sulalatus salatin sebagai teks kanon
TRANSCRIPT
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
1
1
NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY NATIONAL INSTITUTE OF EDUCATION
DIPLOMA IN EDUCATION (MALAY SPECIALIZATION-PRIMARY)
2008
DSF 100 CLASSICAL MALAY LITERATURE
LECTURER: Mdm Kartini Anwar and Dr Azhar Ibrahim
Khairul Anuar bin Ibrahim 080078C24
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
2
2
Sulalatus Salatin: Sebuah kanon Melayu
1.1 Pengenalan
Sulalatus Salatin adalah nama arab bagi teks sastera sejarah yang ditulis pada abad ke-
16 dan terjemahannya yang literal ke dalam Bahasa Melayu adalah Pertuturan Segala Raja-
raja. Bagaimanapun, pada hari ini, ramai lebih mengenalinya sebagai Sejarah Melayu kerana
ia dianggap sebagai satu teks yang bukan sahaja menceritakan susur galur raja-raja, tetapi
juga keadaan di sekelilingnya secara sengaja atau tidak. Berapa versi buku ini ada wujud di
dalam alam Melayu kita ini, dan juga ada versi-versi yang diterjemahkan serta yang disimpan
di perpustakaan-perpustakaan serta muzium-muzium bangsa yang pernah menjajahi negeri
kita ini seperti bangsa Belanda dan bangsa Inggeris. Akan diperdebatkan disini adalah teks
Sulalatus Salatin sebagai sebuah kanon Melayu. Kanon disini membawa maksud a list of
literary works considered to be permanently established as being of the highest quality
(Oxford University Press, 2008), atau dalam bahasa Melayunya, senarai teks sastera yang
dianggap mantap sebagai teks yang unggul secara tetap. Dari itu, keunggulan teks ini dapat
diperlihatkan daripada beberapa aspek. Antaranya ialah: kepelbagaian versinya, cerminan
ia tentang sejarah masyarakat Melayu dan akhir sekali bahasanya yang indah-sekaligus
nilai sastera yang tinggi.
1.2 Pemilihan Teks Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu(SM)
Teks yang lebih kurang diterima sebagai Sulalatus Salatin dan Sejarah Melayu yang
banyak diterima oleh sarjana-sarjana dan pengkaji moden iaitu Sulalatus Salatin yang ditulis
A. Samad Ahmad dan juga Sejarah Melayu yang disusun dan diselenggarakan oleh W.G.
Shellabear. Walhal, di antara kedua-dua teks ini, terdapat sedikit perbezaan dari segi
penghuraian kata- baik dari segi kata nama atau perbendaharaan kata-kata yang lain-lain,
kemungkinan besar kerana adaptasi yang berbeza-beza dari kedua-dua penulis ini dari tulisan
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
3
3
Jawi. Ini mungkin disebabkan ketidakmampuan untuk membaca huruf Jawi dari manuskrip
yang asal yang diketemui ataupun kerana penggarapan yang berbeza akan tulisan Jawi. Ini
mungkin kerana tiada keselarasan atau tiada standard bagi menulis Jawi di masa itu. Satu lagi
kemungkinan yang menyebabkan perbezaan di dalam teks ialah kehilangan tulisan dari
manuskrip asal kerana lapuk dek zaman ataupun juga, penulis-penulis ini menggunakan
manuskrip yang berbeza kerana kepelbagaian versi Sejarah Melayu ataupun Sulalatus Salatin.
Contoh-contoh yang ketara adalah nama-nama tokoh-tokoh yang di dalam kedua teks ini
seperti berikut:
Sulalatus Salatin: A Samad Ahmad Sejarah Melayu: WG Shellabear
Sultan Muzaffir Shah Sultan Muzaffar Shah
Sidi Ali Asma Yaumi’d Din Sidi Ali Hisamuddin
Walhal, dalam versi yang diterima masyarakat moden, ada perbezaan di antara siapa
yang menderhaka, Hang Jebat ataupun Hang Kasturi. Di dalam versi Shellabear, cetera yang
keenam belas (Shellabear, 1991), Hang Kasturilah yang menderhaka dan berlaku sumbang
dengan dayang istana, tetapi di dalam versi yang lain, iaitu seperti contoh Sulalatus Salatin
karya A. Samad Ahmad, Jebatlah yang berbuat sedemikian. Ini mungkin kerana andaian saya
yang ketiga iaitu sumber manuskrip yang berbeza yang dipergunakan oleh lain-lain pelajar.
Bagaimanapun, saya akan hanya membincangkan teks Sejarah Melayu tulisan
Shellabear bagi memudahkan perbincangan. Nama Sejarah Melayu dan Sulalatus Salatin
akan dipergunakan selang seli jika membincangkan teks yang pelbagai, dan hanya Sejarah
Melayu(SM) akan digunakan untuk merujuk kepada karya Shellabear.
