utpsz 19:16 (pind.1/97) universiti teknologi malaysia ......jasmani berpunca daripada tanah manakala...

24
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HUBUNGAN PERSONALITI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN SAINS DAN MATEMATIK DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya ___________________NURUL SHAHIDA MA’AJIH ___________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia : Lot 602, Kampung Paya Rawa, En. Jamaludin Ramli Kampung Raja, 22200 Besut, Terengganu

Upload: others

Post on 09-Feb-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: HUBUNGAN PERSONALITI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN SAINS DAN

MATEMATIK DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya ___________________NURUL SHAHIDA MA’AJIH ___________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Nama Penyelia :

Lot 602, Kampung Paya Rawa, En. Jamaludin Ramli

Kampung Raja,

22200 Besut,

Terengganu

Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini sudah memadai dari

segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)”

Tandatangan: …………………………………

Nama Penyelia: ENCIK JAMALUDIN RAMLI

Tarikh: APRIL 2010

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

HUBUNGAN PERSONALITI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR-

PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN SAINS DAN MATEMATIK DI FAKULTI

PENDIDIKAN UTM

NURUL SHAHIDA BINTI MA’AJIH

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Fizik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

i

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan: …………………………………

Nama Penulis: NURUL SHAHIDA BINTI MA’AJIH

Tarikh: APRIL 2010

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

ii

DEDIKASI

Khas buat ayahanda dan bonda yang disayangi dan dihormati

Ma’ajih bin Ismail

Narizan binti Mohd

Yang banyak memberi semangat, galakan dan nasihat

Tanpa iringan doa daripada kalian

Mungkin perjuanganku ini tidak akan berjaya

Buat abang dan adik-adik

Mohd Mustakim bin Ma’ajih

Nurul Shahirah binti Ma’ajih

Nurul Shahizzat binti Ma’ajih

Yang sentiasa memberi sokongan padu

Yang tidak berbelah bagi

Buat rakan-rakan seperjuangan

Yang sentiasa menghulurkan bantuan

Di saat aku amat memerlukan

Terima kasih atas sokongan kalian

Kenangan bersama kalian tetap abadi dalam ingatan

Terima kasih untuk segalanya

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

iii

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah

kurnia-Nya, dapatlah saya menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek saya, En

Jamaludin Ramli di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran, nasihat dan usaha

berterusan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Tanpa

beliau, sudah pasti saya tidak dapat menyiapkan projek saya ini dengan lengkap

menurut keperluan dan kehendak yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Ucapan terima kasih khusus diberikan kepada semua rakan-rakan dari 4SPF,

4SPM, 4SPN dan 4SPC yang telah menjadi responden kajian ini. Selain itu, ucapan

penghargaan tidak lupa juga ditujukan kepada kedua ibu bapa dan keluarga di atas

segala dorongan dan sokongan padu yang mereka berikan kepada saya untuk

menyiapkan projek ini dengan jayanya. Penghargaan juga diberikan kepada semua

rakan-rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

usaha menyiapkan kajian ini.

Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan

yang dapat dimanfaatkan oleh para pendidik dan penyelidik yang berminat serta

cenderung ke arah usaha mempertingkatkan taraf mutu pendidikan.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara personaliti dengan

pencapaian akademik dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir di Jabatan Sains dan

Matematik, Fakulti Pendidikan, UTM. Seramai 80 orang sampel yang terlibat dalam

kajian ini. Soal selidik bagi kajian ini adalah merupakan 40 item daripada Big Five

Inventory (BFI) oleh Oliver John (1991). Kajian rintis dijalankan untuk melihat

kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Nilai kebolehpercayaan bagi

keseluruhan soal selidik ini ialah 0.7672. Data dianalisis dengan menggunakan

perisian Statistical Packages for Social Sciences Windows Version 11.5 (SPSS) bagi

mendapatkan jumlah kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan nilai korelasi.

Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk

menganalisis personaliti yang dominan mengikut pencapaian akademik pelajar

berdasarkan kepada CPA. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan terdapat

hubungan yang positif, tetapi kekuatan hubungan yang lemah (r = 0.13) antara lima

ciri utama personaliti dengan pencapaian akademik. Analisis juga menunjukkan

bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti dengan pencapaian

akademik. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan

kecenderungan personaliti pelajar yang positif dalam usaha meningkatkan pencapaian

akademik mereka.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

v

ABSTRACT

The purpose of this research is to determine the relationship between

personality of students with academic achievements among final year students from

Science and Mathematics Department, Faculty of Education, UTM. The sample

consists of 80 students. The questionnaire for personality consists of 40 items from

