accounts chapter 1

Upload: rachel-lim

Post on 16-Oct-2015

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TAJUK 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKUANAN

TRANSCRIPT

TAJUK 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKUANAN1. Penyata kewangan - sesebuah organisasi perniagaan sangat berguna kepada dua pihak, iaitu pengguna dalaman dan pengguna luaran. Pengguna dalaman - terdiri daripada pemilik perniagaan dan pihak pengurusan. Pengguna luaran pula terdiri daripada pihakbank, pemegang saham, kerajaan (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan pemiutang. Pengguna luaran akan menggunakan penyata kewangan sesebuah perniagaan untuk membuat penilaian tentang prestasi dan keupayaan kewangan perniagaan tersebut.

PIHAK PENGURUSANPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Akauntan Memberikan nasihat serta merancang dan melaksanakan dasar-dasar seperti system belanjawan, kawalan akaun, dan perakaunan lain. Menyediakan dan megesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun, dan badan- badan lain.

Pengurus Kewangan Mengurus pelaporan kewangan supaya berjalan lancer. Menyediakan akaun bulanan dan akaun tahunan syarikat serta menyediakan laporan kepada pihak atasan.

Pengurus Akaun Menyelenggarakan rekod lengkap kesemua transaksi kewangan sesebuah perniagaan dengan bimbingan akauntan. Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan dengan pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan yang lain.

2. Pemilik perniagaan akan melantik pihak pengurusan syarikat untuk melaksanakan tugas berkenaan yang terdiri daripada beberapa individu bergantung pada saiz sesuatu perniagaan.

3. Penyata kewangan dapat membantu pengguna dalaman dan pengguna luaran untuk membuat keputusan tentang sesuatu aspek dalam perniagaan tersebut. Penyata kewangan membolehkan pemilik perniagaan: - mengetahui prestasi perniagaannya merancang dan membuat keputusan perniagaan menilai kemampuan perniagaan untuk membayar hutang mentaksir cukai pendapatan perniagaan mengetahui prestasi perniagaan bagi membuat keputusan pelaburan

4. Pengguna pengguna penyata kewangan seperti pihak bank, pemiutang, kerajaan, pemegang saham, dan bakal pelabur.

5. Kaedah penyimpanan rekod yang lebih terurus dan sempurna bermula sekitar abad ke-13 hingga abad ke-15 hasil daripada perkembangan pesat aktiviti perdangangan di Itali. Pada tahun 1494, Luca Pacioli memperkenalkan sistem catatan bergu. Beliau diiktiraf sebagai Bapa Perakaunan telah menerbitkan sebuah buku matematik berjudul Summa de arithmetica, geometrica, proportioni et proportionalita. Luca Pacioli menjelaskan konsep simpas kira berasaskan sistem catatan bergu yang dikenal sebagai Kaedah Venice. Kaedah ini dianggap sebagai asas kepada rekod perakaunan untuk semua bentuk organisasi perniagaan hingga hari ini. Luca Pacioli turut juga mengesyorkan penggunaan buku memorandum, jurnal dan lejar, serta sistem debit dan kredit.6. Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-17 dan abad ke-18 telah mempercepat perkembangan sistem perakaunan. Pengeluaran hasil industry secara besar-besaran menyebabkan perakaunan kos diperkenalkan bagi menganalisis kos yang terlibat.Kemajuan dalam simpan kira diperkembang dengan kepesatan pembentukan syarikat pada abad ke-18 dan ke-19. Pihak pengurusan syarikat perlu membentangkan laporan kewangan kepada pemegang saham yang merupakan pemilik syarikat. Laporan kewangan dalam bentuk Penyata Kewangan Tahunan yang perlu disediakan berdasarkan piawaian perakaunan yang minimum. Dengan ini, wujudlah perakaunan kewangan.Perakaunan IslamAspek PerbezaanPerakaunan Konvensional

Mengambil kira semua urusan termasuk factor halal dan haram dan kesan moral terhadap masyarakat. Penyedia penyata kewangan bukan hanya bertanggungjawab kepada pengguna tertentu sahaja tetapi juga kepada Tuhan

Konsep pendedahanMengambil kira urusan yang hanya dapat diukur dengan nilai kewangan dan berkaitan dengan peristiwa ekonomi serta hanya memberikan maklumat kepada pengguna tersebut.

