assignment pedagogi
Post on 21-Jul-2016
453 Views
Preview:
TRANSCRIPT
EPM 233/SEPT 2012
a) Apa itu pengajaran berpusatkan murid?
“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan
pelajaran atau penyebaran ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya. Ia merupakan satu
proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan aktiviti pengajaran, menilai kembali
apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses
pengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk membimbing
murid menjalankan aktiviti pembelajaran
Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk
membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunya
Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran
berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu: pengetahuan profesional guru dan
komitmen guru berupaya merancang pengajaran secara tersusun dengan cemerlang (excellent
instructional planning).
Pengajaran berpusatkan murid pula adalah satu kaedah untuk meningkatkan
penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk
menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan
bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan
murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid. Dengan erti
kata lain, murid bertanggung jawab ke atas pembelajarannya dengan terlibat dalam
komunikasi dua hala antara guru dan murid.
. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka harus
menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai cirri-ciri perlakuan yang berbeza.
Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-
teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Selain berpotensi
memeransangkan murid belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis
konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid serta dapat menghasilkan pembelajaran
yang bermakna. Ini turut memberi peluang kepada murid untuk belajar secara individu,
kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui
- 1 -
EPM 233/SEPT 2012
rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Namun begitu guru perlu
mewujudkan prosedur pemantauan agar murid bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari
oleh mereka.
Menurut Syidam Abdullah, 2008 terdapat beberapa prinsip pembelajaran berpusatkan
murid iaitu :-
i. Daya berfikir, minat dan perbezaan individu murid merupakan pertimbangan
utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan murid
secara aktif, di mana guru hanya sebagai fasilitator.
iii. Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan.
iv. Penilaian diberikan terhadap penilaian kendiri.
- 2 -
EPM 233/SEPT 2012
b) Strategi dan Kaedah Yang Melibatkan Murid Secara Aktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Konsep Strategi :-
Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan
sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan secara umumnya, strategi ialah kebijaksanaan
memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Antara strategi yang boleh dijadikan panduan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian teknik, kepelbagaian sumber bahan,
penggunaan tatabahasa yang tepat, pengajaran dan pembelajaran bertema, bacaan luas,
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Peranan strategi
pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar murid-murid yang berbeza dari segi
kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan
pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza
itu. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah
mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan.
Konsep Kaedah:-
Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan
yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dengan berlandaskan kepada sesuatu
pendekatan yang dipilih. Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik
dengan tujuan mencapai objektif yang spesifik dalam jangka pendek. Dalam erti kata lain,
kaedah mengajar ialah cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah-langkah
penyampaian yang tersusun. (Mook Soon Seng, 1992)
Kepentingan Kaedah dan Teknik
i. Kepelbagaian teknik pengajaran membantu guru dalam penyampaian yang berkesan.
ii. Peluang pembelajaran (learning opportunities) dan pengalaman pembelajaran (learning .
experiences) akan mengubah tingkah laku murid dari segi kognitif, psikomotor dan
efektif.
iii. Pembelajaran seharusnya menyeronokkan apabila guru menggunakan pelbagai situasi dan
ransangan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
- 3 -
EPM 233/SEPT 2012
Terdapat pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang berpusatkan murid yang boleh
digunakan oleh guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan di dalam bilik darjah. Kaedah
pengajaran yang lazimnya digunakan oleh guru mestilah sesuai dengan tahap dan kebolehan
murid supaya pengajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Berikut adalah kaedah-kaedah yang sering digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan kaedah-kaedah yang digunakan adalah berpusatkan
murid kerana menjalankan aktiviti yang dirancang dan guru hanya bertindak sebagai
fasilitator dan pemudah cara kepada murid-murid. Menurut Freiberg, 1996 dalam Giam Kah
How, 2000 terdapat strategi yang berpusatkan murid seperti main peranan, simulasi dan
pengaajaran reflektif. Di sini, disenaraikan nama strategi pembelajaran berpusatkan murid
antaranya adalah :-
1) Kaedah Tunjuk dan Cakap
Kaedah tunjuk dan cakap (show and tell) merupakan kaedah mengajar yang sungguh
mudah dilaksanakan. Kaedah ini memerlukan murid memilih sesuatu objek atau peristiwa
yang penting baginya (contoh: sekuntum bunga, seketul batu, gambar haiwan, sesuatu
permainan dan sebagainya). Kemudian murid akan datang ke hadapan kelas dan membuat
suatu penyampaian selama 2-3 minit tentang tajuk, objek, perkara atau peristiwa.
Kaedah ini mempunyai banyak faedah seperti berikut: boleh melatih murid bercakap,
belajar mendengar, menambah keyakinan diri, belajar menggunkan bahasa yang betul, belajar
bercerita, belajar menghubungkait dan sebagainya.
2) Kaedah Perbincangan
Kaedah perbincangan merupakan satu strategi pengajaran yang melibatkan satu
aktiviti perbualan di antara murid dengan guru dan di antara murid dengan murid di dalan
sesebuah kelas. Dalam sesi perbincangan, guru lazimnya menjadi fasilitator kepada
perbincangan. Murid pula memainkan peranan yang aktif dalam sesi perbincangan tersebut.
terdapat dua jenis bentuk perbincangan iaitu perbincangan yang dijalankan di keseluruhan
kelas dan juga perbincangan antara kumpulan-kumpulan kecil. Perbincangan boleh dilakukan
sebagai forum, seminar atau sesi sumbangsaran.
Kaedah perbincangan boleh mengembangkan daya kognitif murid apabila mereka
diberi peluang untuk membentangkan sesuatu pendapat atau idea dengan mengikuti peraturan
yang ditetapkan, membuat refleksi, memupuk kerjasama dan toleransi. Tajuk perbincangan
pula harus bersesuaian dengan pemikiran, pengalaman dan minat murid, berfaedah bagi
- 4 -
EPM 233/SEPT 2012
mereka serta skop yang jelas dan khusus. Pastikan perbincangan tidak didominasi oleh
segelintir mereka yang “suka dan berani” bercakap.
3) Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based Learning)
Pembelajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah sistematik yang melibatkan
murid dalam pengjaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan pengumpulan bahan,
memproses data, membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek dan
pelaporan hasil. Tugas yang diberikan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan
murid yang terlibat.
Pembelajaran berasaskan projek memberi pelajar peluang mengaplikasi konsep dan
teori yang dipelajari dalam bilik darjah kepada situasi sebenar atau autentik. Sesuatu projek
membawa kepada penghasilah sesuatu objek, produk, teknik, kaedah baru dan sebagainya.
Murid bermula dengan mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan membaca, membuat
rujukan, berbincang dalam kumpulan dan berfkir secara kritis perkara yang hendak
diselesaikan.