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
4
4
2.1 Perkembangan Teks asal Sejarah Melayu
Sejarah teks Sulalatus Salatin ini mempunyai pensejarahan yang agak komplek kerana
ramai sarjana mempunyai pendapat yang berlainan tentang asal-usul, seperti yang diutarakan
di atas dan perkembangan teks asal Sulalatus Salatin ini. Contohnya, Francois Valentijn ada
menyebut tentang maklumat dari Petrus van der Vorm yang membicarakan tarikh teks
Sulalatus Salatin (Dr Mana Sikana, 2007). Petrus van der Vorm, dalam kata pengantar
kamus yang disuahakannya iaitu Collectanea Malaica Vocabularia bercerita tentang naskhah
Melayu yang penting untuk mereka yang berminat dalam bahasa Melayu kerana bahasanaya
dan juga isinya tentang raja-raja Melayu dan nasib kerajaan Melayu hingga kedatangan
Portugis (Dr Liaw, 1993). Dalam tahun 1726, Valentijn juga ada menceritakan dalam
bukunya Oud en Niew Oost-Indien(1726) bahawa dia mempunyai sebuah buku berjudul
Soelalet Essalina dalam huruf Latin yang menceritakan ringkasan sejarah orang-orang
Melayu dan ‘satu daftar salasilah raja-raja Melayu yang menybut tahun masehinya’ (Dr Liaw,
1993). Penggunaan teks ini, walau apa pun versinya, oleh bangsa asing, menguatkan lagi
hujahan bahawa Sejarah Melayu adalah sebuah teks kanon. Komen yang diberi van der Vorm
juga lagi mengukuhkan pendirian ini. Dapat dilihat bahawa teks yang dimaksudkan di atas ini
mungkin berbeza dari teks SM yang wujud sekarang. R. Roolvink berpendapat bahawa teks
Sejarah Melayu ini sebenarnya berkembang dari hanya jurai keturunan raja-raja, kepada
sebuah teks yang dimasukkan dengan cerita-cerita agar terjadinya seperti yang dijumpai pada
hari ini. Perkembangan teks ini, menunjukkan bahawa ada usaha orang Melayu, tak kiralah
dari asal istana atau tidak, bahawa ada usaha untuk menceritakan seberapa banyaknya tentang
kejadian di alam Melayu dan sekaligus menunjukan keagungang teks ini yang cuba
diperlengkapkan.
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
5
5
2.2 Debat pengarang Sejarah Melayu
Rata-rata dipersetujui orang ramai bahawa Sejarah Melayu adalah karya Tun Sri
Lanang. Setidak-tidaknya pun ,mereka mengiktirafnya sebagai pengelola pengumpulan dan
pembaik pulih teks ini. Winstedt berpendapat bahawa Sejarah Melayu ini sebenarnya
dikarang oleh Raja Bongsu (Dr Mana Sikana, 2007). R.J Wilkinson juga menyanggah
pendapat bahawa Sejarah Melayu ditulis Tun Sri Lanang kerana ia bukanlah kebiasaan orang
Melayu untuk memperkenalkan diri sebagai pengarang,tetapi tidak sedemikian untuk teks ini
di mana Tun Sri Lanang mengaku sebagai pengarang (Dr Liaw, 1993).Walaubagaimanapun,
ini ditolak oleh Shellabear yang berpendapat bahawa Raja Bongsu adalah nama gelaran bagi
Sulatan Alauddin Maayah Shah yang menitahkan bendaharanya iaitu Bendahara Paduka
Raja Tun Sri Lanang ataupun nama betulnya Tun Muhammad untuk menulisnya (Dr Mana
Sikana, 2007). Nurruddin ar-Raniri dalam bukunya Bustanul Salatin juga meletakkan Tun Sri
Lanang sebagai pengarang buku ini (Dr Mana Sikana, 2007). Oleh kerana saya menggunakan
Sejarah Melayu versi Shellabear dan penguat hujah dari Nurruddin ar-Raniri, dapatlah dipilih
cadangan Shellabear tentang penulis buku ini. Sekurang-kurangnya, yang mengumpul,
menyusun dan membaik pulih Sejarah Melayu adalah Tun Sri Lanang.
2.3 Asal teks Sejarah Melayu
Pendapat tentang asalnya teks ini juga berbeza-beza, G.A. Gibson berpendapat
bahawa Goa ialah tempat jajahan Portugis di India (Dr Liaw, 1993). Kebolehpercayaannya
agak menyerlah kerana ada kemungkinan orang Portugis telah menjumpai teks ini dan
membawanya ke Goa apabila mereka menjajah Kota Melaka. W. Linehan pula berpendapat
bahawa teks ini diambil dari Gua Sai dan R. Roolvink pula percaya ia datangnya daripada
orang-orang Bugis yang datang dari Goa,Sulawesi.
