kementerian pendidikan malaysia - ipbl.edu.my modul pdpm... · - boneka 67 bibliografi 77 panel 78...
Post on 04-Apr-2019
264 Views
Preview:
TRANSCRIPT
i
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PAKKD2053
BAHASA DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Hak Cipta
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Hak Cipta i
Kandungan ii
Panduan Pelajar iii
Pengenalan iv
Agihan Tajuk dan Unit v
UNIT 1 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak 11
UNIT 2 Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak-kanak 27
UNIT 3 Kecekapan Pengetahuan Bahasa Awal Kanak-kanak 31
UNIT 4 Kecekapan Pengetahuan Bahasa Awal Kanak-kanak 40
UNIT 5 Buku dan Kanak-kanak 56
UNIT 6 Aktiviti Yang Menggalakkan Perkembangan Bahasa -bercerita
62
UNIT 7 Aktiviti Yang Menggalakkan Perkembangan Bahasa - boneka
67
Bibliografi 77
Panel 78
Simbol 79
KANDUNGAN MUKA SURAT
iii
PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan
pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini juga memberi peluang
kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.
SASARAN KURSUS Sasaran kursus ini adalah kepada pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia
(PDPM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang
pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar
dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar
mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Peruruan Malaysia
(PDPM) dilaksanakan secara sepenuh masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC),
di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu.
Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukkan 60% (40% interaksi
bersemuka secara kuliah/ tutorial/ amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam
talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
PANDUAN PELAJAR
iv
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.
Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara
langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari
Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
SUSUNAN UNIT MODUL Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui alat media
yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON Penulisan modul ini menggunakan ikon tertentu untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas mereka akan tahu apa yang harus dibuat.
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Pengukuran pencapaian pelajar akan diukur melalui ujian berterusan dan
peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa ujian atau peperiksaan
akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis akan dilaksanakan di
tempat yang akan dikenal pasti.
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang
pelajar pelajari secara interaksi bersemuka, modul dan pembelajaran dalam talian.
v
PENGENALAN Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan Bahasa dan
Komunikasi Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan teori perkembangan bahasa, peringkat perkembangan bahasa dan
kecekapan berbahasa kanak-kanak
2. Menghasilkan cadangan aktiviti bagi menggalakkan kemahiran berbahasa dalam
kalangan kanak-kanak mengikut peringkat umur
3. Membentangkan cadangan aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk kanak-kanak
mengikut peringkat umur
vi
AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara
kuliah/ tutorial/ amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala
40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELURUHAN
46 JAM
INTERAKSI
BERSEMUKA
60%
36 JAM MODUL
40%
18 JAM
KULIAH/
TUTORIAL/
AMALI)
40%
18 JAM
DALAM
TALIAN
20%
10 JAM
1. Teori Perkembangan Bahasa Kanak-kanak.
Pandangan teori Behavioris, Nativis, dan Kognitif (K)
Peringkat perkembangan Bahasa kanak-kanak (B/M)
Pengaruh Persekitaran terhadap perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak (M)
6 2 4
2. Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak-kanak
Bayi (0-6 bulan) M
Bayi (6-12 bulan) M
Tatih (12-18 bulan) M
Tatih (18 bulan–2 tahun) M
Kanak-kanak (2-3 tahun) K
Kanak-kanak (3-4 tahun) K
Kanak-kanak Prasekolah (4-5 tahun) K
Kanak-kanak Prasekolah (5-6 tahun) K
6 3
3
3. Kemahiran Awal Mendengar dan Bertutur
Peringkat kemahiran awal mendengar
Kesedaran bunyi
6
2
2 2
vii
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELURUHAN
46 JAM
INTERAKSI
BERSEMUKA
60%
36 JAM MODUL
40%
18 JAM
KULIAH/
TUTORIAL/
AMALI)
40%
18 JAM
DALAM
TALIAN
20%
10 JAM
Mengenal bunyi
Membezakan bunyi
Mengingati bunyi
Peringkat kemahiran awal bertutur
Pengajaran dan pembelajaran mendengar dan bertutur - Konsep, objektif, proses dan
bentuk (K) - Faktor yang mempengaruhi dan
keberkesanan (M) - Teknik pengajaran (M/DT) - Perancangan aktiviti (DT) - Penyediaan bahan pengajaran
(K) - Pelaksanaan aktiviti (K)
4. Kecekapan Pengetahuan Bahasa Awal Kanak-kanak
Kemahiran Membaca - Definisi, konsep dan matlamat
(K) - Jenis bacaan(K) - Peringkat pengajaran bacaan
(M) - Perancangan aktiviti (DT) - Pengajaran dan pembelajaran
membaca (M/DT)
Kemahiran menulis - Definisi, konsep dan matlamat
(K) - Peringkat kemahiran menulis
(M) - Jenis-jenis kemahiran menulis
(K) - Peringkat pengajaran menulis
(M) - Perancangan aktiviti (DT) - Pengajaran dan Pembelajaran
menulis (M/DT)
6 2
2
2
viii
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELURUHAN
46 JAM
INTERAKSI
BERSEMUKA
60%
36 JAM MODUL
40%
18 JAM
KULIAH/
TUTORIAL/
AMALI)
40%
18 JAM
DALAM
TALIAN
20%
10 JAM
5. Buku dan Kanak-kanak
Pengenalan buku kepada kanak-kanak (K)
Pemilihan buku kanak-kanak mengikut peringkat umur (M)
Penyusunan persekitaran yang menggalakkan kanak-kanak membaca (DT)
Pelaksanaan aktiviti membaca bersama –sama kanak-kanak (K)
6
2
2
2
6. Aktiviti yang menggalakkan perkembangan bahasa
Bercerita - Cerita Kanak-kanak (M) - Pemilihan Cerita (DT) - Mereka cerita sendiri (building
their own stories) (K) - Mencipta cerita sendiri (Making
your own story tales) (K) - Bercerita dengan sendiri (telling
with their own stories) (K)
Penggunaan boneka - Boneka dan kanak-kanak (DT/M) - Bahan dan peralatan boneka (M) - Membina boneka (K/M) - Perancangan dan aktiviti
persembahan boneka (K)
16 6 4 6
JUMLAH 46 JAM 18 JAM 10 JAM 18 JAM
Nota: K – kuliah, T – Tutorial, A – Amali, M – Modul, DT – Dalam Talian
1
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai peringkat
perkembangan bahasa dan pengaruh persekitaran terhadap perkembangan bahasa
dan komunikasi kanak-kanak. Aspek penting yang dibincangkan dalam modul ini
adalah tentang peringakat perkembangan bahasa awal kanak-kanak, konsep dan
pengaruh persekitaran terhadap perkembangan bahasa serta aktiviti-aktiviti yang
sesuai berdasarkan persekitaran mereka.
Hasil pembelajaran
Pada akhir Unit ini, pelajar-pelajar dapat:
i. Menyatakan peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak
ii. Memahami konsep persekitaran yang merangsang perkembangan bahasa kanak-
kanak.
iii. Menjelaskan pengaruh persekitaran terhadap perkembangan bahasa kanak-
kanak.
iv. Menghuraikan aktiviti-aktiviti persekitaran yang bersesuaian dengan
perkembangan bahasa kanak.
KERANGKA TAJUK
1.1 Pengenalan
1.2 Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak-kanak
1.3 Kanak-kanak dan persekitaran
1.4 Persekitaran pembelajaran yang selesa dan selamat
1.5 Pengaruh persekitaran terhadap pembelajaran bahasa
1.6 Aktiviti-aktiviti persekitaran yang menggalakkan perkembangan bahasa kanak-
kanak
1.7 Kepentingan persekitaran terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak
1.8 Tugasan
UNIT 1
Teori Perkembangan Bahasa Kanak-kanak.
Pandangan teori Behavioris, Nativis, dan Kognitif
Peringkat perkembangan Bahasa kanak-kanak
Pengaruh Persekitaran terhadap perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak (M)
2
1.1 Pengenalan
Bahasa merupakan komunikasi penting dalam kehidupan. Dengan berbahasa manusia
boleh menjalankan kegiatan harian dengan lancar kerana maklumat dapat
disampaikan dengan jelas. Bagi kanak-kanak, bahasa merupakan saluran yang
membolehkan mereka menyusun dan mengutarakan idea serta pengalaman mereka.
Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak-
kanak berhubung antara satu sama lain. Kebolehan berbahasa dan menggunakan
bahasa ini akan dapat menjalin satu hubungan rapat di antara kanak-kanak dengan
membina konsep berkaitan dengan kemanusiaan, alam dan persekitaran mereka.
Proses pemerolehan bahasa ini perlu diberikan penekanan kepada kanak-
kanak kerana ia membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan lebih baik dan tepat.
Ini secara tidak langsung membantu kanak-kanak menguasai kemahiran interpersonal
mereka. Menerusi bahasa kanak-kanak boleh belajar menyusun gambaran pemikiran
yang akan membantu mereka dalam proses pembelajaran. Bayi dikatakan mampu
menyimpan perkataan di dalam memori mereka ketika berusia 6 bulan yang membawa
kepada keupayaan memahami dan memberikan tindak balas terhadap persekitaran
mereka. Keupayaan ini akan terus meningkat sejajar dengan peringkat umur dan
kebolehan kanak-kanak sehinggalah mereka membesar dan dapat berkomunikasi
dengan lancar dengan persekitaran mereka.
1.2 Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak-kanak
Terdapat empat komponen utama dalam perkembangan bahasa kanak-kanak iaitu
fonologi, semantik, tatabahasa dan pragmatik. Rajah di bawah memperlihatkan
komponen dalam perkembangan dan pemerolehan bahasa.
Rajah 1.2 Komponan Perkembangan Bahasa
KOMPONEN
fonologi
semantik
tatabahasa
pragmatik
2
1.2.1 Fonologi
Fonologi ialah bunyi bahasa pertuturan. Fonologi merupakan satu sistem suara bagi
sesuatu bahasa atau bagaimana suara asas digabungkan. Pada peringkat ini bayi
akan mengeluarkan bunyi seperti tangisan yang memberi makna tertentu. Terdapat
bayi yang menangis kerana sakit, lapar, takut dan sebagainya. Maka orang dewasa
perlulah peka akan komunikasi kanak-kanak ini. Daripada tangisan, bunyi-bunyi akan
lahir seperti sebutan ”ma-ma-ma-ma” atau ”di-di-di-di” yang boleh memberikan makna.
Maka penghasilan bunyi ini perlu dikukuihkan oleh orang dewasa seperti memberi
makna kepada ’ma-ma’ menjadi ’mama’ yang bermaksud ibu. Begitu juga dengan ’di-
di’ yang membawa makna kepada ’deddy’ atau ’ayah’. Pengukuhan daripada orang
dewasa ini akan membawa komunikasi seterusnya dengan kanak-kanak.
1.2.2 Semantik
Semantik membawa maksud memahami perkataan dan maknanya. Pada peringkat ini
kanak-kanak biasanya sudah pandai meletakkan dua perkataan untuk menyusun ayat
yang bermakna. Biasanya kanak-kanak akan menggunakan perbendaharaan kata
dengan diiringi perlakuan atau gesture dan juga intonasi bagi menggambarkan apa
yang dikehendaki atau apa yang ada dalam pemikirannya. Dalam usia 18-36 bulan
kanak-kanak sudah mulai menguasai kemahiran ekspresif dengan memahami
semantik sesuatu perkataan dan bukan memahami bahasa itu sendiri.
Dalam konteks perkambangan semantik, kanak-kanak tidak semestinya
memahami makna sesuatu perkataan sahaja, malah perlu tahu menyebut dan
menggunakannya dalam konteks yang sesuai. Pada usia dua tahun yang pertama
misalnya, kanak-kanak sudah boleh menggunakan perbendaharaan pertama mereka
dengan merujuk kepada individu yang terdekat seperti mama, ayah; merujuk kepada
benda seperti bola, ikan; merujuk kepada perbuatan seperti meminta kanak-kanak
senyum, mengucapkan selamat tinggal seperti ’ta-ta’, memanggil seperti ’mai’ atau
’meh’. Kanak-kanak akan lebih memahami perkataan yang melambangkan sesuatu
yang konkrit berbanding perkataan yang abstrak.
3
1.2.3 Tatabahasa
Komponen ini merupakan struktur sesuatu bahasa dan dari aspek perkembangan, ia
melibatkan cara bagaimana kanak-kanak belajar untuk mencantum dan menyusunkan
perkataan yang terdapat dalam sesuatu ayat. Setelah menguasai perbendaharaan
kata, kanak-kanak mula menggabungkan perkataan dan mengubahsuainya ke dalam
bentuk yang lebih bermakna. Tatabahasa merupakan cantuman dan susunan
perkataan yang terdapat dalam sesuatu ayat. Terdapat dua konsep utama dalam
perkembangan tatabahasa iaitu sintaks dan morfologi.
Sintaks merujuk kepada bagaimana perkataan itu disusun untuk menjadi satu
ayat dan frasa
Morfologi adalah penggunaan imbuhan atau penanda nahu bahasa yang
merujuk kepada perkara seperti bilangan, masa, ganti nama, jantina, sendi
nama, kata sifat dan kata kerja. Ia juga membincangkan pembentukan kata,
dengan cara pengimbuhan bagi membentuk kata terbitan, melalui
penggandaan bagi membentuk kata ganda dan melalui penggabungan bagi
membentuk kata majmuk.
Perkembangan tatabahasa kanak-kanak bermula sekitar usia 1½ hingga 2
tahun. Kanak-kanak pada usia tersebut akan mula menggabungkan dua perkataan
yang biasanya dipanggil sebagai “telegraphic speech”. Hanya perkataan yang penting
sahaja digunakan dalam ayat tersebut. Perkataan yang tidak penting akan dikeluarkan
daripada ayat, contohnya “saya nak minum susu” menjadi “minum susu”. Sewaktu
bertutur, mereka juga akan ’membuang’ mana-mana morfologi yang ada. Kata-kata
yang keluar dari mulut kanak-kanak biasanya amat kreatif dan mereka bukannya
meniru dari bahasa orang dewasa. Apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak juga
sudah semestinyalah berkait dan selari dengan peringkat perkembangan intelek dan
minda mereka.
Kanak-kanak menggunakan kedua-dua sinteks dan semantik dalam memahami
makna sesuatu perkataan atau ayat. Di peringkat permulaan memahami tatabahasa,
kanak-kanak biasanya akan cuba mengubah makna ayat mereka dengan
menggunakan ’qualifier’ contohnya menggandakan perkataan untuk menunjukkan
banyak. Mereka terlebih dahulu akan mempelajari ’morphem’ yang ringkas dan
menambah dengan yang lebih kompleks sedikit demi sedikit. Dalam proses mereka
4
mempelajari tatabahasa sudah pastinya mereka akan ’melanggar’ sesutu kaedah
tatabahasa contohnya yang ada pengecualian atau menjadikan sesuatu yang difahami
itu sebagai suatu yang berbentuk umum boleh diaplikasi pada semua perkataan.
Dalam usia 3½ tahun kanak-kanak biasanya akan konsisten menggunakan
beberapa perkataan yang menunjukkan kepada contohnya adjektif atau katanama.
