utusanbiz isnin -...
Post on 08-Mar-2019
221 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UTUSAN MALAYSIA MUKA 16
UTUSANBIZUnit Berita Ekonomi
44, Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin,
55200, Kuala Lumpur.E-mel: ekonomi@utusan.com.my
Twitter: @utusanbizLaman web: www.utusan.com.my
ISNIN • 30.10.2017
TUKARAN MATA WANG ASING27.10.17
MUKA 15
Sumber : World Economic Forum
ZURICH,Switzerland
VIENNA, Austria
AUCKLAND,New Zealand
MUNICH, Jerman
COPENHAGEN,Denmark
VANCOUVER,Kanada
DUSSELDORF, Jerman
FRANKFURT,Jerman
GENEVA, Switzerland
Bajet 2018 perkukuh TKBOleh AFIQ MOHD. SHAHekonomi@utusan.com.my
� KUALA LUMPUR 29 OKT.
BAJET 2018 diyakini mengukuhkan lagi agenda bumiputera di bawah Transfor
masi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) seterusnya meningkatkan pembangunan sosioekonomi negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Datuk Husni Salleh berkata, pelbagai inisiatif yang terkandung dalam Bajet 2018 akan menyediakan kaedah lebih holistik, inklusif, berfokus dan berdaya maju ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan negara.
Katanya, inisiatif berkenaan juga sejajar dengan usaha TKB yang telah dilancarkan awal tahun ini yang memberi amanah kepada Teraju dengan peranan lebih meluas dalam memastikan pendidikan, kesihatan, sosial dan budaya serta persekitaran hidup bumiputera ke tahap lebih tinggi sekali gus terjalin dalam fabrik sosial masyarakat
majmuk Malaysia. “Dalam konteks landskap so
sial yang pantas dan ekonomi global yang semakin kompetitif ketika ini, Bajet 2018 yang menyentuh pelbagai isu kritikal kepada kita sebagai bumiputera untuk berubah dalam mengejar kecemerlangan.
“Pendekatan yang diumumkan, kebanyakannya hanya dapat dijayakan melalui perubahan minda dalam memastikan bumiputera tidak lagi ketinggalan berbanding masyarakat lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.
Najib mengumumkan melalui Bajet 2018, dasar kerajaan menerusi TKB akan terus diperkasa menjadi agenda nasional dengan pelbagai peruntukan khas kepada bumiputera seperti lebih
RM3.5 bilion untuk inisiatif meliputi biasiswa dan pembangunan modal insan serta keusahawanan.
Husni berkata, pelbagai inisiatif seperti peruntukan besar berjumlah RM555 juta kepada Program Peningkatan Keusahawanan Bumiputera yang merangkumi RM155 juta untuk program pembangunan kapasiti vendor dan RM90 juta bagi
program Peneraju Profesional, Skil dan Tunas amat diperlukan untuk pembangunan ekonomi bumiputera.
“Peruntukan untuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) akan sesungguhnya menjana bakat lebih kreatif dan inovatif dalam kalangan usahawan muda dengan se
takat ini, RM73.75 juta telah diberikan sejak 2014 menerusi Superb,” katanya.
Jelas beliau, peruntukan RM2.5 bilion biasiswa kepada lebih 90,000 mahasiswa termasuk 1,500
dalam bidangbidang kritikal seperti kecerdasan buatan (AI), signalling dan rel mengesahkan komitmen kerajaan bagi menggalakkan kejayaan lebih besar dalam kalangan bumiputera.
Katanya, pendekatan menyeluruh yang rasional, praktikal, berdaya maju dan beraspira si dalam Bajet 2018 mampu memacu perubahan fabrik eko nomi dan sosial negara dalam usaha menjadi negara maju dan berdaya saing.
“Perkara ini juga dapat dilihat melalui peruntukan bernilai RM61.6 bilion bagi meningkatkan kecemerlangan dalam pembangunan pendidikan, latihan, kemahiran dan bakat di samping RM2.4 bilion kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta RM400 juta bagi geran penyelidikan dan pembangunan kepada universiti awam,’’ ujarnya.
Selain itu kata Husni, kewujudan pusat sehenti Teraju di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara juga dapat menyediakan bantuan profesional berhubung peluang latihan dan pekerjaan.
BNM lulus pembiayaan RM30.2 bilion untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana Oleh NUR HANANI AZMANekonomi@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 29 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pembiayaan sehingga RM30.2 bilion menerusi Tabung BNM untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada 74,000 usahawan sehingga Ogos lalu.
Bank pusat berkenaan mempunyai peruntukan dana untuk PKS berjumlah RM10.4 bilion dan masih mempunyai baki RM3 bilion untuk diagihkan pada tahun ini.
Penolong Gabenor BNM, Jessica Chew berkata, kadar kelulusan pembiayaan oleh institusi per bankan dan kewangan kepada PKS dalam negara adalah tinggi iaitu pada paras 75 peratus.
Katanya, industri PKS adalah antara penyumbang utama kepa
da pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sebanyak 36 peratus pada tahun lalu dipacu oleh kirakira 907,000 usahawan tempatan.
