21052383 sejarah melayu atau sulalatus salatin cnck
TRANSCRIPT
Ahli-ahli sejarah professional enggan mengguna teks klasik Melayu
tradisional kerana isi kandungannya termasuk mitos, khayalan dan
legenda. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan komen tersebut
dengan merujuk teks-teks tertentu.
Para Sejarawan moden seperti J.C.Bottoms, R.O Wistedt dan
sebagainya telah menolak dan enggan menggunakan teks klasik Melayu
kerana kandungannya termasuk mitos, khayalan dan lagenda. Istilah
sejarah moden barat lebih menjurus kepada pendapat R.G.Collingwood
yang telah menyatakan semua sejarah adalah sejarah pemikiran yang
harus bersifat objektif, humanistik, rasional.1 Mitos ialah cerita rakyat
yang mempunyai unsur keajaiban, unsur luar biasa pada manusia dan
makhluk-makhluk lain. Manakala lagenda adalah unsur-unsur
keistimewaan seseorang tokoh seperti ketangkasan, ketebalan, kekuatan
dan sebagainya.2 Melalui pendirian inilah karya tradisional telah ditolak.
Berdasarkan isu ini saya akan membahaskan berdasarkan teks Klasik
Sejarah Melayu .Jelasnya, Sejarah Melayu memang mempunyai unsur-
unsur ini.
Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang (TSL) atau nama
sebenarnya Tun Muhammad. Beliau adalah bendahara kerajaan Johor-
1Muhd Yusof Hashim, Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah, ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997), ms. 8.2 Ali Ahmad, Karya-Karya Sestera bercorak Sejarah, ( Selangor : Ampang Press, 1987), ms 11-14.
Riau. Pada abad ke-20, Abdullah Munshi telah menukar judul karya
kepada Sejarah Melayu. Terdapat 29 buah ras khas Sejarah Melayu
yang mempunyai pelbagai versi yang telah disalin dari teks asalnya.
Sejarah Melayu adalah bercorak prosa-riwayat yang merangkumi kisah
raja Melaka dari sebelum penubuhan Melaka sekitar 1400 sehingga
penyerangan Portugis di Melaka pada 1511.
Memang diakui bahawa SM itu mempunyai banyak kelemahan
tetapi patut dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana
dihasilkan mengikut cara yang sesuai dengan kehendak zaman dan
masyarakatnya. Daripada beberapa pandangan diatas, Saya berpegang
teguh bahawa SM memang mempunyai banyak kelemahan tetapi
pada bahagian-bahagian tertentu, SM masih boleh digunakan
sebagai sumber sejarah. Seperti yang telah dikatakan oleh seorang
sarjana, , jika kita pandai memilih mana bahan yang berupa fantasi dan
mana bahan yang berupa fakta, tentu sekali SM amat berguna dari segi
sejarah.3 Maka, penggunaan SM secara berhati-hati dan digandingkan
dengan sumber lain boleh digunakan sebagai sumber sejarah.
SM memang tidak dapat diterima sebagai sejarah dalam
pensejarahan moden kerana:
3 Abu Hassan Sham, Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu, ( Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors, 1977,) ms.123.