Maklumat termasuk kekurangan atau kesilapan perlu didedahkan dengan jujur kerana laporan bukan hanya dinilai oleh penggunanya tetapi juga akan dipersoalkan di akhirat kelak. Oleh itu, kemungkinan berlakunya penyelewengan adalah kecil kerana factor keimanan kepada TuhanKonsep PenemuanMaklumat didedahkan hanya apabila dipersoalkan oleh pihak luaran tentang kekurangan atau kesilapan laporan. Oleh itu, terdapat kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam penyediaan laporan kerana dipengaruhi oleh faktor ganjaran yang lumayan.

7. Perbezaan antara perakaunan islam dengan perakaunan konvensional: -

8. Akauntan dianggap sebagai pemimpin dalam sesebuah organisasi kerana akauntan didefinisikan sebagai orang yang mengurus dan mengawasi penyediaan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab menyediakan laporan mengenai kedudukan kewangan sesebuah syarikat perniagaan atau organisasi dari semasa ke semasa. Pada masa kini, tugas akauntan bukan saja menjadi pelaksana proses perakaunan semata-mata, tetapi juga menjadi individu yang bertanggungjawab dalam usaha membuat keputusan perniagaan.

CIRI CIRIHURAIAN

KeutuhanAkauntan perlu menghayati prinsip keadilan dan kebenaran

ProfesionalismeAkauntan bertanggungjawab untuk berkelakuan secara professional dan mengekalkan standard professional yang tinggi semasa menjalankan tugas.

KerahsiaanAkauntan dilarang mendedahkan maklumat yang diperoleh daripada kerja yang dijalankan kepada mana- mana pihak yang tidak berkaitan, sama ada secara lisan atau bertulis, kecuali untuk keperluan perundangan.

Urus Tadbir yang Baik (Good Governance)Akauntan perlu mengamalkan urus tadbir yang baik semasa menjalankan tugas dan peka terhadap fungsi kawalan dalaman serta pengurusan risiko dengan lebih efektif.

9. Ciri- ciri etika dalam Kod Etika Profesional

10. Perbezaan antara milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad, dan koperasiASPEK PERBEZAANMILIKAN TUNGGALPERKONGSIANSYARIKAT BERHADKOPERASI

MilikanSeorang pemilik2-20 orang 2-50 orang (sendirian berhad) Min 2 orang tanpa had max (awam berhadMin 50 orang dan tiada had maksimum

Sumber ModalDisumbangkan oleh pemilikDisumbangkan oleh para pekongsiDisumbangkan oleh pemegang saham melalui pembelian sahamDisumbangkan oleh anggota melalui pembelian saham

LiabilitiTidak terhadTidak terhadTerhad kepada jumlah modal yang dilaburkanTerhad kepada jumlah modal yang dilaburkan

Hayat Perniagaan Tidak berterusanBerterusanBerterusanBerterusan

PenubuhanBerdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956Ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961 dan berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan berdaftar dengan Ketua Pendaftar Koperasi

PengurusanPemilik sendiriPekongsi aktifLembaga pengarah ; dilantik oleh pemegang saham dalam mesyuarat agungAnggota Lembaga Koperasi ; dilantik melalui pengundian dalam mesyuarat agung

KeuntunganDiperoleh oleh pemilik sendiriDiagihkan menurut Ikatan Perjanjian PerkongsianDiagihkan dalam bentuk dividen dan bonusDiagihkan dalam bentuk dividen

11. Perakaunan ditakrifkan sebagai proses penyediaan maklumat mengenai kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan untuk membantu pihak-pihak yang berkepentingan, iaitu pengguna dalaman dan pengguna luaran ketika membuat keputusan.

Simpan kira ditakrifkan sebagai suatu sistem merekodkan semua urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berdasarkan sistem catatan bergu.

SUBBIDANG PERAKAUNANHURAIAN

Perakaunan Kawangan (Keputusan Perniagaan)Untung / rugi dalam suatu tempoh perakaunan, kedudukan kewangan serta aliran masuk dan aliran keluar tunai yang terlibat dalam operasi perniagaan. Objektifnya : Perakaunan kewangan adalah untuk menyediakan maklumat-maklumat perakaunan kepada pengguna luaran sebagai rujukan untuk membuat sebarang keputusan.

Perakaunan PengurusanMelibatkan proses perancangan, kawalan, membuat keputusan dan pengurusan syarikat secara keseluruhannya. Perakaunan pengurusan menyediakan maklumat yang berkaitan dengan perniagaan kepada pengguna dalaman peniagaan untuk proses membuat keputusan, terutamanya keputusan tentang keberkesanan dan penambahbaikan sistem kawalan dalaman peniagaan.

