2. jurnal compiled
Post on 20-Jan-2016
177 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
1
RE-MEMBER : SATU STRATEGI MNEMONIK DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MURID TAHUN 5 MENGENALPASTI KEDUDUKAN
ARAH MATA ANGIN PERANTARAAN.
Oleh
Amirah Binti Zahariman
mimiera90@yahoo.com
Mazlan Bin Junaidi
lan_junaidi2008@gmail.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam mengenalpasti
arah mata angin perantaraan iaitu Barat Laut, Timur Laut, Barat Daya dan Tenggara melalui strategi
Re-Member iaitu satu kaedah mengingat menggunakan mnemonik. Kumpulan sasaran bagi kajian
tindakan ini terdiri daripada tujuh orang murid dalam kalangan Tahun 5 yang dikenalpasti belum
menguasai kemahiran mengenalpasti kedudukan arah mata angin perantaraan melalui lembaran
latihan mereka . Data-data dikumpul menggunakan ujian pra dan pasca, nota lapangan, temubual
serta lembaran latihan. Data yang diperoleh dikumpulkan dan dianalisis dari segi kandungan dan
pola. Triangulasi sumber digunakan untuk menyemak data. Hasil analisis data mendapati subjek
kajian telah menunjukkan perkembangan positif dari segi penguasaan kemahiran mengenalpasti arah
mata angin perantaraan melalui strategi Re-Member.
Kata kunci : strategi Re-Member, arah mata angin perantaraan, mnemonik.
PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih ambilan Januari 2010 di bawah opsyen Pengajian Sosial di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak. Pada 21 Januari 2013, saya telah
dihantar ke Sekolah Kebangsaan Permai ( bukan nama sebenar ) di daerah Serian untuk menjalani
praktikum fasa ketiga.
Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Permai terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Bidayuh,
Iban dan lain-lain lagi. Semasa menjalani praktikum fasa ketiga ini, saya telah diamanahkan untuk
mengajar Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik Kewarganegaraan bagi tahun 5 Merah yang terdiri
daripada 34 orang murid. Walaupun ianya angka yang agak besar, itu tidak sedikit pun melemahkan
semangat saya untuk menjalani praktikum ini malahan saya lebih bersemangat untuk mengajar kelas
seramai ini.
Dari segi pencapaian akademik, kelas 5 Merah berada di tahap yang sederhana dan lemah. Keputusan
peperiksaan mereka pada akhir tahun 2012 menunjukkan beberapa orang murid sahaja yang berada di
dalam kategori sederhana dan lemah. Berdasarkan kepada pemerhatian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan, apabila saya menggunakan teknik penyoalan untuk mengukuhkan kemahiran
murid-murid, mereka malu-malu dan kurang keyakinan untuk menjawab pertanyaan guru. Peneguhan
positif bagi memupuk keberanian dan keyakinan murid-murid perlulah dilaksanakan supaya mereka aktif
semasa sesi pengajaran. Selain daripada itu, murid-murid kelas ini sukakan bahan bantu mengajar yang
berbentuk „hands-on‟, koperatif dan interaktif.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
2
Refleksi P&P dan Nilai Pendidikan
Pengajaran merupakan suatu proses yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
tertentu. (Rohizani Yaakub, Shahabuddin Hashim dan Mohd Zohir, 2003). Ia juga merangkumi aktiviti-
aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklumbalas. Pembelajaran pula merupakan aktiviti
mental, fizikal atau rohani murid itu sendiri di dalam proses mengubah tingkahlaku untuk perkembangan
diri dan menghubungkait ilmu dan kemahiran baru untuk diri sendiri serta masyarakat dan negara.
Pendidikan pada masa kini bukan sahaja mementingkan aspek akademik dan kognitif semata-mata.
Konsep pendidikan sepanjang hayat di peringkat sekolah menekankan perolehan pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama dan nilai murni, perkembangan bakat dan potensi serta
pembentukan jati diri. Oleh itu, institusi pelajaran merupakan agen utama dalam pemupukan nilai murni.
Sebagai seorang bakal guru, saya perlulah menerapkan nilai murni di samping mengajar dan mendidik
anak-anak murid. Pembangunan kendiri murid perlulah seimbang dari segala aspek baik akademik
mahupun sahsiah.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Cuaca dan Iklim di bawah tema Mengenal Negara
Kita, saya telah memulakan pengajaran dengan soal jawab berkenaan dengan cuaca semasa kelas tersebut
berlangsung. Saya menggunakan teknik penyoalan yang menjurus kepada tajuk pengajaran dan
digabungkan dengan pembelajaran kontekstual. Penggunaan teknik penyoalan berpotensi untuk
membantu murid mencapai keupayaan kognitif optimum dan dapat mendedahkan murid menggunakan
pengetahuan sedia ada dan membandingkan maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah.
(Zamri Mahamod, 2011) . Manakala pembelajaran kontekstual pula menurut Hull D.(1997) mempunyai
ciri-ciri yang perlu dilaksanakan agar pengajaran lebih berkesan. Ciri yang pertama ialah guru
menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar
memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-
pengetahuan pelajar. Hal ini jelas apabila murid-murid mampu menyatakan dengan baik beserta
penerangan berkaitan dengan cuaca, malahan mampu menyenaraikan cuaca-cuaca pada hari kelmarin
juga dan sekaligus dapat mengenalpasti tajuk pengajaran guru pada hari tersebut.
Kemudian, semasa sesi penerangan, saya telah menggunakan peta minda dan lakaran peta di papan putih
untuk menunjukkan arah tiupan angin monsun kepada murid-murid. Penggunaan peta minda adalah untuk
menunjukkan ciri-ciri iklim di negara Malaysia. Semasa sesi penerangan dilaksanakan saya juga telah
menggunakan strategi berpusatkan bahan iaitu bahan grafik Peta Malaysia. Sadya menggunakan peta
kerana bahan ini amat sesuai dan relevan untuk menunjukkan arah angin monsun yang bertiup di negara
kita. Idea ini disokong oleh pernyataan Arthur K. Ellis (2010, ms. 276)
“Maps and globes are spatial essays. They tell stories about location, direction, area,
distance, scale and proportion. They convey information primarily in graphics and
symbolic terms. Maps are graphic representations of space.”
Murid-murid dapat menamakan jenis angin monsun tersebut dengan bantuan peta yang menunjukkan arah
mata angin utama dan murid-murid juga mampu mencongak arah mata angin perantaraan.
“Apabila saya menggunakan peta untuk menerangkan dan menyoal tentang arah tiupan
angin monsun, murid-murid akan memberi respon seperti mencongak nama arah mata
angin yang mereka tahu sebelum menjawab soalan saya. Hasilnya, walaupun agak lambat
tetapi mereka mampu menentukan arah mata angin tersebut berbantukan arah mata angin
utama yang telah diberi.”
(nota lapangan (1), 19/2/13)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
3
Akan tetapi, semasa aktiviti lembaran individu dilaksanakan, terdapat beberapa orang murid yang tidak
dapat menamakan arah tiupan angin monsun dengan betul. Walaupun pada sesi penerangan dan soalan
pengukuhan secara lisan mereka mampu menjawab, tetapi tidak pada lembaran tersebut. Mereka
meyatakan sukar untuk mengingat kedudukan arah mata angin perantaraan dan menyebabkan mereka
gagal menentukan arah dari mana bertiupnya angin monsun di atas lembaran latihan tersebut.
“Terdapat beberapa orang murid di dalam kelas mengeluh kerana tidak mengingat arah
mata angin perantaraan yang digunakan untuk menentukan arah bertiupnya angin monsun
di Malaysia”
(nota lapangan (2) , 19/2/13)
Seharusnya mereka sudah menguasai arah mata angin perantaraan pada pembelajaran yang lepas tetapi
saya mendapati ada yang masih belum menguasainya selepas selesai pengajaran saya pada hari itu.
Kemahiran ini merupakan salah satu kemahiran penting dalam bidang geografi. Apabila murid-murid
melangkah ke sekolah menengah dan mula mempelajari subjek geografi dengan kemahiran yang tidak
dikuasai ini, berkemungkinan mereka akan tertinggal jauh di belakang dan proses pembelajaran murid-
murid akan terganggu.
Saya mendapati ada beberapa punca dan faktor kepada masalah ini. Antaranya adalah kurangnya latihan
pengukuhan, kurang daya ingatan dan juga kesedaran tentang kepentingan kemahiran tersebut dalam diri
murid-murid. Selain daripada itu, saya juga tidak mengambilkira pengetahuan lepas murid-murid sebelum
saya memulakan pengajaran. Saya terlalu fokus pada pengajaran dan mengabaikan pembelajaran murid-
murid.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Setelah mendapati masalah murid saya adalah berkaitan dengan mengenalpasti kedudukan arah mata
angin perantaraan, saya menemubual guru subjek Kajian Tempatan mereka beberapa perkara berkaitan
dengan latarbelakang pembelajaran murid.
Saya :Boleh cikgu beritahu bagaimana prestasi pembelajaran murid-murid kelas ini?
Guru : Tahap pembelajaran murid 5 Merah boleh dikatakan di dalam kategori sederhana
dan lemah. Mereka mempunyai minat untuk belajar tetapi memerlukan motivasi
dan bahan bantu mengajar serta langkah pengajaran yang interaktif. Mereka juga
agak lambat dalam membuat kerja melainkan guru memberi arahan dan penerangan
yang betul-betul difahami oleh mereka.
( TB-25-02-2013 )
Kemudian, saya telah menganalisis data tinjauan awal iaitu lembaran kerja murid untuk mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya. Berikut merupakan hasil dapatan awal bagi 12 orang
murid yang tidak mencapai markah yang baik semasa 19 Februari 2013;
Jadual 1 : Analisis Lembaran Kerja bagi setiap soalan
Nama Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Jumlah
(a) (b) (a) (b) (a) (b) (a) (b)
Dayang X X / / X / / X 4/8
Tom X / X / X X / / 4/8
Shafika / X X / / / X X 4/8
Zain X / X / X X / / 4/8
Alvin X / X X / / / X 4/8
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
4
Martin X X X X X / X / 2/8
Carol X X X X / / / / 4/8
Nico X / X / / / X X 4/8
Shenry X X X X / / / / 4/8
Amir X / X / / X X / 4/8
Amira X X X X X / / X 2/8
Annur X / X X X X / / 3/8
Jadual 1 di atas menunjukkan 12 orang murid yang mendapat markah terendah semasa lembaran kerja 19
Februari diberikan kepada mereka. Seramai 11 orang murid gagal menjawab soalan 1 (a) dan soalan 2 (a).
Kedua-dua soalan tersebut merupakan soalan mengenalpasti arah bertiupnya angin monsun di Malaysia.
Kedua-duanya menunjukkan bilangan tertinggi jumlah murid yang salah pada bahagian tersebut. Maka,
dapatlah disimpulkan secara awal di sini bahawa murid-murid di atas mempunyai masalah dalam
mengenalpasti arah mata angin perantaraan untuk menentukan arah tiupan angin monsun di Malaysia.
Berikut merupakan contoh jawapan murid di dalam lembaran kerja tersebut ;
Rajah 1 : Lembaran Kerja Shenry
Kemudian, saya telah mengadakan ujian saringan bagi menguji kesimpulan awal saya terhadap 12 orang
murid ini iaitu tidak dapat mengenalpasti kedudukan arah mata angin perantaraan bagi menentukan arah
tiupan angin monsun di Malaysia. Berikut merupakan markah bagi ujian saringan mereka yang
dilaksanakan pada 26 Februari 2013 iaitu semasa sesi pengajaran kali kedua dilaksanakan.
Jadual 2 : Analisis Kekerapan Kesalahan Soalan
Nama S1 S2 Markah
i. ii. i. ii.
Dayang / / / / 4/4
Tom / / / / 4/4
Shafika / / / / 4/4
Zain / / / / 4/4
Alvin / / / / 4/4
Amira X X X X 0/4
Amir X / X / 2/4
Shenry X X X X 0/4
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
5
Nico X / X / 2/4
Carol X X X X 0/4
Martin X X X X 0/4
Annur X / X / 2/4
Berdasarkan daripada jadual tersebut, saya mendapati semua murid ini mengalami masalah bagi soalan 1
(i) dan 2 (i). Kedua-dua soalan ini merupakan kemahiran mengenalpasti kedudukan arah mata angin
perantaraan. Ada antara mereka yang mampu menghubungkait bulan berlakunya tiupan angin tersebut
sepadan dengan kawasan di dalam peta tetapi arah tiupan angin monsun pula, kesemuanya salah. Maka,
ramalan awal saya di sini bahawa mereka masih belum menguasai kemahiran mengenalpasti kedudukan
arah mata angin perantaraan. Untuk menentukan ketepatan ramalan tersebut, saya telah memberikan ujian
diagnostik kepada mereka pada 1 Mac 2013. Berikut merupakan hasil dapatan daripada ujian diagnostik ;
Jadual 3 : Markah Bagi Ujian Diagnostik
Bil. Nama murid Markah
1. Amira 1/6
2. Amir 1/6
3. Shenry 2/6
4. Nico 0/6
5. Carol 1/6
6. Martin 2/6
7. Annur 2/6
Jadual 4 : Analisis Bagi Ujian Diagnostik
Bil. Nama murid Bahagian A
(Mengenalpasti)
Bahagian B
(Mengenalpasti)
1. Amira X X / X X X
2. Amir X X X X X /
3. Shenry X X X / X /
4. Nico X X X X X X
5. Carol X X X X X /
6. Martin X X / X / X
7. Annur X X X / / X
Ujian diagnostik yang saya gunakan ini bertindak secara serampang dua mata di mana bahagian A
merupakan kemahiran mengenalpasti arah tiupan angin monsun di Malaysia manakala bahagian B pula
mengenalpasti kedudukan arah mata angin perantaraan. Di dapati, mereka masih gagal mengenalpasti
arah tiupan angin monsun dan gagal melengkapkan arah mata angin perantaraan di bahagian B. Jadi,
jelaslah sebab mengapa mereka gagal melengkapkan bahagian A, iaitu kerana mereka masih kurang
mahir mengenalpasti kedudukan arah mata angin perantaraan di bahagian B. Oleh itu, hasil daripada ujian
diagnostik ini mengesahkan sememangnya ketujuh-tujuh murid ini mempunyai masalah untuk
mengenalpasti arah mata angin perantaraan.
Langkah seterusnya yang saya ambil adalah menemubual ketujuh-tujuh orang murid untuk mendapatkan
respons mereka tentang arah mata angin perantaraan. Kesemua mereka tidak dapat mengenalpasti
kedudukan arah mata angin perantaraan dengan betul.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
6
Guru : Boleh kamu senaraikan arah mata angin selain utara, selatan, timur dan barat?
Amira : Barat laut, timur laut, barat daya dengan tenggara cikgu.
Guru : Boleh kamu tunjukkan arahnya di atas kertas ini? (guru menunjukkan satu
lembaran kosong arah mata angin utama sahaja, perantaraan dibiarkan kosong )
Amira : (Amira dapat menunjukkan dua sahaja yang betul iaitu Barat Laut dan Timur
Laut )
Guru : Kamu salah letakkan arah tenggara dan barat daya.
Amira : Saya tak ingat kedudukan dia cikgu. Susah nak ingat. ( TB/ 07-03-2013 )
Jawapan yang sama turut diberikan oleh mereka semasa ujian saringan dilaksanakan. Berikut merupakan
nota lapangan pada pengajaran kali kedua dilaksanakan.
“ Seramai 7 orang murid gagal menentukan kedudukan arah mata angin bagi tiupan angin
monsun di atas peta. Mereka menyatakan mereka hanya ingat kedudukan arah utara,
selatan, timur dan barat. Memandangkan arah mata angin bagi tiupan angin monsun adalah
arah mata angin perantaraan, mereka tidak dapat mencapai objektif pengajaran pada hari
tersebut“
(Refleksi/ Nota Lapangan/ 26-02-2013 )
Berdasarkan penerokaan dan analisis data-data yang dilakukan, jelas bahawa murid-murid saya ini
memerlukan cara dan kaedah yang sesuai dan berkesan bagi membantu mereka mengingat dan
mengenalpasti arah mata angin perantaraan tersebut. Dengan ini, fokus kajian saya adalah membantu
meningkatkan kemahiran mengenalpasti arah mata angin perantaraan dalam kalangan murid-murid tahun
5 ini. Berdasarkan kepada hasil analisis ini, maka saya telah memfokuskan kajian tindakan bagi
meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 mengenalpasti kedudukan arah mata angin perantaraan iaitu
Barat Laut, Timur Laut, Barat Daya dan Tenggara melalui strategi “Re-Member”.
STRATEGI TINDAKAN
Langkah 1 : Memperkenalkan kaedah mnemonik kepada murid-murid.
Guru menyatakan jangkaan terhadap murid pada akhir sesi intervensi iaitu mereka mampu untuk
mengenalpasti kedudukan arah mata angin perantaraan dengan lebih baik selepas pengajaran ini.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan keyakinan diri mereka di samping mendorong mereka untuk
menumpukan perhatian semasa pengajaran berlangsung.
Guru akan memperkenalkan kaedah mnemonik bagi menghafal arah mata angin perantaraan kepada
murid-murid menggunakan lembaran grafik berwarna. Di dalam grafik tersebut ada grafik arah mata
angin perantaraan serta mnemonik bagi mengingat dan mengenalpasti arah mata angin perantaraan
tersebut dengan susunan dari kiri ke kanan. Selaras dengan teori pembelajaran pemprosesan maklumat,
untuk menarik perhatian murid saya telah menggunakan grafik untuk merangsang mereka. Berikut
merupakan contoh mnemonik saya sendiri yang dicatatkan di dalam lembaran grafik tersebut.
Jadual 5 : Arah Mata Angin Perantaraan mengikut susunan
BARAT LAUT TIMUR LAUT
BARAT DAYA TENGGARA
“BAJU LISA TERKENA LUMPUR, BAJU DIA TOMPOK-TOMPOK”
*Huruf awalan bagi setiap arah mata angin perantaraan dijadikan perkataan baru membentuk cerita.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
7
Langkah 2 : Aktiviti „Mix-N-Match‟ ( Kompas Peneroka )
Untuk aktiviti ini, saya akan memberikan setiap seorang murid sebuah set mini „Kompas Peneroka‟ yang
kosong. Setiap daripada mereka diberikan empat arah mata angin perantaraan, dan mereka perlulah
melengkapkan kompas mereka dengan arah mata angin perantaraan yang betul. Di sini, proses mengingat
kembali pengajaran sebelum ini berlaku melalui penyimpanan ingatan sebelum ini. Murid-murid
mengingat mnemonik yang telah diajar untuk melengkapkan lembaran aktiviti berkumpulan.
Di tangan mereka, arah mata angin masih tidak lengkap, ada yang serupa semuanya dan ada yang
mempunyai lebih daripada satu jenis arah mata angin perantaraan yang sama. Oleh itu, mereka perlu
bergerak untuk mencari dan bertukar-tukar arah mata angin yang mereka ada dengan murid-murid yang
lain. Mereka yang paling cepat melengkapkan kompas mereka akan diberikan ganjaran untuk
mewujudkan persaingan positif dalam kalangan mereka.
Aktiviti ini adalah untuk mengukuhkan ingatan dan pengetahuan mereka dalam mengenalpasti arah mata
angin perantaraan dengan bimbingan rakan sebaya secara tidak langsung.
Langkah 3 : Penilaian melalui Aktiviti melukis dan mewarna.
Bagi mengukuhkan kemahiran yang mereka telah dapat, saya akan mengedarkan sebuah kertas lukisan
kepada setiap murid dan meminta mereka melukis kompas yang lengkap dengan arah mata anginnya serta
mewarnakan lukisan mereka. Hasil kerja mereka diberikan peneguhan seperti cop daripada guru, simbol-
simbol bintang dan lain-lain lagi. Di sini murid-murid akan membuat generalisasi dan pengukuhan
dengan membina mnemonik mereka sendiri ataupun menggunakan mnemonik yang diberi guru.
DAPATAN KAJIAN
Saya telah mengadakan ujian pra pada 1 April untuk membuat perbandingan prestasi subjek kajian saya
sebelum intervensi dilaksanakan. Markah bagi ujian pra menunjukkan bahawa murid-murid ini masih
belum menguasai kemahiran menamakan arah mata angin perantaraan. Saya juga mengadakan ujian
pasca bagi melihat kesan intervensi kepada mereka. Bagi melihat dengan lebih dekat peningkatan prestasi
subjek kajian ini, saya telah membuat perbandingan antara ujian pra dan pasca mereka. Secara
keseluruhan peningkatan kepada markah bagi setiap responden boleh dilihat di dalam jadual berikut;
Jadual 6 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos
Bil. Nama murid Peratus Markah
Ujian Pra
Peratus Markah Ujian
Pos
Peratus
Peningkatan
Markah
1. Amira 0% 100% 100%
2. Amir 0% 100% 100%
3. Shenry 50% 100% 50%
4. Nico 0% 100% 100%
5. Carol 50% 100% 50%
6. Martin 50% 100% 50%
7. Annur 25% 100% 75%
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
8
Kesemua subjek kajian telah menunjukkan peningkatan prestasi yang positif kepada 100%. Mereka
mampu menjawab ujian pos yang diberi kepada mereka dengan tepat berbanding semasa ujian pra dahulu.
Ini menunjukkan intervensi yang dijalankan kepada mereka telah memberi kesan kepada kemahiran
mengenalpasti kedudukan arah mata angin perantaraan mereka. Untuk mengukuhkan lagi data ujian pra
dan pasca yang telah saya dapati, saya telah menemubual subjek-subjek kajian saya selepas intervensi
dilaksanakan. Berikut merupakan jadual analisis temubual murid-murid tersebut selepas perlaksanaan
intervensi dijalankan;
Jadual 7 : Analisis Temubual Subjek Kajian selepas Intervensi 'Re-member'
TEMA Faktor Mengingat Perasaan Langkah Intervensi
Mudah Susah Seronok Tidak
seronok
Mnemonik „Mix-N-
Match‟
Ganjaran Melukis
dan
membina
mnemonik
sendiri
Amira / / / / /
Amir / / / / /
Shenry / / / /
Nico / / / / /
Carol / / / / / /
Martin / / / / /
Annur / / / / /
Melihat kepada hasil analisis di atas, kesemua murid menyatakan lebih mudah untuk mengingat
menggunakan mnemonik berbanding hafalan biasa. Mereka juga menyatakan mereka sangat seronok
dengan intervensi yang telah saya jalankan. Berkenaan dengan langkah intervensi pula, Amira, Amir,
Nico, Carol dan Martin menyatakan mereka suka dengan aktiviti berbentuk kumpulan kerana ianya
memberi peluang kepada mereka untuk terlibat bersama-sama di dalam pembelajaran. Berkenaan dengan
ganjaran yang diberi kepada mereka, Amira, Amir, Nico, Carol dan Annur menyatakan mereka berasa
lebih termotivasi untuk belajar apabila ada ganjaran diberikan kepada mereka yang dapat menjawab
soalan yang diberi guru dengan tepat. Shenry, Carol, Martin dan Annur menyatakan aktiviti melukis dan
membina mnemonik memberi keseronokan kepada mereka dan pengalaman baru dalam pembelajaran
dengan mengaplikasi pengetahuan yang telah diajar oleh guru kepada mereka. Secara keseluruhannya,
jika dibandingkan dengan temubual yang dilaksanakan sebelum intervensi, subjek kajian telah
menunjukkan reaksi secara lisan yang positif. Sepanjang masa intervensi dilaksanakan, saya telah
memerhati tingkahlaku murid-murid saya dan mencatat nota lapangan untuk dijadikan data-data yang
menyokong dapatan kajian yang lain.
“Saya mendapati murid-murid sangat teruja apabila saya menunjukkan gambarajah mata
angin perantaraan yang berwarna kepada mereka. Mereka memuji-muji ianya cantik
terutamanya Carol dan Martin. “
(P1/ nota lapangan/15/04/13)
Berdasarkan kepada pemerhatian di atas, Carol dan Martin memuji-muji gambarajah arah mata angin
perantaraan semasa langkah 1 iaitu memperkenalkan mereka kepada mnemonik bagi membantu mereka
mengenalpasti kedudukan arah mata angin perantaraan. Perhatian dan minat mereka telah dirangsang
melalui grafik yang berwarna-warni tersebut.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
9
“Semasa pembelajaran koperatif dijalankan, Nico dan Shenry mengkumat-kamitkan
mnemonik yang telah diajar semasa melengkapkan lembaran mini kompas.”
(P2/ nota lapangan/15/04/13)
Nico dan Shenry telah mengkumat-kamitkan mnemonik yang diperkenalkan kepada mereka semasa
langkah 1 tadi untuk membantu mereka mengingat kedudukan arah mata angin perantaraan. Ini sekaligus
menunjukkan mereka mengaplikasikan pembelajaran mereka kepada situasi baru iaitu semasa
pembelajaran koperatif „Mix-N-Match‟ dilaksanakan. Hasilnya dapat dilihat menerusi analisis lembaran
kerja semasa intervensi yang akan dibincangkan selepas ini.
“Amira dan Carol yang pada mulanya malu-malu semasa sesi intervensi dilaksanakan
menjadi semakin yakin selepas aktiviti pembelajaran koperatif „mix-n-match”
( P3/ nota lapangan/15/04/13 )
Amira dan Carol yang agak pemalu semakin yakin dan berani dalam menyertai aktiviti pembelajaran
terutamanya selepas pembelajaran koperatif dijalankan. Saya berasa gembira melihat subjek-subjek kajian
yang kebanyakannya berkarakter pemalu dan kurang yakin berubah semasa intervensi dilaksanakan.
Walaupun objektif utama adalah meningkatkan kemahiran mengenalpasti kedudukan arah mata angin
perantaraan, saya juga telah meningkatkan kemahiran interpersonal mereka sesama rakan.
REFLEKSI
Kekuatan Kajian Tindakan
Strategi „Re-Member‟ ini khasnya telah meningkatkan kemahiran murid-murid dalam mengenalpasti
kedudukan arah mata angin perantaraan. Ini telah dibuktikan melalui set ujian pra dan pasca serta
pengukuhan dan juga tembual diikuti dengan nota lapangan. Ini merupakan antara inovasi dalam
pendidikan yang saya reka sendiri dengan mengaplikasikan pengetahuan pedagogi selama 5 tahun
menuntut ilmu di institut perguruan.
Sepanjang perlaksanaan kajian tindakan ini, saya telah mendapat ilmu pengetahuan berkenaan amalan
pedagogi yang pelbagai untuk dipraktikkan di sekolah pada masa akan datang. Antaranya adalah aplikasi
teknik mnemonik, teori pemprosesan maklumat, pembelajaran koperatif, dan lain-lain lagi. Melalui
pengetahuan yang saya dapati ini, saya dapat memantapkan lagi ilmu di dada serta merancang pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih efektif.
Selain daripada itu, saya juga mengalami sendiri budaya dan iklim penyelidikan dalam dunia pendidikan.
Saya mengkaji dan menambahbaik pengajaran dan pembelajaran saya dalam membantu meningkatkan
lagi keberkesanan pembelajaran murid-murid di dalam kelas. Keberkesanan sesuatu pengajaran
bergantung secara dua hala, baik dari faktor guru mahupun murid. Guru sebagai fasilitator harus bijak
dalam membawa murid menjayakan pembelajaran melalui pengajaran guru yang efektif.
Kelemahan Kajian Tindakan
Setiap kajian yang dilaksanakan mesti ada kelemahan dan keburukannya bagi memberi peluang kepada
pengkaji untuk menambahbaik kajiannya. Di dalam kajian tindakan ini, saya mendapati faktor jarak
menjadi penghalang antara saya dan pihak institusi terutamanya pensyarah penyelaras dalam
mendapatkan bimbingan daripadanya. Saya kurang berinteraksi dengan pensyarah untuk memantapkan
lagi kajian tindakan saya ini.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
10
Selain daripada itu, memandangkan ini merupakan kali pertama saya melaksanakan kajian tindakan,
terdapat beberapa kepincangan yang dilakukan oleh saya sendiri. Oleh itu, persediaan dan perlaksanaan
yang rapi perlulah dirancang dengan teliti agar kajian menjadi lebih teratur dan sempurna.
Saya juga merasakan lembaran grafik yang telah saya gunakan untuk intervensi bersaiz agak kecil dan
hanya sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kumpulan yang kecil. Bagi memastikan ianya
sesuai digunakan di dalam saiz kelas yang sebenar, beberapa penambahbaikan perlulah dilaksanakan ke
atas lembaran tersebut.
Secara tuntasnya, kajian yang telah saya jalankan ini membawa satu perubahan kepada diri saya sendiri
dan juga subjek kajian saya di dalam dunia pendidikan. Saya berasa lebih terbuka dan prihatin terhadap
isu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semoga kajian tindakan ini dapat membantu para
pendidik yang lain dalam membuat inovasi terhadap pengajaran dan pembelajaran mereka serta membuka
ruang kritikan membina oleh pihak profesional dalam memberi tunjuk ajar dan sumbangsaran kepada diri
saya ini untuk diperbaiki lagi pada masa hadapan.
CADANGAN KAJIAN/TINDAKAN SETERUSNYA
Seperti yang telah kita ketahui, kemahiran mengenalpasti kedudukan arah mata angin perantaraan
merupakan antara kemahiran asas di dalam subjek Kajian Tempatan. Ianya juga salah satu kemahiran
penting di dalam dunia Geografi. Sebagai persediaan kepada murid-murid sekolah rendah, kemahiran ini
perlulah ditingkatkan sebaik mungkin supaya mereka tidak ketinggalan pada masa hadapan.
Oleh itu, cadangan tindakan saya seterusnya adalah untuk memantapkan lagi strategi „Re-Member‟ ini
dengan menambahbaik dari aspek bahan bantu mengajar di mana saya telah menggunakan grafik
lembaran berbentuk „hardcopy‟ berbanding penggunaan bahan ICT. Saya merasakan penggunaan ICT
seperti persembahan multimedia, video dan lain-lain lagi mampu menarik perhatian murid dengan lebih
baik.
Selain daripada itu, penggunaan mnemonik ini bukan sahaja terhad kepada subjek Kajian Tempatan di
bawah tajuk Cuaca dan Iklim. Oleh itu, cadangan saya seterusnya adalah untuk menggunakan teknik
mnemonik dan menggabungkan dengan model pembelajaran yang lain selain daripada Teori Pemprosesan
Maklumat serta membuat kajian ke atasnya kesan dan hasilnya.
Saya juga bercadang untuk membuat kajian ke atas penggunaan kaedah mnemonik yang lain dan
membuat perbezaan dari sudut keberkesanannya dalam membantu kemahiran menghafal dan mengingat
di bawah tajuk lain di dalam Kajian Tempatan ataupun di dalam subjek-subjek lain di sekolah rendah. Ini
adalah kerana aplikasi teknik ini membantu murid dalam merangsang daya ingatan mereka dan telah
terbukti melalui kajian tindakan ini.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, dalam mengenalpasti permasalahan murid-murid di dalam kelas, kita haruslah
mengadakan tinjauan dengan teliti terhadap punca dan penyebab utama mengapa mereka tidak dapat
menguasai sesuatu kemahiran dan barulah kita membuat tinjauan lanjut dalam menangani dan mengatasi
masalah tersebut. Jika murid gagal untuk belajar melalui teknik dan strategi yang kita laksanakan,
haruslah kita membuat refleksi terhadap pengajaran kita dan menambahbaik langkah-langkah pengajaran
kita supaya pembelajaran murid lebih berkesan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
11
RUJUKAN
Rujukan Buku Ilmiah
Ali, D. H. (1997). Strategi Belajar Yang Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn
Bhd.
Ellis, A. K. (2010). Teaching and Learning Elementary Social Studies. Boston: Pearson Education.
Husin, K. H. (2003). Kemahiran Berfikir dan Komunikasi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Rohizani Yaakub, S. H. (2003). Pedagogi, Strategi dan Teknik mengajar dengan berkesan. Bentong,
Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa, A. S. (2010). Kemahiran Belajar. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Yaakob, Z. (2007). Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Rujukan Jurnal
Ayob, A. (2006). Pembelajaran Berasaskan Minda dan Implikasinya Kepada Pendidikan. Perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sharimie, A. (2012). PENDEKATAN BIMBINGAN RUKUN SOLAT MURID TAHUN EMPAT
MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA. Koleksi
Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan Islam amb. Januari 2009, , 243-255.
Hamidah, C. M. (2010). Kesan Pembelajaran Terhadap Prestasi Kemahiran Berfikir Kritis Dalam
Penulisan Rumusan bagi Subjek Bahasa Melayu di kalangan Pelajar Tingkatan Satu yang
Berbeza Pencapaian. Tesis Sarjana Pendidikan .
Ling, T. G. (2005). MENINGKATKAN KEUPAYAAN PELAJAR MENGINGAT FAKTA SEJARAH .
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 , 97-107.
Zamri Mahamod, N. R. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa
Melayu : Kaedah Pemerhatian. 52.
Rujukan Internet
Norhaidi, S. (31 Mei, 2009). Teacher's Department. Diakses pada 1 April, 2013, dari
http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/05/31/lembaran-kerja/
Setiawan, A. W. (28 November, 2009). Tutorial navigasi darat basic. Diakses 30 Mac, 2013, daripada
Eidelweiss: http://andywrx.wordpress.com/tag/ilmu-medan-peta-dan-kompas/
Yeap Chin Heng, Ibrahim Othman, Zaidi Abdul Hamid, Zainudin Ibrahim, Mohd. Tamizi Maruddin,
Ridzuan Hassan, Zarina Abd Majid. (2001). Kementerian Pelajaran Malaysia. Retrieved 10
Mac, 2013, dari Kementerian Pelajaran Malaysia:
http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/fpk.pdf
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
12
“D.O.M.E” : SATU STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 5
MENYATAKAN KEPENTINGAN TANAH TINGGI DAN TANAH PAMAH
Azimah Binti Adnan
azimah.adnan135@gmail.com
Mazlan Bin Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid menyatakan
kepentingan tanah tinggi dan tanah pamah menggunakan strategi DOME. Subjek kajian
ini terdiri daripada 6 orang murid Tahun 5 iaitu 5 orang perempuan dan seorang lelaki.
Kajian dilaksanakan di salah sebuah sekolah daerah Serian, Sarawak. Tinjauan awal yang
dijalankan dengan melaksanakan pelbagai ujian, mendapati murid-murid bermasalah
untuk menyatakan kepentingan tanah pamah dan tanah tinggi. Kajian ini telah
menggunakan instrumen seperti ujian pra dan pos serta analisis lembaran kerja. Hasil
perbandingan markah ujian pra dan pos yang dijalankan mendapati kesemua murid
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Hasil dapatan kajian ini
membuktikan bahawa kaedah permainan DOME berkesan untuk membantu murid
menyatakan kepentingan tanah tinggi dan tanah pamah.
PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih Opsyen Pengajian Sosial ambilan Januari 2010 di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Pada 21 Januari 2013, saya telah
ditempatkan di salah sebuah sekolah daerah Serian untuk menjalani latihan praktikum selama tiga bulan.
Sekolah ini mempunyai 194 orang murid termasuk murid prasekolah. Bilangan murid setiap kelas adalah
17 hingga 37 orang murid. Kebanyakan murid di sekolah ini ialah Melayu, Jawa dan Bidayuh.
Semasa menjalani praktikum di sini, saya telah diamanahkan untuk mengajar Kajian Tempatan bagi
Tahun 5. Kelas Tahun 5 ini terdiri daripada 37 orang murid iaitu 19 murid lelaki dan 18 murid
perempuan. Dari segi pencapaian akademik pula, kelas ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai
tahap pencapaian yang sederhana. Melalui peperiksaan yang dijalankan, terdapat 11 orang gagal dalam
subjek Kajian Tempatan. Hanya seorang mendapat A, manakala 12 orang mendapat B dan 13 orang
mendapat C. Ini bermakna, murid-murid Tahun 5 berada pada tahap sederhana bagi subjek Kajian
Tempatan.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah bertemakan Geografi Fizikal, iaitu Bentuk
Muka Bumi. Pada sesi pengajaran tersebut, saya memfokuskan kepada dua bentuk muka bumi iaitu tanah
pamah dan tanah tinggi. Hasil pembelajaran utama adalah menjelaskan kepentingan dua jenis bentuk
muka bumi. Saya memulakan sesi pengajaran dengan melakukan aktiviti teka kata. Murid-murid perlu
meneka perkataan yang diberikan. Apabila murid dapat meneka, saya meminta murid untuk mengaitkan
dengan tajuk pelajaran pada hari tersebut.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
13
Sesi penerangan dilaksanakan dengan mencirikan tanah tinggi dan tanah pamah, menggunakan bahan
bantu mengajar iaitu gambar tanah pamah dan tanah tinggi. Semasa bersoal jawab bersama murid, mereka
mampu mencirikan tanah pamah dan tanah tinggi berdasarkan gambar. .
Pada langkah 2, murid perlu menjawab lembaran kerja dengan menyenaraikan kepentingan tanah tinggi
dan tanah pamah. Apabila saya memberikan latihan, murid-murid agak sukar untuk menyenaraikan
kepentingan bentuk muka bumi tanah pamah dan tanah tinggi. Murid cenderung untuk bertanya,”Apakah
jawapannya, cikgu?”. Melalui aktiviti ini, saya mengetahui bahawa murid saya kurang berfikir secara
kritis dan kreatif. Berdasarkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam lembaran kerja, saya
mendapati murid-murid bermasalah untuk menyenaraikan kepentingan bentuk muka bumi tanah pamah
dan tanah tinggi.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Kelas Tahun 5 Compaq mempunyai seramai 37 orang murid. Namun, hanya enam orang murid sahaja
tidak dapat menyatakan kepentingan tanah pamah dan tanah tinggi dengan betul.
Saya telah mengajar tajuk ini sebanyak dua kali. Pada sesi pengajaran pertama, saya telah mengajar
seperti biasa dan memberikan lembaran kerja. Melalui lembaran kerja ini, saya dapat mengenalpasti
kelemahan murid. Semasa memberikan lembaran kerja ini, hanya 33 orang murid yang hadir. Berikut
adalah markah yang diperolehi oleh murid.
Jadual 1: Markah Lembaran Kerja Murid Tentang Menyatakan Kepentingan Tanah Tinggi Dan Tanah
Pamah
Markah 1 2 3 4 5 6 7 8
Bilangan
murid
2 1 5 3 4 13 5 0
Saya memerhatikan murid-murid saya semasa menjawab soalan. Hasil pemerhatian saya telah dicatat
dalam bentuk nota lapangan.
“Kebanyakan murid memberikan jawapan yang jauh daripada jawapan sebenar. Faizal,
Sukri, dan Emmanuel kelihatan sukar menjawab lembaran soalan dan mengambil masa
yang lama untuk berfikir.”
(NL, 11-02-2013)
Lembaran kerja yang diberikan kepada murid-murid adalah dengan meminta murid menyatakan
kepentingan tanah pamah dan tanah tinggi. Hasilnya, tiada murid dapat menjawab soalan dengan semua
betul. Pencapaian tertinggi murid adalah 7 markah. 17 orang murid mencapai hasil pembelajaran,
manakala 16 orang murid lagi tidak mencapai hasil pembelajaran hari tersebut. Sebagai seorang guru,
jumlah murid ini agak besar, iaitu hampir separuh kelas tidak dapat menjawab soalan ini.
Saya mengajar kali kedua untuk tajuk yang sama. Pada kelas kali kedua ini, saya memberikan ujian
diagnostik, bagi memastikan sama ada murid benar-benar bermasalah dalam tajuk ini. Kali ini, 36
daripada 37 orang murid saya hadir. Saya telah mengajar menggunakan kaedah yang sama. Berikut
adalah hasil ujian diagnostik yang dijalankan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
14
Jadual 2: Markah Ujian Diagnostik Mengenai Kepentingan Tanah Tinggi Dan Tanah Pamah
Markah Bilangan
murid
Nama murid
1 5 Rizqullah, Hilaryen, Amni, Arsyad, Hazwani
2 5 Azrin, Afida, Zulfadhli, Norazi, Hisyam
3 2 Emmanuel, Vibia
4 6 Jetropolly, Ruzaimi, Sukri, Syafiqah, Faizal, Rowena
5 7 Fadzley, Rasydan, Flowrencetina, Nazri, Zaanum, Hani, Dyeanna
6 6 Norra, Zulfikri, Steven, Haziqah, Franklin, Arni
7 0
8 5 M. Arsyad, Zulaikha, Fifi, Elvin, Bernadette
= Murid pemulihan
Berdasarkan hasil ujian diagnostik juga menunjukkan 12 orang mendapat markah kurang daripada 4.
Daripada 12 orang ini, 5 orang murid telah dikenalpasti adalah murid pemulihan. Ini bermakna, masih
terdapat murid yang bermasalah untuk tajuk ini.
Saya telah menjalankan ujian saringan untuk memilih subjek kajian. Ujian ini melibatkan 7 orang murid
Berikut adalah hasil ujian saringan 7 orang murid.
Jadual 3: Markah Ujian Saringan Murid
No
Nama murid
Soalan Jumlah
jawapan
betul Tanah tinggi Tanah pamah
1 2 3 4 1 2 3 4
1 Siti Nor Afida / / / / / / 6
2 Amni Amira / / / / / / 6
3 Arsyad / / / / 4
4 Vibia Florence / / / / 4
5 Nur Hazwani / / / 3
6 Azrin / / / / / 5
7 Zulfadhli / / / / / / / / 8
Jumlah Betul (Soalan) 5 6 5 6 5 5 2 2
Jadual ini menunjukkanjawapan murid mengikut soalan semasa ujian saringan. Berdasarkan ujian ini, 6
daripada 7 murid masih tidak dapat menjawab dengan semua betul, manakala Zulfadhli telah berjaya
menjawab semua betul dan tidak menjadi subjek kajian saya.
Untuk mengukuhkan dapatan kajian, saya telah menjalankan sesi temubual bersama murid-murid yang
terlibat. Temubual ini dilakukan untuk mengetahui dan memahami punca- punca murid tidak dapat
menyenaraikan bentuk muka bumi tanah pamah dan tanah tinggi. Ini juga adalah untuk menyokong
dapatan saya melalui ujian-ujian yang dijalankan.
“Murid-murid mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan semasa ditemubual.
Hazwani kelihatan teragak-agak untuk menjawab. Saya merasakan mereka memerlukan
aktiviti yang membantu mereka mengingat.”
(NL, 07-03- 2013)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
15
Hasil temubual boleh dirumuskan seperti jadual di bawah.
Jadual 4: Rumusan Hasil Temubual (Tinjauan Masalah)
Bil Nama murid Menyenaraikan 3 kepentingan Kaedah pembelajaran pilihan murid
Tanah pamah Tanah
tinggi
Permainan Biasa
1 Amni Amira x x /
2 Vibia x x /
3 Afida x x /
4 Azrin x x /
5 Arsyad x x /
6 Hazwani x x /
/ - dapat menyatakan x- tidak dapat menyatakan
Berdasarkan kepada kesemua data iaitu lembaran kerja, temubual guru subjek dan temubual murid, nota
lapangan, ujian saringan dan ujian diagnostik, saya mendapati terdapat 6 orang murid ini sukar dalam
menyatakan kepentingan bentuk muka bumi. Murid-murid ini masih memerlukan cara dan kaedah yang
sesuai dan efektif bagi membantu mereka memahami dan seterusnya mengingat kesemua fakta yang
dipelajari. Dengan ini, fokus kajian saya ialah meningkatkan kemahiran murid tahun 5 menyatakan
kepentingan tanah tinggi dan tanah pamah.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 6 orang murid tahun 5, yang terdiri daripada seorang lelaki dan
lima orang perempuan. Kesemua murid ini boleh membaca dan menulis dan berada di tahap prestasi
sederhana. Berikut merupakan maklumat yang telah saya kumpul mengenai murid yang menjadi
kumpulan sasaran saya.
No Nama murid Jantina Karekter di dalam kelas
1 Arsyad Bin Bujang Lelaki Seorang yang pendiam, tidak suka menjawab soalan
kecuali jika ditanya guru
2 Amni Amira Bin
Adie
Perempuan Seorang yang pendiam, mula menonjolkan diri semasa
kajian
3 Azrin Anak
Lawrence
Perempuan Seorang yang suka bertanya dan menjawab soalan, aktif di
dalam kelas, suka tersenyum
4 Nur Hazwani Binti
Imran
Perempuan Murid yang aktif bersukan tetapi tidak aktif di dalam kelas
5 Siti Nor Afida Binti
Suyanto
Perempuan Suka bertanya, suka mencuba menjawab soalan, sering
menjawab tugasan dengan cepat
6 Vibia Florence Anak
Johnwen
Perempuan Murid yang tidak aktif, tetapi rajin menyiapkan tugasan
yang diberikan
STRATEGI TINDAKAN
Apakah DOME?
Domino‟s Game (DOME) melibatkan penggunaan teori Pembentukan Konsep dan strategi belajar
melalui bermain. Teori Pembentukan Konsep yang dikemukakan oleh Jerome Bruner. Jerome Bruner
adalah seorang ahli psikologi yang terkenal dan merupakan salah satu pelopor teori kognitif. Menurut
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
16
Bruner di dalam Mok Soon Sang (2008), fungsi konsep yang utama adalah menyusun maklumat kepada
sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Dengan ini, konsep lebih mudah difahami,
dipelajari dan diingati dengan mudah.
Berdasarkan hasil tinjauan masalah, saya juga memilih untuk menggunakan belajar melalui bermain
untuk membantu murid-murid saya memahami isi pelajaran. Main adalah aktiviti yang utama dalam
perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi. Sharifah Nor Puteh dan Aliza
Ali (2011) mengatakan bahawa penggunaan pendekatan belajar melalui bermain merupakan pendekatan
berkesan untuk mencorak dan memperkembang minda kanak-kanak selaras dengan fitrah kanak-kanak
yang suka bermain. Oleh itu, guru harus menerapkan unsur main dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
supaya murid lebih berminat dan belajar secara tidak langsung.
Langkah-langkah pelaksanan kajian
Saya akan memperuntukkan masa satu jam setiap sesi untuk menjalankan aktiviti yang dirancang. Saya
bercadang untuk menggunakan bilik akses atau dewan sekolah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ini.
Rajah 1: Langkah Pelaksanaan Strategi DOME
Langkah-Langkah Pelaksanaan Strategi
Domino‟s Game (DOME) menggunakan kaedah bermain hampir sama dengan permainan domino. Aida
Ibrahim (2006), menggunakan permainan domino dalam sesi pengajaran dan ianya membantu murid
mengukuhkan asas mencongak fakta asas darab yang kurang dikuasai murid. Murid perlu menyambung
kad domino dalam permainan Domino‟s Game (DOME). Berikut adalah cara bermain DOME:
1. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Kad-kad domino akan dibahagikan sama
banyak antara semua murid. Murid yang pertama dalam setiap kumpulan akan meletakkan
sekeping domino di tengah-tengah meja.
• Guru menunjukkan gambar tanah pamah dan tanah tinggi
Langkah 1: Set Induksi
• Guru memberikan penerangan mengenai tajuk menggunakan gambar tersebut. murid memahami konsep asas bentuk muka bumi tanah tinggi dan tanah pamah.
Langkah 2 : Sesi penerangan
• Murid menampal kad perkataan mengikut kepentingan bentuk muka bumi yang betul.
Langkah 3 : Pengukuhan
• Murid mula bermain permainan Domino
Langkah 4 : Permainan
• Menjawab lembaran kerja dan ujian pos
Langkah 5 : Penilaian
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
17
2. Murid kedua akan memulakan permainan dengan meletakkan kad domino yang berpadanan
dengan kad domino tadi iaitu dengan menghubungkait antara kepentingan dengan bentuk muka
bumi yang betul
3. Murid akan mengira markah yang diperolehi sekiranya dapat memadankan kad dengan betul,
iaitu. Murid perlu mencampurkan bilangan dot yang terdapat dalam kedua-dua domino tersebut
4. Permainan ini tamat apabila pemain yang kehabisan dominonya dan murid akan mengira markah
terkumpul. Pemenang permainan ini ialah pemain yang mempunyai markah yang terbanyak.
Dalam permainan ini, murid akan menghubungkait antara bentuk muka bumi dan kepentingannya.
Setelah murid memahami konsep, murid lebih mudah menyambung kad-kad domino. Murid akan
memikirkan logiknya kegiatan ekonomi dengan bentuk muka bumi tersebut. Murid boleh membayangkan
bagaimanakan keadaan bentuk muka bumi tersebut dan ianya memudahkan murid menjawab soalan.
Berikut adalah sesi intervensi yang telah dijalankan
Langkah 1: Set Induksi Langkah 2: Penerangan Langkah 3: Pengukuhan
Langkah 4: Permainan Langkah 5 : Penilaian
Kaedah Pengumpulan Data
Saya menggunakan empat instrumen untuk mengumpul hasil kajian ini. Instrumen ini akan dianalisis dan
ditafsir. Instrumen tersebut adalah
Temubual Pemerhatian Ujian pra dan
ujian pos lembaran latihan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
18
DAPATAN
Ujian Pra dan Pos
Setelah kajian dijalankan, dapatan hasil kajian telah dianalisis. Kaedah pertama yang digunakan adalah
ujian pra dan pos. Ujian pra diberikan sebelum sesi pengajaran dilaksanakan, manakala ujian pos
diberikan pada selepas sesi pengajaran tamat. Ujian ini dijalankan untuk mengukur tahap pencapaian
sebelum dan selepas intervensi dilakukan. Berikut adalah markah ujian yang telah dijalankan.
Jadual 5: Perbezaan Markah Ujian Pra dan Pos
Bil Nama murid Markah ujian
pra
Markah ujian
pos
Jumlah
peningkatan
Peratus peningkatan
(%)
1. Amni 10/18 18/18 8 44.4
2. Vibia 9/18 15/18 6 33.3
3. Afida 8/18 16/18 8 44.4
4. Azrin 10/18 16/18 6 33.3
5. Arsyad 6/18 17/18 11 61.1
6. Hazwani 5/18 14/18 9 50
Berdasarkan markah yang diperolehi, semua murid menunjukkan peningkatan. Arsyad menunjukkan
peningkatan paling memberangsangkan, daripada 6 markah kepada 17 markah, iaitu meningkat sebanyak
11 markah. Jumlah ini menunjukkan hasil yang baik. Semua murid menunjukkan peningkatan selepas
permainan DOME ini diperkenalkan.
Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian sepanjang kajian. Hasil pemerhatian telah dicatat melalui nota
lapangan. Daripada pemerhatian, saya mendapati bahawa kajian yang dijalankan berlangsung selama
seminggu telah membantu murid-murid menguasai tajuk pelajaran ini menggunakan DOME.
Pada mulanya, murid sukar untuk menyambung kad-kad domino tersebut kerana tidak dapat menguasai
kaedah permainan baru dalam masa yang singkat. Mereka sering tersalah menyambung kad.
“Vibia sering tersalah menyatakan bahawa SESCO adalah perindustrian. Mungkin gambar
dan contoh saya pilih sukar difahami oleh murid.”
(NL5, 17-04- 2013)
Setelah beberapa kali bermain, mereka menunjukkan penguasaan terhadap permainan dengan baik. Malah
penguasaan terhadap tajuk juga bertambah.
“Murid kelihatan lebih berkeyakinan semasa menjawab ujian pos berbanding dengan ujian
pra. Hazwani menjawab soalan ujian paling cepat.”
(NL, 18-04-2013)
Lembaran Kerja
Saya memberikan lembaran kerja semasa sesi intervensi ini dijalankan. Lembaran kerja ini diberikan
semasa intervensi dijalankan supaya menjadi kayu ukur keberkesanan penggunaan permainan ini.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
19
Sekiranya permainan ini kurang memberikan kesan, penambahbaikan diberikan serta merta.
Dalam lembaran kerja ini, murid perlu menyenaraikan kepentingan tanah pamah dan tanah tinggi. Untuk
lembaran kerja ini, tiada rangsangan jawapan diberikan. Murid akan menyenaraikan kepentingan tanah
pamah dan tanah tinggi mengikut pengetahuan mereka. Dalam lembaran kerja ini, 5 orang murid
mendapat markah penuh, manakala seorang murid melakukan satu kesalahan.
Berikut adalah markah bagi lembaran kerja murid.
Jadual 6: Markah Lembaran Kerja
Bil Nama murid Lembaran kerja
1 Amni Amira 8/8
2 Vibia 7/8
3 Afida 8/8
4 Azrin 8/8
5 Arsyad 8/8
6 Hazwani 8/8
Saya turut memberikan lembaran kerja pengukuhan semasa program internship, iaitu 2 bulan selepas
program intervensi. Tujuan lembaran kerja ini diberikan untuk mengetahui sejauh mana penguasaan
murid terhadap tajuk ini setelah proses intervensi tamat.
Berikut adalah markah bagi lembaran pengukuhan murid.
Jadual 7: Markah Lembaran Kerja Pengukuhan
Bil Nama murid Lembaran pengukuhan
1 Amni Amira 8/8
2 Vibia 7/8
3 Afida 8/8
4 Azrin 7/8
5 Arsyad 6/8
6 Hazwani 8/8
Dalam lembaran kerja pengukuhan, murid bermain mencari perkatan tersembunyi. Murid perlu mencari
perkataan tersembunyi di dalam kotak yang menggambarkan kepentingan bentuk muka bumi. Setelah itu,
murid perlu mengelaskan jawapan tersebut sama ada ia adalah kepentingan tanah pamah atau tanah
tinggi. Markah yang diperolehi sangat memberangsangkan. Pencapaian ini membanggakan kerana
perbezaan masa sebanyak dua bulan tidak menjejaskan prestasi murid.
Temubual
Saya turut menggunakan kaedah temubual untuk mengukuhkan hasil dapatan data kajian saya. Saya
menemubual kesemua murid selepas kajian ini selesai dijalankan. Temubual ini berbentuk separa
berstruktur, iaitu saya telah membina soalan-soalan sebelum temubual dijalankan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
20
Hasil temubual saya bersama murid, saya rumuskan didalam jadual di bawah.
Jadual 8: Rumusan Hasil Temubual (hasil intervensi)
Bil Nama murid Menyenaraikan 3
kepentingan
Perasaan Membantu mengingat
Tanah
pamah
Tanah
tinggi
Gembira Tidak Ya Tidak
1 Amni Amira / / / /
2 Vibia / / / /
3 Afida / / / /
4 Azrin / / / /
5 Arsyad / / / /
6 Hazwani / / / /
/ - dapat menyatakan x- tidak dapat menyatakan
Kesimpulan
Tuntasnya, kaedah permainan Domino‟s Game (DOME) ini berjaya membantu murid mengingat isi
pelajaran. Keempat-empat instrumen yang digunakan iaitu temubual, lembaran latihan pengukuhan,
pemerhatian, serta ujian pra dan pos benar-benar menyokong kenyataan ini.
REFLEKSI
Melalui kajian ini, saya memperolehi pelbagai pengetahuan baru. Pengetahuan ini tidak diperoleh tanpa
usaha. Oleh itu, amat penting bagi seorang guru untuk sentiasa membaca untuk meningkatkan
pengetahuan dalam pelbagai bidang. Melalui pembacaan, pelbagai pengetahuan baru yang diperoleh
untuk meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran saya. Hasil pembacaan, saya memahami pelbagai teori
baru untuk diterapkan dalam sesi pengajaran saya.
Kaedah kajian ini berjaya meningkatkan prestasi murid-murid saya, di mana sebahagiannya adalah murid
lemah. Walaupun kajian ini hanya melibatkan satu tajuk sahaja, tetapi saya berbangga dengan pencapaian
murid saya yang mampu menjawab dengan baik. Saya sedar, salah satu faktor keberkesanannya adalah
saya melaksanakan kaedah yang berbeza daripada cara pengajaran biasa iaitu soal jawab. Murid-murid
juga menginginkan satu cara pembelajaran yang berbeza daripada kebiasaannya..
Semasa memilih kaedah pengajaran, saya mendapati betapa pentingnya saya sebagai seorang guru untuk
memilih, merancang dan menggunakan sesuatu bahan dalam sesi pengajaran. Pemilihan kaedah atau
bahan amat membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan baik dan meningkatkan tahap pencapaian
mereka. Pemilihan bahan atau kaedah juga haruslah bertepatan dengan isi pelajaran, supaya apa yang
disampaikan, mudah diterima dan difahami.
Untuk memilih bahan dan kaedah, saya perlulah berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Sebagai seorang guru, saya haruslah berfikir
diluar dari kebiasaan. Bahan pengajaran perlulah menarik dan berubah-ubah supaya murid setiasa merasa
teruja berada di dalam kelas. Murid tidak lagi berminat dengan sesi pengajaran yang menggunakan buku
teks semata-mata.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
21
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Penggunaan kaedah seperti ini memberikan satu pengalaman baharu kepada murid dalam mempelajari
tajuk ini, selain daripada pengajaran berpusatkan guru yang berteraskan kaedah tradisional.
Permainan DOME ini berjaya membantu meningkatkan prestasi subjek kajian, saya ingin memperluaskan
penggunaan permainan ini kepada tajuk-tajuk yang berlainan. Terutama bagi subjek Kajian Tempatan, ia
melibatkan banyak teori yang perlu diingat dan dihafal. Saya boleh menggunakan permainan ini untuk
tajuk-tajuk seterusnya seperti Cuaca dan Iklim. Permainan ini juga sesuai digunakan untuk pelbagai mata
pelajaran seperti Matematik, tetapi bahannya perlu diolah semula supaya bersifat universal, mudah guna
dan mudah tadbir oleh mana-mana tajuk.
Saya juga ini membuat kajian terhadap mendalam terhadap pelbagai teori yang bersesuaian. Dalam kajian
ini, saya telah menggunakan teori Pembentukan Konsep oleh Jerome Bruner. Pada masa akan datang,
saya ingin mengaplikasikan teori-teori berlainan seperti Teori Humanis, Behavioris atau Kontekstual.
Kepelbagaian teori ini akan membantu sesi pembelajaran murid. Sebagai contoh Teori Behavioris
membantu pembentukan tingkah laku murid. Ini dapat dilakukan melalui penerapan nilai dan peneguhan.
Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat murid-murid, maka
saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran yang lain di sekolah
saya. Untuk kajian ini, hanya 6 orang yang melibatkan diri. Pada kitaran akan datang, saya ingin
melibatkan kesemua murid tahun 5 supaya mereka bersama-sama mempelajari kaedah pembelajaran baru.
RUJUKAN
Sang, M. S. (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan Alam Belajar. Ipoh, Perak:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Sharifah Nor Puteh, Aliza Ali. (2011). PENDEKATAN BERMAIN DALAM PENGAJARAN
BAHASA DAN LITERASI.
Ibrahim, A. (2006). MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS
DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
22
PENGGUNAAN NoMi (Nota Mini) UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN
5 MENYENARAIKAN CIRI-CIRI IKLIM KHATULISTIWA DI MALAYSIA
Cecilia Kong Pick Chien
irisisz_89@yahoo.com
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid tahun 5 menyenaraikan ciri-ciri iklim
Khatulistiwa di Malaysia menggunakan NoMi (Nota Mini). Kumpulan sasaran dalam kajian ini
terdiri daripada lima orang murid Tahun 5 di SK Mawar Merah. Tinjauan awal untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini dilaksanakan dengan menganalisis
lembaran kerja mereka selepas sesi pegajaran dan pembelajaran, ujian saringan dan ujian
diagnostik di samping melakukan sesi temubual dan membuat pemerhatian. Berdasarkan hasil
analisis, murid didapati tidak dapat menyenaraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia
kerana mereka tidak dapat memahami dan mengingati isi pelajaran yang telah diajar kepada
mereka. Maka, saya telah menggunakan NoMi yang berteraskan Teori Pemprosesan Maklumat
dalam membantu murid faham dan ingat isi pelajaran dalam jangka masa yang panjang dalam
menyenaraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui hasil ujian
pra dan pasca, pemerhatian dan temubual yang dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas
intervensi ini dilaksanakan.
PENGENALAN
Diri saya
Saya merupakan seorang guru pelatih ambilan Januari 2010 yang mengambil opsyen Pengajian Sosial di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Saya mempunyai pengalaman
berpraktikum sebanyak dua kali sebelum ini di dua buah sekolah untuk Praktikum Fasa I dan Fasa II.
Dengan itu, untuk Praktikum Fasa III ini, saya telah menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan
Mawar Merah yang telah bermula pada 21 Januari 2013 yang lalu. Semasa menjalani praktikum di
sekolah ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar Kajian Tempatan bagi Tahun 5. Kelas Tahun 5 ini
mempunyai 36 orang murid yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 22 orang murid perempuan.
Berdasarkan praktikum yang lepas, bilangan kelas ini lebih kurang sama dengan bilangan kelas yang telah
diajar sebelum ini di sekolah pada Fasa II. Dengan itu, sedikit sebanyak, saya telah mempunyai
pengalaman mengajar dalam jumlah bilangan murid yang banyak untuk sesebuah kelas. Hal ini telah
dijadikan sebagai panduan untuk belajar menguruskan bilik darjah dengan baik supaya sesi pengajaran
dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan lancar.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lepas
Saya telah mengajar murid tahun 5 tentang subtopik Geografi Fizikal iaitu Cuaca dan Iklim: Ciri-ciri
iklim Khatulistiwa dalam Tema 3: Mengenal Negara Kita. Saya telah memulakan sesi pengajaran dengan
penggunaan gambar-gambar pelbagai iklim. Saya meminta beberapa orang murid untuk memegang setiap
satu keping gambar tersebut di hadapan kelas. Kemudian, saya meminta murid-murid yang lain meneka
gambar yang dapat mewakili iklim di Malaysia. Di samping itu, sesi soal jawab bersama murid-murid
dapat menguji tahap pengetahuan sedia ada murid tentang iklim Malaysia sebelum memulakan aktiviti
P&P yang seterusnya. Setelah selesai bersoal jawab dengan murid, saya mengaitkan jawapan mereka
dengan tajuk pembelajaran pada hari tersebut iaitu Ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia. Seterusnya,
saya menggunakan sebuah peta dunia yang besar saiznya bersesuaian dengan bilangan murid dalam kelas
tersebut untuk menunjukkan kedudukan Malaysia di muka bumi beserta dengan garisan lintang
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
23
Khatulistiwa. Melalui peta tersebut, saya mengaitkan iklim Malaysia dengan garisan lintang Khatulistiwa
yang menyebabkan iklim Malaysia adalah iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun.
Kemudian, untuk memastikan murid lebih memahami isi pelajaran iaitu ciri-ciri iklim Khatulistiwa di
Malaysia, saya telah menyediakan nota dan mengedarkannya kepada setiap murid serta berbincang
bersama murid.
“Kepentingan sumber bahan bercetak adalah seperti membantu guru menyampaikan isi
pelajaran dengan tepat, memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran keran bahan ini
mudah alih dan membolehkan murid mendapat bahan rujukan...”
(Fakulti Pendidikan Sastera dan Sains Sosial (2006): Pengenalan Pengajian Sosial)
Aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti berkumpulan. Dengan itu, pada masa yang sama, saya telah
menggalakkan murid saya belajar memperoleh maklumat daripada nota yang telah diberikan dan
seterusnya memindahkan maklumat tersebut ke dalam bentuk sebuah peta minda.
“One application of this strategy involves having students create their own “inner
blackboard” in their mind‟s eye. They can the place on this mental blackboard any
material they need to remember....When asked to recall a specific body of information,
students then need only call up their mental blackboard and “see” the data described
on it....see pictures of what they just read or studied”.
(Thomas Armstrong (2000): Multiple Intellingences in the Classroom)
Selain itu, lembaran kerja turut diberikan kepada murid-murid selepas selesai aktiviti berkumpulan.
Melalui lembaran kerja yang telah diberikan, didapati bahawa 11 orang murid tidak dapat memberikan
jawapan yang betul tentang ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia. Apabila telah diselidiki dengan lebih
mendalam, saya dapati bahawa mereka tidak dapat menyenaraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa di
Malaysia. Hal ini bertentangan dengan keadaan mereka semasa melakukan kerja kumpulan dan sesi
bersoal jawab pada masa itu. Saya dapati bahawa murid saya dapat menjawab dengan betul soalan yang
diajukan kerana mereka merujuk kepada nota dan peta minda yang telah dibuat. Tetapi apabila menjawab
latihan yang telah diberikan, segelintir daripada mereka memberikan banyak jawapan yang salah. Oleh
itu, saya dapati bahawa murid saya masih tidak dapat mengingat maklumat yang telah dipindahkan
kepada peta minda semasa aktiviti berkumpulan dan mereka memerlukan nota sebagai rujukan untuk
menjawab latihan dengan betul.
Hasil daripada sesi P&P yang telah dijalankan itu, saya dapati bahawa penggunaan gambar yang menarik
dan berwarna untuk menarik minat murid kurang diaplikasikan. Sebagai contoh, nota yang telah diberikan
kurang menarik perhatian murid kerana ia hanyalah nota semata-mata dan tiada gambar atau grafik yang
boleh menggambarkan penerangan nota tersebut di samping warnanya hanyalah hitam putih sahaja.
Perkara ini terjadi kerana saya tidak mencuba untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang lebih
menarik dan hal ini menyebabkan murid saya tidak dapat mengingat maklumat yang ada dalam nota
tersebut.
Menurut Noriati A. Rashid dan rakan-rakan dalam buku Budaya dan Pembelajaran (2011), menyatakan
bahawa terdapat tiga gaya pembelajaran asas yang umum iaitu visual, audio dan kinestetik. Hal ini kerana
kecenderungan murid tidak sama dan hanya murid yang auditori yang dapat mengikuti sesi pengajaran
saya pada masa itu kerana mereka dapat mendengar dan membaca nota yang diberi. Manakala, murid
yang lebih kepada kinestetik dan visual tidak dapat memahami dan mengikuti sesi pengajaran saya
dengan baik dan saya dapat perhatikan bahawa mereka nampak kurang berminat semasa membaca nota
dan bersoal jawab. Dengan itu, saya dapati bahawa penerangan isi pelajaran yang kurang berkesan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
24
menyebabkan segelintir daripada murid saya tidak faham dan tidak ingat apabila mereka tidak merujuk
nota yang diberikan semasa membuat latihan. Hasilnya, mereka tidak dapat menyenaraikan ciri-ciri iklim
Khatulistiwa di Malaysia dengan baik.
ISU KEPRIHATINAN
Masalah mereka keprihatinan saya
Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011) menyatakan bahawa langkah pertama dan paling penting
dalam penyelidikan tindakan ialah mengenalpasti amalan yang bermasalah iaitu isu dalam bilik darjah
yang menjadi perhatian.
Sebagai seorang guru, saya perlu mencari jalan penyelesaian ke atas isu pembelajaran yang telah
dikenalpasti dalam kalangan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya mereka
menjadi lebih faham dan dapat menguasai tajuk pembelajaran yang telah diajar dengan lebih baik pada
masa akan datang. Justeru, saya harus kembali semula ke titik permulaan pengajaran saya iaitu
perancangan pengajaran harian saya. Hal ini penting kerana reflek kembali sesi pengajaran dan rancangan
pengajaran pada hari tersebut akan dapat membantu saya mengenalpasti punca wujudnya isu
pembelajaran tersebut dan seterusnya penambahbaikan dapat dilakukan pada sesi P&P yang akan datang.
Pada 25 Februari 2013, saya telah mengajar murid tahun 5 tentang subtopik Geografi Fizikal iaitu Cuaca
dan Iklim: Ciri-ciri iklim Khatulistiwa. Saya telah menggunakan gambar, peta dan lembaran nota semasa
mengajar dan aktiviti berkumpulan, bersoal jawab dan lembaran kerja untuk membantu murid memahami
apa yang telah dipelajari sepanjang sesi P&P itu. Sesi soal jawab sering diajukan kepada murid-murid
sepanjang sesi P&P itu dengan harapan mereka dapat ingat apa yang telah dipelajari. Walau
bagaimanapun, saya dapati bahawa beberapa orang murid saya tidak dapat menjawab lembaran kerja
dengan baik berbanding dengan sesi soal jawab yang dijalankan di mana mereka aktif menjawab dan
jawapan yang diberikan adalah betul. Dengan itu, saya dapati bahawa strategi dan aktiviti yang dijalankan
semasa sesi P&P masih tidak dapat membantu murid dalam menyenaraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa di
Malaysia seperti yang diharapkan.
“Saya dapati bahawa murid masih tidak dapat faham dan ingat ciri-ciri iklim
Khatulistiwa semasa membuat lembaran kerja yang diberikan. Tetapi mereka dapat
menjawab soalan dengan baik semasa sesi soal jawab kerana mereka menjawab sambil
merujuk nota yang disediakan. Kesimpulannya, murid-murid saya tidak dapat
menjawab lembaran kerja dengan baik kerana pada masa itu mereka tidak dibenarkan
untuk merujuk sebarang nota yang ada kaitan dengan ciri-ciri iklim Khatulistiwa”.
(NL-25/02/13)
Kemudian, saya dapati bahawa mereka tidak dapat mengingati dan memahami isi pelajaran tanpa merujuk
nota. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya mengapa mereka masih tidak faham dan ingat penerangan
dan huraian ciri-ciri iklim di dalam nota tersebut walaupun aktiviti berkumpulan membantu mereka
memindahkan maklumat dalam nota kepada peta minda? Hal ini sepatutnya meningkatkan pemahaman
dan daya ingatan mereka kerana telah berjaya memindahkan nota ke dalam peta minda. Adakah nota yang
disediakan terlalu banyak dan sukar untuk difahami? Adakah murid saya memerlukan lebih banyak bahan
bantu mengajar untuk meningkatkan tahap pemahaman mereka? Oleh itu, saya telah membuat
penerokaan lanjut ke atas masalah yang wujud dalam kalangan murid saya. Mungkin dengan
menggunakan strategi yang betul dalam pembelajaran akan datang, mereka akan dapat menyenaraikan
ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
25
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Pengumpulan data awal
Kelas Tahun 5 mempunyai 36 orang murid. Namun, saya hanya mengambil 34 orang murid sahaja kerana
2 orang murid saya tidak hadir semasa sesi P&P ini dijalankan. Daripada lembaran kerja yang diberikan
kepada murid semasa sesi P&P, saya telah mengenal pasti 11 orang murid yang telah memberikan lebih
daripada 6 jawapan yang salah daripada 15 jawapan. Dengan itu, saya telah menjalankan ujian diagnostik
ke atas 11 orang murid yang telah dikenal pasti untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid
saya berhubung dengan subtopik ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia.
Hasil daripada ujian diagnostik tersebut, 5 daripada 11 orang murid telah dikenal pasti memberikan lebih
daripada 7 jawapan yang salah daripada 14 jawapan dan tiada peningkatan berlaku dalam skor markah
mereka berbanding dengan 6 orang murid yang lain berlaku peningkatan skor markah mereka. Sebagai
langkah seterusnya untuk mengumpul lebih banyak data, saya telah menemu bual 5 orang murid tersebut
untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka semasa menjawab lembaran kerja dan ujian
diagnostik sebelum ini.
Berdasarkan temu bual yang telah saya kendalikan, saya dapati bahawa kelima-lima murid saya
menyatakan bahawa mereka tidak ingat atau lupa apa yang telah dipelajari semasa menjawab lembaran
kerja dan ujian diagnostik.
“Murid masih keliru dengan ciri iklim Khatulistiwa. Mereka hanya dapat menjawab
dengan betul apabila melihat nota yang diberi.”
(Refleksi, 25/02/13)
“Murid menyatakan bahawa mereka tidak ingat dan kurang faham kerana tidak dapat
merujuk nota semasa membuat latihan. Ada juga murid yang main teka sahaja apabila
tidak tahu jawapannya kerana susah dan sudah lupa”.
“Saya rasa bahawa mereka perlu menghafal dan faham nota yang telah diberikan
supaya mereka dapat mengingat isi penting dalam nota tersebut”.
(NL-27/02/13)
Jadual 1 menunjukkan skor markah yang diperoleh murid semasa membuat lembaran kerja ini. Saya telah
menjadikan lembaran kerja mereka pada masa itu sebagai ujian saringan dalam mengenal pasti masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid untuk topik ini.Disebabkan jumlah murid saya terlalu ramai iaitu
34 orang, saya hanya akan menunjukkan 11 orang murid yang memiliki skor markah yang terendah dalam
kalangan 34 orang. Skor yang dimiliki oleh murid-murid yang lain adalah skor markah yang baik iaitu di
antara 10 hingga 14 daripada 15 markah.
Jadual 1: Skor markah lembaran kerja (ujian saringan) murid yang terendah
BIL NAMA MARKAH
1. Adel 5 / 15
2. Alfred 5 / 15
3. Cayren 6 / 15
4. Manda 5 / 15
5. Gildeon 4 / 15
6. Rafi 7 / 15
7. Sebas 6 / 15
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
26
8. Sil 7 / 15
9. Stan 3 / 15
10. Tasha 6 / 15
11. Yus 5 /15
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya telah menjalankan ujian diagnostik ke atas 11 orang
murid untuk mengenal pasti masalah mereka. Dalam ujian diagnostik , mereka dikehendaki mengisi
tempat kosong dengan jawapan yang betul. Pada kali ini, ia lebih mudah daripada lembaran kerja yang
sebelum ini supaya murid lebih faham dan memberikan jawapan yang betul. Jadual 2 menunjukkan skor
markah ujian diagnostik yang telah dijalankan ke atas 11 orang murid yang dipilih daripada ujian saringan
(lembaran kerja) sebelum ini.
Jadual 2: Skor markah ujian diagnostik murid
BIL NAMA MARKAH
1. Adel 4 / 14
2. Alfred 8 / 14
3. Cayren 9 / 14
4. Manda 4 / 14
5. Gildeon 7 / 14
6. Rafi 10 / 14
7. Sebas 4 / 14
8. Sil 3 / 14
9. Stan 3 / 14
10. Tasha 8 / 14
11. Yus 8 / 14
Daripada perbandingan skor markah lembaran kerja (ujian saringan) dengan skor markah ujian
diagnostik di atas, saya telah mendapati bahawa skor markah Adel, Manda, Sebas, Sil dan Stan berlaku
penurunan atau kekal berbanding dengan 6 orang murid yang lain di mana mereka telah mendapat skor
yang lebih baik dalam ujian diagnostik ini berbanding dengan lembaran kerja sebelum ini. Dengan itu, 5
orang daripada 11 orang murid telah dikenal pasti itu, saya akan jadikan mereka sebagai kumpulan
sasaran saya kerana tiada berlaku peningkatan skor markah dalam ujian diagnostik yang telah dijalankan
berbanding dengan skor markah lembaran kerja mereka sebelum ini. Oleh itu, saya perlu membantu
mereka dengan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh mereka dengan lebih lanjut.
Jadual 3 menunjukkan bilangan jawapan yang betul dan salah dalam ujian diagnostik untuk kelima-lima
murid saya. Soalan 1 dan 6 adalah untuk menyatakan iklim Khatulistiwa. Saya dapati bahawa Stan, Adel
dan Manda dapat menjawab dengan betul untuk salah satu daripada soalan tersebut manakala Sil
menjawab dengan salah untuk kedua-dua soalan itu tetapi hanya Sebas sahaja dapat menjawab dengan
betul untuk kedua-dua soalan itu. Daripada itu, saya dapati bahawa mereka kurang pasti dan tidak ingat
dengan apa yang telah dipelajari menyebabkan mereka tidak dapat menyenaraikan apa-apa tentang iklim.
Hal ini dapat dilihat juga dalam menjelaskan ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia untuk suhu. Soalan 3
sehingga 5 adalah berkait dengan suhu. Didapati ada bahawa Adel dan Sebas memberikan jawapan yang
betul untuk 1 daripada 3 soalan iaitu tentang purata suhu tahunan manakala Stan, Sil dan Manda
memberikan jawapan yang salah untuk ketiga-tiga soalan tentang suhu. Untuk soalan tentang ciri-ciri
iklim iaitu hujan dan angin, kelima-lima murid tidak dapat menjawab soalan dengan betul.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
27
Jadual 3: Bilangan jawapan yang betul dan salah ujian diagnostik untuk lima orang murid
Bil Aspek yang diuji Nama Murid
Stan Sil Adel Sebas Manda
1 Iklim Malaysia X X / / /
2 Ciri iklim 1( X )
2 ( / )
3 ( / ) 1 (X)
2 ( / )
1 (X)
2 ( / )
3 ( / )
3 Purata suhu tahunan X X / / X
4 Keadaan suhu Malaysia X X X X X
5 Perbezaan suhu tahunan X X X X X
6 Keadaan iklim Khatulistiwa / X X / X
7 Jumlah hujan tahunan X X X X X
8 Jenis tiupan angin dan bulan bertiup 4 ( X ) 4 ( X ) 4 ( X ) 4 ( X ) 4 ( X ) Nota: ( X ) menunjukkan jawapan yang salah ( / ) menunjukkan jawapan yang betul
Nombor menunjukkan bilangan jawapan yang ada untuk penyataan tempat kosong
Berdasarkan kepada data-data yang telah dianalisis, saya dapati bahawa murid saya tidak dapat
menyenaraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia apabila mereka tidak dapat menyatakan iklim
Khatulistiwa dan menjelaskan ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia sepenuhnya kerana mereka tidak
ingat dan kurang faham dengan apa yang telah dipelajari. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat
memberikan jawapan dengan betul semasa membuat lembaran kerja dan ujian diagnostik. Oleh itu,
mereka perlu didedahkan dengan penggunaan nota yang berkesan untuk belajar mengingat isi pelajaran
yang telah dipelajari supaya mereka dapat memberikan jawapan yang betul. Dengan itu, fokus kajian saya
adalah meningkatkan kemahiran menyenaraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada lima orang murid Tahun 5 iaitu empat orang murid lelaki dan
seorang murid perempuan iaitu Adel, Manda, Sebas, Sil dan Stan. Kelima-lima mereka ini merupakan
murid berprestasi rendah dan sederhana, iaitu kebanyakan mendapat antara B, C dan D dalam Ujian Akhir
Tahun 2012 bagi mata pelajaran teras. Saya dapati murid-murid saya ini tidak dapat menyenaraikan ciri-
ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia. Saya menjadikan mereka sebagai kumpulan sasaran hasil daripada
data yang diperolehi dalam temubual, pemerhatian, lembaran kerja, ujian saringan dan ujian diagnostik.
STRATEGI TINDAKAN
Dalam kajian ini, saya telah memilih untuk menggunakan “NoMi” sebagai penyelesaian masalah. NoMi
adalah nama singkatan bagi Nota Mini. Nota merupakan salah satu sumber media bercetak. Walau
bagaimanapun, saya akan menambahkan penggunaan gambar dan warna di dalam nota tersebut.
“Warna adalah alat bantu ingatan yang baik...apabila kita menggunakan highlighter atau
mengariskan perkataan dengan pen warna, kita sedang melibatkan otak kanan kita
dalam sesi pembelajaran...sama seperti penggunaan warna, menggunakan gambar dalam
pembelajaran kita sebenarnya sangat disukai oleh otak. Ia melibatkan otak kanan secara
aktif dan sekali gus dapat mengingati fakta dalam jangka masa yang lama.”
(Tonny Windura (2008): Peta Minda Langkah demi Langkah)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
28
Saya menggunakan nota mini kerana ia sangat sesuai untuk murid mengingat semua yang dipelajari
dengan baik. Hal ini kerana ia berasaskan penggunaan bahan grafik dari segi bentuknya dan
penerangannya. Ia turut disokong oleh Kamarudin Hj Husin dalam buku Kemahiran Berfikir dan
Berkomunikasi (2003), di mana beliau menyatakan bahawa aktiviti berfikir boleh dilaksanakan melalui
penggunaan bahan-bahan grafik yang difikirkan lebih menarik dan tidak membosankan. Oleh itu, nota
mini ini akan menarik perhatian murid untuk membaca nota dan mengingat isi pelajaran dengan penuh
minat.
Di samping itu, Teori Pemprosesan Maklumat yang dipelopori oleh Robert M. Gagne dapat menyokong
pendapat Tonny Windura yang menyatakan bahawa penggunaan warna, gambar dalam pembelajaran
dapat melibatkan otak kanan secara aktif dan sekali gus dapat mengingati fakta dalam jangka masa yang
lama. Oleh itu, dalam Teori Pemprosesan Maklumat ini, Robert M. Gagne dalam Mok Soon Sang (2008)
menyatakan bahawa rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf
melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada
stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Galbraith (1994) dalam Noriati A. Rashid dan rakan-rakan dalam buku Murid dan Alam Belajar (2009)
turut menyatakan bahawa operasi mental ialah menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali
maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen
penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, saya akan menggunakan nota mini yang bergambar dan berwarna untuk dijadikan sebagai
rangsangan kepada murid untuk faham dan ingat supaya murid dapat ingat dalam jangka masa yang
panjang, kemudian pelaksanaan aktiviti lain seperti kuiz dan penggunaan pengurusan grafik dapat
dijadikan sebagai penggerak tindak balas. Hal ini kerana saya mahu murid saya dapat menerima,
mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat yang telah disampaikan dalam usaha
meningkatkan kemahiran menyenaraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia. Berikut adalah langkah-
langkah pelaksanaan intervensi kajian saya:-
Langkah 1: Set induksi
Saya memulakan sesi pelaksanaan intervensi ini dengan meminta murid membayangkan keadaan cuaca
yang panas dan lembap iaitu semasa hujan yang pernah dirasai oleh mereka. Saya meminta murid
membayangkan keadaan sekiranya cuaca hanya panas sahaja tanpa hujan dan begitu juga sebaliknya.
Kemudian, saya mengaitkannya dengan iklim Khatulistiwa yang dialami oleh Malaysia. Sebelum bermula
ke aktiviti seterusnya, saya telah memberikan sedikit motivasi kepada murid sekiranya mereka dapat
belajar dan mengikuti aktiviti dengan baik serta faham apa yang dipelajari pada hari tersebut, saya akan
mengadakan kuiz dan kepada yang dapat menjawab akan diberikan ganjaran.
Langkah 2 : Penerangan menggunakan NoMi
Rajah 1: Gambar NoMi (Nota Mini)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
29
Saya telah menyediakan NoMi kepada setiap subjek kajian saya. Saya memberikan kepada mereka dan
memberikan masa selama 3 minit untuk melihat dan membaca apa yang ada di dalam NoMi sebelum
menerangkan dengan lebih lanjut tentang isi pelajaran. Saya telah menerangkan tentang keadaan iklim
Khatulistiwa dan ciri-ciri iklim tersebut dengan menggunakan NoMi. Kemudian, saya meminta murid
menyusun kepingan kad NoMi mengikut ciri-ciri iklim Khatulistiwa yang betul iaitu suhu, hujan dan
angin. Selepas itu, saya meminta mereka cuba faham dan ingat kata kunci yang telah diwarnakan selama
8 minit.
Selepas itu, saya meminta murid menyusun semula kepingan kad dan meletakkannya di tepi hujung meja.
Dengan itu, saya telah menunjukkan belakang kad NoMi yang mempunyai kata kunci yang sama seperti
yang telah diwarnakan di hadapan kad NoMi satu persatu. Pada masa itu, saya meminta mereka mengenal
pasti kata kunci yang ditunjukkan itu sama ada berada di bawah ciri-ciri iklim suhu, hujan atau angin.
Sebagai contoh, Rajah 5 menunjukkan contoh kata kunci yang berada di belakang kepingan kad NoMi.
Rajah 2: Contoh kata kunci yang ada di belakang kad NoMi
Langkah 3 :Aktiviti pemadanan melalui pengurusan grafik menggunakan NoMi
Saya telah menyediakan satu pengurusan grafik yang ringkas untuk melaksanakan aktiviti pemadanan.
Dengan menggunakan NoMi, saya meminta murid memadankan kata kunci yang ada di belakang kad
NoMi dengan ciri-ciri iklim Khatulistiwa yang ada di dalam pengurusan grafik itu seorang demi seorang.
Melalui aktiviti ini, murid akan belajar tentang ciri-ciri iklim Khatulistiwa dengan mengingat semula kata
kunci yang telah dipelajari pada langkah sebelum ini.
Rajah 3: Aktiviti pemadanan melalui pengurusan grafik menggunakan NoMi
Langkah 4 : Pertandingan Kuiz
Sebagai aktiviti kemuncak, saya telah mengadakan pertandingan kuiz dalam kalangan subjek kajian. Saya
telah menyediakan satu papan whiteboard kecil dan marker untuk setiap subjek kajian menulis jawapan
kuiz. Murid yang dapat menjawab satu soalan kuiz dengan betul akan diberikan sebiji gula-gula sebagai
skor mata yang perlu dikumpul sepanjang kuiz ini dijalankan. Saya telah menjalankan aktiviti ini selama
15 minit. Murid yang mengumpul paling banyak gula-gula adalah pemenang dan pemenang akan
mendapat tambahan gula-gula daripada guru manakala yang lain hanya memperoleh gula-gula yang
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
30
berjaya dikumpul sepanjang kuiz itu sahaja. Aktiviti ini akan menguji tahap pemahaman dan ingatan
murid terhadap isi pelajaran yang telah dipelajari pada langkah-langkah sebelum ini.