Pada usia yang sama, kanak-kanak sudah mula bertanya soalan-soalan berbentuk
pertanyaan seperti kenapa, bila dan sebagainya. Orang dewasa seperti ibubapa atau
pendidik adalah disarankan membantu perkembangan tatabahasa kanak-kanak
melalui :
(a) Penyambungan (expansions) – tambahkan ungkapan kanak-kanak
supaya ayat mereka menjadi lebih lengkap
(b) Struktur semula (recasts) – ubah ayat menjadi ayat yang lebih tepat
dan betul
1.2.4 Pragmatik
Komponen pragmatik adalah merupakan satu peraturan untuk menggunakan sesuatu
bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang berbagai. Pragmatik
menerangkan bagaimana kanak-kanak belajar tujuan dan cara sesuatu perkataan
digunakan di dalam sesuatu budaya perbualan seperti peraturan berkaitan dengan
mengambil giliran dalam perbualan, mengait topik perbincangan, menyatakan maksud
secara jelas, memahami gerakgeri (gestures), nada suara dan konteks perkataan
dikeluarkan. Untuk tujuan tersebut, kanak-kanak memerlukan pengetahuan
sosiolinguistik (ragam bahasa & penggunaannya berdasarkan nilai masyarakat).
Komponan ini merujuk kepada keupayaan untuk menggunakan bahasa untuk
berkomunikasi dalam suasana sosial yang berbeza-beza atau dalam ertikata lain, cara
bagaimana sesuatu perkataan digunakan di dalam sesuatu perbualan – mengambil
giliran, mengaitkan dengan topik perbincangan, menyatakan maksud secara jelas,
memahami gerak-geri, nada suara dan konteks perkataan dikeluarkan menurut
ketentuan budaya dan persekitaran sosial.
5
Bagi berkomunikasi dengan berkesan, seseorang kanak-kanak itu sayugianya
bukan setakat tahu memberi maklumat kepada pendengar atau memahami info yang
disampaikan orang kepada mereka. Malahan seseorang kanak-kanak itu perlulah
mengenalpasti maksud perkataan dan memastikan apa yang disampaikan
bersesuaian dengan orang yang mendengar apa yang diperkatakan mereka. Mereka
perlu memiliki kemahiran metakomunikasi iaitu keupayaan memahami apa yang
mereka sendiri perkatakan. Keupayaan memahami sesuatu yang berbentuk ‘metafor’
biasanya hanya dimiliki apabila mereka telah menjangkau atau melepasi usia 5 dan 6
tahun.
1.3 Kanak-kanak dan persekitaran
Kebolehan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza. Terdapat
kanak-kanak yang mempunyai tahap penguasaan kebolehan berbahasa yang tinggi
dan ada juga yang rendah. Perbezaan ini disebabkan oleh perbezaan individu
terutama dari segi mental, emosi, sosial, bakat dan minat kanak-kanak itu sendiri.
Kebolehan berbahasa kanak-kanak ini juga dipengaruhi oleh persekitaran mereka.
Bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak melambangkan persekitarannya,
masyarakatnya dan sosioemosinya (Otto 2015).
1.4 Persekitaran pembelajaran yang selesa dan selamat
Pendidik awal kanak-kanak perlu mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra
kanak-kanak. Hubungan yang baik di antara pendidik dengan kanak-kanak akan dapat
memenuhi keperluan kanak-kanak sepanjang masa berada di taska dan juga tadika.
Justeru pendidik perlulah menyediakan persekitaran yang menggalakkan seperti
menyediakan keperluan kanak-kanak untuk beraktiviti, urus diri dan sebagainya.
Sikap guru antara faktor yang menggalakkan perkembangan bahasa kanak-
kanak. Justeru, pendidik awal kanak-kanak perlulah menunjukkan sikap serta nilai-nilai
yang baik terhadap kanak-kanak dalam keadaan bagaimana sekalipun. Berikut antara
sikap positif dan nilai murni yang boleh dilaksanakan oleh pendidik terhadap kanak-
kanak di taska dan juga tadika.
6
a. memberi perhatian terhadap semua kanak-kanak – berbual-buallah dengan
berkaitan dengan diri kanak-kanak seperti bertanyakan khabar diri kanak-
kanak, keluarga, kesukaannya dan lain-lain lagi. Komunikasi amat penting
ia membawa kepada kemesraan dan kepercayaan antara kanak-kanak
dengan guru.
b. mendengar dengan teliti setiap kata-kata kanak-kanak dan memberikannya
masa untuk menerangkannya – Sifat dan naluri kanak-kanak suka
meluahkan perasaan. Mereka suka bertanya dan bercerita tentang pelbagai
perkara berkaitan dengan diri terutama peristiwa yang dilihat dan dialami.
Sebagai seorang dewasa, kita perlulah memberikan perhatian dan
keprihatianan kita terhadap apa yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak.
Berikan mereka masa dan peluang untuk berbicara agar emosi kanak-
kanak berkembang dengan sihat di samping mengukuhkan penguasaan
bahasa mereka.
c. memberi arahan yang jelas dan tepat – Bagi meningkatkan
perbendaharaan dan penguasaan bahasa kanak-kanak, pendidik perlulah
menggunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami oleh kanak-kanak.
Berilah arahan yang jelas dan tidak membawa maksud yang berlapis.
Sebagai contoh, jika meminta kanak-kanak mengambil sesuatu, arahkan
kanak-kanak mengambil barang yang diinginkan dan bukan meminta
menyelesaikan tugas yang lain dalam satu-satu masa. Ini akan
menyukarkan kanak-kanak dan komunikasi tidak akan berlaku dengan
jayanya.
d. menunjukkan rasa kasih sayang dan keprihatinan – kanak-kanak
memerlukan kasih sayang adalah disebabkan oleh tiga perkara utama iaitu
kebahagiaan dan ketenangan, pembentukan dari segi pemikiran dan
pembentukan dari segi masyarakat dan persekitaran. Melalui kasih sayang
dan keprihatinan orang dewasa, kanak-kanak dapat merasai ketenangan
dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan yang lemah dan
memerlukan pertolongan dan pergantungan dengan orang dewasa. Kasih
sayang dan pesekitaran yang memberangsangkan ini juga membentuk
pemikiran kanak-kanak yang kreatif dan bernas di samping ingatan yang
7
kuat terhadap perkara-perkara yang positif. Kasih sayang yang diberikan
semejak dari kecil ini dapat mendorong kanak-kanak menyesuaikan diri
dengan masyarakat dan persekitarannya secara positif.
e. banyakkan perbualan dua hala dan bersoal jawab dengan kanak-kanak –
apabila berbual atau berkomunikasi, jalankan komunikasi secara dua hala
dan bukan satu hala sahaja. Oleh itu, pastikan kanak-kanak bersedia bagi
menerima apa yang ingin disampaikan agar kanak-kanak memahami
maksud komunikasi tersebut. Sebut perkataan dengan jelas dan sebaiknya
minta kanak-kanak mengulangi apa yang kita sampaikan kepada mereka.
Ini secara tidak langsung penguasaan bahasa kanak-kanak itu makin
berkembang dan dapat digunakan dengan cara yang betul.
f. menghormati pandangan dan keputusan kanak-kanak – Kanak-kanak
memerlukan penghargaan daripada orang dewasa. Jika pandangan dan
keputusan mereka dihargai, maka kita telah memberi sokongan dan
dorongan tehadap mereka. Kanak-kanak yang didorong dan disokong akan
menjadi lebih yakin pada kebolehan mereka sendiri dan jika sebaliknya
keyakinan diri kanak-kanak akan merosot. Ini menyebabkan komunikasi
menjadi semakin terhad dan tidak berkembang.
g. peka dengan keperluan kanak-kanak – Terdapat beberapa keperluan
kanak-kanak yang perlu dipenuhi. Keperluan ini merupakan keperluan
psikologi yang lahir akibat perhubungan di antara organisma dengan
berbagai-bagai aspek persekitaran. Sebagai pendidik dan sebagai orang
dewasa, kita perlu peka kepada kepeluan dan kehendak kanak-kanak agar
kanak-kanak dapat memberi motivasi dan membesar dengan sihat.
1.5 Pengaruh persekitaran terhadap pembelajaran bahasa kanak-kanak
1.5.1 Keluarga
Keluarga merupakan individu-individu yang paling dekat, rapat dan lama dengan
anak-anak. Dalam proses perkembangan kanak-kanak, ketua keluarga seperti ibu
dan ayahlah yang paling banyak menyokong perkembangan bahasa, emosi dan
sosial kanak-kanak. Perkembangan bahasa kanak-kanak dari keluarga berstatus
tinggi dan sederhana dikatakan lebih pesat berbanding dengan kanak-kanak dari
keluarga yang berstatus rendah. Semakin banyak interaksi dan komunikasi dengan
8
ahli keluarga degan anak-anak, semakin banyak perbendaharaan kata anak-anak
akan diperoleh.
Saiz sesebuah keluarga juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-
kanak. Saiz keluarga yang besar berkemungkinan kurang penguasaan kosa kata
kanak-kanak seandainya ahli keluarga kurang berkomunikasi dan berinteraksi
sesama di antara ahli, malah perbendaharaan kata adalah sedikit adalah terhad. Saiz
keluarga yang kecil pula seperti anak tunggal, merupakan faktor kanak-kanak akan
lebih cepat bercakap kerana mereka lebih banyak berinteraksi dengan ibu bapa serta
mendapat layanan yang cukup dalam berinteraksi.
Sosioekonomi keluarga yang baik pula akan menjamin pemberian makanan
yang seimbang dan kemudahan pembelajaran yang lebih baik. Kanak-kanak akan
dapat berkembang secara optimum berbanding dengan kanak-kanak yang berasal
dari keluarga yang susah dan miskin atau rendah sosioekonominya. Dalam aspek
perkembangan bahasa, keluarga yang mempunyai sosioekonomi yang baik dapat
menyediakan pelbagai keperluan dalam meningkatkan penguasaan bahasa anak-
anak seperti menyediakan bahan pembelajaran dan sebagainya.
1.5.2 Tempat tinggal
Tempat tinggal memainkan peranan penting dalam pembentukan berbahasa kanak-
kanak. Perhatian daripada ibu bapa dalam pergaulan sehari-hari di rumah akan
menyebabkan berlakunya komunikasi yang positif dan berkesan. Segala pembentukan
sikap, emosi, sosial dan jasmani anak-anak adalah bermula dari rumah, maka ibu
bapa perlulah menyediakan tempat tinggal yang selesa dan kondusif bagi
perkembangan anak-anak terutama perkembangan bahasa mereka.
Tempat tinggal yang kondusif dikatakan dapat menyediakan landasan ilmu
yang kukuh, amalan berkasih sayang, penyuburan bakat anak-kanak, membuat
keputusan bersama, mengawal emosi dan tindakan, mendedahkan ajaran agama dan
tidak mementingkan diri sendiri. Tindakan-tindakan ini adalah lahir dengan sendirinya
dan lebih mengeratkan ahli keluarga apabila wujudnya komunikasi lisan yang
berkesan. Penggunaan bahasa yang sesuai yang digunakan oleh ahli kelluarga akan
dapat meningkatkan perbendaharaan kata anak-anak semasa berinteraksi dan
bersosialisasi.
9
1.5.3 Budaya
Pemupukan budaya yang positif dikatakan dapat meningkatkan kebolehan berbahasa
kanak-kanak. Dalam hal ini, kanak-kanak dan keluarga perlu membentuk satu budaya
yang sihat supaya kanak-kanak dapat mengamalkannya di dalam kehidupan seharian
mereka. Ibu bapa dan keluarga perlu menerapkan amalan tingkah laku yang positif
seperti menegur dengan baik, tutur kata yang sopan dan sihat, dan menghormati adab
dan budaya di dalam keluarga.
Mengamalkan budi bahasa amat digalakkan dalam keluarga. Dengan
mengamalkan budi bahasa yang baik akan melahirkan anak-anak yang menghormati
keluarga, orang dewasa dan juga rakan-rakan. Secara tidak langsung mereka juga
akan menghormati hak-hak setiap individu dalam masyarakat. Bertitik tolak daripada
ini, kanak-kanak akan berkeupayaan mengawal emosi dalam bersosialisasi.
Dalam aspek pembelajaran bahasa ibunda pula, ia berkait rapat dengan adat
dan tradisi sesebuah budaya. Apabila kanak-kanak diberikan peluang menyertai
secara aktif dalam kegiatan berkaitan budaya, mereka akan sedar mengenai nilai-nilai
moral yang tertentu serta pelbagai aspek budaya etnik. Nilai-nilai moral ini yang
biasanya dipaparkan dalam amalan-amalan yang berkaitan dengan budaya boleh
menjadi relevan kepada kehidupan harian kanak-kanak apabila kanak-kanak diberikan
peluang untuk menceritakan semula dan bertutur mengenainya serta
mengamalkannya. Berdasarkan pergaulan luas ini kanak-kanak juga dapat
mengembangkan bahasa mereka merentasi pelbagai etnik atau suku kaum yang ada
dipersekitaran mereka.
1.5.4 Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.
Persekitaran berkait rapat dengan keluarga, dan juga sekolah. Lingkungan sekolah
juga memegang peranan penting bagi perkembangan belajar kanak-kanak. Keadaan
belajar di sekolah akan mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak. Untuk
meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak pihak sekolah mestilah menyediakan
suatu persekitaran pembelajaran bahasa yang selesa dan baik. Pergaulan dengan
ramai rakan-rakan juga akan mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Jika
10
mereka dikelilingi dengan orang yang bijak dan pandai-pandai, maka mereka akan
terbiasa dengan percakapan orang bijaksana serta menguasai perbendaharaan kata
yang lebih luas, betul dan tepat.
1.6 Aktiviti-aktiviti persekitaran yang menggalakkan perkembangan bahasa
kanak-kanak
Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik serta berkesan dapat
meningkatkan keyakinan serta penglibatan kanak-kanak secara aktif dalam sosialisasi.
Penguasaan bahasa ini boleh diperoleh menerusi pengalaman dan pembelajaran yang
bermakna dan mengembirakan yang dilalui semasa beraktiviti. Perkembangan bahasa
penting dalam membantu kanak-kanak membentuk dan memahami konsep tentang
alam dan manusia di persekitaran mereka.
Terdapat beberapa aktiviti yang digunakan untuk meningkatkan perkembangan
bahasa kanak-kanak. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan kanak-kanak akan
belajar bahasa yang digunakan oleh guru dan juga rakan-rakan dan ini akan
meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak.
a) Bermain
Bermain merupakan fitrah kanak-kanak atau keperluan dalam kehidupan kanak-kanak.
Main merupakan satu cara kanak-kanak berinteraksi di mana dengan bermain kanak-
kanak dapat meningkatkan keyakinan diri dan penguasaan apabila mereka diberi
peluang untuk bermain. Peluang bermain dikatakan boleh meransang motivasi dan
minda kanak-kanak ke arah optimum menerusi penerokaan, pembinaan dan
penemuan secara semula jadi. Kanak-kanak akan mencapai kepuasan bermain
apabila keperluannya dipenuhi.