Kaedah ini sangat berguna melahirkan kemahiran abad ke-21 dengan memberi murid
peluang menjana idea, mengajar murid untuk menerima dan menghormati perbezaan individu,
bersedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing.
4) Simulasi dan Main Peranan (Simulation and Playing Simulations)
Simulasi ialah satu jenis kaedah yang cuba mewujudkan sesuatu suasana, keadaan atau
persekitaran yang hampir menyamai realiti. Peserta-pesertanya memain peranan tertentu dan
berinteraksi antara satu sama lain serupa seperti watak-watak yang terdapat dalam situasi
sebenar untuk menyelesaikan masalah.
Main peranan pula ialah situasi yang melibatkan murid memegang peranan dan
bertindak secara spontan atau berstruktur sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang
telah ditentukan.
Kedua-dua kaedah ini mengajar murid memupuk bakat bercakap, berlakon,
memahami dan membayangkan situasi sebenar dengan lebih jelas, mengekalkan daya ingatan,
menggalakkan imaginasi dan memotivasikan murid.
5) Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif ialah satu persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah di
mana murid dari kumpulan berkebolehan berlainan (heterogeneous) bekerjasama belajar
- 5 -
EPM 233/SEPT 2012
kemahiran kaloboratif dan sosial apabila bekerja dalam kumpulan kecil ke arah pencapaian
objektif dan matlamat yang sama. Contohnya dalam mereka bentuk dan menghasilkan projek
sistem pengurusan pangkalan data, setiap murid dalam sesuatu kumpulan berkongsi
pengetahuan, saling menyoal atau menjawab soalan dan sama-sama mengkaji sesuatu
masalah. Seorang murid tidak dapat menyempurnakan tugas tersebut secara sendirian
sebaliknya perlu bergantung kepada ahli-ahli dalam kumpulannya. Guru hanya bertindak
sebagai pemudah cara, pembimbing atau pembekal maklumat. Setiap kumpulan pada
akhirnya membentangkan projek yang telah dihasilkan untuk dibincangkan. Di sini guru perlu
prihatin untuk memberikan ganjaran dan pengiktirafan kepada kumpulan yang menunjukkan
prestasi yang baik.
Kaedah ini boleh membina kemahiran berkomunikasi secara lisan, kemahiran sosial
berfikiran kritis untuk sama-sama menyelesaikan masalah atau terlibat dalam satu projek yang
bermakna. Ia juga menggalakkan murid berdikari, bebas memberi dan mendengar pendapat
serta menghormati pendapat orang lain. Di samping itu juga, nilai-nila kerjasama,
bertanggungjawab, toleransi, perpaduan dan persefahaman dapat dipupuk dalam kumpulan
yang dibentuk. Beberapa kajian menunjukkan murid yang bekerja dalam satu pasukan dapat
belajar antara satu sama lain (Slavin, 1990).
6) Kaedah Inkuiri (Inquiry Method)
Kaedah ini melibatkan beberapa langkah yang dilakukan seperti mengenal pasti
sesuatu masalah yang ingin diselesai, merancang cara penyelesaian dengan membentangkan
hipotesis atau soalan kajian, mengumpul maklumat yang melibatkan murid bertemubual,
memerhati, menyukat, mencatat maklumat dan membuat rujukan, mengkaji maklumat yang
terkumpul dengan membuat analisis, menginterpretasi data, membuat rumusan berdasarkan
data yang telkah dikumpulkan dan dianalisis. Kaedah inkuiri amat berguna bagi mendapatkan
maklumat dan pengetahuan baru dan boleh diaplikasi dalam semua mata pelajaran.
Kaedah inkuiri dapat memperkembangkan berbagai kemahiran seperti memerhati,
menyukat, melukis dan melabel, mendengar, menghurai, menerang, memasang, membuat
laporan. menemubual, membuat rujukan, menjadual, membuat ramalan, menyelesaikan
masalah, membuat kesimpulan dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran yang diterapkan
kepada murid amat berguna dan berfungsi dengan berkesan di tempat pekerjaan dan
masyarakat amnya. Ini adalah cabaran bagi guru memperkembangkan kemahiran-kemahiran
dalam pengajaran sehariaannya, tidak kira apa jua mata pelajaran pun.
- 6 -
EPM 233/SEPT 2012
7) Kaedah Sumbang Saran
Sewaktu pelaksanaannya guru akan menerangkan tujuan dan mengemukan persoalan
yang menjadi fokus sesi berkenaan. Murid tidak digalakkan mengkritik idea orang lain tetapi
berusaha mengumpul idea sebanyak mungkin kerana idea harus dinyatakan secara spontan.
Idea yang dikemukakan oleh rakan boleh dikembangkan oleh pelajar lain. Guru hendaklah
bersikap positif terhadap idea pelajar dan berperanan sebagai pengadil dan menguatkuasa
peraturan. Guru hendaklah sentiasa menggesa setiap murid mengemukakan idea walaupun
tidak penting.
Kaedah sumbang saran ini banyak memberi banyak faedah kerana ia bertujuan
menggalakkan murid menggunakan pemikiran imaginatif secara kreatif untuk mendapat idea
baru sebanyak mungkin dalam sesuatu isu.
8) Kaedah Perbahasan
Guru bertanggungjawab menentukan tajuk perbincangan dan menentukan murid
sentiasa mengambil bahagian semasa aktiviti dijalankan. Guru juga perlu menentukan
bilangan ahli bagi setiap kumpulan (3-4 orang) dan melantik pengadil serta pengerusi majlis.
Guru juga berperanan menentukan masa setiap ahli bercakap dan masa bagi setiap kumpulan
membuat persediaan dan menggulung perbahasan. Murid lain boleh mengambil bahagian jika
ada masa.
Kaedah ini bertujuan membolehkan murid berbincang tentang isi atau persoalan yang
dibentangkan. Kaedah ini juga dapat mengasah kebolehan murid dalam percakapan dan
menganalisis maklumat.
9) Kaedah Bercerita
Sebelum aktiviti dijalankan, guru hendaklah menyediakan ringkasan dan fakta cerita
di samping menyediakan alat-alat yang perlu untuk menerangkan fakta. Contohnya seperti
peta kedudukan tempat, benda-benda maujud seperti pedang dan sebagainya untuk
menggayakan cerita dengan lebih menarik dan berkesan. Menarik perhatian murid kepada
cerita dan pesanan supaya mencatat fakta penting. Guru bercerita dengan suara yang kuat
supaya boleh didengar oleh seluruh kelas. Bercerita dengan nada dan intonasi suara yang
betul, gaya atau gerak geri serta memek muka yang sesuai mengikut situasi. Boleh memberi
soalan kefahaman di akhir pelajaran untuk menguji tahap kefahaman murid.