Langkah 5 : Penilaian/Rumusan
Saya telah mengedarkan satu lembaran kerja pengukuhan untuk memastikan murid-murid faham dan
ingat apa yang telah dipelajari pada hari itu. Sebelum bersurai, saya bersama-sama murid-murid membuat
rumusan tentang isi pelajaran pada hari tersebut. Saya juga telah meminta murid supaya teruskan belajar
dengan sendiri di rumah dengan menggunakan NoMi yang telah saya pinjamkan kepada mereka untuk
beberapa hari. Tidak lupa juga, peneguhan positif turut diterapkan dalam setiap langkah intervensi untuk
memotivasikan mereka sepanjang berlangsungnya sesi intervensi tersebut.
DAPATAN
Saya telah menggunakan beberapa cara pengumpulan data bagi melihat secara langsung prestasi subjek
kajian dalam kajian ini. Dengan itu, saya telah menggunakan tiga cara pengumpulan data iaitu ujian pra
dan pasca, temubual dan pemerhatian. Jadual 6 di bawah menunjukkan perbandingan skor markah ujian
pra dan ujian pasca dan jumlah peningkatan skor yang telah berlaku untuk kelima-lima subjek kajian
saya.
Jadual 4: Perbandingan ujian pra dan ujian pasca untuk kelima-lima subjek kajian
Nama Ujian Pra Ujian Pasca Jumlah
Peningkatan (Skor)
Adel 6/21 19/21 13
Manda 8/21 21/21 13
Sebas 7/21 20/21 13
Sil 7/21 21/21 14
Stan 6/21 21/21 15
Daripada peningkatan skor dalam kalangan subjek kajian saya seperti yang telah ditunjukkan dalam
Jadual 6 di atas, saya dapati bahawa mereka sudah mula faham dan ingat isi pelajaran tentang ciri-ciri
iklim Khatulistiwa di Malaysia. Hal ini turut disokong nota lapangan saya yang telah mencatatkan
pemerhatian saya ke atas tingkah laku subjek kajian saya semasa menjawab item ujian pasca.
Kelima-lima murid kelihatan yakin semasa menjawab ujian pasca. Sil, Manda dan Adel
tidak mengambil masa yang lama untuk melengkapkan ujian pasca dan menyerahkan
ujian tersebut dengan yakin dan tersenyum kepada saya. Begitu juga dengan Stan dan
Sebas yang kemudiannya menghantar ujian tersebut kepada saya.
(NL-11/04/13)
Mereka juga sudah dapat menyenaraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa apabila ditanya secara rawak. Hal ini
dapat dilihat daripada sesi temubual yang telah dijalankan selepas beberapa hari menduduki ujian pasca.
Berikut adalah contoh temubual yang menunjukkan bahawa subjek kajian saya dapat ingat isi pelajaran
apabila ditanya tentang ciri-ciri iklim Khatulistiwa.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
31
Guru : Sila senaraikan tiga ciri-ciri iklim Khatulistiwa?
Stan : Suhu, hujan dan angin.
Guru : Berapakah jumlah hujan tahunan?
Stan : 2600mm, cikgu.
Guru : Bagus. Suka tak bila kamu sudah dapat jawab soalan cikgu dengan betul?
Stan : Suka (sambil mengangguk-anggukkan kepala). (TB-15/04/13)
Daripada hasil temubual seperti di atas, jelas menunjukkan bahawa mereka sudah faham dan ingat isi
pelajaran kerana mereka boleh memberikan jawapan yang betul semasa saya bertanyakan kepada mereka
tentang ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia. Di samping itu, nota lapangan yang telah saya catatkan
dalam buku nota melalui pemerhatian semasa pelaksanaan sesi intervensi juga telah membuktikan lagi
bahawa murid sudah mula faham dan ingat isi pelajaran pada masa itu. Berikut adalah nota lapangan yang
telah dicatat oleh saya melalui pemerhatian yang dilakukan semasa sesi intervensi dilaksanakan dan
semasa sesi temubual selepas ujian pasca ke atas kelima-lima subjek kajian saya.
Saya dapati bahawa kelima-lima subjek kajian saya melibatkan diri secara aktif semasa
mengikuti aktiviti yang disediakan sepanjang proses intervensi dilaksanakan. Kelima-
lima subjek kajian saya dapat menjawab kuiz dengan baik dan betul tanpa perlu
merujuk nota mini yang telah disediakan.
(NL-9/04/13)
Daripada hasil temubual bersama subjek kajian selepas sesi intervensi yang lalu, saya
dapati bahawa mereka masih ingat dan sudah faham tentang ciri-ciri iklim Khatulistiwa
di Malaysia. Mereka dapat menyenaraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa yang ditanya
dengan betul.
(NL-15/04/13)
Kesimpulannya, saya berasa gembira kerana penggunaan NoMi semasa sesi intervensi dapat membantu
semua subjek kajian saya lebih faham dan dapat menyenaraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia
apabila ditanya dan menjawab set item ujian yang telah disediakan dengan baik. Hal ini telah
menunjukkan bahawa mereka masih ingat apa yang telah dipelajari semasa sesi intervensi itu dalam
jangka masa yang panjang. Data-data yang telah dikumpul oleh saya secara kualitatif dan kuantitatif iaitu
melalui ujian pra dan ujian pasca, temubual dan pemerhatian telah menunjukkan bahawa kajian yang saya
jalankan telah berjaya meningkatkan kemahiran murid tahun 5 menyenaraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa
di Malaysia melalui penggunaan NoMi. Kesemua subjek kajian saya telah dapat menyenaraikan ketiga-
tiga ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia iaitu suhu, hujan dan angin dengan baik.
REFLEKSI
Sepanjang merangka dan melaksanakan kajian tindakan ini di sekolah, saya dapati bahawa banyak
perkara yang telah saya pelajari dan merupakan pengalaman yang amat berharga kepada diri saya sendiri
sebagai seorang guru pelatih. Saya berasa sangat gembira dan bangga kerana subjek kajian saya dapat
memperoleh peningkatan yang positif dalam menyenaraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia
setelah menjalani sesi intervensi. Hal ini kerana saya menjalani kajian tindakan ini sebagai salah satu cara
untuk membaiki kualiti pengajaran saya dengan menggunakan strategi baharu yang lebih berkesan dalam
meningkatkan kefahaman, kemahiran dan tahap pencapaian murid saya dalam tajuk pembelajaran yang
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
32
telah difokuskan dalam kajian ini. Dengan itu, saya telah menggunakan nota mini (NoMi) yang
menggunakan bahan grafik dan warna yang sesuai untuk menarik perhatian dan meningkatkan daya
ingatan mereka. Disebabkan kajian inilah, saya telah belajar menghasilkan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian dengan tahap pencapaian murid untuk membantu mereka lebih faham dan ingat di samping
mempelajari ilmu baharu tentang teori pemprosesan maklumat Robert M. Gagne dengan mengaplikasikan
asasnya ke dalam proses P&P saya. Di samping itu, kepelbagaian dan penyesuaian teknik pengajaran
yang digunakan semasa sesi intervensi turut membantu murid yang lemah dan sederhana menunjukkan
prestasi yang positif. Hal ini dapat dilihat semasa sesi intervensi saya di mana saya telah menyelitkan
beberapa aktiviti yang menarik supaya mereka dapat melibatkan diri dengan aktif dan boleh menarik
perhatian mereka seperti mengadakan aktiviti pemadanan melalui pengurusan grafik menggunakan NoMi
dan aktiviti pertandingan kuiz. Aktiviti seperti ini turut memainkan peranan yang penting dalam proses
meningkatkan kefahaman dan daya ingatan mereka tentang isi pelajaran. Di samping itu, saya berpeluang
memperbaiki kualiti pengajaran saya dengan menambahbaik strategi pengajaran saya mengikut tahap
pembelajaran subjek kajian saya. Oleh itu, saya berharap agar kajian tindakan ini dapat ditambahbaik dan
diperkukuhkan lagi supaya ia fleksibel dan digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam membantu murid
pada masa akan datang.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian tindakan ini merupakan kajian tindakan yang pertama yang dilaksanakan oleh saya. Dengan itu,
saya dapati bahawa terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan supaya kajian tindakan saya
ini menjadi lebih baik dan mantap pada masa akan datang. Saya bercadang untuk membuat rujukan
dengan lebih mendalam tentang teori pemprosesan maklumat yang digunakan sebagai asas dalam kajian
tindakan saya sebagai usaha meningkatkan lagi keberkesanan dalam mengembangkan potensi murid-
murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, saya bercadang untuk membuat lebih banyak rujukan tentang
penyelidikan kajian tindakan ini supaya strategi pengajaran yang saya gunakan dalam sesi intervensi
dapat menjadi lebih fleksibel dan boleh digunakan untuk tajuk dan matapelajaran yang lain. Di samping
itu, saya dapat mempelbagaikan penggunaan NoMi ke dalam teknik pengajaran mengikut kesesuaian
tahap pembelajaran murid-murid di dalam kelas dan kesesuaian tajuk pembelajaran yang diajar pada masa
akan datang. Akhir sekali, saya berharap agar cadangan penambahbaikan kajian ini dapat dilaksanakan di
tempat, pada masa dan untuk subjek kajian yang sesuai pada masa akan datang.
RUJUKAN
Armstrong, T. (2000). Multiple Intellingences in the Classroom. Alexandria: Association for Supervision
and Curriculum Development.
Fakulti Pendidikan, S. d. (2006). Pengenalan Pengajian Sosial. Kuala Lumpur: Open University
Malaysia (OUM).
Husin, K. H. (2003). Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Pardi, A., & Shamsuddin, S. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rashid, N. A., Ying, B. P., & Ahmad, S. F. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Rashid, N. A., Ying, B. P., Ahmad, S. F., & Majid, Z. A. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Windura, T. (2008). Peta Minda: Langkah demi Langkah. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
33
ASAP : SATU STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID BAGI MENYATAKAN REKA BENTUK RUMAH
MENGIKUT KAWASAN ZON IKLIM
ESTEE CLARA UMOI LUAT
quemunk_bhajickc26@yahoo.com
MAZLAN BIN JUNAIDI
lan.junaidi2008@gmail.com
JOHN ANAK BRODI
johnbrodi@yahoo.com
Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 menyatakan
reka bentuk rumah yang dipengaruhi oleh kawasan iklim zon panas dan kawasan iklim zon
sederhana panas dengan menggunakan stategi ASAP (Assemble, Sing and Play). Subjek kajian
dalam kajian ini terdiri daripada 8 orang murid daripada Tahun 4 yang telah disaring. Data
dikumpulkan melalui ujian diagnostik, ujian saringan, ujian pra dan pasca. Hasil analisis data
mendapati bahawa kelapan-lapan orang subjek kajian menunjukkan peningkatan markah.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa strategi ASAP (Assemble, Sing and Play) ini dapat
membantu murid meningkatkan kemahiran mereka menjelaskan reka bentuk rumah yang
dipengaruhi oleh kawasan iklim zon panas dan kawasan iklim zon sederhana panas.
PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Sosial
Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Saya
diamanahkan untuk menjalani praktikum Fasa III di salah sebuah sekolah di Daerah Serian. Saya diberi
tanggungjawab untuk mengajar kelas Tahun 4 untuk mata pelajaran Kajian Tempatan. Kelas ini terdiri
daripada 31 orang murid iaitu 14 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan.
Dari segi pencapaian akademik, kelas ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian
yang pelbagai. Ini disokong oleh penilaian keputusan peperiksaan mereka pada Peperiksaan Akhir Tahun
2012. Terdapat hanya segelintir sahaja yang mendapat gred A bagi subjek-subjek teras. Kebanyakan
daripada murid-murid ini mendapat gred B dan C dan berada dalam kedudukan sederhana. Sementara itu,
terdapat juga murid-murid yang berpencapaian bawah daripada paras sederhana iaitu murid-murid
pemulihan. Oleh itu, situasi ini memberi cabaran kepada saya untuk mengambil kira semua kebolehan
dan kemampuan murid-murid semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Semasa saya mengajar topik Jenis Rumah di Negara dan Di Negara Lain di bawah Tema 1 Rumah
Sebagai Keperluan Asas Manusia, saya dapati bahawa murid-murid mengalami masalah untuk
menyatakan reka bentuk rumah mengikut kawasan zon iklim. Murid-murid ini mempunyai kelemahan
untuk memahami dan menggambarkan perkara yang saya cuba sampaikan. Apabila saya meminta murid-
murid untuk menyatakan reka bentuk rumah mengikut kawasan zon iklim semula, mereka gagal untuk
melaksanakan arahan tersebut.
Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk ini dengan membahagikan murid-
murid kepada lima kumpulan kecil untuk menggalakkan pembelajaran secara koperatif. Kemudian,
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
34
murid-murid diminta untuk mencantumkan puzzle gambar-gambar rumah mengikut kawasan zon iklim
secara berkumpulan. Murid-murid dapat melaksanakan arahan dengan baik sekali dan mereka juga dapat
mengenal pasti sebahagian rumah-rumah tersebut seperti rumah Tupik dan rumah Iglu. Pengajaran
diteruskan lagi dengan aktiviti penerangan dan soal jawab mengenai reka bentuk rumah mengikut
kawasan zon iklim yang terbahagi kepada empat iaitu, kawasan zon iklim panas, sederhana panas, sejuk
dan sederhana sejuk. Seterusnya, murid-murid menjalankan aktiviti pengelasan reka bentuk rumah
mengikut kawasan zon iklim yang sesuai serta melengkapkan lembaran kerja untuk menilai kefahaman
murid-murid serta keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan.
Menerusi aktiviti-aktiviti penilaian tersebut, saya dapati ada murid-murid yang masih belum mampu
untuk menyatakan reka bentuk rumah mengikut kawasan zon iklim dengan baik. Keadaan ini
menimbulkan kemusykilan dalam diri saya tentang mengapa murid-murid ini masih belum mampu
menguasai isi pelajaran yang telah disampaikan? Adakah strategi pengajaran yang telah saya laksanakan
tidak dapat membantu mereka menguasai isi pelajaran yang hendak disampaikan? Atau, adakah murid-
murid menghadapi kesukaran untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan? Bertitik tolak daripada
kesedaran ini, saya telah membuat penerokaan yang lebih lanjut lagi untuk memahami masalah yang
dialami dalam kalangan murid-murid itu tadi.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Ujian saringan telah ditadbir setelah selesai perlaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran ulangan
dengan strategi yang berbeza. Keputusan menunjukkan seramai lapan orang murid masih tidak dapat
menguasai kemahiran untuk menyatakan reka bentuk rumah mengikut kawasan zon iklim dengan baik.
Seramai enam orang murid dapat menjawab tiga daripada tujuh soalan dengan betul ataupun mendapat
43% markah manakala seorang murid mendapat dua daripada tujuh (2/7) soalan dengan betul ataupun
29% markah dan seorang lagi gagal menjawab sebarang soalan ataupun mendapat 0% markah. Pada
masa yang sama, saya dapat mengesan corak yang menonjol dari segi jenis soalan yang kerap dijawab
dengan salah oleh murid-murid iaitu soalan yang berkaitan dengan reka bentuk rumah di kawasan zon
iklim panas dan sederhana panas. Jadual berikut merupakan analisis markah yang terperinci murid-murid
tersebut:
Jadual 1 : Analisis Ujian Saringan
Bertitik tolak daripada dapatan ujian saringan, murid-murid berkenaan diuji lagi menerusi ujian
diagnostik untuk mengenalpasti isi pelajaran yang sukar dikuasai oleh mereka. Ujian diagnostik ini
meminta murid-murid untuk menuliskan penyataan dengan jelas mengenai reka bentuk rumah yang
Bil Nama Soalan Markah Markah /
% S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7
1 Asmaan ✗ ✓ ✗ ✗ ✗ ✗ ✓ 2/7 29
2 Estefania ✗ ✗ ✗ ✗ ✗ ✗ ✗ 0/7 0
3 Italia ✓ ✓ ✗ ✓ ✗ ✗ ✗ 3/7 43
4 Kayrenly ✓ ✓ ✗ ✗ ✗ ✗ ✓ 3/7 43
5 Morrey ✗ ✓ ✗ ✗ ✓ ✗ ✓ 3/7 43
6 Nolyn ✓ ✓ ✗ ✓ ✗ ✗ ✗ 3/7 43
7 Selisia 3/7 43
8 Ventriscia ✓ ✓ ✗ ✗ ✓ ✗ ✗ 3/7 43
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
35
terdapat di kawasan zon iklim panas dan sederhana panas. Jadual berikut menunjukkan markah yang
diperoleh oleh kelapan-lapan murid sasaran dalam ujian diagnostik tersebut.
Jadual 2 : Analisis Ujian Diagnostik
Menerusi ujian diagnostik yang telah dilaksanakan, dapatlah saya mengenalpasti dan mengesahkan isi
pelajaran yang sukar dikuasai oleh murid-murid sasaran iaitu reka bentuk rumah di kawasan zon iklim
panas dan sederhana panas. Bagi mengukuhkan lagi hasil dapatan, saya telah menjalankan beberapa
tinjauan dengan mengumpul data awal menerusi beberapa instrumen yang lain. Sesi temu bual telah saya
kendalikan bersama-sama dengan murid-murid sasaran untuk mendapatkan respon mereka mengenai reka
bentuk rumah mengikut kawasan zon iklim panas dan sederhana panas.
Menerusi temu bual bersama dengan kelapan-lapan murid sasaran, saya dapati mereka dapat
mengenalpasti keempat-empat jenis kawasan zon iklim iaitu kawasan zon iklim sejuk, sederhana sejuk,
panas dan sederhana panas. Selain itu, mereka juga dapat menyatakan reka bentuk rumah di kawasan zon
iklim sejuk dan sederhana sejuk dengan tepat dan yakin sekali. Namun, apabila diminta untuk
menyatakan reka bentuk rumah di kawasan zon iklim panas dan sederhana panas, mereka tidak dapat
menyatakan reka bentuk rumah tersebut.
Dalam sesi temu bual yang telah dikendalikan, mereka masih belum dapat menyatakan reka bentuk
rumah mengikut kawasan zon iklim panas dan sederhana panas dengan betul. Berikut merupakan temu
bual dengan Estefania:
Cikgu : Boleh tak beritahu cikgu macam mana rupa bentuk rumah di kawasan zon panas?
Estefania : Tidak saya tahu, Cikgu. Tidak pernah nampak. Manalah saya tahu.
Cikgu : Bagaimana pula dengan rumah di zon sederhana panas?
Estefania : Emmmm. Mungkin sesuai dengan zon sederhana panas, cikgu?
(T/B – Estefania – 01/03/2013)
Perkara yang sama turut berlaku apabila saya mengendalikan temu bual bersama dengan Nolyn. Berikut
merupakan temu bual dengan Nolyn:
Cikgu : Boleh tak beritahu cikgu macam mana rupa bentuk rumah di kawasan zon panas?
Nolyn : Pakai batu bata, cikgu.
Cikgu : Baiklah, Nolyn. Bagaimana pula dengan rumah di zon sederhana panas?
Nolyn : Hehehe. Tidak sama ka, Cikgu? Tidak saya tahu. Lupa saya. Sorry, cikgu.
(T/B – Nolyn – 01/03/2013)
Bil Nama Soalan Markah
S1 ( ? / 2) S2( ? / 4)
1. Asmaan 0 / 2 0 / 4 0/6
2. Estefania 0 / 2 0 / 4 0/6
3. Italia 0 / 2 0 / 4 0/6
4. Kayrenly 1 / 2 0 / 4 1/6
5. Morrey 1 / 2 0 / 4 1/6
6. Nolyn 1 / 2 0 / 4 1/6
7. Selisia 0 / 2 0 / 4 0/6
8. Ventriscia 1 / 2 0 / 4 1/6
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
36
Menerusi temu bual yang saya kendalikan bersama-sama dengan 8 orang murid sasaran, saya dapati
hampir kesemua mereka tidak dapat menyatakan yang betul tentang reka bentuk rumah khususnya di
kawasan zon iklim sederhana panas.
Saya merasakan bahawa sememangnya isu menyatakan reka bentuk rumah di kawasan zon iklim panas
dan sederhana panas ini menjadi masalah bagi murid-murid ini. Berikut merupakan nota lapangan yang
telah saya catitkan berdasarkan pemerhatian yang saya kendalikan;
“Selisia, Italia, Morrey, Nolyn, Estefania dan Ventrescia menyatakan bahawa mereka lupa akan reka
bentuk rumah kerana mereka tidak pernah lihat atau mungkin kerana mereka tidak perasan akan
penekanan mengenai reka bentuk rumah di zon sederhana panas. Saya merasakan bahawa mereka ini
terlepas pandang mengenai reka bentuk rumah di kawasan zon sederhana panas kerana tiada reka bentuk
yang menonjol atau unik bagi rumah di kawasan ini. Tidak seperti rumah di kawasan zon sejuk seperti
rumah Tupik dan rumah Igloo. Saya juga berfikiran bahawa murid-murid ini perlukan sesuatu yang boleh
memberikan kesan yang mendalam ataupun sesuatu yang menonjol untuk membantu mereka mengatasi
masalah ini. Pendapat saya, mereka akan dapat mengingati atau „perasan‟ akan reka bentuk rumah di
kawasan zon sederhana panas melalui rangsangan yang pelbagai seperti, visual-ruang, verbal linguistik,
muzik dan sebagainya yang melibatkan pelbagai deria mereka.”
(N/L – 03/03/2013)
Fokus Kajian
Berlandaskan kepada bukti-bukti yang telah dikumpul dan dianalisis, dapatlah saya mengenal pasti isi
pelajaran yang masih belum dapat dikuasai oleh kelapan-lapan murid sasaran iaitu menyatakan reka
bentuk rumah di kawasan zon iklim panas dan sederhana panas seperti di bawah;
1. Reka bentuk rumah di kawasan zon iklim panas:
Berbumbung rata
Pondok Puak „Bushmem‟ diperbuat daripada ranting kayu
Rumah diperbuat daripada tanah liat
Khemah Badwi yang diperbuat daripada kain tebal atau daripada kulit karibu
2. Reka bentuk rumah di kawasan zon iklim sederhana panas:
Rumah berbumbung „V‟ terbalik
Rumah tiada serombong asap
Oleh itu, objektif kajian saya adalah untuk meningkatkan kemahiran murid menyatakan empat reka
bentuk rumah di kawasan zon iklim sederhana panas dan dua reka bentuk rumah di kawasan zon iklim
panas dengan menggunakan strategi ASAP (Assemble, Sing and Play).
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 8 orang murid Tahun 4 iaitu tujuh orang murid perempuan dan
seorang murid lelaki yang masih belum menguasai kemahiran menyatakan reka bentuk rumah mengikut
kawasan zon iklim panas dan sederhana panas.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
37
STRATEGI TINDAKAN
Strategi ASAP ini mengaplikasikan kedua-dua teori pembelajaran konstruktivisme dan kognitivisme
berbantukan model pengajaran pemprosesan maklumat Robert M. Gagne dan model pembelajaran
kognitif Sharon Derry. Strategi ini dirangka untuk membantu murid meningkatkan kebolehan mereka
untuk menguasai kemahiran menyatakan reka bentuk rumah mengikut kawasan zon iklim panas dan
kawasan zon iklim sederhana panas.
Pengajaran model pemprosesan maklumat ini menitikberatkan pengajaran yang menerapkan persekitaran
yang dapat meninggalkan kesan kepada pengalaman seseorang individu. Ianya mengeutamakan
pengalaman-pengalaman sedia ada murid yang tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang untuk
dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman baharu bagi memudahkan proses pembelajaran baru dapat
berlaku (Mok Soon Sang, 2008). Strategi ASAP yang diimplimentasikan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berpaksikan pengalaman ini selaras dengan teori pembelajaran konstruktivisme. Ini
bermakna, setiap langkah dalam Strategi ASAP yang dijalankan melibatkan murid secara langsung iaitu
secara hands-on dan minds-on.
Strategi ASAP ini turut mengimplimentasikan model pembelajaran kognitif Sharon Derry. Model
pembelajaran Sharon Derry ini menitikberatkan daya ingatan selaras dengan teori kognitivisme agar
murid-murid dapat berfikir dengan lebih mendalam lagi mengenai sesuatu pembelajaran yang baharu
dengan bersandarkan kepada pengetahuan sedia ada mereka.
Pada masa yang sama murid-murid sendiri akan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dengan
melaksanakan proses dalam minda. Manakala guru pula menjadi fasillitator untuk menyediakan cara atau
kaedah bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku. Guru berfungsi sebagai pemangkin inkuiri
murid dengan memulakan proses dengan memperkenalkan pembelajaran tersebut. Teori pembelajaran ini
juga mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar, justeru pembelajaran harus dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat kerana setiap insan mempunyai tahap perkembangan kognitif yang berbeza-beza.
Strategi ASAP ini mengandungi lima langkah yang akan membantu murid-murid meningkatkan
kemahiran mereka menyatakan reka bentuk rumah di kawasan zon panas dan sederhana panas. Langkah-
langkah tersebut adalah;
Rajah 1: 5 Langkah dalam Strategi ASAP
Tayangan Video Pendek
(See)
Perbincangan Berkumpulan
(Discuss)
Pembinaan Diorama
(Assemble)
Permainan 'Snake and
Ladder' (Play)
Nyanyian lagu ciptaan sendiri
(Sing)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
38
Langkah-Langkah Perlaksanaan Strategi
Saya menggunakan tempoh masa selama tiga minggu untuk mengendalikan sesi pengajaran dan
pembelajaran strategi ASAP untuk membantu murid-murid sasaran. Saya menggunakan dewan sekolah
kerana tempat tersebut paling kondusif dan luas untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti tayangan video
pendek, permainan „Snake and Ladder‟ serta membina model Diorama Kawasan Zon Iklim Panas dan
Sederhana Panas.
1. Langkah 1 : Tayangan Video Pendek
Saya menayangkan sebuah video pendek yang mengambil masa selama 2 ke 3 minit berkaitan dengan
suasana persekitaran tempat tinggal di kawasan zon iklim panas dan sederhana panas kepada murid-
murid. Tayang video pendek ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang paling jelas kepada murid-
murid mengenai reka bentuk rumah di kedua-dua kawasan zon iklim panas dan zon iklim sederhana
panas.
Aktiviti ini menerapkan kecerdasan visual ruang yang dapat mendorong serta merangsang pembelajaran
murid berteraskan kepada kelebihan serta kekuatan yang dimiliki oleh mereka (Noriati A. Rashid, 2009).
Menerusi aktiviti yang saya kendalikan, saya dapat melihat antisipasi murid-murid ketika menonton video
pendek tersebut. Aktiviti ini sangat ringkas, tetapi mampu melonjakkan semangat inkuiri murid-murid
yang terpancar menerusi riak muka mereka.
2. Langkah 2 : Perbincangan Berkumpulan
Semua murid bersoal jawab bersama saya berpandukan video pendek yang telah ditonton. Soalan yang
saya berikan pula berkaitan dengan pengetahuan lalu yang diperoleh murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran yang terdahulu. Pada masa yang sama, saya menilai murid melalui pemerhatian saya sejauh
mana murid-murid dapat membuat perkaitan antara video tersebut dengan pengetahuan sedia ada mereka.
Seterusnya, saya menerangkan semula dengan lebih jelas berkenaan dengan reka bentuk rumah mengikut
kawasan zon iklim panas dan zon iklim sederhana panas untuk memastikan murid-murid betul-betul
faham mengenai isi pelajaran yang cuba saya sampaikan.
3. Langkah 3 : Pembinaan Diorama
Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan yang mempunyai ahli seramai empat orang untuk
menjayakan aktiviti membina diorama ini. Setiap kumpulan diberi bahan-bahan yang mencukupi dan
diminta untuk bekerjasama dalam membina diorama kumpulan masing-masing. Aktiviti ini menekankan
pembelajaran konstruktivisme di mana guru menjadi fasilatator dan memberitahu serta membetulkan
murid untuk membina reka bentuk rumah yang tepat mengikut kawasan zon iklim.
Melalui aktiviti ini juga, pembelajaran berbentuk kognitivisme juga dapat dicapai oleh murid-murid di
mana mereka semua berpeluang untuk membuat penerokaan melalui pembinaan sendiri rumah mengikut
reka bentuk yang betul agar pengalaman membina model itu kekal di dalam ingatan mereka lalu dapat
membantu mereka mencapai hasil pembelajaran menyatakan reka bentuk rumah di kawasan zon panas
dan kawasan zon sederhana panas.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
39
4. Langkah 4 : Permainan „Snake and Ladder‟
Aktiviti seterusnya ialah dengan meminta setiap murid untuk menjadi „buah‟ dalam permainan „Snake
and Ladder‟ ini. Murid-murid memilih nombor secara rawak yang ditulis pada bola ping pong dan
bergerak beberapa langkah mengikut nombor yang telah diambil tadi. Apabila langkah mereka terkena
gambar tanda soal, murid-murid harus menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Apabila jawapan yang
diberikan tepat, baharulah „buah‟ boleh berganjak.
Permainan ini menekankan pembelajaran kognitivisme kerana murid-murid digalakkan untuk mengimbas
kembali fakta-fakta yang dipelajari. Di samping itu, murid-murid juga berpeluang untuk mengaplikasikan
pengetahuan yang diperoleh daripada tayangan video, pembinaan model diorama dan juga penerangan
guru untuk menjawab soalan yang diajukan. Soalan yang diajukan berbentuk logikal minda dan
memerlukan pengaplikasian pemikiran sebagai kayu ukur pengetahuan murid-murid berkenaan dengan
reka bentuk rumah di kawasan zon iklim panas dan zon iklim sederhana panas.
5. Langkah 5 : Nyanyian Lagu Ciptaan Bersama
Murid-murid seterusnya didendangkan dengan satu melodi lagu yang cukup mudah dan mencipta lirik
lagu yang sesuai dengan melodi lagu. Lirik lagu pula berkaitan dengan reka bentuk rumah-rumah
mengikut kawasan zon iklim bagi memudahkan ingatan mereka tentang reka bentuk rumah-rumah
tersebut.
Guru dan murid-murid mengumpul semua hasil gubahan murid-murid dan memurnikan hasil itu menjadi
satu lirik lagu yang menarik. Guru dan murid-murid bersama-sama menyanyikan lagu yang telah dicipta.
Kaedah Pengumpulan Data
Untuk menilai sejauh mana kemahiran murid-murid sasaran dapat dipertingkatkan setelah Strategi ASAP
dikendalikan, saya telah menggunakan instrumen pengumpulan data seperti yang berikut:
Rajah 2 : Kaedah Pengumpulan Data
Ujian Pra Dan Ujian Pos
Lembaran Kerja Temubual Pemerhatian
Tidak Berstruktur
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
40
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Jadual 3 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Berdasarkan perbandingan skor ujian pra dan pasca yang terdapat pada jadual di atas, dapat dilihat jumlah
peningkatan yang amat memberangsangkan. Kesemua murid menunjukkan pencapaian yang cemerlang.
Selisia menunjukkan peningkatan yang paling tinggi bagi kumpulannya iaitu peningkatan sebanyak 6
markah dengan mendapat markah penuh 100 peratus. Seramai 6 daripada 8 orang murid mendapat
markah penuh 100 peratus bagi ujian ini, manakala, Ventrescia dan Estefania pula mendapat 83 peratus.
Peningkatan markah ini memberikan maklumbalas yang positif kepada saya terhadap strategi ASAP yang
telah dilaksanakan.
Lembaran Kerja
Jadual 4 : Keputusan Lembaran Kerja Sepanjang Tempoh Perlaksanaan Intervensi
Menerusi jadual di atas, kelapan-lapan murid sasaran menunjukkan peningkatan yang amat
memberangsangkan sepanjang tempoh perlaksanaan intervensi. Murid-murid sudah mampu untuk
mempertingkatkan kemahiran mereka dalam menyatakan reka bentuk rumah mengikut kawasan zon
iklim. Peningkatan pencapaian mereka disahkan lagi menerusi penilaian yang dilakukan dalam ujian
pasca.
Bil Nama
Murid
Ujian
Pra
Ujian
Pasca
Jumlah
Peningkatan
Markah(%)
1. Asmaan 1/6 6/6 5 100
2. Estefania 1/6 5/6 4 83
3. Italia 1/6 6/6 5 100
4. Kayrenly 1/6 6/6 5 100
5. Morrey 2/6 6/6 4 100
6. Nolyn 1/6 6/6 5 100
7. Selisia 0/6 6/6 6 100
8. Ventrescia 1/6 5/6 4 83
Bil Nama Murid Lembaran
Kerja 1
Lembaran
Kerja 2
Lembaran
Kerja 3
1. Asmaan 6/10 8/10 9/10
2. Estefania 6/10 8/10 9/10
3. Italia 6/10 9/10 9/10
4. Kayrenly 6/10 8/10 10/10
5. Morrey 6/10 7/10 10/10
6. Nolyn 6/10 9/10 10/10
7. Selisia 5/10 8/10 9/10
8. Ventrescia 5/10 7/10 9/10
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
41
Temu Bual
Menerusi temu bual, saya dapat melihat perkembangan kemahiran murid-murid sasaran dalam
menyatakan rekabentuk rumah di kawasan zon panas dan zon sederhana panas. Berikut merupakan
respon murid-murid sasaran dalam temu bual tersebut:
Cikgu : Kita akan susun rumah di kawasan zon sederhana panas dahulu. Rumah yang
manakah yang sesuai?
Morrey : Cikgu, tentulah rumah yang berbumbung „V‟ terbalik ini cikgu.
Ventrescia : Morrey, rumah di zon sederhana panas tidak ada serombong asap kan?
Morrey : Ya, Ventrescia, rumah di zon sederhana panas tidak ada serombong asap. Kawasan
ini sudah panas, serombong asap diguna untuk memanaskan rumah di kawasan sejuk.
Brrrr!
Nolyn : Senang sahaja beza reka bentuk rumah di zon panas dan zon sederhana panas ni kan
cikgu? Di zon panas, bumbung berbentuk „V‟ terbalik tidak sesuai. Nanti terbang
ditiup ribut pasir!
(T/B – 23 Mac 2013)
Cikgu : Kita akan susun rumah di kawasan zon panas pula sekarang. Reka bentuk rumah manakah
yang sesuai?
Asmaan : Khemah Badwi, Cikgu!
Cikgu : Yakinnya awak, Asmaan?
Asmaan : Tentulah Cikgu, puak Badwi sering berpindah randah di padang pasir. Tentulah senang
tinggal di dalam khemah sahaja.
Cikgu : Selisia, apa pendapat awak mengenai reka bentuk rumah di kawasan zon panas?
Selisia : Orang di zon panas tinggal di rumah yang berbumbung rata. Rumah ini diperbuat
daripada tanah liat.
Cikgu : Bagus, Asmaan dan Selisia.
(T/B – 23 Mac 2013)
Saya juga telah menjalankan temu bual berstruktur pada akhir perlaksanaan strategi. Temu bual ini
digunakan untuk menilai murid-murid yang terlibat dari aspek perasaan, aktiviti yang disukai, aktiviti
yang membantu kefahaman mereka serta pendapat murid-murid berkenaan dengan langkah-langkah yang
digunakan semasa perlaksanaan strategi. Hasil temu bual ini telah saya analisiskan seperti di dalam
jadual.
Jadual 5 : Temu Bual Separa Berstruktur
Tema
soalan
Murid
Perasaan Aktiviti yang disukai Kefahaman Kepelbagaian
aktiviti
Gem
bir
a
/
Ser
on
ok
Sed
ih /
kec
ewa
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 Suka Tidak
suka
Asmaan / / / / / / / /
Estefania / / / / / / / / /
Italia / / / / / / / / / / /
Kayrenly / / / / / / /
Morrey / / / / / / / / / / / /
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
42
Nolyn / / / / / /
Selisia / / / /
Ventrescia / / / / / / / / / / / /
Jumlah : 8 - 5 5 6 6 7 7 4 5 5 5 8 -
Berpandukan jadual yang analisis temubual, semua murid yang terlibat ini berasa seronok dan gembira
sepanjang perlaksanaan aktiviti pembelajaran menggunakan strategi ASAP. Mereka juga bersetuju
bahawa kelima-lima aktiviti dalam strategi ASAP yang dilaksanakan dapat membantu mereka memahami
dan menguasai hasil pembelajaran yang telah digariskan. Ini merupakan bahan sokongan dan bukti
bahawa strategi ASAP (Assemble, Sing and Play) ini ternyata telah memberikan impak yang besar kepada
murid-murid untuk menguasai kemahiran menyatakan reka bentuk rumah mengikut kawasan zon iklim
panas dan sederhana panas dengan baik.
REFLEKSI
Pengalaman saya dalam menjalankan kajian ini menyedarkan saya kepada tanggungjawab utama saya
seorang guru, iaitu, untuk mempertingkatkan mutu profesionalisme serta memperbaiki kualiti amalan saya
sebagai seorang guru. Dalam konteks ini, saya menjalankan kajian tindakan sebagai usaha saya untuk
memperbaiki kualiti pengajaran saya dengan menggunakan strategi baharu yang lebih berkesan untuk
meningkatkan kefahaman murid untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Strategi baharu yang
lebih berkesan yang dimaksudkan ialah menggunakan strategi ASAP (Assemble, Sing and Play) untuk
membantu lapan orang murid Tahun 4 untuk meningkatkan kemahiran mereka untuk menyatakan reka
bentuk rumah mengikut kawasan zon iklim panas dan sederhana panas.
Perlaksanaan strategi ASAP mendatangkan faedah kepada saya dan juga murid-murid kerana saya dapat
membantu murid-murid saya mengatasi kelemahan mereka sebelum ini. Strategi ASAP yang dijalankan
memberikan pengalaman belajar yang bukan konvensional kepada murid-murid. Justeru, menyedarkan
saya bahawa prestasi murid-murid dapat dipertingkatkan apabila guru mengaplikasikan kaedah
pengajaran yang menarik dan sesuai semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran agar
urid-murid dapat membina pengetahuan baharu berlandaskan kepada pengetahuan kontekstual mereka.
Pada masa yang sama, menyedarkan saya bahawa kaedah „Chalk and Talk‟ perlu diketepikan demi
mencapai hasil pembelajaran dengan lebih berkesan. Persoalannya di sini, mampukah saya berhempas
pulas memerah minda menatang keringat untuk sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran? Semoga
Tuhan Maha Berkuasa memberikan kebijaksanaan kepada saya untuk mencapai hasrat ini nanti. Amin.
Menerusi pemerhatian saya sepanjang proses perlaksanaan strategi ASAP, saya dapati terdapat perubahan
besar yang berlaku ke atas murid-murid yang terlibat. Bukan sahaja mereka dapat mengatasi kelemahan
mereka, malah perwatakan mereka juga mengalami peningkatan daripada pemalu dan tidak peduli kepada
ingin memberikan kerjasama kepada guru dan rakan-rakan. Mereka turut menyatakan bahawa mereka
lebih mudah memahami isi pelajaran menerusi aktiviti yang dijalankan seperti, tayangan video pendek,
perbincangan berkumpulan, pembinaan model diorama, permainan „Snake and Ladder‟ dan aktiviti
menyanyi. Ini kerana aktiviti-aktiviti tersebut menyeronokkan.
Tuntasnya, kajian ini merupakan salah satu daripada usaha saya untuk membantu murid-murid sasaran
mempertingkatkan prestasi dan pencapaian mereka. Dalam masa yang sama, untuk menambahbaik
amalan pengajaran saya. Harapan saya agar perlaksanaan pengajaran berasaskan strategi yang berasaskan
pendekatan konstruktivisme dan kognitivisme ini diserap untuk menjadi amalan dalam mengendalikan
proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid, justeru, melonjakkan sistem pendidikan di
negara kita.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
43
CADANGAN KAJIAN / TINDAKAN YANG SETERUSNYA
Cadangan untuk kajian atau tindakan yang seterusnya ialah dengan menambahkan atau menukarkan
langkah pengajaran dan pembelajaran bagi strategi ASAP (Assemble, Sing and Play) agar ia sentiasa
relevan untuk pengajaran bagi tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan juga relevan
untuk diaplikasikan bagi mata pelajaran yang lain.
Meskipun perlaksanaan strategi ASAP ini terbukti berkesan dan efektif untuk membantu murid-murid
sasaran namun, ianya tidak terkecuali daripada kelemahan yang boleh diperbaiki dan diatasi. Contohnya,
langkah penggunaan video pendek yang dijalankan boleh dipertingkatkan dengan menggunakan aktiviti
simulasi yang lebih bersifat konstruktif. Ini bermakna video pendek yang dicerap daripada sumber
relevan ditukarkan kepada aktiviti simulasi yang dilakukan oleh murid sendiri mengenai kehidupan di
kawasan zon iklim panas dan sederhana panas yang dirakamkan.
Kemudian, langkah perbincangan dalam kumpulan juga dapat dipertingkatkan dan diperbaharui dengan
menyelitkan beberapa aktiviti seperti „pop-kuiz‟ agar murid-murid tidak berasa bosan dalam takuk
pemikiran mengenai aktiviti perbincangan yang konvensional. „Pop-kuiz‟ dapat merangsang murid untuk
berfikir dan bekerjasama serta semangat persaingan sihat juga dapat disemaikan.
Aktiviti pembinaan model diorama juga dapatlah ditambahbaik untuk kajian yang seterusnya. Misalnya
penggunaan ikon-ikon landskap seperti pokok-pokok, rumah-rumah dan binatang yang dibuat daripada
kertas bolehlah ditukarkan dengan menggunakan model sebenar yang berskala kecil. Ini dapat menarik
lagi perhatian murid disamping memanjangkan jangka hayat model diorama tersebut untuk kegunaan
yang lain. Selain itu juga, bagi kajian yang seterusnya, adalah elok untuk memberikan sepenuh
tanggungjawab kepada murid untuk membina model diorama itu sendiri. Ini kerana campur tangan guru
dapat mempengaruhi tumpuan murid tersebut.
Bagi aktiviti permainan „Snake and Ladder‟ pula, guru haruslah bersedia dengan soalan-soalan yang
pelbagai kerana aktiviti ini memerlukan murid menjawab soalan untuk bergerak. Soalan yang berulang
akan menyebabkan murid-murid berasa bosan manakala soalan yang terlalu susah pula menjadikan
murid-murid hilang minat. Oleh itu, soalan yang dibina haruslah sesuai dan berkaitan dengan objektif
yang hendak dicapai.
Pada masa yang sama, keberkesanan strategi ASAP ini juga akan menjadi lebih jitu jika tempoh
perlaksanaannya dipanjangkan. Kekangan masa dan pelbagai peristiwa yang tidak dapat dielakkan
menyebabkan saya melaksanakan kajian ini tidak mengikut perancangan iaitu dari sebulan kepada selama
lebih kurang tiga minggu. Saya percaya bahawa proses pengulangan langkah-langkah strategi dan
implimentasi penambahbaikan yang dicadang dapat menjamin peningkatan prestasi yang lebih baik.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
44
RUJUKAN
Anita Woolfolk, L. M.-N. (2010). Educational Psychology For Teachers. Minnesota: Prentice Hall -
1980.
Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi II Perlaksanaan Pengajaran. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gary D. Borich. (2004). Effective Teaching Methods Fifth Editions. Columbus, Ohio, United States of
America: Pearson Merrill Prentice Hall.
Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Ipoh, Perak, Malaysia:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, B. P. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Shahabudin Hashim, D. R. Pedagogi : Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Pulau Pinang:
PTS Profesional.
Ting Len Siong, A. S. (2013). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
45
“OUR TEAM-WORK MIND MAP”:
STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 6 MENGELASKAN
SUMBER KEPADA SUMBER SEMULA JADI UTAMA DAN SUMBER ALTERNATIF
Everlyn Easter Anak Andotion
verlynster@gmail.com
Mazlan bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
John Anak Brodi
johnbrodi@yahoo.com
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan perlaksanaan strategi Our Team-Work Mind
Map.Objektif kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran murid mengelaskan lima sumber
semula jadi utama dan lima sumber alternatif melalui Our Team-work Mind. Subjek-subjek kajian
adalah 4 orang murid Tahun 6 di SK Bestari iaitu seorang lelaki dan tiga orang perempuan.
Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra dan pasca, temu bual, nota lapangan dan
lembaran kerja murid. Data dianalisis melalui jumlah skor murid, temu bual dan nota lapangan.
Dalam kajian ini, murid-murid telah menghasilkan satu peta minda berdasarkan tajuk melalui
perbincangan kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan strategi ini telah dapat meningkatkan
kemahiran murid mengelaskan Sumber-sumber Semula Jadi Utama dan Sumber Alternatif.
Terdapat perubahan yang memberansangkan dalam kemahiran murid sebelum dan selepas strategi
dijalankan. Melalui perbincangan kumpulan, murid-murid dapat berkongsi idea yang bernas secara
matang.
PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih opsyen Pengajian Sosial, ambilan Januari 2010 di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan yang telah menjalani praktikum di sebuah
sekolah yang terletak di dalam daerah Serian iaitu Sekolah Kebangsaan Bestari. Majoriti murid-murid di
sekolah ini berbangsa Melayu yang asalnya dari kampung-kampung berdekatan. Murid-murid di sekolah
ini amat menggemari aktiviti berkumpulan. Mereka bekerjasama dalam kumpulan dengan sangat baik dan
menunjukkan semangat ingin belajar yang tinggi. Mereka juga tidak segan untuk bertanya jika ada isi
pelajaran yang kurang difahami.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran & Nilai Pendidikan.
Pada minggu kedua praktikum, saya telah masuk ke kelas Tahun 6 untuk mengajar subtopik Sumber
Alternatif yang terdapat dalam unit pertama dalam tema Ekonomi Negara. Dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu, saya telah menggunakan pendekatan kontekstual, soal jawab dan kuiz kepada
murid. Pada mulanya, saya menganggap tajuk ini mudah untuk diajar dan dipelajari oleh murid. Walau
bagaimanapun, pada hari tersebut, saya mendapati murid-murid saya mempunyai masalah untuk
menyatakan Sumber Alternatif dan Sumber-sumber Semula Jadi Utama yang telah dipelajari lebih awal.
Saya sepatutnya tidak memandang ringan tajuk ini dan membuat persediaan mengajar yang terbaik untuk
mengajar murid. Selain itu, saya mendapati bahawa murid tidak dapat memahami konsep sumber semula
jadi utama dan sumber alternatif.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
46
Berdasarkan sesi P&P pada hari tersebut, saya telah membuat refleksi. Saya dapat
memerhatikan bahawa murid mempunyai masalah untuk menyatakan contoh sumber-sumber
semula jadi utama dan sumber alternatif. Apabila diminta menyenaraikan beberapa sumber
alternatif, murid-murid akan menyatakan contoh sumber-sumber semula jadi utama.
(NL, 29 Februari 2013)
Saya berasa amat risau dengan situasi ini. Saya mula berfikir di mana silap saya semasa mengajar tajuk
ini. Saya berpendapat bahawa strategi dan kaedah pengajaran yang saya gunakan tidak dapat
menyampaikan isi pelajaran dengan sepenuhnya. Saya berasa amat bersalah kerana murid-murid saya
tidak dapat mencapaikan hasil pembelajaran yang telah saya tetapkan. Saya juga khuatir bahawa situasi
ini akan menjejaskan pencapaian murid dalam tajuk yang berkaitan terutamanya dalam mata pelajaran
lain seperti Sains.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Pada sesi pembelajaran yang telah dijalankan, saya telah menyediakan beberapa soalan yang berkaitan
dengan pengetahuan sedia ada murid yang berkaitan dengan sumber-sumber semula jadi utama. Apa yang
ingin saya capai dalam sesi P&P ini adalah agar murid dapat memberikan contoh-contoh sumber alternatif
seperti biomas, cahaya matahari dan angin si samping mengingati isi-isi pelajaran yang lalu di mana sesi
P&P masih dikendalikan oleh guru mata pelajaran ini.
Saya telah menyediakan satu ujian saringan di mana saya telah menggunakan soalan-soalan kuiz untuk
membentuk soalan. Hasil semakan, saya mendapati 14 orang murid tidak dapat menyatakan sumber-
sumber alternatif dalam soalan 3 dan 4. 10 orang murid tidak dapat menjawab soalan 5 dengan betul dan
16 orang murid tidak dapat menjawab soalan 6 dengan betul. Murid-murid memberikan contoh sumber
semula jadi sedangkan soalan mengkehendaki murid menyatakan contoh sumber alternatif untuk solan 4
dan 5.
Jadual 1 Analisis ujian saringan.
Soalan 1 2 3 4 5 6
Bilangan murid yang tidak dapat menjawab
dengan betul
2 3 14 14 10 16
Setelah itu, saya telah mentadbir satu ujian diagnostik untuk memastikan permasalahan yang dihadapi ini.
Hasil ujian diagnostik tersebut menunjukkan 4 orang murid mencapai hanya separuh daripada markah
penuh seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah.
Jadual 3. Analisis jumlah markah murid untuk Ujian Diagnostik.
Jumlah Markah Bilangan murid
10/10 1 orang
9/10 3 orang
8/10 5 orang
7/10 4 orang
5/10 2 orang
4/10 2 orang
Jumlah 17 orang
Kumpulan
sasaran
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
47
Rajah 1. Contoh ujian diagnostik murid yang tidak dapat menjawab dengan tepat.
Bagi menentukan bahawa masalah yang ini benar-benar sah, saya juga telah membuat temu bual bersama
empat orang yang mendapat markah yang terendah dalam ujian diagnostik. Berdasarkan temu bual
tersebut, saya dapati mereka mempunyai masalah untuk mengenalpasti dan mengelaskan sumber-sumber
yang dipelajari kepada kelas yang betul iaitu sama ada sumber semula jadi utama atau sumber alternatif.
Guru : Kenapa kamu tak boleh bagi cikgu contoh sumber alternatif pada masa
itu? Bila cikgu tanya “Apa contoh sumber alternatif?”, kamu akan jawab
sumber hutan, sumber mineral, sumber laut..kenapa tak dapat nak
senaraikan sumber alternatif?
Murid 1 : Tak tahu.
Guru : Tak tahu? Awak tak tahu jawab, awak keliru atau apa? Apa yang
menyebabkan awak tak boleh jawab?
Murid 1 : Hmm..sebab saya keliru.
Murid 2 : Sebab kami keliru.
Murid 3 : Sebab...(tersenyum dan menggelengkan kepala).
Murid 3 : Tak tahu.
(TB, 26 Februari 2013)
Berdasarkan data-data awal yang telah saya peroleh, saya dapat merumuskan bahawa empat orang murid
Tahun 6 tidak dapat mengelaskan sumber-sumber semula jadi utama dan sumber alternatif.
Oleh itu, fokus kajian saya adalah untuk meningkatkan kemahiran murid mengelaskan sumber semula
jadi utama dan sumber alternatif dan objektif kajian saya adalah untuk meningkatkan kemahiran murid
Tahun 6 mengelaskan lima sumber semula jadi utama dan lima sumber alternatif melalui Our Team-work
Mind Map iaitu pembelajaran koperatif berserta peta minda.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 6 iaitu Hakim, Genan, Lisa dan Nora.
Hakim merupakan seorang murid yang aktif di dalam kelas dan merupakan seorang pengawas. Genan
adalah penolong ketua kelas. Dia seorang murid perempuan yang pemalu. Lisa seorang murid perempuan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
48
yang aktif dalam ko-kurikulum. Nora pula salah seorang pengawas sekolah yang sering teragak-agak
apabila menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Keempat-empat orang murid ini mempunyai
pencapaian akademik pada tahap sederhana.
STRATEGI TINDAKAN
Setelah dapat mengenalpasti dan menentukan masalah yang dihadapi oleh subjek-subjek kajian, saya
mula memikirkan strategi yang paling sesuai untuk membantu mereka untuk dapat membezakan dan
seterusnya mengelaskan sumber-sumber kepada sumber semula jadi utama dan sumber alternatif dengan
betul.
Akhirnya, saya telah memilih untuk menggunakan strategi Our Team-work Mind Map. Strategi ini adalah
satu strategi yang menggabungkan pembelajaran koperatif dan penghasilan peta minda secara
berkumpulan. Saya memilih untuk menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif kerana saya ingin
murid membentuk pemahaman dan konsep terhadap tajuk. Aktiviti berbentuk perbincangan berkumpulan
dapat membantu kumpulan sasaran untuk berkongsi idea, pendapat dan pengetahuan antara satu sama
lain. Hal ini dinyatakan oleh Juriah binti Abdul Hamid (2006) di mana pembelajaran koperatif berasaskan
aktiviti berpasukan melalui struktur yang dapat mempertingkatkan kemahiran kognotif dan sosial di
kalangan pelajar. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran
pembelajaran yang dapat menghasilkan daya pemikiran yang tinggi melalui aktiviti yang berteraskan
kemahiran berfikir.
Selain itu, Mok Soon Sang (2011) telah menyatakan empat kriteria asas dalam pembelajaran koperatif
yang dapat membantu pembelajaran murid di dalam bukunya, Pedagogi untuk Pengajaran dan
Pembelajaran.
Carta 1. Kriteria asas pembelajaran koperatif (Mok Soon Sang (2011))
•Murid-murid tetap percaya mereka bersatu dan sentiasa bersama untuk prestasi yang cemerlang untuk diri sendiri dan untuk kumpulan.
Semangat saling kebergantungan
•Komunikasi perlu untuk berkongsi pelbagai kemahiran, menyelesaikan masalah dan mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan.
Kemahiran Sosial
•Setiap ahli perlu melaksanakan tanggungjawab dalam meningkatkan prestasi semua ahli dengan memberikan pelbagai sumbangan dan melaksanakan projek yang diberikan.
Kesedaran akauntabiliti individu
•Penilaian perlu untuk memastikan pembelajaran dan projek dilaksanakan dengan lancar. Penilaian dilaksanakan secara berterusan.
Penilaian Kumpulan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
49
Strategi yang saya pilih ini juga berkaitan dengan teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky iaitu Zon
Perkembangan Proksimal (ZPD) di mana saya berpendapat bahawa dengan adanya bantuan daripada
individu lain, subjek-subjek kajian saya dapat lebih memahami dan menguasai tajuk sumber ini. Hal ini
selari dengan apa yang dikatakan oleh Ziham Zawawi Mazlan (2010) yang mana mengatakan bahawa:
“Bantuan dan bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir membolehkan
kanak-kanak menguasai kemahiran yang sukar dilakukan seperti yang dinyatakan dalam
teori perkembangan kognitif Vygotsky iaitu Zon Perkembangan Proksimal (ZPD).”
Sumber: http://misifakta.blogspot.com. 2010. Ziham Zawawi Mazlan
Dalam melaksanakan strategi ini, saya telah melaksanakan empat langkah. Tiga daripada empat langkah
ini memerlukan subjek-subjek kajian membimbing satu sama lain agar masing-masing dapat
meningkatkan pemahaman dan penguasaan.
Langkah pertama adalah satu penerangan yang dilakukan berbantukan komputer. Saya telah membuat
penerangan menggunakan slaid yang telah disediakan. Subjek-subjek kajian dibiarkan membaca slaid
tersebut terlebih dahulu bagi membolehkan mereka membentuk konsep mengenai tajuk yang diajar.
Bahan TMK ini membolehkan saya menyampaikan maklumat dengan lebih jelas kepada murid kerana
saya dapat menayangkan gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk. Selain itu, saya telah melakukan
sesi soal jawab untuk mengukuhkan pengetahuan murid berkenaan tajuk pada peringkat awal.
Untuk langkah kedua, saya menyediakan rangka peta minda pada kertas mahjung. Subjek-subjek kajian
diberikan kertas mahjung dan marker berwarna untuk menghasilkan peta minda secara berkumpulan
melalui perbincangan yang mereka jalankan. Setiap ahli perlu memberikan sumbangan dalam
melengkapkan peta minda yang memuatkan sumber-sumber semula jadi utama dan sumber alternatif.
Saya memberikan tempoh masa untuk melengkapkan peta minda. Setelah selesai, saya dan subjek kajian
membincangkan peta minda yang telah dilengkapkan dan saya memberi peneguhan serta pengukuhan.
Seterusnya, saya telah memberikan sekeping kertas mahjung untuk setiap orang subjek kajian yang
mengandungi ruangan berasaskan peta minda. Setiap subjek kajian diberikan sampul yang berisi nama
dan gambar sumber yang perlu dikelaskan. Subjek kajian melekatkan nama dan gambar sumber dalam
masa yang ditetapkan pada ruang yang betul. Motivasi dan ganjaran telah diberikan dalam langkah ini.
Langkah yang terakhir adalah satu bentuk penilaian menggunakan perisian Hot Potato. Subjek kajian
telah berbincang untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Aktiviti ini membolehkan saya melihat
sama ada subjek-subjek kajian sudah yakin dengan jawapan yang akan diberikan atau masih teragak-agak
untuk menjawab soalan.
Saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra dan pasca, temubual dan
pemerhatian yang direkodkan dalam bentuk nota lapangan.
DAPATAN KAJIAN
Sebelum melaksanakan strategi yang saya pilih, saya telah menjalankan satu ujian pra bagi mengetahui
pengetahuan sedia ada subjek kajian terhadap tajuk Sumber Semula Jadi Utama dan Sumber Alternatif.
Setelah strategi dilaksanakan, saya menjalankan ujian pasca untuk melihat melihat keberkesanan strategi
yang telah dijalankan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
50
Jadual 4: Skor ujian pra dan pasca.
Nama Ujian pra Ujian pasca Jumlah
peningkatan
Peratus
peningkatan
Genan 9/21 19/21 10 48 %
Hakim 8/21 20/21 12 57 %
Lisa 11/21 20/21 9 43 %
Nora 11/21 21/21 10 48 %
Berdasarkan jadual di atas, subjek-subjek kajian tidak dapat menjawab ujian pra dengan baik. Didapati
hanya dua orang subjek kajian yang dapat mendapat kira-kira separuh daripada skor penuh ujian iaitu Lisa
dan Nora. Hakim mendapat skor yang paling kecil iaitu 8 dan Genan mendapat 9 skor.
Setelah strategi Our Team-work Mind Map dilaksanakan, saya telah memberikan ujian pasca kepada
subjek kajian. Hasilnya menunjukkan peningkatan jumlah skor yang sangat memberansangkan. Nora
mendapat skor penuh dalam ujian pasca. Skor Genan dan Nora meningkat sebanyak 10 skor. Ujian pasca
Lisa menunjukkan peningkatan skor sebanyak 9 dan Hakim menunjukkan peningkatan yang paling tinggi
iaitu sebanyak 12 skor. Hakim yang pada mulanya mencatatkan skor paling rendah dalam ujian pra
menunjukkan jumlah peningkatan yang paling tinggi. Peratus peningkatan skor murid adalah daripada 48
peratus sehingga 57 peratus.
Perbandingan antara ujian pra dan pasca menunjukkan berlaku peningkatan bagi semua subjek kajian. Hal
ini menunjukkan strategi Our Team-work Mind Map telah dapat membantu keempat-empat subjek kajian
iaitu Genan, Hakim, Lisa dan Nora mengelaskan Sumber-sumber Semula Jadi Utama dan Sumber-sumber
Alternatif.
Selain ujian pra dan pasca, saya juga telah menggunakan temu bual untuk menguji kefahaman murid
setelah strategi dijalankan. Saya telah menanyakan soalan-soalan berkaitan dengan perasaan subjek kajian
terhadap strategi yang dijalankan, kefahaman mereka terhadap tajuk yang dipelajari, dan pendapat
mereka tentang keberkesanan strategi yang telah dijalankan.
Saya mendapat maklum balas yang positif daripada temu bual bersama subjek-subjek kajian saya.
Guru : Apa perasaan kamu sekarang?
Nora : Best cikgu. Saya suka.
Lisa : Ya, betul. Boleh buat lagi tak cikgu?
Guru : Kalau ada masa lagi, kita buat okey. Hakim dan Genan macam mana?
Apa perasaan kamu?
Hakim : Saya rasa gembira cikgu. Ini pertama kali saya belajar guna cara yang
cikgu ajar tadi.
Genan : Saya gembira dan puas hati cikgu. Saya suka cara belajar tadi. Boleh
lebih ingat.
(TB, 16 April 2013)
Temu bual berikut adalah maklum balas berkaitan kefahaman mereka terhadap tajuk yang dipelajari dan
pendapat mereka tentang keberkesanan strategi yang telah dijalankan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
51
Guru : Adakah peta minda itu membantu atau tidak untuk awak lebih mahir
dalam tajuk yang cikgu ajar?
Lisa : Membantu.
Guru : Nora macam mana? Ada tak perubahan daripada kali pertama cikgu ajar
berbanding hari ini (intervensi).
Nora : Ada. Lebih baik.
Guru : Kenapa lebih baik?
Nora : Sebab kami buat peta minda, tengok laptop. Peta minda boleh buat kami
lebih faham.
Guru : Macam mana dengan peta minda berkumpulan? Bagaimana ia dapat
membantu?
Nora : Kami ada tolong menolong. Perbincangan bersama. Boleh buat saya lebih
faham, cikgu.
Guru : Hakim? Ada perubahan?
Hakim : Ada.
Guru : Bahagian yang mana?
Hakim : Bahagian sumber alternatif.
Guru : Hari ni, selepas kita buat aktiviti?
Hakim : Faham.
Guru : Lisa macam mana? Apa pendapat awak?
Lisa : Sebelum ni, saya keliru pasal tajuk ni. Hari ni saya dapat lebih faham
cikgu. Perbincangan dengan peta minda tu senang nak buat saya faham.
Kawan-kawan banyak ajar saya, terutamanya Nora.
(TB, 16 April 2013)
Secara ringkasnya, subjek-subjek kajian telah dapat memperoleh manfaat daripada strategi yang telah
dijalankan.
“Subjek kajian menyatakan bahawa perbincangan semasa intervensi membantu mereka
untuk lebih mengingati tajuk yang dipelajari.”
( NL, 16 April 2013)
Tambahan lagi, subjek-subjek kajian kelihatan amat teruja melakukan aktiviti permainan individu dan
permainan yang disediakan dalam perisian Hot Potatoes bersama-sama.
“Murid-murid kelihatan yakin semasa mengelaskan sumber-sumber dalam permainan
ringkas yang dijalankan. Mereka dapat mengelaskan gambar-gambar yang diberikan
kepada sumber semula jadi utama dan sumber alternatif. Hanya seorang murid yang salah
mengelaskan salah satu daripada sumber tersebut. Yang lain dapat mengelaskan semua
sumber dengan betul.”
(NL, 16 April 2013)
Kesimpulan.
Berdasarkan keputusan-keputusan daripada instrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam
kajian, ternyata strategi Our Team-work Mind Map telah dapat membantu empat orang subjek kajian saya
mengelaskan sumber-sumber semula jadi utama dan sumber alternatif. Penglibatan murid yang aktif
dalam perbincangan berkumpulan dan penghasilan peta minda membantu mereka untuk mengingat dan
memahami tajuk tersebut seperti yang dinyatakan oleh Tan Ai Mei (2010).
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
52
REFLEKSI
Kajian ini telah banyak memberikan manfaat kepada saya. Proses melaksanakan kajian dan strategi ini
telah membuatkan saya sedar betapa pentingnya persediaan mengajar yang mantap dan efektif dalam
suatu proses P&P. Hal ini kerana kegagalan guru untuk menyampaikan ilmu dengan berkesan boleh
menjejaskan pengetahuan murid dalam tajuk yang diajar. Saya sedar bahawa jika seorang guru gagal
menyampaikan ilmu kepada murid, maka gagallah seorang murid itu menerima ilmu akibat kecuaian
guru.
Tambahan lagi, kajian ini telah meningkatkan kesedaran saya bahawa tidak semua murid boleh menerima
dengan mudah apa yang diajar oleh guru. Hal ini disebabkan tahap kecerdasan murid yang berbeza dan
cara pembelajaran yang tidak sama. Oleh itu, saya sepatutnya prihatin dengan perkara ini dan
menggunakan keadah mengajar yang berbeza agar semua murid mendapat manfaat daripada sesi P&P
yang dijalankan.
Saya berasa gembira kerana saya dapat membantu murid saya belajar menggunakan cara yang berlainan
daripada sesi P&P biasa terutamanya dalam strategi yang saya laksanakan. Penggunaan ICT adalah suatu
yang amat asing bagi murid-murid di sekolah ini. Oleh itu, penggunaan ICT dalam kajian saya ini telah
memberi pengalaman yang berbeza kepada murid terutamanya subjek-subjek kajian saya lebih-lebih lagi
apabila mereka sendiri yang mengendalikan kemudahan tersebut iaitu komputer riba.
Selain itu, saya sedar betapa pentingnya amalan melakukan kajian dan penyelidikan kepada pembangunan
profesional seorang guru. Hal ini kerana ia dapat membantu meningkatkan ilmu dan kemahiran seseorang
guru dalam menyediakan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan efektif. Ia juga
dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan seseorang guru.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.
Bagi melanjutkan kajian ini, saya mencadangkan agar kemudahan TMK (Teknologi Maklumat dan
Komunikasi) digunakan untuk menghasilkan peta minda. Murid-murid boleh diminta menghasilkan peta
minda menggunakan perisian seperti Microsoft Words untuk menghasilkan peta minda supaya dapat
meningkatkan kemahiran dan kreativiti mereka. Saya ingin mengkaji jika cadangan ini dapat memberikan
kesan yang lebih baik. Selain itu, sebagai tindakan selanjutnya, saya ingin meminta murid menghasilkan
peta minda secara individu yang ringkas dan berkongsinya bersama rakan untuk menggalakkan
kemahiran berfikir.
RUJUKAN
Hamid, J. b. (2006). HBSS1103 Pengenalan Pengajian Sosial. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Mazlan, Z. Z. (2010, Januari 24). Teori Perkembangan Kognitif Lev. Didapatkan September 23, 2013,
daripada misifakta.blogspot.com: http://misifakta.blogspot.com.html
Mei, T. A. (2010). Panduan Kerja Kursus Ilmu Pendidikan: Idea, Contoh dan Aplikasi Teori. Selangor
Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan: Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan
Tindakan. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
53
ACRO-PICS : STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 4
MENYATAKAN KAWASAN ASAL YANG MEMPENGARUHI REKA BENTUK RUMAH
Jauyah Igat
happymonsternana@gmail.com
Mazlan Bin Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
John Anak Brodi
johnbrodi@yahoo.com
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid dalam menyatakan kawasan
asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah dengan menggunakan strategi ACRO-PICS. Subjek
kajian tindakan ini terdiri daripada lapan orang murid Tahun 4 yang mempunyai masalah dalam
menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk empat jenis rumah yang terdapat di
negara kita dan di negara lain. Data telah dikumpulkan melalui lembaran kerja, ujian saringan,
ujian diagnostik, temu bual dan nota lapangan. Dapatan menunjukkan murid-murid boleh
menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah secara lisan dan bertulis.
Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan di
mana semua murid telah mendapat 100% setelah strategi dilaksanakan. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa ACRO-PICS telah berjaya membantu murid menyatakan kawasan asal
yang mempengaruhi reka bentuk rumah dengan betul.
PENGENALAN
Saya merupakan guru pelatih opsyen Pengajian Sosial di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul
Razak (IPGKTAR) yang telah menjalani praktikum Fasa III di SK Plaman Baki/Menaul, Serian. Saya
telah diamanahkan untuk mengajar kelas Tahun 4 Sony bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Kelas ini
ada seramai 32 orang murid yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan.
Murid kelas ini mempunyai tahap kecerdasan berbeza iaitu darilah yang lemah sehinggalah yang
cemerlang.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pada minggu kedua praktikum, saya telah mengajar sub-topik “Sejarah Reka Bentuk Rumah”, iaitu faktor
yang mempengaruhi jenis rumah di Malaysia dan negara lain dari segi faktor sejarah dan geografi.
Objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada hari tersebut adalah untuk menerangkan latar belakang
sejarah yang mempengaruhi reka bentuk sekurang-kurangnya 3 daripada 4 rumah dan juga menerangkan
sekurang-kurangnya 2 daripada 3 bentuk muka bumi yang mempengaruhi jenis rumah. Sesi P&P pada
hari tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Sepanjang sesi P&P pada hari tersebut, murid Tahun 4 Sony kelihatan amat bersemangat dan melibatkan
diri yang aktif dalam aktiviti P&P yang diadakan. Semasa saya menerangkan isi pelajaran, mereka
kelihatannya amat faham isi pelajaran yang disampaikan. Setiap kali selesai memberikan penerangan,
saya akan menyuruh murid menyatakan kembali apa yang dijelaskan sebentar tadi, dan murid berjaya
menjawab soalan yang diajukan dengan baik.
Saya berpendapat murid faham sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan pada hari ini. Namun
demikian, saya mendapati semasa menjawab lembaran kerja yang diedarkan, sebahagian besar murid
didapati menghadapi kesukaran untuk melengkapkan lembaran kerja tersebut terutamanya soalan (a) iaitu
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
54
menamakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah. Saya mendapati murid cenderung
untuk menjawab tempat yang mempunyai rumah tersebut.
Keadaan ini mendorong saya untuk mencari punca dan alternatif lain yang lebih efektif dan sesuai bagi
mengatasi masalah ini. Berdasarkan pemerhatian saya, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid
ini ialah kegagalan murid dalam mengingat fakta atau isi pelajaran pada hari tersebut. Murid saya sukar
mengingat fakta iaitu kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Daripada lembaran kerja yang diberikan kepada murid setelah selesai sesi P&P pada 5 Februari 2013,
saya mendapati untuk Bahagian (a), ada seramai 14 orang murid mempunyai masalah dalam menyatakan
kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah iaitu hanya menjawab 2 betul dan ke bawah.
“Murid gagal menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah
sebaliknya mereka menulis jawapan tempat yang mempunyai reka bentuk rumah
tersebut.”
(REFPP 05023013)
Bagi mengesahkan masalah yang dihadapi oleh murid saya adalah berkaitan dengan menyatakan kawasan
asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah, saya telah menjalankan tinjauan awal dengan mengumpul
data-data awal bagi menyokong fokus kajian saya ini wujud dan boleh diambil tindakan. Pertamanya,
saya telah menganalisis lembaran kerja (Bahagian a) murid yang telah saya berikan kepada mereka
setelah selesai sesi P&P pada hari tersebut. Berdasarkan lembaran kerja yang diberi, saya mendapati 14
daripada 32 orang murid Tahun 4 Sony mempunyai masalah dalam menyatakan kawasan yang
mempengaruhi reka bentuk rumah. Daripada empat jenis rumah yang dinyatakan, daripada 14 orang
murid tersebut, hanya 2 orang sahaja yang berjaya mendapat 2 jawapan betul, 7 orang mendapat 1
jawapan betul manakala selebihnya mendapat 0 jawapan betul. Jadual yang berikut menunjukkan markah
lembaran kerja mereka :
Jadual 1 : Analisis Lembaran Kerja
BIL
NAMA
JUMLAH BETUL (__/4)
1 Ahmad Razid bin Othman 2
2 Amirul bin Harito 4
3 Anastasia Brily Jong 4
4 Anisah binti Bonali 4
5 Collena Desheillya ak Damelly 4
6 Darren Ivan anak Dasiemon 3
7 Elizabeth anak Gone 3
8 Elizabeth Richard 1
9 Fatin Nurdeeyana binti Ishak 1
10 Godi Kichsen anak James 1
11 Halim bin Zamir 0
12 Henzi anak Henry 0
13 Jaysus Mattheus anak Jelian 4
14 Jublin Salang anak Gitting 1
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
55
15 Laila Nabilah binti Abdullah 1
16 Magdelene anak Michael 4
17 Magdeline anak Michael 4
18 Mohamad Afiq Hafizul bin Kasbon 0
19 Mohamad Zulhakim bin Nurdi 1
20 Mohammad Amirul Fikri bin Sugima 4
21 Mohammad Syahqirin bin Ramli 3
22 Muhamad Aiman bin Asmadi 4
23 Muhammad Faiz Mulia bin Mostaph 0
24 Norazwad bin Yussof 1
25 Nur Azatul Atasha binti Suhaimi 4
26 Nur Fatin Aleeya binti Mohd Khai 4
27 Nur Syafika binti Norizan 3
28 Nur Tiara binti Jebat 0
29 Paul Pinon anak Poli 2
30 Siti Nurhaliza Khairunisa binti Zai 4
31 Syahrol Eszwanie bin Ngadiman 3
32 Velariecia Elfy anak Bless 4
Menyedari akan masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut dan amalan pengajaran saya yang
kurang cekap pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya telah mengambil inisiatif untuk
mengenalpasti dengan lebih jelas masalah yang mengganggu murid–murid ini dengan menjalankan ujian
saringan yang terdiri daripada aras kemahiran mengingat fakta dan mencirikan kepada 12 orang murid
tersebut berdasarkan topik “Sejarah Yang Mempengaruhi Reka Bentuk Rumah”.
Saya terpaksa menggugurkan Henzi Ak Henry dan Nur Tiara berikutan mereka adalah murid pemulihan
yang masih belum fasih membaca dan menghadapi masalah untuk menulis. Saya telah meminta mereka
untuk membuat ulang kaji terlebih dahulu sebelum mentadbir ujian ini. Saya juga telah mengajar mereka
topik yang difokuskan sebelum memberi ujian saringan dengan berbantukan BBM seperti peta minda dan
gambar rumah. Keputusan ujian saringan telah dicatatkan di dalam Jadual 2 berikut :
Jadual 2 : Keputusan Ujian Saringan
Bil Nama Jumlah Betul (__/10) Markah (%)
1 Ahmad Razid bin Othman 9/10 90
2 Elizabeth Richard 8/10 80
3 Fatin Nurdeeyana binti Ishak 3/10 30
4 Godi Kichsen anak James 4/10 40
5 Halim bin Zamir 3/10 30
6 Jublin Salang anak Gitting 9/10 90
7 Laila Nabilah binti Abdullah 3/10 30
8 Mohamad Afiq Hafizul bin Kasbon 2/10 20
9 Mohamad Zulhakim bin Nurdi 8/10 80
10 Muhammad Faiz Mulia bin Mostaph 2/10 20
11 Norazwad bin Yussof 3/10 30
12 Paul Pinon anak Poli 4/10 40
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
56
Berdasarkan Jadual 2, daripada 12 orang murid, terdapat 8 orang murid yang gagal dengan hanya
mendapat markah antara 20-40, manakala 4 orang lagi mendapat markah yang cemerlang iaitu antara 80-
90. Berdasarkan keputusan ini, saya telah menggugurkan 4 orang murid yang cemerlang itu daripada
menjadi subjek kajian. Jadual yang berikut pula menunjukkan analisis ujian saringan bagi setiap soalan :
Jadual 3 : Analisis Ujian Saringan Jumlah Betul Salah dan Jenis Soalan
Nombor Soalan Jumlah Betul Jumlah Salah Jenis Soalan
1 2 10 Mengingat fakta
2 12 0 Mencirikan
3 12 0 Mencirikan
4 4 8 Mengingat fakta
5 3 9 Mengingat fakta
6 4 8 Mengingat fakta
7 5 7 Mengingat fakta
8 4 8 Mengingat fakta
9 9 3 Mencirikan
10 3 9 Mengingat fakta
Berdasarkan analisis dalam Jadual 3, saya mendapati murid mempunyai masalah dalam mengingat fakta
iaitu fakta yang berkaitan tentang kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah. Bagi memastikan
bahawa mereka benar-benar bermasalah dan memerlukan rawatan segera untuk menguasai subtopik ini,
saya telah mentadbir satu lagi ujian iaitu ujian diagnostik yang saya telah saya kecilkan fokusnya iaitu
menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah. Keputusan ujian diagnostik tersebut
seperti yang dinyatakan dalam Jadual 4 di bawah :
Jadual 4 : Keputusan Ujian Diagnostik
BIL NAMA JUMLAH BETUL (__/4)
1 Fatin Nurdeeyana binti Ishak 1
2 Godi Kichsen anak James 0
3 Halim bin Zamir 0
4 Laila Nabilah binti Abdullah 1
5 Mohamad Afiq Hafizul bin Kasbon 0
6 Muhammad Faiz Mulia bin Mostaph 1
7 Norazwad bin Yussof 1
8 Paul Pinon anak Poli 0
Berdasarkan keputusan ujian diagnostik pada Jadual 4, ternyata 8 orang murid tersebut masih tidak dapat
menjawab dengan betul kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah. Saya mendapati mereka
masih lagi cenderung untuk menjawab di mana reka bentuk rumah tersebut boleh dijumpai. Hal ini telah
mengukuhkan lagi hipotesis saya berkenaan isu yang timbul dalam kalangan murid ini. Mereka masih
belum menguasai topik ini dengan baik dan lemah dalam mengingat fakta iaitu kawasan asal yang
mempengaruhi reka bentuk rumah. Oleh yang demikian, saya telah membuat keputusan untuk mengambil
8 orang murid ini sebagai subjek kajian saya untuk membantu mereka menguasa topik ini dengan baik.
Selain daripada itu, saya telah mengambil peluang untuk menjalankan temubual ke atas murid yang telah
dipilih itu. Rata-ratanya mengatakan mereka sukar untuk mengingat kawasan asal yang mempengaruhi
reka bentuk rumah berikutan nama tempat itu begitu asing bagi mereka. Berikut adalah merupakan antara
isi perbualan antara saya dengan mereka :
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
57
Temubual 1
Saya : Boleh bagitahu cikgu empat jenis rumah yang telah kita pelajari semalam?
Paul : Rumah Minangkabau, rumah Kutai, rumah Jawa, rumah Inggeris.
Saya : Ok, bagus. Ingat lagi tak kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah-rumah tersebut?
Paul : Entah..(sambil menggaru-garu kepala) Saya lupalah cikgu.
Saya : Susah eh nak ingat?
Paul : Susah cikgu. (TB 13022013)
Temubual 2
Saya : Boleh bagitahu cikgu empat jenis rumah yang telah kita pelajari semalam?
Laila : Rumah Kutai, rumah Jawa, rumah Inggeris, dan rumah Minangkabau yang bumbungnya melentik
macam tanduk kerbau.
Saya : Ok, bagus. Ingat lagi tak kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah-rumah tersebut?
Laila : Emm..rumah Minangkabau asalnya dari Negeri Sembilan, rumah Inggeris dari England..rumah Kutai
(sambil memandang ke atas dan cuba mengingat) emmm.. Lupa cikgu.
Saya : Susah eh nak ingat?
Laila : Susah cikgu.
(TB 13022013)
Temubual 3
Saya : Boleh bagitahu cikgu empat jenis rumah yang telah kita pelajari semalam?
Halim : Rumah Jawa. Rumah Kutai, rumah Minangkabau, emm rumah panjang..
Saya : Rumah panjang? Bukan..tetapi rumah Inggeris. Bagus Halim. Ingat lagi tak kawasan asal
yang mempengaruhi reka bentuk rumah-rumah tersebut?
Halim : Rumah Kutai dari negeri Perak, emm..rumah Minangkabau dari Negeri Sembilan, rumah Inggeris
dari Cameron Highland, rumah Jawa dari Indonesia..
Saya : Pasti?
Halim : Ya cikgu.
(TB 13022013)
Temubual 4
Saya : Boleh bagitahu cikgu empat jenis rumah yang telah kita pelajari semalam?
Azwad : Rumah Minangkabau, rumah Kutai, rumah Inggeris dan rumah Jawa.
Saya : Ok, bagus. Ingat lagi tak kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah tersebut?
Azwad : Rumah Kutai asal dari Perak, rumah Minangkabau asal dari Negeri Sembilan, rumah Inggeris
dari England..rumah Jawa dari Indonesia.
Saya : Betul rumah Jawa berasal dari Indonesia?
Azwad : Betul cikgu.
(TB 13022013)
Berdasarkan temubual tersebut, saya mendapati murid boleh memberikan jawapan yang betul tentang 4
jenis rumah yang ada di negara kita dan di negara lain, kecuali Halim yang hanya mendapat 3 jawapan
betul. Namun demikian, apabila saya meminta mereka menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi
reka bentuk rumah-rumah tersebut, ramai yang menjawab kawasan terletaknya rumah tersebut. Hal ini
jelas menunjukkan yang mereka belum menguasai topik ini dengan baik. Sebagai guru yang prihatin,
adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membantu murid-murid ini untuk memahami topik ini dengan
lebih baik dan berkesan.
Selain itu, berdasarkan temubual tersebut, salah satu faktor utama murid-murid ini tidak dapat
menamakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah ini ialah faktor lupaan. Murid
memberikan alasan bahawa mereka lupa nama tempat tersebut. Menyebut jawapan yang kurang tepat juga
menunjukkan yang murid mengalami masalah lupa dalam mengingat kawasal asal yang mempengaruhi
reka bentuk rumah.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
58
“Murid gagal menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah
disebabkan oleh faktor lupaan.”
(N/L 13022013)
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 8 orang murid dari kelas 4 Sony iaitu 6 orang murid lelaki dan
dua orang murid perempuan. Murid-murid ini terdiri daripada murid yang mempunyai tahap kecerdasan
yang sederhana dan lemah. Namun demikian, jika dibimbing secara intensif mereka berpotensi mencapai
prestasi yang baik dalam pelajaran. Selain itu, satu perkara yang menarik perhatian saya terhadap
kumpulan sasaran ini ialah mereka rajin bertanya guru berkaitan pelajaran semasa di dalam kelas dan
sentiasa cuba untuk menyiapkan tugasan yang diberi walaupun ada dalam kalangannya mengambil masa
yang agak lama untuk menyiapkan kerja.
STRATEGI TINDAKAN
Dalam konteks kajian ini, murid perlu menguasai kemahiran menyatakan kawasan asal yang
mempengaruhi reka bentuk rumah melalui proses mental iaitu mengingat fakta dengan tepat. Untuk itu,
saya telah memilih strategi ACRO-PICS untuk membantu meningkatkan kemahiran kumpulan sasaran
saya dalam menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah. Strategi ini adalah
gabungan daripada penggunaan akrostik (ACRO) dan bahan visual iaitu gambar (PICS). Mok Soon Sang
(2011) di dalam bukunya Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran menyatakan salah satu daripada
sepuluh cara untuk meningkatkan daya ingat atau mengurangkan lupaan ialah dengan menggunakan
teknik mnemonik yang merupakan satu teknik untuk mengorganisasikan fakta-fakta supaya lebih senang
diingati.
Akrostik adalah salah satu daripada teknik mnemonik. Akrostik ialah satu susunan perkataan atau rangkap
yang mengandungi huruf-huruf pertama yang dapat membentuk semula perkataan atau frasa baru (Prof.
Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din et. Al, 2008). Antara kelebihan akrostik pula ialah meningkatkan
daya ingatan murid, dapat mengingat fakta dalam jangka masa panjang, menyeronokkan dan mempunyai
daya tarikan yang tersendiri. Saya telah memilih untuk menggunakan akrostik seperti yang berikut :
Justin Bieber Ketawa Apabila Melihat Ikan Emas Menari Shuffle
Petunjuk :
J – rumah (J)awa
B – *(B)elanda
K – rumah (K)utai
A – *(A)ceh
M –*(M)akasar
I – rumah (I)nggeris
E – *(E)ngland
M – rumah (M)inangkabau
S – *Sumatera
*Kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
59
Rangkai kata yang dibentuk seperti di atas merupakan satu rangkai kata yang lucu dan menghiburkan.
Ayat yang lucu dan menghiburkan mempunyai kesan yang lebih mendalam terhadap rakaman mental dan
boleh mendorong kepada pemantapan ingatan dengan lebih cepat (Prof. Madya Dr Mohamed Fadzil Din
et. Al, 2008). Rangkai kata Justin Bieber Ketawa Apabila Melihat Ikan Emas Menari Shuffle memang
tidak logik, namun ia melucukan. Dalam masa yang sama, ia akan meningkatkan emosi belajar murid dan
membuatkan murid lebih sedar tentang butiran isi pelajaran.
Saya juga mengaplikasikan pembelajaran berasaskan visual iaitu penggunaan gambar empat jenis rumah
berkaitan. Pictures (gambar) merupakan perwakilan visual manusia, tempat-tempat atau benda-benda
yang digunakan untuk memudahkan pemahaman pelajar (Noriati A.Rashid, e.t al, 2009). Penggunaan
gambar visual adalah merupakan strategi yang amat berkesan bagi membantu meningkatkan kefahaman
murid terhadap isi pelajaran seperti kata pepatah Inggeris yang berbunyi “a picture is worth a thousand
words”. Gambar juga memainkan peranan yang penting dalam menarik dan meningkatkan perhatian
murid terhadap sesuatu topik yang hendak diajar.