Dalam usaha meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak pendidik awal
kanak-kanak haruslah bijak memilih aktiviti, teknik dan pendekatan yang menarik minat
kanak-kanak semasa bermain. Melalui aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-
kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam
keadaan mengembirakan. Apabila kanak-kanak teruja dalam satu-satu perkara,
mereka akan terus berminat untuk menghadapi pembelajaran dan memberikan
11
perhatian penuh terhadap apa yang dipelajari atau yang menjadi objektif oleh
pembelajaran tersebut.
Ini bertepatan dengan pandangan Vygotsky yang mengatakan bahawa main
membantu perkembangan bahasa dan pemikiran kanak-kanak. Struktur otak akan
membentuk melalui penggunaan simbol dan alat di mana ia memberi kebebasan
kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar.
Kanak-kanak akan dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dan memperoleh
proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.
b) Nyanyian
Muzik dan nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan kepada
kanak-kanak. Kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dengan lagu. Kanak-kanak
prasekolah misalnya amat mengemari aktiviti nyanyian terutama nyanyian bersama-
sama kumpulan yang besar. Mereka akan meluahkan perasaan dengan menyanyi
sepenuh hati, bergembira dengan membuat gerakan bebas tanpa dirancang.
Perkembangan bahasa kanak-kanak boleh ditingkatkan menerusi aktiviti
nyanyian. Nyanyian yang melibatkan bahasa akan merangsang minda kanak-kanak
menguasai dan membantu mereka dalam perbendaharaan kata. Penggunaan lirik
dalam nyanyian akan menyedarkan kanak-kanak kepada setiap objek di persekitaran
yang mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Melalui aktiviti nyanyian, guru
dapat melahirkan perasaan kanak-kanak seperti bercerita, berimaginasi dan menyanyi
sambil bermain. Bagi menggalakkan kanak-kanak berbahasa, guru perlulah
menggalakkan kanak-kanak dengan berbual dan bercerita terhadap aktiviti yang
dilakukan.
Semasa menyanyi pula, kanak-kanak dapat membuat pergerakan dan meniru
gaya dan perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti keluarga, doktor,
bomba, askar, guru, peniaga, haiwan dan sebagainya menerusi seni kata lagu.
Sebagai contoh lagu ‘Gajah Menari’, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti
gajah dan tikus. Di sini kanak-kanak dapat belajar tentang perbezaan di antara gajah
dan juga tikus. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan perkembangan bahasa
kanak-kanak terutama semasa menyebut perkataan semasa menyanyi. Mereka juga
12
akan menemui beberapa perkataan baharu bagi meningkatkan kosa kata dan
memahami erti perkataan dengan bimbingan guru.
Kanak-kanak juga suka meniru. Dengan meniru bunyi yang didengari, mereka
akan berusaha meniru orang dewasa bercakap atau rakan mereka bercakap dan
meluahkannya dengan cara tersendiri. Sebagai contoh, permainan lagu yang
berulang-ulang atau penggunaan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal,
menghasilkan, mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan. Menerusi aktiviti ini
kanak-kanak akan membina perkataan yang mudah dan mereka akan mereka
imaginasi daripada penglaman mereka sendiri. Antara lagu yang biasa dinyanyikan
seperti lagu ‘bubur kacang/ goreng pisang’, ‘Bangau oh bangau’ dan ‘Di malam sepi’.
Contoh permainan lagu
c) Drama dan Lakonan
Lakonan merupakan salah satu aktiviti yang menggalakkan perkembangan bahasa
kanak-kanak. Sebagi contoh murid akan membuat aksi mengikut aksi gambar yang
ditunjukkan. Murid yang lain akan meneka, mengeja dan menulis aksi lakonan yang
dibuat oleh rakan mereka di papan hitam. Bermain olok-olok merupakan salah satu
aktiviti lakonan yang amat digemari oleh kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai daya
imaginasi yang tinggi terutama kanak-kanak yang besusia 3-5 tahun. Permainan olok-
olok yang biasa digemari oleh kanak-kanak adalah berdasarkan peristiwa yang berlaku
dipersekitaran mereka yang melibatkan watak dan perwatakan keluarga, jiran dan jenis-
jenis pekerjaan yang dekat dengan mereka. Ketika ini mereka akan mula bermain dan
berpura-pura menjadi ibu, bapa, guru, doktor, polis, puteri, adi wira dan sebagainya.
Malam Yang Sepi Malam yang sepi pi…pi Pak Mat jual topi Topinya koyak yak…yak Pak Mat jual tempoyak Tempoyaknya basi si...si Pak Mat jual nasi Nasinya …. (kanak-kanak akan menyambung perkataan berdasarkan imaginasi masing-masing)
Goreng Pisang Goreng pisang 2x sekarang Pisang apa? 2x pisang apa sekarang? Pisang tanduk 2x sekarang? Tanduk apa? 2x Tanduk apa sekarang? Tanduk lembu 2x Tanduk lembu sekarang Lembu apa? 2x Lembu apa sekarang? Lembu….. (kanak-kanak akan menyambung perkataan berdasarkan imaginasi masing-masing) Nasinya ….
13
Selain menyeronokkan, aktiviti lakonan, main peranan dan olok-olok ini
memberi peluang kepada kanak-kanak mengenali peranan watak yang dipilihnya. Orang
dewasa boleh merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak dengan isu atau
masalah yang dibawa semasa bekomunikasi. Keadaan ini akan membantu kanak-kanak
memperbaiki kemahiran berbahasa mereka kerana ia membabitkan pemikiran untuk
melahirkan satu-satu perlakuan dengan menggunakan perkataan dan mengulang
semula apa yang mereka dengari.
d) Teka teki
Kanak-kanak sangat suka kepada aktiviti bermain teka-teki. Mereka juga kadang kala
mereka teka-teki sendiri dengan jawapan yang logik dan kadang kala yang lucu dan
menghiburkan. Keadaan ini sangat menarik lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak
belajar mengurus pemikiran mencari jawapan yang betul di samping mendorong
pemikiran kanak-kanak supaya membayang, membanding, meramal, menduga dan
sebagainya. Kanak-kanak juga akan berusaha mencari jawapan kepada teka teki yang
diberikan.
Terdapat beberapa aktiviti lain yang boleh dilaksanakan oleh guru dan juga
pendidik bagi meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti ini
boleh dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah dengan melibatkan perkembangan
persekitaran kanak-kanak. Terpulanglah kepada guru dan pendidik bagi menyesuaikan
aktiviti dengan kebolehan kanak-kanak.
1.7 Kepentingan persekitaran terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak
Noor Aina (2007) berpendapat bahawa teori Interaksionalis bersetuju bahawa
persekitaran luaran memainkan peranan penting dalam proses pemerolehan bahasa
kanak-kanak. Kanak-kanak selain menerima latihan bahasa daripada ibu bapa,
mereka juga dapat memproses bahasa secara aktif melalui persekitaran terutama
menerusi persekitaran sosial mereka. Pengaruh ibu bapa, guru, rakan sebaya,
masyarakat dan juga pelbagai media mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-
kanak. Imam al-Ghazali juga menekankan faktor pembelajaran sosial dan pergaulan
dengan orang soleh sebagai salah satu pembentukan akhlak yang mulia.
14
Dalam konteks pemerolehan bahasa, pengaruh luaran terhadap pemerolehan
bahasa kanak-kanak ini memainkan peranan penting dalam penguasaan kemahiran
berbahasa kanak-kanak. Ini adalah kerana manusia secara sifat semulajadinya meniru
akan perlakuan orang yang ditiru. Menurut al-Na’imy (1994), manusia berbeza
berdasarkan persekitaran di mana ia berada. Sesiapa yang mendapati dirinya berada
dalam persekitaran dan pendidikan yang membantunya ke arah kebaikan, maka lebih
cenderung untuk menjadi golongan yang baik dan begitu juga sebaliknya. Ibn Khaldun
(2002) juga menjelaskan, persekitaran yang baik perlu bagi menghasilkan akhlak yang
baik dan akhlak yang baik itu perlu lahir daripada diri sendiri berdasarkan
pengamatannya kepada faktor-faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi tabiat
kehidupan manusia. Bertitik tolak daripada inilah makan pemerolehan bahasa juga
boleh berkembangan berdasarkan pengalaman kanak-kanak terhadap
persekitarannya.
Teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan oleh Albert Bandura (1977)
mengatakan bahawa sesuatu tindakan itu merupakan hasil interaksi antara manusia,
persekitaran dan tabiat manusia. Berne (1964) pula menyatakan bahawa pemikiran
manusia pada asasnya tidak terlepas daripada pengaruh persekitaran, terutama sekali
pengaruh individu yang rapat dengan seseorang seperti rakan sebaya, keluarga dan
masyarakat. Pengaruh persekitaran ini mempengaruhi seseorang dalam pelbagai
aspek terutama dalam penguasaan bahasa.Peranan penting persekitaran dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak tidak boleh dinafikan. Peranan ini dimainkan oleh
individu-individu yang signifikan seperti ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya, guru
dan media masa. Faktor ibu bapa, rakan sebaya, keluarga, masyarakat memberikan
pengaruh yang kuat dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Rajah berikut
menunjukkan pengaruh persekitaran terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak
Rajah 1.6: Persekitaran pembelajaran bahasa kanak-kanak
PERSEKITARAN
IBU BAPA
RAKAN SEBAYA
GURU MASYARAKAT
MEDIA
15
Faktor persekitaran terutama ibu bapa, rakan sebaya, guru, media massa,
masyarakat dan sebagainya memainkan peranan penting dalam pembentukan dan
pemerolehan bahasa kanak-kanak. Hal ini menunjukkan bahawa proses pemerolehan
bahasa kanak-kanak bukan sekadar pendidikan formal malah melibatkan pengaruh
persekitaran yang lain secara holistik. Ini boleh diperoleh menerusi pendekatan
pembelajaran sosial seperti pemodelan, peneguhan, maklum balas untuk pemerolehan
pembelajaran secara langsung atau tidak langsung yang positif.
1.8 Tugasan
a. Fikirkan satu aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan bahasa
kanak-kanak. Bincang dan kongsikan jawapan anda dengan jawapan
rakan-rakan anda.
b. Jelaskan bagaimana faktor persekitaran mempengaruhi perkembangan
bahasa kanak-kanak.
LATIHAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
-TIADA-
16
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai peringkat
perkembangan bahasa kanak-kanak yang merangkumi peringkat bayi (0 – 12 bulan
dan Tatih (12 bulan – 2 tahun). Tajuk ini juga akan menjelaskan aktiviti-aktiviti
berbahasa yang boleh dilaksanakan pada kanak-kanak mengikut peringkat umur
mereka.
Hasil pembelajaran
Pada akhir unit ini, pelajar-pelajar dapat:
i. Memahami peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut umur
ii. Menghuraikan aktiviti berbahasa yang boleh dilaksanakan mengikut peringkat
umur kanak-kanak
Kerangka Tajuk
2.1 Pengenalan
2.2 Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak-kanak
2.2.1 Bayi (0-6 bulan)
2.2.2 Bayi (6 – 12 bulan)
2.2.3 Tatih (12 – 18 bulan)
2.2.4 Tatih (12 bulan – 2 tahun)
2.3 Tugasan
UNIT 2
Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak-kanak
Bayi (0 - 6 bulan)
Bayi (6 - 12 bulan)
Tatih (12 - 18 bulan)
Tatih (18 bulan - 2 tahun)
17
2.1 Pengenalan
Bahasa merupakan saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan
mengutarakan idea serta pengalaman mereka semasa berkomunikasi. Perkembangan
dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung
antara satu sama lain. Kebolehan berbahasa dan menggunakan bahasa ini akan dapat
menjalin satu hubungan rapat di antara kanak-kanak dengan membina konsep
berkaitan dengan kemanusiaan, alam dan persekitaran mereka.
Proses pemerolehan bahasa ini perlu diberikan penekanan kepada kanak-
kanak kerana ia membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan lebih baik dan tepat.
Ini secara tidak langsung membantu kanak-kanak menguasai kemahiran interpersonal
mereka. Menerusi bahasa kanak-kanak boleh belajar menyusun gambaran pemikiran
yang akan membantu mereka dalam proses pembelajaran. Bayi dikatakan mampu
menyimpan perkataan di dalam memori mereka ketika berusia 6 bulan yang membawa
kepada keupayaan memahami dan memberikan tindak balas terhadap persekitaran
mereka. Keupayaan ini akan terus meningkat sejajar dengan peringkat umur dan
kebolehan kanak-kanak sehinggalah mereka membesar dan dapat berkomunikasi
dengan lancar dengan persekitaran mereka.
2.2 Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak-kanak
Milestone Perkembangan Bahasa Kanak-kanak boleh diperhatikan seperti berikut:
2.2.1 Bayi (0-6 bulan)
Umur Milestone 7 hari, membezakan suara ibunya dengan suara perempuan yang
lain.
2 minggu membezakan suara bapanya dengan suara lelaki lain
1 bulan Respon kepada suara yang didengarinya
Cooing
Suka bila ada orang berkata-kata dengannya (mengagah)
2 bulan berkomunikasi dengan gurgles, coos, dan mempamerkan
emosi
3 bulan membunyikan bunyian vokal
Mula mengembangkan bunyi vokal
Mula tertawa
Mempunyai tangisan yang berbeza untuk keperluan yang
berbeza
4 - 5 bulan babbles (ba-ba) Cuba meniru bunyian
18
2.2.2 Bayi (6-12 bulan)
Umur Milestone 6 – 8 bulan
Menambah beberapa bunyian konsonan ke bunyian vokal
Memanjangkan dan memperbagaikan bunyian
Menguji pelbagai kekuatan (volumes) dan ketinggian (pitches) bunyi
Membuat bunyi dua sukukata seperti "dada" or "mama," tetapi
belum lagi mengaitkan dengan individu
9 – 12 bulan
Menyebut perkataan yang mudah ("dog", "hot")
Faham maksud “tidak” Meniru bunyian seperti tongue-clicking, dan batuk
2.2.3 Tatih (12-18 bulan)
Umur Milestone 12 – 15 bulan
Menyebut beberapa perkataan
Menyebut “tidak” dan menggelelngkan kepala
Mengikut arahan yang mudah
15 bulan Menggabungkan bunyi vokal dan konsonan (gibberish) yang
menghasilkan perkataan
Boleh menyebut sebanyak sepuluh perkataan yang berbeza
15 - 18 bulan
Menyebut 10 – 20 perkataan
Menggabungkan perkataan pendek seperti “no-no”, “bye-bye”, Membuat ayat yang pertama
2.2.4 Tatih (18 bulan – 2 tahun
Umur Milestone 18 bulan Menyebut kata nama (bola, susu), nama orang tertentu dan
beberapa perkataan atau rangkaian kerja
Menambah gesture bila bertutur dan mengikut arahan dua
langkah (“Pergi ke bilik dan ambil mainan”) 18 – 24 bulan Menyebut 20 – 50 perkataan
Membuat ayat yang mengandungi 3 perkataan
2 tahun Menggabungkan perkataan , membentuk ayat mudah
seperti “ayah sayang adik”.
19
2.3Tugasan
a. Nyatakan perkembangan bahasa kanak-kanak berdasarkan umur di
bawah:
i. 3 bulan
ii. 6 bulan
iii 9 bulan
iv 12 bulan
b. Fikirkan aktiviti yang boleh dilakukan oleh pendidik bagi meningkatkan
perbendaharaan dan kosa kanak-kanak pada usia 2 tahun.
LATIHAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
-TIADA-
20
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai kecekapan
pengetahuan bahasa awal kanak-kanak yang merangkumi kemahiran mendengar dan
bertutur. Tajuk ini akan memberi tumpuan kepada faktor yang mempengaruhi dan
keberkesanan kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan kanak-kanak. Di
samping itu, pelajar juga diperkenalkan dengan teknik dalam pengajaran bahasa.
Hasil pembelajaran
Pada akhir unit ini, pelajar-pelajar dapat:
i. Memahami konsep kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan kanak-
kanak
ii. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar dan
bertutur dalam kalangan kanak-kanak
iii. Menjelaskan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur bagi
penguasaan bahasa kanak-kanak
KERANGKA TAJUK
3.1 Pengenalan
3.2 Kemahiran mendengar dan bertutur
3.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar dan bertutur
3.4 Teknik pengajaran mendengar dan bertutur
3.5 Tugasan
UNIT 3 Kemahiran Awal Mendengar dan Bertutur
- Faktor yang mempengaruhi dan keberkesanan (M)
- Teknik pengajaran bahasa (M)
21
3.1 Pengenalan
Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua
komponan asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur yang saling melengkapi.
Lisan adalah pertuturan atau percakapan yang melahirkan bahasa secara verbal
melalui suara atau sebutan yang melibatakan kemahiran mendengar. Bagi menguasai
kemahiran ini, kanak-kanak perlu dilatih untuk menggunakannya secara cekap dan
kerap yang melibatkan mendengar dan bertutur. Kedua-dua kemahiran ini perlu
dikuasai terlebih dahulu sebelum menguasai bahasa yang ke dua atau bahasa-bahasa
yang lain.
3.2 Kemahiran mendengar dan bertutur
3.2.1. Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas.
Mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan
memahami perkara yang didengari. Antara perkara-perkara yang didengari
adalah melibatkan pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan,
perbualan, soal jawab, laporan dan perbincangan.
Kanak-kanak dikatakan telah menguasai kemahiran mendengar apabila
dapat menguasai mendengar dengan baik apa yang dituturkan oleh orang lain
dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa yang didengari
dengan baik. Maksud mentafsir di sini ialah apabila kanak-kanak itu dapat
mengecam, mengenal, mengamati serta mendiskriminasikan bunyi-bunyi
bahasa dari sekeliling mereka.
Dalam pendidikan, proses mendengar merupakan proses paling utama
dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kemahiran mendengar perlu
dipupuk dalam diri kanak-kanak agar mereka menjadi pendengar yang baik
iaitu mendengar deretan bunyi bahasa, memahami deretan bunyi bahasa, dan
bertindak terhadap bunyi bahasa yang didengari itu. Kemahiran mendengar ini
perlu sentiasa dipupuk agar aktiviti-aktiviti kemahiran berbahasa ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
22
3.2.2. Kemahiran bertutur
Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-
alat perkusi manusia. Kemahiran bertutur berkait rapat dengan kemahiran
mendengar. Pertuturan berlaku apabila penutur dapat mendengar dan
memahami dengan baik apa-apa yang didengari. Kanak-kanak belajar
kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. Walau
bagaimanapun, tahap pertuturan kanak-kanak boleh dipengaruhi oleh aspek
fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap
sosioekonomi.
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan kanak-kanak
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea secara lisan dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan bertatasusila. Terdapat beberapa tujuan
dalam bertutur iaitu bertutur dengan tujuan memaklumkan, mempengaruhi,
berseronok, menyelesaikan masalah, menzahirkan emosi dan idea.
3.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak
antaranya ialah:
3.3.1 Umur
Tahap perkembangan bahasa kanak-kanak adalah berbeza mengikut peringkat
umur atau kematangan. Perbendaharaan kata kanak-kanak semakin
bertambah apabila umurnya semakin meningkat. Hal ini adalah kerana adanya
hubungan rapat antara umur dan kematangan terutama sekali alat artikulasi
dan pemikiran. Sebagai contoh, kanak-kanak berusia 0-6 bulan boleh
menghasilkan bunyi untuk berkomunikasi. Ini berbeza dengan kanak-kanak
https://www.boxofideas.org/ideas/practical-skills-at-home/study-skills-and-attention/first-stage-activities-to-develop-listening-skills/ https://www.ero.govt.nz/publications/extending-their-language-expanding-their-world/oral-language-learning-and-development-birth-to-eight-years-of-age/
23
yang berusia 1-2 tahun yang sudah boleh menyebut perkataan seperti ‘mama’
dan boleh menyebut perkataan yang biasa didengari seperti ‘cat’, ‘meow’, ‘bird’
dan ‘fish’. Kanak-kanak usia 2-3 tahun dikatakan telah menguasai dan
memahami sebanyak 50 patah perkataan.
3.3.2 Jantina
Pada umumnya kanak-kanak perempuan dikatakan lebih cepat bertutur
berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Ini adalah disebabkan oleh kesan
langsung dan kesan tidak secara langsung terhadap perkembangan kanak-
kanak. Ini adalah berpunca daripada perbezaan horman pada kanak-kanak
lelaki dan kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak lelaki mengeluarkan hormon
androgen, manakala kanak-kanak perempuan hormon oestrogen. Hormon
inilah yang bertanggungjawab membezakan perkembangan antara kanak-
kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.
Kesan tidak langsung adalah berpunca daripada keadaan persekitaran.
Kanak-kanak perempuan telah dilatih kelakuannya mengikut pola tingkah laku
yang sesuai dengan jantinanya. Kanak-kanak perempuan mengamalkan
budaya dalam masyarakatnya dengan kelakuan yang dibentuk oleh keluarga,
rakan sebaya, sekolah, guru dan masyarakat. Mereka bertindak dengan
memperoleh kemahiran yang lebih berbanding dengan kanak-kanak lelaki.
Dari aspek saintifiknya alat artikulasi kanak-kanak perempuan lebih
cepat matang berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Perbendaharaan kata
kanak-kanak perempuan juga lebih banyak dan percakapan mereka lebih
mudah difahami. Kesannya kanak-kanak perempuan lebih banyak bercakap
dan lebih cepat membaca. Namun bagi sesetengahnya kanak-kanak
perempuan ada juga yang lambat mengalami perkembangan bahasa.
3.3.3 Kesihatan
Dalam perkembangan bahasa, kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal
akan mengalami masalah penguasaan bahasa. Kecacatan fizikal ini
termasuklah kecacatan pertuturan, penglihatan, pengamatan dan tangan.
24
Kanak-kanak yang mengalami sakit telinga dan sumbing misalnya akan
mengalami gangguan kesihatan terutama dalam masa dua tahun pertama
kelahiran. Penguasaan bahasa mereka akan terganggu dan memberi kesan
kepada perkembangan bahasa mereka. Keadaan ini juga boleh berlaku kepada
kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak khas. Ini adalah disebabkan
mereka kurang mendapat ransangan alam sekitar serta kelancaran pertuturan
yang terganggu.
3.3.4 Persekitaran rumah
Kanak-kanak yang membesar dalam lingkungan alam sekitaran yang sihat
akan mendapat pelbagai kemudahan yang diperlukan. Ini berkait rapat dengan
persekitaran rumah dan keadaan keluarga. Kemudahan-kemudahan yang
disediakan akan membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Pergaulan
kanak-kanak di persekitarannya juga mempengaruhi perkembangan bahasa
mereka. Jika mereka membesar dalam lingkungan orang-orang yang pandai
dan bijaksana, maka mereka akan memperoleh perbendaharan kata yang lebih
baik. Percakapan mereka juga akan menjadi lebih lancar dan matang. Malah
mereka akan dibimbing dan terbimbing dengan cara yang betul dan sihat.
3.3.5 Interaksi dalam keluarga
Interaksi dalam keluarga penting bagi meningkatkan perbendaharaan kata
kanak-kanak. Saiz sesebuah keluarga dapat mempengaruhi perkembangan
bahasa kanak-kanak. Anak tunggal misalnya mempunyai masa yang banyak
untuk berinteraksi dengan ibu bapa berbanding dengan anak dari keluarga
yang ramai. Layanan yang cukup ini membolehkan kanak-kanak dapat bertutur
dengan lebih cepat dan cekap. Ini berbeza dengan kanak-kanak yang ramai
adik-beradik kerana mereka akan lebih kerap bercakap sesama sendiri dalam
lingkungan mereka sahaja yang menyebabkan perbendaharaan kata mereka
agak sedikit dan terhad.
25
3.4 Teknik pengajaran mendengar dan bertutur
3.4.1 Prinsip pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, guru perlu mengetahui faktor-
faktor persekitaran fizikal dan sosial murid, psikologi dan pengalaman murid.
Kemudian baharulah guru mengajar kemahiran mendengar tersebut secara
tidak terpisah atau bersendirian. Ini bermaksud ia hendaklah diajar secara
gabungjalin dengan kemahiran bahasa yang lain iaitu kemahiran bertutur,
membaca dan menulis.
Semasa pelaksanaan pengajaran kemahiran mendengar, aktiviti
pengajaran perlulah dipelbagaikan dengan memilih bahan-bahan atau sumber
yang sesuai dan dipelbagaikan bagi tujuan menarik minat murid. Aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan perlulah di berfokus dengan kemahiran mendengar dan
dijalankan secara berterusan. Aktiviti-aktiviti perlu berfokus kepada pemupukan
keinginan mendengar dan mengajar tabiat mendengar dengan baik. Guru juga
perlu melatih murid mengesan dan menilai idea dan isi penting dalam
mendengar. Latihan membuat ringkasan atau nota mengenai apa yang ingin
didengar, secara mental dan bertulis di samping memahami sikap dan emosi
seseorang dan maksud yang tersirat dalam penyampaian.
Berikut kemahiran mendengar interaktif dan tidak interaktif dalam pembelajaran
bahasa:
Interaktif
Melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar
berperanan secara aktif semasa sesi perbualan
boleh mencelah dengan mengemukakan soalan untuk mencari penjelasan, pengulangan atau mengucapkan semula
berpeluang untuk mempraktikkan mendengar interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran ini.
26
3.4.2 Pendekatan pengajaran mendengar
Rajah 3.4.2 Pendekatan Pengajaran Mendengar
Sebelum mendengar - Murid perlu mengenal pasti tujuan pembelajaran
mendengar. Kemudian murid perlu menentukan matlamat, merancang dan
memberi tumpuan sejajar dengan matlamat. Semasa membuat inferens dan
ramalan, murid perlu menggunakan pengetahuan sedia mereka bagi
menggalakkan pembelajaran mereka. Murid perlu memberikan penumpuan
kepada kosa kata dan perkataan yang penting, justeru mereka perlu tahu akan
perkataan yang sinonim dan antonim bagi perkataan-perkataan yang didengar.
Murid juga perlu mahir menggunakan imaginasi bagi membentuk grafik atau
gambaran mental semasa mendengar. Apa yang penting murid perlu mahir
dalam mengaitkan pengalaman peribadi dengan apa yang didengari.
sebelum semasa selepas
diulang
Tidak Interaktif
Pendengar tidak berpeluang untuk memberikan respons secara verbal terhadap mesej yang didengar
pendengar perlu bersedia dengan situasi tersebut untuk mendapat suasana komunikasi yang baik
Pendengar tidak boleh mencelah dengan mengemukakan soalan atau untuk mendapatkan penjelasan.
Pendengar tidak berupaya mengambil bahagian dalam mewujudkan hubungan dua hala seperti mendengar kuliah, radio, menonton televisyen, filem atau siaran langsung
27
Semasa mendengar – Perlu menggunakan pengetahuan tatabahasa dan
memberi tumpuan kepada apa yang didengar. Tumpuan perlu diberikan
kepada nada dan intonasi penutur untuk memahami apa yang didengari.
Semasa mendengar, berikan tumpuan kepada yang penting-penting sahaja.
Catat atau buat nota dengan tujuan meringkaskan maklumat yang didengari,
kemudian menghuraikan apa yang didengar untuk memperkukuhkan
kefahaman terhadap apa yang didengari.
Selepas mendengar – memastikan apa yang didengari difahami dan
diramalkan dengan betul dan tepat. Ringkaskan maklumat yang didengari
dengan mencatat apa yang diingat, mengulangi apa yang didengar serta
menyusun kosa kata yang baharu. Kemudian murid boleh menilai strategi
mendengar yang digunakan.
3.4.3 Contoh Pengajaran
Contoh 1: Mengikut arahan
Pengenalan : Aktiviti mudah dalam pengajaran kemahiran mendengar
Objektif : Murid mendengar dan mengikut arahan dengan tepat
Kosa kata : ikut arahan, mendengar
Bahan : kertas A4, pensel.
Rancangan pelajaran:
Guru mengedar sehelai kertas A4 kepada semua murid.
Guru menerangkan bahawa akan membacakan arahan sekali
sahaja dan tidak akan mengulangnya.
Murid mendengar arahan guru dengan teliti dan berhati-hati
Guru memberikan arahan:
i. Lukis garisan melintang di tengah-tengah kertas
ii. Lukis gambar hati di bahagian atas kertas
iii. Bahagikan hati kepada 4 bahagian
iv. Tuliskan tiap bahagian kepada saya, keluarga, adik-beradik,
rakan sebaya
28
v. Tulis nama orang yang paling anda sayang di bahagian bawah
kertas
vi. Tuliskan perkataan ‘Terima Kasih’ di bawah nama tersebut.
Aktiviti ini adalah aktiviti mudah dilaksanakan tetapi memerlukan tumpuan
sepenuhnya. Walau bagaimanapun masih terdapat yang mengatakan
aktiviti ini adalah sukar.
Contoh 2: Dialog
Pengenalan : Aktiviti mudah dalam pengajaran kemahiran mendengar
Objektif : Murid menunjukkan kefahaman tentang beberapa perkataan
Kosa kata : memelihara, jiran
Bahan : pita rakaman
Rancangan pelajaran:
Guru memperkenalkan topik dengan menunjukkan gambar tunggal.
Guru meminta murid meneka dialog yang diberikan.
Guru membaca dialog
Guru dan murid bersoal jawab berdasarkan dialog yang diberikan.
Aktiviti semasa mendengar:
i. Murid mendengar dialog dan semak semula sama ada tekaan
mereka betul dan tepat
ii. Murid mendengar dialog buat kali ke dua dan menjawab soalan
Aktiviti selepas mendengar
i. Murid berbincang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan
ii Murid menyatakan pengalaman masing-masing
iii. Menyatakan tindakan yang akan dilakukan
iv. Murid menulis apa yang mereka faham.
29
3.5 Tugasan
a) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-
kanak
b) Nyatakan peringkat perkembangan dalam kemahiran mendengar dan bertutur
c) Cari teknik-teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa untuk kanak-kanak usia 2-3 tahun.
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelaran: Kecekapan Pengetahuan Bahasa Awal Kanak-kanak
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
Kemahiran Mendengar dan bertutur
i. Teknik Pengajaran
ii. Perancangan Aktiviti
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang
sesi pembelajaran dalam talian.
LATIHAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Kecekapan Pengetahuan Bahasa Awal Kanak-kanak
30
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai kemahiran membaca
dan kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak. Kemahiran membaca
merangkumi peringkat pengajaran bacaan dan pengajaran dan pembelajaran bacaan.