- 7 -
EPM 233/SEPT 2012
Kaedah bercerita dapat melatih kemahiran mendengar di kalangan murid dan
mengulang sebut fakta daripada cerita yang didengar.
10) Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu
berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah
tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi
yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini dan menyelesaikan
sesuatu yang rumit. Tujuan penyelesaian masalah ialah ia memboleh murid berfikir secara
rasional, logik dan abjektif apabila menghadapi masalah, mempertingkatkan daya berfikir
murid secara kreatif dan kritis. Kelebihannya boleh mewujudkan proses pembelajaran yang
berpusatkan murid dan penglibatan murid secara aktif dalam sesi pembelajaran.
Sebagai kesimpulannya, pendekatan pembelajaran berpusatkan murid merupakan
strategi dan kaedah yang dapat menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam proses
pembelajaran. Justeru, pendekatan ini perlu diterapkan oleh setiap guru dalam pengajaran
mereka agar murid dapat memperoleh hasil pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
Dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan murid, setiap guru perlu bertindak sebagai
fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. guru juga perlu
mempunyai kepekaan dan persepsi yang tepat terhadap keperluan murid serta bijak
menggunakan bahan bantu mengajar bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaranberjalan dengan lancar sejajar dengan objektif pengajaran dan pembelajaran
yang ditetapkan. Selain itu, guru harus melengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi
kerana komunikasi yang berkesan memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan
pembelajaran berpusatkan murid.
- 8 -
EPM 233/SEPT 2012
c) Kaedah Penilaian Yang Selaras Pengajaran Berpusatkan Murid.
Menurut Nana Sudjana (1989 : 2), penilaian adalah suatu tindakan atau kegiatan untuk
melihat sejauhamana tujuan-tujuan instruksional telah dapat dicapai atau dikuasai dalam
bentuk hasil-hasil belajar yang diperlihatkannya setelah menempuh pengalaman belajarnya
(proses belajar-mengajarnya). Di sini dapat dilihat guru memainkan penting dalam mengesan
kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Disamping itu juga, guru dapat menentukan hasil
pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian,
menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melaui aktiviti
penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
dari segi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Ciri-ciri dan Prosedur Kaedah Penilaian Berdasarkan Pengajaran Berpusatkan Murid
Di dalam Bilik Darjah
Aktiviti penilaian yang dijalankan di dalam bilik darjah merupakan sebahagian proses
pengajaran dan pembelajaran. Penilaian bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan
tujuan mengesan penguasaan dan kemajuan murid di dalam bilik darjah. Maklumat yang
diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid.
Ciri-ciri Kaedah Penilaian Di dalam Bilik Darjah
i. Menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai
ii. Membantu guru mengubahsuain kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk
membaiki kelemahan pembelajaran murid.
iii. Dijalankan secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam
aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi.
iv. Memastikan perinsip asas penilaian diikuti dengan tujuan penilaian, bidang yang
dinilai, calon yang dinilai dan teknik yang akan digurnakan dalam penilaian.
- 9 -
EPM 233/SEPT 2012
Bentuk Kaedah Penilaian Di dalam Bilik Darjah
i. Penilaian Kemajuan/Progress (Penilaian Formatif)
Pada asasnya, penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran
pembelajaran. Di samping memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, secara langsung
penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu
pelajaran. Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang dikendalikan dan dapat
memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau
penguasaan murid dan seterusnya guru akan membuat pembaikan agar murid dapat mengua-
sai dengan lebih baik. Situasi ini akan menolong murid menguasai sesuatu unit atau topik
pembelajaran dan hal ini memungkinkan mereka memperoleh pencapaian yang lebih baik
pada akhir penggal atau semester persekolahan.
Penilaian formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian
pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan
pencapaian murid dari semasa ke semasa. Dengan mengadakan ujian formatif, guru dapat
meninggikan pencapaian dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui
perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid
lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang
dihadapi oleh murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini,
guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal
persekolahan.
Di samping itu, kegunaan penilaian formatif juga bertujuan mengubah suai pengajaran
seseorang guru. Hal ini disebabkan pencapaian yang rendah dalam kalangan murid
barangkali disebabkan oleh kelemahan pengajaran guru itu sendiri. Pendekatan yang
diambil oleh guru berkenaan tidak semestinya sama dalam semua sesi pembelajaran yang
dikendalikan. Begitu juga murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat
kebolehan. Ada yang sederhana, lemah dan cemerlang. Keadaan ini memerlukan
pengubahsuaian dalam penyampaian guru agar pembelajaran lebih berkesan. Berasaskan
penilaian yang dijalankan guru dapat mengenal pasti aspek atau topik yang menunjukkan
kecenderungan murid masih lemah dan topik yang telah dikuasai oleh murid. Selain
mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan pendekatan yang
lebih baik dalam penyampaian. Misalnya, guru menggunakan pendekatan syarahan dalam
- 10 -
EPM 233/SEPT 2012
menyampaikan pengajaran. Pada akhir topik berkenaan, satu ujian formatif dilakukan dan
mendapati kebanyakan murid kurang memahami topik yang diperkatakan. Dengan itu,
guru dapat memahami bahawa pendekatan berkenaan tidak sesuai dan beliau boleh mengubah
dengan menggunakan pendekatan lain seperti perbincangan dan sebagainya.
Penilaian formatif juga bertujuan untuk memberikan bimbingan pembelajaran kepada
murid. Maklumat yang diperoleh daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan oleh murid
untuk mengatasi kelemahan mereka. Mereka boleh berbincang dan mendapatkan bimbingan
serta khidmat nasihat daripada guru mereka. Dengan cara itu, murid berkenaan dapat mengatasi
masalah mereka dan seterusnya meningkatkan penguasaan dari segi pembelajaran. Mereka juga
akan menjadi sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu
memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.
Kesimpulannya, penilaian atau ujian formatif merupakan suatu strategi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat dalam membantu pelajar dan guru. Maklum
balas yang diperoleh dapat digunakan oleh guru dan murid serta-merta dalam memperbaiki
kelemahan yang wujud. Maklum balas yang diperoleh memberikan motivasi kepada guru untuk
terus berusaha dengan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Sementara pada pihak
murid pula, ia memberikan harapan tinggi untuk mereka mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran.
ii. Pencapaian /Achievement (Penilaian Sumatif)
Pada umumnya, penilaian sumatif digunakan untuk menentukan pencapaian murid
sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang
telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan
kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini berdasarkan skor yang diperoleh oleh pelajar dalam
penilaian yang dijalankan.