AuditPengauditan melibatkan aktiviti- aktiviti pemeriksaan dokumen- dokumen perniagaan bagi mengesahkan bahawa urus niaga yang direkodkan itu benar-benar berlaku. Pengauditan dijalankan untuk memastikan bahawa rekod perakaunan yang disediakan adalah mengikut piawaian dan peraturan perakaunan yang diterima umum.

PercukaianPercukaian meliputi nasihat percukaian, perancangan cukai dan penyediaan penyata cukai. Mereka yang terlibat dalam bidang percukaian perlu mahir dalam bidang perakaunan, terutamanya perakaunan kewangan.

Sistem Maklumat PerakaunanSistem untuk menjanakan maklumat perakaunan sebagai sebahagian daripada sistem maklumat keseluruhan. Sistem maklumat perakaunan berfungsi sebagai suatu rangkaian prosedur yang berhubungan antara satu maklumat perakaunan dengan satu maklumat perakaaunan yang lain. Sistem Maklumat Perakaunan berperanan dalam pemprosesan data-data perakaunan dan seterusnya menghubungkan data-data ini dengan sistem maklumat pengurusan.

12. Subbidang Perakaunan dan huraiannya: -

13. Perbezaan antara perakaunan kewangan dengan perakaunan pengurusanASPEKPERAKAUNAN KEWANGANPERAKAUNAN PENGURUSAN

PenggunaMenyediakan maklumat- maklumat perakaunan kepada pengguna dalaman dan pengguna luaranMenyediakan maklumat perakaunan untuk kegunaan pengguna dalaman sahaja.

MasaMerupakan ringkasan kepada aktiviti yang telah dilaksanakanBertumpu pada aktiviti yang mempengaruhi keputusan pada masa depan

Skop tumpuan laporanLaporan ringkas tentang firma secara keseluruhanLaporan secara terperinci tentang jabatan, bahagian atau cawangan

PematuhanPerlu dilaksanakan secara mandatori kerana tertakluk pada Akta Syarikat 1965 dan Piawaian Pelaporan Kewangan (FRS)Tidak tertakluk pada mana-mana perundangan; pelaksanaannya mengikut keputusan dan arahan pihak pengurusan

PerundanganLaporan perlu disediakan mengikut Prinsip Perakauanan yang Diterima Umum atau GAAP (Generally Accepted Accounting Principle)Laporan tidak perlu disediakan mengikut prinsip perakaunan yang tertentu

MAKSUDFUNGSI

MACPAMalaysian Association of Certified Public AccountantsMemberikan latihan dan peperiksaan kepada akauntan bagi memajukan profesion perakaunan di Malaysia.

MICPAMalaysian Institute of Certified Public AccountantsMemajukan profesion perakaunan di Malaysia melalaui penyediaan latihan dan peperiksaan.

MSAMalaysian Society of AccountantsMemastikan pertumbuhan sihat profesion perakaunan di Malaysia.

MIAMalaysian Institute of AccountantsMemperkembang profesion perakaunan di Malaysia.

MASBMalaysian Accounting Standard BoardMenyemak dan memperbaiki piawaian perakaunan yang sedia ada, menerbitkan piawaian perakaunan, serta melaksanakan tugas sebagai penasihat awam kepada akauntan.

CIMAChartered Institute of Management AccountantsMelahirkan akauntan profesional yang mahir mengurus dan mentadbirkan perniagaan serta menangani perubahan-perubahan yang berlaku dalam perniagaan.

ACCAThe Associations of Chartered Certified AccountantsMembentuk amalan perniagaan yang baik serta mahir dalam usaha menangani sebarang cabaran bagi mengekalkan pertumbuhan dan seterusnya mencapai prestasi yang tinggi dalam perniagaan.

14.

15. i ) Badan Kawal Selia (Regulatory Body) Institut Akauntan Malaysia (MIA) ditubuhkan pada 1969 di bawah Akta Perakaunan 1967. Ahli- ahli MIA akan digelar sebagai Akauntan Awam (PA) dan Akauntan Berlesen (LA) ii )Badan Penggubal Piawaian (Standard Setting Body) MASB (Malaysian Accounting Standard Board) ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1997. MASB dibentuk sebagai sebuah badan autoriti untuk membangunkan dan menerbitkan standard perakaunan di Malaysia.

iii )Badan Profesional ( Professional Body ) MICPA pada asalnya dikenal sebagai MACPA yang ditubuhkan pada tahun 1958. MICPA terlibat secara aktif dalam penyelidikan, pembangunan, dan pengumuman yang berkaitan dengan perakaunan, pengauditan dan standard- standard pelaporan perakaunan sejak tahun 2002.