Manakala kemahiran menulis berfokus kepada peringkat kemahiran menulis dan
pengajaran pembelajaran menulis.
Hasil pembelajaran
Pada akhir unit ini, pelajar-pelajar dapat:
i. Memahami konsep kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan kanak-
kanak.
ii. Menjelaskan peringkat-peringkat kemahiran membaca dan menulis.
iii. Menghuraikan pengendalian pengajaran dan pembelajaran kemahiran
membaca dan menulis dalam kalangan kanak-kanak.
Kerangka Tajuk
4.1 Pengenalan
4.2 Kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak
4.3 Peringkat-peringkat kemahiran membaca
4.4 Pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca
4.5 Kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak
4.6 Peringkat-peringkat kemahiran menulis
4.7 Pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis
4.8 Tugasan
UNIT 4
Kemahiran Awal Membaca dan Menulis
Kemahiran Membaca Peringkat pengajaran bacaan (M) Pengajaran dan pembelajaran membaca(M)
Kemahiran Menulis Peringkat pengajaran menulis (M) Pengajaran dan pembelajaran menulis(M)
31
4.1 Pengenalan
Kemahiran membaca dan menulis merupakan proses yang berkait rapat dengan
bahasa yang meliputi kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk
memahami makna daripada teks yang bercetak dan menzahirkannya dalam bentuk
tulisan semula. Membaca adalah menginterpretasi terhadap sesuatu situasi atau
perkara yang diperkatakan. Ia melibatkan kognitif untuk memahami bahan tulisan dan
berkeupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis (komunikasi yang melibatkan
simbol-simbol tulisan). Membaca ini juga merupakan gambaran mental tentang makna
daripada perkara yang diperkatakan, idea atau isu yang dilihat.
4.2 Kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak
Kanak-kanak menguasai kemahiran membaca apabila boleh memindahkan tulisan
kepada suara, serta memahami makna terhadap apa yang dibaca. Memahami makna
adalah penting kerana ramai kanak-kanak yang boleh membaca dengan lancar tanpa
memahami makna atau maksud yang ingin disampaikan atau memahami kandungan
teks/ayat yang dibaca. Oleh itu, kanak-kanak yang tidak memahami apa yang dibaca
dianggap masih belum menguasai kemahiran membaca.
4.3 Peringkat-peringkat kemahiran membaca
Peringkat kemahiran membaca kanak-kanak terdiri daripada kesediaan membaca
kanak-kanak, prabacaan, bacaan mekanis, dan baca-faham.
4.3.1. Kesediaan membaca
Pendedahan awal kepada buku dan bermain dalam pengalaman seharian
dapat mendorong minat kanak-kanak dengan buku. Justeru pembacaan
perlulah dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti penerokaan
dunia persekitaran kanak-kanak. Dolores Durkin (1960an) menerusi
pengkajiannya mendapati persekitaran atau keadaan rumah membantu kanak-
kanak menimba pengalaman belajar membaca sebelum ke taska dan tadika.
Pendidik pula perlulah bekerjasama dalam menyediakan persekitaran yang
kaya dengan peluang kepada pendedahan literasi kepada kanak-kanak. Bahan
32
bacaan yang sesuai akan memberi impak positif kepada kanak-kanak dalam
kebolehan membaca.
Apabila kanak-kanak masuk ke pendidikan yang lebih formal, guru
perlulah mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran
membaca murid dengan menentukan tahap membaca dalam kalangan murid
berkenaan. Ini adalah kerana murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada
latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang berbeza. Ini memberi kesan
kepada perbezaan kebolehan dan kemahiran membaca mereka. Justeru guru
perlulah memberikan perhatian kepada perasaan dan bahasa yang diguanakan
oleh murid. Perhatian guru terhadap dua aspek ini akan memberikan
pengalaman kepada murid supaya mereka bersedia untuk membaca.
Kesediaan murid terhadap membaca ini penting kerana ia memberi
peluang kepada murid merapatkan diri mereka dengan guru. Ini secara tidak
langsung menimbulkan keyakinan kepada murid. Apabila murid bersedia untuk
membaca, mereka akan berkeinginan untuk meluaskan pengetahuan dan
mencari pengalaman melalui bacaan. Keadaan ini memberi peluang kepada
murid untuk bertanya dan lebih rapat dengan guru mereka serta menimbulkan
minat dan tabiat gemar membaca serta menghargai apa yang dibaca.
Pada peringkat kesediaan ini, guru hendaklah memerhati kesediaan
murid sama ada murid benar-benar bersedia uantuk membaca atau sebaliknya.
Justeru beberapa perkara perlu diberikan perhatian agar guru dapat
memastikan muridnya benar-benar telah bersedia. Tanyakan murid beberapa
soalan yang berkaitan tentang topik yang akan dibincangkan. Apabila murid
telah bersedia, makan mereka akan menjawab soalan yang dikemukakan oleh
guru.
Bagi memastikan murid telah bersedia, guru bolehlah melakukan aktiviti-aktiviti
berikut:
i. Mengadakan aktiviti yang melibatkan murid seperti nyanyian, teka teki,
simulasi dan sebagainya yang menarik minat murid.
33
ii. Banyakkan bermain dengan murid, misalnya berbual-bual, bersoal jawab
secara tidak langsung.
iii. Gunakan beberapa perbendaharaan kata yang baharu, yang difikirkan
sesuai buat murid mengikut peringkat umur.
Berikut adalah faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca
4.3.2. Prabacaan
Prabacaan merupakan tahap menyediakan kanak-kanak untuk
membaca. Di sini pendidik perlu menyediakan pengalaman bahasa iaitu
mengenal dan mengecam huruf. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan
aktiviti yang boleh mendorong kanak-kanak mempertingkatkan
kemahiran dan ketajaman penglihatan bagi memudahkan penguasaan
prabacaan.
1. Keadaan fizikal
penglihatan
pendengaran
pendengaran
pertuturan
pertuturan
umur
umur
jantina
jantina
2. Pengalaman dan persekitaran
3. Emosi dan motivasi
Pendedahan bahan bacaan di rumah
4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif
Adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi?
Adakah kanak-kanak bersikap negative terhadap buku?
Daya kecerdasan
Kebolehan mental secara keseluruhan
34
Minat membaca kanak-kanak bermula sejak bayi lagi. Mereka
mengenali dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada
bunyi dan bahasa perbualan. Terdapat beberapa cara yang boleh
digunakan bagi memupuk minat membaca terhadap bayi sejak mereka
dilahirkan. Antara aktiviti yang boleh dijadikan rutin harian seperti aktiviti
bercerita pada waktu pagi, semasa makan, selepas mandi dan sebelum
tidur. Berceritalah dengan menggunakan rima yang sesuai dan
diperdengarkan lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.
Pengenalan kepada cerita ini akan membawa kepada minat kanak-
kanak terhadap buku dan prabacaan.
Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan
proses untuk menyediakan seseorang kanak-kanak kepada peringkat
pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa
menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan
memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum
membaca huruf itu.
Pada tahap ini murid perlu didedahkan kepada aktiviti yang
boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan
dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman
yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca seperti
membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
Berikut adalah antara aktiviti prabacaan yang boleh digunakan
oleh guru kepada kanak-kanak dan murid prasekolah:
a. Awal Bacaan
Awal bacaan merupakan penguasaan awal kanak-kanak terhadap
aktiviti membaca. Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan nombor,
huruf, warna, bentuk dan persekitaran dengan cara yang menarik melalui
buku yang dibaca. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak
berminat untuk suka berdampingan dengan buku dan secara tidak
langsung mendorong kanak-kanak untuk berkomunikasi.
35
Shared reading adalah aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh
pendidik bagi memperkenalkan bacaan awal kepada kanak-kanak.
Aktiviti ini perlu dilaksanakan secara berterusan kerana ia menyediakan
peluang dan pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak. Ini
akan memberikan tindakan yang positif terhadap emosi kanak-kanak di
mana mereka akan berpeluang untuk bertanya, tersenyum, ketawa,
membuat aksi, membuat memek muka, lakonan, simpati, empati dan
sebagainya.
b. Mekanis
Pada peringkat mekanis, kanak-kanak sudah boleh membunyikan huruf,
suku kata, perkataan, frasa dan ayat mudah. Mereka juga boleh
membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan
tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan
dengan sebutan yang jelas dan terang. Bacaan mekanis ini penting
kerana ia membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Bacaan mekanis juga
membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu
pula berhenti pada tempat berhenti yang betul, membolehkan murid
membaca dengan irama membaca yang betul dan menggunakan
kemahiran membaca dalam pelajaran yang lain serta membolehkan
murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat.
Pengajaran dan pembelajaran bacaan mekanis ini boleh dilakukan
seperti berikut:
i. Guru menyediakan petikan bacaan sesuai dengan umur dan
kebolehan murid
ii. Guru dan murid bersoal jawab dengan perkataan, rangkai kata
yang sukar, sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan
iii. Guru membaca petikan dan murid menyemak bacaan guru.
iv. Guru membaca petikan dan diikuti oleh murid.
v. Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-gilir
vi. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi
bacaan bagi menguji kefahaman murid.
36
C. Baca-faham
Pada peringkat baca-faham, murid sudah mempunyai keupayaan untuk
mengumpul maklumat dan makna daripada bahan yang dibaca malah
boleh mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang bahan
yang dibaca. Penguasaan kosa kata yang banyak boleh membantu
murid memahami kandungan dan mesej yang hendak disampaikan
melalui bacaan. Tujuan utama pengajaran baca-faham ini adalah untuk
menambahkan dan meluaskan kosa kata murid.
Peringkat baca-faham ini perlu sesuai dengan peringkat umur
dan kecenderungan murid. Bagi pengajaran baca-faham ini, guru
hendaklah memulakan membaca setelah murid dapat membaca ayat-
ayat ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf. Guru
perlu perbanyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji
kefahaman murid selepas membaca. Guru juga perlu memberi peluang
membaca dan memahami mata pelajaran lain dengan mengadakan
aktiviti bacaan intensif dan ekstensif untuk latihan kemahiran membaca.
Kefahaman bacaan boleh dibahagikan kepada tiga ketegori iaitu
kefahaman literal, kefahaman inferensi dan kefahaman kritikal.
Kefahaman literal mengandungi makna perkataan, makna ayat, huraian
isi, idea utama, urutan idea, perbandingan dan hubungan sebab dan
akibat. Kefahaman inferensi pula merangkumi aktiviti membuat
kesimpulan, mengeluarkan idea utama, membuat perbandingan,
menunjukkan hubungan sebab akibat, membuat jangkaan dan
memahami dan menghuaikan bahasa kiasan. Kemahiran kritikal pula
seperti membezakan kenyataan daripada fantasi, membezakan fakta
deripada pendapat, menetukan kecenderungan dan gaya bahasa penulis
dan menentukan tujuan menulis
.
37
Pada peringkat membaca dan memahami, seseorang pembaca
perlu menjadi pembaca yang aktif berasaskan interaksi antara teks
dengan pembaca. Pembaca perlu memahami apa yang dibaca,
berdasarkan perbendaharaan kosa kata yang dimiliki. Berdasarkan
bacaan teks yang dibaca, pembaca boleh membuat generalisasi atau
kesimpulan terhadap teks yang telah dibaca.
4.4 Pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran kemahiran membaca boleh digunakan dalam
pengajaran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Oleh sebab bahasa Malaysia
mempunyai banyak perkataan yang terbahagi kepada suku kata, maka kebanyakan
KEFAHAMAN BACAAN
Kefahaman Literal
Kefahaman Kritikal
makna perkataan membezakan kenyataan
daripada fantasi
makna ayat
huraian isi
idea utama
urutan idea
perbandingan
hubungan sebab dan akibat
Kefahaman Inferensi
membuat kesimpulan
Mengeluarkan idea utama
Membuat perbandingan
Menunjukkan hubungan sebab
dan akibat
Membuat jangkaan dan memahami
Menghuraikan bahasa kiasan
membezakan fakta daripada
pendapat
menentukan kecenderungan
dan gaya penulis
menentukan tujuan menulis
38
guru dan pengkaji menyarankan penggunaan kaedah bunyi suku kata untuk membaca
di peringkat awal (Isahak,1979; Nooraihan. 1984; Nik Eliani, 1997; Sabrina Abdul
Rahim, 2010; Sheerman et. al. 2006; Howard P. Parette et. al. 2009). Kaedah ini
memudahkan kanak-kanak mengenal huruf dan suku kata. Dalam kaedah ini, kanak-
kanak diperkenalkan kepada abjad sebelum diajar kepada bunyi. Kemudian mereka
diajar kepada mengeja dan membunyikan setiap suku kata yang boleh dibentuk
daripada abjad tersebut. Apabila kanak-kanak telah menguasai ejaan dan bunyi suku
kata, baharulah mereka di perkenalkan dengan perkataan hasil daripada gabungan
suku kata tersebut.
Kaedah fonik juga biasa digunakan dalam pengajaran membaca di peringkat
awal kanak-kanak. Mereka di perkenalkan dengan mengenal huruf terlebih dahulu
melalui padanan huruf dengan bunyi. Terdapat pelbagai cara pelaksanaan kaedah ini
sebagaimana yang diikemukakan oleh Hasnah dan Habibiah (2010), Othman dan Nik
(2009), dan beberapa yang lainnya dengan memberikan panduan pengajaran yang
pada asanya adalah untuk melihat hubungan antara simbol (huruf) dan bunyi
(hubungan fonem-grafem) supaya kanak-kanak dapat membaca (membunyikan)
perkataan-perkataan baharu yang mereka temui. Sebagi contoh:Murid diperkenalkan
dengan huruf. Lambang huruf dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya huruf ‘a’
dibunyikan ‘aa’, ‘b’ = ‘beh’ ‘c’ =’ceh’ dan sebagainya. Kanak-kanak akan dilatih
menggabungkan bunyi bunyi huruf dan seterusnya membentuk bunyi suku kata dan
perkataan.
Belajar untuk mengenal pasti perkataan merupakan salah satu cara untuk
menyelesaikan masalah mengenal huruf. Justeru, kanak-kanak perlu mempelajari
hubungan antara kiu visual (huruf) dan bunyi yang diungkapkan (hubungan fonem-
grafem). Latihan berulang kali perlu dilakukan agar dapat mengenal dan mengecam
huruf dan bunyi. Apabil kanak-kanak sudah mengenal pasti perkataan, maka mereka
tidak perlu lagi membuat pengecaman perkataan tersebut. Tahap ini dinamakan
belajar membaca. Belajar membaca adalah tugas sukar kerana mempelajari gabungan
bunyi dan huruf sangat asing kepada pengalaman lalu kanak-kanak (Yahya Othman
et.al. 2012). Oleh yang demikian, kegiatan membaca dan menulis menjadi penting dan
kanak-kanak secara aktif akan membina pengetahuan mereka berkaitan dengan
kaedah membaca yang dipelajari.