Pertama, Sejarah Melayu mempunyai unsur mitos, khayalan dan
lagenda sekadar untuk membina karisma kesultanan melayu melaka . Hal
ini diakui oleh Yusof Iskandar.4 Cerita-cerita mitos ini dapat dilihat dalam 3
perkara iaitu berhubung asal-usul raja, pembukaan negeri dan mitos
kedatangan agama Islam. Contohnya Pengislaman Raja Kecil Besar
dikatakan dari mimpinya bertemu Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi sendiri
mengislamkannya tetapi dari sudut sejarah pula berbeza. Menurut
catatan Tome Pires, Barbossa dan Valentijin mendapati kedatangan
islam bukannya melalui mimpi tetapi melalui perkahwinan antara Raja
Melaka dengan Puteri Pasai beragama Islam.5 Kisah ini jelas berunsur
mitos dan mitos ini sengaja di ada-adakan oleh Tun Sri Lanang untuk
membina karisma, kebesaran, keistimewaan , keunggulan nenek moyang
raja-raja Melaka. Oleh itu, Jelas membuktikan Sejarah Melayu ditulis
sekadar untuk meningkatkan institusi raja-raja diperkuatkan dengan
konsep ‘daulat dan derhaka’ tanpa meletakkan asas kebenaran yang
sepatutnya. Unsur dongengan ini jelas terpesong daripada penulisan
sejarah yang dianjurkan oleh Collingwood iaitu ‘ kerasionalan’ dan
‘kemanusiaan’.6
4 Abd.Rahman Kaeh, Sejarah Melayu: Satu perbicaraan Kritis dari pelbagai bidang, (Kuala Lumpur : Heinemann Edicational Book,1974), ms.45.5 Mustafa Mohd Isa, Kajian teks Melayu klasik terpilih , ( Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1999), ms. 71.6 Rahman Kaeh, Sejarah Melayu: Satu perbicaraan Kritis, ms 22
Kedua, Sejarah Melayu bertujuan memegahkan orang Melayu
Melaka. Sejarah Melayu melalui lagendanya seperti Hang Tuah, Badang,
batu belah batu bertangkup dan sebagainya cuba mewujudkan tokoh-
tokoh yang dilebih-lebihkan kekuasaannya melebihi manusia biasa.
Contohnya kisah Badang yang menjadi gagah perkasa akibat memakan
muntah hantu.
“…jikalau engkau hendakkan gagah…makanlah muntahku…Setelah itu oleh badang dicubanya segala pohon kayu hampirnya yang besar-besar itu, dengan sekali bantunnya habis patah-patah”7
Motif ini bertujuan mewujudkan satu persepsi yang menyanjung
dan mempamerkan kehebatan masyarakat Melayu yang sering
digambarkan mempunyai kekuatan luar biasa dan kepakaran yang tinggi.
Ironisnya pula, kisah ini memperlihatkan pula kepatuhan kesanjungan si
Badang terhadap Sultannya yang terbukti apabila perkara pertama yang
difikirkan badang setelah gagah nanti adalah untuk berkhidmat pada
Sultannya.“ …aku meminta kuat dan gagah, supaya aku kuat
mengerjakan tuanku”8 Isu ini memperlihatkan unsur kemegahan orang
Melayu yang mempertingkatkan lagi kewibawaan kesultanan Melayu. Hal
ini di akui oleh Mohd Taib Osman yang menyatakan bahawa Sejarah
7 A. Samad Ahmad (peny.), Sulalatus Salatin Sejarah Melayu , (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003), ms 48-49.8 A. Samad Ahmad . Sejarah Melayu. Ms 48.
Melayu berusaha memegahkan orang-orang Melayu Melaka serta
menunjukkan keberanian dan kehandalan orang melayu dengan kekuatan
yang luar biasa tanpa berjejak di atas bumi yang nyata.9
Sejarah Melayu tidak boleh dikata sumber sejarah dalam erti kata
sebenar kerana tidak mengandungi tarikh-tarikh dalam penulisannya.
Sumber sejarah yang kukuh perlulah mengandungi tarikh-tarikh yang
nyata. tetapi Sejarah Melayu ditulis dalam kisah-kisah yang pendek
tersusun mengikut kronologi tanpa tarikh dan tidak mementingkan tarikh.
Susunan kronologi sesuatu sejarah tidak boleh diagak mengikut sultannya
sahaja. Angka-angka tahun tidak diberikan untuk mengukuhkan sesuatu
peristiwa dan fakta-fakta sejarah.10 Banyak peristiwa-peristiwa penting
dalam Sejarah Melayu yang tidak bertarikh seperti penawanan Melaka
oleh Portugis dan perang dengan Siam. Sedangkan tarikh-tarikh ini
penting bagi tujuan paparan dan pengkajian sejarah. Menurut Taib
Osman, tarikh berperanan penting dalam menetapkan sesuatu peristiwa
itu berlaku dan boleh dibandingkan dengan sejarah-sejarah lain. 11
9 Mohd Taib Osman, “Tuhfat Al –Nafis, Corak Histografinya: Persamaan dan Penyimpangan dari Tradisi Histiografi Melayu,” dalam Sastera Sejarah: Interprestasi dan Penilaian,peny. Zahrah Ibrahim (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986) ms 256-257.10 Rahman Kaeh, Sejarah Melayu: Satu perbicaraan Kritis .ms 2311 Mohd Taib, Tuhfat Al –Nafis,, ms.258.