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
6
6
2.4 Keagungan dari segi konflik latar belakang
Kepelbagaian teks ini,memperlihatkan peri pentingnya Sejarah Melayu dalam dunia
Melayu dan juga di kalangan pengkaji dan memartabatkannya sebagai teks kanon. Perdebatan
tentang asal Sejarah Melayu juga mengutuhkan hujahan ini, kerana kalau ia tiada signifikan
dan bersifat kanon, maka tiadalah usaha orang untuk mencari asal-usulnya dan sekaligus
memeriksa akan kesahihan nilai sejarahnya. Ini sebaliknya untuk karya-karya awal yang
digolongkan sebagai prosa atau sastera rakyat di mana pengarangnya tidak dicari kerana ia
tidak bersifat kanon dan tidaklah penting dan hanya dianggap bahan sastera dan bukan bahan
sastera dan sejarah seperti Sejarah Melayu. Kepelbagaian teks Sejarah Melayu dari segi versi,
baik dari versi awal iaitu versi yang belum diterima masyarakat moden dan variasi versi
moden juga mengukuhkan asas keagungan teks ini. Teks awal atau primitif yang
dimaksudkan adalah versi yang digunakan oleh berlainan masyarakat di kepulauan Melayu
ini, contohnya, versi Minangkabau yang lebih panjang ceritanya tentang sejarah raja-raja
Minangkabau (Dr Liaw, 1993). Ini dapat dibandingkan dengan kepelbagaian versi kitab
Bible, dimana agungnya teks ini, menyebabkan pelbagai denominasi Kristian dan bukan
Kristian menggunakannya untuk menguatkan lagi hujahan mereka tentang agama yang
dianuti mereka, sama ada dengan menokok atau menginterpretasikannya agar kitab itu dapat
menyokong pemahaman dan kepercayaan mereka. Hanya teks yang agung dapat
mengukuhkan status sesuatu fahaman(dalam contoh kitab Bible) dan masyarakat(dalam
contoh Sejarah Melayu). Orang-orang Minangkabau berkemungkinan besar meluaskan cerita
Sejarah Melayu tentang masyarakat mereka untuk memperlihatkan kepentingan
budaya,pemerintah dan sekaligus masayarakat mereka. Ini seperti dalam agama Rastafari
yang dianggap sebagai sebuah agama Abrahamic yang baru dan tetap menggunakan versi
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
7
7
Bible mereka untuk mengukuhkan pendirian mereka tentang ketuhanan Raja Hail Selassie
dan bahawa adanya messiah dari keturunan Afrika selepas Isa. Dalam perbandingan ini,
kaum-kaum dan masyarakat yang berbeza didalam kepulauan Melayu ini, menggunakan
Sulalatus Salatin sebagai saluran untuk menunjukkan kekuatan kaum mereka kerana
keagungan dan kelengkapan teks Sejarah Melayu ini.
Perkembangan teks dari yang agak primitif dalam bentuk salasilah raja-raja atau
kinglist kepada teks yang mempunyai penceritaan tentang apa yang berlaku di dalam zaman
pemerintahan seseorang raja itu: dari pertemuan pulau Singapura, hingga ke kejatuhan
Melaka selepas dilanggar Portugis juga menguatkan lagi hujan keagungan Sejarah Melayu.
Ini bermaksud ada pembaikan yang dibuat kepada teks tersebut dan usaha untuk
memperbetulkan lagi isi-isi yang wujud di dalam Sulalatus Salatin itu. Perselaputan cerita-
cerita sejarah disekeliling teks primitif yang hanya mengandungi salasilah raja-raja ini,
melihatkan peri pentingnya teks primitif ini dalam menceritakan hal-ehwal kerajaan semasa
zaman pemerintahan seseorang raja itu. Ini bermakna, karya ini, sahih atau tidak, dianggap
penting dan agung pada satu masa dahulu hingga terjadinya perkembangan teks primitif ini
menjadi teks yang penuh dengan cerita tentang alam-alam Melayu.
Konflik dari segi kepengarangan juga menunjukkan bahawa ahli sarjana melihat
kepentingan Sejarah Melayu agar dapat mereka cerakini dan mengkaji teks ini dengan lebih
mendalam lagi.
Secara tuntas usaha untuk memperkembangkan,memperbaiki, mempelbagaikan versi
dan akhir sekali mengkaji(oleh sarjana-sarjana yang berbangsa Melayu mahupun yang bukan
Melayu) mengukuhkan lagi kedudukan ia sebagai sebuah teks yang bersifat kanon.
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
8
8
3.1 Keagungan dari segi cerminan sejarah masyarakat Melayu
Sejarah Melayu membawa banyak konflik akan statusnya sebagai sebuah karya
sejarah. Collingwood (Dr Liaw, 1993) menyatakan bahawa karya sejarah haruslah bersifat
ilmiah, humanistik, rasional dan ‘self revelatory’. Mengikut piawaian ini, Sejarah Melayu
sudah tentu tidak akan tergolong sebagai sebuah karya sejarah. Ada dua aliran berbeza
tentang pendapat ini (Dr Mana Sikana, 2007). Pertama adalah ia bukanlah sebuah karya
sejarah kerana asas-asas yang diutarakan di atas. Ia mengandungi terlalu banyak isi-isi yang
bersifat mitos dan dongeng dan sekaligus menolak sifat rasional. Aliran kedua menekankan
bahawa Sejarah Melayu merupakan sebuah sumber sejarah yang penting.
Aliran kedua ini dapat diikuti kerana sememangya Sejarah Melayu banyak
mengandungi unsur-unsur sejarah yang penting. Setiap budaya mempunyai tradisi penulisan
sejarah yang berbeza (Dr Liaw, 1993) dan tidak banyak pun karya sastera bangsa lain yang
memenuhi ketiga-tiga ciri-ciri yang diutarakan oleh Collingwood. Contohnya, pada bangsa
Tionghoa, sejarah itu haruslah berkitar dalam lingkungan raja-raja (Dr Liaw, 1993). Dari itu,
dapat diperkatakan bahawa Sejarah Melayu ini dapat dikatakan sebagai sumber sejarah yang
baik, baik dari segi budaya,cerminan struktur masyarakat dan terutama sekali sejarah
pemerintahan. Sastera sejarah mempunyai dua bentuk cerita: yang bersifat imaginasi semata-
mata dan juga yang bersifat fakta yang benar (Sham, 1994). Juga ada cerita yang mempunyai
pencampuradukkan kedua-dua bahagian ini.