LANGKAH PELAKSANAAN
Untuk memastikan keberkesanan strategi yang dirancang, saya mengaplikasikan strategi ACRO-PICS di
dalam 8 fasa proses pembelajaran yang telah dikemukakan oleh Robert M.Gagne. Daripada 8 fasa
tersebut saya hanya menggunakan 6 fasa yang pertama sahaja seperti yang berikut :
LANGKAH/FASA
HURAIAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1
Perhatian
(Attention)
o Langkah yang pertama sekali ialah menarik perhatian murid kepada sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada hari tersebut.
o Guru meminta beberapa orang murid untuk tampil ke hadapan dan
melengkapkan “puzzle” gambar Rumah Minangkabau. Guru
menggunakan strategi bermain sebagai langkah awal untuk menarik
perhatian murid dan menimbulkan perasaan ingin tahu dalam diri murid.
o Guru memberikan peneguhan positif seperti komen-komen positif apabila
murid dapat melengkapkan gambar dan menamakannya dengan betul
supaya murid lebih bersemangat dan bermotivasi untuk belajar.
o Dalam masa yang sama, guru meminta murid untuk memberi perhatian
terhadap sesi P&P yang akan dijalankan.
2
Jangkaan
(Expentancy)
o Langkah kedua ialah jangkaan. Guru memaklumkan kepada murid
tentang perkara yang perlu dicapai oleh mereka di akhir sesi P&P, iaitu
harus dapat mengingat kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk
rumah.
o Ini bagi memudahkan murid untuk melihat dengan jelas apa matlamat
utama sesi pembelajaran pada hari tersebut.
3
Perolehan Ingatan
Kembali
(Retriveval Of
Relevant
Information)
o Dalam langkah perolehan ingatan kembali ini, guru telah meminta murid
untuk menamakan 3 lagi rumah yang terdapat di negara kita dan di negara
lain.
o Guru menunjukkan setiap gambar rumah tersebut kepada murid.
o Selepas itu, murid diminta untuk menyatakan kawasan asal yang
mempengaruhi reka bentuk rumah tersebut.
o Guru menggunakan motivasi entrinsik iaitu menghadiahkan murid
dengan sekotak pensel warna jika murid berjaya menyatakan kawasan
asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah tersebut dengan betul.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
60
4
Pemilihan Persepsi
(Selective
Perception)
o Pada langkah keempat, guru menunjukkan gambar setiap rumah dan
menyatakan kawasan yang mempengaruhi reka bentuk setiap rumah
tersebut.
o Murid mengulang penerangan guru berkali-kali untuk mengukuhkan
kefahaman mereka.
o Seterusnya, guru memperkenalkan teknik akrostik kepada murid untuk
mengingat kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah. Pada
langkah ini, murid berusaha untuk menghafal akrostik tersebut.
5
Mengekod dan
Penyimpanan
Jangka Panjang
(Encoding: Entry of
Information into
Long-Term
Storage)
o Pada langkah ini, murid berusaha untuk menyatakan kawasan asal yang
mempengaruhi reka bentuk rumah menggunakan akrostik yang telah
diajar.
o Murid diberi sehelai kertas laminate dan sebatang pen marker. Guru
menunjukkan gambar rumah kepada murid. Gambar-gambar rumah pula
ditunjukkan secara rawak.
o Murid (secara berpasangan/individu) diminta menamakan rumah tersebut
dan menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah
tersebut dengan betul. Setiap pasangan/individu akan menunjukkan
jawapan mereka secara serentak kepada guru. Ini adalah untuk mengukur
tahap kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran.
6
Gerak
balas/Prestasi
(Responding)
o Pada langkah ini, murid diuji sekali lagi dengan diminta untuk menyebut
akrostik dan menamakan rumah dan seterusnya menyatakan kawasan asal
yang mempengaruhi reka bentuk rumah dengan betul melalui akrostik
tersebut.
o Murid diberi penilaian.
PENGUMPULAN DATA
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan 3 teknik pengumpulan data untuk memantau
perkembangan dan prestasi murid di dalam pembelajaran seperti yang berikut :
Rajah 1 : Teknik Pengumpulan Data
DAPATAN KAJIAN
Saya telah menjalankan ujian pra sebelum melaksanakan strategi ACRO-PICS dan keputusan ujian pra
ini menunjukkan murid saya masih belum menguasai sub-topik ini. Ujian pra ini terdiri daripada satu set
soalan di mana murid dikehendaki untuk menamakan jenis rumah berdasarkan gambar yang ditunjukkan
dan seterusnya menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah tersebut. Namun
demikian, keputusan ujian pasca iaitu set soalan yang sama seperti ujian pra menunjukkan peningkatan
yang amat memberangsangkan di mana semua subjek kajian telah dapat menjawab semua jawapan
dengan betul. Markah–markah ini dapat dirujuk dalam jadual peratusan markah ujian pra dan ujian pos
seperti di bawah:
Temubual Ujian Pra dan Ujian Pasca
Nota Lapangan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
61
Jadual 5 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
Nama Ujian Pra
Ujian Pasca Jumlah
Peningkatan
Peratus
Kenaikan
Godi Kichsen 4/8 8/8 4 50.0%
Fatin Nurdeeyana 3/8 8/8 5 62.5%
Halim 4/8 8/8 4 50.0%
Laila Nabilah 3/8 8/8 5 62.5%
Mohammad Afiq Hafizul 3/8 8/8 5 62.5%
Muhammad Faiz Mulia 4/8 8/8 4 50.0%
Norazwad 2/8 8/8 6 75.0%
Paul Pinon 3/8 8/8 5 62.5%
Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pasca dalam Jadual 5, saya mendapati subjek kajian saya
mengalami perubahan yang amat ketara terutamanya Norazwad yang mencatat peratusan peningkatan
tertinggi iaitu sebanyak 75% setelah pelaksanaan strategi ACRO-PICS. Yang selebihnya menunjukkan
peratusan peningkatan sebanyak 50% dan 62.5%. Peningkatan yang memberangsangkan ini menunjukkan
bahawa strategi ACRO-PICS yang digunakan untuk membantu subjek kajian menyatakan kawasan asal
yang mempengaruhi reka bentuk rumah telah berjaya dan sekaligus membolehkan mereka mendapat skor
cemerlang dalam topik ini.
Sebelum saya melaksanakan strategi ACRO-PICS ini, saya mendapati murid saya mengalami masalah
dalam menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah dengan betul. Lima daripada
lapan orang murid saya iaitu Norazwad, Mohammad Faiz, Fatin Nurdeeyana, Godi Kichsen dan Halim
telah memberikan jawapan yang salah untuk empat jenis rumah tersebut, manakala tiga yang lain iaitu
Laila Nabilah, Muhammad Afiq dan Paul Pinon pula cuma mendapat satu betul. Hal ini demikian dengan
jenis rumah, hanya Godi Kichsen dan Mohammad Faiz sahaja yang dapat menamakan empat jenis rumah
berdasarkan gambar dengan betul.
Semasa proses pelaksanaan intervensi, saya mendapati murid-murid saya amat bersemangat dan
menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Apabila saya memperkenalkan teknik akrostik, murid berusaha
untuk menghafalnya dan cuba mengaplikasikannya untuk mengingat kawasan asal yang mempengaruhi
reka bentuk rumah. Hasilnya, setiap kali saya mengajukan soalan dan menunjukkan gambar rumah secara
rawak, murid dapat menjawab dengan betul.
“Murid dapat menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah dengan
penuh yakin dan tepat. Murid tidak lagi keliru dengan tempat yang mempunyai reka
bentuk rumah tersebut.”
(N/L 15042013)
Murid juga bertambah seronok apabila saya memberikan peneguhan positif seperti “bagus”, „baik”,
“pandai”, “kamu memang bijak” dan sebagainya setiap kali mereka dapat menjawab soalan saya dengan
betul. Mendapat jawapan betul adalah umpama beroleh satu kejayaan yang besar bagi mereka dan mereka
saling bersaing sesama sendiri dan mencuba sehabis baik.
“Murid berasa seronok apabila dapat menjawab soalan yang diajukan dengan betul lebih-
lebih lagi apabila saya menggunakan peneguhan positif sebagai maklum balas. Ini
menjadikan mereka lebih bersemangat dan saling bersaing antara satu sama lain.”
(N/L 15042013)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
62
Selain daripada itu, selepas melaksanakan strategi ACRO-PICS ini, kesemua murid telah menunjukkan
peningkatan yang amat positif di mana mereka telah mendapat semua jawapan betul. Ini membuktikan
yang strategi ACRO-PICS yang saya gunakan ternyata telah berjaya membantu mereka mengingat
kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah dengan mudah dan berkesan. Saya mendapati
mereka hanya memerlukan masa yang singkat untuk menulis jawapan mereka semasa ujian pos. Hal ini
menunjukkan yang mereka telah benar-benar faham dan mampu mengingat jenis rumah dan menyatakan
kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah dengan betul. Hal ini disokong oleh nota lapangan
yang telah saya catatkan :
“Mereka kelihatan amat yakin apabila menjawab ujian pos. Saya boleh melihat yang
mereka amat gembira semasa menjawab ujian pos kerana mereka sudah mengetahui
jawapannya. Masa yang digunakan untuk menjawab ujian pos juga jauh lebih singkat
berbanding masa untuk menjawab ujian pra. Saya boleh simpulkan yang murid-murid saya
ini sudah betul-betul faham dan tahu kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk
rumah.”
(N/L 16042013)
Di samping itu, murid juga juga menyatakan yang strategi ACRO-PICS yang saya gunakan ini amat
mudah dan dapat membantu mereka mengingat kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah.
Semasa saya menemubual mereka, dengan yakin mereka dapat menyatakan kawasan asal yang
mempengaruhi reka bentuk rumah.
Saya : Cikgu nak tanya, rumah Minangkabau asalnya dari mana?
Godi : Sumatera cikgu!
Saya : Rumah Kutai?
Godi : Aceh dan Makasar..(senyum)
Saya : Bagus! Rumah Jawa pula?
Godi : Dari Belanda.
Saya : Ok, pandai. Kalau rumah Inggeris?
Godi : England, cikgu.
(TB 18042013)
Selain itu, murid juga menyatakan bahawa kaedah yang saya gunakan ini bukan sahaja menyeronokkan
tetapi juga senang dan amat membantu mereka dalam menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka
bentuk rumah.
Saya : Bagus, nampaknya kamu dah boleh ingat kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk
rumah. Seronok tak belajar guna teknik yang cikgu dah ajar tu?
Afiq : Seronok cikgu. Senang pula nak ingat tu.
Saya : Menarik tak teknik ni?
Afiq : Menarik. (sambil menganggukkan kepala) Saya suka. Lucu la cikgu.
Saya : Apa yang lucunya?
Afiq : Akrostik tu.. (sambil tersengih-sengih) Mana ada ikan emas bershuffle cikgu. Sampai
sekarang saya ingat.
Saya : Cara yang cikgu guna ni dapat bantu kamu tak?
Afiq : Ya cikgu.
(TB 18042013)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
63
Sepanjang sesi temubual dijalankan, jelas kelihatan mereka sangat gembira dengan pencapaian mereka
kerana mereka kelihatan sentiasa tersenyum dan yakin dengan jawapan yang diberikan. Fatin Nurdeeyana
yang sebelum ini amat pemalu dan pendiam pun kini lebih yakin dan semasa sesi temubual berlangsung,
dia sangat bersemangat dalam menjawab soalan yang diutarakan.
REFLEKSI
Kesimpulannya, strategi ACRO-PICS telah dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mereka
dalam menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah dengan betul. Perbandingan
ujian pra dan ujian pos telah menunjukkan peningkatan yang amat positif dan ini merupakan pencapaian
yang amat membanggakan saya. Mereka kini tidak lagi mengalami masalah lupa dan keliru, tetapi telah
benar-benar faham dan dapat mengingat kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah dan dapat
menyatakannya sama ada secara lisan atau bertulis dengan yakin.
Walaupun proses pelaksanaan strategi ACRO-PICS ini dijalankan dalam masa yang singkat, murid-
murid telah menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Strategi ini adalah antara strategi
yang boleh digunakan untuk membantu murid yang lemah dalam meningkatkan kemahiran mereka
menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah selain membantu membina dan
meningkatkan keyakinan dalam diri mereka. Saya percaya bahawa murid-murid ini mempunyai
kebolehan dan mampu menjadi murid yang cemerlang jika diberi bimbingan dan dorongan lebih.
Sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini, banyak perkara yang saya pelajari. Saya sedar bahawa setiap
murid adalah unik dan mempunyai tahap kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan
sebayanya. Ada murid pintar dan sangat cepat memahami pelajaran yang disampaikan, ada juga yang
lambat dalam memahami konsep dan lemah pencapaiannya. Kebolehan murid untuk mengingat perkara-
perkara yang dipelajari juga berbeza. Menurut Bostow, Cowley dan Danes (1999), “some individuals
have very good memory for their experiences while in others it is poor”. Hal ini seterusnya
mempengaruhi pencapaian akademik dan prestasi setiap murid.
Menyedari akan hakikat ini, saya telah menggunakan strategi ACRO-PICS dengan harapan strategi ini
akan dapat membantu murid dalam menyatakan kawasan asal yang mempengaruhi reka bentuk rumah
dengan betul dan seterusnya dapat meningkatkan kefahaman dan pencapaian mereka. Strategi ACRO-
PICS merupakan satu langkah yang bijak untuk membantu murid mengingat fakta dan isi-isi penting
dengan berkesan.
Kajian tindakan ini membuktikan bahawa setiap permasalahan di dalam bilik darjah pasti ada jalan
penyelesaiannya. Kajian ini telah menyedarkan saya untuk menjadi seorang guru yang sentiasa peka dan
prihatin akan isu-isu pembelajaran yang timbul dalam kalangan murid di dalam kelas. Kita sebagai guru
memainkan peranan yang penting untuk membantu murid kita dengan mengambil inisiatif yang sesuai.
Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran hendaklah sentiasa diberi bimbingan dan dorongan.
Jika perkara ini dipandang enteng, maka ianya akan memberikan kesan buruk terhadap masa depan
murid. Murid ini akan terus menghadapi masalah tersebut dan akhirnya akan gagal dalam pelajaran dan
hilang minat untuk belajar. Oleh yang demikian, seorang guru itu perlu kreatif, inovatif dan imaginatif
untuk membantu murid memahami isi pelajaran yang disampaikan dengan mendalam.
Selain itu, saya juga menyedari bahawa aspek pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan
adalah amat penting di dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan meninggalkan kesan
pembelajaran yang positif ke atas diri murid. Murid lebih senang untuk memahami isi pelajaran yang
disampaikan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
64
Di samping itu, saya juga turut mempelajari bahawa pentingnya seorang guru untuk menguasai strategi,
teknik dan kaedah pengajaran agar dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah yang sesuai dengan tahap kecerdasan murid. Ianya bukan sahaja dapat menggalakkan
penyertaan yang aktif dalam kalangan murid, tetapi juga akan mencetuskan suasana pembelajaran yang
kondusif yang seterusnya akan dapat meningkatkan motivasi dan minat murid untuk belajar. Guru
hendaklah menyediakan pembelajaran yang memberangsangkan dan mampu mengekalkan perhatian dan
tumpuan murid sepanjang sesi P&P dijalankan.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Keputusan kajian menunjukkan kaedah pengajaran menggunakan strategi ACRO-PICS menunjukkan
keberkeasanan dalam membantu murid mengingat fakta dan isi pelajaran dengan mudah. Namun
demikian, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan sekiranya strategi ini dilaksanakan di masa akan
datang. Antaranya, pengkaji boleh memberi ruang untuk murid mencipta sendiri akrostik yang sesuai
dengan isi pelajar. Hal ini bukan sahaja membantu mengekalkan dan mengukuhkan ingatan terhadap isi
pelajaran yang dipelajari, malah juga memupuk pemikiran yang kritis dan kreatif dalam diri murid.
Selain itu, saya juga menyarankan agar jumlah subjek kajian lebih ramai untuk meningkatkan lagi
kesahan kajian di samping dapat mencipta keseronokan belajar dalam diri murid. Lebih ramai subjek
kajian, maka lebih banyak peluang untuk murid saling bersaing antara satu sama lain.
Penambahan nilai instrumen ujian pra dan ujian pasca juga boleh dilakukan untuk mempelbagaikan jenis
dan aras soalan yang lebih mencabar pemikiran murid. Di samping itu, para pengkaji juga boleh
mengaplikasikan strategi ini untuk mengajar mata pelajaran lain yang dirasakan sesuai. Ini adalah kerana
kemahiran mengingat fakta, kata kunci dan lain-lain yang berkaitan adalah amat penting di dalam proses
pembelajaran.
Akhir kata, harapan saya agar kajian ini dapat memberikn manfaat sepenuhnya kepada murid untuk
mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan seterusnya akan dapat merealisasikan hasrat negara untuk
melahirkan modal insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
RUJUKAN
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2004). Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah. Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Bastow, J. &. (1999). Memory and Learning : A Practical Guide For Teachers. London: David Fulton
Publishers.
Jensen, E. (2005). Teaching With The Brain In Mind. Virginia: Association For Supervision and
Curriculum Development Alexandria.
Prof. Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, Dr Shukri Abdullah, Lee Hock Fah, W.S Lee. (2008). Teknik
Berkesan Meningkatkan Memori Anak-anak. Selangor: Navision (M) Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (2011). Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
The Eight Phases Of Learning (Based On Gagne, 1985). (t.t). Didapatkan Julai 20 , 2013, daripada
ttp://education.purduecal.edu/Vockell/EdPsyBook/Edpsy3/edpsy3_learning.htm
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
65
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 4 MENGENALPASTI KESESUAIAN
JENIS RUMAH MENGIKUT IKLIM MENGGUNAKAN STRATEGI EXP-REAC
(EKSPERIMEN DAN EMPAT ELEMEN KONTEKSTUAL)
Marliana Anak Dennis
luv_emotion89@yahoo.com
John Anak Brodi
johnbrodi@yahoo.com
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid Tahun 4
Sekolah Kebangsaan Gemang mengenalpasti kesesuaian jenis rumah berbentuk bumbung rata dan
iglu mengikut iklim gurun panas dan sejuk menggunakan strategi EXP-REAC. Subjek kajian
dalam kajian ini terdiri daripada lima orang murid dari Tahun 4 iaitu dua orang murid lelaki dan
tiga orang murid perempuan. Data dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca, temu bual,
lembaran kerja dan nota lapangan. Hasil analisis data mendapati bahawa kelima-lima orang subjek
kajian telah mendapat markah penuh semasa ujian pasca. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
strategi EXP-REAC ini sangat berkesan dalam membantu murid yang menghadapi masalah
mengenalpasti kesesuaian jenis rumah berbentuk bumbung rata dan iglu mengikut iklim gurun
panas dan sejuk.
PENGENALAN
Saya merupakan seorang guru pelatih ambilan Januari 2010 yang mengambil opsyen Pengajian Sosial di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Saya telah melaksanakan dua kali
praktikum sebelum ini di dua buah sekolah yang berhampiran dengan institut. Pada 21 Januari 2013, saya
telah dihantar untuk menjalani latihan praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Gemang, Serian.
Sekolah Kebangsaan Gemang ialah sebuah sekolah kawasan luar bandar yang terletak di daerah Serian.
Jaraknya dari Kuching kira-kira 60 kilometer. Semasa menjalani praktikum di sini, saya telah
diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Kajian Tempatan bagi Tahun 4. Kelas Tahun 4 ini terdiri
daripada 25 orang murid, iaitu 12 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan. Ini merupakan kali
pertama saya mendapat jumlah yang kecil begini jika dibandingkan dengan dua praktikum sebelum ini di
mana saya mengajar dalam jumlah 35-50 orang murid dalam sesebuah kelas. Ini merupakan satu cabaran
bagi saya kerana bilangan murid yang sedikit tidak bermakna kerjanya senang, malah inilah cabarannya
iaitu memastikan jumlah yang sedikit ini benar-benar mampu ditingkatkan kualiti pembelajaran dan
kualiti akademiknya. Enam orang murid dari kelas ini adalah murid-murid pemulihan.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pada 19 Februari 2013, saya telah masuk ke kelas Tahun 4 bagi mengajar subtopik Ciri-ciri Fizikal Yang
Mempengaruhi Tempat Tinggal. Saya memulakan sesi pengajaran saya dengan menggunakan pendekatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, iaitu menggunakan tayangan slaid pada set induksi untuk
memaparkan gambar dua buah rumah iaitu rumah berbentuk bumbung rata di Mesir dan iglu di Kutub
Utara. Saya berpendapat bahawa penggunaan bahan rangsangan berunsur seni visual seperti gambar akan
dapat merangsang deria pengamatan dan sekaligus meningkatkan semangat inkuiri murid untuk terus
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Bersoon dalam Zulkifli Yaakob (2007),
menyatakan bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperoleh
pengalaman yang disediakan. Saya mengaitkan gambar yang telah dipaparkan dengan objektif
pengajaran. Seterusnya, saya beralih kepada isi pengajaran dan pembelajaran, iaitu mengenai ciri-ciri
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
66
fizikal sebagai faktor yang mempengaruhi pembinaan jenis rumah. Saya memulakannya dengan sesi
penerangan mengenai ciri-ciri fizikal sebagai faktor yang mempengaruhi pembinaan jenis rumah. Ciri-ciri
fizikal terbahagi kepada dua iaitu ciri-ciri tumbuh-tumbuhan dan ciri-ciri iklim. Saya telah
menggabungkan unsur visual bagi setiap rumah tersebut bersama dengan penerangan untuk memudahkan
kefahaman murid. Sesi berikutnya dalam pengajaran saya ialah aktiviti kuiz secara berkumpulan. Saya
membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan yang mengandungi 8 soalan kuiz
kepada setiap kumpulan.
Kemudian, saya memberikan masa selama 2 minit kepada setiap kumpulan untuk berbincang tentang
soalan yang diberikan.Terserlah sikap bekerjasama dalam kumpulan apabila setiap kumpulan berbincang
dengan serius soalan kuiz yang telah diberikan.Selepas 2 minit, aktiviti kuiz dimulakan.Setiap kumpulan
begitu bersemangat untuk bersaing menjawab soalan terlebih dahulu sehingga ada kumpulan yang
terpaksa dibatalkan kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.Aktiviti ini telah dimenangi
oleh Kumpulan 1.Saya meminta kumpulan yang menang membuat sorakan semangat iaitu “Saya
Memang Hebat” sebagai ganjaran dan peneguhan postif kepada murid-murid.Walaupun ada kumpulan
yang tidak berpeluang menjawab soalan kuiz dengan segera, setiap kumpulan dikehendaki menyemak
jawapan kumpulan masing-masing.Saya memaparkan soalan kuiz dengan jawapan yang betul
menggunakan Microsoft Power Point selepas murid menjawab soalan kuiz yang diajukan supaya setiap
kumpulan dapat menyemak jawapan mereka dengan betul.Saya juga berharap agar semua murid dapat
melihat soalan tersebut.Setelah aktiviti kuiz selesai, saya meminta wakil setiap kumpulan menghantar
soalan kuiz mereka untuk disemak. Keputusan kuiz setiap kumpulan adalah memuaskan. Mereka dapat
mengingat isi pelajaran yang telah disampaikan pada sesi penerangan yang telah saya jalankan.
Pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan memberikan lembaran kerja individu kepada murid.
Lembaran kerja meminta murid membezakan rumah yang dibina di kawasan berikkim panas dan beriklim
sejuk menggunakan jadual.Isu timbul semasa saya menyemak lembaran kerja indivdu tersebut.Saya
menyedari saya membuat tanggapan yang salah dengan beranggapan aktiviti berkumpulan mampu
membantu murid memahami dan mengingati isi pelajaran yang telah disampaikan. Majoriti murid Tahun
4 (tidak termasuk 6 orang murid pemulihan) tidak dapat membezakan ciri-ciri rumah yang dibina di Mesir
dan di Kutub Utara mengikut iklim yang betul, iaitu iklim gurun panas dan iklim sejuk. Namun, apabila
diselidiki dengan lebih mendalam, didapati mereka sebenarnya tidak dapat mengenalpasti kesesuaian
pembinaan jenis rumah di Kutub Utara dan Mesir mengikut iklim yang terdapat di kedua-dua buah
kawasan tersebut. Ketidakmampuan mereka untuk menyatakan ciri-ciri rumah dan ciri-ciri iklim yang
terdapat di kedua-dua buah kawasan yang dipelajari menunjukkan mereka sebenarnya tidak dapat
mengenalpasti sebab-sebab rumah berbumbung rata dan iglu sesuai dibina di kawasan beriklim gurun
panas dan iklim sejuk. Hal ini menyedarkan saya bahawa isu ini timbul daripada kelemahaan diri saya
sendiri kerana saya amat menitikberatkan penerangan mengenai ciri-ciri rumah di Mesir dan di Kutub
Utara, tanpa membuat perkaitan yang jelas mengenai sebab-sebab rumah berbentuk bumbung rata dan
iglu sesuai dibina di kawasan beriklim gurun panas dan iklim sejuk.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Setelah mengetahui isu yang dihadapi oleh murid saya adalah berkaitan dengan “mengenalpasti
kesesuaian pembinaan jenis rumah mengikut iklim” dalam topik “Ciri-ciri Fizikal Yang Mempengaruhi
Pembinaan Jenis Rumah”, maka saya telah menjalankan tinjauan dengan mengumpul beberapa data awal
bagi menyokong pemerhatian saya dalam kelas sewaktu P&P berlangsung dan mengesahkan bahawa
fokus kajian saya ini wujud dan perlu diambil tindakan.
Saya menjalankan satu ujian saringan bagi mengenalpasti murid yang benar-benar lemah untuk
mengenalpasti kesesuaian pembinaan jenis rumah mengikut iklim.Ujian ini ditadbirkan kepada 16 orang
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
67
murid pada 21/02/2013.Seramai 3 orang murid tidak hadir pada hari tersebut.Saya membuat penerangan
ringkas mengenai topik ini sebelum menjalankan ujian saringan supaya mereka dapat mengingat kembali
apa yang telah mereka pelajari pada hari sebelumnya.
Setelah saya menyemak skrip jawapan murid, saya telah mengenalpasti 6 orang murid sebagai subjek
kajian saya.Saya memilih 6 orang murid ini kerana kesemuanya tidak dapat memberikan jawapan yang
betul kepada setiap soalan yang diberikan.Hanya 2 orang daripada 6 orang murid tersebut yang
memberikan satu jawapan betul daripada keseluruhan soalan.Masing-masing memberikan memberikan
jawapan yang betul pada soalan 1.
Terdapat 4 soalan dalam latihan yang diberikan. Soalan 1 mengkehendaki murid memberikan jawapan
mengapa rumah berbentuk bumbung rata sesuai dibina di Mesir.Soalan 2 pula mengkehendaki murid
menjawab mengapa orang Eskimo membina iglu.Seterusnya, soalan 3 dan 4 pula mengkehendaki murid
membayangkan mereka berada di dalam rumah berbentuk bumbung rata dan iglu. Murid dikehendaki
menyatakan rasa yang akan dialami dan sebab mereka berasa sedemikian. Soalan 3 dan 4 ini
menghubungkaitkan kesesuaian bahan binaan rumah dengan iklim sejuk dan iklim panas.Jadual 2
menunjukkan hasil bilangan dan nama murid yang memberikan jawapan yang salah atau betul pada ujian
yang diberikan.
Jadual 1: Bilangan Dan Nama Murid Yang Memberikan Jawapan Salah Atau Betul Pada Ujian Saringan
Bil. Nama Murid Jawapan
S1 S2 S3 S4 S5 S6
1 Adrian / X / / / /
2 Alexander / X X X X X
3 Avril / / / / / /
4 Caesty X X X X X X
5 Catryna X X / / / X
6 Christopher / X / / X /
7 Firon / X X X X X
8 Esther / X / / / /
9 Fazela / / / X / X
10 Helen / X / X / /
11 Ivoyne X X X X X X
12 Lorensius / X / X / X
13 Owen X X X X X X
14 Ravenly / X / / / /
15 Stapheny / X / / / X
16 Wessny X X X X X X
Setelah membuat analisis terhadap skrip jawapan yang diberikan oleh 6 orang murid tersebut, saya
mendapati bahawa mereka tidak memahami topik yang diajar.Mereka masih tidak dapat menggambarkan
iklim dan pembinaan jenis rumah yang terdapat di kawasan gurun panas dan sejuk yang mana
menyebabkan mereka tidak dapat mengenalpasti kesesuaian pembinaan jenis rumah mengikut iklim.
Saya masih ingin mengenalpasti sama ada mereka benar-benar mempunyai masalah dalam mengenalpasti
kesesuaian pembinaan jenis rumah mengikut iklim. Saya menjalankan ujian diagnostik terhadap 6 orang
sasaran kajian saya. Soalan yang saya berikan kepada mereka adalah seperti latihan pada lembaran kerja
sebelum ini.Cuma saya membuatnya dalam bentuk struktur dan mempunyai pilihan jawapan. Hasil
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
68
semakan saya, saya mendapati seorang murid dapat menjawab semua betul dalam ujian diagnostik yang
saya jalankan. Manakala, murid yang lain masih mempunyai masalah dalam menghubungkait pembinaan
jenis rumah dengan iklim gurun panas dan iklim sejuk. Justeru itu, saya menyingkirkan murid tersebut
daripada sasaran kajian saya. Akhirnya, sasaran akhir kajian saya yang sebenarnya adalah seramai 5 orang
murid. Jadual 4 menunjukkan markah yang diperolehi oleh sasaran kajian saya.
Jadual 2: Markah Yang Diperolehi Oleh Sasaran Akhir Kajian
Nama Murid Soalan
S1(i) S1(ii) S2(i) S2(ii) S3(i) S3(ii) S4(i) S4(ii)
Alexander / / / / / / / /
Nuna X / X / / / X X
Micheal X X X / X X X X
Wessny X X / X / X X X
Firon X X X X X X X X
Caesty X X / X / X X X
Seterusnya, saya menjalankan temubual dengan sasaran kajian bagi memastikan sasaran kajian saya
benar-benar tidak dapat mengenalpasti kesesuaian pembinaan jenis rumah mengikut iklim.Berdasarkan
temubual, saya dapati kelima-lima murid ini tidak dapat mengaitkan pembinaan jenis rumah dengan iklim
gurun panas dan iklim sejuk.
Guru
Wessny
Guru
Wessny
: Mesir mempunyai iklim yang panas dan Kutub Utara mempunyai iklim yang
sejuk.Apa rumah yang dibina di Mesir?
: Iglu.
: Apa pula rumah yang dibina di Kutub Utara?
: Tanah liat.
(TB1-24/03/2013-PS)
Jawapan yang sama diberikan oleh Caesty semasa temubual dijalankan. Berbeza dengan Owen dan Nuna
pula mengatakan rumah yang dibina di Mesir ialah tanah liat dan rumah yang dibina di Kutub Utara ialah
bongkah ais. Manakala, Firon pula hanya senyum-senyum dan mengangkat bahu sahaja. Saya
meneruskan temubual dengan mengajukan soalan yang berbeza.
Guru
Owen
Guru
Owen
: Baiklah, rumah berbumbung rata dibina di Mesir. Iglu dibina di Kutub Utara. Jika
kamu berada di dalam rumah berbumbung rata, apa rasa yang akan kamu alami?
: Panas.
: Kalau dekat iglu apa pula rasa yang akan kamu alami?
: Sejuk.
(TB1-24/03/2013-PS)
Jawapan yang sama diberikan oleh Caesty. Berbeza pula dengan Ivoyne, dia hanya senyum-senyum
sahaja dan memberikan jawapan yang sama pada soalan yang terakhir. Manakala, Wessny pula
mengatakan bahawa dia susah hendak berfikir dan tidak boleh merasai seperti berada di dalam rumah
berbentuk bumbung rata dan iglu. Firon pula masih berkelakuan mengangkat bahu. Jawapan yang
diberikannya pada soalan terakhir sama seperti jawapan Owen, Caesty dan Nuna. Berdasarkan temubual
yang dijalankan, nyata bahawa mereka mempunyai masalah dalam mengenalpasti kesesuaian pembinaan
jenis rumah mengikut iklim.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
69
“Saya juga inginkan murid saya memahami fakta yang dipelajari sekaligus menghubungkaitkan
fakta-fakta yang telah dipelajari. Saya merasakan bahawa mereka ini menginginkan agar fakta
yang mereka pelajari itu dapat dirasai, dilihat dan dialami bagi memudahkan mereka faham
sekaligus menghubungkait fakta-fakta terebut.”
(NL2,24-03-2013)
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya adalah terdiri daripada 6 orang murid daripada kelas Tahun 4, iaitu 3 orang murid
lelaki dan 3 orang murid perempuan. Jadual 5 menunjukkan maklumat tentang kumpulan sasaran yang
saya pilih.Kesemua subjek kajian merupakan murid biasa kecuali Firon adalah pengawas sekolah.
Berdasarkan pemerhatian saya, salah satu perkara yang menarik perhatian saya terhadap kumpulan
sasaran saya ialah mereka sentiasa akan berusaha dan cuba menyiapkan kerja yang saya berikan walaupun
kadangkala saya perhatikan mereka cuba meniru jawapan daripada kawan-kawan yang lain.
Jadual 3 : Senarai Nama Dan Maklumat Murid Yang Menjadi Subjek Kajian.
Nama
Murid
Jantina Karekter/Ciri-ciri Unik Pekerjaan
Bapa/Penjaga
Clare Perempuan Seorang yang kurang aktif. Tidak berani membuat „eye-
contact‟ yang lama dengan guru.
Polis
Firon Lelaki Seorang yang aktif di dalam kelas. Mudah hilang
tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kontraktor
Nuna Perempuan Seorang yang kurang aktif tetapi memberikan tumpuan
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kontraktor
Wessny Perempuan Seorang yang aktif. Berani mencuba jika disoal. Kontraktor
Owen Lelaki Seorang yang kurang aktif tetapi memberikan tumpuan
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kontraktor
STRATEGI TINDAKAN
Saya telah memilih untuk menggunakan kaedah yang saya namakan sebagai “EXP-REAC”. “EXP”
adalah merujuk kepada perkataan “experiment” atau eksperimen dalam Bahasa Melayu. Manakala,
“REAC” pula merujuk kepada empat daripada lima proses pembelajaran kontekstual, iaitu
menghubungkait (R-relating), mengalami (E-experience), mengaplikasi (A-applying) dan bekerjasama
(C-cooperating). Saya telah memilih untuk menggunakan kaedah pembelajaran kontekstual REACT
sebagai penyelesaian masalah. Saya telah memilih untuk menggunakan hanya 4 daripada 5 proses
pembelajaran kontekstual bagi menyesuaikan dengan aras murid dan kemudahan yang ada di sekolah
saya.
Menurut Mok Soon Sang (2010), proses pembelajaran kontekstual boleh dihuraikan berdasarkan akronim
REACT berikut :
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
70
Rajah 1: Bentuk dan Proses Pembelajaran Secara Kontekstual Menurut Mok Soon Sang
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, pembelajaran kontekstual
ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,
masyarakat dan alam pekerjaan.Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan
aktiviti hands-on dan minds-on. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan
aktiviti amali dan teori. Saya merasakan kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk membantu murid-
murid saya mengenalpasti kesesuaian pembinaan jenis rumah mengikut iklim yang diajar kerana melalui
pembelajaran kontekstual ini minda murid akan dapat memberi makna kepada apa yang diperolehi
dengan maklumat hubung kait perkara yang ada hubungan dengan persekitaran yang bukan asing
baginya. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang
pelbagai dan bermakna kepada murid.
Langkah-langkah pelaksanaan kajian:
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia mengatakan pembelajaran secara
kontekstual ini mesti memenuhi empat proses iaitu motivasi, pemahaman, kemahiran dan akhirnya
penilaian. Keempat-empat proses telah menjadi panduan kepada saya semasa menjalankan strategi
tindakan EXP-REAC ini.
Rajah 2 : Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual
MOTIVASI
•Pengenalan
•Isu perbincangan
•Sumber pengajaran dan pembelajaran
PEMAHAMAN
•Penerangan konsep dan perbincangan kelas
•Bacaan dan melakukan
•Contoh kajian
KEMAHIRAN
•Aktiviti hand-on
•Penyelesaian masalah
PENILAIAN
•Ingat kembali
•Penilaian kemajuan
Relating : Menghubungkait
•Aktiviti pembelajaran menghubungkait pengetahuan baru dengan pengalaman murid.
Experience : Mengalami
•Aktiviti pembelajaran melalui inkuiri, penerokaan, penemuan dan reka cipta.
Applying : Mengaplikasi
•Aktiviti pembelajaran yang digunakan unutk pelbagai situasi nyata.
Cooperating : Bekerjasama
•Pembelajaran secara kerjasama melalui aktiviti kumpulan.
Transfering : Memindahkan
•Menggunakan kaitannya yang dipelajari untuk situasi harian baru
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
71
Langkah 1: Penerangan guru (Motivasi)
Saya memulakan pengajaran dengan memaparkan gambar rumah berbentuk bumbung rata dan iglu dan
kemudian diikuti dengan beberapa soalan agar murid dapat mengimbas kembali pengajaran yang lepas
berkaitan dengan tajuk ini. Menurut Mok Soon Sang (2010), teknik menyoal merupakan teknik yang
penting dalam aktiviti pengajar. Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan
penggunaan teknik menyoal. Misalnya, di dalam set induksi, iaitu peringkat permulaan sesuatu pelajaran,
kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong pelajar mengingat kembali ilmu pengetahuan lepas
yang berkaitan
Langkah 2: Perbincangan (Pemahaman)
Saya mengadakan aktiviti perbincangan mengenai ciri-ciri iklim dan jenis rumah yang terdapat di Mesir
dan Kutub Utara menggunakan pengurusan grafik. Saya memberikan kad yang mengandungi ciri-ciri
iklim dan jenis rumah yang terdapat di Mesir dan Kutub Utara kepada setiap murid. Aktiviti ini
dijalankan bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman murid mengenai penerangan yang telah dijalankan.
Saya menyoal murid tentang jenis iklim, jenis rumah, bahan binaan, sebab rumah tersebut sesuai dibina di
iklim sejuk dan iklim gurun panas, serta rasa yang akan dialami ketika berada di dalam rumah tersebut.
Murid akan mencari dan menampal jawapan berkenaan dengan soalan-soalan yang diajukan oleh saya.
Terdapat satu kad yang kosong disediakan iaitu kad rumusan. Pada kad tersebut, murid dikehendaki
menulis mengapa rumah berbumbung rata sesuai dibina di Mesir dan mengapa iglu sesuai dibina di Kutub
Utara. Saya membantu murid membuat kesimpulan melalui perbincangan dan soalan.
Langkah 3 : Eksperimen (Kemahiran)
Saya dan murid mengadakan aktiviti di luar pusat sumber untuk membuat eksperimen terhadap rumah
berbentuk bumbung rata dan iglu berdasarkan iklim yang dialami di kedua-dua tempat tersebut.
Eksperimen pertama dilakukan terhadap rumah berbentuk bumbung rata yang telah direka oleh saya
terlebih dahulu menggunakan polisterin. Bahan-bahan yang digunakan untuk menjalankan eksperimen ini
ialah pasir, kipas dan air. Kipas dan pasir digunakan untuk menghasilkan keadaan ribut berpasir seperti
yang berlaku di Mesir. Aktiviti kedua pula ialah menggunakan air. Air digunakan untuk menghasilkan
keadaan hujan. Walaupun eksperimen ini tidak berlaku sama seperti Mesir dan mempunyai hasil yang
sempurna namun saya inginkan murid sedikit sebanyak mendapat gambaran tentang keadaan yang
berlaku di Mesir. Kedua-dua aktiviti ini dijalankan supaya murid mengenalpasti kesesuaian pembinaan
jenis rumah mengikut iklim yang dipelajari menggunakan batu-bata dan mempunyai bentuk bumbung rata
dengan iklim yang terdapat di tempat tersebut.
Eksperimen kedua pula dilakukan terhadap iglu yang telah direka oleh saya terlebih dahulu menggunakan
kertas. Saya menggunakan kertas dan gam untuk menghasilkan iglu. Bahan-bahan yang digunakan untuk
menjalankan eksperimen ini ialah pasir. Pasir digunakan untuk menggantikan salji. Pasir dituangkan ke
atas iglu sedikit demi sedikit. Walaupun eksperimen ini tidak berlaku sama seperti di Kutub Utara namun
saya inginkan murid sedikit sebanyak mendapat gambaran tentang keadaan yang berlaku di Kutub Utara,
iaitu apa yang terjadi apabila iglu ditimpa salji. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih kukuh lagi, saya
menggunakan lego untuk menerangkan kepada murid tentang sebab iglu dibina berbentuk separa bulat. Di
sini murid dapat menghubungkaitkan mengapa iglu berbentuk separa bulat dan dibina menggunakan
bongkah ais dan kulit haiwan.
Langkah 4 : Penilaian
Saya mengadakan ujian pasca bagi membuat penilaian terhadap kefahaman murid dan kemampuan
mereka menghubungkait fakta yang dipelajari dengan eksperimen yang telah dijalankan. Saya juga
membuat temu bual setelah strategi tindakan ini dijalankan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
72
Cara Pengumpulan Data
Dalam mengumpul data, saya telah menggunakan triangulasi data.Empat instrumen telah digunakan iaitu
ujian pra dan ujian pasca, temu bual, nota lapangan dan lembaran kerja.
DAPATAN
Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), contoh
pengajaran kontekstual termasuklah pembelajaran berasaskan aktiviti, pembelajaran ekspriental, sesi
hands-on dan minds-on (melakukan dan berfikir), seminar, bengkel dan program di mana pelajar
melakukan sendiri projek. Dengan kebolehan melakukan dan berfikir dapat mendorong naluri ingin tahu
pelajar serta menjadikan pembelajaran kontekstual bermakna kepada mereka. Lantaran itulah saya
menggunakan pembelajaran secara eksperimen dalam pengajaran kontekstual ini. Saya ingin
menimbulkan naluri ingin tahu murid mengenai topik yang diajar melalui pembelajaran secara
eksperimen dan akhirnya mereka mampu menghubungkait fakta-fakta yang telah dipelajari. Ternyata
pembelajaran secara eksperimen ini dapat membantu murid memahami dan menghubungkait fakta-fakta
yang telah mereka pelajari. Ini disokong oleh nota lapangan yang saya jalankan iaitu:
“Mereka kelihatan bersemangat semasa menjalankan eksperimen. Mereka berebut-rebut untuk
melakukan eksperimen tersebut.Firon mengatakan dia sudah tahu mengapa orang Mesir membina
rumah berbentuk bumbung rata sebab mereka hendak menakung air semasa hujan. Wessny setuju
dengan Firon dan mengatakan sebab hendak mengelakkan runtuh akibat ribut berpasir juga.
Nuna, Owen dan Caesty menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Firon dan
Wessny. Apabila ditanya mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan tentang fakta tersebut
sebelum ini, kerana mereka tidak nampak dan itu menyebabkan mereka susah hendak fikir akan
sebabnya”
(NL2,15-04-2013)
“Akhirnya, Owen, Nuna, Wessny, Firon dan Caesty dapat tahu mengapa iglu dibina berbentuk
separa bulat. Kerana bentuk separa bulat lebih tahan daripada bentuk segi empat apabila ditimpa
salji. Bentuk segi empat akan patah jika ditimpa salji tebal. Hal ini sangat menggembirakan saya
kerana mereka akhirnya mampu menghubungkait mengapa orang Eskimo membina iglu
berbentuk separa bulat.”
(NL3,15-04-2013)
Hal ini menggembirakan saya kerana mereka mula memberi pengertian tersendiri melalui pembelajaran
secara eksperimen yang telah dijalankan. Proses peningkatan kemahiran menghubungkait ini selari
dengan peningkatan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca yang diberikan. Berikut merupakan jadual skor
ujian pra dan ujian pasca yang menunjukkan peningkatan kelima-lima murid saya.
Jadual 4 : Skor Ujian Pra dan Pasca Serta Peningkatan
Nama Ujian Pra Ujian Pasca Jumlah Peningkatan Peratus Peningkatan
Caesty 2 7 5 71%
Firon 5 7 2 28%
Nuna 4 7 3 43%
Owen 5 7 2 28%
Wessny 4 7 3 43%
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
73
Berdasarkan skor di atas, dapat dilihat bahawa jumlah peningkatan begitu memberangsangkan. Firon dan
Owen telah mendapat skor tertinggi pada ujian pra iaitu sebanyak 5 markah. Namun begitu, jumlah ini
tidak begitu memuaskan hati saya pada permulaannya. Setelah kaedah EXP-REAC ini dilaksanakan, ujian
pasca menunjukkan hasil yang menggembirakan dan memuaskan. Firon dan Owen telah berjaya
memperolehi markah penuh, begitu juga dengan Nuna, Wessny dan Caesty. Caesty telah menunjukkan
peningkatan yang paling banyak iaitu sebanyak 5 markah bersamaan dengan 71% walaupun markah
permulaan Caesty agak merunsingkan saya. Jumlah peningkatan ini sememangnya begitu positif bagi
saya terhadap perkembangan kemahiran menghubungkait mereka.
Seterusnya, saya mengadakan sesi temu bual bersama subjek kajian untuk menyokong analisis ujian pra
dan pasca. Hasil sesi temu bual menunjukkan subjek kajian lebih memahami fakta yang diajar apabila
mereka dapat melihat, mengalami dan melakukan sendiri.
Guru : Sekarang kamu tahu tak kenapa orang Mesir membina rumah mereka
berbentuk bumbung rata dan diperbuat daripada batu bata?
Firon : Tahu cikgu. Sebab dekat sana ada angin berpasir dan kurang menerima hujan.
Angin tu sangat kuat cikgu.
Wessny : Ya, dekat sana pun panas. Kalau dalam rumah tu rasa dingin sebab dibuat
daripada batu bata.
(TB2, 15-04-2013)
Guru : Kalau iglu dibuat bentuk segi empat, apa yang akan jadi?
Caesty : Dia akan runtuh cikgu.
Cikgu : Kenapa runtuh?
Caesty : Sebab segi empat akan patah kalau ditimpa salji. Kalau separa bulat tak cikgu.
Dia jadi kuat macam yang kita buat.
(TB2, 15-04-2013)
Berdasarkan jawapan yang telah mereka berikan, ia telah menyokong bahawa penggunaan Strategi EXP-
REAC ini mampu membantu murid dalam memahami dan menghubungkait fakta-fakta yang dipelajari
sekaligus berupaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
REFLEKSI/RUMUSAN
Akhirnya, segala usaha yang saya lakukan untuk mencapai objektif kajian tindakan ini telah membuahkan
hasil yang memuaskan. Berdasarkan kajian tindakan yang telah saya jalankan, saya menyedari bahawa
seseorang guru perlu kreatif dan berminda terbuka dalam membina rancangan pengajaran yang berkesan
dan bermakna.Ketika kaedah pembelajaran secara eksperimen dan kontekstual ini dijalankan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, saya dapati murid memberikan tindak balas yang positif dan lebih aktif
semasa belajar.Situasi ini sangat berbeza dengan kelas sebelumnya yang menggunakan kaedah
tradisional. Ini berkemungkinan, kaedah pembelajaran secara eksperimen dan kontekstual mampu
menarik minat murid terhadap pelajaran.Perkara ini memberikan saya keyakinan bahawa kaedah ini
mampu memberikan kesan yang positif.
Hal ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa melalui kepelbagaian bahan pengajaran tersebut
dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.Tambahan pula, gaya pembelajaran setiap murid adalah berbeza. Oleh itu,
peranan saya sebagai guru dilihat sangat besar untuk mengembangkan dan menggerakkan motivasi
pembelajaran murid itu ke tahap yang maksimum melalui kaedah pengajaran yang kreatif dan efektif.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
74
Daya kreativiti seseorang guru sangat diperlukan dalam mata pelajaran KajianTempatan.Oleh itu, saya
tidak boleh menarik nafas lega setelah menjalankan kajian terhadap strategi ini sebaliknya perlu
melakukan lebih banyak penyelidikan dan pembacaan dalam mempertingkatkan mutu pengajaran saya
secara berterusan. Guru harus terus belajar dan berusaha memperbaiki mutu pengajaran agar mampu
melahirkan murid yang berlimu dan berwawasan.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Walaupun penggunaan strategi EXP-REAC ini boleh dikatakan berkesan dan efektif dalam membantu
meningkatkan kefahaman murid dalam menghubungkait pembinaan jenis rumah dengan iklim di gurun
panas dan iklim sejuk, namun saya merasakan terdapat juga beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki
lagi.Pada hemat saya dan berdasarkan pemerhatian saya sepanjang kajian ini, bahan-bahan yang
digunakan untuk melakukan eksperimen boleh diperbaiki lagi dengan menggunakan bahan sebenar
seperti tanah liat untuk membina rumah berbentuk bumbung rata dan dawai serta kertas yang tebal untuk
membina iglu agar hasilnya lebih realistik.Selain itu juga, ia mungkin boleh digunakan untuk menjagar
tajuk lain dalam Kajian Tempatan dan juga dapat diaplikasikan bagi subjek lain. Gunakan pelbagai
sumber bahan pengajaran dan pembelajaran untuk membuat eksperimen. Ini akan lebih berkesan untuk
menarik minat murid untuk belajar.
Selain itu, guru juga boleh menyelitkan penggunaan video supaya murid boleh nampak dengan jelas
bagaimana iklim dan cuaca yang terdapat di Mesir dan Kutub Utara. Dengan ini murid dapat melihat
dengan jelas akan perkaitan pembinaan rumah berbentuk bumbung rata di Mesir dan iglu di Kutub Utara
dengan iklim gurun panas dan iklim sejuk. Melalui tayangan video ini, guru dapat mengukuhkan lagi
fakta yang dipelajari oleh murid semasa melakukan eksperimen.
RUJUKAN
Zulkifli Yaakob (2007). HBEF1403: Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM
Sdn.Bhd
Sang, M. S. (2010). Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Pembelajaran Secara
Kontekstual
Noriati A. Rashid, B. P. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.
Bhd. .
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
75
“Light-PicsBox” : STRATEGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN EMPAT
MENYATAKAN CIRI-CIRI JENIS RUMAH MODEN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
Maxwell Anak Peter Sulai
max56_89@yahoo.com.my
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid tahun empat menyatakan ciri-ciri
rumah moden yang terdapat di Malaysia bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Subjek kajian ini
terdiri daripada empat orang murid tahun empat di sebuah sekolah SK Koran. Subjek kajian
diperkenalkan dengan strategi “Light-PicsBox” dalam pelaksanaan intervensi. Tinjauan awal untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah
dijalankan dengan menganalisis diagnostik. Justeru, temubual juga dilaksanakan bagi meninjau
pandangan murid terhadap topik tersebut serta pengajaran guru. Data kajian dikumpulkan dan
dianalisis melalui perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca, hasil lembaran kerja, temu bual
dan pemerhatian tidak berstruktur. Dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan
peningkatan keempat-empat subjek kajian. Dengan menggunakan strategi “Light-PicsBox”, murid
dapat menyatakan ciri-ciri rumah moden yang terdapat di Malaysia.
PENGENALAN
Diri Saya
Saya merupakan seorang guru pelatih ambilan Januari 2010 yang mengambil opsyen Pengajian Sosial di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Saya telah melaksanakan dua kali
praktikum sebelum ini di dua buah sekolah yang berhampiran dengan institut. Pada praktikum fasa
pertama, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Plaie yang terletak di Kota Samarahan selama
satu bulan. Kemudian, pada fasa kedua yang memakan tempoh dua bulan, saya telah menjalani praktikum
di Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu yang terletak di Asajaya. Pada 21 Januari 2013, saya telah dihantar
untuk menjalani latihan praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Koran, Serian selama tiga bulan.
Sekolah Kebangsaan Koran dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Sekolah ini berada di dalam
kawasan Zon Batang Kedup di daerah Serian, Sarawak. Jaraknya dari bandaraya Kuching ialah kira-kira
110 kilometer. Majoriti penduduk di sekitarnya berbangsa Bidayuh dan begitu juga dengan muridnya.
Sekolah ini mempunyai bilangan murid yang agak ramai jika dibandingkan dengan Sekolah Kebangsaan
Plaie dan Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu. Jumlah murid di sini ialah seramai 381 orang. Murid
perempuan seramai 184 orang dan murid lelaki seramai 197 orang. Sekolah ini mendapat khidmat
daripada seramai 31 orang guru yang terdiri daripada 11 orang guru lelaki dan 20 orang guru perempuan.
Sekolah ini mempunyai 2 buah kelas bagi setiap darjah 1 hingga darjah enam iaitu kelas Cemerlang dan
Kelas Gemilang. Sekolah ini telah menggunakan bangunan baru bermula sesi persekolahan pada tahun
ini. Saya rasa bertuah sekali kerana praktikum kali ini berkesempatan menggunakan bangunan baru
sekolah tersebut.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya telah masuk kelas Tahun 4 Cemerlang bagi mengajar subtopik sejarah reka bentuk rumah. Saya
mengajar tentang jenis-jenis serta ciri-ciri rumah yang terdapat di Malaysia iaitu rumah moden dan rumah
tradisional. Mok Soon Sang (2008), main memainkan peranan yang penting dalam perkembangan potensi
kanak-kanak dalam aspek fizikal, intelek, emosi dan sosial. Justeru itu, saya telah memulakan sesi
pengajaran saya dengan satu permainan „Siapa yang kena‟. Saya telah menampal dua keping gambar
rumah bersaiz kertas manila di papan tulis. Gambar rumah itu mempunyai tingkap yang diikat dengan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
76
tali. Di dalam tingkap itu mempunyai satu sampul berwarna yang terkandung gambar rumah yang akan
diteka oleh murid nanti. Bagi memilih dua orang murid yang akan membuka ikatan tingkap itu, saya telah
menjalankan aktiviti „Balang Beracun‟. Murid tersebut akan membuka ikatan pada gambar rumah itu dan
meneka kandungan yang terdapat di dalam sampul surat berwarna lalu menunjukkan gambar rumah
kepada rakan lain di hadapan kelas dan semua murid diminta membaca kuat gambar rumah tersebut.
Seterusnya, saya beralih kepada isi pengajaran dan pembelajaran saya pada hari tersebut, iaitu mengenai
jenis-jenis serta ciri-ciri rumah moden dan tradisional yang terdapat di Malaysia. Saya menggunakan
jadual banding beza untuk membezakan ciri-ciri rumah moden dan rumah tradisional. Saya menerangkan
bahawa reka bentuk rumah moden dan rumah tradisional berbeza. Dalam penerangan, saya menggunakan
ransangan gambar yang terdapat dalam buku teks supaya mereka dapat melihat sendiri reka bentuk rumah
moden dan rumah tradisional. Mohd Zamri Haji Sabran (1994) gambar adalah alat bantu mengajar yang
penting dan mudah didapati. Penggunaannya dalam proses pengajaran Kajian Tempatan boleh memberi
gambaran visual yang jelas tentang sesuatu perkara. Dengan ini, murid akan segera menangkap idea atau
perkara penting yang terdapat dalam gambar dengan jelas.
Sesi berikutnya dalam pengajaran saya ialah perbincangan kumpulan dalam bentuk permainan. Mohd
Zamri Haji Sabran (1994) pengajaran secara kumpulan dapat membantu guru menyusun pengajarannya
dengan lebih berkesan. Ini dapat dijalankan dengan menyediakan pelbagai aktiviti untuk murid-muridnya.
Saya membahagikan kelas kepada 5 kumpulan mengikut nama-nama rumah moden dan rumah
tradisional. Lima kumpulan tersebut ialah kumpulan Banglo, Kumpulan Rumah Panjang, Kumpulan
Pangsa, Kumpulan Bagan dan Kumpulan Teres. Ketua kumpulan diminta ke hadapan untuk mengambil
sampul surat yang berwarna. Di dalam sampul tersebut mengandungi kad tugasan yang akan dilaksanakan
oleh setiap kumpulan. Tugasan yang diberikan oleh saya ialah memadankan gambar rumah mengikut ciri-
ciri rumah iaitu rumah moden dan rumah tradisional.
Seterusnya, saya telah mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid sebagai latihan pengukuhan
untuk memastikan bahawa murid dapat memahami dengan isi pelajaran tersebut. Lembaran kerja tersebut
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Murid akan bertukar lembaran kerja
dengan pasangan untuk menyemak jawapan mereka. Hasil semakan yang dijalankan, saya dapati ada
beberapa orang murid yang tidak dapat menjawab lembaran kerja yang diberikan. Walaupun murid telah
melihat sendiri gambar rumah moden dan rumah tradisional mereka masih tidak dapat mengenali rumah
tersebut terutamanya rumah moden. Bagi penutup sesi pengajaran dan pembelajaran saya menjalankan
aktiviti nyanyian bersama dengan murid mengenai lagu „Rumah di Malaysia‟. Nyanyian ini bertujuan
murid dapat mengingat nama rumah dan mengenali jenis rumah yang terdapat di Malaysia. Murid juga
berasa seronok dengan aktiviti nyanyian.
Saya menyedari saya membuat tanggapan yang salah dengan beranggapan kemampuan murid untuk
mengingati fakta. Saya merasakan bahawa topik ini mudah untuk murid mengingat ciri-ciri rumah moden
di Malaysia. Hasil daripada penyemakan lembaran kerja, 4 orang murid tidak termasuk murid linus
mempunyai masalah untuk mencirikan rumah tersebut. Ketidakmampuan mereka menjawab lembaran
kerja yang telah diberikan menunjukkan bahawa mereka tidak dapat mengenalpasti ciri-ciri rumah moden
yang terdapat di Malaysia. Mereka mempunyai masalah dalam mengenalpasti ciri-ciri rumah moden
tetapi tiada masalah untuk mengenalpasti ciri-ciri rumah tradisional di Malaysia. Oleh itu, nilai
keprihatinan timbul dalam diri saya untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam topik
ini. Saya perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai agar mereka tidak
mempunyai sebarang masalah lagi dalam memahami tajuk ini.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
77
ISU KEPRIHATINAN
Masalah mereka keprihatinan saya
Pada mulanya, saya merasakan bahawa topik ini agak mudah dan murid tidak akan mempunyai masalah
untuk mengenalpasti ciri-ciri rumah moden yang terdapat di Malaysia. Saya telah menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran bersama dengan kelas 4 Gemilang terlebih dahulu mengenai topik jenis-
jenis rumah moden dan rumah tradisional yang terdapat di Malaysia. Saya dapati bahawa murid-murid
tahun 4 Gemilang tidak mempunyai masalah untuk mengenalpasti ciri-ciri rumah moden dan rumah
tradisional tidak termasuk murid pemulihan.
Selepas itu, saya mengajar topik yang sama dengan kelas 4 Cemerlang pada 18 Februari 2013. Saya
dapati terdapat 4 orang murid tidak termasuk murid linus yang tidak dapat mengenalpasti ciri-ciri rumah
moden yang terdapat di Malaysia. Justeru itu, ini merupakan satu amanah kepada saya dalam memastikan
murid saya memahami tajuk yang telah saya ajar sepanjang saya berpraktikum yang mengajar dalam mata
pelajaran kajian tempatan tahun 4. Saya ingin membantu murid yang tidak dapat mengenalpasti ciri-ciri
rumah moden ini kerana mereka tidak dapat mengingat fakta untuk jangka panjang. Saya juga inginkan
mereka mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam aspek kehidupan seperti yang termaktub
dalam matlamat mata pelajaran Kajian Tempatan yang menekankan pemahaman dan penghayatan idea
konsep supaya pengetahuan yang diperoleh dapat digunakan dalam kehidupan harian. (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2004).
Pada 19 Februari 2013, saya telah mengajar kelas tahun 4 Cemerlang untuk topik yang sama tetapi kali ini
fokus saya lebih tertumpu kepada ciri-ciri rumah moden yang terdapat di Malaysia. Pada sesi pengajaran
dan pembelajaran kali ini, saya menggunakan tayangan gambar melalui slaid untuk memberi gambaran
sebenar kepada murid mengenai reka bentuk rumah moden di Malaysia. Selepas itu, saya mengadakan
satu aktiviti permainan iaitu „Roda Impian Rumahku‟. Permainan ini mempunyai 5 pusingan. Setiap
pusingan ahli kumpulan akan memlih wakil untuk memutar roda impian dan seterusnya menamakan
nama rumah pada kad bergambar berdasarkan ciri-ciri rumah tersebut. Seterusnya saya juga mengedarkan
lembaran kerja sebagai pengukuhan kepada murid untuk menilai pencapaian mereka. Namun begitu, saya
berasa terkejut kerana murid masih lagi tidak dapat menamakan rumah moden dengan betul.
Melihat kepada masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya telah merancang satu strategi pengajaran
dan pembelajaran. Mengapa saya menggunakan strategi pembelajaran ini? Strategi ini digunakan untuk
membantu murid yang mempunyai masalah untuk mencirikan rumah moden tersebut. Saya yakin selepas
menggunakan strategi pembelajaran ini, murid dapat mengenali rumah moden malah dapat mencirikan
rumah moden tersebut. Strategi ini bukan sahaja boleh membantu meningkatkan daya ingatan murid
tetapi meningkatkan pencapaian mereka dalam ujian kajian tempatan di sekolah.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Pengumpulan data awal
Kelas Tahun 4 Cemerlang mempunyai seramai 30 orang murid. Saya hanya mengambil 26 orang murid
sahaja sebagai kumpulan sasaran awal. Salah seorang murid mengalami masalah pembelajaran ( linus
tegar ) yang berkaitan dengan membaca dan menulis seperti yang dinyatakan oleh guru kelas tahun 4
Cemerlang manakala tiga orang murid lain merupakan murid linus dalam kelas tersebut. Daripada 26
orang murid tersebut, saya mengambil empat orang murid sahaja yang mengalami masalah pembelajaran
berdasarkan temubual bersama guru kelas yang merupakan guru Kajian Tempatan serta hasil lembaran
kerja mereka.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
78
Berdasarkan temubual yang dijalankan, saya mendapati murid-murid saya mempunyai masalah dalam
mengingat fakta dan mereka dikategorikan dalam kumpulan murid sederhana. Mengingat fakta boleh
kerana menurut temubual ini, mereka cuma dikatakan kurang ingat dan tidak pernah melihat kaedaan
rumah sebenar. Maksudnya jika menggunakan kaedah yang sesuai, pasti mereka ini boleh dibantu.
Hasil daripada temubual ini ternyata benar kerana ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan pada 18 Februari 2013, mereka tidak mampu mencirikan rumah banglo, rumah berkembar dan
rumah pangsa. Dalam sesi perbincangan berkumpulan, mereka kelihatan mampu memberikan jawapan
yang betul mungkin disebabkan oleh bantuan rakan yang lain. Mereka mengalami masalah untuk
mengingat fakta dengan baik.
Langkah pertama yang saya lakukan ialah melalui analisis lembaran kerja yang telah dibuat oleh empat
orang murid sasaran awal saya. Berdasarkan hasil lembaran kerja yang dilakukan, kesemua murid ini
tidak dapat menjawab dengan betul bagi soalan 1, soalan 2 dan soalan 4. Jawapan diberikan tidak tepat
untuk mencirikan jenis rumah moden tersebut.
Jadual 1: Analisis Lembaran Kerja Bagi Setiap Soalan Bahagian B
Berdasarkan analisis lembaran kerja ini, saya mendapati kesemua mereka salah pada soalan 1,2 dan 4.
Jadi, keinginan saya untuk mengetahui jenis soalan yang membuatkan mereka semua tidak mampu
menjawabnya. Jadi, saya telah membuat analisis lanjut dengan membuat analisis lembaran kerja
berdasarkan jumlah betul salah dan jenis soalan.
Jadual 2: Analisis Lembaran Kerja Bagi Jumlah Betul Salah dan Jenis Soalan
Nombor
Soalan
Jumlah betul Jumlah salah Jenis soalan
S1 0 4 Mencirikan
S2 0 4 Mencirikan
S3 4 0 Mencirikan
S4 0 4 Mencirikan
S5 4 0 Mencirikan
Bagi soalan 1, 2 dan 4, kesemua 4 orang murid ini tidak dapat menjawab dengan betul bagi soalan jenis
mencirikan ini. Hasil perbandingan jumlah jawapan yang salah, saya mendapati soalan mencirikan
merupakan permasalahan yang menonjol bagi kesemua murid saya ini. Namun begitu, kesimpulan awal
ini memerlukan bukti dan butiran yang lanjut agar benar-benar kukuh untuk membuktikan isu ini wujud.
Justeru itu, saya telah merangka satu ujian saringan yang mengandungi 10 soalan yang mengandungi
pelbagai aras kemahiran.
Nama S1 S2 S3 S4 S5 Markah
Loly x x √ x √ 2/5
Mike x x √ x √ 2/5
Nell x x √ x √ 2/5
Willy x x √ x √ 2/5
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
79
Jadual 3: Analisis Ujian Saringan Bagi Jumlah Betul Salah dan Jenis Soalan
Nombor Soalan Jumlah betul Jumlah salah Jenis soalan
1 4 - Mencirikan
2 4 - Mencirikan
3 - 4 Mencirikan
4 - 4 Mencirikan
5 - 4 Mencirikan
6 3 1 Menamakan
7 2 2 Menamakan
8 - 4 Memadankan
9 4 - Menamakan
10 4 - Menamakan
Berdasarkan analisis dalam Jadual 3, saya mendapati 4 orang murid saya ini lemah pada kemahiran yang
sama, iaitu kemahiran mencirikan. Bagi soalan 3,4 dan 5(soalan mencirikan), hampir kesemua mereka
salah. Hasil daripada ujian saringan yang mempunyai pelbagai kemahiran ini, didapati bahawa masalah
paling ketara pada kemahiran mencirikan. Jadi, saya telah merangka satu ujian diagnostik khusus untuk
kemahiran mencirikan ini.
Jadual 4: Analisis Ujian Diagnostik Bagi Setiap Soalan
Hasil daripada analisis ujian diagnostik ini, didapati empatorang murid ini sememangnya mempunyai
masalah untuk mencirikan jenis rumah yang dipelajari. Saya mendapati mereka tidak mampu mengingat
fakta yang dipelajari dalam huraian jawapan. Sebagai seorang guru, saya meletakkan masalah ini sebagai
tanggungjawab saya untuk membantu murid saya lebih memahami pelajaran yang dipelajari oleh mereka.
Pada 28 Februari, saya telah melaksanakan sesi temubual bersama 4 orang murid sasaran saya.
Berdasarkan temubual yang dijalankan saya mendapati hampir kesemua mereka menyatakan soalan
mencirikan sebagai soalan yang mereka tidak ingat dan lupa.
“Loly, Mike, Nell dan Willy menyatakan respon bahawa mereka tidak pernah melihat reka bentuk
rumah kondominium. Rumah banglo dan rumah berkembar pula hampir sama yang menyukarkan
mereka untuk mengingat ciri-ciri rumah moden tersebut.”
(NL, 28-02-2013)
Berdasarkan kepada data lembaran kerja, temubual guru kelas dan temubual murid, nota lapangan, ujian
saringan dan ujian diagnostik, saya mendapati keempat-empat murid ini mengalami kesukaran untuk
mencirikan jenis rumah moden yang telah dipelajari. Berdasarkan penerokaan dan analisis data-data yang
dilakukan, jelas bahawa murid-murid saya ini memerlukan cara dan kaedah yang sesuai dan berkesan
bagi membantu mereka Dengan ini, fokus kajian saya ialah membantu meningkatkan kemahiran
Nama S1 S2 S3 S4 S5 Markah
Loly x x √ √ x 2/5
Mike x x √ √ x 2/5
Nell x x √ √ x 2/5
Willy x x √ √ x 2/5
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
80
menyatakan ciri-ciri jenis rumah moden yang terdapat di Malaysia. Objektif kajian saya ialah untuk
meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 menyatakan ciri-ciri jenis rumah moden yang terdapat di
Malaysia melalui strategi Light-PicsBox iaitu kotak bergambar bernyala.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 4. Mereka ialah tiga orang murid
lelaki dan seorang murid perempuan iaitu Loly, Mike, Nell dan Willy. Keempat-empat mereka ini
merupakan murid berprestasi sederhana, iaitu kebanyakan mendapat antara B, C dan D dalam Ujian Akhir
Tahun 2012 bagi mata pelajaran teras. Saya mendapati murid-murid saya ini tidak mampu mencirikan
jenis-jenis rumah moden yang terdapat di Malaysia. Saya menjadikan mereka ini sebagai kumpulan
sasaran hasil daripada data yang diperolehi dalam temubual, pemerhatian, lembaran kerja, ujian saringan
dan ujian diagnostik.
STRATEGI TINDAKAN
Apa itu Light-PicsBox?
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah yang saya namakan sebagai Light-PicsBox. Light-
PicsBox membawa maksud satu kotak bergambar bernyala yang mempunyai lima jenis gambar rumah
moden di Malaysia serta ciri-cirinya. Dalam melaksanakan strategi “Light-PicsBox” ini, saya
berpandukan teori pembelajaran Robert M. Gagne yang mempunyai lapan fasa pembelajaran dalam
memastikan proses pembelajaran tercapai dengan jayanya. Strategi “Light-PicsBox” merangkumi
penggunaan grafik bergambar, gambar dan puzzles. Saya menggunakan kotak bergambar bernyala ini
supaya subjek kajian dapat mempunyai gambaran sebenar rumah moden itu. Menurut Andrew Wright
(2002),
“ In most instances and pleasant images were found to be better for memory purposes,
because they made the brain want to return to the images ”
Bagaimana langkah Light-PicsBox?
Langkah 1 : Penerangan guru dan motivasi
Saya memulakan pengajaran dengan memperkenalkan tajuk yang dipelajari iaitu jenis-jenis rumah yang
terdapat di Malaysia. Setelah itu, saya menayangkan lima jenis gambar rumah moden yang terdapat di
Malaysia iaitu rumah banglo, rumah teres, rumah pangsa, rumah berkembar dan kondominium. Saya
menerangkan ciri-ciri yang ada pada setiap rumah tersebut. Tayangan gambar dipaparkan dengan
menggunakan slaid power point supaya murid saya lebih mengenali dan melihat sendiri gambar rumah
moden tersebut. Selepas menayangkan gambar-gambar rumah itu, saya menjalankan sesi bersoal jawab
dengan murid saya. Saya menanyakan soalan mengenai ciri-ciri lima buah rumah moden dan meminta
mereka untuk menyatakan ciri-ciri lima jenis rumah moden itu. Peneguhan positif dan pujian diberikan
kepada murid yang menjawab soalan dengan betul. Saya dapat lihat murid-murid saya seronok dan
kelihatan yakin apabila peneguhan positif diberikan iaitu ganjaran berbentuk hadiah iaitu buku dan alat
tulis sebagai langkah untuk memotivasikan mereka.
Langkah 2: Aktiviti Menyanyi
Saya menggunakan irama lagu ikan kekek dengan mengubah lirik lagu mengikut lima jenis rumah moden
yang terdapat di Malaysia sebagai aktiviti menyanyi. Saya mengedarkan lirik lagu kepada murid saya
terlebih dahulu. Mereka diminta untuk menghafal lirik lagu sebelum menyanyikan lagu itu bersama-sama.
Murid saya kelihatan begitu seronok menyanyikan lagu rumah moden sambil bertepuk tangan dan mereka
dapat menyanyi tanpa melihat lirik lagu yang disediakan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
81
Langkah 3: Aktiviti Permainan
Murid akan berada pada kedudukan yang telah disediakan mengikut nama yang dilabelkan. Permainan
bermula sebaik sahaja lagu dimainkan dan kotak bergambar digerakkan oleh subjek kajian. Sekiranya
lagu berhenti, orang yang terakhir memegang kotak bergambar itu akan memadankan ciri-ciri rumah
moden pada ruangan pengurusan grafik yang telah disediakan.Permainan ini diulang dan tamat sehingga
murid selesai memadankan semua ruangan kosong pada pengurusan grafik bergambar yang disediakan.
Langkah 4: Latih Tubi
Selesai permainan dijalankan, murid akan diuji dengan latih tubi secara individu. Wittich dan Schuller
(1973) dalam buku kemahiran berfikir, menerangkan bahawa grafik adalah terdiri daripada bahan visual
yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan,
lambang dan gambar-gambar. Oleh itu, selepas memadankan gambar pada pengurusan grafik bergambar,
saya meminta mereka untuk melengkapkan grafik berbentuk jadual yang telah diberikan. Sekiranya
kesemua subjek kajian saya berjaya menjawab dengan betul, maka mereka akan dinilai pada langkah
terakhir.
Langkah 4 ini murid yang berjaya memadankan ciri-ciri rumah moden dengan tepat mereka akan
menjalankan penilaian pada langkah 5 sebaliknya pula murid yang tidak berjaya menyelesaikan padanan
ciri-ciri rumah mengikut jenis rumah moden tersebut akan mengulang semula bermula daripada langkah 1
hingga langkah 4 sehingga berjaya memadakan ciri-ciri rumah moden itu.
Langkah 5 : Penilaian
Dalam langkah 5 ini, saya menjalankan dua bentuk penilaian iaitu penilaian pertama ialah melengkapkan
puzzles manakala penilaian kedua ialah kotak bergambar bernyala.
Penilaian pertama murid diminta untuk berada pada kedudukan yang telah dilabel seperti pada langkah
ketiga. Selepas itu, berpandukan kotak bergambar tersebut mereka diminta untuk melengkapkan puzzles
mengikut ciri-ciri rumah moden yang telah saya pilih. Setiap murid diberikan peluang untuk
menyelesaikan kelima-lima puzzles rumah moden. Sekiranya mereka berjaya menyelesaikan kelima-lima
puzzles tersebut, maka penilaian terakhir akan dijalankan sebaliknya mereka yang tidak berjaya
menyelesaikan puzzles itu akan melengkapkannya sehingga berjaya.
Penilaian kedua pula ialah saya sendiri memainkan peranan untuk menyalakan lampu kelip-kelip pada
kotak bergambar itu secara manual. Murid saya akan menamakan rumah moden apabila saya menyoal
ciri-ciri rumah moden. Sekiranya jawapan yang diberikan betul, maka lampu kelip-kelip akan menyala
dan sebaliknya. Strategi “Light-PicsBox” ini mampu membantu murid untuk mengingat dan
meningkatkan kefahaman mereka untuk menyatakan ciri-ciri rumah moden yang terdapat di Malaysia.
Hal ini terbukti kerana murid saya berjaya menamakan kelima-lima jenis rumah moden berdasarkan ciri-
ciri yang ada pada setiap rumah moden tersebut.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
82
Rajah 1 : Carta Aliran Langkah-langkah dalam Strategi “Light-PicsBox”
Ulang langkah 1 hingga
langkah 4 sekiranya subjek
kajian tidak berjaya mengisi
ciri-ciri rumah moden pada
borang grafik berbentuk
jadual.
Subjek kajian boleh
mengenalpasti ciri-ciri
lima jenis rumah moden
yang terdapat di
Malaysia.
Dua jenis penilaian dilakukan iaitu penilaian
melengkapkan puzzles dan penilaian kotak bergambar
menyala.
Guru mengedarkan borang grafik berbentuk jadual sebagai
latih tubi. Mereka harus menjawab dengan tepat barulah
akan dibuat penilaian pada langkah terakhir.
Aktiviti permainan dijalankan. Mereka diminta duduk
pada kedudukan yang telah ditetapkan. Permainan
memadankan ciri-ciri rumah moden menggunakan kotak
bergambar dan pengurusan grafik. bergambar.
Aktiviti menyanyi lagu rumah moden dijalankan. Subjek
kajian diberikan lirik lagu dan menghafal lagu terlebih
dahulu. Mereka diminta menyanyi lagu bersama-sama.
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 4
Langkah 5
Langkah 3
Guru mengedarkan borang grafik berbentuk jadual sebagai
latih tubi. Mereka harus menjawab dengan tepat barulah
akan dibuat penilaian pada langkah terakhir.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
83
Rajah 2: Gambar-gambar pelaksanaan strategi Light-PicsBox
Cara pengumpulan data
Dalam menjalankan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan beberapa cara pengumpulan data dalam
usaha memantau prestasi murid-murid yang terlibat dalam kajian ini. Antara cara pengumpulan data yang
telah saya gunakan dalam strategi Light-PicsBox ini ialah mentadbir Ujian Pra dan Ujian Pasca, temu
bual, analisis dokumen (lembaran kerja) dan pemerhatian.
DAPATAN
Light-PicsBox ini dapat dilihat keberkesanan dalam penilaian kedua yang dijalankan iaitu kotak
bergambar menyala apabila murid dapat menjawab ciri-ciri rumah moden dengan tepat mengikut jenis-
jenis rumah moden. Ternyata kotak bergambar bernyala ini mampu memberi kesan kepada mereka untuk
mencirikan jenis rumah moden yang dipelajari. Ini disokong oleh nota lapangan saya iaitu:
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
84
“Loly, Mike, Nell dan Willy kelihatan begitu teruja melihat kotak bergambar menyala
selepas berjaya mencirikan lima jenis rumah moden dengan tepat”.
(NL,17-04-2013)
Hal ini menggembirakan saya dengan peningkatan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca yang diberikan.
Berikut merupakan jadual skor ujian pra dan pasca yang menunjukkan peratusan peningkatan keenam-
enam murid saya.
Jadual 5: Skor Ujian Pra dan Pasca
Nama Ujian Pra Ujian Pasca Jumlah Peningkatan
Loly 3/10 10/10 7
Mike 4/10 10/10 6
Nell 3/10 10/10 7
Willy 4/10 10/10 6
Berdasarkan skor di atas, dapat dilihat bahawa jumlah peningkatan begitu memberangsangkan. Jumlah
peningkatan Loly dan Nell sememangnya begitu positif bagi saya terhadap perkembangan kemahiran
mencirikan mereka. Loly dan Nell hanya dapat menjawab tiga soalan sahaja dengan betul Berbanding
dengan ujian pasca, Loly dan Nell dapat menjawab kesemua soalan dengan betul. Ini menunjukkan Lght-
PicsBox ini memberi kesan positif terhadap kemahiran mencirikan Loly dan Nell. Bagi Mike dan Willy
pula, dalam ujian pra mereka mampu menjawab empat soalan dengan betul. Skor ujian pasca mereka
begitu menggembirakan saya kerana saya tahu, mereka sudah faham untuk mencirikan jenis rumah
moden dengan tepat.
Dalam langkah kelima iaitu penilaian pertama iaitu melengkapkan puzzles memperlihatkan Loly, Mike,
Nell dan Willy sangat seronok mengikuti perkembangan pembelajaran tersebut. Mereka berempat
menunjukkan respon serta tingkah laku yang positif.
Guru : Melalui aktiviti melengkapkan puzzles, apakah perasaan kamu dan
bolehkah kamu kenalpati lima jenis rumah moden yang terdapat di
Malaysia?
Loly : Saya berasa sangat seronok cikgu (tersenyum).
Mike : Best cikgu! Mestilah ingat. Rumah banglo, rumah berkembar, rumah
pangsa, rumah teres dan kondominium.
Nell : Saya suka cikgu sebab saya boleh ingat lima jenis rumah moden itu
Willy : Sangat seronok cikgu...Selepas melengkapkan puzzles itu, saya boleh ingat
lima nama rumah moden iaitu Rumah Banglo, rumah pangsa, rumah teres,
rumah berkembar dan kondominium.
. (TB, 14-04-2013)
Respon mereka ini sempat saya rekodkan dan saya jadikan sebagai bukti perbincangan yang
menunjukkan permulaan mereka dapat mencirikan jenis rumah moden dengan betul. Hal ini begitu
menyokong bahawa strategi Light-PicsBox memberi makna yang besar dalam proses mencirikan
kesemua murid ini dan sekaligus berupaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
85
REFLEKSI
Dalam menjalankan kajian ini, semestinya pelbagai kekuatan dan kelemahan serta pengalaman bermakna
telah dapat saya perolehi. Othman Lebar (2011), menyatakan refleksi ialah proses mengingat dan
merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikir atau dialami, menganalisis serta menilai
kesannya, memikirkan cara memperbaiki dan merancang dengan pengubahsuaian untuk dapat digunakan
pada masa depan dengan lebih berkesan lagi. Saya memperolehi ilmu pengetahuan baru mengenai kajian
tindakan ketika saya menjalani praktikum fasa 1. Saya manfaatkan ilmu tersebut dengan mula
mengenalpasti masalah tajuk atau topik yang dihadapi oleh murid-murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Saya berpendapat bahawa sekiranya objektif pelajaran tidak tercapai semasa
saya mengajar maka masalah murid boleh dikesan sama ada teknik atau kaedah pengajaran digunakan
sesuai ataupun tidak. Dari segi pelaksanaan kajian, saya berasa amat gembira atas kerjasama serta
sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah dan kempat-empat murid saya yang terlibat di dalam kajian
ini. Pihak sekolah telah memberi seratus peratus sokongan terhadap kajian yang saya lakukan malahan
mereka sedia memberi bantuan jika terdapat sebarang masalah yang hadapi. Kesemua perkara ini telah
menaikkan lagi semangat saya untuk menjalankan kajian ini. Dari segi keberkesanan strategi pula,
bolehlah saya simpulkan bahawa strategi ini telah berjaya membantu keempat-empat murid saya
meningkatkan kebolehan mereka mengenalpasti ciri-ciri rumah moden yang terdapat di Malaysia. Melalui
ujian pra dan pasca yang telah saya jalankan, keempat-empat murid yang terlibat dalam kajian saya telah
menunjukkan peningkatan yang positif.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya ada beberapa cadangan untuk kajian seterusnya agar semua murid dapat mencapai objektif kajian
saya ini. Cadangan-cadangan ini boleh meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian saya
seterusnya. Cadangan pertama ialah menggunakan video animasi dalam membuat penerangan untuk
mengenali dan mengetahui ciri-ciri rumah moden yang terdapat di Malaysia. Penggunaan video ini akan
lebih menarik sejajar dengan pendidikan masa kini yang menekankan penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Tayangan video bergerak akan
mengukuhkan lagi ingatan murid untuk mengingat nama rumah serta ciri-cirinya tentang keadaan sebenar
rumah moden tersebut.
Cadangan kedua ialah menggunakan perisian interaktif dalam kotak bergambar menyala. Melalui
teknologi moden ini, strategi ini akan menjadi lebih menarik lagi. Kotak bergambar menyala itu dapat
diolah dalam bentuk audio . Antara contoh perisian yang boleh digunakan ialah Flash Adobe, Adobe
Photoshop, Animation Studio dan lain-lain lagi. Dengan menggunakan perisian ini, sudah pasti bahan
bantu mengajar yang dibina menjadi sangat menarik dan memberikan faedah kepada murid-murid
sekolah. Saya merasakan bahawa kotak bergambar menyala ini akan lebih bermanfaat lagi jika diisikan
dengan perisian interaktif.
Cadangan ketiga ialah menggunakan bahan maujud atau model rumah yang akan menampakkan lagi
gambaran sebenar rumah moden tersebut. Penggunaan bahan maujud akan lebih membantu murid untuk
menyelesaikan puzzles kerana mereka dapat melihat gambaran sebenar keadaan rumah itu yang
membolehkan mereka mengetahui sendiri ciri-ciri rumah moden berpandukan keadaan sebenar gambaran
rumah. Cadangan saya yang terakhir ialah saya mencadangkan bahawa strategi ini bukan sahaja
digunakan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan tetapi boleh juga digunakan dalam pelajaran lain
supaya ianya tiada terhad penggunaannya. Misalnya ialah dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, Bahasa Melayu dan lain-lain lagi. Oleh itu, “Light-PicsBox” merupakan satu strategi
yang amat sesuai digunakan untuk mengajar mana-mana topik yang bersesuaian penggunaannya.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
86
RUJUKAN
Andrew Wright (2002). Pictures for language learning, United Kingdom, University Press Cambridge, 2.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4.
Mohd Zamri Haji Sabran (1994). Pengajaran Kajian Tempatan KBSR, Johor Bahru, Penerbitan
Pelangi SDN BHD, 71 – 79.
Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar, Ipoh, CIPTA Printing & Publishing (M)
Sdn Bhd.
Othman Lebar (2011), Kajian Tindakan dalam Pendidikan Teori dan Amalan, Tanjong Malim, Perak,
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
87
ED-KO : SATU STRATEGI DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 6
MEMBEZAKAN INDUSTRI BERAT DAN INDUSTRI RINGAN
Mohamad Hafizuddin Bin Mohamed Tahir
dagreatdin@yahoo.com.my
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
John Anak Brodi
johnbrodi@yahoo.com
Abstrak
Kajian ini dijalankan adalah bagi membantu murid tahun 6 meningkatkan kemahiran
membezakan antara industri berat dan industri ringan di dalam 3 aspek iaitu kos , keuntungan dan
tenaga buruh. Kajian ini melibatkan 3 subjek kajian dan telah di lakukan di SK Mawar . Kajian
tindakan ini akan menggunakan strategi ED-KO iaitu Eksperimental Dacing Konstruktivisme.
Kajian ini telah menggunakan empat cara pengumpulan data iaitu menggunakan ujian pra dan
ujian pasca , temubual , nota lapangan serta analisis lembaran kerja. Ke semua kaedah yang di
gunakan ini telah memberikan dapatan kajian yang positif. Iaitu berlakunya peningkatan dalam
kemahiran membezakan antara industri ringan dan industry berat. Kesimpulannya , strategi ED-
KO yang digunakan ini telah mampu membantu subjek kajian.
PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih ambilan Januari 2010 yang mengambil Kursus Pengajian Sosial di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Saya telah berjaya melaksanakan
dua fasa praktikum sebelum ini dan pada 19 Januari 2013 saya telah di amanahkan untuk menjalankan
praktikum fasa akhir iaitu fasa 3 di SK Samarahan Estate , Serian.
Enrolmen murid pula adalah seramai 108 orang di mana majoriti atau sebahagian besar murid
adalah berasal dari kampung sekitar seperti Kampung Siniawan dan Kampung Jaya Ria. Majoriti atau
kira-kira 98% murid adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam dan hanya terdapat 2 orang murid
bukan Islam di sekolah ini.Saya telah diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Kajian Tempatan tahun
6. Kelas ini terdiri daripada 7 murid lelaki dan 14 murid perempuan. Berdasarkan pencapaian akademik ,
perkembangan akademik murid tahun 6 ini adalah berada pada tahap yang sederhana. Dari keputusan
peperiksaan tahun lalu , kebanyakan murid memperoleh keputusan sederhana di mana rata-rata murid
mendapat markah dalam lingkungan gred B ,C dan D. Namun apa yang boleh di banggakan adalah ,
kesemua murid tahun 6 ini tiada yang termasuk dalam golongan atau kumpulan bermasalah pembelajaran.
Pada saya ini merupakan satu kelebihan kepada saya dalam melaksanakan tugas kajian ini kerana
, jika terdapat salah seorang dari kumpulan sasaran yang mengalami masalah pembelajaran maka keadaan
itu akan mendatangkan kesulitan kepada saya dalam menjalankan kajian tindakan. Justeru , saya amat
berharap agar tugasan kajian tindakan ini dapat bertindak atau berperanan sebagai serampang dua mata
iaitu di dalam memastikan ketercapaian objektif kajian iaitu meningkatkan kemahiran murid terhadap
masalah kajian dan meningkatkan tahap kompetensi saya sebagai seorang guru.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
88
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lepas
Menurut Noriati A. Rashid et al ( 2009 : 25) lagi , pembelajaran boleh di definisikan sebagai
perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat interaksi dengan persekitaran. Justeru , proses
pembelajaran juga boleh di maksudkan sebagai satu proses menerima input daripada pemberi maklumat
dan di serap masuk serta terus di simpan dalam memori penerima dan mengakibatkan proses perubahan
tingkah laku.
Sesi pengajaran dan pembelajaran murid Tahun 6 saya yang berkaitan dengan tajuk kajian
tindakan ini adalah berkaitan dengan tema 5 iaitu Ekonomi Negara di bawah tajuk Kegiatan Ekonomi dan
Lokasi dan di bawah sub topik kegiatan perindustrian di mana tajuk ini akan membincangkan 4 jenis
perindustrian yang terdapat di Malaysia iaitu Industri Pemprosesan , Industri Ringan , Industri Berat dan
Industri Desa.
Saya telah masuk ke kelas dan menyampaikan P&P berkaitan dengan tajuk kegiatan
perindustrian. Sesi P&P ini berjalan lancar. Sesi P&P di mulakan dengan tayangan beberapa slide
bergambar tentang pelbagai kegiatan ekonomi berasaskan perindustrian. Saya meminta murid meneka
apakah yang mereka dapat lihat di dalam gambar-gambar tersebut. Murid kelihatan tertarik dengan
gambar yang saya paparkan kerana mereka suka akan penggunaan LCD dan ICT yang saya gunakan.
Mereka rasakan gambar yang di pamerkan seolah-olah hidup dan ini memberikan idea kepada mereka
untuk meneka gambar-gambar tersebut dan melibatkan diri secara aktif di dalam setiap sesi P&P.
Antara gambar yang di gunakan semasa sesi P&P pada kali ini adalah gambar kilang keluli
sedang mencairkan besi , gambar kegiatan industri desa iaitu industri pemprosesan kerepek pisang serta
gambar industri pemprosesan buah kelapa sawit. Murid kelihatan amat bermotivasi untuk meneka apa
yang di lihat terutama apabila tiba ke gambar pemprosesan buah kelapa sawit. Ini kerana kegiatan
penanaman pokok kelapa sawit amat rapat dengan diri murid kerana Geografi sekolah sendiri yang berada
dalam ladang kelapa sawit dan kebanyakan keluarga murid sendiri adalah terlibat dengan kegiatan
memproses buah kelapa sawit. Secara tidak langsung , pembelajaran kontekstual turut berlaku. Saya telah
menerapkan pembelajaran berdasarkan pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid supaya proses
pembelajaran itu lebih cepat berlaku. Ini jelas bertepatan dengan pendapat oleh Noriati A. Rashid Et. Al (
2009 : 161 ) pengajaran kontekstual membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan
dengan situasi sebenar.
Kemudian , saya meneruskan P&P dengan menyampaikan sesi penerangan berkaitan dengan
pelbagai ekonomi berasaskan industri dan murid berjaya memahami sesi penerangan ini dengan baik
kerana setiap soalan yang saya beri secara lisan berjaya di jawab dengan baik. Secara keseluruhan nya
sesi P&P berjaya di jalankan dengan lancar dan sempurna. Di hujung sesi P&P saya telah memberikan
soalan latihan berbentuk lembaran kerja kepada murid bagi menilai sejauh mana takat atau darjah
ketercapaian objektif atau hasil pembelajaran pada hari ini. Lembaran kerja ini adalah perlu sebagai
langkah pengukuhan.
Namun begitu , semasa saya meminta murid menjawab soalan lembaran kerja , saya mendapati
terdapat sebilangan murid yang menghadapi masalah dalam membezakan antara industri ringan dan
industri. Ini kerana melalui analisis yang di jalankan kebanyakkan murid gagal mejawab soalan berkaitan
dengan industri ringan dan industri berat. Terdapat murid yang belum dapat menyatakan secara tepat 2
contoh kegiatan perindustrian bagi setiap jenis industri. Justeru , saya berpendapat saya harus
menyelesaikan permasalahan ini dan saya telah memutuskan untuk menjadikan isu ini sebagai fokus
kepada kajian tindakan kerana bilangan murid yang bermasalah pada peringkat awal ini adalah agak
ramai dan saya rasa saya akan kecilkan skop kajian ini menggunakan ujian saringan dan ujian diagnostik.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
89
Melalui sesi pemerhatian dan perbincangan yang di jalankan , saya mendapati murid tidak dapat
membezakan industri berat dan industri ringan dengan baik kerana kedua-dua jenis industri ini bukan
berada di dalam ruang lingkup kehidupan murid. Berbanding industri pemprosesan yang berada di
sekeliling mereka serta industri desa yang mudah di fahami kedua-dua jenis industri berat dan ringan ini
juga bersifat kompleks dan sukar di tafsir. Oleh itu , saya berpendapat bahawa saya harus menyelesaikan
masalah atau isu ini dengan menggunakan satu pendekatan berbentuk eskperimental bagi memudahkan
murid memahami dan membuat perbezaan antara industri berat dan ringan.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Pengumpulan data awal
Kelas tahun 6 mempunyai 21 orang murid. Hasil dari lembaran kerja pertama selepas sesi P&P saya
mendapati terdapat seramai 6 orang murid yang gagal mencapai tahap minimum yang sepatutnya di capai.
Berikut merupakah hasil analisis lembaran kerja murid.
Jadual 1 :Markah lembaran Kerja Murid
Rajah 1 : Lembaran Kerja Nora Rajah 2 : Lembaran kerja Hawa
BIL. JENIS INDUSTRI
NAMA IND
US
TR
I
PE
MP
RO
SE
SA
N
IND
US
TR
I
BE
RA
T
IND
US
TR
I
RIN
GA
N
IND
US
TR
I
DE
SA
JUM
LA
H
/ 8
1 2 1 2 1 2 1 2
1. ADLI / / X X X X / / 4 / 8
2. NORA / / X X X X / / 4 / 8
3. UNA X X / X X X / / 3 / 8
4. HAWA / X / X X X / / 4 / 8
5. HAIRUL / / X X X / / X 4 / 8
6. WANI / / X X X X / / 4 / 8
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
90
Rajah 3 : Lembaran Kerja Una
Dari lembaran kerja ini saya berpendapat bahawa murid sememangnya bermasalah dalam
memahami perbezaan antara industri berat dan industri ringan. Justeru , saya telah merangka satu set ujian
diagnostik bagi mendapatkan kepastian sama ada benar atau tidak rumusan yang telah saya lakukan.
Sebelum melaksanakan ujian tersebut , saya telah menyampaikan satu sesi P&P berkaitan tajuk industri
berat dan ringan sahaja. Tetapi saya telah mengecilkan skop dan berfokus kepada beberapa aspek yang
utama sahaja. Namun , sedikit perkara yang menarik perhatian saya adalah , jumlah yang memperoleh
markah kurang dari tahap minimum semakin meningkat. Markah minimun yang telah saya tetapkan
adalah sekurang-kurang 7 dari 14. Berikut merupakan hasil analisis yang diperoleh dari ujian diagnostik
tersebut.
Jadual 2 : 9 Murid Yang Mendapat Markah Terendah Dalam Ujian Diagnostik.
Petunjuk : B – Industri Berat R – Industri Ringan
BIL. NAMA
KE
UN
TU
NG
AN
TE
KN
OL
OG
I
KO
NS
EP
KO
S
TA
BU
RA
N
TA
HA
P
KE
SU
KA
RA
N
TE
NA
GA
BU
RU
H
1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 6 6 7 7
B R B R B R B R B R B R B R JUM.
1. Ainur X X X X X X X X X X X X X X 0
2. Fifi X X X X X X X X X / X X X X 1
3. Adli / / / / X X / / X X X X X X 6
4. Nora X X / X X X / / X X X X / / 5
5. Amy X X / X X X / / X X X X / / 5
6. Una / X / X X X / X / / X X X X 5
7. Hawa X X X X X X X X X X X X X X 0
8. Hadzim X X X X X X / X X X X X X X 1
9. Wani / / / X X X / / / / X X X X 7
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
91
Seperti yang telah saya maklumkan , saya berasa agak terkejut dan tertarik mengapa jumlah yang gagal
memahami konsep industri ringan dan berat ini semakin ramai. Saya telah bertanya kepada guru kelas
mengenai masalah ini dan berikut merupakan maklumbalas yang diberi.
"Murid tahun 6 tahun ini semuanya tidak mempunyai masalah pembelajaran. Mereka
adalah normal. Namun , jumlah 8 orang itu harus diperhalusi. Mungkin dalam kalangan 8
orang murid itu terdapat murid yang menjawab sambil leka sahaja."
(GK / NL / 31 Januari 2013)
Beliau juga telah memberikan beberapa nama yang sebenarnya merupakan murid yang cemerlang , tetapi
gagal mendapat markah minimum. Berikut merupakan senarai nama murid tersebut.
1. Fifi
2. Amy
3. Hadzim
4. Wani
Saya telah menemubual keempat-empat murid di atas dan mereka mengaku bahawa mereka
sememangnya menjawab secara sambil lewa ujian diagnostik yang diberikan. Oleh itu , hasil
perbincangan bersama guru kelas telah mengambil keputusan untuk menyingkirkan 4 murid ini. Justeru ,
saya berpendapat saya harus menjalankan satu ujian saringan akhir bagi mendapat kumpulan sasaran yang
benar-benar bermasalah. Oleh itu , saya telah menyediakan satu set ujian saringan dan telah mengecilkan
skop atau aspek yang ingin di uji. Dan berikut merupakan dapatan ujian saringan yang telah saya
jalankan.
Jadual 3 : 3 Murid markah terendah ujian saringan.
Jadual 4 :Analisa Ujian Saringan
BIL. NAMA MARKAH
/ 10
1. Nora 2
2. Una 0
3. Hawa 2
MURID JAWAPAN ULASAN GURU
Nora Industri berat lebih tinggi dari
industri ringan
Tidak jelas aspek apa yang lebih tinggi
Tenaga buruh lebih canggih dan
moden
Tidak faham akan konsep tenaga buruh.
Tahap kesukaran sangat kompleks
dan sukar
Tidak jelas tahap kesukaran industri apa
yang dimaksudkan sebagai kompleks dan
sukar
Una
Lazimnya berasaskan besi dan keluli Tidak jelas industri apa yang dimaksudkan
Industri ringan lebih tinggi dan
sangat kompleks
Salah konsep
Industri ringan yang paling rendah
dan sukar
Salah konsep
Hawa Tenaga buruh juga industri ringan Tidak faham aspek tenaga buruh
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
92
Selain tidak menjawab dengan tepat , murid-murid ini juga gagal menjawab soalan dengan baik dan tidak
mencuba untuk menjawab. Ini kerana , murid-murid lain berjaya menyiapkan tugasan ini namun ketiga-
tiga mereka tidak mampu menjawab dan keadaan ini jelas menjadi indikator bahawa mereka tidak faham
akan perbezaan antara industri berat dan industri ringan.Hasil analisis di atas mendapati ketiga-tiga murid
ini masih belum mampu membuat perbandingan antara industri berat dan industri ringan. Setelah
melakukan perbincangan dan kolaborasi bersama guru pembimbing dan pensyarah penyelia ,sebanyak 4
aspek akan di gugurkan iaitu:
• Taburan
• Tahap Kesukaran
• Teknologi.
• Konsep
Ketiga-tiga aspek yang pertama iaitu taburan , tahap kesukaran dan teknologi ini telah di
gugurkan kerana saya berasakan bahawa ketiga-tiga faktor ini kelihatan tidak jelas dan agak sukar untuk
di rangka kaedah atau strategi intervensi. Selain itu , murid pada usia ini masih belum mampu menyerap
terlalu banyak aspek. Hal ini akan mempengaruhi keputusan atau data intervensi saya kelak. Oleh itu , hal
ini saya golongkan di bawah aspek had atau batasan kajian. Secara umumnya , kajian saya ini hanya
berfokus kepada 3 aspek iaitu :
• Kos
• Keuntungan
• Tenaga buruh.
Ketiga-tiga aspek ini akan menjelaskan tentang konsep atau definisi industri berat atau industri ringan itu
sendiri.
Selain itu , pada saya adalah tidak adil jika terus meletakkan beban kesalahan pada murid. Saya
berpendapat bahawa , sebagai guru yang baik saya harus mendapatkan komen daripada murid berkenaan
berkaitan dengan persoalan yang timbul. Ini kerana sebagai seorang guru, saya bukan sahaja harus
bertindak sebagai pendidik semata-mata bahkan pada sesetengah masa dan keadaan saya harus menjadi
rakan dan pemudah cara kepada mereka. Hal ini di persetujui oleh Bova 1984 di dalam Salhah Abdullah
dan Ainon Mohd (2005 : 55 ) Mentor (guru) haruslah berperanan sebagai kawan , pembimbing ,
kaunselor dan guru. Justeru , bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan tepat , saya telah
menjalankan satu sesi temubual bersama kesemua kumpulan sasaran ini.
Guru
Nora
Guru
Nora
: Mengapakah kamu tidak dapat menyatakan perbezaan antara industri berat
dan industri ringan ini dengan baik?
: (Tersenyum dan menggelengkan kepala)
: Janganlah malu , cuba beritahu saya kenapa kamu tidak dapat menjawab
soalan ini dengan baik.
: Susah nak faham cikgu.
TB 28 / 2 / 2013
Guru
Una
Guru
Una
: Saya lihat kamu tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Mengapakah
kamu tidak dapat membezakan industri berat dna industri ringan ini?
: Tidak tahu cikgu.
: Cuba kamu beritahu saya , mengapa kamu tidak dapat menjawab soalan ini?
: Susah la nak faham tajuk ini cikgu. Tak jelas.
TB 28 / 2 / 2013
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
93
Guru
Hawa
Guru
Hawa
Cikgu
Hawa
: Cikgu lihat , kamu langsung tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.
Mengapakah kamu langsung tidak dapat menjawabnya.
: Saya keliru cikgu.
: Apakah yang membuatkan kamu keliru
: (Tersenyum sambil menggelengkan kepala)
: Cuba kamu beritahu saya , mengapakah kamu tidak dapat membezakan
industri ringan dan industri berat ini?
: Banyak sangat cikgu. Keliru
TB 28 / 2 / 2013
Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan ini , rata-rata murid memberikan jawapan yang
hampir sama iaitu tidak faham dan tidak tahu serta keliru kerana terdapat terlalu banyak konsep yang
perlu di ingat.
"Murid menyatakan terlalu banyak konsep perlu di hafal. Mereka juga turut menyatakan
bahawa mereka tidak dapat menyaksikan sendiri industri-industri yang di fokuskan iaitu
industri ringan dan industri berat berbanding industri pemprosesan dan desa yang banyak
terdapat di sekeliling mereka"
( NL 1 / 3 / 2013 )
Oleh itu , saya mengambil keputusan untuk menggunakan eksperimen sebagai langkah intervensi
kerana eksperimen itu sendiri jelas bersifat konstruktivisme dan mudah di lihat secara jelas oleh murid.
Ekperimen juga mampu menimbulkan konflik kognitif di mana murid akan berfikir secara aktif dan kritis.
Apa yang dimaksudkan di sini adalah murid akan memperbetulkan konsep yang tidak benar di dalam
minda sebelum ini dan memperbetulkan konsep itu melalui ekperimen yang dijalankan. Bertitik tolak dari
itu , saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan teknik eksperimen sebagai kaedah intervensi.
Hal ini turut disokong oleh Arkes & Garske , 1977 ; McDonald , 1965 di dalam Azizi Yahya
(2005 : 50 ) yang menyatakan bahawa seseorang itu akan merujuk sistem kepercayaan dan alternatif
pilihanya bagi menaksir semula maklumat supaya ketidakserasian dapat dikurangkan. Oleh hal yang
demikian , saya merasakan bahawa pendekatan atau penggunaan kaedah ekperimen ini mampu
mengurangkan kekeliruan di samping dapat memperkukuhkan lagi skema yang benar dan betul di dalam
kognitif murid-murid.
KUMPULAN SASARAN
Saya telah memilih 3 orang subjek kajian yang kekal mendapat markah terendah dalam 3 sesi saringan
dan tinjauan awal.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
94
Jadual 5 : Analisis Keseluruhan Kumpulan Sasaran.
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 3 orang murid tahun enam. Ketiga-tiga mereka adalah
murid perempuan berbangsa Melayu. Iaitu Nora , Una dan Hawa. Kesemua mereka termasuk dalam
golongan murid yang berprestasi agak lemah dan memperoleh gred yang kurang memuaskan seperti gred
C,D dan E semasa ujian akhir tahun 2012. Kesemua mereka mempunyai masalah yang sama iaitu tidak
mampu membezakan antara industri berat dan industri ringan dengan baik. Kriteria pemilihan mereka
adalah daripada data lembaran kerja , ujian diagnostik , ujian saringan , data temubual serta pemerhatian
yang telah dilaksanakan.
STRATEGI TINDAKAN
Strategi ED-KO.
Saya telah menggunakan strategi ED-KO sebagai strategi dalam membantu murid membezakan antara
industri berat dan industri ringan. ED-KO merupakan satu gabungjalin antara 3 unsur utama iaitu :
a) Eksperimental b) Dacing c) Teori Konstruktivisme
Secara amnya bagi melaksanakan kajian saya ini , saya telah memilih untuk menggunakan
pendekatan eksperimental sebagai kaedah intervensi. Pada pendapat saya , pendekatan eksperimental
merupakan satu pendekatan yang amat baik kerana murid dapat melihat dan mengalami sendiri
pengalaman membina input. Pengalaman hands-on ini amat penting kerana ia berbentuk konstruktivis.
Menurut Noriati A. Rashid et. Al (2009) konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar
sebagai pembina pengetahuan , bukannya sebagai penerima pengetahuan. Ini bermaksud murid bukan
hanya berperanan sebagai penerima input semata-mata tetapi mereka akan bergerak secara aktif untuk
membina pengetahuan kendiri.
Dacing atau penimbang pula digunakan bagi membantu murid dalam menambah kefahaman
murid berkaitan dengan konsep berat dan ringan. Saya mendapat ilham untuk menggunakan dacing
apabila membuat perkaitan antara isu atau masalah utama kajian iaitu kegagalan murid untuk mentafsir
apakah yang dimaksudkan dengan "berat" dan "ringan". Pada pendapat saya, dacing merupakan alatan
atau alat pengukuran yang paling sesuai dan berbentuk nyata yang dapat dilihat oleh mata kasar dalam
memberi kefahaman kepada murid mengenai maksud atau konsep industri berat dan ringan.
Teori Konstruktivisme pula merupakan pegangan asas dan paling utama yang menjadi tonggak
kepada kajian tindakan saya ini. Pada saya , murid dapat membina input atau memahami isi pelajaran
paling cepat dan sempurna dengan membina sendiri pengetahuan.
PENILAIAN
LEMBARAN KERJA
UJIAN DIAGNOSTIK UJIAN SARINGAN
NAMA JUMLAH
/ 8
NAMA JUMLAH
/ 14
NAMA JUMLAH
/ 10
Adli 4 / 8 Ainur 0 / 14 Adli 4 / 10
Nora 4 / 8 Adli 6 / 14 Nora 2 / 10
Una 3 / 8 Nora 5 / 14 Una 0 / 10
Hawa 4 / 8 Una 5 / 14 Hawa 2 / 10
Hairul 4 / 8 Hawa 0 / 14
Wani 4 / 8
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
95
Pendapat ini turut di sokong oleh Azizi Yahaya et. al ( 2005 : 28 ). Beliau menyatakan bahawa
Teori Kontruktivisme menyatakan bahawa pelajar membentuk pengetahuan baru dengan membina
pengetahuan baru daripada pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Maksudnya , murid telah mempunyai
kemahiran asas dan kaedah intervensi yang di jalankan hanya membantu murid untuk membina
pengetahuan baru dan menambahbaik skema sedia ada. Justeru , kaedah intervensi yang saya laksanakan
ini adalah berasaskan kepada teori ini.
Langkah-Langkah Intervensi
Langkah 1: Penerangan guru dan motivasi
Langkah pertama ini memberi peluang kepada guru untuk menerangkan kepada murid apa yang akan
berlaku semasa sesi intervensi. Guru telah menerangkan kepada murid tentang industri berat dan industri
ringan berbantukan imej gambar yang telah dicetak. Guru turut memberikan kata-kata pujian sebagai satu
bentuk motivasi jika murid berjaya menjawab atau memberikan respon yang baik.
Rajah 4 : Langkah 1
Langkah 2: Perbincangan Kumpulan
Pada langkah ini , konsep perbincangan diperluas kepada kumpulan. Guru bersoal jawab dengan murid
mengapa murid tidak mampu membezakan industri berat dan industri ringan dengan baik. Pada langkah
ini juga , guru turut menjalankan taklimat ringkas dan arahan-arahan sesi eksperimen yang akan
dilaksanakan dalam langkah 3. Langkah ke-2 ini turut membantu subjek kajian untuk mendapatkan lebih
kefahaman tentang industri berat dan industri ringan.
"One learning theory worth considering is constructivism (Scheurman & Yell , 1998 ; Steffe
& Gale , 1995). Constructivists argue that learning is an active processn, that knowledge is
acquired as learners interact with the environment and modify what they already know. When
students encounter new information , ideas and things , they relate it to the knowledge they
have."
James J. Zarillo (2004 : 27)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
96
Rajah 5 : Langkah 2
Langkah 3: Sesi Eksperimen
Langkah ini merupakan langkah klimaks kepada sesi intervensi yang dilaksanakan. Guru membantu
murid menjalankan eksperimen yang menggunakan sebuah radas yang di ilhamkan dari binaan sebuah
dacing penimbang. Sebanyak 3 bahan maujud yang menjadi perwakilan keapda 3 aspek yang difokuskan
telah digunakan iaitu
-Duit Syiling 20 Sen : Kos Pelaksanaan
-Duit Syiling 50 Sen : Keuntungan
-Paku : Tenaga Buruh
Kesemua bahan maujud ini diletakkan di dalam bekas diatas dacing dan subjek kajian dikehendaki untuk
menimbang bahan maujud ini sehingga skala di setiap bekas mencecah indikator “berat” dan “ringan”.
Kemudian , semua bahan maujud ini akan ditempatkan pada “carta ED-KO”.
Rajah 6 : Sesi Eksperimen Sedang Dilaksanakan Rajah 7 : Indikator “Berat” dan “Ringan”
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
97
Rajah 8 : Carta ED-KO (Pasca Eksperimen)
Langkah 4: Penilaian
Saya telah mengadakan aktiviti kuiz dan soal jawab ringkas serta ujian pasca bagi membuat penilaian
tahap kefahaman murid dan kemampuan mereka menghubungkait fakta yang dipelajari dengan sesi
ekperimen yang dijalankan.Saya juga membuat temubual setelah kaedah ini dijalankan.
Cara pengumpulan data
Terdapat beberapa jenis teknik atau kaedah pengumpulan data yang telah saya gunakan di dalam
mendapatkan data dan maklumat dalam kajian ini. Saya telah menggunakan kaedah pengumpulan data
seperti pemerhatian , Ujian Pra dan Ujian Pasca serta temubual
DAPATAN
Strategi ED-KO ini yang antara lainnya menggunakan eskperimen sebagai salah satu unsur utama dalam
membantu subjek kajian dalam membezakan industri berat dan industri ringan di lihat mampu
menambahkan kefahaman subjek kajian terhadap isu yang difokuskan. Subjek kajian dilihat amat tertarik
dengan bahan maujud dan aplikasi radas eksperimen yang telah guru gunakan. Hal ini jelas di nyatakan
didalam nota lapangan yang berikut:
“Semasa sesi perbincangan kumpulan , dilihat perbincangan yang agak aktif berlaku
dalam kalangan subjek kajian. Mereka seringkali berbincang akan perbezaan yang wujud
antara industri berat dan ringan. Penggunaan bahan maujud seperti duit syiling sebagai
perwakilan kepada aspek yang difokuskan dilihat berjaya membantu kefahaman subjek
kajian ini.”
(NL 18 / 4 / 2013)
Pemerhatian yang positif ini dikukuhkan lagi dengan pentadbiran ujian pra dan pasca yang telah
dilaksanakan. Terdapat peningkatan yang sangat positif terhadap ketiga-tiga subjek kajian. Berikut
merupakan data ujian pra dan ujian pasca yang telah diperoleh.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
98
Jadual 6: Skor Ujian Pra dan Pasca
Nama Ujian Pra Ujian Pasca Jumlah Peningkatan
Nora 2 / 6 6 / 6 4
Una 2 / 6 6 / 6 4
Hawa 1 / 6 6 / 6 5
Perbandingan skor antara ujian pra dan ujian pasca di atas jelas membuktikan bahawa intervensi yang
dilaksanakan dengan menggunakan strategi ED-KO ini berjaya dan mampu membantu subjek kajian
dalam meningkatkan kefahaman mereka berkenaan isu yang difokuskan iaitu perbezaan antara industri
berat dan industri ringan.
Selepas sesi penilaian saya telah mendapatkan respon ketiga-tiga subjek kajian dan ternyata respon yang
diberikan amat positif.
Guru : Antara industri berat dan industri ringan, industri manakah yang lebih menjana
keuntungan?
Una , Hawa
, Nora
: Industri berat la cikgu.
Guru : Mengapa industri berat?
Una : Sebab banyak duit letak pada tempat keuntungan industri berat masa kita buat
aktiviti tadi
Hawa , Nora : (Mengangguk kepala)
TB 18/4/2013
Guru : Pada pendapat kamu mengapakah kos untuk melaksanakan industri berat
adalah tinggi?
Nora : Banyak barang kena beli.
Una : Tadi , cikgu ada ajar kita nak buat kereta kena guna banyak duit beli banyak
barang.
Guru : Hawa , kamu pula macamana?
Hawa : Tadi ada banyak duit dalam bahagian industri berat.
TB 18/4/2013
Selain itu juga , guru dapat melihat keberkesanan teori konstruktivisme yang telah digunakan di dalam
intervensi yang dijalankan ini melalui pelaksanaan sesi eksperimen. Ini kerana , guru hanya terlibat pada
permulaan sahaja dan segala bentuk perbincangan dan perjalanan eksperimen yang selanjutnya telah
mampu dilaksanakan sendiri oleh subjek kajian. Pemerhatian ini telah direkodkan di dalam nota lapangan
seperti yang berikut.
“Murid kelihatan amat teruja melakukan aktiviti eksperimen yang dirancang dan guru dapat
melepaskan kepada mereka untuk menjalankan eksperimen secara bebas tanpa bantuan
guru dan mereka mampu membina pengetahuan sendiri dan ini mematuhi teori
konstruktivisme itu sendiri.”
(NL 18 / 4 / 2013)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
99
Secara ringkasnya , strategi dan intervensi yang digunakan telah berjaya membantu subjek kajian dalam
membezakan industri ringan dan industri berat dengan baik. Gabungjalin antara 3 unsur ini iaitu
Eksperimental , Dacing dan Konstruktivisme telah berjaya menjadi satu set kit pembelajaran yang amat
efektif dalam mencapai objektif yang digariskan.
REFLEKSI
Terdapat pelbagai kekuatan dan kekurang sepanjang melaksanakan kajian ini yang telah saya peroleh.
Antara kekuatan yang paling nyata adalah gabungjalin antara teori konstruktivisme dan aplikasi kaedah
eksperimental merupakan satu gabungan yang mantap dalam menjadi satu tunjang untuk membantu
murid dalam memahami sesuatu isu pembelajaran. Selain itu juga , saya amat gembira kerana berjaya
mengaplikasikan teori pembelajaran di dalam kajian ini dan telah berjaya membuktikan bahawa jika
sesuatu teori pembelajaran itu siaplikasikan dalam situasi yang sesuai maka dapatan yang diperoleh
adalah amat positif. Cuma satu kekurangan yang saya rasa harus ditambahbaik adalah dari aspek binaan
radas.. Mungkin binaan radas saya bagi sesi intervensi kajian relung pertama ini kurang berkualiti jadi
saya berpendapat bahawa binaan radas bagi sesi eksperimen ini hendaklah lebih kukuh dan berkualiti.
Selain itu , sebagai seorang guru yang baik setiap murid adalah berharga. Justeru, seorang guru tidak
harus membiarkan murid yang lemah terus ketinggalan dan hanya fokus kepada murid yang cemerlang.
Begitu juga dengan silibus. Setiap isi kandungan pelajaran adalah penting, justeru walaupun hanya
terdapat sedikit isi pelajaran yang tidak dapat dikuasai murid , seorang guru hendaklah memastikan
bahawa tiada isi pelajaran yang gagal disampaikan dan berusaha sehabis mungkin dalam memastikan
semua isi pelajaran dapat di sampaikan dnegan baik kepada semua murid.
CADANGAN KAJIAN / TINDAKAN SETERUSNYA
Terdapat beberapa cadangan kajian atau tindakan selanjutnya yang boleh dizahirkan pada masa akan
datang. Antaranya adalah dengan membuat inovasi dengan merangka satu kit ringkas supaya subjek
kajian mampu menjalan eksperimen secara berdikari tanpa kehadiran guru. Kit ini haruslah mampu
memberi panduan kepada murid dalam menjalankan sesi intervensi. Selain itu , semasa dalam ruangan
refleksi ada dinyatakan bahawa binaan radas eksperimen ini adalah kurang memuaskan, justeru adalah
baik sekiranya binaan radas dapat ditambahbaik supaya lebih menarik , kukuh dan berkualiti. Akhir sekali
, saya mendapati bahawa gabungjalin antara teori konstruktivisme dan teknik atau kaedah eksperimen
merupakan satu gabungan yang amat baik dan alangkah baiknya pada masa hadapan kita dapat merangka
lebih banyak kajian dalam mengaplikasikan strategi eksperimental dan teori konstruktivisme sebagai satu
langkah dalam membantu pemahaman murid dalam pelbagai tajuk atau matapelajaran lain yang sesuai
RUJUKAN
Abd Rahim Bin Md Nor et.al (2007) Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 6 Sekolah Kebangsaan . Kuala
Lumpur . Dewan Bahasa Dan Pustaka
Azizi Yahaya et. al (2005) . Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan . Selangor . PTS Profesional Publishing
Sdn Bhd
James J. Zarillo (2004) Teaching Elementary Social Studies , Principles And Applications Second
Edition. New Jersey . Pearson Education Inc.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2005) Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 6
Noriati et. al (2009) Murid Dan Alam Belajar. Selangor . Oxford Fajar Sdn. Bhd
Salhah Abdullah dan Ainon Mohd (2005) Guru Sebagai Mentor . Bentong . PTS Professional Publishing
Sdn Bhd.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
100
“FUN-SQUARE” : SATU STRATEGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 4
MENGENALPASTI JENIS RUMAH YANG SESUAI DIBINA BERDASARKAN BENTUK
MUKA BUMI
Mohamad Hasbullah Bin Zainal Abidin
haszboyz90@gmail.com
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
John Anak Brodi
johnbrodi@yahoo.com
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid mengenalpasti jenis rumah yang sesuai dibina
berdasarkan bentuk muka bumi tanah pamah, tanah tinggi dan pinggir laut menggunakan strategi
“fun-square”. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada enam (6) orang murid Tahun 4 di
SK Lubok Antu Reban, Sarawak. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
murid – murid ini dilaksanakan dengan menganalisis lembaran kerja mereka selepas sesi pegajaran
dan pembelajaran. Kemudian ujian diagnostik dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah serta
kumpulan sasaran dalam kajian ini. Bedasarkan analisis, murid didapati tidak dapat mengenalpasti
jenis rumah berdasarkan bentuk muka bumi, manakala penyampaian guru yang menggunakan
kaedah yang sama dalam pengajaran dan pembelajaran tidak efektif dalam topik ini. Saya amat
yakin pembelajaran melalui permainan dapat membantu murid dalam proses pembelajaran mereka.
Maka saya menggunakan strategi “fun-square” untuk menangani masalah tersebut. Selepas
menjalankan strategi “fun-square” murid- murid dapat mengenalpasti jenis rumah yang sesuai dibina
berdasarkan bentuk muka bumi tanah pamah, tanah tinggi dan pinggir laut dengan tepat. Analisis
skor ujian pra dan pos menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Hasil kerja murid dalam
ujian pra dan pos juga membuktikan peningkatan pencapaian. Dapatan ini diperkukuhkan dengan
analisis temu bual, nota lapangan dan catatan jurnal yang menunjukkan murid–murid mampu
mengenalpasti jenis rumah berdasarkan bentuk muka bumi dengan tepat. Strategi “fun-square” amat
membantu mereka untuk menguasai topik ini dengan berkesan.
PENGENALAN
Konteks Kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2010
yang mengambil opsyen Pengajian Sosial sebagai opsyen major di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Abdul Razak (IPGKTAR) Kota Samarahan Sarawak. Sepanjang menuntut di Institut ini, saya telah
melaksanakan dengan jayanya dua fasa praktikum iaitu fasa pertama selama sebulan di SK Plaie D.C Kota
Samarahan, fasa kedua selama dua bulan di SK Moyan Laut Asajaya dan pada 21 Januari 2013, saya
sekali lagi telah dihantar bagi melaksanakan latihan praktikum selama tiga bulan bagi fasa ketiga di
Sekolah Kebangsaan Lubok Antu Reban, dalam daerah Serian, Sarawak. Selama tiga bulan berpraktikum
di SK Lubok Antu, saya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kajian
Tempatan Tahun 6 dan 4, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi tahun 5. Kajian tindakan ini
dilaksanakan bagi murid tahun 4. Kelas ini mempunyai 12 orang murid sahaja di mana 4 orang adalah
lelaki dan 8 orang perempuan. Bilangan murid yang sikit ini tidak menggambarkan tugas saya yang
mudah, sebaliknya ia adalah selaras sama dengan kelas yang mempunyai ramai murid kerana
tanggugjawab memberi kefahaman dan capaian hasil pelajaran tetap sama untuk mencapai tahap yang
maksimum. Jika mengimbas kembali prestasi mereka, disimpulkan bahawa pencapaian akademik murid
tahun 4 adalah dalam prestasi yang sederhana. Pelbagai aras prestasi ini menyebabkan saya melaksanakan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
101
pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran termasuklah nyanyian, pembelejaran koperatif, kuiz,
pembelajaran luar bilik darjah dan sebagainya.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lepas
Pada 7 Februari 2013, saya telah mengajar kelas tahun 4 mata pelajaran Kajian Tempatan di bawah tema
1 iaitu Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia di bawah tajuk Bentuk Muka Bumi Mempengaruhi Jenis
Rumah ( Geografi Fizikal ). Saya telah memulakan dengan set induksi menggunakan pendekatan
nyanyian lagu bertajuk “Rumah Kita” . Lagu ini dinyanyikan mengikut rentak lagu “Can Mali Can Ooi
Ooi” . Menurut Noraini (2003) iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan
kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong
penumpuan.
Selepas induksi, saya meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menerangkan kepada murid
berkaitan isi pelajaran pada hari itu mengenai jenis rumah yang sesuai dibina berdasarkan bentuk muka
bumi. Saya memulakan sesi dengan mengemukan soal jawab kepada murid berkaitan rumah mereka.
Soalan berkaitan lokasi rumah mereka ini mampu memberi gambaran jelas kepada isi pelajaran kerana ia
melibatkan kehidupan seharian murid secara langsung. Selepas soal jawab ringkas tersebut, saya
seterusnya menampal tiga gambar bentuk muka bumi iaitu gambar tanah pamah, tanah tinggi dan pinggir
laut. Menurut kajian, penggunaan visual atau gambar dapat menarik perhatian murid sehingga 75%
berbanding 40% dengan kaedah biasa.
Semasa sesi penerangan ini, saya telah membuka soalan kepada murid tentang andaian mereka berkenaan
rumah yang sesuai dibina mengikut bentuk muka bumi bertujuan melihat pengetahuan sedia ada dan
jangkaan persepsi mereka. Saya juga telah memberikan contoh-contoh rumah yang realistik mengikut
bentuk muka bumi. Saya juga turut menerangkan sebab mengapa jenis-jenis rumah tersebut sesuai dibina
di bentuk muka bumi tertentu untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid berkaitan rumah yang sesuai
dibina di kawasan bentuk muka bumi tertentu. Di akhir langkah ini, saya sekali lagi mengemukakan soalan
umum kepada murid samaada terdapat aspek isi pelajaran yang masih tidak difahami. Strategi ini bagi
meninjau secara langsung kefahaman murid kepada isi pelajaran yang disampaikan.
Langkah pengajaran diteruskan dengan membahagikan murid kepada tiga kumpulan menggunakan batang
lidi aiskrim berwarna. Ia dapat memecahkan murid daripada kelompok selesa kumpulan sedia ada mereka
kepada pembentukan satu kumpulan yang baru. Murid di bahagikan kepada kumpulan tanah pamah,
kumpulan tanah tinggi dan kumpulan pinggir laut. Setiap kumpulan diminta berbincang dan
menyenaraikan jenis rumah yang sesuai dibina berdasarkan bentuk muka bumi serta sebab ia sesuai dibina
di kawasan tersebut. Selesai sesi perbincangan, dapatan hasil ditulis di atas kertas sebak dan
kemudiaannya ia ditampal di tiga stesen.
Saya mewujudkan tiga stesen bentuk muka bumi di dalam kelas. Murid diminta menampal hasil
perbincangan kumpulan mengikut stesen bentuk muka bumi yang telah ditetapkan. Selepas itu, saya
mengedarkan borang pengurusan grafik maklumat kepada setiap murid dan mereka diminta bergerak ke
setiap stesen bagi mendapatkan maklumat tentang jenis rumah yang sesuai dibina berdasarkan bentuk
muka bumi. Hasil semakan saya terhadap lembaran maklumat grafik, murid berjaya mencatatkan jenis
rumah yang sesuai dibina di kawasan bentuk muka bumi tertentu dengan betul dan tepat.
Langkah seterusnya adalah saya mengedarkan lembaran kerja pengukuhan kepada setiap murid.
Di akhir sesi pengajaran, sekali lagi saya membuka soalan dengan menanyakan “Apakah jenis rumah yang
sesuai dibina di kawasan tanah pamah, tanah tinggi, dan pinggir laut” . Selesai sesi pengajaran dan
pembelajaran, melalui semakan lembaran kerja pengukuhan, jelas menunjukkan terdapat beberapa orang
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
102
murid yang tidak dapat mengenalpasti jenis rumah yang sesuai dibina berdasarkan bentuk muka bumi
tertentu. Saya menyedari hal ini adalah mungkin disebabkan kurangnya contoh rumah yang diberikan
berdasarkan kepada bentuk muka bumi. Contoh rumah yang realistik atau berkaitan dengan kehidupan
murid kurang dikaitkan sepanjang sesi pengajaran berlangsung. Ia menyebabkan murid terhad kepada
contoh – contoh rumah yang mereka tidak pernah tahu sebelum ini menyebabkan mereka tidak dapat
mengingati contoh jenis rumah tersebut. Selain itu juga, langkah pengajaran yang formal seperti
perbincangan kumpulan dan stesen serta penerangan guru merupakan satu strategi pengajaran yang
seringkali digunakan di dalam kelas. Ia menyebabkan mereka bosan dan tidak begitu bersungguh-
sungguh. Saya juga menyedari bahawa kurangnya pengetahuan mereka berkaitan dengan sebab
“mengapa” rumah tersebut sesuai dibina di sesuatu kawasan. Ini terbukti melalui lembaran kerja yang
diberikan di mana hampir sebahagian besar murid menyenaraikan rumah yang salah pada bentuk muka
bumi tertentu juga hampir kesemua murid menjawab salah terhadap soalan “mengapa” rumah-rumah
tersebut sesuai dibina di kawasan bentuk muka bumi tertentu. Ia berkaitan dengan kefahaman serta
keupayaan murid mengingat fakta yang diberikan.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
SK Lubok Antu Reban, Serian mempunyai 12 orang murid tahun 4. Melalui tinjauan latar belakang murid
berdasarkan temubual dengan guru kelas serta tugasan lembaran kerja pengukuhan dan ujian diagnostik
yang diberikan, saya telah mengenalpasti 6 orang murid yang mengalami masalah dalam mencapai
objektif pembelajaran yang digariskan.
“ Kelas tahun 4 mempunyai murid bermasalah seperti Katijah dan Sharmiza. Mereka sering
hilang tumpuan di dalam kelas. Sharmiza sering berubah tingkahlakunya di dalam kelas.
Pasif atau aktif bergantung kepada „mood‟ dia pada hari tersebut. Prestasi akademik yang
lepas juga menunjukkan Husni, Nazirul, Elda dan Fatin mempunyai masalah dalam
beberapa mata pelajaran teras ”
(GK, NL, 08-02-2013)
Saya telah memilih 6 orang murid berdasarkan kepada prestasi akademik mereka merujuk kepada buku
laporan prestasi murid tahunan mereka semasa mereka di tahun 3 persekolahan. Mereka juga dipilih
selepas gagal dalam latihan lembaran kerja pengukuhan mengenalpasti jenis rumah yang sesuai dibina
berdasarkan kepada bentuk muka bumi tertentu. Saya juga memilih mereka selepas mengadakan tinjauan
pemerhatian terhadap tingkahlaku mereka di dalam kelas dan juga temubual saya bersama guru mata
pelajaran Kajian Tempatan tahun 4 di sekolah. Berikut merupakan catatan temubual saya bersama guru
tersebut.
Saya : Cikgu, boleh tak cerita kat saya mengenai prestasi akademik murid – murid
tahun 4 ?
Pn Suzy
Richard
: (ketawa kecil) owh pasal mereka ya. Urmm prestasi akademik mereka secara
keseluruhannya sederhana je. Ada murid yang lemah dan ada murid yang
pandai. Murid yang agak lemah pencapaian mereka terutamanya Sharmiza dan
Katijah. Mereka berdua ni ikut „mood‟ nak belajar. Budak lelaki juga agak
lemah prestasi mereka terutama pada subjek teras. Antaranya adalah Husni dan
Nazirul. Husni ni nakal dalam kelas, Nazirul pula pendiam dan agak pasif dan
pemalu.
Saya : Owh begitu, memang betul sangkaan saya. Urmm, macam mana pula dengan
pandangan cikgu tentang aras kognitif Husni, Nazirul, Elda, Fatin, Katijah dan
Sharmiza ni semasa mengajar mereka sebelum ni?
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
103
Pn Suzy
Richard
: Mereka ni ok, Cuma agak kurang memberi tumpuan dalam kelas. tentang aras
kognitif mereka, Husni dan Nazirul boleh ingat apa yang dipelajari Cuma
mereka malas sahaja. Elda dan Fatin ni pula kawan baik, mereka sama saja.
Sederhana dalam aras kognitif. Boleh tengok bila kita soal mereka, mereka
teragak-agak menjawab. Katijah dan sharmiza agak lemah dalam mengingat
fakta. Rasanya kesemua mereka ni ada masalah malas berusaha dan sering
berkhayal. Namun mereka jika diberikan galakan dan dorongan yang betul,
pasti dapat ingat.
(TB, GK, 08-02-2013)
Langkah permulaan bagi pembuktian masalah atau isu yang wujud ini adalah selepas sesi pengajaran
dilaksanakan, saya telah mengedarkan lembaran kerja pengukuhan kepada setiap murid. 6 orang murid
yang bermasalah telah dikenalpasti melalui hasil lembaran kerja pengukuhan yang diberikan dimana
mereka dengan jelas sekali tidak dapat menjawab nama jenis rumah berdasarkan kepada bentuk muka
bumi tertentu. Analisis data markah bagi latihan pengukuhan setiap murid adalah seperti berikut :
Jadual 1 : skor latihan pengukuhan tahun 4
BIL NAMA MARKAH
1 Elda 5 / 9
2 Farahana 9 / 9
3 Fatin 5 / 9
4 Husni 4 / 9
5 Haziqah 9 / 9
6 Katijah 3 / 9
7 Nuruddin 8 / 9
8 Nazirul 7 / 9
9 Qamarul 9 / 9
10 Rasyiqah 9 / 9
11 Sharifah 9 / 9
12 Sharmiza 3 / 9
Saya telah merangka satu set ujian diagnostik bagi melihat dengan lebih jelas samaada 6 orang murid ini
sememangnya mempunyai masalah dalam mengenalpasti jenis rumah berdasarkan bentuk muka bumi atau
sebaliknya. Ujian diagnostik ini dijalankan pada 8 Februari 2013 dan ia digunakan untuk dapat
membuktikan dengan lebih jelas masalah mereka mengenalpasti jenis rumah tersebut. Skor ujian
diagnostik adalah seperti berikut.
Jadual 2 : skor bagi ujian diagnostik
Bil Nama Jumlah Markah
1 Elda 5 / 9
2 Fatin 5 / 9
3 Husni 2 / 9
4 Katijah 3 / 9
5 Nazirul 5 / 9
6 Sharmiza 1 / 9
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
104
Seterusnya saya telah melaksanakan satu sesi temubual pada 8 Februari 2013.
Saya : Soalan cikgu mudah saja, dalam latihan yang cikgu beri berkaitan jenis
rumah tu, kenapa kamu tidak dapat menjawabnya dengan betul Elda ?
Elda : (pandang ke arah lain sambil tersenyum) . saya lupa lah jawapannya cikgu.
Fatin : (sambil menggengam tangan) . lupa cikgu (senyum)
Elda : (senyum) . tak tau jawapan cikgu ( menggeleng kepala)
Katijah : saya tidak ingat cikgu
Nazirul : Sebab saya tidak nak jawab apa. (pengang kaki berulang kali)
Sharmiza : (mengangkat kedua belah bahu) tidak ingat.
(TB, 8-02-2013)
“ Sharmiza dan Katijah memberikan jawapan yang jauh tersasar daripada topik iaitu jenis
rumah, mereka pula memberi jawapan “ruang” . Husni, Nazirul, Katijah dan Elda pula
masih keliru antara jenis rumah dengan bangunan lain. Sebahagian jawapan mereka
betul”. Semasa temubual pula, ada antara mereka yang sangat pemalu sehingga tidak
memberi respon”
(NL, 8-02-2013)
Melalui lembaran kerja pengukuhan, ujian diagnostik, temubual, nota lapangan dan rekod prestasi 6 orang
murid ini, jelas menunjukkan bahawa mereka semua sememannya mempunyai masalah dalam
pembelajaran. Mereka mempunyai masalah dalam mengenalpasti jenis rumah berdasarkan bentuk muka
bumi kerana mempunyai kelemahan dari aspek mengingat fakta yang disampaikan selain menghubungkait
fakta tersebut dengan jelas dan terperinci. Jadi fokus kajian saya telah dikenalpasti dengan jelas bagi
menjalankan satu penyelidikan tindakan ke arah penambahbaikan yang lebih baik dan berkesan.
Pemilihan fokus kajian ini dilihat melalui beberapa aspek. Aspek kebolehtadbirannya di sekolah yang
mana ia dapat dilaksanakan dengan baik pada peruntukan waktu kajian tempatan saya di sekolah.
Kepentingan dan kebolehgunaan kajian berkaitan tajuk “Jenis Rumah Yang Sesuai Dibina Berdasarkan
Bentuk Muka Bumi” ini bagi membolehkan murid mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan seharian
mereka untuk menganjurkan pembinaan rumah yang sesuai mengikut bentuk muka bumi tertentu.
Kolaborasi dengan guru juga sangat baik dan mampu memberikan prospek yang baik ke atas fokus kajian
pada kali ini. Kajian ini sangat releven dilaksanakan kerana ia akan memberikan faedah yang besar kepada
sekolah dengan mengetengahkan strategi baru pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan prestasi
murid umumnya.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada enam orang murid tahun 4. Mereka terdiri daripada dua orang
murid lelaki dan empat orang murid perempuan iaitu Elda, Fatin, Husni, Katijah, Nazirul dan Sharmiza.
Mereka adalah tergolong dalam kelompok murid berprestasi sederhana akademik. Melalui lembaran
kerja, nota lapangan, ujian diagnostik dan temubual, kesemua mereka dikenalpasti tidak dapat mencapai
objektif pembelajaran topik secara minimum iaitu mereka tidak dapat mengenalpasti jenis rumah yang
sesuai di bina di kawasan bentuk muka bumi tanah pamah, tanah tinggi dan pinggir laut.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
105
STRATEGI TINDAKAN
Langkah 1: Penenalan / Induksi
Saya memulakan sesi pelaksanaan intervensi ini melalui pengedaran ujian pra bagi melihat tahap ingatan
mereka terhadap jenis rumah yang sesuai dibina berdasarkan bentuk muka bumi tertentu. Seterusnya
langkah kepada pengenalan atau lebih kepada sesi Induksi. Pada sesi ini, saya menggunakan kaedah
nyanyian. Ini bagi memberikan mood baik pada murid dan menarik minat mereka seterusnya untuk
pengajaran dan pembelejaran. Lirik nyanyian yang digunakan adalah seperti berikut:
“bentuk muka bumi pengaruh rumah kita
pelbagai jenis rumah telah dibina
keselamatan tunjang utamanya
bersama kita menjaga ia”
(melodi : can mali can oii oii)
Kemudian, murid disoal secara rawak tentang nama jenis rumah yang ada dan yang diketahui bagi
memberikan saya gambaran samaada mereka masih ingat atau tidak berkaitan nama – nama jenis rumah.
Langkah 2:
Saya menampal gambar tiga jenis bentuk muka bumi yang terdapat di negara kita iaitu bentuk muka bumi
tanah pamah, tanah tinggi dan pinggir laut. Dengan menggunakan gambar jenis rumah, saya menerangkan
jenis rumah yang sesuai dibina di kawasan bentuk muka bumi tertentu dengan memberikan perkaitan
sebab ia sesuai dibina di situ. Langkah ini bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada murid dengan
bantuan visual dan juga murid akan dapat mengingat apa yang disampaikan dengan lebih baik.
Langkah 3: Pemainan “Fun-Square”
Rajah 1 : tapak permainan “Fun-Square”
Sebelum permainan
i. Guru membentangkan satu tapak permainan “Fun Square” (rujuk Lampiran 1).
Semasa permainan
1. Guru memberikan RM 555.00 kepada setiap kumpulan sebagai modal permainan.
2. Wakil kumpulan diminta mencabut undi bagi menentukan giliran.
3. Wakil kumpulan akan membaling buah dadu bagi menentukan jumlah langkah pada tapak
permainan „Fun-Square‟.
------ Rumah
Tanah Pamah Tanah Tinggi Pinggir Laut
----- Peluang
----- Soalan
----- Hadiah
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
106
i. Jika langkah berhenti pada simbol .
- ahli kumpulan diminta membeli sebiji rumah samaada rumah di kawasan tanah pamah, tanah
tinggi atau pinggir laut.
- 3 bekas bentuk muka bumi disediakan ( tanah pamah, tanah tinggi, pinggir laut).
- Kumpulan mestilah berbincang tentang jenis rumah di kawasan bentuk muka bumi mana yang
ingin dibeli.
- Wakil kumpulan diminta mencabut jenis rumah daripada bekas kawasan bentuk muka bumi yang
dipilih dan membayar wang kepada pihak bank.
- Kumpulan diminta menyatakan sebab mengapa rumah tersebut sesuai dibina di kawasan bentuk
muka bumi tersebut.
- Kumpulan yang berhenti pada tapak rumah yang telah dibeli oleh kumpulan lain, maka kumpulan
tersebut diminta membayar sewa kepada tuan rumah pada kadar yang telah ditetapkan selain perlu
juga menjawab soalan mengapa rumah tersebut sesuai dibina di kawasan itu.
ii. Jika langkah berhenti pada simbol
- Ia menandakan kumpulan mendapat satu „Peluang‟
- Wakil kumpulan diminta mencabut „peluang‟ daripada bekas „peluang‟ dan melihat apakah
„peluang‟ yang diperolehi.
iii. Jika langkah berhenti pada simbol
- Maka kumpulan dikehendaki menjawab satu soalan
- Wakil kumpulan akan mencabut soalan daripada bekas soalan dan kumpulan diminta berbincang
tentang jawapan.
- Jawapan yang betul, pihak bank akan memberi tambahan RM20
- Jawapan yang salah, kumpulan didenda membayar pihak bank RM20
iv. Jika langkah berhenti pada simbol
- Kumpulan berhak mendapat ganjaran
- Wakil kumpulan mencabut jenis ganjaran daripada bekas ganjaran yang disediakan.
4. Permainan akan berterusan sehingga peruntukan masa permainan tamat.
5. Pemenang permainan ditentukan melalui jumlah baki wang dan harta yang dimiliki.
Selepas permainan
1. Saya meminta murid membuat rumusan dengan menyenaraikan jenis rumah yang telah dibeli
berdasarkan bentuk muka bumi tertentu secara lisan serta memberikan sebab mengapa rumah-
rumah yang telah dibeli itu sesuai dibina di kawasan bentuk muka bumi tersebut.
Langkah 4: Rumusan dan Penilaian
Saya telah melaksanakan satu sesi soal jawab secara lisan dengan kumpulan sasaran dan mengedarkan
lembaran kerja pengukuhan sebagai satu langkah untuk melihat secara cepat impak pelaksanaan strategi
ini ke atas tahap kefahaman dan perkembangan kognitif mereka.
Langkah 5: Ganjaran
Saya telah memberikan ganjaran kepada setiap murid yang menjadikan ia sebagai satu peneguhan positif
bagi memotivasikan mereka berusaha dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
107
Rajah 2 : Gambar-gambar pelaksanaan langkah intervensi
Cara pengumpulan data
Saya telah menggunakan beberapa cara pengumpulan data dalam usaha memantau prestasi murid-murid
yang terlibat dalam kajian ini. Antara cara pengumpulan data yang telah saya gunakan dalam strategi
“Fun-Square” ini ialah mentadbir Ujian Pra dan Ujian Pos, temu bual dan pemerhatian yang terdiri
daripada nota lapangan dan catatan jurnal mingguan saya.
DAPATAN
Strategi „fun-square‟ ini banyak mengetengahkan aspek pembelajaran aktif melalui bermain yang
dikategorikan sebagai jenis permaian objek dan dalam strategi pembelajaran koperatif di mana kumpulan
sasaran bekerjasama dalam strategi yang dilaksanakan. Melalui strategi ini, ia dilihat mampu menjana
motivasi dalam diri murid untuk belajar sesuatu. Ini termasuklah meningkatkan motivasi murid pasif
untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui strategi yang baik dan
berkesan serta sesuai dengan minat dalam peringkat umur mereka.
Ujian Pra dan Pos
Permulaan dalam strategi intervensi yang dilaksanakan ini, saya memulakan sesi dengan mengedarkan
kertas ujian pra. Ini bagi mendapatkan gambaran awal berkaitan tahap ingatan murid terhadap topik „Jenis
Rumah Yang Sesuai Dibina Berdasarkan Bentuk Muka Bumi Tertentu‟ yang telah di ajar pada sesi
pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Kemudian, selepas seminggu tempoh masa ujian pra dan
intervensi dilaksanakan, saya sekali lagi telah mentadbir satu ujian pos bagi melihat perbezaan prestasi di
antara sebelum strategi dan selepas strategi dilaksanakan. Hasilnya adalah seperti dalam jadual berikut.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
108
Jadual 3 : perbandingan skor ujian pra dan pos
Bil Nama Pra Pos Peningkatan %
1 Elda 7/9 9/9 2 22 %
2 Fatin 7/9 9/9 2 22 %
3 Husni 7/9 9/9 2 22 %
4 Katijah 3/9 9/9 6 67 %
5 Nazirul 5/9 9/9 4 44 %
6 Sharmiza 3/9 9/9 6 67 %
Rajah 3 : graf perbandingan skor ujian pra dan pos
Secara keseluruhannya selepas intervensi dijalankan melalui kaedah pengumpulan data pertama
menggunakan ujian pra dan ujian pos, skor jelas menunjukkan peningkatan jumlah markah. Peningkatan
tertinggi dicatatkan oleh Katijah dan Sharmiza dengan peningkatan sebanyak 6 markah ataupun bersamaan
67 % .
Temubual
Dapatan temubual selepas strategi „fun-square‟ dijalankan bagi mendapatkan data juga telah direkodkan
dan transkripsi temubual adalah seperti berikut
Saya : Boleh tak kamu menamakan jenis rumah yang sesuai dibina berdasarkan bentuk
muka bumi?
Elda : Mesti la cikgu. Kalau bentuk muka bumi tanah pamah, rumah teres dan
kondominium. Tanah tinggi pula rumah banglo dan sebandung. Kalau tanah
pinggir laut rumah rakit dan bagan. Betul tak cikgu?
Fatin : Ingat cikgu, contohnya rumah kondominum sesuai dibina di atas tanah pamah,
rumah rakit kat kawasan air pinggir laut. Kalau rumah sebandung pula di
kawasan tanah tinggi.
Husni : Tu senang saja (senyum). Tanah pamah rumahnya adalah kondominium dan
teres cikgu. Tanah tinggi rumah yang sesuai rumah banglo dengan sebandung.
Kalau tanah pinggir laut pula rumah bagan dengan rakit lah cikgu.
Katijah : Hmmm.. kalau rumah kondominum dengan teres tu sesuai kat kawasan tanah
pamah, rumah sebandung dnegan banglo di kawasan tanah tinggi. Rumah bagan
dan rakit di kawasan pinggir laut.
0
2
4
6
8
10
Ujian Pra
Ujian Pos
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
109
Nazirul : Boleh cikgu. Saya dah ingat. Bentuk muka bumi tanah pamah, tanah tinggi
dengan pinggir laut. Rumah teres dengan kondominium untuk tanah pamah,
rumah sebandung dengan banglo pula tanah tinggi. Kalau rumah rakit dengan
bagan kat pinggir laut cikgu.
Sharmiza : Rumah bagan dengan rakit dekat pinggir laut cikgu. Rumah teres kat tanah
pamah. Rumah banglo kat tanah tinggi.
(TB, 11-04-2013)
Pemerhatian
Cara pengumpulan data melalui pemerhatian ini menggunapakai dua kaedah utama iaitu nota lapangan
dan catatan jurnal. Berikut dikemukakan catatan nota lapangan dan catatan imbasan catatan jurnal
sepanjang tempoh kajian dijalankan.
“Subjek kajian kelihatan memberikan perhatian dan fokus yang baik kepada sesi
penerangan guru apabila guru melaksanakan langkah pemahaman menggunakan gambar-
gambar jenis rumah dan bentuk muka bumi yang jelas dan sesuai.”
(NL,11-04-2013)
“Subjek kajian kelihatan seronok dan bersemangat. Subjek kajian menampakkan kerjasama
yang baik dalam kumpulan. Apabila soalan diajukan semasa bermain, subjek kajian dapat
menjawab dengan baik dan tepat.
(NL, 11-04-2013)
“Khadijah dan Nazirul menampakkan penglibatan yang aktif sepanjang sesi intervensi „fun-
square‟ dilaksanakan. Subjek kajian lain juga bersemangat bermain. Mereka berusaha
untuk menang dan mendapatkan hadiah ganjaran daripada guru.
(NL, 11-04-2013)
“Kesemua subjek kajian dapat menamakan kembali secara lisan tentang jenis rumah yang
sesuai dibina berdasarkan bentuk muka bumi tertentu dengan tepat. Subjek kajian
kelihatan teruja menceritakan kembali perasaan mereka semasa intervensi „fun-square‟
dilaksanakan. Mereka ingin bermain lagi dan gembira dengan pelajaran hari ini.
(NL, 11-04-2013)
“Sepanjang tempoh satu minggu ini, saya telah menfokuskan kepada pelaksanaan kajian
penyelidikan tindakan melalui strategi intervensi yang dirancang. Keputusan kajian
penyelidikan yang dilaksanakan amat mengejutkan apabila perubahan tingkahlaku sesuai
dengan proses pendidikan direkodkan di mana murid dalam kumpulan sasaran berjaya
mengingati fakta dan isi pelajaran yang disampaikan dengan baik.”
(Catatan Jurnal, 8-12 April 2013)
REFLEKSI
Jika melihat kepada hasil dapatan kajian tindakan ini, ia merupakan satu usaha yang begitu berbaloi untuk
diperkatakan. Ini kerana penghasilan intervensi bagi membantu murid mengingat fakta yang diajar
dengan lebih baik dan berkesan melalui strategi „fun-square‟ telah berjaya mencapai objektif yang
disasarkan dengan jayanya. Antara perkara yang saya perolehi sepanjang melaksanakan kajian tindakan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
110
ini adalah saya dapat menguji diri sendiri sebagai seorang guru pelatih dan permulaan untuk mencuba
menginovasikan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada ke arah yang lebih baik
dan berkesan. Nyata cubaan inovasi yang dilaksanakan berjaya membantu murid mengingati sesuatu fakta
yang dipelajari dengan mudah dan berkesan selain membantu murid meningkatan motivasi dalam diri
untuk belajar.
Melalui hasil dapatan kajian tindakan juga, saya telah dapat menzahirkan satu perasaan kepuasan dan
kegembiraan dalam diri. Ini kerana, saya berjaya mengubahsuai strategi pengajaran tradisional kepada
satu strategi pengajaran yang begitu membantu murid dalam meningkatkan prestasi akademik mereka.
Saya juga mencapai kepuasan kendiri dengan berjaya membantu murid menguasai topik yang diajar
dengan baik dan berkesan.
Saya juga sedar bahawa sebagai seorang guru, kita seharusnya sering meningkatkan pengetahuan sedia
ada dengan pelbagai ilmu masa kini. Usaha dan keringat dalam memikirkan cara terbaik membantu
meningkatkan prestasi murid pasti berbaloi dan memberikan kepuasan tersendiri kepada diri sendiri.
Pengalaman melaksanakan strategi „fun-square‟ ini bukan sahaja memberikan inspirasi yang besar kepada
diri saya untuk bergerak lebih maju ke hadapan sebaliknya saya yakin ia juga memberikan pengalaman
berharga dan berbeza kepada kumpulan sasaran yang disasarkan.
Melalui pelaksanaan kajian tindakan ini juga, ia secara tidak langsung telah mendidik diri saya mengenai
pengurusan masa yang baik serta sentiasa berfikiran terbuka dan positif dalam menerima kritikan. Ini
salah satu sifat profesionalisme yang perlu ada dalam diri setiap insan guru. Kekangan masa tidak
dijadikan alasan untuk menyempurnakan kajian sebaliknya saya mengambil inisiatif dengan menyediakan
jadual kerja saya sendiri. Ini begitu membantu dalam menyempurnakan kajian dan pelaporan tepat pada
masanya serta dapat mengelakkan kerja tertangguh dan sesetengah perkara penting terlepas pandang.
Kritikan yang diterima daripada pelbagai pihak adalah merupakan satu rutin dalam menghasilakan
sesuatu kajian yang baik dan berimpak tinggi. Oleh hal yang demikian, saya mengambil kira setiap
teguran, kritikan mahupun bimbingan yang diberikan sebagai sesuatu yang membina bukan sebagai
sesuatu kelemahan yang boleh merencatkan usaha menghasilkan kajian tindakan yang baik dan berkualiti.
Adalah diharapkan bahawa usaha melaksanakan kajian penyelidikan tindakan ini menjadi salah satu
usaha permulaan saya ke arah menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran di masa akan datang.
Kaedah yang digunapakai dalam kajian ini diharapkan juga mampu memberikan impak yang positif
kepada dunia pendidikan amnya dan kepada seorang guru khususnya.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya melihat bahawa keperluan melakukan kajian tindakan sentiasa ada bagi mengatasi masalah
pembelajaran di kalangan murid khususnya dalam sesuatu topik yang agak sukar dikuasai. Oleh yang
demikian, saya dengan ini mencadangkan supaya untuk kajian seterusnya, boleh dipertimbangkan untuk
menambahkan lagi beberapa langkah dalam strategi pelaksanaan „fun-square‟ ini agar ianya boleh
disesuaikan lagi dengan pelbagai topik lain dalam mata pelajaran yang lain.
Seperti mana yang kita ketahui, kemahiran memahami dan mengingat fakta ini sememangnya penting dan
ia merupakan salah satu kemahiran yang membantu murid memahami dunia mereka dengan lebih baik
dan tepat.
Walaupun penggunaan strategi „fun-square‟ ini telah berjaya membantu murid mengingati nama jenis
rumah yang sesuai dibina di kawasan tanah pamah, tanah tinggi dan pinggir laut, namun saya merasakan
terdapat juga beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki lagi. Pada pandangan saya, penggunaan tapak
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
111
permaian „fun-square‟ ini boleh dipelbagaikan lagi dengan mewujudkan beberapa segmen tapak baru
seperti dendaan yang berbentuk membina bagi mengukuhkan lagi pemahaman dan ingatan mereka.
Dendaan membina ini adalah seperti dikehendaki membina ayat berdasarkan jenis rumah yang dibeli.
Selain daripada itu, saya juga merasakan bahawa sekiranya tempoh pelaksanaan sesuatu kajian itu
ditingkatkan masanya, maka hasilnya pasti akan lebih baik dan memberangsangkan. Ini kerana penyelidik
dapat membuat persiapan dengan lebih rapi dan baik dalam melaksanakan sesuatu kajian yang dirancang.
Saya juga mencadangkan membuat penambahan bacaan dan kajian tentang strategi bermain dalam
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan supaya pembelajaran aktif dan inkuiri penemuan dapat
dipelbagaikan. Mempelbagaikan lagi jenis sumber bahan pengajaran dan pembelajaran terutama
pengaplikasian bahan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan aras tahap
kognitif dan situasi persekitaran pembelajaran murid.
RUJUKAN
Azila Alias. (2011). Permainan Untuk Kanak-Kanak Siri Panduan Buku Perkembangan Awal Kanak –
Kanak. Shah Alam : UG Press Sdn. Bhd.
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan
Pendidikan. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow. (2008). Murid dan Alam Belajar Siri Pendidikan Perguruan. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng., & Jaizah Mahamud. (2011) . Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam Pengajaran.
Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Dayangku Faridah Mat Desa., Mohd Faizullah Buyong., & Rape‟ah Ahamed. (2005) . Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah Kajian Tempatan Tahun 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Haliza Hamzah., & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Siri
Pendidikan Guru. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Juriah Abd. Hamid. (2006). HBSS1103 Pengenalan Pengajian Sosial. Kuala Lumpur : Open University
Malaysia (OUM).
Mok Soon Sang. (2009). Literatur dan Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua. Puchong : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2009). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong : Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
Noriati A. Rashid., Boon Pong Ying., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar
Siri Pendidikan Guru. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Syed Ismail Syed Mustapa., & Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Puchong :
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
112
GALLERIA BUMI MALAYSIA: SATU STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MURID TAHUN 5 MENGENALPASTI KAWASAN DI MALAYSIA MENGIKUT BENTUK
MUKA BUMI TERTENTU
Mohammad Izaid Bin Zaidi
zaizaidi89@gmail.com
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk membantu murid meningkatkan kemahiran
mengenalpasti kawasan di Malaysia berdasarkan bentuk muka bumi tertentu. Kumpulan sasaran
bagi kajian ini ialah seramai empat orang murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Lubok
Antu/Reban Serian, Sarawak. Pada peringkat awal, analisis lembaran kerja telah dilaksanakan bagi
mengenal pasti masalah yang dihadapi murid-murid tersebut. Kemudian, saya telah melaksanakan
ujian diagnostik bagi mengenalpasti kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini. Dapatan analisis
ujian diagnostik mendapati murid-murid tersebut tidak dapat mengenalpasti kawasan di Malaysia
berdasarkan bentuk Muka Bumi tertentu dengan betul. Hasil pemerhatian saya mendapati bahawa
strategi pengajaran yang digunakan oleh guru, tidak sesuai dengan topik ini. Berdasarkan Temu
bual, murid-murid sangat sukakan aktiviti yang memberikan pengalaman yang menarik seperti
penggunaan Muzik. Justeru itu, saya yakin bahawa penggunaan strategi pembelajaran melalui
inkuiri penemuan dapat membantu mengatasi masalah ini. Oleh itu, saya merangka strategi
“Galleria Bumi Malaysia” bagi membantu murid-murid tersebut. Pelaksanaan strategi “Galleria
Bumi Malaysia” ini ternyata berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam mengenalpasti
kawasan di Malaysia berdasarkan bentuk muka bumi tertentu. Analisis skor ujian pra dan pasca
juga membuktikan peningkatan skor yang memberangsangkan. Secara kesimpulannya, strategi
“Galleria Bumi Malaysia” telah berjaya membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi.
PENDAHULUAN
Saya adalah seorang guru pelatih ambilan Januari 2010 yang mengambil opsyen Pengajian Sosial di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Sebelum ini, saya telah
melaksanakan dua kali praktikum di dua buah sekolah yang berlainan dan sekolah-sekolah ini ditentukan
oleh pihak institut. Pada praktikum yang pertama, saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan
Tanjung Tuang Samarahan, manakala pada praktikum yang kedua pula adalah di Sekolah Kebangsaan
Serpan Asajaya. Pada 21 Januari 2013, saya telah menjalani latihan praktikum fasa ketiga di Sekolah
Kebangsaan Lubok Antu/Reban, Serian.
Sekolah Kebangsaan Lubuk Antu/Reban merupakan sebuah sekolah kawasan luar bandar yang terletak di
dalam daerah Serian. Jaraknya dari bandaraya Kuching ialah kira-kira 85 kilometer. Sekolah ini juga
merupakan sekolah satu sesi dan memiliki 13 tenaga pengajar termasuk guru besar dan 2 orang staf
sokongan. Dengan enrolmen seramai 78 orang murid termasuk murid prasekolah menjadikan sekolah ini
berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM). Kebanyakan murid di sekolah ini adalah berbangsa Melayu dan
sebilangan kecilnya berbangsa Iban.
Murid-murid yang bersekolah di sekolah ini datangnya dari tiga buah kampung yang berhampiran iaitu
Kampung Lubuk Ria Hulu, Kampung Lubuk Ria Hilir, dan Kampung Nakong. Semasa menjalani
praktikum di sini, saya telah diamanahkan untuk mengajar Pendidikan Sivik Tahun 4 dan Tahun 6 serta
Kajian Tempatan Tahun 5. Kelas Tahun 5 ini terdiri daripada 6 orang murid iaitu 4 murid lelaki dan 2
murid perempuan. Saya sangat pasti bahawa menjadi seorang guru bukan hanya berfungsi menjadi
medium penyampai ilmu, namun juga sebagai pemangkin kepada perubahan sikap dan kualiti akademik
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
113
seseorang murid di sekolah. Justeru itu, saya menerima cabaran ini bagi menimba pengalaman
semaksima yang mungkin dalam mempersiapkan diri menjadi seorang pendidik yang berjaya.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pembelajaran adalah aktiviti mental, fizikal dan rohani kepada pelajar itu sendiri. Sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek Kajian Tempatan saya untuk kelas Tahun Lima ini bermula dengan tema 2 iaitu
Geografi Fizikal. Di dalam tema tersebut terdapat 3 subtopik kecil iaitu bentuk muka bumi, cuaca dan
iklim di Malaysia, dan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
Saya telah masuk kelas Tahun 5 bagi mengajar subtopik Bentuk Muka Bumi. Saya memulakan sesi
pengajaran saya dengan menggunakan pendekatan muzik bagi sesi induksi. Memandangkan masa
pengajaran adalah pada waktu tengah hari, saya berpendapat bahawa muzik dapat memberikan ketengan
kepada murid dan bertindak sebagai terapi untuk merehatkan minda murid yang telah belajar sehingga
tengah hari. Saya juga berpendapat bahawa muzik akan lebih menarik minat murid untuk belajar
memandangkan muzik merupakan medium yang lebih senang untuk difahami isi kandungannya.
Seterusnya, saya beralih kepada isi pengajaran dan pembelajaran saya pada hari tersebut, iaitu mengenai
bentuk muka bumi di Malaysia dan kepentingannya. Saya memulakannya dengan menunjukkan gambar
4 jenis bentuk bumi di Malaysia iaitu tanah pamah, tanah tinggi, saliran dan pinggir pantai dan kepulauan.
Kemduian saya menerangkan satu persatu bentuk muka bumi ini. Semasa aktiviti penerangan dilakukan
murid-murid kelihatan fokus dan sekali-sekala saya menjalankan sesi soal jawab semasa aktiviti ini
berjalan. Namun sungguhpun kelihatan fokus, murid-murid gagal menjawab soalan yang saya berikan
dengan baik. Kemudian, saya memberhentikan sesi penerangan ini kerana ternayata murid-murid tidak
faham akan penerangan yang saya buat. Saya meneruskan sesi pembelajaran dengan menagadakan sesi
sumbang saran. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana pengetahuan murid dalam
tajuk ini. Murid-murid dapat memberikan contoh yang betul semasa aktiviti sumbang saran dilakukan dan
ini menunjukkan bahawa murid-murid dapat membezakan bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia.
Seterusnya dalam penerangan saya juga, saya sekali lagi menggunakan rangsangan gambar-gambar. Ini
bertujuan mengukuhkan lagi kefahaman dan ingatan murid terhadap pembelajaran pada hari ini. Saya
melakukan sesi penerangan kali kedua dan kali ini murid-murid semakain faham setelah sesi sumbang
saran dilakukan. Peneguhan positif berupa penghargaan dan pujian diberikan kepada murid-murid yang
telah berusaha dan berani untuk menjawab soalan saya sebagai guru. Mohd Sahandri Gani Hamzah
(2010) menyatakan bahawa peneguhan yang sesuai dapat menambahkan pembelajaran dengan adanya
pengekalan. Peneguhan positif seperti pujian lebih berkesan untuk menggalakkan pembelajaran.
Setelah aktiviti penerangan dibuat, saya mengarahkan murid-murid untuk merujuk buku teks untuk
mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai penerangan yang teah saya lakukan. Saya juga terus
meminta mereka membaca beramai-ramai bentuk muka bumi dan kepentingannya secara ulangan
sebanyak dua kali. Selain itu, saya meminta mereka melihat secara imbasan dan cuba mengingat ciri
tersebut sebelum saya mengadakan sesi soal jawab secara rawak. Saya bergerak pada sudut
membelakangkan papan hitam dan meminta mereka turut mengalihkan kedudukan mereka. Dalam sesi
soal jawab secara rawak tersebut, kelihatan mereka berusaha untuk mengingati fakta yang telah dipelajari
tadi. Soalan-soalan saya ulangi secara rawak dalam dua pusingan. Hasilnya hampir kesemua murid dapat
mengingati fakta tersebut dengan baik.
Untuk langkah yang seterusnya, saya mengedarkan latihan untuk menguji kefahaman murid mengenai
aktiviti pembelajaran murid pada hari ini. Pada lembaran kerja tersebut, terdapatnya tiga bahagian soalan
iaitu nama bentuk muka bumi, kepentingan dan juga contoh kawasan. Di sinilah saya dapat mengesan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
114
kelemahan murid-murid saya ketika menjawab soalan. Murid-murid dapat menjawab soalan bahagian
nama bentuk muka bumi dan kepentingan dengan baik namun tidak pada bahagian contoh kawasan.
Kebanyakkan mereka menjawab dengan tidak tepat pada bentuk muka buminya.
Sebagai seorang guru, saya berasa bertanggungjawab untuk membantu masalah murid ini. Melalui
pemerhatian saya, murid-murid tidak dapat mengingat fakta dengan baik dan tersusun dan ini harus
dibaiki dengan memberikan pengalaman yang baik semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan di dalam kelas.
TINJUAN DAN ANALISIS MASALAH
Kelas Tahun 5 mempunyai murid seramai 6 orang. Namun saya hanya mengambil 4 orang murid sahaja
kerana seorang murid tersebut mengalami masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan
menulis seperti yang dinyatakan oleh guru kelas Tahun 5 tersebut dan seorang lagi mempunyai skor yang
baik semasa ujian diagnostik dijalankan .
“Yazid mempunyai masalah dalam membaca dan menulis. Masih tersangkut-sangkut
mengeja dan tidak dapat menulis dengan baik. Dia juga tidak dapat duduk diam di dalam
kelas. “
(GK/Nota Lapangan/ 20-02-2013)
Langkah pertama yang saya lakukan ialah melalui analisis lembaran kerja yang telah dibuat oleh 5 orang
murid sasaran awal saya. Bagi murid pemulihan pula iatu Yazid, saya telah memberikannya lembaran
kerja yang lebih mudah untuk dijawab.
Jadual 1 : Markah bagi Lembaran Kerja
Bil. Nama murid Markah
2. Erni 5/12
3. Fairuz 11/12
4. Hairee 5/12
5. Rahmad 6/12
6. Umi 6/12
Berdasarkan analisis lembaran kerja yang dijalankan , saya mendapati semua murid kelas ini dapat
menjawab soalan mengingat fakta. Ini membuktikan murid-murid mampu mengingat fakta dengan baik
bagi menamakan bentuk muka bumi ini.
Namun untuk soalan yang terakhir adalah soalan 3 juga merupakan soalan jenis mengingat faktahanya
seorang sahaja yang dapat menjawab dengan betul. Kebanyakkan murid tidak dapat menjawab untuk
soalan mengenalpasti kawasan di Malaysia mengikut bentuk muka bumi tertentu
Hasil perbandingan jumlah jawapan yang salah, saya mendapati soalan mengingat fakta merupakan
permasalahan yang menonjol bagi kesemua murid saya ini. Namun begitu, kesimpulan awal ini
memerlukan bukti dan butiran yang lanjut agar benar-benar kukuh untuk membuktikan isu ini wujud.
Justeru itu, saya telah merangka satu ujian saringan yang mengandungi pelbagai aras kemahiran. Dalam
ujian saringan ini juga saya berharap agar dapat mengenalpasti murid yang menghadapi masalah daripada
keenam-enam murid ini.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
115
Hasil daripada ujian saringan yang mempunyai pelbagai kemahiran ini, didapati bahawa masalah paling
ketara pada kemahiran mengingat fakta. Jadi, saya berpendapat, saya perlu mendalami dengan lebih
khusus lagi kemahiran mengingat ini. Oleh yang demikian, saya merangka satu ujian diagnostik khusus
untuk kemahiran menghubungkait ini. Soalan ini mirip kepada soalan pada lembaran kerja dan
mengandungi 3 soalan struktur. Saya mengujinya semasa petang pada 25 Februari 2013.
Jadual 7 : Markah bagi Ujian Diagnostik
Bil. Nama murid Markah
1. Erni 6/12
2. Hairee 4/12
3. Rahmad 6/12
4. Umi 5/12
Soalan yang terakhir adalah soalan 3. Soalan ini juga merupakan soalan jenis mengingat fakta. Kesemua
subjek kajian ini tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul dan ini mengukuhkan lagi pendapat saya
bahawa murid-murid ini gagal untuk mengingat fakta dengan baik.
Hasil daripada analisis ujian diagnostik ini, didapati 4 orang murid ini sememangnya mempunyai masalah
untuk mengingat fakta. Saya mendapati kebanyakan mereka boleh mengingat fakta namun tidak tersusun
dan bertabur serta tidak tepat. Mereka hanya meyebutnya tanpa berfikir panjang. Sebagai seorang guru,
saya tidak mahu amalan mengambil mudah dalam menjawab soalan dengan membuat jawapan umum ini
menjadi kebiasaan murid.
Seterusnya, pada 12 Mac, saya telah melaksanakan sesi temubual bersama 4 orang murid sasaran saya.
Temubual ini adalah bertujuan untuk mendapatkan respon secara bersemuka agar saya lebih memahami
punca murid tidak dapat menghubungkait fakta yang telah dipelajari di samping mengukuhkan hasil
analisis ujian-ujian yang telah dilaksanakan.
Guru : Adakah kamu faham mengenai tajuk bentuk muka bumi?
Erni : Faham sikit cikgu
Guru : Apakah 4 bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia
Erni : Tanah pamah, tanah tinggi, sungai Rajang
Guru : Betul tu. Tapi kamu tidak dapat mengingat semua dan sungai Rajang itu adalah contoh
bagi bentuk muka bumi Saliran. Semasa menjawab soalan contoh kawasan pada latihan
kenapakah kamu tidak dapat menjawab soalan ini? Adakah soalan ini susah?
Erni : Saya lupa sikit cikgu.
(TB, 12-03-2013)
Guru : Adakah kamu faham mengenai tajuk bentuk muka bumi?
Hairee : Saya faham cikgu
Guru : Apakah 4 bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia
Hairee : Khatulistiwa, tanah pamah, tinggi dan kepulauan
Guru : Ada yang betul. Tapi khatulistiwa tu bukan bentuk muka bumi. Itu adalah iklim
Malaysia . Kenapakah kamu tidak dapat menjawab soalan contoh kawasan ini? Adakah soalan ini
susah?
Hairee : Tajuk senang cikgu. Tapi susah nak ingat
(TB, 12-03-2013)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
116
Guru : Adakah kamu faham mengenai tajuk bentuk muka bumi?
Rahmad: Saya faham sikit cikgu
Guru : Apakah 4 bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia
Rahmad: Tanah tinggi, Kepulauan, Tanah pamah
Guru : Betul, tapi ada satu yang tertinggal. Kenapakah kamu tidak dapat menjawab soalan
contoh kawasan pada latihan? Adakah terlalu sukar untuk dijawab?
Rahmad : Tajuk senang cikgu. Tapi lupa.
(TB, 12-13-2013)
Guru : Adakah kamu faham mengenai tajuk bentuk muka bumi?
Umi: Saya faham cikgu
Guru : Apakah 4 bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia
Umi: Tanah tinggi, Kepulauan, Tanah pamah, saliran
Guru : Betul, tapi ada satu yang tertinggal. Kenapakah kamu tidak dapat menjawab soalan
contoh kawasan pada latihan? Adakah terlalu sukar untuk dijawab?
Umi : Saya tak tau nak letak di mana cikgu.
(TB, 12-03-2013)
Berdasarkan temubual dan analisis yang dijalankan saya mendapati hampir kesemua mereka ini tidak
dapat menjawab soalan contoh kawasan dengan betul. Rata-rata mereka tidak dapat mengingat tempat dan
tidak tahu untuk letakkan jawapan di bentuk muka bumi dengan betul. Murid-murid ini boleh mengingat
namun tidak tersusn mengikut bentuk muka bumi yang betul. Jadi saya harus memikirkan cara untuk
membantu murid-murid ini dengan lebih tersusun.
“Hairee, Rahmad, dan Erni menyatakan bahawa mereka tidak dapat mengingat contoh
kawasan ini. Mereka ini, tanpa berfikir panjang meletakkan jawapan yang terlintas
difikiran mereka. Saya merasakan bahawa mereka ini harus dibantu dengan memberikan
pengalaman yang menarik agar mereka dapat mengingat dengan lebih baik dan tersusun.
(NL, 12-03-2013)
Berdasarkan kepada data lembaran kerja, temubual guru kelas dan temubual murid, nota lapangan, ujian
saringan dan ujian diagnostik, saya mendapati keempat-empat murid ini mengalami kesukaran untuk
mengingat dan menyusun fakta yang telah dipelari dalam bentuk muka bumi dan contoh kawasan.