Ketiga, SM tidak diterima sebagai dokumen sejarah dalam erti kata
sebenar kerana tidak mempunyai sumber rujukannya. Sumber merupakan
unsur penting dalam pensejarahan moden. Menurut Oxford English
Dictionary, Sumber atau source bermaksud sesebuah karya yang
menyediakan maklumat atau bukti yang bersifat tulen berkenaan sesuatu
fakta, kejadian atau siri hal-hal tertentu.12 Tanpa sumber, sesuatu fakta
sejarah adalah diragui dan tidak diterima. Sumber adalah saksi dan bukti
dalam perbicaraan. Thucyidides menyatakan bahawa penyelidikan
sejarah terletak berdasarkan bukti-bukti yang sahih sahaja.13 Sumber
diperlukan bagi menggelakkan berlakunya penyelewengan fakta, sama
ada fakta tersebut berlaku penambahan atau pengurangan dan bagi
menentukan kewarasan tentang sesuatu isi kandungan. Malangnya,
Sejarah Melayu tidak menerangkan sama sekali sumber-sumber yang
diperolehinya 14Tun Sri Lanang gagal dalam memuatkan dengan jelas
kaedah-kaedah penyelidikan, tidak menyenaraikan nama-nama saksi
dengan terperinci . Hal yang sama telah dilakukan oleh Thucyidides yang
mendapat kritikan Collingwood yang menganggap lebih banyak
mengandungi imaginasi dan bukannya sejarah.15
12 Suntralingam R, Pengenalan Kepada Sejarah. ( Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1985), ms 28-2913 Collingwood R.G Idea sejarah.(terj) Muhd yusof Ibrahim, ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985), ms.8.14 Mohd Taib, Tuhfat Al –Nafis, ms. 259.15 Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahya, Sejarah dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998) , ms. 67.
Keempat, Sejarah Melayu lebih bercorak sastera, budaya dan
politik sesebuah kerajaan. Melalui penulisan Sejarah Melayu terdapat
terlalu banyak unsur -unsur sastera yang dimasukkan didalamnya selain
unsur mitos, khayalan dan lagenda. Pengarang banyak memasukkan
unsur seperti penilaian, bahasa berlapis, simile, monolog dan sebagainya.
Contohnya, ialah unsur monolog yang berlaku dalam Sejarah Melayu.
Monolog ialah tutur kata atau pengucapan oleh sesuatu watak secara
bersedirian. 16”
Maka gajah itu dilanggarkan baginda ke Bailarong baginda sendiri habis roboh-roboh. Maka titah baginda. “Demikianlah kelak bailarong Raja Melaka ku langgarkan dengan gajahku ini.”17
Pengarang memasukkan unsur monolog sedangkan secara
nyatanya seeorang individu tidak akan dapat mendengar individu lain
bermonolog. Malahan unsur kesusteraan Sejarah Melayu menjadi karya
agung sastera melayu yang tidak ada tolak bandingnya.18 Sejarah Melayu
juga berunsur politik kerana kisahnya yang berkisar Istana dan berniat
meningkatkan keagungan pemerintah. Sejarah Melayu itu sendiri telah
dinamakan Sulalatus Salatin (Pertuturan segala raja-raja). Hal ini
ditegaskan dengan artikel Abdul Rahman Ismail bahawa Sejarah Melayu
16 Mustafa, Kajian teks Melayu klasik , ms.7017 A. Samad, Sejarah Melayu , ms.173.18 Mustafa, Kajian teks Melayu klasik, ms. 71
selain sastera adalah dokumen yang memuatkan satu bentuk pemikiran
politik seperti yang dikehendaki oleh golongan istana. Manakala keadaan
rakyat tidak diberi tempat dalam penulisannya.19 Sifat sastera yang wujud
bercanggahan dengan cara dan methodologi penulisan sejarah. Oleh
itulah, Sejarah Melayu telah ditolak oleh ahli sejarah sebagai tidak bersifat
ilmiah. Maka tidak hairanlah apabila J.C. Bttoms dalam Malaysian
Historical Sources menyatakan sejarah bagi orang Melayu hanyalah
sebagai satu hiburan.20
Kelima, motif penulisan Sejarah Melayu adalah untuk
menyukakan raja-raja. Sejarah Melayu adalah karangan tulisan golongan
istana iaitu Tun Sri Lanang untuk meyukakan golongan pemerintah.