Akan diperbincangkan di sini adalah keagungan karya ini sebagai sumber sejarah dari
tiga segi yang diutarakan: iaitu budaya, cerminan struktur masyarakat dan sejarah
pemerintahan.
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
9
9
3.2 Cerminan Struktur Masyarakat
Sejarah Melayu banyak menceritakan, secara sengaja atau tidak, tentang struktur
masyarakat orang-orang Melayu. Antaranya, ia menceritakan tentang golongan raja,
hulubalang dan juga wanita. Satu tema penting yang dibawa oleh Sejarah Melayu adalah
konsep waad yang membawa kedatangan konsep daulat dan derhaka dalam masyarakat
Melayu di masa itu. Ia juga membawa kedatangan susun lapis masyarakat Melayu di zaman
itu. Secara keseluruhan, teks kanon ini dapat memberi kita gambaran tentang masyarakat
Melayu dizaman itu, serta memberi pengajaran kepada generasi-generasi yang akan datang.
Susun lapis masyarakat
Sejarah Melayu mencerminkan masyarakat Melayu di zaman lampau dengan
menunjukkan struktur masyarakatnya. Ini adalah kesan dari pengaruh Hindu dan juga kesan
dari waad yang terdapat di dalam Sejarah Melayu. Ini dapat dilihat dari rajah di bawah ini:
Raja menduduki tempat teratas di dalam susun lapis masyarakat dan ini banyak
ditunjukkan di dalam Sejarah Melayu. Ini dapat dilihat dalam cetera kesebelas di mana
Raja
Pembesar
Rakyat Biasa
Hamba
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
10
10
apabila Raja Kecil Besar memeluk Islam, dia menitahkan agar semua rakyatnya memeluk
Islam bersamanya (Shellabear, 1991). Ini menunjukkan kuasa Sultan sebagai tampuk kuasa
dimana rakyat harus mengikuti perintahnya. Contoh contoh lain adalah adat-istiadat yang
melarang rakyat daripada memakai pakain kuning, dan juga adat bersembah pada raja yang
banyak diceritakan dalam Sejarah Melayu dan sekaligus meletakkan Sultan di tempat paling
atas dalam susun lapis masyarakat.
Kedudukan pembesar di tempat kedua boleh dilihat dalam contoh-contoh di mana
Sultan memberi kuasa kepada pembesar-pembesarnya untuk menjalankan tugas-tugas penting
dalam kerajaan. Contohnya, dalam cetera keduapuluh enam, Sultan mendengar nasihat
Bendahara Paduka Raja apabila dia sudah gering (Shellabear, 1991). Sultan juga
meninggalkan hal mempertahankan negeri ke dalam tangan Bendahara apabila diserang pihak
Siam dalam cetera ketiga belas (Shellabear, 1991).
Kedudukan hamba di tempat paling bawah sekali dapat dilihat dalam cetera keenam
Sejarah Melayu (Shellabear, 1991) dalam penceritaannya tentang Badang. Badang
merupakan seorang hamba yang sering disuruh menebas dan menebang oleh tuannya. Setelah
mendapat kekuatan daipada muntah hantu dan menebas rimba yang besar hingga besar, maka
dimerdekakanlah ia oleh tuannya.
Dari itu, dapat difahamkan bahawa rakyat dapat diletakkan ditengah-tengah golongan
hamba dan pembesar dan kemudian lengkaplah susun lapis masyarakat Melayu di zaman itu.
Sejarah Melayu dapat menunjukkan susun lapis masayarakat Melayu walaupun ia
tidak secara terang menerang menceritakan ia. Ini memperkuatkan hujah bahawa ia adalah
sebuah kanon Melayu dan dapat menjadi satu sumber rujukan tentang struktur masyarakat
Melayu di zaman itu.
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
11
11
Waad
Waad membawa maksud janji. Waad yang dimaksudkan disini adalah perjanjian yang
berlaku antara Sang Sapurba(yang mewakili raja-raja) dan Demang Lebar Daun(yang
mewakili rakyat). Waad ini diceritakan dalam cetera kedua (Shellabear, 1991). Waad ini
mempunyai beberapa kesan ke atas masyarakat Melayu zaman itu dan sekaligus penulisan
Sejarah Melayu. Waad ini diadakan untuk kepentingan kedua-dua pihak. Raja diminta agar
tidak dimalukan,dizalimi dan kalau dihukum bunuh pun biarlah berpandukan hukum syarak.
Permintaan Demang Lebar Daun ini adalah pertama sekali, untuk melindung anaknya dari
dimalukan sekiranya dia terkena penyakit kedal(seperti yang terjadi kepada isteri-isteri Sang
Sapurba yang sebelumnya). Kedua, perjanjian ini adalah juga untuk melindungi dirinya,
kerana Demang Lebar Daun adalah bekas seorang pemimpin dan amat kenal sekali akan
kemungkinan seseorang raja itu berlaku zalim. Dari perspektif raja pula, Sang Sapurba
meminta bahawa institusi raja itu selalu dipatuhi walaupun ia berlaku zalim, dan kalau
dilanggar waad, maka akan terkena tulah orang yang melanggar itu. Ini mendatangkan
konsep daulat kepada raja, dan juga konsep derhaka kepada rakyat yang melanggar perjanjian
itu. Konesp daulat dan derhaka ini banyak mewarnai Sejarah Melayu walaupun lebih banyak
cerita yang menunjukkan berat sebelah kepada pihak diraja.