Berdasarkan penerokaan dan analisis data-data yang dilakukan, jelas bahawa murid-murid saya ini
memerlukan cara dan kaedah yang sesuai dan berkesan bagi membantu mereka mengingat dan menyusun
fakta dengan memberikan pengalaman yang lebih menarik. Pengalaman yang lebih menarik ini akan
membantu murid untuk mengingat dan meyusun fakta dengan lebih berkesan disamping dapat menarik
minat untuk belajar.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian tindakan saya ialah untuk:
i. Meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 mengenalpasti kawasan di Malaysia mengikut bentuk muka
bumi iaitu Tanah Pamah, Tanah Tinggi, Saliran serta Pinggir Pantai dan Kepulauan dengan menggunakan
Galleria Bumi.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
117
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan 4 orang daripada 6 orang murid Tahun 5 di SK Lubok Antu/Reban. Berikut
merupakan maklumat yang telah saya kumpul mengenai kumpulan sasaran yang telah saya pilih.
Nama murid Karekter/ ciri-ciri
unik di dalam kelas
Kawan rapat di
dalam kelas
Jawatan di
sekolah
Pekerjaan bapa
Abdul Rahmad
bin Ahmad
Kawi
Seorang yang mudah
hilang tumpuan
Seorang yang panik
apabila ditanya
soalan
Suka senyum
Mohd Hairee
Azhar
AJK Kelas Buruh
Mohd Hairee
Azhar bin Jalel
Suka ketawa
Suka bertanya soalan
yang tiada kaitan
dengan pelajaran
Cepat siap membuat
kerja, namun selalu
cuai
Abdul Rahmad
dan Fairuz
Firdaus
Ketua Kelas Buruh
Nur Erni
Sharmila binti
Narudin
Seorang yang mudah
tersenyum
Mudah hilang
tumpuan
Suka membantu
rakan
Umi Nur Jannah Penolong
Ketua Kelas
Buruh
Umi Nur Jannah
binti Mahidi
Seorang yang
bersemangat bila
dipuji
Mudah hilang
tumpuan
Agak pendiam
Nur Erni
Sharmila
Murid biasa Bekerja sendiri
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Dalam kajian ini, saya telah memilih untuk menggunakan kaedah Galleria Bumi di mana kaedah ini
adalah gabungan antara strategi pemusatan murid dan pemusatan bahan. Kaedah ini termasuk di dalam
kaedah inkuiri penemuan bagi membantu murid-murid saya menamakan contoh kawasan di Malaysia
mengikut bentuk muka bumi. Saya juga menambah penggunan model dalam kaedah ini bagi membantu
murid melihat sendiri ciri-ciri bentuk muka bumi ini.
Kaedah Galleria Bumi ini, merupakan kaedah lawatan di mana, murid-murid dikehendaki untuk melawat
semua 4 stesen yang telah di sediakan oleh guru. Stesen-stesen tersebut adalah stesen Tanah Pamah,
stesen Tanah tinggi stesen saliran dan stesen pinggir pantai dan kepulauan. Kaedah ini menggalakan
murid-murid untuk mencari sendiri maklumat yang terdapat dalam stesen dan seterusnya menuliskannya
pada lembaran kerja yang disediakan oleh guru.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
118
Kaedah Galleria adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi kesempatan
kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari yang lain
mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di dalam bilik darjah. Kaedah Galleria ini,
mempunyai lima peringkat mengikut peringkat Inkuiri penemuan iaitu
Lima peringkat dalam proses Galleria Bumi
Bagi menjalankan kaedah yang dirancang ini, saya akan menggunakan masa di luar waktu kelas. Saya
akan memperuntukkan masa dalam satu setengah jam untuk menjalankan aktiviti yang dirancang. Saya
bercadang untuk menggunakan bilik info untuk melaksanakan aktiviti ini.
Langkah 1: Mengenal pasti masalah
Saya akan memberikan kad soalan kepada setiap murid. Kad tersebut mempunyai masalah iaitu soalan-
soalan yang harus dijawab oleh murid. Murid-murid dikehendaki untuk memahami soalan.
Saya juga akan menerapkan nilai-nilai yang harus ada semasa melakukan aktiviti ini. Antara nilai-nilai
tersebut adalah kerjasama dan berdisiplin.
Langkah 2: Merancang cara penyelesaian
Seterusnya, Murid-murid akan masuk kepada langkah yang kedua iaitu merancang penyelesaian. Saya
akan membuat penerangan sedikit mengenai langkah ini kepada murid-murid.
Saya akan memberikan contoh senarai semak tugasan yang harus dilakukan oleh murid-murid. Saya akan
membimbing murid-murid untuk merancang sendiri cara penyelesaian yang harus dilakukan melalui
kaedah senarai semak.
Murid-murid dikehendaki untuk merancang cara untuk menyelesaikan masalah yang telah ditetapkan
pada kad soalan.
Langkah 3: Mengumpul maklumat
Seterusnya, murid-murid dikehendaki untuk melawat setiap stesen yang telah disediakan oleh guru.
Terdapat 4 buah stesen iaitu Stesen Tanah Pamah, Stesen Tanah Tinggi, Stesen Saliran serta Stesen
Pinggir pantai dan Kepulauan. Setiap Stesen mempunyai maklumat-maklumat yang penting dan berguna
bagi menjawab soalan-soalan yang telah diberikan.
Setiap stesen juga mempunyai arahan-arahan yang tertentu yang harus dilakukan oleh setiap murid
semasa lawatan dilakukan. Antaranya adalah nyanyian, puisi, melukis dan lain-lain. Ini akan memberikan
murid-murid pengalaman yang menarik semasa aktiviti lawatan dilaksanakan.
Langkah 4: Membuat analisis
Murid-murid akan meyemak semula maklumat-maklumat yang telah diperolehi berdasarkan senarai
semak yang telah diberikan oleh guru. Jika terdapat sebarang kekurangan maklumat, murid-murid
dikehendaki untuk pergi semula ke stesen yang maklumatnya tidak mencukupi.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
119
Langkah 5: Membuat rumusan
Saya akan mengadakan satu sesi kuiz dan soal jawab bagi membuat penilaian tahap kefahaman murid dan
kemampuan mereka mengaitkan fakta yang dipelajari dengan lawatan yang dijalankan. Murid-murid juga
diminta untuk membuat rumusan mengenai maklumat yang telah diperoleh.
CARA PENGUMPULAN DATA
Bagi menjalankan kajian tindakan ini, saya akan menggunakan beberapa teknik pengumpulan data dalam
usaha memantau prestasi murid-murid yang terlibat dalam kajian ini. Antara teknik pengumpulan data
yang akan saya jalankan ialah:
Ujian Pra Pasca
Proses peningkatan kemahiran mengenalpasti ini selari dan dapat dilihat dengan peningkatan dalam
Ujian Pra dan Ujian Pasca yang diberikan. Berikut merupakan jadual skor ujian pra dan pasca yang
menunjukkan peningkatan keempat-empat murid saya.
Jadual 10: Skor Ujian Pra dan Pasca serta peningkatan
Nama Ujian Pra Ujian Pasca Jumlah
peningkatan
Erni 5/12 12/12 7
Hairee 5/12 12/12 7
Rahmad 6/12 11/12 5
Umi 6/12 12/12 6
Berdasarkan skor di atas, dapat dilihat bahawa jumlah peningkatan begitu memberangsangkan. Rahmad
dan Umi telah mendapat skor tertinggi pada ujian pra iaitu sebanyak 6 markah. Namun begitu, jumlah
ini tidak begitu memuaskan hati saya pada permulaannya. Setelah Kaedah Galleria Bumi Malaysia ini
dilaksanakan, ujian pasca menunjukkan hasil yang menggembirakan. Erni, Hairee dan Umi telah berjaya
memperolehi markah penuh. Hal ini menjadikan peningkatan mereka sebanyak 7 dan 6 markah . Jumlah
peningkatan ini sememangnya begitu positif bagi saya terhadap perkembangan kemahiran
Setelah kaedah ini dijalankan, mereka berdua dapat menajawab soalan dengan baik. Skor ini begitu
menggembirakan saya, kerana saya tahu, mereka ini sebenarnya bukan tidak pandai atau tidak faham,
cuma mungkin mereka kurang mengingati dan mengenalpasti kawasan di Malaysia berdasarkan bentuk
muka bumi tertentu. Lonjakan skor ini menyokong bahawa kaedah Galleria Bumi Malaysia ini berupaya
membantu meningkatkan kemahiran mengenalpasti yang ada dalam kefahaman mereka.
Peratusan peningkatan skor kumpulan sasaran saya ini banyak dipengaruhi oleh pelaksanaan strategi yang
digunakan. Bermula dengan langkah 1 yang menimbul tanda tanya kepada murid. Saya telah
memberikan soalan-soalan yang harus dijawab dalam bentu lembaran kerja. Saya meminta murid untuk
membacakan soalan-soalan tersebut. Kemudian saya telah menuliskan arahan-arahan untuk aktiviti yang
seterusnya di mana kumpulan sasaran dikehendaki untuk melengkapkan lembaran kerja dengan melawat
setiap stesen yang telah disediakan.
Nota Lapangan
Seterusnya, sepanjang intervensi ini dilaksanakan, segala pemerhatian, kesimpulan, interpretasi, perasaan,
dan segala maklumat telah saya catatkan dalam bentuk catatan yang tidak berstruktur iaitu nota lapangan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
120
Selepas dan sebelum pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran saya akan membuat refleksi dan catatan
maklumat untuk melihat gambaran semasa dan selepas pembelajaran dijalankan. Catatan dalam nota
lapangan digunakan bagi mendapatkan maklumat penting yang diperolehi semasa pemerhatian terhadap
subjek kajian dilakukan.
Untuk nota lapangan ini, saya bahagikan kepada dua bahagian iaitu sebelum intervensi, dan selepas
intervensi.
Sebelum Intervensi
“Semasa ujian pra dilaksanakan murid-murid tidak dapat memberikan contoh kawasan bagi
setiap bentuk muka bumi di Malaysia”.
(NL 16-04-13)
Selepas Intervensi
“Semasa ujian post dilaksanakan, murid-murid dapat menjawab soalan yang diberikan
dengan baik”.
(NL 16-04-13)
“Murid-murid dapat melengkapkan lembaran kerja yang diberikan dengan betul”.
(NL 16-04-13)
“Semasa temubual, murid-murid dapat memberikan contoh kawasan bagi setiap bentuk muka
bumi yang telah dipelajari dengan betul”.
(NL 16-04-13)
Berdasarkan kepada pemerhatian saya, subjek kajian saya tidak dapat menguasai kemahiran
mengenalpasti kawasan berdasarkan bentuk muka bumi setelah intervensi dijalankan. Semasa ujian pra
dijalankan, subjek kajian saya ternaya tidak dapat memberikan jawapan dengan betul namun setelah ujian
pasca iaitu selepas intervensi kesemua subjek kajian dapat memberikan jawapan dengan betul. Ini
menunjukkan bahawa kaedah Galleria Bumi Malaysia ini dapat membantu murid-murid mengenalpasti
kawasan berdasarkan bentuk muka bumi seperti tanah pamah, tanah tinggi, saliran dan pinggir laut dan
kepulauan.
REFLEKSI
Melalui refleksi ini, saya sebagai seorang guru novis saya telah mempelajari banyak perkara. Refleksi
telah membantu saya melihat aspek kelemahan, kelebihan dan langkah-langkah yang harus diambil oleh
saya untuk memperbaiki kelemahan untuk kajian yang akan datang. Berdasarkan kajian ini, banyak
perkara yang harus saya lihat, terutamanya aspek kelemahan. Kelemahan ini nanti haruslah diperbaiki
agar kajian yang akan datang boleh dilakukan dengan lebih baik.
Antara perkara utama yang dapat saya perolehi hasil daripada kajian ini ialah kefahaman baru, iaitu dalam
menilai keberkesanan kaedah yang dihasilkan iaitu, kaedah Galleria Bumi Malaysia. Melalui kaedah ini,
saya mendapati murid saya dapat meningkatkan kemahiran mengenalpasti mereka. Melalui instrumen
seperti ujian pra dan pasca, temu bual, pemerhatian dan nota lapangan, banyak membantu memberi bukti
yang jelas hasil daripada penggunaan kaedah ini. Kaedah ini secara tidak langsung membuatkan saya
semakin dekat dengan kaedah inkuiri penemuan yang selama ini sangat jarang saya gunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
121
Sememangnya melalui pengaplikasian pengajaran kontekstual ini, kita sebenarnya sedang membantu
murid kita membina satu jalinan pengetahuan yang sedia ada dalam diri mereka dan membantunya
menghubungkaitkan pengetahuan tersebut dalam situasi asing atau baru kepada mereka.
Seterusnya adalah dari segi aspek dalaman diri saya. Kajian ini juga banyak menimbulkan rasa
kemanusiaan dalam diri saya terutama dalam aspek pengurusan masa dan proses menerima sesuatu
kritikan. Tidak dapat dinafikan dalam proses penyiapan kajian ini, pelbagai kritikan membina dan tidak
membina turut diterima. Namun begitu, sebagai seorang bakal guru, usaha menerima apa sahaja kritikan
baik positif ataupun negatif dengan cara yang tenang dan terbuka merupakan salah satu aspek dalam
profesionalisme perguruan. Melalui kritikan dan bimbingan yang diberi juga, saya dapat memperbaiki
banyak aspek dalam kajian saya. Penambahbaikan kajian ini sekaligus dapat membantu meningkatkan
keberkesanan kaedah yang saya gunakan.
Kesimpulannya, penghasilan kajian ini berjalan dengan lancar hingga ke penghujungnya. Kajian ini
begitu banyak memberikan pengalaman kepada diri saya terutamanya dari segi pemilihan dan pembacaan
bahan rujukan. Besar harapan saya untuk melihat kajian ini menjadi bahan bacaan berguna dan rujukan
untuk mana-mana individu pada masa hadapan.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Setelah kajian ini dilaksanakan, terdapat beberapa penambahbaikan yang harus dilakukan agar kajian
yang akan datang boleh dilakukan dengan baik. Setiap kajian yang dilaksanakan mesti terdapat
kelemahan dan kekuatan begitu juga dengan kajian saya ini. Melalui refleksi, saya mencadangkan
beberapa cadangan untuk kajian yang akan datang.
1. Menambahbaik strategi pelaksanaan menggunakan Galleria bumi agar lebih sesuai dengan tajuk-
tajuk lain
2. Membuat lebih banyak kajian yang mendalam berkaitan penggunaan pendekatan
Konstruktivisme dalam pengajaran
3. Menggunakan bahan-bahan ransangan yang lain seperti video ataupun model
Kesimpulannya, kaedah Galleria Bumi ini sememangnya sesusai dilaksanakn di sekolah kerana mampu
membantu murid-murid untuk mengingat sesuatu fakta dengan lebih baik. Dengan melakukan
penambahbaikan atau inovasi diharapkan kaedah ini akan menjadi lebih menarik dan berkesan sesuai
dengan tujuan utama kaedah ini iaitu memberikan pengalaman yang menarik kepada murid-murid semasa
menimba ilmu.
SENARAI RUJUKAN
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2011) . Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan
Pendidikan . Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Choong Lean Keow (2008) . Murid dan Alam Belajar Siri Pendidikan Perguruan. Kuala Lumpur.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel (2009) . Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Siri
Pendidikan Guru. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
122
ROS : SATU STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 5
MENYATAKAN MOTIF TARIAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA
Mohd Fahmi Bin Mohd Radzi
fahmiradzi90@gmail.com
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran meningkatkan
kemahiran menyatakan motif tarian kaum-kaum di Malaysia melalui strategi ROS. Kumpulan
sasaran bagi kajian ini ialah seramai dua orang murid Tahun 5 di SK Pangkalan Sorah, Serian,
Sarawak. Hasil tinjauan awal mendapati murid-murid mempunyai masalah dalam menyatakan
dan mengingat fakta yang dipelajari, iaitu motif atau tujuan tarian-tarian kaum di Malaysia. Hasil
tinjauan ini disokong oleh beberapa instrumen yang telah dilaksanakan iaitu lembaran kerja,
ujian diagnostik, ujian saringan, pemerhatian dan temubual. Strategi ROS merupakan gabungan
Teori Behavioris Pelaziman Operan serta Teori Humanis Carls Rogers serta aplikasi main sambil
belajar merupakan tunjang utama yang digunakan dalam membantu murid menunjukkan
perkembangan positif berhubung kemahiran menyatakan dan mengingat fakta yang dipelajari.
Keupayaan strategi ini dapat dilihat melalui hasil ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temubual
yang dilaksanakan setelah kaedah ini dilaksanakan.
PENGENALAN
Saya merupakan seorang guru pelatih ambilan Januari 2010 bagi opsyen Pengajian Sosial dan menuntut
di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak. Saya telah
melaksanakan praktikum sebanyak dua fasa sebelum ini di dua buah sekolah yang berhampiran dengan
institut. Bermula 21 Januari 2013, saya telah diamanahkan untuk menjalani latihan praktikum fasa ketiga
di Sekolah Kebangsaan Pangkalan Sorah, Serian. Dengan enrolmen seramai 54 orang murid termasuk
murid prasekolah menjadikan sekolah ini berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM). Semasa menjalani
praktikum di sini, saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan bagi Tahun 5. Kelas Tahun 5 terdiri daripada 8 orang murid iaitu 5 murid perempuan
dan 3 murid lelaki. Praktikum fasa 3 ini merupakan buat julung kalinya saya mengajar sesebuah kelas
berskala kecil memandangkan dua praktikum sebelum ini saya mengajar murid berskala 20 orang murid
dalam sesebuah kelas. Bilangan murid yang sedikit turut mempunyai cabaran tersendiri bagi saya kerana
ni merupakan satu cabaran bagi saya. Bilangan murid yang sedikit tidak bermakna guru memikul tugas
yang mudah,tetapi ia merupakan satu cabaran yang besar dalam memastikan jumlah yang sedikit itu
benar-benar mampu ditingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta kualiti akademiknya.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lepas
Pada 22 Februari 2013, saya telah masuk ke kelas Tahun 5 bagi sesi pengajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Pada sesi tersebut, saya memfokuskan kepada subtopik Seni Tari di bawah tajuk
Kenali Dan Apresiasi Kekayaan Pelbagai Warisan Budaya Malaysia. Sesi pengajaran ini dimulakan
dengan set induksi iaitu tayangan video tarian 1Malaysia. Tayangan video ini berjaya menarik minat
murid ke arah isi pelajaran pada sesi tersebut.
Seterusnya, saya memulakan isi pengajaran dengan aktiviti teka silang kata. Aktiviti ini dijalankan secara
berpasangan dan setiap pasangan dikehendaki mencari nama tarian kaum-kaum utama di Malaysia.
Murid-murid memberikan kerjasama yang baik dalam pasangan masing-masing ketika mencari nama-
nama tarian tersebut. Hal ini menghidupkan pembelajaran secara koperatif di dalam bilik darjah.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
123
Menurut Juriah Abd Hamid (2006), pembelajaran koperatif adalah pembelajaran berasaskan kepada
kemahiran kognitif dan sosial di kalangan pelajar. Pembelajaran ini bukan sahaja dapat meningkatkan
daya pemikiran murid, malah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan.
Saya meneruskan sesi pengajaran dengan memberikan penerangan kepada murid mengenai ciri-ciri yang
terkandung dalam setiap tarian kaum-kaum utama di Malaysia. Saya menggunakan lembaran nota yang
mengandungi gambar-gambar tarian, nama-nama tarian serta keterangan ciri-ciri tarian. Penggunaan
lembaran nota ini memudahkan saya dalam memberikan penerangan kerana pengajaran murid akan
dipandu menggunakan lembaran nota tersebut. Penggunaan rangsangan gambar dalam sesi penerangan
nyata memberikan hasil yang positif apabila murid berjaya mengingat nama-nama tarian tersebut.
Saya juga menggunakan teknik pengulangan dalam setiap isi penerangan yang disampaikan. Pengulangan
dilakukan sebanyak dua kali bagi setiap ciri-ciri tarian tersebut. Teknik pengulangan ini membolehkan
murid lebih memahami dan mengingati isi pelajaran tersebut. Hal ini terbukti apabila hampir keseluruhan
murid mengingati fakta-fakta yang telah diajarkan kepada mereka. Selain itu, guru juga menggunakan
teknik soal-jawab dalam sesi penerangan ini. Teknik soal –jawab ini turut melibatkan pengulangan soalan
sebanyak dua kali. Gabungan penerangan dan soal-jawab secara pengulangan ini akan mengukuhkan daya
ingatan murid.
Akhir sekali, lembaran kerja diberikan kepada murid. Setiap murid akan menjawab segala soalan yang
terkandung dalam lembaran kerja tersebut. Lembaran kerja tersebut meliputi soalan-soalan berdasarkan
nama-nama tarian, serta ciri-ciri tarian. Ciri-ciri tarian meliputi aspek asal-usul tarian, kaum yang
menarikan tarian tersebut, serta motif atau tujuan tarian tersebut ditarikan.
Hasil semakan terhadap lembaran kerja, saya mendapati murid saya dapat menamakan nama-nama tarian
dengan betul namun ramai dalam kalangan mereka tidak dapat menjawab soalan berkaitan motif tarian.
Hal ini dapat dilihat apabila mereka keliru dalam menyatakan motif tarian tersebut. Berdasarkan hasil
semakan lembaran kerja, saya akui bahawa saya terlalu menekankan aspek penghafalan tetapi tidak
menekankan aspek pemahaman. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan yang
menggunakan pemikiran yang lebih kritis.
ISU KEPRIHATINAN
Masalah mereka keprihatinan saya
Sebagai seorang pendidik, saya merasakan bahawa adalah menjadi amanah saya yang mengambil alih
kelas Tahun 5 bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk menangani isu ini. Saya
juga bertanggungjawab atas ilmu yang telah saya ajarkan kepada mereka. Jika hanya sebahagiannya
sahaja yang difahami, manakala sebahagiannya tidak, itu bermakna saya kurang berjaya membuatkan
murid-murid saya benar-benar memahami tajuk yang saya sampaikan.
Saya tidak mahu murid saya hanya menghafal fakta tanpa memahaminya dengan jelas. Aplikasi ilmu
yang diperolehi melalui mata pelajaran ini akan melahirkan modal insan yang sentiasa menghormati
orang lain tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan pangkat. Hal ini selaras dengan matlamat mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diperkenalkan iaitu memberi kesedaran kepada murid
tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota
masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan yang boleh menyumbang ke arah
kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005).
Berdasarkan sesi pengajaran yang saya sampaikan, saya mendapati terdapat segelintir murid saya tidak
dapat menghubung kait serta mengaplikasikan fakta yang mereka pelajari terhadap soalan yang bersifat
aplikasi serta kefahaman. Murid-murid tersebut juga dilihat tidak dapat mengingat serta keliru mengenai
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
124
fakta motif tarian kaum-kaum utama di Malaysia. Hal ini saya ketahui melalui lembaran kerja yang saya
berikan kepada mereka serta soal-jawab secara lisan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mengenai
subtajuk Seni Tari pada 22 Februari 2013.
Saya mengulang kembali sesi pengajaran saya tersebut pada 1 Mac 2013. Kali ini saya lebih
memfokuskan kepada pembelajaran secara aktif terutama dalam sesi penerangan. Murid dilibatkan
dengan lebih aktif berbanding sesi pengajaran sebelum ini. Saya turut memperbanyakkan lagi sesi soal-
jawab kepada murid-murid bagi memberi kefahaman yang lebih kepada mereka. Simulasi tarian dan
unsur kecindan turut saya selitkan dalam sesi pengajaran kali ini supaya murid benar-benar faham perkara
yang saya ajarkan kepada mereka.
Kemudian, saya teruskan lagi dengan sesi penerangan ringkas. Kali ini, penerangan saya lebih
memfokuskan kepada tujuan sesuatu tarian itu ditarikan pada zaman dahulu. Saya menurunkan aras
soalan dalam soal-jawab sesi penerangan ini. Hal ini bagi memudahkan mereka memahami soalan saya.
Antara soalan yang saya kemukakan ialah, “Mengapa tarian Sumazau ditarikan masyarakat Kadazan?”.
Soalan ini saya kemukakan kepada semua murid. Saya mengulangi soalan ini untuk tarian-tarian yang
lain. Penghargaan saya berikan kepada murid yang dapat menjawab dengan betul manakala peneguhan
positif saya berikan bagi jawapan yang kurang tepat. Hasil daripada soal jawab ini, saya mendapati
terdapat juga murid yang tidak mampu menjawab langsung dan hanya mendiamkan diri sahaja.
Pada hemat saya, mereka mampu menguasai isi pelajaran tersebut jika didedahkan dengan strategi
pengajaran yang sesuai serta menarik minat mereka.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Pengumpulan data awal
Kelas Tahun 5 mempunyai murid seramai lapan orang. Walau bagaimanapun, saya hanya mengambil 2
orang murid sahaja sebagai subjek kajian berikutan 5 orang murid berjaya menguasai isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru manakala seorang lagi murid mengalami masalah pembelajaran dari aspek menulis
dan membaca dan dikategorikan sebagai murid pemulihan. Pemilihan 2 orang murid itu sebagai sasaran
awal dibuat oleh saya untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan ilmu yang ada pada diri mereka.
Pemilihan mereka juga dibuat berikutan hasil daripada lembaran kerja mendapati mereka tidak dapat
menguasai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Berdasarkan temubual yang dijalankan, saya mendapati murid-murid saya mempunyai masalah dalam
kemahiran berfikir dan kebanyakan mereka dikategorikan dalam kumpulan murid sederhana. Kemahiran
berfikir mereka boleh diasah kerana menurut temubual ini, mereka cuma dikatakan kurang mahu berfikir
panjang. Justeru, penggunaan strategi yang betul, murid-murid masih boleh dibantu.
Hal ini ternyata benar. Berdasarkan hasil dapatan semasa sesi pengajaran yang lalu, kedua-dua murid ini
didapati tidak dapat menjawab soalan berkaitan motif tarian kerana ia melibatkan pemikiran kritis yang
beraras tinggi sedangkan mereka mampu menjawab soalan berkaitan nama tarian dengan baik. Murid
dilihat mudah untuk mengingat fakta yang tidak memerlukan fakta yang berfikir panjang.
Justeru itu, langkah pertama ialah menganalisis lembaran kerja yang telah diberikan kepada murid-murid
tersebut. Lembaran kerja tersebut saya jadikannya sebagai ujian saringan. Hasil dapatan markah bagi
lembaran kerja/ ujian saringan diambil bagi mengenal pasti tahap penguasaan kedua-dua subjek kajian
tersebut.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
125
Jadual 1: Markah lembaran kerja/ujian saringan
BIL. NAMA SUBJEK KAJIAN MARKAH
1. Aiman 3/12
2. Azshira 5/12
Berdasarkan hasil dapatan tersebut, didapati markah yang diperolehi oleh murid-murid ini mencatatkan
prestasi yang tidak memuaskan. Justeru itu, saya membuat satu analisis terhadap setiap soalan yang
terkandung dalam ujian saringan tersebut.
Jadual 2: Analisis Lembaran Kerja/Ujian Saringan Bagi Setiap Soalan
Nama S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 Markah
Aiman √ x √ x x x x √ x x x x 3/12
Azshira √ x √ x x x x √ x x √ √ 5/12
Berdasarkan jadual analisis lembaran kerja/ujian saringan , saya mendapati kedua-dua orang subjek kajian
dapat menjawab dengan betul bagi soalan 1, soalan 3, dan soalan 8. Bagi soalan 11 dan soalan 12, hanya
seorang murid dapat menjawabnya dengan betul. Semua soalan yang terdapat dalam lembaran kerja/ujian
saringan adalah terdiri daripada soalan jenis mengingat.
Hasil daripada lembaran kerja/ujian saringan tersebut, kedua-dua subjek kajian tidak dapat menjawab
soalan yang berkaitan dengan motif atau tujuan tarian-tarian pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini dapat
dibuktikan melalui soalan 2, soalan 4,soalan 5,soalan 6,soalan 7, dan soalan 11. Semua soalan tersebut
merupakan soalan-soalan yang berkaitan dengan motif tarian pelbagai kaum di Malaysia.
Setelah analisis terhadap ujian saringan dijalankan, saya telah merangka satu ujian diagnostik untuk
dijalankan ke atas murid-murid tersebut. Menurut Norhaidi Sarponen (2009), ujian diagnostik merupakan
satu instrumen yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. Oleh itu,
ujian diagnostik yang saya laksanakan memfokuskan kepada soalan berkaitan dengan motif tarian
pelbagai kaum di Malaysia.
Jadual 3: Analisis Ujian Diagnostik Bagi Setiap Soalan
Nama S1 (i) S1 (ii) S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 Markah
Aiman x x * √ x √ x x √ 3/8
Azshira x √ * √ x x x x x 2/8
Berdasarkan analisis markah ujian diagnostik yang dijalankan, kedua-dua subjek kajian menunjukkan
prestasi yang kurang memberangsangkan. Walaupun telah diberi contoh jawapan bagi soalan 2, namun
mereka masih tidak mampu menjawab soalan-soalan lain dengan baik.
Saya dapati kedua-dua mereka hanya mengetahui tujuan tarian ngajat ditarikan sahaja. Saya beranggapan
bahawa mereka masih belum memahami tarian-tarian yang wujud di luar kawasan negeri Sarawak.
Pendedahan yang kurang terhadap dunia luar merupakan salah satu faktor ketidakupayaan mereka
mengetahui tarian-tarian yang wujud di luar negeri Sarawak.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
126
Saya juga mendapati kedua-dua subjek kajian begitu lemah dalam mengingat motif tarian tersebut.
Mereka seolah-olah tidak ada idea untuk menjawabnya dan hanya menjawabnya secara sembarangan.
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru untuk mengatasi masalah ini
dengan sebaik mungkin.
Pada 4 Mac 2013, saya telah menemu bual kedua-dua subjek kajian bagi mendapatkan respon secara
bersemuka agar saya lebih memahami punca murid tersebut tidak dapat mengingat dan menjawab ujian
diagnostik tersebut. Hal ini juga bertujuan untuk megukuhkan lagi hasil analisis saya ke atas kedua-dua
ujian yang telah saya laksanakan.
“ Aiman dan Azshira sukar untuk memahami motif tarian yang tidak ada disekeliling negeri
mereka. Mereka perlu didedahkan lagi dengan tayangan video Mereka juga lebih gemarkan
belajar sambil bermain. Saya merasakan mereka akan lebih mudah mengingati fakta
sekiranya permainan diterapkan dalam pembelajaran.””.
(NL, 4 – 03 – 2013)
Berdasarkan hasil data lembaran kerja, temubual guru kelas, nota lapangan, ujian saringan dan ujian
diagnostik yang telah dibuat, saya mendapati kedua-dua orang subjek kajian ini perlu dibantu bagi
meningkatkan kemahiran mereka dalam menyatakan motif tarian-tarian pelbagai kaum yang ada di
Malaysia. Mereka memerlukan satu strategi pengajaran yang sesuai bagi membolehkan mereka
mengingati dan memahami isi pelajaran yang disampaikan. Sebagai seorang guru dan pendidik, saya
bertanggungjawab untuk membantu mereka.
Justeru itu, fokus kajian saya ialah meningkatkan kemahiran murid tahun 5 menyatakan motif tarian
kaum-kaum di Malaysia. Manakala objektif kajian saya ialah meningkatkan kemahiran murid Tahun 5
menyatakan motif tarian kaum-kaum di Malaysia melalui strategi ROS iaitu bermain sambil belajar.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada dua orang murid Tahun 5. Kedua-dua orang murid tersebut
terdiri daripada seorang perempuan dan seorang lelaki. Mereka ialah Aiman dan Azshira. Kedua-dua
orang murid ini merupakan murid berprestasi sederhana, iaitu kebanyakkan mendapat gred antara B, C
dan D dalam Ujian Akhir Tahun 2012 bagi mata pelajaran teras. Kedua-dua orang murid ini dipilih
sebagai kumpulan sasaran setelah analisis data dibuat ke atas hasil dapatan lembaran kerja, ujian saringan,
ujian diagnostik, temubual, dan nota lapangan.
STRATEGI TINDAKAN
Apa itu ROS?
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan satu strategi yang say namakan sebagai ROS. Strategi ROS
merupakan satu strategi yang membawa maksud Road Of Success. Strategi ROS ini merupakan strategi
yang menggabungkan dua teori pembelajaran iaitu Teori Behavioris Pelaziman Operan B.F Skinner dan
Teori Humanisme Carl Rogers. Menurut Noriati A.Rashid et.al (2012), Teori Behavioris Pelaziman
Operan B.F Skinner menitik beratkan kepada peneguhan yang terbentuk dalam diri seseorang individu.
Peneguhan yang digunakan membolehkan murid membolehkan murid mengingati perkara yang dipelajari
dengan mudah memandangkan pengulangan yang berlaku secara berterusan dalam sesi pengajaran.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
127
Murid sudah pasti akan mengingat kembali perkara rutin yang telah dipelajari dan secara tidak langsung
memudahkan objektif pembelajaran tercapai. Manakala bagi Teori Humanisme Carl Rogers, pemilihan
teori ini dibuat kerana teori ini mementingkan pembelajaran pengalaman iaitu setiap murid akan belajar
melalui proses membuat.
Selain itu, strategi ROS juga merupakan aplikasi pembelajaran aktif melalui permainan. Pemilihan
pendekatan pembelajaran aktif melalui permainan dibuat bagi menarik minat murid untuk terlibat secara
aktif dalam pembelajaran. Menurut Meyers dan Jones (1993) dalam kajian Dr. Vishalache Balakrishnan
(2010), pembelajaran aktif berasal daripada dua andaian iaitu pembelajaran pada hakikatnya adalah satu
aktiviti yang aktif dan murid yang berlainan mempunyai cara belajar yang berbeza.
“Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk
melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Mereka
dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”.
Lev Vygotsky (1967)
Gabungan dua buah teori pembelajaran dibuat bagi membolehkan saya mengaitkan hubungan antara
pembelajaran yang diberikan peneguhan dan pembelajaran pengalaman akan membolehkan murid
memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Manakala penerapan pembelajaran aktif melalui
permainan membolehkan murid memberikan minat terhadap isi pelajaran yang diajar kerana mereka lebih
suka belajar secara santai, berbanding strategi konvensional, iaitu chalk and talk.
Strategi ROS ini melibatkan beberapa langkah pelaksanaan. Terdapat empat langkah laksanaannya iaitu:
Rajah 1:Langkah pelaksanaan strategi ROS
Bagaimana langkah ROS?
Langkah 1: Pengenalan dan Set Induksi
Saya memulakan pengajaran dengan sesi induksi ke atas murid-murid. Saya telah memperdengarkan lagu
Chicken Dance terlebih kepada murid,dan mereka diberi kebebasan untuk menari. Tujuan lagu ini
digunakan ialah bagi mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran hari ini, iaitu tarian tradisional.
Kemudian, saya telah menayangkan video tarian pelbagai kaum di Malaysia kepada murid-murid.
Langkah 1: Pengenalan / Set induksi
Langkah 2 : Penerangan Isi Pelajaran
Langkah 3 : Permainan ROS
Langkah 4 : Penilaian
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
128
Penggunaan video tarian pelbagai kaum bertujuan untuk menarik minat mereka memberikan tumpuan
kepada isi pelajaran tersebut. Hasilnya, murid kelihatan teruja dan memberi perhatian sepenuhnya
memandangkan mereka belum pernah melihat video tersebut.
Selepas itu, soal jawab secara rawak dilakukan bagi melihat kemampuan murid memahami isi video
tersebut. Sebaik sahaja soal jawab, saya memperkenalkan kembali tajuk pengajaran iaitu Kenali dan
apresiasi adab sosial warisan budaya, subtajuk Seni Tari.
Langkah 2: Penerangan Isi Pelajaran
Bagi langkah kedua, saya telah memberikan edaran lembaran nota kepada murid. Lembaran nota ini
mengandungi nama tarian, motif atau tujuan tarian, kaum yang mempersembahkan tarian tersebut serta
gambar tarian.
Selain itu, saya juga menggunakan video aksi tarian bagi setiap tarian yang diajar. Penggunaan video ini
akan diselang-selikan dengan penerangan mengenai tarian yang dipaparkan tersebut menggunakan nota
yang telah diberikan. Penggunaan video dan nota mampu menambahkan kefahaman murid mengenai isi
pelajaran kerana mereka dapat lihat secara visual tarian-tarian tersebut.
Selain itu, penggunaan lembaran nota juga membolehkan penerangan yang saya laksanakan adalah
berpandu manakala video tarian pula digunakan bagi membuka pemikiran murid untuk melihat sendiri
tarian-tarian yang luar dari negeri Sarawak.
Langkah 3: Permainan ROS
Langkah 3 merupakan langkah di mana murid diberikan set permainan ROS. Set permainan ROS
merupakan adaptasi daripada permainan monopoli dan jutaria. Penerangan mengenai cara bermain
diberikan kepada murid-murid. Penerangan ini meliputi cara permarkahan dan peraturan permainan.
Cara Permarkahan
1. Pemain yang berjaya sampai dahulu ke petak TAMAT akan dikira sebagai pemenang.
Peraturan Permainan
1. Pemain boleh terdiri daripada 2 – 5 orang.
2. Semua peserta akan melontar buah dadu secara bergilir. Sesiapa yang mendapat bilangan
terbanyak akan memulakan permainan.
3. Permainan akan dimulakan bermula dari petak MULA oleh pemain pertama. Pemain akan
melontar dadu bagi melihat jumlah langkah yang perlu dilaluinya. Pemain akan bergerak
mengikut langkah.
4. Jika pemain berhenti di petak hijau, pemain perlu mengambil satu kad arahan. Arahan atau soalan
yang terdapat dalam kad tersebut akan dibacakan oleh pemain lain. Contohnya, pemain pertama
mendapat kad arahan. Pemain kedua akan membacakan soalan yang ada dalam kad.
5. Pemain wajib menjawab soalan yang terdapat di dalam kad tersebut. Jika berjaya menjawabnya,
ganjaran akan diberikan dan jika tidak, denda akan dikenakan.
6. Nilai ganjaran dan denda akan diletakkan di bawah kad arahan.
7. Jika pemain berhenti di petak kuning, pemain perlu mengikut bentuk arahan yang tertulis di petak
kuning tersebut.
8. Jika pemain berhenti di petak KEPUTUSAN, pemain perlu mengambil kad KEPUTUSAN dan
membaca arahan yang terkandung dalam kad tersebut.
9. Pemain haruslah melaksanakan segala perintah yang tertulis pada papan permainan. Jika pemain
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
129
ingkar, pemain akan hilang satu pusingan.
10. Pemain yang berjaya sampai terlebih dahulu di petak TAMAT akan dikira sebagai pemenang.
Rajah 2: set permainan ROS
Bagi menentukan giliran murid, saya telah menggunakan kaedah balingan buah dadu. Setiap murid
dikehendaki membali buah dadu tersebut. Giliran murid diketehaui berdasarkan angka yang terpapar pada
balingan buah dadu. Murid yang mendapat angka terbesar akan memulakan permainan tersebut terlebih
dahulu. Kemudian, setelah giliran diketahui, permainan ROS dimulakan.
Pada ketika itu, saya hanya bertindak sebagai fasilitator dengan membantu murid-murid untuk bermain
permainan ini.
Murid yang berjaya menghabiskan dua pusingan permainan ini akan dikira sebagai pemenang. Selepas
permainan tamat, saya telah meminta murid-murid terbabit membuat rumusan berdasarkan permainan
yang mereka main dan meminta mereka menyatakan perasaan mereka selepas bermain.
.Langkah 4: Penilaian
Saya mengedarkan lembaran kerja (ujian pasca) sebagai penilaian sebaik sahaja permainan ROS tamat.
Penilaian ini diberikan bertujuan untuk melihat perubahan kefahaman murid yang diperolehi setelah
bermain dengan permainan ROS.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
130
Rajah 3: Gambar-gambar pelaksanaan strategi ROS
Cara pengumpulan data
Beberapa teknik pengumpulan data telah saya guna bagi memantau serta mendapatkan maklumat
mengenai prestasi murid-murid yang terlibat dalam kajian ini. Antara teknik pengumpulan data yang
digunakan ialah mentadbir Ujian Pra dan Ujian Pasca, temu bual, analisis lembaran kerja dan pemerhatian
yang dicatatkan sebagai nota lapangan.
DAPATAN
Strategi ROS ini merupakan strategi yang menggunakan pembelajaran aktif melalui permainan. Jenis
permainan yang dimaksudkan ialah permainan koperatif iaitu permainan yang memerlukan para pemain
saling berinteraksi dan bekerjasama ketika permainan dijalankan. Pemilihan permainan ini dibuat bagi
mewujudkan suasana pembelajaran secara santai tanpa membosankan murid-murid. Hal ini disokong
melalui catatan nota lapangan saya iaitu:
“ Aiman dan Azshira kelihatan seronok dan aktif semasa intervensi dijalankan. Mereka saling
bersaing untuk tamatkan permainan tersebut”.
(NL, 15 – 04 – 2013)
Reaksi positif yang ditunjukkan kedua-dua murid ini serta komitmen dan semangat yang ditunjukkan
nyata menggembirakan saya. Mereka mula menunjukkan minat untuk belajar dan memahami isi pelajaran
tersebut. Reaksi mereka ini bukan sahaja pada luaran semata-mata, malah keupayaan mereka untuk
memahami isi pelajaran tersebut diterjemahkan melalui peningkatan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
yang diberikan. Jadual berikut merupakan jadual skor ujian pra dan pasca yang menunjukkan peratusan
peningkatan kedua-dua murid saya.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
131
Jadual 4: Skor Ujian Pra dan Pasca
Nama
Ujian Pra
Ujian Pasca
Jumlah Peningkatan
Aiman 2/8 6/8 4
Azshira 4/8 8/8 4
Berdasarkan kepada jadual dan graf tersebut, jelas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan ketara
terhadap markah subjek kajian tersebut. Peningkatan ini membuktikan bahawa strategi ROS yang
digunakan membuahkan hasil yang diingini.
Kedua-dua subjek kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 4 markah. Markah ujian Aiman bagi ujian
pra ialah 2/8 markah namun setelah intervensi dilaksanakan, Aiman telah berjaya mendapat 6/8 markah.
Bagi Azshira pula, markah ujian pra yang diperolehinya ialah 4/8 markah manakala bagi ujian pasca,
Azshira berjaya mendapat markah penuh iaitu 8/8 markah.
Selain itu, saya turut menjalankan sesi temu bual ke atas kedua-dua subjek kajian saya. Berikut
merupakan sesi temu bual yang dijalankan selepas intervensi dilaksanakan.
Guru : Tadi kamu ada main permainan ROS kan? Cikgu nak tanya, best tak main tadi?
Aiman : Best cikgu! Tak bosan. Saya memang suka bermain.
Guru : Bagus! Kalau cikgu tanya tentang tarian dengan tujuan dia,ingat tak?
Aiman : Ingat rasanya. Tarian naga ni tarian orang Cina. Mereka percaya tarian ni boleh
bawa tuah dan kekayaan pada tahun baru. Zapin ni orang Melayu punya. Bagi
tarian zapin pula,ia hiburan orang istana,cikgu. Tarian khatak orang India punya.
Mereka guna tarian ni untuk cerita tentang dewa-dewa Hindu.
( TB, 15 – 04 – 2013)
Guru : Shira, seronok tak main tadi?
Azshira : Seronok sangat! Saya suka. Tak mengantuk.
Guru : Wah. Bagus. Hah, cikgu nak tanya ni. Bagi contoh tarian dengan tujuannya
sekali yang dah kamu belajar.
Azshira : Ok, cikgu. Orang Kadazan dekat Sabah tariannya adalah Sumazau. Mereka
yakin yang tarian ni boleh elak diri dari hantu. Hehehe.. Orang Cina pula
anggap angina tarian kipas boleh bagi Feng Shui. Feng Shui tu kebaikan kan,
cikgu?
Guru : Yup, betul tu. Tarian-tarian lain ingat tak?
Azshira : Yup, insyaAllah. Saya cuba tau. Tarian naga bagi orang Cina banyak bagi tuah
dan buat mereka kaya, cikgu. Orang Iban pula menari ngajat sebab mereka
bersyukur dapat hasil padi. Mereka anggap ngajat ni juga tanda pahlawan bagi
orang lelaki. Betul tak, cikgu?
( TB, 15 – 04 – 2013)
Bagi memastikan kesahihan tahap pencapaian dan kefahaman subjek kajian setelah intervensi
dilaksanakan, saya telah memberikan lembaran kerja kepada murid-murid tersebut. Pemberian lembaran
kerja ini bertujuan untuk memberi latihan pengukuhan dalam bagi memastikan murid-murid terbabit
memahami isi pelajaran yang telah diajarkan kepada mereka menggunakan permainan ROS dengan betul.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
132
Jadual 5: Skor Lembaran Kerja
Bil. Nama Murid Markah
1. Aiman 8/8
2. Azshira 6/8
Berdasarkan markah yang diperolehi daripada lembaran kerja, didapati kedua-dua orang subjek kajian
masih menunjukkan tahap pencapaian yang baik. Hal ini menjadi bukti bahawa mereka mengingati segala
isi pelajaran yang telah dipelajari menggunakan strategi permainan ROS walaupun lembaran kerja ini
selepas 2 hari intervensi dilaksanakan ke atas mereka.
REFLEKSI
Setiap kajian yang dijalankan sudah pasti mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Malah
kajian yang dijalankan telah banyak memberikan ilmu pengetahuan baru kepada saya. Dalam menyiapkan
kajian tindakan ini, banyak ilmu baru serta perubahan yang saya perolehi. Kesabaran serta kegigihan
menyiapkan kajian ini membuatkan saya lebih peka untuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang
pendidik yang sentiasa mampu menerima cabaran dan melakukan perubahan kepada masyarakat.
Selain itu, kajian ini juga telah banyak menguji kemampuan sebagai seorang bakal guru untuk melakukan
satu inovasi strategi pengajaran bagi meningkatkan kecekapan mengajar. Inovasi amat penting dalam
memastikan saya tidak hanya mengguakan strategi pengajaran yang mendatar dalam setiap sesi
pengajaran.
Guru yang terbaik ialah apabila berjaya menyampaikan isi pelajaran kepada murid dan murid
memahaminya dengan baik. Dalam membantu murid untuk belajar, guru perlu tahu gaya pembelajaran
yang ada pada murid. Justeru itu, kajian ini telah mendedahkan saya kepada strategi pembelajaran aktif
melalui permainan yang membolehkan murid belajar dengan strategi yang menyeronokkan dan bermakna
buat mereka. Hal ini sesuai dengan gaya pembelajaran kedua-dua subjek kajian saya yang sukakan belajar
sambil bermain. Perkara ini turut disokong oleh catatan nota lapangan saya:
“Murid memberi fokus yang baik kepada sesi penerangan yang dijalankan oleh guru.
Mereka lebih aktif dan ceria dalam sesi penerangan ini berbanding kaedah yang saya
gunakan sebelum ini. Hal ini sangat mengkagumkan saya”.
(NL, 15 – 04 – 2013)
Selain itu, main sambil belajar juga merupakan satu strategi yang sesuai digunakan ke atas murid sekolah
rendah.
Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk
melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Mereka
dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”.
- Lev Vygotsky (1967)
Kajian ini juga memberi kesedaran kepada saya bahawa kepelbagaian strategi yang diterapkan dapat
membantu murid untuk meningkatkan kefahaman dengan lebih positif. Kepelbagaian strategi ini juga
akan menambahkan komitmen terhadap strategi pengajarannya kerana sudah pasti seseorang guru perlu
mengkaji terlebih dahulu strategi tersebut mengikut kesusaiannya sebelum diaplikasikan di dalam kelas.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
133
Secara tidak langsung, ia boleh mengelakkan guru mengalami „kemandulan pemikiran‟ dan memastikan
guru sentiasa dinamik mengikut peredaran zaman.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian tindakan yang saya jalankan, saya merasakan adalah satu keperluan bagi semua pihak
untuk sentiasa melakukan kajian tindakan dari semasa ke semasa. Langkah penambah baikan perlu dibuat
kerana peredaran zaman menyebabkan kajian-kajian lepas mungkin tidak sesuai untuk keperluan semasa.
Justeru, beberapa cadangan kajian telah saya gariskan. Pertama, saya mencadangkan agar kajian akan
datang akan menambah baik strategi ROS ini supaya strategi ini boleh diaplikasikan terhadap tajuk serta
mata pelajaran yang lain. Cadangan kajian ini saya utarakan kerana saya menganggap strategi ROS
merupakan satu strategi yang fleksibel, sesuai untuk digunakan dalam mana-mana topik.
Kedua, saya berharap pada masa akan datang, sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan
pembelajaran aktif melalui permainan dapat dilipat gandakan lagi. Keperluan ini penting kerana
pembelajaran secara chalk and talk tidak memberi kesan yang positif kepada semua murid. Kelainan
dalam sesi pelajaran perlu wujud supaya murid tidak bosan terhadap isi pelajaran yang diajar.
Selain itu, saya turut berharap agar bahan bacaan ilmiah berkaitan pembelajaran aktif melalui main ini
ditambahkan lagi bilangannya sama dari aspek buku atau cetakan kajian-kajian lepas. Hal ini bagi
memudahkan para pengkaji baharu dapat melakukan kajian dengan lebih efisien.
Kesimpulannya, saya berharap kajian berkonsepkan pembelajaran aktif berasaskan permainan diteruskan
lagi dengan inovasi yang lebih sesuai mengikut keperluan semasa kerana secara fitrahnya, manusia lebih
suka bermain berbanding pembelajaran secara serius.
RUJUKAN
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan
Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Alias, A. (2011). Permainan Untuk Kanak-Kanak. Shah Alam: Gerak Ilmu Sdn Bhd.
Balakrishnan, D. V. (2010). Pembelajaran Aktif Dalam Pendidikan Moral Inovatif dan Kreativiti Guru.
Pembelajaran Aktif JU PM 2010, 2=3.
Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan Konsep & Amalan Dalam Pengajaran.
Puchong : Penerbitan Mutimedia Sdn Bhd.
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Murid. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Hamid, J. A. (2006). Pengenalan Pengajian Sosial. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn Bhd.
Hatta, N. H. (2012). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Bermain Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan
Islam amb. Januari 2009 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012,, 34-35.
Ismail, N. (2006). Meningkatkan Kemahiran Membezakan Perkara Rukun dengan Perkara Sunat Dalam
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
134
Solat Melalui Pendekatan Permainan Monopoli. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah, 1.
Keow, C. L. (2008). Murid & Alam Belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Malaysia, P. K. (2005). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5.
Kuala Lumpur: Kementeria Pelajaran Malaysia.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah, Wan Kamaruddin. (2009). Teknologi Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Nur Effariza Taib. (2012). Meningkatkan Kemahiran Murid Tahun 4 Menghubungkait Reka Bentuk
Tempat Tinggal dengan Ciri-Ciri Fizikal Persekitaran Menggunakan Kaedah KON-APM. Jurnal
Penyelidikan Tindakan.
Salleh, A. M. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah . Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd.
Sang, M.K. (2008). Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sapornen, N. (2009, April 21). Ujian Diagnostik. Retrieved Februari 25, 2012, from Teacher's
Department: http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/04/21/ujian-diagnostik/
Tap, M. H. (2006). Pengenalan Pengajian Sosial. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn Bhd.
Zakaria, E. (1998). Pembelajaran Koperatif. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
135
PENGGUNAAN CERITERA AKROSTIK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID
TAHUN 5 MENGENALPASTI TEMPOH MASA TIUPAN ANGIN MONSUN DI MALAYSIA
Mohd Syakir Bin Ahmad Sawal
rikays_msas@yahoo.com.my
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 dalam mengenalpasti
tempoh masa tiupan angin monsun di Malaysia. Subjek kajian merupakan enam orang murid tahun 5
yang mendapat markah rendah di dalam ujian diagnostik dan ujian saringan. Data dikumpulkan
melalui ujian pra dan pasca, nota lapangan, dan temubual. Keenam-enam orang subjek kajian
menunjukkan peningkatan yang sangat memberansangkan. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan
strategi “Ceritera Akrostik” dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran dalam
mengenalpasti tempoh masa tiupan angin monsun di Malaysia.
PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih ambilan Januari 2010 yang mengambil opsyen Pengajian Sosial di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak. Saya sedang menjalani
praktikum fasa ketiga di SK Samarahan Estate, Serian. Di sekolah ini, saya mula bertugas pada 21 Januari
2013. Saya akan bertugas sebagai guru praktikum di sekolah ini selama 3 bulan. Sebelum ini, saya telah
mempunyai pengalaman mengajar sebanyak 2 kali iaitu di dua buah sekolah yang berlainan.
Sekolah Kebangsaan Samarahan Estate ialah sebuah sekolah kawasan luar Bandar yang terletak
di dalam Zon Ta‟ee dan Daerah Serian. Jaraknya dari bandaraya Kuching ialah kira-kira 85 kilometer.
Sekolah ini juga merupakan sekolah satu sesi dan memiliki 15 tenaga pengajar termasuk guru besar dan 3
orang staf sokongan. Dengan enrolmen seramai 93 orang murid termasuk murid prasekolah menjadikan
sekolah ini berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM). Kebanyakan murid di sekolah ini ialah Melayu dan
terdapat hanya 2 orang murid kaum Iban.
Berdasarkan pemerhatian saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid yang
cemerlang kelihatan aktif di dalam setiap aktiviti yang dijalankan tetapi murid yang lemah kelihatan pasif
dan memerlukan ransangan serta motivasi bagi menggalakkan mereka untuk menjawab soalan yang
diajukan. Murid yang lemah ini juga nampak tidak yakin apabila diminta menjawab soalan yang
memerlukan penyataan pendapat. Mereka juga kelihatan tidak yakin jika di suruh melakukan aktiviti
seperti menyanyi atau melakukan pergerakan kreatif. Keadaan ini menjadi tanggungjawab dan amanah
buat saya dalam membantu memotivasikan murid dan meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.
Justeru, sebagai seorang guru sudah pasti saya berasa sedih dan kecewa apabila melihat terdapat
murid-murid saya yang lemah di dalam sesuatu aspek terutama pelajaran mereka. Setelah saya sendiri
masuk ke dalam kelas dan mengajar, kini baru saya faham dan mengerti bagaimana perasaan mantan-
mantan guru saya yang pernah mengajar saya di sekolah pada suatu ketika dahulu sekiranya saya gagal
atau tidak berjaya memahami apa yang mereka ajar. Maka, saya berasa terpanggil untuk menjadi agen
perubahan kepada murid-murid ini kerana saya sedar bahawa guru bukan sahaja menjadi medium
penyampai ilmu, malah pemangkin kepada perubahan sikap dan kualiti akademik seseorang murid
tersebut. Oleh itu, saya dengan berbesar hati menerima cabaran ini bagi menimba pengalaman sebanyak
mungkin dalam mempersiapkan diri menjadi seorang pendidik yang berwibawa.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
136
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan satu proses yang melibatkan peranan guru,
pelajar, kurikulum dan persekitaran bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran harus diberi
penekanan yang sewajarnya dalam pendidikan formal. Ia memerlukan suatu usaha berterusan ke arah
menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Oleh
itu, proses ini perlu diberi „sentuhan‟ yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isi pelajaran yang
disampaikan memberi input yang maksima. (Zulina Bt Ahmad Zawawi et al, 2010)
Pertama kali saya memasuki kelas Tahun 5, menggantikan guru pembimbing saya bagi subjek
Kajian Tempatan, saya dapat melihat raut wajah murid-murid yang gembira apabila mendapat tahu
seorang “Guru Baharu” akan mengajar mereka. Sudah pasti mereka mengharapkan perubahan dan
kelainan yang akan dibawa oleh saya di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Saya juga dapat
melihat raut wajah mereka yang benar-benar dahagakan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan ini adalah
hak milik setiap insan kerana semua orang berhak mendapatkan anugerah ini.
Saya diarahkan oleh guru pembimbing untuk memulakan sesi pengajaran di kelas ini dengan
menggunakan tema „ Mengenal Negara Kita‟, dibawah tajuk „ Geografi Fizikal‟ dan sub-tajuk „ Cuaca
Dan Iklim Di Malaysia‟. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk ini, saya
rasakan saya telah melakukan sebaik mungkin. Ketika set induksi, saya telah membawa murid keluar
daripada kelas dan pergi ke kawasan lapang. Saya telah bersoal jawab dengan mereka mengenai apa yang
mereka rasa ketika berada di kawasan lapang tersebut. Saya bersoal jawab dengan murid mengenai unsur
suhu, angin dan hujan. Respon yang diberikan oleh murid ketika set induksi amat positif. Saya rasakan set
induksi saya berjaya kerana setiap soalan yang diajukan, boleh dijawab oleh murid. Murid juga kelihatan
seronok ketika set induksi dilaksanakan. Dalam set induksi ini, saya telah menggunakan kaedah
pengajaran kontekstual. Pengajaran kontekstual membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran
kandungan dengan situasi sebenar dan memotivasi pelajar untuk membuat kaitan antara apa-apa yang
dipelajari di dalam bilik darjah dan bagaimana pengetahuan ini digunakan dalam kehidupan mereka
sebagai warganegara dalam masyarakat. (Noriati A.Rashid et al, 2009)
Pada langkah 1, saya hanya melakukan penerangan kepada murid di papan tulis mengenai ciri
iklim khatulistiwa. Kemudian, saya memberi peluang kepada mereka untuk bertanya sekiranya ada
perkara yang mereka masih belum faham. Dalam langkah ini, saya menggunakan teknik pengajaran yang
berpusatkan guru. Hal ini disebabkan, kadang-kadang saya merasakan teknik pengajaran berpusatkan
guru juga penting bagi memastikan murid faham dengan apa yang diajar.
Pada langkah 2, saya teruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pembelajaran dengan
pembelajaran koperatif. Model pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai
kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan
perhubungan manusia. (Noriati A.Rashid et al,2009)
Pada langkah 3, saya mengedarkan lembaran kerja kepada murid. Saya memberi masa lebih
kurang 10 minit kepada mereka untuk menjawab lembaran kerja tersebut. Lembaran kerja tersebut
mengandungi 3 bahagian iaitu soalan mengenai suhu, soalan mengenai angin dan soalan mengenai hujan.
Saya juga turut mengedarkan peta kosong kepada murid dan mengarahkan murid melukiskan dua anak
panah berbeza yang mewakili angin monsun barat daya dan angin monsun timur laut. Kemudiannya, saya
dan murid-murid berbincang jawapan bersama-sama.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
137
Pada sesi penutup pula, saya mengedarkan lirik lagu “Tanya Sama Pokok” kepada murid. Kami
menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Akhirnya, saya bersoal-jawab dengan mereka tentang tajuk
yang diajar dan membantu murid-murid merumuskan topik pembelajaran pada hari tersebut. Setelah
tamat sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati lembaran kerja yang dijawab oleh murid
kebanyakannya salah di bahagian yang memerlukan mereka mengingati fakta. Kebanyakan mereka juga
membuat kesalahan di bahagian kedua iaitu bahagian Angin.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Kelas tahun 5 mempunyai 14 orang murid. Saya bersyukur kerana tiada murid pemulihan di dalam kelas
ini. Maka, kesemua 14 orang murid ini boleh di ajar secara normal dan mengikut kaedah atau teknik yang
dirancang.
“Tiada murid pemulihan di dalam kelas Tahun 5. Mereka semua bebas daripada
pemulihan”
(GK/ Temubual/ 300113)
Setelah mengetahui isu yang dihadapi oleh murid saya berkaitan dengan tajuk kecil
“ Menyatakan Tempoh Masa Tiupan Angin Monsun Di Malaysia” dalam sub-topik “Ciri Iklim Di
Malaysia”, maka saya telah menjalankan tinjauan dengan mengumpul beberapa data awal bagi
menyokong pemerhatian saya dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan
mengesahkan bahawa kajian saya ini benar-benar wujud dan boleh diambil tindakan.
Setelah melakukan ujian diagnostik dengan sepuluh orang murid yang terpilih, saya telah
mendapat enam orang subjek kajian. Subjek kajian ini dipilih berdasarkan keputusan ujian diagnostik
tersebut dimana kesemua mereka ini gagal menjawab soalan yang menfokuskan Tempoh Masa Tiupan
Angin Monsun Di Malaysia. Justeru, langkah pertama yang saya lakukan ialah dengan menjalankan
temubual bersama enam orang murid tersebut. Isi temubual saya berfokuskan Tempoh Masa Tiupan
Angin Monsun Di Malaysia dan Cara Pengajaran Dan Pembelajaran yang telah dilakukan oleh saya.
Guru: Adakah kamu faham apa yang cikgu ajar?
Azan: Faham cikgu.
Guru: Jika begitu, terdapat berapa jenis Angin Monsun Di Malaysia?
Azan: Ada dua.
Guru: Cuba nyatakan.
Azan: Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur laut.
Guru: Cuba nyatakan kepada cikgu bilakah tempoh masa tiupan Angin Monsun Barat
Daya dan Angin Monsun timur Laut?
Azan: Hmmm... Barat Daya Mei hingga....... Tak ingat cikgu.
(TB,110213,1)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
138
Guru : Adakah kamu faham apa yang cikgu ajar?
Khatami: Sikit-sikit jak cikgu.
Guru : Baiklah, terdapat berapa jenis Angin Monsun Di Malaysia?
Khatami: Ada dua jak cikgu.
Guru : Cuba nyatakan.
Khatami: Barat Daya ngan Timur laut.
Guru : Cuba nyatakan kepada cikgu bilakah tempoh masa tiupan Angin Monsun Barat
Daya dan Angin Monsun timur Laut?
Khatami: (Garu kepala) Sik pasti cikgu. Timur Laut, Mac – November, Barat Daya,
September.. Sik ingat cikgu.
(TB, 110213,2)
Menerusi temubual yang telah dijalankan dengan kesemua enam subjek kajian, maka benarlah
bahawa mereka semua mempunyai masalah yang sama iaitu tidak dapat menyatakan tempoh masa Tiupan
Angin Monsun Di Malaysia. Berdasarkan kesemua bahan yang ada iaitu Nota Lapangan, temubual,
Lembaran Kerja, Ujian Diagnostik, dan Pemerhatian yang telah dianalisis, saya mendapati bahawa Enam
orang murid yang menjadi subjek kajian saya ini tidak dapat mengingati Tempoh Masa Tiupan Angin
Monsun Di Malaysia. Mereka juga gagal mengingati fakta ini walaupun fakta ini tidak terlalu banyak.
Sepatutnya, fakta yang sedikit seperti ini mampu diingati oleh murid tahun 5. Oleh itu, Fokus Kajian saya
adalah untuk Meningkatkan Kemahiran Murid Tahun 5 Menyatakan Tempoh Masa Tiupan Angin
Monsun Di Malaysia.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan 6 orang daripada 14 orang murid Tahun 5 di SK Samarahan Estate, Serian.
Berikut merupakan maklumat yang telah saya kumpul mengenai kumpulan sasaran yang telah saya pilih.
Jadual 1: Maklumat Terperinci Subjek Kajian
Nama murid Karekter/ ciri-ciri unik di
dalam kelas dan sekolah
Kawan rapat di
dalam kelas
Jawatan di
sekolah
Pekerjaan
bapa
Mohd Azan Bin
Sehih
Seorang yang mudah hilang
tumpuan.
Seorang yang aktif
Atlet Sekolah.
Muaz Hakimi b.
Alias
Syuib b. Salleh
Ketua Kelas Buruh
Mohd Khatami
As-Siddiq b.
Mohd faizal.
Seorang yang banyak
bertanya tetapi soalan yang
tidak masuk akal dan soalan
yang pelik.
Seorang yang nampak
berusaha mencuba apabila
diajukan soalan.
Hajrulz Izzati b.
Sahat
Murid biasa
Guru
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
139
STRATEGI TINDAKAN
Dalam kajian saya ini, saya telah memilih untuk menggunakan kaedah “ Ceritera Akrostik” sebagai
penyelesaian masalah. Hal ini disebabkan, saya merasakan kaedah Ceritera Akrostik ini sangat sesuai
digunakan untuk membantu menguatkan ingatan seseorang terutama dalam mengingati fakta.
Justeru, apabila saya mengajar mengenai Tempoh Masa Tiupan Angin Monsun Di Malaysia
kepada murid-murid saya, mereka akan mudah mengingatinya kembali dengan menggunakan kaedah
Ceritera Akrostik. Menurut Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya dalam
buku mereka yang bertajuk Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan (2005), salah satu teknik mengingat ialah
Akrostik. Menurut mereka juga teknik Akrostik ialah siri perkataan ataupun rangkap yang memuatkan
huruf-huruf pertama yang dapat membentuk semula perkataan ataupun frasa awal. Kita perlu mengambil
huruf awal sesuatu fakta. Berdasarkan huruf berkenaan, kita membentuk suatu cerita yang mudah diingati.
Apa yang ingin saya maksudkan dengan “Ceritera” ialah dalam penggunaan Akrostik ini, kita
boleh menjadikan perkataan-perkataan atau fakta-fakta yang perlu dihafal itu sebagai sebuah cerita.
Seperti contoh mengingati Warna Spektrum, “ Mamat mewakili Merah, Jual mewakili Jingga, Kacang
mewakili Kuning, Hijau mewakili Hijau, Balik mewakili Biru, India mewakili Indigo dan Utara
mewakili Ungu”. Maka telah wujud sebuah cerita disebalik mengingati warna spectrum tersebut iaitu
Mamat Jual Kacang Hijau Balik India Utara. Justeru, saya namakan strategi kajian tindakan saya
“Ceritera Akrostik”.
Dalam kajian saya ini, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan teori behaviorisme di
bawah ahli psikologi Edward Thorndike. Menurut Thorndike, hubungan atau connection antara ransangan
atau gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan. (Noriati
A. Rashid et al, 2009)
Siti Shafiqah
Shahirah bt
Ismail
Seorang yang aktif.
Seorang yang suka berjalan di
dalam kelas.
Nur Amira Yasmin
bt Wesley
Shalinie Bt
Surianto
Murid Biasa Buruh
Nur fatin Husna
Bt Alif Ting
Lambat menyiapkan kerja
Agak pasif di kelas
Selalu bersendirian
*Tiada kawan baik Murid Biasa Peniaga
Mohd hijjaz Bin
Amin
Seorang yang pasif
Kuat berangan
Seorang yang pendiam
Mohd Irfan Hakimi
B. Anuar
Murid Biasa Buruh
Muaz Hakimi
Alias
Seorang yang sangat aktif
Mudah hilang tumpuan
Atlet sekolah
Mohd Azan Bin
Sehih.
Murid biasa Bekerja
sendiri
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
140
Pelaksanaan intervensi ini akan dijalankan semasa waktu persekolahan iaitu semasa sesi
Pengajaran Dan pembelajaran subjek Kajian Tempatan. Jangkaan masa adalah selepas cuti pertengahan
penggal pertama nanti. Saya bercadang untuk menggunakan masa kira-kira satu jam bagi memastikan
segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. Bilik darjah murid adalah kawasan paling
kondusif dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti intervensi ini dengan sebaiknya.
Langkah 1: Pengenalan Teknik Ceritera Akrostik (Hukum Kesediaan)
Saya akan memperkenalkan Teknik Ceritera Akrostik kepada murid. Dalam tajuk Tempoh Masa Tiupan
Angin Monsun Di Malaysia, saya akan mencipta Akrostik yang mudah dan mengarahkan murid untuk
menghafal Akrostik yang diberikan kepada mereka. Sebagai contoh:-
Angin Monsun Timur Laut bertiup pada bulan November hingga Mac, maka:
Timur Laut November Mac = Tikus Lari Nampak Monyet
Angin Monsun barat Daya bertiup pada bulan Mei hingga September, maka:
Barat Daya Mei September = Burung Dodo Masuk Sarang
Langkah 2: Sesi Menghafal Dan Mengingat (Hukum Latihan)
Pada waktu ini, murid akan cuba mengingat berulang kali Ceritera Akrostik yang diberikan. Mereka akan
cuba memahami dan menghafal berulang kali Ceritera Akrostik tersebut. Teknik ini juga boleh dilakukan
secara berpasangan.
Langkah 3: Penilaian (Hukum Kesan) Setelah semuanya selesai menghafal, saya akan menguji mereka dalam bentuk kuiz dan juga ujian
bertulis. Hal ini dapat menguji tahap pencapaian mereka setelah menggunakan strategi Ceritera Akrostik.
Mereka akan diteliti secara khusus dalam aspek kemahiran Menyatakan Tempoh Masa Tiupan Angin
Monsun Di Malaysia berdasarkan aktiviti intervensi ini bagi melihat keberkesanan pelan yang dirancang.
Langkah 4: Peneguhan Pujian atau hadiah akan diberikan kepada mereka sebagai langkah peneguhan positif jika mereka
menunjukkan hasil atau perkembangan yang positif.
Kaedah Pengumpulan Data
Bagi menjalankan kajian ini, saya akan menggunakan beberapa instrumen pengumpulan data dalam usaha
memantau tahap penguasaan bagi murid-murid yang terlibat secara langsung dalam kajian. Antara
instrumen tersebut adalah:
Hukum Kesediaan Hukum Latihan Hukum Kesan
Ujian Pra dan Pasca Temubual Pemerhatian
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
141
DAPATAN
Dalam permulaan isu kajian, saya mendapati enam orang murid saya tidak berupaya mengingati
fakta yang dipelajari dengan baik. Ternyata mereka mudah keliru untuk menyusun fakta walaupun fakta
yang diberikan begitu sedikit dan mudah jika diikutkan pada tahap pembelajaran mereka. Apa yang
membimbangkan saya, fakta yang saya berikan kepada mereka hanyalah berkaitan dengan tiupan angin
monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan November hingga Mac dan tiupan angin monsun Barat Daya
yang bertiup dari bulan Mei hingga September. Justeru, pada pendapat saya, masalah ini amat serius dan
sebagai guru yang prihatin, saya perlu bertindak melakukan sesuatu agar mereka dapat dibantu. Bertitik
tolak daripada penemuan itulah, saya mula merangka satu strategi bagi membantu meningkatkan
kemahiran murid Tahun 5 Mengenalpasti Tempoh Masa Tiupan Angin Monsun di Malaysia melalui
Strategi Ceritera Akrostik.
Melalui kaedah ini, saya telah melaksanakan beberapa strategi pelaksanaan bagi membantu
murid-murid ini meningkatkan kemahiran mengingat mereka. Pelaksanaan strategi Ceritera Akrostik ini
juga memerlukan saya menggunakan beberapa instrumen seperti temu bual, nota lapangan, pemerhatian,
serta ujian pra dan pasca. Hasil pengumpulan pelbagai instrumen ini, saya telah membuat analisis dan
menginterpretasikan dapatan yang diperolehi berdasarkan objektif dan fokus pelaksanaan kajian.
Untuk melihat perkembangan prestasi keenam-enam subjek kajian saya sepanjang kajian ini
dijalankan, langkah pertama yang telah saya ambil ialah dengan mentadbir ujian pra. Ini adalah untuk
melihat skor yang mereka perolehi sebelum strategi Ceritera Akrostik ini diperkenalkan kepada mereka.
Berikut merupakan jadual analisis skor ujian pra yang telah saya jalankan sebelum strategi diperkenalkan
kepada subjek kajian.
Jadual 2: Markah Ujian Pra Bagi 6 Orang Subjek Kajian
Hasil analisis markah ujian pra ini, saya mendapati kesemua subjek kajian saya tidak
dapat menjawab soalan ujian ini dengan baik. Keenam-enam mereka tidak mampu mendapat
markah penuh semasa menjawab ujian ini. Empat daripada orang subjek kajian hanya
mendapat markah 2/6 sahaja. Manakala seorang subjek mendapat 3/6 markah dan seorang lagi
mendapat 4/6 markah.
Justeru, saya menjalankan tanggungjawab seperti biasa. Saya telah menjalankan
strategi saya iaitu teknik Ceritera Akrostik untuk membantu mereka dalam masalah ini. Setelah
saya menjalankan strategi saya, saya telah mentadbir sebuah lagi ujian kepada mereka iaitu
ujian pasca untuk melihat sejauh mana keberkesanan strategi yang telah saya gunakan. Hasil
dapatan ujian pasca dapat dilihat daripada jadual dibawah:-
Subjek Kajian Jumlah betul
Siti 2/6
Khatami 2/6
Hijjaz 2/6
Muaz 4/6
Fatin 3/6
Azan 2/6
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
142
Jadual 3: Markah Ujian Pasca Bagi 6 Orang Subjek Kajian
Hasil analisis markah ujian pasca ini, saya telah mendapati keenam-enam subjek kajian saya telah
mendapat markah 6/6 iaitu betul semua dan berjaya menjawab ujian dengan jayanya. Hal ini
membuktikan objektif pembelajaran telah dapat dicapai. Saya berasa sangat gembira kerana ternyata
strategi yang saya gunakan telah berjaya untuk membantu pelajar saya untuk mengenalpasti tempoh masa
tiupan angin monsun di Malaysia.
Temubual yang dijalankan pula merupakan temubual berstruktur dimana saya telah merangka
soalan sebelum temubual dijalankan. Soalan-soalan yang diajukan adalah berdasarkan objektif kajian.
Jadual di bawah pula menunjukkan Intepretasi Soalan 1.
Jadual 4: Intepretasi Soalan 1: Jawapan Untuk Soalan 1 iaitu “Terdapat Berapa Jenis Tiupan Angin
Monsun Di Malaysia? Nyatakan.”
SUBJEK KAJIAN JAWAPAN
KHATAMI Dua. Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut.
MUAZ Ada dua, cikgu. Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya.
SITI Ada dua. Barat Daya dan Timur laut.
FATIN Dua. Barat Daya dan Timur Laut.
HIJJAZ Dua ( Sambil menunjukkan dua jari). Angin Monsun Barat Daya dan
Angin Monsun Timur laut.
AZAN Dua, cikgu. Barat Daya, Timur Laut.
Berdasarkan jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa murid dapat menjawab soalan 1 yang
diajukan kepada mereka dengan betul. Mereka juga menjawab soalan tersebut dengan yakin dan lancar.
Sebagai seorang guru, saya amat bersyukur dengan perubahan sikap ini dan saya rasakan mereka sudah
mula mengingati jenis angin monsun di Malaysia.
Jadual 5 pula menunjukkan intepretasi soalan 2.
Subjek Kajian Jumlah betul
Siti 6/6
Khatami 6/6
Hijjaz 6/6
Muaz 6/6
Fatin 6/6
Azan 6/6
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
143
Jadual 5: Intepretasi Soalan 2: Jawapan Untuk Soalan 2 Iaitu “Bilakah Tempoh Masa Tiupan Angin
Monsun Barat Daya?”
SUBJEK KAJIAN JAWAPAN
KHATAMI Mei sampai September, Cikgu.
MUAZ Mei hingga September.
SITI Mei hingga September.
FATIN (Sambil membaca semua Teknik Ceritera Akrostik) Mei hingga
September, Cikgu.
HIJJAZ Mei hingga September, Cikgu.
AZAN Mei hingga September.
Jadual 6: Intepretasi Soalan 3: Jawapan Untuk Soalan 3 Iaitu “Bilakah Tempoh Masa Tiupan Angin
Monsun Timur Laut?”
Jadual 7: Intepretasi Soalan 4: Jawapan Untuk Soalan 4 Iaitu “Ada Perbezaan Atau Tidak Cara Cikgu
Mengajar Sebelum Ini Dengan Teknik Ceritera Akrostik?”
SUBJEK KAJIAN JAWAPAN
KHATAMI Ada cikgu. Lagi senang mok hafal.
MUAZ Ada. Senang ingat, cikgu.
SITI Ada. Senang, cikgu.
FATIN Ada, cikgu. Senang ingat.
HIJJAZ Ada. Senang.
AZAN Ada. Senang mok ingat angin.
Berdasarkan kepada temubual yang dijalankan juga, saya dapat melihat perubahan ketara murid
semasa menjawab soalan yang diberikan. Mereka dapat menjawab soalan dengan baik. Hal ini
menunjukkan mereka dapat mengenalpasti tempoh masa tiupan angin monsun Malaysia setelah
menggunakan Strategi Ceritera Akrostik.
Secara tuntasnya, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur iaitu nota lapangan yang
saya tulis berdasarkan kepada tingkahlaku dan perubahan subjek kajian sepanjang menjalankan kajian
terutamanya sebelum dan selepas intervensi. Apa yang saya lihat semasa ujian pra dijalankan, subjek
kajian kelihatan tidak yakin untuk menjawab. Ternyata, tanggapan saya tepat apabila keputusan ujian pra
mereka tidak memberansangkan. Kesemua subjek kajian tidak mampu mendapat markah penuh dan tidak
mampu menyatakan tempoh masa tiupan angin monsun di Malaysia.
SUBJEK KAJIAN JAWAPAN
KHATAMI November sampai Mac, Cikgu.
MUAZ November hingga Mac.
SITI November hingga Mac.
FATIN (Sambil membaca semua Teknik Ceritera Akrostik) November hingga
Mac, Cikgu.
HIJJAZ November hingga Mac, Cikgu.
AZAN November hingga Mac.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
144
REFLEKSI
Strategi Ceritera Akrostik merupakan strategi yang dipilih untuk membantu murid-murid ini.
Strategi Ceritera Akrostik merupakah sebuah teknik yang membantu murid-murid mengingati sesuatu
fakta dengan mudah. Fakta-fakta tersebut perlu disusun dan abjad di hadapan setiap perkataan akan direka
menjadi perkataan lain lalu dibentuk menjadi sebuah cerita atau ayat. Dengan adanya cerita atau ayat ini,
murid-murid akan mudah mengingati apa yang perlu mereka hafal.
Saya juga melihat teknik ini telah memberikan impak yang positif dalam diri murid-murid saya.
Semasa proses intervensi dijalankan, saya lihat mereka benar-benar bersemangat dan seronok untuk
belajar. Mereka juga sangat teruja apabila disuruh menghafal menggunakan teknik ini. Sesungguhnya,
saya dan murid-murid sangat menikmati pengalaman yang diperoleh sepanjang sesi interaksi.
Berdasarkan teknik Ceritera Akrostik yang dijalankan, saya sedar betapa pentingnya kemahiran
mengingat kepada murid-murid terutama pada murid yang lemah. Justeru, sebagai seorang guru, kita
perlu lebih kreatif dalam mencipta strategi pengajaran yang baharu agar dapat membantu murid-murid
yang benar-benar menghadapi masalah dalam pembelajaran mereka.
Tuntasnya dapat diperkatakan bahawa, pelaksanaan strategi Ceritera Akrostik ini merupakan
salah satu usaha saya bagi menambahbaik amalan pengajaran yang telah saya lakukan. Secara tidak
langsung saya membantu meningkatkan prestatsi dan pencapaian murid.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Perkara yang paling utama yang boleh diperbaiki untuk kajian yang akan datang ialah, guru boleh
menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) semasa mengaplikasikan strategi ini. BBM yang
dimaksudkan ialah gambar peta dan rajah angin monsun bertiup atau kad perkataan untuk tempoh masa
angin monsun timur laut dan barat daya bertiup. Guru juga boleh menggunakan bahan maujud seperti peta
atau glob bagi memudahkan murid lebih nampak proses angin monsun bertiup. Dengan adanya BBM ini,
proses P&P tidak akan nampak begitu kosong dan terlalu ringkas.
Selain itu, kaedah ini juga boleh dijalankan untuk bilangan murid yang ramai. Hal ini disebabkan
kaedah ini tidak begitu susah. Guru hanya perlu memperkenalkan kaedah ini dan membuat sedikit
penerangan. Kaedah ini juga sebenarnya boleh dilaksanakan dengan melibatkan murid yang lebih banyak
agar boleh membentuk kumpulan yang mempunyai ahli didalamnya, maka murid-murid boleh
melaksanakan kaedah ini didalam kumpulan dan saling mendengar bacaan hafalan antara satu sama lain.
Justeru, untuk kajian yang seterusnya, sampel kajian boleh ditambah. Dengan ini, kesahan dan
kebolehpercayaan untuk keberkesanan kaedah ini akan lebih terbukti.
RUJUKAN
Azizi Yahaya et. al (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Selangor: PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.
Noriati et. al (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Roslan Bin Yatim et. al (2007). Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Buku Teks Tahun 5. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
145
STRATEGI WHEEL OF KNOWLEDGE (WE-KNOW) MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MURID TAHUN 5 MENCIRIKAN EMPAT ZON IKLIM DUNIA
Moses Igat anak Michael Brenden
sirmosesmichael90@gmail.com
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam
kemahiran mencirikan empat zon iklim dunia. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri
daripada dua orang murid Tahun 5 iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dari Sekolah
Kebangsaan Pangkalan Sorah, Serian. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi
murid dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis ujian saringan
dan diagnostik. Justeru, temubual juga dilaksanakan bagi meninjau pandangan murid terhadap topik
tersebut serta pengajaran guru. Berdasarkan analisis tersebut, dua orang murid belum dapat
menguasai kemahiran mencirikan yang berkaitan dengan mencirikan empat zon iklim dunia. Oleh
itu, pendekatan behavioris telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penekanan
diberikan kepada teknik pengulangan. Dengan menggunakan strategi Wheel of Knowledge (We-
Know), dua orang murid telah dapat mencirikan empat zon iklim dunia dengan baik dan mudah
untuk mereka memahami isi pelajaran tersebut.
PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih ambilan Januari 2010 opsyen pengajian sosial yang kini sedang
menjalankan praktikum Fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Pangkalan Sorah, Serian. Saya telah ditugaskan
untuk mengajar kelas Tahun 5 bagi subjek Kajian Tempatan dan Tahun 4 bagi subjek Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan. Bagi Tahun 4, jumlah muridnya ialah hanya tiga orang dan lapan orang murid
bagi Tahun 5. Jumlah yang sedikit ini merupakan satu cabaran untuk saya kerana strategi pengajaran
adalah berbeza dengan pengajaran bagi kelas yang mempunyai jumlah murid yang ramai. Berdasarkan
pemerhatian saya di dalam kelas, strategi berpusatkan murid jauh lebih berkesan daripada berpusatkan
guru. Ahmad Md Sharif (1994), pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan menarik ialah pengajaran
dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan iaitu di mana pengajaran tersebut berpusatkan pelajar.
Bukan itu sahaja, minda mereka akan lebih terbuka dan mereka akan menunjukkan rasa minat kepada sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Shahabuddin Rhizani dan Mohd Zahir (2003), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang
berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek Kajian Tempatan untuk kelas Tahun 5 bertajuk Cuaca dan Iklim di Malaysia
serta subtopiknya ialah zon iklim dunia.
Menurut Sharil (2009 ) seorang guru yang berkesan adalah seorang guru yang mempelbagaikan
pendekatan atau kaedah pengajarannya. Sesi Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan bermula dengan
set induksi iaitu dengan menunjukkan gambar gurun dan kawasan bersalji diikuti degnan soal jawab
bersama murid. Saya berpendapat dengan menunjukkan gambar-gambar, murid akan dapat meransang
pemikiran mereka dan sekaligus meningkatkan semangat inkuri murid untuk mengikuti proses pengajaran
yang seterusnya.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
146
Seterusnya, saya memulakan sesi penerangan mengenai empat zon iklim dunia dengan menggunakan
kertas sebak. Sambil mengajar, saya meminta murid merujuk maklumat di dalam buku teks. Dalam
penerangan saya juga, saya menggunakan dua gambar yang digunakan dalam set induksi untuk
merangsang pemikiran murid. Selepas itu, satu aktiviti dilaksanakan dan aktiviti ini dinamakan Tampal
dan Lekat. Aktiviti ini memerlukan murid menampal dan melekat kad yang terdiri daripada contoh-
contoh kawasan serta ciri-ciri iklim tersebut mengikut empat zon iklim dunia yang betul. Pada pandangan
saya, aktiviti yang berpusatkan murid amat penting untuk digunakan kerana selain dapat menarik minat
murid, kita juga akan dapat mengenal pasti sama ada murid faham akan isi pelajaran ataupun tidak.
Peneguhan positif seperti penghargaan dan pujian diberikan kepada murid-murid yang telah berusaha dan
berani ke hadapan kelas untuk mencuba.
Seterusnya, aktiviti kerja berkumpulan dilaksanakan. Murid dibahagikan kepada 4 pasangan dan
diedarkan satu kertas sebak serta pen marker kepada setiap pasangan. Saya menamakan setiap pasangan
kepada empat zon iklim dunia. Mengikut nama pasangan tersebut, saya mengarahkan mereka untuk
membuat peta minda tentang ciri-ciri zon iklim dunia tersebut dan bertindak sebagai fasilitator. Selepas
selesai membina peta minda, murid diarahkan untuk membentangkan hasil kerja mereka. Dalam sesi soal
jawab secara rawak pula, kelihatan mereka berusaha untuk mengingati fakta yang telah dipelajari tadi.