Big Five Inventory (BFI) that was from Oliver John (1991). The pilot study was done

in order to determine the reliability and suitability of the questionnaire. The

reliability value of Cronbach Alpha for the whole set of questionnaire used was

0.7672. Data were analyzed using Statistical Package for Social Science Windows

Version 11.5 (SPSS) to obtain percentage, frequency, mean, standard deviation and

Pearson correlation. The descriptive statistics such as frequency, percentages, mean

and standard deviation were used to analyze the dominant personality according to

their academic achievements. Pearson correlations analysis showed that there is a

positive relationship, but very weak (r = 0.13) between personality and academic

achievement. The data analyzed also showed that there is no significant relationship

between personality and academic achievement. Therefore, suggestions were made

to increase the tendency of their positive personality in order to enhance their

academic achievements.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

PENGAKUAN

i

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

ISI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RINGKASAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Skop Kajian

1.9 Batasan Kajian

1

3

5

6

7

8

9

9

10

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

vii

1.10 Definisi Istilah dan Operasional Kajian

1.10.1 Personaliti

1.10.2 Mempunyai sikap terbuka

1.10.3 Mempunyai kesedaran

1.10.4 Bersikap sosial

1.10.5 Berpendapat sama

1.10.6 Bersifat neurotik

1.10.7 Pencapaian akademik

1.10.8 Pelajar

1.11 Kesimpulan

10

11

12

13

13

14

14

15

15

2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Istilah Personaliti

2.3 Ciri-ciri Membentuk Personaliti

2.4 Klasifikasi Personaliti

2.4.1 Teori Psikoanalisis

2.4.2 Teori Trait

2.4.3 Teori Humanistik

2.4.4 Personaliti Mengikut Pandangan Islam

2.5 Sejarah Penemuan Lima Ciri Utama

Personaliti

2.6 Hubungan antara Lima Ciri Utama Personaliti

Dengan Motivasi

2.7 Aplikasi Lima Ciri Utama Personaliti

2.7.1 Akademik dan Hasil Kerja

2.7.2 Perhubungan Sosial

16

16

18

18

19

20

20

21

25

26

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

viii

2.7.3 Kesihatan

2.8 Kajian-kajian Lepas yang Berkaitan

2.9 Kesimpulan

28

29

30

32

3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Lokasi Kajian

3.4 Sampel Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.6 Kajian Rintis

3.6 Analisis Data

3.7 Kesimpulan

33

34

35

35

36

36

37

37

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Bahagian A: Latar Belakang

Responden

4.2.1 Jantina

4.2.2 Kursus

4.2.3 Pencapaian Akademik

4.3 Analisis Bahagian B: Keseluruhan Soal

Selidik

39

40

40

41

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

ix

4.3.1 Analisis Deskriptif Komponen Personaliti

Keterbukaan (openness to experience)

4.3.2 Analisis Deskriptif Komponen Personaliti

Kesedaran (conscientiousness)

4.3.3 Analisis Deskriptif Komponen Personaliti

Bersifat Sosial (ekstrovert)

4.3.4 Analisis Deskriptif Komponen Personaliti

Berpendapat sama (agreeable)

4.3.5 Analisis Deskriptif Komponen Personaliti

Bersifat neurotik (neuroticism)

4.3.6 Hubungan antara Indeks Keserasian

Personaliti dengan Pencapaian Akademik

4.4 Kesimpulan

42

44

45

45

46

48

53

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan Hasil Kajian

5.2.1 Latar Belakang Responden

5.2.2 Trait Lima Ciri Utama Personaliti dengan

Pencapaian Akademik

5.3 Rumusan Kajian

5.4 Cadangan daripada Hasil Kajian

5.4.1 Pelajar

5.4.2 Sistem Pendidikan

5.4.3 Kerajaan

54

54

55

59

59

60

60

61

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

x

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Kesimpulan

62

63

RUJUKAN

64

LAMPIRAN 69

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

xi

SENARAI JADUAL

NO

JADUAL TAJUK

MUKA

SURAT

3.1 Garis panduan Guilford mengenai Kekuatan Hubungan 38

4.1

Taburan responden mengikut jantina 40

4.2

Taburan responden mengikut kursus 41

4.3

Taburan pencapaian akademik pelajar 42

4.4

Taburan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan

responden menjawab item bagi komponen mempunyai sikap

terbuka (openness to experience)

43

4.5

Taburan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan

responden menjawab item bagi komponen mempunyai

kesedaran (conscientiousness)

44

4.6

Taburan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan

responden menjawab item bagi komponen bersifat sosial

(extrovert)