39
Salah satu kaedah pengajaran membaca ialah belajar membaca melalui
kecergasan pelbagai. Menru Howard Gardner (1983), setiap individu mempunyai
kecerdasan yang berlainan. Menurutnya setiap individu mempunyai
sekurang0kurangnya tujuh kebolehan menyelesaikan masalah atau mencipta produk
yang dihargai oleh sesuatu budaya. Howard percaya bahawa pembelajaran yang
paling berkesan ialah sesuatu keadaan yang berlaku dalam keadaan yang
mengembirakan. Ini adalah kerana, kanak-kanak berasa gembira dan lebih mudah
untuk belajar sekiranya mereka belajar sambil bermain. Melalui aktiviti yang disediakan
kanak-kanak berpeluang melatih kemahiran dengan memahami dan memperoleh
kemahiran tersebut dari persekitaran mereka.
Penggunaan komputer dalam pengajaran membaca menunjukkan
keberkesanan yang signifikan berbanding dengan pembejlajaran membaca secara
tradisional (Auzar, 2012). Menurut Zamri Mahamod dan Nur Aisyah Mohamad Noor
(2011), strategi pengajaran menggunakan perisian multimedia dapat membantu pelajar
menguasai pembelajaran secara dua hala tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.
Hal ini adalah kerana, pelajar mampu belajar secara aktif, kendiri dan anjal. Melalui
pembelajaran aktif, proses pengajaran menggalakkan penglibatan aktif dua hala
pelajar dengan perisian. Di sini pelajar akan aktif dengan aktiviti membaca,
menyesesaikan masalah dan penaakulan.
Kaedah pembelajaran berbantukan komputer ini adalah berorentasikan
penggunaan aplikasi multimedia. Guru berpotensi untuk merangsang dan menarik
minat murid untuk mendekati sesuatu mata pelajaran apatah lagi penggunaan
multimedia ini mempunyai paparan grafik yang menarik. Selain daripada grafik yang
menarik, murid juga tertarik dengan warna, persembahan, kesan bunyi dan
penggunaan yang interaktif. Antara perisian yang kerap digunakan oleh guru seperti
Microsoff Power Point. Ini adalah kerana oa dpat mempersembahkan pengajaran
dalam keadaan menarik melalui paparan grafik yang boleh ditambah dengan kesan
bunyi dan aktiviti yang interaktif.
Berikut adalah contoh pengajaran berbantukan komputer yang boleh
dilaksanakan oleh guru.
i. Pilih gambar yang sesuai yang biasa di persekitaran kanak-kanak agar
boleh membantu mereka mempelajari perkataan yang baharu.
40
ii. Paparkan slaid pertama dengan perkataan yang ingin diperkenalkan.
Contoh perkataan ‘ayam’. Guru akan sebut “Ini perkataan ayam”. Kemudian
guru akan menggunakan slaid yang sama dengan memperkenalkan
gambar ayam. Di bawah perkataan ‘ayam’ itu akan tertera gambar ayam
yang muncul secara perlahan-lahan.
iii. Pada slaid ke 3, perkataan ‘ayam’ dan gambar ayam akan keluar atau
muncul serentak. Guru akan menyebut: “Ini perkataan ayam”.
iv. Pada slaid ke 4 perkataan ‘ayam’ dan gambar ayam akan keluar muncul
serentak tetapi gambar ayam semakin kabur. Guru akan menyebut “Ini
perkataan ayam”.
v. Pada slaid ke 5 hanya perkataan ‘ayam’ akan muncul kemudian perkataan
ayam tiada. Guru akan menyebut “Ini perkataan ayam”.
vi. Pada slaid ke 6, guru akan mengulang langkah-langkah di atas beberapa
kali untuk pengukuhan.
vii. Guru akan berpindah ke slaid seterusnya, ke 7 dengan meminta kanak-
kanak mengulang perkataan beberapa kali.
viii. Akhir sekali guru memaparkan perkataan ‘ayam’ dan gambar ayam yang
kabur namun masih boleh dilihat oleh kanak-kanak. Apabila kanak-kanak
dapat menjawab dengan betul, guru akan mengukuhkan jawapan kanak-
kanak sambil memberi pujian. Bagi kanak-kanak yang tidak dapat
menjawab dengan tepat atau betul, guru akan menyebut ‘Ini perkataan
ayam’.
ix. Slaid seterusnya, guru memaparkan perkataan ‘ayam’ dan gambar ayam
yang terang. Guru akan bertanya sekali lagi “Ini perkataan apa?”
Seterusnya guru akan mengulah langkah di atas beberapa kali.
41
x. Seterusnya guru akan paparkan perkataan ayam tanpa gambar ayam. Guru
akan menyoal kanak-kanak. “Ini gambar apa?” Sekiranya kanak-kanak
dapat menjawab dengan betul, guru akan memberi pujian. Seterusnya guru
akan meneruskan pengajaran dengan mengajar perkataan yang hampir
sama seperti ‘atuk’, ‘api’, ‘awan’ dan sebagainya. Ini membolehkan kanak-
kanak membezakan dan mengenal pasti perbezaan perkataan yang
disebut.
xi. Pada akhir sesi pembelajaran, guru bolehlah membuat penilaian ke atas
kanak-kanak. Semua perkataan yang diajar akan dipaparkan tanpa gambar
pada slaid. Guru akan meminta kanak-kanak mengenal pasti yang mana
satukah perkataan ‘ayam’.
Menurut Paivio (1986), kanak-kanak yang diajar dengan menggunakan perisian
multimedia sebenarnya telah didedahkan kepada dua mod pembelajaran iaitu melalui
visual dan verbal. Mod ini akan dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman kanak-
kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak telah diberi peluang membina makna apa yang
dibaca menerusi penghasilan gambaran visual. Ini dikukuhkan oleh Mayer (1986) dan
Carreker (2002), bahawa kanak-kanak tidak berupaya secara efektif menghasilkan
gambaran visual jika tidak dibantu oelh guru menerusi galakan atau pendedahan
menggunakan strategi pembelajaran multimedia ini.
4.5 Kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak
Menulis merupakan pembentukan simbol dan tulisan dalam bahasa yang bertujuan
untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada
pembaca. Simbol tulisan ini merupakan simbol grafik dengan menggunakan huruf-
huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang
dihasilkan semasa bercakap. Kemahiran menulis ini merujuk kepada keupaya murid
menulis perkataan dan ayat terutama yang berkaitan dengan pengalaman yang dilalui.
https://www.understood.org/en/learning-attention-issues/signs-symptoms/age-by-age-learning-skills/reading-skills-what-to-expect-at-different-ages
42
4.6 Peringkat-peringkat kemahiran menulis
Menulis merupakan kemahiran yang kompleks yang memerlukan beberapa kemahiran
seperti kemahiran motor halus untuk memegang dan menggerakkan sesuatu yang
kecil seperti pen, pensel dan krayon. Menulis juga melibatkan kemahiran kognitif di
mana menulis memerlukan pemerhatian dalam membuat sesuatu agar tidak hilang
fokus dalam penulisan. Kemahiran komunikasi juga terlibat dalam menulis kerana
menerusi menulis, kanak-kanak dapat melahirkan ekspresi dan meluahkan perasaan
mereka menerusi tulisan.
Berikut antara peringkat pengajaran menulis untuk kanak-kanak yang boleh
diaplikasikan oleh guru pendidikan awal kanak-kanak.
4.6.1 Peringkat 1 (Contengan bebas)
Kanak-kanak mula memegang pensel atau berminat untuk memegang alat tulis
atau objek lain untuk menconteng pada seawal usia dua tahun. Pada peringkat
ini kanak-kanak lebih kepada ‘fun doing’ dalam kemahiran menulis. Di sini
kanak-kanak memulakan contengan dan juga bentuk-bentuk seperti garisan
lurus dan bulatan. Peringkat ini dikatakan peringkat bebas kerana kanak-kanak
diberi peluang menconteng dan menggerakkan alat tulis tanpa tujuan dan
tanpa peraturan. Ini penting kerana kanak-kanak dilatih untuk membiasakan diri
untuk mengenggam dan lama-kelamaan mereka akan dibantu orang dewasa
untuk memegang dan meggenggam dengan cara yang betul.
Jika masih terdapat kanak-kanak yang tidak pandai memegang pensel
dan menulis apabila dibimbing beberapa kali, maka kanak-kanak ini perlulah
dirujuk kepada terapis cara kerja atau occupational therapist untuk intervention
menguatkan jari jemari dan bahu.
43
Rajah 4.6.1: contengan kanak-kanak
Sumber: https://www.google.as/search?q=gambar+contengan+kanak-
kanak&tbm
4.6.2 Peringkat 2 (Tracing)
Pendidik atau guru boleh membantu kanak-kanak belajar menulis mengikut
bentuk yang diberikan. Antara aktiviti yang boleh digunakan seperti menulis
mengikut garisan putus-putus atau garisan titik-titik yang mudah dan menarik.
Pada peringkat ini, mulakan dengan garisan yang lurus, diikuti dengan garisan
sedikit bengkang bengkok, zig-zag dan berputar-putar. Pastikan kanak-kanak
dapat menguasai kemahiran ini dengan baik sambil melaksanakan aktiviti
dengan menyeronokkan sebelum berpindah kepada kemahiran seterusnya.
4.6.3 Peringkat 3 (Bentuk)
Selepas kanak-kanak telah menguasi peringkat kemahiran menulis yang ke-2,
kemahiran ini boleh berpindah kepada membina bentuk. Mulakan membuat
bentuk-bentuk mudah seperti bulatan dan diikuti pula dengan bentuk petak,
44
segi tiga dan sebagainya. Sebut bentuk-bentuk yang dilukis walaupun mereka
belum memahami konsep bentuk tersebut.
Peringkat-peringkat menulis ini perlu dibuat secara berperingkat-
peringkat dan tidak perlu tergesa-gesa atau mendesak kanak-kanak untuk
menyiapkannya. Apabila kanak-kanak telah bersedia untuk menulis, makan
kemahiran menulis huruf pula diberikan perhatian dan seterusnya digabungkan
dengan kemahiran membaca.
4.7 Pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis
Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat
menerusi idea dan pengalaman peribadi mereka. Dalam melahirkan kemahiran
menulis ini, murid digalakkan menggunakan kreativiti bagi menghasilkan penulisan
imaginatif dengan menggunakan pelbagai jenis penulisan seperti ayat yang gramatis,
tanda bacaan yang betul serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Terdapat
beberapa peringkat dalam menguasai kemahiran menulis ini.
4.7.1 Peringkat pratulisan
Peringkat pratulisan merupakan peringkat pra menulis di mana kanak-kanak
disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf
dengan kemas dan betul. Pada peringkat ini kanak-kanak akan diberikan
latihan otot-otot tangan jari, tangan, mata, kordinasi mata dan tangan bagi
tujuan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran membentuk
lambang-lambang agar kemas dan jelas. Bagi penguasaan penulisan guru
http://www.programpermata.my/resources/resource/BUKU_INT
ERPRETASI_%28UPSI%29.pdf
45
perlulah merancang pengajaran secara sistematik dengan melibatkan pelbagai
bentuk latihan. Antara aktiviti yang boleh dirancang seperti:
a. Latihan tangan
menggenggam dan membuka tangan beberapa kali
menggenggam dan merenyok kertas
menggenggam benda-benda lembut dan keras
melakar di air, udara, pasir dan permukaan yang lain
aktiviti motor halus seperti menguntai manik, mengikat tali dan
membutang
b. Latihan pergerakan mata
melihat objek yang digerakkan ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke
bawah
menyebut nama-nama objek yang dipegang oleh guru
menutup kedua-dua belah mata dan menyebut benda yang
ditunjukkan
memandang objek jauh dan dekat berulang kali
c. Latihan koordinasi mata-tangan
menyusun benda mengikut kategori seperti bentuk, warna dan saiz
mencantumkan puzzle
mencantumkan titik
melaksanakan aktiviti mencari jalan dan memadankan objek
mencari benda yang tersembunyi
membentuk lukisan garisan pelbagai arah
membentuk asas huruf dan nombor
4.7.2 Peringkat mekanis
Kanak-kanak perlu menguasai peringkat mekanis dalam menulis dengan baik.
Kemahiran menguasai penulisan mekanis penting supaya kanak-kanak dapat
menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Bagi mencapai hasrat ini,
kanak-kanak perlu dilatih beberapa aktiviti tulisan seperti membuat corak,
menekap huruf, mengikut garisan dan sebagainya untuk kemahiran selanjutnya
seperti kemahiran menulis suku kata, perkataan, ayat dan sebagainya.
46
Latihan-latihan mekanikal perlu dilaksanakan bagi untuk meningkatkan
kemahiran ini seperti:
i. Latihan pergerkan otot, jari, tangan dalam membentuk atau membuat
garisan, bulatan, bentuk dan sebagainya.
ii Latihan pergerakan tangan seperti menulis di udara, di pasir, di air, di
atas permukaan meja, di belakang rakan dan sebagainya
iii. Bermain dengan doh, tanah liat, plastesin, pasir sintetik bagi
membentuk huruf
iv. Latihan membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat mudah
v. Latihan kekemasan dan kebersihan tulisan menggunakan buku garis
tiga, garis empat, garis satu, petak bagi membentuk huruf, tulisan
menegak dan condong, jarak huruf dan perkataan
47
4.8 Tugasan
a. Berikan faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar membaca
kanak-kanak
b. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca dan
menulis kanak-kanak
c. Jelaskan teknik yang boleh anda gunakan dalam mengajar kemahiran
membaca dan menulis kepada kanak-kanak tadika/prasekolah
A. Media Digunakan
i. WhatsApp ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1
jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelaran: Kecekapan Pengetahuan Bahasa Awal Kanak-kanak
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
Kemahiran Membaca dan Menulis
i. Perancangan Pengajaran Aktiviti Membaca dan Menulis
ii. Pengajaran dan Pembelajaran Membaca dan Menulis
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang
sesi pembelajaran dalam talian.
LATIHAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Kecekapan Pengetahuan Bahasa Awal Kanak-kanak
48
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai buku dan kanak-kanak
dalam pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak. Pelajar juga akan didedahkan
dengan pemilihan buku dan kesesuaiannya mengikut peringkat umur kanak-kanak.
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar dapat:
i. Memahami konsep buku dan kanak-kanak
ii. Menjelaskan pemilihan buku yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-
kanak
Kerangka Tajuk
5.1 Pengenalan
5.2 Buku dan kanak-kanak
5.3 Pemilihan Buku
5.4 Tugasan
UNIT 5 Buku dan Kanak-kanak
- Pemilihan Buku Mengikut Peringkat Umur
49
5.1 Pengenalan
Kanak-kanak seawal usia perlu diperkenalkan dengan buku-buku. Ini adalah untuk
memupuk minat yang mendalam terhadap membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Buku kenak-kanak merupakan bahan bacaan yang terkandung di dalamnya pelbagai
pemgisian mengikut kesesuaian tahap umur kanak-kanak. Bahasa yang digunakan
dalam buku kanak-kanak adalah bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak.
Kebanayakan buku kanak-kanak dapat menimbulkan kesan yang mendalam kepada
kanak-kanak di samping memberi pendidkan dan juga hiburan kepada kanak-kanak.