Sesi berikutnya ialah latihan lembaran kerja. Lembaran kerja ini dilaksanakan bagi mengetahui tahap
pemahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari. Sebagai penutup, saya menggunakan gambar yang
digunakan semasa set induksi untuk bersoal jawab dengan murid.
Hasil pemerhatian saya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh menamakan
empat zon iklim dunia tetapi kurang mampu mencirikan empat zon iklim dunia tersebut. Tambahan lagi,
semasa sesi perbentangan secara berkumpulan, murid-murid gagal meletakkan ciri-ciri mengikut empat
zon iklim dunia yang betul. Saya menyedari akan kekurangan dalam menggunakan bahan bantu mengajar
dan saya kurang dapat memberikan penjelasan yang terbaik kepada anak murid. Hasil daripada
penyemakan lembaran kerja yang diberikan, ternyata beberapa orang murid-murid Tahun 5 gagal
menjawab soalan yang berkaitan dengan ciri-ciri empat zon iklim dunia.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Setelah mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid saya yang berkaitan dengan mencirikan ciriempat
zon iklim dunia, maka saya telah menjalankan tinjauan dengan mengumpul data-data awal bagi
menyokong pemerhatian saya dalam kelas sewaktu sesi P&P berlangsung.
Langkah pertama yang saya lakukan ialah mengenalpasti murid yang mengalami masalah dalam
pembelajaran. Saya mengkaji semula dua ujian saringan yang telah diberikan semasa proses P&P
dijalankan pada 4 Februari 2013 dan 6 Februari 2013. Hasil menunjukkan tiga orang mendapat markah
yang rendah. Daripada tiga orang murid, saya mengambil dua orang murid sahaja kerana salah seorang
murid tersebut mengalami masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan menulis seperti
yang dinyatakan oleh guru kelas Tahun 5 tersebut.
“Mohd Armizie merupakan pelajar pemulihan iaitu mempunyai masalah dalam membaca dan
menulis. Dia tidak boleh membaca dan menulis dengan baik.”
(NL3, 6/2/2013)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
147
Jadual 1 : Markah Bagi Ujian Saringan Pertama
BIL NAMA MURID MARKAH PERATUSAN (%)
1. Aiman 8/18 44
2. Nurul 7/18 38
Saya telah memilih dua orang daripada lapan orang murid dalam kelas Tahun 5 sebagai sasaran awal
setelah membuat sesi temubual bersama guru pembimbing saya yang juga merupakan guru kelas bagi
Tahun 5. Temubual yang dijalankan adalah berkaitan dengan latar belakang murid dan tahap penguasaan
mereka terhadap pembelajaran. Temubual ini dijalankan selepas saya melaksanakan ujian saringan
terhadap murid kelas Tahun 5.
Bagi mengenalpasti subjek kajian untuk kali terakhir, maka saya telah melaksanakan ujian diagnostik
khusus terhadap dua orang murid yang telah diadakan pada 15 Februari 2013. Ujian ini dijalankan selepas
saya membuat satu sesi pengajaran mengenai tiga ciri bagi empat zon iklim dunia selama 30 minit.
Jadual 2 : Markah Bagi Ujian Diagnostik
BIL NAMA MURID MARKAH PERATUSAN (%)
1. Aiman 10/21 48
2. Nurul 9/21 43
Jadual di atas menunjukakan peratusan markah yang kedua-dua murid sasaran saya bagi ujian diagnostik.
Peratusan ini telah membuktikan mereka lemah dalam memahami empat zon iklim dunia serta ciri-ciri
zon iklim dunia tersebut.
“Nampaknya mereka lemah dalam mencirikan empat zon iklim dunia.”
(NL4, 15/2/2013)
Melihat kepada pencapaian kedua-dua orang murid sasaran saya dalam ujian diagnostik, saya telah
mengadakan sesi temubual untuk mendapatkan respon daripada mereka mengenai tiga ciri setiap empat
zon iklim dunia. Berdasarkan temubual, saya mendapati kedua-dua murid ini dapat menamakan empat
jenis iklim dunia tetapi gagal menyatakan tiga ciri setiap zon iklim dunia.
Berpandukan data melalui lembaran kerja, temubual guru kelas dan temubual murid, nota lapangan, ujian
saringan dan ujian diagnostik, saya mendapati dua orang murid ini mengalami kesukaran untuk
mengingati fakta iaitu ciri-ciri setiap empat jenis zon iklim dunia walaupun mereka dapat menamakan
empat zon iklim dunia tersebut. Berdasarkan penerokaan dan analisis data-data yang dilakukan, jelas
bahawa murid-murid saya ini memerlukan cara dan kaedah yang sesuai dan berkesan bagi membantu
mereka mengingati ciri-ciri zon empat jenis iklim dunia tersebut.
Dengan ini, fokus kajian saya ialah meningkatkan kemahiran murid tahun 5 mencirikan dua ciri-ciri bagi
setiap empat jenis zon iklim dunia.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang dijadikan sebagai subjek kajian saya adalah terdiri daripada dua orang murid
kelas Tahun 5 iaitu seorang lelaki bernama Aiman dan seorang perempuan bernama Nurul. Berdasarkan
prestasi akademik kedua-dua orang murid bagi peperiksaaan akhir tahun 2012 iaitu semasa mereka berada
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
148
di Tahun 4, keputusan bagi subjek Bahasa Melayu adalah berada pada paras lemah iaitu pada Gred C dan
E bagi Aiman dan Gred C bagi Nurul. Namun begitu secara keseluruhannya mereka boleh membaca dan
menulis dengan baik. Bagi subjek Bahasa Inggeris pula mereka berdua mendapat gred D. Bagi subjek
Sains pula kedua-dua mereka mendapat keputusan yang sederhana iaitu Gred C. Manakala bagi subjek
Matematik pula, kedua-dua mereka mendapat Gred D. Pada pendapat saya, kedua-dua murid ini boleh
dibantu untuk menguasai subjek Kajian Tempatan ini. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk
mengambil dua orang murid ini sebagai subjek kajian.
STRATEGI TINDAKAN
Saya telah menamakan permainan ini sebagai Wheel of Knowledge (We-Know). Dalam kajian ini, saya
mengaplikasikan teori pembelajaran behaviorisme iaitu Teori Pelaziman Operan yang telah dipelopori
oleh Burhus Frederic Skinner. Menurut Skinner, tingkah laku yang terhasil tidak mengikut urutan
kemunculan tingkah laku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ianya berlaku
kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan. Eksperimen Skinner yang berkenaan tikus di dalam
sangkar disebut sebagai pelaziman operan. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya
akan berulang jika wujud ganjaran. Oleh itu, konsep peneguhan amat jelas sekali. Strategi yang saya
gunakan lebih memfokuskan kepada peneguhan positif dan peneguhan negatif. Mohd Sahandri Gani
Hamzah (2010) menyatakan bahawa peneguhan yang sesuai dapat menambahkan pembelajaran dengan
adanya pengekalan.
Di samping itu, saya telah memilih pendekatan berbentuk pembelajaran aktif di mana teknik yang
digunakan ialah belajar sambil bermain. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri
pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-
kanak dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-
kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggaran masa bermain.
Menurut Choong (2008), main merujuk kepada sesuatu aktiviti yang bermotivasi intrinsik serta
menyeronokkan kepada individu yang berkenaan. Pembelajaran aktif ini berpusatkan murid
memandangkan kaedah ini akan dapat menarik minat murid untuk memberi fokus di samping
memudahkan murid untuk lebih faham jika dibandingkan dengan berpusatkan guru. Saya telah memilih
kaedah belajar sambil bermain sebagai pembelajaran yang aktif. Belajar melalui bermain adalah satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid. Justeru, kaedah ini dapat
mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dan guru juga akan dapat menyampaikan ini
pelajaran dengan baik.
Bagi membantu kumpulan sasaran ini, maka pembelajaran aktif berbentuk permainan akan digunakan
agar mereka akan dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mudah lagi. Menurut Piaget (1962), kanak-
kanak ingin bermain kerana ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan idea, perasaan dan
idea. Ia juga akan dapat mewujudkan perasaan tenang dan menghiburkan hati. Teori ini membuktikan
dengan menggunakan permainan dalam strategi saya nanti, maka subjek kajian saya akan berasa seronok
semasa belajar.
“Pembelajaran Aktif merupakan satu kaedah untuk melatih pelajar melibatkan diri secara
aktif dalam proses pembelajaran. Penglibatan pelajar dalam proses ini akan memberikan
pemahaman yang lebih mendalam dan menjana ke arah pemikiran aras tinggi berkaitan
dengan bahan-bahan dalam kelas.”
(Jamalludin Bin Harun & Noora Sinta Binti Abdul Hadi)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
149
Kata-kata diatas yang dipetik daripada sebuah jurnal menyokong pernyataan saya bahawa pembelajaran
aktif akan melibatkan murid secara aktif dan proses pemahaman akan menjadi lebih mendalam.
Bagaimana langkah We-Know ini dilaksanakan?
Langkah 1: Pengenalan Menggunakan 4 gambar Zon iklim dunia
Saya telah mengedarkan ujian pra kepada murid terlebih dahulu untuk melihat setakat mana pemahaman
mereka mengenai zon iklim dunia. Seterusnya, saya menampal empat gambar-gambar bagi setiap empat
zon iklim dunia iaitu Zon Panas, Zon Sederhana Panas, Zon Sejuk dan Zon Sederhana Sejuk. Mengikut
Mayer dan Moreno (1998), „people learn more deeply from words and pictures than from words alone.‟
Saya telah menyoal murid tentang gambar-gambar tersebut. Contohnya, gambar A ini mewakili zon apa?
Gambar B ini mewakili zon apa? Peneguhan telah diberikan apabila murid dapat menjawab dengan
jawapan yang betul. Aiman telah memberikan jawapan yang kurang tepat apabila saya mengajukan soalan
kepadanya. Oleh itu, saya telah membimbingnya untuk mengenalpasti gambar yang ditunjukkan. Selepas
itu, saya membuat sesi soal jawab secara ringkas terhadap mereka bagi mengetahui tahap pengetahuan
mereka.
Langkah 2: Penerangan dan Motivasi
Dengan berpandukan empat gambar zon iklim dunia yang digunakan pada Langkah 1, saya melekatkan
kad perkataan yang mewakili ciri-ciri setiap iklim bagi memberikan penerangan. Penerangan telah
difokuskan kepada ciri-ciri iklim dunia setiap zon. Seterusnya, saya bersoal jawab dengan murid bagi
mengetahui sama ada mereka sudah faham ataupun tidak. Peneguhan positif seperti hadiah dan pujian
diberikan kepada subjek kajian apabila mereka dapat menjawab soalan yang diajukan dengan betul. Ada
sesetengah ciri-ciri zon iklim dua yang mereka tidak faham, saya menerangkan dengan menukar aras
bahasa kepada yang lebih mudah.
Langkah 3: Permainan Wheel of Knowledge (We-Know)
Pembelajaran aktif menggunakan permainan dilaksanakan. Permainan We-Know ini dengan kata lainnya
lebih kepada permainan roda impian. Permainan ini dimulakan dengan mengarahkan subjek kajian iaitu
Aiman dan Nurul untuk membaca nota-nota yang berada di dalam empat sampul surat tersebut. Masa
diberikan adalah 5 minit.
1. Undian dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahui giliran dua orang murid tersebut dan borang
markah disediakan.
2. Aiman yang mendapat undian nombor 1 telah memulakan permainan dengan memutarkan roda
tersebut.
3. Aiman seterusnya telah diarahkan untuk mengambil sampul surat yang berwarna mengikut mana-
mana warna yang berhenti pada jarum tersebut.
4. Terdapat tiga soalan, (soalan pertama: mudah, soalan kedua: sederhana, soalan ketiga: sukar). Saya
membacakan soalan untuk Aiman bermula dari soalan pertama. Bagi soalan pertama, Aiman dapat
menjawab soalan dengan baik. Oleh itu, markah diberikan. Markah akan dijadikan sebagai peneguhan
positif selain daripada memberikan pujian. Selepas itu, giliran Nurul untuk menyambung permainan
tersebut.
5. Bagi soalan pertama, Nurul dapat menjawab soalan dengan baik. Oleh itu, markah diberikan.
6. Seterusnya, Aiman menyambung permainan tersebut dan warna oren berhenti pada jarum tersebut.
Saya membacakan soalan pada sampul surat yang berwarna oren iaitu soalan mengenai Zon
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
150
Sederhana Sejuk. mengikut warna yang berhenti pada jarum tersebut. Bila diajukan soalan pertama,
Aiman gagal menjawab soalan tersebut dan tiada markah diberikan. Sebagai peneguhan, Aiman
dikehendaki membuka semula sampul surat nota berwarna oren untuk dibaca. Sementara Aiman
membaca nota pada sampul surat, Nurul seterusnya menyambung semula permainan.
7. Permainan ini telah diulang mengikut masa yang diperuntukkan ataupun mengikut tahap pemahaman
murid sama ada murid sudah dapat menguasai isi pelajaran ataupun tidak.
8. Peneguhan positif seperti pujian dan hadiah telah diberikan kepada Nurul yang mendapat markah
yang tertinggi.
“Jika murid berjaya menjawab soalan pertama, maka pada pusingan seterusnya jika
murid tersebut mendapat soalan zon yang sama, guru akan membaca soalan kedua dan
seterusnya soalan ketiga jika berjaya menjawab soalan kedua. Contoh: Murid A berjaya
menjawab soalan pertama bagi sampul surat Zon Sederhana Panas. Jika pada pusingan
seterusnya murid A mendapat soalan bagi Zon Sederhana Panas untuk kali kedua (soalan
dalam sampul surat adalah berdasarkan mana-mana warna yang berhenti pada jarum
tersebut), maka guru akan membacakan soalan yang kedua dan begitulah seterusnya.”
Rajah 1: Gambar-gambar pelaksanaan strategi We-Know
Cara pengumpulan data
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan empat instrumen khusus untuk mengumpul data
dalam usaha memantau prestasi murid-murid yang terlibat dalam kajian ini. Empat instrumen tersebut
yang gunakan ialah nota lapangan, temubual, lembaran kerja dan ujian pra dan pasca.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
151
DAPATAN
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, mereka hanya mampu menamakan empat zon iklim
dunia. Tetapi, mereka tidak mampu menjawab soalan yang memerlukan mereka mencirikan empat zon
iklim tersebut. Oleh itu, saya telah menggunakan pelbagai instrumen seperti lembaran kerja, temubual,
ujian saringan dan sebagainya bagi mengenalpasti permasalahan mereka, iaitu berkaitan dengan
kemahiran mencirikan empat zon iklim dunia. Hasil temubual bersama guru, menunjukkan salah seorang
daripada mereka merupakan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran (LINUS). Hasil
pengumpulan pelbagai instrumen ini, saya telah membuat analisis dan menginterpretasikan dapatan yang
diperolehi berdasarkan objektif dan fokus pelaksanaan kajian.
Nota Lapangan
Strategi ini berkonsepkan pengulangan maklumat dan murid akan berupaya untuk memproses maklumat
dan memudahkan mereka untuk lebih memahami isi pelajaran. Justeru, We-Know merupakan satu
strategi yang menggunakan kaedah berlajar sambil bermain. Ternyata strategi ini amat memudahkan
murid untuk memahami isi pelajaran selain daripada menarik minat murid untuk memberikan perhatian
terhadap apa yang ingin diajar. Tambahan lagi, keberkesanan We-Know disokong oleh nota lapangan
saya iaitu:
“Subjek kajian mudah faham sesi P&P dengan bantuan strategi We-Know”
(NL6, 16/4/2013)
Keberkesanan strategi ini amat menggembirakan saya kerana mereka berjaya menyenaraikan ciri-ciri bagi
setiap empat zon iklim dunia. Ia dapat dibuktikan dengan nota lapangan saya iaitu:
“Aiman dapat menyenaraikan dua ciri bagi empat zon iklim dunia dengan baik.”
(NL7, 16/4/2013)
Bagi Nurul pula, dia berasa keliru semasa mencirikan emat zon iklim dunia sebelum penggunaan strategi
We-Know. Tetapi selepas intervensi ini dijalankan, Nurul tidak lagi berasa keliru dan dapat memberikan
jawapan dengan baik. Ia disokong oleh nota lapangan iaitu:
“Nurul sudah dapat memberikan jawapan tentang ciri setiap zon dan tidak berasa keliru
lagi.”
(NL8, 16/4/2013)
Keberkesanan strategi We-Know ini selari dengan peningkatan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca yang
diberikan. Hal ini kerana selain memudahkan murid untuk memahami apa yang ingin diajar, We-Know
juga akan dapat menarik minat murid untuk memfokuskan tentang isi pelajaran.
Temubual
Seterusnya, saya telah menemubual Aiman dan Nurul bagi mendapatkan reaksi mereka mengenai
penggunaan strategi We-Know ini. Temubual ini adalah bagi melihat keberkesanan We-Know dalam
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
152
Berdasarkan temubual di atas, Aiman dan Nurul menunjukkan maklumbalas yang positif terhadap
penggunaan strategi We-Know. Bila ditanya tentang perasaan apabila menggunakan We-Know, Aiman
mengatakan bahawa seronok dan mudah untuk dia faham. Nurul juga memberitahu saya bahawa dia
berasa seronok dapat belajar menggunakan We-Know dan lebih mudah untuk dia faham dan tidak lagi
berasa keliru. Kedua-dua subjek kajian dapat menjawab soalan yang diajukan semasa sesi temubual ini
dijalankan. Respon kedua-dua murid ini juga telah menyokong peningkatan peratusan dalam ujian Pasca
bahawa We-Know membantu mereka memahami dan mengkategorikan ciri-ciri empat zon iklim dunia
dengan betul.
Lembaran Kerja
Lembaran kerja ini diberikan setelah selesainya perlaksanaan We-Know. Pemberian lembaran kerja ini
bertujuan untuk memberikan latihan pengukuhan bagi mengetahui sama ada murid tersebut dapat
memahami isi pelajaran ataupun sebaliknya. Di bawah merupakan jadual yang menunjukkan markah
Aiman dan Nurul.
Jadual 3 : Markah Lembaran Kerja
Nama Murid Markah
Aiman 100%
Nurul 100%
Berdasarkan hasil analisis ini, saya mendapati bahawa kedua-dua pelajar saya berjaya untuk mendapatkan
markah penuh semasa membuat lembaran kerja yang telah saya edarkan. Perkara ini merupakan
gambaran awal bahawa strategi We-Know telah bejaya untuk meningkatkan kebolehan murid dalam
Guru: Man, seronok tak pengajaran menggunakan We-Know?
Aiman: Seronok dan senang untuk saya faham.
Guru: Boleh tak Man beritahu cikgu dua ciri zon sejuk?
Aiman: Boleh cikgu. Ia sejuk sepanjang tahun dan hujan turun dalam bentuk salji.
Guru: Bagus. Anda boleh ingat ciri zon iklim dunia tersebut.
Temubual Bersama Aiman selepas penggunaan strategi We-Know (TB, 18/4/2013)
Guru: Nurul, boleh tak beritahu cikgu satu ciri zon panas dan satu ciri bagi zon
sederhana sejuk.
Nurul: Boleh cikgu. Kalau zon panas, hujan tahunan kurang daripada 250 mm. Kalau
zon sederhana sejuk, ia mengalami kejadian empat musim.
Guru: Wahhh! Tahniah. Nurul berjaya menyebut ciri-ciri dua zon iklim dengan betul.
Jadi, apakah perasaan Shira bila belajar menggunakan We-Know? Masih keliru
lagi?
Nurul: Saya rasa seronok dapat belajar menggunakan roda (We-Know) ini cikgu.
Lebih mudah untuk saya faham dan saya tak rasa keliru lagi cikgu.
Temubual Bersama Nurul selepas penggunaan strategi We-Know (TB, 18/4/2013)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
153
mencirikan empat zon iklim dunia. Aiman dan Nurul yang sebelum ini mendapat markah penuh dalam
ujian pasca, juga telah mendapat markah penuh dalam lembaran kerja. Perkara ini membuatkan saya lebih
yakin bahawa strategi yang saya laksanakan telah berjaya.
Ujian Pra dan Pasca
Berikut merupakan jadual skor Ujian Pra dan Pasca yang menunjukkan peningkatan kedua-dua murid
saya.
Jadual 4: Skor Ujian Pra dan Pasca serta peningkatan
Nama Ujian
Pra
Ujian Pasca Jumlah
Peningkatan
Peratusan
Peningkatan (%)
Aiman 4/8 8/8 4 50
Nurul 5/8 8/8 3 37
Berdasarkan skor di atas, kita dapat melihat perbandingan markah di antara ujian Pra dan Pasca.
Peningkatan yang begitu memberangsangkan sehingga kedua-dua subjek kajian dapat menjawab kesemua
lapan soalan dengan betul. Aiman telah mendapat skor empat daripada lapan dalam ujian Pra manakala
Nurul mendapat lima soalan yang betul daripada lapan soalan. Namun, ia bukanlah satu pencapaian yang
baik dan setelah strategi We-Know ini dilaksanakan, ujian Pasca menunjukkan hasil yang
menggembirakan. Aiman dan Nurul telah berjaya menjawab kesemua lapan soalan dengan betul
menjadikan peratusan markah kedua-dua mereka adalah 100%. Keadaan ini membuktikan penggunaan
strategi We-Know dapat membantu murid memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan.
Peratusan peningkatan skor kumpulan sasaran saya ini banyak dipengaruhi oleh pelaksanaan strategi yang
digunakan. Langkah 1 yang menggunakan gambar-gambar telah mula menarik minat murid tersebut.
Murid mula menunjukkan minat apabila guru menampal gambar-gambar empat zon iklim dunia. Diikuti
dengan sesi penerangan oleh guru serta bersoal jawab di antara guru dan murid. Hal ini membolehkan
guru mengenalpasti sama ada Aiman dan Nurul faham ataupun tidak dengan isi pelajaran. Seterusnya,
pelaksanaan We-Know pada langkah ketiga dapat meningkatkan peratusan kedua-dua subjek kajian untuk
mengkategorikan ciri-ciri empat zon iklim mereka tanpa berasa keliru dan lebih mudah untuk memahami
ciri-ciri setiap empat zon iklim dunia. Ujian Pra dan Pasca membuktikan bahawa penggunaan strategi
We-Know ini membantu murid dalam mencirikan empat zon iklim dunia. Hal ini dapat dijelaskan dengan
melihat perbandingan pada rajah graf peningkatan ujian pra dan pasca.
Justeru, saya ingin menegaskan bahawa kaedah belajar sambil bermain akan dapat memberi pemahaman
yang lebih cepat kepada diri murid. Murid pada usia ini lebih suka bermain dan jika kita menerapkan
aktiviti bermain sambil belajar, maka murid akan lebih mudah untuk faham. Selain daripada
menyeronokkan, aktiviti bermain sambil belajar akan dapat menggalakan murid untuk belajar dan
menumpukan perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
154
Rajah 2: Graf Perbezaan Markah Ujian Pra dan Pasca
Rajah di atas menunjukkan perbezaan markah di antara ujian pra dan pasca. Berdasarkan graf ujian pra
(warna biru) yang ditunjukkan, Aiman hanya mendapat menjawab empat daripada lapan soalan manakala
Nurul dapat menjawab lima daripada lapan soalan. Namun begitu, dalam Ujian Pasca, lonjakan markah
ke tingkat 100% iaitu dapat menjawab kesemua lapan soalan begitu menggembirakan saya dan juga
mereka. Peningkatan ini membuktikan bahawa penggunaan strategi We-Know berupaya membantu
mereka dalam mencirikan empat zon iklim dunia.
REFLEKSI
Satu refleksi amat penting untuk dilakukan supaya kita damat merenung kembali pengalaman dan
implikasinya terhadap kita. Apabila kita membuat refleksi, kita sebenarnya menjadi lebih sedar dan kritis
terhadap amalan kita sendiri dan sebagai kesannya, amalan pengajaran kita akan dapat dipertingkatkan
dan sekaligus memberi impak positif kepada murid kita.
Sepanjang menjalankan kajian ini pelbagai dugaan dan cabaran yang telah saya lalui. Kajian ini telah
mula membuka minda saya untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan seterusnya melakukan
penambahbaikan untuk sesuatu perkara. Dari segi pelaksanaan kajian, saya amat berterima kasih atas
kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah serta kedua-dua orang murid saya yang
terlibat di dalam kajian ini. Pihak sekolah telah memberikan sokongan terhadap kajian ini. Hal ini dapat
ditunjukkan melalui peminjaman alatan sekolah yang diperlukan, kebenaran untuk menjalankan kajian
terhadap murid di luar waktu persekolahan dan guru-guru yang sentiasa memberikan sokongan moral
terhadapa diri saya. Kesemua perkara ini telah menaikkan lagi semangat saya untuk menjalankan kajian
ini.
Dari segi keberkesanan strategi pula, saya ingin mengatakan bahawa strategi We-Know ini telah berjaya
membantu kedua-dua orang murid saya mencirikan empat zon iklim dunia. Melalui ujian pra dan ujian
pasca yang telah saya jalankan, kedua-dua orang murid yang terlibat dalam kajian saya telah
menunjukkan peningkatan mereka dalam mencirikan empat zon iklim dunia. Ini dapat dilihat daripada
perbezaan markah dalam ujian pra dan ujian pasca di mana kedua-dua orang murid mendapat markah
penuh dalam ujian pasca. Tambahan lagi, ia dikuatkan lagi dengan hasil lembaran kerja yang telah
menunjukkan peningkatan yang sama. Juga, analisis temubual dan nota lapangan yang menunjukkan
reaksi dan maklumbalas yang positif serta menyokong keberkesanan We-Know ini. Melihat semula
kepada strategi, selain dapat meningkatkan kebolehan murid untuk mencirikan empat zon iklim dunia,
saya mendapati strategi ini mampu menarik minat murid untuk memfokuskan apa yang ingin dipelajari.
0
2
4
6
8
10
Aiman Nurul
Ujian Pra
Ujian Pasca
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
155
Strategi ini merupakan satu pendekatan pembelajaran secara aktif di mana ia akan melibatkan murid.
Menurut Dr. Vishalache Balakrishnan, pembelajaran aktif merujuk kepada pendekatan di mana murid
berinteraksi dengan bahan pengajaran. Beliau mengatakan bahawa murid melakukan sesuatu yang
termasuk mengenali, memproses and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima.
Sedar atau tidak dalam menjalankan kajian tindakan ini telah mengubah diri saya kepada seorang
pengkaji. Tugas seorang guru yang sebenarnya bukanlah hanya mengajar tetapi menjadi pengkaji iaitu
mengkaji kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada teknik atau kaedah pengajarannya. Sebagai seorang
guru, kita harus sentiasa meningkatkan cara pengajaran agar murid-murid akan lebih mudah untuk
memahami apa yang ingin diajarkan. Apabila menemui kelemahan murid-murid seharusnya kelemahan
tersebut dijadikan sebagai pencetus idea untuk melakukan kajian dengan lebih lanjut dan melakukan
penambahbaikan.
Dalam pada itu juga, perkembangan positif hasil pelaksanaan strategi ini membuatkan saya gembira
kerana dapat membantu murid-murid saya memahami isi pelajaran. Saya tidak mahu menjadi pendidik
yang menggunakan pengajaran berpandukan chalk and talk semata-mata, tapi menginginkan hasil yang
tinggi daripada pengajaran itu. Sebagai seorang guru, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa
menambahbaik teknik pengajaran selaras dengan tahap pencapain anak murid. Melalui kajian ini juga,
saya dapat melatih diri saya dari aspek pengurusan masa dan belajar menerima kritikan. Sebagai seorang
guru pelatih yang sedang menuntut ilmu, sudah menjadi lumrah bagi kita untuk menerima kritikan agar
kita boleh memperbaiki kelemahan kita. Justeru, segala kritikan itu seharusnya kita jadikan sebagai
pembakar semangat dan nasihat kepada kita. Kita harus menerima kritikan dengan cara yang tenang dan
terbuka Melalui kritikan dan bimbingan yang diberikan, saya tela dapat memperbaiki banyak aspek dalam
kajian saya. Penambahbaikan kajian ini sekaligus dapat membantu meningkatkan keberkesanan strategi
yang saya gunakan.
Sebagai seorang bakal guru, kita perlu pandai dalam membahagikan masa. Jangan sesekali kita
menangguhkan kerja kerana ia akan hanya memberikan masalah kepada kita. Pepatah ada mengatakan,
„apa yang boleh dilakukan pada hari ini, lakukanlah pada hari ini.‟ Pepatah ini sesuai sekali diterapkan
dalam diri kita sebagai seorang insan yang akan mendidika akan murid di masa hadapan.
Kesimpulannya, kejayaan murid-murid adalah bergantung kepada sejauhmana keprihatin seorang guru
dalam mengajar. Keprihatinan yang tinggi akan menyebabkan seseorang guru tersebut sentiasa membaiki
kelemahan sama ada dari aspek kaedah atau teknik pengajarannya.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya mencadangkan agar strategi We-Know ini dimantapkan lagi
agar boleh bersesuaian untuk tajuk lain dalam Kajian Tempatan dan juga dapat diaplikasikan bagi subjek
lain. Hal ini bagi menilai adakah strategi ini fleksibel untuk digunakan bagi topik-topik dan matapelajaran
yang lain ataupun sebaliknya. Strategi We-Know diyakini dapat digunakan dalam matapelajaran lain dai
ia akan dapat merentas kurikulum.
Seterusnya, saya mencadangkan agar semua pihak ataupun pengkaji lebih banyak membuat kajian yang
mendalam berkaitan penggunaan pendekatan pembelajaran aktif dalam pengajaran. Pembelajaran aktif
amat sesuai untuk dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid akan menjadi
lebih aktif di samping menarik minat mereka untuk memberikan perhatian terhadap apa yang diajar oleh
guru.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
156
Justeru, dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mencadangkan agar guru-guru
mempelbagaikan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran dan sentiasa melibatkan murid dalam sesi
pengajaran. Seseorang guru tidak seharusnya mengajar berpusatkan guru sahaja kerana ia akan
mengakibatkan murid tidak berminat dengan apa yang diajar. Di samping pengajaran yang melibatkan
murid, guru-guru perlu sentiasa menggunakan pelbagai sumber seperti penyediaan bahan bantu mengajar
agar murid dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mudah lagi.
Akhir sekali, keberkesanan strategi ini juga akan dapat dilihat lebih jitu lagi sekiranya tempoh
pelaksAnaan ditambah. Kekangan masa yang tidak dapat dielakkan menyebabkan saya menjalani
pelaksanaan ini lebih cepat daripada perancangan asal.
RUJUKAN
Balakrishnan, D. V. (2010). Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Moral: Inovasi dan Kreativiti
Guru.
Jamalludin Bin Harun. (n.d.). Pembangunan Sistem Pembelajaran Berasaskan Web Bagi
Mempelajari Topik Reka Bentuk Interaksi Dalam Laman Web Menggunakan Pendekatan
Pembelajaran Aktif. Retrieved Mac 8, 2013, from
http://eprints.utm.my/10852/1/Pembangunan_Sistem_Pembelajaran_Berasask
an_Web_Bagi_Mempelajari_Topik_Reka_Bentuk_Interaksi_Dalam_Laman_
Web_Menggunakan_Pendekatan_Pembelajaran_Aktif.pdf
Mohd Sahandri Gani Hamzah (2010). Karektor Guru: Ilmu Diagung, Guru Disanjung. Kuala
Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.
Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Sharil @ Charil bin Hj Marzuki (2009). Amalan Pengajaran Guru Yang Berkesan: Kajian di
Beberapa Sekolah Menengah di Malaysia.Tesis tidak diterbitkan. Universiti Malaya,
Malaysia.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
157
Vi2Ver: SATU STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN
5 MENJELASKAN CIRI-CIRI IKLIM KHATULISTIWA
Murni Salwani binti Usop
alwani89@gmail.com
Mazlan bin Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran menjelaskan ciri-
ciri Iklim Khatulistiwa murid Tahun 5 SK Semarak. Kajian ini melibatkan seramai 6 orang murid
SK Semarak sebagai subjek kajian. Hasil tinjauan awal saya mendapati bahawa murid-murid
tersebut mempunyai masalah dalam menjelaskan fakta-fakta yang dipelajari iaitu ciri-ciri Iklim
Khatulistiwa. Hasil tinjauan ini telah disokong oleh beberapa instrumen yang telah dilaksanakan
iaitu lembaran kerja, ujian saringan, ujian diagnostik, hasil pemerhatian dan temu bual bersama
subjek kajian. Saya telah menggunakan Strategi Vi2Ver iaitu Video Visual Verbal sebagai strategi
untuk mengatasi masalah tersebut. Untuk langkah pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
pula, saya telah menggunakan sebahagian Model Pembelajaran Gagne dengan mengambil kira gaya
pembelajaran murid iaitu Visual Verbal. Vi2Ver adalah strategi pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan video, power point, audio dan penerangan guru secara verbal. Strategi Vi2Ver ini
talah menunjukkan peningkatan yang positif dan dapat dilihat melalui perbezaan hasil ujian pra dan
pasca, hasil pemerhatian, hasil analisis dokumen iaitu hasil kerja berkumpulan murid dan hasil temu
bual yang telah dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas strategi ini dijalankan.
PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya merupakan guru pelatih dari opsyen Pengajian Sosial. Saya telah menjalani praktikum sebanyak 2
kali di sekolah-sekolah yang berdekatan dengan IPG saya. Pada praktikum yang ketiga, saya telah
ditempatkan di SK Semarak. Semasa berpraktikum di sekolah ini, saya telah diamanahkan untuk
mengajar subjek Kajian Tempatan tahun 5. Seperti sekolah-sekolah sebelum ini, murid saya untuk satu-
satu kelas tidaklah terlalu ramai dan tidaklah terlalu sedikit. Pada kali ini, saya perlu mengajar seramai 20
orang murid untuk subjek Kajian Tempatan ini. Daripada 20 orang murid tersebut, 3 daripadanya adalah
murid pemulihan. Cabaran yang saya hadapi semasa mengajar mereka adalah memahami apa yang
mereka perkatakan dan cuba untuk memahamkan mereka dalam bentuk yang mudah. Ini kerana, 19
daripada mereka merupakan penutur bahasa Iban iaitu bahasa ibunda mereka yang pekat. Berdasarkan
pemerhatian saya semasa mengajar subjek ini, murid-murid di dalam kelas ini baik murid pemulihan
mahupun perdana cenderung untuk memahami sesuatu tajuk pengajaran dengan berbantukan bahan visual
seperti gambar, peta, penggunaan bahan multimedia seperti power point dan video. Sudah semestinya
setiap bahan tersebut turut diterangkan oleh saya sendiri. Melalui penggunaan bahan-bahan tersebut,
mereka kelihatan lebih seronok untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya telah mengajar kelas tahun 5 untuk sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Kajian Tempatan. Saya
memasuki kelas tahun 5 untuk mengajar sub-topik Cuaca dan Iklim Khatulistiwa. Sesi pengajaran dan
pembelajaran pada mulanya berjalan dengan lancar di mana saya menggunakan gambar dan meminta
murid meneka keadaan iklim yang dialami oleh Malaysia. Namun, apabila bermulanya sesi penerangan
dimana saya menggunakan peta dan jadual, saya mendapati terdapat beberapa murid yang kelihatan sudah
hilang tumpuan dan mula menjawab sesuka hati apabila ditanyakan soalan. Selesai sesi penerangan, kelas
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
158
dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil dan diminta untuk menghasilkan peta minda tentang ciri-ciri Iklim
Khatulistiwa. Kemudian, murid diminta untuk membentang hasil kerja kumpulan di hadapan kelas.
Hasilnya, terdapat beberapa kumpulan yang telah menjelaskan ciri-ciri yang ada dengan salah. Malah
terdapat juga kumpulan yang meninggalkan ruang kosong dan memberi alasan mereka tidak tahu
sedangkan semasa sesi penerangan mereka menyatakan mereka faham dengan setiap penerangan yang
saya berikan. Lembaran kerja mereka juga menunjukkan yang murid mempunyai masalah untuk
memahami tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Saya tertanya-tanya, adakah ini terjadi
atas kesilapan saya sendiri? Kalau ya, dimana silapnya? Oleh itu, saya telah melakukan kajian lanjut
tentang permasalahan ini.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Saya telah mengajar sekali lagi tajuk ini dan kemudiannya memberikan ujian saringan kepada semua
murid Tahun 5. Pada kali ini, aras soalan telah saya rendahkan dengan mengambilkira aras pembelajaran
murid yang berada pada peringkat sederhana. Daripada 20 orang pelajar dan ditolak dengan 3 pelajar
pemulihan, saya akhirnya telah memperolehi 9 orang pelajar yang saya rasakan mempunyai masalah pada
tajuk ini. Kemudian, saya telah menjalankan ujian diagnostik untuk mengetahui kemahiran apa yang
masih belum dikuasai oleh murid saya. Akhirnya, 6 orang murid telah dikenalpasti sebagai subjek kajian
yang mempunyai masalah yang sama iaitu masalah untuk menghuraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa
dengan betul. Jadual di bawah menunjukkan markah bagi lembaran kerja keenam-enam subjek kajian .
Jadual 1: Markah bagi lembaran kerja murid, Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik
Markah
Nama Lembaran kerja Ujian saringan Ujian Diagnostik
Vic 3/11 11/16 3/11
Nani 2/11 5/16 2/11
Ady 5/11 4/16 5/11
Agu 6/11 4/16 6/11
Eli 6/11 13/16 6/11
Chris 6/11 7/16 6/11
Saya telah melakukan analisis berdasarkan keputusan ujian saringan mereka untuk mengenalpasti
masalah mereka untuk menguasai tajuk ini. Berikut merupakan analisis ujian saringan bagi keenam-enam
subjek kajian.
Jadual 2: Analisis Ujian Saringan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
159
Berdasarkan analisis ujian saringan ini, saya masih belum dapat mengenalpasti dengan masalah sebenar
subjek kajian. Oleh itu, saya telah menjalankan ujian diagnostik dan jadual dibawah.
Merupakan analisis ujian diagnostik yang telah saya jalankan.
Jadual 3: Analisis Ujian Diagnostik
Berdasarkan analisis ujian diagnostik ini, saya telah mendapati lebih separuh daripada subjek kajian
mempunyai masalah untuk menghuraikan ciri-ciri iklim Khatulistiwa dan seterusnya menghubungkait
ciri-ciri tersebut. Bagi mengukuhkan lagi fokus kajian saya, saya telah melakukan tinjauan awal dnegan
mengumpulkan beberapa data awal yang lain bagi menyokong permasalahan yang wujud dan seterusnya
menyokong fokus kajian saya. Saya telah menjalankan temu bual bersama enam orang subjek kajian yang
telah dipilih.
Berdasarkan temu bual yang dijalankan, saya mendapati bahawa mereka mampu mencirikan dengan baik,
namun mereka tidak mampu menghuraikan atau menjelaskan ciri-ciri Iklim Khatulistiwa dengan betul.
Dalam sesi temu bual yang dijalankan, jelas mereka masih tidak mampu untuk menghuraikan ciri-ciri
Iklim Khatulistiwa dengan baik.
Saya : Wah, bagus Agu dapat rumuskan apa yang kita sudah pelajari pada hari ini. Tapi
kenapa soalan yang lain salah ?
Agu : Saya ingat apa yang cikgu terang . Tapi yang lain saya tak faham cikgu.
Saya : Kamu tak faham bahagian yang mana satu?
Agu : Kan cikgu berulang-ulang kali sebut kalau iklim Khatulistiwa perlu berkaitan
dengan keadaan panas dan lembap. Tapi, yang lain saya susah nak faham cikgu.Tak
ingat juga.
(TB, 02-03-2013)
Ady, Nani dan Chris pula hanya tersengih dan mengangkat bahu tanda mereka tidak tahu apabila diminta
untuk menghuraikan ciri-ciri suhu yang mereka telah pelajari manakala Vic dan Eli pula menyatakan
mereka tidak tahu.
Fokus Kajian
Berdasarkan temubual tersebut, saya mendapati bahawa murid hanya dapat mencirikan dan mengingat
perkara yang diulang. Namun tidak mampu untuk memahami dan kemudian menghuraikan apatah lagi
menghubungkait isi pelajaran yang telah mereka pelajari. Isu ini dipilih kerana mereka perlu jelas tentang
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
160
setiap ciri-ciri Iklim Khatulistiwa sebelum dapat menghubungkaitkan maklumat tersebut dengan keadaan
iklim di Malaysia yang panas dan lembap dan seterusnya menguasai tajuk-tajuk yang akan datang
dibawah tajuk yang sama iaitu Cuaca dan Iklim di Malaysia. Bagaimana mereka hendak memahami sub-
tajuk yang seterusnya sekiranya mereka tidak faham tajuk ini yang merupakan ilmu asas kepada sub-tajuk
seterusnya. Oleh itu, objektif kajian saya adalah meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 menghuraikan
ciri-ciri iklim Khatulistiwa iaitu Suhu, Angin dan Hujan dengan menggunakan Strategi Vi2Ver (Video
Visual Verbal).
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 6 orang pelajar Tahun 5 SK Semarak. 2 lelaki dan 4 orang
perempuan. Mereka merupakan murid yang berprestasi sederhana dan mudah bosan. Mereka ialah Vic,
Eli, Ady, Nani, Chris dan Agu.
STRATEGI TINDAKAN
Dengan mengambil kira gaya pembelajaran murid yang cenderung kepada visual, dalam kajian ini, saya
telah menggunakan strategi yang saya namakan Strategi Vi2Ver. Dalam strategi pengajaran saya ini, saya
cuba untuk membawa ciri-ciri Iklim Khatulistiwa masuk ke dalam bilik darjah. Berbanding dengan
melukis arah tiupan dua jenis angin monsun yang berbeza pada peta Malaysia, saya merasakan
penggunaan video untuk menunjukkan pergerakan angin-angin tersebut adalah lebih sesuai. Strategi
Vi2Ver merupakan strategi PDP yang menggunakan Video dan bahan Visual lain dan diiringi oleh
penerangan secara Verbal. Bermula dengan set induksi dimana saya menggunakan gabungan
persembahan power point dan video untuk menarik minat dan menimbulkan rasa ingin tahu murid akan
isi pelajaran yang akan mereka pelajari.
Kemudian, untuk sesi penerangan pula saya juga telah menggunakan persembahan power point beserta
penerangan yang saya sendiri sampaikan untuk setiap ciri Iklim Khatulistiwa dan kemudian diikuti
dengan tayangan video bagi setiap ciri yang telah diterangkan. Ini bertujuan untuk memudahkan subjek
kajian memahami setiap isi yang baru sahaja mereka pelajari.
Selesai sahaja sesi penerangan, saya telah membahagikan mereka kepada 2 kumpulan kecil dan meminta
mereka untuk melengkapkan peta minda yang berikan. Peta minda juga merupakan salah satu bahan
visual yang berupaya menyusun maklumat dan memudahkan pembaca memahami dan mengingat
maklumat-maklumat tersebut. Kemudian, setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil bagi
membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Melalui pembentangan ini, mereka akan
lebih faham dan mengetahui dimana kesilapan yang mereka lakukan. Setelah selesai pembentangan,
sekali lagi saya menggunakan persembahan power point dan mengaplikasikan penggunaan peta minda
untuk sesi rumusan.
Kaedah pengumpulan data
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan 4 instrumen kajian untuk tujuan pengumpulan data. Rajah
dibawah menunjukkan instrumen-instrumen kajian yang telah saya gunakan.
Rajah 1: Kaedah pengumpulan data
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Temu bual Pemerhatian Analisis
dokumen- Hasil kerja kumpulan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
161
DAPATAN
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Hasil analisis ujian pra dan pasca yang telah dijalankan ke atas keenam-enam subjek kajian, terdapat
perbezaan markah yang begitu ketara dan amat memberangsangkan. Lima daripada subjek kajian iaitu
Agu, Vic, Chris, Ady, dan Eli berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul dan tepat. Nani juga telah
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan walaupun tidak berjaya menjawab kesemua soalan
dengan betul. Jadual 4 menunjukkan peningkatan markah keenam-enam subjek kajian.
Jadual 4: Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca
Temu Bual
Saya telah menjalankan temu bual separa berstruktur ke atas keenam-enam subjek kajian saya. Untuk
memudahkan saya menginterpretasi data temu bual tersebut, hasil analisis temu bual telah telah saya
kodkan mengikut perasaan, kefahaman, dan aspek yang mereka gemari dalam pelaksanaan strategi.
Jadual 5: Kod dan Interpretasi kod
Kod Interpretasi Kod
Kod 1 Kefahaman tentang penerangan yang disampaikan
Kod 2 Aspek yang digemari dalam strategi yang digunakan
Kod 3 Perasaan semasa mengikuti sesi PDP
Kod 1: Subjek kajian menyatakan bahawa mereka faham tentang penerangan yang disampaikan.
Guru : Adakah kamu faham tentang apa yang telah diterangkan melalui video tadi?
Agu : Ya, saya sudah faham sekarang.
Ady : Ya, saya faham.
Chris : Faham cikgu.
Eli : Ya, saya sudah faham.
Nani : Ya, tapi ada sikit yang saya tak ingat sangat cikgu.
Vic : Ya, saya faham.
(TB,17-04-2013)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
162
Kod 2: Subjek kajian menyatakan bahawa mereka gemar penerangan yang menggunakan bahan visual
yang bergerak.
Guru : Adakah kamu suka belajar melalui video tadi atau melalui peta seperti yang kita
lakukan di dalam kelas dahulu?
Agu : Saya suka melalui video. Lebih faham.
Ady : Saya lebih suka guna video. Kalau peta dulu cikgu conteng-conteng.
Chris : Saya lagi suka video ni. Yang peta dulu cikgu conteng, saya tak faham.
Eli : Guna video ni saya lagi suka. Dalam ni gambar dia bergerak-gerak. Yang peta
dulu tak ada.
Nani : Saya suka yang video ni.
Vic : Yang video ni lagi senang faham cikgu.
(TB,17-04-2013)
Kod 3: Subjek kajian menyatakan perasaan mereka semasa mengikuti sesi PDP menggunakan strategi
Vi2Ver
Guru : Apakah perasaan kamu semasa belajar tadi?
Agu : Saya rasa seronok.
Ady : Seronok.
Chris : Seronok cikgu.
Eli : Seronok, saya suka tengok
Nani : Seronok
Vic : Saya seronok tengok cikgu. (Saya seronok menontonnya, cikgu) (TB,17-04-2013)
Berdasarkan temubual ini, Strategi Vi2Ver bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran murid untuk
menghuraikan ciri-ciri Iklim Khatulistiwa, malah murid juga seronok semasa mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran. Ini dapat dibuktikan melalui perbezaan markah di dalam ujian pra dan ujian pasca yang
telah mereka jalani dan mereka juga telah menyatakan mereka seronok dan lebih faham apabila
penerangan dilakukan melalui bahan-bahan visual di samping penerangan yang diberikan.
Pemerhatian
Hasil pemerhatian yang saya jalankan telah saya catatkan di dalam nota lapangan. Setiap perubahan
subjek kajian saya catatkan untuk membantu menyokong dapatan kajian saya. Sepanjang pelaksanaan
aktiviti, saya dapat perhatikan bahawa murid kelihatan seronok dan dengan penghasilan video yang
diilhamkan dari Dora The Explorer dan Blues Clues, kesemua subjek kajian saya berusaha untuk
menjawab soalan-soalan yang telah saya masukkan di dalam video tersebut.
“Apabila soalan diberikan di dalam video, murid saling berlumba-lumba untuk
memberikan jawapan masing-masing dan apabila rakaman audio di dalam video
memberikan jawapan yang betul serta ditunjukkan oleh video, murid bersorak kerana dapat
menjawab dengan betul dan tidak kurang juga ada yang memberitahu rakannya, kan, betul
aku. Kata Vic kepada rakannya yang lain”.
(N.L, 17-04-2013)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
163
Analisis dokumen (Kerja kumpulan)
Hasil analisis dokumen melalui kerja kumpulan subjek kajian juga menunjukkan peningkatan yang sangat
baik. Walaupun masih ada kesilapan, namun mereka mampu menghuraikan ciri-ciri Iklim Khatulistiwa
mengikut ciri-ciri yang sesuai.
Gambar 1 Gambar 2
Hasil kerja kumpulan Ady, Agu dan Eli Hasil kerja kumpulan Vic, Chris dan Nani
REFLEKSI
Terdapat banyak perkara yang telah saya perolehi dan pelajari sepanjang tempoh menyediakan kertas
cadangan dan seterusnya membuat laporan kajian ini. Perkara pertama yang telah saya pelajari adalah
komitmen yang tinggi dalam usaha membantu murid yang lemah. Perasaan ini telah mendorong saya
untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh murid saya dalam menguasai
tajuk tersebut. Seterusnya, melalui kajian ini juga saya mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan
tentang gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk
menghasilkan sesuatu (intervensi) yang mempu untuk membantu murid saya untuk memahami tajuk
pelajaran dengan lebih jelas.
Penghasilan Strategi Vi2Ver ini telah memberikan saya peluang untuk mengaplikasikan ilmu komputer
yang telah dipelajari semasa berada di IPG KTAR ini. Malah, selain daripada ilmu yang telah
disampaikan oleh pensyarah dahulu, melalui bacaan dan percubaan penghasilan video yang telah
dilakukan, saya telah mempelajari ilmu baru dengan menggabungkan beberapa perisian untuk
menghasilkan hasil yang dikehendaki. Timbulnya isu kajian dan rasa ingin membantu meningkatkan
prestasi pembelajaran subjek kajian ini sedikit sebanyak telah menjadikan saya seorang insan yang lebih
gigih berusaha bukan sahaja untuk membantu subjek, malah untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif
untuk menghasilkan sesuatu yang baru yang dapat membantu mengatasi masalah pembelajaran murid-
murid saya.
Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak lagi aspek yang maih perlu saya tambahbaik antaranya
adalah pengurusan masa yang lebih baik dan terancang semasa melaksanakan kajian. Penggunaan grafik
yang lebih menarik dan aktiviti yang lebih menyeronokkan seperti pengaplikasian pembelajaran
berasaskan komputer itu sendiri dalam aktivit berkumpulan. Saya juga sedar, sebagai seorang guru, kita
harus melihat permasalahan yang timbul dalam penguasaan murid terhadap sesuatu ilmu yang
disampaikan bukan disebabkan oleh murid itu sendiri. Sebaliknya, seorang guru harus mereflek kembali
apa pendekatan, teknik, strategi dan bahan yang guru gunakan untuk membantu murid-murid tersebut.
Secara keseluruhannya, saya dapat menyimpulkan bahawa Strategi Vi2Ver ini mampu membantu
meningkatkan kemahiran murid menjelaskan ciri-ciri Iklim Khatulistiwa dengan betul.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
164
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah dengan menggunakan Strategi Vi2Ver ini namun
diolah rekabentuknya agar dapat digunakan untuk tajuk-tajuk lain. Malah boleh juga diolah untuk subjek-
subjek yang lain serta tahun persekolahan yang berbeza. Bagi penggunaan Strategi Vi2Ver untuk
meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 menjelaskan Ciri-Ciri Iklim Khatulistiwa ini juga masih terdapat
penambahbaikan yang perlu dilakukan. Antaranya adalah menambahkan grafik-grafik yang lebih menarik
dan mudah untuk difahami oleh murid.
Pembelajaran menggunakan video ini juga boleh diintegrasikan dan disesuaikan mengikut gaya –gaya
pembelajaran murid yang berbeza dari segi jenis-jenis pelaksanaan aktiviti atau corak penerangan yang
dilaksanakan. Contohnya, melaksanakan eksperimen yang boleh ditiru oleh murid atau pelaksanaan kuiz
yang memerlukan kemahiran mendengar murid dan dibantu oleh gambar-gambar atau video.
Pembelajaran juga boleh bersifat lebih interaktif dimana murid boleh menjawab soalan yang dipaparkan
dengan menekan sendiri papan kekunci komputer. Murid akan lebih senang untuk mengingat dan lebih
teruja untuk menjawab latihan-latihan yang diberikan berbanding latihan-latihan yang biasa dilakukan
oleh mereka.
Guru dewasa ini perlu menyiapkan diri pelajar untuk menghadapi masa depan yang sentiasa mencabar
melalui aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam hidup pelajar
dengan memupuk kemahiran menggunakan maklumat untuk mendepani cabaran dan menyelesaikan
masalah .
RUJUKAN
Akhiar Pardi, S. S. (2012). Pengantar Penyelidikan Tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Azizi Bin Yahaya, N. B. (t.t). Teori Gaya Pembelajaran Filder dan Silverman (1988). TEORI DAN
MODEL BERKENAAN DENGAN GAYA PEMBELAJARAN, 2.
Lebar, O. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Perak: Penerbit Universiti Sultan Idris.
Noriati A. Rashid, B. P., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Z. A. (Oxford Fajar Sdn. Bhd). Budaya dan
Pembelajaran. Shah Alam, Selangor: 2011.
Noriati A.Rashid, B. P., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Z. A. (2010). Guru dan Cabaran Semasa.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (2010). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi Strategi dan Teknik
Mengajar dengan Berkesan. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5.
Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
165
WOJ: SATU STRATEGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN LIMA
MENJELASKAN CIRI IKLIM MALAYSIA
Nur Syafiqa Binti Ahmad Supa Mazlan Bin Haji Junaidi
fiqa_princess90@yahoo.com.my lan.junaidi2008@gmail.com
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun 5 dalam
menjelaskan mengenai ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia dari tiga aspek utama iaitu suhu, angin
dan juga hujan. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 yang mendapat markah
rendah di dalam ujian diagnostik serta ujian saringan. Proses pengumpulan data dilakukan dengan
empat cara iaitu melalui ujian pra dan pasca, nota lapangan, lembaran latihan serta temubual. Didapati
bahawa kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan yang sangat memberansangkan. Ini
menunjukkan bahawa pelaksanaan strategi “W.O.J” dapat membantu murid-murid meningkatkan
kemahiran dalam menjelaskan mengenai ciri-ciri iklim di Malaysia.
PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya merupakan salah seorang guru pelatih ambilan Januari 2010 di Institut Perguruan Tun Abdul Razak,
Kota Samarahan di bawah opsyen Pengajian Sosial. Kajian saya ini dikendalikan di salah sebuah sekolah
di daerah Serian, di mana saya ditempatkan untuk menjalani praktikum fasa yang ketiga .Saya perlu
mengajar Kajian Tempatan untuk Tahun Lima. Tahun Lima merupakan satu-satunya kelas di mana
bilangan muridnya paling ramai iaitu 23 orang yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 9 orang
murid perempuan. Dari aspek pencapaian akademik pula memperlihatkan bahawa kelas Tahun Lima ini
terdiri daripada murid-murid yang rata-ratanya memiliki pencapaian yang sederhana.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pada 19 Februari 2013 saya telah memasuki kelas Tahun 5 bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Pada
hari tersebut saya mengajar mengenai tema mengenal negara kita di bawah unit Geografi Fizikal
berkaitan sub topik ciri iklim di Malaysia iaitu suhu, angin dan hujan.
Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan guru menampal gambar-gambar berkaitan dengan
cuaca di hadapan kelas. Kemudian, guru menjana idea dan pemikiran murid berdasarkan gambar dengan
melaksanakan sesi soal jawab kepada mereka. Antara contoh soalan yang diajukan kepada murid-murid
ialah “Apakah yang anda faham mengenai gambar cuaca ini?”. Saya merasakan bahawa setiap kali saya
menggunakan gambar sebagai medium di dalam bahagian set induksi, mereka akan teruja dan terlibat
secara aktif di dalam sesi penyoalan. Di samping itu, penggunan gambar seumpama ini juga mampu
untuk menjana idea dan juga meningkatkan lagi kemahiran membuat perkaitan dalam diri murid. Ini
terbukti apabila kesemua murid saya mampu untuk membuat perkaitan antara gambar yang ditunjukkan
dengan tajuk yang ingin disampaikan pada hari tersebut.
Seterusnya, saya beralih kepada langkah pertama iaitu bahagian penerangan. Penerangan saya pada hari
tersebut ialah lebih tertumpu kepada ciri-ciri iklim di Malaysia. Terdapat tiga ciri utama yang difokuskan
pada sesi P&P ini iaitu suhu, angin dan juga hujan. Bagi memudahkan murid-murid untuk memahami
dengan lebih lanjut lagi mengenai isi pelajaran, saya telah mengedarkan lembaran nota kepada setiap
murid dalam bentuk jadual.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
166
Langkah seterusnya, bagi memastikan murid lebih memahami maklumat penting yang berkaitan dengan
ciri-ciri iklim khatulistiwa, saya telah mengadakan aktiviti berkumpulan iaitu „mix and match‟. Saya
telah membahagikan murid-murid kepada lima kumpulan kecil. Kemudian,saya telah memberi sekeping
sampul surat yang mengandungi beberapa keping kata kunci berkaitan dengan suhu serta angin dan
hujan. Dalam masa 3 minit, kesemua kumpulan dikehendaki untuk berbincang bersama ahli kumpulan
masing-masing bagi mengelaskan kesemua kata kunci yang disediakan kepada tiga bahagian utama (suhu,
angin dan hujan).
Seterusnya, langkah ketiga bagi menguji tahap kefahaman murid-murid berkaitan dengan tajuk yang telah
dipelajari, saya telah mengedarkan lembaran kerja kepada mereka. Mereka dikehendaki menjawab
kesemua soalan yang diberikan secara individu tanpa berbincang bersama rakan mahupun merujuk nota
yang telah diberikan.
Setelah disemak kesemua jawapan mereka, saya mendapati bahawa 4 daripada 21 orang murid berjaya
untuk menjawab kesemua soalan dengan tepat iaitu 10/10. Namun begitu terdapat juga 4 orang murid
yang mendapat markah yang terendah iaitu di antara 2-4 daripada 10. Manakala yang selebihnya pula
berada pada tahap yang sederhana di mana markah mereka di antara 6 – 8.
Walaupun pilihan jawapan telah disediakan dan mereka hanya perlu melengkapkan tempat kosong
dengan jawapan yang tepat, masih lagi terdapat murid-murid yang gagal untuk memberi jawapan dengan
betul. Dari sini saya sedar bahawa tanggapan saya selama ini tidak benar sama sekali. Saya beranggapan
bahawa kesemua murid berkeupayaan untuk mencirikan dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan
ketiga-tiga ciri iklim khatulistiwa.Tambahan lagi soalan yang diberikan boleh dikategorikan sebagai
mudah . Ternyata, saya masih lagi gagal untuk mengenalpasti tahap pemikiran serta tahap pencapaian
murid-murid saya. Kegagalan mereka untuk menjawab soalan kuiz ini jelas menunjukkan bahawa
segelintir murid Tahun Lima ini menghadapi masalah untuk menyatakan ciri-ciri penting bagi iklim di
Malaysia (iklim khatulistiwa).
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Data pertama yang membantu saya untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun
Lima ini ialah analisis lembaran kerja yang telah saya berikan kepada mereka pada akhir sesi pengajaran
dan pembelajaran yang bertarikh 19 Februari 2103 yang lalu. Lembaran kerja ini adalah mengkehendaki
murid-murid untuk menjelaskan kembali apakah ciri-ciri iklim khatulistiwa di Malaysia.
Jadual 1 menunjukkan dengan lebih jelas lagi markah yang diperoleh oleh murid-murid sewaktu saya
mengedarkan lembaran kerja kepada mereka. Hanya empat orang murid yang dikenal pasti menghadapi
masalah sewaktu menjawab soalan yang diberikan.
Jadual 1 : Markah Lembaran Kerja
Bil. Nama murid Markah
1. Nasrul 9/10
2. Emmerald 9/10
3. Amirul 10/10
4. Irfan 9/10
5. Melsyana 7/10
6. Shafirah 8/10
7. Aziq 7/10
8. Shafibi 8/10
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
167
9. Filani 7/10
10. Ramiro 7/10
11. Nurul Ain 7/10
12. Magdalena 8/10
13. Firdaus 5/10
14. Rafidah 5/10
15. Shamil 6/10
16. Kusairi 5/10
17. Razli 2/10
18. Esther 4/10
19. Chrsistopher 2/10
20. Karren 4/10
Petunjuk : Murid yang gagal
Bagi mengukuhkan lagi fokus kajian yang akan dilaksanakan kelak, saya telah melakukan ujian
diagnostik pada 21 Febuari 2013 bagi mengenalpasti aspek yang masih belum dikuasai lagi oleh murid-
murid di dalam topik “Ciri-ciri Iklim Khatulistiwa di Malaysia”.
Ujian ini memerlukan murid untuk menyatakan serta menjelaskan dengan tepat ciri-ciri iklim
Khatulistiwa di Malaysia dari tiga sudut utama (suhu, angin dan hujan). Setelah menyemak kesemua
jawapan yang diberikan, saya mendapati bahawa hampir 90% murid sudah mula memahami
dengan jelas topik berkaitan dengan ciri-ciri iklim. Ini dibuktikan melalui peningkatan yang
ketara dari aspek bilangan murid yang memperoleh markah yang cemerlang. Namun yang
demikian, masih lagi terdapat murid-murid yang tidak menguasai tajuk ini.
Berikut merupakan analisis terhadap jawapan murid yang membuat kesalahan di dalam ujian
diagnostik ini.
Jadual 2 : Analisis Ujian Diagnostik
Bil.
Nama murid Jenis soalan (suhu) Jenis soalan (angin dan hujan)
Betul Salah Betul Salah
1. Karren 2 4 2 3
2. Esther 2 4 3 2
3. Razli 1 5 2 3
4. Christopher 1 5 1 4
Di samping itu, bagi mengukuhkan lagi hasil analisis yang telah dilakukan, pada 22 Februari 2013 saya
telah melakukan sesi temubual bersama kempat-empat murid yang telah dikenalpasti mendapat markah
terendah. Temu-bual ini dilakukan bagi melihat respon murid-murid secara lisan mengenai topik ciri-ciri
iklim Khatulistiwa. Temu bual ini juga penting bagi mengukuhkan lagi hasil analisis yang telah diperoleh.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
168
Jadual 3 : Temubual bersama Karren
Guru : Terdapat berapa ciri penting berkaitan iklim khatulistiwa yang kita
belajar semalam?
Karren : Tiga kot cikgu
Guru : Ok, sekarang cuba cakap apa tiga ciri-ciri itu?
Karren : Saya tak ingat semua cikgu, yang saya ingat cuma suhu je. Lagi dua, saya
tak tahu.
Guru : Kenapa awak tak ingat? Bukan cikgu dah ajar ke tajuk itu dalam kelas?
Karren : Memanglah cikgu dah ajar, tapi err entahlah
(TB, 22 / 02 / 2013) Jadual 4 : Temubual bersama Esther
Guru : Esther,berapakah purata suhu tahunan negara kita?
Esther : Purata suhu tahunan? hmmmm berapa ek? 30 ke cikgu? ehh entahla.
Guru : Kamu tahu ke tidak? Ingat ke tidak apa yang saya ajar?
Esther : Entahla cikgu. Saya tidak tahu.
(TB, 22 / 02 / 2013)
Berdasarkan analisis lembaran kerja, ujian diagnostik dan juga temubual tersebut, saya mendapati
terdapat empat orang murid Tahun 5 yang mempunyai masalah dalam menjelaskan ciri-ciri iklim
Khatulistiwa di Malaysia.Oleh yang demikian , objektif kajian saya ialah untuk meningkatkan
kemahiran murid Tahun 5 menyatakan ciri-ciri iklim di Malaysia (khatulistiwa) dari segi suhu, angin dan
hujan melalui strategi „W.O.J”.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun Lima iaitu dua orang murid lelaki dan
juga dua orang murid perempuan. Murid–murid tersebut ialah Christopher, Esther, Karren dan juga
Razli. Kumpulan sasaran saya ini merupakan murid yang agak aktif di dalam kelas namun memiliki
tahap pencapaian sederhana dan agak lemah.
STRATEGI TINDAKAN
Dalam kajian saya ini, strategi „W.OJ” yang saya gunakan merupakan satu strategi yang berpaksikan
kepada Teori Pembelajaran Kognitif. Lev Vygotsky merupakan ahli psikologi yang berasal dari Russia
yang telah menekankan peranan sosial dan juga budaya dalam perkembangan kanak-kanak. Beliau
beranggapan bahawa kebanyakan daripada kemahiran kognitif akan terhasil daripada interaksi sosial
kanak-kanak sama ada dengan ibu bapa, guru mahupun rakan-rakan yang lain. Perkembangan kognitif
kanak-kanak dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu interaksi sosial dan juga kemahiran berbahasa.
Vygotsky menambah, perkembangan kognitif akan berlaku dalam dua peringkat. Peringkat pertama ialah
peringkat sosial di mana maklumat yang diperoleh merupakan hasil interaksi di antara dua individu.
Peringkat kedua pula merupakan peringkat individu iaitu kebolehan individu menukar segala maklumat
yang diperoleh daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
169
Rajah 1: Langkah- Langkah Perlaksanaan Strategi'W.O.J"
CARA PENGUMPULAN DATA
Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra ialah ujian pencapaian yang diduki oleh semua sampel kajian sebelum sesuatu strategi itu
dilaksanakan. Ujian Pasca pula diertikan sebagai ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel
kajian diakhir kajian ini dilaksanakan. Hasil dapatan markah yang diperolehi murid akan dibandingkan
dan dijadikan kayu ukur bagi menentukan sama ada berlaku peningkatan kefahaman ataupun tidak
selepas tindakan dilaksanakan.
Temu Bual
Data temu bual yang diraka, kemudian akan ditranskripkan dan dianalisis. Saya telah meneliti data yang
diperoleh dengan menggariskan/ menandakan perkara-perkara penting berhubung dengan objektif kajian
saya. Perkara-perkara yang telah saya gariskan/ tandakan tadi akan diubah mengikut kategori/ tema
tertentu.
Nota Lapangan
Segala refleksi dan juga catatan maklumat yang dicatat sebelum mahupun selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran untuk melihat gambaran dan juga tahap pencapaian yang
ditunjukkan oleh murid-murid. Catatan yang terdapat di dalam nota lapangan ini akan
digunakan bagi mendapatkan maklumat penting terutama sekali sewaktu pemerhatian terhadap
subjek kajian dilakukan.
LANGKAH SATU
•Murid dibahagikan kepada dua kumpulan
LANGKAH DUA
•Wakil setiap kumpulan akan memutar papan
'W.O.J"
LANGKAH TIGA
•Berdasarkan nombor pada
papan 'W.O.J", mereka
dikehendaki untuk menjawab soalan yang diberikan.
LANGKAH EMPAT
•Permainan akan tamat selepas
setiap kumpulan membuat empat
pusingan. Kumpulan yang
mendapat markah tertinggi dikira
sebagai pemenang.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
170
Lembaran kerja
Lembaran kerja yang diberikan bertujuan untuk menguji sama ada kesemua subjek kajian saya masih
mengingat segala fakta serta maklumat penting yang berkaitan dengan tajuk yang disampaikan
berdasarkan kepada strategi yang digunakan. Saya telah mengedarkan lembaran kerja seminggu selepas
saya melaksanakan sesi intervensi bersama mereka.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan kepada teori yang dikemukakan oleh Vygotsky, saya telah melakukan satu permainan
berkumpulan (W.O.J) yang membolehkan mereka untuk berbincang bersama-sama ahli kumpulan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. Strategi W.O.J ini juga membolehkan murid-murid untuk
memperoleh lebih banyak pengetahuan dalam situasi mahupun persekitaran yang lebih bersifat seronok,
selesa dan juga ceria.
Jadual 5: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Nama Ujian Pra Ujian Pasca Jumlah Peningkatan Peratus
Peningkatan
Christopher 2/6 6/6 4 67%
Esther 2/6 6/6 4 67%
Karren 3/6 6/6 3 50%
Razli 2/6 6/6 4 67%
Rajah 2 : Graf Bar Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
0
1
2
3
4
5
6
Christopher Esther Karren Razli
Ujian Pra
Ujian Pasca
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
171
Berdasarkan jadual dan juga graf bar di atas, jelas kelihatan peningkatan yang ketara dalam
kalangan kesemua subjek kajian saya. Sewaktu ujian pra, hanya Karren yang mendapat markah
tertinggi iaitu sebanyak 3 daripada 5. Manakala yang selebihnya hanya mendapat 2 markah
sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka benar-benar menghadapi masalah untuk
menjelaskan ciri-ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia.
Namun begitu, setelah saya mengaplikasikan strategi W.O.J, terdapat peningkatan dari skor markah yang
begitu memberangsangkan sekali. Christopher, Esther, Karren dan Razli berjaya untuk mendapat markah
penuh sewaktu ujian pasca iaitu 6 markah. Jumlah peningkatan oleh kesemua subjek kajian ini
sememangnya menjelaskan bahawa berlaku proses perkembangan berkaitan kemahiran menjelaskan
dalam diri mereka.
Di samping itu, saya juga menggunakan instrumen lembaran kerja bagi melihat sendiri sama ada subjek
kajian benar-benar menguasai tajuk berkaitan dengan kemahiran menjelaskan ciri-ciri iklim Khatulistiwa
di Malaysia. Mereka dapat menjawab lembaran latihan yang diberikan tanpa sebarang
masalah.Ternyata, ini dapat membuktikan bahawa mereka faham mengenai apa yang telah
dipelajari dengan pengaplikasian strategi „W.O. J. Berikut merupakan jadual markah yang diperoleh
oleh kesemua subjek kajian
Jadual 6: Markah Lembaran Latihan
Nama Markah Peratus
Christopher 6/6 100%
Esther 6/6 100%
Karren 6/6 100%
Razli 6/6 100%
Saya telah menjalankan sesi temu bual untuk menyokong dapatan kajian saya. Bagi memudahkan saya
untuk menganalisis dapatan kajian yang diperoleh kelak, saya telah melaksanakan sesi temubual
mengikut tema-tema tertentu. Terdapat tiga tema utama iaitu pengetahuan, perasaan serta strategi yang
digunakan.
Jadual 7 : Analisis Temu Bual
Tema Soalan Pengetahuan Perasaan Penggunaan Strategi
W.O.J
To
pik
C
iri
Ikli
m
Kh
atu
list
iwa
di
Mala
ysi
a
Kem
ah
ira
n
Men
jela
ska
n
Cir
i Ik
lim
Kh
atu
list
iwa
Ter
uja
/
Gem
bir
a/
Ser
on
ok
Tid
ak
Gem
bir
a/
Sed
ih
Ber
kes
an
Tid
ak
Ber
kes
an
Christopher / / / - / -
Esther / / / - / -
Karren / / / - / -
Razli / / / - / -
JUMLAH 5 5 5 0 5 0
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
172
Jadual 8: Temubual bersama Christopher
Guru : Apakah ilmu baru yang awak peroleh berdasarkan kepada permainan tadi?
Christopher : Banyak cikgu yang saya belajar. Sekarang saya dah tahu purata suhu tahunan
negara kita 27 Celcius.
Guru : Bagus, apa lagi yang awak tahu?
Christopher: Haaaa saya pun dah tahu cikgu berapa purata suhu tahunan negara
kita. Jawapannya 2600 mm kan cikgu?
Guru : Tahniah Christopher, betul jawapan awak
Jadual 9 : Temubual bersama Karren
Guru : Karren, apakah perasaan kamu bila cikgu guna permainan WOJ bagi sesi
pembelajaran hari ini?
Karren : Seronok sangat cikgu, saya tak pernah main permainan macam ni. Lain
dari yang lain, lain kali kita main macam ni lagi cikgu, saya tak la boring
sangat
Jadual 10 : Temubual bersama Esther
Guru : Awak rasa permainan tadi ada ataupun tidak membantu awak untuk memahami
tajuk yang telah saya ajar?
Esther : Mestila ya cikgu, bila saya main tadi memang buat saya rasa senang nak
faham apa yang cikgu ajar. Senang je nak ingat apa yang cikgu ajar, lepas
tu seronok sebab dapat lawan dengan kumpulan yang satu lagi tu. Kalau
cikgu ajar macam biasa je tak best, sebab tak ada cabaran.
Ternyata data-data yang diperoleh daripada kesemua instrumen pengumpulan data sepanjang kajian
tindakan ini dilaksanakan seperi ujian pra dan ujian pasca, nota lapangan, temu bual serta lembaran
latihan banyak membantu untuk menyokong serta mengukuhkan lagi kajian yang dilaksanakan ini. Di
samping itu penggunaan instrumen pengumpulan data yang tepat dan sesuai juga sangat membantu saya
untuk menilai serta melihat sendiri sejauh mana kesesuaian dan keberkesanan strategi W.O.J yang
digunakan bagi membantu pelajar saya yang mempunyai masalah.
REFLEKSI
Saya telah menjalankan kajian tindakan ini sebagai satu usaha untuk memperbaiki mutu dan juga kualiti
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mencipta serta menggunakan strategi baru yang lebih berkesan
bagi membantu mempertingkatkan kefahaman murid di dalam sesuatu topik.
Melalui kajian ini, banyak input serta perkara baru yang telah saya pelajari. Misalnya, melalui kajian ini,
secara tidak langsung telah memberi ruang dan juga peluang kepada saya untuk memperkukuhkan lagi
pengetahuan serta mengaplikasikan ilmu berkaitan dengan teori pembelajaran Kognitif di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Jika diteliti dan juga diperhati, sebelum ini sewaktu melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran, saya kurang menitikberatkan aspek berkaitan dengan pengaplikasian teori
pembelajaran. Hal ini ternyata berbeza sewaktu saya melaksanakan kajian tindakan ini. Setelah meneliti
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
173
beberapa faktor penting dan juga tahap kebolehan murid, akhirnya saya mengambil inisiatif untuk
mengaplikasikan teori pembelajaran kognitif di dalam strategi yang akan dilakukan ke atas subjek kajian.
Dengan adanya rujukan, tinjauan literatur serta ditambahkan lagi proses inovasi dan juga pengaplikasian
membantu saya untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan saya berkaitan dengan pembelajaran Kognitif.
Di samping itu, melalui kajian tindakan ini juga telah mengajar saya akan betapa pentingnya mempunyai
perancangan yang teliti dan juga rapi dengan merangkumi kepelbagaian kaedah dan juga teknik.
Perancangan yang teliti ini sangat membantu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik
sekaligus mencapai objektif P&P yang telah ditetapkan. Sebagai salah seorang guru, amat penting untuk
kita mengetahui serta menganalisis beberapa perkara penting sebelum melaksanakan sesi pengajaran
pembelajaran. Antara perkara penting yang perlu di ambil kira ialah faktor minat, tahap kebolehan serta
kecenderungan seseorang murid.
Dengan adanya kajian tindakan ini juga secara tidak langsung membuka peluang kepada saya untuk
membantu murid-murid yang lemah di dalam memperkembangkan lagi potensi intelek yang ada di dalam
diri mereka. Sebagai salah seorang bakal pendidik, kita tidak seharusnya memiliki sikap berputus asa
terutama sekali sewaktu berhadapan dengan murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Perhatian
dan juga bimbingan yang rapi serta mencukupi amat perlu dititikberatkan dalam usaha membantu murid-
murid tersebut memperkembangkan lagi potensi intlek dalam diri.
Tuntasnya, dapatlah disimpulkan bahawa pelaksanaan strategi W.O.J ini merupakan salah satu usaha
yang saya laksanakan bagi proses menambahbaik kualiti pengajaran yang telah saya lakukan. Diharapkan
bahawa pelaksanaan strategi W.O.J ini dapat membantu membuka minda murid-murid sekaligus
mempertingkatkan lagi tahap pencapaian murid-murid pada masa akan datang.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Antara aspek yang seharusnya diteliti untuk kajian pada masa akan datang ialah dengan memantapkan
lagi strategi W.O.J ini agar ianya lebih bersifat fleksibel dan sesuai untuk diaplikasikan dengan semua
tajuk. Untuk itu, lebih banyak rujukan perlu dibuat agar penggunaan strategi ini lebih bersifat meluas.
Dengan adanya rujukan yang bersifat menyeluruh, secara tidak langsung membolehkan saya untuk
meneliti kesemua aspek secara teliti tanpa mengabaikan mana-mana kriteria penting yang digariskan.
Di samping itu untuk kajian seterusnya, salah satu cadangan yang seharusnya diambil kira ialah
dengan mempertingkatkan lagi kajian mengenai aplikasi teori Kognitif di dalam sesi pengajaran
pembelajaran. Kajian yang pelbagai dan bersifat holistik amat diperlukan kerana Teori Kognitif
memainkan peranan yang sangat besar dalam usaha untuk membantu mempertingkatkan lagi kemahiran
kognitif dalam diri murid-murid.
Para penyelidik pada masa akan datang juga seharusnya menyedari bahawa tahap pencapaian dan
juga potensi seorang murid itu berada pada tahap yang berbeza-beza. Kesemua faktor ini seharusnya
diteliti serta diambil kira agar seseorang guru itu mampu untuk mempertingkatkan lagi kualiti kajian yang
dilaksanakan sekaligus mencapai objektif yang ditetapkan. Guru juga perlu sentiasa memiliki sifat kreatif
dan inovatif dalam diri masing-masing agar kaedah pengajaran mereka lebih berpusatkan murid dan juga
menyeronokkan. Dengan wujudnya aktiviti serta perancangan pelajaran seumpama ini mampu untuk
memperkembangkan tahap potensi yang sedia ada dalam diri murid-murid ke tahap yang maksimum.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
174
RUJUKAN
Konting, M. M. (1998). Kaedah Penyelidikan Tindakan. Hulu Kelang: Percetakan Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Lebar, O. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Indris.
Mei, T. A. (2010). Panduan Kerja Kursus Ilmu Pendidikan : Idea, COntoh dan Aplikasi Teori. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Meng, C. F. (2011). Kajian Tindakan: Konsep Dan Amalan Dalam Pengajaran. Selangor:
Penerbitan Multimedia.
Mills, G. E. (2007). ACTION RESERACH :A Guide For The Teacher Researcher. United Stated:
Pearson.
Mustapa, S. I. (2010). Siri Kemahiran Generik: Kemahiran Belajar. Selangor: Penerbitan
Multimedia.
Sang, M. S. (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn
Bhd.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
175
MOCA (MODEL OF CONTRUCTIVISME + ARRANGEMENT)
SATU STRATEGI DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 5
UNTUK MENYATAKAN KEPENTINGAN TANAH TINGGI DAN TANAH
PAMAH TERHADAP EKONOMI NEGARA
Nurul Rasheeqa Binti Jonidi
N.RshQa89@yahoo.com
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah strategi Moca (Model of
Contructivism + Arrangement) dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran murid Tahun 5
dalam menyatakan kepentingan tanah tinggi dan tanah pamah terhadap ekonomi negara. Responden
dalam kajian ini terdiri daripada 6 orang murid Tahun 5 yang tergolong dalam kumpulan pelajar
lemah dan sederhana. Kajian ini telah dijalankan dengan berbantukan penggunaan model 3D (3
dimensi) bentuk muka bumi dan beberapa bahan bantu mengajar lain seperti penggunaan gambar,
video, latihan. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca. Sehubungan dengan itu, hasil
analisis data mendapati bahawa kesemua responden telah menunjukkan hasil yang sangat
memberangsangkan di mana keenam-enam responden menunjukkan peningkatan markah yang
ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Ini bermakna, strategi Moca ini sangat membantu
dalam meningkatkan kemahiran murid sederhana dan lemah dalam menyatakan kepentingan tanah
tinggi dan tanah pamah terhadap ekonomi negara. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan
keberkesanan strategi ini, guru boleh memberikan latihan pengukuhan kepada murid bagi menguji
kefahaman mereka terhadap pembelajaran tersebut.
PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya merupakan guru pelatih semester lapan opsyen Pengajian Sosial yang menuntut di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Pada praktikum fasa tiga yang lalu, saya telah ditempatkan
di Sekolah Kebangsaan Pertiwi selama tiga bulan. Sepanjang menjalani praktikum yang ketiga ini, saya
telah diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Apa yang saya dapati,
murid-murid tahun 5 di sekolah berkenaan sangat teruja dan bersemangat tinggi untuk menimba ilmu
yang disampaikan terutamanya apabila aktiviti berkumpulan yang berasaskan permainan dilakukan.
Namun begitu, ramai dalam kalangan mereka yang tergolong dalam golongan murid berprestasi
sederhana. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dan salah satu daripadanya adalah disebabkan
oleh kaedah pengajaran yang kurang bersesuaian dengan gaya pembelajaran sesetengah murid.
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Semasa saya mengajar subtopik Perbezaan di Antara Tanah Tinggi dan Tanah Pamah di bawah topik
Bentuk Muka bumi dalam tema Mengenal Negara Kita, saya dapati bahawa terdapat beberapa orang
murid Tahun 5 tidak mampu menyatakan kepentingan tanah pamah dan tanah tinggi terhadap ekonomi
negara. Terdapat juga murid yang keliru dengan kepentingan tanah pamah dan kepentingan tanah tinggi di
mana mereka menulis kepentingan tanah pamah pada ruangan jawapan kepentingan tanah tinggi. Saya
akui bahawa ini merupakan kesilapan saya kerana saya kurang menggunakan bahan bantu mengajar yang
mampu memberikan gambaran yang lebih jelas kepada mereka sepanjang mengajar topik ini. Sebaliknya,
bahan yang sering saya gunakan hanyalah gambar, buku teks dan lembaran kerja semata.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
176
Pengajaran dan pembelajaran yang bertarikh 20 Februari 2013 ini telah saya mulakan dengan penggunaan
gambar kawasan tanah pamah dan tanah tinggi sebagai set induksi. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi
dengan sesi soal jawab atau kuiz dengan berpandukan jadual bandingbeza yang telah saya tampalkan pada
papan tulis. Murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan ganjaran berupa sebatang pensel
bagi menggalakkan penglibatan aktif mereka dalam aktiviti ini. Kemudian, barulah saya memberikan
penerangan lanjut mengenai topik ini dan disusuli dengan lembaran kerja. Pada mulanya, saya
beranggapan bahawa mereka telah menguasai topik ini memandangkan saya telah memberi penerangan
mengenai kepentingan tanah pamah dan tanah tinggi terhadap ekonomi negara dalam tajuk yang
berasingan sebelum ini. Namun, jangkaan saya benar-benar meleset apabila saya dapati bahawa masih
ramai murid yang tidak mampu menjawab soalan lembaran kerja yang diberikan walaupun soalan-soalan
tersebut telah dibincangkan semasa sesi soal jawab (kuiz). Apa yang lebih mengecewakan saya adalah,
terdapat segelintir murid yang langsung tidak mampu menyatakan kepentingan tanah pamah dan tanah
tinggi.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Data pertama yang menjadi titik tolak kajian saya adalah lembaran kerja yang bertarikh 20 Februari 2013
yang mana ia merupakan lembaran kerja yang saya berikan kepada murid Tahun 5 sebaik sahaja sesi
pengajaran dan pembelajaran subtopik Perbezaan di Antara Tanah Tinggi dan Tanah Pamah diajarkan.
Berikut merupakan contoh lembaran kerja yang saya edarkan pada hari tersebut.
Rajah 1 : Gambar Lembaran kerja ; Jadual bandingbeza tanah tinggi dan tanah pamah di Malaysia
Walau bagai manapun, hasil daripada semakan yang saya lakukan, terdapat beberapa orang murid yang
tidak mampu menjawab soalan tersebut dengan betul walaupun soalan ini telah dibincangkan semasa sesi
soal jawab (kuiz) semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tambahan pula, terdapat segelinitir
murid yang meniru semasa menjawab soalan ekoran perasaan tidak sabar untuk pulang ke rumah pada
tengahari tersebut.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
177
Rentetan daripada peristiwa itu, saya telah mengulang kembali pengajaran tajuk yang sama di samping
mentadbir ujian saringan bagi mengenalpasti murid yang benar-benar bermasalah dalam subtopik ini.
Namun, saya telah menyingkirkan 7 orang murid pemulihan daripada ujian saringan ini kerana keupayaan
kemahiran membaca mereka yang agak lemah.
“Denilson, Mathew, Maxel, dan Carl mempunyai masalah dalam kemahiran membaca.
Mereka seringkali enggan membuat latihan yang diberikan kerana mereka tidak tahu
membaca. Risman, Derrick dan Jelliya pula boleh membatang suku kata yang mudah
tetapi masih lemah dalam kemahiran membaca.”
(GK / Nota Lapangan / 30-01-2013)
Berikut merupakan analisis ujian saringan yang telah saya jalankan terhadap murid Tahun 5.
Jadual 1: Jadual Keputusan Ujian Saringan
Merujuk kepada keputusan di atas, dapatan yang saya peroleh adalah terdapat 6 orang murid yang
berpotensi dijadikan sebagai subjek kajian saya kerana mereka tidak mampu mencapai markah sasaran
yang telah saya tetapkan. Markah sasaran yang telah ditetapkan adalah dalam 70 markah dan ke bawah.
Sasaran ini mungkin kelihatan agak tinggi, tetapi saya senagaja menetapkannya sebegitu kerana soalan
yang saya berikan dalam ujian saringan kesemuanya adalah terdiri daripada soalan aras rendah yang
meliputi soalan aneka pilihan jawapan dan betul / salah.