Raja menzalimi rakyat
Episod raja menzalimi rakyat ada ditunjukkan di dalam Sejarah Melayu. Ini
bermakna, TunsSeri Lanang dalam mengusahakan Sejarah Melayu, walaupun
mengaggungkan raja-kerana waad yang diikutinya, tetap menunjukkan keburukkan raja pada
zaman itu dan sebelumnya. Raja yang menzalimi rakyat selalunya menerima balasan kerana
telah melanggar waad yang termeterai diawal cerita Sejarah Melayu. Bagaimanapun, banyak
contoh lebih memberatkan waad ini kepada pihak raja. Pada permulaan Sejarah Melayu
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
12
12
dalam cetera kesepuluh (Shellabear, 1991), Paduka Seri Maharaja telah membunuh Tun Jana
Khatib, seorang ahli tasawwuf dari Pasai keran cemburu dengan kelakuannya
memperlihatkan kepandaian kepada isteri baginda. Oleh kerana menzalimi rakyat, negeri
baginda telah diserang todak sebagai balasan melanggar waad yang termeterai. Dalam cerita
yang sama juga, setelah todak menyerang, seorang gundik raja telah disula akibat fitnah.
Balasan raja kerana melanggar waad di dalam cetera ini agak berat sebelah walaupun Raja
Iskandar Shah telah kehilangan negeri Singapura ditangan Majapahit, beliau telah menjumpai
sebuah negeri yang baru yang akan menjadi lebih besar dan berkuasa dari kerajaan
Singapura, iaitu kerajaan Melaka.
Ini menunjukkan bahawa teks Sejarah Melayu, walaupun bertujuan mengagung-
agungkan raja, tetap menunjukkan kelemahan raja dan juga memperingatkan raja-raja
seterusnya agar berlaku adil dan tidak memalukan rakyat jelata. Sebagai sebuah teks kanon,
mesej sedemikian dapat disampaikan dengan cara yang beralas dan menjadi semacam satu
peringatan buat raja yang memerintah.
Rakyat menderhaka terhadap Sultan
Buku Sejarah Melayu juga berfungsi untuk memperingatkan kaum rakyat serta
pembesar-pembesar untuk terus mematuhi dan taat kepada raja mereka. Setelah idea ini
diutarakan oleh waad yang disampaikan, ia diperkuatkan lagi dengan idea cerita-cerita yang
menunjukkan akibat menderhaka kepada raja, iaitu si penderhaka akan terkena tulah. Ini
menjadi peringatan kepada generasi akan datang dan memberi gambaran akan pemikiran
masyarakat Melayu pada zaman itu lalu sekaligus memperkuatkan lagi hujah bahawa Sejarah
Melayu adalah sebuah kanon Melayu.
Contoh yang menunjukkan kuasa tulah terhadap penderhaka adalah seperti dalam
cetera kesepuluh (Shellabear, 1991) di mana Sang Rajuna Tapa yang menderhaka kepada raja
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
13
13
dengan menipu tentang jumlah beras yang ada serta dan juga membuka pintu kota telah
menerima tulah. Rumahnya telah diterbalikkan dan dia dan keluarganya telah menjadi tanah.
3.2 Cerminan kedudukan wanita
Sebagai teks kanon, kita dapat memahami dan mengetahui kedudukan dan tugas
wanita di zaman itu dari teks Sejarah Melayu walaupun ia tidak menceritakannya secara
tersendiri dan tidak menceritakannya secara sengaja. Sejarah Melayu ada menceritakan tiga
kumpulan wanita yang berbeza, iaitu wanita kampung, wanita istana dan akhir sekali wanita
ajaib (Zaleha, 1998).
Wanita Kampung
Sejarah Melayu, walaupun berkisar sekeliling raja-raja, ada juga menceritakan sedikit
tentang wanita kampung dan aktiviti iktisad mereka. Di dalam cetera kedua, diceritakan
tentang adik beradik Wan Empuk dan Wan Malini yang mempunyai perhumaan sekaligus
menunjukkan ativiti ekonomi mereka iaitu berhuma (Shellabear, 1991). Ada juga diceritakan
dalam cetera keduapuluh sembilan tentang seorang pelulut yang membantu Hang Nadim. Ini
menunjukkan bahawa pada zaman itu ada juga aktiviti ekonomi yang dilakukan wanita
seperti ini, iaitu menghasilkan bedak wangi. Ia juga mencerminkan satu sifat wanita kampung
yang keinginan memperoleh emas ataupun kesenangan-kerana dengan menolong Hang
Nadim dia tahu akan diupah kerana Hang Nadim datang untuk menunaikan kehendak Sultan.