Kebanyakan buku kanak-kanak adalah bahan yang mempunyai unsur-unsur
humor kerana bahan bacaan ini amat digemari oleh kanak-kanak. Dalam kalngan
kanak-kanak sekolah rendah misalnya, mereka lebih menggemari buku-buku berupa
komik dan kartun daripada buku yang berat kepada pemikiran mereka. Ini adalah
kerana banyak bahan lucu terkandung dalam bahan bacaan komik ini. Justeru bahan
bacaan ringan perlu diberikan kepada kanak-kanak bagi mengalihkan perhatian
mereka terhadap komik yang kadang laka mengandungi unsur-unsur yang tidak sihat
bagi perkembangan kanak-kanak. Bahan bacaan ringan ini merupakan baha bacaan
mudah, santai dan dalam masa yang sama membawa mesej yang cukup jelas menjadi
pengajaran kepada kanak-kanak.
5.2 Buku dan Kanak-kanak
Buku kanak-kanak lebih merujuk kepada buku sastera kanak-kanak kerana kanak-
kanak sememangnya menggemari bahan bacaan dalam bentuk penceritaan. Buku
kanak-kanak merupakan suatu bentuk bahan bacaan yang ditulis dan ditawarkan
kepada kanak-kanak untuk dibaca atau digunakan oleh mereka dalam bentuk
informasi, fakta dan cerita.
Semua buku kanak-kanak dihasilkan bagi mengajar sesuatu kepada kanak-
kanak dan dalam bentuk penceritaan yang mudah dan menarik. Oleh sebab minda dan
anggota badan kanak-kanak belum mencapai kematangan, maka bahan bacaan ini
perlulah bersesuaian dengan dunia dan persekitaran kanak-kanak itu sendiri. Ini
penting kerana kanak-kanak perlu memahami diri mereka sendiri dan persekitaran
50
mereka. Justeru buku kanak-kanak perlulah mengambil kira akan keperluan kanka-
kanak termasuklah emosi mereka.
5.3 Pemilihan Buku
5.3.1 Jenis, Struktur dan kualiti
Buku yang terbaik bagi kanak-kanak adalah buku yang ditulis atau dihasilkan
mengikut tahap umur kanak-kanak. Kebanyakan buku kanak-kanak adalah
buku bergambar dan memiliki banyak gambar-gambar menarik bai
membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi sama ada dengan
diri sendiri atau orang di sekitar mereka. Buku kanak-kanak juga perlulah
mempunyai tulisan yang menarik, font yang sesuai serta mengandungi ayat-
ayat yang mudah. Ayat yang digunakan biasanya adalah merujuk kepada
gambar yang dipaparkan. Gambar-gambar yang dihasilkan juga perlulah
berwarna warni bagi menarik minat kanak-kanak untuk membacanya.
Selain ayat dan perkataan, kandungan yang terdapat dalam sesebuah
buku kanak-kanak juga perlu menarik dan mudah difahami oleh kanak-kanak.
Kadang kala buku kanak-kanak memaparkan watak orang dewasa namun
kadnungannya yang mudah, ringkas dan tepat serta penggunaan gambar yang
sesuai memudahkan kanak-kanak memahami mesej yang ingin disampaikan.
Ukuran buku juga memainkan peranan penting dalam penghasilan buku kanak-
kanak. Saiz dan bentuk juga perlu diambil kira dan yang pasti buku kanak-
kanak mestilah mesra pengguna bagi kanak-kanak.
Menurut McColvin (1983), ukuran buku kanak-kanak boleh dilihat
melalui tiga dasr utama iaitu menarik, boleh dibaca, dan tahan lama. Ketiga-tiga
ciri ini saling berhubungan antara satu sama lain. Bagi beliau buku yang baik
adalah buku yang menarik dilihat, senag dipegang, buku yang disukai dan
digemari oleh kanak-kanak. Buku yang menarik ini asalah memiliki ciri-ciri
berikut:
51
i. Berifat individu iaitu kelihatan tersendiri dan tidak kelihatan sama dengan
kebanyakan buku yang lain.
ii. Kelihatan terang, segar dan positif
iii. Mempunyai saiz yang tepat, tidak terlalu besar, berat, tebal atau tidak
terlalu kecil atau nipis.
iv. Buku harus bergambar
v. Menggunakan kertas yang baik, bermutu, sederhana tebal, agak keras
dan tahan lasak dan tahan lama.
vi. Muka taip yang digunakan harus terang, cukup besar agar senang dibaca
dan mempunyai reka bentuk yang mudah dan sederhana.
A Manual of Children’s Librarians pula menyenaraikan kualiti sesebuah
buku itu dengan melihat kepada unsur bahasa dan humor. Baginya, sesebuah
buku harus mengandungi unsur-unsur sastera atau sekurang-kurangnya
bahasa yang baik. Ini kerana tujuan utma pembacaan adalah menyedarkan
kanak-kanak tentang kebaikan dan kelebihan bahasa ibundanya sebagai alat
perhubungan untuk menyambapikan idea dan maklumat. Bahasa yang baik
merujuk kepada bahasa yang terang, jelas dan mudah difahami, tepat
maknanya dan mengandungi sedikit unsur-unsur keindahan.
5.3.2 Buku dan peringkat umur kanak-kanak
a. Buku untuk bayi
Pada peringkat bayi, buku bayi (buku fabrik) merupakan buku yang sangat
sesuai mengikut tahap umur atau kebolehan. Buku ini selamat untuk kanak-
kanak. Buku bayi ini terdiri daripada tekstur fabrik yang berbeza. Ia boleh
dilipat, pop-up atau flaps yang boleh dibuka untuk kejutan. Buku untuk bayi ini
juga terdiri daripada bentuk yang keras dan tebal, memudahkan kanak-kanak
membukanya dan juga dari jenis kain.
Bagi meningkatkan literasi kanak-kanak pendidik bolehlah
menggunakan buku puisi dengan menyanyikan puisi bersama-sama dengan
kanak-kanak. Bagi bayi dah sudah pandai memegang buku atau cuba menarik
buku, bacakan buku fabrik atau vinyl yang ada gambar rupa, bentuk dan warna
52
yang terang. Apabila kanak-kanak atau bayi sudah memberikan respon
terhadap buku yang dibacakan, bolehlah guna buku keras yang ada gambar-
gambar objek yang menarik. Apabila kanak-kanak sudah boleh duduk, bacakan
buku cerita rutin harian seperti waktu makan dabandi. Sebaik-baiknya pilihlah
buku yang mempunyai perkataan yang diulang-ulang.
b. Buku kanak-kanak tatih (1-2 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mula mahu membaca buku sendiri.
Mereka juga suka dibacakan cerita-cerita yang menarik. Buku yang sesuai
adalah buku-buku berkulit keras dan mempunyai perkataan yang sangat
sedikit.
c. Buku kanak-kanak (3-4 tahun)
Pada umur 3-4 tahun ini, kanak-kanak sudah boleh mengecam perkataan
terutama perkataan yang berulang. Pada peringkat ini, buku yag banyak
gambar tanpa perkatann sangat sesuai diberikan. Kanal-kanak boleh bercerita
berdasarkan gambar yang dilihat. Perkataan yang sedikti dan berulang ini
memudahkan kanak-kanak memahami teks.
d. Buku kanak-kanak prasekolah (4-6 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak telah boleh mengenal huruf dan membaca
perkataan. Buku yang disediakna untuk mereka masih lagi dari jenis yang
bergambar dan memiliki pekataan yang berulang. Pada usia ini, kanak-kanak
sudah boleh membaca buku cerita atau bacaan ringan malah, sudah boleh
menceritakan kembali apa yang telah dibaca atau didengari.
53
5.4 Tugasan
a. Berikan jenis-jenis buku cerita kanak-kanak yang biasa terdapat dipasaran.
b. Berikan justifikasi mengapa buku kanak-kanak perlu memiliki ciri-ciri
menarik, seperti bergambar, warna yang menarik dan saiz yang sesuai.
A. Media Digunakan
i. WhatsApp ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelaran: Buku dan Kanak-kanak
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
Penyusunan persekitaran yang menggalakkan kanak-kanak membaca
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
LATIHAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Buku dan Kanak-kanak
54
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti bercerita dalam
kalangan kanak-kanak. Pelajar juga akan didedahkan dengan cerita kanak-kanak
yang dapat membantu perkembangan bahasa dan komunikasi dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Tajuk ini juga membincangkan boneka dalam pengajaran dan
pembelajaran awal kanak-kanak. Pelajar juga akan didedahkan dengan bahan dan
peralatan boneka yang boleh digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Hasil pembelajaran
Pada akhir unit ini, pelajar-pelajar dapat:
i. Memahami konsep bercerita dalam kalangan kanak-kanak
ii. Menjelaskan akktiviti bercerita dalam perkembangan bahasa kanak-kanak
iii. Menghuraikan aktiviti-aktiviti pengajaran menggunakan kemahiran bercerita
iv. Memahami konsep pengajaran boneka dalam pengajaran dan pembelajaran
v. Menjelaskan bahan dan peralatan boneka dalam pengajaran dan
pembelajaran.
vi. Menghuraikan aktiviti-aktiviti pengajaran menggunakan boneka
Kerangka Tajuk
6.1 Pengenalan
6.2 Cerita kanak-kanak
6.3 Bercerita kepada kanak-kanak
6.4 Tugasan
UNIT 6
Aktiviti yang menggalakkan perkembangan bahasa
- Bercerita - Boneka
55
6.1 Pengenalan
Bercerita merupakan sumber hiburan kepada masyarakat sejak dari dahulu lagi.
Dalam kalangan kanak-kanak, bercerita merupakan satu aktiviti yang amat digemari
kerana cerita melibatkan beberapa emosi kanak-kanak. Cerita merupakan alat atau
media untuk menyampaikan pendidikan moral dan nilai-nilai kepada masyarakat malah
digunakan sebagai asas prabaca dan pratulis yang membawa kepada perkembangan
menyeluruh kanak-kanak. Bercerita merupakan salah satu aktiviti yang berkesan
kepada kanak-kanak. Menerusi bercerita kanak-kanak memperoleh beberapa
kemahiran seperti kemahiran mendengar, kemahiran lisan, kemahiran berbahasa,
berimaginasi, kefahaman budaya, kefahaman emosi dan menilai keindahan dalam
sesebuah cerita tersebut.
6.2 Cerita Kanak-kanak
Kanak-kanak amat menggemari cerita-cerita yang menarik minat mereka. Jenis cerita
yang sering mendapat perhatian kanak-kanak ialah cerita-cerita berupa teladan dan
pengajaran. Terdapat juga kanak-kanak yang menggemari cerita jenaka dan juga
cerita seram. Walau apa pun jenis cerita, kanak-kanak sememangnya amat
menggemari cerita sama ada dongengan, imaginasi, fiksyen sains dan sebagainya.
Bagi kanak-kanak seawal usia dua hingga tiga tahun, mereka amat menggemari cerita
dan memberi respon kepada penceritaan orang dewasa. Mereka seronok belajar
bercakap dengan mengulangi bunyi perkataan-perkataan yang didengari. Jika cerita
berdasarkan buku, kanak-kanak lebih mahu melihat gambar-gambar yang menarik dan
berwarna-warni. Ini memudahkan kanak-kanak memahami cerita yang
diperdengarkan.
Dari aspek literasi, kanak-kanak yang telah boleh mendengar cerita dan
membuat komen semasa bercerita mereka sudah boleh memilih buku kesukaan
mereka sendiri. Mereka suka membaca buku yang sama berulang-ulang kali terutama
buku yang bergambar besar, jelas dan realistik. Di Malaysia, buku-buku cerita terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka amat digemari oleh kanak-kanak kerana banyak
berunsurkan lucu seperti cerita ‘Kasut Belang Hilang (1977). Terdapat cerita-cerita lain
56
yang menarik minat kanak-kanak terutama cerita puisi atau lagu yang mempunyai
perkataan yang diulang-ulang seperti ‘Tok-tok Noyang’.
Kanak-kanak juga menggemari cerita-cerita yang mempunyai kuasa ajaib,
terutama kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun. Mereka kadang-kadang
terkeliru dengan dunia sebenar dengan dunia olok-olok (make-believe) dalam cerita.
Mereka percaya kepada putera puteri seperti cerita ‘Putera Katak’, ‘Cinderella’,
‘Bawang Putih Bawang Merah’, ‘Puteri Salju’ dan sebagainya. Cerita-cerita begini
digemari oleh kanak-kanak kerana tema dan jalan ceritanya yang menarik dan dapat
memenuhi keperluan psikologi kanak-kanak di mana cerita-cerita begini berakhir
dengan kegembiraan dan ini memberikan rasa selamat kepada mereka.
Kanak-kanak juga menggemari cerita-cerita yang memberikan balasan yang
baik-baik buat watak-watak yang baik dan balasan setimpal kepada watak-watak jahat
atau antagonis. Watak-watak yang jahat ini biasanya digambarkan dengan muka yang
bengis, hodoh atau buruk sementara watak yang baik diberikan gambaran yang biak-
baik terhadap perwatakannya. Balasan yang setimpal terhadap perbuatan yang
dilakukan ini memberikan pengajaran secara halus kepada kanak-kanak seperti cerita-
cerita siri ‘Sang Kancil’, ‘Anak Itik yang Hodoh’, ‘Mengapa Bulu Gagak Hitam’ dan
sebagainya
Pemilihan cerita yang sesuai bagi peringkat umur kanak-kanak adalah penting
bagi kanak-kanak. Cerita-cerita yang dipersembahkan haruslah mengambil kira tahap
perkembangan terutama dari aspek kognitif dan emosi kanak-kanak. Jika cerita yang
disampaikan sesuai dengan tahap perkembangan kognitif, sosial dan emosi mereka
sudah tentu cerita tersebut menjadi penghayatan, ingatan dan teladan buat mereka
sehinggalah mereka membesar. Ini juga secara tidak langsung memupuk minat
membaca dalam kalangan kanak-kanak untuk mencintai buku dan membaca buku
mengikut pilihan mereka.
6.3 Bercerita kepada kanak-kanak
Terdapat beberapa cara untuk bercerita kepada kanak-kanak. Antara cara
bercerita yang biasa digunakan seperti bercerita tanpa alat, cerita berpandu,
bercerita berdasarkan gambar bersiri, bercerita menggunakan buku, dan
bercerita menggunakan bahan maujud.
57
a. Bercerita tanpa alat – merupakan cara bercerita yang konvensional.
Pencerita tidak menggunakan sebarang alat dan kekuatan penceritaan adalah
bergantung pada kemahran pencerita menyampaikan cerita dengan suara,
mimik muka, ekspresi dan pergerakan badan. Kemahiran bukan verbal amat
diperlukan seperti gerak mata dan jeda. Gerak mata ini penting kerana ia boleh
menggambarkan emosi atau situasi cerita. Sebagi contoh membuka mata luas
ketika menunjukkan marah atau terkejut. Keadaan ini juga boleh digunakan
bagi meujudkan hubungan dan menarik perhatian serta tumpuan kanak-kanak.
b. Cerita berpandu – Pencerita memberikan sebahagian cerita sama ada pada
awal cerita atau di akhir cerita. Kanak-kanak akan diransang melalui soal
jawabatau bahan bergambar untuk melengkapkan cerita yang diperdengarkan.