Guru atau pendidik juga dapat membuat ramalan akan kejayaan murid dalam sesuatu
mata pelajaran. Pencapaian pada peringkat awal biasanya mempunyai perhubungan yang
tinggi dengan peringkat pencapaian yang seterusnya. Misalnya, kemahiran mengenal huruf
murid akan menjadi ramalan kepada kemahiran untuk menyusun huruf-huruf dalam
membentuk perkataan pada masa depan.
- 11 -
EPM 233/SEPT 2012
Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus
baharu yang berkaitan. Sebelum memulakan sesuatu kursus baharu murid dikehendaki terlebih
dahulu menduduki ujian yang menentukan peringkat pencapaian mereka agar dapat memastikan
murid berkenaan telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan dalam sesuatu kursus baharu
berkenaan. Sekiranya murid berkenaan sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka
dibenarkan untuk mengambil kursus tersebut.
Selain itu, keputusan penilaian sumatif juga dapat memperlihatkan peringkat pencapaian
yang berbeza mengikut kumpulan. Item yang sama ditadbir kepada beberapa kumpulan bagi
tujuan membuat perbandingan pencapaian yang diperoleh. Dengan cara itu, perbandingan
pencapaian dapat dibuat dalam menentukan kelompok pelajar lemah, sederhana dan cemerlang
serta kelas (bilik darjah) yang lemah dan cemerlang.
Penilaian sumatif biasanya dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada
akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang
murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian
secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
Kesimpulannya, penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan telah lama
dilaksanakan dalam dunia pendidikan dengan tujuan utama adalah untuk memberikan gred kepada
pencapaian murid. Di samping itu, penilaian ini juga dapat digunakan secara menyeluruh dalam
memperbaiki sesuatu kurikulum kerana keputusan yang diperoleh lebih menyeluruh.
iii. Penilaian Aptitud/Sikap
Proses mgenal pasti ciri-ciri dalam individu yang wujud atau terbina secara
semulajadi atau melalui pengalaman. Tujuan penilaian dijalankan adalah untuk mengenal
pasti potensi individu dan meramal kejayaan dalam pembelajaran. Ciri-ciri penilaian ini ialah
berdasarkan pengukuran konstruk, instrumennya bebas daripada pengaruh sosial dan
menggunakan pelbagaim pendekatan. Contoh penilaian aptitud/sikap boleh dinilai melalui
kaedah seperti kaedah pemerhatian, portfolio, jurnal, penilaian kendiri, projek, rakan sebaya
dan ujian.
- 12 -
EPM 233/SEPT 2012
1. Kaedah Penilaian Melalui Pemerhatian
Kaedah penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa
yang pelajar tahu bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa
sebenar. Ianya merupakan satu alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan
psikomotor murid.
Tujuan utamanya adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang
kualiti pencapaian murid, termasuklah proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan
cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut. Sebagai satu panduan dalam menggunakan
kaedah pentaksiran ini berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.
i. Fahami asas kepada pemerhatian
- Menyedari keadaan sekeliling
- Membezakan di antara tingkah laku yang subjektif dan objektif
- Membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens
- Prasa soalan yang menghadkan pemerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir
ii. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan
- Membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati
- Membuat pelan sampel
- Menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkah
laku, tindakan dan kemahiran itu timbul
- Melatih pemerhati
iii. Memerhati dan merekod bagaimana murid melakukan tingkah laku tersebut.
Prosedur pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal atau tidak formal.
iv. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna
sebagai satu “feedback” kepada setiap murid dan kumpulan, dan bantu murid dalam
menganalisa data pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana
- tahap efisien pembelajaran mereka
- mereka boleh membantu rakan mereka belajar
- mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien
-
- 13 -
EPM 233/SEPT 2012
2. Kaedah Penilaian Melaui Projek
Projek adalah aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh yang
tertentu. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu
laporan. Dalan konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Tugasan
ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu
jangka masa yang munasabah. Projek membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan
serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian
guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap proses iaitu dari tahap projek mula
dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk
kontrak, rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain. Projek dibuat berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang
sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing. Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek
membawa tujuan berikut :-
i. Mengagalakan murid bekerjasama dan menerima tanggung jawab.
ii. Memberi kebebasan kepada murid untuk menunjukkan kreativiti dan
inovasi
iii. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik
darjah.
iv. Memotivasikan murid untuk belajar
v. Memberi peluang murid memainkan peranan sebagai pemimpin.
vi. Membenarkan pelajar menentukan peranan
vii. Membolehkan murid yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama
bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan
kemampuannya.
Langkah-langkah Kaedah Penilaian Projek
Langkah 1 : Menentukan tajuk dan skop projek
Langkah 2 : Menjalankan penilaian awal projek
Langkah 3 : Melaksanakan strategi
Langkah 4 : Memproses maklumat
- 14 -
EPM 233/SEPT 2012
Langkah 5 : Menilai hasil projek
3. Kaedah Penilaian Melaui Portfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan
merekod bukti pencapaian murid dalam satu jangka masa yang tertentu. Kandungan portfolio
boleh ditentukan oleh murid dan guru atau secara kolaborasi oleh kedua-dua pihak.
Penilaian Portfolio
Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang. Tujuan portfolio dapat
dipantau melaluim peta perkembangan murid yang boleh dinilai melaui bukti-bukti lain.
Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan
perkembangan murid dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui
bersama. Terdapat tiga jenis portfolio yang boleh dibina.
i. Port Kerja Harian (Working Potrfolio)
Koleksi bahan bukti pembelajaran dan tugasan harian yang dikumpul dalam satu jangka
waktu (satu semester/satu tahun). Bahan dipilih oleh pelajar.
ii. Portfolio Dokumentari (Documentary Portfolio)
Mempunyai bahan bukti pembelajaran yang dikumpul selaras/relevan dengan objektif/hasil
pembelajaran untuk sesuatu tugasan tertentu (task based). Proses menghasilkan bahan tugasan
perlu ditunjukkan dengan jelas (dari bentuk draf hingga hasil akhir). Penilaian portfolio jenis
ini adalah secara formatif dan sumatif.
iii. Portfolio Hasil Terbaik (Show Portfolio)
Dipilih dari hasilyang terbaik di dalam portfolio kerja harian. Penilaian adalah penilaian
sumatif. Proses menghasilkan tugasan tidak penting tetapi yang lebih penting adalah hasil
yang terbaik.
Kegunaan portfolio membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod
anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik. Di samping itu juga, murid diberi
- 15 -
EPM 233/SEPT 2012
peluang mengawal dan memantau perkembangan diri, menentukan matlamat diri dan
menanam rasa bangga dengan hasil pencapaiannya. Murid juga berpeluang menilai dan
membuat refleksi kendiri.Manakala guru boeh memantau perkembangan murid secara
menyeluruh (kognitif. afektif dan psikomotor). Dapat mempelbagaikan bukti penilaian (rekod
pemerhatian, penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri dan lain-lain.
Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.
Antaranya :-
i. Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
ii. Menentukan isi kandungan portfolio.
iii. Menentukan siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan
bagaimana?
iv. Menentukan bagaimana portfolio dinilai.
Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pengetahuan dan perkembangan
pemahaman. Peta perkembangan murid boleh digunakan bagi memberi gambaran
perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan
tersebut selesai.
Merekod Penilaian Portfolio
Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan
mengguankan kaedah senarai semak.
Penilaian awal adalah penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria
dengan sklala seperti menyenaraikan ciri-ciri penting dan penetuaan gred.
Kriteria Penilaian
i. Struktur dan organisasi
ii. Strategi pengurusan
iii. Variasi isi yang sesuai
iv. Struktur ayat dan gaya bahasa
v. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah
bagi setiap isi.
- 16 -
EPM 233/SEPT 2012
vi. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti
lain setiap nota anekdot dan refleksi murid.
vii. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.
4. Kaedah Penilaian Kendiri
Penilaian kendiri ialah proses belajar menilai kendiri secara objektif berdasarkan
tahap pencapaian, atitud/sikap, minat/bakat, pemahaman kendiri dan peningkatan kendiri.
Faedah Kaedah Penilaian Kendiri
i. Murid bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri
ii. Menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis
iii. Murid boleh sedar tentang kekuatan / kelemahan kendiri.
iv. Meningkatkan kesedaran sekiranya salah konsep atau menggunakan strategi salah
sebelum terlambat.
v. Murid terlibat secara efektif dalam pembelajaran.
vi. Murid dapat mempraktikkan cara belajar dengan lebih baik.
Bagaimana Mengalakkan Penilaian Kendiri
i. Gunakan terminologi yang sesuai seperti draf, edit, olah semula supaya murid boleh
berbincang tentang hasil kerja mereka.
ii. Tunjukkan sampel hasil kerja.
iii. Tanya soalan tentang hasil kerja supaya murid sedar kekuatan/kelemahan mereka.
iv. Bimbing/pandu murid untuk berbincang.
v. Adakan kriteria/rubrik untuk berbincang
Contoh : Aras 3 - susunan kemas
Aras 2 - susunan tidak kemas, mengelirukan
Aras 1 - Tidak kemas, tidak jelas, tidak menarik
- 17 -
EPM 233/SEPT 2012
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam penilaian kendiri. Antaranya ialah
seperti skala kadar, senarai semak, rekod anekdot dan rekod berterusan.
5. Kaedah Penilaian Rakan Sebaya
Penilaian rakan sebaya ialah penilaian yang dibuat oleh seorang murid terhadap ahli
kumpulan. Kaedah penilaian ini sesuai untuk projek atau kerja berkumpulan. Dengan cara ini
boleh mengesan kelemahan atau kekuatan diri seseorang murid. Selain itu juga boleh
mengesan perkembangan pembelajaran kumpulan dan dapat membimbing /memandu dalam
kerja berkumpulan.
Contohnya menilai rakan tentang kebolehan memberi idea, menerima idea,
menjawab soalan, mengguna alat, mencapai persetujuan bersama rakan. Penilaian boleh
diberikan berdasarkan kebolehan seseorang rakan seperti baik, sederhana atau lemah.
6. Kaedah Penilaian Melalui Ujian
Kaedah penilaian melaui ujian terbahagi kepada dua iaitu ujian objektif dan ujian
subjektif. Ujian objektif terdiri daripada ujian objektif bertumpu dan ujian objektif deduktif.
Manakala ujian subjektif adalah terdiri daripada mencapah dan induktif.
Item ujian objektif adalah terdiri darpada pilihan alternatif, padanan, lengkapkan
tempat kosong, lengkapkan urutan, aneka pilihan dan aneka gabungan.
Ujian subjektif pula adalah terdiri daripada item berstruktur (adakan senario)
bertujuan untuk meransang fikiran dan jawapannya adalah pendek.
Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran murid
serta dapat mengukur kemajuan murid setelah mereka melalui satu-satu unit pembelajaran.
Pencapaian murid direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru
mengikuti perkembangan pembelajaran setiap murid. Tindakan susulan juga dapat dibuat
serta-merta. Ini bermakna murid yang berprestasi cemerlang diberi peluang untuk
diintegrasikan mengikut tahap yang lebih tinggi. Manakala murid yang berprestasi lemah,
tindakan susulan serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk
memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan
sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya.
- 18 -
EPM 233/SEPT 2012
Secara ringkasnya, kaedah penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
boleh dilakukan secara berterusan melalui kaedah pengajaran yang dilakukan. Ianya adalah
satu kaedah sokongan dan langkah intervensi kepada guru dan murid untuk mengatasi
kelemahan yang ada. Kaedah ini memberi peluang interaksi antara guru dan murid dan
seterusnya dapat memberikan motivasi kecemerlangan. Maklum balas yang diterima
merupakan komponen penting yang dapat digunakan ke arah usaha penambahbaikan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid bagi meningkatkan penyampaian guru
dan pemahaman murid. Walau bagaimanpun ia perlulah dibuat dengan komitmen daripada
kedua-dua pihak agar proses melengkapkan gedung ilmu dapat dilakukan. Kesimpulannya,
kaedah penilaian ini dilihat sebagai salah satu usaha ke arah penambahbaikan kepada sistem
pengajaran dan pembelajaran yang ada di sekolah.
- 19 -
EPM 233/SEPT 2012
d) Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Pengajaran Berpusatkan Murid
Setiap perkara terdapat kebaikan dan kelemahan yang tersendiri, begitu juga dengan
kaedah pengajaran berpusatkan murid. Walaupun dilihat kaedah pengajaran berpusatkan
murid mempunyai banyak kelebihan namun terselit juga kelemahan jika guru yang
melaksanakan kaedah pengajaran tidak melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Selain
guru, murid juga memainkan peranan dalam menjayakan kaedah pengajaran ini. Antara isu-
isu atau masalah-masalah yang berkaitan dengan pengajaran berpusatkan murid adalah :-
i. ) Kesukaran Melaksanakan Tugasan Secara Bekerjasama
Salah satu kelemahan kaedah ini ialah kesukaran melaksanakan tugasan secara
bekerjasama di kalangan murid. Sememangnya kaedah pengajaran secara berpusat seperti
kaedah perbincangan menekankan kerjasama, jika tiada kerjasama tugasan yang diberikan
pasti tidak dapat dilaksanakan. Di dalam kelas, murid belajar secara individu atau
berkelompak mengikut kawan. Jika guru membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan
kecil di mana murid terpaksa melaksanakan tugasan dengan kawan yang tidak rapat, maka
akan wujud jurang kerjasama antara mereka. Guru perlulah membimbing murid-murid
sebegini agar boleh bekerjasama dengan semua pelajar. Teknik perbincangan ini juga dapat
mengubah peranan guru kerana aktiviti dikendalikan oleh pelajar. Bagi guru yang malas
mengajar, keadaan ini memberi peluang untuk guru terbabit curi tulang dalam masa
pengajaran dan pembelajaran ( P&P ).