16. Usaha yang berterusan Perniagaan mempunyai hayat yang berterusanEntiti Berasingan Perniagaan ialah entity yang berasingan daripada pemiliknya Ketekalan Kaedah merekodkan yang sama digunakan dalam penyata kewanganMaterialiti Butir- butir yang dianggap material sahaja yang direkodkan Wang Sebagai Ukuran - Setiap urus niaga direkodkan dalam ukuran wangCatatan Bergu setiap urus niaga direkodkan dalam 2 akaun yang berasingan dengan amaun yang samaPelaporan berasaskan nilai saksama nilai dalam penyata kewangan perlu diselaraskan mengikut nilai pasaran jika nilai kos sejarah tidak menunjukkan nilai saksamaKos Sejarah - Pembelian aset dan belanja yang ditanggung direkodkan mengikut harga atau kos tersebut.Asas Perakaunan Akruan Jumlah hasil yang dilaporkan sama dengan hasil bagi tempoh perakaunan berkenaan Konservatisme Jangkaan kerugian saja yang diambil kira sebagai belanja dalam penyata pendapatan.Tempoh Perakaunan Hayat perniagaan perlu dibahagikan kepada tempoh perakaunan yang sama.

17. Kebolehfahaman- maklumat dalam penyata kewangan boleh difahami oleh pengguna penyata kewangan. - Penyata kewangan disediakan dengan andaian bahawa pengguna mempunyai ilmu tentang perniagaan, ekonomi dan perakaunan, serta dapat menggunakan maklumat kewangan dengan sebalik- baliknya.- Pengguna penyata kewangan boleh membuat keputusan yang lebih baik jika dapat memahami kandungan penyata kewangan.

Releven- keupayaan penyata kewangan dalam mempengaruhi keputusan yang diambil oleh pengguna penyata kewangan. - maklamat dalam penyata kewangan berguna untuk menilai perkara atau keputusan yang telah atau sedang diambil.- maklumat yang relevan membantu pengguna maklumat tersebut menilai peristiwa lepas, semasa, dan masa depan perniagaan.

Kebolehpercayaan- penyata kewangan yang bebas daripada sebarang kesalahan nyata, fakta didedahkan dengan bukti dan tidak bersifat berat sebelah.- maksudnya, penyata kewangan mestilah disediakan dengan tepat supaya pengguna dapat bergantung pada maklumat dalam penyata kewangan untuk membuat keputusan yang paling tepat.

Kebolehbandingan- penyata kewangan mesti dapat dibandingkan mengikut jangka masa untuk mengenal pasti kedudukan kewangan dan pencapaian syarikat. - penyata kewangan perlu mendedahkan polisi perakaunan yang digunakan bagi memudahkan pengguna membuat keputusan sekiranya berlaku perbezaan dalam penggunaan polisi perakaunan.

Ketepatan Masa (Timeliness)- maklumat dapat diperoleh semasa maklumat tersebut diperlukan kerana maklumat yang lewat tidak boleh digunakan sebagai asas dan rujukan semasa membuat keputusan.- maklumat perlu diperoleh secara kerap dan dikemaskinikan bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti perakaunan dapat dijalankan dalam proses membuat keputusan dan menilai prestasi perniagaan.

18. Maksud Kitaran Perakaunan adalah proses perakaunan dilakukan mengikut urutan yang bersistem dan dapat ditunjukkan sebagai suatu kitaran perakaunan. Jangka masa untuk melengkapkan satu kitaran perakaunan dikenal sebagai tempoh perakaunan. Kitaran Perakaunan merupakan urutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam suatu tempoh perakaunan, mulai daripada mengelaskan, merekodkan dan meringkaskan maklumat perakaunan.

1. Dokumen Sumber19.

8. Catatan Penutup

2. Buku Catatan Pertama

PROSES KITARAN PERAKAUNAN

7. Penyediaan Penyata Kewangan

3. Pengeposan ke Lejar

6. Penyediaan Imbangan Duga Terlaras4. Penyediaan Imbangan Duga

5. Pelerasan

20. Terdapat 6 Syarikat Perakaunan yang besar di Malaysia iaitu:a. BDO Binder, Malaysiab. Deloittec. PricewaterhouseCoopersd. KMPG - Klynveld Main Goerdeler , Peat Marwicke. Ernst & Youngf. Grant Thornton LLP