45

4.7

Taburan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan

responden menjawab item bagi komponen berpendapat

sama, iaitu senang mencapai persetujuan (agreeable)

46

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

xii

4.8

Taburan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan

responden menjawab item bagi komponen neurotik iaitu

mempunyai ganguan emosi (neuroticism)

47

4.9

Korelasi Koefisien Pearson antara personaliti mempunyai

sikap terbuka (openness to experience) dengan pencapaian

akademik

49

4.10

Korelasi Koefisien Pearson antara personaliti mempunyai

kesedaran (conscientiousness) dengan pencapaian akademik

49

4.11

Korelasi Koefisien Pearson antara personaliti bersifat sosial

(extrovert) dengan pencapaian akademik

50

4.12

Korelasi Koefisien Pearson antara personaliti berpendapat

sama, iaitu senang mencapai persetujuan (agreeable)

dengan pencapaian akademik

51

4.13

Korelasi Koefisien Pearson antara personaliti neurotik iaitu

mempunyai ganguan emosi (neuroticism) dengan pencapaian

akademik

52

4.14

Korelasi Koefisien Pearson antara personaliti keseluruhan

dengan pencapaian akademik

53

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

xiii

SENARAI SINGKATAN

UTM Universiti Teknologi Malaysia

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

SPF Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPM Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

SPN Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPC Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

BFI Big Five Inventory

CPA Cumulative Percentage Average

SPSS Statistical Package of Social Science

k kekerapan

% Peratusan kekerapan

STS Sangat tidak setuju

TS Tidak setuju

TP Tidak pasti

S Setuju

SS Sangat setuju

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

1 Instrumen Kajian xviii - xxiii

2 Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat xxiv

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Manusia adalah satu ciptaan Tuhan yang terbaik. Islam menganggap setiap

manusia ketika dilahirkan mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang baik yang

dinamakan fitrah. Manusia diciptakan daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani.

Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan

ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman dua unsur yang berbeza dan

berlainan tabiat, sumber dan arah matlamatnya terciptalah manusia dengan kekuasaan

Allah. Maka, jelaslah bahawa setiap manusia yang dilahirkan dengan ciri-ciri yang

berbeza antara satu sama lain, khususnya dari segi tingkah laku dan personalitinya.

Perkataan personaliti bukanlah satu ungkapan yang asing dalam percakapan

kita seharian. Kita sering mendengar ungkapan itu dipertuturkan. Sebagai contoh,

kita sering menyatakan bahawa cikgu itu seorang yang berpersonaliti atau tidak

berpersonaliti. Namun begitu, dalam pengertian psikologi setiap insan mempunyai

personaliti dan tidak mungkin terdapat individu yang tidak mempunyai personaliti.

Walaupun tiada persetujuan dan huraian secara terperinci dalam konsep personaliti,

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

2

secara umumnya ahli psikologi bersetuju bahawa personaliti adalah gambaran

tingkah laku yang tekal atau stabil dalam menghadapi persekitaran.

Konsep personaliti mempunyai beberapa pengertian. Kebanyakan pengertian

tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran sosial dan kesan

yang diberikan oleh seseorang tentang dirinya kepada orang lain. Atribut atau kualiti

merupakan kesan yang diberikan oleh seseorang terhadap orang lain. Melalui

kemahiran sosial, personaliti dinilai daripada cara individu mendapatkan tindak balas

yang positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi. Dalam konteks ini, individu

yang dapat berhubung secara menarik dengan orang lain dikatakan mempunyai

personaliti yang menarik. Berdasarkan kedua-dua pengertian tentang personaliti ini,

adalah jelas bahawa konsep personaliti merujuk kepada penilaian yang dibuat

terhadap seseorang.

Personaliti dikatakan boleh mempengaruhi pencapaian akademik individu

tersebut. Individu yang berpendidikan tinggi berkemungkinan untuk mempunyai

personaliti yang berbeza dengan individu yang berpendidikan rendah. Sistem

perkembangan generasi muda haruslah difokuskan kepada perkembangan untuk

menjadi manusia yang berkualiti dengan memiliki personaliti yang unggul untuk

mengejar kecemerlangan yang menyeluruh. Pencapaian akademik yang cemerlang

bukan sahaja menjadi kebanggaan pelajar dan ibu bapa, namun menjadi ukuran

kepada masa depan mereka. Ini kerana sudah menjadi kelaziman bahawa pencapaian

akademik yang cemerlang membuka peluang yang luas ketika memasuki alam

pekerjaan.

