigih untuk menjadikan masyarakat negara ini celik
maklumat. Gagasan Koridor Raya Multimedia (MSC) menjadi kesungguhan kerajaan
merealisasikan usaha mencapai matlamat Wawasan 2020. Ia akan menjadi pemangkin
kepada perkembangan besar sektor teknologi maklumat yang melibatkan tujuh aplikasi
perdana. Antaranya ialah Sekolah Bestari yang akan meletakkan asas kepada
pembangunan sumber manusia yang berpengetahuan dan menguasai maklumat. Ini
sejajar dengan perkembangan global berasaskan K-Ekonomi.
Menurutnya lagi, Kementerian Pendidikan sentiasa peka dan komited terhadap
usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat
dikalangan pelajar. Sebagai anjakan paradigma, Sekolah Bestari mengutamakan
pendekatan inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penggunaan
teknologi komputer menjadi semakin penting. Ini tentunya akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan (Rozinah Jamaludin, 2000: 1).
Tidak dinafikan, walaupun kini terdapat kemudahan teknologi seperti komputer
di sekolah, guru masih mengamalkan amalan pengajaran secara tradisional. Ini kerana
guru berpendapat bahawa pelajar-pelajar tidak bersedia dari aspek sikap, kemahiran dan
penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran kurang berkesan sekiranya guru hanya menggunakan “chalk & talk”
(tradisional). Kaedah tradisional iaitu “chalk & talk” kurang membantu perkembangan
kognitif dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Cara lama itu juga tidak lagi
menjamin keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Rohana Zubir,
1981: 87). Sebagai contoh, menurut Azmi Hj Muad elt. al (2000: 9) bahawa dalam
melaksanakan sistem pendidikan sekolah bestari sumber manusia iaitu guru perlu
dilengkapkan dengan kemahiran yang tertentu dalam teknologi komputer agar dapat
membimbing pelajar, memandu pelajar dan membantu pelajar dalam pembelajaran.
Namun kini, walaupun sesebuah sekolah telah dilabelkan sebagai sekolah bestari
tetapi guru-guru masih mengamalkan amalan tradisional di mana pelajar tidak diberi
kebebasan dan pengajaran masih berpusatkan guru dan satu hala. Apa yang perlu disini
ialah pendekatan bersepadu yang mengambil kira aspek pedagogi, psikologi dan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah amalan baru yang
5
diinginkan dalam pendidikan masa kini. Dengan ini, guru perlu bijak dalam mengambil
inisiatif dengan mengubahsuai teknik pengajarannya agar dapat menarik minat pelajar
seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan.
Jika hal ini tidak dititik beratkan, keadaan ini mungkin akan mengakibatkan mereka
bertindak di luar kawalan guru dan menimbulkan masalah yang lain (Shahabuddin
Hashim elt. al, 2003: 87).
Justeru, apa yang ingin dikupas di sini ialah apakah persepsi pelajar terhadap
penggunaan teknologi komputer dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini
memfokuskan kepada pelbagai aspek seperti aspek penggunaan, pengetahuan, dan juga
penggunaan teknologi dalam matapelajaran pendidikan islam yang diaplikasikan di
sekolah.
1.3 Penyataan Masalah
Dunia pendidikan hari ini menuntut pembaharuan seiring dengan kemajuan
teknologi. Pembelajaran menggunakan teknologi komputer bakal menjadi kaedah
pendidikan terbaru dan terbaik yang mampu meningkatkan tahap penguasaan pelajar
terhadap sesuatu topik. Pemikiran dan minat pelajar dapat dirangsangkan dengan
menggunakan pendekatan ini.
Beberapa permasalahan dalam bidang pendidikan yang telah dikenalpasti adalah
seperti bilangan pelajar yang ramai, kemampuan untuk meningkatkan kemahiran
menyelesaikan masalah di kalangan pelajar dan juga budaya menyelesaikan masalah
dengan mengikut apa yang diajar. Selain itu, pengajaran satu hala yang mana guru lebih
banyak menggunakan pendekatan verbal di dalam kelas bukan sahaja memberikan kesan
kepada sesetengah pelajar tetapi juga menjadi penghalang kepada sesetengah pelajar lain
yang mempunyai tahap pemikiran dan kefahaman yang berbeza (Nurhidayah Razali,
2008: 9). Oleh itu, proses pembelajaran semasa menggunakan teknologi terkini yang
memerlukan lebih banyak visual dan alat bantu mengajar yang dapat mengurangkan
6
pembelajaran berbentuk verbal amat diperlukan dan bersesuaian. Ini kerana ianya
mampu membawa pembaharuan seterusnya menarik minat para pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Disini juga, walaupun hampir keseluruhan kenyataan di atas belum menyebut
akan kepentingan penggunaan teknologi komputer dalam Pendidikan Islam, namun
penyelidik berusaha untuk menyelidik apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan
teknologi komputer dalam matapelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam skop
pendidikan menengah di Malaysia. Tidak dapat dinafikan disini, bahawa terdapat
pelbagai pembaharuan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memastikan negara
tidak ketinggalan dalam meniti arus kemodenan khususnya dalam bidang pendidikan.
Justeru, sebagai rakyat di negara ini, kita perlu bersama-sama menyahut seruan tersebut.
Namun, sejauhmanakah pembaharuan tersebut dapat diteruskan dan apakah hasil yang
akan diperolehi kesan daripada pembaharuan yang dilakukan? Adakah ianya lebih
mendatangkan kebaikan atau sebaliknya khususnya dalam matapelajaran Pendidikan
Islam? Oleh yang demikian, dalam kajian ini penyelidik akan meninjau apakan persepsi
pelajar terhadap penggunaan teknologi komputer dalam matapelajaran Pendidikan Islam.
1.4 Tujuan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar
tahun 3 dan 4 SPI yang telah menjalani proses latihan mengajar terhadap penggunaan
teknologi komputer dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Di samping itu, kajian ini
juga dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa respondan
menggunakan teknologi komputer dalam proses P&P dan cara yang terbaik dalam proses
penambahbaikan penggunaan teknologi komputer dalam matapelajaran Pendidikan
Islam.
7
1.5 Objektif Kajian
Gaya pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah berbantukan teknologi
komputer adalah amat digalakkan. Objektif utama kajian ini adalah seperti berikut :
1.5.1 Mengenalpasti persepsi pelajar tahun 3 dan 4 SPI terhadap penggunaan teknologi
komputer dalam matapelajaran Pendidikan Islam
1.5.2 Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun 3 dan 4 SPI semasa
menggunakan teknologi komputer dalam P&P ketika menjalani proses latihan
mengajar
1.5.3 Mengenalpasti cara yang terbaik dalam proses penambahbaikan penggunaan
teknologi komputer dalam matapelajaran Pendidikan Islam
1.6 Persoalan Kajian
1.6.1 Apakah persepsi pelajar tahun 3 dan 4 SPI terhadap penggunaan teknologi
komputer dalam matapelajaran Pendidikan Islam?
1.6.2 Apakah masalah yang sering dihadapi oleh pelajar tahun 3 dan 4 SPI semasa
menggunakan teknologi komputer dalam P&P ketika menjalani proses latihan
mengajar
1.6.3 Apakah cara yang terbaik dalam proses penambahbaikan penggunaan teknologi
komputer dalam matapelajaran Pendidikan Islam?