ii ) Penggunaan Masa Yang Tidak Mencukupi
Isu-isu yang sering berbangkit melalui kaedah pengajaran berpusatkan murid ialah
penggunaan masa yang tidak mencukupi. Keadaan ini kerana, penggunaan masa banyak
digunakan oleh pelajar dalam mencari idea dan pendapat tentang sesuatu tugasan yang
diberikan. Walaupun kebiasaannya guru telah menetapkan masa yang sesuai kepada murid
dalam mencari idea dan pendapat dalam tajuk tugasan tetapi masih terdapat kumpulan murid
yang tidak mampu memberi idea atau pendapat seperti yang diminta oleh guru. Di samping
itu, selepas selesai aktiviti contohnya perbincangan dalam kumpulan murid, guru akan
meminta murid membentangkan hasil perbincangannya. Namun akibat masa yang tidak
mencukupi terdapat murid yang tidak dapat membentangkan hasil kerja mereka. Ini akan
menyebabkan murid berasa bahawa idea dan pendapat mereka tidak berguna kerana tidak
dapat dibentangkan atau tidak mendapat sebarang tindak balas dari guru.
- 20 -
EPM 233/SEPT 2012
iii) Mengurangkan Fokus Murid Terhadap Pengajaran Yang Dijalankan
Isu-isu lain yang sering timbul dalam pengajaran berpusatkan murid ialah kurangnya
fokus murid terhadap pengajaran yang dijalankan. Contohnya melalui aktiviti yang dijalankan
seperti kaedah perbincangan, sumbang saran, penyelesaian masalah akan memudahkan
sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran yang diberikan.
Permasalahan ini juga turut menyumbang masalah kepada pengajaran guru. Ini kerana kaedah
pengajaran yang diterapkan menyulitkan para guru untuk mengenalpasti tahap kefahaman
setiap murid. Sepertimana yang kita ketahui, daya intelek dan tahap kefahaman setiap murid
adalah berbeza. Jika kaedah ini diterapkan sepenuhnya, maka guru akan bermasaalah untuk
menjangka tahap kefahaman setiap muridnya selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dijalankan. Dengan ini, ia akan menyebabkan sesetangah murid yang tidak menguasai
tahap kefahaman terhadap pengajaran yang diberikan terus hanyut dan lemah untuk
menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan murid untuk berusaha memahami pengajaran
yang diberikan akan terus berkurang sehingga boleh menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam
memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspek yang diajar.
iv ) Masalah Kawalan Kelas
Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, contohnya yang
melibatkan permainan, murid-murid akan kelihatan aktif dan seronok. Mereka akan lupa
tentang kawalan disiplin di dalam kelas. Contohnya dalam pengajaran Matematik terdapat
tajuk wang. Guru boleh menjalankan aktiviti jual beli untuk mengukuhkan konsep
penggunaan wang. Semasa aktiviti dijalankan, semua murid akan terlibat dalam urusan jual
beli. Ada yang memainkan peranan sebagai penjual dan ada yang memainkan peranan sebagai
pembeli. Suasana menjadi riuh-rendah dengan keadaan tawar-menawar dan hilang kawalan.
Keadaan ini menimbulkan kebisingan dan menggangu proses pembelajaran di kelas yang
bersebelahan.
Selain itu , teknik pengajaran secara perbincangan juga menyumbang boleh kepada
suasana kelas yang bising dan menganggu aktiviti pembelajaran di kelas yang bersebelahan.
Keadaan ini memerlukan guru memainkan peranan yang lebih tegas dalam mengendalikan
kelas. Aktiviti perbincangan yang dijalankan oleh murid di dalam kumpulan menggunakan
suara yang kuat untuk menjelaskan idea atau pendapat masing-masing, bantahan dari kawan-
kawan sekumpulan pula akan mewujudkan suasana yang bising. Kaedah pengajaran yang
- 21 -
EPM 233/SEPT 2012
dijalankan secara perbincangan sering kali menyebabkan pelajar terpesong dari tugasan yang
diberikan guru. Apabila pelajar kebuntuan idea untuk melaksanakan tugasan tersebut. Murid
akan mula bersembang tentang sesuatu yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberikan.
Keadaan ini menyebabkan murid tidak dapat memberikan tumpuan kepada tugasan yang ingin
dilaksanakan. Dalam keadaan ini, guru perlulah lebih prihatin terhadap perbualan murid
dalam kumpulan tersebut. Guru perlu lebih aktif bergerak dari satu kumpulan ke satu
kumpulan supaya tumpuan murid tidak terarah kepada sesuatu perkara yang tidak berkaitan.
v) Masalah Tahap Kecerdasan Murid Yang Berbeza
Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berlainan. Contohnya, soalan
penyelesaian Matematik sukar difahami bagi muirid-murid yang mempunyai kecerdasan
mental yang lemah. Mereka menjadi hilang minat untuk terus belajar kerana tidak memahami
soalan dan konsep Matematik yang hendak digunakan. Murid yang lemah kurang berminat
untuk berusaha menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah ini. Akhirnya mereka akan
terus ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak menguasai kemahiran-kemahiran yang
dipelajari.
vi ) Kemudahan Teknologi Yang Berkaitan Tidak Mencukupi
Proses penginttegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan
berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan
komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di
sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasian ini tidak
dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat
serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-
sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Contohnya dalam menjalankan pengajaran yang berpusatkan
murid, guru tidak dapat menjalankan aktiviti yang dirancang seperti mencari maklumat-
maklumat penting di internet kerana kemudahan komputer di sekolah tidak mencukupi
berbanding dengan murid yang ada. Selain itu juga, komputer yang digunakan di sekolah juga
sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi dan sukar untuk mencari
maklumat-maklumat yang terbaru dan terkini.
