apresiasi seni batik teng

Upload: amri-brahim

Post on 04-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sddfgfh

TRANSCRIPT

Apresiasi seni batik Teng

PLAYING Congkak, 1986.

PameranTeng:An Appreciationyang kini sedang berlangsung di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) Kuala Lumpur memberikan satu pengalaman baru tentang bagaimana eksplorasi terhadap seni tampak tradisi yang rapat dengan budaya Melayu. Batik adalah suatu yang sangat akrab dengan adat dan budaya Melayu serantau. Goresan batik sangat unik dan tersendiri.Kalau dalam seni tampak Cina, lukisan berus Cina memiliki identiti yang rapat dengan seni dan tamadun budaya Cina, batik adalah manifestasi seni tampak tradisional Melayu. Tetapi batik juga menjadi suatu yang cukup impresif apabila diberi pengolahan modenisme dan kontemporari. Inilah yang dilakukan oleh Datuk Chuah Thean Teng yang membawa nuansa batik pada karya lukisannya sejak setengah abad lalu.Teng nama yang dibawa ke seluruh pelosok dunia memanfaatkan seni batik sebagai asas karyanya yang diolahkan dengan gaya yang lebih kontemporari serta mengangkat elemen yang ada dalam budaya setempat. Karya yang dipamerkan dalamTeng : An Appreciationsangat jelas memperlihatkan bagaimana pelukis ini merentasi satu pengalaman yang menarik.Teng yang dilahirkan di China tahun 1912 tetapi dalam direktori seni lukis tempatan dan antarabangsa, Teng dikenali sebagaiBapa Lukisan Batikterunggul. Elemen budaya khususnya Melayu yang dilihat pada sekelilingnya diangkat menjadi subjek yang sangat dominan dalam lukisannya.Hampir semua lukisan yang dipamerkan di pameran ini menunjukkan sensitiviti Teng terhadap budaya dengan mengeksploitasi sebaik mungkin lukisan batik. Beberapa lukisan dengan jelas Teng meberikan satu persembahan khususnya penciptaan figura yang kompleks serta permainan warna yang begitu harmoni.Malah sebahagian besar karya lukisan batik ini memberikan tumpuan kepada masyarakat di luar kota di mana figura serta aktiviti budaya menjadi subjek penting yang diselarikan dengan kedudukan batik dalam masyarakat Melayu. Maka karya lukisan Teng dalam konteks dunia adalah satu manifestasi budaya Melayu yang disampaikan menerusi seni batik.Menghayati karya -karya Teng sangat melekakan. Walaupun lukisan-lukisan ini menjadi satu realisme magis yang bukan lagi realiti tetapi pengamatan pelukis sangat dekat dengan budaya Melayu di sekelilingnya. Ini menjadi identiti sekaligus memperlihatkan karyanya datang dari negara ini.Teng sebenarnya seorang pelukis milik kita yang sudah mencipta nama di seluruh dunia. Sejak penghujung dekad 1950-an lagi beliau memberikan tumpuan kepada seni kraf batik yang digubah secara penuh seni menjadi karya lukisan. Gaya karya lukisan awalnya banyak dipengaruhi oleh karya-karya Picasso tetapi kemudian beralih kepada Paul Gauguin. Teng memulakan pameran solo pertamanya di Pulau Pinang tahun 1955 dengan memperagakan batik sebagai satu gayanya.Pameran pertama ini memancarkan satu ledakan yang bukan kecil kepada Teng, beliau sangat konsisten dengan pameran-pameran solo seterusnya ke Kuala Lumpur, Singapura dan melangkah jauh ke seluruh pelosok dunia.Menikmati karya-karya Teng seumpama kembali ke kampung halaman. Ada figura yang memberikan kesan nostalgik kepada kita tetapi penghayatan yang berbeza. Semua ini mengingatkan kepada keunikan batik yang sebenarnya tidak pernah luput ditelan zaman. Batik adalah seni kraf Melayu nusantara dan pengabdian Teng kepada batik suatu yang sangat murni.Teng datang ke Pulau Pinang ketika berusia 18 tahun dan selepas berkerja dalam pelbagai bidang, akhirnya beliau memilih menjadi pelukis dan menjadi antara pengasas Penang Art Studio tahun 1960-an. Pameran solonnya yang pertama di BSLN ialah pada 1965 selepas nama Teng mengharum dalam dunia seni lukis negara ini.UNICEF pernah memilih karya lukisan Teng,Two of a Kindtahun 1968 untuk dicetak pada kad-kad ucapan dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang diberikan penghormatan setinggi itu.Karya yang dipamerkan di BSKL hingga Februari 2009 antara yang terbaik pernah dihasilkan. Hanya sebahagian kecil saja dimuatkan dengan lukisan berus Cina karya Teng tetapi figura dan alamnya adalah diangkat daripada landskap budaya Melayu negara ini. Semua lukisan yang dipamerkan ini tidak ada yang membawa landskap kebudayaan Cina dan ini barangkali memperlihatkan kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada negara ini.Beliau menggali dan mengangkat seni kraf batik dengan suntikan yang ekspresionisme, modenisme dan abstrak. Ini adalah sumbangan besar membawa satu akar tradisi Melayu ke dunia antarabangsa.- Ku Seman

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=utusan_malaysia&sec=sastera&pg=sa_01.htm#ixzz3emvZnPWS Utusan Melayu (M) Bhd