waktu imsak

7
8/19/2019 waktu imsak http://slidepdf.com/reader/full/waktu-imsak 1/7  Kekeliruan Bermula Waktu I msak  Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallah u ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)  Puasa adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Dalam kita menjalani ibadah puasa, banyak perkara yang  berkaitan dengannya perlu diketahui dan difahami dengan lebih mendalam, tujuannya untuk membantu kita melaksanakannya dengan sempurna. Salah satu perkara yang harus difahami itu ialah imsak . Apa yang dimaksudkan dengan imsak ? Pengertian I msak   Imsak  adalah perkataan bahasa Arab yang bererti menahan diri.  Imsak  pada puasa pula ertinya menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa, makan, minum dan persetubuhan dengan syarat-syarat yang tertentu. Waktu imsak  bagi orang yang berpuasa bermula dari terbit fajar  shadiq sehingga terbenam matahari. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:                                                                                                                                                                 781  

Upload: alyasak-berhan

Post on 07-Jul-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: waktu imsak

8/19/2019 waktu imsak

http://slidepdf.com/reader/full/waktu-imsak 1/7

 

Kekeliruan Bermula Waktu Imsak  

( Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atasRasulullah Shallallah u ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)  

Puasa adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan.

Dalam kita menjalani ibadah puasa, banyak perkara yang

 berkaitan dengannya perlu diketahui dan difahami dengan lebih

mendalam, tujuannya untuk membantu kita melaksanakannyadengan sempurna. Salah satu perkara yang harus difahami itu

ialah imsak . Apa yang dimaksudkan dengan imsak ?

Pengertian Imsak  

 Imsak  adalah perkataan bahasa Arab yang bererti menahan diri.

 Imsak  pada puasa pula ertinya menahan diri dari perkara yang

membatalkan puasa, makan, minum dan persetubuhan dengansyarat-syarat yang tertentu.

Waktu imsak  bagi orang yang berpuasa bermula dari terbit fajar

 shadiq sehingga terbenam matahari.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

                                             

                                                …

781

 

Page 2: waktu imsak

8/19/2019 waktu imsak

http://slidepdf.com/reader/full/waktu-imsak 2/7

 

Tafsirnya:  “ Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa,

bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu (kerana)

mereka adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula

adalah sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui

bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia

menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang

campurilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah

ditetapkan oleh Allah bagi kamu, dan makan serta minumlah

kamu (pada malam bulan Ramadhan itu) sehingga nyata kepada

kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam

(kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian

 sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib);

…” (Surah al-Baqarah: 187) 

Selain daripada itu, imsak   pada bulan Ramadhan bukan hanya

dikhususkan kepada orang yang berpuasa sahaja, bahkan ia

diwajibkan juga kepada orang-orang tertentu walaupun

 puasanya sudah batal, antaranya:

  Orang yang berbuka puasa dengan senghaja tanpa ada

keuzuran.  Orang yang lupa berniat malam hari pada bulan

Ramadhan.

  Orang yang bersahur menyangka bahawa fajar  shadiq 

 belum terbit, sedangkan pada hakikatnya ketika itu fajar

sudah terbit.

  Orang yang berbuka puasa menyangka bahawa matahari

telah terbenam sedangkan pada hakikatnya ketika itu

matahari masih kelihatan.

Selain itu juga, imsak   disunatkan kepada orang-orang tertentu

walaupun dia tidak berpuasa, antaranya:

  Seseorang yang berbuka puasa disebabkan keuzuran

seperti orang yang sakit apabila dia sembuh dan orang

yang musafir apabila dia sampai ke tempat kediamannya

 pada waktu siang Ramadhan.

Page 3: waktu imsak

8/19/2019 waktu imsak

http://slidepdf.com/reader/full/waktu-imsak 3/7

 

  Orang yang sedar daripada gila, orang yang memeluk

agama Islam, kanak-kanak yang baru baligh dan

 perempuan yang baru bersih daripada haidh atau nifas

 pada waktu siang Ramadhan. 