Kemudian, bagi mengenalpasti masalah sebenar keenam-enam murid ini, saya telah mentadbir ujian
diagnostik terhadap mereka. Ia adalah bertujuan untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai masalah
dalam aspek menyetakan kepentingan tanah pamah terhadap ekonomi negara sahaja, kepentingan tanah
tinggi terhadap ekonomi sahaja ataupun kedua-duanya sekali. Berikut merupakan contoh ujian diagnostik
yang telah saya berikan kepada mereka.
Bil Nama Markah Peratusan (%)
1. Anjali 7/15 47
2. Decruiz Anjali 9/15 60
3. Dolia 10/15 67
4. Joss 9/15 60
5. Maccius 9/15 60
6. Nelvinson 9/15 60
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
178
Rajah 2 : Gambar Contoh Ujian Diagnostik ; Menyatakan Kepentingan Tanah Pamah dan Tanah Tinggi
terhadap Ekonomi Negara
Sehubungan dengan itu, daripada ujian ini, baharulah saya dapat mengenalpasti masalah sebenar keenam-
enam murid tersebut. Baerdasarkan hasil dapatan yang diperoleh, mereka menghadapi masalah dalam
kedua-dua aspek menyatakan kepentingan tanah pamah dan tanah tinggi terhadap ekonomi negara.
Jadual 2 : Markah Ujian Diagnostik
Bil Nama Markah Peratusan (%)
1. Anjali 0/6 0
2. Decruiz 2/6 33
3. Dolia 1/6 17
4. Joss 3/6 50
5. Maccius 1/6 17
6. Nelvinson 0/6 0
Jadual 3 : Analisis Jawapan Ujian Diagnostik Murid
Bil. Nama Jawapan Soalan 1
Nyatakan kepentingan
tanah tinggi di Malaysia
Jawapan Soalan 2
Nyatakan kepentingan
tanah pamah di Malaysia
1. Anjali Tiada jawapan Tiada jawapan
2. Decruiz Tiada kaitan
a) Sesuai menanam
kebun
b) Sesuai penternakan
c) Ada pertanian
3. Dolia Tiada kaitan Sawah padi
4. Joss a) Sayur a) Air
b) Padi untuk makan
5. Maccius a) Pertanian Tiada kaitan
6. Nelvinson Tiada jawapan Tiada jawapan
= Jawapan yang sama
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
179
Saya melihat kepada pola kesalahan yang telah mereka lakukan. Saya berasa hairan kenapa setelah 3 kali
sesi penilaian yang dijalankan murid-murid ini masih belum mampu memberikan jawapan yang terbaik.
Oleh itu , saya telah menjalankan beberapa sesi tembual bersama kumpulan sasaran ini. Namun,
kebanyakan mereka memberikan jawapan yang sama kepada saya iaitu “tidak tahu”, “tidak ingat”, “tidak
jelas” dan tidak kurang juga yang berani mencuba untuk memberikan jawapan. Malangnya, jawapan
tersebut salah.
Saya telah memikirkan beberapa cara atau pendekatan untuk membantu murid-murid ini. Setelah meneliti
temubual yang dijalankan saya mendapat kesimpulan bahawa mereka sebenarnya gagal untuk
menggambarkan tanah pamah dan tanah tinggi seterusnya gagal untuk menyatakan kepentingannya.
Sehubungan dengan itu, saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan model sebagai alat
intervensi kerana model itu sendiri yang bersifat maujud mampu menjana pemikiran murid dengan lebih
baik. Daripada model ini , murid akan membina pengetahuan baharu dan mampu menjana idea bagi
menyatakan kepentingan tanah tinggi dan tanah pamah. Ini jelas sekali dinyatakan di dalam teori
konstruktivisme dan telah dinyatakan secara jelas oleh Kenneth Tobin melalui persoalan yang diutarakan
di dalam bukunya yang bertajuk The Practice Of Constructivism In Science Education.
"5. What is the role of truth in your model?
Constructivism is an attempt to cut loose from the philosophical tradition and specifically
from the philosofical tradition that knowledge has to be a representation of reality."
Kenneth Tobin (2009:47)
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah melibatkan seramai enam orang subjek kajian dalam kalangan murid Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Pertiwi, Serian. Mereka terdiri daripada empat orang murid lelaki dan dua orang murid
perempuan. Secara khususnya, umur keenam-enam orang murid ini adalah dalam lingkungan 11 tahun.
Secara amnya, kesemua murid ini adalah merupakan murid yang memiliki prestasi akademik yang
sederhana di dalam kelas saya. Mereka juga seringkali kurang memberikan tumpuan ketika saya mengajar
dan seringkali melakukan aktiviti sendiri dan bercakap bersama rakan ketika guru mengajar di hadapan.
STRATEGI TINDAKAN
Saya telah mengambil keputusan untuk menjalankan strategi tindakan yang berlandaskan kepada konsep
kontrusktivisme. Konsep konstruktivisme ini merupakan teori pembelajaran yang melihat murid sebagai
pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan (Noriati, et al, 2009). Ini bermakna,
teori konstruktivisme ini adalah teori yang menggalakkan murid untuk membentuk dan membina
pengetahuan mereka terlebih dahulu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dan bukannya menerima
bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.
Oleh yang demikian, saya telah menggunakan pelbagai media untuk merangsang pengetahuan sedia ada
pelajar seperti penggunaan gambar, video dan model bentuk muka bumi tanah tinggi dan tanah pamah.
Pada pendapat saya, penggunaan model 3D bentuk muka bumi adalah sangat sesuai digunakan untuk
membina pengetahuan murid terhadap perbezaan bentuk muka bumi di samping memerhati kepentingan
yang dibawa oleh setiap bentuk muka bumi tersebut masing-masing mengikut logik dan kesesuaian.
Kenyataan ini juga turut disokong oleh Akhiar Pardi dan Shamsina Bt Shamsudin, 2010 yang menyatakan
bahawa pembelajaran menurut konsep kontruktivisme ini berlaku melalui penemuan, pengalaman dan
model. Selain itu, ia juga sangat membantu murid-murid yang lemah dalam memahami sesuatu konsep
kerana ia dapat menyokong sumber pengajaran bertulis yang lain.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
180
“Bahan 3D dibina dan digunakan untuk membantu pelajar memahami dunia kini dan
dahulu. Bahan ini memberikan pelbagai jenis pengetahuan berbanding dengan bahan-
bahan bertulis atau lisan. Objek 3D boleh menyokong bahan lain seperti buku teks dan
menyumbang kepada pengalaman konkrit selain memberikan rangsangan untuk kreativiti
dan ekspresi. “
(Noriati A. Rashid et. al, 2009)
Penggunaan model ini juga dipilih atas dasar kebolehannya yang dapat membantu murid memahami
sistem dunia sebenar. Menurut Smaldino et al., 2005 dalam Noriati et al.,2009, model boleh menyediakan
pengalaman-pengalaman pembelajaran yang tidak dapat dilakukan oleh bahan sebenar di mana
penglibatan pelbagai deria diperlukan untuk membina isi kandungan seperti yang ditegaskan dalam
pembelajaran konstruktivisme.
Sehubungan dengan itu, oleh kerana saya tidak dapat membawa mereka untuk melihat sendiri kawasan
tanah tinggi dan tanah pamah yang terlalu luas di persekitaran, saya telah menghasilkan bentuk muka
bumi yang mewakili tanah pamah dan tanah tinggi dalam bentuk sebuah model 3D. Tambahan pula,
aktiviti pemasangan kit model yang telah disediakan semasa strategi intervensi telah membolehkan murid
melakukan aktiviti yang bersifat interaktif. Seterusnya ia juga telah memudahkan mereka untuk melihat
dan melakukan sendiri eksperimen (kemahiran psikomotor) dan analisis (kemahiran berfikir) dengan
menggunakan model agar dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap kepentingan tanah pamah
dan tanah tinggi kepada ekonomi negara sepertimana yang ditekankan dalam konsep konstruktivisme
yang menggalakkan murid untuk membina pengetahuan mereka sendiri berdasarkan pemerhatian dan
aktiviti pembelajaran yang bersifat interaktif.
“Sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang bercorak pemasangan menarik perhatian
pelajar daripada pelbagai tahap umur. Ia boleh merangsang kaedah inkuiri dan penemuan
serta memberikan peluang kepada pelajar meneroka pelbagai bahagian sesuatu model.
Selain itu, aktiviti pemasangan boleh membantu dalam menajamkan kemahiran kognitif
dan psikomotor pelajar.”
(Noriati A. Rashid et. al, 2009)
Secara ringkas, berikut merupakan langkah strategi Moca yang telah dilaksanakan:
Rajah 3 : Langkah Strategi intervensi
•Penerangan menggunakan gambar
•Motivasi Penerangan
•Video mengenai keadaan fizikal kawasan tanah tinggi dan tanah pamah di Malaysia dan kegiatan yang sesuai dijalankan di kedua-dua kawasan tersebut
Tayangan video
•Murid menyusun kit model (kereta, bangunan, rumah) mengikut kesesuaian berdasarkan kepentingan kawasan muka bumi.
Kemahiran (hands on)
•Perbincangan di antara guru dan subjek kajian mengenai apa yang telah dipelajari
Kemahiran (minds on)
•Soal jawab dan ujian pasca Penilaian
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
181
CARA PENGUMPULAN DATA
Saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu:
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Saya telah menyediakan soalan pra bagi memperoleh maklumat atau keputusan awal mengenai tahap
pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk yang bakal diajarkan. Seterusnya, ujian pasca pula dijalankan
bagi membolehkan saya melihat keputusan tahap kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang telah
disampaikan. Ia juga dapat memudahkan saya melihat perbandingan mengenai tahap penguasaan murid
sebelum dan selepas intervensi dilakukan.
Temu bual
Temu bual yang saya lakukan adalah dalam bentuk semi formal yang melibatkan temu bual bersama
subjek kajian dan guru yang terlibat (guru kelas dan guru yang pernah mengajar subjek kajian). Temu
bual ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai subjek kajian daripada
sumber orang secara lisan. Selain itu, kaedah ini juga saya gunakan untuk mendapatkan data maklum
balas daripada subjek kajian berkenaan dengan tahap kefahaman mereka terhadap pelajaran yang
disampaikan.
Nota lapangan
Nota lapangan adalah bertujuan untuk membantu saya untuk mengingat segala data yang diperoleh
daripada pemerhatian yang dilakukan. Oleh itu, ia bukan sekadar catatan refleksi ringkas, bahkan, ia juga
merupakan catatan maklumat yang mampu menyokong sebarang maklumat yang saya peroleh melalui
lembaran kerja, ujian pra, ujian pasca dan temu bual yang telah dijalankan.
ANALISIS DAN DAPATAN
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Rajah 4 : Graf Perbandingan Ujian Pra dan Pasca Subjek Kajian
Berdasarkan keputusan yang dapat dilihat daripada graf dan jadual tersebut, jelas sekali bahawa strategi
Moca ini mampu meningkatkan kemahiran murid dalam menyatakan kepentingan tanah pamah dan tanah
tinggi terhadap kepentingan ekonomi negara. Sebelum strategi intervensi dilakukan, Joss mendapat
markah tertinggi dalam ujian pra iaitu sebanyak 4 markah. Keputusan ini diikuti dengan markah ujian
2 2 2
4 3 3
6 6 6 6 6 6
Anjali Decruiz Dolia Joss Maccius Nelvinson
Ujian pra Ujian pasca
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
182
Maccius dan Nelvinson sebanyak 3 markah. Manakala, markah terendah dalam kalangan mereka pula
dimiliki oleh Anjali, Decruiz dan Dolia yang hanya mendapat 2 markah sahaja.
Namun, kesemua subjek ini telah memperoleh keputusan ujian pasca yang sangat memberangsangkan.
Anjali, Decruiz dan Dolia telah mendapat peratusan peningkatan yang paling tinggi iaitu sebanyak 67%.
Diikuti oleh Maccius dan Nelvinson iaitu sebanyak 50% dan Joss sebanyak 33%.
Jadual 3 : Perbandingan Ujian Pra dan Pasca Subjek Kajian
Temu bual
Berdasarkan data temu bual yang saya peroleh, saya dapati bahawa kesemua subjek kajian saya mampu
menyatakan kepentingan tanah tinggi dan tanah pamah terhadap ekonomi negara dengan yakin
berbanding sebelum strategi Moca dijalankan. Saya juga turut bertanyakan tentang perasaan mereka
semasa melaksanakan strategi ini. Keputusannya, kesemua mereka seronok melakukan kesemua aktiviti
dalam strategi Moca dan mereka mengakui bahawa setiap aktiviti yang dijalankan sangat membantu
mereka untuk memahami pelajaran yang disampaikan. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui hasil
analisis data temu bual yang telah saya jalankan seperti berikut:
Jadual 4: Analisis Data Temu Bual
Tema
soalan
Murid
Perasaan Aktiviti yang
disukai
Kefahaman Penggunaan
model 3D
Gembira /
Seronok
Sedih /
kecewa
1 2 3 1 2 3 Suka Tidak
suka
Anjali / / / / / / / /
Decruiz / / / / / / / /
Dolia / / / / / / / /
Joss / / / / / / / /
Maccius / / / / / / / /
Nelvinson / / / / / / / /
Jumlah 6 - 6 6 6 6 6 6 6 -
Petunjuk:
Mencantum puzzle
Aktiviti 1 Tayangan video
Aktiviti 1 Hands on dan perbincangan
Bil Nama pra pasca peningkatan %
1. Anjali 2/6 6/6 67
2. Decruiz 2/6 6/6 67 3. Dolia 2/6 6/6 67 4. Joss 4/6 6/6 33
5. Maccius 3/6 6/6 50
6. Nelvinson 3/6 6/6 50
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
183
Nota lapangan
Hasil dapatan kajian saya ini juga turut disokong oleh catatan nota lapangan yang telah saya catatkan
semasa pelaksanaan minggu intervensi iaitu:
“Video yang dipertontonkan mampu memberikan gambaran umum kepada subjek kajian
mengenai kepentingan kawasan tanah pamah dan tanah tinggi di Malaysia.”
(NL, 17-4-2013)
“Subjek kajian saya mampu mengenal pasti bentuk muka bumi tanah pamahh dan tanah
tinggi yang terdapat pada model 3D yang ditunjukkan. Mereka membandingkan gambar
puzzle yang telah dicantum pada langkah pertama dengan model bentuk muka bumi dan
mendapati bahawa ianya adalah serupa. Persamaan ini telah membuatkan mereka semakin
bersemangat untuk melakukan aktiviti hands on pada langkah ketiga.”
(NL. 18-4-2013)
“Pelajar begitu seronok sepanjang pelaksanaan aktiviti. Mereka begitu fokus semasa
menyusun prasarana pada model bentuk muka bumi. Mereka berbincang dan berinteraksi di
antara satu sama lain. Ini sesuai dengan teori kontruktivisme yang diinginkan di mana
pembelajaran boleh berlaku semasa perbincangan bersama ahli kumpulan dan guru yang
membimbing. Melalui ujian pasca, saya dapati bahawa mereka juga dapat menyatakan
kepentingan bentuk muka bumi tanah pamah dan tanah tinggi terhadap ekonomi Malaysia.”
(NL. 18-4-2013)
REFLEKSI
Kajian saya bermula apabila saya mendapati bahawa murid-murid saya terutama subjek kajian yang
terpilih sangat sukar untuk memahami isi pelajaran yang saya sampaikan. Sebelum ini, saya seringkali
menggunakan bahan bantu mengajar seperti gambar dan bahan bacaan tanpa menggunakan bahan maujud
seperti model mahupun video dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Saya cuma sedar akan
kesilapan ini apabila saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang sukar untuk memahami
pengajaran saya walaupun saya menyampaikannya secara berulang-ulang. Sehinggalah saya mengakaji
dan menemu bual salah seorang subjek kajian saya sehingga membuatkan saya sedar akan kesilapan dan
ketidakpekaan saya terhadap keperluan dan gaya pembelajaran murid saya yang berbeza. Murid tersebut
menyatakan bahawa, alangkah seronoknya jika saya dapat menunjukkan sebuah bahan maujud yang
membolehkan mereka melihat dengan jelas kawasan bentuk muka bumi sepertimana yang terdapat dalam
buku teks yang sering digunakan oleh mereka sepanjang pembelajaran matapelajaran Kajian Tempatan
Tahun 5. Jujur saya akui bahawa, daripada pengakuan salah seorang subjek saya inilah saya mendapat
ilham untuk menghasilkan sebuah model 3D bentuk muka bumi yang digunakan dalam strategi Moca ini.
Pada masa yang sama, saya juga berfikir bahawa, adalah lebih baik dan bermakna sekiranya mereka dapat
mempelajari dan membina sendiri pengetahuan itu berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka sendiri.
Justeru, saya telah memilih teori konstruktivisme sebagai tunjang strategi saya dengan harapan murid-
murid tersebut akan lebih mengingati apa sahaja pembelajaran yang berlaku sepanjang proses strategi ini
dilaksanakan.
Selain itu, saya juga sedar akan kesilapan saya dalam amalan pendidikan yang seringkali saya lakukan.
Saya akui bahawa, saya seringkali menggunakan kaedah yang sama seperti kaedah penerangan dengan
menggunakan bantuan buku teks dan gambar setiap kali menyampaikan pengajaran kepada murid. Saya
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
184
seharusnya peka akan perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini. Pada masa kini,
penggunaan teknologi seperti LCD, video, gambar, internet dan sebagainya merupakan bahan atau media
yang relevan dengan zaman pendidikan kanak-kanak pada hari ini. Saya seharusnya berusaha dalam
memberikan khidmat didikan dan pengajaran yang terbaik kepada murid saya supaya mereka juga
mempunyai peluang yang sama dalam bidang pendidikan sepertimana yang diterima oleh murid-murid
yang lain. Oleh itu, saya mengakui kesalahan saya dan akan berusaha memperbaiki kelemahan ini dengan
berusaha mencari alternatif dan pendekatan yang pelbagai bagi menarik minat murid saya dalam
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, saya juga mempelajari bahawa, sebagai seorang guru, kita boleh mempraktikkan pelbagai
gabungan teori pengajaran yang sesuai. Teori-teori tersebut jika dipraktikkan dengan betul pastinya akan
menjanjikan sesebuah hasil yang sangat positif dalam peningkatan prestasi dan pencapaian murid
terhadap pembelajaran. Contohnya, teori konstruktivisme yang saya aplikasikan dalam strategi Moca
yang sangat membantu subjek kajian saya dalam memahami dan meningkatkan kemahiran menyatakan
kepentingan tanah tinggi dan tanah pamah terhadap ekonomi negara. Melalui teori ini, saya telah dapat
menggalakkan murid untuk belajar dan membina konsep sendiri melalui pengalaman pembelajaran
kendiri.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Strategi Moca merupakan kajian saya yang pertama dalam dunia pendidikan. Saya percaya bahawa ia
merupakan satu permulaan yang baik dalam memulakan langkah kerjaya saya dalam bidang pendidikan.
Namun begitu, kajian ini pastinya bukan kajian yang terakhir saya, malahan ia merupakan titik tolak yang
pertama dalam memulakan kerjaya sebagai seorang guru. Pastinya saya akan melakukan kajian yang
seterusnya tetapi mungkin dalam bentuk yang lebih sistematik dan inovatif daripada kajian ini.
Setiap sesuatu itu pastinya ada kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Saya akui bahawa, kajian ini masih
mempunyai banyak perkara yang perlu diperbaiki. Oleh yang demikian, cadangan penambahbaikan kajian
adalah perlu bagi menghasilkan kajian yang lebih baik pada masa akan datang.
Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar kajian ini dilakukan untuk lingkaran yang kedua atau
berikutnya. Hal ini kerana, kajian yang dilakukan secara berulang pastinya akan dapat menghasilkan
sesuatu yang lebih baik. Sekurang-kurangnya, kelemahan dalam kajian lingkaran pertama boleh
diperbaiki semasa melakukan kajian dalam lingkaran yang kedua dan seterusnya.
Sebagai contoh, menambahbaik penggunaan bahan atau material yang lebih berkualiti. Sebagai contoh,
penggunaan gambar sebagai kit model boleh digantikan dengan bahan maujud yang bersaiz kecil supaya
murid dapat melihat dengan jelas bentuk dan keadaan sesuatu bahan itu di samping menjamin kestabilan
bahan tersebut apabila ia digunakan sebagai kit model (prasarana ekonomi) dalam aktiviti hands on.
Akhir sekali, saya mencadangkan agar kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada kajian-kajian
lain yang berkaitan. Di samping itu, saya juga berharap agar strategi Moca ini boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran subjek lain selain Kajian Tempatan. Hal ini kerana, ia mampu menarik
minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran di samping sesuai dengan
pengajaran dalam pelbagai subjek. Selain itu, ia juga sesuai digunakan untuk pengajaran murid dalam
pelbagai peringkat umur.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
185
RUJUKAN
Akhiar Pardi, Shamsina Bt Shamsudin. (2010). Rancangan Pengajaran Harian dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Ipoh, Perak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar.
Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan kamaruddin Wan Hasan.
(2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Tobin, K. (2009). The Practice of Constructivism Science Education. Hillsdale, New Jersey: Lawrence
Erlbaum Associates, Inc, Publishers.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
186
STRATEGI K.I.T: SATU PENDEKATAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID
TAHUN 5 MENYATAKAN CIRI BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA
Qamarul Aqramin Bin Rosli
cikguqamar90@gmail.com
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
Abstrak
Penyelidikan Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan
kemahiran murid Tahun 5 dalam menyatakan ciri bentuk muka bumi di Malaysia
melalui strategi “K.I.T”. Seramai lima orang subjek kajian telah dipilih dalam kalangan
murid Tahun 5 setelah proses tinjauan awal dibuat. Strategi “K.I.T” membantu murid
mengingat dan memahami ciri bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia dengan
lebih baik. Pengumpulan data dibuat melalui kaedah Ujian Pra dan Ujian Pasca, nota
lapangan, temubual dan analisis dokumen. Hasil analisis kesemua instrumen
menunjukkan peningkatan semua subjek kajian dalam menyatakan ciri bentuk muka
bumi yang berkaitan. Justeru, kit pembelajaran “K.I.T” ini dapat membantu
meningkatkan kemahiran murid tahun 5 dalam menyatakan ciri bentuk muka bumi di
Malaysia dengan lebih baik. Cadangan kajian seterusnya ialah dengan menambah baik
kit pembelajaran sedia ada bagi mempelbagaikan strategi pengajaran guru dan teknik
pembelajaran murid berkaitan topik berkenaan.
PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya, adalah seorang guru pelatih pengkhususan Pengajian Sosial. Kini, saya sedang berada dalam
semester 8 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Abdul Razak (IPGKTAR), Kota Samarahan. Pada semester 7, saya telah menjalani Praktikum Fasa 3
selama 12 minggu di Sekolah Kebangsaan (SK) Koran, Serian. Sekolah ini terdiri daripada 381 orang
murid termasuk murid prasekolah. Sepanjang praktikum lepas, saya telah diamanahkan untuk mengajar
subjek Kajian Tempatan bagi Tahun Lima. Kelas ini terdiri seramai 25 orang murid iaitu seramai 13
orang perempuan dan 12 orang lelaki.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Saya telah masuk kelas Tahun 5 bagi mengajar subtopik Ciri-ciri Fizikal Bentuk Muka Bumi di Malaysia.
Saya menjalankan sesi pengajaran dengan aktiviti nyanyian lagu „Puteri Santubong‟ bagi sesi induksi,
diikuti dengan aktiviti pembelajaran koperatif „Mencari Harta Karun‟. Kemudian, saya beralih pada sesi
penerangan di langkah yang kedua dengan berbantukan slaid powerpoint. Kemudian, mereka diberi masa
untuk menyalin semula nota dan mengingat setiap fakta yang telah saya sampaikan. Setelah selesai proses
tersebut, saya memberi murid masa kira-kira 5 minit bagi mereka mengingat dan menghafal semua ciri-
ciri bagi setiap bentuk muka bumi tersebut. Apabila tempoh tamat, saya mengedarkan lembaran kerja bagi
menguji kemampuan murid menyatakan dua jenis bentuk muka bumi sahaja iaitu tanah pamah dan tanah
tinggi. Setelah selesai menjawab, saya menyemak jawapan bersama-sama murid bagi mengukur sejauh
mana tahap penguasaan mereka terhadap tajuk tersebut. Didapati terdapat kira-kira 11 orang murid yang
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
187
tidak dapat mencapai tahap penguasaan baik yang minimum. Hal ini demikian kerana tempoh yang
singkat, mereka dilihat tidak mampu mengingat fakta untuk memahami isi pelajaran. Oleh itu, tanggapan
saya tentang kemampuan murid mengingati fakta yang dipelajari dapat membantu mereka menyatakan
dua jenis bentuk muka bumi adalah kurang praktikal dan tepat dan perkara ini perlu ditangani segera.
Refleksi Nilai Pendidikan
Pengalaman yang telah saya peroleh dalam siri-siri praktikum yang lalu telah banyak mengajarkan saya
erti citra diri guru yang unggul. Seorang guru yang mempunyai jiwa pendidik seharusnya mempunyai
nilai keprihatinan terhadap keperluan murid semasa mereka berada di sekolah. Ia merangkumi pelbagai
aspek seperti keperluan persekitaran pembelajaran yang kondusif, perhatian dan kasih sayang daripada
guru dan rakan sebaya, perasaan sepunya dan selamat serta keperluan-keperluan lain yang berkaitan
dengan perkembangan dan pembangunan diri murid di sekolah. Selain itu, nilai yang seiring dengan
prihatin ialah dedikasi. Saya kagum akan guru-guru yang berdedikasi terutamanya guru yang
berpengalaman. Seseorang guru itu akan berusaha untuk membantu murid-muridnya dalam pelajaran
kerana mahu mereka berjaya tanpa mengenal erti penat lelah dan diiringi kesabaran.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Kelas Tahun 5 terdiri daripada 25 orang murid. Namun saya hanya mengambil 5 orang murid sahaja
daripada kelas tersebut bagi mengikuti ujian diagnostik setelah dikenal pasti dan disaring kerana
kumpulan murid ini dilihat mempunyai masalah semasa sesi P&P yang terdahulu. Berikut merupakan
contoh kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid yang terlibat:
Rajah 1: Contoh lembaran kerja yang dijawab oleh murid
Jadual 1: Keputusan markah murid bagi lembaran kerja ( Ujian Saringan )
Bil. Nama Murid Jantina Markah
1. Rico L 3/8
2. Alice P 1/8
3. Jonathan L 0/8
4. John L 1/8
5. Lincoln L 1/8
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
188
Biarpun telah cuba dibantu, murid-murid ini dilihat seperti terlalu bergantung kepada saya bagi
mendapatkan jawapan melalui pemberian klu dan bayangan jawapan. Memandangkan masalah sama
berulang dalam sesi kedua pengajaran saya untuk topik yang sama, saya memilih untuk menjalankan
ujian diagnostik bagi memastikan isu sebenar yang melanda diri murid berkenaan isi pelajaran bagi mata
pelajaran ini.
Rajah 2: Contoh ujian diagnostik yang dijawab oleh murid-murid
Jadual 2: Keputusan markah murid Ujian Diagnostik
Bil. Nama Murid Jantina Markah
1. Rico L 3/10
2. Alice P 6/10
3. Jonathan L 4/10
4. John L 6/10
5. Lincoln L 3/10
Berdasarkan dapatan daripada ujian diagnostik ini, saya telah benar-benar jelas dan faham akan isu dan
masalah utama yang dialami oleh murid-murid saya dalam usaha mereka menguasai topik ini. Oleh itu,
saya telah memilih untuk menetapkan tajuk ini sebagai fokus atau tumpuan utama dalam pelaksanaan
kajian saya ini.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
189
Fokus Kajian
Saya berpendapat bahawa usaha untuk membantu murid tahun 5 menyatakan ciri bentuk muka bumi di
Malaysia merupakan satu perkara yang mesti diberikan perhatian sewajarnya. Oleh itu, berpandukan data-
data yang telah diperolehi, fokus kajian saya ialah meningkatkan kemahiran murid-murid tahun lima
menyatakan ciri bentuk muka bumi di Malaysia. Objektif kajian saya pula adalah untuk meningkatkan
kemahiran murid-murid Tahun Lima menyatakan sekurang-kurangnya dua ciri bentuk muka bumi di
Malaysia melalui strategi K.I.T.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya adalah terdiri daripada lima orang dari tahun lima iaitu seramai empat
orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Jadual berikut adalah merupakan maklumat dan
latar belakang subjek kajian saya.
Jadual 3: Senarai nama dan latar belakang murid yang menjadi subjek kajian
Nama Murid Karekter/ Ciri-Ciri Unik Di Dalam
Kelas
Jawatan Di
Sekolah
Pekerjaan Bapa
Rico Seorang yang suka bermain dan
bergurau
Pasif semasa pengajaran guru
Murid Biasa Petani
Alice Suka senyum
Fokus semasa guru mengajar
Murid Biasa Penyelia Kilang
John Suka bermain di dalam kelas
Gemar mengganggu rakan lain
Murid Biasa Petani
Lincoln Pandai berpura-pura tahu tetapi
tidak
Aktif dalam aktiviti berkumpulan
Murid Biasa Petani
Jonathan Seorang yang ceria dan suka ke
hadapan
Mudah hilang fokus dan suka
mengajak rakan lain bersamanya untuk
berbual
Murid Biasa Petani
STRATEGI TINDAKAN
Apakah strategi yang digunakan?
Dalam kajian ini saya telah memilih untuk menggunakan strategi K.I.T yang didasari oleh teori
Konstruktivisme-Kognitif. Teori Konstruktivisme-Kognitif berlaku apabila murid membina ilmu
pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara banding beza maklumat baru
dengan pengalaman sedia ada, supaya dapat menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan
tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baharu. (Mok Soon Sang, 2012).
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
190
Prosedur pelaksanaan strategi
Langkah 1: menjalankan ujian pra
Bagi melaksanakan strategi K.I.T yang telah saya pilih, saya memulakan tindakan dengan membuat ujian
pra terlebih dahulu kepada keenam-enam orang subjek kajian.
Langkah 2: motivasi & tayangan video
Setelah semua kumpulan sasaran saya menghantar ujian yang telah dijawab, saya mempertontonkan
sebuah video berkenaan alam sekitar di Malaysia. Di samping merangsang pemikiran murid melalui
proses penjanaan idea, saya juga telah memotivasikan murid untuk kekal fokus dan bersemangat
sepanjang proses pembelajaran.
Langkah 3: perbincangan kumpulan
Dalam langkah ini, semua subjek kajian telah diedarkan dengan kad memori (akronim) bagi tujuan
hafalan dan pemahaman. Murid akan bersaing sesama sendiri untuk menghafal akronim tersebut bagi
mendapatkan merit khas. Ia akan ditebus dengan hadiah di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.
Langkah 4: penggunaan kit pembelajaran
Setelah selesai mengingat setiap ciri dengan baik, setiap murid akan diberikan dengan kad permainan
„Mencari Perkataan Tersembunyi‟ dan jadual „Cetusan Memori‟ bagi tujuan peneguhan ilmu yang baru
diperolehi sebentar tadi. Jawapan yang telah dilengkapkan oleh subjek kajian akan disemak selepas masa
yang diberikan tamat.
Langkah 5: soal jawab ringkas
Dalam langkah ini, saya mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid. Semasa soal jawab, saya
mengutamakan subjek kajian saya dengan bertanyakan soalan kepada mereka. Soal jawab ini bertujuan
untuk menguji kefahaman mereka mengenai tajuk ini selepas strategi yang telah dijalankan sebentar tadi.
Langkah 7: menjalankan ujian pasca
Selepas menjalankan strategi tersebut, barulah saya memberi ujian pasca kepada subjek kajian saya untuk
melihat perubahan yang berlaku selepas melaksanakan strategi ini.
Langkah 8: pemberian lembaran kerja
Lembaran kerja tambahan diberikan seminggu selepas pelaksanaan proses intervensi bersama murid bagi
menguji tahap penguasaan murid terhadap isi pelajaran yang telah disampaikan oleh guru. Skor yang
diperolehi adalah bertujuan untuk menyokong dapatan sebelum ini berkenaan perubahan yang berlaku
dalam diri subjek kajian setelah pelaksanaan strategi K.I.T ini.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
191
Prosedur Pelaksanaan Strategi K.I.T
Langkah pelaksanaan strategi K.I.T ditunjukkan dalam Rajah 4 di bawah.
Rajah 4 : Pelaksanaan Strategi K.I.T
Kaedah Pengumpulan Data
Dalam mengumpul data untuk memastikan keberkesanan tindakan atau kaedah yang saya telah
perkenalkan kepada peserta-peserta kajian, saya akan menggunakan empat kaedah iaitu:
Ujian pra dan pasca
Ujian pra dan ujian pasca ini merupakan satu set soalan yang digunakan untuk menguji kefahaman subjek
kajian mengenai tajuk. Set soalannnya adalah bertujuan untuk melihat sama ada subjek dapat menyatakan
ciri bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia. Ujian ini juga digunakan untuk melihat perubahan
sebelum dan selepas intervensi dijalankan ke atas subjek ini.
Nota lapangan
Catatan ataupun nota lapangan akan dibuat setelah sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di
dalam kelas. Catatan dan nota lapangan yang dibuat akan merangkumi beberapa aspek yang penting
seperti perkembangan pelajar sebelum dan selepas intervensi tersebut dilaksanakan kepada subjek kajian.
Temu bual
Temubual digunakan untuk melihat sejauh mana subjek kajian dapat menyatakan semula ciri bentuk
muka bumi di Malaysia setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran. Temubual ini akan
ditanskripkan untuk membuat analisis kandungan. Temubual juga dilaksanakan secara ringkas untuk
memperoleh data-data yang mencukupi bagi menyokong data-data sedia ada.
Analisis Dokumen
Lembaran kerja murid dipilih sebagai salah satu instrumen penilaian kerana ia amat signifikan dalam
memperlihatkan unsur tahap penguasaan murid terhadap isi pelajaran. Perbandingan antara keputusan
ujian sebelum ini dan lembaran kerja selepas pelaksanaan strategi akan dinilai secara terus bagi melihat
tahap penguasaan murid terhadap isi pelajaran melalui skor subjek kajian.
Ujian Pra Intervensi
Tayangan Video & Motivasi
Subjek Kajian
Perbincangan Kumpulan
Penggunaan Kit Pembelajaran
Sesi Soal Jawab Ujian Pasca Intervensi
Lembaran Kerja
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
192
DAPATAN KAJIAN
Saya telah mentadbir ujian Pra Intervensi dan Pasca Intervensi bagi melihat perkembangan subjek kajian.
Berikut merupakan jadual skor ujian pra dan pasca yang menunjukkan perubahan yang dialami oleh
kesemua subjek kajian saya.
Jadual 4: Skor Ujian Pra dan Pasca serta peratusan perubahan
Nama Ujian Pra Ujian Pasca Peratusan Perubahan (%)
Alice 8/10 9/10 +10%
John 5/10 8/10 +30%
Jonathan 5/10 9/10 +40%
Lincoln 4/10 9/10 +50%
Rico 6/10 7/10 +10%
Skor di atas memperlihatkan jumlah peningkatan yang agak memberangsangkan. Alice telah mendapat
skor tertinggi pada ujian pra iaitu sebanyak 8 markah. Namun begitu, subjek yang cukup
membimbangkan saya adalah Rico, Lincoln, John dan Jonathan di mana mereka tampak tidak serius
semasa menjawab soalan tersebut dan keputusan mereka tidak begitu memuaskan hati saya biarpun
mencapai tahap 50% dan boleh dikatakan satu pencapaian yang sederhana. Bagi mengatasi masalah
tersebut, strategi K.I.T ini dijalankan ke atas semua subjek kajian. Skor yang diperolehi oleh semua
subjek kajian selepas menjalani ujian pasca menunjukkan hasil yang amat memuaskan hati saya. Alice,
Jonathan dan Lincoln telah berjaya memperolehi markah 9/10. Hal ini menjadikan peningkatan mereka
sebanyak 10% - 50%. Jumlah peningkatan ini sememangnya positif pada hemat saya kerana ia berjaya
meningkatkan kemahiran mereka.
Selain itu, melalui pemerhatian saya yang ditranskripkan ke dalam nota lapangan mendapati bahawa:
“ Lincoln, Jonathan dan Alice dengan cepat menyatakan bahawa mereka kini tinggal di
kawasan berbukit dan menyatakan ia sama seperti keadaan di tanah tinggi.”
(NL3/16-04-2013)
Hal ini merupakan satu permulaan yang amat positif kerana mereka mula memberi tafsiran tersendiri
melalui video yang ditayangkan. Selain itu juga, subjek kajian ini sentiasa bersemangat sepanjang proses
intervensi dijalankan terutamanya apabila mereka dapat menjawab soalan-soalan yang saya berikan
kepada mereka:
“ Mereka kelihatan semakin teruja pada setiap peringkat pelaksanaan. Semasa sesi soal
jawab ringkas setelah tayangan video, mereka mula kelihatan berfikir dan setelah
pembelajaran menggunakan kit pembelajaran dijalankan, mereka nampak bersemangat
untuk menjawab soalan-soalan yang saya tanyakan. Mereka berjaya menjawab hampir
kesemuanya dengan betul. ”
(NL4/ 16-4-2013)
Peratusan peningkatan skor kumpulan sasaran saya ini banyak dipengaruhi oleh kebolehsuaian diri subjek
kajian terhadap pelaksanaan strategi yang digunakan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
193
“ Mereka berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan berkaitan dengan tajuk semasa proses menjana idea. Memandangkan tajuk ini
pernah mereka pelajari, pengetahuan sedia ada murid banyak membantu mereka membuat
hubungkait antara isi pelajaran dahulu dengan pengetahuan baharu yang ingin diterapkan
oleh guru.”
(NL5/ 16-4-2013)
Dalam langkah kedua yang merupakan sesi perbincangan kumpulan pula, mereka berlima ini
menunjukkan respon yang positif. Mereka dilihat berfikir dengan bersungguh-sungguh bagi membuat
perkaitan antara teknik akronim yang diajarkan.
Guru : Cuba kamu bayangkan, kamu berada di atas sebuah bot di tengah-tengah lautan.
Apa yang kamu rasakan?
Alice : (diam sebentar). Takut saya cikgu. Tinggal seorang sahaja saya di situ. Tiada orang
lain bersama dengan saya. Sunyi cikgu.
Jonathan : Betul kata awak. Kalau kita ada di atas bot itu, kita tak boleh bergerak ke mana-
mana. Di situ sahaja.
Lincoln : Yalah. Kawasan nak bergerak pun kecil sahaja. Kan keliling kita air laut?
Guru : (tersenyum) Bagus murid-murid. Ada sesiapa yang boleh kaitkan bot tadi dengan
pulau?
John : Saya cikgu (angkat tangan). Pulau tu jauh dari tempat lain, di tengah laut. Kecil je
cikgu.
Rico : (berfikir sejenak) erm... kawasan pulau tu terhad kan cikgu? Sebab pulau tak besar.
(TB5/ 17-4-2013)
Saya juga telah membuat temu bual separa berstruktur setelah selesai simulasi eksperimen dijalankan
dalam langkah keempat iaitu aktiviti kemahiran. Berdasarkan analisis data temu bual yang saya lakukan,
saya mendapati hampir kesemua subjek kajian dapat menjawab dengan baik soalan yang diajukan
berkaitan dengan ciri bentuk muka bumi di Malaysia. Selain itu, mereka juga dapat menyatakan perasaan
mereka dengan jelas sepanjang pelaksanaan strategi K.I.T ini berlangsung. Dapatan ini dapat menyokong
bahawa penggunaan strategi ini ternyata memberi kesan yang baik dalam proses mendapatkan kefahaman
semua subjek kajian yang terlibat.
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
Alice John Jonathan Lincoln Rico
Lembaran Kerja 1
Lembaran Kerja 2
Rajah 3 : Graf Analisis Dokumen ( Lembaran Kerja Murid )
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
194
Berdasarkan graf ujian perbandingan yang ditunjukkan, dengan jelas kita dapat melihat perubahan yang
memberangsangkan. Ia dipengaruhi oleh prestasi semasa kelima-lima subjek kajian setelah terlibat dalam
strategi pembelajaran K.I.T. Alice, Jonathan dan Lincoln berjaya mendapatkan markah penuh dalam
menjawab soalan-soalan yang diberikan, manakala John hanya salah 1 soalan sahaja dan Rico pula 2.
Berdasarkan kesemua hasil yang diperolehi daripada instrumen-instrumen yang dikemukakan, jelas
membuktikan bahawa dengan pelaksanaan strategi K.I.T ini proses menjana idea murid dapat
ditingkatkan melalui kaedah merangsang pemikiran murid dan strategi pembelajaran yang bersifat
interaktif.
REFLEKSI
Berdasarkan dapatan daripada kajian ini, saya dapati prosedur yang telah dijalankan mempunyai impak
yang positif. Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, perubahan berlaku ke atas diri saya dalam aspek
penambahbaikan amalan pengajaran sebagai seorang guru dan ke atas murid dalam usaha mencapai hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan. Perkara pertama yang saya perolehi daripada kajian ini ialah
penemuan baru berkenaan variasi strategi pengajaran guru yang dapat saya laksanakan di sekolah.
Melalui kaedah ini, saya mendapati murid saya dapat meningkatkan kefahaman mereka berkenaan topik
yang diajarkan. Dapatan ini memberi ruang untuk saya mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran
saya. Selain itu, saya berpuas hati dan berbangga kerana dapat membantu murid-murid saya yang
berlatarbelakangkan murid-murid yang berprestasi sederhana dan lemah melalui strategi K.I.T ini. Saya
juga mampu melibatkan murid-murid secara lebih aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
apabila melaksanakan strategi ini bersama subjek kajian. Hal ini dapat menyangkal pendapat sesetengah
guru di sekolah bahawasanya murid-murid yang berprestasi sederhana dan lemah (terutamanya murid
yang pernah mendapat rawatan dalam program PROTIM) tidak mampu menyaingi rakan-rakan mereka
yang pintar di sekolah. Dapatan kajian ini membuktikan mereka juga mampu untuk memperbaiki prestasi
semasa mereka untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Saya juga berpeluang untuk memperbaiki
perspektif saya dan sikap saya terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berpandukan dapatan kajian yang telah dijalankan, saya merasakan bahawa kajian berkenaan
penggabungjalinan antara teori konstruktivisme-kognitif ini mampu untuk diketengahkan sebagai salah
satu model pengajaran yang berkesan. Amalan pengajaran yang telah saya laksanakan mendapati bahawa
ia secara tidak langsung membawa kepada perubahan tingkah laku murid-murid di samping
meningkatkan lagi pencapaian dan kefahaman murid terhadap pengajaran guru kerana ia melibatkan
aktiviti pembelajaran aktif dalam kalangan murid. Pada pengamatan saya, penggunaan strategi K.I.T ini
tampak mampu membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menyatakan ciri bentuk muka bumi di
Malaysia. Namun begitu, saya merasa tertarik kepada pengaplikasian elemen eksperimental dalam
strategi ini. Ia dilihat sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menitikberatkan kemahiran
penaakulan murid dan ini dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kemahiran menghafal semata-
mata. Selain itu, saya juga melihat potensi strategi ini untuk dilaksanakan dengan mengaplikasikan
model-model lain dalam teori Kognitif kerana selain daripada teori penemuan oleh Bruner, terdapat
beberapa teori lain yang boleh diketengahkan sebagai model pembelajaran yang berkesan bagi
meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian lanjut berkenaan pengaplikasian teori konstruktivisme-
kognitif ini boleh dikaji lebih lanjut bagi menghasilkan idea-idea yang lebih bernas dan praktikal untuk
dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Kajian lanjut yang boleh dilaksanakan adalah seperti kajian
berkenaan pelaksanaan strategi K.I.T terhadap usaha mengoptimumkan pencapaian murid yang terdiri
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
195
daripada kalangan murid yang pintar pula. Ia juga dapat memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat
dalam diri murid kerana mereka bukan hanya belajar kerana ingin lulus dalam peperiksaan semata-mata,
namun untuk memperkembangkan potensi demi masa hadapan yang lebih cerah untuk diri dan keluarga
mereka sendiri.
RUJUKAN
Ashrof Bin Yaacob (1 September 2010). Refleksi Nilai Pendidikan. Diakses pada 10 Februari 2013.
(http://www.scribd.com/doc/36758984/4/Refleksi-Nilai-Pendidikan).
Azizi Yahaya et. al (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Selangor: PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Selangor: Dawama Sdn.Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5.
Kepentingan Nilai dalam Pendidikan.. Diakses pada 10 Februari 2013.
(http://dwnbahasa.dbp.my/?p=388)
Mok Soon Sang (2012). Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Noriati et. al (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Noriati et. al (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nurul Hudani Md. Nawi & Balan Rathakrishnan (2010). Motivasi dalam Pembelajaran. Kota Kinabalu:
Utusan Kinabalu Co. Sdn Bhd.
Salhah Abdullah (2011). Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor:
PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Vervain Junkoo. (8 Ogos 2012) Teori Pembelajaran – Scaffolding. Diakses pada 11 Februari 2013.
(http://www.scribd.com/doc/102361640/Teori-Pembelajaran-Scaffolding#download).
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
196
“AnWar”: SATU STRATEGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN LIMA
MENGELASKAN CONTOH KAWASAN MENGIKUT ZON IKLIM DUNIA
Rachel Ann Berenai Anak Tedong
rachelannberenai@gmail.com
Mazlan Bin Haji Junaidi
mazlan.junaidi@ipgmktar.edu.my
Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan dengan objektif untuk meningkatkan kemahiran murid-murid
mengelaskan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia iaitu terdiri daripada zon panas, zon
sederhana panas, zon sejuk, dan zon sederhana sejuk dengan betul. Kajian ini tercetus berikutan
murid-murid tidak dapat melabelkan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia kerana mereka
tidak mengetahui contoh kawasan yang terdapat dalam sesuatu zon iklim dunia. Oleh itu, „AnWar‟
telah diperkenalkan sebagai strategi tindakan. Subjek kajian terdiri daipada lima orang murid
Tahun 5 yang berprestasi sederhana di dalam kelas. Data dikumpul melalui ujian pra dan ujian
pasca, analisis dokumen lembaran kerja, temubual, dan nota lapangan. Keputusan menunjukkan
subjek kajian telah dapat mengelaskan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia. Dapatan ini
menunjukkan strategi „AnWar‟ mampu membantu murid untuk mengelaskan contoh kawasan
mengikut zon iklim duniadengan betul.
PENDAHULUAN
Konteks kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih opsyen Pengajian Sosial ambilan Januari 2010 yang sedang
menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Pada 21 Januari 2013,
saya telah mulakan menjalani praktikum fasa ketiga di sebuah sekolah yang terletak di daerah Serian iaitu
Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian. Kebanyakan murid di sekolah ini majoritinya adalah kaum Bidayuh.
Semasa menjalani praktikum di sini, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar matapelajaran
Kajian Tempatan Tahun 5. Kelas ini mempunyai sebanyak 26 orang murid iaitu terdiri daripada 16 murid
lelaki dan 10 murid perempuan. Pada hemat saya, bilangan murid yang saya ajar praktikum kali ini adalah
sedikit kerana sebelum ini saya pernah mengajar murid dengan jumlah 37-42 orang dalam sesebuah kelas.
Namun demikian, bagi saya ianya bukan mudah untuk mengajar bilangan murid yang sedikit kerana
setiap murid-murid di dalam kelas ini mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Jadi, saya mengambil
cabaran ini untuk memastikan semua murid di dalam kelas dapat ditingkatkan mutu dalam bidang
pembelajarannya selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lepas
Pada 27 Februari 2013, saya telah masuk ke dalam kelas Tahun 5 untuk mengajar tajuk Kawasan Zon
Iklim Dunia di bawah topik Geografi Fizikal. Saya memulakan sesi pengajaran dengan menggunakan
gambar sebagai set induksi. Saya menunjukkan gambar gurun dan gambar kawasan bersalji kepada
murid. Penggunaan gambar dapat membantu deria penglihatan murid dan seterusnya menarik minat
murid untuk mengikuti perkembangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
Langkah yang pertama, saya bertindak sebagai guru menerangkan iklim dunia dibahagikan kepada empat
zon iaitu zon panas, zon sederhana panas, zon sejuk, dan zon sederhana sejuk. Saya telah menggunakan
bahan bantu mengajar iaitu peta dunia untuk menerangkan keempat-empat zon di dunia tersebut di
hadapan kelas. Walaubagaimanapun, peta dunia yang bersaiz kecil itu tidak sesuai digunakan dalam bilik
darjah yang bilangan murid lebih daripada 15 orang. Jadi, ini menyebabkan sebahagian murid yang duduk
di bahagian belakang tidak dapat melihat dengan jelas peta dunia yang ditunjukkan di hadapan kelas.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
197
Kesilapan ini menyebabkan saya sedar bahawa mungkin disebabkan oleh saiz bahan bantu mengajar ini
menyebabkan murid-murid tidak berjaya mengelaskan contoh kawasan zon iklim dunia dengan betul.
Dalam sesi penerangan yang dilakukan saya, saya telah memperkenalkan empat zon iklim dunia iaitu zon
panas (kawasan Gurun Panas), zon sederhana panas (kawasan Tundra), zon sejuk (kawasan
Mediterranean), dan zon sederhana sejuk (kawasan Siberia). Setiap zon tersebut ada contoh kawasan yang
terdapat dalam zon panas, zon sederhana panas, zon sejuk, dan zon sederhana sejuk. Jadi, saya telah
memberikan contoh kawasan yang terdapat di dalam setiap zon untuk diperkenalkan kepada murid kerana
mereka tidak pernah didedahkan dengan topik zon iklim yang terdapat di dunia.
Aktiviti seterusnya, saya telah mengedarkan peta dunia yang kosong kepada setiap murid. Murid diminta
melabel empat kawasan zon iklim dunia iaitu zon sejuk, zon sederhana sejuk, zon panas, dan zon
sederhana panas. berdasarkan maklumat yang diberikan oleh saya. Daripada aktiviti melabel ini, saya
dapati ada segelintir murid yang melabel kawasan zon iklim dunia dengan tidak tepat. Saya bertindak
sebagai fasilitator membantu membetulkan label murid-murid ini. Peneguhan positif berupa penghargaan
dan pujian diberikan kepada murid yang berjaya melabel contoh kawasan dengan tepat dan betul.
Menurut Nur Effariza Binti Taib (2012) (seperti yang dinyatakan oleh Mohd Sahandri Gani Hamzah,
2010) menyatakan bahawa peneguhan yang sesuai dapat menambahkan pembelajaran dengan adanya
pengekalan. Peneguhan positif seperti pujian lebih berkesan untuk menggalakan pembelajaran.
Memandangkan waktu untuk mengajar selama 30 minit, saya telah memberikan lembaran kerja. Jadi,
aktiviti yang dilakukan juga tidak begitu banyak kerana masa yang diperuntukkan adalah 30 minit. Saya
edarkan lembaran kerja kepada murid untuk menguji sama ada hasil pembelajaran murid pada hari
tersebut tercapai atau tidak. Saya memberikan masa 5 minit untuk mereka menyelesaikan lembaran kerja
tersebut kerana bagi saya topik tersebut adalah mudah dan senang. Setelah selesai, saya telah berbincang
dengan murid tentang jawapan. Segelintir murid tidak dapat menjawab dengan betul dan saya mengambil
tindakan mengambil lembaran kerja beberapa orang murid untuk memastikan jawapan yang tertulis
mereka betul atau salah. Jawapan-jawapan yang diberikan kebanyakkanya salah dalam mengelaskan zon
panas, zon sederhana panas, zon sejuk, dan zon sederhana sejuk.
Melihat keadaan sedemikian, saya sedar bahawa topik ini tidak boleh dipandang rendah dan tidak diambil
peduli kerana tahap pemikiran serta pengetahuan murid tidak seluas pengetahuan saya. Saya lebih banyak
memberi penekanan dalam memberikan contoh kawasan sahaja tetapi tidak memberi pengkelasan dengan
bantuan gambar atau tayangan video. Oleh itu, murid saya tidak dapat mengelaskan contoh kawasan
seperti yang ditanya melalui lembaran kerja yang diberikan. Berdasarkan lembaran kerja murid, saya
dapati 7 orang daripada 26 orang tidak dapat mengelaskan contoh kawasan zon iklim dunia dengan tepat
dan betul. Mereka tidak dapat memahami apakah itu zon panas, zon sederhana panas, zon sejuk, dan zon
sederhana sejuk? Oleh itu, saya perlu mencari strategi yang lain untuk mengatasi masalah ini. Saya mahu
membantu murid-murid saya dalam mengenali dunia luar selain mengetahui iklim yang terdapat di
Malaysia. Justeru itu, murid-murid saya terdiri daripada orang kampung. Jadi, saya mahu mendedahkan
mereka tentang zon iklim yang terdapat di dunia agar dapat menambahkan dan meluaskan ilmu
pengetahuan mereka.
ISU KEPRIHATINAN
Isu murid yang tidak dapat mengelaskan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia mula saya sedari
apabila saya mengajar topik “Zon Iklim Dunia” pada 27 Februari 2013. Saya menganggap topik ini sangat
mudah pada mulanya. Maka, saya percaya menggunakan satu waktu mengajar sahaja iaitu 30 minit sudah
memadai untuk murid memahami topik ini.
Namun demikian, pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati bahawa tidak kesemua
murid yang bilangannya 26 orang dapat mengelaskan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia iaitu zon
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
198
panas, zon sederhana panas, zon sejuk, dan zon sederhana sejuk dengan tepat dan betul. Saya mendapati
sebanyak 7 orang murid saya tidak menguasai topik ini dengan baik seperti pada lembaran kerja yang
disemak oleh saya. Perkara ini adalah berada di luar jangkaan saya dan timbul rasa tanda tanya apakah
yang menyebabkan 7 orang murid ini tidak dapat menjawab lembaran kerja yang diberikan oleh saya
dengan betul. Saya mulai menyedari bahawa saya telah memandang rendah terhadap topik ini dan
menjangkakan bahawa kesemua murid saya 26 orang dapat menguasai hasil pembelajaran dengan baik
dalam masa 30 minit. Ternyata saya telah gagal merancang dan melaksanakan sesi pengajaran saya
dengan baik mengikut potensi dan kemampuan murid-murid.
Pada 28 Februari 2013, saya memanggil 7 orang murid saya yang telah gagal menyelesaikan lembaran
kerja dengan betul. Saya mengulang semula pengajaran saya mengenai topik ini. Saya menggunakan
kaedah kumpulan dimana strategi berpusatkan murid. Saya menggunakan pemusatan murid kerana
menurut Mok Soon Sang (2003), di bawah strategi pemusatan murid, murid digalakkan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Maka, saya telah bertindak membimbing murid
menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan. Saya telah gunakan pelbagai bahan bantu
mengajar seperti gambar dan peta dunia untuk membolehkan mereka faham. Pada akhir pengajaran, saya
telah memberikan satu ujian saringan. Ujian saringan tersebut sama dengan soalan lembaran kerja untuk
pengajaran sebelum ini iaitu pada 27 Februari 2013. Saya telah mengesan 5 orang murid daripada 7 orang
murid masih membuat kesalahan dalam mengelaskan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia.
Pada 1 Mac 2013, saya telah membuat ujian diagnostik untuk murid sebanyak 5 orang murid tersebut.
Ujian diagnostik dilakukan untuk mengesan murid-murid yang benar-benar tidak dapat mengelaskan
contoh kawasan dengan betul. Hasil daripada ujian diagnostik, saya berjaya mengesan 5 orang murid
tersebut mengalami masalah dalam pengelasan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia. Keadaan ini
menimbulkan tanda tanya mengapa mereka masih tidak dapat mengelaskan contoh kawasan mengikut zon
iklim dunia sedangkan topik tersebut sudah diajar semula dengan menggunakan pendekatan pengajaran
berpusatkan murid dan menggunakan bahan bantu mengajar. Adakah mereka tidak dapat membezakan
konsep atau istilah zon panas, zon sederhana panas, zon sejuk, dan zon sederhana sejuk? Adakah strategi
pengajaran saya tidak membantu memberi kefahaman kepada mereka?
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Pengumpulan data awal
Kelas Tahun 5 mempunyai murid seramai 26 orang. Namun saya hanya mengambil 25 orang murid
sahaja kerana seorang murid dalam kelas ini mengalami masalah pembelajaran.
Setelah mengetahui isu yang dihadapi oleh murid saya berkaitan dengan subtopik “mengelaskan contoh
kawasan mengikut zon iklim dunia” dalam topik kawasan zon iklim dunia, jadi saya telah menjalankan
beberapa tinjauan dengan mengumpul beberapa data awal bagi menyokong pemerhatian saya di dalam
kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan mengesahkan bahawa fokus kajian saya ini
wujud dan wajar diambil tindakan.
Jadual 1: Analisis Ujian Saringan
Bil
Nama
Murid
Zon
Panas
Zon
Sederhana
Panas
Zon
Sejuk
Zon
Sederhana
Sejuk
Jumlah
Markah
1 Steward 3/3 2/2 3/3 2/2 10/10
2 Frendo 0/3 0/2 0/3 0/2 0/10
3 Olie 0/3 0/2 0/3 0/2 0/10
4 Roh 0/3 0/2 0/3 0/2 0/10
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
199
*Petunjuk: Merah – Markah murid yang gagal
Pada 28 Februari 2013, saya telah berpeluang untuk memanggil 7 orang murid sasaran awal saya yang
dikenalpasti untuk membuat ujian saringan yang pertama. Sebelum membuat ujian saringan, saya telah
memberi input dengan membuat sesi pengajaran dan pembelajaran sekali lagi bersama mereka tentang
topik yang diuji iaitu contoh kawasan bagi setiap zon iklim dunia.
Hasil daripada analisis ujian saringan pertama, saya mendapati 5 orang murid yang telah dikenalpasti
mendapat markah kurang daripada 5 markah. Saya telah memilih Olie, Roh, Misha, Frendo, dan Maz
sebagai subjek kajian saya memandangkan mereka tidak dapat menjawab kesemua dengan betul.
Jadual 2: Analisis Ujian Diagnostik
*Petunjuk:Merah – Markah murid yang gagal
Saya menjalankan ujian diagnostik untuk betul-betul mengenalpasti murid yang lemah dalam
mengelaskan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia. Jadi, saya telah memanggil semula semua
kelima-lima murid untuk menjalani ujian diagnostik. Saya mendapati kelima-lima daripada mereka
mengalami masalah dalam pengkelasan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia.
Pada 1 Mac 2013, saya telah melaksanakan sesi temubual bersama murid sasaran saya. Temubual ini
bertujuan untuk mendapatkan respon secara bersemuka agar saya lebih mengetahui apa punca-punca
murid tidak dapat mengelaskan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia di samping mengukuhkan lagi
hasil analisis ujian-ujian yang telah dilaksanakan.
Guru Kenapa awak kata Gurun Sahara berada di zon sederhana panas
sedangkan Gurun Sahara berada di kawasan yang sangat-sangat panas?
Frendo Saya keliru dengan zon panas dan zon sederhana panas. (Sambil
menggaru kepala)
(TB1, 01-03-2013)
Guru Kalau Misha kata Iceland di zon sejuk, kenapa dekat latihan ini Misha
letak jawapan Iceland dekat zon sederhana sejuk?
Misha Tak tahu cikgu. Saya fikir ada ais juga di zon sederhana sejuk.
(TB2, 01-03-2013)
Berdasarkan temubual yang dijalankan, saya dapati hampir kesemua murid tidak dapat mengelaskan
kawasan mengikut zon ilkim dunia. Kebanyakan mereka tidak faham tentang konsep panas, sederhana
5 Ashley 3/3 2/2 3/3 2/2 10/10
6 Misha 3/3 0/2 0/3 0/2 3/10
7 Maz 3/3 0/2 0/3 0/2 3/10
Jenis Soalan: Mengelaskan
Bil
Nama Murid Zon
Panas
Zon
Sederhana
Panas
Zon Sejuk Zon
Sederhana
Sejuk
Jumlah
Markah
1 Frendo 0/3 0/2 0/3 0/2 0/10
2 Olie 0/3 0/2 0/3 0/2 0/10
3 Roh 0/3 0/2 0/3 2/2 2/10
4 Misha 3/3 0/2 0/3 0/2 3/10
5 Maz 3/3 0/2 3/3 0/2 6/10
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
200
panas, sejuk, dan sederhana sejuk. Apabila mereka tidak dapat faham konsep tersebut, mereka akan salah
mengelaskan contoh kawasan yang berada di zon iklim dunia.
“Frendo, Misha, Olie dan Maz menyatakan respon bahawa mereka tidak dapat bezakan zon
sejuk dengan zon sederhana sejuk dan zon panas dengan zon sederhana panas. Mereka
perlu memahami dan merasai suasana setiap zon tersebut untuk mengelakkan kekeliruan.
Jadi, saya merasakan bahawa murid-murid ini perlu dizahirkan melalui visual atau warna
yang boleh mereka merasai dan lihat agar dapat mudah untuk mengelaskan contoh
kawasan yang terdapat di setiap zon iklim dunia”.
(NL2, 01-03-2013)
Berdasarkan kepada data lembaran kerja, ujian saringan, temubual dan nota lapangan yang telah
dianalisis, didapati terdapat lima orang murid yang tidak dapat mengelaskan contoh kawasan mengikut
zon iklim dunia dengan betul. Apabila dikaji dengan lebih teliti dan disertakan dengan bukti-bukti yang
ada, mereka didapati tidak memahami dan tidak dapat membezakan zon panas, zon sederhana panas, zon
sejuk dan zon sederhana sejuk. Hal ini yang menyebabkan mereka tidak dapat mengelaskan contoh
kawasan mengikut zon iklim dunia. Maka, murid-murid saya ini memerlukan satu kaedah atau cara untuk
membantu mereka lebih memahami zon iklim dunia terlebih dahulu dan baharulah dapat mengelaskan
contoh kawasan mengikut setiap zon. Oleh itu, fokus kajian saya adalah membantu murid meningkatkan
kemahiran mengelaskan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia dengan betul.
Berdasarkan bukti data tinjauan dan analisis masalah yang telah saya lakukan, maka objektif kajian
tindakan saya ialah untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 mengelaskan contoh kawasan
mengikut zon iklim dunia yang terdiri daripada zon sejuk, zon sederhana sejuk, zon panas, dan zon
sederhana panas melalui strategi yang dinamakan „AnWar‟.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 5 orang murid Tahun 5 di SK Tarat, Serian. Mereka terdiri daripada 3 orang lelaki
dan 2 orang perempuan. Berikut merupakan maklumat yang telah saya kumpul mengenai kumpulan
sasaran yang telah dipilih.
Nama
Murid
Karakter/Ciri-ciri
unik
Jantina Jawatan
di
sekolah
Keputusan KT
Tahun 4 (2012)
Kawan rapat
di dalam
kelas
Frendo Seorang yang pasif di
dalam kelas.
Lelaki Murid
Biasa
40% Vipian
Benedine
Olie Seorang yang pendiam.
Lelaki Murid
Biasa
43% Harvey
Essley
Roh Seorang yang aktif.
Lelaki Murid
Biasa
42% Dallas
Danny
Misha Seorang yang suka
bertanya kepada guru.
Perempuan Murid
Biasa
68% Eisya
Shalynie
Maz Seorang yang aktif
bersukan.
Perempuan Murid
Biasa
74% Ellsenia
Baby E
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
201
STRATEGI TINDAKAN
Apa itu “AnWar”?
„AnWar‟ adalah satu strategi yang saya gunakan dalam kajian ini untuk membantu murid-murid
mengelaskan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia. „AnWar‟ adalah strategi ciptaan saya hasil
gabungan Analogi dengan Warna dimana merupakan strategi analogi penggunaan warna yang digunakan
membantu murid lebih jelas dalam mengenalpasti contoh kawasan zon iklim dunia yang terdiri daripada
zon panas, zon sederhana panas, zon sejuk, dan zon sderhana sejuk.
Strategi „AnWar‟ yang saya gunakan ini berasaskan kepada teori pembelajaran pemprosesan maklumat
yang dipelopori oleh Robert M. Gagne. Saya menggunakan model pemprosesan maklumat Robert M.
Gagne sebagai asas dan tapak memandangkan konsepnya yang mampu merangsang aktiviti mental murid
dan seterusnya meningkatkan ingatan murid.
Jadi, „AnWar‟ terhasil daripada gabungan analogi dan warna.
“Teachers use analogies throughout their lessons, especially when responding to student
questions. When a teacher uses phrases such as “similarly”, “likewise”, “in the same
way as”, “in comparison to”, and “just like”, they are generally using analogies to
help students grasp a concept.”
(http://www.csun.edu/science/books/sourcebook/chapters/10-analogies/teaching
analogies.html)
Pernyataan di atas dinyatakan oleh Norman Herr bahawa guru sentiasa menggunakan analogi dalam
pengajarannya secara tidak langsung. Pembelajaran menggunakan analogi membantu murid membina
kefahaman dan konsep dimana mereka dapat memperbaiki keupayaan penaakulan dan kemahiran
pemikiran kritikal mereka. Kefahaman murid dengan menggunakan analogi dapat mencabar minda murid.
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan warna sebagai analogi untuk murid mengelaskan kawasan zon
panas, zon sederhana panas, zon sejuk, dan sederhaha sejuk. Warna adalah salah satu daripada elemen
seni. Menurut Martin Wenham (2003):
“Colour is the visual element to which people respond most strongly and immediately,
and for which they have the most definite likes and dislikes”
Berdasarkan petikan di atas, saya bersetuju dengan pernyataan yang mengatakan bahawa manusia lebih
cenderung kepada warna. Jadi, saya berpendapat bahawa warna membolehkan murid menggunakan
pancaindera dan deria untuk menambahkan pengetahuan mereka mengenai sesuatu konsep. Dalam kajian
ini, saya telah menggunakan teori warna iaitu Teori Brewster dimana teori yang menyederhanakan warna
menjadi empat kelompok warna. Keempat kelompok warna tersebut adalah warna primer, sekunder,
tertier, dan warna neutral. Kelompok warna dalam teori ini disusun dalam lingkaran warna Brewster.
Lingkaran warna Brewster mampu menjelaskan teori warna komplementer, split komplementer, triad, dan
tetrad.
Langkah-langkah pelaksanaan strategi
Langkah 1: Perhatian dan Motivasi Murid
Dalam langkah pertama ini, saya telah menyediakan satu suasana yang kondusif agar subjek kajian saya
dapat menumpukan perhatian sepanjang intervesi dijalankan. Menurut Mok Soon Sang (2008), iklim
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
202
persekolahan yang kondusif adalah iklim persekolahan yang terbuka dan menggalakkan murid bebas
berinteraksi di antara satu sama lain, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti sekolah. Oleh itu, adalah penting saya sebagai guru menyediakan suasana kondusif untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kelima-lima subjek kajian.
Langkah 2: Pemilihan warna dan menganalogi warna berdasarkan Lingkaran Brewster
Pengajaran semula topik tidak sesuai dilakukan memandangkan jumlah subjek kajian ini hanya 5 orang.
Maka, saya telah membuat perjumpaan dengan murid setelah selesai sesi persekolahan. Perjumpaan
selama 30 minit dilakukan selepas tamat waktu sekolah. Ia dilakukan sebanyak tiga kali dalam seminggu
untuk melaksanakan sesi intervensi ini.
Sesi perjumpaan yang pertama, objektif yang saya ingin kelima-lima subjek kajian saya capai adalah
mereka dapat mengingat warna mengikut zon iklim dunia. Saya telah menggunakan Lingkaran Brewster
untuk penerangan suhu warna untuk dikaitkan dengan keadaan atau suasana yang terdapat di zon iklim
dunia.
Langkah 3: Tunjuk Cara/ Demonstrasi Guru
Setelah murid dapat mengingat dan memahami konsep suhu warna dengan keadaan atau suasana zon
iklim dunia, saya meneruskan langkah seterusnya iaitu mewarna peta dunia kosong yang telah
dibahagikan kepada empat zon iklim dunia iaitu zon panas, zon sederhana panas, zon sejuk, dan zon
sederhana sejuk.
Dalam langkah ini saya gunakan teknik demonstrasi atau tunjuk cara. Menurut Mok (2010), demonstrasi
adalah sejenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan
cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.
Langkah 4: Latih Tubi
Dalam langkah ini, kelima-lima subjek kajian melakukan aktiviti latih tubi mewarna secara berpasangan
dan juga secara individu. Aktiviti ini dilakukan sebagai latihan untuk melatih murid mewarnakan zon
iklim dunia mengikut warna yang telah ditetapkan dan seterusnya mengelaskan contoh kawasan
mengikut zon iklim dunia yang telah diwarnakan dengan empat warna.
Langkah 5: Aktiviti Permainan
Langkah ini merupakan langkah yang terakhir dalam sesi intervensi sebelum membuat penilaian. Dalam
langkah ini, saya telah mengadakan pertandingan „siapa cepat dan tepat?‟. Pertandingan ini dilakukan
sebagai pengukuhan dimana mengukuhkan ingatan dan kefahaman murid mengelaskan contoh kawasan
mengikut zon iklim dunia.
Cara pengumpulan data
Cara-cara pengumpulan data yang telah saya gunakan adalah ujian pra dan pasca, analisis dokumen,
temubual, dan nota lapangan.
DAPATAN
Strategi „AnWar‟ telah digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid mengelaskan contoh kawasan
mengikut zon iklim dunia. Dalam pelaksanaan strategi „AnWar‟ yang dijalankan, saya mendapati kelima-
lima subjek kajian teruja apabila saya memperkenalkan Lingkaran Brewster. Hal ini disokong oleh nota
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
203
lapangan saya iaitu:
“Kelima-lima subjek kajian bergerak aktif apabila dirangsang dengan penggunaan
warna-warna dalam Lingkaran Brewster”
(NL3, 08-04-2013)
Hal ini membuatkan saya senyum sendiri kerana mereka masing-masing tidak sabar untuk mengenalpasti
suhu warna dalam Lingkaran Brewster dengan setiap zon iklim dunia.
Peningkatan kemahiran pengkelasan kelima-lima subjek kajian ini banyak dipengaruhi oleh pelaksanaan
strategi yang digunakan. Bermula dengan langkah kedua dimana saya bersama-sama dengan murid
membuat pilihan warna yang sesuai untuk mengelaskan setiap zon iklim dunia pada peta dunia kosong
yang telah dibahagikan kepada empat zon berdasarkan Lingkaran Brewster. Saya dapati murid-murid
dapat membuat konsep analogi berdasarkan warna suhu pada setiap zon. Hal ini dapat dibuktikan melalui
pemerhatian saya;
“Maz menyatakan warna kuning sesuai untuk mengelaskan zon panas kerana ciri-ciri
warna kuning yang panas”
(NL5, 08-04-2013)
Dalam langkah ketiga pula iaitu tunjuk cara/demonstrasi yang melibatkan saya berperanan membuat
demonstrasi warna pada peta dunia kosong mengikut pilihan warna yang sudah ditetapkan. Kelima-lima
subjek kajian memberikan perhatian yang penuh semasa saya mewarna. Apabila selesai mewarna zon
panas dengan menggunakan warna kuning, saya meminta kelima-lima subjek kajian saya mewarna zon
iklim dunia yang lain dengan warna ditetapkan. Melalui pemerhatian, mereka gembira apabila diminta
untuk melengkapkan peta dunia dengan warna yang ditetapkan. Ini terbukti melalu nota lapangan yang
telah dibuat;
“Olie, Roh, Frendo, Misha, dan Maz teruja untuk mewarna apabila diminta untuk
melengkapkan warna untuk zon sederhana panas, zon sejuk, dan zon sederhana sejuk”
(NL6, 08-04-2013)
Selain itu, saya juga telah meminta mereka untuk membuat latih tubi secara kumpulan dan individu. Saya
dapati kelima-lima subjek kajian dapat mewarna dengan warna yang tepat dan melabelkan contoh
kawasan pada setiap zon iklim dunia dengan tepat.
“Maz teruja apabila jawapannya betul semasa melabelkan kawasan Pantai Mediterranean
dan California Tengah pada zon sederhana panas yang berwarna hijau”
(NL7, 10-04-2013)
Pemerhatian ini saya rekodkan sebagai bahan bukti dimana penggunaan strategi „AnWar‟ ini membantu
kelima-lima subjek meningkatkan kemahiran mengelaskan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia.
Hal ini dikuatkan lagi dengan data temubual dimana Olie mampu meningati warna berdasarkan suhu zon
iklim panas.
Guru: Selepas aktiviti mewarna, dapat tak kamu ingat contoh kawasan setiap zon
iklim dunia?
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
204
Olie: Sudah semestinya ingat cikgu! Warna panas macam kuning mestilah zon
panas. Mesti yang tinggal kat kawasan zon kuning tu terkena matahari yang
sangat terik. Ishh… kuning panasnya macam di gurun. (Dengan yakin)
(TB6, 15-04-2013)
Proses kemahiran mengelaskan ini selari dengan peningkatan dalam ujian Pra dan ujian Pasca yang
diberikan. Berikut merupakan jadual skor keputusan ujian pra dan ujian pasca subjek kajian.
Jadual 3: Keputusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Nama
Murid
Ujan
Pra
Ujian
Pasca Peningkatan
Peratus
Perubahan
Misha 2/10 10/10 8 80%
Roh 0/10 8/10 8 80%
Maz 0/10 10/10 10 100%
Olie 0/10 10/10 10 100%
Frendo 0/10 10/10 10 100%
Berdasarkan Jadual, kelima-lima subjek kajian saya telah mendapat jumlah peningkatan yang begitu
memberangsangkan. Pada mulanya sebelum sesi intervesi dijalankan, Misha mendapat skor sebanyak 2
markah manakala empat subjek kajian yang lain mendapat 0 markah. Hal ini telah menyebabkan saya
tidak begitu berpuas hati dengan keputusan ujian pra mereka.
Namun demikian, setelah saya menggunakan strategi „AnWar‟, saya sangat berpuas hati dan gembira
apabila melihat keputusan ujian pasca yang menunjukkan peningkatan yang sangat baik dan cemerlang.
Terdapat 4 orang murid iaitu Misha, Maz, Olie, dan Frendo telah mendapat markah penuh iaitu 10
markah untuk ujian pasca manakala hanya Roh seorang sahaja yang mendapat 8 markah
walaubagaimanapun keputusannya itu sudah cukup menggembirakan hati saya. Maka, berdasarkan jadual
terdapat 3 orang murid telah mendapat peningkatan sebanyak 100%. Jumlah peningkatan ini sangat
positif.
Melalui sesi intervensi, kelima-lima mereka telah melakukan latih tubi dimana mewarnakan peta dunia
kosong dengan warna yang telah ditetapkan menggunakan Lingkaran Brewster. Setelah diwarnakan,
kelima-lima murid dapat melabelkan kawasan-kawasan yang berada pada setiap zon iklim dunia pada
peta dunia yang telah diwarnakan.
Melalui pemerhatian semasa sesi intervensi untuk langkah kelima iaitu aktiviti permainan, saya
mendapati Olie, Maz, Misha, dan Roh dengan pantas melabelkan kesepuluh contoh kawasan mengikut
zon iklim dunia dengan betul. Catatan masa mereka melengkapkan label pada peta dunia sebanyak 20
saat. Ini terbukti melalui catatan nota lapangan saya.
“Semasa aktiviti permainan „siapa cepat dan betul?‟ iaitu aktiviti label nama kawasan pada
zon iklim dunia, Olie, Maz, Misha, dan Roh dengan catatan masa 20 saat dapat melabelkan
kawasan kesemua zon iklim dunia dengan betul dan tepat. Mereka sangat gembira kerana
dapat melepasi 20 saat ke bawah”
(NL10, 12-04-2013)
Berdasarkan kesemua dapatan kajian yang telah dilaksanakan, ini menunjukkan kelima-lima subjek kajian
saya terdiri daripada Frendo, Olie, Maz, Misha, dan Roh telah menguasai kemahiran mengelaskan contoh
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
205
kawasan mengikut zon iklim dunia. Hasil dapatan ini membuktikan analogi penggunaan warna dalam
strategi „AnWar‟ telah membantu kelima-lima subjek kajian saya untuk mengenal kawasan dan
mengelaskannya mengikut zon iklim masing-masing.
REFLEKSI
Dalam proses P&P, saya adalah seorang individu yang kurang kreatif untuk mempelbagaikan strategi dan
aktiviti. Oleh sebab itulah, saya telah cuba berusaha untuk membuat satu kajian untuk mengubah cara
P&P saya. Sebelum ini saya selalu menggunakan kaedah chalk and talk, aktiviti perbincangan, dan juga
membuat latihan dalam kelas. Kebanyakkan murid-murid saya cepat bosan dan menganggap
matapelajaran Kajian Tempatan adalah subjek yang kurang penting kerana tidak masuk dalam UPSR.
Saya ingin menepis pandangan negatif murid terhadap subjek Kajian Tempatan ini. Jadi, saya telah
berusaha menggunakan sumber P&P yang bersesuaian untuk menarik minat murid-murid untuk belajar
dan mencapai objektif.
Dalam kajian Ahmad (2011) ada menyatakan bahawa, Gardner (1983, seperti yang dinyatakan dalam
Chapman, 2009) setiap manusia mempunyai kebolehan yang pelbagai yang menunjukkan perbezaan cara
dan gaya untuk berinteraksi dengan dunianya. Ini bererti setiap individu mempunyai keistimewaan dan
keunikannya tersendiri. Melalui pemerhatian, saya dapati kesemua lima orang subjek kajian saya
mempunyai kebolehan yang pelbagai dan paling menyerlah adalah kebolehan visual-spatial. Jadi,
„AnWar‟ merupakan satu strategi yang menggabungjalinkan analogi warna untuk mempelajari topik
pengelasan contoh kawasan mengikut zon iklim dunia telah digunakan.
Saya sangat bersyukur kerana strategi yang telah saya gunakan ini telah menampakkan hasil yang positif
dan memberangsangkan. Strategi yang digunakan ini tidaklah dapat membantu semua murid secara
seratus peratus ataupun secara keseluruhannya tetapi tanpa disedari saya telah dapati saya mencungkil
bakat mereka dalam visual-spatial. Penggabungan analogi dan unsur warna boleh mensimulasi pemikiran
murid dan seterusnya membantu murid mengingat serta mengelaskan contoh kawasan yang lain selain
daripada contoh kawasan yang diberikan dalam topik kandungan ini. Penggunaan strategi „AnWar‟
dibuktikan berkesan kepada empat daripada lima orang subjek kajian dimana mereka mendapat markah
penuh dalam ujian pasca. Ini menunjukkan murid mempunyai kebolehan imej minda yang baik.
Walaubagaimanapun, terdapat juga aspek kelemahan yang perlu diambil perhatian kerana setiap perkara
yang dilakukan pasti tidak akan mencapai tahap kesempurnaan seratus peratus. Kelemahan yang paling
utama saya rasakan ialah aspek pengurusan masa. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, saya perlu
mengambil kira faktor masa kerana masa untuk jalankan strategi ini kerana ianya memerlukan masa yang
panjang. Namun, saya laksanakan strategi ini agak terhad iaitu dalam tempoh dua minggu sahaja. Akan
tetapi, segala hasil dapatan amatlah memberangsangkan dan hasilnya telah diperlihatkan dalam dapatan
kajian ini.
Sebelum melaksanakan kajian ini, saya beranggapan bahawa murid-murid yang lemah tidak mempunyai
harapan untuk memahami apa yang diajar. Namun perspektif saya ini telah berubah apabila melihat
peningkatan telah berlaku ke atas kelima-lima subjek kajian saya. Bak kata pepatah „belakang parang
kalau diasah lagi tajam‟ dan ianya menjadi pegangan saya sepanjang melaksanakan kajian ini. Seorang
murid yang lemah boleh berjaya sekiranya guru itu sendiri sentiasa mempelbagaikan strategi dan
memperbaiki diri serta memberi peluang kepada murid untuk mengeksplorasi sendiri.
Sebagai seorang penyelidik, saya percaya hasil dapatan yang saya perolehi adalah setimpal dengan usaha
yang telah saya lakukan untuk merealisasikan. Saya sentiasa bermotivasi dalam setiap tindakan saya
kerana saya percaya bahawa setiap usaha yang gigih dan hati yang ikhlas pasti akan memberikan hasil
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
206
yang positif atau negatif. Ruang untuk penambahbaikkan sentiasa terbuka untuk mendapatkan hasil yang
terbaik. Kesimpulannya, kajian ini merupakan salah satu usaha saya untuk menambahbaik amalan
pengajaran dan sekaligus membantu murid dalam peningkatan prestasi.
CADANGAN KAJIAN DAN TINDAKAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, masih terdapat beberapa penambahbaikkan yang saya
perhatikan untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam tajuk yang sukar difahami oleh murid. Justeru
itu, dalam kajian seterusnya saya mencadangkan beberapa penambahbaikkan dalam strategi „AnWar‟ agar
boleh bersesuaian untuk topik lain dalam subjek Kajian Tempatan dan juga dapat digunakan bagi subjek
yang lain juga. Walaupun penggunaan strategi „AnWar‟ ini boleh dikatakan berkesan dan efektif dalam
membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mengelaskan contoh kawasan mengikut zon iklim
dunia, namun saya merasakan terdapat penambahbaikan dan cadangan.
Seperti mana yang kita tahu bahawa kemahiran mengelaskan ini sememangnya penting dan ia adalah satu
kemahiran yang merentas kurikulum. Jadi, saya mencadangkan agar strategi yang saya gunakan ini boleh
diolah dalam bentuk perpindahan maklumat dalam teknologi iaitu menggunakan perisian yang interaktif.
Selaras dengan cabaran teknologi masa kini, strategi ini lebih menarik kerana grafik yang warna-warni
dan jelas. Hal ini dapat membantu murid-murid mengingat dan memahami disamping mengeksplorasi
dunia teknologi yang canggih. Selain itu juga, penggunaan perisian interaktif yang mempunyai audio dan
animasi juga boleh diolah dan dimasukkan.
Melalui penggunaan perisan interaktif ini, saya merasakan ia lebih menjimatkan masa. Ini adalah kerana
apabila saya melaksanakan proses mewarna seperti biasa iaitu dengan menggunakan pensel warna, saya
dapati murid-murid banyak kali mengasah pensel warna serta selalu patah dan ia telah membazir masa.
Namun, bila menggunakan perisian interaktif saya percaya murid-murid bukan setakat seronok
menggunakan komputer malah boleh menggunakan warna yang telah dipilih pada skrin komputer.
Selain itu, saya juga mencadangkan dengan menambahbaik langkah-langkah strategi tindakan saya ini
dengan menayangkan video kawasan-kawasan yang terdapat di setiap zon iklim dunia untuk
mengukuhkan lagi ingatan mereka. Hal ini disokong oleh Wetzel (2008) yang menyatakan bahawa
dengan memaparkan klip video pendek akan dapat membantu murid untuk lebih fokus dengan
pembelajaran dan mendemonstrasi konsep. Murid-murid juga dapat meluaskan pengetahuan mereka
dengan mengenali negara-negara di dunia yang mempunyai perbezaan iklim dunia. Mereka akan berasa
seronok memandangkan video sememangnya menarik minat mereka.
Secara keseluruhannya, strategi „AnWar‟ boleh digunakan untuk membantu murid mengelaskan contoh
kawasan mengikut zon iklim dunia. Jangka waktu pelaksanaan diambil kira kerana tidak semua murid
dapat mengikuti pembelajaran baharu dengan cepat dan sebagai guru perlu melihat rentak pembelajaran
muridnya. Strategi ini juga boleh digunakan dan diaplikasikan untuk topik yang lain dan subjek yang lain.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
207
RUJUKAN
Herr, N. (2007). Teaching With Analogies. Retrieved Mac 5, 2013, from The Sourcebook for
teaching Science: http://www.csun.edu/science/books/sourcebook/chapters/10
analogies/teaching-analogies.html
Malaysia, K. P. (2004). Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5.
Rahmand, A. I. (2011). Kad Warna Hoku: Strategi Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 5A
Mengelaskan Haiwan-haiwan kepada kumpulab Herbivor, karnivor, dan omnivor. Kota
Samarahan: IPGKTAR.
Sang, M. S. (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd.
Taib, N.-E. B. (2012). Meningkatkan Kemahiran Murid Tahun 4 Menghubungkait Rekabentuk
Tempat Tinggal dengan Ciri-ciri Fizikal Persekitaran Menggunakan Kaedah Kon APM . Kota
Samarahan: IPGKTAR.
Wenham, M. (2003). Understanding Art. London: Sage Publications Inc.