Kisah-kisah rakyat adalah diketepikan. Malahan pengarang sendiri ada
menyebutkan “Supaya akan menyukakan duli ke hadrat baginda”.21 Hal ini
bermakna berkemungkinan besar perkara-perkara yang tidak
menyukakan dan tidak menguntungkan institusi raja dan pemerintah akan
diketepikan dalam Sejarah Melayu. Apatah lagi penulisan ini merupakan
karya hasilan istana. Hal ini turut dibincangkan oleh Abdul Rahman Haji
Ismail bahawa memandangkan tujuan penulisannya dan perkembangan
19 Abdul Rahman Haji Ismail , “ Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan Dakyah”, Kajian Malaysia, Jil III, No 2. (1985), ms. 3020 J.C.Bottoms “Some Malay Historical Sorces: A Bibliographical Note.” Beberapa aspek dari Sejarah Melayu.”(Kuala Lumpur: Utusan Publication, 1977), ms.3.21 A. Samad (peny.), Sejarah Melayu ,ms 3.
yang membawa kepada terhasilnya Sejarah Melayu adalah sukar
membuktikan tiada unsur pendakyahan dalam Sejarah Melayu.22
Kewujudan unsur Anakronisme mempertikaikan kesahihan Sejarah
Melayu. Anakronisme bermaksud kesilapan meletakkan sesuatu peristiwa
, tokoh dan sebagainya dengan zaman yang sebenarnya. Terdapat
banyak unsur ini dapat dilihat apabila mengkaji Sejarah Melayu.
Antaranya diceritakan bahawa Melaka dan Majapahit telah menjalinkan
hubungan muhibah menerusi perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan
Raden Kirana, puteri Patih Aria Gajah Mada. Catatan sejarah pula
membuktikan sebaliknya iaitu kegemilangan kerajaan Majapahit pada
abad ke-14 manakala kegemilangan Melaka pada abad ke-15. Malah,
Sultan Mansur Shah dicatatkan dalam sejarah memerintah antara 1459-
1477, sedangkan Patih Gajah Mada telah pun meninggal sekitar 1365
iaitu lebih 1 abad.23 Jesteru, ini menunjukkan bahawa SM sangat
disangsikan dari segi sejarahnya.
Namun begitu,menolak SM seratus peratus adalah tidak adil. SM
tidak dapat lari daripada fakta sejarah malahan masih ada beberapa
22 Abdul Rahman “ Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan Dakyah”, Kajian Malaysia, ms 30.23 Mohd Supian Sabtu, “Pengukuhan Melaka oleh Parameswara: Kesan , Perkembangan dan Kronologi Numistik”, Parameswara Pengasas Empayar Melaka, peny. Mohd Yusof Hashim ( Selangor: Unique Communications, 2005) ,hal 51. Ms 45-68.
bahagian didalamnya yang masih boleh digunakan dalam membina
semula sejarah.
Dari sudut politik, Pengarang dengan cemerlang telah
menghuraikan jurai keturunan raja Melaka secara lebih terperinci.
Pengarang telah memperlihatkan urutan masa pemerintahan raja-raja
Melayu Melaka yang sebenar bersesuaian dengan maklumat sejarah kini.
