power point penulisan esei
Post on 26-Jun-2015
241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATANTAHUN 3 SESI 2013/2014
FAKULTI PERUBATAN
GGGE 2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK KAJIAN : MENILAI TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS ICT DALAM KALANGAN JURURAWAT DI PPUKM
Ahli Kumpulan
FATIN AMIRA BINTI AHMAD A134117
CHEW FANG SIEN A137791
TAN JIA YEE A138200
NORFA FATIHAH BINTI MOHD FAUZI A138334
MOHAMAD FARID BIN AHMAD ZAINE A138647
Pernyataan Masalah
• Terdapat segelintir jururawat menghadapi masalah untuk menggunakan komputer dalam kerja seharian secara cekap dan penyelenggaran komputer.
• Sebilangan kecil daripada mereka hanya tahu menggunakan komputer untuk kerja seperti memasukan maklumat dan menanda kehadiran serta menjana keputusan makmal pesakit.
• Ramai daripada mereka yang boleh menggunakan komputer dengan betul tetapi tidak memahami sistem yang digunakan.
• Mereka hanya menggunakan sistem tersebut seperti yang diarahkan tanpa mengetahui konsep sebenar penggunaan teknologi tersebut
Tujuan Kajian
• GGGE 2123 Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan merupakan subjek wajib kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Tahun 3.
• Untuk menilai tahap keberkesanan program kursus dan latihan ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
• Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh jururawat dalam mengikuti program latihan dan kursus ICT.
Objektif Kajian
• Menilai pengetahuan dan kefahaman jururawat sebelum dan selepas menyertai program latihan dan kursus ICT.
• Mengenal pasti dan mengetahui tahap pengetahuan yang diperoleh semasa manjalani program latihan dan kursus ICT dapat diaplikasi dan meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit dalam tugasan harian seorang jururawat.
• Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh jururawat serta cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program latihan dan kursus ICT pada masa akan datang.
Skop Kajian
• Mengenal pasti sejauh mana tahap penglibatan dan kefahaman dalam meningkatkan pengetahuan terhadap program dan kursus ICT dalam kalangan jururawat.
• Mengkaji keberkesanan program dan kursus ICT dalam meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit
• Mengetahui kaedah memperkasakan program latihan dan kursus ICT.
Metodologi Kajian
• Borang soal selidik
• Kaedah pengumpulan data
• Analisis data
• Pembacaan daripada jurnal, buku rujukan dan laman sesawang
Dapatan Kajian(Data Demografik)
i) Umur
Peringkat umur respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Perbezaan jantina respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
ii) Jantina
iii) Status
Status respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
iv) Taraf Pendidikan
Tahap pendidikan respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Bahagian B
Menilai pengetahuan dan kefahaman jururawat sebelum dan selepas menyertai program kursus dan latihan ICT.
Soalan 1 : Pengetahuan saya dalam bidang teknologi amat baik walaupun tidak menyertai sebarang program kursus dan latihan ICT.
Soalan 6 : Tahap pengetahuan serta kefahaman saya dalam bidang ICT meningkat setelah saya menyertai Program Kursus dan Latihan ICT.
Bahagian C
Mengenal pasti tahap pengetahuan yang diperoleh semasa menjalani program latihan dan kursus ICT dapat diaplikasi dan meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit.
Soalan 4 : Saya berpendapat bahawa kecuaian (medical errors) boleh dikurangkan setelah menyertai program latihan dan kursus ICT apabila para jururawat majoritinya celik IT.
Soalan 9 : Saya mengaplikasikan pengetahuan saya dalam bidang ICT daripada program latihan dan kursus ICT yang telah dihadiri dengan bersikap lebih berhati-hati dan teliti apabila melakukan tugasan harian yang melibatkan ICT seperti ‘key-in’ data dalam sistem C-Hets agar tidak berlaku sebarang kecuaian
Bahagian D
Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh jururawat serta cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program kursus dan latihan ICT pada masa akan datang
Soalan 3 : Teknik pengajaran pengajar program kurang efektif dan tidak menarik.
Soalan 7 : Software dan sistem yang digunakan dalam program ICT tidak sama dengan alat yang terdapat di tempat klinikal (PPUKM).
Cadangan Kajian
• Mengambil penceramah yang berkualiti dan berpengalaman untuk memberi pengisian dalam program kursus dan latihan ICT.
• Masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan program kursus dan latihan ICT juga memainkan peranan yang penting.
• Tempoh untuk program kursus dan latihan ICT tidak sepatutnya melebihi 2 jam.
• Program kursus dan latihan ICT perlu dianjurkan dengan lebih kerap supaya para jururawat dapat mengetahui setiap perisian terkini terutamanya apabila terdapat perubahan dalam sistem ICT hospital atau sewaktu menukar sistem yang baru.
Kesimpulan
• Majoriti daripada respondan ialah jururawat yang celik IT.
• Sememangnya, dapatan kajian ini menggembirakan kami kerana kecanggihan teknologi di PPUKM diperkuatkan lagi dengan kakitangannya yang bergenersai IT.
• Walaupun sebelum menyertai kursus IT, mereka mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan dan idea tentang bagaimana sesebuah sistem itu berfungsi.
• Maka, ilmu pengetahuan dan teori itu diperkuatkan lagi dengan menghadiri program kursus dan latihan ICT yang dianjurkan.
Terima Kasih
top related