Meskipun sedikit, Sejarah Melayu ada memberi gambaran tentang kehidupan dan
kegiatan ekonomi wanita dizaman itu. Ia juga mewarnai wanita kampung ini sebagai
mempunyai perasaan; sifat tamak yang ditonjolkan pelulut, dan sifat takut yang ditunjukkan
Wan Empuk dan Wan Malini. Sememangnya ia tiada huraian yang panjang lebar tentang
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
14
14
wanita kampung tetapi masih dapat kita memahami tugas wanita di zaman itu. Contoh yang
dikemukan dalam cetera kedua tentang Wan Empuk dan Wan Malini juga dipersetujui oleh
Geertz (Geertz, 1961), di mana dia setuju dengan hidup orang Melayu dan Jawa yang
berhuma di zaman itu. Dia juga ada mengatakan bahawa wanita Jawa dizaman itu dapat
bekerjasama dengan seorang wanita lain, seperti contoh adiknya. Ini jarang pula diperlihatkan
dalam orang lelaki (Geertz, 1961) dan juga dapat dilihat di dalam SM yang kurang
memperlihatkan dua lelaki yang bekerjasama di bawah satu bumbung seperti wanita yang
dipaparkan di dalams cetera kedua-iaitu Wan Empuk dan Wan Malini. Sumber ini dapat
dipergunakan walaupun ia membincangkan tentang wanita Jawa, struktur masyarakat Jawa
lebih kurang sama dengan masyarakat Melayu.
Wanita Istana
Sebagai sebuah karya yang bersifat istana sentrik,banyak diceritakan tentang wanita
yang ada sangkut paut dengan istana. Ini termasuk wanita yang mempunyai hubungan
langsung dengan raja dari segi kekerabatan ataupun perkahwinan, wanita yang bersangkut
paut dengan pembesar istana serta wanita yang bertugas di istana sebagai dayanag-dayang
dan juga lain-lain. Ia banyak menceritakan tentang wanita dan juga fungsi di dalam
masyarakat itu.
Dalam Sejarah Melayu ia ada menceritakan tentang wanita yang digunakan untuk
mengeratkan hubungan antara keluarga dan juga negeri. Raden Galoh Cendera Kirana telah
dikahwini oleh Sultan Mansor Shah untuk menjalinkan hubungan antara Melaka dan
Majapahit. Begitu juga dengan perkahwinan antar Sultan Mansur dan Hang Li Po yang
bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Melaka dengan Negara Cina. Di sini, wanita
digambarkan sebagai alat untuk memperatkan dua kerajaan yang berbeza. Dari segi hubungan
dengan Majapahit, Melaka mungkin inginkan persahabatan kerana kedua-dua empayar ini
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
15
15
dianggap besar dan makmur dizaman itu. Persahabatan dengan Cina pula diadakan untuk
perlindungan kerana Cina dahulu dianggap sebagai kuasa besar di benua Asia ini. Wanita
juga berfungsi mengeratkan hubungan antara keluarga didalamcontoh cetera ketiga belas di
mana Tun Kudu yang dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja telah mebuat Tun Perak berbaik-
baik semula dengan Seri Nara Diraja keran Tun Kudu merupakan saudaranya.
Wanita juga dicerminkan sebagai hadiah kepada lelaki. Contohnya Makhdum Muda
telah dianugerahi Dang Bibah dan Dang Bunga kerana telah menjawab sebuah kemusykilan
agama yang disampaikan oleh Sultan Mansor Shah dalam Cetera Kedua Puluh. Hang Nadim
juga telah dianugerahi Cobak oleh Sultan Mahmud Shah kerana berjaya merampas Tun Teja.
Satu lagi contoh adalah Sultan memberi Tun Kudu kepada Seri Nara Diraja walaupun Tun
Kudu merupakan isterinya. Ini memperlihatkan kuasa wanita sebagai pengaman keadaan,
mengamankan keadaan di antara dua lelaki iaitu Tun Perak dan Seri Nara Diraja.
Wanita juga digambarkan sebagai alat pemuas nafsu seks didalam cerita ini walaupun
tidak ketara ditonjolkan ataupun diceritakan secara terperinci. Contohnya adalah isteri Tun
Biajid yang berzina dengan Sultan Mahmud dalam cetera keduapuluh enam. Ini juga
menunjukkan cerminan bahawa wanita dizaman itu terlibat secara aktif didalam menjalinkan
hubungan seks (Reid, 1988).
Wanita juga digambarkan sebagai pemegang paksi kuasa negeri. Ini jarang
ditonjolkan tetapi dapat dilihat ketara dimana Tun Fatimah enggan memberi anak kepada
Sultan jika anaknya tiada dijanjikan sebagai pelapis raja. Ini menonjolkan kebijaksanaan
wanita dizaman itu, dan juga menekankan tugas wanita sebagai pemberi zuriat kepada lelaki
hinggakan Sultan sanggup bersetuju dengan wanita. Ini menunjukkan kekuatan dan
kepintaran wanita dalam mempergunakan kemahuan sesorang lelaki itu,lebih-lebih lagi
kerana ia seorang Sultan-menunjukkan kuasa wanita diatas lelaki.
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
16
16
Secara kolektif, kita dapat melihat susun lapis dan juga perwatakan wanita didalam
Sejarah Melayu. Ini yang mengagungkan lagi teks Sejarah Melayu kerana sememangnya,
dalam pelbagai teks klasik yang lain, jarang pun diceritakan tentang wanita.