Di samping minat dan pencapaian akademik, personaliti memainkan peranan

dalam pemilihan kerjaya. Individu yang realistik lebih gemar kepada pekerjaan yang

praktikal, individu yang suka bergaul dengan orang lain lebih berminat kepada

profesion yang membantu manakala individu yang bersemangat tinggi akan mencari

pekerjaan yang mempunyai kuasa, status dan lain-lain. Secara tidak langsung,

matlamat negara akan tercapai dengan adanya tenaga kerja yang professional ini,

seterusnya terus mendorong kepada kemajuan ekonomi negara.

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

3

Dalam era globalisasi ini, masyarakat yang mempunyai tahap pendidikan

yang tinggi adalah sangat perlu untuk negara menghadapi dunia yang penuh dengan

persaingan. Para pelajar di universiti adalah golongan yang bakal membentuk

generasi pada masa hadapan serta membawa hala tuju pembangunan negara kita.

Sesuatu organisasi biasanya akan mengambil pekerja yang mempunyai pencapaian

akademik yang cemerlang. Bagi mereka yang tidak memperoleh kecemerlangan

dalam akademik, mereka akan menghadapi masalah untuk bersaing dengan orang

lain untuk memperoleh pekerjaan. Tambahan pula, apabila keadaan ekonomi yang

mengalami kemerosotan yang mendorong kepada peluang pekerjaan yang terhad.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1988).

Sektor pendidikan di Malaysia sedang berubah secara dinamis dari semasa ke

semasa sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Matlamat menjadikan

Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan di

peringkat antarabangsa memerlukan negara meningkatkan kemajuan dalam bidang

pendidikan untuk memperoleh status „World Class Education’. Selaras dengan ini

beberapa usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran bagi mencapai matlamat

tersebut. Misalnya, Kurikulum Sains dan Matematik, sebagai faktor dominan yang

mempengaruhi pendidikan turut mengalami perubahan ke arah ini. Reformasi

Kurikulum Sains dan Matematik yang dilakukan adalah selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Sains Negara.

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

4

Kemajuan dalam bidang pendidikan ini mendorong kepada perubahan tahap

personaliti setiap individu kerana mereka bersaing untuk memperoleh kejayaan yang

terbaik untuk diri masing-masing. Tambahan pula, personaliti setiap individu

mencerminkan tahap pencapaian dalam pendidikan yang berbeza-beza. Personaliti

adalah salah satu faktor yang mempunyai kaitan dengan keunikan manusia (Fiest dan

Fiest, 1998). Ini kerana setiap manusia dilahirkan mempunyai persamaan dan

perbezaan yang tersendiri. Tidak kiralah sama ada aspek luaran ataupun dalaman

individu itu. Bak kata pepatah “rambut sama hitam tetapi hati lain-lain”. Maka,

tidak hairanlah apabila terdapat ahli teori personaliti yang percaya bahawa setiap

individu adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan orang lain.

Personaliti pelajar sering dikaitkan dengan hasil pencapaian. Menurut Cattel

(1975), adalah perkara biasa bagi para pendukung yang berpengalaman dalam hampir

semua bidang mempercayai bahawa personaliti dan kebolehan menentukan hasil dan

keputusan, cuma kepentingan kedua-dua unsur ini berbeza-beza mengikut bentuk

pencapaian yang terlibat. Menurut Marimuthu (1990), pencapaian akademik pelajar

adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor diri sendiri, rakan

sebaya, keluarga dan persekitaran pelajar. Faktor diri sendiri seperti di atas adalah

terkandung di dalam personaliti seseorang individu atau pelajar. Oleh itu, personaliti

dapat dikaitkan dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah mahupun di pusat

pengajian tinggi. Setiap pencapaian yang diperolehi biasanya disokong oleh sesuatu

perangsang dalaman mahupun luaran dari seseorang individu.

Aspek-aspek personaliti juga boleh mempengaruhi fungsi intelek. Dalam satu

kajian tentang pertumbuhan mental dan perkembangan personaliti, kanak-kanak yang

mempunyai darjah kecerdasan yang berbeza didapati berbeza dari segi trait

personaliti yang berikut iaitu kebebasan, daya usaha, penyelesaian masalah dan

persaingan. Ini bermakna bahawa individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi

menunjukkan daya usaha yang lebih tinggi, darjah kebebasan yang tinggi,

berkeupayaan menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi persaingan

berbanding dengan individu yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah.

Interaksi antara intelek dan personaliti amat kompleks dan terdapat perbezaan yang

besar dalam penyesuaian personaliti di semua peringkat kecerdasan.