Sebagai contoh, ialah kronologi urutan zaman pemerintahan Sultan
Muzzaffar Syah sehinggalah kejatuhan negeri itu ke tangan Portugis
semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah.24 Selain itu, SM
memperlihatkan wujudnya hubungan diplomatik antara Negeri Cina
dengan Melaka. Hubungan ini nyata ada di sebutkan dalam sumber-
sumber seperti sumber cina Yung Lo Shih-lu (TM 1425-1430), Hsuan-te
Shih-Tu TM (1438), Tai Zhong Shi Lu dan Liang Liji yang memperlihatkan
wujudkan hubungan Melaka dengan Kerajaan Cina.25 Contohnya, Sejarah
Ming Dinasti TM 1368-1643 menyebutkan “…dalam bulan kesepuluh
tahun 1403 , Maharaja telah menghantar Yin Ch’Ing sebagai utusan China
ke Negeri Melaka”26
24 Ibid, ms 5125Mohd Yusof Hashim, “Parameswara dan Pembukaan Kerajaan awal Melaka”, Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Peny. Mohd Yusof Hashim , ( Selangor: Unique Communications, 2005), hal 13-17 (1-17)26 Haji Awang Mohd et al, “Permaisura” , Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Peny. Mohd Yusof Hashim , ( Selangor: Unique Communications, 2005)Hal 42.Ms 38-44
Dari Sudut ekonomi, SM mengambarkan bahawa Melaka sebagai
pusat perdagangan yang sangat maju dan menjadi tumpuan. TSL
mengambarkan:
“ Adapun pada zaman itu negeri Melaka terlalu sekali ramainya, segala pedagang pun berkampung, maka dari Ayer leleh datang ke Kuala Muar Pasar tiada berputusan, jika orang dari Melaka datang ke Jugra tiada mebawa api, barang di mana berhenti disana adalah rumah orang… Kerana masa itu rakyat Melaka Sembilan belas laksa banyaknya yang didalam negeri itu juga.”27
Gambaran kegemilangan Melaka ini bukannya hanya satu cerita yang
diada-adakan tetapi turut tertulis dalam sumber-sumber sejarah tempatan
dan luar seperti Arab, Portugal dan Cina serta penemuan-penemuan
arkeologi dan syiling Melaka yang membuktikan Melaka pada abad ke -15
dan awal abad ke-16 adalah merupakan antara pelabuhan entreport
terbesar didunia. Hal ini terbukti apabila sumber Arab melaporkan bahawa
Kalah (Melaka) merupakan pusat pertemuan antara pedagang yang
datang dari Jazirah dan Oman dengan kapal-kapal dari Cina.28 Tome
Pires pula telah mencatatkan bahawa saudagar Gujerat mengunjungi
Melaka setiap tahun dengan empat buah kapal yang tinggi muatannya.29
27 A. Samad , Sejarah Melayu , ms 24428 Herman Susilo “ Kesejarahan dan Hubungan Kesejaraha Antara Palembang dan Melaka Pada abad V hingga XV dan asal-usul Parameswara” ,Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Peny. Mohd Yusof Hashim , ( Selangor: Unique Communications, 2005), hlm.32- ms30-3729 Abdul Rahman Hj Ismail dan Mahani Musa, “ Zaman Melaka dan Kemunculan Tenaga Politik dan Kenegaraan Baharu”, Malaysia : Sejarah Kenegaraan dan Politik. ( Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka , 2005 ), ms. 100.
Hal ini membuktikan bahawa Melaka pada abad ke 15 adalah sebuah
pelabuhan terkenal seperti yang tertulis dalam Sejarah Melayu.
Sejarah Melayu menonjolkan beberapa unsur mitos untuk
menyindir pemerintah. Selain mitos-mitos yang sengaja diadakan untuk
meningkatkan kreadibiliti Diraja terdapat juga mitos yang digunakan untuk
menyindir secara halus perbuatan raja-raja Melayu yang kejam dan tidak
bertimbang rasa. Contohnya peristiwa todak menyerang Singapura.
Peristiwa todak mengisahkan seorang budak dibunuh oleh Sultan
Temasik setelah menyelamatkan Temasik daripada serangan Todak.30 Dr
A. A.Cense yang mengkaji kisah ini telah membuat kenyataan bahawa
individu tidak seharusnya terburu-buru dalam membuat kesimpulan
bahawa sesuatu cerita yang tertentu itu lagenda tempatan, dari mana
suatu peristiwa sejarah tertentu boleh didapati.31 Beliau merujuk mitos ini
kepada serangan yang berlaku dari bahagian Selatan India oleh askar-
askar yang membawa panji berlambangkan ikan todak.