Beberapa Kekeliruan Mengenai Bermula Waktu Imsak  

1. Kekeliruan mengenai hadits bersahur setelah kedengaran

azan

Dalam usaha kita untuk mendalami hukum-hakam berhubung

dengan puasa, pada masa kini telah diperkenalkan perkhidmatan

sistem teknologi informasi dan komunikasi yang berfungsi

sebagai tempat penyebaran maklumat-maklumat. Namun

sejauhmana setiap perkongsian maklumat tersebut memberikan

fakta yang tepat, shahih dan benar? Antara maklumat yang

 pernah disebarluaskan ketika dulu melalui perkhidmatan

aplikasi moden ini, ialah satu perkongsian tazkirah  mengenai

sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah

 Radhiallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi

wasallam telah bersabda:

Maksudnya:  “ Jika salah seorang daripada kamu mendengar

azan, sedangkan terdapat bejana (tempat menyimpan makananatau minuman) pada tangannya maka janganlah diletakkan

bejana itu sehingga dia menyelesaikan hajatnya (makan atau

minum) dari bejana itu.” (Hadits riwayat Abu Daud) 

Sebilangan orang berpendapat bahawa hadits ini menjelaskan

tentang keadaan seseorang yang sedang bersahur yang tiba-tiba

mendengar laungan azan subuh, sedangkan pada ketika itu dia belum selesai menghabiskan makanan atau minuman pada bekas

Page 4: waktu imsak

8/19/2019 waktu imsak

http://slidepdf.com/reader/full/waktu-imsak 4/7

 

atau gelas yang berada di tangannya, maka tidaklah perlu dia

meletakkannya sehingga dia menghabiskan baki makanan atau

minumannya itu. Menurut fahaman mereka juga, perkara ini

apabila dilakukan tidak akan membatalkan puasa seseorang itu.

Persoalannya adakah benar seperti apa yang mereka fahami?

Sejauhmana tazkirah  ini dapat menyampaikan ilmu dan

maklumat yang benar-benar tepat? Jika ia tidak dihuraikan

dengan lebih jelas maka ia akan menimbulkan kekeliruan.

Penjelasan mengenai hadits di atas, menurut Imam an-Nawawi

 Rahimahullah  bahawa azan yang dimaksudkan dalam hadits

tersebut adalah laungan azan pertama sebelum fajar dan ia

 bukan azan subuh.

Ini bertepatan dengan hadits yang diriwayatkan daripada‘Aisyah  Radhiallahu ‘anha  bahawasanya Nabi Shallallahu

‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya:  “Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada

waktu malam, maka makanlah dan minumlah kamu sehingga

 Ibn Ummi Maktum mengumandangkan azan.” ( muttafaq ‘alaih )

Hadits ini menunjukkan bahawa harus melaungkan azan

sebanyak dua kali, azan pertama sebelum terbit fajar (masihmalam) dan azan kedua setelah masuk waktu subuh. Imam an-

 Nawawi menyebutkan dalam kitab Syarah Muslim, menurut

ulama bahawa Bilal  Radhiallahu ‘anhu  melaungkan azan

sebelum fajar dan beliau berdoa dan sebagainya sementara

menanti terbitnya fajar. Apabila fajar sudah hampir terbit, beliau

akan mengkhabarkan Ibn Ummi Maktum  Radhiallahu ‘anhu,

kemudian Ibn Ummi Maktum  Radhiallahu ‘anhu akan bersiap-

siap dengan bersuci dan sebagainya lalu mengumandangkanazan subuh di awal masuknya waktu terbit fajar. 

Page 5: waktu imsak

8/19/2019 waktu imsak

http://slidepdf.com/reader/full/waktu-imsak 5/7

 

Hikmah melaungkan azan pertama sebelum terbit fajar itu

antaranya bertujuan supaya orang ramai bersiap sedia sebelum

menunaikan sembahyang subuh seperti bersuci daripada junub,

 berwudhu, mandi dan termasuk juga untuk bersahur bagi orang

yang hendak berpuasa. 

Hadits ini juga menunjukkan bahawa orang yang hendak

 berpuasa harus makan, minum, jima’  dan sebagainya selagi fajar

 shadiq belum terbit.