Zaini, J. B. (2012). Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 5 Menamakan dan Melabel Nama Benua
dengan betul pada peta dunia bagi matapelajaran Kajian Tempatan dengan menggunakan
teknik demonstrasi warna. Jurnal Penyelidikan Kajian Tindakan Pengajial Sosial Ambilan
Januari 2009 , 94-102.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
208
“G-MiMa” : SATU STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MURID MENCIRIKAN ZON IKLIM DUNIA
Rachell anak Simon Peter
chellsb_umang89@yahoo.com
John anak Brodi
johnbrodi@yahoo.com
Mazlan bin Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mencirikan zon iklim
dunia dalam kalangan murid Tahun 5 melalui penggunaan peta minda grafik.
Seramai lima orang murid dari SK Parun Suan terlibat dalam kajian ini. Saya
menfokuskan penggunaan grafik bagi memudahkan murid mengingat ciri-ciri yang
ada dalam zon iklim Gurun Panas dan zon iklim Mediterranean. Instrumen kajian
yang digunakan termasuk ujian para dan pasca, lembaran kerja, nota lapangan dan
temu bual, Data dikumpul dan dianalisis untuk melihat keberkesanan penggunaan
peta minda bergambar dalam kemahiran mencirikan. Saya telah menjalankan
langkah-langkah tindakan dan didapati kemahiran murid mencirikan zon iklim
dunia yang berkenaan menunjukkan peningkatan. Murid juga menunjukkan minat
dan penglibatan yang lebih aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
PENDAHULUAN
Konteks kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih opsyen Pengajian Sosial ambilan Januari 2010 dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Pada praktikum fasa tiga ini, saya telah
menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Parun Suan. Sekolah ini letaknya di daerah Serian. Saya
telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Kajian Tempatan Tahun 5. Kelas ini terdiri daripada
31 orang murid, 17 orang murid perempuan dan 14 orang murid lelaki. Berdasarkan keputusan ujian
diagnostik awal tahun 2013, saya mendapati prestasi murid dalam kelas ini berada pada tahap yang
sederhana. Rata-rata daripada mereka mendapatkan keputusan pada tahap yang memuaskan sahaja.
Murid-murid dalam kelas ini aktif semasa sesi pembelajaran, cuma kadang kala mereka kelihatan hilang
fokus dan tidak mengikuti pembelajaran sepenuhnya. Saya berasa bertanggungjawab untuk meningkatkan
minat dan fokus mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ini.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Salah satu tema yang saya ajar dalam subjek ini ialah Tema Mengenal Negara Kita. Tema ini terdiri
daripada dua unit iaitu Lokasi Malaysia dan Geografi Fizikal. Dalam Geografi Fizikal, subtajuk yang
perlu saya ajar ialah Zon Iklim Dunia. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah saya laksanakan pada 4
Mac 2013. Hasil pembelajarannya, murid dapat menamakan keermpat-empat zon iklim dunia dan
mencirikan setiap satunya. Apa yang menarik perhatian saya ialah semua murid-murid dalam kelas ini
menghadapi masalah dalam kemahiran mencirikan. Di sini saya menyedari bahawa saya telah
mengabaikan satu aspek penting iaitu keupayaan murid dalam pembelajaran. Murid mempunyai
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
209
pencapaian yang sederhana tetapi input pembelajaran yang diberikan agak banyak dan tidak selaras
dengan keupayaan murid. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran juga, saya kurang memberi
penekanan kepada kemahiran mencirikan. Jadi ini mungkin antara sebab murid saya tidak dapat
mencirikan zon iklim berkenaan.
Dalam mencirikan ini, murid perlu banyak bermain dengan imaginasi dan kemahiran mengingat yang
tinggi kerana ciri-ciri zon iklim adalah abstrak. Jadi, saya sepatutnya lebih banyak menggunakan gambar
atau bahan grafik agar murid dapat memahami selain mencirikan dengan lebih jelas. Lantaran ini, saya
berasa bahawa saya perlu membantu murid dalam memguasai kemahiran ini dengan membuat gambaran
mental yang jelas.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Data pertama yang membantu saya dalam mengesan masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 5 ini ialah
melalui analisis lembaran kerja yang saya berikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang pertama
pada 4 Mac 2013 yang lalu. Lembaran kerja ini mengkehendaki murid untuk menamakan empat zon iklim
dunia, memadankan nama tempat dengan zon iklim dunia dan mencirikan setiap satu zon iklim dunia
tersebut. Hasil daripada analisis yang saya buat ke atas lembaran kerja tersebut, saya mendapati murid
Tahun 5 tidak menghadapi masalah dalam menamakan dan memadankan sebaliknya mereka didapati
tidak dapat mencirikan zon iklim berkenaan. Kebanyakan daripada mereka langsung tidak menjawab
soalan yang berkaitan mencirikan. Saya telah mengadakan temu bual secara terbuka dengan semua murid
Tahun 5 bertanyakan sebab mereka tidak dapat menjawab soalan mencirikan. Rata-rata daripada mereka
menyatakan bahawa mereka sukar untuk mengingat kerana terlalu banyak yang perlu diingati.
Rajah 1: Lembaran kerja yang diberikan pada sesi pengajaran
dan pembelajaran pertama (4 Mac 2013)
Lantaran itu, bagi mengenalpasti jika sememangnya murid menghadapi masalah mencirikan ini, saya
telah mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang kedua pada 8 Mac 2013. Saya telah
mengecilkan skop kajian dengan memfokuskan kepada dua zon iklim dunia sahaja, selaras dengan
keupayaan pembelajaran murid. Dalam sesi kali ini, saya memudahkan cara penerangan saya dengan
menstrukturkan penerangan ciri iklim saya kepada empat ciri iaitu musim panas, suhu, purata hujan
tahunan dan keadaan iklim. Saya hanya menggunakan penerangan ringkas dan membuat pengulangan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
210
berkaitan ciri-ciri yang telah saya terangkan bagi mengukuhkan ingatan murid tentang fakta-fakta yang
telah dipelajari. Selesainya sesi ini, saya telah mengadakan ujian diagnostik untuk mengenalpasti murid
yang masih belum menguasai kemahiran mencirikan.
Analisis yang saya lakukan ke atas ujian diagnostik mendapati masih terdapat 5 orang murid yang masih
belum dapat mencirikan zon iklim dunia. Keputusan ujian diagnostik dapat dilihat dalam jadual dibawah.
Jadual 1: Keputusan ujian diagnostik
Nombor soalan Jumlah betul Jumlah salah Jenis soalan
S1(a-d) 19 5 Mencirikan
S2(a-d) 19 5 Mencirikan
Untuk menentukan murid yang masih belum menguasai kemahiran mencirikan, saya telah menentukan
tahap pencapaian yang perlu mereka kuasai. Jadual di bawah menunjukkan keputusan murid berdasarkan
skala pencapaian yang telah saya tentukan.
Jadual 2: Tahap pencapaian murid dalam ujian diagnostik
Rajah 2: Contoh Ujian Diagnostik
Setelah menjalankan ujian diagnostik ini, saya telah menemu bual lima orang murid yang saya dapati
masih belum menguasai kemahiran mencirikan. Apabila ditanya, kesemua murid ini memberikan
Bilangan soalan: 8
Skala pencapaian: Sudah menguasai – 5 dan ke atas Belum menguasai – 4 dan ke bawah
Skala
Pencapaian 8/8 7/8 6/8 5/8
Jumlah
4/8 3/8 2/8 1/8 0/8
Jumlah
Bilangan murid 3 6 7 3 19 0 1 0 4 0 5
Tahap
pencapaian
SUDAH MENGUASAI BELUM MENGUASAI
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
211
respons yang sama. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak dapat mencirikan kerana banyak sangat
dan susah untuk ingat. Hasil temubual yang telah dijalankan, saya mendapati kesemua subjek kajian
menyatakan bahawa soalan berbentuk mencirikan susah kerana fakta yang telah dipelajari terlalu
banyak. Oleh yang demikian, saya merasakan bahawa sememangnya subjek kajian saya mempunyai
masalah dalam kemahiran mencirikan.
“Kesemua subjek kajian saya menyatakan bahawa bahawa mereka tidak dapat
mencirikan kerana mereka tidak dapat mengingat banyak sangat fakta. Saya merasakan
bahawa subjek kajian saya memerlukan satu cara belajar yang memerlukan mereka
menggunakan bahan grafik dan kata kunci untuk memudahkan mereka ingat ciri-ciri
iklim berkenaan.”
(NL2, 08-03-2013)
Fokus kajian
Berdasarkan kepada tinjauan analisis masalah yang telah saya lakukan, saya ingin membantu murid saya
dalam menguasai kemahiran mencirikan zon iklim dunia. Pada hemat saya, murid-murid ini sangat perlu
dibantu kerana kemahiran berfikir ini bukan sahaja diperlukan dalam subjek Kajian Tempatan tetapi juga
dalam subjek lain seperti Sains dan sebagainya. Jika mereka tidak menguasai kemahiran ini, mereka pasti
akan menghadapi kesulitan dalam menguasai fakta dan kemahiran yang disampaikan dalam apa jua
subjek yang diajar. Oleh yang demikian, saya berasa bertanggungjawab untuk melihat secara lebih
mendalam permasalahan yang dialami murid ini, lantas mencari jalan penyelesaian bagi membantu
mereka menguasai kemahiran mencirikan.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada lima orang murid Tahun 5, tiga orang murid lelaki dan dua orang
murid perempuan. Kesemua murid ini berprestasi sederhana. Mereka melibatkan diri dalam aktif dalam
kelas, namun adakalanya mereka hilang fokus dan tidak mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran
sepenuhnya, khasnya apabila tidak diberikan rangsangan.
STRATEGI TINDAKAN
Dalam kajian ini, saya telah memilih untuk menggunakan G-MiMa untuk membantu murid yang
berkenaan menguasai kemahiran mencirikan. Bagi mengukuhkan pemahaman subjek kajian , teknik
mnemonik gentian diselitkan yang mana saya menggunakan simbol dalam peta minda berkenaan bagi
memudahkan murid saya melihat ciri-ciri fizikal setiap zon iklim berkenaan. Teknik mnemonik gentian
melibatkan penggunaan imej yang timbul dari kata ajuk yang dapat menukarkan maklumat sasaran
kepada suatu imej konkrit yang mudah diingati. (Syed Ismail bin Syed Mustapha dan Ahmad Subki bin
Miskon, 2010).
Menurut Tony Widura (2011), cara bekerja otak kita lebih cenderung kepada gambar atau imej,
berbanding verbal, tulisan, ataupun lisan. Oleh itu, pada hemat saya penggunaan peta minda akan dapat
mengatasi masalah situasi belajar yang tidak menyeronokkan. Murid akan lebih bermotivasi untuk
mengikuti secara aktif sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Tony Widura (2011) turut
menyatakan bahawa penggunaan gambar dan ilustrasi dapat mengaktifkan otak kanan kita dan
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
212
mengimbangi dengan otak kiri kita. Peta minda banyak menggunakan gambar. Jadi, saya merasakan
bahawa penggunaan peta minda ini akan dapat membantu subjek kajian mencirikan sesuatu yang abstrak.
Dr. Rosnanaini Sulaiman et al (2011) menyatakan bahawa penggunaan bahan-bahan grafik seperti garisan
anak panah, bulatan dan segi empat dapat membentuk jaringan yang akan membantu memudahkan lagi
pemahaman sesuatu topik. Gambar yang digunakan pula adalah melambangkan sesuatu isi pada teks.
Carol et al (2000) dalam Dr. Rosnanaini Sulaiman,2011 (Kemahiran Berfikir) menyatakan bahawa peta
minda merupakan satu alat kemahiran berfikir yang dapat mengorganisasikan maklumat serta berupaya
membantu murid memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas. Ini bermakna penggunaan peta minda
dapat membantu mengukuhkan ingatan murid kerana rangsangan yang diterima daripada peta minda yang
dilukis akan memberi tindak balas kepada mata kita. Gerak balas ini akan menggabungkan fungsi otak
kanan dengan bahagian otak kanan. Jadi, mesej yang diterima akan menjadi lebih jelas dan bermakna
hasil daripada rangsangan pancaindera berkenaan.
Langkah Pelaksanaan strategi
Sebelum melaksanakan strategi, saya telah menjalankan ujian pra ke atas subjek kajian. Saya telah
memilih empat langkah dalam membantu menyelesaikan masalah ini.
Rajah 3: Langkah-langkah pelaksanaan strategi
Langkah 1: Penerangan guru dan motivasi
Saya akan menunjukkan kepada subjek kajian gambar yang menunjukkan contoh-contoh tempat yang
mengalami iklim gurun panas dan iklim Mediterranean. Seterusnya, subjek kajian diminta untuk untuk
membuat gambaran secara umum keadaan iklim dalam gambar yang ditunjukkan. Murid yang dapat
memberikan respons dengan betul akan diberikan peneguhan positif sebagai motivasi kepada mereka
untuk terus berusaha mengalami proses pembelajaran yang bermakna.
Kemudian, saya akan menunjukkan beberapa kad perkataan yang menerangkan ciri-ciri iklim. Misalnya,
suhu 32°C-40°C, purata hujan tahunan kurang 250 mm. Secara rawak, saya akan meminta murid untuk
meneka zon iklim yang berkaitan dengan ciri yang terdapat pada kad perkataan yang saya tunjukkan.
Langkah 1
• Penerangan guru dan motivasi
• Guru menunjukkan contoh tempat yang mengalami iklim zon panas dan sederhana panas
• Sumbang saran tentang ciri iklim di tempat berkenaan
Langkah 2
• Pengenalan peta minda kepada subjek kajian
• Subjek kajian diperkenalkan tentang cara membina peta bergambar
Langkah 3
• Aktiviti berkumpulan
• Subjek kajian dibimbing untuk membina peta minda secara berkumpulan.
Langkah 4
• Membina peta minda secara individu
• Subjek kajian dibimbing untuk membina peta minda bergambar secara individu untuk mengukuhkan kefahaman dan ingatan.
• Subjek kajian diberikan lembaran kerja
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
213
Murid yang dapat mencirikan dengan betul akan diberi peneguhan positif supaya mereka akan terus
bermotivasi untuk mengikuti pembelajaran.
Langkah 2: Memperkenalkan peta minda kepada murid-murid
Berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan, saya akan menerangkan secara umum konsep tentang
keadaan iklim yang dialami di zon iklim gurun panas dan zon iklim Mediterranean. Dalam langkah ini
subjek kajian akan dibimbing untuk membina peta minda bergambar. Daripada konsep umum, saya akan
spesifikkan penerangan ciri zon iklim berkenaan kepada 4 ciri yang utama iaitu keadaan musim panas,
suhu, purata hujan tahunan dan keadaan iklim. Di sini saya akan menggunakan gambar seperti matahari
untuk keadaan musim panas, termometer untuk suhu, hujan untuk purata hujan tahunan dan gambar
contoh kawasan untuk keadaan unik iklim tersebut. Saya menunjukkan contoh peta minda yang boleh
dibina kepada murid sebagai panduan kepada mereka untuk menghasilkan peta minda kelak.
Langkah 3: Aktiviti berkumpulan
Saya akan memberi kad manila dan gambar kepada setiap kumpulan. Gambar yang diberikan adalah
gambar-gambar seperti matahari untuk keadaan musim panas, termometer untuk suhu, hujan untuk purata
hujan tahunan dan gambar contoh kawasan untuk keadaan unik iklim tersebut. Saya akan memberi
mereka peluang untuk membina peta minda bergambar dengan menggunakan gambar-gambar yang telah
disediakan. Setiap kumpulan akan melekatkan gambar-gambar yang telah diberikan dalam peta minda
yang dibina untuk menunjukkan ciri-ciri iklim berkenaan. Memandangkan murid saya dalam kategori
sederhana, maka saya akan mempamerkan ciri-ciri yang berkenaan pada projector sebagai panduan
mereka untuk melengkapkan peta minda yang mereka bina.
Rajah 4: Strategi Peta Minda Grafik (G-MiMa)
Langkah 4: Membina peta minda secara individu
Setelah melaksanakan aktiviti secara berkumpulan, subjek kajian akan didibimbing untuk menghasilkan
peta minda secara individu. Ini dilakukan bagi mengukuhkan lagi pemahaman dan ingatan mereka
terhadap ciri-ciri dua zon iklim berkenaan. Dalam langkah ini, subjek kajian dibimbing untuk melukis
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
214
sendiri gambar yang sama dan menulis ciri iklim yang betul berdasarkan gambar yang dilukis.
Setelah selesai, saya mengukuhkan lagi ingatan dan pemahaman subjek kajian dengan memberikan
mereka lembaran kerja secara individu. Saya memberikan lembaran kerja ini untuk melihat sejauh mana
pelaksanaan strategi saya dapat membantu meningkatkan kemahiran subjek kajian saya untuk mencirikan.
Setelah semuanya selesai, saya dan murid akan bersama-sama membincangkan jawapan kepada lembaran
kerja yang diberikan. Murid yang dilihat menunjukkan peningkatan akan diberi peneguhan positif.Setelah
selesai pelaksanaan strategi, saya telah mengadakan ujian pasca bagi melihat pencapaian subjek kajian.
CARA PENGUMPULAN DATA
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Sebelum melaksanakan langkah-langkah yang telah dirancang, saya akan memberikan ujian Pra terlebih
dahulu kepada subjek kajian. Ujian pra dilaksakan bagi melihat sejauh mana tahap kemahiran mencirikan
yang ada pada murid. Kemudian, setelah langkah-langkah dilaksanakan, saya akan memberikan ujian
pasca. Ujian ini akan diberikan pada akhir sekali. Keputusan daripada kedua-dua ujian berkenaan akan
disimpan, dianalisis dan dibuat perbandingan.
Lembaran kerja murid
Saya akan merekodkan lembaran kerja yang dibuat oleh subjek kajian selepas mereka melaksanakan
akvtiviti hands-on secara individu. Ini bagi membolehkan saya melihat peningkatan subjek kajian
berbanding keputusan ujian pra yang telah dilaksanakan sebelumnya.
Temu bual
Dalam hal ini, saya akan menemu bual subjek kajian untuk mendapatkan maklum balas mereka berkaitan
pemahaman dan perasaan mereka sebelum dan selepas strategi dilaksanakan.
Pemerhatian: Nota lapangan
Saya akan membuat catatan setiap kali sebelum dan selepas strategi dilaksanakan. Ini dilakukan bagi
melihat perubahan yang ada hasil daripada strategi yang telah dilaksanakan.
DAPATAN
Peningkatan kemahiran subjek kajian mencirikan ini dapat dilihat melalui keputusan yang
memberangsangkan dalam ujian pasca berbanding dengan keputusan yang mereka perolehi dalam ujian
pra. Jadual di bawah menunjukkan keputusan ujian pra dan pasca bagi kesemua subjek kajian.
Jadual 3: Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca
Nama Ujian Pra Ujian Pasca Jumlah
peningkatan
Laze 3 8/8 5
Cantik 3 8/8 5
Gaim 2 8/8 6
Tino 2 8/8 6
Shane 3 8/8 5
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
215
Jadual di atas telah menunjukkan peningkatan skor yang memberangsangkan bagi semua subjek kajian.
Tino dan Gaim mendapat skor yang paling rendah dalam ujian pra namun keputusan mereka melonjak
naik dalam ujian pasca. Walaupun Laze, Cantik, dan Shane mendapat 3 markah, namun keputusan ini
masih belum memuaskan hati saya. Namun demikian, setelah strategi G-MiMa ini dilaksanakan, mereka
berjaya mendapat markah penuh dalam ujian pasca iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak 5 markah.
Jumlah peningkatan ini sangat memuaskan hati saya dan satu perubahan positif terhadap kemahiran
mencirikan mereka.
Dalam kajian Amy Ng (2009), menyatakan dapatan kajian beliau menunjukkan terdapat perbezaan dalam
pencapaian subjek kajian dalam ujian pencapaian dan ujian pasca yang beliau laksanakan. Hal ini
menunjukkan bahawa penggunaan peta minda membantu dalam meningkatkan pencapaian subjek kajian.
Saya juga telah menggunakan lembaran kerja bagi menyokong dapatan saya dan mengukur tahap
pencapaian subjek kajian dalam kemahiran mencirikan. Lembaran ini saya berikan setelah subjek kajian
melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Lembaran kerja ini saya gunakan untuk membuat
perbandingan skor daripada ujian pra sehingga ke ujian pasca. Jadual di bawah menunjukkan peningkatan
skor subjek kajian dari ujian pra, lembaran kerja yang diberikan setelah membina peta minda individu dan
juga ujian pasca.
Jadual 4: Perbandingan skor ujian pra, lembaran kerja dan ujian pasca
Petunjuk (+) , ( +-)
(+) Jumlah peningkatan
(+-) Prestasi kekal
Nama Ujian Pra Lembaran kerja
Ujian Pasca
Laze 3/8
8/8 8/8
Cantik 3/8
6/8 8/8
Gaim 2/8
8/8 8/8
Tino 2/8
4/8 8/8
Shane 3/8 8/8 8/8
+5
+2
+6
+2
+5
+-
+2
+-
+4
+-
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
216
Rajah 5: Lembaran kerja
Saya juga telah menemu bual subjek kajian bagi menadapatkan respons mereka terhadap penggunaan
strategi G-MiMa dalam pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah salah satu sampel temu bual yang
telah saya laksanakan.
Soalan 2: Boleh kamu nyatakan ciri yang kamu boleh ingat setelah menggunakan peta minda
bergambar?
Gaim: (Berfikir) 3 Matahari.
Cikgu Rachell: Apa ciri yang kamu ingat tentang 3 matahari itu?
Gaim: (Diam sambil berfikir) Keadaan musim panas yang sangat panas.
Cikgu Rachell: Zon iklim mana yang mengalami musim panas yang macam tu?
Gaim: Zon iklim gurun panas la cikgu. (sambil tersenyum)
Kesimpulannya, data-data yang telah dikumpul menyokong bahawa penggunaan peta minda bergambar
membantu dalam meningkatkan kemahiran murid dalam mencirikan.
REFLEKSI
Pengalaman saya dalam menjalankan kajian tindakan ini memberikan saya peluang untuk menilai,
menganalisis dan seterusnya membolehkan saya untuk memikirkan perkara yang perlu saya tambah baik
untuk menjadi seorang guru yang lebih berkesan kelak.
Saya telah berusaha dengan sehabis baik dalam melaksanakan kajian tindakan. Saya sedar masih banyak
kelemahan yang perlu saya perbaiki dalam menghasilkan mutu kajian yang lebih baik. Namun demikian,
saya tetap gembira kerana dapatan kajian saya menunjukkan hasil yang positif. Dapatan yang diperoleh
daripada pelbagai instrumen yang digunakan membantu dalam menunjukkan keberkesanan strategi peta
minda bergambar ini.
Melalui strategi yang saya laksanakan ini, saya mendapat kefahaman baru bahawa murid lebih mudah
untuk belajar apabila mereka dapat menggunakan secara optima pancaindera mereka dalam pembelajaran.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
217
Acap kali seorang guru memandang remeh akan perkara ini. Memadai jika murid sekadar belajar
menggunakan deria dengar dan kemudian berfikir sendiri. Tetapi lebih bermakna jika murid dapat
menggunakan secara optima pancaindera mereka, khasnya deria penglihatan. Dalam strategi saya ini,
saya menggunakan gambar bagi memudahkan murid saya mengingat ciri dua daripada empat zon iklim
dunia iaitu zon iklim gurun panas dan zon iklim Mediterranean. Ternyata langkah ini berkesan apabila
subjek kajian saya memberikan respons yang positif dalam temu bual yang saya laksanakan.
Selain daripada itu, saya juga berasa gembira kerana selain daripada membantu murid meningkatkan
kemahiran mencirikan, secara tidak langsung saya juga dapat membantu mereka dalam meningkatkan
kemahiran belajar yang berkesan. Dr. Rosnanaini Sulaiman et al (2011) menyatakan bahawa penggunaan
bahan-bahan grafik seperti garisan anak panah, bulatan dan segi empat dapat membentuk jaringan yang
akan membantu memudahkan lagi pemahaman sesuatu topik. Jadi, apabila murid faham akan sesuatu
topik, ini bermakna pembelajaran mereka menjadi lebih bermakna.
Kajian saya ini meningkatkan kesedaran saya bahawa seorang guru harus mempelbagaikan strategi dan
tindakan dalam pembelajaran dan pengajarannya. Sejujurnya, sebagai seorang bakal guru yang telah
menjalani tiga fasa praktikum, saya akan rasa bersalah dan tidak puas hati jika saya gagal dalam
menyampaikan isi pelajaran kepada murid. Saya akan membuat refleksi terhadap amalan saya dan cuba
untuk menambah baik amalan saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Jika saya
berjaya membuatkan murid faham aka nisi pelajaran yang disampaikan, itu akan berjaya mempengaruhi
emosi saya untuk beberapa ketika. Saya akan menjadi lebih bermotivasi dan bersemangat untuk mengajar.
Jadi haruslah saya sentisa berusaha supaya saya sentiasa berjaya menyampaikan isi pelajaran dengan baik
dan semangat serta motivasi saya akan terus bertambah.
Mencirikan iklim yang bukan dialami oleh tempat dimana murid itu tinggal sukar kerana ia sesuatu yang
abstrak. Jadi dengan adanya penggunaan gambar untuk menerangkan ciri yang ada, murid akan mudah
mendapat bayangan dan seterusnya dapat mencirikan dengan mudah. Namun begitu, saya sedar bahawa
masih terdapat banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki dalam menambahbaik kajian saya untuk
mendapatkan data yang lebih kukuh. Misalnya instrumen ujian dan lembaran kerja yang saya gunakan.
Saya perlu pelbagaikan corak soalan yang ditanya supaya kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian
saya lebih tinggi.
Selain itu, saya juga perlu menunjukkan pelbagai contoh peta minda yang boleh dibina oleh murid supaya
dapat menjana pemikiran kreatif murid. Ini juga akan membantu dalam meningkatkan motivasi murid
apabila mereka dapat membina sendiri peta minda dengan hanya memindahkan maklumat yang mereka
ada. Saya juga perlu menambah baik pengurusan masa. Saya sepatutnya membahagikan masa dengan
baik dan membuat perancangan yang sesuai dengan jadual harian saya supaya segala tindakan yang telah
dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Dengan itu saya akan mengelakkan diri daripada mengalami
tekanan minda dan emosi akibat daripada terpaksa mengejar masa akhir yang telah ditetapkan.
Dalam sudut lain, saya melihat kajian ini sebagai satu ingatan kepada saya supaya sentiasa memberikan
yang terbaik dalam perkhidmatan saya sebagai seorang guru. Mengajar dan mendidiklah sebaik mungkin
agar dapat memberi sumbangan bukan sahaja kepada murid, malah kepada masyarakat dan juga negara.
Jangan menjadi guru yang sekadar melepaskan batuk di tangga, nanti akan menjadi seperti kata pepatah
„guru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi‟. Ingatan kepada diri saya sendiri, jadilah seorang
guru yang mampu membuatkan hadirnya ditunggu, tiadanya dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya diseru,
tingkah lakunya ditiru dan kehilangannya diiringi doa dan restu. Diharapkan agar usaha yang telah
dicurahkan dalam melaksanakan kajian ini akan dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pendidikan
negara.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
218
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Setelah meneliti, menilai dan menganalisis, saya berasa bahawa masih perlu untuk melakukan kajian
tindakan dalam mengatasi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan membantu murid
untuk menguasai topik yang sukar difahami. Justeru, untuk kajian yang seterusnya, saya berhasrat untuk
menambah baik strategi G-MiMa yang telah saya laksanakan ini agar boleh digunakan untuk
pembelajaran dalam tajuk lain dalam Kajian Tempatan. Lebih baik jika strategi ini dapat turut
diaplikasikan dalam mata pelajaran yang lain.
Berikut merupakan cadangan untuk kajian lanjutan pada kitaran seterusnya:
a. Tempoh pelaksanaan ditambah supaya proses penambahbaikan boleh dibuat dari semasa ke
semasa dan keberkesanan strategi dapat ditingkatkan.
b. Menggunakan strategi G-MiMa untuk mencirikan zon iklim dunia yang lain.
c. Melibatkan pelbagai cara dalam menghasilkan peta minda. Misalnya menggunakan teknologi
seperti komputer dan sebagainya.
d. Melibatkan kaedah pembelajaran yang lain seperti pembelajaran kontekstual atau behavioural.
e. Memberi perhatian yang sepatutnya terhadap murid yang menunjukkan tahap penerimaan yang
rendah.
f. Memberi galakan yang lebih kerap kepada murid-murid untuk membuat nota dengan
menggunakan peta minda supaya boleh menjadi kebiasaan mereka dalam proses belajar dan
mengulangkaji.
g. Memberikan ganjaran kepada murid yang menunjukkan pencapaian yang terbaik supaya menjadi
galakan dan motivasi kepada mereka dan yang lain untuk menjadi lebih baik. Contohnya,
memberikan mereka pensel atau buku.
RUJUKAN
Dr Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz, Mok Soon Sang. (2011). Kemahiran Berfikir. Puchong,
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Syed Ismail Bin Syed Mustapha, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Kemahiran Belajar. Puchong,
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Widura, T. (2011). Peta Minda. Batu Caves Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Ting, A. N. (2012, September 27 & 28). Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan. Retrieved August 27,
2013, from MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM KONSEP SAINS MELALUI
:
http://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/4.%20AMY%20NG%20
WEI%20TING.pdf
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
219
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 4 DALAM MENENTUKAN KESESUAIAN
JENIS RUMAH MENGIKUT KEPADATAN PENDUDUK MELALUI STRATEGI “PicTree
Mindmap”
Saiyidatul „Adidah Binti Kamaruzzaman
diedakamaruzzaman@gmail.com
Hajah Adibah Binti Ismail
adibahismail@yahoo.com
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun 4
dalam menentukan kesesuaian jenis rumah mengikut tiga aspek kepadatan penduduk iaitu
kawasan padat, sederhana padat dan kurang padat. Subjek kajian merupakan lima orang
murid tahun 4 yang mendapat markah rendah di dalam ujian diagnostik dan ujian
saringan. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca, nota lapangan, lembaran latihan
dan temubual. Kelima-lima orang subjek kajian menunjukkan peningkatan yang sangat
memberansangkan. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan strategi “PicTree Mindmap”
dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran dalam menentukan kesesuian
jenis rumah mengikut aspek kepadatan penduduk.
PENGENALAN
Pada 21 Januari 2013 saya telah dihantar bagi menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru pelatih
untuk menjalani praktikum fasa yang ketiga di sebuah sekolah yang kecil di dalam daerah Serian iaitu
Sekolah Kebangsaan Tarat. Saya merupakan salah seorang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus
Tun Abdul Razak yang mengambil opsyen Pengajian Sosial ambilan Januari 2010. Sekolah yang berlatar
belakang pemandangan bukit bukau ini merupakan sebuah sekolah kampung yang kecil yang terdapat di
kaki bukit. Amanah telah diberikan kepada saya untuk mengambil alih murid-murid tahun 4 dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan. Kelas tahun 4 terdiri daripada 12 orang murid sahaja iaitu 4 orang lelaki dan
8 orang perempuan. Ini merupakan pertama kali saya dapat bilangan murid yang agak sedikit untuk
sebuah kelas. Pandangan pertama tentang bilangan murid sedikit ini adalah, saya merasakan kelas lebih
mudah terkawal dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Namun ianya bukanlah semudah yang
disangkakan, ianya lebih mencabar dari mengajar murid-murid yang ramai di dalam satu kelas. Mereka
lebih gemar menyatakan sesuatu yang tidak berkait dengan isi pelajaran untuk menarik perhatian guru. Ini
menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing mereka dan meningkatkan motivasi serta keyakinan
dalam menyampaikan isi pelajaran atau menjawab soalan dari guru secara tidak langsung meningkatkan
kualiti pembelajaran murid-murid tersebut.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya menggunakan strategi berpusatkan murid dan berpusatkan bahan pada proses pengajaran dan
pembelajaran yang lepas. Menurut Mok Soon Sang (2011) strategi pemusatan murid merupakan strategi
utama dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Dimana saya menggunakan tayangan
gambar mengenai penduduk yang ramai ke pada murid-murid dan meminta murid mengenalpasti ciri-ciri
fizikal yang terdapat didalam gambar tersebut. Saya berpendapat penggunaan gambar dapat meransang
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
220
pemikiran murid-murid dan secara tidak langsung dapat memberi gambaran mengenai kepadatan
penduduk. Kassim Bin Abbas (2009) menyatakan bahawa gambar boleh digunakan untuk memperkuat
tanggapan, menawarkan fakta baru atau bertindak sebagai asas ke arah membina makna abstrak.
Beralih ke langkah proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya, saya teruskan dengan memberi
input kepada murid-murid dengan memberi penerangan mengenai faktor kepadatan penduduk
mempengaruhi pembinaan rumah. Penerangan dilakukan dengan menggunakan paparan powerpoint yang
berwarna-warni bagi menarik perhatian murid-murid. Murid-murid tertarik dengan paparan powerpoint
yang dilakukan namun ianya tidak bertahan lama. Saya menggunakan teknik soal-jawab terhadap murid-
murid bagi melakukan pengukuhan terhadap penerangan yang telah dilakukan. Seterusnya, saya
melakukan aktiviti “Spinning Ball” yang memerlukan murid mengedarkan bola antara satu sama lain di
dalam bulatan dan berhenti apabila muzik dihenti. Murid yang terakhir yang memegang bola tersebut
dikehendaki memilih salah satu kad faktor pembinaan rumah dan kategorikan mengikut aspek kepadatan
penduduk. Aktiviti sebegini dapat menarik perhatian murid-murid, namun murid-murid terlalu teruja
sehingga mereka membuat bunyi yang bising dan sukar dikawal. Aktiviti ini dapat meransang murid-
murid untuk berfikir dan berbincang bersama-sama dalam mengkategorikan faktor pembinaan rumah
berdasarkan kepadatan penduduk.
Dalam pada itu juga, saya melakukan aktiviti berpasangan iaitu saya memberikan jadual kosong dan kad
faktor-faktor pembinaan rumah berdasarkan kepadatan penduduk. Murid-murid dikehendaki untuk
menampal kad-kad tersebut di dalam jadual berdasarkan aspek kepadatan yang betul. Ternyata aktiviti ini
dapat membantu murid-murid mengetahui kawasan yang sesuai mengikut kepadatan dan juga contoh
negeri bagi setiap aspek kepadatan. Namun murid-murid keliru apabila ingin menentukan kesesuaian
jenis rumah mengikut kepadatan penduduk.
Penggunaan bahan bantu mengajar sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana
ianya dapat meransang pemikiran murid-murid disamping membantu mencapai hasil pembelajaran.
Menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya lakukan, didapati bahawa saya kurang
penggunaan bahan bantu mengajar bergambar dan saya hanya memfokuskan kepada aktiviti sahaja.
Murid-murid tidak dapat menggambarkan jenis-jenis rumah yang sesuai dibina mengikut kepadatan
penduduk memandangkan tiada ransangan gambar yang membolehkan mereka membayangkan bentuk
dan ciri rumah tersebut. Pada 28 Februari 2013 saya mengulang sesi pengajaran topik kepadatan
penduduk ini bagi proses pengukuhan murid-murid. Dimana, proses sesi pengajaran dan pembelajaran
yang kedua saya lebih menfokuskan kepada langkah penerangan bagi memastikan penerangan saya
adalah jelas dan mudah difahami oleh murid-murid.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Kelas Tahun 4 mempunyai seramai 12 orang murid. Namun saya hanya mengambil 11 orang murid
sahaja memandangkan seorang murid tersebut mengalami masalah penglihatan dan pembelajaran yang
berkaitan dengan membaca dan menulis seperti yang dinyatakan oleh guru kelas tahun 4 tersebut.
“Cassidy mempunyai masalah penglihatan yang mana dia telah menjalani beberapa kali
pembedahan dan juga pemeriksaan bulanan. Dia hanya mampu melakukan latihan yang
memerlukan dia menyalin perkataan sahaja. Dia juga harus diletakkan berdekatan dengan
papan putih bagi penglihatan yang jelas”
(GK/Nota Lapangan/01-02-2013)
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
221
Setelah mengenalpasti isu yang dihadapi oleh murid-murid kelas tahun 4, iaitu menentukan kesesuaian
jenis rumah mengikut kepadatan penduduk, berdasarkan subtopik “Faktor Mempengaruhi Pembinaan
Rumah”, maka saya telah membuat tinjauan awal dengan mengumpul data-data awal bagi mengukuhkan
lagi pemerhatian dan menguatkan isu yang telah dikenalpasti, dan tindakan perlu diambil.
Langkah pertama yang saya lakukan ialah menganalisis lembaran kerja yang telah dilakukan oleh 11
orang murid tahun empat. Soalan yang diberikan berbentuk soalan objektif, dimana terdapat pilihan
jawapan disediakan. Berdasarkan analisis lembaran kerja yang dijalankan pada 26 Februari 2013 , saya
mendapati bahawa terdapat 7 orang murid yang belum menguasai topik kepadatan penduduk ini secara
menyeluruh. Terdapat 6 orang daripada 12 orang tidak dapat menjawab soalan berkaitan kawasan
kepadatan. Manakala bagi soalan 5 dan saoalan 6 berkaitan contoh negeri berdasarkan kepadatan, terdapat
10 orang bagi soalan 5 dan 7 orang murid bagi soalan 6 yang tidak dapat dapat menjawab soalan tersebut.
Bagi soalan yang berkaitan rumah yang sesuai dibina mengikut kepadatan pula terdapat 7 orang yang
tidak dapat menjawab soalan 8 dan 5 orang murid yang tidak dapat menjawab soalan 9. Didapati bahawa
terdapat 7 orang murid yang belum memahami dan mengalami masalah dalam topik ini. Memandangkan
lembaran latihan yang diberikan terdiri daripada soalan objektif, masalah utama murid-murid tidak dapat
dikesan dan kebarangkalian murid-murid untuk meneka adalah tinggi.
Oleh yang demikian, saya melakukan ujian diagnostik pada 27 Febuari 2013 untuk mengenalpasti aspek
yang masih belum dikuasai lagi oleh murid-murid di dalam topik “Kepadatan Penduduk Mempengaruhi
Pembinaan Rumah”. Ujian ini memerlukan murid untuk menlengkapkan jadual kepadatan penduduk
mengikut aspek yang diberikan iaitu kawasan, contoh negeri dan rumah yang sesuai di bina mengikut
kepadatan penduduk. Ujian diagnostik ini dijalankan untuk semua murid-murid tahun 4 bagi memastikan
murid yang benar-benar belum menguasi topik ini. Hasil daripada analisis ujian diagnostik didapati
bahawa 6 orang murid mempunyai masalah dalam menentukan kesesuaian jenis rumah mengikut
kepadatan penduduk. Oleh yang demikian saya mengulang kembali proses pengajaran dan pembelajaran
topik yang sama dan melebihkan dalam aspek penerangan.
Ujian saringan diberi setelah pengajaran berakhir bagi memastikan murid-murid benar-benar mempunyai
masalah dalam menentukan kesesuaian jenis rumah yang sesuai dibina mengikut kepadatan penduduk.
Berdasarkan ujian saringan yang dilakukan, didapati bahawa terdapat 5 orang murid mendapat markah
penuh bagi ujian saringan yang dilakukan. Manakala terdapat seorang murid iaitu David mendapat 6
betul daripada 7 soalan yang diberikan dan 6 orang murid iaitu Daniel, Fiena, Caroline, Lela dan Connie
mendapat markah kurang daripada 4. Terdapat 6 orang murid termasuk David yang belum menguasai
kemahiran menentukan kesesuaian jenis rumah mengikut aspek kepadatan penduduk.
Bagi mengukuhkahkan lagi hasil analisis yang telah dilakukan, pada 29 februari 2013 saya telah
melakukan sesi temubual bersama keenam-enam murid yang telah dikenalpasti. Temu-bual ini dilakukan
bagi melihat respon murid-murid secara lisan mengenai topik kepadatan penduduk ini disamping
mengukuhkan lagi hasil analisis yang telah dilakukan. Berdasarkan temubual yang dilakukan bersama
David, didapati bahawa David dapat menjawab soalan yang diajukan oleh saya dengan yakin dan betul.
Bagi memastikan David benar-benar menguasai topik ini, saya memberi David menjawab kembali soalan
ujian diagnostik yang sama, dan hasilnya David dapat menjawab semua soalan dengan betul. Oleh yang
demikian David tidak mengalami masalah dalam menentukan kesesuaian jenis rumah yang sesuai dibina
mengikut kepadatan penduduk.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
222
Berdasarkan temubual yang dilakukan dengan enam orang murid iaitu Fiena, Lela, Connie, David dan
Daniel. Didapati 5 orang daripada mereka masih keliru dalam menentukan kesesuaian jenis rumah
mengikut kepadatan penduduk yang ditanya oleh guru. Murid-murid dapat menyatakan jenis rumah
namun tidak dapat menentukan kesesuaian mengikut aspek kepadatan penduduk dengan betul.
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan 5 orang daripada 12 orang murid Tahun 4 di SK Tarat yang terdiri daripada
seorang lelaki dan empat orang perempuan. Mereka adalah Fiena, Daniel, Lela, Connie dan Caroline dan
kesemua mereka adalah murid biasa. Berikut merupakan maklumat yang telah dikumpul berdasarkan
pemerhatian, temu bual dan rekod-rekod dari pihak sekolah.
Nama
murid
Karekter/ ciri-ciri unik di dalam kelas Kedudukan
pencapaian
di dalam
kelas
Pekerjaan
bapa
Fiena Tidak gemar menumpukan perhatian ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Suka
melengah-lengahkan masa ketika menyiapkan kerja
9 Pemandu lori
Daniel Seorang yang berperwatakan ceria.. Lambat
menyiapkan latihan yang diberi.
8 Kilang ayam.
Lela Seorang yang suka menarik perhatian guru dengan
bertanya pelbagai soalan yang berkaitan dan tidak
berkaitan dengan isi pelajaran.
10 Buruh
Caroline Seorang yang suka bercakap dan menyampuk
percakapan guru di dalam kelas.
6 Pemandu lori
Connie Seorang pendiam di dalam kelas. Tidak suka
melibatkan diri di dalam aktiviti kelas. Lambat
menyiapkan tugasan yang diberi.
7 Buruh
STRATEGI TINDAKAN
Saya memilih untuk menggunakan strategi tindakan yang diberi nama “PicTree Mindmap” iaitu peta
minda pokok bergambar. Dalam kajian ini saya telah menggunakan teori pembelajaran kognitif iaitu teori
pemprosesan maklumat yang telah di pelopori oleh R.M. Gagne. Mok Soon Sang (2010), menyatakan
bahawa, teori pemprosesan maklumat ini terjadi apabila ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan
diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor
ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak tindak
balas melalui sistem saraf. Penggunaan bahan ransangan yang sesuai adalah penting bagi meransang stor
ingatan jangka panjang. Oleh yang demikian saya memilih untuk menggunakan aplikasi pendekatan
pembelajaran koperatif berasaskan peta minda bergambar bagi membantu murid-murid saya dalam
menentukan kesesuaian jenis rumah yang sesuai dibina mengikut kepadatan penduduk. Saya
menggunakan peta minda bergambar sebagai bahan ransangan kerana peta minda bergambar dapat
membantu murid dalam mengenalpasti ciri-ciri setiap rumah berdasarkan gambar dan menentukan
kesesuaiannya mengikut aspek kepadatan penduduk.
Penggunaan peta minda yang diperkenalkan oleh Tony Buzan sangat membantu murid-murid mengingat
dan memahami jenis rumah yang sesuai dibina berdasarkan kepadatan penduduk. Ianya juga dapat
mengukuhkan ingatan murid-murid terhadap topik kepadatan penduduk yang telah dipelajari. Ini
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
223
disokong lagi dengan pernyataan yang terdapat di dalam buku Kemahiran Berfikir ini, Dilip Mukerjea
(1996), menyatakan bahawa melalui peta minda, seseorang akan dapat ilmu pengetahuan yang lebih
banyak dan dapat meningkatkan daya ingatan serta mengurangkan penggunaan kertas dan tenaga.
Penggunaan gambar di dalam peta minda dapat membantu murid-murid melihat dengan lebih jelas setiap
ciri yang terdapat di setiap jenis rumah dan menentukan kesesuaiannya mengikut kepadatan penduduk.
Menurut Kassim Bin Abbas (2009) gambar boleh digunakan untuk memperkuat tanggapan, menawarkan
fakta baru atau bertindak sebagai asas ke arah membina makna abstrak. Penggunaan gambar sangat
membantu murid-murid dalam memperoleh sesesuatu isi pelajaran yang memerlukan mereka
menggambarkan atau membayangkan sesuatu perkara.
Bagi melaksanakan kaedah “PicTree Mindmap” ini, saya menggunakan masa di luar waktu kelas
memandang subjek kajian saya duduk berdekatan dengan sekolah. Saya bercadang akan menggunakan
kelas tahun 4 sendiri bagi menjalakan strategi ini. Kaedah ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua
minggu. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan untuk kaedah “PicTree Mindmap” ini.
Langkah 1 : Penerangan guru dengan berbantukan gambar.
Saya melakukan penerangan tentang jenis rumah yang sesuai dibina mengikut kepadatan penduduk
dengan berbantukan gambar. Rumah kondominium dan rumah pangsa sesuai di bina di kawasan
berpenduduk padat, manakala rumah kampung, rumah teres dan rumah bangle sesuai dibina di kawasan
berpenduduk sederhana padat. Kawasan penduduk kurang padat sesuai dibina rumah kampung dan rumah
panjang. Saya menerangkan ciri-ciri setiap rumah berbantukan gambar, dan melakukan perkaitannya
dengan kawasan kepadatan yang sesuai dibina rumah tersebut. Sesi soal jawab secara ringkas akan
dilakukan.
Langkah 2 : Perbincangan murid-murid berdasarkan gambar
Murid-murid akan dibahagikan kepada kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan mempunyai
murid-murid yang berbeza tahap pencapaian iaitu dalam setiap kumpulan akan mempunyai murid yang
pandai, sederhana dan lemah. Setiap kumpulan diedarkan dengan gambar-gambar rumah. Di dalam
kumpulan murid-murid dikehendaki untuk berbincang tentang ciri setiap gambar rumah tersebut dan di
kawasan mana rumah tersebut sesuai dibina. Saya memantau dan membimbing dari dari satu kumpulan
ke kumpulan yang lain.
Langkah 3 : Mengkategorikan gambar rumah yang sesuai dibina mengikut kepadatan penduduk
di peta minda pokok secara berkumpulan.
Pada langkah ini, setiap kumpulan diberikan dengan sekeping kertas keras “kadboard” yang
mengandungi peta minda pokok. Di dalam kumpulan, murid-murid dikehendaki berbincang dan
melengkapkan peta minda pokok dengan menulis tajuk utama dan jenis kepadatan penduduk. Di dalam
kumpulan, murid-murid dikehendaki berbincang dan menentukan kesesuaian gambar-gambar rumah yang
telah diterima ketika di langkah 2 dan melengkapkan di dalam peta minda pokok. Saya akan memantau
dan membimbing dari satu kumpulan ke satu kumpulan bagi memastikan murid-murid melaksanakan apa
yang telah diarahkan.
Langkah 4 : Melengkapkan peta minda pokok dan lembaran latihan secara individu.
Pada langkah ini setiap murid akan diedarkan dengan sekeping kertas yang mengadungi peta minda
pokok yang kosong. Secara individu murid-murid dikehendaki melengkapkan peta minda pokok dan
lembaran latihan berdasarkan aktiviti yang telah dilakukan sebelum ini.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
224
Bagi mengumpul data dalam kajian saya ini, saya telah menggunakan ujian pra dan ujian pasca, temu
bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Rajah 1 menunjukkan cara-cara yang digunakan dalam
mengumpulkan data.
Rajah 1 : Cara-Cara yang Digunakan dalam Mengumpulkan Data
DAPATAN
Strategi “PicTree Mindmap” ini merupakan strategi yang menggabungkan pendekatan pembelajaran
koperatif dan penggunaan kaedah peta minda pokok bergambar. Menurut Mok Soon Sang (2010), di alam
pembelajaran koperatif, murid-murid berinteraksi dan saling bantu-membantu dalam aktiviti
pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang. Oleh yang demikian, di dalam
strategi “PicTree Mindmap” saya melakukan aktiviti berkumpulan supaya mereka saling berbincang dan
saling membantu antara satu sama lain dalam menentukan kesesuaian jenis rumah yang sesuai dibina
mengikut kepadatan penduduk.
“Shafiena, Lela, Caroline, Daniel dan Connie saling berbincang jawapan untuk menentukan
kesesuaian gambar rumah yang diterima di dalam peta minda pokok yang disediakan. Mereka
juga kelihatan teruja dan gembira untuk menentukan kesesuaian gambar rumah tersebut.
Malahan mereka meminta untuk melakukan aktiviti tersebut berulang kali.”
(NL, 10-04-2013)
Perkara ini juga dapat dilihat keberkesannya melalui penigkatan markah di dalam Ujian Pra dan Ujian
Pasca. Sebelum saya melaksanakan strategi “PicTree Mindmap” terhadap kumpulan sasaran, saya telah
menjalankan Ujian Pra bagi menguji sejauh mana pengetahuan sedia ada kumpulan sasaran terhadap
topik kepadatan penduduk. Ujian pasca pula dijalankan setelah strategi “PicTree Mindmap” dilaksanakan
bagi melihat peningkatan kemahiran murid-murid di dalam menentukan kesesuaian jenis rumah
berdasarkan kepadatan penduduk.
Berikut merupakan jadual skor ujian pra yang telah dilaksanakan pada 10 April 2013 dan ujian pasca
yang telah dilaksanakan pada 15 April 2013 yang menunjukkan peningkatan kelima-lima murid saya.
•Bahagian A (Objektif)
•Bahagian B (Padankan)
•Bahagian C (Subjektif)
Ujian pra dan ujian pasca
•Temu Bual Separa Berstruktur Temu bual
•Lembaran Kerja Analisis Dokumen
•Nota Lapangan Pemerhatian
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
225
Jadual 1: Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Nama Ujian pra Ujian pos Peningkatan Peratus peningkatan
Daniel 3/20 20/20 17 85%
Caroline 4/20 20/20 16 80%
Connie 6/20 20/20 14 70%
Lela 7/20 20/20 13 65%
Fiena 7/20 20/20 13 65%
Berdasarkan jadual diatas, dapat dilihat bahawa kelima-lima murid saya mendapat markah yang rendah di
dalam ujian pra yang telah dilaksanakan. Hanya Lela dan Fiena yang dapat markah yang agak tinggi
berbanding murid yang lain iaitu mendapat 7 markah daripada 20 markah. Manakala Connie mendapat 6
markah, Caroline mendapat 4 markah dan Daniel hanya mendapat 3 markah sahaja. Namun terdapat
peningkatan yang sangat ketara setelah strategi “PicTree Mindmap” dilaksanakan, kelima-lima murid
saya dapat markah penuh didalam ujian pasca yang telah dilaksanakan iaitu kesemua mereka mendapat 20
markah. Dapat dilihat bahawa kelima-lima mereka memperoleh peratus peningkatan yang
memberansangkan iaitu lebih daripada 50%.
Bagi menguji sejauh mana kefahaman murid-murid mengenai topik kepadatan penduduk melalui
penggunaan strategi “PicTree Mindmap” ini, saya telah menggunakan instrumen yang seterusnya iaitu
lembaran setelah strategi “PicTree Mindmap” ini dilaksanakan. Terdapat dua jenis lembaran latihan yang
digunakan iaitu yang pertama lembaran latihan berbentuk peta minda pokok, dan yang kedua pula
berbentuk pengurusan grafik.
Rajah 1 Lembaran Latihan 1 dan 2
Didapati bahawa, kesemua murid, dapat menjawab kedua-dua lembaran yang diberikan. Fiena, Lela,
Caroline, Danieal dan Connie mendapat tujuh markah bagi kedua-dua lembaran latihan yang diberikan.
Ini membuktikan bahawa kelima-lima mereka faham tentang apa yang telah dipelajari dengan
menggunakan strategi “PicTree Mindmap”. Seterusnya, saya juga telah melakukan temubual selepas
strategi “PicTree Mindmap” dilaksanakan. Temubual yang dilaksanakan berbentuk temubual separa atau
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
226
semi berstruktur di mana saya melakukan temubual secara individu iaitu seorang demi seorang murid bagi
mengelakkan berlakunya peniruan jawapan yang diberikan oleh murid.
Temubual yang dilakukan, telah saya bahagikan kepada tiga tema utama iaitu mengenai kefahaman,
perasaan dan juga penggunaan strategi “PicTree Mindmap”. Berdasarkan analisis temu bual yang telah
saya lakukan, didapati bahawa, kelima-lima subjek kajian saya dapat memahami topik kepadatan
penduduk ini iaitu mereka dapat menentukan kesesuaian jenis rumah yang sesuai dibina berdasarkan
kepadatan penduduk. Lela, Fiena, Connie, Caroline dan juga Daniel setuju bahawa penerangan guru
menggunakan gambar dan juga aktiviti berkumpulan menggunakan peta minda pokok bergambar dapat
meningkatkan kefahaman mereka di dalam topik kepadatan penduduk ini.
Bagi tema yang kedua iaitu perasaan subjek kajian mengenai strategi yang telah dilaksanakan, iaitu
penggunaan peta minda pokok bergambar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran topik kepadatan
penduduk. Kelima-lima mereka menyatakan perasaan yang positif, dimana mereka menyatakan perasaan
suka, gembira dan seronok untuk belajar menggunakan kaedah “PicTree Mindmap”. Contohnya seperti
jawapan yang telah diberikan oleh Caroline.
Guru: Apakah perasaan kamu apabila cikgu mengajar dengan menggunakan kaedah “PicTree
Mindmap” iaitu guna peta minda pokok bergambar?
Caroline: Bila belajar guna peta minda pokok ni, best cikgu, saya suka tak la saya mengantuk
cikgu. (bercakap dengan yakin)
(TB, 12.04.2013)
Saya telah menggunakan instrumen lembaran latihan pengukuhan bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian
yang telah diperoleh. Ianya bertujuan untuk menguji sejauh mana subjek kajian mengingati dan
memahami topik kajian yang telah dilakukan setelah dua bulan berlalu. Didapati bahawa kelima-lima
subjek kajian dapat menjawab semua soalan dengan betul. Penggunaan kaedah “PicTree Mindmap”
bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran subjek kajian dalam menentukan kesesuaian jenis rumah
berdasarkan kepadatan penduduk, malahan pengetahuan yang diperoleh dapat difahami untuk satu jangka
masa yang panjang. Ternyata penggunaan instrumen lembaran latihan pengkuhan dapat menguji sejauh
mana pengetahuan dan kefahaman murid-murid mengenai topik yang telah dipelajari dua bulan yang lalu.
Dapat disimpulkan bahawa penggunaan keempat-empat instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra dan
pasca, temu bual, nota lapangan dan juga lembaran latihan dapat mengukuhkan lagi kajian yang telah
dilakukan. Terynata penggunaan instrumen kajian dapat memperlihatkan lagi keberkesanan kaedah
“PicTree Mindmap” yang telah dilaksanakan.
REFLEKSI/RUMUSAN
Berdasarkan strategi “PicTree Mindmap” yang telah dilaksanakan, saya dapat menilai sejauh mana
keberkesanan strategi yang telah dilaksanakan. Strategi “PicTree Mindmap dapat meningkatkan
kemahiran menentukan kesesuaian murid-murid dan menguasai topik kepadatan penduduk dalam jangka
masa panjang. Hal ini menyebabkan saya akan lebih banyak menggunakan pembelajaran koperatif dan
peta minda di dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan datang. Penggunaan gambar sebagai bahan
ransangan membuatkan saya sedar bahawa pemilihan bahan ransangan sebagai alat bantu mengajar
mestilah sesuai berdasarkan topik yang diajar dan juga tahap pencapaian murid-murid. Seperti
penggunaan gambar di dalam pelaksanaan strategi “PicTree Mindmap” sangat membantu subjek kajian
untuk menghubungkaitkan antara reka bentuk rumah itu dengan kawasan kepadatan penduduk. Secara
tidak langsung ianya membolehkan subjek kajian berfikir secara kritis mengenai sebab rumah itu dibina
di sesuatu kawasan kepadatan penduduk.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
227
Seterusnya, saya merasakan bahawa pentingnya sebagai seorang guru untuk mengambil berat keputusan
setiap murid di dalam kelas. Adalah sangat tidak adil jika saya membiarkan lima orang subjek kajian
tidak menguasai topik ini dan hanya memfokuskan kepada mereka yang telah menguasai sahaja. Sebagai
seorang guru, saya haruslah mencari jalan penyelesaian iaitu dengan melaksanakan strategi “PicTree
Mindmap” untuk mengatasi masalah subjek kajian. Tuntasnya dapat diperkatakan bahawa, pelaksanaan
strategi “PicTree Mindmap” ini merupakan salah satu usaha saya bagi menambahbaik amalan pengajaran
yang telah saya lakukan. Secara tidak langsung saya membantu meningkatkan prestatsi dan pencapaian
murid. Diharapkan agar pembelajaran koperatif dan juga penggunaan peta minda dapat membantu
meningkatkan lagi pencapaian murid-murid pada masa akan datang.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Setiap perkara yang dilakukan pasti ada kekuatan dan juga kekurangan yang timbul. Sesunggguhnya
kajian yang telah saya lakukan dengan menggunakan strategi “PicTree Mindmap” membuahkan hasil
yang sangat memberansangkan. Namun, saya merasakan bahawa kajian ini masih perlu dilakukan
penambahbaikan. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan adalah peta minda
pokok dibuat didalam bentuk perisian komputer. Seperti kajian yang telah saya lakukan, peta minda
pokok bergambar yang telah saya gunakan adalah di atas sekeping kadboard yang besar. Di mana subjek
kajian akan menentukan kesesuaian gambar mengikut jenis kategori yang disediakan di atas cardboard
berkenaan. Hal ini sememangnya dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mengkategori.
Namun ianya menjadi payah di dalam aspek penggunaan untuk saiz kelas yang ramai dan juga dalam
aspek penyimpanan bahan tersebut.
Oleh yang demikian saya mencadangkan agar kajian seterusnya menggunakan peta minda pokok dibuat
dalam bentuk perisian komputer. Dimana apabila ianya menjadi satu perisian di dalam komputer mudah
untuk guru menggunakannya di dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran walaupun mengajar di
dalam kelas yang ramai muridnya. Tambahan pula ianya tidak menjadi masalah untuk guru berkenaan
untuk membawa ke dalam kelas dan menyimpan perisian tersebut kerana ianya dapat disimpan di dalam
cakera padat ataupun di dalam komputer. Dalam pada itu juga, penggunaan peta minda pokok di dalam
bentuk perisian komputer juga boleh menjadikan strategi dan bahan ini fleksibel untuk pelbagai mata
pelajaran yang lain yang memerlukan kemahiran menentukan kesesuaian. Malahan ianya juga mudah
untuk dikongsikan dan digunakan oleh guru-guru di sekolah dan kawasan lain yang memerlukan bahan
bantu mengajar yang pelbagai. Sesungguhnya terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira didalam
pelaksanaan sesuatu kajian tindakan yang dilakukan. Sebagai seorang guru, saya merasakan perlu untuk
melakukan penambahbaikan aspek dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa.
RUJUKAN
Sang, M. S. (2011). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong, Selangor: Penerbitan
Multimedia.
Sang, M. S. (2010). Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Perak: Penerbitan
Multimedia.
Sang, M. S. (2010). Psikologi Pendidikan . Perak: Penerbitan Multimedia.
Abbas, K. B. (2009). Media Dalam Pendidikan. Tanjong Malim, Perak: Penerbitan Universiti Sultan Idris
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
228
MAtGEKO; SATU STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 4
MENGHUBUNGKAIT KEPADATAN PENDUDUK DENGAN JENIS KAWASAN
Siti Aminah Binti Othman
nimaitis.othman@gmail.com
Mazlan Bin Hj. Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com
John Ak Brodi
johnbrodi@yahoo.com
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran menghubungkait
kepadatan penduduk dengan jenis kawasan. Kajian ini melibatkan seramai enam orang murid dari
SK Pari Siam. Hasil tinjauan awal mendapati murid mempunyai masalah dalam menghubungkait
fakta yang dipelajari iaitu jenis kawasan dengan kepadatan penduduk. Hasil tinjauan ini disokong
oleh beberapa instrumen yang telah dilaksanakan iaitu lembaran kerja, ujian saringan, ujian
diagnostik, pemerhatian dan temubual. Menggunakan strategi MAtGEKO iaitu permainan yang
menggunakan kemahiran kinestetik murid yang berkaitrapat dengan geografi serta aktiviti
ekonomi berdasarkan sesuatu kawasan yang berteraskan teori pembelajaran pelaziman operan
yang berupaya membantu meningkatkan kemahiran menghubungkait murid. Hal ini dapat dilihat
melalui hasil ujian pra dan ujian pos, pemerhatian, temubual dan lembaran kerja yang
dilaksanakan setelah strategi ini digunakan.
PENDAHULUAN
Konteks Kajian
Saya merupakan seorang guru pelatih opsyen Pengajian Sosial yang telah melaksanakan dua kali
praktikum sebelum ini di sekolah yang berdekatan dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul
Razak, Kota Samarahan. Pada praktikum yang ketiga ini, saya telah menjalankan praktikum di sebuah
sekolah yang terletak di Daerah Serian iaitu Sekolah Kebangsaan Pari Siam. Semasa melaksanakan
praktikum di sekolah ini, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar Tahun 4 bagi subjek Kajian
Tempatan dan Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Kelas ini mempunyai seramai 24 orang murid.
Berdasarkan pengalaman praktikum yang lepas, boleh dikatakan bahawa bilangan murid untuk praktikum
kali ini adalah lebih sedikit bilangannya kerana bilangan murid saya sepanjang dua kali praktikum
sebelumnya berjumlah seramai 30 hingga 50 orang dalam sesebuah kelas. Walaupun bilangan murid tidak
ramai, setiap individu di dalam kelas ini mempunyai kebolehan, kemahiran serta tahap kognitif yang
berbeza-beza. Ini menjadi satu cabaran kepada saya untuk mengajar kelas ini. Berdasarkan pemerhatian
saya di dalam kelas, saya mendapati bahawa murid-murid di dalam kelas ini aktif serta menyukai aktiviti
yang berbentuk „lakonan‟ dan „permainan‟. Mereka boleh berfikir secara kritis dan kreatif serta sering
bekerjasama semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan. Sebilangan besar daripada
mereka suka bertanya sekiranya mereka tidak memahami sesuatu pengajaran dan saya dapati semangat
mereka untuk belajar adalah sangat tinggi.
Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran
Pada 20 Februari 2013, saya telah mengajar kelas tahun 4 mengenai Kepadatan Penduduk di bawah tema
Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia. Pengajaran saya pada awalnya berjalan lancar dimana saya
mendapati murid tidak mempunyai masalah untuk menyatakan jenis kepadatan iaitu padat, sederhana
padat dan kurang padat. Dengan beranggapan bahawa tajuk ini mudah, saya telah melebarkan lagi
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
229
pembelajaran dengan menerangkan kepada murid bahawa kepadatan adalah berbeza mengikut jenis
kawasan iaitu bandar, pertanian dan pedalaman hanya dengan bantuan gambar semata-mata. Perkara yang
sebaliknya terjadi apabila sebilangan murid tidak dapat menghubungkait bahawa setiap kawasan
mempunyai jenis kepadatan yang berbeza-beza. Hal ini dapat dilihat di dalam lembaran kerja murid
apabila terdapat 6 orang murid gagal untuk menjawab soalan yang memerlukan mereka untuk
menghubungkait kepadatan penduduk dengan jenis kawasan.
Oleh itu, pada 26 Februari 2013, saya telah mengulang semula pembelajaran dan pengajaran saya
berkenaan dengan topik ini. Namun demikian, perkara yang sama berlaku secara tidak langsung telah
mengecewakan saya apabila murid masih tidak berupaya menghubungkait kepadatan penduduk dengan
jenis kawasan walaupun saya telah mengulang semula topik tersebut serta melaksanakan pembelajaran
dan pengajaran berpusatkan murid. Adakah strategi yang saya gunakan tidak membantu murid untuk
memahami topik ini? Oleh itu, saya telah membuat penerokaan lanjut bagi memastikan masalah ini wujud
dalam kalangan murid saya.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Daripada lembaran kerja 1 pada sesi pembelajaran dan pengajaran bertarikh 20 Februari 2013, terdapat 6
orang murid didapati tidak berupaya untuk menghubungkait kepadatan penduduk dengan jenis kawasan,
dimana keenam-enam mereka memperoleh markah kurang daripada 30%. Selepas mengulang semula
topik ini iaitu pada 26 Februari 2013, saya mendapati keenam-enam orang murid ini masih tidak dapat
melepasi skor lulus walaupun saya telah merangka lembaran kerja yang lebih mudah dan berbentuk
padanan. Jadual 1 menunjukkan skor yang telah diperoleh keenam-enam orang murid melalui lembaran
kerja 1 dan lembaran kerja 2.
Jadual 1: Markah untuk lembaran kerja 1 dan 2
Nama Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2
Ali 1/3 2/7
Chari 0/3 1/7
Claudi 1/3 1/7
Fedel 1/3 2/7
Manta 1/3 4/7
Welly 0/3 2/7
Sebaik sahaja analisis tersebut dilaksanakan, mereka diuji lagi melalui ujian diagnostik bagi
mengukuhkan lagi kenyataan saya bahawa masalah ini sememangnya wujud dalam kalangan mereka.
Jadual 2 menunjukkan markah yang diperoleh keenam-enam orang murid sasaran saya dalam ujian
diagnostik tersebut.
Jadual 2: Keputusan ujian diagnostik:
Nama Ujian Diagnostik
Ali 0/8
Chari 0/8
Claudi 1/8
Fedel 1/8
Manta 0/8
Welly 0/8
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
230
Markah ujian diagnostik menunjukkan mereka masih lagi berada dalam tahap yang tidak memuaskan.
Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kajian saya ini, saya telah melaksanakan tinjauan dengan
mengumpul beberapa data awal bagi menyokong serta mengesahkan lagi bahawa fokus kajian saya ini
wujud dan boleh diambil tindakan. Langkah yang saya ambil adalah dengan melaksanakan sesi temubual
bersama murid. Saya telah menemubual 6 orang murid yang telah dipilih untuk mendapatkan respon
mereka mengenai kepadatan penduduk yang menjurus kepada kaitannya terhadap jenis kawasan.
Daripada temubual terhadap keenam-enam murid tersebut, kesemua murid sasaran saya dapat
menyatakan jenis kepadatan penduduk dengan betul. Namun begitu, apabila saya meminta murid untuk
menghubungkaitkan kepadatan penduduk dengan jenis kawasan, mereka seringkali menjawab dengan
jawapan yang salah. Hal seumpama ini juga berlaku apabila saya mengajar topik ini di dalam kelas.
Dalam sesi temubual ini, jelas menunjukkan bahawa mereka tidak dapat menghubungkait kepadatan
penduduk dengan jenis kawasan. Ini dapat dilihat melalui temubual terhadap Welly:
Guru : Kamu tahu kenapa kawasan bandar mempunyai penduduk padat,
kawasan pertanian mempunyai penduduk sederhana padat dan
kawasan pedalaman mempunyai penduduk kurang padat?
Welly : Ermmmmm... (tersenyum)
Guru : Kamu tahu?
Welly : Tak tahu
Perbualan seumpama ini juga berlaku terhadap Fedel, Claudi, Ali, Chari dan Mantha. Apa yang lebih
mengecewakan saya adalah apabila Mantha menyatakan kepada saya bahawa dia langsung tidak tahu apa
sebenarnya yang dimaksudkan dengan pedalaman. Ada juga di antara mereka yang hanya menggelengkan
kepada bagi menyatakan bahawa mereka tidak tahu akan jawapan kepada soalan yang saya ajukan.
Fokus Kajian
Berdasarkan kepada bukti-bukti yang telah dikumpul dan dianalisis, jelaslah bahawa terdapat enam orang
murid tidak dapat menghubungkait kepadatan penduduk iaitu padat, sederhana padat dan kurang padat
dengan jenis kawasan iaitu bandar, pertanian dan pedalaman. Walaupun tajuk ini mudah, bagi saya ia
harus dikuasai oleh murid kerana ia merupakan pengetahuan asas bagi murid untuk mempelajari tajuk
berikutnya yang berkesinambungan dengan topik kepadatan penduduk ini. Oleh itu, objektif kajian saya
adalah untuk meningkatkan kemahiran murid untuk menghubungkait kepadatan penduduk dengan jenis
kawasan melalui strategi MAtGEKO.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 6 orang murid dari tahun 4 iaitu 2 orang murid lelaki dan 4 orang
murid perempuan. Mereka ialah Ali, Fedel, Claudi, Charie, Mantha dan Welly. Keenam-enam murid di
dalam kumpulan sasaran saya ini mempunyai masalah dalam menghubungkait kepadatan penduduk
dengan jenis kawasan.
STRATEGI TINDAKAN
Strategi MAtGEKO yang saya pilih ini adalah berpandukan kepada ketiga-tiga keadaan Teori Pelaziman
Operan yang telah dipelopori oleh Thorndike. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pembelajaran
berasaskan teori pelaziman operan perlu melalui tiga keadaan iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan
hukum kesan.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
231
Dalam hal ini, melalui proses pembelajaran dan pengajaran ini, saya telah menerapkan tiga keadaan
utama ini sepanjang melaksanakan kajian. Hal ini dilaksanakan secara teliti dan mengambil masa yang
agak lama kerana saya cenderung untuk melakukan pengulangan sebagai peneguhan untuk murid-murid.
Pada masa yang sama peneguhan yang berbentuk pujian serta kata-kata motivasi sentiasa saya titipkan
sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung.
Langkah 1: Persediaan Pelajar dan Motivasi (Hukum Kesediaan)
Dalam langkah yang pertama ini, saya telah mula menarik perhatian pelajar untuk fokus sepanjang sesi
pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana saya telah memberi memaklumkan kepada murid-murid
bahawa mereka akan bermain semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Sebelum sesi
pembelajaran bermula, saya telah menayangkan video ringkas berkenaan dengan kawasan bandar,
pertanian dan pedalaman serta meningkatkan motivasi murid untuk menghayati sesi pembelajaran pada
hari tersebut.
Langkah 2: Pelaksanaan Permainan (Hukum Latihan)
Selepas ditayangkan dengan video dan penerangan berkenaan dengan kawasan bandar, pertanian dan
pedalaman, saya telah membuat penerangan berdasarkan video berkenaan dengan kepadatan penduduk.
Saya telah membuat penerangan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid agar
mereka lebih mudah memahami apa yang saya sampaikan. Seperti yang dinyatakan oleh Omardin Ashaari
(1999), beliau ada menyatakan bahawa penerangan yang diberi kepada murid-murid haruslah sesuai
dengan tahap kefahaman pelajar.
Sepanjang berlangsungnya sesi ini, murid-murid telah diberi peluang untuk bermain permainan
MAtGEKO secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga ahli. Saya memilih untuk membahagikan
murid kepada tiga orang dalam satu kumpulan kerana saya merasakan interaksi akan lebih berkesan dan
tidak akan ada murid yang hanya menjadi „penumpang‟ di dalam kumpulan. Hal ini telah dinyatakan oleh
George M. Jacobs, yang telah dterjemah oleh Gan Siowk Lee (1998), beliau menyatakan bahawa lebih
kecil ahli sesuatu kumpulan, lebih banyak peluang seseorang ahli bercakap dan lebih kurang peluang
seseorang diketepikan.
Dengan mengaplikasikan proses yang ditekankan oleh Thorndike iaitu memilih dan menghubungkait
(selecting and connecting), setiap kumpulan akan memilih bendera yang mengandungi imej visual yang
sesuai berkenaan aktiviti ekonomi di sesuatu kawasan (bandar, pertanian dan pedalaman). Bendera-
bendera tersebut akan diletakkan di peta yang menunjukkan ketiga-tiga kawasan yang berbeza yang
dirasakan sesuai.
Permainan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri bagaimana sesebuah
kawasan itu mempunyai penduduk yang padat, sederhana atau sebaliknya. Bagi memperlihatkan
kerelevanan sesuatu kawasan itu mempunyai penduduk padat, sederhana padat atau kurang padat, saya
telah memastikan bahawa aktiviti ekonomi di kawasan bandar adalah lebih banyak jika dibandingkan
dengan aktiviti ekonomi di kawasan pertanian dan pedalaman. Dengan itu, murid akan dapat
menghubungkait mengapa kawasan bandar mempunyai penduduk yang padat, kawasan pertanian
mempunyai penduduk yang sederhana padat dan kawasan pedalaman mempunyai penduduk yang kurang
padat.
Oleh itu, kumpulan yang tidak berjaya memilih dan menghubungkait aktiviti ekonomi dengan kawasan
yang sesuai, akan diterangkan semula oleh saya berkenaan dengan kepadatan penduduk dengan bantuan
video, seperti yang telah saya lakukan pada awal sesi pembelajaran. Selesai penerangan, murid akan
sekali lagi mencuba melengkapkan MAtGEKO sehingga saya memberi peneguhan, „Ya, Kamu Berjaya!
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
232
Kamu Hebat!‟
Setelah kedua-dua kumpulan berjaya melengkapkan permainan MAtGEKO, saya telah bertanya kepada
mereka tentang apa yang mereka peroleh melalui permainan tersebut. mereka diminta untuk memilih
pasangan masing-masing bagi melengkapkan MAtGEKO Mini pula. Dengan berbuat demikian saya dapat
mengukuhkan lagi kefahaman murid di samping memberi peluang kepada mereka untuk berkolaborasi
sesama sendiri agar mereka lebih faham akan hubungkait antara kepadatan penduduk dengan jenis
kawasan seperti yang telah saya terangkan dan melalui penglibatan permainan MAtGEKO sebentar tadi.
Langkah 3: Penilaian (Hukum Kesan)
Saya telah mengadakan soaljawab bersama murid. Murid yang dapat menjawab soalan dengan betul saya
berikan peneguhan berbentuk pujian dan kata-kata semangat. Murid kelihatan teruja dan yakin menjawab
apabila saya sentiasa memberi kata-kata yang positif semasa mereka menjawab soalan. Ujian pasca juga
telah saya adakan bagi tujuan untuk menilai tahap kefahaman murid dengan lebih mendalam berkenaan
hubungkait kepadatan dengan jenis kawasan. Selain itu, pada hari berikutnya, saya telah meminta murid
untuk melengkapkan lembaran kerja bagi menyokong keputusan ujian pasca mereka. Pada masa yang
sama, temubual juga telah dilaksanakan pada hari tersebut.
Kaedah Pengumpulan Data
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan instrumen khusus untuk pengumpulan data.
Rajah berikut menunjukkan cara pengumpulan data yang telah saya gunakan.
DAPATAN
Ujian Pra dan Ujian Pos
Jadual 3: Jadual Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Nama Murid Ujian Pra (%) Ujian Pos (%) Perbezaan Peratus
Ali 0/10 0% 10/10 100% 100%
Claudi 4/10 40% 10/10 100% 60%
Charie 4/10 40% 09/10 90% 50%
Fedel 4/10 40% 08/10 80% 40%
Mantha 3/10 30% 10/10 100% 70%
Welly 3/10 30% 10/10 100% 70%
Lembaran Kerja
Pemerhatian Temubual Ujian Pra dan Ujian
Pasca
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
233
Melalui analisis perbezaan markah ujian pra dan ujian pos yang ditunjukkan di dalam jadual 3, keenam-
enam subjek kajian telah mengalami peningkatan peratusan sebanyak 40% dan ke atas selepas
pelaksanaan intervensi. Fedel didapati mempunyai peratusan peningkatan yang lebih rendah, iaitu 40%.
Diikuti oleh Charie, Claudi, Mantha, Welly dan Ali yang masing-masing memperoleh peningkatan
peratusan sebanyak, 50%, 60%, 70% dan 100%. Ali, Claudi, Mantha dan Welly menunjukkan
peningkatan prestasi yang memberangsangkan, dimana keempat-empat mereka memperoleh markah
penuh untuk ujian pos.
Lembaran Kerja
Jadual 4: Jadual Markah Lembaran Kerja
Nama Murid Markah Lembaran Kerja (%)
Ali 5/5 100%
Claudi 5/5 100%
Charie 5/5 100%
Fedel 5/5 100%
Mantha 5/5 100%
Welly 5/5 100%
Hasil daripada analisis markah lembaran kerja ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa semua subjek kajian
mencatat peratusan markah yang sangat memberangsangkan. Kesemua mereka memperoleh markah
penuh untuk lembaran kerja yang telah saya edarkan selepas 2 bulan pelaksanaan intervensi. Hal ini
secara tidak langsung telah mengukuhkan lagi dapatan kajian saya bahawa intervensi ini sememangnya
telah membantu murid-murid saya dalam meningkatkan kemahiran mereka untuk menghubungkait
kepadatan penduduk dengan jenis kawasan.
Temubual
Saya juga telah menjalankan temubual yang berbentuk bukan direktif terhadap keenam-enam orang murid
saya. melalui temubual ini saya telah memberikan penekanan terhadap pengetahuan yang mereka peroleh
selepas pelaksanaan intervensi. Pada masa yang sama, saya juga telah bertanyakan tentang perasaan
mereka sepanjang pelaksanaan intervensi ini. Temubual bukan direktif ini dilaksanakan kerana saya
melihat murid saya lebih yakin untuk mengutarakan pendapat sekiranya saya membuat temubual secara
santai terhadap mereka. Berikut merupakan antara transkrip temubual yang telah saya laksanakan
terhadap subjek kajian.
Guru : Fedel, daripada permainan semalam, apa yang kamu faham tentang
penduduk padat, sederhana dan kurang padat?
Fedel : Penduduk yang padat ada di bandar, sederhana di pedalaman dan kurang
padat di tempat pertanian.
Welly : Eh, salah. Tak ingat ka game semalam? Di pedalaman penduduk dia kurang
padat, di tempat pertanian sederhana padat.
Guru : Macam mana kamu tahu kawasan pedalaman, penduduknya tidak ramai?
Ali : Semalam bendera di sana paling sikit. Lagipun, tempat macam tu susah nak
pergi, hutan banyak.
Charie : Ya, sebab tu semua yang tinggal disitu tanam sayur untuk diri sendiri. Mana
ada pasar kat sana?
Guru : Bagaimana pula dengan kawasan pertanian, Claudi? Sama ke dengan
kawasan pedalaman?
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
234
Claudi : Tak! Bendera kat sana lebih banyak.
Mantha : Kalau di tempat tu, masih ada pasar, orang masih jual dan beli barang.
Guru : Adakah kamu lebih faham tentang kepadatan penduduk berbanding dengan
apa yang cikgu ajar sebelum ini?
Ali : Ya. Saya nampak dah kawasan mana yang ada penduduk ramai, sederhana
dan sikit, lepas main game.
Claudi : Seronok main semalam cikgu. Patutlah di pedalaman orang dia tanam sayur
untuk diri sendiri. Mereka tak dapat nak pergi ke pasar.
Fedel : (Angguk kepala).Tak macam di tempat pertanian, orang yang tinggal situ
masih dapat ke kedai, macam tempat kita.
Welly : Sekarang baru nampak kenapa di bandar itu ramai sangat orang.
Mantha : Cikgu, kat situla (bandar) tempat orang bekerja.
Charie : Jadi sekarang dah tau kawasan penduduk yang ramai, sederhana dan tak
ramai.
Melalui temubual ini, saya dapat melihat bahawa MAtGEKO yang berunsurkan permainan telah banyak
membantu murid saya dalam meningkatkan kemahiran mereka untuk menghubungkait kepadatan
penduduk dengan jenis kawasan. Bahkan, melalui MAtGEKO ini, murid sangat mudah untuk memahami
dan „nampak‟ akan hubungkait antara kepadatan penduduk dengan jenis kawasan.
Pemerhatian Tidak Berstruktur
Intervensi ini dilakukan secara berulang-ulang dengan mematuhi prinsip teori behavioris yang
menekankan pengulangan dalam usaha untuk mengurangkan gerak balas salah yang dihasilkan pada
peringkat permulaan (Thorndike; 1971). Selepas beberapa hari pelaksanaan intervensi, saya telah
mengedarkan ujian pos terhadap subjek kajian. Sepanjang pelaksanaan ujian pos ini, saya dapat melihat
murid lebih yakin untuk menjawab soalan berbanding ujian pra sebelumnya. Ini dapat dilihat melalui nota
lapangan saya yang tertulis,
“Mereka tersenyum semasa menjawab soalan untuk ujian pasca dan lembaran kerja”
(NL 16-04-13)
Perubahan tingkah laku juga telah berlaku apabila saya telah melihat
“Aktiviti bersama murid hari ini lebih ceria daripada biasa. Claudi, Welly yang dikenali
sebagai murid pasif di dalam kelas kelihatan bersemangat untuk menyelesaikan tugasan
berkumpulan di hamparan MAtGEKO”
(NL 16-04-13)
Melalui nota lapangan ini, dapat dirumuskan bahawa kesemua subjek memberikan reaksi positif sama ada
dari segi tingkah laku mahupun pengetahuan mereka di dalam kemahiran menghubungkait. Lebih
membanggakan, perubahan-perubahan ini secara tidak langsung telah membantu murid-murid saya dari
aspek kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
235
REFLEKSI
Berkesinambungan daripada proses pembelajaran dan pengajaran yang telah saya laksanakan
menggunakan strategi yang telah dirancang, secara keseluruhannya, saya telah berjaya melaksanakan sesi
pembelajaran dan pengajaran dengan lebih terancang serta mengambil kira keperluan serta
kecenderungan murid. Walaupun pada awalnya saya masih lagi khuatir dengan strategi ini, namun hasil
yang diperoleh melalui dapatan kajian secara tidak langsung memberi semangat untuk saya terus
memantapkan lagi strategi pengajaran pada masa yang akan datang.
Sebagai seorang guru pelatih, saya berasa sangat berpuas hati apabila strategi MAtGEKO yang telah saya
laksanakan dapat mengeluarkan murid-murid saya daripada gelombang „tidak faham‟ semasa di dalam
kelas. Saya sangat bersyukur kerana dengan izinNya, murid-murid saya kini sedikit sebanyak sudah boleh
menghubungkait pembelajaran mereka dengan persekitaran secara lebih logik dalam kehidupan seharian
berdasarkan pengalaman yang mereka peroleh semasa di dalam kelas.
Melalui kajian ini juga, saya sedar bahawa semua murid pada hakikatnya mempunyai potensi di dalam
diri mereka masing-masing. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru sebenarnya untuk memahami
serta mengenalpasti sikap serta kecenderungan setiap murid di dalam kelas. Umum mengetahui bahawa
setiap manusia adalah berbeza-beza, maka guru harus sentiasa membuat pertimbangan melalui rancangan
pengajaran yang dilaksanakan setiap hari, dengan mengambilkira kemahiran murid-muridnya di dalam
kelas. Secara tidak langsung, hal ini akan menjadikan murid lebih selesa mengikuti sesi pembelajaran dan
pengajaran.
CADANGAN KAJIAN/TINDAKAN SETERUSNYA
Dalam usaha untuk menjadikan kajian ini sebagai satu kajian yang mampu memberi manfaat secara
berterusan kepada murid-murid, saya mencadangkan bahawa strategi yang mengaplikasikan permainan
dalam pelajaran, yakni yang berunsurkan penyelesaian masalah harus dipertingkatkan lagi agar ia boleh
digunapakai dalam tajuk-tajuk lain terutamanya di dalam topik untuk subjek Kajian Tempatan serta
Pendidikan Sivik Kewarganegaraan.
Rentetan daripada itu, saya bercadang agar pengaplikasian penggunaan MAtGEKO sebagai satu
permainan dalam proses pembelajaran dan pengajaran boleh diperbanyakkan lagi salinannya, iaitu dibuat
dalam bentuk kertas biasa agar ia boleh digunapakai oleh semua murid. Guru boleh mengaplikasikan
penggunaan MAtGEKO, iaitu gabungan penggunaan video bersama keterangan guru serta permainan
MAtGEKO mini terhadap murid secara individu. Kebolehgunaan MAtGEKO dalam individu mahupun
kumpulan boleh ditambahkan lagi keseronokan semasa bermain sekiranya saya menggunakan
pertandingan sebagai satu peneguhan kepada murid.
Seterusnya, saya harus mengambil peluang ini untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam terhadap
teori behavioris. Sepanjang melaksanakan kajian ini, saya tertarik untuk membuat lebih banyak bacaan
berkenaan dengan teori ini. Oleh itu, untuk kajian yang akan datang, saya bercadang untuk menambah
baik penggunaan MAtGEKO ini dengan mengambilkira teori-teori behavioris yang berbeza dan cuba
mengaplikasikannya terhadap murid-murid bagi melihat keberkesanan strategi ini.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMPPS1110 2013
236
RUJUKAN
Husin, K. H. (2003). Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Sang, M. S. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan
Tindakan . Perak: CIPTA Printing & Publishing.
Sihes, A. J. (2010). Teori Pembelajaran. 4.
top related