- 22 -
EPM 233/SEPT 2012
Sebagai kesimpulannya, dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan
bermakna kepada murid, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik
yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Perancangan untuk kaedah pengajaran
secara berpusatkan murid haruslah mengambil kira faktor-faktor yang ada supaya aktiviti
pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Jika dilihat dan diteliti tentang kaedah
pengajaran secara berpusatkan murid, ia menggambarkan bahawa teknik tersebut lebih
banyak mendatangkan kebaikan kepada murid dan guru berbanding dengan kelemahan yang
ada apabila menggunakan teknik ini. Dalam kaedah ini, ia lebih menekankan kepada
penglibatan guru dan murid. Jika kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika
pengajaran berlaku, maka suasana pengajaran yang akan diwujudkan jauh lebih baik
berbanding menggunakan cara pengajaran seperti biasa. Keadaan ini mampu mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Hasilnya, guru dan murid dapat
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran seperti yang diperlukan dan dapat melahirkan
pelajar yang lebih bersikap berdikari dalam memperolehi sumber pengetahuan semasa proses
pengajaran dijalankan.
- 23 -
EPM 233/SEPT 2012
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : Tahun 6
Masa : 70 minit
Bilangan murid : 24 orang
Tema : Kesusasteraan
Tajuk : Helah Si Monyet
Objektif Pembelajaran : 1. Menghuraikan idea yang meyakinkan dengan laras bahasa
betul.
2. Mengkategorikan pelbagai ayat yang memberikan kesan.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :-
A. Menguasai isi kandungan
1. Menyenaraikan tiga idea yang bernas serta .
meyakinkan dengan laras bahasa berdasarkan cerita
rakyat.
2. Memilih tiga ayat yang memberikan kesan dalam teks
prosa dengan menyatakan alasan yang munasabah.
B. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi
berfikir.
1. Mengecam ayat-ayat yang memberikan kesan dalam
petikan yang dibaca.
C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
1. Melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan
kumpulan, semangat berpasukan dan menghargai
masa.
Konsep/Prinsip/Hukum/Teori : Tatabahasa ; ayat penyata
Kosa kata ; mengerang, mencungkil
Bahan, Peralatan dan Bahan Sumber : LCD – Slaid petikan “Helah Si Monyet”, kad
cantuman gambar, kad simulasi bagi mimik muka
(terharu, marah, kecewa, gembira), kertas sebak (carta
pengelasan) dan lembaran kerja.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari kisah salah satu cerita rakyat
pada pembelajaran yang lalu.
- 24 -
EPM 233/SEPT 2012
Fasa Isi kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan
Set Induksi/
Mencungkil
idea
(5 minit)
Cantuman kad
gambar ‘monyet’
Guru
membahagikan
murid kepada
empat kumpulan
untuk
mencantumkan
kad-kad cantuman.
Guru meminta
setiap kumpulan
menyusun atur kad
cantuman tadi
supaya membentuk
satu gambar.
Guru mengaitkan
gambar tadi dengan
isi pelajaran yang
akan diajar.
Murid-murid
menunjukkan kad
cantuman gambar
yang telah siap di
hadapan kelas.
Murid lain cuba
menyusun
kedudukan kad
gambar supaya
membentuk satu
gambar.
Strategi/Teknik:
Menyusun atur
mengikut urutan
Langkah1
Menstruktur/M
enstruktur
semula
(20 minit)
Petikan cerita
“Helah Si
Monyet”
Bacaan mekanis
Bacaan senyap
Bersoal jawab
Guru menayangkan
slaid petikan cerita
“Helah Si Monyet”.
Guru meminta
murid membaca
dan memahami isi
cerita dalam
petikan.
Guru
mengemukakan
Murid
memerhatikan slaid
petikan yang
ditayangkan.
Murid membaca
petikan secara
senyap dan kuat.
Murid akan
menjawab soalan
Sumber
pengajaran: Slaid
petikan
Strategi/Teknik
Aktiviti
Pembelajaran
Masteri
Fasa Isi kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan
- 25 -
EPM 233/SEPT 2012
soalan bagi menguji
tahap pemahaman
murid tentang isi
cerita dalam
petikan.
i) Apakah perasaan
monyet apabila
mendapati ekornya
terpotong?
ii) Bagaimanakah
monyet
mendapatkan kuih
daripada nenek tua?
iii) Apakah
pengajaran yang
kamu perolehi
daripada cerita ini?
yang dikemukan
menggunakan ayat
sendiri dan
bertatasusila.
Strategi: Aktiviti
secara kelas
menggunakan
teknik penyoalan
Langkah 2
Aplikasi idea
(15 minit)
Simulasi mimik
muka :-
i ) terharu
ii) marah
iii) kecewa
iv) gembira
Pengelasan ayat
yang memberi
kesan dan alasan
berdasarkan
Guru meminta
setiap kumpulan
menghantar
seseorang wakil dan
mengambil satu kad
simulasi.
Guru meminta
murid lain meneka
simulasi mimik
muka tadi.
Guru meminta
murid berbincang
dalam kumpulan
untuk membuat
Murid lain cuba
meneka simulasi
mimik muka rakan
mereka.
Murid berbincang
dalam kumpulan
untuk mengenal
pasti ayat yang
BBM:
Kad simulasi
Strategi:-
Penyoalan
keseluruhan
kelas
Strategi:-
Perbincangan
secara kumpulan.
Fasa Isi kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan
- 26 -
EPM 233/SEPT 2012
petikan cerita
yang dibaca.
pengelasan ayat
yang memberi
kesan dan alasan.
memberi kesan
kepada mereka
serta alasannya.
(Kumpulan
Buzz) –untuk
mencapai suatu
pandangan
bersama tentang
topik.
BBM: kertas
sebak.
Sikap saintifik
dan nilai murni :
Penglibatan aktif
dan menghargai
masa.
Langkah 3
(15 minit)
Hasil
Pembentangan
Pembentangan
kumpulan
Guru meminta
wakil kumpulan
tampil ke hadapan
dan menulis hasil
perbincangan tadi
dalam kertas yang
ditampal di papan
tulis.
- Guru dan murid
bersama-sama
berbincang dan
memberi jawapan
yang betul.
- Kumpulan yang
berjaya memberi
jawapan yang betul
diberi ganjaran.
Murid menulis hasil
perbincangan
tentang aktiviti tadi
pada kertas sebak di
papan tulis.
Murid menyalin
jawapan hasil
perbincangan guru
dan murid.
Kumpulan murid
yang berjaya akan
diberi pengiktirafan
berpasukan.
Nilai murni:
Berani dan yakin
pada diri sendiri
Nilai :-
Bersungguh-
sungguh
menyiapkan
tugasan yang
diberi.
Langkah 4 Pengujian Latihan Guru mengedarkan Murid menyiapakan Nilai :-
- 27 -
EPM 233/SEPT 2012
Pengukuhan (10
minit)
lembaran kerja
untuk
mengukuhkan lagi
tahap pemahaman
murid.
latihan dan dihantar
secara individu.
Bersungguh-
sungguh
menyiapkan
tugasan yang
diberi.