Wanita Ajaib
Sejarah Melayu juga ada menceritakan tentang wanita yang bersifat ajaib. Contoh
yang paling ketara adalah Puteri Gunung Ledang. Di sini, beliau telah membodoh-bodohkan
Sultan Mahmud dengan meminta barang-barang mustahil sebagai hantaran. Ini menyedarkan
Sultan Mahmud kerana dia tidak kesampaian menghadiahkan darah anaknya sendiri. Dapat
disimpulkan bahawa tugas wanita disini adalah sebagai penyedar, dan juga mengingatkan
kepada Sultan bahawa dia tidak mampu memiliki semuanya.
3.3 Cerminan budaya Melayu
Sejarah Melayu banyak menceritakan secara sengaja atau tidak tentang budaya orang
Melayu. Contohnya, ia ada menceritakan tentang budaya menindik anak perempuan
dikalangan anak-anak perempuan Melayu. Ia juga menceritakan secara mendalam lagi adat-
adat perkahwinan yang dijalankan oleh orang Melayu.
Di peringkat istana pula, kita dapat fahami adat-istiadat istana, seperti contoh dalam
cetera kedua, bagaimana usulnya panggilan apabila menghadap dengan raja. Ia juga
mengandungi cerita tentang cara-cara Sultan ditabalkan, menggunakan alat-alat nobat dan
juga pembacaan ciri(mentera bagi pertabalan raja).
3.4 Cerminan Pengaruh
Dari membaca Sejarah Melayu juga, dengan pengetahuan sedikit tentang budaya Arab
dan juga budaya Hindu, kita dapat lihat pengaruh-pengaruh mereka di dalam kehidupan
masyarakat Melayu di zaman itu.
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
17
17
Pengaruh Hindu
Pengaruh Hindu terang kelihatan didalam Sejarah Melayu. Banyak nama-nama yang
menggunakan nama Hindu. Contohnya adalah anak-anak Raja Suran iaitu Kerisyna Pendita
dan juga Nila Utama. Nama Kerisyna Pendita datangnya daripada kepercayaan Hindu akan
Krisyna sebgai seorang dewa dan Nilla Utama datang dari nama bidadari Tilottama (Dr Mana
Sikana, 2007). Unsur penjelmaan, seperti Puteri Tunjung Buih dan juga Bat yang muncul
daripada muntah lembu putih ini adalah unsur-unsur Hindu dan sekaligus mencerminkan
bahawa masyarakat Melayu di zaman itu banyak dipengaruhi unsur-unsru Hindu.
Pengaruh Islam
Sejarah Melayu menceritakan tentang kedatangan Islam ke alam Melayu, waluapun
ramai sarjana berpendapat bahawa cerita ini dicampuradukkan dengan mitos, kita masih
dapat mengetahui di dalam era bilakah Islam sampai ke Melaka, kerana kita Melaka
diislamkan didalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah atau Raja Kecil Besar-
nama pra Islamnya. Ia juga mengandungi banyak junjungan dan puji-pujian dalam bahasa
arab, contohnya: zilullahi fil a’lam, iaitu yang dianugerahi tuhan dengan pengetahuan. Pujian
ini diletakkan selepas nama-nama sultan untuk memuji mereka.
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
18
18
4.1 Nilai kesusasteraan
Sejarah Melayu banyak mengandungi unsur-unsur sastera. Ini adalah satu lagi unsur
yang menambah ke arah keagungan teks ini. Ia menunjukkan pemerolehan bahasa dan juga
struktur cerita yang amat matang dan sekaligus memartabatkannya sebagai sebuah teks
kanon. Ini dapat dilihat dalam teknik penceritaan dan juga gaya bahasanya
4.2 Teknik Penceritaan
SM mengandungi pelbagai teknik penceritaan yang dapat memukau dan mengekalkan
minat si pembaca. Antaranya adalah unsur pathos atau kepiluan,unsur humor, unsur
pengembaraan..
Unsur Pathos
Unsur ini dapat menarik perhatian pembaca dengan meninggalkan kesan kesedihan
keatas pembaca. Terdapat dua cara ia ditunjukkan didalam cerita ini. Cara pertama adalah
melalui pertuturan dan cara kedua melalui tingkah laku watak di dalam cerita. Melalui
pertuturan, SM menunjukkan dua contoh, kedua-duanya berbentuk wasiat. Satu adalah wasiat
Sultan Mansur Syah kepada pembesar-pembesar negeri sebelum baginda mangkat, dan satu
lagi adalah wasiat Bendahara Paduka Raja sebelum kematiannya. Biasanya, wasiat ini dapat
menimbulkan kesedihan kerana watak itu diamabang maut tetapi masih dapat bertutur
perkara-perkara yang serius dan menunjukkan kemuliaan hatinya.
Melalui tindakan dan perbuatan, kita dapat lihat kesedihan dalam beberapa episod.
Contohnya adalah kematian Hang Kasturi yang dibunuh sahabatnya sendiri, iaitu Hang Tuah.
Kita dapat merasakan kesedihan ini kerana dia telah dibunuh sahabat sendiri.
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
19
19
Unsur Humor
Unsur Humor dapat memikat si pembaca dengan mencuit hati orang yang membaca.