Sehubungan itu jelasnya, keperluan pembiayaan PKS meliputi pelbagai sektor memerlukan institusi kewangan memainkan per
anan serta dasar kewangan yang wajar dilaksanakan bagi memenuhi keperluan PKS.
“Ini perlu dilengkapi dengan usaha untuk memperkukuh keupayaan PKS termasuk dalam aspek pengurusan perniagaan dan kewangan.
“Sekiranya PKS mempunyai rekod perniagaan dan kewangan diselenggara dengan rapi di samping mengemukakan maklumat lengkap, tiada alasan buat mereka untuk tidak mendapat pinjaman,” katanya kepada pemberita di sini barubaru ini.
Selain menawarkan peluang kepada perniagaan tradisional, kerajaan melalui beberapa kementerian dan agensi telah melaksanakan pelbagai program serta mewujudkan ekosistem digital yang kondusif dalam menggalakkan PKS menggunakan sistem edagang.
Program tersebut meliputi usaha meningkatkan kapasiti PKS bagi menembusi pasaran eksport melalui usahasama dengan platform edagang terkemuka antarabangsa seperti Alibaba, Facebook dan Google.
Menurut Jessica, berdasarkan kaji selidik dijalankan oleh SME Corp, isu pembiayaan bukanlah cabaran utama yang dihadapi oleh PKS tempatan.
“Sebanyak 63.6 peratus PKS daripada 2,236 responden merasakan kos yang tinggi menjalankan perniagaan dan penurunan ringgit (53.4 peratus) merupakan antara masalah yang dihadapi mereka.
“Selain itu, permintaan domestik yang berkurangan dan sentimen perniagaan yang lemah turut memberi impak kepada para usahawan,” jelas beliau.
JESSICA CHEW (kanan) dan Pengarah Jabatan Pembangunan Insurans BNM, Yoon Yew Khuen memberikan taklimat media mengenai Tarif Insurans Kenderaan di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, baru-baru ini . – UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR
Kadar kelulusan pembiayaan oleh institusi perbankan dan kewangan kepada PKS dalam negara adalah tinggi iaitu pada paras 75 peratus.”
JESSICA CHEWPenolong Gabenor BNM
RIYAL (100)113.0576/1436
EURO4.9340/9367
POUND5.5532/5579
DOLAR4.2410/2430
YEN3.7189/7216
DOLAR3.0990/0016
RUPIAH (100)0.0311/0312
Pelepasan GST bantu kurang kos syarikat penerbanganKUALA LUMPUR 29 Okt. – AirAsia Berhad menganggap pelepasan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas pengimportan barangan big ticket oleh syarikat penerbangan dan perkapalan berdaftar di Malaysia dalam pembentangan Bajet 2018 mampu mengurangkan kos yang ditanggung.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pelepasan GST merupakan langkah positif yang diambil kerajaan terutama kepada syarikat penerbangan dalam usaha meluaskan perniagaan ke tahap lebih tinggi.
“Sebagai syarikat penerbangan yang berdaftar di Malaysia, AirAsia melihat perkara berkenaan adalah sangat memberangsangkan kepada kami.
“Pelbagai insentif bagi sektor pelancongan pula tentunya akan menggalakkan jumlah kehadiran pelancong ke Malaysia sekali gus melonjakkan industri pelancongan tanah air,” katanya kepada pemberita dalam majlis pelancaran buku Flying High di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelepasan GST diberi ke atas
pengimportan barangan big ticket seperti kapal terbang dan kapal laut oleh syarikat penerbangan dan perkapalan berdaftar di Malaysia bermula 1 Januari 2018 dalam pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Tony berkata, buku Flying High itu merupakan
autobiografinya yang memaparkan kisah kehidupan dan perjalanannya dalam industri muzik sehingga akhirnya terlibat dalam industri penerbangan apabila menjadi pengasas AirAsia.
Katanya, buku berkenaan yang berharga RM86.95 kini boleh didapati di semua kedai buku utama di Malaysia selain boleh di pratempah di laman web bigdu-tyfree.com dan juga dalam penerbangan AirAsia bermula 6 November 2017.
“Flying High menceritakan tentang kekuatan impian, apabila saya dan Datuk Kamarudin Meranun memulakan AirAsia, kami mendapat pelbagai tentangan namun lihatlah di mana AirAsia berada sekarang.
“Buku ini adalah bukti bahawa impian boleh menjadi kenyataan dan saya berharap ia akan menggalakkan orang ramai untuk mengejar impian mereka dan jangan sesekali mengalah,” katanya.
Sementara itu, Tony berkata, dirinya masih lagi mempunyai pelbagai impian besar termasuk tidak menolak kemungkinan menceburi industri kesihatan dan pendidikan dengan membina hospital dan sekolah swasta mampu milik kepada masyarakat.
HUSNI SALLEHKetua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju)
.
Kadar ambilan Reinvent Affordability raih 95%
TONY FERNANDES menunjukkan buku autobiografinya berjudul ‘Flying High’ atau Terbang Tinggi di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ ZAINI HUSIN
Pelbagai inisiatif yang terkandung dalam Bajet 2018 akan menyediakan kaedah lebih holistik, inklusif, berfokus dan berdaya maju ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan negara.”
top related