Oleh itu, jelaslah bahawa tanggapan segelintir orang mengenai

keharusan makan dan minum walaupun setelah azan subuh

 berkumandang adalah tidak tepat. Ini kerana hadits yangdisebutkan di atas menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu

‘alaihi wasallam  menyuruh makan dan minum selagi fajar

 shadiq belum terbit. 

2. Kekeliruan waktu imsak yang tercatat dalam kalendar

Di Negara Brunei Darussalam telah disediakan waktu-waktu

sembahyang, imsak   dan  syuruk   sepanjang tahun yang padakebiasaannya dicetak dalam kalendar. Apa yang menjadi

kekeliruan segelintir masyarakat adalah waktu imsak   yang

tercatat dalam kalendar tersebut, waktunya bermula sepuluh

minit lebih awal daripada waktu subuh.

Menurut mereka, jika masuk waktu imsak   yang tercatat dalam

kalendar tersebut, maka bermulalah waktu berpuasa dan batal

 puasa jika masih meneruskan bersahur.

Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, waktu imsak   bagi

orang yang hendak berpuasa bermula dari terbit fajar  shadiq

iaitu setelah masuk waktu subuh. Malahan sunat melambat-

lambatkan sahur sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh

Abu dzar  Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi

wasallam bersabda:

Page 6: waktu imsak

8/19/2019 waktu imsak

http://slidepdf.com/reader/full/waktu-imsak 6/7

 

Maksudnya: “Umatku sentiasa berada dalam kebaikan selama

mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan bersahur” (Hadits riwayat Imam Ahmad)

Hukum sunat melambatkan sahur itu tertakluk apabila tidak

timbul keraguan pada waktu terbitnya fajar. Jika ada keraguan

 pada waktu terbitnya fajar maka tidak sunat melambat-

lambatkan sahur bahkan afdhal untuk tidak melambatkannya 

sehingga ke akhir waktu. Ini kerana meninggalkan perkara yang

diragukan itu adalah disuruh  syara‘   sebagaimana diriwayatkanoleh al-Hasan bin ‘Ali, apa yang beliau hafal daripada

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sabdanya:

Maksudnya: “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepadaapa yang tidak meragukanmu.” 

(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Jika dilihat kembali mengenai puasa, antara perkara  sunnah 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  yang disukai ialah

melambatkan bersahur kerana sesiapa yang mengakhirkan atau

melambatkan sahur pada akhir malam iaitu hampir terbit fajar

akan mendapat ganjaran pahala sunat bersahur itu.

Adapun waktu afdhal melambatkan sahur itu kira-kira kadar

membaca lima puluh ayat sebelum terbit fajar. Zaid bin Tsabit

 Radhiallahu ‘anhu telah meriwayatkan:

Page 7: waktu imsak

8/19/2019 waktu imsak

http://slidepdf.com/reader/full/waktu-imsak 7/7

 

Maksudnya: “Kami bersahur bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi

wasallam, kemudian Baginda mendirikan sembahyang, lalu

ditanyakan kepada Baginda: “Berapakah jarak antara azan dan

 sahur?” Baginda bersabda: “Kira-kira lima puluh ayat.” (Hadits riwayat al-Bukhari)

 

Walau bagaimanapun waktu imsak  yang tercatat dalam kalendar

(sepuluh minit lebih awal daripada waktu subuh) itu, adalah

 bertujuan antara lain sebagai langkah berhati-hati agar orang

yang berpuasa bersiap sedia untuk menempuh waktu berpuasa

seperti membersihkan makanan yang terselit di celah-celah gigi

dan seumpamanya.

Demikianlah penjelasan mengenai waktu imsak bagi

menghuraikan kekeliruan segelintar masyarakat.

Apa yang penting, kita hendaklah berhati-hati dan tidak

sewenang-wenangnya mengambil maklumat, pengajaran, ilmu

lebih-lebih lagi yang menyangkut perkara hukum tanpa

menyelidiki keshahihan sumber dan huraiannya. Kita hendaklah

merujuk atau bertanya kepada orang yang benar-benar tahumengenainya agar kita lebih terarah ke jalan yang benar

sebagaimana firman Allah Ta‘ala:

             24

 

Tafsirnya:  “ Maka bertanyalah kepada orang-orang yangmempunyai pengetahuan (mengenai kitab-kitab Allah) jika

benar kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl: 42)