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

5

Secara umumnya, personaliti yang negatif sering dikaitkan dengan

pencapaian akademik yang rendah. Dalam kajian yang dijalankan oleh Wesley

(1994), mendapati bahawa pelajar yang mempunyai sikap melewatkan penyiapan

tugasan lebih cenderung untuk memperolehi pencapaian akademik yang rendah.

Begitu juga dengan pelajar yang meletakkan matlamat yang tidak realistik sebagai

objektif dalam mencapai kejayaan. Kesannya pelajar itu akan mengalami

underachievement, iaitu merujuk kepada ketidakupayaan seseorang individu untuk

mencapai ke paras pencapaian yang sepatutnya.

1.3 Penyataan Masalah

Satu perkara yang ketara dalam perkembangan personaliti ialah perbezaan

individu. Tidak ada dua individu yang mempunyai personaliti yang serupa. Setiap

individu berbeza daripada individu yang lain dalam aspek-aspek tertentu seperti

kecerdasan, kreativiti, dan kepimpinan. Perbezaan dalam aspek-aspek tersebut

menghasilkan individu yang berbeza-beza dalam ciri personaliti mereka.

Dalam kajian ini, penekanan diberikan kepada lima aspek utama personaliti

iaitu keterbukaan (openess to experience), mempunyai kesedaran

(conscientiousness), bersifat sosial (extrovert), berpendapat sama, iaitu senang

mencapai persetujuan (agreeable) dan bersifat neurotik iaitu mempunyai ganguan

emosi (neuroticism), atau lebih dikenali sebagai OCEAN atau „Big Five Personality

Traits’ (Costa & McCrae, 1995; Goldberg, 1981; McCrae & John, 1992; Saucier &

Goldberg, 1996). Lima aspek utama personaliti ini adalah berdasarkan kepada

gabungan antara pendekatan leksikal dan pendekatan statistik. Pendekatan leksikal

ini bermula pada tahun 1930, dengan hasil kerja oleh Allport dan Odberg (1936).

Kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kajian berkaitan dengan lima ciri

utama personaliti ini yang telah dilakukan oleh ramai pengkaji (Larsen, R.J & Buss,

D.M, 2002).

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

6

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan personaliti yang telah

disenaraikan dengan pencapaian akademik pelajar. Sesungguhnya, personaliti

individu yang memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang adalah berbeza

dengan personaliti individu yang memperolehi pencapaian akademik yang tidak

cemerlang.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah utuk mengenalpasti personaliti yang dimiliki oleh

setiap pelajar selaras dengan pencapaian akademik mereka. Oleh itu, objektif kajian

ini secara khusus adalah:

i. Mengenalpasti personaliti keterbukaan (openess to experience) dalam

kalangan pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus Ijazah Sarjana

Muda serta Pendidikan Fizik (SPF), Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan

Kimia (SPC), Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan Sains (SPN) dan Ijazah

Sarjana Muda serta Pendidikan Matematik (SPM).

ii. Mengenalpasti personaliti mempunyai kesedaran (conscientiousness) dalam

kalangan pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC,

SPN dan SPM.

iii. Mengenalpasti personaliti bersifat sosial (extrovert) dalam kalangan

pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC, SPN dan

SPM.

iv. Mengenalpasti personaliti berpendapat sama, iaitu senang mencapai

persetujuan (agreeable) dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir yang

mengambil kursus SPF, SPC, SPN dan SPM.

v. Mengenalpasti personaliti bersifat neurotik iaitu mempunyai ganguan emosi

(neuroticism) dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil

kursus SPF, SPC, SPN dan SPM.

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman

7

vi. Mengenalpasti hubungan personaliti secara keseluruhannya dengan

pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus

SPF, SPC, SPN dan SPM.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang dibina berdasarkan objektif kajian adalah:

i. Adakah pelajar-pelajar tahun akhir yang mngambil kursus Ijazah Sarjana

Muda serta Pendidikan Fizik (SPF), Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan

Kimia (SPC), Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan Sains (SPN) dan Ijazah

Sarjana Muda serta Pendidikan Matematik (SPM) mempunyai personaliti

keterbukaan (openess to experience)?

ii. Adakah pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC, SPN

dan SPM mempunyai personaliti mempunyai kesedaran

(conscientiousness)?

iii. Adakah pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC, SPN

dan SPM mempunyai personaliti bersifat sosial (extrovert)?

iv. Adakah pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC, SPN

dan SPM mempunyai personaliti berpendapat sama, iaitu senang mencapai

persetujuan (agreeable)?

v. Adakah pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC, SPN

dan SPM mempunyai personaliti bersifat neurotik iaitu mempunyai

ganguan emosi (neuroticism)?

vi. Apakah hubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik pelajar-

pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC, SPN dan SPM?