Kanak-kanak juga digalakkan meramal bahagian awal cerita atau penyelesaian
cerita. Teknik ini penting bagi meningkatkan kemahiran mendengar,
menajamkan fikiran, berfikiran positif dan kreatif, mencerna imaginasi dn
menanam sikap minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
c. Bercerita menggunakan gambar bersiri – Merupakan cerita yang
disampaikan dengan menggunakan gambar secara berurutan. Biasanya
gambar tersebut menggambarkan senario cerita yang berkesinambungan.
Setiap kepiing gambar yang dipaparkan oleh pencerita menonjolkan situasi
penting dalam cerita. Bilangan gambar yang digunakan hendaklah bersesuaian
dengan jalan cerita, biasanya antara tiga hingga enam keping gambar.
d. Bercerita menggunakan buku – Merupakan budaya bercerita sebelum tidur.
Bercerita ini mudah diaplikasikan kerana bahan atau teksnya telah sedia ada.
Biasanya teks atau buku-buku cerita yang telah diterbitkan mempunyai ikustrasi
yang menarik minat kanak-kanak.
58
6.4 Tugasan
a. Cerita kanak-kanak biasanya adalah cerita-cerita yang menarik dan
meninggalkan kesan yang mendalam kepada kanak-kanak. Namakan cerita
kanak-kanak yang anda ketahui.
b. Kenal pasti bercerita kepada kanak-kanak dengan menggunakan bahan
maujud. Bincangkan.
AKTIVITI 6.3
A. Media Digunakan
i. WhatsApp ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1
jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelaran: Aktiviti Yang Menggalakkan Perkembangan Kanak-kanak
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
- Pemilihan Cerita
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
LATIHAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Aktiviti Yang Menggalakakkan Perkembangan Kanak-kanak
59
6.5 Pengenalan
Penggunaan boneka merupakan salah satu bentuk pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan benda atau objek yang boleh digerakkan atau dilakonkan untuk
tujuan menyampaikan mesej. Boneka boleh digunakan sebagai bahan bantu
pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan.
Menerusi penggunaan boneka pendengar akan dapat menghayati cerita dengan
memberi tumpuan kepada penceritaan dan secara tidak langsung pendengar akan
memberi tumpuan dan penglibatan secara langsung. Ini juga akan memberi
pengalaman belajar kepada kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan lebih baik,
melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, merangsang daya imaginasi, dan
bekerjasama secara kumpulan.
Bagi mencapai perkembangan positif kanak-kanak, maka boneka dijadikan
bahan bantu bagi mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru. Ini bertepatan dengan
pandagan Kamarudin Haji Husin (1990), yang menyatkan bahawa bahan bantu
mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya menyampaikan pengajaradn di bilik-bilik darjah. Bahan bantu ini tidak
boleh disediakan sebarangan. Ia perlu diproses terlebih dahulu sesuai dengan objektif
yang ingin dicapai. Justeru, penggunaan boneka perlu diberikan perhatian tentang
kesesuaian jenis boneka yang ingin digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ini adalah kerana pengunaan bahan bantu yang sesuai dapat mempengaruhi prestasi
murid dalam pembelajaran mereka. Jika guru mengguanakan bahan bantu yang tidak
sesuai, bahan tersebut akan menjadi gangguan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran murid dan akan menyebabakan kesukaran dalam menyerap
pengetahuan yang disampaikan secara berkesan.
6.6 Boneka dan kanak-kanak
Zaman teknologi maklumat dewasa membolehkan kanak-kanak berdampingan dengan
pelbagai alat elektronik yang canggih serta pemainan komputer yang mencabar dan
menyeronokkan. Keadaan ini sebenarnya menimbulkan sedikit tekanan kepada kanak-
kanak kerana mereka ingin menyelesaikan tugasan permainan tersebut dengan cepat
dan berjaya. Di sini emosi kanak-kanak sedikit terganggu. Begitu juga masa yang
diperuntukkan dalam permainan tersebut. Kanak-kanak perlu dipulihkan semula emosi,
60
dan pemikiran mereka kepada keadaan yang relax dan santai namun tidak
mengabaikan kemahiran kognitif, emosi dan insaniah mereka. Apabila ada unsur yang
baharu seperti penggunaan pelbagai boneka ini, kanak-kanak akan akan didedahkan
dengan sesuatu yang berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Maka
penggunaan boneka boleh membantu kanak-kanak belajar dalam suasana yang
ternanti-nanti dan teruja untuk mengetahui apakah yang akan diajar oleh guru
terhadap boneka tersebut. Di sini proses pembelajaran secara ‘fun and joy’ yang
dihasratkan oleh pendidikan terhadap kanak-kanak akan tercapai.
Sifat semula jadi kanak-kanak adalah suka kepada cerita-cerita. Menerusi
cerita dan disertakan dengan boneka akan membantu kanak-kanak memahami cerita,
peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan dengan mudah dan difahami dengan
tepat dan jelas. Tambahan pula penyampaian berserta pergerakan, intonasi suara
yang pelbagai menjadikan cerita lebih dramatik dan penyampaian isi pelajaran lebih
mudah diserap. Sifat boneka yang berwarna-warni, bentuk fizikal yang berbeza serta
perwatakan yang istimewa menjadikan kanak-kanak cepat belajar sesuatu yang
diminatinya. Keadaan ini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak meletakkan diri
mereka sebagai watak yang dimainkan menggunakan boneka.
Berdasarkan manfaat dan kesan penggunaan boneka dalam pengajaran dan
pembelajaran yang positif, maka guru haruslah memastikan boneka yang dipilih dapat
digunakan dengan betul dan berkesan. Justeru, guru perlu memastikan bahawa
penggunaan boneka hendaklah menyeluruh dan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh
guru dan murid. Perancangan penggunaan boneka perlu diberikan perhatian khusus
agar proses pengajaran guru tidak terjejas dan penggunaan boneka serta kesesuaian
cerita dan watak akan menimbulkan kegembiraan dan bukan kebosanan terhadap
boneka yang sama.
6.7 Bahan dan peralatan boneka
Pelbagai jenis boneka yang sesuai digunakan dalam kalangan kanak-kanak. Antara
boneka yang sering digunakan seperti boneka jari, boneka kertas, boneka pinggan
kertas, boneka lidi, boneka sudu kayu, boneka beg kertas, boneka tali, boneka sarung
tangan, boneka stoking dan sebagainya.
61
Rajah 7.3a : Boneka jari
Sumber: http//www.google.as/search/ boneka+jari&oq=boneka+jari&gs
Rajah 7.3b : Boneka kayu Sumber: http//www.google.as/search/
5IaoW9DrCoPrvASmqJGAAg&q=boneka+kayu&oq=boneka+k&gs
Rajah 7.3c : Boneka kertas
Sumber: http//www.google.as/search/ yZuoW7GQIMrUvgTMqI0=boneka+piring+kertas&oq=boneka+piring+kertas
62
Rajah 7.3d : Boneka lidi Sumber: http//www.google.as/search/ 7ZuoW-
PdEsHSvgT3no_QBQ&q=boneka+lidi&oq=boneka+lidi&gs
Rajah 7.3e: Boneka tali Sumber: http//www.google.as/search/
N6CoW9PvKsr2vATVtLC4DQ&q=boneka+tali+&oq=boneka+tali+&gs
Rajah 7.3f : Boneka tali Sumber: http//www.google.as/search/
N6CoW9PvKsr2vATVtLC4DQ&q=boneka+stoking&oq=boneka+stoking&gs
63
6.8 Membina boneka mudah
Boneka mudah boleh dihasilkan sendiri oleh guru dan juga kanak-kanak. Terdapat
pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan dalam menghasilkan boneka mudah ini.
Bahan ini boleh berupa bahan dari sumber semula jadi seperti tumbuhan dan batu,
bahan daripada sumber terbuang atau bahan yang dibeli dengan tidak melibatkan kos
yang tinggi. Antara bahan yang boleh digunakan seperti sudu plastik, senduk kayu,
sarung tangan, sarung kaki (stoking), kertas, beg kertas/beg mabuk udara, kotak-kotak
kecil dan besar, kain felt, span dan sebagainya. Bahan-bahan ini boleh
dimanipulasikan atas kreativiti guru untuk menjadi boneka atau sebagai bahan bantu
pengajaran.
. Berikut antara bahan yang boleh digunakan:
64
Boneka sarung kaki/ stoking
Boneka sarung kaki atau stoking antara jenis boneka yang paling mudah dijadikan
boneka atau puppet. Ia mempunyai bahagian-bahagian tertentu bagi menghasilkan
boneka yang dipilih. Sebagai contoh jika ingin membuat anak patung, ia memerlukan
bahagian kepala, badan, tangan dan mungkin untuk kaki. Boneka ini biasanya
digunakan dengan memasukkan tangan ke dalam stoking untuk memainkannya. Jika
menggunakan pentas, maka hanya bahagian kepala dan badan sahaja yang kelihatan
di pentas, manakala tangan pencerita akan terlindung di bawah pentas. Berikut adalah
cara mudah untuk menghasilkan beberapa jenis boneka.
Cara membina boneka stoking
Rajah 7.4a : Boneka Stoking Sumber: Ehsan Boonsu Amin (SMK Kg Tasik)
Alat dan bahan:
i. sarung kaki/ stoking
ii gunting
iii pensel
iv jarum jahit
v benang jahit
vi benang bulu
vii manik besar/ butang baju
65
Cara menghasilkan boneka stoking
i. Pilih satu stoking yang sesuai
ii. Tentukan watak yang ingin dihasilkan
iii. Lukis bentuk hiasan sampingan pada watak (sebagai contoh: telinga
bagi watak arnab, lidah bagi watak ular dan sebagainya) dengan
menggunakan kain felt.
Iv. Gunting bentuk yang telah dihasilkan
v. Jahit bentuk bagi melengkapkan watak.
vi. Letakkan manik/butang baju untuk mata dengan meletakkan sedikit
gam.
vii. Tambah haisan-hiasan lain bagi menceriakan watak yang ingin
dihasilkan.
Boneka Lembut (soft toys)
Boneka lembut merupakan boneka yang paling digemari oleh kanak-kanak. Boneka ini
boleh dibina daripada pelbagai fabrik yang digemari kerana kelembutannya dan warna-
warna yang sesuai dan ceria. Anataranya fabrik daripada kain kapas, neylon, felt,
velvet dan sebagainya. Terdapat pelbagai kegunaan boneka lembut ini kepada kanak-
kanak. Selain daripada penggunaan sebagai bahan bantu pengajaran, boneka lembut
ini juga boleh dijadikan bahan motivasi kepada kanak-kanak untuk
memperkembangkan kemahiran motor halus, kemahiran sosial dan pemikiran logik
menerusi main peranan, kreativiti dan pergerakan.
Kebanyakan boneka lembut diperbuat daripada bahan-bahan yang lembut dan
sangat digemari oleh kanak-kanak. Kanak-kanak gemar mendakap atau memluk
boneka dan ini memberikan keselesaan dan ketenangan kepada kanak-kanak. Justeru
boneka lembut ini berfungsi sebagai bantuan tidur kepada kanak-kanak terutama
apabila kanak-kanak dalam keadaan sedih, tegang atau dalam keadaan atau suasana
yang tidak menyenangkan.
66
Rajah : Boneka Stoking Sumber: Ehsan Boonsu Amin (SMK Kg Tasik, Perak)
Bahan dan alatan
i. Kain felt
ii gunting
iii pensel
iv jarum jahit
v benang jahit
vi benang bulu
vii manik besar/ butang baju
Cara menghasilkan boneka lembut
i. Pastikan watak boneka yang ingin dihasilkan.
ii. Lipat kain felt kepada dua bahagian.
iii. Lukis ‘tapak watak’ pada kain felt. Lukiskan garisan terputus di luar
garisan (ini garisan jahitan).
iv. Lukis sekali lagi garisan di luar garisan terputus-putus. (ini garisan
pengguntingan)
v. Gunting mengikut garisan pengguntingan
vi. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.
vii. Gam manik/butang bagi menghasilkan mate pada boneka.
viii. Gunting kain felt (lain warna) bagi menghasilkan aksesori untuk puppet
anda.
67
6.9 Tugasan
Perhatiakan beberapa gambar boneka di bawah. Pilih salah satu boneka dan
nyatakan bahan yang diperlukan. Nyatakan langkah-langkah yang boleh anda
gunakan bagi menghasilkan boneka anda sendiri.
Rajah : Pelbagai jenis boneka mudah Gambar: Ehsan Boonsu Amin (SMK Kg Tasik, Perak)
A. Media Digunakan
i. WhatsApp ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk) B. Tajuk Pembelajran: Aktiviti Yang Menggalakkan Perkembangan Kanak-kanak
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
Penggunaan Boneka
- Boneka dan Kanak-kanak
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran: i. Semakan kehadiran ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
LATIHAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Aktiviti Yang Menggalakakkan Perkembangan Bahasa Kanak-kanak
68
BIBLIOGRAFI
Bandura, A. (1997). Social Learning Theory. New Jersey: Prentice-Hall
Beverly, W. Otto. (2015). Literacy Development in Early Childhood: Reflective
Teaching for Birth to Age Eight. Illinois: Waveland Press
Berne, Eric.(1964). Games People Play: The Psycology of Human Relationships. New
York: Ballantine Books.
Bronfrenbrenner, U. (1979). The Ecology of the Family as a Context of Human
Development: Experiments by Nature and Design. Cambridge, MA: Harvard
University Press.
Ewing, R., Callow, J. & Roushton, K. (2016). Language and Literacy Development in
Early Childhood. Port Melbourne:Cambridge University Press.
Ibn Khaldun, Abd al-Rahman bin Muhammad Khaldun al-Hadrami. (2002).
Mukaddimah Ibn Khaldun. Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Johari Talib. (2007). Pengaruh gaya keibubapaan terhadap pencapaian akademik
kanak-kanak. Dlm. Wacana Pengajian Umum, hlm. 77-94. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia 2017. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Semakan 2017. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Putrajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mahyuddin Shaari. (2009). Memahami ilmu perkembangan dan pertumbuhan kanak-
kanak bagi pendidikan berkesan. Dlm. Jurnal Pendidikan Islam. Jil. 13. Bil. 2.
[Julai 2009].
Siti Iwana Sharizah. (2015). Pendekatan Kreatif Interaktif dalam Penulisan Murid
Prasekolah Dlm Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran,. Saemah
Rahman & Zamri Mahamod (pnyt.). hlm. 142-154. Bangi: UKM Press.
http://www.asecib.ase.ro/mps/Bandura_SocialLearningTheory.pdf
http://feliciahenry92.blogspot.com/2012/05/faktor-yang-mempengaruhi-perkembangan.html.
http://amirgassi.blogspot.com/2011/05/sistem-bahasa.html
69
PENYELARAS MODUL PDPM (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
Nama Pegawai Akademik
Dr. Siti Iwana Sharizah Abu Samah
Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak
PANEL PENGGUBAL PDPM
PAKKD2053 BAHASA DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Bil. Nama
Kelayakan Akademik
1 Dr Norasmah binti Mohd Noor
Ijazah Doktor Pendidikan (Pengajian Tinggi), UNISEL Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) UM Sarjana Muda Pengajian Melayu (Kesusasteraan Melayu), UM
2 En. Ahmad Jalalulail b. Abd Manaf
Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) UPSI Sarjana Muda Pendidikan (Psikologi) UKM
70
SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
71
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).
Aktiviti Tutorial
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
top related