Antara contohnya ialah dimana istana sultan terbakar dan penulis menceritakan tentang
gelagat anak-anak pembesar yang lucu-lucu hinggakan diberi gelaran, seperti Tun Mai Hulat
Bulu-kerana bulunya asyik terbakar apabila cuba menyelamatkah harta dan Tun Ibrahim
Pusing Langit Berkeliling kerana taku hendak memasuki istana dan hanya mengelilingi
kawasan istana. Satu lagi contoh adalah dalam cetera ketigapuluh dua dimana Makhdum
Sadar Jahan mengajar bahasa Arab kepasa Tun Mai Hulat Bulu. Humor disini diperlihatkan
apabila Tun Mai mencabar Makhdum untuk menyebut perkataan Melayu tetapi beliau gagal
akibat lidah yang berlainan.
Unsur Pengembaraan
SM banyak unsur pengembaraan. Diantara yang ketara adalah pengembaraan Raja
Iskandar ke tanah Hindi, Raja Suran ke kerajaan bawah laut Dika, pengembaraan Seri Teri
Buana ke Singapura, pengembaraan Raja Iskandar Shah ke Melaka dan diakhir cerita,
pengembaraan Sultan Mahmud ke Pulau Bintan.
4.3 Gaya bahasa
Pemilihan Kata
SM banyak menggunakan bahasa klasik yang ternyata mengindahkan lagi cerita, dan
juga sebagai penanda wacana. Ada perkataan pembuka cerita, kata penyambung cerita dan
kata yang menunjukkan peredaran masa. Kata pembuka cerita adalah seperti
alkisah,sebermula dan tersebut. Kata penyambung pula adalah syahdan dan adapun. Akhir
sekali adalah kata yang menunjukkan peredaran masa sperti maka dan hatta. Ada juga kata-
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
20
20
kata lain yang sudah jarang digunakan didalam bahasa moden kita seperti contoh: kedal,tulah
dan berkendak.
Unsur Perbandingan
Unsur perbandingan ini dapat membawakn gambaran tentang sesuatu keadaan itu
kepada pembaca. Contohnya, dalan cetera kesepuluh, SM menceritakan peristiwa Singapura
dilanggar todak dengan membandingkan penyerangan todak itu ‘seperti hujan datangnya’
(Shellabear, 1991).
Penggunaan Puisi
Puisi juga digunakan di dalam SM. Dua contoh puisi tercerita didalam cetera
kesepuluh. Puisi pertama digunakan untuk menceritakan tentang peristiwa Singapura
dilanggar todak iaitu:
Carik baju raja, Dilompati todak; Bukan disahaja, Kerana akal budak. (Shellabear, 1991) Satu lagi puisi digunakan untuk menceritakan pembunuhan Tun Jana Khatib. Penggunaan
puisi ini mengindahkan lagi penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu.
5.0 Penutup
Secara tuntas, dapat diperkatakan bahawa teks Sejarah Melayu adalah sebuah teks
kanon kerana tiga sebab iaitu: perkembangan dan debat tentang teks; sebagai cerminan
masyarakat Melayu di waktu itu dan akhir sekali sebagai teks yang kaya dengna unsur
sastera.
Dapat dirumuskan bahawa teks yang primitif yang digubal menjadi sebuah teks yang
panjang dan lengkap menunjukkan keagungan teks tersebut, hinggakan berlainan masyarakat
Khairul Anuar bin Ibrahim Sulalatus Salatin: Sebuah Kanon Melayu
21
21
menggunakan variasi yang berbeza-beza. Pendapat yang berbeza-beza antara sarjana-sarjana
juga menunjukkan peri pentingnya teks ini hingga harus diperdebatkan.
SM juga dapat mencerminkan hidup orang Melayu dan memperkuatkan lagi hujahan
bahawa ia adalah sebuah teks kanon. Ia menunjukkan susun lapis masyarakat serta cerminan
tentang masyarakat Melayu dizaman itu, baik dari segi sifat dan tugasan dan juga dari sistem
kepercayaan.
Akhir sekali, sebagai sebuah teks kanon, ia mengandungi banyak unsur sastera yang
baik dan dapat menarik minat pembaca. Dari itu, dapatlah diakatakan bahawa Sejarah
Melayu, adalah teks kanon Melayu, dan mungking teks yang teragung yang pernah dimiliki
orang Melayu dizaman itu serta zaman mendatang.
Bibliography Dr Liaw, Y. F. (1993). Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Jakarta: Penerbit Erlangga.
Dr Mana Sikana. (2007). Teras Sastera Melayu Tradisional. Selangor: Terbitan Pustaka Karya.
Geertz, H. (1961). The Javanese Family: A study of kinship and Socialization. New York: The Free Press of Glencoe.
Oxford University Press. (2008). Ask Oxford. didapatkan Oktober 30, 2008, from Ask Oxford:Canon: http://www.askoxford.com/concise_oed/canon_1?view=uk
Reid, A. (1988). Sexual Relations. dalam Southeast Asia in the Age of Commerrce 1450-‐1680 volume 1. Yale University Press.
Sham, A. H. (1994). Perbandingan Sejarah Melayu dengan Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Masa Enterprise.
Shellabear, W. (1991). Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Zaleha, S. (1998, Ogos). Identiti dan Citra Wanita Berasaskan Sejarah Melayu. Dewan Sastera , pp. 32-‐37.