Keempat, Sejarah Melayu memperlihatkan ciri sosial dan budaya
masyarakat melayu. Sejarah Melayu penting dalam merakamkan nilai
budaya dan adat istadat masyarakat melayu yang meliputi institusi
pemerintahan dan rakyat biasa. Antaranya ialah adat-adat yang wujud di
30 A. Samad , Sejarah Melayu , ms. 67-6931 P.E. de Josselin de Jong. “ Ciri Sejarah Melayu” Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian , peny Zahrah Ibrahim, ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986 ), ms. 45.
istana, adat menyembah raja, pertabalan, kemangkatan, adat
perkahwinan , kematian dan sebagainya yang di ceritakan didalam
Sejarah Melayu. Paling penting, ialah corak susunan sosial yang telah
dinyatakan dalam Sejarah Melayu dengan melambangkan kekuasaan raja
di peringkat atasnya dan diakhiri dengan golongan rakyat yang di anggap
sebagai memberikan taat yang tidak berbelah bagi. Abdul Rahman Kaeh
(1974) telah membuat Susunan hierarki masyarakat Melayu yang
terbahagi kepada 4 iaitu didahului oleh raja, bangsawan, rakyat biasa dan
golongan Hamba. Hirearki ini jika di perhatikan boleh ditingkatkan melalui
kepakaran dan kebolehan masing-masing seperti yang terpamer dari
Cerita Hang Tuah dan Badang yang dinaikkkan ketaraf Bangsawan
kerana kebolehan dan ketangkasan Mereka.32
PENUTUP
Oleh itu, berdasarkan hujahan diatas jelas mempamerkan bahawa
SM bukanlah sebuah karya sejarah dalam erti kata yang sebenarnya
kerana jauh terpesong daripada corak penulisan sejarah moden. Namun
begitu, masih terdapat beberapa kandungannya yang memperlihatkan
32 Rahman Kaeh ,Sejarah Melayu: Satu perbicaraan kritis. ms.29.
ciri-ciri sejarah dan berguna dalam membina semula sejarah bangsa
Melayu.Malahan, Sejarah Melayu sekurang-kurangnya dapat
mempamerkan corak pemikiran masyarakat zaman tersebut.
Mao telah menyiapkan tentera merah dan kesatuan gerila
bertindak sebagai tentera nasional yang sejati. Mereka datang dari rakyat
dan berjuang untuk rakyat33Tentera rakyat ini disokong dan dilatih rakyat
tanpa belanja oleh pemerintah.-109
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Ismail .1985. “ Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan
Dakyah”. Kajian Malaysia, Jil III, No 2: Hal 25-35.
Abdul Rahman Hj Ismail dan Mahani Musa. 2005. “ Zaman Melaka dan Kemunculan Tenaga Politik dan Kenegaraan Baharu”, ms. 69-119. Dalam: Malaysia : Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .
33 Tiongkok, ms 108,
Abd.Rahman Kaeh. 1974. Sejarah Melayu, Satu perbicaraan Kritis dari
pelbagai bidang. Kuala Lumpur : Heinemann Edicational Book ltd.
Ali Ahmad. 1987. Karya-Karya Sestera bercorak Sejarah. Selangor: Ampang Press.
Abu Hassan Sham. 1977.Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.
A. Samad Ahmad.2003. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Collingwood R.G. 1985. Idea sejarah.(terj) Muhd yusof Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Herman Susilo. 2005. “ Kesejarahan dan Hubungan Kesejarahan Antara Palembang dan Melaka Pada abad V hingga XV dan asal-usul Parameswara” ms30-37. Dalam: Parameswara Pengasas Empayar Melaka. Disunting oleh Mohd Yusof Hashim .Selangor: Unique Communications.
Haron Daud. 1992.” Pensejarahan Masyarakat Melayu Di Dalam Aspek Kepercayaan dan Pemikiran”. Persidangan Kebangsaan isu-isu Sejarah. 17-18 (ogos): 93-118.
Mohd Supian Sabtu. 2005. “Pengukuhan Melaka oleh Parameswara: Kesan , Perkembangan dan Kronologi Numistik”. ms 45-68. Dalam: Parameswara Pengasas Empayar Melaka. penyunting Mohd Yusof Hashim . Selangor: Unique Communications.
Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahya. 1998. Sejarah dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Yusof Hashim. 1997. Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah,. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Mustafa Mohd Isa. 1999. Kajian teks Melayu klasik terpilih . Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia.
P.E. de Josselin de Jong. 1986. “ Ciri Sejarah Melayu”. ms.17-36. Dalam:
sastera sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Disunting Zahrah
Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Suntralingam R. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
,