teori holland

Post on 27-Apr-2017

636 Views

Category:

Documents

25 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TEORI HOLLAND

Nor Atiqah bt Nor AzizanHidayatul Isma bt Sumadin

Holland (1971) menganggap minat pekerjaan dan cita rasa sebahagian daripada personaliti seseorang.

Dikenali sebagai teori pemilihan vokasional dan kerjaya.

Tingkah laku individu iaitu motivasi, pencapaian, kepuasan, produktiviti dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran.

Orang yang meminati dan menceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan tertentu mempunyai pola-pola personaliti yang serupa atau hampir sama dan dengan itu,mereka akan bertindak balas kepada pelbagai situasi dan masalah dengan cara yang serupa atau hampir sama.

Kepuasan,kestabilan dan pencapaian dalam sesebuah pekerjaan bergantung kepada sejauh mana wujudnya keselarasan antara personaliti individu dengan persekitaran perkerjaan.

Holland menyatakan bahawa terdapat beberapa unsur yang mempengaruhi kerjaya individu. Antaranya ialah:

Konsep kendiri Pengetahuan kendiri-merujuk kepada

berapa banyak dan berapa tepat maklumat tentang seseorang individu mengenali diri

Pengaruh ibubapa Orientasi individu Kestabilan membuat pilihan

Holland menyatakan bahawa terdapat 6 jenis persekitaran pekerjaan dan 6 jenis personaliti yang perlu dicari keselarasannya bagi setiap individu.

1. Realistik2. Investigatif3. Artistik4. Sosial5. Enterprising6. Konvensional

1) Realistik Personaliti Agresif, suka

kepada benda konkrit, suka kepada menggunakan

tenaga fizikal, kurang bergaul.

Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan.

Persekitaran Kerja-kerja mahir

spt pemasang paip air, elektrik, operator mesin, kemahiran teknik spt mekanik, jurugambar dll.

2) InvestigatifPersonaliti Intelektual, abstrak,

penganalisis bebas dan berorientasikan tugas

Kurang kemahiran interpersonal

Persekitaran Ahli sains spt ahli

kimia, fizik dan matematik.

Mempunyai kemahiran saintifik dan metamatik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

3) ArtistikPersonaliti Imaginatif,

mementingkan seni, sukakan ekspresi diri melalui seni.

Jenis individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur.

Persekitaran Kesenian seperti ahli

ukir, pelukis, pereka, ahli muzik, guru muzik, orkestra, pengarang, penulis, pengkritik.

Selalunya menggunakan imaginasi dan kreativiti.

4)SosialPersonaliti Sukakan interaksi

sosial, ambil tahu masalah sosial, agama, khidmat masyarakat dan minat dalam aktiviti pendidikan.

Mereka mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain.

Persekitaran Pendidikan -

Pegawai perhubungan awam, guru, pentadbir pelajaran, kerja kebajikan, ahli sosiologi, kaunselor pemulihan, jururawat dll.

5)Enterprising (keusahawanan)Personaliti Pentingkan luaran sahaja,

agresif, suka merantau, sukakan kepimpinan, dominan, lemah lembut, pemujuk dan suka gunakan kemahiran lisan yang baik.

Mereka mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, memanipulasi dan mengurus individu lain.

Persekitaran Pengurusan –

pegawai pengeluar, pengurus jualan, penjualan – insuran, Eksekutif Perniagaan dsbnya.

Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

6) KonvensionalPersonaliti Praktikal, kawalan

diri yang baik, sosial, konservatif, tugas yang teratur, berstruktur dan mematuhi peraturan.

Jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian.

Persekitaran Perkeranian –

kerani, setiausaha, operator, penyimpan kira-kira, akauntan.

Holland (1971) menyatakan bahawa: Pekerjaan itu tidak bermaksud seseorang individu

memiliki satu jenis persekitaran atau satu jenis personaliti sahaja.

Kebanyakan pekerjaan merupakan kombinasi daripada beberapa persekitaran kerja. Beliau menggunakan 3 kod huruf sebagai pengenalan kepada kod pekerjaan.

Buku “Holland’s Occupation Finders” telah menyenaraikan 3 kod kepada 1156 jenis pekerjaan.

Cth : seorang detektif adalah gabungan daripada personaliti sosial,realistik dan enterprising (SRE). Sosial diperlukan untuk menolong orang lain, realistik disebabkan kepentingan untuk memandu kenderaan, menggunakan senjata dan mengesan cap jari. Enterprising dalam memanipulasi individu lain.

Realistik (R)

Konvensional (C)

Enterprising (E) Sosial (S)

Artistik (A)

Investigatif (I)

Darjah Ketekalan Bentuk PersonalitiTinggi RI,RC,IR,IA,AI,AS,SA,SE,ES,EC,CESederhana RA,RE,IS,IC,AR,AE,SI,SC,EA,ER,CS,CIRendah RS,IE,AC,SR,EI,CA

Model Hexagon Holland

Menurut Holland, dengan menggunakan SDS (self direct search) atau VPI (vocational preferrence inventory), dua skor tertinggi yang terdiri daripada dua jenis personaliti yang bersebelahan mengikut model heksagonal dikatakan mempunyai konsistensi yang tinggi.

Profil yang terbentuk daripada jenis personaliti yang bersendengan dikatakan mempunyai tahap konsisten yang sederhana.

Sebaliknya profil yang terbentuk daripada jenis personaliti yang bertentangan adalah paling tidak konsisten.

Dengan menggunakan Kod Keselarasan Holland,kod personaliti SRA lebih selaras dengan kod persekitaran SRA dan kurang selaras dengan kod persekitaran SRC.

Konsep keselarasan personaliti diri dengan persekitaran kerjaya merupakan salah satu matlamat dalam kaunseling kerjaya.

Minat kerjaya yang jelas boleh dikenalpasti dengan pengiraan indeks pembezaan sama ada tinggi atau rendah.

Indeks pembezaan diperoleh dengan menolak skor tertinggi dengan skor terendah dalam sesuatu ujian minat kerjaya.

top related