Refleksi/
Penutup (5
minit)
Rumusan /
Pengajaran:- Kita
perlu bersikap
baik hati supaya
dihormati orang.
Kita juga
hendaklah
berhati-hati ketika
membuat
keputusan supaya
tidak
mendatangkan
kerugian seperti
nenek tua yang
telah ditipu oleh
Si Monyet.
Membaca sebuah
buku cerita rakyat
Guru membimbing
murid merumuskan
isi pelajaran yang
dipelajari.
Guru meminta
murid membaca
sebuah buku cerita
rakyat dan menulis
sinopsis cerita serta
pengajaran daripada
cerita tersebut.
Murid membuat
kesimpulan
pelajaran dengan
menyatakan idea
utama serta
mengaitkannya
dengan idea asal
dengan bimbingan
guru.
Murid dikehendaki
membaca sebuah
buku cerita rakyat
dan menulis
sinopsis cerita serta
pengajaran daripada
cerita tersebut.
Strategi :-
Perbincangan
secara kelas.
Pembelajaran kendiri
- 28 -
EPM 233/SEPT 2012
RUJUKAN
_________, (2010), Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur, Dewan bahasa dan
Pustaka
Ee Ah Meng, (2004), Penilaian Tahap Kecekapan(PTK) Kompetensi Khusus (Fungsi)
Pengurusan P&P, Syah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Esah Sulaiman, (2004), Pengenalan Pedagogi, Johor, Universiti Teknologi Malaysia.
Nik Safiah Karim et.al, (2011), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad, (2007)
Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, Pahang, PTS Publishing Sdn.
Bhd.
Sulaiman Masri, (2005), Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan ( Esei, Proposal,
Tesis), Kuala Lumpur, Utusan Publishing & Distributors Sdn. Bhd.
- 29 -
EPM 233/SEPT 2012
Lampiran
Induksi Set
Aktiviti berkumpulan (4 kumpulan) : Cantuman kad-kad gambar "Monyet".
- 30 -
EPM 233/SEPT 2012
Langkah 1 : Menstruktur Idea
i ) Petikan cerita “Helah Si Monyet”.
ii ) Bacaan mekanis, senyap, berkumpulan dan individu petikan cerita “Helah Si Monyet.”
iii) Bersoal jawab berdasarkan petikan cerita “Helah Si Monyet”.
“Helah Si Monyet”
Pada suatu hari, monyet mengerang kesakitan kerana ekornya terkena duri. Monyet
tidak berupaya untuk membuang duri itu. Maka, monyet pun pergi bertemu dengan seorang
tukang gunting. “Wahai tukang gunting, tolonglah buangkan durim yang terlekat pada ekor
aku ini. Aku akan berikan upah yang mahal kepadamu,” rayu Si Monyet. Tukang gunting
berasa kasihan lalu mencungkil keluar duri itu dengan pisau cukurnya. Namun , sebahagian
ekor monyet terpotong. Si Monyet meraung kesakitan dan berassa sangat marah. “Hei, tukang
gunting! Segera cantumkan ekor ini! Kalau tidak, kamu perlu memberikan pisau cukur kamu
itu sebagai ganti rugi.
- 31 -
EPM 233/SEPT 2012
Tukang guntung tidak berupaya menyambung ekor Si Monyet. Dia terpaksa
menyerahkan pisau cukurnya kepada Si Monyet. Si Monyet pun berjalan pulang dengan hati
yang girang. Dalam perjalanannya, Si Monyet bertembung dengan seorang perempuan tua
sedang mencari kayu api. Monyet pun menegurnya.
“Nenek, gunakanlah pisau aku ini untuk memotong kayu,” kata Si Monyet. Perempuan
tua itu menerima pelawaan Si Monyet. Malangnya pisau itu patah semasa memotong kayu.
“Nenek, kalau nenek tidak menggantikan pisau aku ini, terpaksalah nenek
menyerahkan semua kayu api kepada aku! Bentak Si Monyet. Perempuan tua itu tidak
berupaya untuk menggantikan pisau yang patah itu dengan pisau yang baharu. Dia terpaksa
menyerahkan semua kayu apinya kepada Si Monyet.
Si Monyet pun dengan megahnya berlalu dari situ dengan seberkas kayu api. Sejurus
kemudian , Si Monyet bertembung pula dengan seorang perempuan tua yang sedang membuat
kuih di tepi tungku.
“Nenek, nampaknya kayu api nenek sudah habis, sedangkan banyak lagi kuih yang
belum masak. Lebih baik gunakan kayu api aku ini,” kata Si Monyet. Setelah semua kuih
perempuan itu siap masak, monyet menjerit kayu apinay habis digunakan. “Hei nenek, nenek
sudah menghabiskan kesemua kayu api aku! Perempuan tua itu tidak berdaya hendak
menentang kehendak Si Monyet. Dia menyerahkan kesemua kuihnya kepada Si Monyet.
Dengan perasaan sombong dan gembira, Si Monyet berjalan pulang ke rumahnya. Si
Monyet tidak bahawa kuih yang dibawanya menarik minat beberapa ekor anjing. Si Monyet
diterpa oleh anjing-anjing itu. Si Monyet melarikan diri ke atas pokok. Kuihnya tertinggal di
atas tanah. Dari atas pokok, dengan mata terkebil-kebil, Si Monyet memerhati beberapa ekor
sedang asyik menikmati kuih itu. Si Monyet mengeluh panjang apabila anjing-anjing yang
kekenyangan itu meninggalkan tempat itu sambil mengodek-ngodek ekor masing-masing.
- 32 -
EPM 233/SEPT 2012
Langkah 2 : Aplikasi Idea
i ) Simulasi berdasarkan kad-kad mimik muka.
gembira sedih
- 33 -
EPM 233/SEPT 2012
marahkecewa
ii. Pengelasan ayat yang memberi kesan dan alasan berdasarkan petikan cerita yang
dibaca.
Carta pengelasan ayat yang memberi kesan dan alasan berdasarkan petikan
AYAT KESAN ALASAN
terharu
marah
kecewa
gembira
iii. Langkah 4 : Pengujian (Latihan)
- 34 -
EPM 233/SEPT 2012
Arahan:
Jawab soalan-soalan yang dikemukakan di bawah ini.
i. Apakah perasaan monyet apabila mendapati ekornya terpotong?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
ii. Bagaimanakah monyet mendapatkan kuih daripada nenek tua itu?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
iii. Apakah pengajaran yang kamu perolehi daripada cerita ini?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
iv. Lengkapkan carta pengelasan ayat yang memberi kesan berikut berdasarkan
perbincangan dalam kumpulan tadi.
AYAT KESAN ALASAN
terharu
marah
kecewa
gembira
Penutup
Rumusan idea.
- 35 -
EPM 233/SEPT 2012
- 36 -
top related